16 Messages
Digest #4624
Messages
Mon Nov 7, 2016 4:14 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kami Datang Cuma Nak Duit Saja: Pengakuan Peserta Baju Merah
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Sertai baju merah tapi lebih percaya kepada Malaysiakini
Gerakan baju merah semalam mengadakan himpunan berdekatan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal berita tersebut ditutup.
Himpunan yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu dibuat ekoran dakwaan Malaysiakini mendapat dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawaan Amerika Syarikat, George Soros.
Kehadiran petang semalam dianggarkan sekitar 700 orang.
Namun, berdasarkan perbualan antara wartawanMalaysiakin
Katanya yang enggan identiti didedahkan, beliau sendiri setiap malam sebelum tidur akan melayari Malaysiakini bagi mengetahui hal ehwal semasa.
Menurutnya, beliau lebih percaya dengan laporan Malaysiakini berbanding stesen televisyen dan akhbar-akhbar yang cenderung kepada kerajaan.
"Setiap malam saya baca Malaysiakini, berita yang disampaikan telus tidak ada apa yang hendak disorokkan," ujar beliau dengan berterus-terang.
Mengulas lanjut, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu yang datang dari Bangsar bersama isteri dan anak lelakinya berusia sekitar 10 tahun berkata apa yang berlaku ini adalah agenda politik masing-masing.
"Ini soal politik masing-masing yang mana merek menggunakan platfom sebegini bagi menaikan nama mereka untuk ditunjukkan kepada ketua-ketua mereka," katanya.
Malah, beliau juga turut mempersoalkan apakah kemampuan Gerakan Baju Merah.
"Malaysia ada undang-undang mana boleh kita buat sesuka hati.
"Apa kekuatan Merah nak pertahan negara," soal lelaki terbabit.
Katanya lagi, negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi justeru apa yang dilakukan Baju Merah ini juga adalah hak mereka begitu juga apa yangMalaysiakini lakukan sekarang.
"Kita setiap rakyat ada hak untuk berhimpun kerana kita negara demokrasi.
"Jadi kita tak boleh marah mereka ini hendak berhimpun, Malaysiakinipun tak boleh marah sebab itu ketua pengarang kamu pun begitu mengamalkan demokrasi, dia boleh jumpa Baju Merah," katanya.
Malah dalam pemerhatian Malaysiakini juga mendapati rata-rata peserta himpunan yang hadir petang semalam tidak maklum dengan tujuan kehadiran mereka di hadapan pejabat Malaysiakini.
Rata-rata mereka yang terdiri daripada sekumpulan wanita di pertengahan tahun berkata kehadiran mereka sekadar memenuhi undangan gerakan baju merah.
"Entahlah, kami pun tak tahu. Datang nak bagi sokongan untuk orang Melayu sajalah kot," kata salah seorang peserta himpunan di hadapan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Mereka difahamkan datang dari Sungai Buloh bersama lebih 80 orang dengan menaiki bas kilang dan bas persiaran.
Malaysiakini juga mendapati kehadiran peserta himpunan baju merah petang tadi dihadiri golongan remaja sekitar 14 tahun hingga 18 tahun.
Mereka yang hadir dengan berbaju merah turut memakai mafla tertulis "Himpunan Merah Maruah Melayu"
Malah, dalam perbualan bersama Malaysiakini ada di kalangan remaja terbabit berkata kehadiran mereka dalam himpunan baju merah hanya sekadar mendapatkan sejumlah wang.
Namun, ketika diajukan soalan berapakah anggaran nilai wang tersebut remaja terbabit berlalu pergi meninggalkan wartawan Malaysiakini.
"Kita orang datang nak ambil duit je kak,' kata remaja terbabit.
- mkini
Polis Kawal Malaysiakini Diasak Baju Merah 'Tutup'!
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
MUNGKIN inilah insiden paling pelik di dunia apabila pihak polis yang selama ini dikutuk hina pembangkang sebagai 'anjing' kerajaan tiba-tiba melindungi premis media propembangkang pula!
Ia susulan tindakan ratusan peserta Baju Merah mula membanjiri pekarangan pejabat portal berita antikerajaan, Malaysiakini jam 2 petang Sabtu sebagai lokasi permulaan bagi menentang demonstrasi jalanan haram Bersih 5.
Lokasi tersebut dipilih memandangkan Malaysiakini selain kumpulan Bersih, antara nama yang dikaitkan pernah menerima dana rahsia Open Society Foundation, sebuah yayasan milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos kelmarin bertemu pihak Malaysiakini meminta penjelasan dan pengurusan portal itu mengakui menerima dana daripada Soros yang bertujuan kempen politik di Sarawak.
Peserta Baju Merah yang berhimpun turut melaungkan "Tutup Malaysiakini" dan "Hancur Malaysiakini" di depan pejabat portal itu di Petaling Jaya, Selangor yang dikawal ketat pasukan polis antirusuhan lengkap trak meriam air!
Satu kain rentang dengan tulisan "Maria Chin & Bersih 5 Boneka Soros & Cina DAP" serta kain rentang tertera "Kami sedia bertempur" juga kelihatan dibawa para peserta terbabit hingga mendapat perhatian luas pihak media.
Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga dilihat berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini beroperasi menabur dakyahnya.
Pada asalnya, gerakan Baju Merah dirancang berkumpul di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pagi Sabtu sebagai siri permulaan untuk perhimpunan pada 19 November ini dan penentangan terhadap demonstrasi haram Bersih 5.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur namun telah melarang mereka daripada berkumpul di dataran itu dan kumpulan tersebut terpaksa menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun pula di hadapan pejabat Malaysiakini.
Pasukan polis bagaimanapun dikerah berkawal sebagai langkah berwaspada dan tindakan aneh berkenaan dianggap cukup lucu kerana selama ini portal berita tersebut aktif bebas mengutuk pihak polis dengan pelbagai gelaran jelik!
Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan dan usaha pihak polis dilihat susulan tunjuk perasaan besar-besaran di Jakarta semalam yang bertukar ganas apabila sebahagian besar ibu kota Indonesia itu hampir lumpuh.
Demonstrasi terbesar dalam sejarah melibatkan lebih 200,000 umat Islam itu ekoran kenyataan biadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mempersenda ayat al-Quran ketika berkempen untuk pilihan raya baru-baru ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:14 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hampir 1,000 Berbaris Isi Minyak Percuma Sumbangan Pesara
siakapkeli.my
SUNGAI PETANI, 4 Nov: Hampir 1,000 penunggang motosikal di sini berbaris panjang untuk mengisi minyak petrol percuma sumbangan seorang pesara di sebuah stesen minyak dekat Tikam Batu sejak awal pagi tadi.
Petrol itu disumbangkan bekas pegawai Pejabat Daerah (PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60.
Menurut BH Online, beratus-ratus penunggang motosikal berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi petrol bermula jam 6.30 pagi.
Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol itu adalah sebahagian program sedekah amal jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya untuk meringankan beban masyarakat.
"Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jariah, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Putera Anwar Anwar
8 jam yang lalu
Subhanallah.
Kamaruddin Kassim telah menambah 6 foto baru
a.. Ilmu Sepanjang Zaman
· 4,288 pengikut
· 11 jam · Kuala Muda, Penang ·
Sumbangan minyak percuma oleh Cikgu Abdul Ghani Haron hari ini mulai jam 6.30 pagi - 10.00 pagi utk motosikal sahaja
Sumber: BH Online
Nafisa Rosedi
8 jam yang lalu
Cara ni punya ramai..memang xdan la nak p tunggu penuh2 camtu...klo dan lama dah sampai Shell Tikam Batu ni..minyak moto pree uhh
Muhammad Amzar menambah foto dan 3 video — bersama Ilham Haraki dan 6 yang lain.
a.. Sek men keb kota kuala muda
· 28 pengikut
· 11 jam · Kuala Muda, Penang ·
Masih berlangsung.
Azira Alwee AlfeeAish
8 jam yang lalu
alahai..murahnyer rezeki cikgu....
Kamaruddin Kassim telah menambah 6 foto baru
a.. Ilmu Sepanjang Zaman
· 4,288 pengikut
· 11 jam · Kuala Muda, Penang ·
Sumbangan minyak percuma oleh Cikgu Abdul Ghani Haron hari ini mulai jam 6.30 pagi - 10.00 pagi utk motosikal sahaja
'Terima Kasih Ahli Perniagaan
siakapkeli.my
Orang ramai tidak lepaskan peluang isi minyak di Gebeng.
Kuantan, 6 Nov - Penunggang motosikal di sekitar sini tidak melepaskan peluang untuk mengisi minyak petrol percuma di sebuah stesen minyak di Gebeng, di sini.
Menurut Bernama, petrol itu didermakan oleh seorang ahli perniagaan namun tidak mendedahkan nama ahli perniagaan tersebut.
Sebelum ini, foto viral yang memperlihatkan satu notis pengisian minyak percuma itu dimuat naik di media sosial.
Menurut notis tersebut, tempoh masa bagi pengisian itu adalah pada jam 12 - 2 petang bagi sesi tengahhari dan 4 - 6 petang bagi sesi sebelah petang.
Amal bersedekah petrol mula menjadi ikutan di Malaysia selepas seorang pesara membuat program amal jariah dengan menyedekahkan petrol di sebuah stesen minyak di Tikam Batu, Sungai Petani.
Selepas itu, seorang remaja pula tampil menyedekahkan 359 liter kepada pemilik motosikal di sekitar Segamat.
Orang ramai tidak lepaskan peluang isi minyak di Gebeng.
Sumber: Twitter Bernama
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:15 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Seorang Sahaja Menghina Islam Di Indonasia... Malaysia Bagaimana?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
Polis di Jakarta, Indonesia melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan umat Islam pada hari Jumaat. Berpuluh-puluh ribu telah bangkit untuk menuntut peletakan jawatan Gabenor Kristian Jakarta yang telah menghina Al-Quran.
Di Malaysia penghinaan kepada Islam berluasa tanpa sebarang bantahan, malah ada parti politik mendakwa parti Islam tetapi bersama dengan kapir menghina undang-undang Islam sendiri.
Kredit
Reuters
Media Indonesia
Rusuhan di Jakarta: Widodo tangguh ke Australia
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Polis Indonesia menahan 10 orang yang didakwa telah menghasut keganasan pada perhimpunan besar-besaran bagi mendesak tindakan diambil ke atas Datuk Bandar Jakarta yang dituduh menghina Islam.
Keganasan yang berlaku di Jakarta itu menyebabkan Presiden Joko Widodo menangguhkan lawatannya ke Australia pada hari ini.
Widodo telah menghadapi kritikan kerana gagal untuk mengekang kumpulan pencetus perhimpunan yang telah berjanji untuk membawa berpuluh-puluh ribu orang menyertai protes itu.
Protes itu berlangsung sejak semalam.
Pada sidang media selepas tengah malam semalam, Widodo menunding jari kepada "pelakon politik" kerana menyemarakkan kemarahan terhadap Basuki Tjahaja Purnama, yang sebelum ini menawarkan diri untuk pemilihan semula pada bulan Februari datang.
Beliau bakal bersaing dengan dua calon Islam untuk menerajui jawatan itu.
Widodo merancang untuk mengunjungi Australis selama dua hari mulai esok bagi meningkatkan hubungan dua hala termasuk fokus kepada ekonomi dan kerjasama maritim.
"Melihat keadaan semasa, Presiden Indonesia perlu berada di sini. Presiden Joko Widodo memutuskan untuk menangguhkan jadualnya ke Australia," menurut kenyataan daripada pejabatnya.
Seorang disahkan mati dan lebih 100 orang dipercayai cedera akibat keganasan itu dan kebanyakan pegawai polis. - MalaysiaGazette
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Nov 7, 2016 4:15 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kenapa Peminjam PTPTN Tidak Dapat Keistimewaan Seperti Riza Aziz Soal Mahasiswa.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Daripada awal lagi, seluruh rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Datuk Seri Najib Razak akan ke China atas urusan rasmi kerajaan.
Yang rakyat tidak tahu dan terkejut apabila secara terang-terangan anak tiri perdana menteri kita berada sekali dalam jet rasmi kerajaan dalam lawatan itu.
Kita sedia maklum bahawa Riza Aziz antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB tetapi masih bebas bergerak ke luar negara seperti tidak ada rasa bersalah.
Lebih malang, apabila pergerakan beliau ke luar negara terpaksa ditaja oleh rakyat menggunakan jet rasmi kerajaan.
Persoalannya, mengapa Riza Aziz boleh bebas bergerak sedangkan di belakang tengkuk beliau terbeban dengan isu skandal 1MDB yang berkait rapat dengan kewangan negara dan wang berjumlah berbilion ringgit?
Mengapa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat keistimewaan yang sama walaupun hanya gagal membayar hutang berjumlah ribuan ringgit sahaja.
Jumlah ini jauh lebih kecil nilainya berbanding dengan skandal Riza Aziz.
Adakah semua peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib Razak untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa?
Rakyat perlu tanya kepada kerajaan apakah pendirian mereka terhadap individu yang disenarai hitam daripada bergerak keluar negara?
Adakah mahasiswa yang tidak mampu membayar hutang ini jauh lebih jahat daripada seorang anak tiri perdana menteri yang terpalit skandal kewangan negara?
Sekiranya benar-benar serius menguruskan kewangan negara, kerajaan seharusnya memburu individu yang dikatakan terlibat dengan skandal wang rakyat dan hidup mewah ini dahulu sebelum memburu mahasiswa yang belum tentu cukup makan selepas bergraduasi.
Ini kerana keadaan ekonomi yang mendesak hasil tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menguruskan sumber negara.
ASHRAFF NAZRIN aktivis mahasiswa #TangkapMO1 (surat pembaca Malaysiakini)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:16 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bas bawa pekerja rapid terbakar selepas terkena kabel elektrik putus
bloglist-malaysia.
Pasangan Dipercayai Suami Isteri Maut, Kereta Dipandu Dihempap Kren Terbalik
siakapkeli.my
KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas kereta yang dinaiki mereka telah dihempap oleh sebuah 'static kren' yang terbalik, lapor Berita Harian.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mereka melalui kawasan Persiaran Astana, Klang di mana sebelahnya merupakan kawasan pembinaan.
Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala. - Siakapkeli.my
✔ @bernamadotcom
Dua maut kereta dinaiki dihempap sebatang besi kren dari tapak projek pembinaan di Jalan Meru, Klang, tengahari tadi - Bomba (Foto awam)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:16 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Siapa yang kena kencing ni
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Bercakap pasal presiden PAS kena kencing teringat penulis dengan hadis Wasilah menghapirkan diri kepada Allah Subhanahu watala dan pencapaian cintanya sepertimana yang maksudnya:
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, katanya: Rasulullah Shallahu alahi wasallam telah bersabda: sesungguhnya Allah subhanahu wataala berfiram: " barangsiapa memusuhi wali waliku, sesungguhnya aku mengisytiharkan perang keatasnya. Dan tiadalah seorang hamba itu menghampirkan diri kepadaku dengan sesuatu yang lebih aku cintai melainkan dengan barangsiapa yang telah aku fardhukan keatasnya, berterusanlah hambaku mendekatkan dirinya kepadaku dengan mengerjakan (amalan amalan) nawafil hinggalah aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, aku akan menjadi pendengaranya yang dengannya ia mendengar, aku adalah pengelihatannya dengannya ia melihat dan tangannya dengannya ia memegang dan kakinya dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dariku, aku akan mengurniakannya dan jika memohon perlindungan denganku, aku akan melindunginya" (Diriwayatkan oleh Al- Bukhari)
Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari didalam Ar Raqaq (Bab Tawadhu) Hadis no 6137 ini menyatakan sesungguhnya Allah subhanahu wataala memelihara dan menjaga para walinya dengan cinta dan pemeliharaanya. Dan Memerangi mereka yang buat jahat (memusuhi dan membenci) terhadap wali walinya.
Perkataan Presiden Pas kena kencing (memusuhi) yakni menyakiti, membenci, memarahi dengan perkataan dan perbuatan. Bukan sekatat itu sahaja malah boleh juga kita maknakan sebagai menghina wali Allah (alim ulamak)
Allah Subhanahu wataala isytihar perang terhadap mereka yang makan riba dan Allah subhanahu wataala isytihar perang juga terhadap mereka yang memusuhi walinya.
Bayangkan, jika Allah subhanahu wataala isytihar perang dengan mereka yang memusuhi wali walinya. Sudah pasti tindakan itu amat di murka dan besar dosanya.
Sesungguhnya aku mengisytiharkan perang atas mereka. Maknanya mereka yang menyakiti sesorang mukmin, sesungguhnya ia telah menyakiti Allah subhanahu wataaala.
Seorang wali Allah yang telah kena kencing tidak rasa kecewa dan tidak sekali kali putus asa dengan usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.
Allah nyatakan sepertimana firmannya yang maksudanya: Ingatlah! Sesungguhnya wali wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) bersedih hati (iaitu) orang orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada pengubahan bagi kalimah kalimah (janji janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar…(surah Yunus ayat 62-64).
Kita yang mengaku beriman dan mencintai Allah kena ingat bahawa isytihar perang terhadap mereka yang membenci dan memusuhi wali walinya bukan suatu yang kecil dan boleh buat main main atau dipandang ringan.
Ia adalah suatu kesalahan yang nyata yang terjadi didalam kehiudpan laum muslimin dizaman akhir akhir ini kerana wali wali Allah suatu kedudukan yang tinggi yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang beriman dan bertakwa.
Setiap orang yang menyakiti , memusuhi dan membenci wali wali Allah dan bertindal melampaui batasan keatas harta, diri dan kehormatannya , maka Allah subhanahu wataala mengisytihar perang keatas mereka dan sama terhadap pemakan riba dan ia membinasakan kehidupannya didunia dan akhirat nanti.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, November 02, 2016 10:15 PM
Subject: Fw: Tak Kisah Walaupun Sudah 13 Kali Ditipu
Idris Ahmad: PAS Tak Kisah Walaupun Sudah 13 Kali Ditipu UMNO
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.
Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.
"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah,
Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.
Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.
Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.
Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.
Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.
ISH AJAIBLAH BENDA NI...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Persoalannya mengapa sekarang kalian menentang?
RUU Hudud: Hadi Kena Kencing Dengan Umno..
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.
Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.
"Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily.
Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.
"Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya.
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.
Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.
Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.
RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT
RUU 355: AZALINA SENGAJA ALIH MASA PEMBENTANGAN USUL PAS?
bloglist-malaysia.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
RUU 355: Azalina sengaja alih masa pembentangan usul Pas? Print EmailRata-rata pengguna media sosial menyifatkan Pas sudah ditipu atau 'dikencing' apabila Menteri Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut WFauzdin NS, kenyataan Azalina itu dilihat sebagai sengaja berbohong memandangkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan sebelum ini menganjakkan nombor giliran usul tersebut kepada nombor satu dalam aturan mesyuarat
"Bukankah dia (Azalina) menteri yang cadangkan usul itu dibaca serta-merta dan diangkat dari nombor 15 kepada nombor 1 dalam sesi Parlimen sebelum ini dek kerana pentingnya RUU Akta 355 itu?
"Selaku Menteri dalam kerajaan, takkan dia tak boleh desak Speaker agar RUU Akta 355 itu dibahaskan kali ini? Kalau kamu tak yakin, mengapa kamu cadangkan itu hari? Sengaja mahu kencing?
"Kamu harus ingat wahai Azalina, orang yg mengencing itu berdosa, manakala yg kena kencing tu tak berdosa. Faham?" sindirnya dipetik dari Facebook.
Berbeza dengan netizen Man Toba yang menganggap Umno tidak 'kencing' Abdul Hadi memandangkan Ahli Parlimen Marang itu disifatkan berada di pihak Umno.
"Aku tak kata Umno kencing Hadi. Sebab Hadi bersama umno, mana mungkin Hadi tak diberitahu akan Azalina akan percepatkan bacaan RUU beliau dari tempat 15 terus langkau ke nombor 1?
"Dah diberi kesempatan, boleh pula pura-pura tangguh? Kau (Hadi) mohon, lepas itu kau tangguh? Pendapat aku, ini semua komplot Umno dan Hadi bagi memecahkan Pakatan Rakyat.
"Sejak dulu lagi aku meragui geng-geng Hadi, Takiyudin, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa, Mustafa bekas Setiausaha Pas, Razman Zakaria, Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dr Zuhdi, Nik Abduh, Tantawi, Din ayam, dan ramai lagi.
"Mereka semua geng yang memainkan peranan undurkan Pas kebelakang. Pengikut Pas tidak akan nampak misi mereka kerana taksub telah membutakan mata mereka.
"Kini BN ada satu tambahan kekuatan untuk kekal iaitu pembangkang yang lemah. Masihkah kalian tak nampak permainan mereka?" soal Man Toba.
Untuk rekod, usul pindaan Akta 355 yang berada pada giliran nombor 15 iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen telah dipercepatkan oleh Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya dapat dibahas pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Walau bagaimanapun, selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju supaya usul tersebut dibahaskan, Abdul Hadi memohon supaya ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5).
Artikel berkaitan: Pas tidak rugi apa-apa jika jika dikencing lagi, kata naib presiden. Malaysia dateline
Akhirnya Azalina Kata Tak Cukup Masa Untuk RUU Hadi..
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Mudah saja UMNO permainkan Hadi dan PAS.. dari nombor empat ditolak ke nombor tujuh.. akhirnya ditolak terus...
Kah.. Kah.. Kah..
Kan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dah pesan.."
Tapi bila Tok Guru dah tak ada.. pesan Almarhum pun dilupakan, UMNO yang sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan PAS dipercayai pulak untuk menyokong RUU memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah..
Najib pun bukannya bodoh sangatlah..
Matlamat dia nak pecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu Hudud dah tercapai.. kenapa dia nak jaga hati PAS pulak?
Laporan berkaitan..
Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.
Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.
"Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily.
Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.
"Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya.
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.
Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.
Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.
RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT
Ada yang bangga kononnya merekalah yang paling berpengalaman dalam menentang UMNO.. tapi bagi akulah.. pengalaman kalah memanjang itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:18 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pergaduhan Tercetus Apabila Suami Balik Rumah Dan Dapati Isterinya Bersama Penguin Lain
siakapkeli.my
Satu pergaduhan tercetus apabila seekor penguin jantan yang baru pulang ke sarang mendapati isterinya bersama dengan penguin lain.
Setibanya ia di sarang, satu pergaduhan tercetus antara si suami dan kekasih gelap isterinya.
Selepas selesai pergaduhan menampar sayap berdarah, kedua-dua ekor penguin itu memanggil si penguin betina dan menyuruhnya memilih antara satu.
Namun malang buat si suami apabila isterinya memilih si pemecah belah rumah tangga itu.
Tidak mahu berputus asa, si suami mengekori dan menyerang penguin jantan itu ketika ia memasuki sarang bersama si isteri.
Sekali lagi pergaduhan berdarah tercetus dan si suami teruk dikerjakan oleh kekasih gelap isterinya sehingga darah membasahi seluruh badan.
Kemudian, si suami sekali lagi memanggil isterinya untuk memilih antara satu. Namun retak hatinya apabila si isteri sekali lagi memilih kekasih gelapnya biarpun dia sudah mempunyai anak hasil hubungan dengan suaminya.
Si suami kemudian pergi meninggalkan kedua-dua penguin tersebut.
Video kejadian di rakam dan dimuat naik oleh National Geographic.
Penguin main kayu tiga, bergaduh dengan skandal isteri yang curang
sarawakvoice.
Bukan hanya manusia yang punya perasaan cemburu. Haiwan pun tidak mahu pasangannya bermain kayu tiga.
Itulah yang dapat dibuktikan daripada kisah penguin yang begitu mengejutkan ramai.
Peristiwa itu dirakam dan disiarkan oleh National Geographic malam semalam.
Seekor penguin jantan naik minyak apabila mendapati si isteri bermesra dengan penguin jantan lain.
Betapa tidak, selepas bekerja keras di luar, penguin itu mendapati isterinya bermain kayu tiga dengan penguin lain di sarangnya.
Bagai dikuasai emosi, penguin itu pun mengamuk dengan menerkam penguin jantan berkenaan apabila ia didapati dalam keadaan yang sepatutnya dilakukan oleh isteri.
"National Geographic recently released a video of two male penguins brutally fighting after one of them caught the other in a 'compromising position' with its wife," lapor satu portal.
Maka bermulalah pergaduhan yang seru.
Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.
Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' si isteri pulang ke sarang, sambil sang suami mengekori.
Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana sang isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.
Akhirnya, sang suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada sang isteri, umpama merayu supaya si isteri menerimanya kembali.
Si isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan si suami berlalu pergi.
Rakaman tersebut segera viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.
"Si suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.
"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.
"Si suami merayu kepada si isteri, tetapi si isteri tidak mahu menerima si kalah," tulis Jac
Kebanyakan penonton terkejut bagaimana penguin berkenaan menggunakan sayap untuk memukul dan berkelahi sehingga berdarah.
Sayap berkenaan dapat memukul sasaran dengan lapan pukulan dalam sesaat.
Jadi, jangan fikir, haiwan pun tak tercedera perasaannya jika pasangannya curang. – Sarawakvoice
'Penguin Pun Boleh Curang Apatah Lagi Kau', Netizen Emosi Kisah Penguin Pukul 'Skandal' Isteri
malaysiandigest.
KISAH pergaduhan tragik membabitkan dua ekor penguin jantan yang dikatakan saling bergaduh selepas 'sang suami' yang baharu pulang mencari 'rezeki' berang melihat 'si isteri' bersama dengan penguin jantan lain telah mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial.
Rakaman yang disiarkan National Geographic pada Sabtu lalu bukan sahaja menimbulkan rasa geli hati segelintir pengguna media sosial, malah insiden tersebut turut mencetuskan rasa emosi segelintir netizen apabila mereka secara sinis dilihat menggaitkan percintaan tragik haiwan itu dengan masyarakat sekeliling.
Menerusi laman Twitter, kata kunci 'penguin curang' dan hashtag 'penguin fight' digunakan netizen di seluruh dunia termasuk di Malaysia untuk meluahkan rasa 'geram' dan sakit hati terhadap perbuatan individu curang.
"Sedinya... haiwan yang tidak berakal pun boleh curang. Kepada manusia yang curang, kau sama je macam penguin," tulis pengguna Twitter Abang Aiman @aimansalim_ .
"Penguin pun boleh curang, inikan pula pakwe (teman lelaki) kau yang kau yakin cinta dia takkan berubah tu," tambah Alexsha Turner @shasharyzal.
_danialhaiman @DaniHaiman menulis: "Penguin sebagai binatang pun pandai marah bila tengok pasangan dia curang inikan pula manusia yang ada beribu perasaan."
Sementara Hafiz Kenny @hafizkenny berkata: "Penguin jantan tu sampai berdarah muka sebab wife (isteri) dia curang dengan dia #RelationshipGoals."
"Ingatkan manusia je yang pandai bab curang ni rupanya penguin pun pandai juga," ujar MF @Ewan_Shahad.
Foto: Twitter
Foto: TwitterBagaimanapun
"Sekali rupa-rupanya penguin tu gaduh atas sebab-sebab lain, narrator tu yang lebih-lebih buat ayat kata bini curang. #mediacontroleveryt
Menurut portal tersebut, insiden pergaduhan kedua penguin jantan itu bermula apabila 'si suami' yang pulang ke sarang mendapati 'si isteri' bersama penguin jantan lain mengakibatkan 'si suami' naik angin dan terus menerkam 'skandal
Kedua-dua penguin jantan itu memukul satu sama lain mengakibatkan masing-masing berlumuran darah. Bagaimanapun, 'skandal' si isteri dilihat tidak mahu meneruskan pergaduhan itu dan pulang ke sarang, namun si suami mengekorinya sehingga menyebabkan sekali lagi berlaku pergaduhan.
Bagaimanapun, hubungan kedua pasangan penguin itu dikatakan 'berakhir' apabila si isteri lebih memilih skandal berbanding si suami, lapor portal tersebut.
Memetik portal tersebut lagi, bagi sesetengah spesis, tempoh mengawan hanya berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu selama tiga minggu bermula pada akhir Oktober.
Malah, bagi spesis penguin, haiwan tersebut terkenal dengan sifat setia kepada pasangan mereka, di mana 72 peratus daripada penguin akan kembali mengawan dengan pasangan yang sama seperti tahun sebelumnya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Nov 7, 2016 4:42 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu & Tentang Pinjaman 55 Billion.
bloglist-malaysia.
amenoworld.net
Posted by Ameno World
Baru-baru neh kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.
East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur adalah dalam versi bahasa.
Apa itu projek ECRL?
Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Bandar Tumpat di Kelantan.
Kenapa perlu projek ini?
Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;
i. Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.
ii. Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.
iii. Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.
iv. Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.
Adakah ianya baik untuk rakyat?
Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.
Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.
Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.
Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.
Apatah lagi jika benar kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.
Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?
55b setakat ini (5 November 2016)
Dari mana kerajaan dapat wang?
Export-Import Bank Of China. Ataupun lebih dikenali sebagai EXIM.
Mereka akan membiayai projek keretapi ini. Di mana kerajaan perlu membayar semula dalam tempoh 20 tahun. Manakala kontrak pembinaan pula diberikan kepada CCCC. Iaitu China Communication Construction Company Ltd.
Baca : CCCC yang dapat projek bina laluan rel berkembar di blacklist World Bank.
Memetik laporan The Star pada 1 November lepas (sini) ;
- Selama 7 tahun. Malaysia akan dikecualikan daripada membayar apa-apa pinjaman pokok mahupun bunga kepada EXIM.
- Manakala tempoh pembayaran akan berlangsung selama 20 tahun.
- Bunga yang dikenakan juga 'below market price'. Iaitu lebih rendah dari paras semasa. 55b ini adalah soft loan (bunga pinjaman yang rendah).
- China juga akan lead (menyediakan) dalam urusan reka-bentuk, bahan-bahan, peralatan, kejuruteraan dan segala kaitan perincian tentang projek dan deliver kepada Malaysia.
Apa lagi tentang ECRL?
Projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan akan siap 5 tahun selepas itu. Projek ini dilaporkan ada 3 fasa utama.
Fasa pertama melibatkan laluan Pelabuhan Klang ke Kuantan.
Fasa kedua melibatkan laluan Kuantan ke Kuala Terengganu.
Fasa ketiga melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat.
Tetapi kenapa projek ini menimbulkan kekecohan dan kritikan awam?
Kenapa kecoh-kecoh? Ini adalah sebab-sebabnya.
1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.
2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik
Meskipun penulisan Sarawak Report agak tersasar iaitu kos projek ini bernilai 55b bukannya 60b namun masih berlaku kenaikan berbanding anggaran kos asal.
3. Rafizi juga mendakwa di mana projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan
4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.
5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.
6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?
7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?
8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.
Kesimpulannya?
Bagi aku, projek ini ada manfaatnya. Sebab ia pengangkutan awam. Dan aku suka pengangkutan awam kita meliputi kesemua tempat. Tak tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja. Aku kurang gemar jika ada yang berpendapat pengangkutan awam hanya perlu kepada bandar atas tujuan keuntungan. Sebenarnya, menyediakan kemudahan pengangkutan awam juga merupakan perkara asas pada kehidupan zaman sekarang. Seperti rumah, rasa selamat, makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan awam juga merupakan satu keperluan yang tidak patut dinafikan mengikut jumlah majoriti - minoriti.
Namun, harapnya projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat sepertimana yang kerajaan visikan. Tiada tujuan tersembunyi yang akan menyeksa rakyat di kemudian hari.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, November 02, 2016 10:12 PM
Subject: Fw: ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yg Sepatutnya.
Rupa2nya Projek ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yang Sepatutnya.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot.
Beberapa anggota Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang tidak mengikut beberapa proses kelulusan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, ECRL tidak mengikut kajian pra-keboleh upayaan atau pre-feasibility study (PFS), kajian keboleh upayaan atau feasibility study (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau final investment decision (FID).
Kata beliau yang juga setiausaha agung PKR itu, kajian berkenaan melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Kami, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan di atas perkembangan terkini berkaitan projek ECRL yang dilaporkan akan menelan belanja RM55 bilion.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan serta berapa kenaikan harga tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan kerajaan China," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen. hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Dalam pada itu, mereka mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komitmen kepada kerajaan China.
"Oleh yang demikian, kami mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan di Parlimen (berkenaan) 3 kajian ini iaitu PFS, FS dan FID sebelum sebarang komitmen diberikan kepada Kerajaan China.
"Ia kerana jumlah RM55 bilion adalah jumlah yang besar dan perlu diluluskan Parlimen,"tegasnya.
Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin yang lalu dengan syarikat Malaysia dan China akan memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Sumber : Malaysiakini
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ahli Pemuda Umno Cadang Kerajaan Benarkan Rakyat Hisap Ganja
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
SYED ROSLI: 'Hisap ganja untuk hilangkan tekanan kos sara hidup' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekali gus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.
"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.
"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.
"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Cadangan kaji semula
Pada Rabu, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.
Muhamad Ridhwan bagaimanapun menegaskan tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.
Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.
Cadangan itu turut mendapat reaksi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitternya.
Ada portal sebelum ini melaporkan, persepsi pemain muzik Reggae dengan gejala menghisap ganja amat sukar dipisahkan.
Negara luar
Dalam pada itu kata Syed Rosli, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy sendiri dalam isu ganja itu harus diberi perhatian oleh kerajaan.
"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.
"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengakui dakwaan terdapat ekstrak perisa ganja di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan sesetengah pengguna rokok elektronik termasuk vape.
- sinar harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Di China, Pemandu Yang Memandu Dengan Lampu Tinggi Dihukum Tenung Cahaya Lampu itu Selama 1 Minit
siakapkeli.my
SHENZHEN - CHINA. Polis di selatan China mendenda pemandu yang menggunakan lampu tinggi semasa memandu dengan menyuruh mereka merenung cahaya lampu itu selama satu minit.
Foto hukuman itu dikongsi oleh laman web Weibo Polis Trafik Shenzhen yang mana menunjukkan pemandu dikehendaki duduk diatas kerusi dan merenung lampu kereta tinggi selama seminit.
"Malam ini kami menjalankan denda ke atas pemandu yang menggunakan lampu tinggi," tulisnya dalam perkongsian yang mendapat lebih dari 80,000 likes dan lebih 90,000 perkongsian.
Selain denda itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut turut didenda 300 Yuan (RM185).
Kaedah hukuman itu pernah dijalankan pada 2014 dan mendapat kritikan ramai. Namun ia dilaksanakan semula pada Selasa lalu.
Kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakan tersebut sebagai pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.
Pada tahun lepas, polis trafik Shenzhen menjalankan hukuman unik kepada pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu membayar denda yang dikenakan.
Foto 2014
Foto 2014
Foto 2014
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 4:44 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Anggota Polis sering dicaci maki orang awam, luahkan perasaan
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net
ANGGOTA Polis bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM yang sebelum ini menghubungi facebook MiLo SuaM turut mendedahkan bahawa dirinya dan rakan-rakan setugas sering dicaci maki oleh orang awam kerana lewat tiba di lokasi kejadian.
Dia mendedahkan bahawa keadaan 'Land Rover' PDRM yang dipandunya sangat teruk serta membahayakan nyawa ketika bertugas.
Keadaan brek kenderaan yang tidak berapa cengkam, ditambah dengan 'steering wheel' bergegar-gegar menyebabkan dia dan rakan-rakan setugas sering kali lewat tiba di lokasi kejadian, contohnya ketika menjalankan tugas Am menghantar mayat ke hospital.
Dakwanya lagi, perkara inilah punca dia dan rakan-rakan sering dicaci maki oleh orang awam terutama keluarga si mati akibat keadaan kenderaan yang uzur menjejaskan kecekapan tugas.
Dia bimbang, jika memandu laju dengan keadaan kenderaan yang uzur seperti itu mungkin akan menyebabkan rakan setugas lain pula terpaksa menghantarnya ke hospital (selepas jadi mayat).
Menurutnya lagi, kerajaan sudah tiada wang untuk selenggara kenderaan Polis, apa lagi meminta kenderaan baru untuk kebaikan bersama.
"Apakan daya, jet Jibby (Najib Razak) sahaja yang baru, Landrover buruk jugalah yang kami kena pakai," luahnya kepada admin Facebook MiLo SuaM.
Anggota Polis yang meminta identitinya tidak didedahkan itu juga berharap jika perkara ini boleh diketengahkan, dibawa ke parlimen.
Dia turut meluahkan rasa simpati kepada anggota polis lama yang sudah banyak berjasa namun terpaksa juga gunakan kenderaan yang dah nak runtuh ditambah dengan rasa panas ketika dipandu.
Dari sini dapat kita lihat, semua lapisan masyarakat terbeban dan menjadi mangsa akibat kegagalan pentadbiran Najib Razak. Duit cukai GST nampaknya bukan diguna untuk senangkan rakyat tapi tambah beban lagi.
Hanya machai dan pengampu Najib sahaja yang masih gembira dengan keadaan negara hari ini. Machai ni memang bodoh, kalau mati pun mayat dia senyum.
Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/anggota-polis-sering-dicaci-maki-orang.html#ixzz4P95K2t6E
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Berapa ramai rakyat boleh beli kereta kalau harganya Tunai?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Hari ini graduan yang baru dapat kerjapun dengan mudah boleh beli kereta dengan pembiayaan 100% dari bank di bawah skim graduan, jadi apa nak heran kenapa jalanraya sesak dengan kenderaan.Yang perlu diberi perhatian ialah setelah mendapat kereta, setiap individu terpaksa menanggung beban kewangan dan beban inilah sekarang menjadi igauan kepada setiap rakyat walaupun kerajaan dakwa MP tersebut sentiasa menolong rakyat meringankan beban ini tetapi Tol semakin naik, minyak juga harganya tinggi.Oleh itu menggunakan alasan jalanraya sesak untuk menafikan beban rakyat kerana GST itu bodoh dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang MP yang berkhidmat untuk rakyat.MP tersebut membohongi rakyat dan tidak layak jadi MP.
Begitu juga dalam kes Umrah, Umrah adalah wajib bagi kali pertama keatas setiap muslim, jadi mahu tak mahu,setiap muslim itu berusaha untuk menunaikan umrah sama seperti menunaikan haji walaupun harga untuk menunaikan umrah itu semakin tahun semakin naik,Apa pilihan yang kita ada? walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan lain dan berjimat cermat kita masih perlu untuk menunaikan umrah dan haji.Keutamaan untuk perbelanjaan umrah dan haji adalah keutamaan umat Islam dan Tabung Haji meyediakan kemudahan simpanan di mana umat Islam hampir keseluruhannya menggunakan kemudahan ini.Itu sebabnya jumlah yang pergi umrah itu ramai dan ini tdak menggambarkan kemewahan rakyat yang sebenarnya masih perit dalam kehidupan hariannya.Mana sumbangan kerajaan untuk meringankan beban.Alasan umrah juga merupakan alasan bodoh.
GST tetap menyusahkan rakyat tak kira seramai mana yang ada kereta atau seramai mana yang pergi umrah.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Saya Tak Nampak Rakyat Susah & Menderita Pun, Saya Tengok Lebuh Raya Sesak - UMNO
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA LUMPUR - Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat.
Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST.
"Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia.
"Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata,
Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang memutar belitkan dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat Malaysia menderita.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kenapa Rasulullah s.a.w. Tidak Kencing Berdiri?
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Kencing atau bahasa halusnya buang air seni ini sudah bukan suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktivitas ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktivitas inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.
a.. Hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu "anha, di mana beliau berkata,"Siapa yang bilang bahwa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri."
b.. Dari Aisyah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara medis kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit kencing batu pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian pria.
Secara agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan shalat, ketika akan ruku' atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpencar ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka shalat yang dikerjakannya tidak sah karena air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya shalat adalah suci dari hadats kecil maupun hadats besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin karena pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesehatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari", karena memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah bathin, karena sisa-sisa air dalam pundit-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembek dan kendur. Berbeda dengan buang air jongkok, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, karena masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan kencing batu. Kenyataan membuktikan bahwa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong seni dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpencar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/
Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada pria selain dari penyebab kencing batu.
a.. Sesungguhnya banyak siksa kubur dikarenakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi)
b.. Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
Demikian hikmahnya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Salam melarang kencing berdiri. Dan bagi muslim yang shalat, kadang setelah keluar dari WC dan mau shalat, ketika ruku' dalam shalat kita merasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan, itu adalah sisa air kencing yang tidak habis terpencar akibat dari kencing berdiri yang tidak tuntas keluar, hal ini menyebabkan shalat tidak sah karena salah satu sarat sahnya shalat adalah bersih dan suci dari najis baik hadats kecil maupun hadats besar, dan air kencing merupakan najis.
Sehingga Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasalam sering mengingatkan dalam sabdanya: "Hati-hatilah dalam masalah kencing karena kebanyakan siksa kubur dikarenakan tidak berhati-hati dalam kencing".
Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di kamar mandi (WC) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesehatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasalam.
1.. Buang air jongkok (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat)
2.. Menggunakan alas kaki. Menurut penelitian di Amerika di dalam kamar mandi/WC ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk lewat telapak kaki orang yang ada di WC tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merusak jaringan otak yang menyebabkna otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga pikun. Sandal hendaknya diletakkan di luar WC, jangan di dalam WC, karena semakin kotor, lembab dan tak mengenai sasaran kebesihan.
3.. Masuk kamar mandi/WC dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar kamar mandi) dan setelah keluar dari kamar mandi. Berbeda jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
4.. Beristinja' dengan air dan dengan tangan kiri.
5.. Beristinja' (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinja' juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan 'belakang' sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.
6.. Jangan merancang/merencana
7.. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi qiblat, apabila lubang WC menghadap qiblat hendaknnya ketika buang air badan agak diserongkan sedikit
Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam kamar mandi maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke kamar mandi beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
SUMBER : KHALIDAABDULLAH
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Konsesi China Yang Najib Bagi Projek RM55 Bilion Pernah Disenaraihitam World Bank
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Pendedahan mengejutkan apabila konsesi China yang baru-baru ini dianugerahkan projek landasan keretapi bernilai RM55 bilion oleh kerajaan Datuk Seri Najib Razak sebenarnya pernah disenaraihitamkan oleh World Bank.
World Bank menyenaraihitamkan (debartment) CCCC selama 8 tahun (12 Januari 2009-12 Januari 2017) atas dakwaan fraudulent practices.
Ini kerana CCCC adalah designated successor entity kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC)... lihat di SINI
World Bank Applies 2009 Debarment to China Communications Construction Company Limited for Fraud in Philippines Roads Project
July 29, 2011
------------
Washington, July 29, 2011−The World Bank today announced the debarment of China Communications Construction Company (CCCC) Limited, and all its subsidiaries, for fraudulent practices under Phase 1 of the Philippines National Roads Improvement and Management Project. Under the sanction, CCCC is ineligible to engage in any road and bridge projects financed by the World Bank Group until January 12, 2017. This action is based on recent changes in the World Bank sanctions system to clarify that successor organizations – through purchase or reorganization – will be subject to the same sanctions applied to the original firm.
CCCC is the designated successor entity to China Road and Bridge Corporation (CRBC) which, along with six other firms and one individual, was debarred by the World Bank for eight years, beginning January 12, 2009, following an investigation of the National Roads Improvement and Management Project by the World Bank's Integrity Vice Presidency (INT). No World Bank funds from the NRIMP project were disbursed to any of the sanctioned firms.
As part of its development program, the World Bank has been working with the Government of China on strengthening its approach to dealing with governance and corruption. Earlier this year the Bank recognized and appreciated that China's National People's Congress amended the country's criminal law to make it an offence for Chinese companies and Chinese nationals to bribe foreign government officials. The law applies to companies organized under Chinese law and would include Chinese companies overseas and wholly foreign-owned enterprises in China.
About the World Bank Integrity Vice Presidency (INT)
• 117 investigations in FY10, with 45 debarments of firms and individuals for engaging in wrongdoing.
• 32 referrals of investigative information to governments and anticorruption agencies, based on completed INT investigations, for follow-up national action.
• A cross-debarment agreement among the Multilateral Development Banks, so that companies debarred by the Bank Group can no longer seek business from other multilateral development banks (MDBs), closing a loophole in multilateral development programs.
• An International Corruption Hunters Alliance bringing together 250 senior officials from 134 countries, to inject momentum into global anti-corruption efforts.
• Cooperation agreements in support of parallel investigations, asset recovery and information sharing with the UK Serious Fraud Office, the European Anti-Fraud Office, the International Criminal Court, USAID, and the Australian Agency for International Development.
• High-profile debarments in the past two years, including UK publisher Macmillan Limited and Siemens OO (Russian subsidiary). As part of the settlement with the World Bank, Siemens AG agreed to pay $100 million to support the global fight against corruption.
• Enhanced preventive training in FY10, INT staff training nearly 1,200 people in preventive activities such as identifying red flags in procurement and managing integrity risks in development projects.
Bukan sahaja disenaraihitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah pegawai kerajaan di negara terbabit.. lihat di SINI
Blacklisted Chinese bridge building company has history of backhander deals
Malta Independent Monday, 21 July 2014, 11:00 Last update: about 3 years ago
The blacklisted state-owned China Communications Construction Company (CCCC) that gifted Malta a 'free' €4 million feasibility study on building a bridge between Malta and Gozo has a history of greasing the palms of officials in third world countries.
Government-to-
Just last week, two Tanzanian officials were charged with fraudulently awarding a bloated contract worth more than $523 million to CCCC to expand the capital city Dar es Salaam's main port. The project was abandoned when officials queried the inflated costs of the project, which were double those of similar projects.
Earlier this year, a Kenyan MP said "shadowy forces" were behind the awarding of a contract to CCCC for the building of a railroad. CCCC carried out a 'free' feasibility study on the project, whose cost have been steadily inflating.
Western companies often find it difficult to compete for contracts with their Chinese counterparts due to their penchant for bribing foreign officials.
During his recent visit to China, Prime Minister Joseph Muscat met the president of the blacklisted company in order to discuss progress on the bridge feasibility study. The project has been criticised all round for its environmental impact and the fact that the government is dealing with a blacklisted company.
Dr Muscat instructed the company to give more attention to the environmental impact of the project rather than merely assessing its technical feasibility. A subsidiary of the same company will likely also be responsible for the building of a breakwater between Valletta and Sliema.
Dr Muscat has said that CCCC will be involved in "other projects," which could very well include dredging Marsaxlokk harbour and supplying an LNG tanker. Such projects are in CCCC's line of business through its subsidiary, China Harbour Engineering. In 2010, the youngest son of a former Bangladesh prime minister was jailed for accepting bribes from the company for the Bangladesh Chittagong Port project.
Blacklisting
CCCC is blacklisted by the World Bank, the African Development Bank, the Asian Development Bank, the Inter-American Development Bank, the European Bank for Reconstruction and Development, and it's on at least two blacklists in the US because of its Iran-Armenia railway project. The company is set to remain on the World Bank's blacklist until 12 January, 2017: in the meantime, it is ineligible to engage in any road or bridge projects financed by the World Bank Group
China's humpty-dumpty bridges
In a five year period between 2007 and 2012, China experienced at least 18 bridge collapses resulting in 135 deaths according to the news agency Bloomberg. China has rapidly expanded its road and rail infrastructure to keep up with its booming economy, but critics say that safety has sometimes been overlooked in the rush to develop.
In 2012, one of the longest bridges in Northern China collapsed nine months after it was built. The New York Times reports that many in China have attributed the recent spate of bridge collapses to corruption, and online reaction to the latest collapse was scathing.
"Corrupt officials who do not die just continue to cause disaster after disaster," said one post on Sina Weibo, a Chinese microblogging service similar to Twitter.
Another Internet user expressed hope "that the government will put heavy emphasis on this and investigate to find out the real truth, and give both the dead and the living some justice!" A third user was more laconic, remarking, "Tofu engineering work leads to a tofu bridge."
CCCC juga disenarai hitamkan oleh African Development Bank, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank For Reconstruction and Development dan dimasukkan dalam 2 senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan landasan keretapi Iran-Armenia.
Agensi berita Bloomberg melaporkan China sejak 2007-2012, mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian, salah satu jambatan terpanjang di utara China runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.
Suatu rahsia umum yang pahit untuk diterima adalah kelebihan syarikat-syarikat China berbanding syarikat-syarikat Barat, mereka lebih mahir dalam merasuah pegawai-pegawai kerajaan dan memanipulasi dengan pelbagai janji manis.
Kerajaan menganugerahkan Projek Landasan Kereta Api Pantai (ECRL) bernilai RM55 bilion kepada CCCC selepas dua minggu Perdana Menteri, Najib membentangkan Bajet 2017 di Parlimen.
Landasan sepanjang 620km tersebut merupakan projek ketiga melibatkan firma China dalam projek besar di Malaysia.
Konsesi China yang dianugerah projek tersebut adalah China Communication Construction Company (CCCC) yang akan membina laluan Kuala Lumpur-Kelantan lapor The Malaysian Mirror
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kaji semula mekanisme subsidi minyak
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula mekanisme subsidi minyak masak supaya ia dapat disalurkan kepada golongan sasar.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi tersebut oleh sesetengah pihak.
"Minyak masak yang ada di negara ini sememangnya mencukupi tetapi di kebanyakkan kedai minyak masak yang dijual dalam bentuk paket 1 kilogram (kg) bersubsidi amat sukar untuk didapati.
"Kita bimbang subsidi yang diberikan kerajaan ini disalahgunakan oleh pihak tertentu dan tidak sampai ke golongan sasarannya," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
PAS Saran Kaji Semula Sistem Apungan Harga Petrol
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan kerajaan mengkaji semula sistem apungan harga runcit petrol sedia ada bagi mencari kaedah dan sistem baharu yang lebih sesuai bagi menetapkan harga runcit petrol.
Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, sistem apungan harga petrol untuk jualan runcit yang diguna pakai sekarang mengelirukan dan menimbulkan keresahan orang ramai setiap kali berlaku turun naik harga runcit petrol.
"Kekerapan kenaikan dan penurunan yang berlaku banyak menyebabkan rantaian kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang menimbulkan keresahan rakyat.
"Setiap kali berlaku kenaikan harga runcit petrol, akan ada rantaian kenaikan harga berlaku seperti kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.
"Namun apabila berlaku penurunan harga, tiada langsung berlaku penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan sebelumnya (oleh peniaga)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelas Khairil Nizam, laedah pengapungan terkawal itu hanya langkah sementara memandangkan harga pasaran minyak dan ekonomi dunia kini tidak lagi menentu dan tidak ada tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat. – mynewshub.cc
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Belajar Daripada Sejarah Elak Kesilapan Lampau - Sultan Perak
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Sabtu bertitah agar semua pihak perlu sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri. - BERNAMA
Raja-Raja Tolak Pelantikan 'KSU Najib' Pegang Jawatan Dalam SPR
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa BN mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendedahkan cadangan mereka untuk melantik ketua setiausaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai timbalan pengerusi, SPR.
Bagaimanapun, katanya, cadangan berkenaan tidak diterima oleh Majlis Raja-Raja.
"Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
"Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya ketika menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN).
Rosni telah meminta Azmin untuk membekalkan bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.
Pada sidang DUN itu, Azmin juga mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa - Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai ketua SPR.
"Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?" soalnya.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, sepatutnya,SPR tidak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.
Beliau mendakwa BN dengan jelas mempergunakan SPR, terutamanya dalam cadangan persempadanan semula yang dikemukakan pada 15 September lalu.
"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN," katanya
Bagaimanpun, beliau yakin, pelantikan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden BERSATU mampu membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment