Thursday, October 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4325

5 Messages

Digest #4325

Messages

Wed Oct 28, 2015 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hukum Mengusik Pelatah Supaya Melatah, Apa Kata Dr Maza

siakapkeli.my

KANGAR: Adalah haram untuk seseorang yang bertindak mengusik atau membuatkan seorang pelatah supaya melatah sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok untuk didengari atau bertindak melakukan perkara yang membahayakan dan mengaibkan pelatah berkenaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata demikian ketika berada dalam satu kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

"Di sebalik kita ketawa dengan pelbagai kelakar dilakukan oleh pelatah itu, kita jangan lupa perbuatan sedemikian boleh mengaibkan individu berkenaan dan agama Islam sendiri," katanya dipetik laporan Bernama.

Sebelum ini pada 24 dan 25 Ogos lepas, beliau bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebulat suara memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.

Mufti negeri Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.

Beliau berkata perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Luah Kecewa Sikap Sesetengah Manusia Suka Kecam Ibu Yang Tak Dapat Menyusukan Anak

siakapkeli.my

Susulan kejadian seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak bertindak terjun dari tingkat 16 bangunan rumahnya sehingga maut, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah pihak yang sering mempertikaikan penggunaan susu formula.

Wanita itu, menggunakan nama Farah Yunus di akaun Facebooknya menyelar sikap sesetengah wanita yang bergelar ibu yang seolah-olah memberi tekanan kepada mereka yang tak mampu menyusukan anak sendiri.

Ujarnya, kebolehan seseorang wanita untuk menyusukan anak datangnya daripada rezeki Allah SWT.

Malah adalah tidak patut untuk terus memberi tekanan kepada seseorang itu sehingga memaksakan mereka mengambil jalan singkat untuk membuat apa sahaja tindakan, termasuk membunuh diri.

Dua hari lalu seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.

Wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.

Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Siakapkeli.my

Wanita Lepas Bersalin 10 Hari Dipercayai Terjun Dari Tingkat 16 Pangsapuri
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.

Memetik laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.

Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis telah mengkalsifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, pembantu rumah juga telah diambil keterangan di mana dia menyatakan sebelum kejadian, majikannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan telah memanggil beliau mengambil anaknya itu untuk diberi makan.

Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu untuk menghasilkan susu untuk menyusukan anaknya.

"Pembantu rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila dia datang kembali untuk menyerahkan bayi kembali, dia tidak menjumpai majikannya itu," kata ACP Sharul.

Menurut beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa kejadian itu.

ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.

"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.

Polis mendapati tiada unsur unsur jenayah dalam kes itu. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JAKIM Sahkan Roti Jenama Sweetie Haram Kerana Mengandungi..

bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM. Menurut sumber FB JAKIM, sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran Syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. telah ditarik balik oleh JAKIM sejak dua bulan lalu. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di Klang, Selangor. Syarikat mempunyai 5 kilang di Malaysia.

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM
Punca sijil halal di tarik balik - Pelanggaran manual dan Standard Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan
Roti Sweetie tidak halal

Semakan ke atas status HALAL roti sweetie di Portal Rasmi Halal Malaysia, mengesahkan yang sijil HALAL roti jenama Sweetie di kilangnya di Klang telah ditarik balik.

Wed Oct 28, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tanggalkan Bateri Dari Vape - MAHB

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Berikutan insiden bateri vape yang tiba-tiba terbakar di dalam pesawat Malindo Air baru-baru ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata penumpang yang membawa rokok elektronik perlu menanggalkan bateri dari peranti vape semasa dalam penerbangan.

Kenyataan oleh MAHB itu dibuat di laman Facebook rasmi miliknya.

Menerusi kenyataan tersebut, MAHB berkata buat masa ini peraturan dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak membenarkan rokok elektronik didaftarkan sebagai bagasi tetapi membenarkan peranti itu dibawa oleh penumpang ke dalam pesawat.

"Susulan insiden terbaharu, Malaysia Airports telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan berkuat kuasa serta merta dan penumpang akan diminta supaya menanggalkan bateri daripada peranti," tulis kenyataan itu. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, October 25, 2015 11:00 PM
Subject: Fw: Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air

Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air menjadi cemas seketika apabila bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, pesawat yang terlibat; jenis Boeing 737-800; berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, kejadian berlaku ketika penumpang terbabit menonton tayangan video di skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.

"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya memetik laporan Bernama.

Tindakan pantas dari anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat tersebut selamat mendarat di KLIA2 pada jam 8.44 malam.

Penumpang tersebut kemudian menerima laporan polis sejurus mendarat. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Selepas Toyota, Kini Honda Pula Umum Kenaikan Harga Kereta

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) yang merupakan pengedar kereta Toyota di Malaysia mengumumkan terpaksa menaikkan harga, kini giliran Honda Malaysia mengesahkan akan berlaku peningkatan harga kenderaannya keluaran mereka antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit telah melonjakkan kos pengeluarannya.

"Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. Ia meskipun usaha kami mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk berdepan kelemahan ringgit," kata ketua pegawai eksekutifnya Yoichiro Ueno.

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat akan terus menganalisis kesan kelemahan ringgit terhadap kos syarikat dan senarai harga baharu akan dikeluarkan Disember 2015.

Menurutnya sejak pengenalan model pada harga sedia ada, nilai ringgit telah susut 20 ke 30 peratus.

"Walaupun kebanyakan komponen sudah dibeli lebih awal, namun komponen bagi pengeluaran Januari dibeli pada ketika nilai ringgit lemah ketika ini, jadi separuh daripada kos tersebut terpaksa disalurkan kepada harga akhir produk, " katanya.

Namun, jika ringgit kembali mengukuh, Honda Malaysia akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: