Wednesday, August 20, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3987

7 Messages

Digest #3987
2
Fw: CARA CURI DUIT ATM by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Ketua Eksekutif MRT letak jawatan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: KUYUB BERMANDIKAN PETROL by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7

Messages

Tue Aug 19, 2014 4:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Exco Majlis Belia Malaysia Maut Dilanggar Lori Kontena Gambang, Kuantan
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

Kuantan: EXCO Majlis Belia Malaysia Abu Qassim Nor Azmi, 28, maut selepas dilanggar lori kontena, di perhentian bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira 3 kilometer dari Plaza Tol Gambang dekat Kuantan kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa tiba dari Kuala Lumpur menuju Gambang dengan menaiki bas sebelum berhenti di perhentian bas berkenaan.

Sumber polis berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai statistik di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya kemudian mahu menaiki kereta jenis Naza Forte yang dipandu isterinya yang menunggu di kawasan sama. <!-- more -->
"Ketika mahu menukar pemandu, datang sebuah lori kontena dari arah belakang merempuh mangsa sebelum diseret kira-kira 5 meter dari tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Tuanku Gadut, Negeri Sembilan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemandu lori berkenaan melarikan diri sebaik kejadian terbabit namun pihak polis sudah mengenalpastinya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gambang," katanya. - Harian Metro
POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Tue Aug 19, 2014 4:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CARA CURI DUIT ATM
telokbakong.blogspot
gayapeneroka.blogspot
Ditulis oleh Omar Sahlan diGAYAPENEROKA

Gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.
'Skimming device' dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.

Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran.

Polis Pahang

Tue Aug 19, 2014 8:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



----- Original Message -----
From: 'Neny Asrina Bt. Isa' neny-asrina@jhr.sharp-world.com
To: undisclosed-recipients
Sent: Tuesday, August 19, 2014 4:43 PM
Subject: Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas

Ngeri! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas

Tergamak seorang lelaki apabila sanggup bertindak menetak tangan seorang pekerja TNB sehingga hampir putus di kawasan kediamannya. Melayukini.net difahamkan kejadian ini berlaku apabila pekerja TNB ini sedang melakukan tugas untuk memotong bekalan elektrik di rumah terbabit. Faham-faham sahajalah, jika kena potong mungkin berlaku tungakkan sehingga berbulan-bulan lamanya. Namun cubaan pekerja TNB mahu memotong bekalan elektrik menyebabkan kemarahan lelaki tersebut. Akhirnya berlaku adegan ngeri. Boleh lihat gambar di bawah ini.

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tue Aug 19, 2014 8:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CEO MRT letak jawatan bila 3 mati... tapi CEO MAS...?
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
CEO MRT Corp letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki," katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Ketua Eksekutif MRT letak jawatan
telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot

SUNGAI BULOH: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan meletak jawatan serta merta kerana mengambil tanggungjawab kejadian konkrit runtuh di projek MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga pekerja Bangladesh.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu di pejabat pembinaan Mass Rapit Transit (MRT), di sini, hari ini.

Pekerja Bangladesh berkenaan maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) jam 8.30 malam tadi.

Setakat ini, mayat dua pekerja Bangladesh yang maut dihempap blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara malam tadi berjaya ditemui dan dibawa keluar dari runtuhan itu pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Mangsa ialah Muhamad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

Sebelum itu, mayat seorang lag pekerja Bangladesh, Mohamad Elagi Hossain, 26, berjaya dikeluarkan pada jam 2.34 pagi tadi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketika kejadian empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

LANDASAN KONKRIT MRT JATUH, 3 PEKERJA DIKHUATIRI MAUT
telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

Sebahagian landasan MRT terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara semalam.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.

Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak yang 38 meter panjang dan seberat 300 tan, kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan. – Bernama, 19 Ogos, 2014.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/08/landasan-konkrit-mrt-jatuh-3-pekerja.html#ixzz3ApZrTesT

Tue Aug 19, 2014 8:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SEORANG PELANGGAN STESEN SHELL KUYUB BERMANDIKAN PETROL AKIBAT HOS NOZZLE PAM TERCABUT DAN TUAN PUNYA STESEN CUBA TAWARKAN RM50 KEPADA MANGSA UNTUK TUTUP KES..
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!

Seorang pelanggan Stesen Minyak Shell di Ipoh telah bermandikan sehingga basah kuyup seluruh badan dengan petrol RON95 apabila hos nozzle tercabut secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku di Shell berhampiran jalan sebalum masuk ke RTC Gopeng, pihak stesen Shell berkenaan enggan memberi gantirugi yang setimpal kepada mangsa kerana ini bukan kecuaian pihak Shell sebaliknya cuba mempersalahkan peralatan pam.

Namun, tidak mau insiden ini menjadi hebuh dan diketahui umum, pihak stesen Shell berkenaan cuba menawarkan RM50 untuk menutup mulut mangsa.

Berang dan rasa terhina dengan tindakan pemilik Shell berkenaan, mangsa akan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keperggunaan (KPDNKK).

Bagaimanapun, pemilik stesen yang dipercayai berbangsa India itu tidak berkata tidak kisah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh mangsa kejadian.

Jika apa yang diberitakan ini benar maka respon segera perlu dari pihak berkenaan demi pencerahan dan penyelesaian secara baik dan adil.

Tue Aug 19, 2014 8:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



" Tidak Pernah Terfikir Abang Bomba Akan Lakukan Kerja Sebegini. Saksikan 6 Gambar "

bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot

Selalu kita saksikan abang bomba dan penyelamat kita melakukan aksi memadam kebakaran. Menyelamatkan orang yang tersepit dalam apa-apa kemalangan jalan raya mahupun kemalangan di premis-premis.

Kita juga biasa menyaksikan abang bomba dipanggil untuk menghalau atau menangkap binatang buas. Tapi kali ini lain pula kejadiannya.

Abang bomba terpaksa bertungkus lumus untuk membuka cincin di jari manusia yang tidak dapat dibuka akibat terlalu ketat, dengan teliti tanpa mencederakan mangsa abang bomba telah berhasil dengan kepakaran dan peralatan sedia ada. Apapun tahniah kepada abang bomba.

Tue Aug 19, 2014 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.

BERITA SEBELUM INI

2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan

Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama, 3 Julai, 2014
comments:
BaDiN said...

bagaiman boleh berlaku,Kalau kenderaan awam sudah biasa kita dengar,Ini pelik bin ajaib Kereta Kebal pulak nak masuk rekod.tamat tempoh agaknya.Alfatihah ..

Anonymous said...
Al fatihah buat simati.. apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...

shidine didine rahman said...
'apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...&#39;

geli hati saya baca komen ni...

Anonymous said...
innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Berapa speed limit kereta kebal ni, 60 km/j???

kemungkinan besar gear mulfunction.

Anonymous said...
Leaps ni Lebih baik pakai cancil ataupun viva ..sbb x pernah dengar pun kereta tu terbalik...

Anonymous said...
Makin byk bencana & bala dtg menteri2 buat pekak buta je.. Tok sah kata nak letak jawatan lg kemaruk kuasa mcm Malaysia ni mak bapak tok nenek diorg!

Putra IJ80 said...
hujan x der Angin x der ttiba ribut...Ini yg pelik...

Alfatihah ...

Anonymous said...
tak kebal lah kete tu

Anonymous said...
Dulu helikopter Nuri.ashik terhempas.....skrng kereta kebal pulak terbalik.....menteri pertahanan malaysia boleh

Anonymous said...
Kereta kebal terbaik zionis pun hancur dengan B.A-Q, Manakala di sini terbalik musnah dengan korban jiwa tanpa perang, mungkin kena semak kos dan spesifikasi...
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: