Sunday, February 12, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4680

15 Messages

Digest #4680
3
Fw: CADANGAN PALING BERNAS by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Kepulangan Yang Tidak Dialu-Alukan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: DBKL benarkan PAS guna Padang Merbok by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Penjelasan AJK Fatwa Pulau Pinang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12

Messages

Sun Feb 12, 2017 1:38 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Feb 12, 2017 1:38 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Feb 12, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'PM tak patut terajui kementerian kewangan'

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Kow Gah Chie

Bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican menyertai gesaan supaya berlaku pemisahan peranan antara perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau turut berpendapat bahawa peguam negara tidak sepatutnya menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan membuat keputusan terakhir berhubung pendakwaan.

Latifah, yang juga timbalan presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) bersetuju dengan pandangan sama disuarakan oleh kumpulan Melayu G25 dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

"Sudah tentu, menteri kewangan adalah menteri kewangan. Begitu juga, banyak organisasi masyarakat sivil telah membangkitkan isu bahawa peguam negara adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pengadil akhir untuk membuat keputusan mengenai pendakwaan.

"Terdapat percanggahan di sini," katanya pada sidang akhbar semalam.

Sebaik-baiknya, beliau berkata peranan ini perlu diasingkan dan negara ini mesti melaksanakan proses tertentu untuk memastikan sistem semak dan imbang.

"Di kebanyakan negara, mereka mempunyai pejabat pendakwa raya (berasingan daripada pejabat Peguam Negara), sedangkan kita digabungkan," katanya menambah keadaan itu tidak wajar berlaku di Malaysia.

Dimulakan Mahathir

Amalan memegang jawatan perdana menteri dan menerajui kementerian kewangan serentak dimulakan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan pada 1998 hingga 1999 dan dari 2001 hingga 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi juga memegang jawatan menteri kewangan sepanjang tempoh perkhidmatan dan ia teruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, yang meninggalkan Umno untuk membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dilapor menyeru pemisahan peranan perdana menteri dan menteri kewangan untuk mengelak berulangnya kegagalan 1MDB.

Sementara itu, Latifah juga mahu kuasa legislatif dikembalikan semula supaya parlimen boleh menjadi lebih berdikari.

"Parlimen harus mempunyai pentadbiran sendiri dan (menjadi) bebas. Parlimen harus mengambil pekerja (kakitangan sendiri) untuk mengembangkan kepakaran sendiri dan mereka boleh membantu ahli parlimen untuk melakukan kerja mereka dengan lebih baik.

"Tetapi, pada masa ini pegawai-pegawai parlimen dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan oleh itu mereka boleh disingkirkan (oleh kerajaan)," katanya.

"Mesti ada pemisahan fungsi eksekutif dalam berurusan dengan belanjawan dan juga (pengurusan) parlimen," kata Latifah.

Rakyat Johor mengeluh bil air SAJ naik lebih dua kali ganda
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

RAMAI pengguna air yang melanggan dengan Syarikat Air Johor, SAJ mengeluh dengan peningkatan mendadak sehingga lebih dua kali ganda caj bulanan terbaru yang dikenakan dalam bil air mereka.

Difahamkan SAJ telah mula melaksanakan deposit baru bekalan air kepada semua pelanggan-pelanggannya di negeri Johor mengakibatkan peningkatan mendadak bayaran bil apabila kadar deposit baharu itu dimasukkan ke dalam caj bil terkini pengguna.

Sudahlah rakyat tertekan dengan peningkatan kos hidup kesan perlaksanaan GST, peningkatan harga petrol, dan kejatuhan matawang, kini rakyat negeri Johor ditambah lagi dengan beban peningkatan caj mendadak bil air.

Perkara itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial facebook. Pelbagai rungutan dan keluhan boleh kita lihat.

Ramai pengguna yang terkejut mempersoalkan mengapa berlaku peningkatan mendadak caj dalam bil terkini mereka yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bagi segelintir mereka yang lebih proaktif, ada yang sudah pergi sendiri ke pejabat SAJ untuk mendapatkan penjelasan berkenaan hal tersebut.

Tetapi bila sampai di Pejabat SAJ, kakitangan yang bertugas hanya menyuruh pengguna untuk membayar sahaja jumlah bil yang dikenakan.

Banyak lagi rungutan demi rungutan boleh dilihat di laman sosial. Kalau aku nak masukkan di sini memang tak larat. Beratus, mungkin beribu status-status facebook yang mengadu tentang hal ini.

Tidak kurang yang sudah 'naik angin' bertindak melepaskan geram memaki hamun SAJ.

Aku memang kasihan dengan nasib penduduk Negeri Johor yang dibebani dengan masalah terbaru ini.

Tapi apa boleh buat, bayar sajalah, kalau tak bayar air kena potong pula. Isu rakyat seperti ini memang tidak akan masuk dalam laporan berita arus perdana kawalan BN (Barang Naik) seperti TV3, TV1 dan TV2.

Isu rakyat yang selalu diketengahkan hanya isu yang melibatkan negeri-negeri diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri Johor, kubu kuat BN, rakyat terbeban ke, tergolek ke, selagi belum ada yang bergelimpangan mati tepi jalan, isu seperti ini tak akan dipedulikan oleh kerajaan.

Sebab itu aku selalu kata "pembangkang kuat rakyat untung" kerana jika kerajaan BN kuat, seperti di Johor isu dan masaalah rakyat mereka buat tak peduli, kerana yakin rakyat akan undi mereka lagi.

Teruskanlah mengundi BN untuk dapat lebih banyak beban di masa hadapan.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/rakyat-johor-mengeluh-bil-air-saj-naik.html#ixzz4YC28gjqq

CADANGAN PALING BERNAS BUNG MOKTAR
bloglist-malaysia.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Siapa kata Bung Moktar takde idea? Inilah dia cadangannya yang paling bernas:

Maklumlah Sabah maju sudaa...Takkan semua mahu percuma saja kan?

Urang Kinabangan sukak dengan cadangan ini? Kalu sukak, undilah lagi beliau pada PRU14. Yang pasti kalu terlaksana, harga barangan di Kinabatangan akan turun mendadak...

Seperti kata Ahmad Maslan. Lepas GST, harga barangan akan turun!

Begitulah keadaannya nanti di Kinabatangan selepas cukai pintu dilaksanakan.

Mohon ampooon!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tarbaek Dari FB: Abu Chin Peng vs Perogol Bersiri
bloglist-malaysia.blogspot.
libanglibu.blogspot.
Posted by Libang Libu

Kita orang Melayu ni ada macam-macam hantu.

Hantu kopek pun ada. Kahkahkahkah!!!

Toksahkan hantu, abu pun kita takut. Simpang malaikat. Kahkahkah!!!

Takut yg bukan2.

Abu tu boleh bangkit, mengeras, membesar dan menegang pi kejar anak dara ke?

Kahkahkahkah!!!

Kahkahkah!!!

Salut Sabah & Sarawak tak bagi Mamat ni masuk.

Siapa sebenarnya Selva Kumar?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

NEGARA dikejutkan dengan berita pembebasan seorang bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah yang ganas itu.

Berikut merupakan beberapa fakta yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang lelaki ini yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini:

1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri itu.

2. Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.

3. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

4. Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.

5. Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.

6. Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.

7. Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

8. Dalam pada itu, Selva Kumar tidak berjaya untuk cuba menyekat akhbar Kanada, Toronto Star untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan baginya.

9. Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.

10. Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

11. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita.

"Berapa Ramai Lagi Wanita Akan Jadi Mangsanya," Salah Seorang Mangsa Selva Kumar Tampil Beri Amaran Dan Cerita Detik Hitam Dirogol
siakapkeli.my

Nampaknya berita kepulangan Selva Kumar Subbiah ke Malaysia selepas dibebaskan daripada penjara Kanada menjadi bualan ramai netizen.

Rata-rata melahirkan rasa risau dengan kembalinya Selva selepas selesai hukuman penjara kerana melakukan penderaan seksual dan rogol tehadap lebih 30 mangsa di mana empat daripadanya adalah bawah umur.

Pembebasan perogol bersiri ini nampaknya mendapat perhatian bekas salah seorang mangsanya, Susan Chapelle, dimana beliau menyifatkan Selva sebagai ''perogol paling teruk" di Kanada.

Beliau dalam laman Facebooknya telah memberi amaran di mana katanya " Kumar bebas berjalan keluar dari lapangan terbang di Malaysia, saya tertanya-tanya berapa ramai lagi wanita akan menjadi mangsanya sebelum dia kembali semula ditahan."

Memetik laporan Malay Mail, Wanita berusia 56 tahun ini telah tampil menceritakan bagaimana dia menjadi mangsa seksual lelaki berkenaan.

Katanya, untuk memuaskan nafsu, Sleva akan berpura-pura menjadi ejen untuk mencari model atau penjual haiwan eksotik, atau hanya tinggal di kedai kopi dan menjadikan wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto sebagai mangsa.

"Walaupun menghabiskan 24 tahun penjara, rakyat Malaysia perlu tahu bahawa Selva masih belum insaf dan serik, dia masih seorang lelaki yang ganas," katanya.

Segalanya bermula apabila dia telah terjumpa satu iklan menjual haiwan di dalam surat khabar, saya telah menghubungi nombor yang tertera untuk membuat pembelian.

Maka temujanji antara dia dan Selva telah diatur dimana dia datang untuk mengambilnya, Selepas itu Selva telah menawarkan segelas wain di semasa rumahnya.

Bila Susan bangun dari tidur, dia sedar bahawa skirt yang dipakainya sudah berada di posisi lain dan ketika itu Susan rasa dirinya dalam keadaan yang begitu teruk.

"Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Saya rasakan ia sesuatu yang sangat teruk. Tetapi dalam fikiran anda, anda fikirkan bahawa anda berada di rumah orang yang anda tak kenal, saya diberi segelas wain. Anda fikir mungkin ada sesuatu disebaliknya."

"Saya tak boleh memaafkan lelaki yang masukkan dadah, merogol, merakam gambar wanita bogel dan pukul dua orang isterinya," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dimana dia menyatakan dia tidak lupa bahawa Selva Kumar adalah seorang lelaki yang berbahaya kerana beliau telah membuat serangan seksual kepada 1000 orang wanita.

Lebih daripada dua dekad yang lalu, beliau telah disabitkan dengan 75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual terhadap lebih daripada 30 mangsa, empat di bawah umur, dan seorang seawal usia 14 tahun.

Menurut seorang peguam dari Canada Border Services Agency, sebanyak 500 hingga 1000 mungkin telah diserang.

Brian Thomson, seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes Selva Kumar, berkata: "Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjang hidupnya." katanya. - Siakapkeli.my

Selva Beri Kerjasama, Nyata Hasrat Mahu Menetap Di Lembah Klang - Polis
siakapkeli.my

Johor Bahru: Perogol bersiri yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada, S Selva Kumar, 56, telah menyatakan hasrat untuk menetap di Lembah Klang, Lapor Harian Metro.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasrat berkenaan telah dinyatakan oleh Selva kepada pasukan polis mengambil keterangannya sebaik sampai di KLIA semalam.

"Mengikut undang-undang kita tidak dibenarkan menahan dia, malah dia dengan sukarela berjumpa kami dan memberitahu apa yang berlaku terhadapnya.

"Kita sudah rekodkan semua kenyataannya dan tahu di mana dia akan tinggal.

"Berikutan itu, sama seperti yang saya sebutkan sebelum ini, polis akan bekerjasama dengan masyarakat dan pasukan komuniti kepolisian untuk memantaunya," katanya pada satu sidang media.

Menurut Khalis lagi, Selve telah memberi kerjasama di mana dia setuju untuk dipantau dan memaklumkan pergerakannya walaupun tidak diwajibkan undang-undang.

Menurutnya, polis tidak boleh masuk campur keputusan mengharamkan lelaki itu di negeri tertentu kerana ia diambil mengikut undang-undang negeri terbabit. - Siakapkeli.my

Kepulangan Yang Tidak Dialu-Alukan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Kepulangan perogol bersiri Selva Kumar Subbiah ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun kerana melakukan serangan seksual ke atas puluhan wanita di Toronto, Kanada telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat negara ini.

Menerusi media sosial, rakyat Malaysia meluahkan perasaan bimbang dan takut mereka.

Pengguna Facebook, Angeline Dominic berkata, walaupun telah berusia 57 tahun, Selva Kumar masih boleh menimbulkan risiko kepada orang ramai.

"(Selepas) 24 tahun ... tidak tahu apa rancangannya dan apa yang dia bayangkan.

"Anda tidak akan tahu apa yang ada dalam kepala seorang lelaki sehinggalah dia bertindak," katanya, sambil menambah mengambil langkah awal adalah lebih baik daripada menyesal kemudian.
Nancy Tang pula bersetuju bahawa orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui lokasinya agar mereka dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

Mesej Jenifer Ng kepada pihak berkuasa: "Kami tidak boleh dan tidak akan membiarkannya kerana ia melibatkan keselamatan diri yang dipertaruhkan.

"Anda mengambil sikap reaktif bukan proaktif. Anda sedang menunggu sesuatu yang buruk berlaku, sebelum bertindak balas."

Uma David turut melahirkan kebimbangannya, menyatakan bahawa 'tiada perlindungan, malah tiada langkah pencegahan diambil terhadap pelaku pedofilia, perogol dan seumpamanya.

"Banyak kumpulan ditubuhkan di Facebook, Telegram untuk atau oleh golongan yang 'sakit' ini! Ini benar-benar menakutkan".

Uma menggesa pihak berkuasa mewujudkan daftar senarai pesalah seksual yang boleh diakses oleh orang ramai.

Aldri Fariz menulis di Facebook bahawa lebih baik Selva Kumar memakai gelang kaki elektronik atau sesuatu yang serupa supaya pergerakannya dapat dipantau.

Walaupun terdapat sesetengah pengguna Facebook berpandangan bahawa Selva Kumar layak menjalani kehidupan normal selepas 24 tahun dipenjara, netizen Alexander Wong berasa sebaliknya.

"Apa yang saya faham dia telah melakukan jenayah berulang kali.

"Peluang kedua? Kemusnahan yang dilakukan terhadap mangsanya adalah untuk seumur hidup!," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Selva Kumar tidak akan dipakaikan dengan peranti pengesanan dan dia kini berhak untuk hidup sebagai seorang yang bebas selepas menjalani hukuman.

Selain itu, seorang rakan yang rapat dengan keluarga Selva Kumar, dipetik oleh portal tempatan FMT sebagai berkata, Selva Kumar telah bertaubat.

Bercakap tanpa nama, sumber itu berkata: "Menurut keluarganya, dia telah bertaubat dan berjanji tidak akan melakukan jenayah itu lagi."

Rakan itu juga menyifatkan laporan mengenai dirinya telah memangsakan seramai 1,000 wanita di Kanada sebagai tidak logik.

Sumber itu berkata, Selva Kumar, bekas pelajar Penang Free School, datang dari keluarga berada dan telah dihantar belajar di Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu kerana keluarganya sukar mengawal dirinya.

Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada 1980 dan dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita Kanada tetapi berakhir dengan perceraian.

Pada Selasa juga, Selva Kumar dihalang memasuki Sabah dan digambarkan sebagai individu yang berisiko tinggi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata Sabah membuat keputusan itu kerana berpendapat lelaki dari Pulau Pinang itu boleh menimbulkan bahaya kepada orang ramai, terutama wanita dan kanak-kanak.

"Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak secara bebas. Kami perlu melindungi rakyat kami," kata Musa dalam satu kenyataan.

Katanya, Jabatan Imigresen Negeri telah diarah menguatkuasakan larangan itu dengan serta-merta.

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa Imigresen yang membolehkan mereka menghalang mana-mana individu daripada memasuki negeri masing-masing.

Selva Kumar selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan didakwa melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa Kanada mengusir pulang Selva Kumar selepas dia dibebaskan pada 29 Januari lepas.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Royalti seru orang ramai sertai himpunan RUU355

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) Kelantan menyokong penuh usaha ke arah mengukuhkan sistem perundangan syariah di Malaysia.

Bagi merealisasikan perkara itu, R Kelantan akan menyertai Himpunan 355 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong usaha tersebut memandangkan ia merupakan salah satu langkah ke arah menjaga kepentingan muslim.

Beliau menambah, R Kelantan, berpendirian menyokong sepenuhnya bil itu kerana menginsafi pindaan undang-undang tersebut akan membawa kepada pembaikan pengamalan undang-undang Islam di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menjadikan RUU 355 sebagai isu politik, perkauman.

"Setelah ia diketengahkan sebagai suatu Rang Undang-Undang Persendirian, diharap perbahasan sihat berlaku dengan baik di Parlimen.

"Segala permainan politik dalam hal-hal sebegini akan membawa akibat buruk kepada rakyat," ujarnya.

Sambungnya, ia bertepatan dengan roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan yang mempunyai kedudukannya tertinggi seperti yang terkandung di dalam Perkara 3.

Beliau turut menyeru orang ramai menyertai Himpunan RUU 355 ini. – HARAKAHDAILY

PKR terbit buku penerangan RUU355

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM: PKR mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya bersabit Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Menurut Ketua Penerangannya Syed Ibrahim Syed Noh, buku yang bertajuk "Pemerkasaan Perundangan Syariah Di Malaysia" ini juga mahu memberi penerangan berkaitan isu itu sekali gus meleraikan kekusutan dan kekeliruan yang timbul.

"Ia turut menyentuh kecelaruan kefahaman dan persepsi masyarakat terhadap RUU355, memetik panduan dan contoh tindakan oleh ilmuan dan pemerintah dalam soal penetapan hukum, menegaskan kepentingan melaksana keadilan dan menangkis sikap melampau serta merujuk kepada pengalaman dan perkembangan negara-negara umat Islam yang lain," katanya pada kenyataan media.

Katanya, buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 20 Oktober 2016.

Tambahnya, PKR juga akan mengedar risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

"Penyerahan khusus juga akan dibuat kepada institusi-institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat-pejabat mufti negeri, jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama Islam negeri.

"Selain itu, penyerahan juga akan dibuat kepada Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri serta badan-badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam. Tidak ketinggalan juga kepada parti-parti politik dan pihak media," katanya.

Tambahnya, buku risalah berkenaan boleh dirujuk secara atas talian melalui laman sesawang PKR, http://keadilanrakyat.org/syariah.

PAS, diketuai presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membawa usul untuk meminda Akta 355, yang menimbulkan kritikan daripada parti pembangkang lain.

Ia bagi membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.

PAS juga mahu menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok bagi mendapatkan sokongan rakyat berhubung pindaan itu pada 18 Februari ini.

DBKL benarkan PAS guna Padang Merbok

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada PAS mengadakan perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok, pada 18 Februari ini.

Persetujuan itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.

"Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) 'River of Life' yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.

"DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan, (asalkan) mematuhi syarat ditetapkan," katanya.

Keputusan ini berbeza dengan pendirian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan lalu yang bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, sebaliknya mencadangkan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.

PAS bagaimanapun menggesa DBKL mempertimbangkan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang hadir menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ekoran perkembangan terbaru ini, penganjur himpunan balas 'Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi' yang pada mulanya memilih Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan akan berpindah ke Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, pada hari sama.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas itu terkejut dengan keputusan DBKL memberi kelulusan kepada PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.

"Ia menunjukkan keinginan PAS untuk mencetuskan kekecohan dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU 355 secara aman.

"Memandangkan Bebas tidak berminat berkonfrontasi dengan PAS, kami memutuskan berpindah ke lokasi lain. Kami sudah maklumkan kepada polis, seperti diperuntukkan undang-undang," kata ahli NGO itu, Azrul Mohd Khalib dalam kenyataan hari ini.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, January 19, 2017 10:37 PM
Subject: Fw: remaja 14 tahun lebih faham Perlembagaan

Remaja 13 Tahun Lapor Polis Selepas Guan Eng Muat Naik Kenyataan Mengelirukan Berhubung RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan pe­mimpin itu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dimuat naik ke laman blognya dua bulan lalu.

Laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan, Ahmad Ali Abdul Karim di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada 24 November tahun lalu setelah membaca artikel di laman blog Guan Eng yang dilihat mengeluarkan pernyataan mengelirukan terhadap RUU355 itu.

Ahmad Ali berkata, dalam artikel terbabit, Guan Eng telah mengeluarkan empat dakwaan berbaur hasutan membabitkan rang undang-undang tersebut.

"Antara dakwaan dibuat Guan Eng itu adalah menegaskan bahawa DAP menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, jadi cubaan pindaan terhadap hukuman di bawah RUU355 itu mengarah ke arah hudud," katanya menerusi artikel yang dimuat naik di laman blognya, https://ahmadalikarim.wordpress.com/2016/11/26/police-report-on-lim-guan-engs-false-statements baru-baru ini.

Selain itu dalam artikel tersebut katanya, Guan Eng turut memberi pandangan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk dikritik kerana tidak berpegang pada janji dan prinsip mereka untuk bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sanggup menyokong UMNO yang bekerjasama dengan Pas sehingga membelakangkan Perlembagaan negara bagi membolehkan RUU355 dipinda.

"Akhir sekali, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengulangi dakwaan beliau terhadap kegagalan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP meninggalkan Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekali gus ke arah mendekati perlaksanaan hudud," katanya.

Laporan polis yang beliau buat sebelum ini turut mendapat perhatian daripada portal propembangkang minggu lalu.

Ahmad Ali dalam pada itu menegaskan, laporan polis yang dibuat bukan disebabkan pe­mimpin itu menentang RUU355 tetapi membabitkan kenyataan beliau mengarah ke arah hasutan yang jelas menyalahi undang-undang negara.

"Saya sayang negara saya dan tidak mahu melihat keamanan serta keharmonian yang dikecapi semua rakyat ketika ini hilang akibat beberapa perkataan hasutan yang dikeluarkan oleh individu-individu tertentu.

"Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat memandangkan beliau adalah pemimpin tertinggi parti politik," tegasnya.

Pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan undang-undang lain kerana ia adalah usul pindang yang biasa dilakukan dalam proses demokrasi.

Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, ini adalah proses yang dibenarkan dalam demokrasi secara umum.

Malah, pengenalan kepada usul pindaan ini juga tidak melanggar apa-apa peraturan mesyuarat Parlimen.

Selain itu, Shamrahayu juga turut menepis anggapan bahawa cadangan pindaan ini bercanggah dengan kerangka atau sifat perlembagaan.

"Hujah kerangka atau sifat sekular Perlembagaan itu bukan suatu yang benar kerana banyak pandangan yang menyanggah pendekatan yang meletakkan bahawa kerangka asas Perlembagaan Persekutuan adalah sekular.

"Walaupun pada awalnya kita dapati ada kenyataan-kenyataan yang meletakkan sifat sekular, tetapi bila dilihat kepada peruntukan berkaitan Islam dan ruang sejarah yang lebih makro, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mempunyai kerangka agama Islam.

"Jelas sekali ia bukan kerangka sekular. Ia dapat dilihat dalam Perkara-Perkara 3, 12(2), 150(6A), 37 dan juga Jadual Keempat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.

'Guan Eng patut malu, remaja 14 tahun lebih faham Perlembagaan'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

RAUB: Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini memuji tindakan berani seorang remaja membuat laporan polis terhadap ketua menteri Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan Ahmad Ali Abdul Karim, 14, itu menunjukkan remaja tersebut lebih memahami Perlembagaan walaupun masih muda.

"(Lim) Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 14 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara.

"Saya ucapkan syabas kepada Ahmad Ali," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penerangan isu semasa di Universiti Teknologi Mara Raub, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut Ahmad Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu selepas membaca artikel di laman blog Lim yang dianggapnya berbentuk kenyataan mengelirukan berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

"Sebagai sebuah negara yang diberikan status agamanya dan diperkukuhkan lagi dalam Perkara 37, sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kesucian agama Islam, kerajaan boleh membuat apa sahaja undang-undang yang berkaitan kepentingan orang Islam, selagi ia dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, January 15, 2017 9:28 PM
Subject: Fw: H355 - 'Demam purple'

Himpunan 355: Sokongan Rakyat Melangkaui Pelbagai Warna

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam yang telah berkerjasama dalam menjayakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari 2017 membuktikan usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia mendapat sokongan semua pihak.

Tidak membezakan fahaman politik dan latar belakang semua bersatu demi melihat peranan mahkamah syariah mampu dinikmati serta mendapat fungsi sebaiknya demi kebaikan umat Islam.

Antara pertubuhan yang turut sama sebagai penganjur Kongres Rakyat, Majlis Sekretariat Ulamak Umarak (UMUM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Peguam Musliam Malaysia, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Majlis Ittihad Ummah Malaysia ( ITTIHAD), Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pendukungn & Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) , Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia( PROFESIONAL) dan Pertubuhan Pembela Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut Pengarah Himpunan 355, Ustaz Nasrudin Hasan bertemakan purple akan siri kempen serta roadshow 'Road to #H355' sedang berlangsung dan kini marak keseluruh negara.

"#H355 mengangkat tema Syariat diperkasa, Rakyat sejahtera. Malaysia perlukan perubahan.

"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

"Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt.

"Sekaligus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta," ujanya.

Nasrudin berkata, Himpunan 355 (#H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli - ahli parlimen yang ada sekarang.

PAS terbuka bersama demi memperkasakan peranan mahkamah syariah untuk kebaikan bersama.

Terkini!!! Himpunan 355 lakar sejarah umat Islam
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot
.

Pengumuman rasmi telah dibuat. Himpunan penyokong dan pendukung Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 sebagaimana dibayangkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas sidang Parlimen yang lepas kini sudah hampir pasti diadakan.

Menurut Pengerusi himpunan Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Himpunan 355 atau H355 itu akan diadakan pada hari Sabtu 18 Febuari nanti bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang. Ianya anjuran bersama PAS dan beberapa NGO Islam dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Sesungguhnya jarang-jarang sekali umat Islam khasnya orang Melayu pernah atau dapat berhimpun dalam skala yang besar demi mempertahan atau memperjuangkan sesuatu isu.

Antara yang terekod dalam lipatan sejarah adalah penentangan terhadap Malaysan Union sekitar 1946 dan dikuti dengan protes dan hartal peristiwa Natrah pada tahun 1950 di Singapura yang berakhir dengan rusuhan yang telah mengorbankan 18 orang dan ratusan lagi tercedera.

Itu semua sejarah dan berlaku sebelum merdeka.

Kini kita sudah merdeka dan berdaulat. H355 bukannya suatu protes apatah lagi bukan demonstrasi jalanan yang boleh berakhir dengan rusuhan.

H355 adalah sebuah himpunan aman. Ia meraikan suatu proses demokrasi yang dimulakan menurut lunas undang-undang yang diambil melalui inisiatif perundangan dam bakal dibentang dan dibahaskan di Parlimen bermula sesi bulan Mac nanti.

H355 merai, menegas dan mengukuhkan sokongan rakyat khususnya umat Islam terhadap satu pindaan undang-undang yang melibatkan hak dan kepentingan mereka.

Himpunan ini mahu membuktikan betapa umat Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara begitu sensitif dan berpegang teguh pada agama mereka. Perlembagaan Negara menjamin bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan setiap penganut agama berhak mengamalkan agama masing-masing.

Himpunan ini bukannya mahu mencabar atau menyerang amalan penganut agama lain, tetapi sesungguhnya mahu menegaskan betapa umat Islam keseluruhannya bersatu dalam isu-isu melibatkan agama dan kepercayaan mereka.

RUU355 adalah usaha untuk memperkasa undang-undang syariah dan mahkamah syariah di Malaysia. Lalu H355 ini mahu membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan betapa pentingnya bersatu dalam menjayakan usaha-usaha seumpama ini.

Melalui H355 ini diharapkan rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan terdedah dan dapat difahamkan betapa penting dan wajarnya RUU355 ini disokong dan diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya rakyat Malaysia khasnya umat Islam dapat bersatu dan keluar berhimpun beramai-ramai pada 18 Febuari ini membanjiri Kuala Lumpur, dengan mengenepikan fahaman dan kecenderungan politik masing-masing, sudah pasti mesej yang berjaya disampaikan nanti adalah bahawa jangan sesiapa campur tangan dan menganggu hak umat Islam mengamalkan agama mereka sebagaimana umat Islam di Malaysia juga tidak sekali-kali akan mengganggu kepercayaan dan amalan penganut agama-agama lain.

Malaysia diakui kekal berdaulat dan merdeka lantaran rakyatnya yang berbilang agama dan kaum sangat menghormati agama dan kepercayaan mereka antara satu sama lain. Urusan agama adalah hak dan urusan masing-masing penganut. Inilah fahaman dan amalan kita sejak berpuluh tahun yang lalu.

Oleh itu apabila ada usaha seumpama RUU355 ini, mengapa tiba-tiba pihak yang tiada berkepentingan mahu bangkit dan protes sekali gus mencetuskan kekeruhan dalam hubungan baik antara pelbagai agama dan kaum dalam negara yang telah dibina sekian lama.

Dalam hal melibatkan agama dan kepercayaan khasnya dalam kes H355 ini, saya yakin dan percaya rakyat Malaysia khasnya majoriti orang-orang Melayu dan mereka yang lain yang beragama Islam akan segera bangkit dan bersatu menyokong dan menyertai H355 ini.

Biarlah kita semua tanpa mengira apa sahaja ideologi, kelas dan kedudukan, sama ada para pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin dan penyokong politik, nelayan, petani, peneroka, guru-guru dan pendidik, para peniaga kecil atau besar, pelajar, buruh atau majikan, keluar beramai-ramai secara aman atas nama menyuarakan sokongan kita kea rah memartabat dan mendaultkan Islam, agama kita 18 Febuari nanti.

Biar H355 ini membuka mata ahli-ahli Parlimen Malaysia khasnya bahawa umat Islam yakni yang mewakili majoriti penduduk dalam negara bertegas mahukan RUU355 ini diluluskan dengan baik.

Ini bukan ancaman, tetapi kiranya selepas H355 nanti, jika masih ada ahli Parlimen dari mana parti sekalipun bertegas mahu menentangnya, maka mereka perlu bersedia ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Islam di kawasan mereka masing-masing.

Itulah demokrasi dan kebebasan.

Rakyat menyokong parti dan wakil yang faham dan sensitif akan isu dan permasalahan mereka. Jika ada parti atau wakil yang menolak kemhauan rakyat, dalam kes ini RUU355, maka mereka memberi isyarat pada para pengundi bahawa dalam isu-isu melibatkan usaha memartabatkan amalan agama Islam mereka akan tentang, maka bersedialah menerima risiko ditolak oleh para pengundi Islam.

Sebagai warganegara Malaysia kita berhak memilih dan mengundi sesiapa sahaja dan demikian juga kita berhak untuk menolak dan tidak mengundi sesiapa sahaja.

Tidaklah keterlaluan dalam hal ini jika umat Islam nanti memutuskan mana-mana wakil atau parti yang tidak "Islamic friendly" wajar ditolak dalam Pilihanraya Umum nanti, itu pengundi bijak namanya.

Bagi saya lamgkah menganjurkan H355 ini mencerminkan kematangan berfikir dan kematangan berpolitik semua pihak yang terlibat. Ini bukan himpunan untuk mengibarkan bendera dan menjuarai ideologi mana-mana pihak. Ini himpunan untuk menyokong usaha memperkasakan Islam yang bakal berlaku di Parlimen bulan Mac nanti.

Siapa yang tidak mahu melihat kesatuan dan kesepakatan umat Islam secara sivil dan berdisiplin, berhimpun menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang yang bakal mendekatkan lagi mereka dengan Yang Maha Pencipta mereka.

Sesungguhnya H355 nanti bakal melakar sejarah kesatuan umat Islam dan rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali sebelum merdeka dahulu.

Pastikan anda antara yang hadir dan mencipta sejarah menyumbang ke arah memperkasakan amalan Islam dalam negara.roslansms@gmail.com

H355: 'Demam purple'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

1. Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple". Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

2. Himpunan 355 yang juga bertemakan purple akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur. Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara.

3. Ramai yang bertanya saya kenapa purple? Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup.

4. Justeru itu, H355 mengangkat tema Syariat Diperkasa, Rakyat Sejahtera. Malaysia perlukan perubahan. Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

5. Sudah sampai masanya negara ini memerlukan pelaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah SWT. Sekali gus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta.

6. Himpunan 355 (H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli-ahli parlimen yang ada sekarang.

7. Insya Allah, Demam Purple ini akan kebah pada 18 FebruarI 2017 akan datang.

Nasrudin Hassan
Pengarah Himpunan 355
11 Januari 2017 / 12 Rabiul Akhir 1438
Kuantan

Tiada Halangan PAS Anjur Himpunan Di Dataran Merdeka

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk Pas menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan asalkan mengikut peraturan ditetapkan dan mendapat kebenaran pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk me­nganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara atau isu asalkan mematuhi akta dan peraturan berkaitan.
''Pada saya mereka berhak untuk berbuat demikian... asalkan mengikut syarat dan mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persembahan Gendang 24 Pera­yaan Terbesar di Dunia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tsun Jin di Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari bagi memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Platform itu akan digunakan untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.

Sementara itu, Persembahan Gendang 24 Perayaan Terbesar di Dunia itu yang disertai 388 peserta dari pelbagai bangsa dan peringkat umur turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Persembahan gendang tersebut kini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan kaum Cina, malah kaum Melayu dan India juga dilihat turut menyertai pasukan persembahan tersebut.

Senario tersebut secara tidak langsung menjadi satu perantara dalam usaha memupuk sema­ngat satu Malaysia dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

- BERNAMA

Himpunan 355: PAS jumpa datuk bandar buat rayuan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net



PETALING JAYA: Penganjur Himpunan 355 akan membuat rayuan terhadap kegagalan mereka memperoleh kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi melangsungkan program itu.

Pengarah program, Nasruddin Tantawi berkata pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Noordin Abdul Aziz bagi meneruskan program untuk mengadakannya di Dataran Merdeka.

"Kita sudah hantar permohonan sejak seminggu lalu dan sudah menerima jawapan. Permohonan kami ditolak. Justeru, kami mengambil keputusan berjumpa beliau untuk membuat perbincangan," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Pada 7 Januari lalu, pengerusi program Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.

Datuk bandar sebelum ini dilaporkan tidak membenarkan PAS menganjurkan Himpunan 355 di Dataran Merdeka dan mencadangkan penganjur mengadakannya di Stadium Titiwangsa.

"Tidak Dataran, tiada rundingan," kata beliau.

Mengulas cadangan lokasi baru, Nasruddin berkata pihaknya enggan memberi sebarang komen dan berharap perjumpaan kelak akan membuahkan hasil.

"Nanti dulu, kita tak nak buat spekulasi lagi. Kita nak jumpa dulu, nak bincang, tengok macam mana," katanya.

PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.

Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.

"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.

"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Nazri: MCA tak boleh halang himpunan Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


MCA tidak boleh menghalang cadangan PAS untuk menganjurkan himpunan mega bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata adalah menjadi hak demokrasi setiap rakyat di negara ini untuk berhimpun.

"Dia (MCA) tak boleh tidak bersetuju kerana ia adalah hak asasi setiap individu.

"Kita ada undang-undang yang membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perjumpaan secara beramai-ramai kerana saya percaya semua orang berhak berbuat demikian berdasarkan syarat yang telah ditetapkan," kata Nazri.

Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan akan menganjurkan himpunan mega untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai Akta 355.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan di Dataran Merdeka itu akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan MCA hari ini.

Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, himpunan yang dijadualkan pada 18 Februari itu bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

MCA pun boleh berhimpun

Mengulas lanjut Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata MCA juga boleh mengadakan himpunan balas bagi membantah apa yang dilakukan PAS.

"Jika MCA tidak bersetuju mereka juga boleh mengadakan himpunan bagi membantah himpunan tersebut dan saya tak fikir ada pihak yang boleh halangnya asalkan ia mematuhi syarat akta perhimpunan terbabit," kata Nazri.

Tambah anggota Parlimen Padang Rengas itu beliau juga pasti Umno tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana anggota partinya yang menyertai himpunan terbabit.

"Ini hak asasi manusia dan kita tak akan halang siapa-siapa untuk sertai dan saya tak fikir Umno akan keluarkan arahan kerana ini kehendak masing-masing," kata Nazri.

DAP, AMANAH (PAN) turut dijemput hadir Himpunan Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.

"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.

"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH (PAN) turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SPRM kenal pasti penjawat awam main golf ditaja orang berkepentingan

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MUHAMAD AFIQ MOHD ASRI

SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.

Tanpa mendedahkan sebarang nama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata badan antirasuah itu sedang menjalankan siasatan dan proses mengumpul bukti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

"Mereka ini (penjawat awam) dipercayai masih berdegil dan tidak memandang serius amaran yang dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini supaya berhenti bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan," katanya kepada Bernama.

SPRM, katanya, tidak menghalang penjawat awam bermain golf namun ia menjadi isu apabila mereka ditaja pihak seperti kontraktor dan pembekal serta melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Sambil berkata tiada lagi amaran akan diberikan SPRM kepada individu berkenaan, beliau menegaskan: "Sudah tiba masanya untuk mereka lebih berwaspada dengan perbuatan sendiri".

Azam berkata SPRM memandang serius perkara itu, malah telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu sebelum ini kerana didapati sering ke luar negara untuk bermain golf dengan orang berkepentingan.

"Apa yang pasti tindakan tegas menanti mereka yang degil dan mungkin berfikir nama mereka tidak terdapat dalam senarai SPRM," katanya.

Menurutnya, individu-individu terbabit bukan sahaja ditaja kos perjalanan malah perbelanjaan untuk membeli-belah.

SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dalam siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa yang turut membabitkan bermain golf di luar negara.

Sindiket rekrut pelajar jual dadah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA NERANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada sindiket dadah di negara ini yang semakin berani menggunakan pelajar sekolah untuk menjual bahan terlarang itu kepada pelajar lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, berdasarkan rekod, kegiatan tersebut semakin berleluasa di sekolah terutama di sekitar Lembah Klang dan Kedah.

Tegasnya, PDRM akan be­kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mematahkan modus operandi terbaharu sindiket dadah itu.

"Memang ada dalam rekod kita tetapi ia sebenarnya bukan merekrut mereka (pelajar) sebagai pengedar dadah, tetapi diupah oleh pengedar untuk menjual dadah ini kepada pelajar lain.

"Pelajar ini jika diberi upah aiskrim pun mereka akan lakukan (jual dadah). Kita sedang pantau perkara ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah pe­ringkat Kebangsaan 2017 dan Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad di sini semalam.

6 'Datuk' antara 114 disyaki samseng ditahan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Polis menangkap 114 individu disyaki samseng, termasuk 6 berpangkat "Datuk" dan "Datuk Seri" sejak 2015.

Polis juga merampas 22 pistol, 1 senaparang, 916 peluru, dadah bernilai RM1.75 juta, barangan kemas, wang tunai RM167,193 dan 2 kenderaan – sebuah Toyota Fortuner dan Mazda CX5, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh.
Serbuan dan tangkapan dibuat dalam "Ops Cantas Khas" sejak 2015.

Mohmad berkata tangkapan terbaharu 3 Februari lepas menyaksikan 38 individu disyaki samseng berumur antara 19 dan 62, disyaki mempunyai kaitan dengan "Geng 360 Devan".

Empat yang ditahan bergelar "Datuk".

Menurut polis, "Geng 360 Devan" terlibat dalam penculikan dan pembunuhan 3 ahli kumpulan "Satu Hati" pada 2015 dan 2016 apabila perang kawasan antara kedua kumpulan itu melarat.

Mohmad berkata 16 yang disyaki disiasat untuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaaan manakala 22 disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Operasi dijalankan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) secara bersama.

Mohmad berkata polis menjalankan 8 serbuan utama "Ops Cantas Khas" di Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang sejak 2015.

Mereka yang disyaki menganggotai "Geng 04 Paper Kumar", "Geng 21 Japan", "Geng 04 Sungai Siput", "Geng Latino Dago", "Geng William", "Geng 24 Penang" dan terbaharu, "Geng 360 Devan", ditahan dalam operasi itu.

Mohmad berkata operasi akan diteruskan sehingga ada penurunan drastik dalam jumlah jenayah membabitkan kumpulan samseng dan tembak-menembak.

Beliau merayu orang ramai membantu polis dengan maklumat berkenaan kegiatan kumpulan samseng.

Datuk kecundang

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Kuala Lumpur: Seorang ahli politik bergelar Datuk antara 34 ahli kongsi gelap Geng 36 yang berjaya ditahan polis dalam operasi besar-besaran sejak awal minggu ini.

Sumber berkata, penahanan semua suspek termasuk ahli parti politik itu dilakukan anggota polis Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman yang melancarkan Operasi Op Cantas Khas di sekitar Lembah Klang.

Katanya, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes bunuh berprofil tinggi sejak lebih tiga tahun lalu hasil penahanan semua suspek itu.

"Antara kes yang dikaitkan dengan ahli kumpulan kongsi gelap itu adalah pembunuhan ketua kumpulan Satu Hati, Surya, di Jinjang Selatan pada 25 Januari tahun lalu dan orang kanannya Kanna, di Danau Kota, Setapak, pada 27 Julai lalu.

"Polis turut merampas enam pucuk pistol, satu raifal, peluru serta 10 kilogram dadah jenis syabu dan heroin," katanya.

Menurutnya, kumpulan kongsi gelap itu turut disiasat terbabit dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, pada 26 April 2013 di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa, Putrajaya.

"Setakat ini sebahagian senjata api yang dirampas turut dipercayai mempunyai kaitan dalam kes Shaharuddin.

"Namun siasatan secara terperinci dibuat oleh polis forensik. Susulan itu, polis masih memburu saki-baki individu yang terbabit dengan kumpulan berkenaan," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, operasi berkenaan mensasarkan kumpulan samseng yang aktif di sekitar utara dan selatan negara, selain Kuala Lumpur dalam usaha membanteras kegiatan gangsterisme.

"Dalam serbuan berkenaan, kami menyasarkan kumpulan samseng berbangsa Cina dan India di kawasan berkenaan. Antara yang ditahan adalah Ketua Geng dan orang kanan kumpulan kongsi gelap itu," katanya pada sidang media selepas menutup upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Noor Rashid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dalam kegiatan gangsterisme dalam usaha menangani kadar kes jenayah yang didalangi kumpulan berkenaan.

"Kejayaan tangkapan ini hanya permulaan bagi polis untuk menjalankan Ops Cantas Khas dengan lebih konsisten," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Campur tangan: Penjelasan AJK Fatwa Pulau Pinang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PENJELASAN DATO' MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN

Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi, bahawa wujudnya campur tangan politik daripada kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan.

Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

DATO' MD SALLEH HAJI AHMAD
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
8 Februari 2017

Isu Fatwa : Pengakuan Bekas Mufti Sahkan Wujud Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pengakuan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad yang berkata bahawa beliau pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong mengesahkan dakwaan PAS adalah benar.

"Jelas lagi sahih campur tangan DAP -PKR dalam hal ehwal hukum hakam agama Islam secara tidak langsung menghina Islam dan Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang,"kata Iszuree Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan tujuan beliau membangkitkan isu itu untuk meminta amalan yang tidak sihat dihentikan daripada terus dipraktikkan kerajaan negeri.

"Isu ini dibangkitkan supaya dihentikan campur tangan politik terhadap keputusan-keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

"Bekas mufti Dato' Seri Hassan juga telah tampil mengakui pernah membantah campur tangan politik ini seperti yang dilaporkan FMT,"katanya dalam Facebook hari ini.

Menurutnya, isu ini dapat diselesaikan secara mudah, sekurang-kurang melalui dua tindakan yang perlu dilakukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

"Batalkan prosedur yang mengarahkan semua keputusan fatwa perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada mesyt Exco Kerajaan Negeri (MMK) sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong. Berikan hak sepenuhnya kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri sebagai badan bebas yang berautoriti dalam hal ehwal hukum Islam mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004.

" 'Lepaskan' fatwa-fatwa yang masih tersangkut (seperti yang tercatat dalam Minit Mesyuarat Fatwa bil 3/2015 & bil 4/2015) untuk diangkat kepada Yang Dipertuan Agong bagi proses selanjutnya termasuk digazetkan (jika belum gazet),"katanya.

Afnan Hamimi turut memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Datuk Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam dalam kerajaan negeri walaupun mereka berdua memfitnahnya.

"Dato' Malik juga ada nyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu panjangkan polemik mengenai isu campur tangan ini. Maka eloklah disegerakan pelaksanaan 2 cadangan penyelesaian seperti di atas.

"Akhirnya, atas sifat sebagai seorang muslim dan prinsip Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang PAS kemukakan, saya berbesar hati memaafkan Lim Guan Eng dan Dato' Malik yang tersilap menuduh saya memfitnah (walaupun sepatutnya Lim Guan Eng dan Dato' Malik yang mohon maaf kepada saya).

"Terima kasih Lim Guan Eng kerana membersihkan nama saya,"katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang memberi tempoh 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk menarik balik laporan mereka serta memohon maaf berhubung laporan berkaitan pelantikan mufti.

Laporan itu memetik Afnan Hamimi yang mendakwa kerajaan negeri campur tangan dalam pelantikan Datuk Hassan Ahmad sebagai mufti negeri itu.

Lim menafikan terbabit dalam hal pelantikan itu dan memberitahu, pihak yang mencadangkan nama untuk jawatan berkenaan ialah Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam.

Katanya, cadangan nama itu dipersetujui pemimpin PKR yang juga bekas anggota parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim.

"Saya beri masa 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk meminta maaf secara terbuka kepada saya dan menarik balik laporan palsu tersebut," katanya pada sidang media di George Town.

Ditanya mengapa beliau tidak menyaman Afnan Hamimi yang membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab: "Mengapa membuang masa?" - AIDCNews

Lagi Usaha Membela DAP Dalam Kes Campur Tangan DAP Dalam Majlis Fatwa Pulau Pinang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Seorang anggota Jawtaankuasa Fatwa Pulau Pinang berkata, memang wujud campur tangan kerajaan negeri dalam proses mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri itu.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Datuk Md Salleh Ahmad, campur tangan didakwa itu bukanlah daripada ketua menteri sebaliknya exco agama Pulau Pinang.

Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Datuk Abdul Malik Kassim mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan pada 2010.

"Walau bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa fatwa pada 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah diwartakan, dikekalkan sebagai fatwa," katanya dalam kenyataan semalam.

Isu campur tangan kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang menjadi panas selepas ketua pemuda PAS negeri itu, Afnan Hamimi Taib Azamudden, membangkitkannya baru-baru ini.

Kata Afnan, campur tangan itu juga menyebabkan khidmat mufti terdahulu, Datuk Hassan Ahmad, tidak disambung selepas 2014.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Abdul Malik dan juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Rentetan daripada kejadian itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memberi tempoh 48 jam kepada dua akhbar arus perdana - Berita Harian dan New Straits Times - yang menyiarkan kenyataan Afnan Hamimi supaya menarik balik laporan mengenai isu itu dan membuat permohonan maaf terbuka.

Kegagalan berbuat demikian, kata Lim, akan mendorong pihaknya menimbangkan langkah selanjutnya ke atas akhbar terbabit.

Mengakui menyokong penuh kenyataan Afnan Hamimi yang juga bekas anggota majlis fatwa berkenaan, Md Salleh berkata, beliau "dukacita"; terhadap Abdul Malik kerana campur tangan dalam hal fatwa negeri.

Kata Md Salleh, ada juga beberapa fatwa yang sepatutnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh ditangguh oleh exco agama.

Perkara ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.

"Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa exco agama dalam hal pemfatwaan lebih besar daripada kuasa jawatankuasa fatwa negeri.

"Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan.

"Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan semalam dan turut disebarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) - yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia - melalui WhatsApp pagi tadi.

Dengar Jawapan Pemakan Dedak DAP Pula Pasal Campur Tangan DAP Dalam Majlis Fatwa

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Exco Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim hari ini menegaskan, tidak ada campur tangan dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Sebaliknya Abdul Malik berkata, apa yang berlaku hanyalah keinginan kerajaan supaya mufti yang mempengerusikan majlis fatwa membincangkan keputusan mereak dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

"Selaku exco hal ehwal Islam, saya tidak pernah mengarahkan untuk menukar keputusan mereka (jawatankuasa fatwa) sebaliknya saya memohon kepada mufti yang mempengerusikan jawatankuasa fatwa untuk membincang semula keputusan itu dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

"Sekali lagi saya tegaskan, kerajaan negeri tidak campur tangan dalam isu memfatwakan kalimah Allah, apatah lagi mengarahkan jawatankuasa fatwa mengubah fatwa itu mengikut pendirian kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan PAS Pulau Pinang.

Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Abdul Malik mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Kejadian itu, katanya, berlaku pada 2010.

Justeru, Md Salleh berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan seolah-olah kuasa exco agama dalam hal penfatwaan lebih besar daripada jawatankuasa fatwa Pulau Pinang.

Md Salleh yang juga adik kepada bekas mufti terdahulu - Datuk Hassan Ahmad - menggesa agar campur tangan itu segera dihentikan dan semua fatwa hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu melalui mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Abdul Malik berkata, pihaknya cuma berharap jawatankuasa fatwa dapat mendengar dan menilai semula keputusan mereka dengan mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri.

Kata Abdul Malik memang menjadi amalan jawatankuasa fatwa untuk menjemput mana-mana pihak yang berbeza pandangan dengan mereka untuk bermuzakarah.

Hasil perbincangan semula itu, katanya, jawatankuasa fatwa mengekalkan keputusan fatwa yang diwartakan pada 29 April 2010 dan kerajaan negeri menghormati serta menerima keputusan tanpa sebarang masalah berbangkit.

"Memohon untuk membincangkan semula keputusan fatwa bukan bermakna ada campur tangan dalam pemfatwaan," katanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, February 01, 2017 10:28 PM
Subject: Fw: Respon Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang

Respon Terhadap Kenyataan Yb Dato' Abdul Malik Abul Kasim Bertajuk Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang Bertarikh 27 Januari 2017

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PAS P.Pinang berpendirian bahawa apa yang disebutkan oleh Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika disoal wartawan mengenai pembelaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang mempunyai asas dan hujah tersendiri. PAS P.Pinang mempertahankan pandangan YB Presiden PAS tersebut berdasarkan hujah dan fakta berikut:-

1. ISU PERKAMPUNGAN WARISAN MELAYU P.PINANG
1.1 Ketika PAS masih bersama Pakatan Rakyat, satu Manifesto Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dipersetujui bersama antara PAS dengan DAP dan PKR, telah memutuskan untuk mewujudkan 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' sebagai usaha memelihara kampung-kampung Melayu warisan yang telah sedia wujud seawal tahun 1700 masihi lagi. Antara contoh kampung Melayu warisan tersebut adalah seperti Kampung Batu Uban (1734) dan Tanjung Tokong (1786).

1.2 Namun, DAP dan PKR melalui kuasa di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang didapati tidak melaksanakan manifesto untuk mewujudkan 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' ini. Berdasarkan maklumat yang direkodkan, terdapat 25 buah kampung warisan Melayu di P.Pinang yang terhapus sejak zaman pemerintahan BN hingga kini, akibat projek pembangunan. Jika DAP dan PKR bersungguh-sungguh mahu membela Melayu, sewajarnya dilaksanakan manifesto mengenai 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' bagi mengelakkan terhapusnya perkampungan warisan Melayu akibat projek pembangunan.

2. TINDAKAN DWI STANDARD TERHADAP PENJAJA MELAYU DAN PENJAJA BUKAN MELAYU
2.1 Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan melayu dan bukan Melayu. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.
2.2 Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat dikalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

2.3 Wakil PAS ketika masih berada di dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (sebelum dipecat pada bulan September 2014) pernah menyatakan bantahan terhadap tindakan dwi standard ini. Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada UMNO dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka. Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-UMNO semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan.

3. PROJEK TAMBAK LAUT UNTUK MEWUJUDKAN 3 BUAH PULAU DI TELUK KUMBAR, IMPLIKASI TERHADAP PENDUDUK MELAYU ISLAM
3.1 Langkah DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) memberi implikasi negatif terhadap ribuan penduduk Melayu Islam yang sejak sekian lama menetap di kawasan berkenaan.

3.2 Projek ini akan memusnahkan ekologi pembiakan hidupan laut dan alam sekitar. Lebih kritikal, projek ini akan menghapuskan lubuk pembiakan ikan dan udang yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk Melayu Islam setempat. Tawaran pampasan yang diberikan pula difahamkan tidak setimpal, ibarat "kenyang sekali tetapi melarat bertahun-tahun".

4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI P.PINANG
4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

4.3 Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah 'dibekukan' oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

5. TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN PINDAAN AKTA 355
5.1 Berhubung usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri secara terang-terangan telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355. Tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah bagi membina Mahkamah Syariah hanya dilihat sekadar kosmetik sahaja sekiranya tidak memberi bidangkuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kerajaan negeri menghormati dan memberikan hak kepada umat Islam bagi mengamalkan undang-undang syariah di negeri ini, kerajaan negeri harus bersedia menyokong bukan sahaja RUU Pindaan Akta 355, bahkan lebih dari itu kerajaan negeri mempunyai kuasa di dalam Dewan Undangan Negeri untuk mengubal suatu enakmen yang lebih lengkap sebagai mana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan.

6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE
6.1 DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

6.2 Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

6.3 Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah Masjid dan Surau di seluruh negeri Pulau Pinang sekaligus menggambarkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak khariah Masjid dan Surau yang membantah fahaman ini.

Oleh yang demikian, PAS P.Pinang berpendirian bahawa DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang tidak serius membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Bahkan, usaha-usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR untuk membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang, didapati masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan aspek pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah. Pembelaan Melayu dan Islam yang hanya difokuskan kepada aspek material ini sama seperti kaedah yang digunakan oleh BN, bersifat jangka pendek untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa, namun tidak akan dapat melahirkan rakyat dan negeri yang bertamadun.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD FAUZI YUSSOF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
2 Jamadil Awwal 1438H / 30 Januari 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DUA TAHUN TANPA TOK GURU... AL-FATIHAH UNTUK MUROBBIKU
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
1. Ucapan takziah dari saya yang mewakili Amanah Negeri Johor kepada keluarga Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua tahun lalu kami telah kehilangan seorang tokoh yang dikagumi seluruh manusia di negara ini. Dua tahun lalu juga tubuh kecil yang berpengaruh itu dijemput Allah untuk pulang bertemuNYA.

2. Perjalanan yang jauh dalam jerih mengharungi politik di Malaysia dengan membawa pendekatan Islam sebagai agama Rahmat Untuk Semua, kemesraan pendekatan Allahyarham tidak dapat dikikis dari minda kawan mahu pun lawan.

3. Bagi ahli Amanah, kami juga pernah bersama-sama Allahyarham Tok Guru suatu ketika dulu dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dengan slogan 'Islam For All', Tok Guru mampu memecahkan tembok perbezaan dengan meletakkan titik persamaan sebagai matlamat untuk menumbangkan UMNO selaku pemerintah yang memeras.

4. Dua tahun sudah berlalu. Bayang Tok Guru tidak lagi kelihatan. Dalam tempoh itu jugalah PAS yang dahulunya dilihat berlawan dengan UMNO atas dasar kebenaran dan keadilan hari ini dilihat mula bermesra dengan UMNO dalam mengharungi politik yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi.

AL-FATIHAH

HJ KHAIRUDDIN ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA AMANAH NEGERI JOHOR

Sultan Muhammad V Jalur Muhammad Al Mahdi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Pada 13 Disember lalu, Sultan Muhammad V melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan pada usia 47 tahun baginda adalah sultan termuda dalam kalangan Raja-raja Melayu ketika ini. Di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai "Malikussoleh" iaitu pemerintah yang soleh.

Sultan Muhammad V yang mendapat didikan dalam bidang keagamaan dan kerohanian begitu menyerlah di mata rakyat dari segi pegangan Islam yang kukuh. Baginda juga gigih berusaha menerap nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program itu, yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan dan Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.

Menurut Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, Sultan Muhammad V begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam. "Kami warga masjid amat dekat dengan baginda yang cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, baginda seorang sultan yang memang selalu berada di masjid dan rakyat senang bertemu dengan baginda," katanya.

Muhammad Hana Pizi berkata kehadiran baginda di masjid dan majlis keagamaan menjadikan baginda begitu dekat dengan rakyat. "Sultan Muhammad V pernah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, yang disertai ribuan jemaah beberapa tahun lepas," katanya.

RAJA-RAJA MELAYU ZURIAT AHLUL BAIT

Dalam sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, melibatkan sumbangan besar daripada zuriat Ahlul Bait yang memainkan peranan dominan. Ahlul Bait adalah ahli keluarga Rasulullah S.A.W yang terdiri daripada kalangan baginda sendiri, isteri-isteri, anak-anak dan keturunan baginda sehingga sekarang. Salah seorang puteri Rasulullah S.A.W yang termasuk dalam keluarga ini adalah Fatimah az-Zahrah. Fatimah berkahwin dengan anak saudara Rasulullah S.A.W iaitu 'Ali bin Abi Talib. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Hasan, Husain dan Muhsin (meninggal ketika masih kecil).

Melalui kedua-dua orang cucu Rasulullah S.A.W ini, zuriat Ahlul Bait masih berterusan dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengembangkan Islam di Alam Nusantara. Penghijrahan Ahlul Bait khususnya yang berketurunan daripada Imam Husain merupakan mereka yang menetap di Hadramaut Yaman. Kemudian mereka berhijrah ke Alam Melayu dengan tujuan awalnya adalah untuk berdakwah sambil berniaga. Di Nusantara mereka tersebar ke berbagai kepulauan seperti Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaya, Sulawesi, Mindanau, Kalimantan, Champa dan sebagainya.

Perjuangan zuriat Ahlul Bait itu telah terbukti daripada pertumbuhan dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, seperti Wali Songo sebagai pendakwah Islam di Tanah Jawa. Begitu juga, ulama-ulama yang berdakwah di Semenanjung Malaysia seperti di Terengganu. Sebahagian besarnya adalah Ahlul Bait daripada keluarga al- 'Idrus. Di Johor, ulama-ulama Ahlul Bait daripada keluarga al-Saggaf, al-'Attas, manakala di Pahang, sebahagian ulama daripada Ahlul Bait yang menyebarkan Islam di sana adalah terdiri daripada keturunan keluarga al-Yahya.

Seterusnya, zuriat Ahlul Bait itu berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Sebahagian penting di kalangan mereka merupakan ulama yang terkenal sehingga dengan kemasyhuran mereka menyebabkan penduduk tempatan teruja. Ada yang dilantik sebagai Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah di mana mereka berada ketika itu, seperti yang berlaku pada Kesultanan Kalimantan Pontianak, Kesultanan Perlis, dan sebagainya.

Gelaran Ahlul Bait di setiap pulau atau negeri pula berbeza-beza seperti di Indonesia, Ahlul Bait lebih dikenali dengan panggilan Habib atau Sharif (untuk lelaki), Sharifah (untuk perempuan) dan ada juga yang lebih dikenali dengan nama panggilan keluarga seperti; al-Saggaf, al-Qudri, al-Yahya, al-Jamalullail, al-'Attas, al-Kaf, al- Jufri, al-Habsyi dan sebagainya. Sedangkan di Semenanjung Malaysia, panggilan Ahlul Bait lebih dikenal dengan gelaran nama diawalnya dengan tambahan Syed, Sharifah dan ada juga dengan panggilan Ungku, Tuan, Wan dan sebagainya.

Sultan Adiluddin merupakan pengasas dinasti Raja Kelantan lama (termasuk Patani) yang pertama dari keturunan Rasulullah SAW. Baginda yang lebih terkenal dengan nama 'Raja Loyor' merupakan putera Datu Nik Jamaluddin ibni Wan Abul-Muzaffar, ibni Sultan Abu Abdullah, Raja Champa yang bergelar Wan Bo. Sultan Abu Abdullah, atau Wan Bo pula ialah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin Al-Hussein

Putera Sayyid Ali Nurul Alam yang bemama Sultan Abu Abdullah itu pula telah menjadi pengasas Raja Champa keturunan ahlul—bait mulai tahun 1471—1478M. Kesultanan Champa dari titisannya hanya dapat bertahan selama empat generasi sahaja, iaitu sehingga period pemerintahan datuk Long Baha, iaitu Nik Ibrahim (Po Nrop). Long Baha ialah raja yang memerintah Patani dalam tahun 1710-1715M, kemudiannya menjadi Raja Kelantan pula dalam tahun l7l9—1733M. Keturunannya bersambung—sambung menjadi raja Kelantan hingga ke hari ini.

RAJA-RAJA ISLAM PIMPIN PERALIHAN KEPADA KHALIFAH AL-MAHDI

Kesimpulannya, InsyaAllah dalam zaman peralihan kelak, Raja-Raja Islamlah yang akan menjadi simbol kesatuan dan kekuatan ummah, serta bertindak sebagai peneraju utama dalam mengharungi berbagai pergolakan hebat dengan musuh-musuh agama dengan dokongan alim-ulamak, sehingga sampai masanya untuk menyerahkan panji-panji agama kepada Al-Mandi AS apabila is dinobatkan sebagai khalifah ummah. Begitulah halnya yang terjadi apabila Allah melantik Thalut sebagai raja bagi kaum Bani Israil untuk memerangi Jalut.

Allah SWT telah menobatkan Thalut dengan menganugerahkannya Peti Thabut sebagai tanda zahir penobatannya. Begitu juga bagi wira Islam yang agung, iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubbi yang terkenal atas kegigihannya menerajui jihad Islami dalam Perang Sabil sehingga Allah SWT memberikan umat Islam kemenangan dan merampas kembali Baitul Macidis dari tangan orang Nasrani. Salahuddin berjuang atas platform Institusi Beraja dimana beliau sendiri menjadi Raja Mesir di waktu itu dan dinobatkan melalui pemberian alat-alat kebesaran khalifah. Maharaja India yang terkemuka, iaitu Sultan Auarangzeb memimpin umat Islam di India mencapai mercu.

Di Alam Melayu, raja-raja seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Acheh), Sultan Babullah (Ternate), Sultan Fatah (Jawa), Sultan Saiful Rijal (Brunei), Sultan Maulana Yusuff (Sultan Banten), Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan ramai lagi, semuanya menggempur penjajah kuffar sehingga diberikan kemenangan gemilang oleh Allah SWT. Semua mereka ini merupakan raja-raja Islam yang bernobat mengikut amalan tradisi.

Kesimpulannya, Institusi Beraja insyaAllah akan menjadi platform yang diperlukan dalam perjuangan kita menentang musuh-musuh Islam di zaman peralihan yang bakal menjelang kelak. Oleh itu seharusnyalah Institusi yang sakaral ini diperkuat dan dipertahankan dengan segenap daya upaya kita sebagai persiapan dalam mengharungi zaman yang serba mencabar itu. Selainnya tunggu sahajalah takdir dari Allah sendiri untuk menobatkan kepimpinan ummah samada daripada Raja-Raja Islam hari ini mahupun pewaris-pewaris dari dinasti raja-raja terdahulu, khususnya yang bertitisan ahlul-bait Rasulullah SAW itu.

Sesungguhnya bukanlah suatu kebetulan bahawa Allah SWT tetap memelihara Institusi Beraja Islam sejak zaman-berzaman walaupun cuba dihapuskan dengan segala kekuatan dan kesatuan musuh-musuh agama. Dan juga bukanlah rahsia lagi terdapat gerakan politik yang dipelopori DAP yang cuba menjatuhkan pemerintahan beraja apabila mereka beroleh kekuasaan kerana instituisi rajalah yang menjadikan Islam sebagai ugama rasmi dalam perlembagaan persekutuan. Dan bukanlah suatu kebetulan pula bahawa kebanyakan daripada Institusi Beraja ini, balk di bumi maghrib (barat), mahupun di bumi masyriq (timur) adalah daripada dinasti-dinasti yang bertitisan dari Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasululah SAW.

http://petunjukzaman.blogspot.my/

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ismanusa
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki & Wanita Cedera Selepas Kereta Penyek Separuh Dilanggar Lori
siakapkeli.my

SEREMBAN 12 Feb. - Seorang lelaki dan wanita cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta yang dipandu mereka di Kilometer 270 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini pagi semalam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Harzizi Hashim, pemandu dan kelindan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, bahagian belakang kereta Perodua Myvi terbabit remuk teruk akibat dilanggar lori berkenaan.

"Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dihantar ke hospital bagi menerima rawatan," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Menurut Harzizi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai dari kereta berkenaan," katanya.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 6:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lagi Kes Kucing Tersepit Di "Auto Gate", Tuan Rumah Tak Sedar Pergi Kerja
siakapkeli.my

Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan sebuah video yang memaparkan seekor kucing bernama Gate telah tersepit di pintu pagar dan berkemungkinan lumpuh.

Terbaru kisah yang hampir sama juga terjadi, kali ini berlaku di Kampung Sungai Pusu, Gombak pula di mana seekor kucing telah tersepit di pintu pagar automatik sebuah rumah di sini.

Kejadian berkenaan telah dimuatnaik di laman sosial oleh seorang pengguna Faebook bernama Izz Amin, di mana katanya ketika kejadian dia dan anak saudaranya dalam perjalanan ke taman.

Ketika pusing-pusing anak saudaranya telah ternampak seekor kucing tersepit di pintu pagar.

"Tuan rumah pergi kerja, pintu pula auto gate, ini saja saya dapat bantu, maaf kak pintu rosak, saya nak pergi ekrja dahulu, nanti saya datang balik rumah akak," tulisnya selepas melepaskan kucing berkenaan.

Bagaimanapun dia tidak menulis sebarang perkembangan terbaru mengenai kucing berkenaan mungkin kerana sedang sibuk, apapun harap kucing berkenaan tidak apa-apa. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengerusi FELDA tak tahu mana pergi duit peneroka RM4.3 bilion
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoalkan ke mana perginya baki wang hasil penyenaraian Felda Global Venture, FGV berjumlah RM4.3 bilion.

Menurut Shahrir, FELDA menerima sejumlah wang RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang menjadi harta perniagaan FELDA. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan untuk memberi durian runtuh kepada setiap peneroka sebanyak RM15,000.

"FELDA mendapat RM6 billion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes FELDA. Daripada jumlah itu, RM1.7 billion kita belanjakan sebagai durian runtuh. Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga ada bakinya RM4.3 billion lagi," katanya.

"Jadi RM4.3 billion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan FELDA, begitu sanjung peranan FELDA, saya rasa mereka pun kecewa," kata beliau kepada pemberita pada Program Gotong-royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman. — Sinar Harian

Lihat baik-baik, Pengerusi FELDA sendiri tak tahu mana pergi RM4.3 billion, peneroka hanya diberikan RM15,000 dalam kata lainnya peneroka hanya dapat 28.3% daripada jumlah keseluruhan wang hasil penyenaraian FGV.

Duit RM6 billion itu adalah milik peneroka, tapi peneroka hanya dapat RM15,000. Jika kesemua duit itu diberikan kepada peneroka, setiap keluarga peneroka akan dapat durian runtuh sebanyak:

(Durian Runtuh) = RM15,000 x (RM6 billion/RM1.7 billion)
(Durian Runtuh) = RM52,941.18

Teringat kenyataan Rafizi Ramli pada 9 Mei 2012 yang disiarkan di portal Keadilandaily. Peneroka FELDA patut dapat duit sebanyak RM50,000 bukannya RM15,000.

Tapi pada masa itu peneroka tak mahu percaya apa yang dikatakan oleh Rafizi. Mereka kata Rafizi buat fitnah, mereka lebih percaya dengan Najib Razak dan Isa Samad. Siapa lawan Najib digelarkan peneroka haram jadah.

Akhirnya masa telah menentukan kebenaran, RM4.3 billion duit milik peneroka FELDA sudah lesap entah ke mana, Saham FGV juga merudum teruk, sudahlah rugi RM35,000 (RM50,000 - RM15,000) kini peneroka terpaksa berhutang pula untuk membayar saham FGV yang merudum.

Seperti salah seorang sahabat kita, anak peneroka sebelum ini, dia sampai mengamuk di Pejabat FELDA apabila wang khairat kematian ayahnya dipotong sebanyak RM3,200 untuk membayar saham FGV yang melingkup.

Jika para peneroka Felda masih tak mahu buka mata, tak tahulah nak kata apa.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/pengerusi-felda-tak-tahu-mana-pergi.html#ixzz4YSyl2Czz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Nampak Budak Kecil Menangis, Abang Sumbat Ibu Jari Bagi Adik Hisap, Adik Terus Senyap," Kisah Anak Kaki Lima Buat Hati Tersentuh
siakapkeli.my

Terbaca sebuah kisah yang cukup meruntun hati, kisah anak jalanan yang serba kekurangan yang telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh Puan Hamiatie Abd Hamid.

Dia memuatnaik sebuah cerita di mana seorang anak kecil yang sedang menagis kelaparan sambil dijaga oleh abangnya, apa yang berlaku sungguh menyentuh hati ramai orang. Jom kita baca.

ANAK KAKI LIMA.

Mati langkah kaktie keluar dari kedai tadi. kaktie nampak baby tengah tiarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, ya Allah ni anak sapa pulak ni? Kenapa la bagi tiarap di kaki lima? Rasa nak marah pun ada. Mak dia mana??

Kaktie pegi dekat dekat. Allah. Nak nangis. Dengan hingus meleleh. Abang dia jaga adik dia. Adik dia merengek rengek, abang dia sumbat ibu jari dia bagi adik dia hisap. Adik berhenti nangis.
Tapi hati kaktie nangis di dalam.😭

"Mana mak kamu?" Kaktie tanya si abang.

"Mak pi sanaaaa." Si abang tunjuk arah dengan muncungkan mulut. Tak tahu la mak dia kemana.

"Bapak kamu?" Kaktie masih tak puas hati.

"Kena tahan polis. Tiada IC." Dengan riak sedih si abang jawab soalan.

"Berapa bulan ni adik kamu? Kenapa kamu tak duduk rumah saja? Kesian adik kamu ni sejuk."

Kaktie sedih tengok baby tu. Baring di kaki lima tanpa beralas. Meruntun naluri kaktie sebagai seorang ibu.

"7 bulan. Di rumah tiada makanan. Tiada duit beli makanan." Sambil lap hingus adik yang meleleh.
Kaktie dah taktau nak tanya soalan apa lagi. Kaktie nangis tengok baby tu. Masih hisap jari si abang.

Kaktie nampak depan tu ada kedai roti. Kaktie masuk cari apa yang boleh dibeli untuk bagi baby tu dan abang dia. Kaktie capai susu ducthlady rendah lemak dan roti. Boleh la kot bagi hilang lapar baby nie.

Kaktie pegi balik tempat tu. Baby dan si abang baring berhadapan tanpa sebarang alas. Nampak abang dia sayang adik dia. Allahuakbar. Kaktie nangis sambil hulur bungkusan susu dan roti.

"Nah, bagi adik kamu minum susu nie. roti ni bagi dia mana sikit-sikit. Kamu pun makan sekali." Kaktie bagi arahan.

Dia bangun. Duduk sambil suap adik dia dengan straw. Dia buat 2 3 kali.

Kaktie tarik nafas, pusing dan masuk keta. Allah. Pelihara anak kaki lima itu.

Budak suku 'palauh' ni ada di merata rata. Diorang akan kejar kita untuk mintak duit. Selalu memang kaktie ikut mood jugak nak hulur. Bukan apa, kaktie prefer hulur makanan dari hulur duit. Sebab dorang memang akan salah gunakan duit tu. Dah selalu nampak depan mata.

Tapi kali ni yang kaktie jumpa tak ganggu orang pun. Dia tak kejar orang pun. Dia main je dengan adik dia. 😞

Allah, pelihara anak anak ini ya Allah. - Hamiatie Abd Hamid

Kepada orang Tawau jika ternampak mereka ini hulurkanlah sedikit bantuan, mereka ada bersama ibu mereka, mungkin ketika gambar diambil ibu keluar mencari makanan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelancong Malaysia Dakwa Pertukaran Ringgit Malaysia Tak Diterima Di Jepun - Apa Sudah Jadi?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Adakah Ringgit Malaysia kini tiada nilai di Jepun? Itulah yang menjadi tanda-tanya apabila salah seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Salman Rozi berkongsikan pengalamannya ketika melancong ke Jepun baru-baru neh.

Menurut Salman, ketika dia mahu menukarkan wang miliknya ke dalam nilai Yen, permintaan itu ditolak oleh pengurup wang tempatan atas alasan Ringgit Malaysia tidak tersenarai dalam matawang yang boleh ditukarkan kepada matawang Jepun.

Kakitangan yang bertugas mengesahkan bahawanya syarikat itu tidak menerima sebarang pertukaran matawang dari Malaysia ke Jepun ujar Salman dalam kenyataannya yang dipetik menerusi Facebook.

Dalam kenyataan yang sama, Salman turut mempersoalkan di manakah maruah Ringgit Malaysia berbanding Thailand dan Filipina kerana kedua-dua matawang dari negara terbabit masih diterima untuk ditukarkan oleh pengurup wang tempatan manakala Ringgit Malaysia langsung tidak tersenarai dalam jadual matawang sama sekali.

Sebelum ini, Ringgit Malaysia dilaporkan menghadapi kejatuhan mendadak pada awal tahun ini sehingga memaksa peniaga-peniaga tempatan di Thailand menampal notis menolak sebarang urusniaga dalam Ringgit Malaysia berikutan menyebabkan perniagaan mereka rugi kerana apabila ditukarkan kepada nilai Bath, mereka tidak dapat kembali harga jualan yang sepatutnya.

Juga tersebar dakwaan bahawanya Arab Saudi menolak pertukaran dari Ringgit Malaysia ke wang tempatan namun spekulasi itu pantas dinafikan oleh kerajaan tetapi hasil tinjauan yang dilakukan di laman sosial mendapati terdapat beberapa jemaah haji pada masa itu mengesahkan dakwaan. Pun begitu kerajaan bertegas menafikan penyebaran tersebut dengan mengatakan ia satu lagi fitnah terancang bagi menimbulkan kekacauan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Singapura cipta sejarah wanita Melayu ini mungkin dilantik sebagai Presiden

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

BERNAMA

 

Halimah Yacob

Pilihan raya Presiden Singapura akan datang yang akan diadakan pada September tahun ini adalah sesuatu yang unik memandangkan ia telah diperuntukkan kepada calon orang Melayu selepas Yusof Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama hampir 50 tahun lalu.

Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden Singapura (Pindaan) diluluskan Parlimen pada Isnin dengan sokongan majoriti selepas hampir tiga jam dibahaskan lapan anggota Parlimen.

Topik siapa yang akan menjadi calon daripada masyarakat minoriti Melayu timbul semula.

Bolehkah Halimah Yacob, wanita pertama Speaker Parlimen juga menjadi wanita pertama Presiden Singapura.

Ini boleh menjadi satu perkembangan yang unik bagi sejarah pilihan raya Presiden Singapura.

Semasa membahaskan Rang Undang-Undang itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing tersasul dan menyapa Halimah sebagai "Puan Presiden" dan bukannya "Puan Speaker".

Kejadian itu berulang dua kali, dan mendapat respons menggalakkan di kalangan anggota Parlimen dan selepas itu ia menjadi tular di internet dengan ada warga internet yang membalasnya dengan tajuk "Rakyat S'pura mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana menjadi presiden yang baharu."

Pada waktu berita ini ditulis, Halimah masih belum menunjukkan sebarang minat untuk bertanding.

Bagaimanapun, tidak ada isu untuk beliau bertanding seolah-olah calon minoriti meninggalkan kawasan perwakilan kumpulannya (GRC), satu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Perkara itu disahkan Chan memandangkan Halimah - sebagai satu contoh - merupakan anggota minoriti GRC Marsiling-Yew Tee.

Selain Halimah, beberapa tokoh masyarakat Melayu bagi sektor awam dan swasta dilihat calon berpotensi yang disebut-sebut akan menang.

Pada November tahun lalu, Channel NewsAsia menyiarkan satu artikel bertajuk: 'Singapore's next President: A look at potential contenders'.

Bekas menteri dan Speaker Parlimen Abdullah Tarmugi juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi.

Abdullah - yang merupakan sebahagian daripada sembilan anggota Suruhanjaya Perlembagaan yang menyemak semula pemilihan Presiden dilaporkan berkata beliau tidak memikirkan sangat untuk bertanding, dan beliau digalakkan rakan-rakannya untuk berbuat demikian.

Menteri-menteri yang ada ketika ini seperti Yaacob Ibrahim, Masagos Zulkifli dan bekas anggota Parlimen Zainul Abidin Rasheed juga dikenal pasti sebagai calon berpotensi.

Artikel yang ditulis Nur Afifah Ariffin berkata calon berpotensi dari sektor swasta termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank of Singapore Bahren Shaari dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Po'ad Mattar.

Bukan sahaja rakyat Singapura, rakyat Malaysia juga memberi perhatian dengan perkembangan di republik ini.

Dalam temu bual dengan Bernama, agensi berita nasional Malaysia, di Istana pada November tahun lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong ditanya sama ada beliau mempunyai calon-calon sedemikian dalam fikirannya.

"Dalam fikiran kami, tidak ada sesiapa secara khusus, tetapi kami tahu ada orang yang layak," katanya.

Perdana menteri menjelaskan "tidak ada sesiapa yang disenaraipendekkan.

"Ia bergantung pada siapa yang tampil ke hadapan. Bukan urusan kerajaan untuk mengaturnya. Calon itu sendirilah yang perlu tampil ke depan," jelasnya.

Lee telah mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan yang antara lain menyaksikan "model cetusan hitus" yang dibuat bagi memastikan perwakilan bersifat pelbagai kaum dalam pejabat Presiden.

Ia diluluskan pada 9 November 2016 dengan anggota-anggota Parlimen mengundi memihak kepada cadangan kerajaan untuk membuat satu perubahan kepada pemilihan bakal Presiden dengan 77 anggota Parlimen menyokong dengan enam lagi menolak.

Singapura telah melalui lima penggal tanpa seorang Melayu dipilih menjadi presiden selepas Yusof Ishak yang berkhidmat sejak 1965 hingga 1970. Tempoh penggal Presiden ketika ini Tony Tan Keng Yam tamat pada 31 Ogos nanti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenali Faridah - Wanita Melayu Muslim Pertama Menjadi Profesor Di Amerika Syarikat
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Bukan mudah bagi warga asing untuk membina kerjaya di Amerika Syarikat terutama dalam bidang pendidikan, apatah lagi diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai profesor penuh di universiti tempatan negara itu, sejak 2011 hingga sekarang.

Namun, anak Malaysia yang berasal dari Endau, Johor ini, Prof Dr Faridah Awang, 51, membuktikan tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai keazaman kuat dalam mengejar apa yang diimpikan.

Prof Dr Faridah Awang
Dengan pengalaman selama 29 tahun dalam bidang pendidikan dan 22 tahun merantau di negara orang, Faridah boleh berbangga apabila beliau mungkin menjadi satu-satunya wanita Islam asing yang pernah diberi tanggungjawab sebagai profesor penuh dalam bidang Teknologi dan Komunikasi Korporat, Fakulti Pentadbiran, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Eastern Kentucky, Amerika Syarikat.

Semangat kental ibu tunggal ini yang baru mendapat kerakyatan Amerika Syarikat, Julai tahun lalu terserlah apabila beliau pernah meraih anugerah tertinggi dan berprestij di negara itu menerusi kajian tesis bagi melengkapkan pengajian ijazah sarjana dan doktor falsafah di Southern Illinois University, Carbondale, Amerika Syarikat.

Keunikan pada nama

"Semuanya bermula dengan cita-cita saya sejak kecil lagi iaitu untuk mencipta kelainan diri bagi membezakan dengan orang lain.

Ini kerana nenek yang membesarkan saya pernah mengatakan bahawa nama Faridah yang diberikan itu mempunyai keunikan tersendiri. "Jadi untuk menyerlahkan keunikan berkenaan saya perlu melakukan sesuatu yang berbeza daripada orang lain iaitu dengan menonjol dalam bidang pelajaran," katanya ketika kunjungan singkat ke tanah air.

Mengimbau pendidikan awalnya, Faridah berkata, walaupun cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau memilih melanjutkan pengajian ke sekolah vokasional dalam bidang perdagangan dan seterusnya ke Institut Teknologi Mara (ITM) dalam bidang sains kesetiausahaan.

Atas kecemerlangan juga beliau ditawarkan menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Manjung, Perak sebelum mendapat tajaan melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat pada 1994.

Namun, beliau tidak melalui jalan yang mudah untuk menggenggam ijazah yang diidamkan apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian termasuk diminta pulang ke tanah air berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda sekitar 1999 hingga 2000.

Pernah sehari tidak makan

"Saya cuma tinggal satu semester lagi untuk menamatkan pengajian di peringkat sarjana sebelum kerajaan memutuskan untuk memanggil pulang semua pelajar yang belajar di luar negara.

"Tetapi saya bertegas untuk tidak pulang hingga biasiswa dan gaji saya dihentikan. Saya hilang sumber kewangan bagi meneruskan pengajian dan kehidupan bersama anak tunggal saya, Hafiz yang ketika itu berusia sembilan tahun," katanya mengimbas kenangan masa lalunya.

Biarpun perit sehingga ada kalanya kedua beranak itu tidak makan seharian kerana tidak mempunyai wang, Faridah mampu membuktikan semua itu tidak mengubah impian asalnya berada di negara Uncle Sam itu.

Beliau semakin bersemangat apabila dimaklumkan pensyarah mengenai kejayaannya memperoleh markah penuh 100 peratus dalam salah satu subjek penting bagi peperiksaan akhir sekali gus mencatat sejarah tersendiri bagi dirinya. "Saya masih ingat pensyarah saya memaklumkan sepanjang 30 tahun beliau mengajar itu adalah kali pertama pelajarnya mendapat markah cemerlang berkenaan.

Ini menjadi dorongan kuat untuk saya meneruskan pengajian. "Atas bantuan profesor berkenaan juga selepas menyedari masalah kami dua beranak, saya mendapat kerja sebagai tukang cuci di universiti tempat saya belajar bagi menampung pengajian termasuk menyambungnya ke peringkat doktor falsafah (PhD)," katanya.

Martabatkan wanita Islam

Tidak berakhir di situ, Faridah berkata, beliau sekali lagi diuji apabila ditimpa kemalangan jalan raya bersama anaknya, Hafiz menyebabkan beliau terlantar selama enam bulan.

Itu juga tidak melemahkan semangat dan cita-citanya untuk menjadi pensyarah di universiti di Amerika Syarikat sehingga berjaya berada di kedudukan sekarang.

Melihatkan latar belakang pengajiannya dalam tiga bidang berbeza, Faridah berkata, beliau sememangnya merancang sedemikian untuk menjadikan dirinya mudah bersaing dalam pasaran kerja di peringkat global.

"Malah azam utama saya sebelum memutuskan untuk menetap di Amerika Syarikat ini adalah untuk memartabatkan Islam selain memberi mesej positif mengenai agama suci ini terutama apabila memperkatakan soal wanita Islam.

Sumber : Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: