Wednesday, November 9, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4626

8 Messages

Digest #4626

Messages

Tue Nov 8, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Warkah : 'Jual' negara kepada China – Malaysia bakal terjerat seperti Zimbabwe?

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Warkah ini saya hantar kpd rakan2 yg saya kenal termasuk Dr. Mahathir, Tku Razaleigh dan ramai lagi.
Harap di exclusively penerimaannya.

ZIMBABWE TODAY IS M'SIA TOMORROW.

Apa yg saya tulis dibawah ini ada dari pengalaman yg saya lalui selama 20 diZbwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yg sdg berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yg dilakukan olih kerajaan China terhadap Zbwe melalui GLC2nya.

Tidak mustahil, tidak lama lagi, perkara yg sama berlaku dinegara kita. Nahuzubillah.

China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak USD5 Bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yg menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012, yg mana China "membantu" membaikpulih rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, baru2 ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak USD40 juta kpd negara tersebut.

TERNYATA PENJAJAHAN BENTUK BARU BUKAN LAGI SECARA KETENTERAAN, TETAPI BERLAKU SECARA PENAKLUKAN EKONOMI OLEH KUASA BESAR DUNIA TERHADAP SEBUAH NEGARA YG LEMAH PENGURUSAN EKONOMINYA.

RAKYAT ZIMBABWE TERPAKSA MENANGGUNG AKIBAT DARI KESILAPAN DAN KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN MRKA YG DI PIMPIN OLEH MUGABE.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yg sdg berlaku skrg, musibah yg sama akan melanda kita klu kita tidak mengambilnya Zbwe sebagai iktibar dan belajar
dari kesilapan itu.

Zbwe is the only country in the modern world, not having her own currency. Zbwe is a Multiple Currencies Economy country since 2003 where US Dollar is a denominator. Worst part is, not only unacceptable by her neighbouring countries, the Zim$ not even desired by the Zbwean itself.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dgn membina airport baru, membaikpulih lebuhraya, bandar baru ber-ala China dan perkampongan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.

Penduduk cina diseluruh Zbwe lebih kurang 80-90 ribu. Hampir sama dgn the 'borne and bread whites' dinegara tersebut.

Rakyat China yg berkerja diZbwe dan org2 tempatan yg berkerja dgn syarikat China dibayar dgn Remimbi atau Yuan. Terdapat juga emas dan logam dari org2 tempatan dibayar dgn Remimbi dan adakalanya dibayar dgn barang2 peralatan rumah buatan China yg inferior kualitinya.

70% rakyat Zbwe adalah terdiri peasant atau kaum tani. Mrka dah jemu utk ambil peduli 'apa yg betul' dan 'apa yg salah' yg dilakukan olih krjaan mrka.
Tiba masa mengundi, mrka mengundi. Yg mrka perlu ialah air yg cukup bukan Mugabe. Mrka akan menikmati 'bumper harvest year' pd bulan Jun klu cukup hujan bulan January.

Mrka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yg selama ini merosakkan negara, tetapi mrka dah sampai ketahap benci utk berbuat sesuatu.

Jgn ketawa kan saya. Apa yg saya alami dari 1995 hingga sekrang, 20 tahun lama nya, sdg berlaku dinegara ini.

Our country is beserk. Klu 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa America. Skrg ni, apa yg Najib cuba lakukan ialah "cuba keluar dari mulut Buaya (amerika) dengan mengunakan kuasa Naga (China)".

Dalil2 yg negara kita menjejaki Zbwe telah banyak berlaku dan banyak lagi akan berlaku dlm masa yg amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti dan foreign currencies spt USD akan sukar didapati. Black market yg taboo kpd Bank Negara akan muncul.
•budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku diZbwe.
•tarik subsidi krjaan meyebabkan barang2 dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dgn hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dgn Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar dgn matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dgn barang2 buatan China yg mutunya substandard dan inferior.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Msia krna tak yakin akan ditawarkan project krna GLC China telah bertapak dgn kuat dan menguasai penjawat2 awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan Foreign Exchange dlm negara yg akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• credit rating negara akan menurun yg akan meyebabkan 'access negara to foreign capital' menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tak lama lagi, dipasarraya kita hanya dpt membeli buah2an tempatan saja. Klu ada epal dan anggur pun, didatangkan dari cina.

Saya ulangi, apa yg saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun diZbwe.

Apa ada utk rakyat sesebuah negara sekiranya letrik, air dan telekomunikasi dimiliki orang.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised olih China.

Sekian pandangan dari saya. – Dr. Hassan Ali.

3 November – Najib berhutang RM55 bilion lagi. Kemungkinan negara bankrupt semakin menakutkan. Kantung kerajaan semakin kosong. Peruntukan pelajaran, kesihatan dan kebajikan dikurangkan, dibekukan dan ditarik balik.

Dalam lawatan ke China sekarang, Najib gembira dapat pinjaman mudah RM55 bilion dari China untuk Projek Kereta Api Pantai Timur. Kontrak sudah tentulah dibagi kepada China.

Hutang 1MDB pula dipercayai telah naik melepasi RM50 bilion kepada RM53 bilion. Johari sila nafi atau jelaskan. Kemudian Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura dijangka makan belanja RM50 bilion.

Campur semua jadi RM158 bilion. Kita pun tak pasti hutang 1MDB lebih RM50 bilion itu sudah masuk buku atau belum. Yang kita tahu hutang itu sudah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan. Bank Negara Malaysia kata pada akhir Jun lalu, hutang kerajaan RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan macam ini: Akhir zaman Dr Mahathir RM189 bilion, Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Najib sekarang RM655.74 bilion. Hampir 55 sen daripada setiap RM1 ekonomi yang dijana adalah untuk tanggung hutang. Najib layak diberi gelaran "hutang king". – A.Kadir Jasin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Depan (14 November 2016)
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.

Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.

Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.

"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.

Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.

"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.

"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta

"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.

"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.

"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.

"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?

"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.

"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu

Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."

Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?

"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.

Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan

Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.

Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.

Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN ECRL
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka on Monday, November 07, 2016
*KENYATAAN MEDIA*

_Versi penuh dengan paparan keratan dan dokumen SSM di_
http://rafiziramli.com/2016/11/kontrak-keretapi-pantai-timur-ecrl-telah-ditandatangani-malaysia-diwakili-oleh-syarikat-rm2/

*7 NOVEMBER 2016*

*KONTRAK KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) TELAH DITANDATANGANI, MALAYSIA DIWAKILI OLEH SYARIKAT RM2*

Kami merujuk kepada satu kenyataan media yang disiarkan oleh New Straits Times bertarikh 2 November 2016 seperti keratannya yang dilampirkan di bawah:

Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin seperti dipaparkan di laman web syarikat itu seperti berikut:

Berita-berita ini mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangani. Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia itu dan menandatangani perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia adalah Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

Kami telah menyemak dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini yang dilampirkan bersama dan boleh mengesahkan bahawa:

1. Ia adalah syarikat bermodalkan RM2 yang ditubuhkan pada 26 September 2016

2. Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet

Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

Pada kebiasaannya, sebuah syarikat khusus ("special purpose vehicle") yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan Parlimen untuk mendapatkan modal. Contohnya, semasa Kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Dato' Seri Najib terpaksa membentangkan usul di Parlimen untuk meluluskan pendanaan syarikat khusus itu sebanyak RM10 juta.

Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion. Malah, kami ingin mempersoalkan sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak membawa isu ini mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion?

*RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN*
*DR HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI*
*WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA*
*DR ONG KIAN MING, AHLI PARLIMAN SERDANG*

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, November 07, 2016 8:42 PM
Subject: Fw: Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu

Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu & Tentang Pinjaman 55 Billion.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Baru-baru neh kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur adalah dalam versi bahasa.

Apa itu projek ECRL?

Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Bandar Tumpat di Kelantan.

Kenapa perlu projek ini?

Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;

i. Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.

ii. Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.

iii. Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.

iv. Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.

Adakah ianya baik untuk rakyat?

Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.

Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.

Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.

Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.

Apatah lagi jika benar kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?

55b setakat ini (5 November 2016)

Dari mana kerajaan dapat wang?

Export-Import Bank Of China. Ataupun lebih dikenali sebagai EXIM.

Mereka akan membiayai projek keretapi ini. Di mana kerajaan perlu membayar semula dalam tempoh 20 tahun. Manakala kontrak pembinaan pula diberikan kepada CCCC. Iaitu China Communication Construction Company Ltd.

Baca : CCCC yang dapat projek bina laluan rel berkembar di blacklist World Bank.

Memetik laporan The Star pada 1 November lepas (sini) ;

- Selama 7 tahun. Malaysia akan dikecualikan daripada membayar apa-apa pinjaman pokok mahupun bunga kepada EXIM.

- Manakala tempoh pembayaran akan berlangsung selama 20 tahun.

- Bunga yang dikenakan juga 'below market price'. Iaitu lebih rendah dari paras semasa. 55b ini adalah soft loan (bunga pinjaman yang rendah).

- China juga akan lead (menyediakan) dalam urusan reka-bentuk, bahan-bahan, peralatan, kejuruteraan dan segala kaitan perincian tentang projek dan deliver kepada Malaysia.

Apa lagi tentang ECRL?

Projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan akan siap 5 tahun selepas itu. Projek ini dilaporkan ada 3 fasa utama.

Fasa pertama melibatkan laluan Pelabuhan Klang ke Kuantan.

Fasa kedua melibatkan laluan Kuantan ke Kuala Terengganu.

Fasa ketiga melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat.

Tetapi kenapa projek ini menimbulkan kekecohan dan kritikan awam?

Kenapa kecoh-kecoh? Ini adalah sebab-sebabnya.

1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik' wang2 itu untuk membayar hutang.

Meskipun penulisan Sarawak Report agak tersasar iaitu kos projek ini bernilai 55b bukannya 60b namun masih berlaku kenaikan berbanding anggaran kos asal.

3. Rafizi juga mendakwa di mana projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini. Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawanya by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut. Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?

7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?

8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Kesimpulannya?

Bagi aku, projek ini ada manfaatnya. Sebab ia pengangkutan awam. Dan aku suka pengangkutan awam kita meliputi kesemua tempat. Tak tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja. Aku kurang gemar jika ada yang berpendapat pengangkutan awam hanya perlu kepada bandar atas tujuan keuntungan. Sebenarnya, menyediakan kemudahan pengangkutan awam juga merupakan perkara asas pada kehidupan zaman sekarang. Seperti rumah, rasa selamat, makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan awam juga merupakan satu keperluan yang tidak patut dinafikan mengikut jumlah majoriti - minoriti.

Namun, harapnya projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat sepertimana yang kerajaan visikan. Tiada tujuan tersembunyi yang akan menyeksa rakyat di kemudian hari.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, November 02, 2016 10:12 PM
Subject: Fw: ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yg Sepatutnya.

Rupa2nya Projek ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yang Sepatutnya.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot.

Beberapa anggota Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang tidak mengikut beberapa proses kelulusan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, ECRL tidak mengikut kajian pra-keboleh upayaan atau pre-feasibility study (PFS), kajian keboleh upayaan atau feasibility study (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau final investment decision (FID).
Kata beliau yang juga setiausaha agung PKR itu, kajian berkenaan melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Kami, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan di atas perkembangan terkini berkaitan projek ECRL yang dilaporkan akan menelan belanja RM55 bilion.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan serta berapa kenaikan harga tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan kerajaan China," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen. hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Dalam pada itu, mereka mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komitmen kepada kerajaan China.
"Oleh yang demikian, kami mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan di Parlimen (berkenaan) 3 kajian ini iaitu PFS, FS dan FID sebelum sebarang komitmen diberikan kepada Kerajaan China.
"Ia kerana jumlah RM55 bilion adalah jumlah yang besar dan perlu diluluskan Parlimen,"tegasnya.

Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin yang lalu dengan syarikat Malaysia dan China akan memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Sumber : Malaysiakini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Makan nasi lauk kicap, budu

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Noor Hayati Mamat

HULU TERENGGANU - "Ada kalanya kami sekeluarga makan nasi berlaukkan kicap atau budu saja sehinggakan anak menangis tak mahu makan. Saya hanya mampu memujuk mereka bersabar dengan segala kesusahan dilalui ini," luah Ramlah Abdullah, 36.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata ini, kesempitan hidup dilaluinya sekeluarga bukan sekadar menyebabkannya menangis sendirian apatah lagi mengenangkan anak-anak tetapi juga terpaksa menebalkan muka meminta duit daripada keluarga mentua di Kelantan.

"Suami, Mohd Shuhaimi Mohd Saufi, 34, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Berang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Cukup atau tak, duit itulah digunakan untuk belanja barangan dapur dan keperluan harian termasuk persekolahan anak-anak.

"Empat anak, Nur Aliya Nazipa, 10; Nur Aliya Amirah, 8; Nur Aliya Nazimah, 6, dan Muhammad Sadruddin, 4, masing-masing bersekolah. Manakala anak bongsu, Nur Aliya Naizatul Najwa, 2, masih memakai lampin pakai buang, namun ada kalanya terpaksa juga guna lampin biasa," katanya.

Berhenti kerja akibat masalah kesihatan

Ramlah berkata, apabila keadaan memaksa, dia sekadar mampu menghidangkan anak-anak nasi berlaukkan kicap atau budu sahaja.

"Hati ibu mana tak tersentuh bila tengok anak menangis tak mahu makan.

"Untuk jimatkan gas memasak, saya turut gunakan dapur kayu. Pernah juga kehabisan beras sehingga memaksa saya meminta duit daripada ahli keluarga untuk beli beras.

Rumah didiami ini pula pusaka arwah nenek dan saya tinggal dengannya sejak kecil," katanya.

Katanya, walaupun keadaan rumahnya tidak begitu selesa terutamanya untuk anak-anak yang kian membesar, namun dia tiada pilihan lain dan tetap bersyukur kerana rumah pusaka itu jugalah menjadi tempatnya sekeluarga berteduh dari hujan serta panas.

"Sebelum ini suami saya bekerja sebagai penjawat awam, namun disebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk berkaitan saraf, dia terpaksa berhenti sekitar 2012 dan mula berniaga kedai makan di Kuala Terengganu.

"Tapi tak lama berniaga kami ambil keputusan pulang tinggal di kampung. Suami hanya lakukan kerja kampung untuk teruskan hidup dan kemudiannya jadi pengawal keselamatan bermula lebih kurang setahun lalu," katanya.

Duit pencen bayar pinjaman

Tambahnya, walaupun suaminya mendapat pencen sebanyak RM350 sebulan, namun duit itu hanya digunakan bagi membayar balik pinjaman yang dibuat sewaktu bekerja dahulu.

"Sekarang kami hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan.

"Saya bersyukur, Ramadan lalu dapat bantuan daripada Maidam sebanyak RM600. Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat Jun lalu dan saya masih menunggu jawapan daripada pihak berkaitan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Azmy Adenan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima permohonan dibuat Ramlah dan keputusan berhubung permohonan bantuan bulanan itu masih dalam proses.

"Kami bersedia untuk turun padang sekali lagi ke rumah pemohon bagi melihat bentuk-bentuk bantuan lain bersesuaian yang mungkin boleh disalurkan kepada keluarga tersebut sementara menunggu keputusan permohonan," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber:Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:56 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS AHLI DAN PENYOKONG PARTI AMANAH BILA BACA KENYATAAN NI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

29 Oktober 2016 lalu Husam Musa cuba membawa ahli-ahli PAN berfikir lebih jauh untuk masa hadapan partinya. Saya berpendapat Husam Musa cuba untuk memberikan semangat dan hala tuju kepada ahli-ahli PAN supaya mereka tidak kecewa, putus asa dan mati semangat setelah banyak perkara mereka tersempit.

Sejarah dalam PAS membuktikan parti-parti yang terserpih, kecewa, khianat dari PAS akan 'hidup segan dan mati tak mahu'sebagaimana parti Hamim dan Berjasa. Kalau kita renungi pengasas-pengasas parti berkenaan adalah tokoh yang tersingkir dan kecewa dengan arus perkembangan perjuangan PAS.

Tidak hairanlah Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada menyebut tentang PAN ini dengan berkata "Pada kebiasaannya parti serpihan tidak hidup lebih 2 tahun". Media dan cybertropper PAN memutar belit kenyataan ini kononnya Hadi berkata PAN akan mampus tak sampai 2 tahun. Propaganda PAN ini sebenarnya untuk memberikan semangat kepada ahli-ahlinya untuk bertahan lebih 2 tahun. PAN bila keluar daripada PAS, sudah tahu dan menghalalkan FITNAH.

Kawan-kawan saya dalam PAN menafikan telahan ini kerana PAN katanya tidak sama dengan Hamim dan Berjasa kerana PAN dapat menggerakkan massa dan lebih relevan dalam arus politik perdana serta mempunyai kaitan dengan parti-parti politik yang memerintah iaitu PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) lantas menjadikannya bukan parti yang menagih simpati apatah lagi PAN mempunyai 6 wakil di Dewan Rakyat dan 6 wakil di Dewan Undangan Negeri (Walaupun kerusi curi).

Saya mendengar ceramah-ceramah PAN samada secara 'live' atau pun youtube dan saya dapati parti PAN masih kabur dalam menyatakan indentiti diri dan perjuangannya. PAN masih tercari-cari identiti diri dan perjuangan parti.

Adakah PAN cuba mengikuti langkah seperti PKR iaitu 'multi-cultural party' bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah? Adakah ini akan bertembung dengan perjuangan PKR dan akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat idea dan pandangan PAN selalu di'bantai' oleh pimpinan PKR terutamanya Azmin Ali.

Pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku tak ubah seperti 'whistleblower' yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Kalau ini perjuangan PAN saya setuju dengan pendapat beberapa orang penulis siber yang mengatakan pimpinan PAN yang bertembung dalam Muktamar PAS sebelum ini kerana mereka tidak memahami jatidiri perjuangan PAS yang berasaskan akidah Islamiyyah bukan semata-mata perjuangan kebebasan manusia daripada belegu salahlaku, rasuah dan ketidakadilan semata-mata. Mereka ini sebenarnya menyeweng daripada perjuangan PAS.

Saya tak kata PAS menolak perjuangan salahlaku, rasuah dan ketidakadilan dalam masyarakat tetapi itu bukan intipati perjuangan PAS sebenarnya. Pasal itu mereka disingkir daripada PAS oleh ahli-ahli PAS semasa Muktamar PAS yang lalu.

Bila PAN menjadi parti 'multi-cultural party' sudah pasti akan bertembung dengan PKR, yang mana data keahlianya yang kini sudah mencapai 20,000 ahli menunjukkan ahli-ahli PAN rata-ratanya daripada serpihan PAS sekitar 6,000 - 7,000 orang sahaja, ahli IKRAM (mungkin satu arahan untuk mengesa IKRAM menyertai PAN) dan selebihnya kepada ahli PKR dan mereka yang tidak berparti.

PAN tidak boleh menarik ahli UMNO itu satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad dalam mesyuarat mereka.

Saya juga setuju dengan beberapa pendapat penganalisis politik bahawa PAN menjadi masalah kepada Pakatan Harapan dan Pembangkang khususnya. Kehadiran PAN tidak memberikan manafaat malah PAN akan menjadi beban kepada DAP dan PKR. Lihat sahaja pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP dan PKR terpaksa mengeluarkan belanja untuk membantu PAN. Selama mana PAN akan menjadi anak susuan PKR dan DAP?

Kehadiran BERSATU dalam pembangkang ada manafaatnya. Bersatu menarik ahli UMNO dan menyebabkan UMNO menjadi makin lemah berbeza dengan PAN yang menarik ahli PAS dan PKR yang mana akan memasalahkan PAS dan PKR akhirnya UMNO mendapat nafas lega.

Kunjungan terbaru Siti Hasmah ke rumah Wan Azizah menandakan politik damai Mahathir-Anwar ini menunjukkan PKR dan BERSATU akan membawa era politik kerjasama yang mungkin ada orang tidak memahaminya. Walaupun bersatu bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi kita kena sedar BERSATU adalah parti bumiputra sahaja dan agendanya adalah Melayu Islam hampir sama dengan PAS.

Ada penganalisis berpendapat BERSATU-PKR akan bekerjasama dengan PAS di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan PAS di Selangor.

Apa yang boleh kita faham.

Parti PAN akan tersempit dan terambai... Menjadi sampan yang hilang pendayung.

PAN nak bertanding di mana?

Ada kata-kata bukan daripada PAS tetapi daripada pembangkang sendiri termasuk pimpinan tinggi PAN juga. Bubar aje PAN, pimpinannya boleh sertai PKR dan DAP. Ini membantu pembangkang menjadi lebih kuat dan UMNO @ BN boleh dijatuhkan. Jika PAN ada politik pembahagian kerusi bermasalah dan akan membantu BN @ UMNO kekal lagi selepas PRU-14 nanti. Lagipun sampai bila PAN nak makan dedak DAP untuk mengerakkan partinya?

Perkara ini telah dimulakan oleh Mejar Zaidi. Anda bagaimana?

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Phahrolrazi Boss PASMA kini tersisih dan disingkir

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Pada 19 Oktober 2015, Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor dalam DUN Kedah telah menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Safian memaklumkan bahawa beliau bukan lagi ADUN PAS, sebaliknya kini sudah menjadi ADUN PAN yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Tindakan Phahrolrazi antara yang awal menyatakan sikap mereka terhadap PAS. Tindakan ini mengikut maklumat yang kami terima adalah hasil resolusi yang telah dibuat oleh DAP, PKR dan serpihan PAS di Turki yang disebut sebagai "RESOLUSI DEKLARASI ISTANBUL".

DAP, PKR dan PAN bertemu di Istanbul. Saya disertakan gambar pertemuan mereka. Dari kiri, Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP), Dr Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya PAN), Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Asmuni Awi (Bendahari PAN), Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden PAN) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Masih menyatakan PAS)

Saya tak berhasrat nak bincang Resolusi Deklarasi Istanbul yang banyak strategi untuk melumpuhkan PAS dan menjadikan PAN sebagai penggantinya.

Dalam tulisan ini saya akan fokus, bagaimana Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor yang menjadi 'KUDA PERMAIN' dalam percaturan politik PAN dengan PAS. Yang mana 'mastermind' dalam permaianan ini adalah IKRAM/IRC.

Semua oramg tahu bahawa Phahrolrazi, Husam dan Wan Rahim antara mereka yang awal mengerakkan PASMA bagi tujuan membangkit arus penentangan kepada golongan yang dikatakan ulama dalam PAS.

Malangnya apabila PAN ditubuhkan Phahrolrazi dan beberapa orang pemikir kepada idea ini berserta 50 orang awal antara mereka yang tersingkir dalam perebutan kuasa dalam parti PAN.

Malah dalam apa-apa aktiviti PAN di Kedah bayang Phahrolrazi juga jarang kelihatan.

Bukan sahaja Phahrolrazi malah 3 anaknya yang menjadi ahli PAN, Hazinuddin, Hafizur Rahman dan Hannani juga tidak tertonjol.

Adakah ini kerja puak Dato Dr. Ismail Salleh? Saya tak boleh memberi jawapan yang tepat, hanya Aris Awang boleh mencerikan kepada anda. Aris Awang antara orang yang rapat dengan Phahrolrazi dan selalu mendengar luahan serta kritikan Phahrolrazi terhadap parti PAN.

Adakah Phahrolrazi akan menjadi macam Mejar Zaidi? Atau dia akan tersisih dan hilang dalam arus politik perdana sebelum PRU-14?

Dulu Phahrolrazi ada berkata jika PAS dan UMNO tidak bergabung awal 2016 dia akan kembali kepada PAS. Tapi kalau dia nak kembali kepada PAS rasanya PAS tak sudi orang yang sudah 'buruk dan layu' serta lunyai ditikam oleh rakan-rakan 'setalam'

Itulah politik kotor IKRAM/IRC jika anda tidak tahu!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Parti PAN Desak Selesaikan pembahagian kerusi PH dan Larang bincang dengan Pas

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Isu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu berbanding berbincang dengan Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau berkata, Pas dibimbangi akan menjadikan blok pembangkang tidak stabil selain kejatuhan populariti parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

"Kita tidak mahu ambil risiko Pas memecahbelahkan pakatan pembangkang.

"Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan Pas, Pas akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana Pas telah hilang hampir semua sokongan daripada kaum bukan Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuaala Kangsar lalu Pas hanya mampu mendapat tidak lebih 30 peratus undi Melayu sahaja.

"Timbalan Presiden Pas sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yang disebarkan dalam internet bahawa selepas keputusan PRU, Pas boleh pergi dengan sesiapa sahaja.

"Tiada jaminan mereka (Pas) akan kekal dengan pembangkang," tegasnya.

Mengulas lanjut sikap Pas, Fakhrulrazi berkata, parti tersebut juga terbukti mampu melanggar janji mereka seperti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji mereka pada bila-bila masa.

"Kajian IDE yang terbaru membuktikan Pakatan Harapan jauh lebih popular dari Pas. Begitu juga kajian badan-badan lain yang menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik sokongan Melayu berbanding Pas," jelasnya.

Bahkan, tambahnya, maklumat yang diperolehnya menyatakan Pas Kelantan telah membuat kajian mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupun tanpa kewujudan Amanah.

"Strategi menguatkan pakatan pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk Pas yang jelas akan hilang 90 peratus daripada kerusi-kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas," katanya lagi.

PAN Rancang Bertanding 7 Parlimen & 20 DUN Di Selangor ?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Parti Amanah Negara (PAN) dilihat sedang merancang untuk bertanding di tujuh parlimen dan 20 DUN di Selangor apabila menubuhkan 27 Pusat Peduli Rakyat (PPR) di negeri itu.

Pelancaran 27 PPR Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub di Keramat, malam tadi.

Mengulas tumpuan PAN terhadap 20 DUN itu, Pengerusi PAN Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata ia bagi meneruskan tradisi kepedulian dan keprihatinan rakyat melalui khidmat yang berterusan.

"Inisiatif ini bertujuan memastikan Pakatan Harapan terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

"Ia juga bagi memastikan gerak kerja bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan dapat dilaksanakan secara lebih erat dan tersusun dalam usaha memenangi hati rakyat Selangor terutamanya untuk berdepan di dalam PRU14 nanti," ujarnya dalam satu kenyataan.

20 DUN yang menjadi tumpuan PAN sebelum ini adalah milik PAS iaitu; Hulu Kelang, Gombak Setia, Dusun Tua, Jeram, Seri Serdang, Tanjung Sepat, Paya Jaras, Sungai Ayer Tawar, Sabak, Sungai Burong, lembah Jaya, Chempaka, Morib, Sijangkang, Taman Templer, Bangi, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Selat Klang dan Meru.

Manakala 7 Parlimen yang menjadi target PAN adalah; Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Tanjung Karang.

Izham berkata semalam khidmat pemeriksaan percuma turut dibuka pada pelancaran PPR di Hulu Kelang, Gombak yang telah dihadiri ADUN Saari Sungib.

"Tujuan penubuhan PPR yang dilancarkan di Hulu Kelang, Gombak pada hari ini (semalam) ialah untuk meyakinkan rakyat Selangor berhubung kelangsungan khidmat kerajaan negeri melalui Amanah Selangor sebagai mewakili kerajaan Pakatan Harapan Selangor secara lebih terancang dan berkesan.

"Kami berdoa agar Allah SWT memberkati usaha kami dan mempermudahkan urusan kami dalam merealisasikan konsep Islam rahmatan lil alamin," katanya lagi.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan 27 PPR Negeri Selangor berkataPAN tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.

"Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri," katanya dilapor portal pro PAN, Malaysia Dateline.

Salahuddin juga berkata, PAN merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.

"Aset paling bernilai yang ada pada kami ialah kesetiaan kita kepada rakan-rakan dalam politik muafakat.

"Kita tidak pernah khianat kepada janji sebab itu kita menubuhkan Pakatan Harapan. Saya punya premis untuk menyatakan perkara ini kerana saya adalah salah seorang daripada pengasas Pakatan Rakyat dahulu.

"Kita berpegang teguh pada janji dengan kawan-kawan sepanjang perjalanan itu kita kenal siapa kawan, siapa musuh walaupun ada orang sudah tak kenal mana kawan mana musuh. Musuh jadi kawan, kawan jadi musuh. katanya lagi.

Sumber AIDCNews

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:56 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Jentera Cerucuk Besi Ditahan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SHAH ALAM: Seorang pemandu jentera cerucuk besi ditahan 7 malam, Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang maut ditimpa jentera itu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, turut ditahan penyelia tapak pembinaan dan penyelia bahagian keselamatan dan kesihatan projek berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan reman sehari selepas hadir ke balai polis bagi memberi keterangan berhubung kemalangan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, dekat sini petang semalam.

"Pemandu jentera berkenaan mengalami patah kaki akibat kemalangan itu dan hanya datang ke balai semalam selepas dibenarkan keluar dari hospital.

"Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Mohd Yusoff berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian akibat cuai.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu mangsa, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya Nurhayati Rosli, 46, maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap jentera pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui jalan di Bandar Bukit Raja, Klang.

Susulan itu, anak sulung mangsa, Mohd Zahidin Abd Rahim dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju jika terdapat unsur cuai dalam kemalangan berkenaan.-- Bernama

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, November 07, 2016 8:15 PM
Subject: Fw: Dihempap Kren

Pasangan Dipercayai Suami Isteri Maut, Kereta Dipandu Dihempap Kren Terbalik

siakapkeli.my

KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas kereta yang dinaiki mereka telah dihempap oleh sebuah 'static kren' yang terbalik, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mereka melalui kawasan Persiaran Astana, Klang di mana sebelahnya merupakan kawasan pembinaan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala. - Siakapkeli.my


✔ @bernamadotcom
Dua maut kereta dinaiki dihempap sebatang besi kren dari tapak projek pembinaan di Jalan Meru, Klang, tengahari tadi - Bomba (Foto awam)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rahsia Ketua Polis Negara Dibongkar?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Rahsia Ketua Polis Negara Dibongkar? Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan melayan dakwaan Datuk R Sri Sanjeevan yang beliau memiliki sebuah rumah banglo bernilai RM5.5 juta di Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Khalid berkata perkara itu sudah dilaporkan pengerusi badan pemantau MyWatch itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rahsia Ketua Polis Negara Dibongkar? "Saya serahkan kepada mereka," kata Khalid dipetik akhbar TheSun.

Khalid menyifatkan Sanjeevan seorang yang terdesak disebabkan pelbagai tindakan polis ke atasnya.

Semalam, Sanjeevan dalam laporannya kepada SPRM mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.

Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.

Rahsia Ketua Polis Negara Dibongkar?

Minggu lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.

Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.

Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Rahsia Ketua Polis Negara Dibongkar?

Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun. - Free Malaysia Today

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 8, 2016 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Kepala Terkulai Meninggal Dunia
siakapkeli.my

India - Kanak-kanak 13 tahun dengan kepala terkulai - yang mana kisahnya viral di serata dunia - meninggal dunia baru-baru ini.

Lapan bulan lalu, Mahendra Ahirwar menjalani pembedahan yang berjaya meluruskan kembali tengkuknya.

Menurut ibu Mahendra, Sumitra, 36, anaknya itu meninggal dunia ketika menonton TV sekitar jam 3 petang.

Bapa Mahendra berkata: "Saya punyai banyak rancangan dan impian untuknya. Saya mahu dia membesar. Dia bercita-cita untuk membuka kedai runci dan kami mahu bantu dia. Kini segalanya musnah.

"Pagi itu (kejadian) dia bermain, sarapan dan mandi sebelum bersiar-siar dengan kerusi rodanya dalam rumah. Selepas makan tengahhari, dia meminta untuk menonton TV. Saya buka rancangan kartun untuknya dan dia batuk sebanyak dua kali.

"Dia meminta saya mengurut dadanya dan cuba batuk untuk kali ketiga, namun selepas itu dia sudah tiada. Saya mula menangis dengan kuat dan memanggil namanya.

"Saya kemudian berlari ke luar rumah dan meminta jiran untuk menelefon doktor. Doktor sampai 15 minit kemudian dan mengesahkan dia sudah meninggal. Saya terduduk ke lantai dan memegangnya dengan kuat. Saya tak mahu lepaskan dia pergi.", katanya.

Doktor yang membedah Mahendra pada Februari, Dr. Rajagopalan Krishnan turut meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Mahendra.

Beliau bagaimanapun berkata kematian Mahendra bukan komplikasi dari pembedahan itu.

"Kematian Mahendra bukan dari komplikasi pembedahan. Jika itu sebabnya dia mungkin sudah tiada di meja pembedahan atau di ICU, bukan lapan bulan selepas itu.

Sumber: Dailymail

Mayat Remaja Lelaki Dikerat 10 Bahagian

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

TANGKAK - Mayat seorang remaja lelaki ditemui dikerat 10 bahagian sebelum dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumahnya terhidu bau busuk sebelum menemui pergelangan kaki mangsa. Hasil siasatan awal menemui lima bungkusan plastik disumbat dalam saluran longkang di tepi rumah pengadu.

"Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badannya, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya.

Polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah tersebut.

Polis sedang berusaha memastikan motif kejadian termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita. Mangsa juga dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Susulan laporan kejadian itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua anggota badan mangsa itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil bagi membantu siasatan. - The Reporter

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Ditemukan, Kepala Ditanam
siakapkeli.my/

Tangkak, 6 Nov: Mayat seorang remaja lelaki ditemukan dalam keadaan dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini hari ini.

Menurut Harian Metro, polis kini masih menyiasat motif pembunuhan dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Idris Samsuri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

Sepasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi.

"Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

"Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, BH Online melaporkan mangsa dipercayai seorang lelaki di bawah 20 tahun.

Sumber: Harian Metro, BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: