Monday, December 22, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4091

6 Messages

Digest #4091

Messages

Sun Dec 21, 2014 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Service gearbox automatic

selatanonline.net
Posted by ahmadi
diypomen.blogspot.com

Service gearbox automatic

Gear box auto saya dah nak problem,tanda-tanda nak rosak dah ada,masuk gear drive tak nak jalan,,,kadang-kadang tu tukar gear pon jadi ter free.Tak berani dah nak bawa kereta ni keluar takut kantoi kat tengah jalan.hu! hu! Nak kena tukar gear box baru ke??ringgit Malaysia lagi nih…fakir punya fakir saya nak cuba service dahulu gear box ni,mana tahu boleh diselamatkan lagi…
Barang yang diperlukan
4liter minyak gearbox,filter,gasket dan gasket sealent

minyak,gasket,filter dan gasket maker

1.start dan panaskan engine kereta beberapa minit,tarik handbreak dan tekan break kemudian gerakan tombol gear ke semua peringkat gear..dari P-à L.lakukan beberapa kali,kemudian off engine.

2.Jack kereta,buka skrew di oil sum dan di sebelah kanan gear box.biarkan minyak menitik sampai kering.

buka dua skrew ni

biar minyak mengalir sampai kering

3.buka semua skrew di oil sum,tanggalkan oil sum dari gear box,kalau susah nak cabut ketuk sedikit oil sum dengan tukul getah.

oil sum dah dibuka dari gear box

4.Bersihkan penakung minyak dari segala kekotoran,kikis gasket lama sehingga bersih berkilat.cuci penakung minyak sehingga bersih dan keringkan ia.

dah kilat saya cuci dengan serbuk sabun ,lepas tu keringkan kat tgh panas matahari

5.Buka penapis minyak dari gearbox,ada empat skrew semuanya

penapis minyak dah kotor

6.bersihkan gasket yg melekat di gear box

7.Pasang filter baru ke gear box semul

8.sapu satu lapisan nipis gasket maker dipermukaan oil sum,lekatkan gasket baru,dipermukaan gasket sapukan lapisan nipis gasket maker juga.(jangan terlalu tebal nanti minyak keluar).

gam gasket

sapukan gam gasket

9.Pasang semula penakung minyak ke gear box.Ikat skrew secara bersilang .Ketatkan secukupnya.(jangan terlalu kuat nanti skrew boleh haus atau patah).

10.Pasang dua skrew drainage(di lubang minyak keluar)

11.Isikan minyak gear box baru,gunakan corong dan pipe untuk mengisi minyak .semasa mengisi minyak ,kenderaan mestilah berada ditempat yg rata.Isi lebih kurang 3 botol setengah dahulu.Start engine ,running untuk beberapa minit,tarik handbrake dan masuk gear N(neutral).Ukur minyak gear dgn dipstick.Kalau kurang tambahkan lagi minyak sampai ke tahap optimum.

corong dan pipe utk mengisi minyak gear box

isi minyak disini

13.Akhir sekali check dikawasan sambungan gasket di penakung minyak dan sambungan pipe tidak ada sebarang kebocoran disitu….

*** semasa service gear box saya terus pasang oil cooler jasma sekali..Dah seminggu test kereta Alhamdulillah gearbox masih berfungsi dengan baik,gear pun dah terasa ringan(harap-harap boleh la pakai lama sikit gearbox ni sementara nak tukar yang baru)….next post saya tunjukan cara-cara pemasangan oil cooler……ok chow,,jangan cilok mencilok….

ATF oil cooler

Sun Dec 21, 2014 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anda takkan percaya bagaimana sistem pengangkutan bas begitu cekap..

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com

Bagi mereka yang pernah tinggal di luar negara terutamanya di negara Eropah, mungkin akan percaya bahawa sistem pengangkutan bas boleh jadi begitu cekap sebab mereka sendiri pernah merasakannya.

Tapi bagi mereka yang tidak pernah tinggal diluar negara seperti Eropah atau Amerika, terutamanya dipusat bandar atau pinggiran bandar, mungkin terlalu sukar untuk percaya bahawa sistem pengangkutan bas boleh jedi begitu cekap dan tepat waktunya.

Biasanya manusia akan lebih mudah percaya apabila dirinya sendiri pernah mengalami pengalaman terhadap sesuatu. Pengalaman memang merupakan satu alat pengajaran yang amat berkesan dala diri seseorang manusia.

Rezki merasai sistem pengangkutan bas yang cekap
Sebelum itu, saya nak ingatkan di sini bahawa bukan niat untuk banggakan diri bercerita tentang pengalaman berada diluar negara. Tak ada apapun yang perlu dibanggakan.

Semua perkara yang manusia dapat adalah merupakan anugerah daripada Tuhan yang tertentu untuk setiap makhluk ciptaannya. Bila dapat rezki samada tergolek atau dengan usaha bukanlah untuk dibanggakan dan lagakkan. Sebaliknya untuk diluahkan dalam bentuk perkongsian bagi menyatakan rasa syukur ke atasNya.

Saya ingatkan perkara tersebut di atas adalah kerana terperasan ada juga komen yang seolah-olah menyindir penulis atau orang lain setiap kali dikongsikan pengalaman yang dilalui ketika berpeluang di luar negara.

Mungkin ada yang tak mendapat peluang sebegitu ada perasaan rendah diri pada mereka yang mendapatnya. Tak perlulah kita iri hati. Kalau nak iri hati, lebih baik iri hati saja pada Bill Gate atau Warren Buffet.

Masalah perlaksanaan Sistem pengangkutan bas
Pengalaman saya sendiri ketika berpeluang mendapatkan perkhidmatan bas di Perancis banyak mendedahkan bahawa sistem pengangkutan bas boleh jadi begitu cekap jika ada perancangan yang baik dan iltizam melaksanakannya secara ikhlas.

Ramai orang boleh merancang. Semua masyarakat dan penduduk dunia di mana saja negara mampu membuat perancangan yang hebat. Tapi apa saja perancangan yang hebat jadi tak guna jika tiada kemampuan untuk dilaksanakan.

Dalam bab perlaksanaan terhadap perkara yang melibatkan jumlah kepala yang besar, budaya sesebuah masyarakat itu memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kejayaannya. Jika budaya kerjasama, disiplin dan menghormati peraturan tertanam kukuh dalam jiwa setiap masyarakat, maka semua perlaksanaan menjadi mudah dan tersusun.

Masalah itulah yang mungkin ada dalam masyarakat kita. Masalah budaya kerjasama, disiplin dan menghormati peraturan yang amat lemah. Sebaliknya ia bukanlah menjadi satu masalah pada kebanyakan penduduk negara Eropah atau mana-mana negara yang maju atau pernah maju satu ketika dahulu.

Sistem pengangkutan bas di perancis
Ketika di Perancis, di mana saja pusat perhentian bas yang ada di seluruh bandar dan luar bandar akan disediakan satu tempat bagi mempamerkan jadual perjalanan datang dan pergi bas ke pusat perhentian tersebut.

Jadual yang disediakan itu terperinci segala waktunya, dalam skala minit dari mula sistem pengangkutan itu berjalan pada awal pagi sehinggalah habis tamat perkhidmatannya lewat petang.

Apa yang paling menarik, apa yang dijadualkan dalam jadual bas tersebut dapat dipenuhi dengan amat tepat. Kalau nak laripun mungkin hanya dalam skala kurang daripada +/- 5 minit.

Dan kalau jadual sesebuah bas itu gagal sampai pada destinasinya pada waktu yang ditetapkan melebihi had tersebut, Pihak pengurusan perancangan dan merlaksanaan sistem pengangkutan bas pusat akan terus segera menggantikan bas yang baru untuk mengejar destinasi yang seterusnya.

Ia dilaksanakan sedemikian agar jadual terus diikuti dengan tepat. Dan bas yang gagal tadi akan ditarik untuk dijadikan kumpulan 'stand-by for back-up' pula. Mereka amat komited dengan kerja mereka daripada tahap pemandu sehinggalah ke tahap boss atasan. No play-play!.

Gangguan sistem pengangkutan bas dari menjadi cekap
Namun begitu, bukanlah kecekapan perlaksanaan sistem penangkutan bas yang cekap itu terletak sepenuhnya hanya pada kumpulan pengurusan sistem pengangkutan bas tersebut. Tetapi ianya adalah hasil daripada kerjasama seluruh masyarakat pengguna jalan raya di Perancis.

Tak ada pemandu kenderaan lain yang suka-suka hati mereka masuk dalam laluan yang digazetkan khas untuk sistem pengangkutan bas atau teksi. Tak payah tunggu polis duduk terpacak untuk saman, orang ramai sendiri majoriti besarnya amat komited melaksanakan peraturan.

Hasil daripada kerjasama yang menyeluruh itulah sistem pengangkutan bas di Perancis boleh jadi begitu cekap. Masyarakat disana dah ada budaya yang betul diamalkan secara koleksi dan konsisten. Walaupun kita rata-rata umat yang mengaku Islam di Malaysia menggelarkan mereka orang kafir, sikap atau amalan mereka adalah amalan yang Islamik.

Amat malang sekali sikap islamik tersebut tidak ada pada penduduk ( bukan semua) negara kita yang menggelarkan negara mereka negara Islam. Amalan yang tiada pada penduduk yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Persoalannya adakah anda salah seorang daripada mereka yang menggelarkan dirinya seorang Muslim, Dan dalam masa yang sama melanggar apa saja peraturan yang disediakan oleh pihak yang diberi kuasa untuk menyusun peraturan?

Apa pendapat anda dalam isu sistem pengangkutan bas yang cekap di negara kita sekarang ini? adakah anda berpuas hati dengan tahap yang ada sekarang dari segi kecekapannya, kosnya dan lain-lain lagi. Boleh berikan komen anda di bawah.
comments:
1.. AnonymousPM
Harapan aku,
naik depan rumah, turun depan pejabat / tmpt kerja.
Kalau kena jalan pun tak lbh 500m, dan kalau kena salin bas tak lbh dua bas, dan kalau kena tunggu tak lbh 15 min.
Then, tak perlu beli kereta.

2.. Anonymous
Terkesan ngn perkhidmatan bas & train di Jepun sgt profesional

3.. abdul aziz
islam di malaysia hanya patuh pada waktu berbuka puasa aja. yang lain tak diperlukan

4.. Anonymous
Semua ni boleh dilaksanakan kalau tak de rasuah.

Sun Dec 21, 2014 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kejutan Proton Iriz ACTIVE Dikatakan Kembar Kepada Citroen DS3

kedahlanie.info
utusandaily.blogspot

Petang semalam Proton memberikan satu kejutan dengan memperkenalkan Iriz ACTIVE, sebuah prototaip crossover yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Terbuka "Alami Proton". Iriz ACTIVE merupakan crossover bandar kompak yang dilengkapi pelbagai teknologi canggih dalam rekabentuk yang versatil. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi variasi model Iriz yang sememangnya direka untuk gaya hidup yang dinamik.

Proton Design telah membangunkan elemen rekaan baharu, perincian dan kemasan yang unik untuk Iriz ACTIVE. Dengan pelapik badan, rak bumbung dan ground clearance yang tinggi, ia membuatkan model ini amat mengujakan. Rekaan lampu nyalaan siang, lampu signal dan kombinasi lampu belakang menampilkan teknologi terbaru illuminasi yang dinamakan Nexlide.

Grafik badan Cool Clear dengan kombinasi warna badan Earth Grey dan Oren metalik menambahkan lagi kecanggihan model ini. Ruang dalaman pula terutama sekali dibahagian tengah papan pemuka didominasi oleh paparan skrin sesentuh LCD berdefinasi tinggi. Panel meter turut menggunakan paparan skrin digital. Tempat duduk dan kemasan pintu diberikan sentuhan grafik untuk menjadikannya dinamik dan mewah.

Antara teknologi yang diadaptasikan pada model Iriz ACTIVE adalah ADAS (Autonomous Emergency Braking System), Nexlide, Digital Overhead Console, Integrated Air Purifier, paparan meter dan konsol tengah LCD dan pengecas tanpa wayar.

* Hari Terbuka "Alami Proton" telah mencatat kejayaan yang membanggakan dengan jumlah pengunjung seramai 22, 500 orang! Saya difahamkan acara seperti ini bakal diadakan pada tahun hadapan sempena ulang tahun ke-30 Proton, nantikan! Mungkin sambutan tahun hadapan lebih meriah agaknya.

* Saya sempat berbual dengan Azlan Othman tadi, katanya Proton bakal menjadi pengeluar kereta pertama menggunakan teknologi Nexlide dari Korea. Nexlide ini konsepnya hampir sama dengan lampu kalimantang. Bila dan model mana akan menerima teknologi ini masih belum ditentukan kerana ianya bergantung kepada kos dan sebagainya.

Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/#ixzz3EgxmiI00

Sun Dec 21, 2014 11:35 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Dec 21, 2014 11:35 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Dec 21, 2014 8:07 pm (PST) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

oklah tu minyak import spore, air johor dh lama import spore.

On 19/12/2014 11:53 PM, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] wrote:
> 
>
> ----- Original Message -----
> *From:* Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com
> <mailto:pendekarbloggerz@gmail.com >
> *To:*
> *Sent:* Sunday, December 07, 2014 2:23 PM
> *Subject:* Malaysia Import RON 97 Dari Singapura Utk Tampung Kekurangan
> Bekalan Dalam Negara.
>
>
> Malaysia Import RON 97 Dari Singapura Utk Tampung Kekurangan Bekalan
> Dalam Negara.
> <http://sozcyili.blogspot.com/2014/12/malaysia-import-ron-97-dari-singapura.html>
>
>
> /Kepala hotak Nurul Asyikin on Saturday, December 6, 2014/
>
> <https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10847868_785934554806898_2239525634988242061_n.jpg?oh=3fc143c2bf5a6a0ffe436d710730335e&oe=55133DFE&__gda__=1423072546_e6c7751179e0d222048d79ecba50c9ca>
>
> Menurut kementerian perdagangan dalam negeri dan koperasi, Hasan Malek
> mengakui bahawa bagi mengatasi kekurangan bekalan ron 97 dalam negara,
> syarikat minyak telah bertindak mengimport bekalan minyak ron 97 untuk
> memenuhi permintaan pasaran.
>
> Proses mengimport bekalan minyak ron 97 sedang giat dijalankan dan
> proses tersebut akan selesai dalam hujung minggu ini (awal bulan disember).
>
> Menurut kementerian lagi ron 97 kehabisan bekalan lebih awal dari
> jangkauan yang ditetapkan adalah kerana pengguna mula beralih daripada
> ron 95 kepada ron 97. Ini adalah berikutan harga ron 95 dan ron 97 yang
> tidak jauh berbeza iaitu hanya 20 sen yang membezakan antara kedua2
> jenis petrol tersebut.
>
> Maka pengguna memilih untuk mengisi ron 97 berbanding ron 95
> memandangkan ron 97 lebih berkualiti dan memberikan lebih kilometer
> berbanding penggunaan ron 95.
>
> Ini jawapan menteri yang mengulas isu kekurangan bekalan ron 97 di pasaran.
>
> Boleh jadi berlaku perpindahan bekalan antara SG dan Malaysia. Syarikat
> station minyak yang berada di Malaysia juga berada di SG. Maka
> perpindahan bekalan neh tidak la asing lagi memandangkan kita syarikat
> sama yang berbeza franchais je.
>
> Untuk rekod, kementerian menyediakan talian 1-800-886-800 bagi pengguna
> yang mahu membuat aduan mengenai kehabisan bekalan ron 97 di tempat masing2.
>
> Haha.
>
> Minyak habis sekejap 2,3 hari punya citer pun siap ada hotline lagi tue.
>
> Harga rumah mahal nak mampus bertahun2 tak settle pun takde talian
> hotline macam tue. Dasat. Tatau nak rasa kagum ka sebab kerajaan
> prihatin sangat bekalan ron 97 habis di pasaran lebih awal ataupun nak
> rasa kecewa sebab isu2 yang lebih penting yang memerlukan penyelesaian
> penuh tidak diselesaikan sampai ke hari neh.
>
> Lue fikirlah sendiri ek.
>
>

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: