Friday, December 12, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4082[8 Attachments]

7 Messages

Digest #4082

Messages

Thu Dec 11, 2014 6:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[HEBAHKAN] SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook
telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan amaran kepada pengguna Facebook supaya berhati-hati dalam melayari pautan yang mengandungi unsur seks.

Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, SKMM meminta orang ramai agar tidak tertarik untuk memasuki pautan yang kononnya memaparkan video 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk'.

Menurut SKMM jika pengguna klik pada pautan berkenaan, mereka akan diminta untuk memuat turun satu perisian berbentuk plugin yang sebenarnya adalah sejenis malware.

Sekiranya pengguna Facebook menjumpai kandungan sedemikian, mereka digesa jangan berdiam diri tetapi segera membuat laporan supaya kandungan itu dapat dibuang.

"Jika anda terjumpa kandungan sebegini, anda dinasihatkan untuk membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post – It's Spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

"Sekiranya akaun anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan akaun anda secepat mungkin," kata SKMM memberi amaran.

SKMM juga meminta orang ramai menghebahkan maklumat ini supaya tiada yang menjadi mangsa spam.

Thu Dec 11, 2014 8:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KITA BANGUN PAGI dan kita sihat sempurna..

PanduanIslam.com

ALHAMDULILLAH kita di beri kesempurnaan ini. Sedangkan ada insan lain yang tidak sempurna tapi masih mahu bekerja kerana mencari rezeki.

Adakah kita masih adakan alasan untuk MALAS?
a.. Top Comments
b..
c.. Muhammad Abdullah, Prabu Ghadaf Alimahdi, Chaa Adam and 106 others like this.
d.. 61 shares
e..
Ahmad Kamal bkn terlajak sempurna...tp terlajak subsidi.....

f..
Nur Ima tabik pada insan ini...semoga menjadi contoh pada insan2 yang terlajak sempurna tapi malas bekerja...semoga Allah murahkan rezekinya dan dipermudahkan segala urusannya...

g..
Putra Daulat Tanya mat bangla,indon dan Vietnam, apa pasal suka mari sini...

h..
Nahlah Mohamed MasyaAllah diatas semangat

i..
Smk Semenchu peh gile ah..
j..
Kay Real Ntah knp tak blh tgk vid ni smpai hbs..
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
6 of 6 Photo(s)
1 of 1 File(s)

Thu Dec 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Pemandu Teksi Langgar Lari Penunggang Motosikal Dan Seret Motosikal Sepanjang Jalan
bloglist-malaysia.blogspot
http://depalma-sp.blogspot.com
By Famili Ceria

Pemandu Teksi Langgar Lari Penunggang Motosikal Dan Seret Motosikal Sepanjang Jalan -

Assalamualaikum, kejadian baru berlaku pukul 8 malam tadi di Selayang Baru. Sebuah teksi jenis Proton Persona bernombor pendaftaran HWE 3192 telah melanggar lari sebuah motorsikal dan kemudian melarikan diri sambil mengheret motorsikal tersebut sehingga lokasi terakhir dikejar di Jalan Loke Yew.

Semasa pemandu sedang cuba ditahan oleh penduduk kampung selayang baru, pemandu telah melanggar sebuah lagi motorsikal sehingga kemalangan. Hati-hati kerana pemandu teksi tersebut memandu secara membabi buta.

Sumber

----- Original Message -----
From: Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com
To:
Sent: Wednesday, December 10, 2014 12:10 PM
Subject: RG2014... Klip video teksi langgar lari tersebar

Klip video teksi langgar lari tersebar di Facebook

Video: http://youtu.be/DjPHIORh1O0

KUALA LUMPUR, 10 Disember:

Satu klip video memaparkan sebuah teksi yang lari dengan sebuah motosikal tersangkut pada bahagian belakangnya setelah dipercayai melanggar kenderaan terbabit tersebar di laman sosial Facebook.

Dalam video klip berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh pengguna Facebook Don Amir Syafiq.

Menurutnya, kenderaan terbabit dipercayai telah melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri di Selayang Baru.

Pemandu teksi berkenaan kemudiannya melarikan diri ke arah Jalan Loke Yew dengan motosikal terbabit masih tersangkut pada bahagian belakangnya.

Beberapa orang penduduk di Kampung Selayang Baru juga mula mengejar teksi berkenaan. Malah, salah seorang daripada penduduk terbabit turut dilanggar setelah cuba menghalang teksi berkenaan.

Menurut komen daripada saksi pada klip video berkenaan, dua penunggang dan pembonceng motosikal terbabit terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Malah menurut Amir, pemandu teksi terbabit juga katanya telah menyerah diri di Balai Polis Tun H.S Lee.

Klip video berkenaan mendapat lebih 2,700 like dan dikongsi dengan 4,300 pengguna Facebook lain.

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Dec 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

DOSA-DOSA DI KEPALA WANITA
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
duniaimpianfatin.blogspot.
Assalamualaikum bloggers.

Aten pasti ramai sudah mengetahui tentang benda ni. Tapi, tak semua yang ambil peduli tentang dosa lain di kepala wanita. Di kepala wanita ada rambut, telinga, gigi, mulut, lidah dan lain-lain lagi. So harini, aten nak kongsi tentang 15 dosa di kepala wanita.

1. Tidak berhijab (menutup aurat)

2. Menyambung rambut/memakai konde

3. Mewarnai/menyemir rambut dengan warna hitam

4. Mencabut uban

5. Memakai bulu mata palsu

6. Bertabarruj (bersolek di hadapan umum atau yang bukan mahram)

7. Merenggangkan/mengikir gigi

8. Membuat tatto

9. Memakai jilbab gaul/tidak memenuhi syarat hijab

10. Memakai rambut palsu/wig

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir

12. Mencukur/mencabut bulu alis

13. Memakai lensa kontak berwarna untuk bertabarruj

14. Operasi plastik untuk kecantikan

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan/bertabarruj

Bila tahu dosa yang ke 15 tu rasanya tak jadi nak pakai braces. Sebab yelahkan ramai yang pakai braces untuk kecantikkan. Serius aten mengaku gigi aten memang tak cantik. Ramai yang suruh buat braces. But, aten fikir juga pasal duit dan sakit nak buat braces. So, takpelah dah ciptaan Allah. Syukur lah kan daripada tak ada gigi

Thu Dec 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar Juruterbang Pertama Air Asia Bertudung
kitabantai.info
Kita Bantai

Anda mungkin pernah melihat perempuan bekerja sebagai juruterbang dan pasti terfikir di fikiran anda untuk menjadi kru diatas kapal terbang mesti tidak boleh pakai tudung, seksi dan memakai kain belah.

Semua itu tidak lagi menjadi masalah apabila perkara ini telah dibuktikan oleh gadis yang bernama Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus yang menjadi kapten kapal terbang Ais Asia pertama bertudung.

Noorhafizah atau lebih dikenali dengan nama Fizzy Idrus, telah memilih menjadi juruterbang pada usia yang baru menjangkau 30 tahun. Walaupun begitu profesional dalam kerja sebenarnya beliau adalah wanita biasa di rumah dimana gemar melakukan perkara-perkara rutin seperti perempuan lain.

Sebagai imej wanita bertudung admin berasa begitu bangga dan ini menepis tangapan liar yang menutup aurat membataskan kerjaya seorang wanita.

Berikut kami kongsikan gambar dan biodata Hafizah.

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus

Nama Samaran: Fizzy Idrus

Tarikh Lahir: 21 September 1984 (Umur: 30 Tahun)

Asal: Taiping Perak

Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus

Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur

Pendidikan: Sek Keb Taiping, Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.

Bidang: Ijazah Multimedia (UKM)

Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

Gambar-gambar beliau.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/gambar-juruterbang-pertama-air-asia.html#ixzz3LXldfHlO

Thu Dec 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Yuran Pendaftaran Tadika Naik 42.85%
telokbakong.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Pastinya ibu bapa yang menghantar anak-anak kecil mereka ke TADIKA/TASKA swasta akan menggelengkan kepala bila mendapati Yuran Pendaftaran untuk sesi 2015 meningkat paling kurang 30% dari kadar 2014.

Rata-rata gua dapati paling rendah kenaikan aderlah 28.42 %. Ini gua tak amik kira yuran pendaftaran PASTI... Tapi gua amik kira yuran pendaftaran TADIKA/TASKA yang lain...

Pening mak bapak... Nak letak kat Pra-Sekolah... Anak akan kurang dapat tumpuan ... Dan silap-silap anak langsung tak pandai membaca... Ini gua perhatikan sebab gua banyak berurusan ngan skolah.. Tambah lagi gua menganggotai PIBG...

TADIKA KEMAS pon failed... Tak dapat menyediakan bebudak kecik nih untuk cabaran di peringkat sekolah rendah nanti... Bukan gua nak perkecilkan... Tapi itulah realiti...

Nak antar ke PASTI... Pergh... Overload... Dah full house... Walau pun ader dua tiga PASTI yang berhampiran... Tapi full house gak... Gua missed ngan TADIKA/TASKA milik AL-ARQAM dulu... Terbaek dunia akhirat sistem pendidikan dier...

Jadi option yang ader untuk memdapatkan pendidikan terbaek untuk anak-anak kecil nih ... yang mana mereka mudah menerima ilmu kalo betil taktik pengajaran dan pembelajarannnyer ... terpaksalah ibubapa yang prihatin terpaksa kuar modal yang besar... Malah ader yang kosnya macam dibawah nih...

Dah macam nak masuk IPTA walhal baru level TADIKA/TASKA jer... Aiyo... Itu belum kalu kena GST ker mender ker... Hahaha

Senarai Yuran Perdaftaran setelah dipadamkan nama pelajar

comments:
1.. Anonymous
Boleh buat bisness nih...heh2

2.. Prince of Noob
inilah hasilnya daripada purata pendapatan isi rumah rakyat malaysia RM5,900 sebulan.

3.. Anonymous
...tak lama lagi, adalah skim macam PTPTN untuk pra sekolah lah pulak...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2014/12/yuran-pendaftaran-tadika-naik-4285.html#ixzz3LQ2SYPDy

Thu Dec 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[EKSKLUSIF] Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati? | KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA |

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali arus.

Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Itu tidak termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh. Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa semakin rakus dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya.

Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa, tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..!

Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang kami hadapi ialah apabila anak ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa sehingga usaha pemulihannya menjadi sukar. Kami dapati jauh lebih mudah membentuk akhlak anak yatim piatu kerana mereka lebih patuh dan sanggup menganggap kami ibubapa mereka sendiri. Tidak seperti anak-anak yang masih ada ibubapa, tambahan yang jenis dimanja dan mewah hidupnya.

Oleh itu, kami tuliskan artikel ini agar ia boleh dijadikan pedoman oleh ibu bapa di luar sana. Mencegah kerosakan itu jauh lebih baik dari merawat.

SIKAP IBUBAPA YANG MEROSAKKAN ANAK SENDIRI TANPA SEDAR

Berat untuk kami kongsikan penemuan ini namun kami tiada pilihan. Kebanyakan kerosakan anak-anak adalah berpunca dari ibubapanya, iaitu dari dalam rumah sendiri. Kemudian barulah dari pengaruh dunia anak-anak itu seperti rakan sebaya, kaedah pendidikan di sekolah, pengaruh media dan sebagainya.

Ada ibubapa yang asalnya susah lalu berusaha untuk berjaya dan hidup senang. Setelah itu mereka berusaha untuk mempastikan anak-anak mereka berjaya. Kononnya tidak mahu anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka dahulunya. Apa sahaja yang diminta si anak mereka turuti sehingga ramai yang lupa memerhatikan akhlak dan jatidiri anak-anak apabila tumpuan mereka hanya pada kecemerlangan akademik dan kerjaya semata-mata.

Akibatnya hari ini ramai ibubapa yang datang mengadu masalah akhlak anak mereka, padahal anak itu cemerlang dalam akademik dan kerjaya. Ramai ibubapa yang mengeluh kerana anak mereka tidak pedulikan batas agama, tidak menghormati orang tua, suka melawan dan tidak mendengar kata, malas bekerja, tidak pandai bergaul dan sebagainya. Ada yang malah mengadu anak mereka mungkin sudah tukar agama.

Siapakah yang memanjakan anak sehingga ia jadi manja? Siapakah yang membiarkan anak tidak disuruh untuk ikut bekerja sehingga jadi pemalas dan tidak kreatif? Siapakah yang mengikuti sahaja kehendak anak sehingga ia jadi pemboros dan keras kepala? Siapakah yang tidak berinteraksi dengan anak kerana sibuk mengejar dunia sehingga ia renggang dari ibubapa dan tidak pandai berbicara? Siapakah yang tidak menunjukkan cara hidup beragama sehingga anak sanggup hidup seperti jahiliyah?

Sebenarnya itu semua bermula dari rumah, hasil sikap ibubapa terhadap anak sendiri. Kegagalan ibubapa menerapkan 'rule and regulation, baundary and limitation' akan menyebabkan anak jadi liar. Disiplin yang dilonggarkan oleh ibubapa ini jugalah yang menyebabkan anak-anak kosong jiwanya lalu mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, media dan sebagainya.

DOSA LAMPAU IBUBAPA YANG MENULAR SEBAGAI KIFARAH

Kami rujuk kepada bencana zina, rasuah, dadah dan berbagai-bagai lagi. Hasil kajian kami menunjukan begitu ramai ibubapa yang anaknya ada masalah seperti ini pernah melakukan pelbagai dosa yang sama. Bahkan kajian kami menunjukkan ramai ibubapa yang telah berzina sebelum maupun selepas perkahwinan mereka sendiri.

Hari ini ramai ibubapa yang mengabaikan hukum hakam sewenang-wenangnya. Ada yang mengadukan masalah sosial / zina anak gadisnya. Malangnya sibapa yang mengakui banyak berzina sebelum menikahi isterinya dahulu juga masih berzina dengan gadis lain (menduakan isteri) hingga sekarang.. Nauzubillah.

Dari segi psikologi dan sosiologi, semua perkara haram yang pernah dilakukan oleh ibubapa, sekalipun di belakang anak mereka tetap akan dapat dihidu dan ditiru oleh anak-anak.

Habit melanggar yang haram dan mengabaikan yang wajib inilah yang akan membentuk peribadi ibubapa itu sendiri menjadi hamba yang derhaka. Habit itu terpapar setiap hari depan anak-anak lalu ditiru secara pekej. Sekalipun kita cuba berlakun baik atau menyembunyikan dosa-dosa itu di depan anak, namun kita sering tidak sedar keperibadian itu terserlah juga di sana-sini.

Anak-anak sangat sensitif untuk mengesan dan meniru segala perbuatan buruk berbanding amalan yang baik. Inilah antara punca ramai ibubapa jadi pening kepala dari mana anak-anak mereka membentuk semua sikap dan akhlak yang negetif itu. Bukan dosa ibubapa itu yang akan terbeban pada anak-anak, tetapi sikap pendosa itu yang akan ditiru lalu anak-anak turut melakukannya dan ikut berdosa.

KESIMPULAN

Bentuklah akhlak dan disiplin diri kita jika kita mahu anak-anak kita berdisiplin. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala laranganNya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh secara kaffah. Selalulah membaca dan merujuk alquran dan jelaskan disiplin solat kepada anak-anak sejak kecil lagi. InsyaAllah semua amalan baik yang meraka lihat itu mampu disemai dalam diri mereka.

Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang mereka lihat dari apa yang kita kata. Apa yang mereka lihat di rumah dari peringkat awal itu akan melekat dan mengisi jiwa putih mereka.

Jika anak-anak mula melangkah ke sekolah dalam keadaan diri yang masih kosong, tidak ditanamkan minat terhadap agama dan akhlak mulia, maka di situlah pengaruh rakan sebaya dan dunia luar akan mudah merasuk dan mempengaruhi mereka. Jika dari rumah sudah cenderung kepada budaya dan sikap yang negetif, maka anak akan melebarkannya di sekolah nanti. Jika dari rumah jiwa sudah terisi, tahu batas dan aturan agama, insyaAllah mereka tidak mudah terpengaruh.

Oleh itu, jika ibubapa pernah lalai atau sering melakukan dosa, hentikanlah dengan serta-merta. Lebih lama kita meneruskan amalan buruk, lebih mudah untuk anak mengesan dan menirunya.

Ramai sudah murobbi tahfiz yang mengeluh dengan sikap ibubapa yang masih mahu berpoya-poya dengan benda haram, tidak juga peduli suruhan agama, tetapi mahukan anaknya dibentuk jadi 'malaikat'. Makanan dari punca haram dari rumah telah menjadikan ibubapa melupakan soal halal haram. Sikap itu ditiru oleh anak-anak bersama makanan dari sumber haram tadi.

Marilah membanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah. Nampakkan amalan baik dengan penuh keikhlasan dan tawadduk kepada anak-anak sehingga mereka tidak dapat mengesan dosa lampau kita. Semuga dapat mereka memulakan hidup mengikut tabiat dan amalan baik yang kita paparkan setiap hari.

Sesungguhnya Allah benci kepada kefasikan, kemunafikan dan golongan yang mencampur-adukkan amal/kerja yang baik dengan amal buruk. Ketahuilah bahawa Allah menerima taubat dengan sedekah, zakat, serta kerja kebajikan dan jihad fi-sabilillah.(QS: 9 AT-TAUBAH 101-106).

Tunjukkanlah kerjabuat yang Allah suka ini kepada anak-anak kita agar ianya menyerap ke dalam jiwa mereka untuk membentuk jiwa yang soleh. Janganlah sampai kerana kita meneruskan kerja dosa kita, lalu anak-anak menirunya dan turut menjadi pendosa yang dikaitkan dengan dosa kita pula.

Hari ini ramai yang sudah tidak lagi merasakan bahawa arak, zina, rasuah, riba', menipu, mencuri, fitnah, bahkan segala macam kedurhakaan terhadap ibubapa dan Allah itu sebagai 'satu dosa'. Sebenarnya, itulah sajian makanan dan pakaian sebenar (sajian minda dari sistem kehidupan yang kita 'pakai'), yang kita berikan kepada anak-anak kita saban hari.

Sistem hidup terkutuk yang kita pakai, iaitu suka melanggar yang haram dan mengabaikan yang wajib itulah yang bakal membentuk akhlak durjana yang menjadi darah daging anak-anak kita melalui makanan haram yang kita sajikan setiap hari. Jika Muzammil (QS:73) itu bermakna kita terlena/tidur berselimut, maka setelah terjaga, jangan lagi bertangguh (berkemul) pula.

QS:74. Al Muddatstsir 1-5: "Hai orang yang berkemul. Bangunlah, lalu berilah peringatan (nazir)! Demi(dan) Rabbmu besarkanlah. Demi(dan) pakaianmu bersihkanlah. Demi(dan) perbuatan dosa tinggalkanlah"

Kita semua sedia maklum apa yang diwajibkan dan apa yang dilarang Allah. Jika kita merasa pernah melanggar larangan dan meninggalkan suruhan itu, segeralah menyesalinya dengan berusaha sepenuh kesungguhan agar fitrah 'jiwa hamba yang merasa berdosa' itu terlihat jelas di wajah kita oleh anak-anak kita. InsyaAllah taubat kita akan diterima dan anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan dosa itu.

Semuga Allah terima segala amal baik dan mengampuni segala dosa lampau kita dengan amal soleh, melalui usaha ISLAH (berubah) yang bersungguh-sungguh itu.

WARGA PRIHATIN

sumber: www.facebook.com/wargaprihatin
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: