8 Messages
Digest #4834
Messages
Tue Aug 22, 2017 7:42 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Mengapa anda harus menyokong parti yang memperjuangkan Islam?
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Assalaamualaikum wbt
Kali ini saya ingin memperkatakan satu perkara yang seharus kita semua maklum iaitu mengenai parti politik di negara kita. Saya tidak tahu parti mana yang anda sokong. Mungkin bagi anda, anda mempunyai alasan untuk menyokong mana-mana parti politik yang anda sukai.
Walaubagaimana bagi saya, saya rasa kita semua patut menyokong dan menjadi ahli PAS seumur hidup. Kenapa saya kata begitu ? Kerana bagi saya, PAS lah satu-satunya parti politik yang memperjuangkan Islam. Mungkin ada yang kata, UMNO juga memperjuangkan Islam. Tapi Islam yang diperjuangkan UMNO adalah semata-mata kerana untuk memancing undi orang Melayu sahaja dan tak lebih dari tu. UMNO hanya memilih apa yang dirasakan sesuai dengan semangat partinya tetapi tidak akan menjadikan Islam sebagai perundangan negara. Itulah sebabnya, UMNO sentiasa menentang sebarang Undang-Undang Jenayah Syariah yang di kemukakan. Kalaulah UMNO tu jujur ingin memperjuangkan Islam, seharusnya, pihak kerajaaan yang memerintah telah cuba mengubah sistem perundangan atau sekurang-kurangnya meningkatkan lagi taraf Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah utama negara. Kalau orang bukan Islam tak berminat sekali pun, kuatkan kuasa dahulu ke atas orang-orang Islam.
Sebenarnya, orang bukan Islam menolak Undang-Undang Syariah kerana mereka masih tidak memahami kebaikan undang-undang yang dibawa oleh Islam. Mereka nampak seolah-olah Undang-undang Islam sebagai kejam kerana di gambarkan atau diburuk-burukkan oleh media barat bahkan juga oleh orang Melayu Islam UMNO sendiri.
Seharusnya pihak Kerajaan mendidik orang ramai mengenai kebaikan Undang-Undang Islam itu terlebih. Ini boleh dilakukan oleh media massa spt TV, Radio, akhbar dan sebagainya. Tunjukkanlah kehebatan dan kelebihan perundangan Islam yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah sosial hari ini spt judi, arak, jenayah mencuri, menipu, merompak, merogol, memfitnah, tuduh menuduh tanpa saksi, seks bebas, penyakit Aids, masalah dadah dan masalah mat rempit.
Saya juga hairan bagaimana kita semua boleh menerima hukum rimba seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Dadah Merbahaya 39B dan sebagainya, pada semua itu lebih banyak keburukan daripada kebaikan bahkan kebanyakannya lebih kejam. Sebagai contoh penahanan mereka yang dituduh atau disyaki tanpa bicara atau mempertahankan diri.
Begitu juga Akta Dadah Merbahaya seksyen 39B yang membawa hukuman mati mandatori. Bayangkan jika ada orang meletakkan 2 kg dadah di bawah rumah kita tanpa kita sedari, kemudian ada orang yang menjumpainya dan kita dituduh mengedar dadah, dan hukuman yang kita terima adalah Hukuman Mati. Adilkah ?
Itulah sebabnya saya rasa hanya parti PAS sahaja yang benar-benar memperjuangkan Islam. Mereka yang menyertai bukan kerana inginkan kekayaan atau memperolehi projek-projek besar atau menjadi jutawan segera. Mereka yang menyertai PAS, saya lihat lebih telus, bertanggunghjawab dan bersungguh untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Bayangkan di Kelantan yang terkenal dengan negeri yang miskin. Tapi di sebabkan mereka pandai menguruskan hasil negeri yang sememangnya dah terhad, Negeri Kelantan bukan lagi yang tercorot atau ke 3 atau ke 4 paling miskin. Kelantan telah mendahulu negeri-negeri lain dari segi ekonomi, peningkatan taraf hidup, kesedaran sosial dan pendidikan agama dsb.
Kalaulah pihak Kerajaan Negeri Kelantan dibenarkan mengusahakan projek Gas & Petroleum, saya rasa bukan setakat Penang, bahkan jauh lebih maju dari Negeri Selangor. Saya lihat betapa ramainya profesional dari Kelantan yang bekerja dan menetap di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Kalaulah Negeri Kelantan sekarang ini dapat mengusahakan Projek Gas & Petroleum yang mana jumlah gasnya adalah tersangat banyak dan dianggarkan mencecah nilai beratus billion RM. Itulah sebabnya pihak Kerajaan Malaysia yang memerintah hari ini tidak akan membenarkan Kerajaan Negeri memperolehi sebarang royalti petroleum atau gas sebagaimana Negeri Terengganu atau Sabah.
Kalau semua ini dibenarkan berlaku, maka Kelantan akan berkembang menjadi pusat ekonomi baru yang ditunggu-tunggu dan Kelantan yang sememangnya terkenal dengan usahawan dan juga pakar-pakar dalam pelbagai bidang, mereka akan kembali ke Kelantan beramai-ramai dan menyebabkan Negeri-negeri lain akan mengalami kekurangan tenaga kerja mahir atau separa mahir.
Dengan kedudukannya di Laut China Selatan menjadikan ianya paling strategik kerana lebih dekat dengan China, Vietnam, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Filipina dll. Ini adalah kerana negara-nagara ini juga dijangka ekonomi mereka akan berkembang pesat dalam masa beberapa dekad akan datang.
Saya juga tidak hairan jika dalam masa 10 tahun lagi negeri Kelantan, negeri Kelantan akan menjadi terkenal dengan industri petrokimia, bioteknologi, agroteknologi, pusat pengajian pelbagai ilmu dsb.
Di Kelantan akan muncul lebih banyak Universiti berbanding negeri-negeri lain. Dengan jumlah penduduknya yang lebih ramai berbanding negeri lain, menjadikan kelantan negeri pilihan pelabur dalam dan luar negara.
Kewujudan lebih banyak universiti bermakna lebih ramai tenaga mahir dan pakar yang dihasilkan oleh Negeri Kelantan dan ini akan membuka lebih banyak usahawan dalam pelbagai bidang.
Kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung menjadikan ianya Bandar Satelit yang paling moden. Semua bandar-bandar baru di Kelantan akan dibina dengan lebih terancang dan teratur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, kegiatan sosial dan ekonomi dsb.
Saya juga menjangkakan Kelantan juga akan mempunyai sistem pengangkutan canggih seperti Keretapi Laju yang menguhubungkannya dengan bandar-bandar utama semenanjung. Kalau dilihat hari ini pun, sistem meter parking di Kelantan adalah yang termoden kerana menggunakan sistem 2 pilihan samada kad prabayar berkomputer atau menggunakan syiling.
Sistem Pengangkutan Bas SKMK juga boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding syarikat-syarikat bas negeri-negeri lain yang kelihatan lebih uzur, tidak cekap dan bermasalah.
Saya juga berharap pihak KTMB akan membina landasan keretapi terus ke bandar Kota Bharu bagi memudahkan orang ramai dan juga meningkatkan lagi penggunaan keretapi di kalangan masyarakat. Mungkin satu hari nanti, pihak KTMB akan menawarkan perkhidmatan komuter antara bandar-bandar utama di Kelantan.
Itulah sebabnya kenapa kita harus memilih PAS sebagai parti pilihan. Selain itu, PAS sebenarnya disertai oleh ramai golongan bijak pandai atau intelek spt pensyarah, pakar dalam pelbagai bidang, pesara tentera yang berpangkat spt Kolonel, Kapten, Mejar, Leftenan dsb berbanding parti UMNO. Ini adalah kerana golongan ini lebih tahu menilai kerana mereka lebih banyak mendapat maklumat berbanding golongan-golongan lain.
Jadi mengapa kita semua harus menyertai PAS ?
Jawaban saya yang paling utama adalah kerana kita semua akan MATI. Jadi kenapa kita harus menyokong PAS kalau kita semua akan mati ? Jawapannya lagi, Kerana kita kekurangan amal soleh.
Jadi apabila kita menyokong PAS, bermakna kita telah menyokong perjuangan Islam. Bila kita menyokong perjuangan Islam, maka kita sudah semestinya dikira termasuk dalam golongan orang-orang yang menegakkan agama Allah, sebagaimana juga orang-orang yang berjuang di jalan Allah atau Mujahiddin.
Jadi apabila kita Mati nanti, dan amalan kita dikira, kita belum tentu lagi dapat masuk ke syurga, bahkan mungkin kita akan diseret ke dalam api Neraka yang menyala-nyala ! (Nauzubillah)
Tapi sekiranya ini berlaku, apakah yang dapat anda lakukan lagi. Jadi sekurang-kurangnya di saat kita diseret ke Neraka, kita dapat memberi hujah yang terakhir : "Wahai Tuhanku, Ampuni dosa-dosaku, lepaskan aku dari azab neraka Mu, kerana sesungguh wahai Tuhanku, aku satu ketika dahulu pernah menyokong perjuangan agama Rasul Mu."
Apakah Tuhan akan menerima ini sebagai amal soleh kita ? Ya, sekiranya sokongan kita itu adalah benar-benar ikhlas dan dengan niat untuk menegakkan hukum Allah di mukabumi Nya. Maka, fikirkanlah saudara-saudariku. Anda mempunyai akal dan fikiran yang mampu untuk membuat pertimbangan.
Sumber dari : Blogger Giler
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:42 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat Eratkan Semangat Kekitaan
siakapkeli.my
Penduduk Kampung Sungai Tengar Utara dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam amat bertuah apabila Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah melaksanakan program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat.
Pada program julung kali Jumaat lalu, bermula dari 7. 30 pagi, puluhan nasi lemak bungkus yang diletak di hadapan masjid itu habis dalam tempoh singkat .
Menurut Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32, AJK masjid tersebut berkata, program itu bertujuan membantu masyarakat setempat terutama yang tidak sempat bersarapan atas tuntutan kerja, selain membolehkan individu kurang berkemampuan untuk berserapan. Tambahnya lagi,
"Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan tuntutan solat berjemaah.
"Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak kerana ia berada di laluan utama penduduk," katanya.
Menurut Mohd Hafizuddin, Jawatankuasa Masjid turut mengalu-alukan penduduk yang mahu terlibat bersama program ini dengan menyumbang dana bagi memastikan program ini dapat diteruskan untuk jangka masa yang panjang.
"Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam," katanya.
SUMBER : Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:43 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tak Malu Ker?, Dah Menang Pun Masih Nak Provoke Dan Pukul Penyokong Lawan
siakapkeli.my
Setelah sunyi sekian lama, semalam stadium kembali dipenuhi penyokong Harimau Malaya. Satu atmosfera yang lama dirindui. Paling kurang 70,000 penyokong berada di stadium dan jutaan menyaksikan perlawanan secara langsung di kaca tv.
Kita menang dan layak ke separuh akhir dengan berbaki satu perlawanan.
Bersorak sorailah penyokong seluruhnya. Semuanya ok. Hinggalah berlaku satu kejadian memukul yang entah akal manusia mana mampu terima. Sekurang-kurangnya dua penyokong Myanmar telah dibelasah. Dikhabarkan seorang darinya dah lembik nyawa-nyawa ikan dan dibawa ke hospital oleh seorang penyokong Malaysia.
Manakala aku melihat sendiri dengan mata aku seorang lagi penyokong Myanmar yang berlumuran darah di kepala terbaring dibantu penyokong Malaysia. Dia keseorangan masa tu. Dibantu penyokong kita dalam 20-30 orang. Punyalah marah dan geram aku masa tu, emosi bercampur aduk. Sedih melihat manusia berperangai binatang.
Selepas beberapa jam dapat berita yang mereka ini dipukul oleh sekumpulan penyokong Malaysia yang entah apa tujuan tak pasti. Ada kata kerana nak merompak. Bayangkan 30 orang kejar empat orang dan dua orang dipukul tanpa belas? Allahu, kau ingat ni benda biasa-biasa ke?
Menurut kawan aku, salah seorang yang dibelasah teruk tu datang dengan seorang perempuan (mungkin isteri), depan mata dia isteri meraung-raung minta bantuan. Sedih tahu. Sebagai penyokong bola sepak aku terfikir sejenak, ini mungkin terjadi pada sesiapa.
Tak aku, kau, atau mereka tidak kira masa tempat atau hari. Haruskah kita diamkan kekejaman ini berlaku dek kerana hanya sebiji bola?
Ada seorang lagi kawan aku melihat dengan mata sendiri ada beberapa orang penyokong Malaysia yang saja-saja mencari pasal dengan penyokong Myanmar semasa perjalanan keluar dari stadium. Kenapa ada orang-orang macam ni yang dilahirkan ke muka bumi? Adakah tuhan sengaja menguji kita dengan manusia sebegini?
Logiknya takkan lah penyokong Myanmar ni tak mampu berfikir nak mengejek penyokong kita dulu. Masuk rumah orang ni, diorang pun tahu nak jaga diri.
"Ala brader, dekat Eropah sana diorang ada hooligan, biasalah tu"
Ehh brader, kau nak ikut orang Eropah tu kenapa? Kau tu agama pun Islam, warna kulit pun coklat kadang-kadang hitam. Tak sama langsung. Negatif orang Eropah laju je kau nak ikut. Positif orang Eropah habis kau bungkus-bungkus buang dalam jamban rumah kau.
Orang Eropah tengok bola, duduk tempat masing-masing. Kau tak nak ikut pula. Sibuk bersidai sana-sini, duduk dekat tangga menyusahkan pergerakan orang lain. Hal ni kau ikut siapa? Orang Eropah tengok bola tak pula terkinja-kinja nak masuk padang lepas perlawanan, kau tak nak ikut pula?
Jangan cakap hal sampah lagi, kulit kuaci kau tu. Asap rokok belum cerita lagi. Ikut Eropah jadah apa gitu?
"Padan muka, tulah buat lagi Rohingya" komen netizen prihatin dekat facebook.
"Kakakaka mampuslah kau" kata si kaki troll pula.
Ni aku nak tanya, apa beza mereka yang pukul penyokong Myanmar semalam dengan Junta? Takde tuan-tuan. Sama jahat, sama bangsat. Belasah orang lemah yang tak mampu melawan. Lagi bangsat di sini mungkin kerana negara ini bukan negara yang berteraskan kekejaman. Kalau berani lawan lah one by one. Jadi lelaki sebenar. Ehh brader, perempuan pun bergaduh one by one sekarang tau.
Masuk MMA bergaduh sakit-sakit dapat duit. Kau bergaduh semalam dapat apa? Bangga?
Come on aku nak puji siapa kalau tak tahu siapa yang memukul. Macam mana kau nak rasa berbangga sebab kami tak tahu kau siapa. Haaaa marilah mengaku. Kami netizen nak puji. Dapatlah kau berbangga serta bermegah diri
Implikasi kejadian ni biasanya bukan kena pada mereka yang melakukannya. Tapi orang lain. Dimasa depan, ia akan menjadikan penyokong Malaysia yang ke luar negara rasa tidak selamat. Mereka yang buat hal ni duduk mengangkang je depan tv sambil update status facebook sama ada memaki atau memuji pasukan negara pada masa tu.
Kalau tak cerita hal menyokong bola, rakyat Malaysia yang bercuti di Myanmar juga akan menerima kesan dan akibat segelintir penyokong kita yang otaknya letak di tapak kaki.
Ya benar yang melakukan semalam mungkin tak sampai 1% pun dari mereka yang berada di stadium. Tapi mereka inilah yang menjadi masalah kepada majoriti. Ibarat kanser, jika tidak dirawat diperingkat awal ia akan merebak dan membunuh seluruhnya. Jahat, sama jahat macam kanser cuma dalam kes ini akibatnya bukan ditanggung mereka. Tetapi orang lain.
Menjadi matlamat Sukan SEA untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara anggota. Malangnya lain pula yang berlaku dalam dua tiga hari ni. Apa susah sangat ke pergi stadium, tengok bola, sokong, sorak, menang atau kalah balik dan teruskan kehidupan seperti biasa. Yang sibuk anjingkan negara orang aku tak sentuh lagi ni.
Sukan adalah ejen penyatuan, bukan perpecahan. Mungkin golongan samseng ni tak mampu menghayati mesej sebenar dalam sukan. Ya, orang-orang macam ni eloknya jangan tengok atau menyokong pasukan dalam apa-apa jenis sukan. Tinggal sahaja di hutan, bergaduh dengan beruang untuk berebut madu. Masa tu baru lah tahu siapa paling kuat. Nak suruh gaduh ngan harimau macam tak sama level pula.
Menjadi lumrah manusia yang hitam itu akan dilihat terlebih dahulu. Jangan nafikan. Macam tu juga dengan kejadian semalam. Tentu akan menjadi isu di media-media Myanmar. Tidak kurang oleh penyokong-penyokong Myanmar. Ia akan bersemarak untuk seketika.
Persoalannya sampai bila mentaliti ini akan berterusan?
Sampai bila penyokong 'setia
Hari-hari marah ahli politik memalukan negara kononnya, sekarang siapa pula nak disalahkan?
Tak malu ke brader?. - Shah Rafi
Malaysia Baham Myanmar 3-1
siakapkeli.my
Perlawanan bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Myanmar sebentar tadi memperlihatkan anak buah Ong Kim Swee beraksi cemerlang apabila mengalahkan Myanmar 3-1.
Gol pertama permainan diraih oleh Malaysia pada minit ke-33 menerusi N. Thanabalan. Selang beberapa minit selepas itu, Safawi Rasid berjaya menyumbang gol kedua buat Malaysia sekaligus menambah koleksi gol peribadinya kepada dua.
Aksi separuh masa pertama berakhir dengan cubaan tersasar ke arah gol Myanmar. Malaysia mendahului dengan 2-0.
Separuh masa kedua bermula, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan diawal permainan.
Bagaimanapun, komunikasi yang baik antara pemain negara pada minit ke-82 membolehkan hantaran silang dilakukan dihadapan gawang gol Myanmar sebelum disempurnakan oleh Thanabalan sebagai gol ketiga buat Malaysia.
Permainan bersambung, kesilapan pasukan Malaysia pada minit ke-86 perlawanan memberi peluang kepada Myanmar membolosi gol Malaysia dengan jaringan oleh Than Paing.
Di minit-minit akhir perlawanan, Myanmar dilihat memberi cabaran-cabaran hebat kearah gawang gol Malaysia namun gagal membuahkan sebarang hasil biarpun masa tambahan 6 minit diberikan oleh pengadil perlawanan, WK Lakmal Weerakkody .
Permainan tamat. Malaysia menang 3-1.
Malaysia akan bertemu Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A pada Rabu, 23 Ogos 2017.
Team KJ Belasah Brunei Dalam Aksi Pembukaan Acara Sukan Polo
siakapkeli.my
Foto: Team Malaysia
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan Brunei amnya sudah berakhir sebentar tadi, yang mana perlawanan acara ekuestrian polo pasukan KJ menentang pasukan Putera Mateen telah berlangsung.
Menerusi dari laman Team Malaysia, yang mana dikongsikan mengenai kemenangan Malaysia ke atas Brunei, dengan mata 12 berbalas 4.
Perlawanan itu disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tulis Utusan.
Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; kerabat-kerabat diraja dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.
Perlawanan tersebut menjadi tumpuan ramai yang mula membanjiri sejak pukul 1.30 petang.
Sumber: Team Malaysia, Utusan
- Siakap Keli
"Beauty With The Brain", Atlet 4 x 400 Meter Negara Ini Sebenarnya Seorang Finalis Miss Universe Malaysia 2017
siakapkeli.my
Temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini dan setakat ini Malaysia sudah pun memungut 28 pingat emas, 19 perak, 14 gangsa.
Sejak KL 2017 bermula, kalau anda perasan, seorang atlet negara iaitu Tana atau nama sebenarnya Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer tiba-tiba menjadi perhatian. Siapakah Tana? Kalau anda nak tahu, Tana adalah atlet negara dalam acara 4 x 400 meter yang bakal beraksi dalam temasya Sukan SEA kali ini.
Namun bukan itu soalnya, yang menjadi bualan netizen adalah wajah dan susuk tubuhnya yang persis seorang model yang jelita. Patutlah ramai netizen yang bercakap tentang Tana, rupa-rupanya atlet jelita dan tinggi lampai ini merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.
Dan menariknya lagi, Tana juga merupakan pelajar jurusan akauntan! Wah! Pepatah 'beauty with brain' memang kena dengan Tana lah secara ringkasnya. Kalau nak tahu, atlet 4x400 meter kita ini juga suka menyanyi, menari dan berlakon!
Jadi tak hairanlah kalau selepas ini ramai jejaka-jejaka di luar sana melekat di hadapan TV menonton sukan olahraga!
Tana bakal turun ke trek lumba lari pada 22 Ogos ini bersama-sama rakan sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan Tana dan rakan-rakan pasukannya serta seluruh kontinjen Sukan SEA negara yang sedang berjuang ketika ini.
SUMBER : Astro Awani
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Netizen Rela Ditembak Polis dalam Temasya Sukan SEA 2017
siakapkeli.my
PETALING JAYA: Kelibat seorang anggota polis wanita yang segak berpakaian preman ketika sedang bertugas mengawal keselamatan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menjadi bualan hangat netizen gara-gara wajahnya yang jelita.
Hanya dikenali sebagai Zarith Aqilah, polis jelita itu dipercayai bertugas bersama Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Walaupun ketika sedang bertugas, polis wanita itu tetap tampil dengan penampilan anggun yang menarik perhatian netizen khususnya para lelaki yang hadir menonton acara-acara sukan yang dipertandingkan sempena Sukan SEA tahun ini.
Kebanyakan netizen memuji kejelitaan Zarith kerana tidak menyangka seseorang wanita cantik sepertinya memilih karier sebagai anggota polis.
Malah ada dalam kalangan netizen meluahkan rasa sanggup ditembak dengan peluru cinta Zarith.
@luqmanyamin berkata:"
@thetypicalmalay berkata:"
Menjelang temasya Sukan SEA Ke-29 kali ini, seramai 12,000 anggota pelbagai unit, termasuk Komando 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) ditugaskan di semua lokasi pertandingan, termasuk hotel penginapan atlet dari semua negara yang mengambil bahagian.
Temasya Sukan SEA ke-29 bermula 19 hingga 30 Ogos ini.
Antara lokasi terpilih yang dikawal ketat adalah sekitar KLCC, Bukit Bintang, KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Stadium Shah Alam, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dan bangunan Putrajaya.
Sumber : mStar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Kan Malaysia sudah minta maaf, apalagi?" – Jusuf Kalla
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia berkaitan insiden bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Menurut Bernama yang memetik kenyataan Staf Khusus Presiden bidang Komunikasi Johan Budi Saptopribowo, Presiden sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.
Presiden Jokowi itu juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan itu.
"Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan (buku cenderamata itu) mahu ditarik (balik), itu yang diharapkan oleh presiden, (dan) Malaysia (sudah) minta maaf," katanya di Kompleks Istana Kepresidenan di sini hari ini.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mewakili Malaysia semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai insiden itu.
Naib presiden Jusuf Kalla pula berkata semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan.
"Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan," katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.
Menurutnya kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang sengajakan.
"Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian," katanya lagi.
Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik
siakapkeli.my
Beberapa laman web Malaysia menjadi mangsa godaman oleh satu kumpulan penggodam susulan isu bendera Indonesia dicetak secara terbalik dalam buku panduan Sukan Sea Kuala Lumpu 2017 baru-baru ini.
Hasil tinjauan Siakap Keli mendapati penggodam itu telah menggodam beberapa laman web Malaysia termasuk yang terbaru -sebuah laman web sekolah berasrama penuh termuka di negara ini.
Mesej di laman itu antaranya menulis: "Bendera kami bukan mainan" dan "jangan curangin atlit kami".
Dalam pada itu, beberapa laman yang terkesan telah ditutup buat sementara waktu dan kembali pulih seperti biasa tidak lama selepas itu.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, telah bersemuka dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia untuk memohon maaf secara rasmi atas kesilapan tersebut.
Indonesia Mengaku Tersilap Besar Boikot Perlawanan Selepas Melihat Rakaman Semula
siakapkeli.my
Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui kesilapan besar skuad sepak takraw wanita negara itu meninggalkan gelanggang ketika menentang Malaysia, semalam.
Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar, berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap wasit (pengadil) bertugas.
"Namun selepas meneliti dan melihat semula data serta video ulangan, ternyata tekong kami mengangkat kaki ketika melakukan servis dan ia adalah kesalahan.
"Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dengan mata kasar dan kami akui sudah melakukan kesilapan," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Syafrizal, beliau selaku pengurus pasukan semalam, cuba memujuk jurulatihnya supaya tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang sedang 'hangat', hal yang kecil pun boleh menjadi besar.
"Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha mengikuti peraturan bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.
"Namun kemarahan yang tidak terbendung itu, kami 'keluar gelanggang
Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.
Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan 22-20.
Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini selepas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas republik itu.
Sumber- Bernama
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, August 21, 2017 10:36 PM
Subject: Fw: Sukan Sea 2017
Ini Sebab Kenapa Pengadil Batalkan 4 Servis Yang Diambil Tekong Pasukan Sepak Takraw Wanita Indonesia
siakapkeli.my
Isu pasukan sepak takraw wanita Indonesia memboikot perlawanan semalam dilihat agak panas apabila ada antara mereka menuduh pasukan Malaysia 'membeli
Ini terjadi selepas Indonesia menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Radhi Che Mei, membatalkan empat servis dilakukan tekong mereka di dalam Sukan SEA yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Berdasarkan ulang siar video ternyata menunjukkan kaki tekong berkenaan diangkat terlebih dahulu dari lantai ketika servis dilakukan.
Kerana keputusan boikot itu, pasukan sepak takraw negara diberi kemenangan percuma apabila regu Indonesia enggan meneruskan permainan set kedua di acara antara regu sepak takraw wanita di Sukan SEA.
Dalam perlawanan yang berlansung pagi tadi, Thailand mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu apabila menewaskan malaysia yang memenangi pingat perak.
Sementara itu, Indonesia terpaksa akur dengan pingat gangsa berkongsi dengan Filipina. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
4 of 4 File(s)
Tue Aug 22, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Umno tetap musuh politik Pas
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
YAN - Pas menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Umno dan menyifatkannya satu perkara yang mustahil.
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, dari dahulu hingga kini parti itu sentiasa menganggap bahawa Umno adalah musuh politik mereka.
"Sekiranya wujud suara sumbang serta fitnah mengatakan tentang perkara ini, ia sangatlah tidak benar, " katanya ketika berucap di majlis ceramah Pas di Unit Peti Undi (UPU) Tokai, kelmarin.
Beliau berkata, Pas sentiasa berfikiran terbuka dengan apa sahaja fitnah dilemparkan kerana fokus yang ada hanya untuk memperjuangkan dasar Islam. by Datawrkz
"Walau apa pun berlaku, Pas tetap nekad untuk membawa dasar Islam dalam menerajui kepimpinan negara," katanya.
Menurutnya, Pas akan bertanding di seluruh kerusi Dun dan Parlimen sekitar Kedah.
"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berusaha untuk meletakkan calon Pas bagi menewaskan mereka insya-ALLAH,
Mohd Hayati berkata, semua ahli Pas perlu meneliti semula semua perkara dan harus bergerak aktif dalam melakukan persediaan pilihan raya.
Katanya, Pas akan memperkukuhkan jentera yang ada dan akan berusaha menentang Umno dan parti politik lain.
"Kalau Pas ada hubungan sulit dengan Umno mesti kami tak akan bertanding dengan Umno," katanya.
Mohd Hayati berkata, kepimpinan Pas sekarang mengambil jalan lebih rasional dengan membiarkan sahaja tohmahan dilemparkan.
"Nabi berdakwah menyebarkan agama Islam pun orang menentang, tambah kita yang hanya umat kepada baginda," katanya.
Beliau berkata, kepimpinan atasan Pas sentiasa memastikan sebarang keputusan diambil adalah relevan dan tidak mengikut emosi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Dia Tak Boleh Cuba, Bukan Agama Islam, Peluh Dia, Kulit Dia,'' Gadis Terkilan Layanan Penjual Seluar Kepada Rakannya Non-Muslim
siakapkeli.my
Bersikap toleransi dan hormat-menghormati sesame kita sudah menjadi salah satu cara untuk kita mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. Walau berbeza budaya, latar belakang, mahu pun agama, ia bukan tiket untuk kita memburukkan orang lain.
Kisah yang diceritakan oleh seorang gadis, Ayus Fairus, yang mana membuatkan dirinya kecewa dan malu terhadap rakannya, yang datang bercuti dari Korea, benar-benar menyingkap akan sikap segelintir masyarakat kita.
Ianya bermula hanya dengan sepasang seluar yang ingin ditukar kerana seluar berkenaan ada sedikit 'defect'.
Tetapi layanan yang diberikan kepada rakannya yang bukan beragama Islam itu sangat sukar untuk diterima akal.
Mari kita ikuti luahan darinya.
Gambar hiasan
Islam bukan tiket utk menghina bukan Islam....
Ini kisah benar. Berlaku dekat aku sendiri, tanggal 12aug2017.
Jika sesiapa ikuti fb aku. Ampa tau yang kawan aku datang dari Korea untuk jalan-jalan di Malaysia. So, dengan masa yang ada. Aku sempat bawa dia jalan-jalan sekitar KL dan Melaka sahaja.
Semasa di Melaka, ceritanya begini....
Kami ke Pahlawan Walk untuk shopping. Kawan aku tertarik dengan seluar panjang corak ala-ala batik. So, kami pun pergi dari satu kedai ke kedai (11Aug). Semasa beli, ada yang kawan aku cuba. Ada yang tidak.
Di Melaka sahaja, dia beli 5 helai. Semua di kedai berbeza. So di kedai terakhir, memang dah tak larat cuba. Cuma pilih corak dan terus bayar.
Malamnya sebelum tidur. Dia mencuba semua seluar yang dibeli. Malangnya seluar terakhir yang dibeli jahitannya cacat. Jahitan di bahagian cawat seperti bertindih. So bila pakai akan jadi tertarik ke dalam. Senang cerita rejek lah. Ampa faham tak keadaan seluar itu mcm mana?
12 Aug. Cerita bermula....
Sebelum lunch kami ke kedai berkenaan semula dan bagitau masalah seluar tu dan minta tukar. Lepas aku bgtau, makcik (btw xde la makcik sangat. Umur sekitar lewat 40an. Aku panggil kak je kt dia. Tapi sebab benci. Sekarang ni aku panggil makcik la..kahkah) tu dah buat muka. Tapi aku sabar je dan just ignore.
Lepas tu kawan aku pilih seluar lain. Kami cek jahitan kat cawat tu macam bertindih juga, tapi sikit je. Tak seteruk seluar semalam.
Dan aku bagitau makcik tu kawan aku nk cuba. Dia tak kasi. Dia kata memang tak bole cuba. Semua barang kedai dia tak boleh cuba. Ok, aku cakap kat kawan aku pilih yang lain la sebab tak boleh cuba.
Dalam waktu tu, ada satu local family datang dan nak beli baju untuk anak dia. Dan makcik tu kasi depa tu cuba. Aku pon aikkk..apasal depa boleh cuba tapi kawan aku nak cuba dia tak kasi. Aku pon cakap la, aik tadi kata tak boleh try?!
Ampa nak tau apa makcik tu cakap???
Makcik: "Kita tak tau peluh dia macam mana dikkk. Apa dia makan. Orang dah tak nak beli kalau seluar tu dah di cuba oleh orang macam dia. Ini seluar yang adik datang tukar ni pun saya dah takleh jual. Sebab dia dah cuba".
Aku masih kurang faham apa maksud sebenar makcik tu (blur sikit time tu).
Lalu aku pun kata, "Laahh.
Makcik: "Adik ni tak faham la (nada dia dah tinggi masa ni)... Dia tak boleh cuba. Dia bangsa asing. Bukan agama Islam. Peluh dia. Kulit dia. Tak macam kita. Kita tak tau apa dia makan. Apa dia minum. Adik kena amik berat benda ni!".
Aku tergagam. Terkejut. Tatau nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Watdehell lah makcik. Apa ko pikir ha? Hadis mana ko baca? Mazhab mana ko ikut haa? Shittt betul!
Aku jawap: "1st time saya jupe orang macam makcik. Membezakan manusia dari segi agamanya. Kalau mcm ni, saya rasa better makcik bagi je duit dia balik. Sebab kita pun taktau duit dia dari mana. Halal ke tak. Ye dak?"
Makcik: "Bagi duit tak boleh. Tukar barang je boleh. Barang rm25 je dik. Bukan rm250. Pilih je la seluar mana. Tukar je."
Aku: "Sebab rm25 lah saya suruh bagi je duit balik. Bukan banyak pun. Takut duit tu duit haram je. Sebab dari dia kan. Duit tak nak kasi, seluar tak bagi cuba. Pelik sungguh makcik ni".
Makcik: "Nak cuba, cuba la. Tapi ok ke x ok kena ambil jugak".
Aku: "Mudahnya cara makcik meniaga yer." (kataku sambil senyum sinis)
Maka, aku suruh lah kawan aku pilih yang bahagian cawat nampak ok. Dan dia cuba. (Dia just try pakai kot luar saja. Double dengan seluar yang dipakainya).
Mujurlah ok. So aku terus amik seluar tu dan tarik tangan kawan aku dan blah dari situ.
Dah malas aku nk bertekak dengan orang mcm tu. Buat sakit hati je. Silap aku. Lupa amik pic kedai dan muka dia yang konon suci tu. Aku dah shaking2 nak marah! Lupa habis laah!
Mulanya aku tak cerita apa-apa dekat kawan aku. Tapi, dia tanya aku berkali-kali dan dia kata muka aku lain sangat dan suara aku shaking seperti ada sesuatu yang serius.
Aku masih diam. Sampailah kami berjalan hampir ke kedai makan. Dia terus bertanya aku. Dia seperti kecewa aku tak cerita apa-apa... Akhirnya aku mengalah, aku cuma cerita part makcik tu tak bagi dia cuba seluar tu sebab dia non muslim. Yang lain aku tak cerita.
Lantas mula dia berubah, dan dia kata awat tak bgtau tadi. Kalo dia tau, dia nk tinggal je seluar tu dan tunjuk middle finger kat makcik tu 😂😂
Ampa bayangkan kalau dia tau semua cerita sebenar. Apa dia rasa...Bersalah plak aku cerita even dekat part non muslim tu je..
Selesai makan, aku say sorry kat dia atas kelakuan makcik tu dan bagi tau dia sepatutnya aku tak cerita kat dia hal ni. Juga aku harap, benda ni tak spoil mood dia harini (walaupun mood aku dah ke laut...)
P/s: Aku harap, biarlah makcik tu tak buat hal yang sama dekat non muslim yang lain, lagi-lagi foreigner. Kemon la makcik, kita hidup tahun 2017 dah ni. Di Malaysia pulak tu. Macam-macam agama dan bangsa ada dalam Malaysia ni. Emm....
Sungguh...aku malu.....
Maafkan aku wahai sahabat....
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 22, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Mangsa Kemalangan Dakwa Anggota Terima 'Hadiah
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang lelaki sebuah posting yang mendakwa dia telah teraniya selepas terlibat dengan satu kemalangan tiga bulan lalu.
Lelaki itu mendakwa pada hari kemalangan dia sedang bekerja menjaga lalu lintas berhampiran lampu isyarat berikutan kerja penyelenggaraan monorail, tiba-tiba ada sebuah kereta Myvi dipandu oleh seorang perempuan mabuk telah melanggarnya, dia terlantar dan tidak mendapat pembelaan.
Jom baca apa ditulis beliau.
Oleh kerana dakwaan itu, pihak PSiasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah tampil menjawab dakwaan yang telah ditujukan kepada pihak polis itu di mana mereka menafikan ada unsur rasuah dalam siasatan kemalangan
Berikut adalah jawapan pihak polis melalui satu surat kenyataan media.
Sementara itu, lelaki tersebut dalam reaksinya di Facebooknya berkata, "Alhamdulillah selepas viral baru ada respon..Terima kasih PDRM ..dan saya ingin memohon maaf kepada Polis Di Raja Malaysia kerana niat saya bukan ingin memburukkan nama seluruh anggota..tetapi saya hanya tidak terima di perlakukan sebegini..
"Ini baru adil..sekali lagi saya ingin memohon maaf dan jutaan terima kasih kepada pihak atasan..terima kasih," katanya dipetik laporan Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sumber: POLIS KL
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment