Monday, February 17, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3848

5 New Messages

Digest #3848

Messages

Sun Feb 16, 2014 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

OKU dan Kenderaan Rosak
http://ondscene.my
Written by ondscene

Lebuhraya Damansara Puchong
Sg Penchala, Petaling Jaya
Selangor
12 Februari 2014
8.50 pagi

Kisah ini berlaku semalam, 12 Februari.

Sebaik melepasi Plaza Tol Penchala arah Petaling Jaya, sepanjang kira-kira 3 kilometer, seperti biasa hari bekerja , adalah laluan sesak setiap pagi sehingga ke Taman Tun Dr Ismail.

Nasib baik saya melalui laluan paling kiri apabila di hadapan , selang kira-kira 5 kereta , saya terlihat sebuah Perodua Kenari berhenti dalam keadaan agak menyilang dan dipasang 'hazard-light'.

Pandangan pertama saya ialah pada stiker di belakang Perodua Kenari ini -

AWAS – Pemandu Cacat

Tanpa berfikir panjang, saya terus ke arah kenderaan ini dan meletakkan kereta di hadapannya dan memintanya menarik picu untuk saya buka bonet hadapan.

Seorang wanita – dalam keadaan gusar dan mungkin tidak tahu apa yang hendak dilakukan – duduk di dalam kereta – yang saya anggar mungkin antara 10 ke 15 minit dia telah berada di situ.

Saya bertanya akan masalah yang dihadapinya – dan menurutnya, keretanya 'over-heated' – "temperature naik tinggi" menurutnya.

Ok, masalah ini boleh diselesaikan dan sementara menunggu penutup radiator agak sejuk, saya sempat berbual dengan pemandu.

Menurutnya, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong untuk ke tempat kerja di Bandar Sunway dan tiba-tiba suhu kenderaannya naik mendadak dan bahagian enjin 'berasap'.

Saya rasa begitu terusik melihat , wanita ini adalah seorang OKU – dan sebatang tongkat OKU berada bersamanya – kaki kirinya lumpuh dan tiada siapa sekurang-kurangnya berhenti untuk bertanya masalahnya.

Saya nasihatkannya supaya duduk di dalam kereta dan tak perlu keluar, biar saya uruskan masalah dia hingga selesai sambil menerangkan mengapa kejadian itu berlaku dan fungsi radiator dan air kepada kereta.

Setelah kira-kira 15 minit, semuanya selesai dan menurutnya, dia perlu membawa ke bengkel di Taman Tun Dr Ismail dan saya menawarkan untuk mengiringi keretanya sehingga persimpangan Bandar Utama.

Dengan izinnya, saya rakamkan foto wanita ini , dan memberikan kad nama saya kepadanya , tetapi saya lupa untuk bertanyakan namanya.

"Nanti you baca blog saya, saya akan keluarkan kisah ini…"

Jam 3.24 petang, saya menerima email ini :

Dear Encik Shamsul,

Thank you very much for your help this morning! I have got my car fixed.

Thank you.

Regards,

Sheau Lan

Apa-apapun, dalam apa jua situasi terutama di saat kesulitan dan mungkin anda berseorangan, walau siapapun kita, InsyaAllah akan ada pertolongan sampai.

Cumanya, kita juga perlu berhati-hati , sebab kita tidak mahu kejadian lain pula yang mungkin berlaku sebaliknya.

Hati-hati di jalanraya , ingat yang tersayang…

Comments
a.. Rizal menulis:

tuan memang insan hebat!

b.. AnakGanu menulis:
terbaik lah en Sham….saya pon kadang-kadang kalau nampak kes macam ni, dorang taknak bukak tingkap dan bagitau," tengah tunggu suami/kawan datang"…at least nak la tolakkan keta ke tepi…tak dela jem depan tol sunway tu…

c.. zahari menulis:
Syabas saudara atas sikap perihatin dan pertolongan tersebut. Moga pertolongan saudara kepada yg memerlukan diganjarkan diakhirat. Anda insan yg hebat.

d.. Pathy Raja menulis:
Respect you bro… Kalu la kita ader insan macam u lebih senang hidup kita….

e.. gg menulis:
Memer TERBAEK BOSSSS….!!!!!!!!!!!! SALUTEEEEEEE….

f.. Tan menulis:
Good bro!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

g.. bibikbiru menulis:
God bless you, Bro Sham.

h.. aazman menulis:
alhamduliLLAH….saya nak jadi macam en sham!

i.. Suzy menulis:
Alhamdulillah… semoga dipanjangkan usia untuk membantu pada mereka yang memerlukan pertolongan =)

j.. momento menulis:
Alhamdulillah..semoga Bro Sham dikurniakan rezeki,tubuh badan yang sihat dan hidup bahagia. Kesian juga kalau nampak wanita2,makcik2,aunty2,pakcik2 tambah lagi dengan anak2 kepanasan kereta rosak tepi jalan.

k.. Fuad menulis:
Alhamdu lILLAH… semoga saya juga mampu mencontohi saudara, amin.

Sun Feb 16, 2014 3:31 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Feb 16, 2014 3:31 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Feb 16, 2014 10:07 pm (PST) . Posted by:

"tanya saya"

tq bro

2014-02-15 11:06 GMT+08:00 Syahril Riz <Syahril_riz@yahoo.com>:

>
>
>
>
> Best for your automobile.
> Pasti ada di antara kita yang sayangkan jentera yang dimiliki. Seperti
> saya, sudah tentu mahukan kereta yang dipandu perform sebaik mungkin. Saya
> kongsikan sedikit beberapa tips dan panduan sepanjang pengalaman saya
> dengan jentera beroda 4 ni.
>
> 1. Guna minyak enjin HDEO. Heavy Duty Engine Oil. Minyak Enjin Tugas
> Berat. Biasa digunakan oleh kenderaan berenjin diesel (lori, bas, trailer)
> Ini antara minyak enjin terbaik. Ramai yang salah anggap dan skeptikal
> mengenai minyak enjin ini. Minyak enjin diesel untuk kenderaan diesel
> sahaja. Minyak enjin petrol untuk kenderaan petrol sahaja. Mana boleh guna
> minyak enjin lori untuk enjin kereta/enjin motorsikal, minyak enjin lori
> tentu berat. Tetapi ujikaji group Malaysian Bikers Community (MBC)
> membuktikan sebaliknya. Secara logik, minyak enjin untuk tugas berat/enjin
> diesel diuji sepenuhnya pada tahap lasak berbanding minyak enjin yang
> dihasilkan untuk enjin kereta/motorsikal. HDEO ini diuji ke tahap maksimum
> di mana semasa sebuah lori di'rembat&#39; selaju-lajunya di highway, semasa
> sebuah trailer dengan penuh muatan berat panjat bukit lagi. Jadi HDEO ini
> lagi licin, lagi best, lagi baik, lagi cun dan jika digunakan untuk enjin
> kereta/motorsikal enjin
> jadi lagi ringan dan responsive. Caltex mengumumkan melalui laman web
> rasminya dalam satu ujian minyak enjin diesel Caltex Delo telah digunakan
> oleh sebuah trailer enjinnya hanya perlu di overhaul selepas 1,000,000km.
> Penulis sendiri kini menggunakan minyak enjin jenis HDEO PetroCanada
> Duron-E 15-40 utk enjin 4G93 DOHC Auto. Adakah minyak enjin fully syntetic
> untuk kereta biasa tak baguskah? Sebenarnya minyak enjin fully syntetic yg
> dijual di Malaysia kebanyakkannya bukanlah 100% sintetik sepenuhnya. Tak
> percaya, try Google/Yahoo/Ask syntetic Group 3 dan anda akan mendapat
> jawapannya, di mana saya mendapati minyak enjin fully sintetik yg dijual di
> Malaysia hanya Gred 3. Contoh minyak enjin dengan syntetic group 4,
> syntetic group 5 (betul-betul sintetik sepenuhnya) ialah Amsoil di mana
> minyak enjin ini untuk gred semi sintetik boleh digunakan sehingga 20,000km
> dan gred sintetik sepenuhnya boleh digunakan sehingga 40,000km!
>
> 2. Pakai Volt Stabilizer Fungsi VS menstabilkan arus elektrik kenderaan
> dan secara keseluruhan mengurangkan load dari alternator, slow down
> electric charged drawn from battery and reduce electrical noise. Best utk
> kereta jenis suntikan minyak AKA Fuel Injection di mana arus elektrik yang
> stabil ini amat penting untuk ECU mendapat reading signal dalam AMP. yang
> cukup. Untuk kenderaan dengan transmisi auto, gear shift lagi smooth. The
> best VS I'm found in Malaysia so far is Eco Concept VS.
>
> 3. Pakai grounding wire untuk older car (more than 5 years) Ingat, factor
> wear & tear menyebabkan pembumian (earthing) arus letrik semakin lemah. Ini
> dibuktikan dengan headlight yg semakin malap & lampu suis-suis di dashboard
> seakan berkelip semasa compressor aircond kereta nak ON waktu malam. Dengan
> memasang grounding wire, pembumian elektrik dari terminal negatif bateri ke
> body kereta dan ianya akan membantu menguatkan aliran elektrik yang semakin
> lemah dan berkurangan untuk older car.
>
> 4. Pakai spark plug spt NGK G-Power Platinum last up till 60,000km atau
> NGK Iridium, last till 100,000km. These SP more efficient, got small tip
> more fuel burn..
>
> 5. Try to run at 120kmh - 130kmh at highway, this will make your car burn
> near 100% fuel and clean your combustion chamber from deposit carbon
> (source JPJ Engineer Ir Mohd bin Dalip, JPJ & Anda, KLFM)
>
> 6. Do cleaning entire fuel system, using lambda otto (petrol) once a year.
>
> 7. Do engine flushing using Lambda Primer every 2 year.
>
> 8. Do checking your ECU (scan & correct any error code appear) every 2
> year.
>
> 9. Remap your car ECU - Semua pengeluar kereta di dunia akan cuba 'play
> save'. Jadi, dari kilang, dalam keadaan standard setting@tuning enjin
> kereta anda telah ditala untuk menggunakan lebih 30% minyak petrol walaupun
> dalam keadaan enjin kereta hidup dan tidak bergerak (engine idle) setelah
> mengambil kira pelbagai faktor. Kajian mekanik-mekanik terkenal yang
> terlibat dalam talaan enjin menunjukkan kadar suntikan minyak hampir semua
> jenis kereta yang digunakan di Malaysia boleh dikurangkan lagi sebanyak 15%
> sekaligus dapat menjimatkan poket anda (setelah mengambil kira faktor
> kualiti petrol di Malaysia yang bersih berbanding negara jiran, keadaan
> trafik, jenis kegunaan kereta tersebut daily driven on the road/race,
> cuaca, altitud dsb.). What you will gain after ECU remap? The answer is
> better acceleration (more pickup), more precise auto gear change, better
> fuel consumption and more responsive engine.
>
> 10. Car with autocruise, use it when drive on highway or on straight road
> - long journey.
>
> Ok dah byk sgt kot.. nnti saya sambung lg..
>
>

Sun Feb 16, 2014 11:54 pm (PST) . Posted by:

"idea_um idea_um07" idea_um07

salam member group,

Di sini aku nak iklan kan sesiapa nk beli kebun getah...pokok muda lg boleh dapat hasil...boleh tgk iklan di mudah.jalan masuk kebun mudah, boleh rapat dgn kereta. ni iklannya...tq

Address: Mukim Hulu Ijok- Batu Glugor
Location: Perak - Selama
Postcode: 32610
Price: RM 60 000 Type: Land, For sale Area: Selama
Title type: Freehold Other info: Bumi Lot
Size: 2.87 Acres
Property Type: Agricultural
Kebun Getah nak djual dgn harga sangat murah iaitu
RM 60 000 ribu sahaja, boleh masuk ke kebun
dengan kereta, getah muda boleh toreh terus dapat
hasil, ada sungai yang menarik boleh bt kem dan
boleh berkelah sambil berkebun, udara nyaman dan
segar, proses mudah tukar nama masuk terus dlm
geran d pjbat tanah Selama, hubungi saya segera Hj
Omar di talian 013-4537905, SIAPA CEPAT DIA DAPAT
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: