Thursday, February 6, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3838

3 New Messages

Digest #3838

Messages

Wed Feb 5, 2014 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis cawangan khas ditemui mati dengan dua tembakan di muka
telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot.

Seorang anggota polis ‎Unit Polis Cawangan Khas Persekutuan ditemui mati, selepas dipercayai ditembak dua kali di muka, di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Polis menemui mayat mangsa berpangkat koperal berusia 37 tahun itu selepas menerima panggilan pada jam 4.30 petang.

Mangsa ditembak dua kali di bahagian muka, satu tembakan menembusi pipi kanannya manakala sebutir lagi peluru menembusi mata kanannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis ACP Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang identitinya dirahsiaka ditemui dengan berpakaian biasa.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui oleh unit peronda polis di tepi Jalan Negeri Sembilan di Bukit Persekutuan.

"Kami percaya beliau ditembak mati dalam tempoh sejam sebelum ia ditemui berdasarkan pemeriksaan awal pada mayat di tempat kejadian," kata Khairi.
Beliau berkata mayat berkenaan ditemui bersama-sama kelongsong peluru 9mm dan motosikal Modenas Kriss, yang dikatakan dimiliki anggota polis yang lain.

Sumber dalaman yang menjalankan siasatan berkata, dompet dan barang-barang peribadi mangsa tidak diambil, sekali gus menolak kejadian bermotifkan rompakan.
Polis juga menyiasat kemungkinan pembunuh dikenali mangsa, berdasarkan petunjuk yang ditemui di tempat kejadian.

Ketika dihubungi, Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat enggan memberikan maklumat lanjut dan berkata kes itu sedang disiasat oleh pihak polis Kuala Lumpur.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

3 Gambar Anggota Polis Cawangan Khas ditembak mati
tengoktvonline.blogspot

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.

Mangsa belum berkahwin.

"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.

Khairi berkata motif pembunuhan masih disiasat.

Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, lapor Bernama. -Kualalumpurpost.net

Polis cawangan khas ditemui mati dengan dua tembakan di muka
The Malaysian Insider
a..
b..
c.. Comments
a.. Saad •
a.. IGP cari sipenembak tu sampai dapat !!.Pembayar cukai.
b.. GenX •
Takziah kpd keluarga mangsa. Makin menjadi2 kes bunuh, tembak dan jenayah berat!!!
Sila jangan semaikan sentimen rasis atau buat spekulasi yang bukan2
c.. Syahdu •
Kesian Polis......bahaya kerja dorang nie......
d.. Cik Aleh •
SOP Polis bukan ke perondaan mesti berdua sekurang kurang nya. Ini kes kena ambush lah. Yakin Polis dapat kesan penjenayah terlibat.
e.. Nan •
Tak susah hati pun. Kadar jenayah di Malaysia diantara yang terendah. Index jenayah pun semakin menurun. Eh...betul ke ni?
f.. Eyang •
aku kira link teroris lah kerja macam ini...
g.. Abd •
Jangan risau. Polis Malaysia antara tercekap di Dunia. Sehari dua ni kena tangkapla tu!!!
h.. Razaleigh •
Takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban. Kejadian ini berlaku di Bukit Persekutuan berhampiran Bangsar. Mungkin beliau anggota yang ditugaskan samada di istana hinggap Kedah, N.Sembilan atau Perak
i.. Nara •
Takziah utk keluarga mangsa
j.. Janggut •
IGP/Zahid , that shows hatred to police are growing. You should ASK yourself , WHY , WHY WHY ??????
k.. LALEBAI •
sekarang ini yg paling kita risau adalah kawan makan kawan .. mungkin lauklain dah tak sedap.
l.. CarsA •
Kerana dia siasat kegiatan Rosmah Mansor curi duit Rakyat?
Member Najib Razak guna bom ke atas Altantuya tetapi sekarang tembak muka?
m.. Fadzili •
Takziah. Jika orang Islam, Alfatihah ...
n.. Snake •
SB ni kerjanya intip orang politik pr ke?
o.. Karnan •
Siasat numbur hp . Beliau pergi disitu mesti ada panggilan. Jelas ada orang menunggu kedatang . Takziah kepeda keluarga. Amen
p.. MASHRE •
Takziah pda keluarga polis jd mangsa tembak,hanya allah yg mengetahui...
q.. Hani •
Ni kes dendam..... Cari org tu sampai dpt...
r.. Natureman •
misteri....berdoa supaya pihak berkusa dpt tangkap secepat mungkin ..penembak ni bahaya ..mungkin kes begini blh berulang ...harap2 bukan rakan setugas yg tembak
s.. Zamli •
$$ ditemui bersama-sama kelongsong peluru 9mm dan motosikal Modenas Kriss, yang dikatakan dimiliki anggota polis yang lain. $$ Could this be an inside job- that's my probality only
t.. shan •
"Beliau berkata mayat berkenaan ditemui bersama-sama kelongsong peluru 9mm dan motosikal Modenas Kriss, yang dikatakan dimiliki ANGGOTA POLIS YANG LAIN"
JENG! JENG! JENG!!!!!!!
u.. wong •
Its an inside job . Tell us who's got gun ?
v.. Leong •
Kami warga M'sia mengucapkan takziah kpd keluarga anggota polis berkenaan. Malang sungguh pihak polis...bila anggotanya dibunuh,laman yahoo senyap shj. Akan ttp bila seseorang si-suspek/penjenayah ditembak dlm sesuatu operasi, laman internet dipenuhi mcm2 komen menuduh/menggutuk pihak polis. Pasal apa rakyat kita bersikap bergini? Adil ke?
w.. Tok •
Takziah kapada keluarga nya.
x.. Mohd Fairoz •
Berhutang dengan Ah Long?
y.. abd rahman •
penjenayah cina la tu yang tembak tu
z.. Johnny Walker •
Cops killer should be hang...PERIOD !!!!
aa.. Mr Nasir jr •
Kawan makan kawan tuu
ab.. ZZZZZZ •
even the police are not safe...where do we stand !!!!! GOD save us!!

Wed Feb 5, 2014 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nak tanya ! Ada ka Adun Exco Umno dari golongan OKU?
telokbakong.blogspot
manjongmari.blogspot.
Posted by Manjungmari

Mentang-mentang mereka beroleh kuasa memerintah, apakah mereka boleh melakukan sesuka hati tanpa tindakan seperti yang berlaku kepada rakyat marhaen...

Sila lihat sendiri?.... Nampak memang tarak apa-apa!

Gambar ni saya ambik hari ni. Exco kerajaan negeri Sembilan. Parking di tempat orang cacat. Tempat kejadian d CIMB jalan Dato bandar Tunggal. Penguasa majlis perbandaran tak berani nak saman... selfish —

Credit to King Jason..

Wed Feb 5, 2014 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


TAK SANGKA ADA MANUSIA SANGGUP SEKSA KUCING SAMPAI MACAM NI
telokbakong.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comment:

Anonymous said...
Biasanya vietnam yg suka makan kucing. Munkin mereka terkejut lalu meninggalkan kucing tu..
Kalau bangsat mana yg niat siksa kucing tu, tunggulah bala apa yg akan kena dia... manusia ni lebih jahat dari syaitan.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: