Sunday, August 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4830

10 Messages

Digest #4830

Messages

Sun Aug 13, 2017 2:25 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Aug 13, 2017 2:25 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Aug 13, 2017 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

bloglist-malaysia.blogspot.

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.

Hutang kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.

Kini diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos, apa pula alasannya?

Kenapa tak mengaku saja duit tiada?

Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.

Jika sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran, tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.

Orang yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.

Ketika IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.

Oleh itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.

Jumlah RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib Razak sebelum ini.

Selepas bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603 juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.

Dengan itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak diperkatakan di seluruh dunia.

Hmmm…itu pun masih ada yang tak malu-malu mengaku berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalinasi 1MDB.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 

 

SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA DUIT KITA MELAYANG BEGITU SAJA DAN ADAKAH IA WANG DARI CHINA?

bloglist-malaysia.blogspot.

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Akibat gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta hanya dalam sekelip mata.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.

Disebabkan gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.

Selepas 5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya diberikan tempoh sehingga 31 Ogos untuk membuat pembayaran tersebut.

Tetapi, penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta (kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar sebelum 12 Ogos.

Seperti yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang ditetapkan.

Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.

Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta? Dan sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana gagal menepati janji?

Harus disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia juga.

Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.

Bayangkan apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan atau sebagainya? Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.

Secara kebetulan pula, bayaran AS$360 juta kepada IPIC itu dilakukan hanya selepas dua hari berlangsungnya majlis pecah tanah projek Keretapi Pantai Timur atau ECRL oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.

Selain projek ECRL bernilai RM55 bilion itu dibiayai sepenuhnya oleh China, pakar-pakar tempatan sebelum ini turut mempertikaikan kos yang dianggap terlalu tinggi bagi projek tersebut di mana mereka menilai kos yang munasabah adalah tidak melebihi RM40 bilion.

Daripada gagal membuat bayaran, pelik juga tiba-tiba 1MDB ada wang AS$360 juta? Adakah ini bermakna wang dari China telah mula turun dan menolong 1MDB? –

http://shahbudindotcom.blogspot.my

 

1MDB GAGAL BAYAR HUTANG LAGI

bloglist-malaysia.blogspot.

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

SESIAPA saja yang mengikuti perkembangan ekonomi negara tentu sudah tahu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah gagal bayar balik hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) Isnin lalu.

1MDB adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan manakala IPIC yang diniagakan di bursa saham Inggeris di London adalah milik kerajaan Abu Dhabi.

1MDB bagi alasan duit untuk bayar balik hutang itu sedang dikumpulkan melalui proses rasionalisasinya dan memohon agar IPIC bagi sedikit masa.

Inilah masalah 1MDB. Berniaga dengan berhutang besar tapi tidak jana hasil yang cukup untuk bayar balik. Dalam itu pula berlaku penyelewengan yang luar biasa di dalam dan luar negara.

Macam kata Tan Sri Abdul Wahid Omar masa jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perniagaan 1MDB tak lestari. Dia kata, dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi, perniagaan 1MDB tidak lestari dari awal-awal lagi.

Kita semua sudah tahu yang hutang 1MDB, macam dibagi tahu oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), telah naik melebihi RM50 bilion pada awal 2016.

Kita pun sudah dengar macam mana 1MDB telah jual atau gadai harta yang didapatinya dengan harga murah daripada kerajaan macam tanah Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) di Sungai Besi.

Tapi duit yang ia dapat tak cukup juga untuk bayar balik hutang hingga kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, terpaksa ambil alih atau bagi jaminan.

Dalam kenyataannya, 1MDB kata duit untuk bayar balik hutang IPIC itu patutnya masuk bulan lepas tapi tak masuk sebab ada kelulusan yang perlu diperoleh. Ia merayu kepada IPIC agar diberi tempoh hingga penghujung bulan ini.

Tapi IPIC kata, 1MDB hanya ada tempoh lanjutan lima hari kerja seperti termaktub dalam perjanjian. Selepas tempoh itu, IPIC kata denda dan tindakan-tindakan lain akan dikenakan.

Kita tidak tahu macam mana dan dari mana sebenarnya 1MDB akan dapat duit untuk bayar balik hutang yang begitu banyak. Macam mana kita nak tahu kalau semua perkara berkaitan 1MDB adalah rahsia sehingga di Parlimen pun tak boleh bahas.

Cuma, seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5 bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu.

Tawaran bon itu ditutup 4 Ogos.

Bayaran balik RM2.56 bilion itu hanya separuh daripada hutang yang 1MDB kena bayar balik kepada IPIC tahun ini. Separuh lagi kena dilangsaikan hujung tahun ini.

Kesan kegagalan 1MDB bayar balik hutang IPIC adalah sangat besar dan berbahaya. 1MDB mungkin diseret sekali lagi ke mahkamah timbang tara antarabangsa sekali lagi dan penarafan mata wang, pelaburan dan pinjaman kita mungkin akan diturunkan.

Ambil contoh amaran bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada bulan Jun 2015. Dia kata, kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1988 waktu Krisis Kewangan Asia.

Lebih kurang dua bulan kemudian, pada 12 Ogos ringgit jatuh ke bawah paras RM4 buat kali pertama sejak 1998 dan kekal sampai hari ini.

Satu perkara lagi.

Adalah tidak mustahil permohonan akan dibuat agar 1MDB diisytiharkan muflis supaya hartanya boleh dirampas oleh pihak-pihak yang memberi hutang kepadanya.

Dalam perkembangan berasingan tetapi hampir serupa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, bagi tahu Parlimen yang Felda mengalami kerugian dalam buku sebanyak RM2.06 bilion kerana pelaburan langsung dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Dia maklumkan Parlimen pada 31 Julai bahawa kerugian itu adalah pada kadar harga 30 Jun lalu. Kerugian modal ini adalah sangat besar berbanding dividen sebanyak RM328.33 bilion yang dibayar oleh FGV. Felda memegang 21.25 peratus saham FGV.

Kita sudah tahu bahawa FGV adalah mainan pasaran atau dalam bahasa Inggeris disebut market play yang berkait rapat dengan pilihan raya umum (PRU) 2013. Peneroka dan kakitangan Felda dijanjikan durian runtuh hasil penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Malangnya, bukan sahaja ia tidak menjadi durian runtuh kepada peneroka dan kakitangan Felda, sebaliknya mereka menanggung kerugian jangka panjang yang sangat teruk. Wallahuaklam.

– SH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan ditutup sehingga 28 Ogos

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

 

KERJA membaiki Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan dimulakan hari ini. - UTUSAN ONLINE/AIN SAFRE BIDIN

IPOH 12 Ogos - Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan akan ditutup kepada lalu lintas sehingga 28 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, terdapat kerosakan di jambatan itu yang perlu diselenggarakan segera dan mengambil masa untuk dibaiki.

Beliau berkata, mesyuarat yang diadakan telah memutuskan untuk membuat kerja-kerja pembaikan bagi pier 10 dan pier 11 di jambatan tersebut.

Berikutan itu JKR memutuskan untuk melanjutkan tarikh penutupan kepada semua lalu lintas sehingga pukul 5 pagi pada 28 Ogos ini.

"Semua pengguna jalan raya diminta bersabar kerana penutupan ini demi keselamatan mereka,"katanya.

Katanya, semua pengguna diminta mematuhi notis penutupan dan mengikut papan tanda arahan yg disediakan oleh JKR.

Jambatan Sultan Yusof atau Jambatan Batu 5 ditutup mulai petang semalam yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan Hutan Melintang-Teluk Intan.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan trafik hari ini lancar disebabkan pengguna sudah mendapat maklumat mengenai penutupan jambatan tersebut.

- UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jambatan-sultan-yusof-di-teluk-intan-ditutup-sehingga-28-ogos-1.514215#ixzz4pXg3JROY © Utusan Melayu (M) Bhd

 

LOGIK JUGAK PERSOALAN BUDAK NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Gara-Gara Aktiviti Menuba Ikan Di Sungai Dan Air Mengalir Masuk Ke Dalam Tasik Peranginan Di Bangi
siakapkeli.my

Gara-gara aktiviti menuba ikan oleh individu tidak bertanggungjawab di sebatang sungai yang airnya mengalir ke dalam Tasik, habis semua ikan yang ada di dalam Tasik Cempaka, Bangi mati.

Keadaan ini menyebabkan bau busuk telah menyelubungi kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu kerana ikan-ikan yang mati sudah mula membusuk.

Memetik tulisan ADUN Bangi, Shafie Ngah, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memaklumkan punca ikan-ikan di dalam tasik berkenaan mati adalah kerana adanya aktiviti menuba ikan di sabatang sungai yang airnya mengalir masuk ke tasik tersebut.

"Kematian ikan-ikan disebabkan aktiviti menuba ikan di sungai, dan hasil pemantauan aktiviti menuba ikan itu bukan berlaku di dalam kawasan Bangi tetapi kesannya terpaksa ditanggung oleh penduduk Bangi kerana airnya mengalir memasuki Tasik."

"Ikan-ikan besar dan kecil habis mati, penuba tidak dapat dikenal pasti," tulis beliau.

Menurut beliau lagi, pihak berwajib telah bertindak melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Tasik Cempaka tersebut beberapa hari lalu.

"Tasik Cempaka adalah aliran sungai yang melalukan air dari pelbagai penjuru dan sumber, termasuk air buangan daripada perumahan, kedai dan mungkin juga kilang."

"Pencemaran air daripada punca-punca yang pelbagai menuju ke Tasik Cempaka sehingga tasik ini seolah-olah menjadi 'kolam kumbahan' pula," kata beliau lagi.

Menurut salah seorang penduduk Bangi, Muhd Haffezul Yussof berkata, setiap petang ada sebuah loji sisa kumbahan melepaskan air berwarna hitam masuk ke dalam sungai dan mengalir ke tasik berkenaan.

Sumber: shafiengah.com dan Bandar Baru Bangi Community

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dari Budak Gerai Nasi Lemak Kepada Jaguh Dunia, Kisah Ridzuan Puzi Atau Mr. Dash Ini Buat Kami Kagum
siakapkeli.my

Dulunya dia seorang budak gerai nasi lemak, tetapi siapa sangka kini namanya sudah kedengaran di seantero dunia.

Kini, Ridzuan Puzi atau Mr. Dash adalah jaguh dunia dalam acara 100m T36 dan dia berjaya membuatkan satu Malaysia bagga apabila memperoleh emas dalam sukan Paralimpik lepas.

Berkongsi kisah tentang Mr. Dash, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Wahyu Ilahi memuat naik cerita menakjubkan itu di laman Twitternya semalam.

Dengan perkongsian kisah itu, timbullah juga beberapa nama penting yang berjasa kepada kejayaan Mr. Dash kini.

Ikuti kisah menakjubkan tentang Mr. Dash menerusi tered dari Wahyu Ilahi itu.

Encik Affizam, Penggilap Bakat Mr. Dash

Uncle Cina Hadiahkan Kasut

Semangat Mr. Dash Besar, Biarpun Tak Sekolah

Perginya sabahat baik Mr. Dash

'Ridzuan Anak Saya' - Jurulatih R. Jaganathan

Sekarang, Mr. Dash Jaguh Dunia

Sumber: Wahyu Jordan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164)
bloglist-malaysia.blogspot.
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

"Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung adalah Islam dan ia diterima dalam negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Akta 164, mencabar aqidah Islam: Nasrudin]

"Pembentangan (Akta 164) ini seolah-olah memperlekeh dan menghina serta tidak menghormati fatwa. Diharapkan kerajaan menarik balik pindaan itu agar tidak menimbulkan kekeliruan.

"Saya nasihatkan kepada semua ahli kerajaan atau pemegang tampuk kuasa untuk menghormati perlembagaan, melaksanakan perlembagaan, menghormati agama serta menghormati perasaan rakyat beragama Islam dalam negara," katanya pada sidang media di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ini kerana menurutnya, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

"Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut
siakapkeli.my

Tindakan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turun padang selepas menerima mesej yang memberitahu tentang viral seorang muallaf di Perlis yamg mahu murtad mendapat pujian netizen.

Dr Mohd Asri yang turut dikenali sebagai Dr. Maza berkongsi di Facebook tentang pertemuan beliau dengan muallaf itu dan ternyata dakwaan muallaf itu ingin murtad tidak benar sama sekali.

"Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera." tulis Dr. Maza.

Menurut Dr. Maza juga, beliau segera berjumpa dengan muallaf tersebut selepas selesai urusan rasmi di Istana Arau. Turun bersama, CEO MAIP, Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor.

Susulan pertemuan itu, Dr. Maza menjelaskan beberapa perkara yang sebetulnya.

"Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

"Beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

"Beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

"MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

"Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

"Beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

"Anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.

"Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

"Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Dalam pada itu, Dr. Maza juga turut mengucapkan terima kasihkepada pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis yang tidak putus menghulurkanbantuan.

"Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu." katanya.

Sumber: FB Dr. Maza

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lori Tangki Terbalik Tumpahkan 25,000 Liter Asid, PLUS Tutup Laluan Seremban-Melaka, Jalan Sesak Teruk
siakapkeli.my

Sebuah lori tangki yang membawa mautan asid dilaporan terbalik selepas cuba mengelak sebuah kereta terbabas di Kilometer 251.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian kira-kira jam 3.22 pagi di susur masuk Plaza Tol Senawang itu menyebabkan pemandu lori Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut akibat kecederaan dalaman selain kemungkinan terhidu gas beracun dari asid yang tertumpah.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Zainurin Sharif berkata, empat jentera dengan kekuatan 20 anggota serta pegawai, termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita segera mengeluarkan pemandu lori yang membawa 25,000 liter asid itu dan mendapati dia sudah meninggal dunia.

"Dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an, iaitu pemandu dan penumpang kereta yang terbabas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kerana mengadu pening, berkemungkinan akibat terhidu asid," katanya.

Foto Facebook

Foto Hazreen Mohammad/BH

Foto Bomba

Beliau berkata, mayat pemandu lori itu kemudiannya dihantar ke HTJ untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan The Star, kemalangan itu menyebabkan hampir semua 25,000 liter asid kimia yang dibawa tumpah di atas jalan menyebabkan pihak PLUS terpaksa menutup jalan dari kedua-dua arah menyebabkan berlaku kesesakan teruk.

Hasil carian di laman sosial, ramai pemandu menyatakan mereka kini terperangkap dalam kesesakan dan kenderaan tidak bergerak langsung sejak hampir 3 jam lalu.

Foto Hazreen Mohamad/BH

Menurut sumber dari kakitangan Plus, laluan ke Melaka bermula dari Seremban sehingga susur keluar Plaza tol Senawang ditutup untuk semua pengguna trafik manakala dari melaka pula laluan di lengcongkan ke plaza tol pedas Linggi.

Kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh pasukan Hazmat dengan membersihkan tumpahan asid di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan kawasan sekelilingnya selamat.

Lori tangki yang terbalik itu kemudiannya diangkat menggunakan kren. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Chef Selebriti, Pak Engku Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Selebriti Chef popular, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan, 58, meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam kerana penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Harian Metro melaporkan, Raja Rosly yang juga dikenali sebagai Pak Engku meninggal dunia pada jam 9.10 malam tadi.

Pak Engku yang pernah merakamkan dua album, dimasukkan ke hospital itu dua hari lalu dan keadaanya kritikal jam 7 malam tadi.

Difahamkan, jenazah kini dibawa ke rumahnya di Shah Alam dan akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, esok pagi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isteri, Datin Ramziah Samah dan tiga anak-anaknya.

Pak Engku yang juga pemilik Kuzie Catering Sdn Bhd, menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap tahun untuk Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana menyediakan juadah untuk 20,000 tetamu.

Kuzie Catering juga menjadi pilihan pihak istana dan juga kalangan kenamaan untuk majlis perkahwinan dan rumah terbuka.

Kuzie Catering menjadi pilihan pihak istana dan juga orang kenamaan untuk majlis perkahwinan serta rumah terbuka. Selain itu servis katering itu juga pernah digunakan oleh selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, Irma Hasmie serta Awal Ashaari turut menggunakan khidmat katering Pak Engku.

Sumber: Harian Metro

Kartunis Lengkuas Meninggal Dunia, Watak Mat Despatch 2 Ringgit Kini Dalam Kenangan
siakapkeli.my

Pelukis komik terkenal, Zainuddin Bin Saleh,53, atau lebih dikenali dengan panggilan Lengkuas dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang, lapor Sinar Harian.

Pemergian Lengkuas ini disahkan oleh rakan perjuagannya Ibrahim Ujang Anon di laman Facebook sebentar tadi.

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN, pagi ini dapat berita mengejutkan Kartunis Lengkuas (Pelukis kartun MAT DISPATCH dalam Majalah Ujang ) telah kembali ke rahmatullah."

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan termasuk kedalam golongan orang-orang yang di redhoi," tulis Ujang dan menyatakan jenazah arwah kini di hospital Selayang.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN

Pagi ini dapat berita mengejutkan Kartunis Lengkuas (Pelukis kartun MAT DISPATCH dalam Majalah Ujang ) telah kembali ke rahmatullah.Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan termasuk kedalam golongan orang-orang yang di redhoi.

Selain itu, laman Facebook Lengkuas, Kartunis Lengkuas Zainuddin dipenuhi komen mengucapkan takziah.

Lengkuas merupakan salah seorang pelukis utama bagi majalah Ujang yang pernah terkenal pada tahun 90an dahulu, watak Mat Despatch berjaya memikat hati peminat dengan gelagat suka 'pow' bosnya RM2.

Sebulan lalu, rakan perjuangan arwah, pelukis Azzam Supard yang terkenal dengan siri 'Blues Untuk Aku' juga telah meninggal dunia. - Siakapkeli.my

Disengat Ratusan Tebuan, Adik Dan Kakak Tidak Dapat Diselamatkan
siakapkeli.my

DUNGUN: Dua orang adik-beradik menjadi mangsa sengatan tebuan sehingga membawa maut setelah bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Kelmarin, Iffriah Darwisah Abdul Wahab Hadi, 3, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 malam di Hospital Dungun akibat di sengatan tebuan.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, Irdina Batrisya Abdul Wahab Al-Hadi, 8, meninggal dunia di sisi ibunya, Zuriati Abdul Ghafar, 35, di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut datuk saudara mangsa, Sudin Ibrahim, 49, Irdina dimasukkan ke ICU kelmarin selepas keadaannya bertambah kritikal.

"Doktor sudah berusaha sedaya-upaya tetapi Irdina tidak dapat diselamatkan.

"Selepas adik, kakak pula," katanya di sini, pagi ini.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Tiong di sini, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian kelmarin, Irdina dan adiknya Iffriah sedang bermain di depan rumah mereka kira-kira jam 6.30 petang sebelum mereka di serang ratusan tebuan.

Turut berada di tempat kejadian, Izzat Al Haziq, 6, sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

Sumber- Berita Harian Online

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, August 08, 2017 11:26 PM
Subject: Fw: Meninggal Disengat Tebuan Ketika Bermain

Meninggal Akibat Serangan Binatang Buas, Ramai Tak Tahu Waris Layak Mohon Pampasan Sehingga RM20,000
siakapkeli.my

Keluarga seorang murid tahun dua yang maut akibat disengat lebih 60 tebuan ketika sedang bermain sembunyi-sembunyi telah dilawat oleh kakitangan Pejabat Kebajikan Daerah Besut bagi membantu waris mangsa dalam proses permohonan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Menurut Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Suzieyati Siyude , kakitangannya telah pergi ke rumah waris Muhammad Adrian Aiman Mohd Rasmin, 8, di Kampung Benting Lintang semalam.

Jelas Suzieyati juga, keluarga mangsa didapati layak untuk memohon bantuan menerusi tabung tersebut dan mereka perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan kematian, laporan perubatan dan juga pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Bagi kes seperti ini keluarga atau waris layak memohon dan mereka boleh menerima bantuan di bawah tabung ini sehingga maksimum RM20,000," ujarnya.

Menurut Suzieyati, waris seorang pemandu traktor pembajak, Mohamad Ishak yang maut akibat serangan tebuan pada Ogos tahun lalu juga telah memperoleh sebanyak RM20,000.

Tambahnya, lebih kurang empat tahun lalu seorang kanak-kanak yang maut akibat serangan haiwan sama ketika membonceng motosikal bersama ibunya di Kampung Pengkalan Nyireh turut mendapat bantuan dalam jumlah sama.

"Selepas semua dokumen yang diperlukan lengkap, pihaknya akan memproses permohonan tersebut dan bantuan ini adalah sumbangan kerajaan terhadap waris mangsa," jelasnya.

Selain serangan tebuan, mangsa serangan haiwan buas lain juga boleh mengemukakan permohonan dan jumlah sumbangan bergantung dengan tahap kecederaan mangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas sila klik JKM.

Sumber- GPS BESTARI

Murid Tahun 2 Meninggal Dunia Selepas Disengat Tebuan Ketika Bermain Sembunyi-Sembunyi
siakapkeli.my

Besut, 4 Ogos - Seorang murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Benting Lintang meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi selepas disengat tebuan.

Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin disengat tebuan semalam ketika bermain sembunyi-sembunyi di kawasan hutan pokok gelam berhampiran rumahnya di Kampung Benting Lintang.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Menurut bapa mangsa, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @Hussin, 30, kejadian itu berlaku ketika anak sulugnnya itu sedang bermain dengan rakan-rakan.

"Waktu itulah dia bersama empat yang lain diserang tebuan yang bersarang di atas pokok, dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan, kaki dan muka oleh lebih 60 ekor

"Anak saudara saya hantar dia pulang ke rumah dengan motosikal kira-kira pukul 6.45 petang.

"Keadaannya ketika itu sudah lemah namun masih boleh bercakap," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Besut dengan kereta.

Muhammad Adrian kemudian dirujuk ke Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang semakin teruk.

Mohd Rosmin berkata, dia dan isteri sebelum itu beranggapan anaknya beransur pulih kerana pihak hospital memberitahu keadaan stabil namun bermula pagi ini keadaannya kritikal kerana buah pinggangnya tidak berfungsi.

"Pada pukul 11 pagi, doktor mengesahkan Muhammad Adrian Aiman meninggal akibat kegagalan jantung berfungsi setelah bisa puluhan tebuan yang menyelirap di segenap salur darahnya," ujar beliau.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa BNM Terbit BON RM2.5b Utk 4hari Sahaja ? SIAPA PEMBELI ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
5 hari "tambahan"; diberikan oleh IPIC utk bayar RM2.58 b bermula 1 Ogos berakhir 5 Ogos setelah gagal dibayar pada tarikh 31 Julai 2017.
.
Di Parlimen, Najib menjawab soalan Ketua Pembangkang dengan mengatakan bukan tidak mampu bayar tetapi cuma ada "masalah teknikal" dan akan membayarnya pada bulan Ogos. Beliau tidak langsung memperincikan apa "masalah teknikal" yang dimaksudkannya.
.
Tiba2 Bank Negara terbit bon RM2.5 b utk dilanggan dalam masa 4 hari sahaja dari 1 Ogos hingga 4 Ogos. Jadi fahamlah kita inilah "masalah teknikal" yang dimaksudkan oleh Najib.
.
Namun selepas ini mereka akan jawab ini hanya kebetulan. Mereka akan menipu lagi. .
Siapa yang akan melanggan bon 20 tahun ini dalam tempoh 4 hari sahaja? Ahli perniagaan? Syarikat2 swasta? Atau agensi awam seperti KWSP, Tabung Haji, LTAT, KWAP, PERKESO, Amanah Raya...? Agensi-agensi awam ini akan menerima paksaan....? Sama-sama kita tunggu.
.
Telahan kita ialah untuk kesekian kali, wang rakyat akan digunakan. Rakyat akan diperah sehabisnya. Harga barang akan naik lagi utk tingkatkan kutipan GST. Harga petrol dan diesel akan dinaikkan. Saman akan berganda dikeluarkan. Agensi penguatkuasa seperti Polis Trafik, JPJ, SPAD, Imigresen, Kastam, Pejabat Tanah Galian, Alam Sekitar, Majlis Daerah dan lain-lain akan dikerah membawa pulang semaksima mungkin saman kepada rakyat.
.
Ingat...!!! Ini adalah bayaran pertama kepada IPIC. Bayaran kedua ialah pada 31 Desember 2017. Maknanya episod ini akan berulang-ulang. Maka perahan terhadap keringat rakyat akan turut berulang-ulang seperti memerah susu lembu.
.
Siakap jenohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
.
Dari rakyat untuk kleptokrat.
.
Selamat berfikir saudaraku wahai rakyat Malaysia.
.
Zaidi Ahmad
Pekan
3 Ogos 2017

Sebarkan :

Tambah Baik Gred 19 & Pindah Saguhati Persaraan ke Tabung Haji – CUEPACS
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan gred 19. Gesaan itu dibuat melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menetap di bandar besar.

"Penambahbaikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.

"Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimbangkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja," kata Timbalan Presiden I Ceupacs Mohd Shaman Jaes dipetik Bernama.

Menurutnya berdasarkan skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.

"Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjakan untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarga," katanya.

Isu penambahbaikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini bersama-sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.

Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahkan ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.

"Bagaimanapun, wang itu hendaklah disyaratkan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunakan wang itu untuk tujuan lain," katanya.

Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membolehkan kakitangan kerajaan menggunakan faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntukkan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda.

Tekun Nasional Rugi RM209.28 Juta
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.

Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti UsahawanTekun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035.

"Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankuasa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukakan oleh tiga syarikat mentor itu," katanya.

Dari 1998 hingga Jun 2016, Tekun Nasional menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementerian Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Dalam pada itu, pengauditan yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruhannya Tekun Nasional telah meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.

Sementara itu, bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Tekun Nasional mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai keberkesanan pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.

Selain itu, Tekun Nasional perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak lapor Berita Harian

Berita Baik Buat Penjawat Awam
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Berita Baik Buat Penjawat Awam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di negeri ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Mohd Samsudin Yusof berkata, penjawat awam yang berani melaporkan kes rasuah juga akan diberikan penghargaan, termasuk kenaikan pangkat daripada jabatan masing-masing.

Berita Baik Buat Penjawat Awam. "SPRM Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaan lain," katanya pada majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 500 anggota dan pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Majlis lafaz ikrar serta menandatangani IBR itu diketuai Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad.

Pada majlis itu, Moh Samsudin turut menyampaikan taklimat dengan tagline SPRM Kelantan iaitu "Tok Sey Rasuah, Lapor Rasuah".

Dalam perkembangan sama, Din ingin melihat impak besar kepada anggota dan pegawainya.

Berita Baik Buat Penjawat Awam
"Saya berharap ikrar yang dilafazkan akan diterjemahkan dalam fakta berbentuk statistik, iaitu tangkap mereka yang ingin memberi rasuah serta melaporkannya.

"Kita akan kekalkan rekod sejak 2 tahun kebelakangan ini, di mana tiada seorang pun anggota kita yang dilaporkan terbabit dalam jenayah jijik ini," katanya.

Beliau berkata, rasuah adalah jenayah amat jijik dan cukup jijik sekiranya ia membabitkan penguatkuasa undang-undang.

Berita Baik Buat Penjawat Awam. Hari ini, seramai 4,000 anggota dan pegawai polis di seluruh Kelantan membaca lafaz ikrar di ibu pejabat polis daerah masing-masing. - fmt

Isa Samad Bakal Ditangkap?
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin

Isa Samad Bakal Ditangkap? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan tangkapan segera beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC), dipercayai lebih tinggi dari harga asal.

Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad enggan memberitahu bilangan dan jawatan individu yang akan ditangkap itu, namun tidak menolak kemungkinan ia akan membawa kepada tangkapan lanjut.

Isa Samad Bakal Ditangkap? "Selepas tangkapan kita akan ada siasatan lanjut sekiranya ada keperluan dan kalau ada keperluan untuk tangkap lagi kita akan buat," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri yang dijayakan dengan kolaborasi SPRM di Cyberjaya hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC, yang dipercayai pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkaan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian jutaan ringgit.

Siasatan ini susulan maklumat yang diperoleh dalam siasatan SPRM terhadap Felda.

Isa Samad Bakal Ditangkap?

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada "langkah strategik" FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat "memaksimumkan pulangan pelaburan" syarikat.

Isa Samad Bakal Ditangkap? Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian, selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmatan 198 unit di Bayswater, London pada 2013. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 13, 2017 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tolong Doakan Anak Saya Faiz Cepat Sembuh, Saya Belum Bersedia Untuk Kehilangan Dia," - Ibu
siakapkeli.my

Pada mulanya ia dilahirkan normal seperti kanak-kanak yang lain, namun ketika hampir melangkah umur setahun, pengelihatannya tiba-tiba hilang dalam sekelip mata.

Itulah yang berlaku kepada Faiz Muhammad Abdul Shukor yang berusia dua tahun selepas disahkan menghidap kanser mata tahap empat setahun lalu.

Ibunya, Nor Salwati Abu Bakar, 29, berkata, dia tidak henti-henti berdoa supaya anak bongsunya itu sembuh seperti sediakala.

"Saya sudah reda dengan ketentuan Allah SWT apabila penglihatan anak ditarik secara tiba-tiba namun saya belum bersedia kehilangannya buat selama-lamanya."

"Pada September tahun lalu, mata Muhammad Faiz merah seperti sakit mata sehingga menimbulkan kerisauan kepada saya dan suami yang pada ketika itu sibuk bekerja bagi menampung keperluan keluarga.

"Namun saya berasa tidak sedap hati kerana mata anak semakin membengkak dan dia tidak berhenti menangis.

"Malangnya semasa mendapatkan rawatan semuanya sudah terlambat apabila doktor mengesahkan anak menghidap kanser mata tahap empat," katanya yang menetap di Kuala Kangsar, Perak.

Cerita beliau lagi, keadaan anaknya itu semakin parah selepas doktor mengesahkan sel kanser telah menyerang sistem otak Muhammad Faiz yang mengakibatkan organ dalaman lain turut terjejas.

"Muhammad Faiz kini hanya bergantung dengan rawatan kemoterapi dan ubat tahan sakit kerana tiada rawatan lain yang sesuai untuknya.

"Doktor juga memaklumkan harapannya untuk sembuh sangat tipis.

"Kini, mata kiri anak tersembul keluar dan mata kanan turut buta selain dia tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.

"Hati saya tidak kuat sekiranya terpaksa berdepan dengan pemergian anak dalam masa terdekat," katanya yang kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menambah lagi keperitan mereka kini adalah kehidupan mereka yang semakin terhimpit dan susah kerana selain perlu menjaga Muhammad Faiz dan dua lagi anak yang bersekolah sementara suami hanya mampu menjana pendapatan bulanan RM1,000 daripada pekerjaan kampung.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun BSN Nor Salwati Abu Bakar (0820041000171194). - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro

Pensyarah UUM koma di Australia dibawa pulang malam ini
bloglist-malaysia.blogspot.

kedahlanie.info

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
bhnews@bh.com.my

ALOR SETAR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang koma diserang angin ahmar di Sydney, Australia sejak 31 Julai lalu, akan dibawa pulang ke tanah air malam ini, untuk mendapatkan rawatan susulan.

Prof Madya Md Zahir Mat Cha, 51, dijadual berlepas dari Sydney jam 10 malam ini (waktu Malaysia) dan dijangka tiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5 pagi esok.

Anaknya, Nur Asniza Md Zahir, 22, berkata ahli keluarga dengan kerjasama Wisma Putra kini menguruskan perkara itu dan Md Zahir yang semakin stabil keadaannya, dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

"Kos rawatan di sana (Australia) setakat seminggu ini sudah mencecah AUS$83,000 (RM280,595) dan jumlah terkumpul setakat ini hasil bantuan rakyat Malaysia dan UMNO Kedah termasuk pihak UUM sebanyak RM150,000.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami dan berharap ayah akan pulih dan selamat kembali ke Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan cek AUS$10,000 (RM34,000) daripada Biro Kebajikan UMNO Kedah yang disampaikan Pengerusinya, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin, di Wisma Darulaman, di sini.

Abdullah Hasnan ketika ditemui berkata sumbangan terbabit adalah untuk membayar kos rawatan dan membawa pulang Md Zahir yang juga Timbalan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM di Sintok, dekat sini.

"Kita harap ia dapat meringankan beban mereka dan UMNO Kedah akan terus bantu sehingga Md Zahir pulih... kita juga akan meminta ahli UMNO Kedah membantu menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini," katanya.

Pensyarah Koma Terkandas Di Australia, Perlu RM300,000 Untuk Bawa Pulang Ke Malaysia
siakapkeli.my

Timbalan pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM, Prof Madya Md Zahir Mat Cha, 51, diserang strok ketika berada di Sydney, Australia dan keluarganya memohon bantuan kos peruabatan dan membawanya pulang untuk mendapatkan rawatan di dalam negara.

Menurut adiknya, Mastah Mat Cha, Md Zahir dilaporkan menghidap angin ahmar ketika mengikuti lawatan kerja Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di Australia pada 31 Julai lalu.

Nur Izzati Zakaria
on Sunday
Semoga dipermudahkan inshaAllah

Jelas anak saudaranya, Mohamad Shahidi Sawai, sejurus beliau diserang strok di dalam bilik air penginapannya, Md Zahir di kejarkan ke Unit Rawatan Rapi (UNIT) Hospital St Vincent's dan menjalani pembedahan bagi membuang air dalam otak serta pintasan buah pinggang setelah Md Zahir koma akibat serangan terbabit.

"Bapa saudara saya sudah terlantar di ICU sejak Isnin lalu dengan kos sehari sebanyak AUS$5,600 (RM19,091) sehari, malah sudah menjalani dua pembedahan yang membabitkan jumlah keseluruhan AUD$80,000 (RM272,000).

"Jumlah terbabit sangat membebankan hingga pelbagai bantuan dipohon dan buat masa sekarang, kami berjaya mengumpulkan RM122,000. Isteri beliau, Alawiyah Md Jasin, 50, menemaninya sepanjang di ICU.

"Kami menemui jalan buntu kerana kos rawatan dan tambang untuk membawa pulang bapa saudara ke Malaysia sangat tinggi dan semakin lambat dibawa pulang, semakin bertambah kosnya," ujarnya kepada Berita Harian.

Jelas Mohamad Shahidi juga, pihak hospital enggan menjalankan pembedahan ketiga bagi membuang darah kering dalam otak Md Zahir ekoran dari pembayaran yang masih belum dijelaskan.

"Malah Wisma Putra ada memaklumkan proses untuk membantu membawa balik Md Zahir hanya boleh selesai dalam tempoh seminggu dan ini sudah pastinya meningkatkan lagi kos hospital," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Shahidi di talian 013-3947375 atau anak Md Zahir, Nur Azniza (012-4541292).

Sumber- Berita Harian Online, Asniza Zahir , Nur Izzati Zakaria

'Selamat Tinggal Suamiku', Nukilan Sayu Wanita Kehilangan Suami Akibat Kanser Lidah Yang Mulanya Disangka Hanya Ulser Mulut Biasa
siakapkeli.my

Kehilangan suami tercinta yang mana pergi buat selama-lamanya, disebabkan oleh kanser lidah, bukanlah sesuatu yang dapat dihadapi dengan kuat oleh semua orang.

Tapi, inilah yang dihadapi oleh Rezy Selvia Dewi yang dinukilkan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Apa yang disangkakan selama ini hanyalah ulser mulut yang biasa, rupa-rupanya kanser lidah tahap 4. Yang mana pada awalnya, banyak kemungkinan yang menyebabkan sakit pada bahagian mulut.

Dari segi pemakanan, juga kekerapan merokok juga, tidak dapat dipantau dengan lebih baik olehnya, disebabkan sibuk menjagan anak sulongnya.

Mari kita baca dan ikuti kisah pilu yang ditulis olehnya ini untuk mengetahui akan lebih lanjut.

Selamat tinggal suamiku

" Mii, ulser dalam mulut abbi ni buat hilang selera makan," habis kerja, suamiku menolak untuk makan walaupun terhidang lauk ayam kegemaran.

Setiap hari suami selalu mengeluh tentang ulser di lidahnya yang tak sembuh-sembuh, sudah 2 minggu lebih, tapi aku abaikan keluhannya, kerana fikir ia ulser biasa.

" Mii tadi di pejabat ada medical checkup, ini hasilnya..", sambil menunjukkan selembar kertas hasil pemeriksaan. Aku ingat saat itu, bulan April 2016.

"Kesihatan ada masalah, cuma doktor kata, kurang nutrisi, kurang gizi. Ummi sibuk sangat dengan Zuma", gurau suamiku.

Anak kami berusia 1 tahun, jadi sebagai ibu aku yang paling sibuk kerana anakku mulai aktif.

Aku memang terlalu sibuk, tak sempat nak tengok suami. Aku diam saja bila dia merokok tanpa henti tak pernah marah.

Dan tak pernah tahu apa makanan di makannya di pejabat, makanan sihat atau tak, itulah kesalahan terbesarku.

3 minggu kemudian ulser tidak juga sembuh, malah katanya sakit sampai kepala dan telinga.

"Abi, esok jumpa doktor ya, biar diberi ubat sepatutnya", suamiku mengangguk.

Doktor mendapari kurang makan sayur dan buah. Ubat yang dibekalkan pula hanya balm khas untuk disapu pada ulser.

Kata doktor kalau 2 minggu lagi tak sembuh datang lagi.

2 minggu kemudian ulser masih tak sembuh, doktor bagi antibiotik, tapi dah habis, masih belum ada tanda sembuh.

Pergi ke pakar bedah mulut dan pemeriksaan kali ini mendapati ia mungkin berpunca akibat masalah gigi bongsu.

"Ulser di lidah sebab ada gigi bongsu, tapi posisinya abnormal. Mungkin sebab itu sukar nak sembuh. Gigi ni mesti dibedah dan buang", kata mereka.

Jun 2016, awal Ramadan suami tak puasa sebab bakal menjalani pembedahan gigi. Maka dicabutlah gigi bongsu.

Tapi selepas seminggu berlalu ulser masih lagi terasa dan sakit kepala kian menjadi-jadi. Lidah tak boleh digerakkan ke kiri.

Lepastu jumpa pakar saraf dan buat fisioterapi lidah. 6 kali terapi masih tak berubah, doktor syorkan buat MRI.

Hari raya aidilfitri, suami hanya nak tidur, tak nak beraya. Sakit di kepala makin kerap, jadi biarkan sahaja di bilik.

"Mii ada benjol di lidah abi, cuba tengok".

Ada benjol terlihat sebesar biji jagung pada lidah yang sakit. Doktor kata mungkin tumor dan sekali lagi perlu menjalani pembedahan membuangnya.

Hasil pemeriksaan kurang bagus, suami positif terkena kanser lidah. Selepas pergi berjumpa doktor untuk ketahui ujian makmal terhadap benjol yang dibuang.

Tengok wajah suami, dia terdiam. Pucat.

"Dari hasil pemeriksaan, 3/4 lidah suami dah terkena kanser. Dia mesti dibedah untuk membuangnya", kata doktor.

Esoknya kami periksa lagi, doktor buat endoskopi dari lubang hidung dan daripada kabel kamera itu, terlihat jelas gambar di monitor.

"Kansernya dah merebak ke kerongkong."

Nampak banyak benjolan merah berhampiran peti suara.

"Boleh tahu stage berapa doktor"

"Stage 4 puan".

Kata doktor, perlu menjalani rawatan kemoterapi 3 kali dan radiasi selama 30 kali.

Awal September 2016, pulang ke kampung, dan kami nekad berikhtiar cara alternatif dan herba. Masa itu suami hanya mampu menelan ubat yang direbus atau cecair.

Pada masa sama, disahkan hamil, dan berita itu menggembirakan kami berdua, semangat suami kembali.

5 bulan berubat, keadaan suami semakin teruk, dan tinggalkan rawatan tradisional.

Berat suami turun dengan drastik, dari 65kg kini tinggal 40kg.

Makin tenat dan setiap hari muntah darah.

Selepas itu, buat segala rawatan moden. Kemoterapi dan radiasi, semuanya dicuba tanpa henti. Dalam pada itu, selamat melahirkan anak kedua.

Tiada tanda sembuh, sehingga menjelang hari terkahirnya. Ku hampiri suami yang terbaring lemah. Tubuh badannya penuh dikeliling segala peralatan hospital dan wayar yang berselirat.

Tekanan darahnya sangat tinggi, nadi terlalu cepat, sehingga menunjukkan angka 200 di skrin monitor. Berkali-kali doktor doktor menyuntik ubat anti sakit, tapi suamiku masih mengeluh kesakitan.

Dalam keadaaan mencemaskan, doktor menenangkanku sambil berkata suami tidak dapat dibantu lagi.

Benarkah tiada harapan lagi. Aku berbisik ke telinganya, "Aku tak mahu kehilanganmu bii". Ku pegang erat jari-jemarinya. "Buka matamu bii", dan aku ingat dia cuma tersenyum lemah.

4 petang, doktor hulurkan surat persetujuan, di situ tertulis agar aku tidak ambil apa-apa tindakan jika sebarang perkara berlaku kepada suami.

"Abbi..inilah yang terbaik yang diberikan Allah buat kita. Maafkan ummi tak bisa menjagamu selama ini. Ummi ikhlas abbi pergi. Ummi terima semua dengan ikhlas".

Ku bimbing suami mengucap Laaillaha illallah muhammadur Rasulullah.. ku ulang berkali-kali sampai 4.40 petang, dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ku dakap kemas tubuh suamiku, kukucup bibirnya dan ku usap matanya.. Inna lillaahi wainna ilaihi raajiun.

Selamat jalan suamiku. Jemput aku dan anak-anak kita di pintu syurgaNya.

- Siakap Keli

Tak Sanggup Ada Anak Sakit, Ibu Bapa Larikan Diri Tinggal Bayi Sakit Tenat Di Hospital
siakapkeli.my

Meskipun telah menjalani beberapa kali pembedahan, hidup bayi berusia lapan bulan ini masih lagi dalam keadaan bahaya.

Sun Menghan yang berasal dari China ketika ini berada dalam keadaan 'separa hidup' di Hospital tempat dia mendapatkan rawatan. Keadaan Menghan masih belum stabil dan boleh membawa maut selagi pembedahan pemindahan hati tidak dijalankan terhadapnya. Meghan menghidapi penyakit Biliary Atresia atau saluran hati tersumbat.

Bayi ini telah menjalani beberapa pembedahan tetapi masih tidak mampu menyembuhkan penyakitnya. Oleh kerana, kedua ibu bapanya tidak mampu membayar bil hospital yang semakin melambung, bayi ini ditinggalkan di hospital tanpa sebarang penjagaan.

Menurut sumber, ibu kepada bayi ini meminta doktor untuk berhenti merawat anaknya kerana akan melibatkan kos yang tinggi dan dia lebih rela untuk mengandung lagi daripada berhabis wang merawat bayi malang ini.

Kini, Meghan dijaga oleh nenek dan datuknya yang bertanggungjawab dan bertungkus lumus membiayai kos rawatannya.

Menurut laporan media China, kedua warga emas ini berhabis harta untuk menyelamatkan cucunya kerana mereka percaya cucunya akan kembali sembuh dan mereka tidak akan berputus asa merawatnya.

Kedua orang tua ini merasa kecewa dengan sikap anak dan menantunya yang meninggalkan bayi mereka tanpa mengambil berat tentangnya lagi.

Sumber- Dailymail UK

Suami Isteri Maut Dipercayai Selepas Terkena Lantunan Tayar Lori Tercabut
siakapkeli.my

Foto: Bernama

Kuala Pilah, 10 Ogos - Sepasang suami isteri meninggal dunia dipercayai terkena hentaman dua buah tayar lori yang tercabut ketika mereka menaiki sebuah skuter jenis Yamaha Ego di KM 10 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dalam kejadian hari ini.

Mangsa yang masing-masing berusia 42 dan 44 tahun dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh yang berjarak kira-kira dua kilomter dari rumah mereka ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi itu.

Utusan Online melaporkan, seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa dia terlihat sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir sedang bergerak dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah di jalan tersebut sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan lori itu tercabut dan melantun ke arah mangsa yang menaiki motosikal di jalan bertentangan. Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang di tepi jalan berkenaan," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori berkenaan dibebaskan selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

Sumber: Utusan Online

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, August 10, 2017 10:10 PM
Subject: Fw: Tayar 'terbang' & kenderaan terbakar
Tayar 'terbang' hempap suami isteri
sinarharian.com
Syairah Abdul Lajis
10 Ogos 2017

Sepasang suami isteri maut setelah dihempap dua buah tayar dari sebuah lori membawa muatan pasir.
KUALA PILAH - Sepasang suami isteri maut setelah dihempap dua buah tayar yang tercabut dari lori sarat membawa muatan pasir pagi tadi.

Kejadian itu berlaku jam 10.55 pagi di kilometer 10 Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir.

Mangsa, Nor Baiti Awang, 44 bersama suaminya, Azizan Sahari, 42 menaiki skuter Yamaha Ego dalam perjalanan ke rumahnya dari arah Juasseh ke Taman Putra.

Dua buah tayar yang tercabut dari lori tersebut.
Menurut saksi enggan dikenali, sebuah lori yang sarat muatan pasir dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah melalui jalan tersebut menuju ke Seremban.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan di bahagian tengah tercabut lalu 'terbang' dan menghempap mangsa yang kebetulan lalu di jalan bertentangan.

"Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang Juasseh," katanya.

Paramedik dari Klinik Kesihatan Juasseh, telah mengesahkan mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian.

'Senapang Makan Tuan', Lelaki Maut Senapang Patah Meletup
siakapkeli.my

- Gambar Hiasan

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kota Bharu maut akibat tertembak diri sendiri. Mangsa yang pada ketika itu sedang menunggang motorsikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas awal pagi ini.

Mohd. Rodin Hashim, 45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di leher dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi.

Senapang patah yang diletakkan dalam raga motosikal itu meletup dengan sendiri mengakibatkan pelurunya mengenai leher depan mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama isterinya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hasan mengesahkan kejadian memberi penjelasan bahawa mangsa dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk aktiviti berburu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lesen senjata api yang sah. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," lapor utusan online.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sumber- Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: