Friday, August 18, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4832

8 Messages

Digest #4832

Messages

Fri Aug 18, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pesalah Trafik Liat Bayar Kompaun AES Dalam Tempoh Diberi Akan Didakwa Di Mahkamah
siakapkeli.my

Pengguna jalanraya yang telah melakukan kesalahan memandu melebihi had laju berjaya dirakam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum membayar kompaun dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan tindakan mahkamah, lapor Berita Harian.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pihaknya kini sedang menyemak pengguna jalan raya yang belum membayar kompaun AES sejak 15 April lalu untuk dikenakan tindakan mahkamah.

"Kita sudah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membawa mereka yang tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.

"Pengguna jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM150, namun jika mereka gagal untuk membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi RM2,000," katanya.

Beliau dalam pada itu menyatakan pihaknya kini belum membawa mana-mana pesalah jalanraya lagi ke mahkamah, tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang gagal menjelaskan bayaran kompaun terbabit. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Guna Kayu Pukul Kepala Dan Perut Nenek Saya Sebab Nak Mencuri," Cucu Mangsa Tampil Perjelas Kisah Sebenar
siakapkeli.my

Sejak semalam menjadi tular di laman sosial tentang tiga buah video yang menjadi bualan ramai di mana seorang wanita telah dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa menceroboh masuk ke kediaman penduduk kampung unuk mencuri.

Rata-rata netizen mengecam kerana tindakan beberapa orang lelaki di dalam video yang memukul suspek sambil menarik baju menampakkan benda yang tidak sepatutnya.

Ramai tertanya-tanya kenapa mereka begitu berang sehingga wanita itu dipukul sedemikian.

Rupanya sebelum kejadian, wanita itu didakwa telah memukul seorang warga emas selepas menceroboh masuk rumah untuk mencuri.

Cucu kepada mangsa yang dikenali sebagai Azira Suib, dia memberitahu neneknya telah menjadi mangsa cubaan menyamun di rumah mereka di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Azira mendakwa suspek wanita itu telah memukul neneknya dengan kayu di bahagian kepala dan perut.

"Pada masa tu Zira tiada di rumah kerana bekerja. Zira memang tinggal dengan nenek dan juga adik. Hampa memang marah sebab nampak orang pukul dia (suspek). Tapi hampa tak pikiaq perasaan marah kami?

"Dia pukul warga emas tau. Orang memang kata suruh pikiaq kalau jadi kat anak sendiri kan tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi dekat mak ayah hampa, dekat nenek hampa?

"Memang negara kita ada undang-undang, tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi kat hampa juga," luahnya di Facebook.

Menurut seorang lagi saudara mangsa, Eyma Halim, ini bukanlah kejadian pertama suspek wanita itu memasuki rumah mereka, sebelum ini wanita itu sudah beberapa kali cuba memecah masuk rumah tersebut tetapi gagal.

"Suspek memakai sarung tangan dengan penutup muka, jadi dia cuba menyorok di tepi rumah. Namun ibu saudara saya terserempak, jadi dia lari.

"Dalam masa tiga hari, dia cuba masuk lagi dan berjaya menyorok di dalam rumah. Ibu saudara saya bangun tidur ternampak beg biru berisi kasut cucu.

"Suspek dah memasukkan barang untuk curi. Di dalam beg ada pemutar skru dan barang untuk menyerang," dakwanya.

Menurut Eyma lagi, ketika itu ibu saudaranya mahu memapaki baju, tetapi suspek telah memukul kepala neneknya menggunakan kayu sehingga terjatuh.

"Dia cuba nak meragut rantai leher, jadi ada pengelutan. Dia memukul badan ibu saudara saya dengan kayu itu. Apabila ibu saudara cuba melawan dia melarikan diri menyorok di bilik sebelah.

"Jiran-jiran cuba untuk cari dan jumpa dia menyorok di dalam bilik. Anak lelaki mangsa dapat tangkap dia. Jadi yang mana dapat info salah tu jangan cuba sebarkan. Niat dia (suspek) untuk membunuh atau mencederakan ibu saudara," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber: mStar Online

Netizen Bengang, Gadis Disyaki Mencuri Dipukul Dan Baju Ditarik Sehingga Terselak Di Depan Orang Ramai
siakapkeli.my

Sejak sejam lalu tular di laman sosial Facebook tiga buah video yang memaparkan gelagat irang kampung di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bertindak memukul seorang wanita selepas ditangkap mengintip sebuah rumah penduduk kampung.

Memetik laporan Harian Metro, gelagat mencurigakan wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mengintip sebuah rumah telah disedari oleh seorang penduduk sebelum bertindak mengepungnya dengan beberapa orang yang lain.

"Sebaik dicekup kami bertanya tujuan apa dia mengintip rumah orang.

"Bagaimanapun dia gagal menjawab sebaliknya meronta untuk melepaskan diri," katanya.

Menurut beliau, penduduk kampung terus mendesak supaya wanita berkenaan memberitahu siapa yang menyuruhnya mengintip rumah orang.

"Walaupun didesak tetapi wanita berkenaan tidak beritahu tujuannya berbuat demikian.

"Sebaliknya dia berkata 'sat chek nak 'explain'," katanya.

Wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Tiga video wanita berkenaan dipukul tular di media sosial petang ini di mana ia menimbulkan kemarahan netizen.

Mana tidaknya, hanya kerana mengintip, wanita itu ditampar, dipukul dan rambut ditarik tanpa belas kasihan oleh penduduk, apa yang lebih teruk menimbulkan kemarahan netizen adalah gelagat beberapa orang lelaki yang dilihat memukul dan bajunya ditarik sehingga terselak menampakkan perut serta pakaian dalam suspek.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ron 95, Ron 97 Naik Lagi Minggu Ini, Buat Kali Ketiga Berturut-Turut
siakapkeli.my

Setelah mengalami kenaikan pada dua minggu sebelum ini, harga minyak pada minggu ini turut mengalami situasi yang sama, juga naik, yang mana membuatkan 3 minggu berturut-turut mengalami kenaikan minyak.

Menerusi perkongsian dari laman Paultan berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini, harga minyak yang baru bagi Ron 95 adalah RM2.15 (kenaikan sebanyak 3 sen berbanding minggu lalu, RM2.12), manakala Ron 97 pula RM 2.43 (kenaikan sebanyak 4 sen berbanding minggu lepas RM2.39)

Berbeza bagi diesel, kerana ia turun sebanyak 2 sen, dengan harga terbaru, RM2.04 (berbanding minggu sebelumnya, RM2.06).

Harga minyak yang baru ini akan bermula pada tengah malam ini untuk 17 Ogos 2017 sehingga 23 Ogos 2017, di mana kerajaan menetapkan harga minyak semingggu sekali pada petang Rabu. - Siakap Keli

Sumber: Paultan

Minyak Mentah Dunia Terus Mengalami Penurunan
siakapkeli.my

NEW YORK: Walaupun stok simpanan minyak Amerika Syarikat (AS) mencatat penurunan lebih besar bagi tempoh tahun ini, namun harga minyak jatuh lebih satu peratus semalam, lapor Berita Harian.

Data itu sekali gus mencadangkan pengeluaran kekal berada pada paras tinggi dan lebihan bekalan akan berterusan memberi tekanan kepada harga minyak dunia.

Harga minyak Brent turun sekitar satu peratus kepada AS$ 50.27 setong atau 53 sen.

Berbanding kedudukannya sebelum ini, minyak mentah WTI turun di bawah AS$ 46.78 setong atau sebanyak 77 sen iaitu 1.6 peratus.

Inventori AS meneruskan kejatuhan untuk tempoh 7 minggu berturut-turut menyaksikan kekurangan 8.95 juta tong minggu lalu kepada 466.5 juta tong, iaitu paras terendahnya sejak Januari 2016, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS.

Jika termasuk dengan rizab kecemasan, simpanan minyak berada pada 1.15 bilion tong iaitu paras terendahnya sejak Oktober 2015. - Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta
siakapkeli.my

Peringatan kepada semua di luar sana terutamanya wanita, berhati-hati ketika memandu kereta bersendirian tidak kira dalam keadaan kenderaan lain banyak atau tidak.

Simpan barang berharga anda seperti beg tangan atau lap top ditempat selamat yang tidak boleh dicapai dari luar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kerana penjenayah kini semakin berani.

Sebuah kejadian yang berlaku semalam (selasa), seorang wanita bernama Cikda Aida telah menjadi mangsa dua orang lelaki tidak dikenali yang cuba meragut begnya yang berada di dalam kereta ketika dia sedang memandu.

Menurut beliau, kejadian berlaku di Sri Damansara berhampiran lampu isyarat menuju ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), datang dua orang lelaki telah memecahkan cermin keretanya, suspek kemudian bertindak menggapai sebuah beg miliknya yang berada di tengah-tengah antara tempat duduk penumpang dengan pemandu.

"Selalu saya dengar cerita orang, hari ini terjadi kepada diri sendiri, menggigil seluruh badan saya apabila tiba-tiba orang ketuk tingkap kereta saya sampai pecah dan tarik beg sampai sakit tangan."

"Kecuaian saya sebab letak beg ditengah-tengah ni," tulis beliau yang ternyata masih trauma.

Kejadian telah menyebabkan tangannya sedikit tercedera selepas terkena kaca pecah ketika begnya itu direntap, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh mengenai kejadian ini.

Berdasarkan komen, ada netizen bernama Imah Damai, kejadian yang sama turut berlaku kepada kakaknya pada minggu lepas di mana dia turut memuatnaik sekeping gambar kereta kakaknya turut dipecahkan.

Kepada wanita diluar sana, berhati-hati ketika memandu, elakkan letakkan barang berharga ditempat yang mudah dicapai untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penjenayah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bersyukur boleh, kata pesara kerajaan, tetapi dengan syarat
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com
Mohamad Fadli

Rata-rata mereka yang hadir pada perhimpunan pesara kerajaan semalam berkata mereka bersedia menyokong pemerintah.

SERDANG: Pesara sektor yang hadir pada majlis dihadiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam rata-rata bersedia menyokong kerajaan seperti yang disarankan, tetapi mereka juga berharap kebajikan mereka lebih diambil perhatian.

Mohamad Ismail

Mohamad Ismail, 68, yang pernah bertugas di Jabatan Telekom Malaysia, berkata masalah utama pesara yang tidak berpuas hati adalah mengenai pencen yang diberi oleh kerajaan.
Ismail berkata ada rakannya menerima pencen serendah RM200 sebulan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita kena kembali pada asasnya, mungkin ada permohonan yang diminta daripada perdana menteri telah ditolak.
"Bila kakitangan diswastakan, ada yang terima pencen RM200 jadi mereka jadi 'beku'. Jadi golongan ini pendam rasa," katanya yang merupakan antara 7,000 pesara dan bakal pesara kerajaan yang hadir di Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Serdang semalam.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri dalam ucapannya mengingatkan mereka supaya berterima kasih kepada kerajaan.
"Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini.
"Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita," katanya.

Zahid berkata pesara tidak perlu melayani perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan kerana akan hanya menyebabkan hati diselubungi "rasa benci yang tiada noktah".

Ismail berkata, tidak menjadi masalah menyokong kerajaan.
"Sokongan itu kalau fikir secara rasional, tidak ada apa. Sebab kita bukan orang politik," katanya.
"Memang sokong sebab tangan yang memberi kenapa perlu kami sumpah. Itu rezeki dari Allah. Terimalah apa ada," katanya.

Ibrahim Mustafa

Ibrahim Mustafa, 63, pesara Lembaga Pertubuhan Peladang, berkata dalam menyokong kerajaan, pesara juga perlulah mendapat balasan yang setimpal.
"Pesara ini kadang-kadang lihat orang yang bekerja (dalam sektor awam) terima pelbagai kemudahan. Setiap tahun pesara hanya dapat 3% atau 4% kenaikan pencen. Orang kerajaan dapat lebih.

"Pesara pun banyak tanggungan. Kita sokong kerajaan cuma kita minta kerajaan beri sama rata. Kerana pesara sudah tahu suasana politik dan pentadbiran. Di samping sokong kita nak balasan.
"Kita juga ada bangkitkan kemudahan seperti rawatan, pengangkutan dan perkhidmatan diberi kepada pesara," katanya.

Rosnah Yusof

Pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Rosnah Yusof, pula berkata untuk pesara berpuas hati 100% pada kerajaan itu memang susah.
Tetapi, jika 70% peratus menyokong kerajaan juga sudah memadai dan selagi kerajaan menjaga kebajikan, pesara perlu menyokong kerajaan, katanya.
Beliau turut merungut mengenai kadar pencen.
"Kos sara hidup bertambah tinggi," tambah Rosnah, 58.
FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hanya Lekat Stiker Di Cermin Dan Lalu Bawah Tol, Bayaran Tol Guna Teknologi RFID Diperkenalkan Seawal Tahun Depan
siakapkeli.my

Ramai suda sedia maklum bahawa hampir semua tol di Malaysia kini telah menghapuskan bayaran tol secara tunai di mana semuanya kini menggunakan perkhidmatan 'touch n go' dan 'smart tag' bertujuan untuk memudahkan perjalanan trafik.

Namun, satu berita yang agak menarik di mana pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memperkenalkan kaedah pembayaran tol yang lebih efisyen menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID).

Memetik laporan Sin Chew Daily, pihak LLM akan memperkenalkan teknologiini pada Januari tahun hadapan dengan sekurang-kurangnya satu lorong akan disediakan di setiap plaza tol.

Teknologi RFID ini hanya memerlukan pemandu melekatkan sejenis pelekat khas pada cermin kenderan mereka dan melalui plaza tol tanpa perlu berhenti, sensor pada plaza tol akan mengesan gelombang radio untuk memotong kredit dalam akaun RFID anda.

Dengan penggunaan pembayaran yang dilihat lebih efisyen ini, masalah kesesakan pasti dapat dikurangkan dan masalah sensor yang selalu bermasalah pada smart tag baru dapat diselesaikan.

RFID yang digunakan di Florida, Amerika Syarikat

Ketika ini, pihak LLM merancang akan memasang teknologi ini secara keseluruhan seluruh negara menjelang tahun 2020, lokasi terkini yang telah dipasang sensor RFID ini adalah tol Batu 3, Shah Alam dan diuji oleh kenderaan polis, bomba dan Ambulans. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KKM Arah Kilang Tarik Balik Tepung, Berikutan Tular Kes Pisang Goreng Campur Kapur Siling
siakapkeli.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kes tular pisang goreng yang didakwa dicampur kapur siling oleh seorang peniaga di Puchong berpunca daripada kesilapan kilang berkenaan, yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa, tulis Awani.

Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kilang terbabit telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup yang digunakan pemiaga tersebut berdasarkan dari hasil siasatan yang dilakukan.

"Berhubung perkara ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut.

"Oleh kerana beroperasi tanpa lesen, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

"Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran," katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, gambar sebuah premis menjual pisang goreng tular di media sosial dengan dakwaan peniaga berkenaan menggunakan tepung bercampur kapur siling untuk merangupkan makanan berkenaan. - Siakap Keli

Sumber: Awani

Isu CCRIS Dan Blacklist Lebih 47,000 Nama Pelajar Yang Sambung Terus Pengajian Diploma Ke Ijazah Dalam Sistem PTPTN Selesai
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar apabila ada pelajar yang menyambung terus diploma ke ijazah nama mereka telah disenari hitam dalam sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Keadaan ini menyebabkan mereka yang menyambung ijazah tidak dapat membuat permohonan pinjaman pelajar dari PTPTN dan tidak dapat ke luar negara.

Keadaan ini menyebabkan beberapa orang aktivis mahasiswa telah membangkitkan isu ini dengan mengadakan satu sidang media kerana masalah ini melibatkan lebih 47,000 orang pelajar.

Abdul Hannaan added 2 new photos.
· 30 June ·
PTPTN - Pandai Hutang, Pandai Bayar ! Tengah Belajar Dah Blacklist!

1. Beberapa hari lepas, seorang rakan saya yang baru sahaja tamat belajar cuba untuk membuat pinjaman bank namun gagal kerana beliau mempunyai CCRIS.

2. CCRIS ini adalah disebabkan oleh PTPTN. Mengapa terjadi begini? Padan muka! Siapa suruh tak bayar!

3. Itulah yang bermain di fikiran aku pada asalnya. Tapi pelik kerana belum grad lagi dah kena CCRlS. Bukan itu saja, malah Imigresen juga turut blacklist nama beliau untuk keluar negara.

4. Bimbang akan perkara ini, aku pun rajinkan diri pergi ke PTPTN Perlis untuk buat semakan. (Walaupun aku masih ada lagi satu semester untuk tamat pengajian.

5. Tanpa disangka, aku mempunyai tunggakan sebanyak RM 3552.29. Dan sudah pasti kena CCRIS serta diharamkan untuk keluar negara.

6. Aku ambil PTPTN ketika Diploma dan kini Ijazah di universiti sama. Selepas tamat diploma, terus sambung degree. Aku fikir, macam mana nak bayar PT Diploma bulan-bulan kalau aku study lagi.

7. Lantas soalan itu aku tanya pada pegawai PTPTN yang hadir ke universiti aku ketika itu. Dia kata, jangan risau, nanti boleh buat penangguhan bayaran. Just isi borang/buat surat penangguhan bayaran dan hantar pada PTPTN.

8. Jadi aku mula lah lega. The whole batch aku yang sambung degree dari diploma semua buat macam tu.

9. Maka kami meneruskan kehidupan degree dengan penuh bahagia dan bersyukur tak perlu memikirkan hutang yang perlu dibayar ketika masih belajar.

10. Tiba-tiba, ada rakan aku yang baru habis belajar, cuba buat loan tapi tak lepas sebab CCRIS dari PTPTN.

11. Aku yang masih belajar pun sama, dah ada CCRIS and so do all of my friends.

12. Jadi, apa jadahnya kami dapat penangguhan bayaran tapi tiba - tiba ada tunggakan? Kalau kena bayar ketika masih study, cakap la awal-awal.

13. Tanya pada pegawai PTPTN Perlis tadi, dia cakap penangguhan bayaran yang dibuat tu hanya akan bantu exclude kos saman dan kos pendakwaan.

14. Bayaran akan berjalan seperti biasa. CCRIS akan dikenakan walaupun sebulan terlambat buat pembayaran.

15. Fresh graduate (ex dip + degree) mungkin rata-rata mulakan hidup dalam kerjaya dengan CCRIS.

16. Sedih. Baru sahaja nak bernafas dah kena fikir hutang tunggakan yang perlu dibayar secara lump sum untuk clearkan CCRIS bagi membolehkan mereka ke luar negara atau membuat pinjaman bank (kata pegawai PTPTN tadi dengan nada yg sinis).

17. Perkara ini turut mencalarkan rekod kewangan anda dalam sistem perbankan.

18. Saya amat bersetuju dengan pinjaman pendidikan PTPTN kerana tanpa PTPTN, saya tak mungkin mampu berada di universiti.

19. Namun begitu, saya mohon kepada PTPTN supaya perhalusi perkara ini.

20. Buat mereka yang membuat pinjaman diploma dan ke ijazah, berilah perlepasan kepada mereka daripada sebarang pembayaran sehingga mereka tamat ijazah.

21. Atau, jika pelajar lepasan diploma sambung ke degree ini perlu membuat pembayaran sekalipun, janganlah sehingga masuk ke CCRIS.

22. Kami faham terlalu ramai yang tidak membayar hutang PTPTn, namun kami lepasan diploma yang sedang sambung belajar tidak mampu untuk membuat pembayaran. Sambung ijazah pun hutang PTPTN lagi.

23. Buat mereka yang senasib dengan aku, bertabahlah. Buat junior-junior, ingatlah bahawa walaupun anda MENDAPAT PENANGGUHAN BAYARAN, TAPI ANDA MASIH PERLU BAYAR KETIKA ANDA SEDANG BELAJAR.

24. Satu lagi, akak kat PTPTN Perlis tadi, layan lah customer elok-elok. Muka dah comel, cakap baik-baik. Kami bukan nak lari dari buat pembayaran, tapi disebabkan kelemahan pihak anda dan juga peminjam juga.

25. Baca sampai habis, tak faham, sila tanya. Hutang memang wajib bayar. Sapa komen " duit ptptn berjoli sana sini, bila nak bayar jadi liat" atau yang sama waktu dengannya, satu saja aku nak sampaikan. FUCK OFF!

*kalau ada pihak PTPTN baca dan nak jumpa, saya sudi berjumpa dan bincang penyelesaian.

Abdul Hannaan Khairy
Mahasiswa dah kena CCRIS
Masih tercari Diamond Pink nak bayar hutang

Pada 1 Ogos lalu, pihak PTPTN telah memberikan respon yang positif mengenai tuntutan oleh pihak mahasiswa sebelum ini.

Memetik tulisan Exco Mahasiswa & Pendidikan Armada, Abdul Hannaan Khairy, beliau telah menghubungi pihak PTPTN dan mengesahkan perkara ini telah selesai.

Menurut beliau, rekod CCRIS terhadap semua pelajar ini telah ditarik balik, larangan untuk keluar negara juga ditarik balik.

Jumlah tunggakan pinjaman mereka semasa diploma telah menjadi sifar di mana akaun PTPTN diploma dengan ijazah telah digabungkan sekali menyebabkan mereka tidak perlu membayar bayaran pinjaman semasa belajar dan akhir sekali pembayaran balik hanya bermula 6 bulan selepas tamat pengajian.

"Perkara ini hanya termaktub kepada pelajar diploma yang meminjam PTPTN dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah."

"Semoga dengan perubahan yang dilakukan ini mampu sedikit sebanyak membantu survival anak bangsa dalam dunia kerjaya."

Berdasarkan kepada rekod PTPTN, lebih 47000 mahasiswa terkesan dengan perkara ini.
Terima kasih PTPTN kerana mendengar permasalahan yang dibawakan ," tulis beliau di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my

BR1M Peringkat Ketiga Dibayar Mulai Esok - Kementerian Kewangan
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 15 Ogos - Kerajaan akan memulakan pembayaran BR1M peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir bantuan itu pada 2017, mulai esok bersempena dengan sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 September ini.

Bernama melaporkan, permohonan yang lulus pada peringkat rayuan pula akan mula dibayar pada 29 Ogos ini.

"Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak," kata menerusi satu kenyataan.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Aug 18, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perkataan baru Bahasa Melayu yang anda perlu mula pakai dari sekarang
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mat Bihi

Ada banyak perkataan baru Bahasa Melayu yang telah diguna pakai dalam Kamus Dewan. Kebanyakannya adalah perkataan yang orang kita biasa sebut mengambil perkataan dari Bahasa Inggeris.

Sayapun sentiasa guna pakai banyak perkataan dari Bahasa Inggeris yang sebelum ini tak ada lagi perkataan yang menggambarkan maksud yang saa dalam Bahasa Melayu.

Kebetulan, saya dapat perkongsian dari kawan-kawan kat Whatsapp pasal perkataan baru Bahasa Melayu ini. Saya yakin artikel itu sudah di perpanjangkan oleh ramai orang dan akhirnya sampai kat saya.

Apa yang menyedihkan adalah, tidak dinyatakan asal usul artikel atau tulisan tersebut dari mana. Kesian pada penulis asal penerangan tentahg perkataan baru Bahasa Melayu itu. Penat dia menulis dan jelaskan pada orang ramai, dikopi dan ditampalkan begitu saja oleh orang ramai tanpa memberikan kredit.

Saya tulis dan tampalkan semula kat sini lebih kepada untuk kegunaan sendiri. Kalau biar kat telefon pintar, nanti nak cari semula susah sikit. Kalau tampal kat blog ini, lepas nai nak rujuk, boleh terus gunakan kotak carian perkataan kat atas sudut kanan tu.

Sila baca maklumat menarik itu kat bawah ni:

Perkataan baru Bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini.

Ayuh, kita ubah kebiasaan itu.

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Swafoto - gambar kendiri
berswafoto - mengambil gambar kendiri
menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.

Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul.

Indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian.

Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek.

Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:

1.. resepi ❌ resipi ✔
2.. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3.. istirehat ❌ istirahat ✔
4.. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5.. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6.. dasyat ❌ dahsyat ✔
7.. insuran ❌ insurans ✔
8.. ambulan ❌ ambulans ✔
9.. juwita ❌ juita ✔
10.. unggu ❌ ungu ✔
11.. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12.. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13.. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14.. redha ❌ reda ✔
15.. kerinting ❌ keriting ✔
16.. bergu ❌ beregu ✔
17.. kontingen ❌ kontinjen ✔
18.. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19.. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20.. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21.. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22.. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23.. majerin❌ marjerin ✔
24.. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25.. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26.. margasatwa ❌ mergastua ✔
27.. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28.. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29.. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30.. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31.. mee ❌ mi ✔
32.. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33.. respon ❌ respons ✔
34.. sunnah ❌ sunah ✔
35.. ramadhan ❌ ramadan ✔
36.. leukimia ❌ leukemia ✔
37.. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38.. katrij ❌ kartrij ✔
39.. cop nama ❌ cap nama ✔
40.. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41.. alergik ❌ alergi ✔
42.. ansurans ❌ ansuran ✔
43.. urusetia❌ urus setia ✔
44.. keretapi ❌ kereta api ✔
45.. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46.. naskah ❌ naskhah ✔
47.. atlit ❌ atlet ✔
48.. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49.. urusetia ❌ urus setia ✔
50.. fax ❌ faks/faksimile ✔
51.. was-was ❌ waswas ✔
52.. stokin ❌ stoking ✔
53.. karenah❌ kerenah ✔
54.. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55.. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56.. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57.. temu janji ❌ janji temu ✔
58.. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
59.. hajjah ❌ hajah ✔
60.. agen ❌ ejen ✔
61.. murtabak❌martabak✔
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: