Thursday, February 23, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4688

8 Messages

Digest #4688

Messages

Thu Feb 23, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalahguna untuk kegunaan lain selain urusan kendalian jenazah
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalahguna untuk kegunaan lain selain urusan kendalian jenazah - Setiausaha Sulit Sultan Selangor

Sultan Selangor Tidak Berkenan Van Jenazah Disalahguna
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu anggota jawatankuasa kariah atau jawatankuasa masjid seluruh Selangor diminta supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan masing-masing dan tidak menyalahgunakan kenderaan itu.

"Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah guna selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tiada kena mengena dengan urusan pengendali jenazah.

"Perbuatan tersebut hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.

Mohd Munir berkata pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di Selangor hendaklah mengambil maklum dan mematuhi titah baginda itu lapor MalaysiaDateline

Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Menurut sumber kepada SelangorKini, mereka dimaklumkan pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

"Pemandu-pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi pengambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang.

"Sebaik tiba di SUK, lain pula jadinya," kata sumber yang rapat dengan salah seorang pemandu van jenazah itu.

SelangorKini masih mendapatkan butiran lanjut pemandu van jenazah itu, bagi pengesahan lanjut.

Difahamkan, ada di antara van berkenaan bertulis nama-nama Masjid utama di sekitar Shah Alam.

Semalam, Jamal sekali lagi mencetuskan kekecohan di hadapan SUK dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur.

Situasi tersebut mengundang persoalan dalam kalangan umum berhubung tindakan tidak masuk akal dilakukan pemimpin Umno itu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi dalam kenyataannya semalam menyifatkan tindakan itu sebaliknya hanya memberi 'publisiti' besar kepada program kebajikan dilaksanakan di Selangor.

SelangorKini berjaya menghubungi Jamal bagi menjawab dakwaan itu namun enggan memberikan komen.

"Saya tidak mahu komen. Ada bayaran atau tidak itu soal lain yang penting sekarang ini bukan soal isu van jenazah itu.

"Jangan cuba alih isu. Isu besarnya adalah penyelewengan dana skim itu sendiri," katanya lapor Selangorkini

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Saturday, February 18, 2017 8:39 AM
Subject: Kami Dibayar RM300

Kami Dibayar RM300 Dan Diberitahu Ada Shooting Di SUK Dakwa Pemandu Van Jenazah Yang Ditipu Jamal.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK) pada 14 Februari lepas.

Menurut laporan yang disiarkan di SelangorKini, 15 pemandu van jenazah dimaklumkan oleh pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

"Pemandu-pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi pengambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang.

"Sebaik tiba di SUK, lain pula jadinya," kata sumber yang rapat dengan salah seorang pemandu van jenazah itu. Difahamkan, ada di antara van berkenaan bertulis nama-nama Masjid utama di sekitar Shah Alam.

Dalam pada itu, beberapa wakil media berjaya menghubungi Jamal bagi mendapatkan penjelasan. Antaranya portal Malaysiakini. Portal itu melaporkan Jamal enggan menjawab tuduhan yang dilemparkan sebaliknya menegaskan tumpuan harus diberikan terhadap isu yang dibawanya.

"Saya tidak mahu komen. Ada bayaran atau tidak itu soal lain yang penting sekarang ini bukan soal isu van jenazah itu.

"Jangan cuba alih isu.

Isu besarnya adalah penyelewengan dana skim itu sendiri," katanya kepada wakil media.

Jamal Yunos salah guna 16 buah van jenazah : Apa kata MAIS?
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Kenyataan Media ADUN DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 16 Februari 2017 di Petaling Jaya:


Mohon MAIS dan JAIS siasat Jamal Yunos sama ada van jenazah masjid disalahguna untuk kepentingan politik.

Saya menyeru Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyiasat demonstrasi yang diadakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos semalam di mana beliau membawa satu rombongan yang terdiri daripada 16 buah van jenazah dan sebuah keranda sebagai tanda protes terhadap salah satu program kerajaan Selangor.

Umum diketahui bahawa kebanyakkan van jenazah merupakan aset masjid-masjid untuk menolong memudahkan urusan kematian atau pengkebumian ahli-ahli kariah dan penduduk-penduduk Muslim setempat.

Sungguhpun terhadap van-van jenazah yang diuruskan oleh syarikat swasta dan individu tertentu, kebanyakkan van ini adalah sumbangan daripada kerajaan persekutuan atau negeri atau dibeli melalui kutipan derma daripada masyarakat Muslim dan ahli-ahli kariah setempat.

Justeru itu, adalah menjadi persoalan orang ramai apabila kelihatan sebanyak 16 van jenazah mengiringi Datuk Seri Jamal Yunos dalam protes anjurannya dua hari lalu, iaitu sama ada aset-aset institusi agama Islam telah diperalatkan oleh orang-orang politik seperti Jamal Yunos daripada UMNO untuk kepentingan politiknya sendiri?

Perkara ini serious kerana rakyat Selangor seringkali diingatkan bahawa institusi agama Islam tidak boleh dijadikan medan berpolitik oleh orang-orang politik dan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sudah pastinya, van-van jenazah milik masjid harus dianggap sebagai aset masjid dan sebahagian daripada institusi dan jentera pentadbiran masjid itu sendiri dan tidak boleh sewenang-wenangnya disalahgunakan oleh orang-orang politik seperti Jamal Yunos untuk agenda politiknya sendiri.

Untuk memudahkan siasatan MAIS dan JAIS, rakaman video Youtube berikut (https://www.youtube.com/watch?v=oMAqi3YcnOw) telah jelas memaparkan nombor pendaftaran beberapa van jenazah yang kelihatan berada dalam protes berkenaan. Antaranya ialah:

1. WTG1013,
2. WFT2241,
3. BKA1997 (terdapat perkataan "Masjid As-Solihin Padang Jawa"),
4. WGM4771,
5. WPQ1673,
6. WWV9861 (terdapat perkataan "JKKKP Kampung Sungai Haji Dorani") dan lain-lain

Sekiranya tuduhan ini adalah benar, maka saya menyeru pihak MAIS dan JAIS agar mengambil segala tindakan yang mungkin dan tegas terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Didatangi 3 Orang Lelaki Tidak Dikenali Menyamar Sebagai Wakil Bank Untuk Tarik Kereta, Lelaki Kongsi Saat Cemas Dilaluinya & Bagaimana Elak Ditipu
siakapkeli.my

Foto Hiasan

Sudah menjadi 'procedure' bila mana tidak membayar kereta dalam tempoh tertentu pihak bank akan menghantar penarik kereta untuk menarik kereta tersebut, tapi ia bukanlah begitu sahaja, perlu ada kertas hitam putih untuk membuktikan anda tidak membayar kereta dalam tempoh yang dinyatakan.

Namun lain pula yang berlaku kepada pengguna Twitter yang menggunakan nama Faiz Saad yang kongsikan pengalamannya nyaris ditipu oleh penarik kereta yang kononya wakil dari pihak bank.

"Jam 8 pagi, aku sampai di Puchong, aku park kereta aku di tepi jalan, depan kedai makan sebelah sports arena Puchong. Usai sarapan, menuju ke kereta, aku buka je pintu kereta, keluar 3 orang lelaki melayu menghampiri aku sambil jerit, "bang, bang, kejap bang!", tulisnya dalam memulakan siri tweet.

Dia kemudiannya menyahut panggilan mereka kerana berfikir mereka ingin bertanyakan jalan, tapi sangkaannya meleset.

Salah seorang membuka pintu belakang.

Terus telefon abang dan berjalan ke restoran mamak, dan abang kata, walau apa pun jangan bagi kunci.

Katanya wakil dari bank, tapi tahu ianya adalah 'scam'

Disoal siasat macam ada buat salah, dan dipaksa bagi kunci.

Tunjuk invoice, dan pergi tempat kerja sekejap sementara tunggu abang datang. Tapi bila datang tempat itu semula, mereka semua dah tiada.

Polis macam tahu siapa yang dimaksudkan berdasarkan 'description' yang diberi.

Dan, saudara Faiz kongsikan pengajaran baru yang diperolehinya dari kejadian tersebut.

Pesannya, cuba bertenang, dan simpan 'payment slip' dalam kereta, juga simpan nombor telefon balai polis yang berhampiran.

Saudara Faiz juga beri gambaran bagaimana rupa 3 orang itu tadi. Serta bersyukur kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain, dan diharap ianya tidak berlaku kepadanya lagi.

Buat wanita, atau sesiapa sahaja di luar sana, ini pesan saudara Faiz:

Moga-moga anda dapat ketahui sedikit sebanyak apa yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan situasi ini. Pastikan mereka yang ingin tarik kereta anda, ada sertakan sekali RO, iaitu ' repossessing order', surat pemilikan sementara orang yang menarik kereta. – Siakap Keli

Sumber: Twitter Faiz Saad

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Beras Import Dijangka Naik Harga Mulai Bulan Depan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Harga kesemua jenis beras import dijangka akan mengalamai kenaikan antara lima hingga tujuh peratus berkuat kuasa bulan depan, lapor Berita Harian.

Laporan daripada portal berita berkenaan berkata, menurut sumber industri, kenaikan harga beras import berkenaan adalah disebabkan ketidaktentuan ekonomi ketika ini yang memaksa pengusaha menaikkan harga beras import bagi mengimbangi kos operasi mereka.

Selain itu, katanya, faktor kelemahan ringgit dan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan harga beras import.

"Peningkatan antara 35 sen hingga 50 sen boleh dikatakan tinggi. Kalau naik 20 sen masih boleh dianggap wajar untuk pengguna.

"Setakat ini, kami (pengusaha) hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon bukan menerusi notis rasmi dari pihak Padiberas Nasional Bhd (BERNAS)," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:48 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



RUU 355: Iktibar daripada iblis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar Iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana Iblis itu kuat beribadat, berada dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.

Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati Iblis, iaitu perangai takbur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan Iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri.

Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam AS. Allah SWT berfirman (bermaksud):

"(Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi khalifah atas muka bumi'. Para malaikat berkata: 'Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memuja-Mu (wahai Tuhan kami)'. Allah menjawab: 'Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu')." (Surah al-Baqarah: 30)

Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain.

Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman (bermaksud):

"(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistimewaannya)". (Surah al-Isra': 70)

Allah SWT telah menamatkan syariat-Nya dengan diwahyukan al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad SAW berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya (bermaksud):

"(Dan ajaran yang telah kami wahyukan (al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad SAW) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada di hadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih di kalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya)." (Surah Fatir: 31-32)

Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitab-Nya atau golongan yang tenggelam di dalam maksiat, mereka semua telah dijanjikan oleh Allah akan mendapat kelebihan sehingga selepas kematiannya. Namun, mereka yang menolak ajaran kitab-kitab Allah secara ingkar tidak termasuk di dalam orang-orang yang mendapat kelebihan ini.

Iblis yang ingkar kerana sifat takbur yang ada dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam AS (makhluk manusia).

Perintah yang lebih mudah daripada RUU355. Oleh kerana sifat takbur dalam diri Iblis, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah (bermaksud):

"(Dan ingatlah apabila Tuhan-Mu berkata kepada para malaikat: 'Sujudlah kamu semua kepada Adam.' Lalu mereka semua sujud melainkan Iblis. Dia enggan dan takbur, lalu dia termasuk di kalangan mereka yang ingkar)". (Surah al-Baqarah: 34)

Allah menyebut pula dalam surah yang lain (bermaksud):

"(Allah berkata: Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?'. Dia (iblis) berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah')." (Surah al-A'araf: 12)

Iblis telah menggunakan kaedah qias dan maqasid syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah. Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:

"Mereka berkata: 'Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana'." (Surah al-Baqarah: 32)

Perbincangan sifat tawaduk dan takbur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam sebuah kitab, disebut kata-kata Imam Malik RA:

(Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa fekahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfekah sahaja tanpa tasawufnya dia menjadi fasik).

Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW di hadapan para sahabat RA, iaitu Islam (rukun syariat), iman (rukun akidah) dan ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.

Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.

Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh (katanya):

"(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu)." (Surah al-Baqarah: 208)

Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap Muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.

Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.

Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al-Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.

Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab RA yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.

RUU355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ia dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:

"Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib."

Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.

Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.

Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT (berkata):

"(Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda di belakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia di kalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi)." (Surah al-A'araf: 175-178)

Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takbur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.

Peristiwa memperjuangkan RUU355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuwan, para mahasiswa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Pas harap MCA tak seperti DAP bantah pindaan Akta 355
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Ketua Penerangan Pas Pusat Nasruddin Hassan memimpin bacaan ikrar menyokong RUU 355
Pas menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Salah faham itulah akhirnya menimbulkan ketakutan di kalangan bukan Islam justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.

"Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut.

"Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak Pas, kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355," katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini Ong Ka Chuan berkata, MCA sedia berbincang dan bekerjasama dengan Pas mengenai nilai-nilai tertentu seperti pendidikan, pembangunan ekonomi serta masalah-masalah kemasyarakatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Pas untuk meningkatkan hukuman maksimum seperti terdapat dalam Pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) boleh menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada rakyat di negara ini, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Justeru Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha Pas.

Ia juga kata Nasruddin, melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

"Sekiranya MCA memahami hak orang Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang Pas laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

"Pas mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia," tegasnya.

Beliau juga berkata, Pas dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini.

Namun katanya Pas juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian Pas dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.

"Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap Pas dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam.

"Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai di kalangan bukan Islam yang menyokong Pas. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355.

"Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri," katanya.

Jawapan Bijak Dari Wanita ini Ketika Berdebat Tentang Undang-Undang Syariah Menyebabkan Lawannya Terpaku
siakapkeli.my

Siri program TV ABC's Q&A yang merakamkan dua wanita berdebat mengenai undang-undang Shariah menjadi viral di media sosial.

Video perdebatan antara Yassmin Abdel-Magied; seorang penulis dan jurutera muslim; dan Senator Tasmanian, Jacqui itu berakhir dengan positif apabila Yassmin berjaya mematahkan persoalan yang ditimbulkan oleh Jacqui dengan ayat yang bijak dan padu.

Secara ringkasnya, kedua-dua mereka berselisih faham tentang undang-undang Shariah dan Yassmin cuba menangkis habis-habisan pandangan serong terhadap undang-undang tersebut.

Jacqui berkata: "Faktanya sekarang, kita cuma ada satu undang-undang di negara ini iaitu undang-undang Australia - bukan undang-undang Shariah, bukan di negara ini ketika saya masih wujud."

Bagaimanapun, Yassmin dengan segera mempersoalkan berapa dalam ilmu senator tersebut dalam undang-undang Shariah.

"Saya sembahyang lima kali sehari, itu adalah Shariah," kata Yassmin namun percakapannya segera dipotong oleh Jacqui yang dilihat tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan.

Jacqui kemudian menyoal: "Bagaimana pula dengan kesamaan hak untuk wanita? (Contoh, wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan memandu.)"

Yassmin dengan yakin menjawab perkara itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan Islam.

"Bagi saya, Islam adalah agama yang paling feminism. Kami mempunyai kesamaan hak lebih awal berbanding orang Eropah.

"Kami tidak mengambil nama suami kami kerana kami bukannya hak mereka. Kami diberi hak untuk memiliki tanah kami sendiri.... Faktanya sekarang apa itu budaya adalah berbeza dengan apa itu kepercayaan.

"Dan faktanya kini orang ramai menghina kepercayaan saya tanpa mengetahui sedikit pun tentangnya." jelas Yassmin panjang.

Jacqui yang tercengang mendengar penjelasan itu kemudiannya menimbulkan kembali isu 'hanya satu undang-undang' di Australia dan undang-undang itu tidak bertukar kepada undang-undang Shariah.

Kemudiannya Yassmin menjawab dengan jawapan yang cukup bernas iaitu: "Dalam Shariah berkata: 'Kamu turuti undang-undang di tanah yang kamu (sedang) duduki. Islam berkata 'Kamu turuti undang-undang di tanah yang kamu (sedang) duduki'." jawab Yassmin.

Difahamkan, mereka sedang berdebat mengenai beberapa isu termasuk tindakan Trump mengimplementasi Muslim Ban dan apakah langkah yang sama perlu diimplementasi di Australia.

PAS sambut baik hasrat MCA mengenai Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PAS menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.

Perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Salah faham itulah akhirnya menimbulkan ketakutan di kalangan bukan Islam justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.

Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut. Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak PAS, kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355.

Perlu ditegaskan bahawa Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru itu dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha PAS serta melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Sekiranya MCA memahami hak orang Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang PAS laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini. PAS mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia.

PAS dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini. Malah, PAS juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian PAS dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.

Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap PAS dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam. Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai di kalangan bukan Islam yang menyokong PAS. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355. Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri.

PAS turut menyambut baik keterbukaan MCA untuk berkerjasama dalam isu pendidikan dan ekonomi serta yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai di negara ini.

Sikap ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan peluang bagi menghasilkan inisiatif yang positif dan berdaya saing ke arah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, February 15, 2017 10:43 PM
Subject: Fw: Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS

Bukan Islam anjur forum hudud bersama PAS di P Pinang

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


GEORGE TOWN: Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.

Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum "PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas".

Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.

Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan ahli Parlimen lain.

"Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.

"Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.

"Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan," kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.

Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.

Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.

Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.

"Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.

"Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.

"Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau," kata Jailani.

PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.

Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pelajar mati ditikam dari belakang

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KOTA TINGGI – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Kampus Jasin yang sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam kawasan ladang berkenaan petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 petang itu, mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui oleh beberapa pekerja ladang yang mencarinya selepas mangsa tidak pulang selepas membuat rondaan di ladang kelapa sawit itu sejak pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan meminjam motosikal jenis Yamaha Y100 milik seorang pekerja ladang untuk meronda di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, seorang rakan sekerjanya menyedari mangsa tidak pulang daripada rondaan selepas pukul 3 petang.

Menurutnya, beberapa rakan sekerja kemudian bertindak mencari Muhammad Azim Nazri dan akhirnya menemui mayat mangsa kira-kira 300 meter dari jalan utama untuk ke Pekan Teluk Sengat dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

"Ketika ditemui, mangsa masih berpakaian baju-T berkolar warna biru dan terdapat nama Nazri dan berseluar jean biru dan berkasut getah warna hitam. Namun, tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Remaja perempuan disambar buaya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Miri: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, hari ini.
Ketua Polis Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang.

"Balai Polis Marudi menerima panggilan pada 7.15 malam dan pasukan operasi mencari dan menyelamatkan sudah bergerak ke lokasi kejadian," katanya yang dihubungi malam ini.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.

Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai.

Mayat Gadis Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai Tapang Peking Ditemui, Mayat Dalam Keadaan Sempurna
siakapkeli.my

MIRI: Mayat seorang remaja perempuan yang dilaporkan telah disambar seekor buaya semasa sedang mandi bersama keluarganya di tebing sungai di Rumah Jampang Sungai Tapang Peking semalam telah berjaya dijumpai pada jam 11.10 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian, lapor Buletin TV3.

Menurut laporan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat beberapa kesan gigitan buaya ketika ditemui sebelum dibawa ke rumah panjang Jampang untuk tindakan seterusnya.

Mangsa, Agnes Luang, 17 tahun yang merupakan bekas pelajar SMK Marudi yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Ketika kejadian Agnes dilaporkan sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang.

Dalam pada itu, pihak keluarga Anges merayu kepada orang ramai supaya memadam gambar yang tidak sepatutnya disiarkan di laman sosial selepas gambar Agnes ditemui telah tersebar. - Siakapkeli.my

Remaja Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Bersama Ibu di Sungai
siakapkeli.my

MIRI - Seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan SPM disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berhampiran Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi petang tadi.

Menurut Bernama, Ketua Polis Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, mangsa sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar seekor buaya pada jam 6.30 petang tadi.

"Balai Polis Marudi menerima panggilan jam 7.15 malam, pasukan operasi mencari dan menyelamatkan telah bergerak ke lokasi kejadian," katanya dihubungi malam ini.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.

Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kononnya Dalam Seekor Ayam 5 Bahagian Beracun,"Jangan Sebarkan Dakyah Tidak Berasas," - Doktor Vetarinar
siakapkeli.my

Baru-baru ini pasti kita pernah terbaca sebuah artikel yang mendakwa dalam seekor ayam ada lima bahagian beracun, di mana ianya telah membuatkan ramai penggemar ayam mula ragu-ragu.

Kami pernah menulis kisah yang kaedah mencucuk ayam merupakan kaedah lama yang sudah pun tidak dipakai pada zaman moden ini, namun dilihat masih ramai yang mudah mempercayai kisah-kisah mitos mengenai ayam ini.

Terbaru, seorang doktor veterinar, Dr Muhammad Luqman Nordin telah tampil menjawab mengenai perkara ini, beliau menyelar tindakan sesetangah orang yang mudah melabel sesuatu makanan, katanya asal sedap mesti ada jer yang akan dituduh pada makanan tersebut.

Jom kita baca.

Saya sebenarnya berada di luar negara beberapa hari lepas, baru turun kapal terbang, pening pening lalat lagi ini. Biasanya saya mengambil masa beberapa hari untuk pulihkan mood dan kembali kepada sedia kala.

Kebetulan ramai pula kawan kawan, makcik-makcik termasuk ibu bapa sendiri yang bertanya dan minta komen isu hangat berkenaan artikel sebuah akhbar bertajuk "Awas! Lima bahagian ayam beracun".

Sebenarnya saya malas nak komen, nak abaikan sahaja sebab kepala pun masih serabut dengan banyak hal sendiri yang belum selesai. Mula-mula saya rasa "Arghhh biarlah Doktor Vet lain yang jawab. Lagipun aku bukan Doktor Ayam. Apa benefit yang aku dapat? Dah la tengah letih, malasnya nak menaip dan menulis. Nak kena writing scientific paper lagi. " Hmmm…

Tiba-tiba hati kecil aku berbisik " Eh, Man tapi kan kau Doktor Haiwan! Ayam itu pun kan sejenis haiwan. Apa guna kalau kau tak kongsi ilmu yang pensyarah dan kawan-kawan kau bagi? Apa guna kawan-kawan kau bawa kau tidur dan melawat dalam kawasan ladang ayam. Why be so selfish? Kau kata kau tak nak jadi orang selfish. Orang nak baca atau tak percaya itu terpulanglah. Yang penting sekurang kurangnya kau dah menyampaikan". Hmmmm….

Saya rasa hal ini Fardu Kifayah untuk saya berkongsi maka saya rasa terpanggil untuk komen juga lah. Harap tidak terlambat. Mudah mudahan mendapat pahala dariNYA.

Macam mana nak mula ea. Hmmm..pertama, penulis mengatakan terdapat 5 bahagian ayam beracun. Saya rasa pun penulis itu yang sebenarnya beracun, menyebarkan dakyah yang tidak berasas sama sekali. Saya rasa beliau harus hentikan.

Doktrin-doktrin negatif yang mengatakan ayam dicucuk hormon babi untuk membesar sebenarnya sudah lama. Saya pun hairan, kenapa ye, budaya kita kalau makanan itu sedap je, orang tuduh mesti ada kandungan babi.

Kenapa ye, kalau binatang itu gemuk, contohnya lembu or kambing, orang akan tuduh mesti ada kacukan dengan babi. Kenapa ye, kalau manusia/ orang tu gemuk, ada orang akan kutuk dan sakitkan hati dengan kata " kau ni gemuk macam babi lah". Kenapa ye, kalau orang itu jadi Doktor Haiwan, orang akan kata "Oh nanti peluk babilah ea?"

Kesian babi. Kenapa babi? Sedangkan ada beratus-ratus spesis haiwan di muka bumi ini. Ada banyak haiwan lain yang lebih gemuk daripada babi. Mana boleh lembu kacuk dengan babi. Berlainanan spesis. Kandungan genetic juga berbeza. Sama juga macam, manusia dengan monyet.

Tak boleh dapat zuriat jika hidup bersama. Jika kita boleh menolak "Darwins Law of Evolution" atau Hukum Darwin. Kenapa kita nak menerima cerita babi boleh kacuk itulah inilah. Ke korang setuju kita ni daripada keturunan monyet yang berevolusi?

Tak ada kerja Doktor Vet nak suntik beratus ratus ribu ekor ayam dengan suntikan hormon semata mata nak cepat besar. Kalau pekerja buat pula, berapa banyak pula kos upah pekerja nak cucuk ayam sedangkan kalau boleh pemilik ladang nak kurangkan kos pekerja.

Cucuk/ injection pula ni perlukan kemahiran. Salah cucuk, cedera/mati ayam itu. Rugi syarikat ayam. Kalau wujud pun hormon itu pun pastilah harga ayam yang dijual sangat mahal. Mencanak canak harga. Cuma saya nak tanya juga, mana nak dapat hormon babi? Sepanjang saya hidup tak pernah nampak Kalau ada boleh tunjuk? Nak tengok juga.

Habis itu, macam mana ayam boleh gemuk dan cepat besar?

Ayam cepat besar sebab beberapa faktor utama iaitu:

1. Pemilihan baka

Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas. Serupa macam manusia jugalah, cuba bandingkan tubuh badan rakyat Amerika/UK dengan Malaysia? Siapa lagi besar?Hmmm….

2. Pemakanan

Ayam diberi makan secara berterusan "ad libitum" dengan makanan yang "well formulated". Hidupnya hanya untuk makan. Ayam diternak secara intensif dalam 'open/close house', ayam tak banyak bergerak . Jadi tidak banyak energy loss. Feed conversion ratio (FCR) ayam yang rendah.

Macam saya FCR tidak bagus, sebab makan banyak tetapi tidak membesar dengan jayanya. Orang tuduh saya ada Saka. Astagfirullah, berdosa tau. Bukan sebab itu, sebab baka keturunan saya memang tak besar la. Dah la rakyat Malaysia, keturunan campuran Melayu-Jawa pula tu.Hmmm..memang kecillah, tapi takpelah at least ada juga darah kacukan :-)

3. Amalan penternakan baik

Pengurusan kesihatan ternakan yang baik. Mencegah sesungguhnya memang lebih baik daripada mengubati. Ayam-ayam ini diberikan vaksin imunisasi sejak dari anak ayam lagi, macam bayi juga. Vaksin ini selamat, bukan agent yahudi ye. Kalau nak ceita bab vaksin ni boleh another chapter. Panjang. Vaksin dekat ayam ni biasanya titik dekat mata, titik dekat mulut, atau letak dekat bekas minuman. Adoi, tak larat nak inject/cucuk seekor seekor. Biosekuriti ladang yang ketat.

Kawalan sisa ladang dan pencemaran serta amalan kebajikan haiwan yang baik juga faktor penyumbang ayam cepat membesar. Kalau ayam didera, 'environment' yang tidak kondusif memang kurus, stress la.

Gabungan antara kesemua elemen itu antara sebab ayam boleh gemuk dan besar dengan cepat dan boleh mencapai berat 2.2kg dalam jangka masa 35-40 hari. Tidak mustahil, dengan kemajuan pembiakbakaan, makanan dan kesihatan, mungkin ayam boleh membesar dalam masa 25-30 hari sahaja.

Baguslah sebenarnya ayam cepat besar sebab mulut yang nak makannya ramai. This is good for food security. Janganlah boikot melulu atau cuba menjatuhkan industri ayam di Malaysia.
Habis tu kenapa ada kes ayam lebam?

Kesan ayam lebam biasanya disebabkan kekasaran mengendali ayam sebelum disembelih atau ketika pemprosesan ayam selepas disembelih.

Ada juga bertanya kenapa ayam ni bila masak cepat basi?

Kalau kes ayam basi, ia adalah disebabkan proses menyimpanan dan pengendalian makanan yang tidak elok. Jangan salahkan ayam. Ayam tidak bersalah. Yang bersalah adalah bakteria dan mungkin sebab kita juga puncanya. Contohnya,ayam diletak pada suhu yang tidak sesuai. Ambil daging ayam menggunakan tangan. Bercampur-campur senduk pula.

Apabila berlaku kecuaian ketika penyimpanan dan pengendalian makanan, makanan mudah basi disebabkan dijangkiti bakteria. Bakteria ada toksin. Ia boleh menyebabkan makanan rosak dan kemudian keracunan makanan kepada pengguna pula.

Orang kita ini biasanya sensitif dengan isu babi, yahudi, wahabi. Jadi kalau hendak menjatuhkan sesuatu barang atau menjatuhkan reputasi seseorang mereka suka melabel/ tabur racun dan fitnah.Lain sikit pandangan agama dituduh wahabi.Makanan kalo sedap je,dituduh mengandungi ramuan babi. Petah bercakap je dituduh nak jadi YB. Kalau orang itu hebat " Eh, dia itu, agent yahudi".

Sebenarnya kita tidak boleh juga salahkan netizen. Saya pun sebelum belajar dan menjadi Doktor Veterinar, jujur saya pun tak tahu kisah sebenar. Keluarga saya memang makan ayam yang di 'claim organik' .

Selepas belajar dan pernah pergi ke ladang ayam dan tengok dengan mata sendiri, kemudian baru saya tahu cerita sebenar. Jangan tipulah kalau kita lahir-lahir terus pandai kan. Jadi jangan percaya mitos mengatakan ayam di cucuk sana sini. Jangan percaya dengan Mr Google.

Tidak semua tepat. Habis, kawan-kawan saya dekat ladang ayam majoriti melenting dengan isu ini. Mereka sudah angkat sumpah sebelum menjadi Doktor Veterinar dan mereka tidak akan mungkir.
Ikhrar berbunyi :

" Dengan diterimanya saya ke dalam Ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenapnya daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan."

Kalau mereka terluka, siapa yang nak pujuk? Aiyooo saya tak tahu :-)

p/s: Baru ambil sample beberapa ekor najis ayam pun muka dah pucat lesu.Cuba bayangkang kalau kena cucuk beratus ratus ribu ekor ayam. Agak-agak, saya jadi apa?.

- Siakapkeli.my

Betul Ke Ayam Dicucuk Dengan Hormon Babi Untuk Cepat Besar? - Jawapan Dari Doktor Vet Ini Pasti Mengejutkan Anda!
bloglist-malaysia.blogspot

sozcyili.blogspot.

Oleh : Muhammad Luqman Nordin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:50 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Saya jemput Husam dengar bukan beri ceramah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KOTA BHARU – "Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah," demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azariza Alawi menjelaskan mengenai pelawaannya kepada Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa untuk hadir ceramah di sini malam semalam.

Menurutnya, beliau kesal apabila banyak pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi kepada bekas Naib Presiden Pas itu untuk memberi ceramah bersama-sama pemimpin Pas yang lain.

"Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.

"Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari Amanah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak 'gentleman'.

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah tersebut dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

"Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk 'Husam Lari Dari Debat Bai'ah' lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.

"Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia," katanya.

Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KOTA BHARU - Suasana tenang di Ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar riuh apabila Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu.

Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.

Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.

Walau bagaimanapun kehadiran Husam dipentas utama tersebut langsung tidak mengganggu Wan Ismail yang juga pemimpin senior Pas itu dalam melontarkan pendapat dan pengalamannya mengenai isu itu.

Malah beliau juga dengan sinisnya menegaskan tiada siapa pun yang boleh membakar rumah Pas itu selagi ada penghuni tegar di dalamnya.

Keriuhan sorakan penyokong juga tidak hanya berhenti di situ apabila sekali lagi kekecohan timbul semasa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud mula berucap.

Kekecohan tersebut bermula apabila salah seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan datang ke hadapan pentas mencabar bekas Naib Presiden Pas itu berdebat di hadapan mereka.

Keadaan pada awalnya tidak terkawal terutamanya apabila penyokong kedua-dua parti masing-masing bergilir melontarkan cemuhan terhadap pemimpin pihak berlawanan.

Bagaimanapun 5 minit kemudian, keadaan mula kembali tenang dengan bantuan Unit Amal Pas yang bertindak membuat kawalan rapi di depan pentas utama.

Husam dibawa keluar daripada pentas tersebut selepas ada sekumpulan penyokong Pas cuba untuk membuat kecoh di depan pentas dan mahu bersemuka dengan bekas exco kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan ceramah tersebut.

Ceramah tersebut dibuat bagi memberi penjelasan mengenai tindakan Husam yang didakwa cuba berdolak dalih dalam menentukan tarikh sebenar perdebatan itu boleh dilangsunglan. - SH

Husam 'Diselamatkan' Bimbang Ditumbuk Penyokong PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa 'dilarikan' daripada berada di pentas utama dalam ceramah PAS dibimbangi akan ditumbuk oleh penyokong PAS yang sedang marah dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin kanan PAS Kelantan dan pusat itu.

"Kekecohan bermula apabila seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan tampil ke hadapan pentas mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu (Husam) berdebat di hadapan mereka.

"Ketika itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassuruddin Daud, sedang memberi ucapan berhubung tindakan Husam yang mengkhianati bai'ah apabila menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

"Tindakan lelaki itu menyebabkan beberapa penyokong lain mula mara ke pentas untuk bersemuka dengan bekas Naib Presiden PAS itu, namun dihalang anggota unit amal PAS dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua penyokong.

"Akibat kekecohan itu, Husam dibawa keluar bagi meredakan kemarahan penyokong. Keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan majlis berkenaan," lapor Berita Harian yang menceritakan insiden kekecohan yang berlaku dalam Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk "Husam lari dari debat bai'ah" malam ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dalam rakaman yang tersebar di media sosial menunjukan insiden kekecohan berlaku sebaik sahaja Nassuruddin membaca surat jemputan debat daripada Husam yang meletakkan syarat mesti berjumpa dengan Syeikh Dr Yusof Qardawi terlebih dahulu bersetuju untuk mengadakan debat.

Husam dan penyokongnya tiba sebagai tetamu yang tidak diundang di ceramah berkenaan pada jam 11 malam ketika Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, sedang menyampaikan ucapan, dan duduk bersama pemimpin PAS di pentas utama.

"Saya tiba lebih kurang jam 11 malam.

"Nazman selaku pengerusi majlis. Saya beritahu beliau, saya mesti diberi masa untuk berucap, kerana nama saya telah 'dijual'.

"Nazman memberitahu, Dato Nasaruddin tidak benarkan!,"kata Husam dalam Facebooknya.

- AIDCNews

Hari-hari ratib PAS dan UG dengan UMNO akhir terbongkar rupanya AMANAH - UMNO Kelantan buat pakatan sulit. Nak letak mana muka?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Percanggahan pendapat antara pimpinan UMNO KELANTAN berhubung cadangan kerjasama yang sedang dijalankan oleh pimpinan tertentu UMNO Kelantan dengan PARTI AMANAH NEGARA ( AMANAH) semakin membarah.

Ada diantara Ketua Umno Bahagian mula menyuarakan ketidak puas hati berkaitan kerjasama yang bakal dibentuk oleh Umno Kelantan di bawah pimpinan Datuk Seri Mustafa Muhamad dengan Pengerusi Amanah Kelantan yang dipimpin Dato Wan Rahim WAN Abdullah untuk menawan Kelantan dari Pas.

Antara pimpinan Umno yang melahirkan kekecewaan atas kerjasama yang bakal dibentuk ialah Setiausaha Umno Negeri Kelantan merangkap Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Rahimah Mahammad, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Datin Shuhanie Deraman, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nor Azmawi Ab Rahman dan Ketua Puteri Umno bahagian, Wan Harinawati Wan Daud.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, ada berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam beberapa siri perjumpaan bersama pemimpin Umno Kelantan pada beberapa bulan lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan UMNO Kelantan bagi menghadapi PAS dalam Pru 14 akan datang. Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan terus diperintah oleh Kerajaan PAS yang korup dan bermasalah.

"Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai cadangan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PAS.

"Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan UMNO akan bantu kita, ada tempat kita ( AMANAH) akan bantu UMNO.

"Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada pemimpin UMNO negeri ini.

Tetapi persoalannya mampukah UMNO Kelantan menawan Kelantan tanpa bantuan Amanah setelah 25 tahun menjadi pembangkang di Kelantan?
Dalam politik tidak ada yang mustahil. Apa yang penting ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedia buka ruang perbincangan dan menjalin kerjasama dengan AMANAH bagi mencapai matlamat yang sama.

Mereka juga perlu berusaha memperkukuhkan kedudukan UMNO Kelantan serta sedia menjalin kerjasama dengan AMANAH dan dengan meninggalkan segala perangai buruk dan sikap pentingkan diri yang selama ini menjadi penghalang utama kemaraan UMNO untuk menumbangkan Pas di Kelantan.

Oleh itu pemimpin yang terlibat perlu berubah sikap demi masa depan UMNO di Kelantan. Mereka sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersedia membuka ruang perbincangan bersama AMANAH atas tujuan yang sama iaitu kembali memerintah Kelantan.

Untuk UMNO kembali memerintah Kelantan bukanlah sesuatu yang aneh atau pelik, tetapi yang aneh atau pelik ialah jika tiada usaha dijalankan untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai kemenangan biarpun sejarah membuktikan Pas boleh dikalahkan.

Ghazali Ibrahem
Penganalisis Umno Kelantan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 23, 2017 6:51 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Waspada Jualan Barangan Tamat Tempoh

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA NERUS: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan para pengguna berhati-hati dengan tindakan sesetengah pasar raya yang memerangkap pengguna dengan menjual barangan makanan dan minuman yang telah tamat tempoh menerusi jualan murah pada musim perayaan.
Pengarahnya, Dr Mohamad Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pasar raya itu dikesan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya sempena Tahun Baharu Cina 2017 dan 'Visit Beautiful Terengganu 2017' di seluruh negeri bermula 9 Januari lalu.

Katanya, 34 premis yang diperiksa pihaknya mengesan mereka mencampuradukkan barangan yang telah tamat tempoh dengan barangan yang baharu dengan memberi harga diskaun kononnya ia dibuat sempena musim perayaan.

"Dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu, sebanyak 2,871 item diperiksa membabitkan 34 premis perniagaan. Jumlah rampasan yang dilakukan adalah membabitkan 1,177 barangan yang sebahagian besarnya sudah tamat tempoh.

"Berdasarkan trend yang dikesan itu, kami percaya masih banyak barangan dijual di pasar raya atau pasar mini yang menyalahi peraturan dan menasihatkan pengguna sentisa berhati-hati bagi mengelak tertipu dengan promosi dilakukan," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi khas itu di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.

Dr Mohamad berkata pada operasi hari ini juga pihaknya menyita 52 item kerana mendapati ada kerosakan terhadap makanan atau minuman yang dijual di pasar raya itu membabitkan nilai RM544.65 dan menemui 12 item yang sudah melebihi tarikh luput.

Dalam pada itu katanya mana-mana premis yang didapati melakukan kesalahan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan

Makanan 1983 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini katanya hanya sebuah pasar raya di Kemaman yang terlibat melakukan kesalahan tersebut dibawa ke mahkamah.

"Jabatan Kesihatan akan terus melakukan pemantauan ini dari semasa ke semasa dan bukan sekadar pada musim perayaan kerana kami mahu masyarakat dan juga pelancong mendapat makanan yang selamat dan berkualiti," katanya.

Tips Memilih Barangan Yang Murah & Berkualiti Ketika Membeli-Belah di Pasar Raya Besar AEON Big
siakapkeli.my

Foto: The Star

Setiap kali membeli barangan di pasar raya-pasar raya besar seperti AEON Big, pembeli sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk memilih barang yang paling murah dan paling berkualiti.

Tetapi, ramai yang tidak tahu sebenarnya Pasar Raya AEON Big mempunyai cara mereka tersendiri untuk membantu pengguna memilih barangan yang murah tetapi juga berkualiti.

Caranya adalah dengan mengeluarkan produk-produk mereka sendiri dengan nama Big Value.

Selain itu, mereka juga mempunyai barangan berjenama sendiri daripada anak syarikat AEON di Jepun yang menggunakan nama TOPVALU.

Big Value = Harga Murah

Big Value adalah satu jenama dari AEON Big bagi barangan yang diletakkan pada harga yang murah tetapi berkualiti. Barangan berjenama Big Value ini terdiri daripada barangan dapur sehingga barangan segar.

Menurut Big AEON, sehingga kini, terdapat 758 produk produk berjenama Big Value di AEON Big. Antara yang paling popular adalah Air Mineral Big Delight 500ml yang dijual pada harga RM0.45 dan Big Value Beras Wangi Thai 10kg yang cuma berharga RM38.50.

Produk-produk ini boleh dikenalpasti dengan label Big Value berwarna oren, seperti gambar di bawah.

Kentang berjenama Big Value

Cendawan Shimeji berjenama Big Value


Telur berjenama Big Value


Lampin bayi berjenama Big Value

TOPVALU = Barang Berkualiti

Bagi memilih barangan berkualiti pula, pembeli boleh mendapatkan barangan yang mempunyai label TOPVALU.

Menurut laman rasmi topvalu.com.my, barangan berjenama TOPVALU perlu melalui satu piawaian kualiti yang ketat sebelum memasuki pasar raya AEON BIG. Malah, jenama TOPVALU juga merupakan satu jenama yang popular di Jepun kerana berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan.

Setakat ini, sebanyak 792 produk berjenama TOPVALU boleh didapati di AEON Big.

Untuk mencari barangan berjenama TOPVALU, carilah produk yang mempunyai label seperti di bawah.

Minyak berjenama TOPVALU

Barangan berjenama TOPVALU biasanya akan dipasang pada rak yang berlabel TOPVALU.

Tisu berjenama TOPVALU

Selain itu, TOPVALU juga turut memperkenalkan TOPVALU BESTPRICE yang mempromosikan barangan kualiti pada harga yang murah.

Jika terlihat produk dengan label TOPVALU BESTPRICE, ketahuilah bahawa produk itu adalah produk berkualiti yang ditawarkan pada harga yang murah oleh AEON BIG.

Selamat membeli dan berjimat!

Sumber: topvalu.com.my,

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: