3 Messages
Digest #4625
Messages
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Mungkin Bila Rakyat Sudah Beratap Langit, Berlantai Tanah Baru Dianggap Miskin." - Cikgu Emmet
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari ini, harga minyak petrol dan minyak masak menjadi bualan harian rakyat Malaysia, ramai terasa bebannya disebalik keadaan ekonomi yang sedikit terjejas.
Namun, itulah hakikat yang kita perlu harungi dengan jalan yang kita telah pilih, jika golongan berpendapatan sederhana pun terasakan bebannya, inikan pula mereka yang berpendapatan rendah atau mereka yang dikategorikan miskin.
Terasa akan semua ini Cikgu Emmet telah tampil menulis, beliau dilihat menempelak sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka membandingkan keperluan harian yang digunapakai oleh seluruh rakyat Malaysia dengan barang kehendak yang digunapakai oleh segelintir rakyat.
Mungkin bila sudah beratap langit berlantai tanah baru dianggap MISKIN.
Beberapa hari ini ramai rakyat merungut akibat kenaikan minyak petrol dan minyak masak yang amat ketara tingginya. Seperti biasa kita akan mendengar pandangan klise bahawa...walaupun harga minyak naik...KLCC penuh juga... Lebuhraya sesak juga setiap kali cuti..pusat pusat peranginan penuh dengan pelancong tempatan. Mana miskinnya rakyat? Beli iphone mampu..beli tiket bola sanggup.
Salah satu klise yang dimaksudkan
Itulah antara kata kata yang kita dengar disebalik tabir kata kata rungutan rakyat akibat kepayahan hidup. Saya tak pasti kata kata itu adalah lahir dari hati atau sekadar sindiran sakarstik.
Sebenarnya bukan ramainya pengunjung di KLCC, ramainya pembeli iphone, penuhnya stadium jadi ukuran, 30 juta rakyat...bukan semua ke KLCC.. cuba lihat dari mata burung. Rasalah keadaan mereka yang hidup di kampung kampung.
Perasaan seorang cashier memberi resit harga coklat GODIVA + GST kepada pelanggan berstatus datin tidak sama dengan perasaan seorang cashier yang melihat seorang ibu meminta anaknya meletakkan gula gula mentos dirak apabila jumlah bayaran melebihi bajet didompet.
Perasaan seorang pemandu kereta untuk CEO ketika membayar ratusan ringgit nilai minyak Ron97 ditangki Mercedes tidak sama dengan perasaan seorang pakcik bekerja buruh yang menghitung syiling demi syiling mencukupkan jumlah untuk mengisi tangki karat kapcai sebelum menuju ke tempat kerja.
Perasaan seorang ibu yang mewah membekalkan bento beraneka juadah untuk anak makan disekolah tidak sama dengan anak anak orang miskin yang berbaris di pili untuk minum selepas wang belanja dihabiskan untuk makan nasi goreng kosong atau sebatang sosej.
Cuba jadi orang orang desa...
Cuba rasai orang orang marhaen
Cuba bayangkan tidur mereka adakah selena kita
Cuba fikirkan makanan tengahari mereka adakah sesedap jamahan kita
Cukuplah dengan perbandingan perbandingan bodoh yang keluar dari mulut mulut menteri
Jangan ditambah hiris luka hati marhaen
Takkan nak tunggu saat rakyat merempat, hidup melarat, mengemis dijalanan...
OH MISKINNYA KAMI...
Dari tinta peranti
Cikgu Emmet Fayzal
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak-Kanak 10 Tahun Hilang, "Saya Merayu, Mohon Semua Viralkan Gambar Anak Saya Sampai Jumpa," - Ibu
siakapkeli.my
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dilaporkan hilang selepas dia dikatakan tidak pulang ke rumah pada Isnin 31 Oktober lalu.
Menurut ibu mangsa, Siti Rohayu Yaacob, 37 berkata, anaknya, Noor Ayrill Aqasha yang tinggal bersama bekas suaminya di Cheras itu tidak pulang ke rumah.
"Saya hanya tahu berita kehilangan dia semalam selepas dimaklumkan pihak polis susulan laporan polis yang dibuat bekas suami.
"Saya difahamkan, kali terakhir dia dilihat berada di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras pada Isnin lalu," katanya dipetik laporan Harian Metro.
Berikut adalah kenyataan beliau di Facebook.
Perkembangan terkini.
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi beliau di talian 018-779 4879 atau balai polis terdekat. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 7, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
SHAH ALAM - Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.
Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.
"Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas," ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.
Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
"Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.
"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba," tegasnya.
Katanya, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi Pas.
Bagaimanapun, katanya, keterbukaan Pas tidak sampai menerima masuk sampah sarap hingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Menurutnya, Pas tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana mereka tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati maruahnya.
PAS mengetuai perubahan, bukan sekadar pemikiran pembangkang!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Mereka tetap bersama sama golongan manusia yang mahu diubah TGHH menyebarkan fitnah malah dalam sesetengah kes, fitnah kepada TGHH lebih cepat tersebar dari tindakan TGHH sendiri.Mereka tak mahu dengar kenyataan TGHH bahawa pengalaman Arab Spring membawa terhasilnya politik matang tetapi bodohnya mereka masih menuduh Amanat Hadi sebagai tanda TGHH seorang yang flip flop dan tak mahu mengakui bahawa zaman yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza.
Abdul Rahman Malik secara sedar telah menyatakan kini giliran PAS untuk mengetuai pemikiran pembangkang.
Walaupun kedengaran juga suara memperlekeh TGHH terlebih lagi didakwa TV3 menyiarkan temuramah dengan TGHH yang menyatakan hubungan PAS dengan kerajaan seperti bapa dengan anak(kesahihan lapurannya saya tak pasti) sebagai pengesahkan adanya kerjasama antara PAS dan UMNO(yang didesak akar umbi ialah MOU untuk PRU 14).Mereka membuat kesimpulan PAS akan berkerjasama dengan UMNO walaupun selama ini setiap kesimpulan sebegitu tidak pernah berlaku, sah ini tindakan orang bodoh yang tak boleh diajar menerima kenyataan.
Kenyataannya, UMNO yang menjadi sebahagian target TGHH untuk diubah masih melakukan kerja lama mereka apabila TV3 dan Utusan Malaysia sebagai media propanganda mereka masih mengubah suai kenyataan TGHH di Parlimen untuk mengatakan TGHH setuju dengan GST.Apa lagi melompat sambil melalakkan macai macai pembangkang yang lain menuduh TGHH mahu tidur sebantal dengan Najib.Ngok habis si macai, kerana tak mahu siasat berita itu benar atau tidak.
Kini ternyata dan semakin jelas TGHH tidak mahu bersama UMNO tetapi mahu megubahnya untuk menjadi kerajaan yang prihatin(kalau mereka masih memerintah) dan sekaligus menyampaikan mesej kepada mana mana parti pembangkang agar menjadi kerajaan yang benar benar prihatin, bukan nak jadi kerajaan prihatin kalau mendapat kuasa tetapi kemudiannya bertukar kepada kerajaan yang lebih rakus dari UMNO.Ini untuk sesiapa yang nak jadi kerajaan sambil dalam masa yang sama TGHH mahukan pembangkang yang ada turut memainkan peranan menjadi pembangkang yang produktif yang turut sama mempengaruhi dasar dasar kerajaan.
Di sinilah letaknya kenapa saya kata PAS bukan sahaja menerajui pemikiran pembangkang malah sedang menerajui satu perubahan kepada sistem kerajaan pembangkang yang lebih baik berpaksikan politik matang, dan rasanya itulah maksudnya hubungan antara anak dan ayah yang boleh berbincang dan menerima serta menghormati satu sama lain.
Orang orang yang melihat secara songsang tindakan yang diambil TGHH adalah orang orang yang BODOH yang tak boleh diAJAR!
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
1 Lawan 1 Adalah Perangkap Untuk PAS?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Blok pembangkang memomokkan bahawa strategi 1 lawan 1 boleh menumbangkan BN. Siapa yang dapat menumbangkan BN tanpa PAS? Andai PAS bersama dengan mereka, di mana mereka letak PAS selepas pilihanraya?
Awal-awal lagi jawatan PM difaraidkan antara PKR dan BERSATU; antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Bagi mereka, andai PAS mendapat kerusi terbanyak pun, pakatan pembangkang tidak bersedia untuk berPMkan seorang ulama dari PAS.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan pembentukan kabinet bayangan pakatan pembangkang akan diumumkan pada November nanti. Cantik benar usaha mereka. Nanti kita boleh lihatlah di mana kedudukan ulama-ulama dan pemimpin PAS. Rakyat boleh tengok komposisi kaum dalam kalangan menteri. Di mana mereka letak Lim Kit Siang dan di mana pula mereka letak Tuan Guru Haji Hadi.
Saifuddin juga memaklumkan bahawa perbincangan telah dibuat antara Pakatan Harapan, Bersatu dan PAS. Inilah satu kenyataan sebelah pihak yang boleh dipertikaikan. Adakah itu satu pertemuan rasmi atau hanya perbincangan santai kedai kopi?
Berdasarkan senario semasa, sewajarnya PAS memutuskan pendirian muktamad untuk kekal kejap membawa Gagasan Sejahtera selewat-lewatnya hujung November. Ini membolehkan PAS dan IKATAN serta parti lain yang akan bersamanya nanti mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan calon dan jentera perang.
Penulis kekal bersetuju dengan pendapat yang mencadangkan PAS mengadakan MoU dengan UMNO sekurang-kurangnya di Pulau Pinang dan Kelantan. Serentak dengan itu penulis mencadangkan pakar-pakar strategi dan penyelidikan PAS membuat kajian terperinci tentang baik-buruk pertandingan 1 lawan 1 dan pertandingan pelbagai penjuru. Ada kebarangkalian yang besar secara umumnya pertandingan pelbagai penjuru lebih baik bagi PAS buat masa ini.
Konklusinya ialah tulisan ini bermotif untuk menjadikan PAS sebagai pemimpin dalam pembentukan sebuah negara berkebajikan. Tanpa mengikut rentak dan telunjuk mana-mana pihak, PAS kini sudah ada suara yang merdeka. Mengambil kata-kata keramat sasterawan masyhur Allahyarham Usman Awang, PAS kini tidak lagi berjiwa hamba.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tiada Saman oleh PAS, Tiada Permohonan Maaf Oleh TV3?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Dalam zaman orang 'cerdik-cerdik' ini, tindakan undang-undang perlu diambil untuk membuktikan kebenaran. Seiring dengannya, pihak yang melakukan onar boleh diajar. Kalau selalu kena bayar saman, suatu hari mereka boleh lingkup atau terletak pada badan mereka stigma penipu.
Penulis mendapati banyak artikel dan ucapan yang mengutuk perbuatan TV3 dan Utusan Malaysia yang memfitnah Presiden PAS berkaitan dakwaan menyokong GST. Namun di dalam laman rasmi PAS termasuk Harakah edisi terkini, tiada suatu kenyataan untuk menyaman media durjana tersebut. Sedangkan hingga kini belum ada permohonan maaf oleh pihak mereka.
Bagi penulis, tindakan saman dalam kes menerima dana 1MDB adalah tepat dan pantas. Walaupun kes yang melibatkan media asing itu terpaksa mengambil masa yang agak lama, namun ketegasan PAS itu pada peringkat kini telah melenyapkan tohmahan buruk terhadap PAS.
Justeru, PAS amat wajar menyaman TV3 atau Utusan Malaysia sebagai jalan tepat membersih nama Presiden dan menguatkan persepsi negatif rakyat terhadap media penipu.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment