8 Messages
Digest #4628
Messages
Sun Nov 13, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Siap Sedia Untuk Lihat Fenomena Supermoon Luar Biasa Esok, Bermula Pada 7.24 Malam & Dijangka Akan Penuh Pada Jam 9.54 Malam
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai di Malaysia bakal menyaksikan fenomena Supermoon luar biasa esok bermula pada jam 7.24 malam.
Fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam esok.
"Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.
"Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa.
Jadi, pastikan semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon esok dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.
Sumber: Angkasa
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, November 08, 2016 10:54 PM
Subject: Fw: Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Depan
Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Depan (14 November 2016)
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.
"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.
"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon.
Sumber: Bernama
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Perangai Jamal Dan Baju Merah Semakin Jijik Dan Jelik
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Usaha PKR untuk melonjakkan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH pada Sabtu depan telah bertembung dengan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Gerakan Baju Merah pimpinannya.
Program bertemakan BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua sayap wanita PKR bermula pada awal pagi dengan konvoinya melawat beberapa kawasan perumahan.
Pada dua hentian - rumah pangsa PKNS Tasek Permai dan Tasek Tambahan - Zuraida dilihat memberikan beberapa barangan seperti beras kepada para penduduk sementara menyeru untuk menyertai perhimpunan 19 November ini.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang di Tasek Tambahan apabila Jamal dan bersama kumpulan Baju Merahnya tiba.
Kedua-dua kumpulan dipisahkan oleh polis dan 'perang mulut' mula tercetus.
Jamal mendesak untuk berjumpa Zuraida dengan menuduhnya membayar untuk mendapatkan kira-kira 40 khidmat 'sukarelawan
"Kenapa bagi RM20 saja? Bagi la RM200 atau RM300 baru berbaloi," ujar Jamal.
Para peserta Baju Merah menjerit-jerit "Zuraida penipu" antara lainnya.
Zuraida, bagaimanapun, mengabaikan mereka dan terus menyerahkan barangan tersebut sebelum bertindak meninggalkan Tasek Tambahan untuk pergi ke Dewan Orang Ramai Sri Tanjung.
Jamal membuat kenyataan berunsur LGBT
Jamal dan kumpulan Baju Merah cuba untuk menjejaki mereka di sana tetapi dihalang oleh polis rusuhan.
Namun begitu, beliau enggan menyerah kalah. Dia menghampiri dewan melalui bangunan pra-sekolah yang terletak bersebelahan. Walaupun terpisah oleh dinding, Jamal mula mengejek kumpulan PKR yang berpakaian kuning.
Antara kata-kata yang dilemparkan, Jamal dan orang-orangnya menuduh pengikut Zuraida sebagai tidak heteroseksual.
"Banyak yang jambu-jambu di kalangan mereka," tambahnya sebelum mengetuai peserta Baju Merah melaungkan 'LGBT'
Darah Jamal 'tumpah
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Zikri Kamarulzaman
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.
Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.
Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.
Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).
"Saya akan cincang mereka," katanya.
Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.
Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.
Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu
kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.
Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.
Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.
"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Pengarah Pilihan Raya PKR Ampang Nallan Dhanabalan pula mendakwa melihat kejadian itu dan sebenarnya seorang lelaki berpakaian biasa - didakwa anggota polis - menumbuk Jamal.
"Jamal menarik leher rantai seorang polis berpakaian biasa, dan ia terputus. Kemudian pegawai lain datang dan memukulnya," kata Nallan.
Kejadian itu katanya berlaku ketika kumpulan PKR bergerak meninggalkan Ampang Point dan polis berusaha memisahkan kedua-dua kumpulan berkenaan.
Jamal Akhirnya Dibelasah Hingga Pecah Hidung Di Ampang
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.
Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.
Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.
Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).
"Saya akan cincang mereka," katanya.
Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.
Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.
Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabatMalaysiakini pada 5 November lalu.
Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.
Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.
"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepadaMalaysiakini.
Pengarah Pilihan Raya PKR Ampang Nallan Dhanabalan pula mendakwa melihat kejadian itu dan sebenarnya seorang lelaki berpakaian biasa - didakwa anggota polis - menumbuk Jamal.
"Jamal menarik leher rantai seorang polis berpakaian biasa, dan ia terputus. Kemudian pegawai lain datang dan memukulnya," kata Nallan.
Kejadian itu katanya berlaku ketika kumpulan PKR bergerak meninggalkan Ampang Point dan polis berusaha memisahkan kedua-dua kumpulan berkenaan.
- mkini
GENG BAJU MERAH BELASAH PESERTA BERSIH 5 LAGI
bloglist-malaysia.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Video ini jelas menunjukkan sikap ganas geng baju merah. Demer pengecut. Takut dikenali. Pakai tutup muka. Sifat pengecut ini terserlah apabila demer ramai-ramai keroyok seorang peserta Bersih 5. Ramai-ramai yer...bukan 1 lawan 1.
Mamat tua garang yang menyerang peserta Bersih itukah yang dimaksudkan Nurul Izzah? Jap...Itu cerita next posting.
Apapun, kalau UMNO itu kuat; kalau pemimpin UMNO itu benar belaka - Kenapa takut dengan sekumpulan kecil rakyat? Takut sampai sanggup menggunakan keganasan!
Video sudah viral. Anak cucu dan saudara mara sudah tengok. Kalian rasa bangga?
Ingatkan kebal rupa-rupanya berdarah jugak hidung JAMAL SI BAJU MERAH
bloglist-malaysia.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Darah Jamal 'tumpah
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.
Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.
Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.
Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).
"Saya akan cincang mereka," katanya.
Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.
Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.
Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.
Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.
"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)
Sun Nov 13, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Strategi Nak Lemahkan PAS Pada Konvensyen Pakatan Harapan Tidak Menjadi
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Oleh: Haspaizi Mohd Zain
Gabungan besar pakatan pembangkang dengan membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu strategi secara langsung untuk melemahkan PAS dan menjadikan parti itu tidak relevan.
Perkara itu didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad dalam satu perbualan bersama ahli kumpulan What'sApp yang terdiri daripada anggota pembangkang.
Beliau berkata, pakatan besar itu amat penting bagi menjadikan PAS terpinggir daripada arus politik pembangkang dan menjadikannya tidak relevan.
"Melalui gabungan besar ini maka PAS akan semakin terpinggir. Apabila semakin ramai bersama Pakatan Harapan (PH) PAS akan kelihatan bersendirian dan tak mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN).
"Tu caranya untuk menjadikan PAS tidak releven," katanya melalui perbualan itu malam tadi.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, jika gabungan PAN dan DAP saja, hanya DAP yang mampu memenangi kerusi ditandingi, namun tidak bagi PAN.
Khalid juga menyifatkan PAS masih lagi satu parti yang kuat walaupun sebahagian ahlinya sudah berhijrah menyertai parti serpihan itu.
Oleh itu beliau mengingatkan ahli parti pembangkang lain supaya tidak memandang rendah terhadap keupayaan PAS walaupun ramai yang meninggalkan parti itu.
"Kita saja nampak PAS lemah. Jangan syok sendiri. Kalau 50 peratus ahli PAS dah sertai kita, masih ada 50 lagi. Dah ada ke 50 peratus (ahli PAS keluar parti)?
"Nak dapatkan sesuatu kena usaha…Bukan sekadar meluahkan perasaan memanjang. Kita usaha yakinkan PKR dan PPBM," katanya.
....
Komen Webmaster: Dengan keahlian sekitar 17K untuk, PAN tak sampai 2% daripada ahli PAS. Mengikut sumber sekitar 6-7K sahaja ahli PAS berpaling tadah daripada 800K ahli bersih PAS selepas pemutihan.PAN terpaksa mengarah ahli IKRAM menyertainya dengan 2 sarapan meramai dan menguasai.
Rancangan Demostrasi 'Tolak Pas' di Konvensyen PH Nampak Janggal & Pelik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM - Satu demonstrasi 'tolak Pas dalam Pakatan Harapan' diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam hari ini.
Mengikut sumber demostrasi ini telah dirancang awal untuk memalukan PAS sekiranya PAS hadir pada konvensyen tersebut.
Ada sumber mengatakan parti PAN mendalaminya tetapi telah dinafikan oleh pihak PAN.
Oleh kerana PAS tak hadir, demostarasi itu diadakan juga dan nampak janggal demostarasi ada sedangkan PAS tak terlibat langsung?
Mestikan pelik.
Tindakan PAS tak hadir adalah satu tindakan yang tepat dan bijak tidak diperangkap oleh puak-puak PAN.
Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.
Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.
"Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini," katanya.
Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.
"Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan," tertera perkataan tersebut.
Selain Wan Azizah, Azmin Juga Terbuka Dengan PAS
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak terlalu mendesak PAS dalam soal kerjasama dengan pembangkang.
Kenyataan menteri besar Selangor itu dilihat sedikit berbeza berbanding kebanyakan ucapan pemimpin HARAPAN dalam konvensyen pertama mereka hari ini.
Kata Azmin PKR akan teruskan bekerjasama dan berbincang dengan PAS atas prinsip tahaluf.
Setakat ini katanya kenyataan dan tindakan PAS termasuk daripada Mursyidul Am Hashim Jasin adalah sangat positif.
"Ia satu permulaan yang baik, tapi jangan mendesak sehingga melangkaui tahap itu," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, hari ini.
Selepas memutuskan hubungan dengan DAP dan menguburkan Pakatan Rakyat pada pertengahan 2015 walaupun tiada penguman rasmi mengenainya dibuat.
Penyingkiran sejumlah pemimpin daripada PAS melalui muktamar mereka di Kuala Selangor pula mencetuskan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian membentuk HARAPAN sebagai gagasan baru pembangkang.
Bagaimanapun PAS bertegas enggan bekerjasama dengan beberapa parti walaupun tetap berhubung baik dengan PKR atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada pimpinan parti itu.
Tunggu isyarat lanjut
Kata Azmin penting bagi HARAPAN bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan wujud pertembungan lebih daripada dua penjuru pada pilihan raya akan datang.
"Saya memainkan peranan (berunding dengan PAS) beberapa bulan kebelakangan ini. Tidak mudah bagi saya untuk yakinkan rakan dalam HARAPAN.
"Keadaan politik semasa memerlukan kita mengelakkan pertembungan tiga penjuru," kata Azmin.
Beliau turut berkata pembangkang perlu menyelesaikan perbincangan tentang kerjasama mereka sekurang-sekurangny
Beliau turut menyambut baik cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad agar pembangkang menggunakan satu logo dan satu nama pada pilihan raya selepas ini.
Beberapa tabun lalu pembangkang pernah cuba mendaftarkan Pakatan Rakyat secara rasmi, namun permohonan mereka ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan.
Sementara itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tetap berharap pembangkang menjalin kerjasama dengan PAS dalam masa terdekat.
Katanya BERSATU mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan PAS serta sedang menunggu respon parti itu sekali gus menandatangani memorandum persefahaman.
"Kita telah adakan mesyuarat pertama dan sedang menunggu untuk isyarat kedua (untuk menentukan) bila kita boleh duduk bersama lagi.
"Selepas itu kita akan tandatangani MOU. Kita sedang tunggu respon," kata Muhyiddin pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
PH Berhentilah berfantasi terimalah realiti
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
"
Aku nak respon berkenaan Konvensyen pakatan harapan yang berlaku semalam. Pada aku convensyen semalam tidak menyentuh persoalan pokok. Seperti biasa Pas dijadikan punching bag oleh mereka. Mungkin mereka rasa puas dapat menfitnah Pas bila Pas tidak mengikut apa yang mereka mahu.
Pemimpin-pemimpin PH seperti biasa mereka berlagak mereka lah pejuang sebenar tapi mereka tidak memahami apa yang rakyak mahu. Diantara solution yang dibincangkan oleh mereka adalah penggunaan satu logo untuk parti komponen. Rupanya-rupanya kekalahan pembangkang sebelum adalah hanya di sebabkan logo.
Pemikiran pimpinan pembankang PH masih static tak berubah sejak PRU 12 lagi. Masih bodo seperti dulu. Dan mereka ni akan meneruskan ke"bodo"an mereka ni pada PRU akan datang. Bila mereka akan kalah teruk nanti, yang pasti akan jadi punching bag bagi mereka dan juak mereka adalah Pas dan orang-orang melayu.
Cuba perhatikan apa yang berlaku presidential election di US. Bagaimana orang seperti Trump boleh menang jadi Presiden???Kunci utama kemenangan Trump adalah dia bersikap rasis. Serang betul-betul atas kehendak Islamophobia masyarakat barat. Clinton yang menjadi favourable kepada masyarakat Islam berada dalam keadaan disadvantage bila kebanyakan kempennya di hadiri oleh muslim yang bertudung.
Perkara sama berlaku dimana-mana sahaja, kita tak perlu menafikan reality termasuk di malaysia. Malaysia mempunyai 50% lebih Melayu dan bumiputra. Melayu dan bumiputra adalah kunci utama untuk kita melakukan perubahan. PRU 13 kita telah tengok lebih 90 % pengundi cina beralih kepada pembangkang tapi tidak mampu mengubah landskap Negara.
Perkara pokok ataupun isu utama orang Melayu perlu diselesaikan . Tawarkan sesuatu kepada orang melayu yang mana bila dia mengundi pembankang dia tak rasa survival melayu ni terhakis. Ni isu utama yang kena diselesaikan. Kalau benda ni tak dapat nak selesaikan jangan mimpi nak jatuhkan BN dan jangan meroyan kata kamu tu pejuang rakyat.
Dap perlu melunakkan suara dengan orang melayu. Orang melayu merasa terancam di sebabkan oleh DAP, kita perlu terima reality ini. Ini merupakan ibu segala penyelesaian politik Negara kita. Jika DAP dapat tawarkan sesuatu yang solid yang dapat memberi kenyakinan kepada pengundi Melayu berkenaan survival Melayu dan kepentingan Islam. Selepas itulah baru kita boleh bercakap soal hendak jatuhkan BN.
Selain dari itu, Selagi DAP tidak melunakkan suara dengan selunak-lunaknya. Politik pembangkang hanyalah perkara sia-sia. Jika ini tak diselesaikan, majority melayu tak akan memilih DAP,PAN & PKR. Hasilnya PKR akan Kelaut, Pan akan jadi debu-debu berterbangan di udara.
Sources kemenangan Pembankang adalah Pas sebab Pas adalah pilihan alternative orang melayu selain UMNO. Tapi bila DAP mengkhianati PAS dan menjadi tulang belakang kepada PAN. Maka DAP khususnya dan PH amnya berada dalam keadaan sangat disadvantage untuk mendapatkan kepercayaan orang melayu islam.
Juak-juak Pan tolong la terima reality, bukan PAS yang menjadi masalah, bukan orang melayu yang tak mahu perubahan tapi tak ada satu pun tawaran yang dapat menyakinkan orang melayu untuk mengundi DAP. Dan juak-juak PAN tolong lah jangan jadi bodoh perhatikanlah reality sebenar nasihatkan lah DAP tu supaya berlembut dengan orang melayu. Apa-apa urusan berkaitan orang melayu islam tak perlu kamu menentang wahai Dap.
Jika betul-betul mahukan perubahan yakinkanlah pengundi melayu.
Berbaiklah dengan Melayu! terima la realiti yang bangsa Melayu adalah bangsa majority di Malaysia dan bangsa Melayu islam di Malaysia tidak menindas bangsa lain seperti yang berlaku di tempat-tempat lain di dunia. Jangan memanipulasi politik kami untuk kepentingan kamu .
Selagi tidak ada perubahan sikap dari DAP dan tak ada tawaran yang dapat menjamin kepentingan orang melayu dan agama islam terjaga jangan mimpi untuk jatuhkan BN. Terimalah realiti.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: alen23
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Muhyiddin lebih minat kerjasama dengan PKR, PAS
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen Sabtu ini (hari ini), ditangguhkan.
Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
Dilaporkan, keputusan penangguhan itu secara tidak langsung menjejaskan konvensyen kali pertama pakatan harapan ekoran majlis menandatangani perjanjian bagi mengalu-alukan BERSATU sepatutnya menjadi acara kemuncak.
Menurut sumber, Muhyiddin sebelum ini bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat bersama pimpinan tertinggi pakatan harapan.
Bagaimanapun, dua hari selepas mesyuarat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghubungi pemimpin pakatan harapan bagi meminta penangguhan menandatangani perjanjian kerjasama.
Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
Beliau juga dilaporkan lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya yang terdiri daripada BERSATU, PKR dan PAS, namun cadangan itu ditolak oleh pemimpin pakatan harapan.
Mahathir Kecam dan Sindir PAS Tapi Wan Azizah Masih Berharap
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama
Ujarnya, ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.
"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang tapi saya baca kenyataan akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.
Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertegas Pas tidak akan menghadiri konvensyen tersebut.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.
Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.
"Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.
"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
Sent: Sunday, November 13, 2016 10:21 PM
Subject: Fw: Isu Nama Damia
Mufti Pulau Pinang Tampil Sahkan Maksud Sebenar Nama Damia
siakapkeli.my
GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataannya telah mengesahkan dia menerima permohonan pertukaran nama 'Damia', lapor Sinar Harian.
Menurut beliau, pihaknya terpaksa meneliti mengenai nama 'Damia
"Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.
"JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan 'Damia' bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم," katanya.
Beliau membuat penjelasan demikian bagi menjawab isu viral di mana surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang telah tersebar di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.
Di dalam surat yang menjadi viral berkenaan, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.
"Ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah."
"Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.
"Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah," katanya.
Beliau pada masa yang sama menegaskan umat Islam sepatutnya merujuk kepada individu yang lebih arif seperti alim ulama untuk memberikan nama anak.
"Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama 'Bahimah' (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.
"Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing," katanya.
Sementara itu ramai ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak bernama Damia tidak bersetuju dengan kenyataan mufti berkenaan, mereka menegaskan nama Damia membawa maksud bijaksana. - Siakapkeli.my
DAMIA bermaksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat – Dr Maza
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Ramai sangat yang email tanya tentang nama DAMIA. Tidak pasti mengapa ditimbulkan. Secara umumnya dalam kesibulan ini, saya ringkaskan seperti berikut;
DAMIA bukan berasal dari perkataan Arab. Damia mungkin berasal dari Bahasa Greek. Di dalam bahasa Arab ada perkataan DAM دم bermaksud darah. Boleh disebut DAMIYA دمي dalam bentuk fi'l (verb) tapi Arab tidak dijadikan ia nama.
Orang Arab juga ada menulis DAMIA yang mungkin bermaksud دامعة ataupun دميعة yang berasal dari دمع iaitu tangis. Maka ia bermaksud yang menyebabkan menangis dan sering menangis. Mungkin juga boleh difahami bermaksud yang halus perasaannya.
Maka saya simpul tulisan nama DAMIA yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan dari akar perkataan Arab. Mengandaikan DAMIA dengan maksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat.
Jika kita mahu anggap semua perkataan dalam bahasa Arab maka kita mungkin ada sedikit kesukaran. Nama MAT jika diandaikan dalam bahasa Arab dari kalimat MAT مات maka bermaksud mati. Itu dalam bentuk fi'il (verb). Perkataan SHAH jika diandaikan perkataan Arab شاة SHAH itu kambing biri-biri. Namun perkataan SHAH yang dijadikan sebagai nama itu berasal dari Parsi. Ia bermaksud raja. Maka tidak timbul makna kambing dalam Bahasa Arab tersebut.
Maka, setiap kita hendaklah tahu apakah maksud namanya ataupun nama yang diberikan kepada anaknya. Dia merujuk kepada bahasa apa dan apa tujuannya. Apapun pilih nama sesuai untuk semua keadaan terutama biar serasi dengan bahasa Arab kerana itu sering dirujuk oleh masyarakat kita. JUGA jangan kita andaikan nama orang sebagai buruk makna atas bahasa yang kita faham sedang dia mungkin merujuk kepada bahasa lain.
Sekadar ulasan ringkas. – Dr Maza
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
ECRL: Jawapan Bodoh Rahman Dahlan Dipertikai..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
Bila projek yang Najib dah berikan kepada CCCC dari negara China itu dianggap sebagai projek landasan keretapi paling mahal dalam dunia.. Rahman Dahlan pun muncullah mempertahankan projek tu..
Dia membandingkan dengan projek-projek landasan keretapi lain dalam dunia yang kononnya jauh lebih mahal dari projek ECRL tu..
Dia bandingkan projek yang Najib dah anugerahkan kepada CCCC dari negara China tu dengan beberapa projek lain..
Antaranya..
1- Projek keretapi sepanjang 57km di Switzerland ialah RM50 bilion (RM860 juta setiap km)
2- Projek di Madrid-Valladolid, Sepanyol RM22.5 bilion sepanjang 177 Km (RM123 juta setiap km)
3- Projek di Barcelona RM33.3 bilion sepanjang 48 Km (RM697 juta setiap km).
Tapi dia ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh macam macai contohnya kumpulan baju merah tu.. sebab projek yang dia sebut tu semuanya ada terowong.. tapi projek ECRL tak ada terowongpun..
1- Projek di Swiss membabitkan pembinaan terowong terpanjang di dunia, sedalam 2.3km di bawah permukaan.
2- Projek Madrid tu hanya fasa pertama daripada dua fasa laluan Madrid-Leon sejauh 342km yang membabitkan kos RM26 bilion, iaitu RM76 juta setiap km.
3- Projek di Barcelona melibatkan 43.71km di bawah tanah dan 4.9km atas pula ada jejambat.
Dan semua projek-projek tu keretapinya bergerak sehingga kelajuan mencecah 300 km sejam, ECRL yang pula hanya pada kelajuan 170km sejam..
Lebih tinggi kelajuannya.. maka lebih banyak dan tinggi faktor keselamatan yang perlu diambil kira dan dimasukkan dalam perkiraan rekabentuk..
Tapi.. walaupun kelajuan keretapi mereka lebih tinggi.. kosnya taklah setinggi kos bina ECRL tu..
Laporan berkaitan..
Dalam satu kenyataan bersama, MP Pandan Rafizi Ramli, MP Petaling Jaya Utara MP Tony Pua dan MP Kuala Krai Hatta Ramli berkata contoh yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan amat jauh berbeza dengan projek ECRL itu.
Abdul Rahman telah menekankan bahawa kos projek keretapi sepanjang 57km di Switzerland ialah RM50 bilion (RM860 juta setiap km), kos landasan kereta api 177km di Madrid-Valladolid, Sepanyol RM22.5 bilion (RM123 juta setiap km), dan kos projek keretapi 48km di Barcelona RM33.3 bilion (RM697 juta setiap km).
Ini, kata Abdul Rahman berkata, jauh lebih mahal daripada kos projek ECRL sejauh 688km sebanyak RM55 bilion, yang diterjemahkan kepada kira-kira RM80 juta bagi setiap km.
Walau bagaimanapun, anggota Parlimen HARAPAN berkata projek-projek keretapi berkenaan tidak dapat dibanding dengan projek ECRL Malaysia.
"Rahman mungkin tidak sedar bahawa projek keretapi Swiss Gothard sepanjang 57km dengan kos RM50 bilion sebenarnya membabitkan pembinaan terowong terpanjang di dunia, sedalam 2.3km di bawah permukaan.
Projek keretapi Brenner sepanjang 56km yang kini sedang dalam pembinaan, kata mereka, akan menjadi terowong kedua terpanjang di dunia apabila ia siap pada 2025.
"Begitu juga, projek keretapi di Barcelona yang berharga AS8.12 bilion adalah sepanjang 47.8km, yang mana 43.71km di bawah tanah dan 4.9km atas pada jejambat.
"Adakah menteri memberitahu kita bahawa ECRL sepanjang 688km dari Pelabuhan Klang ke Kota Bahru melalui Kuantan akan, jika pun tidak sepenuhnya, sebahagian besarnya di bawah tanah untuk membandingkan dengan landasan kereta api Switzerland bawah Alps?" tanya Rafizi, Pua dan Hatta ditanya dalam kenyataan mereka itu.
'Jual turboprop pada harga sebuah Boeing 747'
Menurut mereka projek keretapi Madrid-Valladoid sepanjang 177km hanya fasa pertama daripada dua fasa laluan Madrid-Leon sejauh 342km yang membabitkan kos RM26 bilion, iaitu RM76 juta setiap km, dan lebih murah daripada ECRL.
"Semua contoh yang disebut oleh Rahman bukan sahaja terowong intensif, Semuanya adalah projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) di mana, seperti yang kita tahu kosnya lebih daripada projek rel konvensional seperti ECRL itu.
"HSR Eropah ini bergerak sehingga kelajuan tertinggi 300 km sejam, berbanding projek ECRL yang dicadangkan pada kelajuan 170km sejam," kata mereka.
Oleh itu, kata mereka, apa yang Rahman telah cuba lakukan, dengan sengaja atau sebaliknya, adalah untuk cuba menjual rakyat 'sebuah ATP turboprop pada harga yang sebuah Boeing 747'.
"Malangnya bagi beliau, rakyat Malaysia tidak sbodoh itu," kata mereka.
MP HARAPAN itu berkata Abdul Rahman tidak perlu pergi ke seluruh dunia untuk mewajarkan kos ECRL, kerana dia hanya perlu melihat projek yang sama di negara ini.
Kata mereka, beliau sepatutnya tahu kos landasan berkembar Ipoh-Padang Besar sejauh 329km dan Gemas-Johor Bahru sepanjang 179km ialah masing-masing RM44 juta dan RM39.8 juta bagi setiap kilometer.
"Peliknya, projek-projek, seperti Ipoh-Padang Besar dan Rawang-Ipoh dapat disiapkan oleh kejuruteraan dan syarikat pembinaan tempatan.
"Kami mencabar Dato 'Seri Rahman Dahlan untuk menunjukkan bukti bahawa kos sebuah projek keretapi konvensional berharga lebih tinggi daripada di atas atau tidak ada syarikat tempatan dengan kepakaran yang diperlukan dapat menyiapkan projek ECRL jauh kurang daripada RM55 bilion yang diberikan kepada China Communications Construction Company," kata mereka lapor Malaysiakini
Macai bolehlah dia perbodohkan..
Najib Tak Buat Kerja Rumah Ke? Kenapa Dia Sebut Kos ECRL 55b Untuk 600km?
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Posted by Ameno World
Lainkali buat kerja rumah sebelum menuduh. Rahman Dahlan baru-baru neh menyindir Rafizi dalam isu syarikat RM2 dilantik untuk uruskan projek ECRL. Katanya syarikat itu dibawah MOF. Soal samada modal ia RM2 ataupun bukan tak sepatutnya timbul memandangkan ia adalah syarikat khas yang MOF tubuhkan bagi mengendalikan ECRL.
Ohh takpala.
Memegang nasihat menteri itu, aku nak tanya juga. Yang menyediakan #bajet2017 kepada Najib untuk dibentangkan di Parlimen ada buat kerja rumah tak?
Jika kita perhatikan sebaran visual ;
Dan infografik yang kita petik dari blog Najib Razak.. di ulangi BLOGGGGG NAJIBBB RAZAKKK... sebut betul-betul ya semua.. BLOG NAJIB RAZAK, kita dapati Najib Razak sendiri menyebarkan bahawanya kos sebanyak 55b adalah untuk 600km.
Apa yang disebarkan ini adalah berdasarkan kenyataan yang Najib Razak bentang di Parlimen lepas.
So, Najib tak buat homework? Sepatutnya 688km? Bukannya 600km? Team Najib tak buat kerja rumah? Najib main baca ke? Tak semak? Ke sebenarnya memang kerajaan plan 600km untuk 55b sebelum firma China merapik mengatakan 46b untuk 600km tiba2 kerajaan rasa ahhh sial la. Apa benda aku nak tipu rakyat neh. Ahhh ada idea. Tak begitu ke?
Neh aku tanya je sebab aku tengah confuse juga. Memandangkan menteri begitu beria mengkritik Rafizi tak buat homework maka aku nak persoalkanlah juga, Najib selaku PM ada buat homework time mulut dia sebut 600km untuk 55b? Ada? Hah. Jangan macam-macam menuduh rakyat yang persoalkan juga. Kita persoalkan berdasarkan statement Najib sendiri. Menteri sebelum pongpang2 dok menyindir rakyat ka pembangkang ka kena buat homework juga. Kena amek tahu punca2 kepada persoalan yang ditimbulkan. Kau baik2 sikit menteri. Kau pun jangan macam2 nak main menuduh.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 08, 2016 10:55 PM
Subject: Fw: Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?
Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.
Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.
Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.
"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.
Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.
"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.
"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta
"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.
"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.
"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.
"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?
"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.
"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.
"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu
Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."
Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?
"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.
Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan
Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.
Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.
Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.
Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.
KENYATAAN MEDIA BERKAITAN ECRL
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka on Monday, November 07, 2016
*KENYATAAN MEDIA*
_Versi penuh dengan paparan keratan dan dokumen SSM di_
http://rafiziramli.com/2016/11/kontrak-keretapi-pantai-timur-ecrl-telah-ditandatangani-malaysia-diwakili-oleh-syarikat-rm2/
*7 NOVEMBER 2016*
*KONTRAK KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) TELAH DITANDATANGANI, MALAYSIA DIWAKILI OLEH SYARIKAT RM2*
Kami merujuk kepada satu kenyataan media yang disiarkan oleh New Straits Times bertarikh 2 November 2016 seperti keratannya yang dilampirkan di bawah:
Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin seperti dipaparkan di laman web syarikat itu seperti berikut:
Berita-berita ini mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangani. Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia itu dan menandatangani perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia adalah Malaysia Rail Link Sdn Bhd.
Kami telah menyemak dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini yang dilampirkan bersama dan boleh mengesahkan bahawa:
1. Ia adalah syarikat bermodalkan RM2 yang ditubuhkan pada 26 September 2016
2. Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet
Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.
Pada kebiasaannya, sebuah syarikat khusus ("special purpose vehicle") yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan Parlimen untuk mendapatkan modal. Contohnya, semasa Kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Dato' Seri Najib terpaksa membentangkan usul di Parlimen untuk meluluskan pendanaan syarikat khusus itu sebanyak RM10 juta.
Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion. Malah, kami ingin mempersoalkan sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak membawa isu ini mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion?
*RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN*
*DR HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI*
*WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA*
*DR ONG KIAN MING, AHLI PARLIMAN SERDANG*
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, November 07, 2016 8:42 PM
Subject: Fw: Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu
Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu & Tentang Pinjaman 55 Billion.
bloglist-malaysia.
amenoworld.net
Posted by Ameno World
Baru-baru neh kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.
East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur adalah dalam versi bahasa.
Apa itu projek ECRL?
Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Bandar Tumpat di Kelantan.
Kenapa perlu projek ini?
Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;
i. Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.
ii. Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.
iii. Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.
iv. Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.
Adakah ianya baik untuk rakyat?
Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.
Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.
Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.
Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.
Apatah lagi jika benar kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.
Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?
55b setakat ini (5 November 2016)
Dari mana kerajaan dapat wang?
Export-Import Bank Of China. Ataupun lebih dikenali sebagai EXIM.
Mereka akan membiayai projek keretapi ini. Di mana kerajaan perlu membayar semula dalam tempoh 20 tahun. Manakala kontrak pembinaan pula diberikan kepada CCCC. Iaitu China Communication Construction Company Ltd.
Baca : CCCC yang dapat projek bina laluan rel berkembar di blacklist World Bank.
Memetik laporan The Star pada 1 November lepas (sini) ;
- Selama 7 tahun. Malaysia akan dikecualikan daripada membayar apa-apa pinjaman pokok mahupun bunga kepada EXIM.
- Manakala tempoh pembayaran akan berlangsung selama 20 tahun.
- Bunga yang dikenakan juga 'below market price'. Iaitu lebih rendah dari paras semasa. 55b ini adalah soft loan (bunga pinjaman yang rendah).
- China juga akan lead (menyediakan) dalam urusan reka-bentuk, bahan-bahan, peralatan, kejuruteraan dan segala kaitan perincian tentang projek dan deliver kepada Malaysia.
Apa lagi tentang ECRL?
Projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan akan siap 5 tahun selepas itu. Projek ini dilaporkan ada 3 fasa utama.
Fasa pertama melibatkan laluan Pelabuhan Klang ke Kuantan.
Fasa kedua melibatkan laluan Kuantan ke Kuala Terengganu.
Fasa ketiga melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat.
Tetapi kenapa projek ini menimbulkan kekecohan dan kritikan awam?
Kenapa kecoh-kecoh? Ini adalah sebab-sebabnya.
1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.
2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik
Meskipun penulisan Sarawak Report agak tersasar iaitu kos projek ini bernilai 55b bukannya 60b namun masih berlaku kenaikan berbanding anggaran kos asal.
3. Rafizi juga mendakwa di mana projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan
4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.
5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.
6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?
7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?
8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.
Kesimpulannya?
Bagi aku, projek ini ada manfaatnya. Sebab ia pengangkutan awam. Dan aku suka pengangkutan awam kita meliputi kesemua tempat. Tak tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja. Aku kurang gemar jika ada yang berpendapat pengangkutan awam hanya perlu kepada bandar atas tujuan keuntungan. Sebenarnya, menyediakan kemudahan pengangkutan awam juga merupakan perkara asas pada kehidupan zaman sekarang. Seperti rumah, rasa selamat, makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan awam juga merupakan satu keperluan yang tidak patut dinafikan mengikut jumlah majoriti - minoriti.
Namun, harapnya projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat sepertimana yang kerajaan visikan. Tiada tujuan tersembunyi yang akan menyeksa rakyat di kemudian hari.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, November 02, 2016 10:12 PM
Subject: Fw: ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yg Sepatutnya.
Rupa2nya Projek ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yang Sepatutnya.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot.
Beberapa anggota Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang tidak mengikut beberapa proses kelulusan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, ECRL tidak mengikut kajian pra-keboleh upayaan atau pre-feasibility study (PFS), kajian keboleh upayaan atau feasibility study (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau final investment decision (FID).
Kata beliau yang juga setiausaha agung PKR itu, kajian berkenaan melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Kami, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan di atas perkembangan terkini berkaitan projek ECRL yang dilaporkan akan menelan belanja RM55 bilion.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan serta berapa kenaikan harga tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan kerajaan China," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen. hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Dalam pada itu, mereka mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komitmen kepada kerajaan China.
"Oleh yang demikian, kami mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan di Parlimen (berkenaan) 3 kajian ini iaitu PFS, FS dan FID sebelum sebarang komitmen diberikan kepada Kerajaan China.
"Ia kerana jumlah RM55 bilion adalah jumlah yang besar dan perlu diluluskan Parlimen,"tegasnya.
Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin yang lalu dengan syarikat Malaysia dan China akan memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Sumber : Malaysiakini
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dah Sampai Ke Super Market, Tapi Dompet Tertinggal, Lelaki Kongsi Bagaimana Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad
siakapkeli.my
Masih admin teringat kata-kata dari Staf Maybank dulu semasa buka akaun bank, katanya kalau terlupa bawak dompet, kita boleh keluarkan duit dari mesin ATM tanpa kad.
Tapi tak pernah terlupa pula bawa dompet, menyebabkan admin pun terlupa akan hal ini yang merupakan satu perkongsian terbaik kepada kita.
Satu kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Asyraf Asyari mengingatkan admin kembali kepada kisah ini, beliau berkongsikan kisah di mana dia terlupa membawa dompet yang berisi kad ATM ke pasaraya.
Dia telah menggunakan satu kelebihan yang ada apa bank yang digunakannya iaitu keluarkan duit tanpa menggunakan kad, jom kita baca dan lihat cara-caranya.
Semalam pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.
Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe
Jadinya, duduk berfikir sebentar.
Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat 'IBFT' dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.
Terus teringat yang Maybank ada khidmat 'Pengeluaran tanpa Kad' atau "Cardless Withdrawal'.
Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.
Boleh tengok gambar-gambar dan baca 'caption
1. Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan.
Klik 'Account & Banking'
2. Pilih 'transfer
3. Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.
4. Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.
5. Pilih pengeluaran tanpa kad.
6. Teruskan lah. Hehe
7. Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.
8. Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.
9. Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.
-Ahmad Asyraf Asyari-
-Bukan pegawai Maybank-
Mudahkan, jadi tidak risau lagi jika dompet dan kad ATM anda tertinggal ketika di pasaraya, janji ada internet dan yang paling penting duit ada dalam akaun. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kejutan Dari PAS
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Kejutan Dari PAS. PAS bersedia berbincang dengan mana-mana parti termasuk BN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkaitan apa jua isu, namun, menggesa mana-mana pihak supaya tidak menuduh mereka menyertai parti Melayu itu.
Mursyidul Am PAS baru, Hashim Jasin berkata, PAS berpegang dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa meskipun musuh, agama tidak melarang untuk untuk berbincang dengan pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza.
Kejutan Dari PAS. "Dalam PAS walaupun dia tu musuh, agama tak larang berjumpa dan berbincang.
"Jadi, sekarang ini dia (BN) nak bincang dengan kita apa-apa persoalan kita sedia dengar dan dia (BN) juga patut sedia dengar apa yang kita nak kata dan kita timbanglah.
Kejutan Dari PAS
"Ya, (PAS sedia bincang) tapi jangan tuduh PAS masuk BN, yang itu kami dah buat keputusan," katanya dalam sidang media selepas Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) di Taman Medan, Petaling Jaya.
Kejutan Dari PAS
Hashim berkata demikian ketika ditanya mengenai adakah PAS pernah bertemu dengan BN atau BERSATU bagi membincangkan soal kerjasama. - mk
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, November 07, 2016 11:09 PM
Subject: Fw: PAS mengetuai perubahan,
Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
SHAH ALAM - Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.
Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.
"Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas," ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.
Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
"Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.
"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba," tegasnya.
Katanya, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi Pas.
Bagaimanapun, katanya, keterbukaan Pas tidak sampai menerima masuk sampah sarap hingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Menurutnya, Pas tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana mereka tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati maruahnya.
PAS mengetuai perubahan, bukan sekadar pemikiran pembangkang!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Mereka tetap bersama sama golongan manusia yang mahu diubah TGHH menyebarkan fitnah malah dalam sesetengah kes, fitnah kepada TGHH lebih cepat tersebar dari tindakan TGHH sendiri.Mereka tak mahu dengar kenyataan TGHH bahawa pengalaman Arab Spring membawa terhasilnya politik matang tetapi bodohnya mereka masih menuduh Amanat Hadi sebagai tanda TGHH seorang yang flip flop dan tak mahu mengakui bahawa zaman yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza.
Abdul Rahman Malik secara sedar telah menyatakan kini giliran PAS untuk mengetuai pemikiran pembangkang.
Walaupun kedengaran juga suara memperlekeh TGHH terlebih lagi didakwa TV3 menyiarkan temuramah dengan TGHH yang menyatakan hubungan PAS dengan kerajaan seperti bapa dengan anak(kesahihan lapurannya saya tak pasti) sebagai pengesahkan adanya kerjasama antara PAS dan UMNO(yang didesak akar umbi ialah MOU untuk PRU 14).Mereka membuat kesimpulan PAS akan berkerjasama dengan UMNO walaupun selama ini setiap kesimpulan sebegitu tidak pernah berlaku, sah ini tindakan orang bodoh yang tak boleh diajar menerima kenyataan.
Kenyataannya, UMNO yang menjadi sebahagian target TGHH untuk diubah masih melakukan kerja lama mereka apabila TV3 dan Utusan Malaysia sebagai media propanganda mereka masih mengubah suai kenyataan TGHH di Parlimen untuk mengatakan TGHH setuju dengan GST.Apa lagi melompat sambil melalakkan macai macai pembangkang yang lain menuduh TGHH mahu tidur sebantal dengan Najib.Ngok habis si macai, kerana tak mahu siasat berita itu benar atau tidak.
Kini ternyata dan semakin jelas TGHH tidak mahu bersama UMNO tetapi mahu megubahnya untuk menjadi kerajaan yang prihatin(kalau mereka masih memerintah) dan sekaligus menyampaikan mesej kepada mana mana parti pembangkang agar menjadi kerajaan yang benar benar prihatin, bukan nak jadi kerajaan prihatin kalau mendapat kuasa tetapi kemudiannya bertukar kepada kerajaan yang lebih rakus dari UMNO.Ini untuk sesiapa yang nak jadi kerajaan sambil dalam masa yang sama TGHH mahukan pembangkang yang ada turut memainkan peranan menjadi pembangkang yang produktif yang turut sama mempengaruhi dasar dasar kerajaan.
Di sinilah letaknya kenapa saya kata PAS bukan sahaja menerajui pemikiran pembangkang malah sedang menerajui satu perubahan kepada sistem kerajaan pembangkang yang lebih baik berpaksikan politik matang, dan rasanya itulah maksudnya hubungan antara anak dan ayah yang boleh berbincang dan menerima serta menghormati satu sama lain.
Orang orang yang melihat secara songsang tindakan yang diambil TGHH adalah orang orang yang BODOH yang tak boleh diAJAR!
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
1 Lawan 1 Adalah Perangkap Untuk PAS?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Blok pembangkang memomokkan bahawa strategi 1 lawan 1 boleh menumbangkan BN. Siapa yang dapat menumbangkan BN tanpa PAS? Andai PAS bersama dengan mereka, di mana mereka letak PAS selepas pilihanraya?
Awal-awal lagi jawatan PM difaraidkan antara PKR dan BERSATU; antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Bagi mereka, andai PAS mendapat kerusi terbanyak pun, pakatan pembangkang tidak bersedia untuk berPMkan seorang ulama dari PAS.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan pembentukan kabinet bayangan pakatan pembangkang akan diumumkan pada November nanti. Cantik benar usaha mereka. Nanti kita boleh lihatlah di mana kedudukan ulama-ulama dan pemimpin PAS. Rakyat boleh tengok komposisi kaum dalam kalangan menteri. Di mana mereka letak Lim Kit Siang dan di mana pula mereka letak Tuan Guru Haji Hadi.
Saifuddin juga memaklumkan bahawa perbincangan telah dibuat antara Pakatan Harapan, Bersatu dan PAS. Inilah satu kenyataan sebelah pihak yang boleh dipertikaikan. Adakah itu satu pertemuan rasmi atau hanya perbincangan santai kedai kopi?
Berdasarkan senario semasa, sewajarnya PAS memutuskan pendirian muktamad untuk kekal kejap membawa Gagasan Sejahtera selewat-lewatnya hujung November. Ini membolehkan PAS dan IKATAN serta parti lain yang akan bersamanya nanti mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan calon dan jentera perang.
Penulis kekal bersetuju dengan pendapat yang mencadangkan PAS mengadakan MoU dengan UMNO sekurang-kurangnya di Pulau Pinang dan Kelantan. Serentak dengan itu penulis mencadangkan pakar-pakar strategi dan penyelidikan PAS membuat kajian terperinci tentang baik-buruk pertandingan 1 lawan 1 dan pertandingan pelbagai penjuru. Ada kebarangkalian yang besar secara umumnya pertandingan pelbagai penjuru lebih baik bagi PAS buat masa ini.
Konklusinya ialah tulisan ini bermotif untuk menjadikan PAS sebagai pemimpin dalam pembentukan sebuah negara berkebajikan. Tanpa mengikut rentak dan telunjuk mana-mana pihak, PAS kini sudah ada suara yang merdeka. Mengambil kata-kata keramat sasterawan masyhur Allahyarham Usman Awang, PAS kini tidak lagi berjiwa hamba.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tiada Saman oleh PAS, Tiada Permohonan Maaf Oleh TV3?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Dalam zaman orang 'cerdik-cerdik' ini, tindakan undang-undang perlu diambil untuk membuktikan kebenaran. Seiring dengannya, pihak yang melakukan onar boleh diajar. Kalau selalu kena bayar saman, suatu hari mereka boleh lingkup atau terletak pada badan mereka stigma penipu.
Penulis mendapati banyak artikel dan ucapan yang mengutuk perbuatan TV3 dan Utusan Malaysia yang memfitnah Presiden PAS berkaitan dakwaan menyokong GST. Namun di dalam laman rasmi PAS termasuk Harakah edisi terkini, tiada suatu kenyataan untuk menyaman media durjana tersebut. Sedangkan hingga kini belum ada permohonan maaf oleh pihak mereka.
Bagi penulis, tindakan saman dalam kes menerima dana 1MDB adalah tepat dan pantas. Walaupun kes yang melibatkan media asing itu terpaksa mengambil masa yang agak lama, namun ketegasan PAS itu pada peringkat kini telah melenyapkan tohmahan buruk terhadap PAS.
Justeru, PAS amat wajar menyaman TV3 atau Utusan Malaysia sebagai jalan tepat membersih nama Presiden dan menguatkan persepsi negatif rakyat terhadap media penipu.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Nov 13, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jakim Perjelas Isu Ayam Tidak Disembelih Di Econsave
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan gambar yang disebarkan secara meluas dalam internet mendakwa ayam yang dijual di pasaraya Econsave Jalan Reko, Kajang tidak disembelih mengikut kaedah Islam adalah tidak benar.
Bahagian Hab Halal Jakim berkata, sebaliknya keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang.
Akibat tindakan tersebut, ayam yang dijual di pasaraya itu seolah kelihatan seperti tiada sembelihan dilakukan, jelas kenyataan tersebut.
"Untuk makluman pengguna, pihak Jakim bersama pegawai pemantauan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah membuat pemeriksaan terhadap pasaraya tersebut dan mendapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang.
"Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.
"Walau bagaimanapun, produk ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang ini dikenal pasti diambil daripada dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah," kata Jakim dalam satu kenyataan, hari ini.
Jakim dalam pada itu menasihati pengguna supaya tidak bimbang dengan perkara yang diviralkan itu dan sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran serta premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.
Untuk mengetahui rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.
- mD
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment