Sunday, December 21, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4090[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4090

Messages

Sat Dec 20, 2014 9:37 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Tambang Bas Sekolah Naik, Lagi Hadiah UMNO BN Untuk Rakyat...
greenboc.blogspot.
Posted by Green Boc

Tambang baharu bas naik Januari 2015

KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.

"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah, maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.

"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.

Amali menegaskan pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti.

"Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.

"Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah.

Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain.

"Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya.

Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu. -SH

ULASAN GB

Satu demi satu "hadiah" UMNO BN untuk rakyat.

Kini tambang bas sekolah akan naik. Lebih malang apabila SPAD tidak menetapkan harga siling kenaikan tersebut. Ini bererti tiada had bagi kenaikan tersebut.

Rakyat terus tertekan dan terus terhimpit selagi UMNO BN memerintah negara!

comments:

Anonymous said...
Rakyat Malaysia kena ingat negara luar yang ada laksanakan GST kebanyakkan rakyatnya bekerja white collar jobs i boleh katakan almost 90%. Jadi kena tax GST tak ada masalah sebab gaji diaorang biasanya 6 figure.

MALAYSIA 90% KERJA SEBAGAI BLUE COLLAR JOBS YANG MANA GAJI PUN PALING MAX 4 FIGURE BAHKAN ADA YANG 3 FIGURE LAGI. NAK LAKSANAKAN KENALAH ENSURE KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA KERJA SEBAGAI WHITE COLLAR JOBS ALIAS PEKERJA CORPORATE, TOP MANAGEMENT DAN LAIN - LAIN BUKAN BLUE COLLAR JOBS SEPERTIMANA YANG DIREBUT MAHASISIWA MENGANGGUR SEPERTI ENGINEER, CIKGU DAN KERJA YANG MELIBATKAN SEKTOR OPERASI. IF LU NAK SURVIVE THEN PILIH DAN USAHAKAN UNTUK DAPAT PEKERJAAN WHITE COLLAR JOBS ATAU LU TUMBANGKAN KERJA ZALIM INI PADA PRU AKAN DATANG. DECISION IS IN YOUR HANDS.

Anonymous said...
bukan tambang bas je naek...yuran taska n tadika anak pun naek di putrajaya ni...dahla katanya 4 taun di tadika dah start blaja.
ada baju, buku bagai...jkm cubala trun pdg..:(

sam pulaubalik said...
Anon 0938, wa sokong betoi lu punya cakap tapi yang payah bila dah BATAT TOTOK , bukan tau apa.
Bagus juga kalau sesapa dapat senaraikan Hadiah yang diterima rakyat !

Anonymous said...
apa aku peduli , janji anak menantu aku kaya , boleh g german tgk kereta mewah n beli bwk balik malaysia , padan muka hangpa , aku jual ayaq liuq je , anak manantu aku kaya raya ,

* padan muka hangpa , sebab hangpa bodoh la , anak menantu aku kaya raya kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...
kengkadang terlintas kat otak... macai2 ni x terasa ke dgn kenaikan barang semua ni... xkan dah beku dgn ketuanan melayu??

Ali Wowberita said...
Kat Malaysia ni hujan dan kangkung je yang turun..barang2 lain semua naik harga

labkamarul said...
HABIS AKU YANG JADI DREBAR BAS TAK PAYAH LER NAK NAIK2 GAJI ???!!! KAWAN AKU YANG JADI KONDUKTOR BAS PUN TAK PAYAH LER NAIK GAJI???!!! JGANLAH NAK MAIN POLITIK PASAL NI. KAMU NAK TIAP2 TAHUN NAIK GAJI. KAMI YG KULI KEPADA TOKEY CINA KAPIOR NI TAK PAYAH LE NAIK-NAIK GAJI SAMPAI BILA2?? APA PUNYA BLOG DA? CAKAP PASAL NEGARA BERKEBAJIKAN TAPI MACAM PARIAH. SEMUA NAK MAIN POLITIK. BODOH BETUL !!

Anonymous said...
Ada, GST vs BR1M

Anonymous said...
Ayat yang paling sesuai,
....... PADAN MUKA, PILIH LAGI ........

Anonymous said...
Sepatutnya TUTUP saja SPAD.Tak tahu buat kerja.

Unknown said...
maka bertempiklah golongan yg kufur nikmat itu setiap kali mereka merasa semakin banyak "nikmat" yg ditarik darinya..lalu datanglah suara (kepimpinan) yg mengambil jln khianat dengan berkata apa yg ditimpakan kepada kamu adalah "kezaliman" dari sipemerintah... ikutlah kepada kami dengan menyerahkan kuasa pemerintahan nescaya kamu akan "berbahagia" ..lalu ikutlah akan sekalian manusia yg kufur itu kepada "suara" yg sering berkhianat dlm hampir seluruh urusan yg melibatkan perebutan kuasa pemerintahan..dan natijahnya golongan yg tertipu itu kekal dlm sifat kufur pada nikmat yg masih kekal untuknya dan masih jua kufur pada nikmat yg telah terlepas dari mereka...

Anonymous said...
SPAD tak boleh tutup

Kalau SPAD tutup siapa yang nak tampal nombor talian hotline belakang lori dan bas Siapa yang nak tampal had kelajuan belakang kenderaan

Setakat tu je kejayaan SPAD

Anonymous said...
kita tak boleh salahkan pengusaha bas
Kita salahkan pihak berkuasa
Bila Raya boleh pulak letak harga siling Boleh plak tetapkan satu kilo meter berapa sen tapi kadar berapa untuk tambang bas sekolah naik si botak tu tak tahu pulak nak putus kan

Bas ekpress pun naik jugak ikut suka hati

Semua dah kena badi 'suka hati' Hadi Yang tak kena rakyat macam aku jugaaak 'SAKIT HATI'

Sun Dec 21, 2014 12:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PERODUA LANCAR MODEL Myvi 2015, LEBIH MURAH?
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot.

Gambar Perodua Myvi 2015 Baru.

Gambar Perodua Myvi 2015 Baru. Review Anda Melihatkan New Facelift Myvi 2015 Ini. Berminat? Price? Harga? Tahniah, kepada perodua Malaysia!

Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi 2015 baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan nafas baru sekaligus memastikan Perodua Myvi terus relevan di Malaysia.

Gambar dan foto terkini new facelift Perodua MYvi 2015 baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.

Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi 2015 baru?

KLIK SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?

Rata-rata tinjauan Berita Semasa setakat ini, ramai kalangan pemilik Perodua Myvi berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.

Kereta kecil
Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
Anda bersetuju?

Cuma Berita Semasa harapkan harga dan price bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?
New Facelift Perodua MYvi 2015 Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :

Reka bentuk lampu yang baru
Rekebantuk gril
Tawaran warna pilihan baru, biru
dilengkap dengan tayar aloi
Rebentuk meter juga diperbaharui
Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit
Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia
di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah

P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi 2015 seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?
~BS

New Perodua Myvi 2015

autospost.com
Perodua myvi xt launched malaysia goodies, Perusahaan otomobil kedua, perodua launched yet another new edition of its myvi, the colourful perodua myvi xt. it now comes with more goodies and with the same price.
New 2015 Perodua Myvi Facelift Spyshot : gambaran awal Perodua Myvi

Perodua Myvi facelift rendered – launching in 2015?

Daihatsu, Perodua Team to Build, Run Malaysia Plant

Sun Dec 21, 2014 12:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?
telokbakong.blogspot.
penpasksgb.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nampaknya telah menjadi agensi penyumber luar (outsourcing agency) terbesar di Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, sama ada benar atau tidak, Datuk Bandar dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Mula-mula kita lihat pengurusan sampah disumberluarkan kepada Alam Flora. Kemudian kontrak pembetungan pula diberi kepada Indah Water," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tandas awam pula, katanya dikawalselia oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tambahnya, pembersihan sungai pula menjadi urusan syarikat swasta di bawah arahan Jabatan Perdana Menteri, kontrak Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memantau aliran kesesakan dan kesalahan trafik pula didapat oleh Telekom Malaysia Bhd.

"Hal ehwal bil dan kutipan hasil pungutan daripada pengiklanan, serta lesen perniagaan dan komersial pula dipantau dan disimpan rekodnya oleh Oracle Synergy Sdn Bhd.

"Jadi apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?" tanya beliau.

Justeru, katanya tidak hairanlah kenapa RM1.044 bilion yang merupakan 64.2% daripada belanjawan pengurusan DBKL berjumlah RM1.63 bilion bagi tahun hadapan akan dibelanjakan untuk perkhidmatan dan bekalan bermacam-macam kontraktor dan sub-kontraktor itu semua.

Selain daripada aktiviti berbasikal sebulan sekali pada hari tanpa kereta setiap pagi Ahad pertama setiap bulan, beliau ingin menggesa Tengku Adnan untuk menjelaskan kepada warga kota apa sebenarnya kerja DBKL setelah demikian banyak tugas-tugasnya disumberluarkan.

"Adakah tugas DBKL begitu picisan tarafnya setakat menukar nama jalan dan mengambil tindakan terhadap gelandangan?" soalnya lagi.

Bagi beliau, tidak masuk akal bagi DBKL mempunyai belanjawan RM2.44 bilion bagi tahun 2015 yang lebih tinggi sedikit berbanding belanjawan Selangor yang bernilai RM2.42 bilion walhal Selangor mesti melayani populasi 3.2 kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur, dan kawasan perkhidmatannya pula meliputi seluas 33 kali ganda keluasan ibu kota. - HARAKAHDAILY

Sun Dec 21, 2014 12:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Insurans Kenderaan, Medical Card & Pindahan Wang Dikenakan GST Mulai April 2015.
telokbakong.blogspot
amenoworld.net

First episode kat sini.

Ini adalah beberapa maklumat yang aku terima selepas menghubungi pegawai2 yang terlibat dalam perkara2 di atas.

Pertama.

Insurans kenderaan akan dikenakan GST bermula April 2015.

Aku call pegawai Etiqa Takaful selepas mendapat maklumat dari rakan bahawa setiap kali kita bayar apa2 insurans, especially insurans untuk hidupkan roadtax kenderaan kita, ianya akan dikenakan GST.

Pegawai Etiqa Takaful mengesahkan pada aku maklumat2 ini ;

- Ya, insurans kenderaan akan dicaj GST selepas pelaksanaan GST.

- Kami kurang pasti tentang kaedah pengiraan dan berkaitan kadar yang bakal dikenakan.

Kalau ikut konsep kefahaman aku. Katakanla insurans kau dalam ratus2 tiap2 tahun, jika jumlah itu di GST kan, ko nampak tak apa yang aku nampak? Pegawai tue pun cuma sahkan bahawa GST akan ada cuma dia tatau bab method dan kadar, so aku takmo ulas lebih2. Cuma aku nak mengamuk sebab kerajaan kenakan GST ke atas insurans. Especially bila dia paksa kita langgan insurans. Insurans kenderaan kat negara neh satu pemaksaan kalau ko semua nak tahu. Tak boleh tidak mesti apply insurans. Dan apsal pula dia nak caj kita GST lagi. Kan kurang ajar namanya tue.

Kedua.

Medical Card akan dikenakan GST bermula April 2015.

Maklumat ini aku dapat dari dua pihak. Pertama. Kawan facebook. Dia lapor, agent medical card inform dia yang medical card akan dikenakan GST sebab menawarkan perkhidmatan. Kedua. Agent yang offer medical card tue sendiri sahkan pada aku. GST akan dikenakan selepas April 2015. Dia akan tertakluk kepada pemohon baru. Ini setakat yang dia boleh sahkan. Dia tak pasti jika ianya akan dicaj kepada pemohon2 sedia ada.

Ketiga.

Semua jenis perkhidmatan bank yang mempunyai fi akan dikenakan GST bermula April 2015.

Maklumat ini aku dapat dari pegawai bank RHB. Dan aku sahkan kali kedua dengan pegawai dari Maybank. Menurut pegawai Maybank, kemungkinan besar akan dikenakan GST termasukla perkhidmatan membabitkan tunaikan cek. Dia sebut kemungkinan besar. Tapi pegawai dari RHB memaklumkan pada aku, YA. PASTI. Sememangnya semua JENIS PERKHIDMATAN yang mempunyai FI (caj perkhidmatan) yang ditawarkan oleh BANK ke atas kita, akan tertakluk kepada GST.

Contoh. A memindahkan wang kepada B, menggunakan internet banking, dan dicaj 10sen. 10sen itu tertakluk kepada GST.

Dan kesemua GST itu akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2015. Ini sama seperti yang Ahmad Maslan jelaskan dalam wassap. So. Aku yakin la. Itu memang no malaon tue. Memandangkan dia individu pertama yang sahkan semua perkhidmatan berbayar (mempunyai fi) di bank, akan dikenakan GST.

Dan takde apa2 aku nak cakap. Lantak korang la nak meroyan macam mana.

Kbai.
Comments
jebat x derhaka
bg la aku no mat maslan tu

lambor

...kalau insuran kenderaan ni..kita.diberi pilihan...sama ada kita nak atau tak...menginsuran kan kenderaan..tanpa paksa...90persen rkyt mesia ni...takkan ambik insuran ni..cuma ambik rodtax je..ini aku punye pendapat la..

komarad

kalu keta kau takde insuran terlanggar aku atau kenderaan aku, aku nak tuntut kat sapa?

Dind

Nak renew roadtax, nak kena ada insuran

najib tpm rosmah

Mana info kenderaan tak kena insuran ni? Boleh pakai ke JPJ kasi kereta motor takde insuran duk atas jalan...

jiraiya

bkn sekarang mmg medical card dan insurans kereta ada 6% tax..so no issue laa kan??
cuba yg online transaction tuh agak hampeh...

naruto

betul tu sensei jiraiya..

Sun Dec 21, 2014 12:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Insiden Myvi Mengamuk di Taman Tun Fuad, Polis Buru Dua Suspek Lelaki

kitabantai.info
Kita Bantai

DIKEHENDAKI… Kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang di sekitar Inanam dan digunakan suspek dalam kejadian itu. Sementara gambar kecil ialah wajah salah seorang suspek lelaki yang sedang diburu polis.

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan dua orang lelaki dipercayai terlibat dengan satu insiden di mana suspek lelaki ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan milik orang awam termasuk sebuah motorsikal milik anggota polis dalam kejadian di Taman Tun Fuad di sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra Muthu berkata salah seorang suspek dikenalpasti sebagai Samri bin Samsul nombor kad pengenalan 861027-12-5239 dan alamat terakhir di Penempatan Kinarut, Papar.

"Rekod polis menunjukkan suspek ini pernah terlibat dengan lapan kes pecah kenderaan di sekitar Luyang," katanya Ibupejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Oleh itu, Chandra meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek, agar segera berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ali di talian 013-2120835 atau melalui talian hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 ataupun di balai polis yang berdekatan.

Sementara itu, dalam insiden semalam, suspek yang nekad untuk melarikan diri tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling, bertindak melanggar beberapa buah kenderaan yang diletak di kawasan meletak kenderaan di kawasan berkenaan menggunakan sebuah Perodua Myvi.

Melalui rakaman video kejadian itu yang kini tersebar meluas di laman sosial, menunjukkan orang ramai cuba untuk memujuk suspek daripada terus bertindak agresif namun tidak berhasil apabila suspek enggan keluar dari kenderaan sebaliknya terus melanggar kenderaan lain di kawaaan itu sebelum suspek berjaya meloloskan diri.

"Seorang anggota polis cawangan siasatan jenayah turut cuba menghalang namun motorsikal polis itu turut rosak akibat dilanggar oleh suspek berkenaan," katanya lagi.

Polis bagaimanapun berjaya menemui kereta Perodua Myvi itu yang ditinggalkan suspek tidak jauh dari tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di sekitar kawasan Inanam.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan itu turut menemui beberapa dokumen serta peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya.

Sehubungan itu, Chandra menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan atau meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. - oleh Nuzir Andi Samsiar

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/video-insiden-myvi-mengamuk-di-taman.html#ixzz3MQjDGr5S
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: