Thursday, August 14, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3982

3 Messages

Digest #3982

Messages

Wed Aug 13, 2014 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas meninggal kemalangan
telokbakong.blogspot
ajijoi.blogspot
Posted by Ajijoi

Awal pagi yang dihidangkan dengan berita sedih. Berita yang diterjah melalui sistem pesanan Whatsapp mengenai kehilangan seorang pendakwah dan pejuang agama Allah yang sehingga ke akhirnya bersama-sama dalam jemaah Islam.

Berita yang datang:

Assalamualaikum. Hilangnya permata... Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas telah kembali ke rahmatullah terlibat dengan kemalangan di Sri Iskandar jam 12.15 malam tadi selepas pulang dari pengebumian ayahnya, Hassan b. Loden yang meninggal pagi tadi di Behrang 2020,Tanjung Malim. Jenazah beliau ada di hospital Changkat Melintang. Al-Fatihah...

Saya pernah bersama-sama Allahyarham di dalam lajnah Penerangan Pas Perak.

Arwah begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugasan bagi membawa syiar Islam di Beruas khususnya dan negeri Perak ini amnya.

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan pejuang-pejuang kalimah Allah dan para solihin.

Al Fatihah - Pelawak veteran Maidin Ibrahim meninggal dunia di Pokok Tai, Gurun
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

AL FATIHAH


Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat
mstar.com

Maidin memberi sinar dalam dunia komedi negara. - Gambar Utusan Malaysia.

PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

"Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi," katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.

Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.

"Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu.

Komen
farah
innalillahi wa inna ilaihi rojiunnn

Wed Aug 13, 2014 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PENGURUSAN MAS JANGAN KURANG AJAR KATA KAKITANGAN MAS
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot.

Jangan kurang ajar dengan kakitangan MAS - MASEU

Nampaknya kemelut antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airline System Berhad (MASEU) dan pengurusan tertinggi MAS semakin panas ekoran pertikaian berhubung pertemuan antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) serta kesatuan dan persatuan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Semua itu timbul selepas MASEU mendakwa tidak dijemput oleh pengurusan MAS untuk taklimat berhubung cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Bagaimanapun, MAS melalui Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategiknya, Datuk Najmuddin Abdullah pula memberitahu, MAS telah menelefon semua wakil kesatuan dan persatuan kakitangan untuk tujuan tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, Najmuddin telah membuat satu pembohongan besar kepada lebih 13,500 orang kakitangan MAS dan rakyat Malaysia.

Alias yang sudah menerajui MASEU sejak 20 tahun lalu berkata, menelefon wakil kesatuan dan persatuan MAS untuk memaklumkan apa sahaja mesyuarat bukan budaya syarikat penerbangan itu dan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Pada kebiasannya, sebarang jemputan mesyuarat akan dilakukan melalui emel oleh Pengurus Perhubungan Perusahaan atau Naib Presiden Perhubungan Perusahaan MAS.

"Sekarang anda tengoklah 'permainan' pengurusan MAS terhadap MASEU. Adakah satu mesyuarat penting yang berkaitan dengan masa depan kakitangan MAS dibuat dengan panggilan telefon sahaja?

"Mengapa pengurusan tidak menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). "Apapun, saya tidak menerima sebarang panggilan untuk memberitahu tentang taklimat itu. Ini semua jalan mudah. Saya minta Najmuddin buktikan yang beliau ada menelefon saya atau mana-mana wakil MASEU. Jangan bohong kepada kakitangan MAS, jangan tipu rakyat Malaysia.

"Jangan kurang ajar dengan 13,500 kakitangan MAS, jangan sengaja wujudkan suasana tegang," katanya kepadaMalaysiaGazettesambil tidak menolak kenyataan Najmuddin itu boleh memberi imej tidak baik terhadap MASEU.

Dengan nada tenang, Alias berharap dan meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan agar menilai semula tahap pengurusan sedia ada.

"Cukup-cukuplah letak barisan pengurusan yang ada. Inilah yang kami rasa, lantaran itu kami terpaksa bersuara. Sebab masalah pengurusan juga yang menyebabkan MAS rugi," ujarnya.

Alias tidak menolak kemungkinan barisan pengurusan dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan pelan penstrukturan MAS seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, lantaran itu tidak menjemput MASEU.

Najib dalam kenyataan media berhubung penstrukturan semula MAS mengarahkan proses tersebut mesti dilakukan secara profesional, adil, telus dan sesungguh hati.

Jelas Perdana Menteri, proses pemulihan MAS pastinya memerlukan pengorbanan serta melalui jalan yang menyakitkan namun terpaksa dilalui demi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Justeru, Najib meminta semua pihak iaitu pihak pengurusan, kakitangan, kesatuan sekerja, pemberi pinjaman dan vendor bersama-sama penumpang serta rakyat Malaysia merapatkan barisan dan bekerjasama bagi memastikan hasrat untuk melihat MAS pulih semula dapat dicapai.

Sedangkan, Alias berkata, MASEU sejak sejarah kewujudannya tidak pernah melawan arus seandainya langkah-langkah atau keputusan MAS logik, benar dan realistik serta membawa faedah kepada kakitangan.

"Pengurusan MAS datang dan pergi tetapi bagi kakitangan MAS, seteruk atau seburuk mana sekalipun syarikat ini, di sinilah tempat kami mencari rezeki.

"Pengurusan MAS mungkin khuatir MASEU membantah, sebab itu kami tidak dihubungi, tidak dijemput dalam sesi taklimat itu.

"Tapi pengurusan MAS lupa, kegagalan mereka memanggil MASEU bermakna hak bersuara lebih 13,500 orang kakitangan MAS telah dinafikan," tegas Alias.

Presiden MASEU itu menambah, pihaknya tidak akan membuat apa-apa tindakan, melainkan tunggu dan melihat sahaja tindak-tanduk dan rentak pengurusan MAS berhubung isu ini. - MG

Wed Aug 13, 2014 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok
gigitankerengga.blogspot
ezlaila.com
Posted by Laila Mahmod

Walaupun pada hakikatnya merokok adalah satu perbuatan yang telah difatwakan HARAM, tapi masih ramai perokok-perokok tegar yang tidak dapat menerima ketetapan yang telah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 ini.

Anda boleh merujuk mengenai fatwa ini berdasarkan artikel bertajuk Merokok Dari Pandangan Islam yang boleh didapati dari laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Saya percaya jauh di sudut hati sesetengah daripada mereka mengharapkan diberi kekuatan untuk berhenti merokok tapi apakan daya, tewas kerana tak tertahan dek perasaan ketagih terhadap nikotin yang cukup kuat mengawal 99% otak si perokok supaya merokok dan terus merokok buat selama-lamanya.

Lihatlah poster di atas, pelbagai penyakit merbahaya akibat merokok.
Ianya tidak mustahil boleh berlaku pada anda atau orang yang anda sayangi.

Lihatlah poster di atas, setiap sedutan membawa masuk pelbagai jenis racun masuk
ke dalam paru-paru anda dan seterusnya merosakkan sel-sel dan organ tubuh anda.

Fuhh tak rasa ngeri ker apabila anda melihat kedua-dua poster di atas ini.

Ok sekarang bagaimana pula dengan statistik orang yang mati akibat penyakit berkaitan merokok di Malaysia di bawah ini.

Keratan akhbar di atas bukti menunjukkan amalan merokok boleh menyebabkan kematian.

Ya, memang diakui untuk berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan keazaman yang tinggi disusuli dengan strategi-strategi tertentu untuk menjayakannya.

Jadi dalam entri kali ini, hasil daripada pengkajian, saya nak kongsikan dengan pembaca 10 strategi tak terkalah yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok:
1.. Lengah-lengahkan
Dalam banyak-banyak perkara yang kita suka lengahkan, apakata anda lengah-lengahkan untuk merokok. Ini lengah yang berfaedah. Kalau terasa nak pekena satu batang lagi rokok, cuba lengahkannya 10 minit. Cubalah untuk buat-buat sibuk dengan kerja lain seperti pi minum kopi dulu ker, pi tolong isteri sidai baju dulu ker atau apa-apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian anda pada merokok. Cuba ulangi cara ini selalu setiap kali terasa nak merokok.
2.. Jangan terpedaya dengan idea "Cukuplah sebatang"
Jangan dilayan atau terpedaya dengan "Cukuplah sebatang". Kalau dah terfikir dan berkeinginan nak berhenti merokok, tak payahlah dihisap langsung walaupun sebatang. Ini kerana dengan sebatang rokok itulah ia akan melarat menjadi berbatang-batang rokok sehingga habis sekotak!
3.. Kenal pasti punca merokok
Cuba fikirkan apakah punca yang menyebabkan anda berkeinginan untuk merokok. Adakah sebab stress? sebab nak sama standard seperti kawan-kawan? sebab melepak ramai-ramai dengan kawan yang kaki merokok? Lepas dah kenal pasti tu, cuba hindari perkara-perkara itu, contohnya seperti elakkan berkumpul bersama rakan-rakan yang kaki merokok atau kalau sebab stress uruskan stress dengan cara yang betul.
4.. Bersenam
Cara ini antara cara yang paling berkesan untuk mengelak daripada merokok. Cuba lakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Dan sekiranya anda tak sempat sebab berada di pejabat, cuba lakukan senaman ringan seperti push-up atau berlari-lari anak ataupun naik tangga. Selain itu anda juga boleh perbanyakkan amalan solat sunat dan membaca Al-Quran. Dan mintalah dengan cara berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak merokok.
5.. Atasi Stress dengan Menenangkan Diri / Relax
Stress adalah antara punca utama merokok. Jadi, untuk mengatasi stress, cubalah bertenang, ambil air wuduk dan bersolat sunat. Setiap kali rasa stress juga, anda boleh guna teknik pernafasan dengan cara: Tarik nafas tahan selama 4 saat kemudian hembus nafas keluar selama 8 saat. Ulanginya sehingga anda rasa relax.
6.. Libatkan ahli keluarga dan rakan-rakan
Nyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok pada ahli keluarga atau rakan rapat anda. Sekiranya anda terasa nak merokok lagi, cuba beritahu mereka hasrat anda yang hendak berhenti merokok lagi, InsyaAllah mereka akan menyokong anda dan akan mengingatkan pada anda niat anda itu. Paling baik, beritahu pada isteri kesayangan anda. Sudah pasti isteri anda akan sokong niat anda itu 200%. Tak caya, try!
7.. Senaraikan Kebaikan Jika Anda Tidak Merokok
Cuba senaraikan pelbagai jenis kebaikan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya seperti isteri semakin sayang, isteri dan anak-anak akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan asap rokok, nafas anda tidak lagi berbau busuk, dapat mengelakkan pembaziran wang, dan yang paling utama anda akan lebih sihat dan bertenaga dengan tidak merokok. Buatkan senarai dan sebutkan agar keazaman anda untuk berhenti merokok sentiasa kuat dan kental.
8.. Rajin-rajin online
Perbanyakkan membaca kisah-kisah inspirasi mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ambil pengajaran daripada mereka dan pelajari apakah strategi-strategi yang mereka gunakan untuk berhenti merokok. Zaman sekarang nie tak susah nak cari info, segalanya dihujung jari sahaja. Google jer, pasti jumpa.
9.. Mengunyah
Kalau terasa nak merokok, mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling sempoi. Anda boleh cari makanan yang menyihatkan yang boleh dikunyah, contohnya seperti kacang atau biskut. Nak kunyah chewing gum atau gula-gula getah pun boleh juga, tapi pastikan yang kurang manis.
10.. Guna Alat Bantuan Yang Terbukti Berkesan
Sekarang ini ada pelbagai produk di pasaran yang dicipta untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Contohnya sepeti nikotin tablet, nikotin patches dan nikotin chewing gum yang boleh mengurangkan ketagihan melampau ke atas nikotin rokok. Untuk lebih efektif lagi saya mencadangkan anda untuk mencuba Vivix yang merupakan tonik yang terbukti berkesan dalam membantu sesiapa sahaja untuk berhenti merokok walau setegar mana pun perokok berkenaan.
Ok, saya berharap agar entri mengenai 10 strategi tak terkalah untuk berhenti merokok ini akan dapat membantu anda untuk berhenti merokok.

Sekiranya anda masih belum bersedia untuk berhenti merokok, fikirkanlah pula mengenai orang yang anda sayangi.

Adakah anda sanggup melihat mereka mendapat masalah kesihatan akibat menghidu asap rokok anda?

Dan paling teruk sekali sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit akibat merokok, bagaimana pula nasib isteri dan anak-anak anda yang masih bergantung sepenuhnya kepada anda?

Buat si isteri atau si anak yang mahu melihat orang tersayang seperti suami atau bapa berhenti merokok buat selama-lamanya, apakata anda belikan untuk mereka Vivix, biar mereka rasai sendiri perbezaannya dan seterusnya berjaya berhenti merokok secara semulajadi tanpa sebarang paksaan yang menyeksakan.

Cubalah sedaya upaya untuk berhenti merokok kerana merokok hukumnya adalah haram.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya." (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Kredit: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/koleksi-hadis-hadis-pendek.html#ixzz36xiuuE2Z

Akhir kata saya doakan anda berjaya dalam usaha anda untuk berhenti merokok dan janganlah sesekali berputus asa, kerana Allah amat benci kepada hambaNya yang berputus asa.

Wasalam

Salam Sayang.....Laila

comments:
1.. Denaihati
mungkin ada perokok tegar ambil keberkatan bulan ramadhan ni untuk berhenti merokok.

a.. Ezlaila
Ya, semoga dengan kehadiran bulan Ramadan yang barokah dapat membantu usaha mereka yang berhajat berhenti merokok buat selama-lamanya.

2.. titan
memang tak terkalah strategi nih. hehe

a.. Ezlaila
Terima kasih Mr, Titan, hopefully bermanfaat untuk semua :)

3.. suri
merokok bahaya tak datangkan apa manfata pun heee

a.. Ezlaila
Betul tu Suri, takda faedah sikit pun, malah memumdaratkan orang lain yang duduk berhampiran dengan perokok.

4.. suri
kalau saya pilih berjimat dari buat asap dapat penyakit anak isteri terkena uh.kesian mereka tak bersalah pun dalam hal ini

a.. Ezlaila
Memang amat malang dan menyedihkan kalau anak2 dan isteri mendapat penyakit akibat sikap suami yang kuat merokok.

5.. kamil salleh
Inilah masa terbaik untuk berhenti merokok sebab ia adalah bulan Ramadhan. iaitu bulan keberkatan.

a.. Ezlaila
Ya Kamil, Ramadan bulan yang penuh barakah untuk satu penghijrahan ke arah kebaikan.

6.. Fazrol Amer
Saya suka strategi mengunyah.. sebab itu cara yg saya buat untuk berhenti dulu..

a.. Ezlaila
Terima kasih Fazrol kerana berkongsi pengalaman ya. Bunyinya macam dah berjaya berhenti merokok sepenuhnya. Tahniah! :)

7.. eyriqazz
2 insan yang paling saya sayang meninggal dunia kerana rokok...benci rokok...

a.. Ezlaila
Takziah atas tragedi yang menimpa Eyriqazz, diharap ianya menjadi pengajaran buat semua bahawa merokok adalah satu perbuatan yang sia-sia dan boleh membawa maut. Hopefully Eyriqazz tabah.

8.. suri
semoga azam ramada akan ada cuba untuk berhenti merokok

a.. Ezlaila
Bulan Ramadan nie masa terbaik untuk menjinak2kan diri untuk berhenti merokok.

9.. hafizmd
Rokok nyata dan jelas memudaratkan diri sendiri dan org sekeliling.

Maka wajib bg perokok usahaa utk berhenti merokok. Caranya sudah ada...tinggal utk korbankan keasyikan dunia tu.

Terbaiklah entry ni!

P.s - terima kasih singgah blog saye yer...

a.. Ezlaila
Betul tu Hafizmd, terima kasih kembali, salam ukhwah ya.

10.. Anonymous
Sya ingin tahu jika ada cara lain utk membeli Vivix Shaklee selain online atau tidak. Mungkin di pasaran?

11.. Anonymous
Semoga usahamu ini mdpt keberkatan dari Allah... :) Aku mmg perokok tegar... aku dh cuba2 segala cara ... plg lama boleh btahan 2 bln jew... mesti dptkn vivix... ikhtiar terakhirku... InsyaAllah...
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: