Wednesday, November 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4634

8 Messages

Digest #4634
3
Fw: lantik kepala hantu,felda terus rugi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Menteri Cadang Wujud MRSM Berbayar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Belasah Pak Guard & Pekerja by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Untung Bukan Islam Di Malaysia by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Nov 29, 2016 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isteri Sahkan Jasad Syed Redzuan Sudah Ditemukan
siakapkeli.my

Gambar hiasan.

Isteri kepada salah seorang pendaki warga Malaysia yang hilang di Iran mengesahkan jasad suaminya sudah ditemukan di yakhar Glacier, Gunung Damavand selepas enam hari dilaporkan hilang.

Bernama melaporkan, Yuszahanim Yusoff berkata, dia sedang bersama-sama dengan kedutaan Malaysia di Iran untuk membwa pulang jenazah ke Malaysia secepat mungkin.

Sementara itu misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Umat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus ditentang
ismaweb.net

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1438H, Isnin – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan percaya masyarakat Islam akan membantah pindaan Akta 164 Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 sekiranya ada pihak yang masih menentang Akta Mahkamah Syariah RUU 355.

Ini kerana katanya, dalam isu ini masyarakat bukan Islam perlu berlaku adil terhadap masyarakat Islam lebih-lebih lagi apabila hak dan kepentingan mereka selama ini tetap dihormati.

"Kita kena adil, jangan ganggu hak orang Islam. Kita harap orang Islam juga tidak menyusahkan yang bukan Islam.

"Kalau mahu begitu (ganggu hak Islam), kita juga boleh cadangkan pindaan Akta 164. Kita minta supaya yang ada kaitan dengan kepentingan orang Islam iaitu RUU355 yang tidak ada kaitan dengan bukan Islam, tidak diganggu. (Malah) kita akan berkompromi dalam isu-isu bukan Islam.

"Sekiranya RUU 355 diganggu, kita bimbang masyarakat Islam tidak setuju dengan pindaan Akta 164 yang juga ada kaitan dengan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pagi tadi.

Bagaimanapun, Khamis lalu Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta Dewan Rakyat menangguhkan RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.

Katanya, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

RUU 355 tidak seharusnya jadi isu polemik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan isu Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 ini tidak seharusnya dipolemikkan.

Menurutnya, ia merupakan hak orang Islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

"RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas seharusnya tidak menjadi isu besar kerana kami mengikuti prosedur yang betul dan membawanya ke Parlimen untuk dibahaskan.

"Lagipun ia berkait rapat dengan orang Islam oleh itu, orang ramai harus melihatnya sebagai satu usul yang positif," katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Sebelum ini, usul pindaan Akta 355 ini telah dibawa ke Parlimen oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui usul persendirian.

Tambahnya lagi, parti-parti di negara ini perlu mengubah persepsi mereka jika mahu negara yang lebih sejahtera.

"Tidak semestinya jika kerajaan yang bawa usul, ia baik dan jika pembangkang yang bawa usul ia tidak baik.

"Kita tidak perlu lihat siapa yang membawa usul ini tetapi lihat apa isu yang dibawa, jika ia bagus, kita sokong, jika tidak bagus, kita bantah. Barulah negara aman sejahtera," katanya lagi.

Tahu Marah DAP Bila Akta 164 Orang Nak Ganggu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini membidas Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kerana memberi amaran akan menentang Akta 164 jika Akta 355 diganggu.
Beliau yang juga anggota Parlimen Seputeh berkata, kenyataan Takiyuddin itu sama sekali mengejutkan, melampau, tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.

"Kenyataannya itu juga menunjukkan bahawa PAS telah melupuskan slogannya 'PAS Untuk Semua'.

"Sehingga hari ini, ternyata PAS masih tidak faham mengapa orang bukan Islam tidak menyokong Rang Undang-undang yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS bertekad mahu bermain politik dalam isu keagamaan demi kepentingannya," ujar beliau dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Takiyuddin berkata, PAS berasa bimbang terhadap bantahan berterusan masyarakat bukan Islam terhadap usul untuk menambah hukuman Mahkamah Syariah.

Ujar Takiyuddin, jika usaha itu diganggu, mungkin berlaku akan menyebabkan perkara sama berlaku terhadap undang-undang melibatkan bukan Islam.

"Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan.

"Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya.

"Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam.

"Kalau nak main macam itu kita pun boleh tentang pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian)," tambah beliau.

Mengulas lanjut, Kok berkata, DAP bertegas tidak akan berkompromi dalam mempertahan dan menegakkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang sekular dengan Islam adalah agama rasmi negara ini.

"Takiyuddin mungkin terlupa apa yang Abdul Hadi pernah katakan mengenai undang-undang Islam yang akhirnya memberi kesan kepada bukan Islam tetapi ramai rakyat Malaysia tidak lupakan itu," katanya.

MCA kecam PAS ancam gagalkan pinda akta kahwin

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Biro Keharmonian Agama MCA mengecam PAS kerana mengugut untuk menggagalkan pindaan undang-undang yang digubal bagi menghalang perbuatan salah laku dalam penukaran agama sepihak membabitkan individu di bawah umur.

Ketuanya Datuk Seri Ti Lian Ker berkata cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 - atau juga dikenali sebagai Akta 164 - ditunggu sekian lama kerana ia membolehkan mualaf mendapatkan pengesahan pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.

Katanya, pindaan akta itu akan memastikan kewajipan seseorang mualaf kepada bekas pasangannya dikekalkan.

"Untuk sekian lama, pasangan bukan Islam menanggung penderitaan dan ditinggalkan tanpa bantuan atau perlindungan mahkamah sivil, atau polis," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, rang undang-undang persendirian dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 1965 meletakkan pesalah jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

"Pesalah jenayah Muslim akan berdepan hukuman lebih berat mengikut enakmen hudud (di sesetengah negeri) dan bercanggah dengan peruntukan Kanun Keseksaan yang menganggap semua suspek adalah sama.

"Pelaksanaan peruntukan hukuman bagi kesalahan jenayah perlulah sama kepada semua penjenayah," kata Ti.

Kenyatan itu dibuat sebagai reaksi MCA kepada penjelasan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pagi tadi.

Kata Takiyuddin tindakan pihak bukan Islam mengganggu usaha PAS meningkatkan peruntukan hukuman bagi mahkamah syariah mungkin menyebabkan perkara sama pada undang-undang melibatkan bukan Islam.

"Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan.

"Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya.

"Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam," katanya.

RUU 355 Tangguh: MCA tak tentang RUU 355 tapi...

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Presiden PAS dah dapat satu ruang atas kebijakannya membuat keputusan. Beliau Master Politik Islam sudah tentu mempunyai pandangan jauh.

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan Pas bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Kenyataan beliau itu susulan terdapat salah faham mengenai pendirian MCA berhubung perkara berkenaan.

"Saya rasa memang ada banyak salah faham mengatakan kita menentang RUU. Kita cuma mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan.

"Ini penting untuk menjaga semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila adanya RUU yang tidak mengikuti semangat perlembagaan negara, kita berharap dapat memperbetulkannya," katanya.

Tiong Lai berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, baru-baru ini, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata MCA akan membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau juga berkata masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk kesalahan Islam.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina di sebuah restoran di sini hari ini, Tiong Lai turut memberitahu pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji secara teliti kesan-kesan pelaksanaan RUU 355, terutama kepada masyarakat bukan Islam. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



lantik kepala hantu,felda terus rugi
bloglistpolitik.blogspot
udin53.blogspot.

Kalut ,kusut-masai dan tak keruan, pentadbiran Felda hingga menyebabkan kerugian adalah disebabkan kepala hantu yang tidak pernah menyumbang terhadap pembangunan tanah air dan negeri, dilantik felda sebagai Ketua Geng oleh rakan se hantu dengannya kerana kebudian.

Sebelum kepala hantu ini di sumbat ke dalam felda, warga kerjanya berbelanja dengan berhemah demi menjaga kesinambungan kehebatan gah nama felda 'bakti disemai bukti dituai'.Warga felda terus ceria menguruskan sumber dalaman tanpa bergantung atau sibuk dengan dunia luar. Awal kemunculan kepala hantu ini warga kerja felda telah dibayangi dia sebagai parasit politik dan parasit pentadbir.

Sejak terlantiknya orang yang menjadikan felda sebagai mencari wang tambahan lumayan melalui komisyen atau ganjaran yang dijanjikan atau lebih–lebih lagi bermatlamat menggunakan kesempatan mengembangkan dan mengekalkan sokongan politik, maka hari ini kita lihat felda ke arah 'satu sen tak berguna'

Oleh kerana lumrah dunia hendak kiamat maka manusia telah melantik seorang manusia yang tidak pernah melakukan kebaikan untuk memimpin yang dipertikaikan amanahnya. Lihatlah!! sudah pasti si kepala hantu ini telah terbukti berperanan perakus rasuah, dilantik juga sebagai ketua organisasi yang satu masa dulu kaya,teguh dan berbangga dengan keteguhannya. Apa hendak di kata ,mungkin susah hendak cipta kembalikan bubur sebagai nasi.

Tempoh 45 tahun Felda (1956-2001)merupakan satu tempoh pembenaan pengurusan pembangunan tanah terbaik, yang membolehkan warganya menikmati keselesaan hidup. Tidak pernah terfikir ketika dulu menerima durian runtuh RM5000 ke 15000 dan ada manusia berbudi mengumpan kesenangan jangka pendek dengan taburan wang percuma setiap menjelang hari raya dan bonus akhir tahun RM400-RM500 sepeneroka.

Berbelanja besar ini tidak cukup setakat memberi peneroka wang percuma ,tetapi kakitangan juga di tutup mulutnya dengan elaun sekurang-sekurangnya RM1400-RM2000 sebulan mengikut kategori. Kita tidak hairan laporan audit negara berkaitan kewangan felda mengejutkan semua pehak.

Tidak juga menyangka 112,635 peneroka bahawa sumbangaan percuma selama ini merupakan satu penipuan dan menyiksa peneroka untuk terus berhutang – sedangkan manusia yang mencetuskan idea felda ala jabatan kebajikan/ dermawan terus bergembira menikmati nilai fedah jawatannya.

Hari ini felda telah diubah oleh mereka yang biasa memunahkan satu-satu institusi dengan rasuah dan sentiasa berfikir bagaimana mengutip laba kewangan dari intitusi tersebut. Oleh itu Felda dari pengurusan pembangunan tanah ,ekonomi,sosial dan memiliki anak syarikat yang meraih keuntungan, telah diubah kepada pembelian hotel 4 bintang,kondominium, pembelian apartmen mewah di luar negara

Dana Felda RM538 juta dan RM330 juta telah melayang tanpa halangan .Wang sebanyak itu mampu membangunkan semula tanah peneroka tanpa melibatkan pinjaman luar. Kita tahu dan tidak perlu diberitahu atau nafikan bahawa mereka yang menguruskan tidak berbekalkan dan dibekalkan keikhlasan 'gigi dan lidah' sahaja.

Apa yang dipertikaikan mereka yang jutawan luar negara dan dalam negara ini tidak terliur untuk memilikinya atau melaburnya di Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington Hotel di London. Felda dengan kuasa perdana Menteri, dan ditepuk-tepuk bahunya oleh pengerusinya , terus lena dibuai mimpi nyanyian broker dengan lagu keuntungan komisyen. Individu yang biasa menagih laba daripada projek yang di laksanakan ibarat penagih memerlukan dadah.

Pelbagai perbelanjaan yang tidak menyokong keuntungan felda terus belaku.Entah pakar ekonomi mana yang mempengaruhi kepala hantu sebagai pengerusinya mewujudkan Felda Global Ventures .(FGV) dengan tergesa-tergesa dan menyenaraikan di Bursa Malaysia pada 31 December 2013. Yang untung kepala hantu sebagai pengerusinya di bekalkan saham percuma . Hari ini harga saham RM 1.56 yang peringkat awal disenaraikan RM 4.45/unit. Peneroka melopong membayar hutang miliki saham dengan potongan pendapatan bulanan

Menyediakan dana berjuta ringgit bagi membentuk satu pasukkan bolasepak profesional. Yang kesemua ini tidak ada bersangkut-paut dengan tujuan asal felda di tubuhkan dan harapkan jualan tiket perlawanan ,sampai kiamat tidak akan mendatangkan keuntungan.

Idea gila yang kononnya felda ke peringkat global, bertambah gila lagi dengan meranapkan bangunan kompleks felda ,tempat eksklusif dewan perdana yang baru berusia kurang 30 tahun untuk di ganti dengan pembinaan kediaman eksklusif..

Banyak usaha-usaha kepala hantu dalam felda telah berlaku seperti berlakunya kemusnahan yayasan negeri,Negeri Sembilan 30 tahun yang lalu. Kepala hantu ini sebagai pengerusinya yang ketika itu ladang yayasan di Felda Serting Hilir tergadai kepada taukeh cina bagi mencari sumber kewangan. Yayasan yang ketika itu tidak perlu dinyatakan keaibannya.

Yayasan Felda telah menjadi mangsa si kepala hantu ini dengan mengambil kesempatan matlamat yayasan di tubuhkan.Kewangan yayasan untuk melaksanakan kebaikan sosial dan pendidikan warga Felda seluruh Malaysia, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila menggunakan sumber kewangan yayasan bagi mengeluarkan bantuan atas nama kawasan parlimen diwakili dan kepentingan sokongan politiknya.

Kini kolej di bawah tadbir yayasan satu demi satu terpaksa ditutup kerana kekurangan sumber kewangan Bagitu juga Asrama Semai Bakti yang suatu ketika dulu berjaya melahirkan anak warga felda melangkah ke menara gading yang tinggal bertahan hanya Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur,Kuantan dan Johor Baharu.

Kemuncak kehebatan felda ketika Raja Alias sebagai pengerusinya telah menjadi nostalgia.Mungkin kakitangan dan peneroka tidak menyukainya kerana tidak 'peragih' .Tidak ada elaun atau bonus setiap bulanan dan tahunan.

Beliau telah berjaya mentadbir felda tanpa bantuan kewangan dari kerajaan. Sejak dilantik mereka dari kalangan ahli politik felda terus dilanda masalah berkaitan menguruskan kewangan, sosial dan displin peneroka. Ini disebabkan kepala hantu yang ada dalam felda bertindak mencampakkan eksekutif-eksekutif berpengalaman menggantikan kakitangan pengurusan yang baru,yang boleh ditindik hidungnya dan sentiasa mencium tangannya.

Kerajaan yang memerintah meletakkan ahli politiknya bagi mengekalkan sokongan sebanyak 53 kawasan parlimen di kawasan felda.Itulah satu sebab pengerusi nya sanggup berbelanja besar tanpa mengikut prosuder kewangan bagi menjaga hati peneroka sebagai pengundi. Tidak menghairankan perbelanjaan RM148.42 juta dalam laporan audit di tandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa,

Perbelanjaan tanpa kawalan berlaku kerana mengikut kehendak pehak atasan,seperti kepala hantu ini tidak selari dengan kepala hantu lebih besar di Putrajaya. Mereka terus membawa felda terus berlagak kaya sebagai dermawan,yang peringkat awal diluluskan RM350/sepeneroka,tiba-tiba dengan semangat meluap-luap kepala hantu tertinggi mengumumkan dalam perhimpunan supaya peneroka diberi RM500/sepeneroka. Peruntukan tambahan RM150.00/sepeneroka perlu di cari sedangkan sumber kewangan terhad.

Berbelanja diluluskan oleh mereka yang tidak mempunyai kuasa sebagai menyelamatkan kepala hantu cuci tangan apabila berlaku sesuatu perkara yang menyalahi prosedur kewangan. Kepala hantu hanya membuat arahan sambil berjalan lalu.

Dasar felda berbelanja untuk sosial peneroka tidak dijadikan masalah sebanyak mana pun .Jarang pertikaikan oleh sesiapa,asalkan ada bukti projek di belanjakan. Oleh sebab itu bajet untuk pembangunan masyarakat boleh diluluskan bila-bila masa.

Sebelum pilihanraya ke 13 berapa banyak wang felda terlambak di agih-agih seperti dermawan Kasim Baba, kepada peneroka RM 15000/seorang kepada lebih 112 ribu orang. Perdana Menteri, pengerusi felda berbangga dengan pemberian itu.Wang tersebut hanya sebagai pembasah tekak yang memberi faedah golongan peneroka dalam tempoh jangka pendek . Kita tahu tujuannya untuk meraih simpati undi di 53 kawasan parlimen.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menteri Cadang Wujud MRSM Berbayar Kerana Banyak Permintaan Dari Ibu Bapa Berpendapatan Tinggi
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 28 Nov - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada MARA supaya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Menurut beliau, ini kerana banyak permintaan dari ibu bapa yang berpendapatan tinggi yang mana anak mereka cemerlang dalam UPSR dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendatan rendah terutama dari luar bandar.

"Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

"Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Ismail Sabri juga berkata, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan untuk masuk ke MRSM mulai tahun depan.

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki Berbaju Kuning (Bukan Bersih) Belasah Pak Guard

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


GARA-GARA tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan sendiri, seorang lelaki berbaju kuning berang dan membelasah pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu menjadi viral di laman sosial apabila netizen mengkritik tindakan biadap lelaki berbaju kuning yang dianggap kurang ajar menyerang seorang pengawal keselamatan hanya kerana tidak berpuas hati.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaparkan, kenderaan jenis Perodua Alza berwarna merah yang dinaiki lelaki tersebut bersama tiga rakanya dihalang daripada memasuki kawasan perumahan.

Akibat berang, lelaki tersebut keluar dan memarahi pengawal keselamatan sebelum menolak mangsa yang cuba melarikan diri ke arah belakang kereta.

Walaupun cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang lain dan dua rakannya, lelaki tersebut masih terus memarahi dan memukul mangsa.

Keadaan semakin 'hangat' apabila lelaki tersebut mengambil senjata yang dipercayai parang dari keretanya sebelum menyerang mangsa di pondok pengawal.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan lain kelihatan cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum masuk ke dalam kereta.

Suspek melarikan diri bersama tiga lagi rakannya selepas mencederakan mangsa yang dipercayai warga asing.

Menerusi ruangkan komen, seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook, Martin menjelaskan, lelaki tersebut adalah penghuni di kawasan perumahan tersebut dan sering diminta memaparkan kad pengenalan sebelum melepasi halangan di pondok pengawal. – MYNEWSHUB.CC

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton 63,000 kali dan 3,395 shares di laman Facebook.

Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul.

"Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?" kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.

Di media sosial, netizen mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusian dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.

"Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan," kata netizen. –

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Untung Bukan Islam Di Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Untung bukan Islam di Malaysia, nak minum arak ada orang Islam daripada parti kononnya parti Islam generasi kedua tolong pertahankan kenaiakan harga arak. Nak makan babi ada orang Islam tolong lulus RUU BABI tanpa perlu tangguh atau buat perhimpunan RUU BABI. Forum RUU BABI pun tak perlu.

Kalau awak nak bahas RUU BABI mereka akan berhujah Presiden PAS semasa menjadi Menteri Besar Terengganu meluluskan perternakan babi di Terengganu. Mereka ini akan menyokong TGHH pada isu terpilih, ya lebih kurang macam Yahudi yang memilih ayat-ayat Allah yang mana boleh mendatangkan keseronakkan maka mereka sokong.

Babi ni bukan perkara baik untuk orang Cina, sama juga dengan arak. Kenapa kita tak ikut macam ahli falsafah cina dulu kala bercakap pasal babi.

Tokoh-Tokoh Perubatan CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: "Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI."

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: "Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA." Satu lagi penyakit ialah GAGAP dan PEMALAS.

Lee Shih Ch'en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: "Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA."

Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'.

Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.

Saya tulis banyak perkara di atas bukanlah nak mengatakan PAS tak setuju orang bukan Islam minum arak atau makan babi tetapi PAS memperjuangkan kebaikan umat manusia tak kira dia itu Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa.

Perkara yang tidak baik sepatutnya kita war-warkan dan kurangkan risiko dan berikan pendedahan ilmu kepada mereka. Sama kita memberikan pendedahan kepada orang yang tidak kawal makan untuk penyakit diabestis. Just itu normal.

Kita sedar orang makan babi perangai buruk dan kita tak mahu masyarakat Malaysia berperangai buruk.

Dr Xavier Jayakumar orang cerdik pasal dia ada status Dr. Dia bukan Islam tapi dia tahu bahaya arak. Tapi malang puak PAN dia ada juga status cerdik tapi malangnya nafsu yang tamak nak raih undi dia hilang pertimbangan waras.

Dulu di Malaysia orang tua Cina boleh dapat lesen hisap candu. Kalau perkara ini ada lagi sudah pasti ada MP PAN yang akan mencadangkan menurunkan harga CANDU! dan ada negeri-negeri Pakatan Harapan akan membuat ladang candu.

Jangan sampai kita nak tunjuk kepada bukan Islam kita ni perjuang kebebasan kerana nak raih undi bukan Islam, kita hilang pertimbangan akal, ilmu kesihatan, fakta sainstifik dan agama.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

PAN Sebagai Generasi Kedua Parti Islam?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Saya terpanar membaca kenyataan seorang tokoh PAN yang mendakwa parti itu sebagai generasi kedua parti Islam sebagaimana AKP di Turki, An Nahdah di Tunisia dan PKS di Indonesia. Jauh panggang daripada api untuk membayangkan sejarah gerakan Islam lain dengan kumpulan serpihan yang dirancang dengan konspirasi dan pengkhianatan terhadap kumpulan Islam yang sediada di tanah leluhur ini.

Teman-teman PAN perlu bercermin dengan sejarah yang lurus bahkan untuk anak-anak muda yang baru mengenali dunia amal Islami perlulah menekuni sejarah jatuh bangun gerakan Islam diseluruh dunia. PKS atau Parti Keadilan Sejahtera yang asalnya bermula dengan nama Parti Keadilan muncul selepas ruang demokratik yang terbuka luas pasca Reformasi Mei 1998 di Indonesia. Tanah seberang yang dijarah Belanda selama 350 tahun itu turut menyaksikan bagaimana MASYUMI atau Majlis Syura Muslimin Indonesia ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Dr Mohamad Natsir.

MASYUMI yang menjadi pesaing kuat kepada PNI yang dipimpin oleh Ir Soekarno telah diharamkan oleh regim sehingga menumbuhkan beberapa lagi beberapa sepert gerakan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. Di zaman ORBA pula, hanya satu parti Islam yang dibenarkan bergerak iaitu PPP atau Partai Pembangunan Persatuan. Dengan tumbangnya Soeharto pada Mei 1998, ruang demokratik membuka seluas pintu untuk warga Indonesia berekspresi sebebasnya, termasuk ruang demokratik. Namun kegilaan baru tercetus apabila puluhan parpol bernuansa Islam diwujudkan sehingga lemahkannya kesatuan ummah dan impaknya dapat dirasakan hari ini. Ummah berpecah merebut kek kekuasaan, ironisnya parti pragmatis sekular, bahkan parti berbasis kristian menyatukan kekuatan di negara paling ramai muslim dalam dunia itu. Kekalahan parpol- parpol Islam telah mengheret ummah dalam duka dan kerugian, lihatlah dasar pemerintahan Jokowi, juga Ahok di Jakarta.

AKP lahir melalui sejarah panjang perjuangan Islam di Turki,setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniah yang pernah memayungi 600 tahun lebih bumi umat Islam. Kemunculan harakatul ummah seperti Jamaah an Nur yang diinspirasikan oleh tokoh pencerah Turki, Sheikh Badiuzzaman Said Nursi sentiasa digugat musuh. Berakar daripada gerakerja dakwah Jamaah an Nur melahirkan kemudiannya parti politik bernuansa Islam seperti parti Milli Salamah, seterusnya Refah, Fazilet Party.

Perpecahan Parti Fezilet telah memunculkan dua aliran sekolah pemikiran, AKP dan Saadet yang kini menyaksikan AKP sedang mendahului Saadet yang lebih puritan dan fundamentalis. Demografi negara Turki dengan euforia sekular yang masih kuat memungkinkan persaingan dimenangi oleh AKP berbanding Saadet. Realiti Turki yang serba pragmatis jauh berbeda dengan watan kita, dimana Islam diamalkan dengan lebih membumi dan mendalam.

An Nahdah pula menjadi pencabar regim Habib Bourguiba dalam dekad 1980an di negara yang sangat memusuhi amalan Islam. Rashid Ghanoushi, mantan penyokong aliran Sosialis telah menukar kiblat perjuangannya kepada seruan Islam yang syumul. Sosok hebat ini dengan pantas menyihir perhatian peserta generasi kebangkitan Islam Tunisia dalam dasawarsa 80an, sehingga parti Islam an Nahdah telah diharamkan regim Baath . Lebih tiga ribu pimpinan serta pendokong an Nahdah mendekam dipenjara Tunisia, Ghanoushi mendapat suaka politik di London. Beliau kembali menjadi sebutan warga Tunisia pasca Arab Spring dan pulang kembali ke Tunisia seperti kesatria barisan hadapan.

Sesepuh hebat ini menghidupkan kembali an Nahdah yang diharamkan dalam dekad 80an serta reinkarnasi an Nahdah telah disambut dalam semarak kebangkitan rakyat pasca Arab Spring. An Nahdah dalam reinkarnasi baru ini mewajahkan mereka sebagai "Islamis demokrat", meninggalkan wajah mereka dalam dekad 80an. Seruan pemulihan sosio ekonomi, tatakelola kerajaan yang baik, merapatkan jurang kaya miskin menjadi agenda an Nahdah dalam pusingan kedua ini.

Dimana PAN jika ingin dibandingkan dengan karektor dan sejarah tiga parti Islam tadi. Mereka lahir daripada kekalahan muktamar PAS ke 61 dengan membawa bagasi sejarah, mereka muncul dalam keadaan PAS masih utuh dengan dasar dan prinsip Islam. Dimana kesalahan syarak PAS untuk dirungkaikan intima' dan ketaatan kepada harakatul ummah itu?. Untuk anak-anak muda kail panjang sejengkal yang tersihir dengan fenomena post Islamism, lakukan sedikit kajian dan penelitian kalian. Negara ini sifatnya sangat " fragile" kondisi persaingan kuasa, PAN hanyalah percaturan belakang tabir yang akan hanya menguntungkan musuh-musuh Islam.titik!

Dr Riduan Mohamad Nor

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perdana Menteri Israel Ucap Terima Kasih Kepada Palestin Kerana Bantu Padam Kebakaran
siakapkeli.my

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu memadam kebakaran besar yang berlaku di kawasan Israel.

Ucapan terima kasih itu disampaikan menerusi panggilan telefon.

Menerusi panggilan itu, Netanyahu mengucapkan rasa syukurnya kerana Palestin menyediakan lapan jentera bomba dan 40 anggota bagi membantu memadamkan kebakaran.

Selain itu, Netanyahu turut mengucapkan terima kasih kepada warga Palestin dan Arab kerana menyediakan rumah untuk dijadikan tempat perlindungan kepada mereka yang terjejas.

Sumber: Time of Israel

Kebakaran api membesar membakar kereta dan rumah penempatan haram Yahudi "Israel".
bloglistpolitik.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Gudang Senjata Israel Meletup
bloglistpolitik.blogspot
bestoneoffour.com
By bestoneoffour
Kebakaran hebat di negara Israel nampaknya kian meluas. Laporan terakhir yang mengejutkan adalah letupan salah satu gudang senjata disana.

Letupan gudang senjata Israel itu dilaporkan terjadi pada Jumaat 25/11/2016 malam waktu setempat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 29, 2016 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Peniaga Thailand Tampal Notis Enggan Terima Wang Malaysia - Najib Perlu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar, Kenapa Ringgit Semakin Jatuh.

bloglistpolitik.blogspot

amenoworld.net

Posted by Ameno World

Apa sudah jadi?

Berikut adalah notis yang sedang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan rata-ratanya diperkatakan oleh netizens dengan pelbagai jenis teori dan spekulasi dikemukakan.

Menurut maklumat yang sedang viral, gambar ini merujuk kepada salah sebuah kedai yang berada di Thailand. Ia menampalkan notis bahawanya mulai 29 November 2016, pihak pekedai enggan lagi menerima Ringgit Malaysia dalam urusniaga jual beli yang melibatkan premis perniagaan mereka.

Sumber gambar tidak dapat dipastikan siapa buat masa ini.

Sebelum ini gambar di bawah juga pernah viral di laman sosial.

Ia merujuk kepada nilai ringgit Malaysia yang digunakan di Thailand. Jika rakyat Malaysia enggan menukar kepada wang Bath maka inilah nilainya di Thailand melainkan mereka menukarnya sendiri terus kepada matawang Thailand.

Difahamkan, matawang Malaysia tidak stabil sejak tahun 2015. Nilai matawang itu yang adakalanya jatuh mendadak menyebabkan peniaga-peniaga Thailand enggan mengambil sebarang risiko kerana dibimbangi akan menanggung kerugian.

Dan berikut dibawah aku sertakan penulisan dari Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kau semua baca dan hadamkan.

Kejatuhan Ringgit

Pada 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata: "Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar.

Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar."(http://www.barisannasional.org.my/news/ringgit-mata-wang-terbaik-di-asia-pm-najib)

Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?

Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5.

Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu.

Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit. Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini?

Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini? Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?

Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi? PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai Ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF).

Rizab BNM berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai.

Pada 14 Ogos 2015, rizab antarabangsa BNM jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$94.5 bilion kerana aktiviti menyokong nilai Ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu. Setakat 15 Nov 2016, rizab antarabangsa BNM masih di bawah AS$100 bilion iaitu pada AS$98.3 bilion.

Melihat pada data-data ini, PAS khuatir sekiranya langkah-langkah yang diambil BNM ini tidak berkesan, apakah rizab antarabangsa yang ada hari ini dapat menampung nilai Ringgit sekiranya ia terus menyusut seperti yang dijangkakan para penganalisa ekonomi?

BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia. Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
28 November 2016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Monday, November 28, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4633

8 Messages

Digest #4633

Messages

Sun Nov 27, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak 2 Tahun Terjatuh Ketika Kereta Buat Pusingan U, Maut Dirempuh Kereta Lain
siakapkeli.my

Foto Hiasan.

JOHOR BAHRU, 20 Nov: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut apabila dia dirempuh sebuah kereta lain selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang disini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz, mangsa yang dikenali sebagai Goh meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U," katanya.

Tambah beliau lagi, selepas mangsa terjatuh, dia telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong yang sama.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana," jelas beliau.

Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Hilang Sudah Ditemui, Selamat Disatukan Kembali Dengan Keluarga
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 18 Nov - Remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang pada Selasa lepas telah ditemui dan selamat disatukan kembali dengan keluarganya.

Perkara itu disahkan oleh ibu saudara remaja tersebut di laman Facebook sebentar tadi.

"Alhamdulillah Aliaa telah pulang dgn selamat kepangkuan keluarga.

"Terima kasih kepada yang banyak memberi bantuan dan semangat sepanjang melalui ujian ini. Terima kasih atas doa-doa kalian.", tulis Juliani Nazar.

Namun punca dan kemana remaja itu menghilangkan masih tidak terjawab.

Aliaa Syafiqah Nazar, 13, dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Keluarga mula menyedari kehilangan Aliaa apabila memeriksa dia tiada di bilik pada waktu pagi.

Rakaman CCTV menunjukkan Aliaa memasuki sekolah pada 5.20 pagi dan keluar semula beberapa minit selepas itu dengan memakai baju berbeza.

Sumber: NST

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, November 17, 2016 9:22 PM
Subject: Fw: Pelajar Tingkatan Satu Dikhuatiri Hilang

Pelajar Tingkatan Satu Dikhuatiri Hilang
siakapkeli.my

Foto: NST

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Seorang pelajar tingkatan satu, Aliaa Syafiqah Nazar Mohd. Norjuahari, 13 dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya di Seksyen 1, Bangi hari ini.

Bapa, Mohd Norjuahari Nazar, 38, berkata anaknya itu adalah pelajar di Sekolah Menengah Sri Al-Amim Bangi dan disedari hilang oleh neneknya kira-kira jam 11 pagi.

Norjuahari berkata, sepatutnya Aliaa tidak ke sekolah kerana tidak terlibat dengan program di sekolah namun rakaman CCTV menunjukkan anaknya itu masuk ke perkarangan sekolah kira-kira jam 5.50 pagi dan beredar dua jam kemudian.

"Dalam rakaman tersebut, anak saya memakai baju dan tudung berwarna oren, seluar jean dan berpurdah. Bagaimanapun, sebelum ini anak saya tidak pernah mengenakan purdah.

"Ini kali pertama Aalia Syafiqah keluar dari rumah dan ke sekolah sendirian kerana sebelum ini, saya, datuknya atau ahli keluarga lain yang akan menghantar dan mengambilnya dari sekolah," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Satu laporan polis telah dibuat mengenai kehilangan Aliaa di Balai Polis Bangi.

Tambahnya, seluruh ahli keluarganya kini amat risau tentang kehilangan anak dan berharap Aliaa Syafiqah dalam keadaan selamat serta cepat pulang ke pangkuan keluarganya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh meng­hubungi saya di nombor 018-6624450," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Smber: Utusan Online, NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bantulah Kak Ros, Kemungkinan Hilang Kerja Kerana Selalu Bercuti, Suami Terlantar Stroke 5 Tahun, Anak 9 Orang
siakapkeli.my

Berat mata memandang, berat bahu memikul, itulah yang melanda seorang ibu yang besr tanggungjawabnya di mana beliau kemungkinan hilang pekerjaan selepas sering bercuti kerana menjaga suaminya yang sudah 5 tahun terlantar stroke, lapor Pinang Kini.

Selain itu beliau juga mempunyai sembilan orang anak di mana hanya seorang yang bekerja dengan memberikan beliau bantuan sebanyak RM300 sebulan.

Beliau dikatakan selalu bercuti kerana perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana sudah kehilangan satu buah pinggang akibat kemalangan.

Dari sembilan orang anaknya itu, hanya seorang bekerja dan yang bongsu masih bersekolah sambil bekerja mencuci pinggan di gerai makan.

Sementara itu, memetik satu kenyataan daripada pihak Zakat Pulau Pinang, mengesahkan keluarga Kak Ros merupakan salah seorang dari 32,000 penerima bantuan Zakat di mana mereka menerima bantuan makanan bulanan.

"Daripada anak-anak yang telah lepas belajar, seorang lagi anaknya masih bersekolah."

"Bantuan tambahan yang sesuai sedang diaturkan buat beliau mengambil kira suaminya terlantar dan beliau sendiri akan habis kontrak bekerja hujung tahun ini," tulis mereka.

Untuk mereka yang hendak membantu Kak Ros bolehlah memhubungi Kak Ros ditalian 0174278450 atau berkunjung ke rumah mereka di alamat A4-2-16 Flat Taman Inderwasih, Medan Kikik 3, 13600 Perai.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kebijaksanaan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Dalam RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Mereka ahli parlimen muslim samada daripada BN dan PH dan lain-lain, ingat boleh mempermainkan TGHH dengan ramai yang tidak hadir ke dewan rakyat, yang tinggal ramai non-muslim yang memungkinkan wujud majoriti membantah..

Mereka juga berfikir mereka boleh mematikan Isu RUU 355 dengan undi menolak. Maka RUU 355 mati di situ

Tindakan mereka itu untuk 'melepas tangan' dan tidak mahu bertanggungjawab..

Sekiranya mereka hadir, jika tidak menyokong, pasti majoriti umat Islam marah atas tindakan mereka. Tapi jika mereka tidak hadir, itu ibarat mereka 'lepas tangan'..
Akhirnya TGHH ambil keputusan untuk tangguh dan dibawa ke tahun depan.. Rupa-rupanya mereka cuba mempermainkan telah berjaya ditanggani oleh Presiden PAS.

Bijak tindakan TGHH.. Dengan ini, boleh ambil masa lagi untuk bagi penjelasan pada rakyat & meraih sokongan padu rakyat apabila rakyat makin & mulai memahami kepentingan pindaan ini samada muslim & non-muslim..

Akhir nanti, tiada lagi alasan dari mana2 ahli parlimen untuk menolak disaat seluruh rakyat inginkannya.. Jika tidak, terkuburlah kedudukan mereka sebagai ahli parlimen dalam PRU akan datang..

Ditambah pada waktu itu, bermula pemerintahan Yang Dipertuan Agong baru, yang sangat cintakan Islam.. Ahli parlimen mana yang bakal mengingkari titah & nasihat daripada Yang Dipertuan Agong, kita akan lihat...

Kredit
Zahari Sulaiman

PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Oleh Zainal Salleh

Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".

Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'.

"Sebab itu kita akan menentang sesiapa yang tak sertai gerakan jatuhkan Najib," kata Mahathir pada Konvensyen kali pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, Sabtu lalu.

"Sesiapa yang menimbulkan masalah dalam PH adalah orang Najib. Mereka sebenarnya menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak," kata Dr Mahathir.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun lalu, Dr Mahathir secara terbuka mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 'nampak' dedak yang mendorongnya mahu bekerjasama dengan Najib.

Walaupun Dr Mahathir tidak merujuk kepada PAS mahupun Hadi secara langsung, tetap kali ini beliau tegas mengatakan pihak yang enggan turut serta menjatuhkan Najib "menerima dedak atau rasuah".

PAS tolak gerakan jatuhkan Najib selain pilihan raya

PAS sebuah parti pembangkang utama dilihat masih belum menunjukkan keghairahan untuk bekerjasama dengan PH demi memastikan saingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Pada masa sama, PAS menolak cubaan untuk menjatuhkan Najib di luar kerangka sistem pilihan raya umum, seperti tunjuk perasaan anjuran BERSIH yang disokong oleh PH.

Dalam isu kononnya PAS enggan bekerjasama dengan PH kerana 'bermusuh' dengan DAP dan Amanah, Dr Mahathir berkata, masalah itu adalah 'terlalu kecil' dan beliau juga pernah memusuhi pemimpin PH.

"Jangan cakap kami tak setuju dengan PH sebab ada DAP dalamnya. Bukan kerana itu. Saya dahulu musuh ketat Lim Kit Siang.

"Saya juga musuh ketat beberapa tokoh lain dalam parti lain tapi permusuhan itu perkara kecil berbanding usaha untuk jatuhkan musuh terbesar iaitu Najib," kata Dr Mahathir.

Sikap lantang Mahathir ini bukan baru. Rekod politiknya menunjukkan bahawa beliau sering mengambil sikap bahawa sesiapa sahaja yang menghalang cita-cita dan rencana politiknya akan menjadi musuhnya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah merasai sendiri 'kemarahan' politik Mahathir dan bersama pemimpin DAP lain seperti mendiang Karpal Singh pernah ditahan di bawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Begitu juga dengan 'anak emasnya' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun kombinasi di antara beliau dengan Anwar dianggap terbaik untuk Malaysia, apabila Anwar bersilang pendiriannya dengannya, Anwar dipecat dan diaibkan.

Sikap diktator politik Mahathir tak gentarkan PAS

Bagaimanapun keadaan kini agak berbeza. Kuasa memerintah tidak lagi berada di tangannya. Usaha PPBM untuk menjalin kerjasama dengan PAS masih belum berhasil setakat ini.

Namun sikap politik Mahathir tetap tidak berubah. Meskipun parti barunya masih belum mampu membuktikan apa-apa di segi politik, Mahathir sebagai Pengerusi PPBM, sudah bersedia menentang PAS jika enggan bekerjasama.

Sikap politik ala 'gedebe' ini boleh dibandingkan dengan pendirian bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush yang memberi kata dua pada mana-mana negara yang tidak menyokong usaha menentang keganasan, adalah musuh negaranya.

Yang menariknya, PAS seolah-olah sedikitpun tidak 'terusik' dengan sikap 'diktator politik' Mahathir itu. Malah PAS kini nampaknya agak tenang dan jelas tujuan perjuangannya.

Memang penyertaannya dalam politik Malaysia adalah kerana memerintah. PAS mahu menang pilihan raya. Namun setelah bekerjasama dengan banyak pihak beberapa kali, PAS lebih rela melaksanakan tugas hakikinya.

Ini dimaktubkan Allah: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung." (Al Imran: 104).

Keuntungan yang PAS dambakan adalah lebih besar daripada kuasa memerintah negara. Namun PAS tidak mahu mengabaikan tawaran Allah sebab itu meskipun belum berkuasa ia masih berusaha menasihati pemerintah.

Pendirian ini amat dikesali oleh musuh-musuh PAS seperti Amanah dan komponen PH lain. Ada yang mengutuk dan menyindir PAS sudah termakan dedak Umno-BN . Namun bagi PAS itu hanya tohmahan.

Yang mahu dianjurkan PAS ialah taat pada perintah Allah: "Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka iaitu orang mendapat seksaan yang berat" (Al Imran: 105).

Umat Islam di Malaysia kini semakin diracik oleh politikus yang mewakili banyak parti politik baru mempunyai matlamat untuk berkuasa. Pelbagai alasan dicanangkan kononnnya untuk melakukan reformasi di negara ini.

Bagaimanapun PAS akur apabila "dipinjamkan kuasa oleh Allah", banyak perkara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Malah obsesi golongan ini lebih tertumpu mempertahankan kuasa dan melumpuhkan lawan.

Justeru politik kiasu atau gedebe Mahathir tidak menjejaskan i'tikad politik PAS. Walau digertak akan berhadapan dengan parti pimpinan Mahathir sekalipun atau difitnah dengan tuduhan diberi 'dedak', PAS tidak latah.

PAS tidak latah

Kini PAS masih ada hubungan tahaluf siayasi dengan PKR. Bagaimanapun kebelakangan ini PKR juga mengungkit betapa sudah beberapa kali 'dikhianati oleh PAS'. Pun PAS masih tidak latah.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, partinya bersikap terbuka untuk bekerjasama dan membuka pintu rundingan bagi mengukuhkan pembangkang.

Namun katanya, sebagai parti berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam politik serta pilihan raya di negara ini, PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.

Menurutnya, PAS berpandangan tahaluf siyasi yang mahu dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.

"PAS telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai IKATAN dan BERJASA.

PRU14, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.

"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam," katanya.

Hashim berkata, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, pihaknya bersedia membubarkan PAS.

"Pihak menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini, katanya.

Mahathir boleh melalak dan menggertak PAS. Namun di sinilah letak perbezaan parti politik yang bertunjangkan akhlak agama dengan seni politik Machiavelli yang hanya mahu menang dengan mengugut dan memfitnah. - ANTARAPOS

PUJUK RAYU POLITIK...
bloglistpolitik.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suzuki 'sukar kerjasama' dengan Proton selepas ketiadaan Dr M

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


PETALING JAYA: Pembuat kereta Jepun, Suzuki dikatakan sukar menjadi rakan kongsi kepada Proton Holdings selepas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihatnya baru-baru ini.

Ia susulan spekulasi yang Suzuki Motor merupakan pilihan utama yang bakal memeterai perjanjian rakan kongsi dengan Proton.

Bagaimanapun, Nikkei Asian Review hari ini memetik seorang jurucakap Suzuki sebagai berkata ia tidak mungkin berlaku.

"Suzuki memutuskan menjadi rakan kongsi kerana pengerusinya, Osamu Suzuki, mempunyai hubungan peribadi dengan pengasas Proton, Mahathir Mohamad," Nikkei memetik sumber sebagai berkata. Osamu bagaimanapun enggan mengulas.

Akhir Mac lalu, Dr Mahathir yang melancarkan Proton pada 1985 meletak jawatan sebagai pengerusi Proton Holdings, selepas bekas perdana menteri itu keluar daripada Umno di sebalik kelantangannya menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir sebelum itu turut dipecat sebagai penasihat Petronas.

Jun lalu, kerajaan menyuntik dana RM1.25 bilion kepada Proton, dengan syarat ia akan mendapatkan rakan kongsi dalam tempoh setahun.

Tewas pada Thailand, Indonesia

Sementara itu, pemerhati dipetik Nikkei berpendapat faktor hubungan politik dan persaingan dengan negara jiran akan menyukarkan Proton pulih walaupun ia menerima rakan kongsi baru.

Sanshiro *****ao dari Institut Kajian Hamagin berpusat di Jepun berkata kejatuhan jualan kenderaan mendorong pembuat kereta kini berusaha menawarkan harga lebih murah, sesuatu yang menurutnya tidak berupaya dilakukan Proton.

Selain tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam berperanan sebagai hab eksport dan kekurangan pembekal teknologi canggih, Malaysia juga terpaksa membayar gaji yang tinggi dalam industri tersebut, kata *****ao, memberi contoh gaji jurutera 10% lebih tinggi berbanding Thailand.

Pemerhati juga berkata kaitan Proton dengan politik turut menyumbang kepada masalah yang dialami kereta nasional yang dilancarkan pada 1985 itu, menurut Nikkei.

Walaupun dengan tenaga kerja 10,000 orang, 2 kilang Proton hanya beroperasi pada kapasiti 30%, katanya.

Sebarang pengurangan pekerja disebabkan rakan kongsi baharu Proton tidak mungkin mendapat kelulusan kerajaan, tambahnya.

Nikkei berkata walaupun Proton melancarkan 4 model baharu sejak Jun tahun ini, jualan keretanya jatuh 40% sehingga Oktober.

Proton yang pernah menguasai lebih 50% pasaran kenderaan di Malaysia pada 2001, kini hanya memegang 10%.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rupanya Bekas CEO Tabung Haji Heavy Engineering Yang Didakwa Baru-Baru Ini, Jadi Betul Lah Dakwaan Rafizi Sebelum Ini!

bloglistpolitik.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Sebelum ini saya dedahkan tentang kerugian pelaburan Tabung Haji di dalam Tabung Haji Heavy Engineering. Saya dituduh fitnah. Kemudian saya dedahkan Kementerian Kewangan luluskan permohonan Tabung Haji untuk mengenepikan sekatan dalam Akta LUTH agar Tabung Haji dapat menjamin pinjaman baru THHE.

Saya dituduh fitnah. Kini, semua yang saya dedah itu jelas kepada rakyat ada kebenarannya apabila bekas CEO THHE yang dilantik Tabung Haji telah ditahan SPRM. Mohon sebarkan, kita perlu kawalselia tabung rakyat. Share sebanyak mungkin supaya lebih ramai yang buka mata.

17 NOVEMBER 2016

SIASATAN SPRM KE ATAS BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TABUNG HAJI HEAVY ENGINEERING: SIASAT INDIVIDU LAIN YANG TERLIBAT DALAM KEPUTUSAN PELABURAN

Minggu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Datuk Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Heavy Engineering (THHE), sebuah syarikat yang secara langsung telah mengakibatkan risiko hangusnya berbilion ringgit wang pendeposit Tabung Haji.

Saya telah secara konsisten mendedahkan kerugian demi kerugian yang dialami oleh THHE dan risikonya kepada Tabung Haji. Saya juga telah mendedahkan dokumen-dokumen rasmi yang menunjukkan Kementerian Kewangan, di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak, telah meluluskan pakej sokongan baru kepada THHE yang boleh meningkatkan risiko hangusnya wang pendeposit Tabung Haji yang dilaburkan ke dalam THHE sehingga mencecah sekitar RM1.4 bilion.

Walau bagaimana pun, setelah perkara itu didedahkan, pakej sokongan kewangan dalam bentuk jaminan korporat ("corporate guarantee") itu untuk THHE membuat pinjaman baru tidak digunakan oleh THHE. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan menganugerahkan kontrak pembinaan kapal-kapal peronda pesisir pantai yang berjumlah sekitar RM700 juta kepada THHE secara rundingan terus walaupun THHE tidak berpengalaman dalam bidang itu.

Saya mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana menjalankan tanggungjawabnya menyiasat aduan kepincangan pengurusan di dalam THHE yang telah pun menyebabkan ratusan juta wang pendeposit miskin Tabung Haji hangus begitu sahaja dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Pun begitu, saya percaya adalah tidak adil sekiranya siasatan hanya berkisar kepada urusniaga yang bersabit dengan suapan yang dikaitkan dengan harta yang dimiliki oleh individu-individu yang berkait THHE yang sedang disiasat SPRM.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pengurusan terkanan Tabung Haji termasuk Lembaga Pengarah dan Panel Pelaburannya boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang sebelum Tabung Haji membuat pelaburan besar, telah pun mengundang pelbagai kontroversi ketika THHE dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad.

Lebih penting, siasatan perlu dibuat tentang bagaimana setelah THHE mengalami kerugian, Tabung Haji terus menyuntik dana ke dalam THHE sehingga memberi pelbagai bentuk sokongan kewangan walaupun Tabung Haji hanyalah pemegang 30% daham THHE.

Pengurusan terkanan Tabung Haji dari peringkat Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang bertanggungjawab dalam keputusan-keputusan di atas perlu disiasat juga kerana keputusan mereka terus melaburkan wang pendeposit Tabung Haji ke dalam THHE, kalau pun tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan, boleh disiasat untuk memastikan tidak ada unsur kecuaian sehingga menyebabkan kerugian sedemikian rupa.

Saya akan menunggu maklumbalas Tabung Haji mengenai perkara ini dan akan mempertimbangkan membuat laporan polis terhadap beberapa pengurusan terkanan Tabung Haji minggu depan sekiranya tiada keterbukaan Tabung Haji dalam perkara ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Blogger Din Turtle meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

DIN TURTLE nama timangannya dan nama sebenarnya adalah SAIFUDIN BIN MAHMUD telah kembali ke rahmatullah pada semalam 20/11/2016 jam lebih kurang 5.30 petang dipangkuan isterinya dirumah Tingkat 11, Flat Ladang, Kuala Terengganu.

Menurut info dari isterinya, arwah tiada menunjukkan tanda-tanda luar biasa, hanya mengadu penat dan lenguh di bahu sebelah kiri dan terbaring diatas katil. Pada kelazimannya arwah sentiasa berada dihadapan 'lap-top' nya untuk menyiapkan artikel-artikel blognya.
Isterinya kemudian menyapu minyak panas dibahagian bahu sebelah kirinya dimana arwah telah menunjukkan tanda-tanda luar biasa sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah akan dikebumikan jam lebih kurang 10.00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam Ladang berhampiran dengan Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Sama-sama lah kita panjatkan doa semua roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. AL-FTIHAH.

Blognya dinturtleoriginal.blogspot.com

Sumber SeputihKapas

Lelaki maut 'cair' dalam kolam berasid

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

WYOMING - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan maut dalam keadaan ngeri selepas terjatuh dalam sebuah kolam air panas yang berasid di Yellowstone National Park.

Kejadian yang berlaku Jun lepas itu didedahkan CNN semalam, mengatakan Colin Nathaniel Scott, 23, bersama kakaknya menceroboh kawasan larangan, Norris Geyser.

Ketika kejadian, Colin mahu mencelup jari ke dalam kolam untuk mengenal pasti suhu kolam tersebut tetapi tergelincir dan jatuh.

Pasukan penyelamat yang menemui mayat Colin yang maut akibat suhu air panas bagaimanapun gagal menarik mayat ke tebing kerana ribut petir pada hari tersebut.

Keesokan harinya, mayat Colin dilaporkan sudah cair, termasuk tulang-tulangnya disebabkan keadaan air kolam yang berasid.

Geyser tersebut dilaporkan berasid kerana ia dipanaskan oleh air bawah tanah yang bersuhu sangat tinggi dan menyebabkan air mengandungi asid sulfurik.

Ais sulfurik tersebut dihasilkan oleh mikroorganisma yang telah memecahkan agen hidrogen sulfide yang terkandung dalam batu dan tanah.

Penolong ketua Ranger, Lorant Veress menegaskan kepada semua pelawat supaya mematuhi semua papan tanda larangan di kawasan tersebut.

"Yellowstone adalah kawasan 'liar' dan merbahaya dan telah diubah untuk menjadi selamat, tetapi risiko bahaya itu tetap ada," kata Lorant.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 27, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebab utama Perodua Bezza lebih laris berbanding Proton Persona
bloglistpolitik.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Menurut Datuk Ahmad Maslan, jualan Perodua Bezza jauh lebih banyak dijual berbanding Proton Persona. Kedua-dua model kereta tersebut yang masing-masing di keluarkan oleh pembuat kereta jenama Malaysia, dilancarkan hanya dalam perbezaan sebulan sahaja. Tapi jualan Perodua Bezza lebih tinggi dari jualan Proton Persona sebanyak 3 kali ganda.

Perodua Bezza dilancarkan pada 21hb Julai 2016. Proton Persona pulak dilancarkan pada 23hb Ogos 2016. Tak berapa ketara sangat jarak masa kedua-duanya diancarkan. Tapi jualan Perodua Bezzan telah mencecah sebanyak 22,799 unit. Jualan Proton Persona pulah hanya baru terjual sebanyak 7,646 unit sahaja. Memang jauh beza kuantiti antara keduanya.

Kenapa agaknya orang ramai memilih Perodua Bezza berbanding Proton Persona ? Adakah ianya disebabkan perbezaan kualiti dari segi pembuatan antara keduanya atau adakah ia berpunca daripada perkara yang lain ?.

Sebab utama Perodua Bezza laris berbanding Persona
Menurut Datuk Ahmad Maslan, punca utama orang ramai pakat serbu beli Perodua Bezzan adalah kerana kereta tersebut dikategorikan sebagai kenderaan EEV.

Kenderaan EEV atau Energy Efficient Vehicle adalah kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan tenaga. Ertinya menjimatkan dan mengoptimumkan segala aktiviti penggunaan bahan tenaga. Sebab itu ramai orang beli kenderaan tersebut.

Dalam zaman bahan tenaga yang tidak menentu sekarang ini, penjimatan kos bahan tenaga menjadi satu motivasi utama untuk menentukan keputusan pembelian. Jadi jika ada kereta yang boleh memberikan jaminan tersebut, sudah pasti orang yang nak berjimat akan memilihnya.

Tidak ada kena mengena dengan kualiti
Menurut Ahmad Maslan lagi, orang ramai tersiap dalam membuat andaian bila melihat keputusan hasil jualan tersebut. Beliau berkata persepsi orang ramai tersasar dari fakta sebenarnya.

Mungkin orang ramai, terutamanya mereka yang tidak membeli atau menggunakan kenderaan buatan Malaysia akan silap sangka dengan perbezaan jumlah kenderaan terjual antara dua jenama tersebut.

Secara mudahnya, orang akan sangka pembeli pilih Perodua Bezza sebab Perodua terkenal selama ini mengeluarkan kereta yang lebih tahan lasak, serta memenuhi jangkaan pengguna. Orang menjauhi Proton pulak sebab selama ini persepsi pengguna terhadap Proton adalah amat buruk sekali.

Masalah yang paling terkenal dilalui oleh pengguna Proton adalah masalah tingkap cermin automatiknya yang membuatkan ramai orang menyumpah pada Proton.

Kualiti juga memainkan peranan
Kalau dilihat daripada kenyatan Ahmad Maslan, nampak macam dia tak faham apa ertinya kualiti. Dia seolah-olah nak bandingkan antara Proton dengan Perodua dari segi kualiti yang sudah tentu tak akan sama.

Kualiti terletak pada mata pengguna sebenarnya. Apa yang pengguna mahukan dan apa yang Perodua atau Proton dapat tunaikan. Itu akan merumuskan samada Perodua Bezza atau Proton Persona dianggap berkualiti atau tidak di mata pengguna.

Jika Perodua Bezza dapat memberikan apa yang pengguna mahu, maka sudah tentu tiu dinamakan produk yang berkualiti. Apatah lagi jika Perodua Bezza dapat memberikan lebih sedikit daripada apa yang pengguna mahukan.

Jika pengguna mahu penjimatan tenaga, dan itu dapat diberikan pada mereka oleh Bezza, maka kereta itu berkualitilah !.

Kestabilan pemanduan yang berbeza
Daripada percubaan pemanduan yang dilakukan oleh rakan-rakan yang suka mencuba dan membezakan antara pembuatan kereta, saya dapati Proton Persona adalah jauh lebih baik berbanding Perodua Bezza.

Ertinya, jika pengguna mahukan atau lebih utamakan kestabilan pemanduan dan keseronokan memandu, Proton Persona dapat memberikan perkara tersebut. Ertinya Persona punyai kualiti dari segi pemanduan berbanding Perodua Bezza.

Untuk mengatasi kedua-dua kenderaan tersebut. jika ada kenderaan dalam range yang sama harganya, dapat memberikan kedua-duanya sekali gus, iaitu kestabilan pemanduan dan penjimatan tenaga, maka saya pasti kenderaan itu akan lebih unggul dijual berbanding kedua-duanya.

Persepsi kualiti selepas jualan
Satu lagi persepsi buruk yang ada pada Proton adalah kualiti after sales mereka. Ramai yang mengalami mimpi ngeri setelah membeli Proton dan perlu menghadapi aktiviti selengaraan kenderaan yang mereka telah beli.

Ada banyak runguntan dari segi layanan servis, kepantasn servis, kepercayaan servis dan lain-lain. Itu sejarah sebeljm sebelum ini yang masih menghantui pengguna. Adakah Proton sudah bersedia untuk ubah segala persepsi tersebut banyak bergantung pada usaha mereka memenuhi keperluan after sales mereka selepas ini.

Proton tak boleh tunggu orang ramai yang dah beli Persona masuk buat selengaraan baru nak buktikan khidmat after sales mereka dah berkualiti. Mereka boleh buat sekarang sebab jumlah kenderaan Proton kat atas jalan itu masih tetap banyak beranding kesemua kenderaan lain terutamanya kenderaan bukan buatan Malaysia.

Fitnah Axia: Perodua Akan Ambil TIndakan, Sedang Bekerjasama Dengan Pihak Berkuasa Kesan Mereka Yang Terlibat
siakapkeli.my

PERODUA Sales Sdn Bhd akan mengambil tindakan terhadap individu yang melemparkan dakwaan palsu tentang stereng terkunci pada Perodua Axia sehingga menyebabkan kemalangan.

Dakwaan palsu itu tersebar secara meluas di media sosial dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales, Datuk Dr Zahari Husin, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan tersebut.

"Kami kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan dakwaan palsu ini yang mana telah menjejaskan nama baik Perodua.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan mereka yang terlibat. Kami juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian atas pihak yang bertanggungjawab," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Perodua juga turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan ketat.

"Prosedur keselamatan telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti Sirim dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baru-baru ini kecoh di media sosial dengan dakwaan beberapa kemalangan melibatkan Perodua Axia berpunca daripada stereng yang terkunci secara tiba-tiba.

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com