Tuesday, December 30, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4097

2 Messages

Digest #4097

Messages

Mon Dec 29, 2014 6:56 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Awan Cumulonimbus, Awan Paling Ditakuti Dunia Penerbangan
telokbakong.blogspot
duabiji.com
Sudiono Muji

Awan Cumulonimbus merupakan awan padat vertikal yang menjulang tinggi, mirip gunung atau menara, Kumulonimbus (Cumulonimbus) berasal dari bahasa Latin, "cumulus" berarti terakumulasi dan "nimbus" berarti hujan. Awan ini terbentuk sebagai hasil dari ketidakstabilan atmosfer.

Awan ini dapat terbentuk sendiri, secara berkelompok, atau di sepanjang front dingin di garis squall. Awan ini juga mampu menciptakan petir melalui jantung awan. selain itu hanya awan ini yang mampu menciptakan tornado, downburst. Awan kumulonimbus terbentuk dari awan kumulus (terutama dari kumulus kongestus) dan dapat terbentuk lagi menjadi supersel, sebuah badai petir besar dengan keunikan tersendiri. Awan cumulonimbus merupakan awan yang termasuk paling ditakuti oleh penerbang, awan ini juga dipercaya sering membuat bencana, khususnya lalulintas udara.

Hilangnya Pesawat Air Asia sedikit ada kaitanya dengan Awan Cumulonimbus ini, seperti dilansir tribunnews.com, Hilangnya pesawat Air Asia diduga disebabkan karena banyaknya awan Cumulonimbus di rute yang dilewati pesawat air asia dengan nomor penerbangan QZ8501 tersebut. Menurut Kasi Data dan Informasi BMKG Palembang, Indra Purna

"Memang, di musim sekarang, sangat banyak pertumbuhan awan Cumulonimbus yang mengandung petir dan angin kencang. Keberadaan awan ini sangat menganggu untuk aktifitas penerbangan,"

Namun, Indra sendiri belum berani memastikan apakah penyebab utama hilangnya Air Asia, apa disebabkan oleh awan Cumulonimbus atau bukan. Menurutnya,biasanya pesawat sudah dilengkapi radar yang bisa melacak untuk menghindari awan seperti ini.

"Kita tidak bisa menyebut awan ini penyebab utama hilangnya Air Asia. Yang pasti, saat ini awan Cumulonimbus memang sedang banyak-banyaknya," kataya

Sebelumnya juga pernah terjadi kecelakaan pesawat yang diduga di sebabkan oleh awan Cumulonimbus yang menimpa pesawat Lion Air di Bandara Ngurah Rai, Bali, pada 13 April 2013 lalu, Diduga sebelum pesawat mendarat menembus awan cumulonimbus yang menghasilkan hujan lebat.

Mon Dec 29, 2014 6:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Disebabkan Bonggol Jalan Di Bukit Jalil Ini, Isteri Saya Kemalangan Sampai Patah Bahu"

selatanonline.net
Posted by AbuJihad

Kewujudan bonggol 'maut' berdekatan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini ternyata meresahkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Difahamkan, pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal sering mengalami kemalangan ekoran permukaan bonggol tersebut yang tidak jelas ketika siang dan malam.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, jalan yang dikatakan itu adalah Jalan Merah Cagar yang merupakan laluan di sepanjang kawasan stadium berkenaan.

Seorang pengadu, Mohd. Naim Mohd. Isa, 29, berkata bonggol berkenaan betul-betul berada selepas pada selekoh jalan dan kebanyakan pengguna jalan raya tidak dapat melihatnya dengan jelas.

Menurutnya, memburukkan lagi keadaan tidak ada sebarang cat atau alat yang diletakkan di atas jalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memberitahu orang ramai bahawa terdapat bonggol di situ.

"Disebabkan itu, pada malam 21 Disember lalu saya dan isteri, Nur'ain Azrina Mohd. Alias, 29, terlibat dalam kemalangan di lokasi berkenaan selepas pulang daripada Festival Motosikal Antarabangsa (IMF).

"Akibat daripada kemalangan tersebut, bahu kiri isteri saya telah patah dan dia terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Pantai Cheras," katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.

Tambah Mohd. Naim, dia meminta jasa baik PBT sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengambil perhatian mengenai perkara ini.

Jelasnya, ia bukanlah kali pertama kemalangan jalan raya berlaku disebabkan bonggol tersebut dan adalah amat malang sekiranya ia dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan dilakukan.

"Keadaan cuaca di sekitar ibu kota pada ketika ini yang tidak menentu dan selalu hujan akan menjejaskan lagi penglihatan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

"Oleh itu, saya meminta agar pihak berkuasa segera meratakan, mengecat atau menambah jumlah lampu jalan di sekitar kawasan berkenaan demi keselamatan orang ramai," ujarnya.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: