Saturday, February 8, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3840

2 New Messages

Digest #3840

Messages

Fri Feb 7, 2014 8:33 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ringgit jatuh RM2.624 berbanding dolar Singapura
The Malaysian Insider
a..
b..
c.. Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.
Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.

Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.

"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.

Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."

Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.

Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.

Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia.

Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.

Bagaimanapun, Wu berkata, melihat kepada beberapa pusingan pasaran lalu, bank pusat Malaysia perlu campur tangan jika ringgit terus jatuh sehingga serendah RM3.80 berbanding dolar Amerika.

Hari ini, USD1 dibeli pada nilai RM3.33.

Wong berkata, matawang Asia terpaksa menempuhi ketidakstabilan itu sehingga keyakinan muncul semula.

"Sukar untuk menjangkakan bila kita akan jatuh hingga ke bawah. Tetapi, keyakinan akan kembali dan matawang boleh naik semula dengan cepat," katanya.

Beberapa syarikat berpendapat ringgit yang lemah tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.

Mike Lim, pengarah eksekutif syarikat pembotolan, Dr Who yang mengimport bahan daripada Singapura berkata, ringgit yang lemah boleh dilihat sebagai pelindung terhadap kenaikan kos kehidupan di Malaysia.

"Tetapi kita tidak meramalkan ia akan kekal lemah untuk masa yang lama," katanya.

Comments
a.. Daud •
a.. Muslim NGO's, this is also a topic for you to tackle, when the country hits bankruptcy, religion or race will never safe you.
b.. Nescafe, Lagi Satu •
We already know it in December. If not for the tempory cushion, last month it would have drop to such level. That is why many rich people change to Sing dollar. Today they made more money. Ang pow for them but they are not selling yet.
c.. YC •
Dalam tahun 70an, wang Ringgit sama nilai dengan Dolar Singapura. Singapura bukanlah hebat sangat jika dibandingkan Malaysia. Mereka hanya rajin, berusaha dan tak berani ambil rasuah itu saja!
d.. KKTan •
Bravoo... Bravooo... Well done BN Malaysia. Thanks for bringing Malaysia down to these kinda standard. in the 70s Malaysia is still comparable to Singapore. Now Malaysia is only comparable to Vietnam, Thailand and Philipines. With the trends continuing by 2020 we will find ourselves behind Vietnam, Thailand and Philipines. Don't know who else we going to compare ourself with then.
e.. Hitam •
More export . And things will be better and we will pick up the currency positive momentum.
f.. Suvarna_Tropics •
and where are the anti singaporean comments...no shame ah got natural resources all kinds of metals and flora and fauna and this is what the government could do. goes a long way in showing that this pariahtic government cannot do jack but keep sponging on its riches
g.. Masriieff... •
To our ministry of finance including the first second and deputies, and BN politicians , the more the exchange rate to USD or Spore is better because, their savings are all in sporian dollar or USD in DBS and other Swiss banks, they are more than happy to see RM drop..they got more RM from their dollar saving. Why should we think that they are caring?...more kangkong kan be bought by them with dollar nowday..
h.. Osama •
Terrorist Nation thanks to Ibrahim Ali and the geng. Now currency drop, imports become expensive, Malaysian exports become cheap. Trade Deficit increase and so does the National Foreign Dept.

Malaysian Ekonomy is heading South and Najib is heading for the door.
i.. Mohd Fairoz •
Dulu kita punya banyak wang tapi lebih rm100 billion habis hilang sebagai wang rasuah dan lebih rm1trillion wang negara keluar sebagai dana haram di luar negara dalam tempoh terdekat. Lama kelamaan 1 SG dollar bersamaan RM3 bakal berlaku akibat ketirisan kerajaan BARISAN NASIONAL
j.. david •
Tahukah anda beli kangkung kat Malaysia, jual kat Singapura boleh untung besar sebab kangkung kat Msia MURAH !
k.. Lefty •
Terlalu banyak duit ringgit menuju ke Singapura. Tahun lalu bank pusat Singapura kata orang yang banyak sekali membeli hartanah di Singapura adalah orang Melayu Malaysia. Duit rakyat bila dah dicuri dikeluarkan dangan cepat dari Malaysia. Takut MACC akan ambil balik duit tu. Sama macam Sharizat, duit 250 juta di beri, hanya 39 juta dapat di kesan. Yang lain semuanya dah disembunyikan di luar Negara. Tak ape lah... Kita cari isu lain, tumpah darah ayam keatas poster orang Pakatan.
l.. Faiz •
Terima kasih Najib, perdana menteri jugak menteri kewangan. Akhirnya ada jugak yang jatuh dan turun selain kangkung.
m.. Mohd Azmil •
itu tandanya ekonomi negara teruk....
n.. Victor •
Wow ...we still in denial over this ..may be ngo islam will come out and defend the ringgit for this insult on ringgit.
o.. Jeffrey Ang •
FUYOOO!!! Kerajaan BN/UMNO ekonomi Malaysia KONONNYA begitu "BAIK" sehingga RINGGIT SEMAKIN TERUK PARAH TURUN MENDADAK!!! "HEBAT"NYA!!!! MARILAH KITA TEPUK dengan GEMURUH!!! CLAP CLAP CLAP CLAP CLAP CLAP!!!
p.. Notcaveman •
Apa kata PM selaku Menteri Kewangan? Masih berdiam diri macam biasa........ Hakikatnya, dengan kejatuhan RM, maka semua rakyat Msia menjadi lebih miskin dari hari sebelumnya.
q.. Nobel Dreamer •
You see ringgit will hit 3.00 mark against Sing. by year end. Be prepared
r.. Tny •
RM will never be as good as Singapore as long as this corrupted umno govt stays!!!!!
s.. B. H. •
Najib Razak akan hancur ekonomi Malaysia dengan agenda "transformasi" celaka dia.
Jika adun UMNO mati/bersara, pilihanraya kecil mesti di adakan. Insya'Allah dia akan tumbang lebih awal dari jangkaan.
t.. A Yahoo User •
sejak Menteri Kewangan dipegang oleh Melayu.. Nilai matawang Malaysia telah merosot begitu ketara
u.. Freedom Of Expression •
Pengaliran wang keluar Negara juga disebabkan menteri beli rumah di luar Negara seperti di London, New York etc. Terima kasih menteri Malaysia kerana menolong menjahanamkan matawang Malaysia.
v.. matt •
apa bila kerajaan tak cekap mentadbir,,begini la jadi nya....
w.. wong •
Wouldn't be surprised with the level of corruption in this country ---------- the money will all FLOW outwards and hence the Ringgit will go LOWER and LOWER .
x.. W •
Satu hari aku gi shopping kat Thailand, bila nak bayar tokey tu tanya nak bayar baht ke rm. Dengan bangganya aku kata bayar rm boleh lah murah bos...... pas tu bila dia convert jadi harga lebih. Aku tanya balik ngapa lebih... tokey tu kata rm murah dari baht dan dia tak nak
simpan banyak rm sebab.......dia tak bagi tau. Itu cerita 3 bulan lepas. Skarang baru aku tahu
rm makin susut nilai...malu nya....
y.. Tan •
Tactics. Bila cost sara hidup naik, kerajaan cuba turunkan matawang. Dengan ini spendingpun naik. Semua ini se-mata2 nak kaburi mata rakyat. Yang susah majority yg tak tahu apa itu mata wang asing.
z.. Bakar •
No comment from BN macai?
aa.. Bebi •
harga minyak boleh naik tapi harga matawang Malaysia gak yang jatuh nilainya.....dah pemimpin kita otak kangkung...inilah jadinya
ab.. Tomy •
mungkin duit haram dan dui rasuah yg pindah ke luar Negara yg buat ringgit lemah
ac.. adi •
Foreign capital exiting from Malaysia? Why not ? They don't trust the present govt to manage the funds !! Too many cases of mismanagement of funds ! You only put your money in places where you have trust and faith....our BN govt cannot give that faith to the foreign fund managers !!
ad.. Guru •
Itu lah ...kalau cakap nanti kechil hati. Tapi memang kita bahlol tentang economy. Wawasan 2020 angan angan tahi ayam. Ringgit nanti jatuh lagi ke-paras RM3.00 - S$1.00 Singapore. Cakap aje besar...
ae.. Mohd •
Di malaysia yang turun cuma kangkung dan ringgit
af.. cm •
with Bn, Malaysia will never be far from bankruptcy. Ministers study history & not economics.
ag.. Kiki •
Bah... patutkah saya rasa bangga? Kalau cakap malu, orang lain akan kata saya tidak hormati negara sendiri. Macam mana ni?
Apa boleh kita buat dengan pentadbiran negara sekarang?
ah.. Nantha •
Signs of bad things to come..
ai.. Latifah •
Pekerja-pekerja Malaysia amat produktif. Perkhidmatan awam sangat besar tetapi bersih, cekap dan beramanah. Ekonomi negara pun baik. Jadi ringgit akan pulih menjadi kuat tak lama lagi. Kenaikan gaji dan bonus akan dapat diberi demi mencapai Wawasan 2020. Malaysia Boleh! Negara lain jangan cemburu.
aj.. LIM •
this is just the beginning, brace yourself for the worst yet to come......
ak.. mazlan •
matawang tinggi beli banyak...matawang rendah galakkan jualan....sama 2 untung wooooo
al.. fact •
Wonder what will you tell next ten year when our currency is lower than Vietnam & Filipina,
likewise Thai currency sometime is higher than us, what is your explanation.......
am.. Abu Bakar •
Dolar Singapora tinggi bukan kerana ekonominya maju tapi kerana di Singapora tiada BN dan Najib.
an.. shan •
Terima Kasih BN dan NGO Muslim!!
ao.. Jacky •
habis macam mana nak improve, sedangkan semua golongan UMNO mati matian gaduh untuk utuhkan semangat melayunism. tak pentingkan atau cara nak maju dalam ekonomi.
ap.. Gemini •
who to blame? GST, tolls, fuel price increase, etc...
aq.. fact •
Don't compare Malaysia to Thailand, vietnam & etc.....
think back we are actually suppose to match with Singapore....As we have plenty of natural sources than Singapore......Since we cannot compete just admit our mistake then find the way to make it right....Instead of finding reason to tell....blur....blur...blur.....Admit mistake is the way to improve.....you can find thousand reason but fact is fact...
ar.. Abu Bakar •
$1(Sg)= RM3.00 by year end.
as.. Bn •
Terima kasih bangyak pada Najis ya, sebagai menteri kewangan, dia amat pandai ' mengurus ekonomi Negara ' sehingga ringgit kita hamper jadi 'wang kertas Jepun pada perang dunia ke-2 '. Ini lah umno, pandai songlap tetapi bodoh mengurus Negara !. Perkasa dan ahli2 katak mereka tak buat demostrasi kar ?. Kumpulan Bodoh MJMM tak pergi bunuh ayam sebagai protest ker atas si Najis ini ?
at.. Red •
Apalah dah jadi dengan negara ni? Kos hidup semakin tinggi. Petrol naik, tarif elektrik naik, tol (akan) naik, cukai pintu naik, harga barang keperluan semua naik, Hanya nilai matawang Malaysia turun. Apalah. dah jadi dengan pentadbiran negara ni dah jadi tunggang langang.
au.. olin •
Pengaliran ringgit keluar banyak ini yang menyebabkan nilai ringgit jatuh.. Jadi janganlah asyik ambik pekerja asing je..
av.. shan •
Thank you BN and Muslim NGO's
aw..
amen •
kalau tak suka dok kat malaysia, g la negara lain - statement paling sinonim dgn pemimpin kita bila mepersoalkan ttg isu2 begini. Nanti akan compare gak dengan negara thailand n lain2, supaya nak tunjukkan malaysia masih megah mcm dulu2..
ax.. freedom_finder •
Singapore dibantu US leh la..malaysia nak naik kna brdikari sndiri..
ay.. asok •
should thinking about looking for job in singapore
az.. Andrew •
bila matawang ringgit sama paras dgn duit Zimbabwe.
tercapai lah kesan umno...2020 konon
ba.. Kibitzer •
Maybe, because there is no halal sign in the ringgit. Down, down, down sampai value macam toilet paper then kerajaan melayu happy. Thanks BN UMNO government. This is what they call progress, Malaysian style. Competing with Indonesia ke? How loooow can you go! Limbo rock ke ini?
bb.. Ab.Karim •
Malaysia terlalu ramai pendatang asing yang tidak didaftarkan.Wang hasil daripada pendapatan mereka dibawa balik ke Negara Mereka.Mereka duduk dalam hutang atau ladang atau dibandar besar yang sukar dikesan.Wang kita dibawa keluar tanpa sekatan dan menyebabkan kecairan wang dalam negara kurang.Wang kita dicairkan diluar negara dan faedah banyak kepada negara mereka.
bc.. PW •
Jangan risau. Ringgit akan pulih menjadi lebih kuat daripada dollar Singapura menjelang tahun 2020 kerana Malaysia Boleh!
bd.. Ahmad Jahid •
Shame of the country management. Dah tunjuk kebolehan pimpinan kita ni..............
be.. Tompuuriiriuh •
Tujuan utama untuk depresiasi matawang adalah meningkatkan Eksport supaya kompetitif dengan pasaran luar, mengurangkan import dan meningkatkan aliran masuk dana dari luar.

Abd •
bf.. Benarkah RM yang berada di Singapura lebih banyak RM yang ada di Malaysia? Dikatakan Jika semua RM yang ada di Malaysia dikumpulkan menjadi bukit sekalipun, bukit RM yang ada di Singapura lebih tinggi? Subsidi diesel kepada nelayan supaya harga ikan mampu dibeli oleh rakyat tapi terlalu banyak yang diekspot kes Singapura., juga RM tidak didimpan di Malaysia. Tak cukup ekspot, jumlah pendaratan ikan mereka tipu untuk tuntut subsidi pendaratan ikan RM0.10/kg! Singapura bukanlah hebat sangat, hutang Negara hampir 100% GDP mereka!
bg.. Ismail •
Ringgit yang lebih murah menjadikan harga barang keluaran Malaysia lebih murah. Jadi ia akan menggalakkan eksport dan membantu ekonomi. Tak ada gunanya kalau ringgit nilai tinggi kerana ia akan menjadikan harga barang keluaran Malaysia mahal. Jadi, rakyat Malaysia boleh mengelakkan dari membeli barang import kerana lebih mahal. Inilah masanya untuk menunjukkan sikap patriotik anda terhadap keluaran Malaysia.
bh.. Jalil Abusamah •
Hello Friends, dont argue about this small thing, The worst have yet to come.
bi.. Blackjoe •
mana BN=BOROSan Negara punya macai bahalul?
bj.. Abd •
Jika kerajaan benarkan (sekali sahaja ) semua RM yang disimpan di luar negara dibawa masuk tanpa soal bagaimana wang tersebut diperolehi ,RM akan kembali kukuh .
bk.. Jayendran •
Janji DiTepati !!
bl.. yahoo user •
if m'sian economy down singapore will be the same coz singapore depends on M'sia. just wait and see.
bm.. Lop •
worrying.....
bn.. Andrew •
salah salah nanti kita kena beli barang guna kangkung pulak
bo.. huh •
najib quite or quit
bp.. Aris •
bagus

Fri Feb 7, 2014 8:36 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[BONGKAR] Ramai Tidak Tahu Ada Terowong Rahsia Di Putrajaya
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

18.Beliau mencabar saya satu perkara…"Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?".

19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.

26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.

27.Kebangkitan akan bermula dari sini… -sumber:isupanaz/militaryofmalaysia

comments:

Anonymous said...

gua pernah buat wiring kat kawasan tu tahun 2000 tapi hanya untuk 1 km saja. kawasan lain kontraktor lain. setiap inci kawasan ada lain kontraktor.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: