12 Messages
Digest #4824
Messages
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.
2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:
a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.
b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.
c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.
3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.
a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.
a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.
a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .
b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.
a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.
a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .
4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .
Sekian, terima kasih.
Iwan
AutomobilOwner.
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.
Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.
Kerjasama anda dihargai.
Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner
Tue Aug 1, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
👇Sekadar penelitian. Apa kata Prof Dr Ridhuan Tee.
Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kaum kerana Islam adalah universal. Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.
DAP BAIK...PKR BAIK...PH BAIK...
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.
Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan 'Adios Harun Din'. Mereka tak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'setan', mereka diam.
Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.
Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.
TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP
Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kereta Axia Dipandu Jururawat Terbabas Bukan Kerana Stereng Lock
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari lalu tular di laman sosial beberapa keping gambar yang mendakwa sebuah kereta yang dipandu oleh seorang jururawat terbabas ke halaman rumah penduduk di Felda Semanchu selepas stereng kereta jenis Produa Axia dipandunya telah terkunci sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, dakwaan yang mengatakan kereta dipandu Jururawat Ahad lalu itu terbabas kerana stereng terkunci adalah tidak benar.
Ketika kejadian, Saidatul Atikah Shabandi, 24, yang memandu kereta Axia itu dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Semenchu dari FELCRA Sungai Layau dan hilang kawalan selepas mengelak dari melanggar seekor kucing yang melintas.
Ketua Polis Daerah Kota Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang yang menimpa jururawat berkenaan tidak ada kaitan dengan kegagalan stereng kenderaan dipandunya.
"Hasil laporan polis dan siasatan yang dijalankan polis mendapati pemandu mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas dari kiri jalan.
"Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan menjunam beberapa meter di pekarangan sebuah rumah penduduk," katanya. - Siakapkeli.my
Salinan laporan polis
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Arwah Ibu, Ayah/Ahli Keluarga Dapat Lihat Apa Yang Kita Lakukan, Mereka Tak Putus-Putus Berdoa Jika Kita Lakukan Kejahatan
siakapkeli.my
Dalam setiap amalan yang kita lakukan, tidak kira baik atau jahat, ianya pasti akan dicatatkan dalam buku amalan kita. Sesungguhnya kita mungkin dapat menutup dari orang lain untuk melihat apa yang kita lakukan, tapi yakinlah bahawa Dia masih mampu melihat apa yang dikerjakan.
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang telah kehilangan ahli keluarga, mereka juga mampu untuk melihat apa sahaja yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain.
Menerusi satu siri Tweet dari Da'i Wan, telah dikongsikan mengenai perkara ini.
Mari kita hayati dan ambil iktibar dari perkongsian ini.
1. Dapat melihat apa yang dilakukan oleh ahli keluarga.
2. Amalan-amalan diperlihatkan
3.'Mereka
4. Mungkin kerana tidak mahu kita terima azab kubur nanti
5. Akan diperlihatkan pada hari tertentu
6. Dua perkara penting yang boleh dijadikan iktibar
7. Jadi, sentiasa beringat dalam apa yang kita lakukan, sebaiknya hindari segala kemungkaran.
Sumber: Da'i Wan
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
PENYIASAT Perancis mendakwa dua bekas eksekutif tertinggi atas tuduhan rasuah dalam siasatan panjang berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, kata sumber yang rapat dengan inkuiri itu semalam.
Dua individu itu ialah bekas pengerusi unit DCNI tentera laut Perancis, Philippe Japiot dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif pertahanan dan syarikat elektronik besar di Perancis.
Kedua-duanya ditemu bual pada Mei, dan didakwa terbabit dalam rasuah, kata sumber.
Japiot turut dikenakan pertuduhan tambahan kerana "salah guna aset sosial" dan Perrier kerana "terlibat dalam penyalahgunaan aset sosial", kata sumber lain.
Siasatan dimulakan pada 2010 susulan aduan kumpulan Suaram dari Malaysia.
Ia mendakwa pembuat kapal selam Perancis membayar komisen lebih €114 juta (RM570 juta) kepada satu syarikat rahsia yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, bekas kenalan rapat Perdana Menteri Najib Razak.
Najib ialah menteri pertahanan ketika urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai AS$1.1 bilion dimeterai.
Dari 2001 hingga 2007, Japiot mengetuai DCNI, cawangan antarabangsa bagi operasi pembinaan kapal tentera laut.
Dua lagi individu sedang disiasat di Perancis dalam kes sama: Dominique Castellan yang juga bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Semua empat individu terbabit menafikan sebarang salah laku dan kerajaan Malaysia berkata kontrak berkenaan bebas rasuah.
Perkara itu timbul pada 2006 apabila teman wanita Razak, Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dikatakan meminta bayaran kerana bertugas sebagai penterjemah dalam urus niaga itu, ditembak mati dan mayatnya diletupkan.
Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh lapor The Malaysian Insight
Scorpene: Razak Baginda didakwa di Perancis
bloglist-malaysia.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
KUALA LUMPUR: Rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan dalam penjualan japal selam kepada Malaysia pada 2002, menurut sumber badan kehakiman kepada AFP hari ini.
Abdul Razak Baginda menasihatkan Najib semasa beliau menjadi menteri pertahanan antara 2000 dan 2008.
Najib menyelia urusjanji bernilai hampir €1 billion (RM5.06 bilion) untuk membeli 2 kapal selam kelas Scorpene dan 1 kapal selam kelas Agosta dari unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.
Siasatan ke atas urusjanji itu dilancarkan pada 2010 sebagai respon kepada aduan daripada kumpulan hak asasi Malaysia, Suaram.
Sebahagian daripada urusjanji itu, DCN bersetuju untuk membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada unit Thales di Asia, Thales International Asia (Thint Asia).
Siasatan mendedahkan sebuah syarikat lain, Terasasi, di mana pemegang utama syarikat itu ialah Razak, menerima bayaran untuk kerja perundingan, tetapi penyiasat percaya ia sebenarnya sogokanRazak didakwa di Perancis pada 18 Julai dengan tuduhan "persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah" dan "penggelapan aset korporat", kata sumber badan kehakiman Perancis.
Empat eksekutif pertahanan Perancis sudah didakwa sejak siasatan bermula.
Mereka adalah 2 bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, dan dua bekas ketua Thint Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.
Keempat-empat lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadap mereka.
Penyiasat Perancis juga sedang melihat dakwaan €114 juta (RM576.86 juta) dibayar kepada syarikat kosong yang berpangkapan di Malaysia, Perimekar, dalam urusjanji itu. Syarikat tersebut ketika itu dikawal isteri Razak.
Bagaimanapun, pembayaran itu mungkin di luar bidang kuasa penyiasatan itu kerana ia tidak dibuat kepada sebuah syarikat Perancis.
Hal ini muncul secara hebat pada 2006, apabila seorang perempuan Mongolia yang dikenali Razak – yang dikatakan menuntut bayaran untuk kerja sebagai penterjemah bahasa dalam urusjanji itu – ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan peledak plastik berhampiran Kuala Lumpur.
Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan membantu pembunuhan itu, mengundang kecaman dan dakwaan menutup kebenaran oleh pembangkang.
Najib sedang bergelut dengan skandal penggubahan wang melibatkan dana pembangunan ekonomi negara 1MDB yang diasaskannya.
sumber
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Murid Sekolah Rendah Berjaya Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) Di Korea Selatan
siakapkeli.my
MUHAMMAD Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar bersama guru pengiring menunjukkan ciptaan 'Solar Cat Feeder' yang menjadi juara
di Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea, semalam.
Seorang pelajar lelaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) keenam di Seoul, Korea Selatan, semalam dengan alat ciptaannya yang dikenali sebagai 'Solar Cat Feeder'.
Alat Pemberi Makan Kucing Solar ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, itu menewaskan wakil dari 20 negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu.
Muhammad Danish memberi kenyataan bahawa dia juga seorang pencinta haiwan oleh itu ciptaan terbabit adalah ilham dalam usaha memastikan kucing peliharaan sentiasa terjaga rapi.
"Hasil perkongsian idea bersama bapa, saya mencipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel solar sebagai bekalan tenaganya.
"Alat ini mendapat tempat di hati juri kerana ia mampu menyelesaikan masalah utama pencinta kucing yang buntu memikirkan cara untuk memberi kucing mereka makan seharian sekiranya mereka tiada di rumah," lapor Berita Harian.
Jelas Muhammad Danish lagi, 'Solar Cat Feeder' tidak memerlukan jumlah tenaga manusia untuk mengendalikannya kerana alat itu hanya bergantung kepada sumber tenaga solar.
Melalui kejayaan yang dikecapinya, Muhammad Danish Syafi menaruh harapan agar ada pihak yang sudi menaja dana bagi tujuan pengkomersialan ciptaannya itu.
Sumber- Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 8:01 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Anak Luar Nikah - Perundangan Bercanggah Dengan "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa"
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.
.
Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.
.
Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan 'Abdullah' sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
.
Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:
.
1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
.
2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
.
http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/anak-luar-nikah-boleh-bin-nama-bapa-1.507979
Sebarkan :
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pekerja 'Kantoi
siakapkeli.my
Setiap antara kita pasti mempunyai masalah masing-masing dalm kehidupan harian, ada hari kita terpaksa ambil cuti atau masuk kerja lambat kerana atas-atas sebab yang tidak boleh dielakkan.
Namun, berbohong bukanlah satu tindakan yang bijak untuk dilakukan jika kita menghadapi keadaan seperti itu, sebaiknya berterus terang kenapa lambat, kenapa perlu takut jika ianya penting, melaikan ada perkara lain yang tak masuk akal dibuat sebabkan seseorang itu lambat ke pejabat.
Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Shafiq Nasaruddin, kisah gelagat seorang pekerjanya yang telah memaklumkan kepada isterinya yang dia terpaksa pergi kerja lambat kerana tayar motosikalnya pancit.
Pekerjanya itu juga telah menghantar gambar tayar motosikalnya yang pancit melalui aplikasi Whatsapp sebagai bukti kejadian itu betul-betul berlaku.
Beliau selepas itu telah tergerak hati untuk menaip perkataan 'tayar motor pancit' di ruangan carian Google telefon bimbitnya, apa yang mengejutkan gambar seperti di bawah telah ditemui.
Jadi tenyata semuanya sudah 'kantoi
"Inilah realiti perangai anak muda sekarang, nak menipu majikan tak kena gaya, ingat depa jer pandai Google, sekali aku Google, nah, Kantoi!, aku bagi cuti panjang, terus kaku."
"Kawan-
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 1, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pelajar Perempuan Pukul Rakan 'Berjemaah', Polis Akan Ambil Tindakan
siakapkeli.my
Sejak semalam tular di laman sosial sekumpulan pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Kunak, telah menumbuk dan menendang ramai-ramai seorang rakan mereka dalam satu pergaduhan di atas padang sekolah di daerah ini.
Video yang berdurasi 1 minit 39 saat itu mulanya menunjukkan hanya dua orang pelajar perempuan yang bergaduh, bagaimana pun rakan-rakan dari seorang pelajar itu telah masuk campur dengan turut menumbuk dan menendang mangsa.
Ketika itu mangsa dilihat merayu supaya mereka berhenti memukul dan selesaikan masalah mereka cara baik namun tidak diendahkan dengan mereka terus memukulnya.
Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
"Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya," katanya. - Siakapkeli.my
Sumber: Harian Metro
Tunggulah nasib kamu nanti...
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
Petikan video sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar perempuan yang tular sejak malam semalam.
Ainul Durmahyanty Durming
am@hmetro.com.my
Video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.
Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.
Mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga terjatuh sebelum dipijak dan ditumbuk.
Ketika itu, mangsa merayu supaya diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.
Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
"Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya,
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment