Thursday, February 27, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3857

2 Messages

Digest #3857
1
Fw: Kalau Betul Dia Sayang Kau… by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Hati-hati Di Laluan Kecemasan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Wed Feb 26, 2014 8:18 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Kalau Betul Dia Sayang Kau…
http://ondscene.my
Written by ondscene

Batu 6 3/4
Jalan Gombak, Selangor
17 Feb 2014
3 petang

Nama mangsa : Fairuz Shaari, 27 , Selayang – cedera di kaki.
Rakan-rakan ketika berbual, selalu mushkil dengan saya : mengapa saya selalu terserempak dengan pelbagai kes kemalangan , ada antaranya berlaku di depan mata dan sempat membantu mangsa – sedangkan mereka jarang atau tidak pernah mengalami keadaan itu.

"Saya memang berhajat untuk membantu jika terjumpa, tapi, tak pernah pun merasai pengalaman itu…" kata beberapa rakan.

Maaf, saya sendiripun tak tahu, tetapi sebenarnya saya sangat kerap terserempak dengan kes-kes yang baru berlaku dan sempat membantu apa yang patut dan ditakdirkan saya berada tepat pada waktu dan lokasinya.

Di dalam blog ini sendiri sudah banyak saya paparkan kes-kes yang kebetulan saya berada tepat pada waktunya untuk membantu.

Jam 7.52 pagi tadi ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau di Jalan 1/48A Sentul, tiba-tiba di hadapan mata saya berlaku kemalangan motosikal menyebabkan penunggangnya, seorang wanita tercampak.

Laluan ini yang memang sesak setiap pagi – dan kerana laluan sempit, penunggang biasanya mengambil risiko menggunakan laluan sebelah (bertentangan) untuk memintas ke arah lampu isyarat di hadapan.

Malang bagi penunggang ini, apabila motosikalnya merempuh sebuah lagi motosikal yang juga keluar dari laluan untuk turut sama memasuki laluan bertentangan.

Saya mengecam mangsa adalah kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL berdasarkan seluar seragam Penguatkuasa DBKL yang dipakainya.

Tidak mungkin saya dapat membantu kerana tiada ruang untuk berhenti malah lampu isyarat pula baru bertukar hijau.

Beberapa penunggang membantu mangsa bangun dan membawanya ketepi jalan – dan saya segera memaklumkan kepada rakan di ITIS DBKL untuk menyalurkan maklumat kepada petugas penguatkuasa untuk makluman kejadian itu.

Habis di situ…

Petangnya, ketika melalui Jalan Gombak , Simpang Tiga Batu 6 3/4, dan ketika berhenti kerana lampu isyarat merah, sesuatu tidak diduga berlaku – ternampak pada cermin sisi seorang penunggang tercampak dari motosikalnya dan pemandangan bercampur-aduk dengan kenderaan seperti lori dan kereta.

Dari cermin sisi, saya sempat rakam 1 foto dan segera keluar untuk membantu.

Mangsa , Fairuz Shaari, 28, dipapah orangramai ke tepi jalan – dalam kesakitan, dia masih tersenyum.

Dari beberapa saksi, motosikal Modenas Jaguhnya (jika silap sila betulkan saya) dihimpit sebuah lori sampah yang memasuki laluannya sebelum terus meninggalkan tempat kejadian.

Fairuz turut ditimpa motosikalnya dan nyaris pula dirempuh kenderaan lain – dan kaki kirinya mungkin patah dan dalam kesakitan, dia masih tetap tersenyum.

"Sakit bang…. sebab tu saya senyum…" Itu jawapannya.

Saya segera menelefon rakan di Jabatan Pertahanan Awam JPAM untuk meminta bantuan ambulan dengan unit terdekat ialah di PPR Sentul – kira-kira 6 kilometer dari lokasi.

Sementara menunggu ambulan, kami sempat berbual dan bertanya beberapa soalan pada Fairuz dan meminta dia menghubungi keluarga untuk mereka mengambil motosikalnya di lokasi.

"Kau ada isteri tak, atau girlfriend?"

"Saya baru bercerai bang… kenapa…?"

Terkedu sekejap saya mendengar jawapannya.

"Ok, kalau macam tu, kau telefon girlfriend, bagitau dia, kau masuk hospital sebab kemalangan. Kalau betul dia sayang kau, dia mesti datang melawat…"

"Ok bang…hahaha…"

Dalam kesakitan, dia masih ketawa dan ketawa itu menurutnya dapat meredakan kesakitannya.

15 minit kemudian, ambulan JPAM sampai dan Fairuz di bawa ke Hospital Selayang.

Sebelum pergi, dia sempat bersalam dengan beberapa orang dan masih tetap tersenyum, dan saya merupakan orang terakhir di salamnya dari dalam ambulan.

"Ingat tu… Kalau betul dia sayang kau…" Pesan saya kepadanya…

Dalam keadaan-keadaan tertentu, situasi atau keadaan begini boleh dijadikan sebagai terapi kepada mangsa yang sedang menahan kesakitan…

Dan bagi mereka yang pernah terlibat kemalangan dan mungkin pernah dirawat di hospital, kehadiran seseorang yang disayangi seperti ibu bapa, ahli keluarga, suami, isteri, kekasih, bekas kekasih apatah lagi bakal kekasih atau bekas isteri/suami sekalipun, mungkin sekurang-kurang dapat mengubat kesakitan yang dialami.

Kalau betul dia sayang kau…

Comments
a.. nurmusnan menulis:

Saya pun nak terketawa.. baru cerai tp mcm jawab ada gegal.. kih3.. mcm2 lah

Get well soon…

b.. hmmm menulis:

i like this post very much. storyline yg menarik

c.. insan menulis:

motor tersebut ialah Naza Cruise 250.

d.. gadisBunga menulis:

salam…

saya rasa abang sham ada aura yang selalu membawa ke tempat berlakunya kemalangan lah.. sebab tu selalu jumpa. jiwa ondscene tu kuat! hihi~

e.. Mawar Melati88 menulis:

setuju.. abg sham memang ada jiwa tu.. tp lately.. abg sham macam da kurang poskan kisah-kisah kemalangan. Mungkin abg sham ada sebab2 tertentu kenapa jarang poskan kisah-kisah kemalangan lagi. Mungkin abg sham da dapat cucu baru kot…

f.. gg menulis:

HAHAHAHHAHAHAHAHAHA….. bos,dlm byk-byk cerita….. ini la paling lawak….

g.. bibikbiru menulis:

Title blog menarik, Abang Sham.

Moga-moga mangsa eksiden cepat sembuh di badan and di dalam hati…

Wed Feb 26, 2014 8:19 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-hati Di Laluan Kecemasan
http://ondscene.my
Written by ondscene

KM 3.9 Lebuhraya MEX
Arah Putrajaya
Salak Selatan, K.Lumpur
23 Feb 2014
7.30 pagi

Laluan kecemasan didedikasikan khusus untuk sebarang kenderaan yang mengalami kerosakan atau atas sebab-sebab lecemasan.

Secara mudahnya, untuk kenderaan berada dalam keadaan statik.

Bagaimanapun, banyak kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan terutama menggunakannya ketika laluan sesak dan dijadikan sebagai jalan pintas untuk potong Q.

Dalam kejadian ini, sebuah kereta Nissan Sunny sebelumnya berada di laluan kecemasan setelah mengalami kerosakan , sebelum Plaza Tol Salak Selatan arah Putrajaya.

Pihak lebuhraya juga meletakkan kon-kon keselamatan di belakangnya.

Bagaimanapun, ini yang berlaku – sebuah Honda City merempuhnya dari belakang dan menyebabkan Sunny teralih kedudukannya dan remuk di bahagian belakang.

Pemandu City cedera ringn akibat terhantuk kepalanya.

Selebihnya , anda tafsirlah sendiri.

Posted from WordPress for Android

Comments
a.. khairul menulis:

Saya juga telah dilanggar oleh sebuah Rexton yang ingin potong q di laluan kecemasan ketika menunggang motosikal pada waktu kesesakan teruk di mrr2 pukul 730pm 18 Februari antara sri petaling dengan bandar tasik selatan mengakibatkan kesederaan tangan dan kaki kanan. Saya berasa sangat tidak adil dengan sikap pemandu yang menggunakan laluan kecemasan ketika kesesakan teruk yang membahayakan nyawa penunggang motosikal seperti saya.

a.. en wakerni menulis:

salam bang..setahu sy la..laluan kecemasan bkn utk motosikal jugak..mmg utk yg betul2 kecemasan… sebab byk kes yg langgar bontot kt lalaluan kecemasan ni.. abg sham pon penah bgtau perkara ni… tp ye la..kite naik motor..kt hiway kereta laju2..jgn kan kereta..bas n lori pon sama… saya sendiri pon kadang2 guna laluan kecemasan ni naik motor… sama2 la kite beringat…

b.. farious menulis:

mesti selalu potong Q guna emergency lane ni..tapi hari ni memang hari dia.

c.. AnakGanu menulis:

ok..kagum dengan honda city yang cukup padu untuk buatkan nissan sunny remuk sampai macam tu sekali…lampu masih menyala…cermin tak pecah…buat pemandu honda, tahniah kerana mendapat makanan daripada tindakan potong kiri…

bang sham, ado typo error: 'lecemasan'

d.. , zel menulis:

teruk juga nissan sunny tu kena langgor ngan city. Yang muskilnya hari ahad, x kan jem plak tol plaza sampai nk potong Q

e.. bibikbiru menulis:

Memotong dari belah kiri memang salah dari sisi undang-undang.
Kes macam nie, konpem tuan punye hoda city tak boleh claim insurance utuk ganti rugi. Sebaliknya kena buat ganti rugi kepada Sunny kerana melanggarnya dari belakang.

f.. Saiful menulis:

Hebat2…Akal takda. Kalau saya, pemandu Honda City ni kasi sekeh2 sampai benjol kepala dia.

AKAL TAKDA !!

g.. Firdaus menulis:

Punya la luas jalan tu, lorong kecemasan dibelasahnya…. Hmmmm

h.. Mohd Akhir menulis:

Saya pernah langgar belakang lori dilaluan kecemasan di km91 sebelum exit Gurun Selatan di Kedah lebih kurang jam 615 pagi. Masih gelap. Kereta saya "total lost". Saya langgar bukan sebab saya potong Q. Tapi pada saya sebab lori rosak tu dah semalaman dekat situ. Jalan memang lurus betul dan tempat tu gelap. Hujan lebat saya tak nampak pulak. nasib saya baik sebab saya langgar tayar lori dan kemudian tayar itu bounced saya balik kebelakang. Saya dan family cuma cedera ringan. PLUS dah taruk kon dan lampu flashing, tapi masa lepas kemalangan saya tengok lampu flash tu pun dah tak bermaya. Anak buah saya dari KL balik ke Kedah nak melawat saya dan semasa melewati tempat kejadian lebih kurang tengah hari, lori tu masih di situ. Apa PLUS buat? Lori masih tak diubah-ubah. PLUS nak tunggu mangsa lain kut? Saya masih berkira-kira nak komplen dengan PLUS.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: