Wednesday, August 13, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3981

6 Messages

Digest #3981

Messages

Tue Aug 12, 2014 9:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Erdogan hantar pesawat bawa pesakit Gaza ke Turki
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

KUALA LUMPUR: Jadi Presiden Turki, Erdogan hantar pesawat bawa pesakit Gaza ke Turki, demikian tulis Pertubuhan Ikram Malaysia melalui facebook.

Ketika pemimpin Arab lain membisu tentang isu Gaza, Erdoğan yang baru sahaja memenangi pilihan raya presiden Turki terus bertindak menghantar pesawat untuk membawa rakyat Gaza ke Turki untuk dirawat.

Dunia Islam dan rakyat Gaza berbangga dengan Erdoğan dan juga Turki.

Tue Aug 12, 2014 9:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RASA NAK PENAMPOR JER 3 BUDAK POMPUAN NI
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Tue Aug 12, 2014 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

" Kecoh Di Laman Sosial Dengan Gambar Kereta Ini Yang Dikatakan Milik Raja Bomoh VIP 1 Malaysia "
bloglist-malaysia.blogspot.
tikaqbuloh.blogspot.

Banyak bebeno anugerah yang raja bomoh vip nih dapat. Sampaikan gelarkan diri khalifah agung diraja peringkat kebangsaan.

Jakim dah fatwakan amalan perubatan raja bomoh sebagai sesat dan khurafat. Sesat-sesat dia pun banyak dapat anugerah power sungguh pukulan raja bomoh vip nih.

Tue Aug 12, 2014 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bahaya magnet hiasan di peti sejuk

kedahlanie.info
utusandaily.blogspot.
Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur.

Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.

Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Info lanjut http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

Tue Aug 12, 2014 9:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Masalah aircond Nissan Sentra akhirnya selesai

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
Mohd Shubhi

Saya ada kongsikan sebelum ini tentang pengalaman menggunakan Nissan Sentra yang tak ada banyak masalah. Cuma masalah paling besar saya hadapi dengan Nissan Sentra ini hanyalah masalah aircond yang tak sejuk setelah digunakan lebih dari 2 tahun.

Memang Nissan merupakan salah satu jenama yang terbukti boleh dipercayai dari segi teknologi enjin dan juga ketahanan badan kereta mereka.

Walaupun Nissan tak ada buat percubaan menonjolkan benda-benda canggih macam lain-lain kenderaan seperti Volkswagen, namun ianya tetap jadi pilihan bagi mereka yang mahukan keboleh percayaan dan ketahan enjin kenderaan.

Kalau anda merupakan seorang pengguna kenderaan yang pentingkan ciri-ciri tahan lasak, selesa dan tak suka masalah mengejutkan pada enjin atau gearbox, boleh pilih Nissan selain daripada Toyota atau Honda. Mereka hanya menggunakan teknologi yang terbukti baik dan boleh dipercayai selama ini sejak sekian lama tanpa ada masalah.

Masalah aircond pada Nissa Sentra
Bila saya kongsikan berkenaan masalah aircond yang dihadapi pada NIssan Sentra, ada kawan pembaca yang kongsikan pada komen di bawah artikel tersebut pengalamannya.

Katanya dia pakai jenis kenderaan Nissan Sentra yang sama macam saya, tapi tak ada pulak masalah aircond pada kereta miliknya. Ini memberikan saya satu input baru untuk disemak. Bila saya tanya pula pada lain-lain pemilik Nissan Sentra, ternyata mereka juga tak hadapi masalah aircond.

Apa yang pelik adalah setiap kali saya adukan pada pusat servis Nissan di Glenmarie tentang masalah aircond saya sejak sekian lama yang sering hasilkan takungan air dan juga ada kalanya tak sejuk, mereka akan kata perlukan servis aircond untuk selesaikan semua masalah tersebut.

Pertama kali saya adukan masalah tentang air bertakung, mereka cakap kena servis aircond. Saya ikut cadangan mereka dan bila selesai, memang air tak ada lagi bertakung dan tak ada lagi kedengaran bunyi macam ada sungai dalam dashboard kereta Nissan Sentra itu. Banyak lah juga habis duit servis aircond walaupun saya rasa macam tak berapa setuju kerana masih sejuk seperti biasa.

Tapi kali kedua berlaku lagi air bertakung dan saya adukan sekali lagi bila hantar servis di pusat servis kereta Nissan Glenmarie dan mereka kata nak kena servis aircond lagi. Saya mula naik angin, tapi akur juga sebab mereka tentu lebih pakar dari saya. Al-maklumlah, mereka kan pusat servis Nissan?

Masalah aircond Nissan Sentra tak selesai
Setelah servis kali kedua, air bertakung hilang tapi aircond mula jadi macam sewel. Sekejap sejuk dan sekejap tak sejuk. Masa mula pasang saja aircond kereta itu akan sejuk dan kemudiannya dah tak sejuk lagi untuk masa yang amat lama.

Berpeluh ketiak kalau naik kereta tersebut pada cuaca yang panas. Lalu saya mengadu pada pusat servis kali ketiganya berkenana masalah aircond dan mereka kat kena servis. Lalu saya servis lagi dan nampaknya tak ada apa-apa perubahan.

Yang bestnya masa saya ambil kereta tersebut, mereka kata, memang tak terasa sangat sejuk aircond kereta sekarang sebab cuaca yang amat panas membuat semua kereta begitu. Saya angguk saja tapi dah mula tak percaya cara mereka gebang macam pelanggan Nissan semua bodoh.

Bila kena hantar servis kemudiannya, saya adukan tentang gebangan mereka yang kata memang aircond tak sejuk sebab cuaca panas sekarang sebagai kata-kata nista. Saya minta mereka periksa sekali lagi apa yang tak kena pada aircond dan pastikan ianya pulih seperti sediakala.

Setelah saya tinggalkan kereta Nissan Sentra tersebut, saya mendapat panggilan bahawa mereka dah tahu kenapa tak sejuk. Ada banyak barang nak kena tukar dalam iarcond Nissan Sentra itu dan kosnya adalah dalam lingkungan RM4 ribu sahaja!!!. Saya katakan minta maaf saja dan tak payah nak buat kalau harga tinggi macam itu. Lebih saya tukar kereta baru daripada baiki aircond dengan harga sebegitu tinggi.

Masa ambil kereta saya siasat dan minta cadangan dari kawan di pusat servis tersebut di mana ada pusat servis aircond Nissan Sentra yang boleh dipercayai di luar. Dia berikan maklumat secara diam-diam pada saya dan saya terus ke kedai tersebut di Subang Jaya SS14.

Masalah aircond Nissan Sentra selesai
Sampai di sana saya ceritakan masalah aircond saya dari mula sampai habis. Taukeh Cina itu semak rekod dan dapati dia pernah servis kereta saya pada awal tahun 2012 dan tak ada msalah pada aircond kereta tersebut.

Memang betulpun, selepas servis kali pertama semuanya ok. Masalah timbul selepas servis kali kedua dan pada kali kedua, nampaknya Pusat Servis Nissan di Glenmarie buat sendiri. Mereka dah tak gunakan pakar lagi kerana dah buat semuanya secara inhouse.

Bukan tak boleh buat inhouse, tapi saya dapat tahu bahawa pekerja mereka yang dihantar belajar servis aircond tak bagus dan tidak berkemahiran tinggi untuk selesaikan masalah aircond dengan baik. Patutlah mereka belasah nak charge saya sampai RM4 ribu!, nak main tukar barang saja nampaknya. Itupun belum tentu akan baik pulih seperti asal.

Akhirnya Cina kedai Aircond di Subang Jaya SS14 itu buat pemeriksaan rapi dan tukar semua yang tak betul dan cuci aircond kereta Nissan Sentra saya. Taukeh itu tunjukkan bagaimana keadaan dalaman kereta itu yang nampak seperti tak pernah dicuci selama beberapa tahun.

Saya baru sedar selama ini Pusat Servis Nissan di Glenmarie buat servis aircond kereta Nissan Sentra saya macam taik dan tidak boleh dipercayai langsung. Nasib baik saya hantar pada Taukeh Cina itu dan nak ahu berapa saya kena bayar?

RM700 sahaja!, Ya! hanya RM700 dan bukannya RM4,000 sebagaimana yang Pusat Servis Nissan Glenmarie anggarkan. Keadaan selepas dicuci dan ditukar barang dalam kereta tersebut kini amat nyaman dan cukup sejuk macam asal baru beli kereta dulu.

Kedai repair aircond Nissan Sentra
Memang hebat Cina Aircond tersebut dan memang kedainya penuh dengan barang aircond kenderaan yang original. Dia merupakan pusat servis bertauliah daripada banyak pembuat aircond dan berpengalaman berpuluh tahun menjalankan perniagaan itu. Sebelum ini semua pusat servis menghantar kepadanya dan mereka ambil untung atas angin saja.

Oleh kerana kedai itu berjaya selesaikan masalah kenderaan saya tanpa ada sedikitpun unsur-unsur penipuan saya berikan maklumat berkenaan kedai tersebut. Nama kedai itu adalah Toppoint - Car Condition. Letaknya satu row dengan Caltex SS14 di Subang Jaya dan boleh hubungi taukehnya Mr Low 019-2401195 jika anda mahukan perkhidmatannya.

Nak tahu kenapa aircond Nissan Sentra saya hanya sejuk pada mula start kereta saja...?, sebabnya adalah sensor suhu pada aircond itu dah mabuk dan tak memberikan bacaan betul. Jadi aircond itu tak faham samada sejuk atau tidak sejuk dan akhrnya dia hanya sembur angin kosong.... Kalau biarkan pada Nissan Servis Centre Glenmarie, mereka akan tukar habis kesemua barang yang ada.

comments:
1.. Anonymous
Salam .. saya baru baiki aircond dikedai yang tuan maksudkan sebentar tadi .. masalah bunyi bising dari kipas aircond akibat sensor yang rosak telah dibaiki. Punca bunyi bising tersebut timbul selepas saya buat major service melibatkan aircond di Nissan. Sudah 3 kali saya hantar ke Nissan untuk masalah bunyi terlalu kuat akibat kipas aircond yang High Speed sepanjang masa namun jawapan yang diberi "Tiada masalah" .. Jadi bunyi yang kuat tu bukan masalah bagi mereka tetapi ianya masalah besar bagi saya. Terima kasih pada tuan yang mencadangkan kedai mr Low ini, saya rekemen pada tuan-tuan jika ada masalah aircond bolehlah rujuk pada yang pakar.

Nissan punya service centre memang tiada kepakaran dalam bab aircond malah air filter saya pun rupanya tak pernah diservice mahu pun ditukar. Patutlah aircond slow.

a.. Mohd Shubhi
Memang biasanya kita akan terkena dulu sebelum belajar. Untuk elakkan yg lain dari terkena, maka eloklah kita kongsikan untuk manfaat orang lain. Terima kasih atas perkongsian tuan...tq

2.. Anonymous
Agaknya mmg aircond nissan bermslh..kwn saya dah kempen jgn beli nissan sbb aircond rosak xsampai 2 thn dan nak baiki ambik mase 6 bln ..brg xde..yg ni slyphy

a.. Mohd Shubhi
Cuba bawa pada Mr Low tengok. Manalah tahu kalau-kalau masalahnya adalah orang yang baiki tu tak cekap dan bukannya Nissan itu sendiri yang bermasalah..

Tue Aug 12, 2014 6:57 pm (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

subsidi = RM0.63
so RON95 berharga RM2.73.
 
rgds,
Nazri Ahtar

On Sunday, August 10, 2014 1:18 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


 

EDISI RAKYAT DI TIPU BULAT-BULAT ... HARGA PETROL RON95 DAN RON97
SAMA???????
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!
 

Harga
kawalan Petrol RON95 dipasaran kini ialah RM2.10sen seliter dengan menghebohkan
kepada seluruh dunia Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak telah
memberikan subsidi RM0.75sen seliter menjadikan harga sebenar RON95 tanpa
subsidi RM2.85sen seliter.

Peliknya harga Petrol RON97 petrol yang
berkualiti jauh lebih baik dan tinggi dari RON95 pun harga seliter dijual tanpa
subsidi ialah RM2.85sen seliter juga.

Apakah ini beerti harga petrol
RON95 dan RON97 di Malaysia dibawah Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak
harganya sama iaitu RM2.85sen seliter????

Adakah Kerajaan UMNO/BN
pimpinan najib Razak ingin memberitahu rakyat bahawa kualiti petrol RON95 dan
RON97 adalah sama????

Atau adakah rakyat terutamanya mak cik-mak cik di
Felda, para pendokong UMNO sudah ditipu bulat-bulat kononnya setiap liter RON95
diberi subsidi oleh Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak amatlah tinggi
sehingga mencecah RM0.75sen seliter untuk menunjukan betapa mulia dan baik
sungguh hati kerajaan UMNO/BN ni??????

Mohon pihak yang berwajib
memberikan respon segera akan isu ini demi pencerahan dan kebenaran kerana apa
yang dikatakan ini benar maka jelas rakyat telah ditipu bulat-bulat secara pukal
dan borong.

 
 
EDISI RAKYAT KENA TIPU BULAT-BULAT ... BELI DUA LEBIH MAHAL
DARI BELI SATU.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!
 

Satu kotak harga RM9.49 sen bila beli dua sekali kena bayar
RM19.99 sen .. sepatutnya beli dua sekali gus harganya lebih murah tetapi ini
sudah terbalik... beli dua harga satu menjadi lebih kurang RM10. .. Lebih baik
dan bijak beli satu satu  .. harga menjadi RM18.98 .. jimat
RM1.

Lokasi kejadian pedaya rakyat ini berlaku di Pasaraya Giant Sek 7
Shah Alam Selangor.

Mohon pihak berwajib dan berkenaan respon sebab hal
ini jika benar amat jelas telah menipu pelanggan dan rakyat secara
terang-terang.
 
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: