Friday, August 15, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3983

6 Messages

Digest #3983
1a
Fw: 6 Penyebab Utama Perut Buncit! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
1b
Re: Fw: 6 Penyebab Utama Perut Buncit! by "Zaiedishaq" zaiedishaq
3
Fw: Cara pandu kereta defensif - Siri 1 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Tips Penjagaan Gear Box by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5

Messages

Thu Aug 14, 2014 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



6 Penyebab Utama Perut Buncit!

bloglist-malaysia.blogspot.
kitabantai.info
Kita Bantai

Memiliki tubuh yang sihat adalah keinginan semua orang. Jom kenal pasti punca perut buncit di sini..
Tahukah anda ?tubuh yang ramping, bebas lemak dan matap menjadi impian ramai orang. Namun, untuk memilikinya tidak semudah yang disangka. Apatah lagi, jika memiliki perut buncit!
Masalah perut buncit atau gendut sangat menganggu, terutamanya kaum wanita. Perasaan malu dan hilang keyakinan diri pasti ada bagi wanita yang ingin berpenampilan lebih menawan.
Kenali punca yang menyebabkan perut buncit:
1. Makan berlebihan
Mereka yang cenderung makan berlebihan pada hujung minggu terutama pada hari Sabtu, meningkatkan lagi pengambilan lemak.
Untuk menghindari kalori berlebihan pada hujung minggu, perhatikan jumlah makanan.
Selain itu, gula dan alkohol, teruma yang terkandungi dalam minuman keras boleh membuatkan otot anda menjadi kendur.
Minuman keras yang diharamkan bagi masyarakat Islam ini sangat berbahaya buat tubuh. Ia mengandungi banyak kalori dan boleh menyebabkan seseorang itu makan lebih banyak daripada kebiasaannya.
Begitu juga dengan tembakau yang boleh merosak kerja penghadaman. Jika anda merokok selepas makan, anda pasti akan berasa kembung perut. Jadi, berhentilah merokok!
2. Makan Dengan Gelojoh
Ketika makan terburu-buru atau gelojoh, anda sebenarnya telah mengorbankan waktu yang diperlukan untuk menghadamkan makanan. Ia boleh membuatkan tubuh tidak sempat memberi signal kenyang.
Sediakan waktu , paling kurang 20 minit untuk mengunyah sehingga dapat memberikan signal kenyang dan ia mampu menghindari anda makan berlebihan. Cara terbaik, duduk dan bertenanglah terlebih dahulu, makan dan kunyah dengan perlahan-lahan.

3. Tidur Selepas Makan
Hindari terus tidur sebaik sahaja selesai menikmati hidangan. Tidur selepas makan menyebabkan proses penghadaman usus tidak dapat bekerja dengan baik dan menyebabkan perut menjadi buncit!
4. Stress
Stress boleh menganggu tugas tubuh dan penghadaman sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Situasi ini akan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya, perut anda akan kelihatan mengembang.
Wanita yang tahap stressnya lebih tinggi cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun dia tidak kelebihan berat badan. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh efek daripada hormone stress kortisol.
5. Pola Pemikiran Yang Salah
Makanan adalah perkara yang penting dalam kehidupan. Makanan bukanlah musuh, dan diet apapun yang mengatakan itu tidak baik bagi tubuh anda. Berada pada pola diet yang salah hanya akan membuatkan berat badan anda cepat turun, namun cepat naik ketika anda berhenti diet. Untuk berat badan yang ideal, anda perlu nutrisi yang seimbang.
6.Makan Tidak Teratur
Melompati jam makan adalah cara lain yang akan membuat metabolisme anda menjadi tidak menentu.
Tubuh akan menggumpul lemak yang lebih untuk menutupi kekurangan nutrisi. Makanlah 'snack' ringan seperti segenggam kacang atau sereal ketika anda mulai lapar. Hindari makan selepas jam tujuh malam, ketika metabolisme berada pada titik lemahnya.
Take Notes!
Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki 'six pack',namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana penggumpulan lemak yang menimbun di perut. Untuk mendapatkan perut rata , salah satu caranya adalah melalui 'fitness' dan menjaga pola makanan sihat yang seimbang.
Selain itu, anda harus seimbangkan pengambilan protein,serat dan menjaga keperluan cecair di tubuh kerana ia akan meningkatkan kelancaran metabolisme tubuh danmembakar kalori.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/08/6-penyebab-utama-perut-buncit.html#ixzz3ANPnHXy6

Thu Aug 14, 2014 7:57 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

#4, #6 tu biasa..

2014-08-15 0:11 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
> *6 Penyebab Utama Perut Buncit!*
> <http://www.kitabantai.info/2014/08/6-penyebab-utama-perut-buncit.html>
>
> bloglist-malaysia.blogspot.
> kitabantai.info
> Kita Bantai
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwgc4S0grD5Be-iIL5kj_PgZM7kdPeb5dEMRzgsDK03dWVmU4WKGeI5HAzPWyFnIMCN0RzXjLlnTVGWpnxuMrEOx8M6VVcMN_esk8XueVYbzJfXPJdqblqEFDdq1jOlTq4o09mADzzXa1n/s1600/punca-perut-buncit-women-online-magazine.jpg>
> Memiliki tubuh yang sihat adalah keinginan semua orang. Jom kenal pasti
> punca perut buncit di sini..
> Tahukah anda ?tubuh yang ramping, bebas lemak dan matap menjadi impian
> ramai orang. Namun, untuk memilikinya tidak semudah yang disangka. Apatah
> lagi, jika memiliki perut buncit!
> Masalah perut buncit atau gendut sangat menganggu, terutamanya kaum
> wanita. Perasaan malu dan hilang keyakinan diri pasti ada bagi wanita yang
> ingin berpenampilan lebih menawan.
> *Kenali punca yang menyebabkan perut buncit:*
> *1. Makan berlebihan*
> Mereka yang cenderung makan berlebihan pada hujung minggu terutama pada
> hari Sabtu, meningkatkan lagi pengambilan lemak.
> Untuk menghindari kalori berlebihan pada hujung minggu, perhatikan jumlah
> makanan.
> Selain itu, gula dan alkohol, teruma yang terkandungi dalam minuman keras
> boleh membuatkan otot anda menjadi kendur.
> Minuman keras yang diharamkan bagi masyarakat Islam ini sangat berbahaya
> buat tubuh. Ia mengandungi banyak kalori dan boleh menyebabkan seseorang
> itu makan lebih banyak daripada kebiasaannya.
> Begitu juga dengan tembakau yang boleh merosak kerja penghadaman. Jika
> anda merokok selepas makan, anda pasti akan berasa kembung perut. Jadi,
> berhentilah merokok!
> *2. Makan Dengan Gelojoh*
> Ketika makan terburu-buru atau gelojoh, anda sebenarnya telah mengorbankan
> waktu yang diperlukan untuk menghadamkan makanan. Ia boleh membuatkan tubuh
> tidak sempat memberi signal kenyang.
> Sediakan waktu , paling kurang 20 minit untuk mengunyah sehingga dapat
> memberikan signal kenyang dan ia mampu menghindari anda makan berlebihan.
> Cara terbaik, duduk dan bertenanglah terlebih dahulu, makan dan kunyah
> dengan perlahan-lahan.
>
> *3. Tidur Selepas Makan*
> Hindari terus tidur sebaik sahaja selesai menikmati hidangan. Tidur
> selepas makan menyebabkan proses penghadaman usus tidak dapat bekerja
> dengan baik dan menyebabkan perut menjadi buncit!
> *4. Stress*
> Stress boleh menganggu tugas tubuh dan penghadaman sehingga membuatkan
> anda berasa kenyang. Situasi ini akan menimbulkan masalah pada kemampuan
> tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya, perut anda akan kelihatan mengembang.
> Wanita yang tahap stressnya lebih tinggi cenderung memiliki lemak perut
> berlebihan meskipun dia tidak kelebihan berat badan. Ia terjadi mungkin
> disebabkan oleh efek daripada hormone stress kortisol.
> *5. Pola Pemikiran Yang Salah*
> Makanan adalah perkara yang penting dalam kehidupan. Makanan bukanlah
> musuh, dan diet apapun yang mengatakan itu tidak baik bagi tubuh anda.
> Berada pada pola diet yang salah hanya akan membuatkan berat badan anda
> cepat turun, namun cepat naik ketika anda berhenti diet. Untuk berat badan
> yang ideal, anda perlu nutrisi yang seimbang.
> *6.Makan Tidak Teratur*
> Melompati jam makan adalah cara lain yang akan membuat metabolisme anda
> menjadi tidak menentu.
> Tubuh akan menggumpul lemak yang lebih untuk menutupi kekurangan nutrisi.
> Makanlah 'snack' ringan seperti segenggam kacang atau sereal ketika anda
> mulai lapar. Hindari makan selepas jam tujuh malam, ketika metabolisme
> berada pada titik lemahnya.
> *Take Notes!*
> Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki 'six pack',namun tidak semua
> dapat dilihat secara fizikal kerana penggumpulan lemak yang menimbun di
> perut. Untuk mendapatkan perut rata , salah satu caranya adalah melalui
> 'fitness' dan menjaga pola makanan sihat yang seimbang.
> Selain itu, anda harus seimbangkan pengambilan protein,serat dan menjaga
> keperluan cecair di tubuh kerana ia akan meningkatkan kelancaran
> metabolisme tubuh danmembakar kalori.
>
> Read more:
> http://www.kitabantai.info/2014/08/6-penyebab-utama-perut-buncit.html#ixzz3ANPnHXy6
>
>
>

Thu Aug 14, 2014 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PEMINTA SEDEKAH BUTA PANDU KERETA SENDIRI SETELAH SELESAI MEMINTA SEDEKAH.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!

Omak Kau mendapat berita dengan gambar yang berbunyi seperti berikut:-

TOLONG SEBARKAN perkara ini. Mendapat maklumat dari seorang rakan. Kereta ini milik pasangan peminta sedekah di area Masjid Tanah. Isterinya memimpin suami yang buta untuk meminta simpati orang ramai. Selepas selesai meminta sedekah, pasangan itu akan pergi ke kereta No.plat KCV 4521. Setibanya disana, Si suami yang buta tadi memandu dengan selamba kereta tersebut.

Jika perkara ini sahih maka harus pihak berwajib mengambil tindakan segera agar rakyat yang berjiwa lembut dan pengasihan seperti Omak tidak terus ditipu.

Thu Aug 14, 2014 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cara pandu kereta defensif - Siri 1

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
Mohd Shubhi

Penulisan kali ini adalah sumbangan dari penulis jemputan En Azad Jasmi, seorang pemandu kereta rally dan amat meminati apa saja berkaitan dengan kenderaan. Beliau berpengalaman dalam industri automotif dan banyak terlibat dalam industri tersebut dari dulu sampai sekarang.

Berikut perkongsian beliau berkenaan cara pandu kereta defensif untuk pembaca yang bakl pandu kereta balik kampung tidak berapa hari lagi.

Apakah cara pandu kereta defensif
Ini merupakan siri satu dalam cara pandu kereta defensif atau lebih tepat lagi, Teknik Pemanduan Keselamatan & Defensif. Dalam bahasa inggerisnya kita panggil "Safety & Defensive Driving ?

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu atau lesen menunggang motosikal perlu melalui proses pembelajaran pemanduan disekolah-sekolah memandu yang bertauliah dan diiktiraf oleh pihak JPJ.

Walaupun ada juga kita dengar-dengar istilah "lesen terbang", tapi buat kali ini, tak perlu saya bincang bab lesen terbang ini kerana aspek lesen terbang ini memerlukan satu kupasan khas kerana topiknya juga lain sekali maksudnya.

Jadi, setelah kita memasuki sekolah memandu, apakah yang kita pelajari?

Seingat saya pelajar akan belajar teori-teori undang-undang jalanraya serta latihan praktikal untuk "parking", menarik brek tangan serta juga memberhentikan kenderaan pada satu tempat berbukit dan seterusnya perlu bergerak kenderaan anda dengan memastikan bahawa enjin kenderaan anda sentiasa hidup.

Kurang lebih macam tu lah! Okay, jika semua pemandu sudah mahir, kenapa jumlah kemalangan di Malaysia begitu tinggi?

Penulis merupakan Chief Instructor kepada TIC Advanced & Performance Academy dibawah TIC (TAJ International College) ingin berkongsi maklumat tentang peri pentingnya aspek pemanduan "Safety & Defensive"ini.

Antara aspek yang disentuh dalam siri pembelajaran ini ialah :-

1.. Anda perlu memahami dan mengenali kenderaan anda - Kita perlu mengetahu sifat dan "character"kenderaan kita baik dari segi prestasi brek, prestasi enjin, suspensi serta kemampuan kenderaan kita. - Adakah kenderaan anda "Front Wheel Drive", Rear Wheel Drive"atau Äll Wheel Drive". Ini kerana respon kenderaan anda serta cara pemanduan berbeza apabila "character" kenderaan kita berbeza dalam situasi-situasi tertentu.
2.. Mengetahui Kemampuan Brek dan Bagaimana Cara Membrek - Ini kerana kenderaan yang dilengkapi Anti Lock Braking System (ABS) bertindak berbeza dengan kenderaan yang tidak dilengkapi dengan ABS. Seterusnya cara membrek kenderaaan ABS dan tidak ada ABS juga berbeza dan ramai yang tidak mempunyai maklumat. Dengan adanya ilmu yang diterapkan didalam kelas-kelas ini, maka pemilik kenderaan atau pemandu boleh mempelajari teknik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya kerana ramai pemandu tidak mengetahui teknik membrek dengan betul dan hanya berpendapat bahawa membrek itu perlu dilakukan dengan hanya menekan pedal brek semata-mata.
3.. Perserta kelas pemanduan "Safety & Defensive" akan didedahkan dengan apakah tindakan yang perlu dilakukan terhadap steering anda ketika membrek dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan sesuatu obstacle"atau halangan. - Pemandu perlu mengetahui bahawa steering kenderaan memainkan peranan yang amat penting bagi mengelakkan dari sesuatu halangan serta didalan situasi kecemasan. Pengunaan steering yang baik boleh mengelakkan kenderaan dari terjebak dalam situasi kecemasan, tetapi bagaimana?
4.. Ramai yang tidak tahu cara untuk duduk di atas kusyen kenderaan. Bagaimanakah cara nak letakkan tangan dan jari dan cara memulas steering yang betul. Saya akan cuba memberikan maklumat dengan lebih didalam topik yang sama tetapi Episod Kedua.
Banyak lagi input seperti cara melaraskan cermin belakang (rear view mirror) serta cermin sisi (side mirrors) kerana persoalan ini juga boleh mengurangkan "blind spot".

Insyaallah akan disambung tajuk cara pandu kereta defensif ini pada episod kedua yang akan datang.

Thu Aug 14, 2014 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tips Penjagaan Gear Box

selatanonline.net
Posted by ahmadi

Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.

Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clutch supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenal pasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5, kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik dan steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang di'recommend'kan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.

Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangka hayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangka hayat clutch plate. Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian.

Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON) (kecuali Perdana V6 = RM 22000).----jagakereta.com

Thu Aug 14, 2014 9:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Seorang Wanita Dan Sebungkus Kueh
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Seorang wanita membeli majalah dan beberapa ketul kuih. Sambil menunggu kereta api tiba, dia duduk di sebuah kerusi panjang.

Disebelahnya, duduk seorang lelaki. Tidak diendahkan, wanita itu asyik membaca majalah yang baru dibelinya. Tiba-tiba, sudut matanya perasan lelaki disebelah mengambil kuihnya.

Wanita itu mulai geram. Tapi, dia berdiam diri. Dalam hati, dia mengutuk tindakan lelaki itu mencuri kuihnya.

Apabila dia mengambil sepotong kuih, lelaki itu pun ikut sama mengambilnya. Bahkan, lelaki itu tersenyum memandangnya sambil memakan kuih.

Hati wanita itu kian panas. Sudahlah lelaki itu curi kuihnya, tiada langsung rasa bersalah. Jauh sekali mengucapkan terima kasih.

Sampailah hanya tinggal sepotong kuih dalam plastik itu. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu mengambil kuih terakhir. Dia membahagikannya kepada dua bahagian. Satu, dihulur kepada wanita itu. Dan yang satu lagi dimakannya.

Wanita itu mengambil bahagian kuih terakhir. Hatinya semakin membara. Kebetulan kereta api tiba. Lantas wanita itu bangun dengan wajah marah, tidak langsung memandang ke arah lelaki yang dianggap telah mencuri kuihnya dan tidak tahu berterima kasih.

Setelah duduk, wanita itu membuka plastik yang tersangkut pada beg sandangnya. Dia terkejut melihat kuih yang dibeli rupa-rupanya masih ada di dalam beg plastik itu.

Jadi, yang dimakannya tadi bukanlah kuihnya? Tapi, ia adalah kepunyaan lelaki itu! Bermakna sekarang, bukan lelaki itu yang mencuri dan tidak tahu berterima kasih. Tapi dialah pencuri yang sebenar!

Wanita itu tersandar. Bagaimana dia hendak meminta maaf? Kereta api sudah bergerak laju meninggalkan lelaki tadi yang masih duduk di kerusi itu.

Sebenarnya, kisah diatas bagai metafora yang biasa berlaku dalam kehidupan. Kita mudah berprasangka buruk pada orang lain.

Tanpa sedar kita sebenarnya adalah si pencuri kuih itu!

comments:
Anonymous said...
Masalah mencuri kuih seperti di atas tidak akan berlaku jika dicontohi langkah kerajaan Singapura yang melarang makan dan minum di stesyen MRT. Kerajaan Singapura lebih baik dalam pencegahan kes curi seperti di atas. Ia tidak menghairankan kerana kabinet Singapura dibarisi oleh mereka yang bijak pandai.

BLAST COM said...
moral of the story...
berhati2 bila makan, sbb kadang2 kita begitu teruja nak makan sesuatu sehingga kita lupa status makanan tersebut. Kena pastikan
-apa makanan itu,
-siapa yg punya,
-status halalnya macamana,
-bersih ke tidak,
-ada racun/bahan toksik ke tidak,
-ada semut/berenga ke tidak,
-masih baik atau dah basi,
-luput tarikhnya bila,
dan macam2 perkara yg kena perhati..
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: