1 Message
Digest #3980
Message
Mon Aug 11, 2014 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
----- Original Message -----
From: 'Neny Asrina Bt. Isa' neny-asrina@jhr.sharp-world.com
Sent: Monday, August 11, 2014 12:54 PM
Subject: WABAK EBOLA
Baru-baru ini Guinea di barat Afrika dan beberapa negara di luar sempadannya dikejutkan dengan wabak demam berdarah Ebola yang mengorbankan 78 nyawa daripada 122 pesakit yang disyaki dijangkiti virus tersebut. Selain Guinea, dua kematian turut dicatatkan di Sierra Leone dan empat di Liberia seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Menurut Penyelaras Doktor Tanpa Sempadan, Mariano Lugli, setakat ini kes telah disahkan di tiga wilayah Guinea berhampiran sempadan dan di ibu negara Conakry. "Kami kini berdepan dengan sejenis wabak yang tidak pernah dilihat dari segi taburan kes di negara ini. Jika sebelum ini, wabak yang berlaku bersifat lebih geografi dan melibatkan lokasi lebih jauh. Penyebaran secara geografi ini sangat membimbangkan kerana ia akan menyukarkan tugas organisasi yang terlibat dalam mengawal wabak yang semakin serius ini," katanya.
Berdasarkan ujian awal WHO, wabak Ebola yang berlaku di Guinea adalah dari jenis Zaire. Bagaimanapun, sehingga kini ia belum disahkan. Pada Khamis lalu, Mali menjadi negara jiran Guninea terbaharu mengumumkan kes disyaki virus tersebut. Tiga mangsa warga tempatan bekerja di sempadan antara Mali dan Guinea diasingkan dan sampel ujian dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Apa Itu Ebola?
Menurut CDC, virus Ebola menyebabkan demam berdarah (VHF), merujuk kepada sekumpulan virus yang memberi kesan kepada sistem organ
dalam badan dan sering menyebabkan pendarahan. Nama virus ini diambil dari Sungai Ebola di Republik Demokratik Congo (dahulunya Zaire) di mana salah satu wabak berlaku pada 1976.
Pada tahun sama, terdapat satu lagi wabak di Sudan. WHO memaklumkan, terdapat lima jenis virus ini yang mendapat namanya berdasarkan dari mana ia berasal. Tiga daripadanya dikaitkan dengan wabak demam terbesar di Afrika. Antaranya ialah Zaire, Sudan dan Bundibugyo iaitu kawasan di Uganda di mana virus itu ditemui pada 2007.
Terdapat juga kes tunggal di Ivory Coast. Jenis ini ditemui apabila seorang penyelidik yang mengkaji cimpanzi liar jatuh sakit pada 1994 selepas melakukan bedah siasat ke atas salah seekor haiwan tersebut. Jenis terakhir ialah Reston, diambil namanya dari sebuah negeri di Virginia. Ia dikenal pasti melalui monyet yang diimport dari Filipina. Walaupun terdapat kes manusia dijangkiti virus Ebola jenis ini, tetapi tiada kematian dicatatkan.
Mengapa Ebola Sangat Ditakuti?
Sebuah organisasi, Medecins Sans Frontieres (MSF) menyifatkan, Ebola sebagai salah satu penyakit paling bahaya di dunia yang merebak dalam darah dan menutup sistem imun serta menyebabkan demam panas, sakit kepala dan sakit otot. "Ia adalah virus berjangkit yang boleh membunuh sehingga 90 peratus dan tiada vaksin bagi merawatnya," menurutnya. Daripada lima jenis Ebola, jenis Zaire adalah yang pertama dikenal pasti dan dianggap paling bahaya.
Apakah Simptomnya?
Tanda-tanda awal virus Ebola adalah demam mengejut, lemah tubuh badan, sakit otot, sakit kepala dan tekak. Gejala tersebut boleh muncul antara dua hingga 21 hari selepas dijangkiti. WHO berkata, gejala awal bagaimanapun tidak spesifik dan berkemungkinan disalah anggap dengan tanda penyakit seperti malaria, demam kepialu atau meningtis.
Sesetengah pesakit dijangkiti juga boleh mendapat ruam, merah mata, tersedu, sakit dada, menghadapi kesukaran bernafas dan menelan. Antara tanda awal lain termasuk muntah, cirit birit, fungsi buah pinggang dan hati terjejas serta kadang kala menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran. Ebola hanya boleh disahkan melalui lima ujian makmal yang berbeza.
Bagaimana Ia Dirawati?
Tiada rawatan khusus untuk Ebola. Menurut MSF, pesakit yang dijangkiti virus ini akan diasingkan dan kemudiannya dibantu pekerja kesihatan. "Ini termasuk menghidratkan pesakit, mengekalkan status oksigen, tekanan darah dan merawat mereka untuk sebarang jenis jangkitan yang merumitkan," menurutnya. Terdapat juga kes pekerja penjagaan kesihatan yang turut dijangkiti virus daripada pesakit, justeru itu WHO telah pun mengeluarkan panduan bagi menangani kes tersebut sama ada ia kes yang telah disahkan atau baru disyaki. Bagi penjaga kesihatan, mereka perlu memakai baju dan sarung tangan tidak telap berserta topeng perubatan untuk mengelakkan percikan cecair terkena hidung, mulut dan mata.
Di mana Ia Menyerang?
Ebola biasanya berlaku di kampong - kampung terpencil di tengah dan barat Afrika, berhampiran kawasan hutan hujan Tropika. Negara paling kerap terjejas adalah di bahagian timur iaitu Republik Demokratik Congo, Uganda dan Sudan. Wabak ini juga dianggap luar biasa kerana ia berpusat di Guinea namun tidak pernah terjejas dan merebak ke kawasan bandar.
Wabak Ebola bermula di Nzerekore, sebuah kawasan terpencil di tenggara Guniea tetapi kini telah merebak ke ibu negara Conakry dengan jumlah populasi penduduk mencecah dua juta orang. WHO menasihatkan agar mengelakkan sentuhan dengan pesakit Ebola dan cecair badan mereka. Elakkan berkongsi tuala. Penjaga perlu
memakai sarung tangan dan peralatan perlindungan seperti topeng dan membasuh tangan dengan kerap. Amaran juga diberi terhadap pemakan daging seperti daging monyet, kelawar atau beruk yang dijangkiti. Kelawar buah khususnya dianggap sebagai makanan istimewa bagi masyarakat tempatan di Guinea di mana wabak itu bermula.
Menteri Kesihatan Liberia telah menasihatkan orang ramai untuk berhenti melakukan hubungan intim disamping nasihat sedia ada untuk tidak berjabat tangan atau bercium. Pekerja di beberapa pasar raya di sekitar ibu negara Liberia juga telah mula memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga - jaga. Difahamkan, Senegal telah menutup sempadan tanahnya dengan Guinea.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment