Saturday, December 27, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4094

6 Messages

Digest #4094

Messages

Fri Dec 26, 2014 3:06 am (PST) . Posted by:

"MikaeL"

saya pon pernah try call 999 untuk emergency..ok jer..

On Friday, December 26, 2014 3:45 PM, "Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


saya dah beberapa kali call 999 guna hp (bukan untuk test tapi memang nak lapor kecemasan), setakat ni takde masalah.
dan yang powernya, dia tau lokasi panggilan dan nama penuh saya tanpa perlu saya beritahu..

2014-12-26 11:12 GMT+08:00 rezal_sapuan@amtek.my [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>Baca macm betul tapi bila dia kata dail
999 ... kt situ dah x betul.
>
>HP kena call 112 ..
>
>Maaf klau silap...
>
>
>
>From:
"'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
>To:
"zzxmelayucyber"
<melayucyber@yahoogroups.com>,
>Date:
26/12/2014 12:23 AM
>Subject:
www.groupautomobil.blogspot.com- Fw: DIROMPAK DIPUKUL DAN HAMPIR DIROGOL DI STESYEN KOMUTER NS
>Sent by:
automobil@yahoogroups.com
>
>________________________________
>
>
>
>
>
>
>KISAH BENAR GADIS DIROMPAK
DIPUKUL DAN HAMPIR DIROGOL DI STESYEN KOMUTER NS
>telokbakong.blogspot
>aiyangdisayang.blogspot.
>By Aiyang
disayang
>
>Assalamualaikum dan hi semua.
Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang
apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah
balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang
pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
>
>Pada malam Jumaat 18/12/2014
sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol
di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai.
Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka
ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang
Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu
malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya
kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal
pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh
jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang.
Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.
>
>Malam tu, balik kerja macam
biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan
handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan
cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil
putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet,
pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian
berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop
saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan
diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan.
>
>Bila barang dah kena amek,
i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta
saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia
ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused
tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung
saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya
ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih
cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar
susah untuk bernafas.
>
>Hanya Allah yang tahu apa
yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan
lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal.
In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri.
>
>Alhamdulillah, Allah selamatkan
diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai
di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.
>
>Dan alhamdulillah handphone
saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak
Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda.
Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat
proses untuk mendapat bantuan tu. Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu
di tempat kejadian.
>
>Beberapa minit kemudian polis
pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai.
Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan
apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk
laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada
kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am.
Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak
laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting
ke kes saya ni.
>
>Tidak mengapa saya menunggu
dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian
yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene.
Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai
tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence
yang ditinggalkan orang jahat tu.
>
>Cuma soalan saya kenapa polis
tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan
di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya
hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah
polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian
jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai
polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, "Laa pakai glove ke?"
>
>And I was like saya rasa
saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove
manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan
cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin
ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain
itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi
tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori
saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya
cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.
>
>Dear Malaysians, walaupun
laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu
saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta
tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa
kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta
dia yang hilang tu.
>
>Sekali lagi, tolong laporkan
kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA
KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian
sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.
>
>One more thing, kepada pihak
pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu
macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak
saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV
so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali
apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter.
>
>Yang menariknya bila nak
suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan
remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak
buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu
jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display
only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan.
>
>Saya menaiki komuter dari
Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan
kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan
yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter
cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some
action tolong jangan lepas tangan.
>
>Dulu ada RELA yang jaga kejap
dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya
pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan
diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam
tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang
baru semua nak turun padang?
>
>Mungkin pada pandangan sesetengah
pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat
ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan
KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya
sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita
agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam
dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan
diri saya.
>
>Syukur ke hadrat illahi,
saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah
ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral.
Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga!
Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.
>Semoga kita sentiasa dibawah
lindungan Allah.
>Wassalam.
>
>
>sumber
>
>
>Alhamdulillah mujurlah gadis ini selamat. Berhati-hatilah..... penjenayah
ada di mana-mana. Dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat inikan pula
di luar sana. Semoga Allah melindungi kita.
>
>

Fri Dec 26, 2014 6:54 am (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

samalah kita....tu mmg next targetnama pun best ..AS*X hehehe
On Friday, December 26, 2014 3:47 PM, "Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  betul tu.. ASX tu memang nampak menarik..
On Fri, Dec 26, 2014 at 10:18 AM, bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <automobil@yahoogroups.com> wrote:

  Keta Mits ni nampaknya semakin menarik...Jika ada yg owner Keta Mits,,boleh kasi komen sikit..spareparts, minyak, x factor..

On Friday, December 26, 2014 12:24 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  
Mitsubishi Malaysia Buat Tawaran Hebat Sempena Hujung Tahun
kitabantai.infoKita Bantai
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah membuat satu tawaran hebat sempena hujung tahun 2014 dengan memberi rebat yang amat menarik sehingga RM 7000 kepada model terpilih sehingga 31 Disember nanti.

Mereka teah memberikan rebat tunai sebanyak RM4000 kepada kereta model Mitsubishi ASX (2WD) yang dijual dengan harga RM114 ribu dan RM128 ribu untuk Mitsubishi ASX (4WD).

Mitsubishi ASX datang dengan enjin 2.0 liter MIVEC ini turut disertakan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan.

Untuk kategori 4x4 pula, Triton VGT GS pasti menjadi pilihan pengguna dengan di beri rebat sebanyak RM 6000 dengan harga RM107 ribu, Kereta ini didatangkan dengan sokongan enjin diesel 2.5 liter yang dapat menjana kuasa kuda sebanyak 178ps bersama tork 350Nm, sistem Variable Geometry Turbo (VGT) menawarkan pemanduan hebat bersama penjimatan bahan api.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melawat Facebook rasmi Mitsubishi Motors Malaysia untuk mengetahui lebih tentang tawaran yang diberi.
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/mitsubishi-malaysia-buat-tawaran-hebat.html#ixzz3MditMOXW


#yiv8864919612 #yiv8864919612 -- #yiv8864919612ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp #yiv8864919612hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp #yiv8864919612ads {margin-bottom:10px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp .yiv8864919612ad {padding:0 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp .yiv8864919612ad p {margin:0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mkp .yiv8864919612ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ygrp-lc #yiv8864919612hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ygrp-lc .yiv8864919612ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity span {font-weight:700;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity span span {color:#ff7900;}#yiv8864919612 #yiv8864919612activity span .yiv8864919612underline {text-decoration:underline;}#yiv8864919612 .yiv8864919612attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv8864919612 .yiv8864919612attach div a {text-decoration:none;}#yiv8864919612 .yiv8864919612attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv8864919612 .yiv8864919612attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv8864919612 .yiv8864919612attach label a {text-decoration:none;}#yiv8864919612 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv8864919612 .yiv8864919612bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv8864919612 .yiv8864919612bold a {text-decoration:none;}#yiv8864919612 dd.yiv8864919612last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8864919612 dd.yiv8864919612last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8864919612 dd.yiv8864919612last p span.yiv8864919612yshortcuts {margin-right:0;}#yiv8864919612 div.yiv8864919612attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv8864919612 div.yiv8864919612attach-table {width:400px;}#yiv8864919612 div.yiv8864919612file-title a, #yiv8864919612 div.yiv8864919612file-title a:active, #yiv8864919612 div.yiv8864919612file-title a:hover, #yiv8864919612 div.yiv8864919612file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8864919612 div.yiv8864919612photo-title a, #yiv8864919612 div.yiv8864919612photo-title a:active, #yiv8864919612 div.yiv8864919612photo-title a:hover, #yiv8864919612 div.yiv8864919612photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8864919612 div#yiv8864919612ygrp-mlmsg #yiv8864919612ygrp-msg p a span.yiv8864919612yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv8864919612 .yiv8864919612green {color:#628c2a;}#yiv8864919612 .yiv8864919612MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv8864919612 o {font-size:0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612photos div {float:left;width:72px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612reco-category {font-size:77%;}#yiv8864919612 #yiv8864919612reco-desc {font-size:77%;}#yiv8864919612 .yiv8864919612replbq {margin:4px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg select, #yiv8864919612 input, #yiv8864919612 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg pre, #yiv8864919612 code {font:115% monospace;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-mlmsg #yiv8864919612logo {padding-bottom:10px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-msg p#yiv8864919612attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-reco #yiv8864919612reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-sponsor #yiv8864919612ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv8864919612 #yiv8864919612ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv8864919612

Fri Dec 26, 2014 8:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anggota Bomba Cedera Kenderaan Terjunam Ke Dalam Gaung

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

DUNGUN – Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terhumban ke dalam gaung akibat tanah runtuh awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia, Datuk Mohd Nor Ibrahim berkata insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Kampung Syukur Pasir Raja di sini mengakibatkan mangsa bersama jentera 'RRV' serta sebuah bot terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Beliau berkata mereka dalam perjalanan untuk memindah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka yang cedera berjaya dikeluarkan dengan pertolongan orang awam yang menyedari kejadian itu," katanya.

Anggota Mohd Fadzil Mohd Jamal, Mohd Faisal Mohd Fauzi dan Aziz Mohammad kini dilapor stabil dan dirawat di Hospital Dungun manakala Maharazin Mat Saud yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Fri Dec 26, 2014 8:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemalangan 6 Buah Kenderaan Di KM29 Lebuhraya Karak-KL

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

**Hati-Hati Di Jalanraya pada Musim Hujan**

Kemalangan melibatkan 6 buah kenderaan Di KM29 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

2 orang mangsa cedera parah, 3 cedera ringan manakala yang lain selamat.

FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Fri Dec 26, 2014 8:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Proton Tawar Khidmat Buruh Percuma, Diskaun Alat Ganti Kereta Terjejas Banjir
kitabantai.info
Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat itu pada mulanya menawarkan pemilik kereta terbabit dengan diskaun 20 peratus bagi semua kerja pembaikan kenderaan itu.

"Namun, kami berasakan tawaran awal itu tidak memadai dalam keadaan sekarang dan memutuskan untuk memberi diskaun 30 peratus bagi alat ganti manakala bayaran khidmat buruh tidak akan dikenakan bagi pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.

"Kami menasihati pelanggan berkenaan menghantar kereta mereka ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran bagi membolehkan kereta mereka dibaiki," katanya dalam satu kenyataan.

Program 'Proton We-Care Prihatin Banjir' sehingga 15 Mac tahun depan itu, turut merangkumi perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, penilaian kerosakan dan perkhidmatan tunda kenderaan dari kawasan terjejas banjir ke pusat servis Proton.

Pemilik kereta Proton juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398 bagi sebarang pertanyaan, bantuan serta khidmat tunda kereta.

Selain itu, Proton turut berkongsi panduan pengurusan kereta yang terjejas akibat banjir iaitu tidak menghidupkan enjin kereta; tidak menggunakan alat kawalan jauh bagi membuka pintu kereta, sebaliknya melakukannya secara manual dan pastikan untuk mengalihkan terminal negatif bateri kereta bagi menghentikan pengaliran elektrik dalam kereta.

Kesemua tiga langkah di atas bertujuan meminimumkan kerosakan peralatan, terutamanya komponen elektrik dan mekanikal kereta selain boleh menyelamatkan beberapa bahagian peralatan berkenaan.

Selepas menutup elektrik kereta, pemilik kenderaan itu harus mengambil barangan berharga yang disimpan dalam kereta, mengunci kereta secara manual dan memastikan kenderaan itu ditunda ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran. - mStar Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/proton-tawar-khidmat-buruh-percuma.html#ixzz3N0s0y1AJ

Fri Dec 26, 2014 8:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Majikan Tidak Berhati Perut Paksa Pekerja Abaikan Keluarga Dilanda Banjir

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

Satu salinan gambar WhatsApp di antara seorang majikan dan pekerjanya tersebar di laman sosial gara-gara tindakan majikannya yang dilabel tidak berhati perut.

Individu terbabit kecewa dengan tindakan majikannya, memuat naik gambar berkenaan di laman sosial.

Berdasarkan gambar tersebut, individu malang itu pada mulanya memaklumkan kepada majikannya yang dirinya tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana rumah ibu bapanya di kampung dilanda banjir.

Namun, alasannya itu tidak diterima oleh majikannya. Malah, dia juga turut diarahkan balik ke Kuala Lumpur kerana banyak kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Individu itu cuba merayu dan memohon situasi keluarganya yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

Bagaimanapun, majikannya tetap berkeras dan mahu dia kembali ke Kuala Lumpur. Majikannya turut mengugut akan memecatnya jika dia tidak datang kerja pada keesokkan hari.

Alangkah kejam jika mempunyai majikan seperti ini. Tidakkah dia faham bahawa keluarga pekerjanya perlu diutamakan berbanding kerja-kerja yang tertangguh?

sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: