Wednesday, November 16, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4629[5 Attachments]

8 Messages

Digest #4629

Messages

Tue Nov 15, 2016 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mari Kita Lihat Siapa Tumbuk Jamal Yang Sebenarnya..
bloglistpolitik.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.

Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.

Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit "polis tumbuk saya" berkali-kali. Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh "budak" anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.

Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian.

Pembaca boleh melayani video di bawah ini untuk menilai sendiri keadaan sebenar...

Laporan dari Malaysiakini

Hidung Jamal Jamban berdarah terkena tangan Polis ketika meronta
bloglistpolitik.blogspot
milosuam.net
PUNCA hidung Jamal Jamban berdarah telah dapat diketahui melalui analisa video secara perlahan. Semua berpunca dari tindakan Jamal sendiri yang meronta-ronta secara tiba-tiba sambil menjerit berulang kali macam orang gila,

"Kami nak keluar! Kami nak keluar! Kami nak keluar!" Jerit jamal Jamban berulang kali sambil tangannya mengapai-ngapai.

Pada saat itulah tangan seorang anggota Polis yang cuba menenangkan keadaan Jamal yang seperti sedang dirasuk, telah terkena hidung Jamal — Jelas kelihatan pada waktu itu, cermin matanya terangkat ke atas dan mimik mukanya nampak menahan kesakitan.

Bahagian hidung memang tempat yang agak sensitif, mudah keluar darah bila terkena hentakan keras. Siapa pernah hidungnya kena siku atau kena senggol dengan bahu masa main bola sepak tentu faham.

Jadi kalau lihat dari video jelas hidung Jamal tersenggol tangan seorang anggota Polis yang cuba menenangkannya.

Tapi Jamal punya main politik, merapu-rapu. Kejap kata Polis tumbuk dia, lepas tu bila pengikut dia ingatkan:

"Kita bukan nak gaduh dengan Polis datuk..."

Terus dia berlakon depan kamera kata budak YB Zuraida Ahli Parlimen Ampang yang tumbuk hidung dia, lepas tu dia mabuk sekejap dia kata YB Zuraida tumbuk hidung dia.

Bagi yang belum tengok kebodohan Jamal ini sila klik link di bawah.

Tambah membodohkan lagi dirinya, dalam laporan Polis Jamal kata seseorang memakai baju kuning Bersih pula yang tumbuk hidung dia.

Video di bawah menunjukkan saat-saat hidung Jamal terkena tangan Polis tersebut.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/hidung-jamal-jamban-berdarah-terkena.html#ixzz4Q4U81MOv

Hidung berdarah ditumbuk, analisa video bongkar kebodohan Jamal
milosuam.net

SEMALAM kecoh betul kisah ketua Samseng Baju Merah, Datuk Jamal Yunos (panggil Jamal Jamban) yang berdarah hidung katanya ditumbuk dalam satu kekecohan di Ampang. Selepas kejadian itu, Jamal Jamban mendakwa hidungnya ditumbuk oleh budak YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang memakai T Shirt kuning BERSIH 5.

Di sini aku buat sedikit analisa terhadap rakaman kejadian tersebut. Mula-mula sekali anda boleh lihat pada video sekitar durasi 0:35 hingga 0:50. pada waktu ini Jamal Jamban belum kena tumbuk, tiada kesan darah di hidungnya.

Selepas itu Jamal Jamban tiba-tiba menjerit dan meracau bagai orang gila kepada pihak Polis yang cuba menenangkannya:

"Kami nak keluar! Kami nak keluar! Kami nak keluar!" Jerit Jamal berulang kali.

Ini adalah permulaan berlakunya pergelutan antara Jamal Jamban bersama pengikutnya dan kumpulan anggota Polis yang bertugas. Kalau lihat dari rakaman ini, langsung tak ada sesiapa pakai baju kuning Bersih 5 di lokasi kejadian.

Kemudian berlakulah pergelutan antara Samseng Baju Merah dan pihak Polis.

Dalam situasi ini pihak Polis yang jaga keselamatan telah mengepung kumpulan Samseng Baju Merah di dalam pasaraya, Polis telah membina satu 'buffer zone' kalau ada sesiapa pakai T Shirt kuning dalam kawasan ni memang lunyai kena belasah dengan Samseng Baju Merah yang sedang meracau.

Boleh juga dilihat gelagat lucu pengikut Baju Merah mengeraskan badan seperti dalam aksi memukul-mukul badan mereka sebelum ini.

Tidak lama selepas itu, Jamal Jamban muncul dengan darah merah mengalir keluar dari hidungnya sambil menjerit berulangkali menuduh pihak Polis telah menumbuknya.

"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" Jerit jamal berulang kali, sambil jari tunjuk pada hidungnya yang berdarah.

Jadi jelas di sini tidak ada penyokong Bersih 5 pakai baju kuning yang tumbuk Jamal Jamban, jika benar ada pun hanya Jamal seorang yang nampak.

Lebih lawak, di hujung video sekitar durasi 4:51 boleh dengar suara dari penyokong Jamal Jamban berkata:

"Datuk, kita bukan nak bergaduh dengan Polis datuk..."

Sejurus selepas mendengar kata-kata penyokongnya itu, tiba-tiba Jamal Jamban bersuara kepada media, menuduh berulang kali budak YB Zuraida kurang ajar tumbuk hidung dia.

Akhirnya entah apa bangang merasuk dia, dia kata YB Zuraidah pula tumbuk hidung dia.

Dari sini anda boleh nampak betapa bebalnya Jamal Jamban, gelagat lucu dia menjadi bahan lawak seluruh Malaysia.

Berikut video penuh kejadian tersebut sila klik untuk menonton.

"llmu kebal yang dituntut, tapi ilmu bebal yang menjadi"

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/hidung-berdarah-ditumbuk-analisa-video.html#ixzz4Q4XgYUro

'50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'
bloglistpolitik.blogspot
idahsalam.blogspot
a.. Sebanyak 50 laporan polis akan dibuat di seluruh negara terhadap Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kejadian yang berlaku di Ampang Point Sabtu lalu.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, beliau sendiri membuat laporan polis ke atas Jamal kerana bertindak kasar terhadap tiga pengikutnya.
"Laporan polis itu yang mana saya sendiri akan buat. Ia kerana Jamal telah membuat ugutan dan ancaman kepada anggota-anggota saya yang dia nak cincang-cincang.

"Jadi dia (Jamal) adalah orang yang berbahaya. Kita ada 50 laporan yang kita akan buat kerana pengikut saya telah dikasari oleh Baju Merah pada 13 hari bulan lalu," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Zuraida berkata wakil beliau, antaranya dari Selangor dan Perak akan membuat laporan berkenaan bagi mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas siri ugutan yang dibuat Jamal.

Zuraida hari ini turut membuat laporan polis terhadap Jamal dengan ditemani kira-kira 20 penyokongnya yang lain.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang Point.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah itu.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya. Jamal yang jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu memberitahu akan bertindak balas.

Sementara itu Zuraida turut menyarankan semua pihak agar membuat laporan polis terhadap ketua bahagian Umno Sungai Besar itu di seluruh negara.
"Saya menyarankan semua pihak buat laporan polis terhadap keganasan dan kebuasan Jamal ini kerana seolah-olah berleluasa.

"Dia tak puas hati kerana darahnya telah tumpah di Ampang.
"Selama ini di tempat lain dia membuli orang, dia pukul orang tapi di Ampang kebetulan darah dia dah tumpah," katanya.

Zuraidah Beri Jamal 48 Jam Untuk Mohon Maaf
bloglistpolitik.blogspot

Dicatat Oleh Jeebond BLM

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberi masa 48 jam kepada Datuk Seri Jamal Yunos untuk menarik balik dakwaan yang mengaitkan ketua wanita PKR dengan serangan terhadapnya.

Dalam surat tuntutan itu, Zuraida menggesa agar Jamal, ketua kumpulan Baju Merah, membuat permohonan maaf dalam masa ditetapkan.

Jika Jamal tidak berbuat demikian, beliau mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Zuraida.

"Pada 13 November dia buat dakwaan yang tak benar dan berunsur fitnah. Dan dalam video jelas saya tidak ada di situ kerana itu insiden pergelutan antara Baju Merah dan polis.

"Dia juga memalukan saya dengan tuduhan saya pukul dia. Dia memalukan saya sebagai anggota parlimen dan menjejaskan reputasi saya.

"Dengan itu maka saya minta dia dalam masa 48 jam untuk buat penarikan kata-kata dan mohon maaf pada saya dan bayar apa-apa kos kerugian sewajarnya kerana kerosakan yang dilakukan semalam," kata Zuraida.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Zuraida lagi, pihak peguamnya telah menghantar surat tuntutan tersebut ke melalui faksimili ke pejabat Jamal tengah hari tadi.

'Dia ancam nak cincang'

Sementara itu, pada esok pula, Zuraida akan membuat laporan polis ekoran ancaman keselamatan oleh Jamal.

"Dia ancam kita nak cincang, ambil darah. Jadi kita akan buat laporan polis esok pukul 10 pagi di Ampang dan di seluruh negara.

"Sudah tiba masanya ketua polis negara bertindak mengurung Jamal yang sangat buas dan berbahaya ini dengan pelbagai siri ugutan," katanya lagi.

Jamal Melalak Ditumbuk Zuraidah..
bloglistpolitik.blogspot

Dicatat Oleh Jeebond BLM

Kejadian berlaku ketika Jamal yang juga ketua kumpulan berkenaan mengekori Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempromoasikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan baju merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis. Lihat vdo berikut; kedengaran dengan jelas : "Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! berulang kali.

Tak terduga sama sekali bahawa itu adalah suara Jamal yang katanya samseng Sekinchan....

Jamal dengan hidung berdarah melalak melolong mengadu kena tumbuk.... ingatkan bapok manalah bila dengar suaranya...

Tetapi kemudian, Jamal mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

Jamal kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia ditumbuk oleh budak-budak suruhan Zuraidah di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal Yunos kerana menuduh pengikutnya menumbuk beliau di muka.

Beliau juga berkata ia adalah satu kesalahan untuk membuat laporan polis palsu selepas Jamal berbuat demikian semalam, mendakwa bahawa seseorang memakai Bersih T-shirt telah menumbuknya di hidung berikutan pergelutan di pusat membeli-belah Ampang Point.

Jamal Jamban: Polis Tumbuk Saya..
bloglistpolitik.blogspot

Dicatat Oleh Jeebond BLM

PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang.

Ketua gerakan Baju Merah itu mendakwa beliau ditumbuk di mukanya ketika mengetuai penyokong Baju Merah untuk mencari Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di Pusat Beli-belah Ampang Point.

Ketika kejadian, Zuraida dan sekumpulan ahli PKR sedang melakukan publisiti untuk perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.

"Tiba-tiba seorang lelaki berbaju kuning menumbuk saya. Hidung saya berdarah sebab itu.

"Apabila saya pergi ke sebuah klinik di Ampang selepas itu, doktor memberitahu saya untuk pergi ke hospital melakukan pemeriksaan lanjut, termasuk x-ray.

"Saya okey buat masa ini, tetapi saya berjanji setiap titisan darah saya yang mengalir hari ini, akan dibayar balik dengan darah," kata Jamal kepada FMT.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan Jamal melaungkan "Polis tumbuk saya" dan memetik seorang ahli PKR Ampang yang mendakwa seorang anggota polis berpakaian biasa yang mengawal di pintu keluar pusat beli-belah itu, bergelut dengan Jamal.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau sudah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Laporan polis yang dilihat oleh FMT itu dibuat di Balai Polis Daerah Ampang kira-kira 5 petang tadi.

Jamal menyatakan berlaku pertembungan antara 150 pengikutnya dengan sekumpulan penyokong berbaju Bersih.

Beliau mendakwa mereka yang berbaju kuning itu bertindak ganas dan mengganggu ketenteraman awam.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika dihubungi, terkejut dengan insiden terbaru hari ini apabila sekumpulan penyokong Baju Merah yang tidak terkawal mengganggu konvoi di Bangi dan Hulu Selangor.

Maria berkata, sekumpulan penyokong Baju Merah menendang dan menumbuk seorang sukarelawan keselamatan Bersih dan cuba mengugut pemandu-pemandu berbaju kuning dalam konvoi itu.

"Mereka mengganggu konvoi itu seperti samseng ganas. Ia mengejutkan mereka sanggup bertindak sampai ke tahap ini.

"Apa yang ketua polis negara, perdana menteri dan menteri-menteri persekutuan lain seperti Khairy Jamaluddin buat? Kenapa pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa?" katanya kepada FMT.

Beliau mengaitkan insiden lain membabitkan Jamal dan menyifatkan "Dia (Jamal) tidak berperikemanusiaan" kerana didakwa mengheret seorang penyokong Bersih keluar dari keretanya di hadapan anak-anak lelaki itu.

"Bagaimana seorang individu boleh berkelakuan seperti itu di hadapan kanak-kanak?" soalnya.

Bersih dijadual mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu depan bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jamal berjanji akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

- FMT

Gambar Jamal dengan 3 pemuda baju kuning Bersih 5 cetus tanda tanya

bloglistpolitik.blogspot

gigitankerengga

 

PETALING JAYA: Sekeping gambar menunjukkan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos tersenyum mesra dengan 3 pemuda memakai baju kuning Bersih 5 mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.

Akhbar TheSun melaporkan, gambar yang dikongsi meluas di media sosial itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar Jamal, yang sebelum ini berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menghalang perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah tidak menolak ia mungkin usaha mencetuskan kekacauan yang kemudiannya akan dituduh sebagai perbuatan penyokong Bersih.

Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau terserempak dengan 3 pemuda itu di sebuah masjid di Ampang Jaya.

"Saya bertemu mereka pada Ahad ketika solat Zohor. Saya menganggap pemuda itu saudara saya.

"Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat daripada menyertai Bersih," Jamal dipetik TheSun sebagai berkata.

Jamal dan penyokongnya sebelum ini beberapa kali bertembung dengan penyokong Bersih dalam usaha menghalang perhimpunan itu.

Ahad lalu, ketua Umno Sungai Besar itu tercedera di bahagian hidung selepas pergelutan dengan beberapa pegawai polis di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, beberapa minit selepas penyokong beliau mengherdik Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dalam kempen mempromosi perhimpunan Bersih 5.

-FMT

 
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Guru Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Penceramah bebas, ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 5.41 petang tadi.

Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika dihubungi Bernama di sini.
Menurut Abu Hassan, keadaan kesihatan abangnya yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.

"Allahyarham tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma selepas selesai menjalani pembedahan jantung itu," katanya.

Beliau berkata jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Keramat di sini malam ini dan disolatkan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat esok pagi. –Bernama

Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia Jam 6.05 Petang Tadi Di IJN
siakapkeli.my

Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din dilaporkan telah meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang tadi, lapor Berita Harian.

Pemegian Ustaz Ishak telah dimuatnaik kelaman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), kira-kira sejam lalu.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)

"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.

"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya.

A;;ahyarham Ustaz Ishak dikatakan telah menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang tadi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PENJENAYAH BEBAS, ORANG BAIK DITAHAN
bloglistpolitik.blogspot.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka

Rafizi Ramli dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat dalam salah laku membabitkan wang rakyat terus bebas.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Saing berkata, mereka yang terlibat dalam salah laku melibatkan wang rakyat di negara ini belum menerima sebarang hukuman.
"Di Malaysia, sabitan jenayah pertama kita (berkaitan 1MDB) bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB.
"Bandingkan bagaimana kerajaan Najib 'melayan' Rafizi dengan Jho Low, yang didakwa sebagai 'pengawal dan penasihat 1MDB' dalam perbicaraan di Singapura, atau juga dikenali sebagai dalang 1MDB," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura menyatakan Jho Low merupakan orang penting bagi meneruskan siasatan mereka dalam skandal milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Ahli perniagaan tersebut turut dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir US$3.5 bilion, yang dipercayai diseleweng dari 1MDB melalui sistem kewangan negara itu.
"Tetapi Rafizi, yang mahu mempertahankan kepentingan negara dengan mendedahkan skandal kleptokrasi 1MDB akan ke penjara dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
"Padahal Jho Low masih tidak ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atau antarabangsa. Malah beliau terus menerima layanan 'karpet merah' sebagai orang kepercayaan Perdana Menteri," ujarnya.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu.
Beliau menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 laporan itu, dan mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran, masing-masing tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Adakah satu-satunya penyelesaian kepada ketidakadilan terhadap Rafizi ini adalah melalui peti undi pada pilihan raya ke-14 nanti, di mana rakyat harus memilih halatuju Malaysia sama ada ke arah demokrasi atau kleptokrasi?" soal Kit Siang.
Dunia sudah terbalik ..........penjenayah disanjungi, orang baik diterajang.

Siapa pemimpin Malaysia yang terlibat penculikan warga asing?
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

TERSEBAR keratan akhbar yang melaporkan pendedahan menggemparkan oleh Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, MNLF Prof Nur Misuari yang mendakwa ada beberapa pemimpin Malaysia terlibat dengan penculikan warga negara asing di Sipadan.

Nur Misuari mendakwa beliau mempunyai bukti terhadap dakwaannya dan mengancam akan mendedahkan identiti pemimpin yang terlibat. Di bawah ini keratan akhbar yang sedang rancak disebarkan di facebook. Aku perasan ia mula disebar sejak tengah hari tadi.

Perkataan 'pemimpin' digunakan oleh Prof Misuari membuatkan orang ramai berfikir ia tentu sekali berkaitan dengan pemimpin politik. Bila berkait dengan pemimpin politik ada dua kemungkinan, sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang.

Ini tuduhan berat, pada aku tak perlu kita nak buat spekulasi, tunggu sahaja masa dan ketikanya nanti pasti dalang itu akan didedahkan beserta dengan bukti-bukti mungkin gambar atau dokumen, mungkin juga video-video berkaitan.

Siapa pun dalang yang terlibat jika terbukti benar ia satu kesalahan dan pengkhianatan yang sangat besar, tak kira sama ada pemimpin pembangkang ataupun kerajaan.

"Nampaknya ada beberapa pemimpin yang sudah panas punggung"

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/siapa-pemimpin-malaysia-yang-terlibat.html#ixzz4P3EeT2HT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



JANGAN KAGUM PADA SUPERMOON TAPI KAGUMLAH PADA ALLAH YANG MENGGERAKKAN SI BULAN
bloglistpolitik.blogspot.
kerabubersuara.blogspot

JANGAN KAGUM PADA SUPERMOON TAPI KAGUMLAH PADA ALLAH YANG MENGGERAKKAN SI BULAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Solat Isyak kami di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B tadi (14 November 2016) sengaja saya isi dengan ayat berkaitan "BULAN"...

ÙˆَÙ…ِÙ†ْ آيَاتِÙ‡ِ اللَّÙŠْÙ„ُ ÙˆَالنَّÙ‡َارُ ÙˆَالشَّÙ…ْسُ ÙˆَالْÙ‚َÙ…َرُ Ù„َا تَسْجُدُوا Ù„ِلشَّÙ…ْسِ ÙˆَÙ„َا Ù„ِÙ„ْÙ‚َÙ…َرِ Ùˆَاسْجُدُوا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َÙ‡ُÙ†َّ Ø¥ِÙ†ْ ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ Ø¥ِÙŠَّاهُ تَعْبُدُونَ

Ertinya: Dan antara tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan "BULAN." Janganlah kamu sujud kepada matahari dan "JANGANLAH PULA SUJUD KEPADA BULAN", dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah (Fussilat [41:37]).

Usai solat, saya ulas tentang ayat ini dalam seminit dua. Kesimpulannya, panjangkan minda dan akal anda. Jangan hanya kagum pada fenomena "SUPERMOON" tetapi kagumlah kepada pemilik BULAN itu sendiri. Ini antara cara bagaimana SAINS MENINGKATKAN IMAN.

Fenomena 'Supermoon', Jarak Bulan Paling Dekat Dengan Bumi Sejak Tahun 1948
siakapkeli.my

Seperti ramai sedia maklum bahawa bermula jam ini 7.24 malam orang ramai akan dapat menyaksikan fenomena Supermoon iaitu bulan penuh luar biasa.

Fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam ini.

*Di Kuala Lumpur belum kelihatan, kerana cuaca mendung.

Jom kita saksikan live kejadian supermoon dari Hong Kong dan Malaysia

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, November 13, 2016 11:05 PM
Subject: Fw: Lihat Fenomena Supermoon Luar Biasa Esok,

Siap Sedia Untuk Lihat Fenomena Supermoon Luar Biasa Esok, Bermula Pada 7.24 Malam & Dijangka Akan Penuh Pada Jam 9.54 Malam
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai di Malaysia bakal menyaksikan fenomena Supermoon luar biasa esok bermula pada jam 7.24 malam.

Fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam esok.

"Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

"Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa.

Jadi, pastikan semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon esok dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Sumber: Angkasa

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 08, 2016 10:54 PM
Subject: Fw: Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Depan

Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Depan (14 November 2016)
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MASIH ADA HARAPANKAH UNTUK PAKATAN HARAPAN?
bloglistpolitik.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

PAS – Pokok Besar Yang Perlu Untuk Berteduh

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Oleh Timmy Say

Jikalau Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.

Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan "Tok Haji yang rasuah" menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Tidak akan kita terlihat cubaan seorang pemimpin tertinggi PPBM melonggokkan pihak yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan penyokong perdana menteri, tanpa menyedari betapa terdesaknya kelakuan beliau di mata orang awam.

Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, ialah PAS dengan kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.

PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.

Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.

Inilah dilemma PKR.

Apakah pula dilemma PPBM?

PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.

PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.

Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan.

Hampir semua parti pembangkang, barangkali selain Amanah, sedar jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS, semua bakal hancur bersama. Yang berbeza ialah nasib PAS, kerana ia akan terus hidup subur meskipun kemenangan tidak dikecapi kerana parti ini mempunyai akar tunjang yang mendalam dan menjalar jauh.

Jika mahu bekerjasama dengan PAS pula, semestinya Islam perlu diletakkan di depan dalam segala urusan – yang sudah tentu menimbulkan keresahan pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, PAS juga akan mewajibkan syarat agar kerusi-kerusi tradisinya tidak dikacau seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar melainkan PAS memberi laluan.

Azmin barangkali mengetahui bahawa usaha mendesak PAS kembali bekerjasama dengan parti yang cuba sedaya upaya mencantasnya dan parti yang hidup dengan mencuri ahli-ahlinya adalah keterlaluan. Oleh kerana demikian, begitulah nada kenyataannya.

Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.

Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya.

Laluan PH tumbang BN tanpa PAS sukar, kata penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) berdasarkan kedudukan semasa parti pembangkang ketika ini, kata penganalisis.

Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata gabungan pembangkang perlu menyelesaikan perbezaan agenda dalam parti komponen jika bercita-cita menawan Putrajaya.

Katanya, masalah ideologi dalam PH perlu diselesaikan terlebih dulu kerana sering wujud percanggahan yang menyukarkan penyatuan sedangkan BN sejak sekian lama memang ada nilai kompromi dan pengorbanan dalam konteks gabungan besar.

"Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak berpihak kepada PH kerana ia terpecah kepada 3 penjuru," katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana konvensyen pertama PH mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pembangkang akan berdepan kesukaran merampas tampuk kepimpinan Putrajaya selagi PH gagal menarik PAS bersama gabungan mereka.

"Kemelut dalam PH dan hubungan dengan PAS perlu ditangani dengan baik. Walaupun banyak isu negara sedang berlaku selagi tidak ada perpaduan sesama pembangkang agak sukar merealisasikan impian menawan Putrajaya.

"Malah tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM masih memikirkan terma dan menanti PAS bermakna PH belum cukup kuat lagi pada masa sekarang.

"Persepsi rakyat terhadap pergelutan dalaman juga perlu ditangani kerana bimbang ditolak rakyat seperti dalam pilihan raya Sarawak," katanya.

Kelmarin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap menerusi konvensyen PH berkata hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan bersatu – pakatan pembangkang perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.

Malah gabungan pembangkang nampak sukar apabila Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan membatalkan majlis menandatangani perjanjian menyertai PH yang dijadualkan dibuat ketika konvensyen itu.

Tak sokong Pakatan, tak bermakna sokong Najib, kata Hadi

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.

"Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib," katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan "dedak".

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.

Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.

"Ada tempat kita sokong, ada tempat tidak sokong, bukannya bulat. Terpulang pada beliau untuk buat kenyataan (untuk Dr Mahathir membuat tuduhan)," katanya lagi.

Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR terkubur tahun lalu selepas pertelingkahan secara terbuka antara PAS dan DAP dengan pemimpin parti Islam itu berkata parti itu tidak akan lagi bekerjasama dengan DAP.

DAP dan PKR membentuk PH dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti yang ditubuhkan pada September, pernah cuba bergabung dengan PAS, dan berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan mereka menentang Najib dan kerajaan BN.

Namun, Hadi berkali-kali menyatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan DAP.

Mereka mahu kita hormati perbezaan pendapat?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"Assalamualaikum,,,

Sejak sekian lama nampaknya masih kedengaran suara yang mendesak kita penyokong jemaah Islam PAS supaya menghormati perbezaan pendapat yang ada antara parti parti politik pembangkang.Mereka mahu kita hormati pendapat mereaka yang berbeza dengan kita tetapi dalam masa yang sama mereka sengaja tak endah dengan laungan dan syarat yang kita berikan untuk berunding.Mereka mendakwa mereka bersangka baik dengan kita pada waktu mereka memejamkan mata dengan syarat yang kita berikan.

Apa perlunya kita nak hormati perbezaaan pendapat kalau mereka sengaja buat pekak badak dengan syarat kita? Apakah syarat yang kita berikan itu bukan perbezaan pendapat yang mesti dihormati? Jadi kenapa mereka enggan menghormati perbezaan pendapat kita tetapi dalam masa yang sama mahu kita hormati pendapat mereka yang terus terusan mendesak kita tanpa menghiraukan syarat kita? Hormati perbezaan pendapat dan bersangka baik apa kebendernya?

Apa yang tidak mahu difahami mereka ialah sebenarnya syarat yang kita letak itu bukan syarat kita tetapi syarat yang ada dalam Quran dan sunnah, syarat untuk kita semua termasuk mereka untuk mematuhi perintah Agama.Sebenarnya tidak ada perbezaaan pendapat dalam soal ini kerana ianya melibatkan perkara yang qatie, perkara perkara yang diperintahkan oleh ALLAH yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di kalangan orang Islam yang bersikap mendengar dan mematuhi.

Sebarang perbezaan pendapat kalau ada hanyalah perbezaan idoelogi atau pemikiran manusia yang terlalu pandai membuat andaian kepada perkara perkara yang tidak dibenarkan agama untuk mengandaikannya.Kita tidak boleh menghormati andaian andaian akal ini sebagai mana kita menghormati perbezaan pendapat dalam soal soal khilaf, jadi sebarang desakan agar kita menghormati perbezaan pendapat kepada perbezaan ideologi ini tidak boleh diterima.

Tiada perbezaan pendapat dalam soal soal keadilan Islam dan dalam soal soal menerima idoelogi liberal dan LGBT dalam kehidupan seorang Islam.Sebarang penerimaan kepada idoelogi liberal dan LGBT tidak mungkin boleh membawa perundingan untuk apa jua tujuan dengan jemaah Islam yang mendengar dan mentaati.Itu jelas, pertentangan yang berlaku adalah dalam bentuk pematuhan agama bukan perbezaan pendapat dan tidak harus bagi pihak yang menerima liberal dan LGBT mendesak jemaah Islam untuk menghormati mereka.

Itu pasti, jadi tak usah putar kenyataan daripada perbezaan ideologi kepada perbezaan pendapat serta mendakwa sebarang cubaan memerangkap jemaah Islam sebagai sangka baik.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Baru Guna Bezza 2 Hari Dah Rosak Teruk, Selepas Viral Di Internet Baru Terhegeh2 Nak Layan Aduan Customer.

bloglistpolitik.blogspot

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Khidmat pelanggan selepas pembelian. Hancur. Dah viral di laman sosial, baru terhegeh2 nak collect info bagi mengekang segala persepsi negatif. Lain tempat lain layanannya. Tetapi kritikan ini harus menjadi peringatan buat Perodua agar teliti dalam pemilihan pekerja.

Baca ;

Saya nak complain tentang Perodua Bezza Advance..

 

1. Saya dapat kunci kereta 28/10/2016(sabtu)..

2. Pada 30/10/2016 (ahad) selepas 2 hari menggunakan kereta tersebut..

3. Kerosakan serius telah berlaku..engine rosak dan berhenti tepi jalan...

4. 31/10/2016 (isnin) call Perodua towing untuk hantar ke SC PLENTONG dan dikenakan bayaran rm100 (kerana lebih dari 100km dari rumah)..

5. Sampai sekarang 2/11/2016 kereta masih di SC...

6. Masalahnya baru guna 2 hari dah rosak teruk..

7. Kereta gantian pon tak diberi...

8. No plat kereta saya F6004... jika minggu ni tiada apa2 info dari HQ..saya terpaksa viralkan memandangkan baru 2hari guna kereta tersebut....

Saya rasa kecewa dengan mutu Perodua Bezza Advance.

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 15, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakaman Video Mesin ATM Rosak Sembur Beratus-Ratus Keping Duit Tersebar
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping duit kertas, tersebar dalam laman sosial.

Dalam rakaman selama 17 saat yang dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube itu, seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut melihat ATM berkenaan mengeluarkan kepingan duit yang banyak.

Kemudian dia melihat keadaan sekeliling sebelum membongkok dan mengaut duit terbabit yang dipercayai berjumlah RM10,000.

Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis atau bank.

Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.

Sumber: mStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Nov 15, 2016 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Padah akibat bergurau dengan pemetik api di stesen minyak
milosuam.net

SEORANG remaja secara bergurau telah menyalakan pemetik api di tangki minyak motorsikal rakannya yang sedang leka mengisi bahan api itu.

Scroll ke bawah untuk menonton video.

Tanpa disedari percikan api yang terhasil daripada pemetik api akibat gurauannya itu telah menyambar tangki minyak motorsikal tersebut sebelum api terus merebak kepada 'noozle' pam minyak.

Dalam keadaan panik, kumpulan remaja itu berusaha memadamkan api. Pekerja stesen minyak yang pada mulanya meluru untuk cuba mengambil pemadam api, membatalkan niat sejurus melihat api berjaya dipadamkan.

Video rakaman kejadian ini dikatakan diperolehi daripada Kamera Litar Tertutup, CCTV sebuah stesen minyak di Kluang Johor. Kejadian yang menjadi viral ini dikatakan berlaku pada 11 November 2016, jam 3:45 petang.

Patutnya pekerja stesen minyak tu bagi penampar kepada budak bingai yang bergurau guna pemetik api tu. Inilah masa yang sesuai nak bagi pengajaran kepada budak bingai, perbuatan bodoh dia boleh mengancam nyawa ramai orang.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/padah-akibat-bergurau-dengan-pemetik.html#ixzz4Q4VXQDsH

Bahaya Guna Tetefon Bimbit Di Stesen Minyak

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: