Friday, November 11, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4627[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4627
3
Fw: Bukti Jelas Parti PAN Hanya Khadam by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
6
Fw: PETUA MENCARI ORANG RUMAH... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: 'troll' aksi bodoh Samseng Baju Merah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Nov 10, 2016 6:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Negara Palestin berakhir selepas Trump menang

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett mendakwa, idea penubuhan sebuah negara Palestin berakhir selepas Donald Trump dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

"Kemenangan Trump adalah peluang untuk Israel dengan segera menarik balik penubuhan negara Palestin di tengah negara itu yang akan menjejaskan keselamatan," kata Bennet, anggota parti pelampau, Jewish Home.

"Ini adalah pendirian presiden yang dipilih. Era sebuah negara Palestin berakhir," katanya dipetik AFP.

Sementara itu, Menteri Kehakiman, Ayelet Shaked yang juga dari parti Jewish Home, meminta Trump mengotakan janjinya untuk mengubah kedutaan AS di Tel Aviv ke Baltulmaqdis, bertentangan dengan dasar pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat.

Timbalan Menteri Luar, Tzipi Hotevely turut menyeru perpindahan kedutaan itu.

Bagaimanapun tiada sebarang maklum balas dari Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila dia menolak sebuah negara Palestin menjelang pilihan raya umum 2015, tetapi kemudian menarik balik dan telah menyatakan sokongan untuk penyelesaian dua negara.

Status Baltulmaqdis adalah salah satu isu yang paling sukar dalam konflik Israel-Palestin.

Rakyat Palestin memperjuangkan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negara masa depan mereka, manakala Israel mendakwa bandar itu sebagai ibu negaranya.

Sebelum ini, Trump telah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Umat Islam Bimbang Dengan Kemenangan Trump
siakapkeli.my

JAKARTA - INDONESIA. Umat Islam di seluruh Asia kini sedang bergelut menerima kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat hari ini.

"Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?" demikian soal aktivist, Alijah Diete selepas kemenangan Trump.

Sebelum ini, Trump membuat kenyataan kontroversi apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam dari memasuki AS selepas insiden tembakan di California seterusnya menyebabkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.

DI Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.

"Saya amat bimbang dengan hubungan antara AS dan negara Islam lain akan menjadi tegang kembali," kata Diete lagi.

Seorang pekerja sebuah firma undang-undang di Jakarta, Nikken Suardini berkata dia bimbang tentang larangan terhadap umat Islam yang dicadangkan.

"Jika beliau dipilih sebagai presiden, beliau akan menghalang umat Islam dari memasuki Amerika Syarikat - itu tidak adil," ujarnya dipetik AFP.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan tentang dasar-dasar anti Islam di bawah kepimpinan Trump yang kini sedang bergelut dengan ancaman militan.

Sesetengah pemerhati berharap retorik populis Trump hanya bertujuan meraih undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenofobia jika dia memasuki White House.

"Kami berharap kenyataan Trump terhadap umat Islam hanya untuk meningkatkan kempen, dan ia akan menyedari bahawa umat Islam adalah penduduk yang besar di Amerika Syarikat," kata Tahir Ashrafi, seorang ulama kanan kerajaan Pakistan

Selain di Indonesia, umat Islam di AS juga turut meluahkan perasaaan risau dengan kemenangan Trump.

"Ibu saya menulis mesej kepada saya 'tolong jangan pakai hijab' dan dia yang paling alim dalam keluarga", tulis seorang pengguna Twitter, @harryonmen.

Tweet itu mendapat lebih 40,000 retweet dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.

Sumber: Sinar Online

Najib, Trump & TPPA.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Najib dan Trump saling kenal mengenal rupanya. Usaha bodek yang baik bagi memperkenalkan hubungan erat di antara Najib dan Donald Trump, Presiden US yang baru.

Sebab itulah Nurul Izzah berharap agar kemenangan Trump sebagai Presiden US tidak akan mengangu saman DOJ berkenaan isu #1MDB.

Kita tinggalkan cerita itu kejap.

Donald Trump ialah Presiden US yang ke 45. Berusia 70. Lahir pada tahun 1946 dan merupakan Presiden Amerika yang paling tua sekali dalam sejarah presidental negara itu.

Sebelum terlibat dalam politik, Donald Trump ialah ahli perniagaan yang berjaya di negaranya. Dia bertaraf billionaire. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali dengan memiliki 5 anak yang mana 2 darinya perempuan manakala selebihnya ialah lelaki.

Itu sejarah ringkas Trump.

Mari kita tengok pula polisi Trump tentang beberapa isu penting yang sebenarnya reflect juga dengan kepentingan negara kita neh secara langsung mahupun tidak langsung.

Isu keselamatan dan polisi luar.

Polisi Trump menekankan bahawanya ISIS dan militan Islam mestilah diperangi habis-habisan. Dalam satu kempen presidental, Trump pernah mengatakan Iraq adalah Havard (universiti) bagi menghasilkan militan (mahasiswa membunuh).

Oleh itu bagi memastikan tahap keselamatan US berada di tahap paling tinggi, Trump akan membenarkan apa jua cara untuk menyoal-siasat militan yang mahu mengancam keselamatan negara.

Trump juga menjanjikan ketenteraan akan diperhebatkan, diperkuatkan dan diperkukuhkan bagi memastikan tiada sesiapa berani mengacau Amerika. Dan apabila tiada sesiapa berani mengacau Amerika, maka tiada sesiapa akan memulakan apa2 (perang) kerana tiada sesiapa berani mengacau Amerika disebabkan mereka mempunyai kekuatan ketenteraan yang kukuh.

Apabila ditanya tentang Syria, dia mahu membina satu zon selamat di Syria, yang mempunyai apa yang diperlukan untuk hidup supaya semua orang boleh hidup dengan aman. Pun begitu Trump turut mencadangkan agar tentera Amerika masuk ke Syria tujuan keselamatan. Trump juga dalam satu kenyataan yang lain dilaporkan berkata, biar mereka bergaduh sesama mereka - ISIS, ASSAD dan mengutip peluh masing-masing.

Trump mahu menamatkan perjanjian nuklear dengan Iran.

Trump juga mahu mengharamkan mana-mana negara yang menghasilkan militan Islam dari memasuki Amerika. Ini bermaksud rakyat dari negara2 tersebut tidak akan dibenarkan untuk menjejaki Amerika atas ancaman terroris. Secara jelasnya mengambarkan kesemua rakyat2 di negara tersebut ialah terroris.

Bercakap tentang Arab Saudi, Trump menyifatkan Riyadh ialah penaja terbesar bagi kumpulan militan namun dalam masa yang sama memerlukan bantuan Amerika atas tujuan keselamatan sedangkan kumpulan2 militan itu pula begitu berapi mahu mengancam keselamatan Amerika.

Trump juga mempunyai polisi yang sangat-sangat pro kepada israel. Trump menyifatkan pada hari dia berjaya menjadi Presiden Amerika ialah pada hari israel tidak akan dipijak2 atau dilayan sebagai negara second-class. Amerika akan menjadi rakan yang paling boleh diharapkan oleh Israel. Iran juga dikecam oleh Trump sebagai negara yang mempromosikan militan dan Trump akan memastikan bahawanya Iran dan polisinya tentang militan akan dihancurkan.

Trump juga menyatakan tindakan pemimpin Palestine yang mempromosikan keganasan dan kebencian perlu dihentikan.

Apabila mengulas tentang Rusia, Trump mengatakan jika ada harapan, jika ada harapan dia mahu melakukan rundingan dengan Rusia bagi membina perhubungan.

Apa pula pandangan Trump tentang TPPA?

Trump sekeras-kerasnya dalam kempen presidentalnya menolak perjanjian TPP yang disifatkan sebagai mengacam kedaulatan Amerika.

TPP sepatutnya perjanjian yang memperluaskan pengaruh Amerika ke negara-negara Asia Pasifik tetapi sebaliknya yang berlaku jika dibaca isi kandungan perjanjiannya yang sebanyak 5,600 muka surat. (menurut Republican).

Perjanjian TPP akan dikuburkan jika Donald Trump berjaya dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru.

TPP ialah perjanjian yang teruk. Kenapa kita perlu tandatangani perjanjian dengan negara2 yang kita sudah ada perjanjian perniagaan dengannya? Kenapa kita perlu promote free-market yang tak free pun kepada rakyat Amerika berbanding fair-market, ujar Trump dalam satu kenyataan menentang perjanjian TPP.

Berbanding TPP, Trump lebih favor kepada perjanjian one by one. Satu perjanjian dengan satu negara. Lebih spesifik dan memerincikan keperluan masing2.

Currency manipulation adalah antara perkara yang Trump kritik dalam perjanjian TPP. Menurutnya currency manipulation melemahkan matawang Amerika dan negara seperti China dan India mengambil kesempatan ke atasnya.

Bagaimanapun India dan China sebenarnya tidak tertakluk langsung dalam perjanjian TPP neh. Hahaha. Sesungguhnya Trump mengkritik tiada mana-mana wakil rakyat demokrat membaca perjanjian TPP yang bermuka surat 5,600 seolah2 membayangkan macam dia baca tetapi dia pun kelaut juga..

Industri automotif tempatan menurut Trump akan hancur dengan TPP. Negara2 TPP mengambil kesempatan. Kereta mereka dijual murah di negara US manakala kereta US kekal dijual mahal di negara2 TPP bagi melindungi industri kereta nasional dan bagaimana US boleh mendapat manfaat darinya bidas Trump.

Antara lain, Trump menyatakan TPP akan menindas hak pekerja US di mana Vietnam akan menawarkan tenaga buruh yang lebih murah berbanding tenaga kerja tempatan. Persaingan ini tidak adil kata Trump dan memperbodohkan rakyat Amerika.

Sungguhpun Trump secara kerasnya dan konsistennya menolak TPP itu bukan bermaksud Trump benar-benar akan menolaknya selagi mana belum ada apa2 perkara yang memuktamadkan perkara tersebut.

Buat masa sekarang, kita mungkin boleh menarik nafas lega tetapi kita masih belum boleh gembira selagi TPP belum disahkan terbatal.

Dasar luar Trump tentang Israel, Palestine, militan, Islam dan terorist sebenarnya sangat double standard dan racist.

Dengan membayangkan semua umat Islam ialah terroris, Trump ialah racist. Tetapi macam mana pula Trump boleh mengiktirafkan Najib sebagai PM kesayangannya? Najib kan orang Islam? Ke betul cakap Zahid Hamidi kat berita tadi yang konsep wassatiyah diiktirafkan berjaya dan berkesan oleh UK sehingga mereka mahu belajar dari kita tentangnya bagi menanggani terroris?

Najib = orang Islam = wassatiyah = Trump = anti muslim = pro Israel = sayang Najib ? Rahsia kejayaan Najib mungkin terletak pada konsep wassatiyah? Seriously?

KAHKAHKAHKAH!

Trump Menang: Ramai Rakyat Amerika Ingin Pindah Ke Australia
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Nampaknya selepas kemenangan bilionair Donald Trump semalam sebagaiPresiden baru Amerika Syarikat, dilaporkan ramai rakyat Amerika telah membuat keputusan untuk berhijrah ke negara lain.

Negara seperti Kanada dikatakan menjadi pilihan utama bagi mereka yang berada di negara berkenaan sehinggakan laman web untuk imigrasi ke Kanada telah tergendala kerana terlalu tinggi trafik yang menggunakannya dari kalangan rakyat Amerika.

Sementara itu, medium carian popular, Google mengeluarkan statistik menyatakan perkataan yang paling tinggi dicari oleh rakyat Amerika ketikan ini ialah 'Australia immigration' and 'New Zealand immigration'.

Menurut mereka, carian tertinggi perkataan berkenaan ialah pada pukul 4 pagi pada Rabu lalu di mana laman web untuk memohon visa ke New Zealand pelayarnya meningkat dua kali ganda.

Selebriti seperti Miley Cyrus, Kesha, Cher, Barbra Streisand sebelum ini telah mengugut yang mereka akan berpindah ke luar negara jika Donald Trump memenangi kerusi sebagai presiden Amerika.

Menurut pegawai imegresen New Zealand berkata, ketika ini mereka telah menerima 1,593 permohonan berhijrah daripada rakyat Amerika sejak seminggu lalu dan ianya akan meningkat lebih tinggi dalam minggu ini.

Jumlah berkenaan terkini itu merupakan peningkatan 50 peratus daripada hari biasa.

Trump Presiden AS Ke-45, Hillary Mengaku Kalah

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

NEW YORK: Calon Parti Republikan, Donald Trump mencapai impian untuk memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Partri Demokrat.

Setakat pukul 3.33 petang waktu tempatan, keputusan semasa menunjukkan Trump meraih 276 undi kawasan pemilihan, melebihi empat undi untuk mengesahkan kemenangan berbanding lawannya, Hillary yang mendapat 218 sokongan pemilihan.

Kedua-dua calon perlu mendapatkan sokongan undi 270 kawasan pemilihan bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Trump akan menjadi satu-satunya Presiden yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan untuk mengetuai White House.

"Ini masanya untuk rakyat Amerika bersatu.
"Kepada semua penyokong Republikan, Demokrat dan bebas di seluruh negara, bagi saya ini merupakan masanya untuk kita bersama-sama menjadi negara yang bersatu. Inilah masanya," kata Trump sambil ditemani keluarganya ketika berucap di hadapan penyokong di depan hotel Hilton Midtown di Manhattan.

Dalam perkembangan lain, Parti Republikan menyapu bersih kedua-dua badan tertinggi AS iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan menerusi kemenangan majoriti.

Parti pimpinan Trump itu meraih undian majoriti sebanyak 51 sokongan berbandingan Demokrat, 47 undian untuk menguasai Dewan Senat.

Dewan Perwakilan juga dimonopoli oleh Parti Republikan dengan undian sebanyak 234 berbanding 178 yang diraih parti pimpinan Hillary.

Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hanya 2000 Unit Dikeluarkan, Proton Perkenal Iriz Edisi Terhad Dengan Penampilan Sporty
siakapkeli.my

Pengeluar kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad sebentar tadi telah memperkenalkan Iriz edisi terhad milik mereka di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung dari 10-13 November 2016, lapor Careta.

Kereta berkenaan yang dilihat lebih Sporty dan menarik ini hanya ditawarkan pada varian 1.3 CVT Standard dan 1.3 CVT Executive saja dengan rekaan hiasan menarik 'Honeycomb' atau 'The Stripe'.

Rekaan `Honeycomb' boleh didapati pada model berwarna Kelabu ("Graphite Grey") dan Putih ("Cotton White") manakala rekaan `The Stripe' pula pada model berwarna Merah ("Fire Red") dan Biru ("Blue Atlantic").

Edisi terhad ini dikeluarkan kepada pelanggan dan peminat Iriz yang mahukan perbezaan, mereka yang mementingkan citarasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan di dalam rentak kehidupannya.

Hanya terdapat 2,000 unit Iriz Edisi Terhad ini yang berharga dari RM44,450 – RM49,130 di Semenanjung Malaysia. Tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pas tawar kerjasama berasaskan kepentingan Islam untuk tewaskan BN

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.

Hashim berkata, Pas mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.

"Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.

"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang," katanya.

Namun katanya, sebagai parti berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam politik serta pilihan raya di negara ini, Pas tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.

Menurutnya, Pas berpandangan tahaluf siyasi yang mahu dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.

"Pas telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai Ikatan dan Berjasa.

"Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan Pas pada PRU14, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.

"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam," katanya.

Hashim berkata, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, pihaknya bersedia membubarkan Pas.

"Ini prinsip kerjasama dipimpin oleh Islam, yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama.

"Pihak menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan Pas, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini," katanya.

PAN Mencari keredhaan DAP menolak keredhaan ALLAH

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka," kata Siti Mariah Mahmood

"Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu," katanya ketika membahaskan Bajet 2017.

Saya setuju bukan Islam tidak dibeban dengan cukai yang tinggi malah rakyat keseluruhannya tidak sepatutnya dibebani dengan cukai yang tinggi.

Arak adalah punca maksiat. Tiada agama di dunia ini membenarkan arak. Saya tak tahu apakah alasan Siti Mariah dalam isu arak? Apakah Siti Mariah fikir orang Cina DAP perlu minum arak dan mengalakkan minum arak?

Apakah tindakan kerajaan menaikan cukai arak itu salah? Malah kita mahu bukan cukai dinaikan, malah arak diharamkan terus di Malaysia.

Siti Mariah (Baca PAN, baca IRC atau IKRAM!) sebelum ini telah membuat poll untuk bertanyakan pengundi (yang rata pengundinya adalah Cina DAP) untuk sokongan kepada akta RUU 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Adakah Siti Mariah lupa tentang ayat al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 120 - 121.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"[1]. dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu[2], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[3].
121. Orang-orang yang telah Kami berikan Al kitab kepadanya, mereka membacanya[4]sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Barangsiapa yang ingkar kepadanya[5], mereka itulah orang-orang yang rugi.
Saya pun menjadi hairan bagaimana mereka yang ditarbiyyah oleh IKRAM akhir menjadi bodoh tentang cerita bagaimana Nabi s.a.w. menolak sebarang tawaran kerana mencari kerdahaan Allah.

Parti PAN kini makin sesat.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Bukti Jelas Parti PAN Hanya Khadam

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah berjaya membawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke Parlimen selepas bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan pada tahun 2003. Hampir 13 tahun!

Lebih 30 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen tersebut.

Ramai penganalis mengulas pertemuan ini adalah pertemuan pembangkang di mana TS Muhyiddin mewakili BERSATU, Wang Azizah mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP dan Shafie Afdal dengan parti Sabah.

Seperti biasa PAS tidak bersama dalam pertemuan ini. Tapi timbul persoalan di sini mana wakil untuk parti PAN??

Takkan PAN pun tak nak hadir? Atau hadir tetapi tidak diberikan tempat sebagai pemimpin kerana PAN NI PARTI KHADAM mana boleh duduk dihadapan. Takkan tak ada seorang wakil pun?

Saya telah menulis di sini "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN mengikut banyak pendapat menjadi 'masalah' kepada pembangkang untuk menjatukan BN. Kewujudan PAN yang tidak mempunyai hala tuju jelas juga boleh membawa padah kepada Pakatan Pembangkang.

Tak hairan Pakatan Pembangkang memadang sebelah mata kepada parti PAN.

Ada juga 'joke' mengatakan DAP ada 2 wakil iaitu "Lim Anak Beranak", jadi Lim Kit Siang sudai memadai mewakili parti PAN lagi pun PAN kan KHADAM DAP, PEMAKAN DEDAK DAP!!

Yang menariknya kucing kurap PAS yang tiba-tiba bila ada sidang media akan berada di hadapan, dicelah, ditepi untuk 'masuk dalam gambar'. Dia ni kerjanya mengekori TS Muhyiddin. Mungkin menaruh harapan bila TS Muhyiddin jadi PM dia boleh dapat jawatan Menteri!

Gambar selalu tak bohong...
Jangan biar gambar berbicara!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Palam Elektrik Melekat Di Kepala Budak

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

BEIJING: Seorang kanak-kanak di China mengalami detik-detik mengerikan apabila kepalanya ditembusi palam elektrik akibat terjatuh dari katil.

Budak berusia dua tahun itu yang digelar sebagai Chen Chen (bukan nama sebenar), bermain di rumahnya di Guangzhou apabila tragedi itu berlaku pada Sabtu lalu.

Doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari kepalanya selepas menjalankan pembedahan selama tiga jam.

Menurut laporan portal xkb.com, Chen Chen bermain di atas katil kira-kira pukul 11 pagi pada 5 November lalu sebelum hilang kawalan akibat terpijak bola plastik dan terjatuh dari katil.

Gambar X-Ray yang menunjukkan pin palam elektrik menembusi kepala Chen Chen sehingga ke bahagian otak. - Ihsan Mail Online
Namun dia kurang bernasib baik apabila kepalanya terjatuh di atas palam elektrik yang menembusi bahagian kiri kepalanya.

Doktor yang melakukan pembedahan tersebut berkata, tiga pin besi palam itu turut menembusi bahagian otak Chen Chen dan pihaknya perlu mengambil masa yang lama bagi mengeluarkan objek itu.

Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiada Lagi Bayaran RM1 Di Hospital Kerajaan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Adakah dengan ini bayaran satu ringgit di semua hospital hospital kerajaan akan dihapuskan yang mana bayaran penuh akan dikenakan pada pesakit mengikut kadar seperti yang dikenakan oleh hospital atau klinik swasta?

Mengikut surat ini sebanyak 10 buah hospital telah mengenakan bayaran penuh, melalui fasa satu dan dijangka pada fasa dua yang akan datang, lapan lagi hospital akan mengenakan bayaran yang sama.

Ini kerana pemerintah telah mendapati ia merupakan perlaksanaan yang mendapat sambutan dari rakyat dan boleh mendatangkan keuntungan pada kerajaan.

Apa sudah jadi kerajaan UMNO ni, sudahlah subsidi secara beransur ansur akan dihapuskan. Ditambah lagi perkhidmatan kerajaan yang tampak semakin membebankan rakyat.

Apa lagi perkara yang boleh dinikmati oleh rakyat yang tinggal di sebuah sebuah negara yang kaya raya? Sedang sebelum ini klinik 1Malaysia pun ada.

Benarlah, kini pemerintah berhadapan dengan krisis kewangan yang cukup kritikal. Sebelum ini kita tahu ada beberapa hospital yang tidak dapat memberikan perkhidmatan sebab kehabisan bekalan.

Ingin sangat admin mendengar penjelasan dari semua Menteri berhubung perkembangan ini. Adeh

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PETUA MENCARI ORANG RUMAH...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Alhamdulillah tp jgnlah bila kau dah senang kau cari yang lain... Hargailah orang yng sanggup bersusah payah bersama ... Satu jer pembetulan yang aku nak buat sebenarnya "mahram" bkn "muhrim"...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.

Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga.

Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama 'Baitul Huzni' yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.

Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Rasulullah SAW, beliau bersabda :
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmidzi)
2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya."(HR. Bukhari )
3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya"(HR. Muslim)
4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur." [HR. Ath-Thabrani]

5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
"Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah." [HR. Bukhari dan Muslim]
6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah" [HR. Bukhari dan Muslim]
Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 10, 2016 6:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Video Parodi' Aksi Baju Merah': 'Senjata Tidak Membunuh Manusia, Manusia Yang Saling Membunuh' - TMJ
siakapkeli.my

Johor, 6 Nov - Laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini memuat naik satu video parodi 'aksi baju merah' yang dilakonkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama beberapa individu lain.

Di kapsyen video tersebut TMJ menjelaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak (merah atau kuning) tetapi baginda menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

"Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

"Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.", tulis kapsyen tersebut.

TMJ buat video, 'troll' aksi bodoh Samseng Baju Merah
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

TENGKU Mahkota Johor, TMJ muncul dalam video 'troll' mempersendakan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah yang memukul-mukul diri dalam himpunan depan Pejabat Malaysiakini semalam.

Dalam video yang dimuatnaik di laman facebook Johor Southern Tigers itu, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim muncul di hujung rakaman video selepas sekumpulan lelaki memakai T Shirt merah sambil menutup muka membuat aksi memukul-mukul badan sambil mengerang menunjukkan kekuatan.

Tengku Ismail dalam aksi santai berbaju biru pula melepaskan tujuh das tembakan seolah-olah ke arah kumpulan baju merah tersebut seramai tujuh orang dalam video itu sebagai simbolik membunuh mereka semua.

Kumpulan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos (sebut Jamal Jamban) semalam menunjukkan pelbagai aksi bodoh memukul-mukul badan dengan kayu sambil terlompat-lompat seperti meniru aksi beruk.

Dalam Video 'troll' tersebut TMJ dilihat mempersendakan tindakan dan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah. Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan bersama video tersebut, TMJ menyatakan bahawa beliau tidak berpihak kepada sama ada baju merah atau baju kuning, sebaliknya beliau bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/tmj-buat-video-troll-aksi-bodoh-samseng.html#ixzz4PPuzSmXW

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: