Tuesday, August 15, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4831[4 Attachments]

8 Messages

Digest #4831
1
Fw: KHAIR AKUI UMNO @ BN LEMAH by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
2
Fw: Selfie Guna iphone Yang Dicuri, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Isa Samad Ditahan SPRM by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Gara2 Gam Kuat Tertumpah Ke Seluar by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
8
Fw: Kecewa Tak Nampak Hujan Meteor by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Aug 15, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KHAIR TOYO AKUI UMNO / BN LEMAH
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata Barisan Nasional "hidup dalam kepura-puraan" mengenai persepsi rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2017.

BARISAN Nasional (BN) Selangor masih tidak tahu kenapa ia kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) 2013 kerana parti itu tidak berani membuat penilaian yang sebenar mengenai persepsi rakyat, kata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata parti itu "hidup dalam kepura-puraan" mengenai persepsi rakyat malah tersilap apabila menyalahkan dirinya atas kekalahan BN Selangor dalam PRU 2008.
"Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
"Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor. Saya dibicara dan dipenjarakan.

"Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.
Katanya, biarpun BN berjaya dalam PRU13 merampas Perak dan Kedah daripada Pakatan Rakyat ketika itu, ia nyaris kalah di Terengganu dengan hanya dua kerusi majoriti di dewan undangan negeri.
Khir dibebaskan dari penjara dengan parol pada Mac 2016 selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, pada 2007."Masalah dalam BN dan Umno ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat," katanya.
Beliau dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 29 September, 2015 mengekalkan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dan dikekalkan sebelumnya oleh Mahkamah Rayuan.
Kenyataan Khir dibuat ketika Umno dan PKR berperang mulut tentang kemampuan masing-masing untuk menguasai Selangor pada PRU akan datang.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pada mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam bertanya kenapa BN Selangor masih gagal merampas negeri itu daripada PKR.
"Apabila Khir Toyo tidak jadi menteri besar, kenapa kita masih kalah lagi pada PRU13? Cari punca dan mesti ada sebab," katanya.
Beliau juga meminta BN Selangor berusaha memenangi semula hati rakyat dengan membetulkan persepsi negatif terhadap BN yang dibentuk oleh pembangkang berhubung skandal 1Malaysian Development Berhad.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam reaksinya mengingatkan Umno supaya lebih bimbangkan kemampuannya mempertahankan Putrajaya dan bukannya memenangi Selangor jika ia gagal menjelaskan kepada rakyat tentang 1MDB.
Dalam kenyataannya Khir juga merumuskan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu tidak menggambarkan kekuatan sebenar parti itu atau sokongan sebenar rakyat kerana undi merosot hampir 2,000.
"Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah. Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?" katanya.
Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Budiman Mohd Zohdin meraih 16,800 undi manakala calon BN pada PRU13 allahyarham Noriah Kasnon mendapat 18,695 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Noriah terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak ketika kempen pilihan raya negeri pada Mei 2016. – 14 Ogos, 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Selfie Guna iphone Yang Dicuri, Pencuri 'Pandai' Kena Tangkap
siakapkeli.my

MASAI, JOHOR - Dua lelaki diburu gara-gara mencuri iphone di sebuah kedai alat telekomunikasi selepas gambar mereka menjadi viral di media sosial sejak 13 Ogos lalu.

Menurut Liza Hamid, suspek yang memakai baju putih di dalam video tersebut telah berjaya ditahan awal pagi semalam.

"Alhamdulillah berkat bantuan semua, suspek sudah ditangkap awal pagi tadi(semalam). Sekarang suspek ada di balai. Sesiapa yang pernah menjadi mangsanya boleh pergi ke balai untuk buat laporan polis," katanya.

Kini, pihak polis sedang berusaha mengesan rakan suspek yang melibas pisau pada pemilik iphone ketika cuba merampas iphonenya kembali.

Kakitangan kedai alat telekomunikasi terkejut dengan tindakan tiba-tiba dua lelaki yang didakwa mencuri sebuah iPhone.

Berdasarkan video 8 saat itu, suspek yang berbaju putih berpura-pura untuk membeli iPhone sebelum melarikan telefon pintar, sementara rakannya menunggu di motosikal pada 10 Ogos lalu.

Selepas melarikan telefon itu, kedua-dua suspek kemudian merakam gambar wefie tanpa menyedari gambar mereka tersimpan dalam icloud yang kemudian dimuat naik oleh pemilik iphone berkenaan di media sosial untuk hebahan kepada orang ramai bahawa telefonnya telah dicuri dua suspek berkenaan.

Sekarang dia berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Belum sempat nak sergah budak ini dah nak libas owner guna pisau.

Jadi berhati-hati guys kalau nampak mereka berdua ini, terus pm tepi atau hubungan pihak polis. Mereka bawa senjata tajam. Kalau nampak nombor pendaftaran motosikal mereka, sila maklumkan.

Kedai alat telekomunikasi di pecah masuk budak ini pada 2 Ogos lalu, jika terlihat kelibat mereka sila maklumkan dengan segera.

Ada yang kata pernah ternampak mereka berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Bermaksud mereka memang sudah bersedia mana-mana kawasan yang mereka dah sasarkan.

Sebanyak 1,040,622 kali telah ditonton dan dikongsi 10,005 video oleh pengguna Facebook.

Sumber- Liza Hamid

Gambar dua remaja mencuri Iphone tersebar kerana selfie guna Iphone curi
utaranews.com

Biasanya apabila melakukan perbuatan mencuri, selalunya si pelaku akan menyembunyikan diri serta menyorok barang yang dicuri terlebih dahulu untuk mengelakkan diketahui orang. Tetapi berbeza dengan dua pencuri remaja ini selepas mencuri mereka selfie dengan kamera yang dicuri.
Kes ini berlaku di Taman Rinting, Johor Bahru dan perkongsian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bertindak menyebarkan gambar dan video remaja berkenaan selepas geram dengan tindakan kedua remaja ini.

Kedua-dua remaja ini dikatakan telah membuat kesilapan selepas mencuri iaitu bergambar selepas mencuri telefon dan tidak menyedari yang gambar-gambar mereka dapat dilihat oleh pemilik telefon menerusi sistem i-cloud yang dapat diakses melalui tanpa mengguna telefon iphone yang dicuri itu.

Menurut pemilik telefon bimbit iphone berkenaan mereka berjaya dikesan di kawasan Taman Rinting selepas pemilik mendapat maklumat dan bergegas ke sana, namun apa yang mengejutkan selepas pemilik ingin mendapatkan telefonnya si pelaku dikatakan dengan berani mengacukan pisau ke arahnya.

Oleh itu, semua pengguna Facebook diminta untuk menyebarkan perkara ini dan diminta agar berhati-hati dengan kedua-dua remaja ini yang dikatakan memberhaya.

Sekiranya anda ternampak mereka, anda diminta melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Sumber – koleksiviral

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Excited Nak Pergi Majlis Tunku Aminah Sampai Try Baju Melayu Tiap Malam, Tapi Tak Sangka Dia 'Dijemput' Lebih Awal," - Abang
siakapkeli.my

Semalam, Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz.

Majlis perkahwinan diraja ini meriah dan disambut dengan kegembiraan oleh rakyat Johor di mana rata-rata mereka amat menyayangi keluarga diraja ini kerana begitu ramah dan mesra dengan rakyat.

Namun, disebalik kegembiraan itu, ada satu kisah yang agak sedih admin terbaca pagi tadi, kisah seorang lelaki yang amat meminati kelibat Tunku Aminah, dia yang menerima jemputan majlis perkahwinan puteri Johor itu dilihat begitu teruja.

Menurut abangnya, adiknya dilihat mencuba baju Melayunya setiap malam kerana tidak sabar untuk ke majlis perkahwinan Tunku Aminah yang amat diminatinya itu.

Namun, takdir melebihi segalanya, tiada rezekinya untuk ke majlis berkenaan apabila dia telah 'pergi' untuk selama-lamanya sehari sebelum majlis berkenaan selepas terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya.

Melalui laman Facebook abang Rozaimy Qaisara, sepatutnya hari itu adiknya Muhammad Aidil adalah hari yang paling gembira.

Jom tengok dan baca perkongsian beliau.

Sepatutnya hari ni adalah hari yang paling gembira buat adik... Bukan senang nak dapat invitation dari Istana. Lagi2 invitation perkahwinan YAM TUNKU AMINAH.. Punyalah kau excited sampai tiap malam kau try baju melayu. Punyalah minat sangat kau dengan TUNKU AMINAH.

Tapi apakan daya ALLAH telah menjemput kau sehari sebelum majlis TUNKU AMINAH. Punah harapan kau adik... Apatah lagi kami sekeluarga bila lihat baju melayu yang dah siap gosok tergantung dalam almari kau adik. ALLAH lebih sayangkan adik dari kami semua.. Moga adik tenang di sana.

Al-fatihah buat adik tersayang Muhammad Aidil....

- Siakapkeli.my

Tunku Aminah Mengalir Air Mata Kegembiraan Selepas Bergelar Isteri Yang Sah Kepada Dennis Muhammad Dengan Sekali Lafaz
siakapkeli.my

Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz, hari ini.

Dennis Muhammad melafazkan akad itu di dalam bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene disambut dengan air mata kegembiraan oleh Tunku Aminah selepas kini bergelar isteri orang.

Pasangan DiRaja itu dilihat bergaya mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Keluarga pengantin wanita yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Keluarga pengantin wanita dan lelaki bertukar hantaran itu yang dibawa masuk oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN).

Antara hadiah yang disampaikan keluarga Diraja Johor buat pengantin lelaki adalah cincin emas,al-Quran, sejadah, persalinan Baju Melayu Teluk Belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat. - Siakapkeli.my

Gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah, Dennis
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

ROYAL Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah. - Foto Royal Press Office Johor

KUALA LUMPUR: Royal Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah yang dijadualkan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Gambar yang menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru itu, diambil pada minggu lalu.

Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos, diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding akan diadakan pada jam 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah, yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bakal suaminya, atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berhampiran Amsterdam, Belanda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Akhirnya Tan Sri Isa Samad Letak Jawatan
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

KUALA LUMPUR: Felda Investment Corp's (FIC), anak syarikat yang dimiliki Encorp Bhd mengumumkan beberapa perubahan dalam senarai lembaga pengarahnya berkuatkuasa pada Isnin termasuk peletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai pengerusi bukan eksekutif.

FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.

Calon baharu untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58; dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan mengenai pelantikan pengerusi baharu.

FIC merupakan satu cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda.

Isa Samad Ditahan SPRM
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Bekas pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau sebelum itu hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung pembelian dua buah hotel oleh sebuah anak syarikat Felda.

Dalam satu kenyataan, timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan ahli parlimen Umno itu.

Tindakan itu dibuat susulan keterangan-keterangan yang dirakam oleh penyiasat SPRM berhubung pembelian hotel-hotel tersebut, katanya lagi.

"Justeru itu, SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," kata Azam.

Menurut Bernama, Mohd Isa tiba bersama dua peguam pada 2.40 petang tadi berhubung siasatan pembelian oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Namun hanya bekas menteri besar itu yang dilihat memasuki pejabat SPRM.

SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2014 dan 2015 oleh FIC.

Harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian puluhan juta ringgit. FIC juga membeli sebuah hotel mewah di Kuching, yang juga dalam siasatan SPRM lapor MMO

Skandal FIC: Isa Samad Ditahan

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

amenoworld.org

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Isa Samad

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.40 petang Selasa untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel berkenaan antara 2014 dan 2015 itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil keterangan yang telah dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

"SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," kata Azam.

Terdahulu, bekas pembantu khas Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

Dilaporkan, FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar -mstar

 

Giliran Isa ditahan SPRM

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

Bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) , Tan Sri Isa Abdul Samad, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebentar tadi.

Menurut sumber, penahanan Isa ada kaitan dengan siasatan agensi antirasuah itu terhadap pembelian dua hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation (FIC). Menurut sumber, Isa hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Beliau kemudian ditahan kira-kira satu setengah jam kemudian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan Isa.

Katanya tindakan menahan bekas naib presiden Umno itu adalah tindakan susulan penyiasat SPRM yang memperoleh keterangan-keterangan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

"Justeru, SPRM yakin mempunyai asas kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya beliau dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan," tambah beliau.

Isu pembelian hotel oleh FIC bukan sesuatu yang baru. Kira-kira empat tahun lalu Isa - yang kini dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) - mempertahankan tindakan tersebut.

Kata Isa pembelian hotel di London itu tidak bertentangan dengan perniagaan teras syarikat perladangan terbabit.

FIC yang juga anak syarikat Felda membeli Grand Plaza Service Apartments bernilai £115 juta (RM586.5juta) itu selepas pernah melabur dalam lapan hotel sebelum itu.

"Hotel ini bukan satu perkara luar biasa, pembangkang tak berapa faham, sebelum ini kita dah beli lapan hotel," katanya pada Oktober 2013.

Harga lebih tinggi

Pada 27 Mei 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low memberitahu siasatan awal SPRM tidak menemui apa-apa asas kesalahanberhubung dakwaan penyelewengan pembayaran RM538 juta oleh FIC untuk membeli sebuah hotel mewah di London.

Low ketika itu menjawab soalan Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke, di Dewan Rakyat, yang bertanya mengenai status siasatan pembelian hotel mewah Grand Plaza Kensington di London.

Bagaimanapun pada 14 Julai lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan pembelian hotel itu dibuka semula ekoran ada maklumat baru mengenainya.

Kata Dzulkifli pasukan penyiasat juga mengambil dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan menilai serta meneliti kesemua maklumat diperolehi.

"Menerusi maklumat siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit," katanya.

Perkembangan itu menyaksikan SPRM menyerbu pejabat FIC, mengambil pelbagai dokumen dan melakukan penangkapan.

Antara yang ditahan ialah pegawai khas Isa yang juga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Mohd Zahid Md Arip, peguam dan wanita pembantu di sebuah firma perundangan.

Untuk rekod Isa, 67, adalah veteran dalam Umno yang pernah berkhidmat sebagai menteri besar Negeri Sembilan antara April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga pernah digantung keahliannya dalam parti kerana disabitkan kesalahan "politik wang".

Petang tadi Isa tiba di Ibu Pejabat SPRM ditemani dua peguam, namun mereka dikatakan tidak memasuki pejabat terbabit.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/392016#41F6Z42hJzwh2Rgg.99

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gara-Gara Gam Kuat Tertumpah Ke Seluar Seluar Dan Meresap Kena Betis
siakapkeli.my

Anak kecil sudah pastinya tidak tahu untuk bezakan mana yang bahaya atau tidak, mereka akan mencapai apa sahaja yang ada, beranggapan ia adalah barang mainan, dan tidak mengapa untuk bermain dengannya, kadang-kadang memasukkan ke dalam mulut.

Namun begitu, tidak siapa yang tahu benda buruk bakal berlaku, bagi kita yang mengangap satu barang itu tidak boleh mendatangkan kecederaan, rupanya ia salah sama sekali, jadi bertindaklah dengan menyimpan ditempat yang tidak boleh digapai anak-anak.

Anak-anak mungkin akan mengusik atau ambil sesuatu tanpa kita sedar, atau pun tanpa sengaja terkena kepada anak.

Jika dilihat kepada perkongsian Pn Fara Lia ini, kita tak menyangka hanya kerana sebotol gam, boleh mendatangkan kesan yang begitu teruk kepada anaknya. Sehinggakan doktor terpaksa mengorek/lapah betis anaknya untuk membuang gam yang terkena pada kaki anaknya.

Mari kita baca akan perkongsian dari Pn Lia ini.

(Lesson learn)

Baru ada masa nak Share (Bukan untuk menyalahkan sesiapa, hanya sekadar berkongsi kisah, semoga kita semua berhati-hati)..

Nie lah Gam yang anak Kak Farah kena.. Tengok RUPA dia, suci murni je kan.. Tapi effect dia terlalu bahaya..too danger.. kena hati-hati...

Sebab ramai yang bertanya anak Kak Farah kena apa warded di HSNZ, so Kak Farah share (cerita ringkas)..

Anak Kak Farah 3 year (Girl), gam ni terkena atas seluar dia, masa tu dia pakai seluar legging.. So gam ni sangat cepat menyerap dan terkena isi betis dia..

Siap kena operate lagi.. Operate bukan biasa-biasa.. Tapi akibat isi betis dia terdedah kepada gam nie, effect dia doktor terpaksa KOREK/LAPAH sampai paras lemak, untuk buang isi DAGING yang terdedah dengan merkuri Gam ni, kulit PEHA di ambil dan di tampal di BETIS..

Doktor pun dah search kandungan gam nie, memang bahaya..

So, ADVISE Kak Farah sape-sape ada anak hyperaktif, elakkan lah ADA GAM ni, MALANG TIDAK BERBAU.. Kak Farah sendiri pun TRAUMA dengan GAM ni.. ALLAH je yang tahu, sedih nya hati ni bila anak sakit.. Orang tua/besar macam kita ni pun kena hati-hati ye..

JOM SHARE RAMAI-RAMAI.. Semoga dibalas Pahala REZEKI kepada kite semua yang saling memberi peringatan agar orang lain lebih berhati-hati bila menggunakannye....
- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sultan Mizan Kembali Beraksi Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini disahkan akan kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), lapor Bernama.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo yang dihubungi telah mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) hari ini telah memaklumkan kepada pihak MOM tentang perkara ini melalui sekeping surat.

Katanya, pihak persatuan memberitahu seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri.

"Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan," kata Low.

Sultan Mizan sebelum ini dilaporkan telah mearik diri daripada kejohanan terbesar dia Asia Tenggara itu selepas kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong pada 20 Ogos ini.

Nama baginda tersenarai dalam empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) di mana Baginda pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada 2008.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Petaling Jaya, yakin keputusan baginda itu akan menambah semangat dan kekuatan pasukan kuda lasak atau endurance negara.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad ekuestrian Malaysia ialah pada edisi 2001 dengan mengutip lima pingat emas dalam acara kuda lasak individu, individu dan berpasukan showjumping serta individu dan berpasukan dressage.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, skuad negara meraih tiga emas iaitu dua dalam acara individu dan berpasukan kuda lasak 80km, dan satu emas dalam acara dressage individu. – BERNAMA

Tuanku Sultan Mizan Umum Terpaksa Tarik Diri Dari Sukan SEA Kuala Lumpur
siakapkeli.my

Foto: Miguel Rojo

Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin mengumumkan keputusan untuk menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam sukan perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang bakal membuka tirai pada minggu depan.

Menurut Datuk Low beng Choo yang merupakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sultan Mizan memutuskan untuk menarik diri dari perlumbaan tersebut demi kebaikan pasukan berikut kerana kuda yang bakal ditunggangnya berada di dalam keadaan yang tidak baik.

"Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, di sini hari ini.

Jelas Beng Choo, keputusan yang diambil Sultan berjiwa rakyat ini adalah satu perkara yang sukar kerana Sultan Mizan telah menjalani latihan dengan gigih setiap hari.

Sebelum ini, Selain Sultan Mizan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 15, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nothing to hide,keadilan untuk 3 remaja
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Budak yang buat kecoh dalam program dihadiri Tun Dr Mahathir berumur 17,18 dan 19 tahun.

Remaja itu semasa Tun jadi Perdana Menteri baru berumur 5 ,6 dan 7 tahun.Mereka mungkin tak tahu apa-apa.Mereka mungkin terpengaruh dengan UMNO yang rasuah.Mereka pun bukan boleh mengundi.Mereka begitu berani,mungkinkah di bawah pengaruh bahan terlarang.Namun begitu keadilan untuk tiga remaja itu.

Syed Saddiq namakan 3 remaja ditahan
bloglist-malaysia.blogspot
freemalaysiatoday.com
FMT Reporters

Mereka berumur 17-19 tahun dengan alamat rumah di Setapak, Petaling Jaya dan Perlis.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman menamakan 3 lelaki remaja yang ditahan polis semalam susulan kejadian baling suar ke arah pentas di forum Nothing to Hide anjuran sayap itu, yang memaksa ia ditamatkan serta merta.

Berdasarkan nombor Mykad, mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun.

FMT turut difahamkan alamat kediaman yang tertera menunjukkan mereka berasal dari Setapak, Petaling Jaya dan Perlis.

"Umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada dan kami juga telah menyemak semula keahlian mereka dengan PPBM. Mereka sama sekali bukan ahli PPBM," kata Syed Saddiq.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa melihat sekumpulan anak muda berpakaian baju T bukan rasmi dengan logo PPBM pada forum yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam petang tadi.

Kurang 2 jam forum itu berlangsung, beberapa objek seperti kasut dan suar dibaling ke arah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru selesai menjawab soalan salah seorang hadirin.

Ia mencetuskan huru-hara dan aksi tumbuk menumbuk. Beberapa remaja turut dilihat menjadi sasaran sebelum mereka diberkas dan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Syed Saddiq menyifatkan mereka sebagai "remaja upahan" yang menyamar sebagai ahli Pemuda PPBM.

"Persoalannya, jika mereka bukan ahli PPBM, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Tun Mahathir?" soalnya.

Suar api bukti ada rancangan awal buat kecoh dalam Forum Tun Mahathir
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

PETANG tadi berlaku kekecohan ketika berlangsungnya forum Nothing to Hide 2 yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Rakaman video menunjukkan, ketika Tun Mahathir mula untuk menjawab soalan dalam forum berkenaan, tiba-tiba seorang individu mula membaling kerusi dari arah kumpulan hadirin.

Seterusnya diikuti dengan lontaran kasut dan selipar serta botol minuman dari arah kumpulan tempat duduk penonton. Kejadian bertambah kecoh apabila suar api mula dinyalakan dan dilontar dalam forum tersebut.

Kehadiran suar api ini menunjukkan ada rancangan dan niat dari awal untuk membuat kecoh dalam forum tersebut. Suar api bukan boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, atau kedai serbaneka, ia adalah barangan yang sukar diperolehi.

Selain itu tindakan provokasi jahat ini juga nampak tersusun, tidak ada sebarang isu ataupun pertikaian dalam forum tersebut namun tiba-tiba berlaku kekecohan.

Jelas di sini memang ada niat dari awal pengacau yang dipercayai mahu melakukan sabotaj bagi menghentikan Tun Mahathir daripada bercakap dalam forum tersebut, sekaligus memburukkan imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM yang dipengerusikan oleh beliau.

Rujuk rakaman video berikut.

Forum itu dijadual untuk menemukan Tun Mahathir bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjawab pelbagai persoalan.

Bagaimanapun Najib Razak tidak hadir, dan memang dijangkakan dari awal dia takkan hadir sama seperti forum Nothing to Hide yang pertama dulu, dia kata nak hadir, tapi last minute tak hadir.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/08/suar-api-bukti-ada-rancangan-awal-buat.html#ixzz4pj53qULG

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)

Tue Aug 15, 2017 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kecewa Tak Nampak Hujan Meteor Kerana Awan Tebal Dan Cahaya Bulan Terang, Jom Saksikan Video Dan Gambar Yang Berjaya Dirakam
siakapkeli.my

Baru-baru ini kita dikhabarkan akan dapat menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseid di langit termasuk di Malaysia.

Ketika ini bilangan meteor yang akan kelihatan bagi pada waktu kemuncak jam 12.30 pagi 13 Ogos ni adalah antara 80 hingga 100 meteor setiap jam.

Bagaimana pun dapat dilihat rata-rata rakyat Malaysia mengeluh menyatakan awan hujan gelap menghalang mereka melihat fenomena ini selain ada yang menyatakan tidak nampak walaupun kawasan mereka tiada awan hujan.

Untuk pengetahuan semua, Meteor Perseid yang berasal daripada saki baki peninggalan habuk sebuah komet bernama Komet 109P/Swift-Tuttle ini tidaklah dapat dilihat seperti banyak yang dinyatakan kerana terganggu dengan cahaya bulan masih terang pada malam 13 Ogos itu.

Oleh itu, rata-rata netizen melahirkan kekecewaan mereka di laman Facebook angkasa kerana awan tebal dan cahaya bulan itu, untuk mengubati sedikit kekecewaan itu, admin kongsikan beberapa keping gambar dan video rakaman pancuran meteor Perseid yang berjaya dirakam di Malaysia, England, Dubai, UAE, Greece dan beberapa negara lagi.

Gambar di Malaysia yang berjaya dirakam.

Gambar: Ali Shamsul Bahar
Lokasi: Kg Sepat, Kuantan

Gambar: Muhammad Zulfikhar

Gambar di China

Gambar: Petar Glebov

Pancuran Meteor di Amerika Syarikat.

Gambar: sjb_astro on Twitter

Gambar: Sean Parker Photography
Lokasi: Joshua Tree National Park, California

Jom saksikan video yang berjaya dirakam diluar negara.

- Siakapkeli.my

Sumber Rujukan: Falak Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: