Sunday, December 28, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4095

3 Messages

Digest #4095

Messages

Sat Dec 27, 2014 10:27 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemana Dan Dimana Agensi2 Bencana - Kecemasan - Keselamatan Negara ??
bloglist-malaysia.blogspot
atsixty-zakriali.blogspot.
Dicatat oleh atsixty
Faisal Chal Saad

Kalau dilihat di wikipedia helicopter kepunyaan kita bukan sedikit malah budget utk pertahanan pun berbillion.

Begitu juga kita mempunyai pelbagai unit dan ngo yg dikatakan terlatih utk menjaga negara.Kita ada unit komando , paskal, cert(pasuka tindakan unit kecemasan komuniti) malah lepasan sekolah pun dikenakan plkm.

So kenapa x praktikannya? Alasan yg biasa aku dengar heli x dpt beri bantuan sebab 'x ada helipad' - sistem ' komunikasi terputus' padahal kita dikhabarkan mempunyai kecekapan yg tinggi dlm menghadapi sebarang kemungkinan dan kita juga mempunyai pelbagai satelite.

Ini baru banjir bagaimana kalau berperang?

Maaf aku berckp sebagai pembayar cukai ..aku bkn pakar dlm logistik tetapi bila melihat pesakit di hospital k.krai aku terfikir relevanksh unit dan agensi berkaitan bencana negara ku dibyr gaji dan elaun.....

Sat Dec 27, 2014 10:28 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Surat Terbuka Dari Mangsa Banjir Kepada Najib Razak.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Sebenarnya Najib dah balik dan tamatkan percutian dia. Nama aje percutian tapi tatau arr guna duit sapa.

- Perbelanjaan makan minum tidur hotel apa semua.
- Shopping sakan di Hawaii oleh mama angkat aku si Rosmah tue lagi.
- Pesawat pergi balik.

Pening arr pening arrr.. harap2 sangat si Najib dan Rosmah tue guna duit sendiri. Tolong arrr.. korang yang nak p bercuti. Takan hadap rakyat nak tanggung segala. Betul tak?

Aku tertarik nak SHARE luahan mangsa banjir kat bawah neh walaupun Najib dah balik sebab dia ada point2 yang menarik untuk kita fikirkan sama2.

Baca ;

Assalamualaikum Dato' Seri.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Seri. Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh bandar sudah lumpuh.

Air di mana- mana. Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala Krai? Kalau belum, saya dah sedia link kat situ, klik je.

Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.

Dato' dah makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye. Saya dah makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga bantuan.

Terima kasih rakyat Malaysia. Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan. Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah apa mereka makan. Nak masuk pakai apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca. Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?

Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari negara luar.

Soalannya, di mana kemampuan itu? Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini. Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin dunia.

Ingat mamat ini?

Shinzo Abe. Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni , dia main golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali dengan dia ke?

Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan Dato' , percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak baik.

Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set? Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya ini.

1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat.

Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat. Soalan paling besar. Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang? Adakah kerana Menteri Dalam Negeri, Hisyambudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara? Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun tak seberapa di sana, alih-alih , gambar yang sama, nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.

Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad. Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah untuk diisytiharkan DARURAT?

Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!

3)Luluskan geran bantuan bencana alam.
4)Cari salah orang.

Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi. Soalannya. Apa puncanya? Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak? Adakah sebab sistem perparitan? Adakah sebab Global Warming? Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB.

Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir. Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki ini bermain air. Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat. Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.

SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA. Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral Jom SHARE. Post di Facebook. RT di Twitter. Cakap dengan kawan pasal surat ini.

Sumber

KISAH HOSPITAL KUALA KRAI KETIKA BANJIR.
penduduksungaipetani.blogspot.
Penduduk SP
Sekarang generator sudah kehabisan minyak. Seluruh hospital bergelap, lampu kecemasan menyala di sesetengah bilik. Tadi kami intubate baby dalam gelap...SpO2 drop sampai 18, bradycardia, Anaest specialist sendiri datang menyelamatkn keadaan. Pesakit icu dan ccu bernafas dengan mesin yang dijana kuasa bateri. Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir2 manual bagging ...sampai..?

Minyak diesel utk generator dijanjikan sampai pkul 8.30 malam. Akan dihantar dengan helikopter. Masalah yg sedang dibincangkan; kami gelap gelita, flare gun tak ada, we need lights to show them where we are.

Kuala Krai has become a huge river, and our hospital is one of the few islands, which unfortunately doesnt glow in the dark.

Petang tadi kami semua excited. Helikopter datang with all the pomp, flair and machismo of Hollywood action movies. Everyone - who could make it, were out in the parking lot, waving, taking photos, wiping tears of joy, finally we were going to be saved. But were we? NO.
They weren't able to land. No space wide enough. No heli pad (duh of course). The rotor whirled so hard water splashed from the flooded area, debris flew up, and they said the roofs would detach if the heli came closer. The only way to rescue patients is by hoisting them up, airlift them - like in the movies. From the boats, or from a clearing very near the water edge.
We're talking about ill patients here. Yang bernafas dengan mesin, bayi2 baru lahir, orang tua patah tulang.

Mereka pergi. They departed and left us wondering. Kami terpinga2.
Kemudian kami diarahkan utk bersedia semula utk evacuation. Able bodied patients, those few who are well enough to do a Schwarzenegger up a helicopter, were rounded up. Kami keluar ramai2 dan menunggu - tak tahu tunggu apa.

Helikopter berlegar2...dan tidak menghantar apa2. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing2." Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini pun adalah tindakan amat bahaya), pesakit2 ini beramai2 mengheret badan menaiki tangga.
Kami kecewa. Kecewa, dan takut.

Seorang kanak2 bertanya bapanya, as he saw the amphibian vehicle left us..deserted us.
"Abah, bakpo diorg datang?"
Entah. Kenapa kalian datang? Pusing2, tengok2 keadaan, kemudian bye bye good luck?
Kami dengar khabar ada pasukan bantuan di Pejabat Tanah, di Wisma. Kami dengar khabar kanak2 yg berlindung di SMKSYP tak ada makanan. Kami dengar khabar kampung2 masih terpisah drpd bantuan kerana 'arus deras, tak cukup bot, bahaya'.

Khabarnya minyak diesel utk generator akan sampai sekejap lagi. Kami menunggu. Khabarnya persediaan sedang dibuat utk memindahkan pesakit, for real this time. Kami menunggu.
Seorang doktor tentera (SATU-SATUNYA PIHAK LUAR YANG BARU SAMPAI SETAKAT INI) baru tiba, dan kami harap ketibaannya will mean a difference.

Kami menunggu.

Mak ayah dan adik2 saya masih terperangkap entah atas bukit mana di Kuala Nal. Orang2 kampung Kuala Nal bertarung nyawa dengan arus deras, rumah2 telah hanyut. Bagaimana dengan orang Kampung Bahagia, orang2 di kampung2 seberang Sg Kelantan? Saya tak tahu apa nak dibuat.
Khabarnya pagi tadi tv menyiarkan isu perkahwinan semasa banjir.
SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU.

Kami menunggu.

KOMEN PAK LONG (Bekas Doktor)

Sabarlah Dr Adibah.
Berjuta rakyat Malaysia telah membaca tulisanmu.
Bantuan pasti sampai.
Terima kasih kerana bersusah payah sebegitu rupa walaupun gaji doktor di Malaysia UNDERPAID, dengan waktu kerja yang tak masuk akal banyaknya.

Anda adalah wira wira yang tak didendang, malah selalu diherdik.
Anda dan kawan kawan sekerja anda.
Bukan hanya di waktu banjir sahaja.

Sat Dec 27, 2014 10:29 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

LPT Gombak-Jabor ditutup pada kenderaan ringan
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur yang menghubung Gombak dan Jabor ditutup pada kenderaan ringan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di Temerloh setelah paras air Sungai Pahang meningkat.

Pengendalinya, Anih Berhad berkata pengguna yang menghala ke timur ke arah Kuantan akan dilencong ke jalan biasa daripada tol Lanchang dan memasukinya semula di tol Maran, dan sebaliknya bagi pengguna yang menghala ke arah barat.

Namun, ia berkata kenderaan berat dibenarkan melalui laluan yang ditutup itu.

Sementara itu di Jertih, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut berkata satu perancangan perlu dibuat bagi membina laluan air yang sesuai dengan pembinaan rangkaian laluan lebuh raya di negara ini.

"Kalau lebuh raya dibina bagi kenderaan dapat bergerak dengan lancar, maka laluan atau lebuh raya air juga perlu dibina supaya air dapat dialirkan dengan teratur dan tidak menyebabkan banjir di mana-mana," katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa lokasi di LPT yang terjejas akibat limpahan air banjir kerana laluan air tidak disediakan dengan teratur.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/lpt-gombak-jabor-ditutup-pada-kenderaan.html#ixzz3N6vjQhXe
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: