15 Messages
Digest #4689
Messages
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Sun Feb 26, 2017 3:09 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Isu Mahfuz, PAS Kedah serah pada Pusat
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
ALOR SETAR: PAS Kedah menyerahkan kepada Setiausaha Agung PAS, berhubung laporan disiplin Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar, yang dibuat oleh PAS kawasan berkenaan baru-baru ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat tertinggi dan PAS Kedah akan akur kepada keputusan yang bakal dibuat oleh PAS Pusat.
"Walaupun dalam kenyataan beliau (Mahfuz) baru-baru mengatakan beliau tidak bersalah namun tindakannya sejak kebelakangan ini dilihat seolah-olah mengkritik parti sendiri terutama berkaitan kerjasama bersama parti Bersatu dan Pakatan Harapan," tegas Dr Ahmad Fakhruddin
Sebagai pemimpin dan ahli PAS, beliau harus sedar sesuatu perkara yang telah menjadi keputusan parti perlu diakur oleh semua ahli tidak kira pemimpin mahupun ahli biasa memandangkan ia merupakan adab yang dididik oleh para ulama dalam berorganisasi, kata beliau.
Jelas beliau lagi, ahli PAS di semua peringkat terikat dengan disiplin yang ditetapkan tetapi dalam masa sama PAS membuka ruang kepada ahlinya untuk melontarkan idea, pandangan serta buah fikiran untuk kebaikan parti.
"Walau bagaimanapun pandangan serta kritikan perlulah melalui saluran yang betul agar ia tidak dieksploitasi oleh pihak tertentu.
"PAS meraikan kepelbagaian pendapat dan sentiasa berlapang dada dengan kritikan serta penambahbaikan tetapi sebagai ahli mahupun pemimpin PAS perlu ingat bahawa Facebook atau lainlainnya bukanlah medan sebenar untuk menyampaikan kritikan.
"Lebih-lebih lagi memberi pandangan kepada media- media yang jelas memberi gambaran tidak betul terhadap PAS.
"Perlukan dia yang masih menjadi Ahli Parlimen PAS menyifatkan kenyataan- kenyataannya yang bercanggah dengan keputusan parti yang dilontarkan di pentas-pentas terbuka, di media-media hanya sebagai haknya sebagai rakyat Malaysia, lainlah kalau dia isytihar keluar PAS," tambah beliau agak serius.
Sehubungan itu katanya, ahli-ahli PAS digalakkan menghadirkan diri ke program- program anjuran PAS seperti Liqa-Fikh, tamrin, Taklimat Khas, usrah atau lain-lain untuk mengetahui perkembangan terkini serta pendekatan semasa politik PAS dan dengan itu dapat mengelak diri daripada dikelirukan oleh golongan tertentu yang mempunyai tipu muslihat untuk menjatuhkan imej PAS.
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Monday, February 20, 2017 11:42 PM
Subject: Fw: Hadi 'Halau' Mahfuz Keluar Dari PAS
Betulkah Mahfuz Omar sayangkan PAS
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net
"
Sesungguhnya amat comel Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang meminta Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena tinggalkan parti itu.
Meminta Mahfuz Omar tinggalkan pas suatu yang amat comel dan sangat beradab dari mulut seorang Presiden atas nama mengenang jasa baik yang ditaburkan selama ini.
Adalah amat wajar Mahfuz tinggalkan pas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus menyerang Pas.
Apa guna duduk dalam pas jika tidak puas hati dengan keputusan dibuat parti sepertimana yang dilaporkan Presiden itu.
Tidak dinafikan mengkritik itu baik, akan tetapi amat tidak molek dan salah apabila mengadakan serangan yang bukan bukan pada pas.terutama sekali menyerang batang tubuh Presiden dan membuka aib
Yang tak bagusnya Mahfuz Omar mengaku dan akui yang beliau seorang yang berjiwa besar sepertimana dakwaannya "Saya berjiwa besar".
Apabila Mahfuz berkata yang dia berjiwa besar, teringat penulis dengan Firman Allah ayat 11 Surah Al Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan dimuka bumi mereka menjawab sesungguhnya kami orang orang yang membuat kebaikan" (surah Al Baqarah ayat 11)
Disusuli firman Allah surah Al Baqarah ayat 12 yang bermaksud: "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar sebanrnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya" (surah Al Baqarah ayat 12).
Dek tidak menyedari hakikat sebenar beliau sinis dan berkata, Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa. Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti) kerana saya sayangkan parti.
Jika benar benar sayangkan parti mengapa sinis dengan Presiden dan se erti sepertimana firman Allah yang bermaksud: " Dan apabila mereka bertemu dengan orang orang yang beriman, mereka berkata, kami telah beriman, dan menakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka mereka berkata pula sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang yang beriman) (surah Al Baqarah ayat 14)
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Hadi 'Halau' Mahfuz Keluar Dari PAS
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.
"Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.
"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah)," katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.
Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.
"Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.
"Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.
"Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah," katanya.
Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.
"Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.
"Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin," katanya.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, February 15, 2017 10:43 PM
Subject: Fw: Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selangor, Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
Ada seorang kawan menghantar masej agar saya mengulas artikel Malaysiakini berkenaan kenyataan Mahfuz pada artikel "Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k'jaan S'gor".
Mahfuz kata PAS perlu tarik diri daripada kerajaan Selangor dan tak perlu menunggu muktamar PAS April ini.
"Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS," kata Mahfuz.
Bila pula Presiden PAS ada kuasa untuk batalkan Tahaluf?
Dulu semasa berkempen di pada pemilihan muktamar sebelum kalah, Mahfuz juga yang berkacap bahawa Tahaluf dengan DAP dan PKR hanya boleh diputuskan oleh Muktamar. Dia pula semasa itu pengerusi jawatankuasa penapis usul.
Kalau ikut logik Mahfuz, dah tak setuju dengan PKR keluar aje dari Selangor. Maka tak setuju dengan PAS keluar sahaja daripada PAS. Itu logik mudah. Tapi Mahfuz mungkin dia sendiri tak faham pasal dia bukan cerdik sangat. Maaf aku bukan nak perlekehkan kelulusan akademiknya. Ada pemimpin PAS lain sama macam dia setakat SPM tapi tak bodoh macam Mahfuz ini.
Kalau kita berbeza pandangan dan tak setuju dengan PAS keluar sahaja masuk parti lain. Lihat Saifudin Nasution daripada ahli PAS sepanjang hayat keluar PAS senyap-senyap bersama PKR. Selagi dia tak serang PAS, ada PAS serang dia. Melainkan dia kini jadi bodoh juga macam Mahfuz membuat fitnah kononnya PAS nak lantik Kuli jadi PM sedangkan DAP yang minta PAS berhubung dengan Kuli. Kena sebiji dengan Cikgu Pa, Rafizi dan Saifuddin terduduk. Akhirnya orang tahu cerita sebenar disebalik pertemuan 10 mata antara 5 pemimpin PAS dan 5 pemimpin PKR.
Ok rasa saya pun malas nak layan Mahfuz, biar dia 'sasau' sendiri. Dulu ada juga BERSATU nak lantik dia jadi AJK, tapi dengar cerita ada orang kuat BERSATU tak setuju, takut hubungan dengan PAS jadi panas.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:10 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Sejak Najib Razak,30%penganggur ada ijazah.
bloglist-malaysia.blogspot.
sisibukit.blogspot.
Posted by mantaro
Retweeted Rafizi Ramli (@rafiziramli):
Dah lah belajar smpi ijazah mahal, keluar uni jd statistik: 1/3 penganggur ada ijazah. Kmdn kena blacklist PTPTN
https://t.co/Ty9Iy2BZcs https://t.co/iuG0IRvzhN0
Retweeted Rafizi Ramli (@rafiziramli):
Sejak @NajibRazak jd PM, ~30% dr penganggur ada ijazah. Tak pernah berlaku sebelum ini. @khairykj mana? Tlg RT
https://t.co/Ty9Iy2BZcs https://t.co/Dg5Hijx3yG
KERAJAAN BN TERUS GAGAL, PENGANGGURAN LEBIH 1/2 JUTA
bloglist-malaysia.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka
Kerajaan BN terus gagal. Dari segenap segi mereka gagal. Statistik Jabatan Buruh menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang mengganggur sejak tiga tahun lalu meningkat daripada seramai 439,000 orang pada Mac 2013 kepada 510,700 orang pada November 2016.
Kadar pengangguran graduan semasa pentadbiran Najib juga adalah tertinggi berbanding perdana menteri terdahulu, berdasarkan statistik daripada sebuah institut pemikir dari Sweden.
Apa lagi yang boleh kita banggakan. Siswazah seharusnya memikirkan perkara ini. Kegagalan kamu mendapat kerja bukan kerana kelemahan kamu sendiri tetapi kerana sememangnya peluang pekerjaan memang terhad.
Amat wajar kerajaan yang ada sekarang ditukar pada PRU14 nanti kerana sememangnya kerajaan ini adalah kerajaan gagal.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:10 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Polis Sahkan Jong-nam Dibunuh Guna Cecair Senjata Kimia 'VX Nerve Agent', Ditemui Pada Muka Dan Matanya
siakapkeli.my
Kuala Lumpur : Pihak Polis hari ini mengesahkan bahawa cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai ethyl S-2-Diisopropylamin
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.
Keputusan analisa berkenaan telah diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.
VX nerve gas dalam filem The Rock (1996) yang dilakonkan oleh Nicholas Cage
Pada 13 Februari lalu, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) oleh dua wanita warga asing dengan menyimbah sebelum menekup mukanya dengan cecair beracun.
Dua wanita warga Indonesia dan Vietnam itu dilatih oleh empat lelaki warga Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke negara asal mereka. - Siakapkeli.my
Suspek Wanita Muntah-Muntah – Khalid
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
SEPANG – Seorang daripada dua wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai akibat terkena bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan lelaki warga Korea Utara, Kim Jong-nam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang wanita berkenaan mengalami muntah tetapi tidak memberitahu identiti suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan 13 Februari itu.
Sebelum ini, beliau berkata laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylamin
"Seorang suspek wanita mengalami muntah-muntah…mungkin kesan daripada bahan kimia itu," katanya ringkas ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas untuk menunaikan ibadat umrah di Makkah.
Pada hari kejadian, Jong-nam berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.
Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Susulan kes pembunuhan Jong-nam itu, polis Malaysia menahan empat suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.
Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA
Rakyat Malaysia Tidak Digalakkan Kunjungi Korea Utara - Menteri
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un di KLIA baru-baru ini.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kerajaan bimbang kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini.
"Kita bukan bersangka buruk terhadap Korea Utara tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga.
"Korea Utara adalah sebuah yang sukar dijangka. Apa-apa saja berlaku. Jadi saya nasihat rakyat Malaysia jangan ke sana dan kita tak galakkan.
"Dari segi pelancongan, kejadian ini tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara kita.
"Tidak ramai pelancong dari Korea Utara datang ke Malaysia kerana rakyat negara itu tidak dibenarkan keluar dari negara mereka.
"Keadaan ini, sememangnya tidak memberi kesan kepada kita kerana yang datang pun pegawai kerajaan mereka dan jumlahnya kecil.
"Malaysia sebuah negara yang bebas dan kita menerima sesiapa saja pelancong yang datang termasuk dari Korea Utara" katanya hari ini sebagaimana lapor BH Online.
Sumber: BH Online
Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Tembak
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
DUTA Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong-nam, berkemungkinan akan berdepan hukuman tembak mati di negaranya.
Perkara itu didedahkan bekas duta besar Malaysia ke China, Datuk Dennis Ignatius yang mengatakan hukuman itu mungkin berlaku sekiranya Kang Chol gagal memperlihatkan ketegasan dalam mewakili rejim Pyongyang.
"Sekiranya beliau tidak tampak bersungguh-sungguh dan teliti dalam mempertahankan rejimnya, beliau mungkin menerima nasib sama seperti duta sebelum ini yang ditembak oleh pasukan skuad penembak selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur," katanya memetik laporan Free Malaysian Today.
Dennis difahamkan mempunyai lebih tiga dekad pengalaman diplomatik, dan mewakili misi Malaysia ke Beijing, China pada 1980-an yang turut bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Utara.
Kemungkinan ditembak itu wujud berikutan insiden yang pernah berlaku, di mana pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh rejim Korea Utara.
Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song-thaek, bapa saudara diktator Korea Utara, Kim Jong-un. Song-thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.
Dennis berkata kebimbangan ini menyebabkan Kang Chol terpaksa mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengecam Malaysia.
"Susah membayangkan beliau meneruskan jawatannya… Itulah bahaya yang menunggu kakitangan perkhidmatan diplomatik Korea Utara," tambahnya.
Semalam, Kang Chol yang selama ini enggan bercakap kepada media, membacakan kenyataan akhbar membidas kerajaan Malaysia, sambil berkata pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong -nam, abang tiri diktator Jong-un, yang dipercayai dibunuh oleh ejen upahan Pyongyang. – MYNEWSHUB.CC
Suspek sapu toksik di muka mangsa
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Pembunuhan abang pemimpin tinggi Korea Utara, Kim Jong-nam adalah perbuatan terancang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, kedua-dua suspek wanita yang membunuh Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar.
"Sudah tentu mereka tahu (rancangan pembunuhan). Mereka juga tahu cecair yang disapu itu toksik.
"Selepas selesai, kedua-dua mereka diarahkan oleh empat suspek yang sudah meninggalkan negara ini untuk membersihkan tangan di tandas.
"Kita juga percaya kedua-dua suspek wanita itu telah bersedia dengan cecair di tangan mereka sebelum menyapu bahan toksik itu ke muka mangsa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di Kuala lumpur, hari ini.
Suspek wanita yang masing-masing memiliki pasport Vietnam dan Indonesia ditahan polis minggu lalu.
Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Manakala, lelaki tempatan yang juga teman lelaki wanita Indonesia itu, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan KLIA2.
Berikut antara intipati sidang akhbar hari ini.
a.. Polis percaya empat suspek Korea Utara yang telah pulang, terlibat secara aktif dalam kes pembunuhan itu.
b.. Polis tidak akan menerima pelawaan pihak berkuasa Korea Utara untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam.
c.. Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat HKL kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk.
d.. Polis akan memohon sambungan tempoh tahanan reman dua wanita asing dan seorang suspek lelaki dari Korea Utara, sementara teman lelaki kepada seorang daripada wanita asing itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
e.. Polis akan meminta Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan kerajaan Korea Utara supaya membantu mengesan empat suspek yang telah lari ke Pyongyang.
f.. Polis akan menghubungi seorang individu di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan seorang yang bekerja dengan penerbangan Korea Utara untuk membantu memudahkan penyiasatan.
g.. Tiada seorang pun anggota keluarga Kim Jong-nam tampil untuk mengenal pasti mayat simati atau memberikan sampel DNA mereka.
h.. Polis percaya semua suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam adalah terlatih dan tahu apa yang mereka lakukan.
Bedah siasat menunjukkan tiada kesan luka dan suntikan
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan jarum atau suntikan serta kecederaan pada tubuh abang presiden Korea Utara, King Jong-nam.
Katanya, penemuan itu berdasarkan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu.
"Kita mendapati dia tidak sakit jantung.
"Kita mendapati tidak ada kesan jelas terdapat kesan suntikan dan luka," katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Noor Hisham berkata bedah siasat itu dijalankan oleh pasukan bedah siasat Pakar Perunding Forensik yang berpengalaman luas.
"Mayat ini telah menjalani pemeriksaan bedah siasat yang lengkap termasuk ujian komputer tomografi, bedah siasat luaran dan dalaman dan pemeriksaan forensik pergigian," katanya.
Menurutnya, spesimen DNA Jong-nam telah pun dihantar ke bahagian makmal kimia untuk diakreditasi serta dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya.
"Pengendalian mayat telah dikendalikan dengan penuh hormat dan spesimen-spesimen medicolegal yang telah diambil juga telah dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang untuk menjaga rantaian bukti.
"Spesimen medicolegal tersebut telah diserahkan kepada pegawai penyiasat polis sejurus selepas pemeriksaan bedah siasat untuk dihantar ke makmal yang telah diakreditasi untuk menjalankan analisis.
"Analisis bertujuan untuk mengesahkan identiti si mati dan juga punca kematian, di mana keputusan makmal masih dalam proses. Tiada bedah siasat kedua dijalankan ke atas si mati," katanya.
Jong-nam mati pada 13 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke hospital.
Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.
BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
SEOUL – Perbadanan Penyiaran British (BBC) seakan-akan sudah dapat 'hidu' awal berita kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari, menurut akhbar berpengaruh Korea Selatan, The Korea Times.
Harian berbahasa Inggeris itu melaporkan stesen penyiaran antarabangsa berpusat di London, England tersebut secara kebetulan melancarkan perkhidmatan siaran radio terbaharunya dalam bahasa Korea pada awal bulan ini.
BBC yang memang selama ini ada pejabat Biro Seoul untuk siaran antarabangsa dalam bahasa Inggeris menerusi satu kenyataan media pernah memaklumkan bahawa stesen itu memerlukan ramai wartawan bertugas di lapangan.
Rancangan perluasan siaran di Semenanjung Korea sebenarnya telah diumumkan pihak pentadbiran BBC World Service awal November pada tahun lalu bahkan sasaran liputan memang sengaja difokuskan kepada Korea Utara.
"Petugas BBC di Seoul perlu bersedia melaporkan sebarang peristiwa yang berlaku di Semenanjung Korea terutama sekali Korea Utara, selain apa sahaja berita mengenai masyarakat Korea di negara-negara jiran dan seluruh dunia.
"Pemohon yang berminat juga mesti memiliki pengalaman pernah bertugas dalam mana-mana agensi penyiaran sama ada Korea Utara atau Selatan khususnya melibatkan liputan hal ehwal semasa," jelas kenyataan BBC tersebut.
Tindakan BBC agak janggal seolah-olah dapat mengesan akan berlaku satu insiden besar melibatkan Korea Utara apatah lagi stesen tertua di dunia itu dibiayai sepenuhnya pejabat Hal Ehwal Luar Britain menerusi piagam diraja.
Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas diserang oleh dua wanita Asia tenggara semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dalam penerbangan ke Macau, China.
Perkhidmatan khas BBC dalam bahasa Korea dipancarkan menerusi gelombang pendek untuk mudah menembusi ruang udara Korea Utara yang memang disekat oleh pihak tentera rejim Pyongyang daripada liputan siaran asing.
Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap melaporkan bahawa rakyat Korea Utara dapat mengikuti siaran radio tersebut yang dipancarkan terus sama ada daripada stesen wilayah BBC berpusat di Thailand, Singapura atau Oman.
Program dalam bahasa Korea merupakan antara siaran 11 bahasa yang diwujudkan oleh BBC selain Telegu, Punjabi dan Nigeria, bermula sepanjang tahun ini dengan nilai pelaburan 289 juta pound sterling (kira-kira RM1.6 bilion).
Peruntukan terbesar dalam sejarah operasi luar negara BBC itu turut meliputi perkhidmatan berita atas talian dan rancangan mewujudkan siaran khas bahasa Korea pernah dibangkitkan dalam sidang Parlimen Britain sejak 2013.
Siaran BBC World Service yang mula beroperasi sejak 1932 kini dapat didengar menerusi 27 bahasa asing antaranya Arab, Burma, Indonesia, Nepal, Parsi, Perancis Afrika, Portugis Brazil, Rusia, Somalia, Tamil, Turki dan Vietnam.
Perkhidmatan antarabangsa radio BBC itu turut dipancarkan 24 jam setiap hari sama ada melalui gelombang AM, FM dan DAB yang meliputi sejumlah 320 juta pendengar di seluruh dunia terutama sekali di benua Afrika dan Asia.
Rakyat Korea Utara diharamkan mendengar siaran radio dan televisyen asing terutama dari jirannya, Korea Selatan kerana bimbang terpengaruh dengan propaganda pihak luar yang berkepentingan. – Agensi/Mynewshub.
Vietnam Siasat Pasport Suspek Kes Pembunuhan Jong-nam
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
HANOI: Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu yang ditangkap polis Malaysia berhubung pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari, lapor Vietnam News Agency (VNA).
VNA memetik Jabatan Konsular Kementerian Luar sebagai berkata pada Isnin bahawa sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kes itu, kementerian tersebut mengarahkan Kedutaan Vietnam di Malaysia "supaya bekerjasama dengan pihak tempatan berkenaan bagi membuat pengesahan tentang maklumat itu".
Seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong ditangkap di Malaysia susulan pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang, Malaysia.
VNA melaporkan bahawa agensi berkenaan di Vietnam juga sedang menyiasat kes itu secara rapi.
Katanya, Kedutaan Vietnam di Malaysia juga memantau kes itu secara rapi.
Polis Malaysia juga menahan seorang wanita, Siti Aishah, yang mengggunakan pasport Indonesia; seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.
Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dihantar ke hospital, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. - BERNAMA
Jong-nam diselubungi ketakutan
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
LONDON 21 Feb. – Perjalanan hidup Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum dibunuh di Malaysia sering diselubungi ketakutan dan paranoia kerana menjadi individu penting dalam arena politik di tanah airnya.
Memetik pendedahan akhbar The Guardian dalam satu temu bual bersama rakan baik Jong-nam semasa bersekolah, Anthony Sahakian menceritakan tentang pandangan terbuka dan personaliti yang membawa kepada keputusan beliau hidup dalam buangan dan mungkin juga kematiannya.
Menurut Sahakian, 44, dalam beberapa siri kunjungan Jong-nam ke Geneva, Switzerland dan terakhir beberapa bulan lalu, Jong-nam yang dikenalinya sebagai Lee ada bercerita mengenai Jong-un mungkin melihatnya sebagai ancaman kepada pemerintahan kuku besi yang diwarisi daripada bapa mereka, Kim Jong-il.
"Kami ada membincangkan tentang rejim diketuai adiknya dan perkara yang berlaku di republik itu. Satu perkara yang boleh saya katakan, beliau tidak berminat untuk berkuasa.
"Beliau mahu keluar dan tidak pernah mengimpikan untuk memerintah negara itu, malah Lee (Jong-nam) tidak menerima atau menghargai apa yang terjadi di sana dan memastikan hubungannya dengan rejim kekal jauh," katanya.
Sahakian memberitahu, berdasarkan perbualan mereka, dapat dirumuskan bahawa Lee beranggapan jangka hayatnya tidak akan lama sepanjang pemerintahan enam tahun adiknya.
"Beliau amat takut dan paranoia. Secara politik, Lee merupakan individu penting dan beliau amat bimbang dan sudah tentu beliau bimbang," jelasnya.
Bagaimanapun, masih tidak jelas mengapa Jong-nam yang merupakan waris pertama diketepikan daripada pemerintahan Pyongyang.
Ibu saudaranya pernah menerbitkan memoir menyatakan Jong-il amat menyayangi anak lelaki sulungnya itu dengan menggelarnya sebagai baby.
Bagaimanapun datuk Jong-nam, Kim Il-sung, yang juga pengasas Korea Utara moden tidak merestui hubungan luar nikah antara Kim Jong-il dengan ibunya, seorang pelakon filem tempatan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:11 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
TUJUH remaja berbasikal dilaporkan telah ditahan berdekatan Dataran Bandaraya Johor Baharu, pada hari Sabtu di mana satu himpunan protes dirancang akan diadakan berhubung pemandu kereta wanita yang telah melanggar mati 8 remaja berbasikal tempoh hari.
Protes itu dilaporkan untuk menggesa pihak Polis mengambil tindakan terhadap pemandu wanita tersebut bagaimanapun ia nampaknya tidak berlaku.
Tujuh remaja terbabit yang kesemuanya lelaki dilihat mengayuh basikal berdekatan Dataran Bandaraya, tiada penunggang basikal lain yang kelihatan di situ.
Mereka ditahan oleh pihak polis trafik berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Kolam Ayer sekitar jam 10 pagi.
Pihak polis turut merampas 7 buah basikal yang sudah diubahsuai. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh berkata kesemua remaja terbabit ditahan untuk siasatan.
Katanya lagi, maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Difahamkan ibu bapa penjaga remaja terbabit juga akan dipanggil untuk berbincang dengan pihak polis.
Pada 22 Februari lalu, pihak polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai telah mengeluarkan satu jemputan kepada orang ramai untuk berkumpul di Dataran Bandaraya pada jam 8 pagi untuk menyertai satu protes terhadap pemandu kereta wanita terbabit.
Lapan remaja telah terbunuh selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berkumpul berdekatan susur laluan keluar Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3:30 pagi pada 18 Februari 2017.
Pihak polis telah membebaskan pemandu berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak ada bukti bahawa pemandu tersebut memandu laju, mabuk, ataupun sedang menggunakan telefon bimbit semasa kejadian pada jam 3:30 pagi hari sabtu itu.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/tujuh-remaja-berbasikal-ditahan-polis.html#ixzz4Zh6F3Nld
#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot.
Pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki sehingga menyebabkan maut di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru Sabtu lalu, berjanji akan bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku.
Perkara itu dinyatakan wanita berkenaan kepada kakaknya, sebaik sahaja insiden itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.
8 Geng Basikal Maut Dilanggar Pemandu Kereta
Katanya, adik perempuannya telah menghubungi melalui panggilan telefon dan berpesan agar tidak lari dengan situasi yang menimpa dirinya.
"Adik saya kata dia sedia bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku ini. Dia telah memperoleh lesen memandu sejak lima tahun lalu. Saya percaya dia mampu hadapi dugaan ini," katanya dipetik Sinar Harian.
Menurut kakaknya lagi, dia telah menyerahkan telefon bimbit milik adiknya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Selepas kejadian, saya teman adik saya selama dua jam di balai polis. Selepas beri keterangan, adik saya juga menjalani ujian air kencing. Kami telah bersiap sedia apa yang akan berlaku terhadap adik saya selepas ini.
"Sekiranya mahu minta ganti rugi, kami mungkin tidak mampu membayarnya. Sekiranya dikenakan hukuman penjara, adik saya kata dia sedia menghadapinya," katanya.
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, February 20, 2017 11:43 PM
Subject: Fw: Kereta Rempuh Sekumpulan Remaja Dan Kanak2 Berbasikal
9 Maut Dan 4 Cedera Parah, Kereta Rempuh Sekumpulan Remaja Dan Kanak-Kanak Berbasikal
siakapkeli.my
Johor Bahru: Sembilan orang maut manakala empat orang dilaporakn cedera parah apabila sebuah kereta telah telah merempuh sekumpulan remaja dan kanak-kanak berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, awal pagi ini, lapor Harian Metro.
Sebelum kejadian kira-kira jam 3.30 pagi ketika kumpulan 16 orang penunggang basikal yang berumur lapan hingga 16 tahun itu berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.
Mereka kemudiannya telah bergerak ke lampu isyarat dekat Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat, sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah kereta terbabit dari belakang.
Menurut sumber, kumpulan mereka ini dikatakan aktif berbasikal setiap malam minggu di kawasan tersebut dimna kebiasaannya aktiviti mereka bermula pada kira-kira 12 tengah malam.
Tapi, mereka dikatakan bermula lewat, malam tadi, berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.
Menurut jurucakap pihak polis telah mengesahkan kejadian dan berkata satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
Kenyataan pihak polis
Kemalangan Ngeri, 8 remaja Berbasikal Maut Dirempuh Kereta
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot.
Infografik kemalangan ngeri babitkan remaja berbasikal - NSTP
Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dua remaja masih kritikal manakala enam lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah.
Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan lebih kurang 30-40 remaja berbasikal, berusia di antara 13 hingga 17 tahun, dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita. (KiniTV)
Gambar-gambar kejadian.
Sulaiman berkata ketika kejadian itu, kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 22 tahun itu tidak dapat mengelak lebih 20 hingga 30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan.
"Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja 20 hingga 30 orang berada di situ menutupi jalan dan (pemandu) tidak sempat mengawal kenderaan.
"Jalan tersebut berbukit. Lapan orang remaja terbunuh di tempat kejadian dan dua masih kritikal di zon merah, dan enam lagi cedera setakat ini," katanya (Awani)
Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi Sabtu semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari Pelangi ke Skudai.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat HSA di Johor Bahru, Johor.
Jelas Sulaiman, pihak polis mendapati basikal yang digunakan oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.
Tegasnya biarpun punca kejadian masih belum dikenal pasti, beliau meminta agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.
Sulaiman berkata, wanita tersebut kini disiasat dan siasatan awal mendapati wanita itu tidak mabuk semasa kejadian berlaku. (Harian Metro)
Video-video kejadian.
Video satu
Video dua
Klik sini dan sini jika gagal load video.
Sumber gambar : Sosial Media
Sumber video : WhatsApp group
Senarai Lengkap 8 Remaja Berbasikal Yang Maut Dirempuh Kereta.
sozcyili.blogspot
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, lapan remaja maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.
Berikut senarai remaja yang terbunuh dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi tadi.
1. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar - 16 tahun
2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli - 14 tahun
3. Haizad Kasrin - 16 tahun
4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin -14 tahun
5. Fauzan Halmijah -13 tahun
6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee -14 tahun
7. Mohamad Azhar Amir - 16 tahun
8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah - 14 tahun
Sultan Johor Lawat Keluarga Remaja Maut Dirempuh.
sozcyili.blogspot
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melawat keluarga dan waris mangsa membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut dirempuh sebuah kereta di sini, Sabtu.
Baginda tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di mana keluarga dan saudara mara mangsa sedang menunggu kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu.
Sultan Ibrahim yang tidak dapat menahan sebak bertitah kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit daripada insiden tidak diingini.
"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka.
"Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.
"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah baginda.
Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.
Mereka yang terbunuh ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.
Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan.
Sumber : Mstar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:11 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
PRU14 mungkin pertengahan tahun ini – Menteri
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin diadakan pertengahan tahun ini, lapor Free Malaysia Today yang memetik laporan The Borneo Post .
"Saya tidak tahu tarikh pilihan raya umum, tetapi saya percaya ia akan diadakan tidak lama lagi, mungkin pada Mei, Jun, Julai atau Ogos," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Sarawak 2016, semalam.
Beliau menjangkakan Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.
"Berdasarkan rekod sebelum ini dan analisis trend di Sarawak, BN bukan sahaja akan kekal tetapi Sarawak akan memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum," katanya dipetik The Borneo Post.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:12 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Lelaki pakai tudung menyamar wanita curi beg tangan dalam surau
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net
SEKALI pandang sebiji macam perempuan, siap menggayakan tudung rekaan terbaru. Tapi dia sebenarnya seorang lelaki yang menyamar jadi wanita dan berpura-pura mahu menunaikan solat untuk mencuri beg tangan.
Lelaki ini dikatakan telah ditangkap di Surau Sunway, semalam selepas kantoi masuk ke ruang solat wanita kononnya mahu menunaikan solat, sebaliknya mencuri beg tangan jemaah lain yang sedang menunaikan solat.
Gambar tangkapan lelaki menyerupai wanita itu, tersebar dan menular (viral) di media sosial.
Difahamkan lelaki ini memang mempunyai banyak rekod-rekod jenayah lampau.
Segelintir pengguna facebook yang mengaku mengenalinya mendakwa lelaki ini memang terkenal kerana banyak melakukan kes-kes jenayah sebelum ini.
"Dia ni memang musibat yang famous, banyak hal dia ni, tapi lepas tu bebas juga, buat balik viral balik, tangkap balik, buat balik, viral balik," kata R Adizuddin Adam Shah di akaun facebook.
Segelintir pula mengaitkan lelaki ini dengan satu lagi kes kecurian beg tangan yang pernah berlaku di GM Klang tahun lalu, di mana seorang individu kelihatan seperti wanita bertudung dirakam melalui rakaman CCTV membawa lari beg tangan seorang jemaah wanita lain yang menunaikan solat di dalam surau.
Dalam kejadian kecurian beg tangan di GM Klang sebelum ini, orang ramai terkejut menyaksikan perbuatan wanita bertudung litup tetapi sanggup mencuri beg tangan di dalam surau.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/lelaki-pakai-tudung-menyamar-wanita.html#ixzz4ZDrrsc5k
Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
SUBANG JAYA - Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menyedari beg dompet yang diletakkan di sebelahnya ketika solat hilang dan hanya ada kunci, kad pengenalan dan kad bank sahaja.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar swasta itu mengadu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan beg dompetnya telah ditemui bersama seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan mendapati beg dompetnya bersama suspek.
"Polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun bersama sebuah beg dompet, wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit jenis Sambung.
"Pemeriksaan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang 11 hari lalu dan mempunyai rekod jenayah serta kes curi," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga Rabu ini untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:12 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, 'Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia' - Ujar Netizen
siakapkeli.my
Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya dalam pembelajaran? Itulah apa yang patut dirasa oleh ibu bapa kepada Izni Inarah (nama Instagram) kerana anaknya itu berjaya menempa kecemerlangan dalam pembelajaran apabila tersenarai dalam 10 pelajar bidang medikal terbaik di Universiti Al-Azhar.
Pencapaian cemerlang Izni Inarah itu dikongsi bangga oleh adiknya, Alia Husna di Twitter dengan berkata: "5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM, Top 10 pelajar medik di Universiti Al-Azhar."
Difahamkan, Izni berjaya menggapai kecemerlangan(
Bersama tweet itu, disertakan foto Izni Inarah memakai jubah universiti Al-Azhar dipercayai diambil ketika majlis graduasi.
Pencapaian menggembirakan Izni Inarah itu disambut baik oleh para pengguna Twitter yang tidak putus-putus menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.
"Harap-
"Golongan macam inilah yang patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia, bukannya golongan yang buat benda bodoh lepas tu viral" ujarnya lagi.
Alia Husna @aliahusnaa
5As upsr, 9As pmr, 10A1s spm, top 10 as a med student in al azhar university (6yearsjourney) Congratulations big sister ! #graduating
Pengguna twitter, hanaNabyllah pula berkata pencapaian Izni itu memberi motivasi kepadanya dengan berkata: "Ini adalah motivasi yang saya perlukan!! Sedang melayari twitter untuk melengah-lengahkan kerja rumah. Lebih baik pergi buat sekarang.
Tweet dari Alia Husn itu dikongsi lebih 12,000 kali dan menerima pelbagai respon positif dari pengguna Twitter.
Sumber: Twitter Alia Husna
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 3:14 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Teliti semula pelantikan Ketua Audit Negara
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh Nasrudin Hassan
PAS menggesa Kerajaan agar meneliti sedalam-dalamnya pelantikan Ketua Audit Negara yang baharu supaya ia benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh politik demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti badan tersebut.
Ketua Audit Negara adalah badan penting dalam menjadi 'check and balance' kepada perjalanan pemerintahan Kerajaan. Namun, senarionya tidak seperti yang diharapkan.
Saban tahun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seringkali melaporkan kelemahan dan kecuaian dalam pengurusan projek dan kewangan pihak Kerajaan malangnya tiada perubahan berlaku. Ia ibarat suatu rutin biasa yang tidak dipandang serius oleh pihak Kerajaan.
Pengumuman pelantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad oleh Ketua Setiusaha Negara semalam dipertikaikan banyak pihak memandangkan beliau adalah isteri kepada salah seorang pemimpin Umno.
Meskipun tidak dinafikan pengalaman dan latar belakang pendidikan beliau, tetapi kedudukan beliau itu menjadikan hampir tiada jaminan bahawa tidak akan berlaku campur tangan politik pada masa beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Audit Negara.
Oleh itu, PAS mendesak agar Kerajaan menyemak semula pelantikan Ketua Audit Negara yang telah dibuat ini supaya jawatan dan jabatan ini kekal bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.
Inilah Penyelesaian Kita
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
KELEBIHAN KETUA AUDIT NEGARA YANG BARU
bloglist-malaysia.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Tahniah! Akhirnya Malaysia memiliki seorang Ketua Audit Negara wanita! Yong sangka seorang Ketua Audit Negara wajar memiliki kelulusan sebagai akauntan yang berpengalaman.
Rupanya harus memiliki suami yang berani...
SUMBER
Yong jumpa beberapa slide yang ditulis oleh Ketua Audit Negara yang akan pencen. Yong kongsi tiga slide sebagai peringatan kepada pemimpin politik dan penyokong mereka:
SUMBER
Boleh ke ustaz?
Boleh kot. Asalkan takde kena mengena dengan nyamuk, agas atau kambing.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Penjawat Awam Bakal Nikmati Kenaikan Elaun?
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Semakan semula elaun-elaun kakitangan awam seperti yang dituntut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tuntutan itu munasabah memandangkan ia sudah tidak disemak selama 14 tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini," katanya dipetik Bernama semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.
Cuepacs juga menuntut agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam.
"Saya fikir perdana menteri akan mendengar permintaan-perminta
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, February 07, 2017 10:49 PM
Subject: Fw: Hadiah Terbaru Utk Rakyat Yg Dihargai
Hadiah Terbaru Kerajaan BN Utk Rakyat Yg Dihargai
bloglist-malaysia.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu
Satu hari nanti, isi angin tayar kereta pun kena bayar. Siap dgn GST! Kahkahkah!!!
Kalau dulu, org tak berduit nak ke klinik gigi swasta, boleh pergi klinik gigi kerajaan. Bayarannya amat murah.
Sekarang mana mau lari? Cabut sendiri la. Kahkahkah!!!
Peningkatan ini terlalu tinggi.
Cabut gigi, dari RM1 dah jadi RM15. Ini dah naik 1,400%!
Cuci dari RM2 dah jadi RM55! Gilo! Ini naik 2,750%!!!
Tampal dari RM2 dah naik RM25. Naik 1,250%!!
Naya rakyat jelata. Negara bapak kapitalist Amerika Syarikat pun tak buat macam ni punya kenaikan. Kahkahkah!!!
Pun begitu, memandangkan rakyat makin dihempap GST & anak badak, maka kerajaan BN dgn sukachita menangguhkan perlaksanaan kadar itu.
Ianya akan bermula 1 Mac 2017.
Sapa nak cabut gigi, cabut sekarang sementara masih murah.
Sesiapa yg gagal membayar harga baru nanti, gigi busuknya akan disumbat kembali ke dalam gusi sebagai denda malas membaca.
Kahkahkahkah!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Ketahui kereta yang kerap menjadi sasaran pencuri
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) menyatakan Proton Wira dan Toyota Hilux kekal sebagai kenderaan yang paling banyak dicuri pada tahun 2016.
Manakala peratusan kekerapan kecurian iaitu nisbah jumlah kecurian kepada jumlah keseluruhan sesuatu model itu di atas jalan, Toyota Vellfire berada di kedudukan teratas, diikuti Mitsubishi Pajero.
Menurut laporan BH Online, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PIAM, kereta Proton kekal sebagai jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 854 unit Proton Wira dicuri, susut sedikit berbanding 1,214 pada tahun sebelumnya.
Ia diikuti Toyota Hilux (624), Perodua Kancil (438), Proton Iswara (420) Proton Waja (352), Perodua Myvi (357), Proton Saga (253), Nissan Vanette (186), Proton Satria (174) dan Toyota Vios (152).
Dari segi peratus kekerapan, sebanyak 114 daripada 54,876 atau 0.21 peratus Toyota Vellfire dicuri pada tahun lalu, diikuti Mitsubishi Pajero (0.17 peratus); Toyota Hilux (0.15 peratus); Peugeot 508 (0.15 peratus); Proton Putra (0.15 peratus); Proton Perdana (0.14 peratus); Nissan Venette (0.13 peratus); Ssangyong Rexton (0.12 peratus); Proton Satria (0.11 peratus) dan Toyota Liteace (0.11 peratus).
Ketua Eksekutif PIAM, Mark Lim, berkata secara amnya industri insuran mencatat penurunan dari segi jumlah kes kecurian sebanyak 20 peratus pada tahun lalu berbanding 2015.
"Jumlah kenderaan dicuri bagi semua kelas pada 2016 adalah berjumlah 19,307, berkurangan daripada 24,154 pada 2015.
"PIAM amat menghargai usaha Polis Di Raja Malaysia (PDRM); kastam dan agensi penguatkuasaan lain atas komitmen dan usaha secara bersepadu dengan Vehicle Theft Reduction Council (VTREC).
"Industri juga bekerjasama rapat dengan Fraud Intelligence System (FIS) bagi membendung pemalsuan insurans di Malaysia," katanya.
FIS, tambahnya, adalah inisiatif industri dengan penyertaan syarikat insurans sebagai ahlinya. Sistem ini menggunakan data analitik untuk mengesan pemalsuan dalam pasaran.
"FIS akan dilaksanakan secara berperingkat dan disasarkan bermula pada suku ketiga tahun ini," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Sangka Selamat Sembunyi Dalam Tong Berisi Air Elak Kebakaran, Wanita Maut 'Direbus
siakapkeli.my
Kalimantan: Gara-gara masuk ke dalam tong drum berisi air untuk menyelamatkan diri, seorang wanita 21 tahun mati direbus hidup-hidup selepas dalam usaha menyelamatkan diri ketika kebakaran yang memusnahkan 16 pusat karaoke di Lembah Durian atau Merong di Jalan negara Muara Teweh di sini dua hari lalu, lapor Kalamanthana.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Julia yang dikejutkan Yaya sedang tidur bersama rakan sebiliknya, Riena, memberitahunya tentang kebakaran.
Selepas terkejut dimaklumkan tentang kebakaran, dia dan rakan-rakan yang lain terus berlari melalui pintu depan untuk menyelamatkan diri, namun api sudah marah membuatkan mereka berpatah balik ke pintu belakang namun gagal kerana api turut marak di situ.
Rakannya kemudainya telah menarik Julia untuk terjun melalui tingkap tetapi Julia takut menyebabkan dia memilih untuk masuk ke dalam tong drum berisi air yang ada di dapur manakala Riena nekad terjun melalui tingkap setinggi empat meter.
Selepas api berjaya dipadam pada 4 pagi, mayat Julia yang hanya memakai baju dan seluar dalam, ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah direbus.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Jamil Khir harus ada keberanian
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyeru Dato' Seri Dr Jamil Khir Baharom agar mempunyai keberanian untuk memastikan setiap pimpinan dalam Umno menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibentang Mac ini di Parlimen.Malah kata beliau menjadi tugas Jamil Khir dalam kerajaan memastikan RUU355 ini dibawa pada sidang Mac ini
"Kita tak mahu seribu dalih. Harap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ada political will dalam isu ini dan Jamil Khir harus pastikan hal ini," kata Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang mengulas kejayaan dan harapan pasca Himpunan H355 pada 18 Februari lalu.
Beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah merasa rugi andai Umno- BN gagal dalam memastikan RUU355 menjadi realiti.
"Kita harapkan semangat Jamil Khir malam ini (18 Februari) dibuktikan dengan kata-kata.PAS tidak rugi kalau Umno gagal bawa ke parlimen.
"Orang atau ahli bawahan Umno sokong RUU355 ini dan ini harus disedari.
Ini tugas Umno untuk yakinkan parti komponen BN pula," tegasnya.
Zahirkan suara pada sidang Mac ini
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh NAZIRAH NASRUN
KUALA LUMPUR: Suara rakyat melalui kuasa demokrasi yang diberikan kepada para wakil rakyat hendaklah dizahirkan di dalam sidang parlimen pada Mac akan datang.Demikian intipati penting ucapan Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yakob di Padang Merbok tanggal 18 Februari yang lalu.
Beliau turut memetik Ayat 33 Surah Fussilat yang bermaksud: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam yang berserah diri kepada Allah," di permulaan ucapannya.
"Kita datang berhimpun di sini hari ini membawa satu matlamat; untuk melihat dan mengharapkan suara rakyat didengari melalui sistem demokrasi berparlimen.
"Hal ini kerana kita telah memilih para wakil rakyat untuk menyuarakan hasrat semua. Oleh yang demikian kita minta supaya semua Ahli Parlimen beragama Islam supaya istiqamah dan memberi sokongan penuh dalam pindaan Rang Undang- Undang 355 (RUU 355) ini untuk ruang yang luas kepada undang-undang wahyu Allah SWT," ujar Ustaz Ahmad di hadapan ribuan hadirin yang senada berbaju ungu sebagai tanda sokongan terhadap RUU 355.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan rasa terharu dengan kehadiran muslimin dan muslimat yang memenuhi padang bersejarah tersebut.
"Setelah sekian lama ia tidak dipinda; ia amat penting kerana kita sayang kepada umat Islam itu sendiri. Pindaan RUU 355 dapat mencegah perbuatan jenayah yang disenaraikan oleh Allah SWT sendiri yang sememangnya paling arif tentang kita.
"Tidak ada yang paling tahu tentang kita selain Allah SWT jadi apa-apa ruang untuk kita pinda kanun Akta 355 maka di situlah wujudnya peluang untuk kita laksanakan beberapa tuntutan syariah yang berasal daripada wahyu Allah SWT," jelas Ustaz Ahmad.
Tambah beliau, sesiapa yang mengatakan cinta kepada Allah maka haruslah mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Akta 355: Diktator agama pula?
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 73;
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Maksudnya; "Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. "
1.Dalam kitab Manhaj Hidup Muslim karangan Sayyid Qutb dan al-Maududi menyebut bahawa kejayaan umat Islam yang mempraktikkan Islam secara sempurna sejak bermulanya kejayaan Islam pada zaman Nabi SAW sehinggalah berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924.
2.Kemuncak pada zaman Islam "in Golden Age" ini walaupun bersilih ganti dengan pelbagai peristiwa dan jatuh bangun, namun semuanya kejayaan sepanjang 1000 tahun itu adalah hasil daripada sifat umat Islam kepimpinan dan masyarakatnya menterjemahkan Islam sepenuhnya secara syumul dan bukan sebaliknya.
3.Islam yang diwahyukan oleh Allah menerusi kitabnya al-Quran dalam dua bentuk iaitu Makkiyyah yakni wahyu yang diturunkan di Mekah dan Madaniyyah yakni wahyu diturunkan di Madinah. Wahyu yang diturunkan di Mekah bersifat ayat ketuhanan dan kejadian ciptaan manakala wahyu yang diturunkan di Madinah bersifat hukum hakam dan sistem kehidupan.
4.Ini membuktikan bahawa pensyariatan Islam sememangnya diturunkan oleh Allah untuk masyarakat majmuk iaitu negeri Madinah yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Musyrikin dan Islam. Sebaliknya di Mekah hampir keseluruhan populasinya adalah bangsa Arab. Ini menolak tohmahan bahawa Islam tidak sesuai untuk masyarakat majmuk.
5.Kejayaan Islam ini adalah dengan menegakkan Islam secara keseluruhannya bukan Islam yang diambil separuh separuh atau suku suku. Tiada dalil al-Quran mahupun hadis Nabi SAW termasuk juga sepanjang hayat dan sirah Baginda SAW yang memberi mesej bahawa Islam dipraktikkan secara sebahagiannya sahaja dan menolak sebahagian yang lain.
6.Apabila Akta 355 diusahakan oleh majoriti umat Islam di negara ini dipertikaikan oleh sebahagian kecil penentangnya yang beranggapan dan menuduh dengan pelbagai tohmah dan tuduhan yang tidak berfakta dan melulu seperti tidak sesuai, tidak kondusif, zalim dan terbaru pula diktator agama adalah menunjukkan kecetekan pandangan mereka terhadap isu atau sengaja tidak mahu memahaminya atau sememangnya mereka membenci Islam itu sendiri. Lebih mudah kalau mereka berterus terang agar kita tahu apa masalah mereka yang sebenarnya agar kita dapat merungkaikannya jawapan kepada mereka.
7.Tidakkah mereka sedari bahawa kepincangan sosial, kroniknya masalah jenayah, kehilangan rasa selamat dan aman adalah bukan berpunca daripada Akta 355. Akan tetapi berpunca daripada kegagalan sistem perundangan yang lain yang sudah sekian lama dipraktikkan.
8.Fakta menunjukkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008, seramai 257,000 kanak-kanak telah didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tahun 1998 sehingga 2004 seramai 44 peratus daripada anak yang tidak mempunyai bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
9.Statistik jenayah pada tahun 2016 juga menunjukkan sebanyak 38,877 kes jenayah indeks dicatatkan bagi tempoh Januari hingga April sahaja. Fakta ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam laporan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2016.
10.Kenapa sistem perundangan yang telah menunjukkan kegagalan ini tidak dibangkitkan, dipertikaikan serta dibincangkan daripada mereka melontarkan pelbagai tohmahan terhadap Akta 355 yang diusahakan oleh pelbagai pihak sama ada dari kalangan bidang perundangan Islam itu sendiri mahupun ahli politik Islam yang ingin merealisasikannya.
11.Tiada bukti dan tiada fakta telah direkodkan dan dirakamkan apatahlagi untuk dibanggakan bahawa sikap dan idea menolak Islam telah membawa kebaikan dan keharmonian. Kegagalan menciptakan kehidupan yang lebih baik menerusi idea dan pemikiran menolak Islam sebagai penyelesaian inilah seharusnya disedari dan diakui dengan penuh insaf bahawa keperluan kepada Akta 355 sebagai satu alternatif malah kewajiban selaku seorang Muslim supaya dijayakannya.
12.Labelan terbaru Diktator Agama kepada pencinta agama Islam dan pejuang Akta 355 pasti akan menemui kegagalannya sebagaimana sebelumnya seperti label dan cop Pengganas, Fundamentalis dan Anti Kemodenan apabila masyarakat akan lebih mengenali dan mengkaji Islam dengan lebih mendalam sehingga membawa mereka mencintai Agama Ilahi yang bersifat rahmat ini. Terbaharu seorang artis Hollywood terkenal bernama Lindsay Lohan mula mengkaji Islam dan membaca al-Quran dalam keadaan dunia memperkenalkan serangan Islamophobia. Ciptaan Islamophobia di Malaysia juga tidak akan menguntungkan penentang Akta 355 malah akan menghujani rahmat Islam untuk semua.
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
Pengarah Penerangan DUPP
24 Febuari 2017 | 27 J. Awwal 1438H
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Thursday, February 23, 2017 10:47 PM
Subject: Fw: RUU 355 - Iktibar daripada iblis
RUU 355: Iktibar daripada iblis
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar Iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana Iblis itu kuat beribadat, berada dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.
Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati Iblis, iaitu perangai takbur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan Iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri.
Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam AS. Allah SWT berfirman (bermaksud):
"(Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi khalifah atas muka bumi'. Para malaikat berkata: 'Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memuja-Mu (wahai Tuhan kami)'. Allah menjawab: 'Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu')." (Surah al-Baqarah: 30)
Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain.
Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman (bermaksud):
"(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistimewaannya)". (Surah al-Isra': 70)
Allah SWT telah menamatkan syariat-Nya dengan diwahyukan al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad SAW berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya (bermaksud):
"(Dan ajaran yang telah kami wahyukan (al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad SAW) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada di hadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih di kalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya)." (Surah Fatir: 31-32)
Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitab-
Iblis yang ingkar kerana sifat takbur yang ada dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam AS (makhluk manusia).
Perintah yang lebih mudah daripada RUU355. Oleh kerana sifat takbur dalam diri Iblis, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah (bermaksud):
"(Dan ingatlah apabila Tuhan-Mu berkata kepada para malaikat: 'Sujudlah kamu semua kepada Adam.' Lalu mereka semua sujud melainkan Iblis. Dia enggan dan takbur, lalu dia termasuk di kalangan mereka yang ingkar)". (Surah al-Baqarah: 34)
Allah menyebut pula dalam surah yang lain (bermaksud):
"(Allah berkata: Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?'. Dia (iblis) berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah')." (Surah al-A'araf: 12)
Iblis telah menggunakan kaedah qias dan maqasid syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah. Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:
"Mereka berkata: 'Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana'
Perbincangan sifat tawaduk dan takbur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam sebuah kitab, disebut kata-kata Imam Malik RA:
(Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa fekahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfekah sahaja tanpa tasawufnya dia menjadi fasik).
Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW di hadapan para sahabat RA, iaitu Islam (rukun syariat), iman (rukun akidah) dan ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.
Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.
Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh (katanya):
"(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu)." (Surah al-Baqarah: 208)
Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap Muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.
Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.
Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al-Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.
Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab RA yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.
RUU355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ia dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:
"Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib."
Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.
Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.
Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT (berkata):
"(Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda di belakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia di kalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi)." (Surah al-A'araf: 175-178)
Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takbur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.
Peristiwa memperjuangkan RUU355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuwan, para mahasiswa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Pas harap MCA tak seperti DAP bantah pindaan Akta 355
bloglist-malaysia.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Ketua Penerangan Pas Pusat Nasruddin Hassan memimpin bacaan ikrar menyokong RUU 355
Pas menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Salah faham itulah akhirnya menimbulkan ketakutan di kalangan bukan Islam justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.
"Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut.
"Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak Pas, kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355," katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini Ong Ka Chuan berkata, MCA sedia berbincang dan bekerjasama dengan Pas mengenai nilai-nilai tertentu seperti pendidikan, pembangunan ekonomi serta masalah-masalah kemasyarakatan.
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Pas untuk meningkatkan hukuman maksimum seperti terdapat dalam Pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) boleh menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada rakyat di negara ini, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Justeru Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha Pas.
Ia juga kata Nasruddin, melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.
"Sekiranya MCA memahami hak orang Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang Pas laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
"Pas mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia," tegasnya.
Beliau juga berkata, Pas dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini.
Namun katanya Pas juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian Pas dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.
"Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap Pas dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam.
"Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai di kalangan bukan Islam yang menyokong Pas. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355.
"Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri," katanya.
PAS sambut baik hasrat MCA mengenai Akta 355
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
PAS menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.
Perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Salah faham itulah akhirnya menimbulkan ketakutan di kalangan bukan Islam justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.
Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut. Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak PAS, kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355.
Perlu ditegaskan bahawa Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru itu dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha PAS serta melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.
Sekiranya MCA memahami hak orang Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang PAS laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini. PAS mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia.
PAS dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini. Malah, PAS juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian PAS dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.
Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap PAS dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam. Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai di kalangan bukan Islam yang menyokong PAS. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355. Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri.
PAS turut menyambut baik keterbukaan MCA untuk berkerjasama dalam isu pendidikan dan ekonomi serta yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai di negara ini.
Sikap ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan peluang bagi menghasilkan inisiatif yang positif dan berdaya saing ke arah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.
Inilah Penyelesaian Kita
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, February 15, 2017 10:43 PM
Subject: Fw: Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Bukan Islam anjur forum hudud bersama PAS di P Pinang
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
GEORGE TOWN: Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.
Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum "PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas".
Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.
Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.
Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabk
"Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.
"Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.
"Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan," kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.
Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.
Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.
Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.
"Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.
"Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.
"Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau," kata Jailani.
PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.
Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.
Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Feb 26, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya
siakapkeli.my
Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah mula menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sejak pagi tadi.
Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menjadikan gambar terbabit sebagai bahan jenaka mendapat kritikan hebat dari pengguna Twitter yang lain.
"Seorang lelaki yang tahu tempatnya"
Beberapa jam selepas itu, pengguna Twitter yang lain mula tampil mengkritik kapsyen yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif.
Namun, isu berkenaan mula meletup apabila seorang lagi pengguna Twitter, Zane, membalas balik tweet itu dengan berkata: "Lelaki yang bekerja keras ini bangun setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak digemari orang ramai bagi memberi makan keluarganya dan sekarang kamu mahu menghina dia?"
Tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari ia dimuat naik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.
Rata-rata pengguna Twitter lain bersetuju dengan Zane dan menyifatkan pemuat naik gambar itu sebagai tidak sopan.
"Tiada siapa yang mahu kerja ini dan dia lakukan untuk dapatkan duit. Dia boleh tidur jika dia mahu. Saya bersetuju ianya lawak yang kurang ajar." tulis Cerri.
"Ayat yang bagus Zane. Kita tidak boleh buat lawak seperti itu, terdapat banyak cara lain untuk membuat lawak yang sama tetapi dengan lebih sopan" tulis Jemias.
Bagaimanapun, ada juga yang berkata lawak berkenaan tidak ditujukan hanya kepada pemugut sampah berkenaan, tetapi kepada semua lelaki di dunia.
"Zane, kamu tidak faham lawak itu. Ia bermaksud bahawa lelaki adalah sampah." kata Dina.
Sumber: Twitter
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment