Friday, February 3, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4675[5 Attachments]

8 Messages

Digest #4675
1
4
Fw: Berita Menarik Luar Negara by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: KKM Sahkan Caj Rawatan Gigi Naik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Halang Laluan Ambulan, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Caj beg plastik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri Feb 3, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Muslihat Kit Siang

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Apabila penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang secara mendadak menghulurkan tangan persahabatan pada PAS setelah partinya berpatah arang berkerat rotan dengan Parti Islam ini sekian lama, sudah pasti ia menimbulkan seribu satu persoalan.

Ramai yang hampir terpedaya dengan langkah baru Kit Siang itu dengan menyangkakan inilah peluang terbaik kedua parti terbesar di barisan pembangkang ini mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk memberi tumpuan menumbangkan BN. Jika PAS dan DAP boleh bersatu seperti sebelumnya, sudah pasti harapan pihak pembangkang semakin cerah dan kemungkinan pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU akan datang dapat dielakkan.

Langkah mengejutkan Kit Siang ini satu peluang baik buat kedua parti, dan ternyata Kit Siang seorang "negarawan" yang berjiwa besar.

Itu sekurang-kurangnya pandangan mereka yang kosong jiwa politiknya.

Namun hajat Kit Siang itu terbantut apabila Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang segera menolaknya.

Kemungkinan penolakkan ini dilihat sesetangah pihak sebagai satu langkah angkuh dan sombong oleh PAS, tetapi mereka yang beranggapan demikian ternyata tidak memahami sejarah dan situasi politik antara PAS dan DAP.

Menurut Tuan Guru, DAP punya agenda politiknya, begitu juga PAS dan kedua agenda itu sentiasa bercanggah mengakibatkan sebarang bentuk kerjasama diwaktu kini sesuatu yang hampir mustahil.

Jika Kit Siang dan DAP dengan mudah boleh menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu setelah gagal mempengaruhi perubahan kepimpinan dalam PAS, dan kemudiannya menjaja penubuhan sebuah parti kononnya untuk menggantikan PAS, kenapa hari ini Kit Siang mahu memadam semua episod getir itu dan membuka buku baru?

Ada yang mengatakan tindakan Kit Siang itu sebagai "melutut" kembali pada PAS.

Bagi saya seorang seumpama Kit Siang yang telah terjun dan berkecimpung dalam alam politik Malaysia sejak tahun 60an lagi tidak mudah "melutut" begitu apalagi pada PAS.

Sebenarnya Kit Siang seorang strategis yang licik, walaupun beliau pernah gagal dalam percaturannya sebelum itu, tetapi kali ini ia terlalu yakin kerana beranggapan sokongan pengundi Cina tetap berada dalam genggamannya sehingga membawa ke PRU akan datang.

Pada PRU lalu DAP menang 38 kerusi Parlimen (walaupun kalah 1 kemudiannya dalam PRK Teluk Intan). Kit Siang yakin DAP bukan sahaja boleh mengekalkan bilangan itu malah tidak mustahil menambah beberapa lagi.

Keputusan PRK Teluk Intan selain Sg Besar dan Kuala Kangsar gagal menggoncang keyakinannya.

Lalu kenapa perlu bantuan PAS?

DAP sesungguhnya telah hampir mencapai maksima kekuatannya. Dengan bersandarkan undi bukan Melayu, khasnya undi Cina itulah sekitar bilangan kerusi Dewan Rakyat yang boleh DAP menang kecuali pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mengundinya, sesuatu yang sukar dicapainya.

Kit Siang hari ini bukan sekadar melihat untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan kembali berkuasa dalam kerajaan campuran di Selangor. Nafsu politiknya melonjak sehingga mensasarkan Perak, Negeri Sembilan dan mungkin Johor, malah ianya kini sudah memuncak hingga ke Putrajaya.

Untuk menang dan berkuasa serta mungkin menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Di sanalah bantuan sebuah parti Melayu yang mampu menggugat monopoli Umno di kerusi-kerusi majoriti Melayu sangat diperlukan. Mana satukah parti itu?

Parti yang berpengalaman dan sudah dikenali orang-orang Melayu, yang konsisten dalam perjuangannya, yang punya jentera yang berdisiplin dan bergerak malah disegani pula orang-orang Melayu jika tidak PAS.

PKR mungkin boleh juga membantu tetapi tidaklah sebesar PAS kerana konsepnya yang lebih ke arah berbilang kaum.

Pan pula serba tidak mengena buat DAP. Suatu eksperimen untuk menggantikan PAS yang terbukti gagal. Sedang PBBM atau Bersatu masih belum diuji.

Lantaran itu demi mencapai agenda politiknya Kit Siang sanggup mengenepikan segala perbezaannya dengan PAS dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Tuan Guru Presiden PAS walaupun ia tahu cubaannya itu tidaklah mudah dicapai.

Harapan Kit Siang melalui pencapaian DAP antara 40 ke 50 kerusi ditambah dengan sumbangan besar PAS dari kalangan kerusi Melayu serta beberapa kerusi lagi dari PKR dan mungkin Bersatu, Putrajaya dapat ditundukkan.

Tetapi ternyata pengalaman pahit PAS dengan DAP terlalu sukar buat PAS untuk dilupakan. Dan sebagaimana berpengalamnnya Kit Siang dalam politik, Tuan Guru Presiden PAS tidak kurang juga pengalamannya yang menjangkau hampir 40 tahun, pernah menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan tidak pernah terkeluar Dewan sebagaimana Kit Siang sejak tahun 1982 (Tuan Guru kekal di kerusi DUN nya sejak tahun 1982 manakala Kit Siang pernah hilang taraf YB nya dalam PRU 1999).

Menurut Tuan Guru malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah di kalangan umat Islam.

Agenda ini merupakan asas perjuangan PAS. Jika DAP tidak boleh menerima sekalipun janganlah sampai menentang. Mana mungkin PAS boleh berkerjasama dengan parti yang tidak hormat malah menentang dasar dan prinsip perjuangannya. Jangankan PAS mana-mana parti lain pun tidak boleh menerima parti seumpama itu sebagai kawan.

PAS memang bercita-cita mahu menang PRU, tetapi kemenangan yang PAS mahu capai adalah dengan kebebasan dan kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Mustahil PAS boleh mengenengahkan agendanya jika menang bersama dengan DAP.

Kalau mengikut percaturan Kit Siang, kiranya Putrajaya dirampas, dominasi DAP kelak terlalu besar dalam kerajaan sehinggakan mana-mana parti lain yang berada dalam pakatannya terpaksa akur dan tunduk padanya sebagaimana kerajaan campuran Perak pada tahun 2008 dulu.

Bayangkan kerajaan Persekutuan sedemikian rupa.

PAS mahu menang PRU tetapi matlamat kemenangan itu bukanlah dengan cara yang haram dan bertentangan dengan syarak.

roslansms@gmail.com

PAN tanding semua kerusi Pas dalam PRU14 tegas Dr Hatta Ramli

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Parti Amanah Negara (PAN) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas sebelum ini pada PRU14 akan datang, tegas Pengarah Pilihanraya PAN Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata, PAN tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

"Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka," katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional semalam

Dalam ucapannya, Dr Hatta yang juga Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya PAN meletakkan calonnya pada kerusi yang dipertandingkan Pas.

"Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh," katanya.

Malaysia Dateline melaporkan, Dr Hatta dan PAN tiada halangan, boleh berkongsi kerusi.

"Ada 222 kerusi," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

PKR Ramal Pertandingan 3 Penjuru di Kedah, PAS dan UMNO Hadapi Laluan Sukar Katanya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

ALOR SETAR - PKR Kedah yakin Pakatan Harapan tidak berdepan masalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang, sebaliknya Pas dan Umno akan melalui laluan sukar.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan manakala Pas dan Umno bakal berdepan situasi memeritkan.

"Pertandingan tiga penjuru memanglah sukar untuk semua pihak, namun lebih perit kepada parti yang pernah menjadi kerajaan seperti Umno dan Pas. Umno Kedah kini berdepan masalah dalaman apabila mendapat tentangan hebat dari bekas ahlinya yang sertai Bersatu, Pas Kedah pula tidak sekuat dahulu," katanya.

Menurutnya, ramalannya itu adalah realistik dan berdasarkan kepada kajian senario berbeza pilihan raya serta sentimen pengundi di Kedah.

"Lebih separuh daripada 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU14, walaupun BN Kedah pernah suarakan tidak bimbang dengan Bersatu dan yakin menang majoriti 2/3," katanya.

Azman berkata, berdasarkan kaji selidik, tidak mungkin Pas masih memiliki kerusi selamat untuk dipertahankan walaupun di kawasan kubu kuatnya seperti Tokai dan Sungai Limau.

"PKR, Amanah dan DAP juga memiliki kerusi yang boleh dipertahankan tetapi untuk parti yang pernah dominan, pertandingan tiga penjuru memeritkan dan mereka boleh kehilangan kedudukan dominan itu, terutama apabila bersaing di jajaran pengundi yang sama," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak yang mahu melihat Umno/BN ditumbangkan berbincang bagi memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu.

"Pandangan saya adalah realistik dan menggambarkan sentimen rakyat serta tidak menghina atau memperlekeh sesiapa. Politik Pas dan Umno masih berdasarkan agama dan bangsa, mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama," katanya.

Azman berkata, Pas harus sedar terhadap risiko bersendirian atau boleh terus memilih untuk meneruskan perjuangan tanpa mengambil tahu isu sekeliling.

"Saya yakin dalam tempoh tiga bulan atau lebih, Bersatu akan bertambah kuat dan pertandingan tiga penjuru lebih berpihak kepada kami," katanya.

Menurutnya, BN mungkin beranggapan Pas memecahkan undi pembangkang namun ia adalah harapan palsu, selain BN juga perlu mengambil kira populariti pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkini, Umno memiliki 18 kerusi Dun, bersama MCA (2), manakala Pas (8), PKR (4), DAP (2), selain Bersatu dan Amanah masing-masing satu.

Tanpa PAS, PKR Mampu Menang Di Perak -Naib Pengerusi PKR Perak

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid yakin tanpa sokongan PAS sekalipun, PKR masih mampu menang di Perak kerana kekosongan yang ditinggalkan parti Islam itu akan diisi oleh PPBM dan PAN.

Mengambil contoh di kawasan parlimennya sendiri, iaitu Parlimen Lumut, Imran yakin PKR akan mengekalkan kemenangannya di Parlimen itu dengan kerja keras dan sokongan akar umbi PKR, DAP, PAN dan PPBM.

"Dengan kehadiran Bersatu (PPBM) dalam Pakatan Harapan, saya berpandangan Pakatan Harapan lebih kuat daripada Pakatan Rakyat (yang dianggotai DAP, PKR dan PAS)

"Saya lihat memang pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS, kita (PKR) rasa ia (tiga penjuru) akan berlaku.

"Tapi di (Parlimen) Lumut ini, khususnya di Pasir Panjang, kalau berlaku tiga penjuru, tentunya pengundi Melayu akan berpecah kepada tiga. Kalau kita kerja kuat dan beri peluang kepada Amanah untuk bertanding (di DUN Pasir Panjang), tiga penjuru, berlawan dengan PAS dan BN, kita rasa kita ada peluang (untuk menang),"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena pemetraian MOU antara PPBM dan Parti-parti kompenan dalam Pakatan Harapan peringkat Parlimen Lumut, Disember 2016.

Sebelum itu, penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata kehadiran PPBM telah memberi harapan baharu kepada rakyat untuk berpihak kepada pembangkang.

"Apabila Pakatan Rakyat berkecai, rakyat susah hati kerana satu-satunya harapan untuk menumbangkan BN telah musnah. Tapi dengan tertubuhnya Pakatan Harapan dan permuafakatan dengan PPBM ini, ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pembangkang mempunyai pakatan yang kuat," kata Ngeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas.

Pada PRU 13, kedudukan kerusi di peringkat DUN adalah; BN (31), DAP (18), PKR (5) dan PAS (5) telah berubah menjadi BN (31), DAP (18), PKR (5), PAS (4) dan PAN (1)

Manakala kerusi di peringkat parlimen Perak pula; BN (12), DAP (7) PKR (3) dan PAS (2); kemudian berubah menjadi BN (13), DAP (6), PKR (3), PAS (1) dan PAN (1) - AIDCNews

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 3, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerana Terlalu Percayakan Jurujual Daripada Doktor, Tak Pasal-Pasal Leher Saya Kena Tebuk
siakapkeli.my

Seperti kita ketahui, terdapat pelbagai jenis ubat diluar sana, ada yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan ada yang dijual secara haram.

Ada yang tidak mendapat kelulusan KKM, merbahaya sehingga boleh menyebabkan nyawa melayang, namun masih ramai yang membelinya dari pasaran.

Jika anda mengalami sesuatu sakit, rujuklah kepada yang pakar iaitu doktor, mereka lebih tahu akan keadaan kita, apa yang boleh kita lakukan, bukan lebih percaya cakap jurujual yang tidak bertauliah.

Jom baca perkongsian Dr Rafidah Abdullah mengenai seorang rakannya yang juga merupakan pesakitnya, kerana terlalu percayakan jurujual.

Gambar Hiasan

"Tak pasal-pasal leher saya kena tebuk"

56 tahun, MakCik ni baik orangnya, peramah. Anak-anaknya semua prihatin, sentiasa mengingatkan MakCik JANGAN ambil supplemen. Mereka juga staf bidang perubatan.

Tapi MakCik tewas dengan godaan jurujual (dulu nya "rakan-rakan", sekarang mungkin tidak lagi). Beliau ada Kencing Manis, Darah Tinggi yg tidak berapa teruk selama setahun. Pertengahan tahun lepas, bacaan fungsi buah pinggang iaitu creatinine Makcik hanya 71 umol/L (normal), lepas tu bulan Disember naik 420. Masuk wad sesak nafas (air berlebihan dalam badan), kemudian naik 980 pertengahan bulan Januari 2017.

Dia dah tak tahan, terpaksa menjalani Dialisis. Untuk tujuan itu, beliau perlu "ditebuk" untuk diletakkan tiub Dialisis seperti gambar dibawah (gambar hiasan sahaja). Risiko prosedur ini tinggi, apatah lagi risiko menjalani Dialisis.

Beliau pada masa itu tidak mengaku ambil supplemen tetapi bila jumpa kembali di klinik setelah seminggu discaj, beliau mengaku mengambil supplemen ******* bermula sejak 3 bulan yang lepas.

Sekarang MakCik menyesal, berjanji tidak mengambil apa-apa lagi selain dari ubat hospital. Alhamdulillah fungsi buah pinggang beliau hampir kembali normal 110 umol/L. Tiub leher pun dah dibuang, tidak perlu Dialisis lagi😊

Kenapa agaknya jurujual produk ni menggangu pesakit kronik, menjanjikan bulan dan bintang. Dia kaut untung, pesakit terseksa😂.

Saya akan meneruskan memberi kesedaran kepada masyarakat. Makcik ni bernasib baik; ramai lagi yg fungsi buah pinggang tidak kembali normal dan memerlukan Dialisis seumur hidup.

Beri lah kepercayaan penuh utk kami terus menolong anda. Jangan ambil risiko sebegini😭

#JanganKacauPesakitKronik

Dr Rafidah Abdullah
Pakar Buah Pinggang

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 3, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jamal Yunos dan pengikut ditahan rupanya kerana suspek samun berkumpulan
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net
PUNCA Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos ditahan di rumahnya bersama 9 orang lagi pengikut akhirnya terbongkar. Jamal ditahan untuk siasatan berhubung kes samun berkumpulan lapor Malaysiakini.

Hal itu telah disahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah selangor, SAC Fadzli Ahmat yang memberitahu bahawa Jamal dan 9 orang lagi pengikutnya merupakan suspek bagi kes berkenaan.

Difahamkan kejadian samun berkumpulan itu berlaku ketika serbuan Jamal di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas Ampang pada 29 disember lalu.

Ketika serbuan itu beberapa orang telah membuat laporan polis mengatakan bahawa barang mereka hilang disyaki dicuri oleh Jamal dan pengikut-pengikutnya.

Kes Jamal disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Jamal sebelum ini dilaporkan ditangkap di rumahnya yang terletak di Ampang selepas pihak polis yang berpakaian biasa mengepung rumahnya selama kira-kira tiga jam.

Patutlah pihak polis sampai kepung rumah Jamal, seperti kesalahan besar. Rupanya Jamal Jamban dan pengikutnya adalah suspek kes samun secara berkumpulan.

Depan media kata nak serbu pusat judi kononnya, tapi tak mustahil samseng-samseng yang jadi pengikut-pengikut Jamal tu "sambil menyelam minum air".

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/jamal-yunos-dan-pengikut-ditahan.html#ixzz4XWzU2lLR

Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Polis dilapor menangkap pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kes samun berkumpulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat memberitahu bahawa Jamal ditangkap bersama sembilan lagi suspek.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

"Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

"Yang dia kata itu tempat judi, itu hal lain.

"Kita dapat beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan ini, jadi itu yang kita siasat," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, kes itu disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat lapor Malaysiakini

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan..

AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.

Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal.

Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.

Rakaman CCTV Jamal Yunos dan pengikut buat jenayah samun dan cabul

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

TINDAKAN pihak Polis menangkap Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos didakwa terlibat dalam jenayah samun berkumpulan menimbulkan tanda tanya, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikutnya ketika kononnya membuat serbuan terhadap premis judi pada 29 Disember tahun lalu.

Jamal Jamban ketika ditahan polis petang tadi cuba membayangkan kononnya pihak polis bersekongkol dengan tauke premis judi untuk menangkapnya.

"Premis judi masih beroperasi, kita pula yang ditangkap," keluh Jamal Jamban ketika dibawa masuk ke dalam kereta polis petang tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang.

Tentu anda masih ingat sebelum ini bagaimana Jamal Jamban bersama berpuluh-puluh pengikutnya dilapor menyerbu tempat yang dikatakan premis judi di Ampang Selangor.

Jamal hadir membawa plakad gambar MB Selangor, Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.

Namun bukti rakaman CCTV menunjukkan, bukan sahaja jenayah samun berkumpulan dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikut-pengikutnya, malah ada bukti rakaman CCTV bagaimana pengikut Jamal Jamban turut melakukan jenayah cabul terhadap seorang wanita dalam premis tersebut.

Sila lihat rakaman video berikut, lihat bagaimana pengikut Jamal Jamban telah bertindak mencabul salah seorang wanita dalam premis. Salah seorang pengikut Jamal turut membawa plakad gambar MB Selangor dalam kejadian itu.

Rakaman CCTV di bawah pula bagaimana pengikut Jamal melakukan jenayah samun terhadap pengunjung premis tersebut. Dalam video kelihatan salah seorang pengunjung lelaki dipaksa atau diugut oleh pengikut Jamal Jamban untuk menyerahkan barang berharga.

- MILOSUAM

Polis kepung rumah Jamal Yunos tahan beliau bersama 9 pengikut
milosuam.net

PIHAK Polis telah menahan Datuk Jamal Yunos Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bersama 9 lagi pengikutnya. Tangkapan itu dilaporkan ada kaitan dengan tindakan Jamal sebelum ini yang membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di Ampang.

Tangkapan itu dibuat di rumahnya di Ampang selepas lebih 3 jam anggota polis berpakaian biasa mengepung rumah Jamal.

Jamal dibawa ke Balai Polis Ampang, menurut The Star, salah seorang pegawai polis yang ditanya oleh wartawan di lokasi kejadian tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Jamal ditahan namun akan memberikan laporan lanjut kemudian.

Hari ini Jamal sepatutnya dijadual akan mengadakan satu sidang media di luar Balai Polis Ampang.

Jemputan media yang dihantar kepada wartawan memaklumkan bahawa 12 pengikutnya telah ditahan berikutan aduannya secara umum tentang perjudian haram yang berlaku di Ampang Jaya.

"Saya dah buat temujanji dengan Polis dan beritahu mereka saya akan datang ke Balai Polis pada jam 3 petang," kata Jamal dari dalam rumah ketika rumahnya sedang dikepung pihak polis.

"Jadi saya tak tahu kenapa mereka ramai-ramai di sini di depan rumah saya, mungkin mereka tak mahu saya bercakap kepada wartawan,"

"Saya betul-betul tak pasti, tapi itu sahajalah penjelasan yang boleh saya fikirkan," tambahnya lagi.

Tidak berapa lama kemudian, Jamal muncul melakukan aksi 'stunt' tunjuk perangai 'gila glamour' dia macam selalu, dengan keluar menunggang motorsikal sambil dilaporkan melambai-lambai tangan kepada jiran-jirannya sebelum ditahan dan dibawa masuk ke dalam kereta polis.

"Tak ada apa-apa," kata Jamal memberitahu jiran-jirannya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/polis-kepung-rumah-jamal-yunos-tahan.html#ixzz4XWzmBIrM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Fri Feb 3, 2017 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sakit mata 'koloni' pendatang

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Kuala Lumpur: Setiap kali cuti musim perayaan, warga asing yang bercuti akan keluar beramai-ramai berkumpul di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara, sekali gus mengundang rasa tidak selesa penduduk tempatan dan pelancong.

Malah, lebih menyakitkan mata, apabila mereka turut membuat bising, minum minuman keras di khalayak ramai selain meludah merata tempat hingga menjadikan kawasan kotor.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Pasar Seni, Medan Pasar, Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang, di sini, mendapati kawasan berkenaan di bahagikan kepada warga negara tertentu dengan mereka mula berkumpul sejak pagi.

Pasar Seni dan Medan Pasar adalah kawasan yang dipenuhi warga Myanmar dan Bangladesh manakala Jalan Chow Kit pula adalah tempat warga Indonesia berkumpul untuk bertemu rakan masing-masing.

Kawasan Bukit Bintang pula dipenuhi warga asing dari Asia Barat berikutan kebanyakan kedai makan di kawasan berkenaan dipercayai dibuka oleh mereka.

Situasi berkenaan yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa tidak selesa kepada orang ramai kerana ada antara mereka 'besar kepala' dengan lagaknya seperti warga tempatan.

Malah, jika melihat di kawasan Medan Pasar, warga asing dipercayai dari Myanmar membuka gerai di kaki lima menjual sireh dan makanan tanpa rasa takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Seorang peniaga, Halimah Jantan, 54, berkata, dia yang berniaga di kawasan sekitar Pasar Seni sudah lali dengan kebanjiran warga asing terutama pada musim cuti perayaan.

"Setiap kali cuti perayaan pasti kawasan Pasar Seni dan Medan Pasar dipenuhi warga asing yang berkumpul sejak pagi dan mereka akan membuat bising hingga mengganggu perniagaan.

"Jika mereka mabuk keadaan lagi teruk kerana pasti berlaku pergaduhan antara kumpulan atau merosakkan barang perniagaan peniaga kaki lima," katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, kakitangan swasta Ahmad Bukhari Osman, 30, berkata, kebanyakan penduduk tempatan akan mengelak daripada melalui kawasan berkenaan kerana suasananya yang serabut dan dipenuhi warga asing.

"Warga asing berkenaan akan berkumpul dalam kalangan mereka dan mengganggu orang yang lalu lalang hingga mencetuskan pergaduhan sekali gus membahayakan keselamatan orang awam.

"Pihak berkaitan seharusnya memandang serius masalah terbabit kerana kawasan berkenaan seperti di negara asing dengan dipenuhi golongan terbabit terutama pada cuti perayaan," katanya, di sini. - Metro

Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Ketinggian 40 Kaki Selepas Terlepas Dari Dukungan Ibu Ketika Turun Eskalator
siakapkeli.my

Seorang ibu secara tidak sengaja terlepas anaknya dari ketinggian 40 kaki selepas dia hampir terjatuh dipercayai selepas pakaiannya terlekat di sebuah eskalator.

Dailymail melaporkan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Uzbekistan itu, wanita yang berpakaian panjang itu dalam perjalanan turun dari eskalator terbabit.

Dalam masa yang sama, dia mendukung anaknya di tangan kanan dan memimpin anaknya seorang lagi dengan tangan kiri.

Dailymail berkata lagi, video kejadian memaparkan wanita terbabit kelihatan hampir-hampir terjatuh dipercayai kerana pakaiannya yang terlekat sebelum kanak-kanak malang itu terjatuh dari dukungannya.

Tambah laporan itu lagi, kru kecemasan telah digegaskan ke tempat kejadian namun gagal menyelamatkan mangsa.
It is reported that the height the baby fell from was equal to that of a four-storey building, typically 40 feet, and onto the tiled flooring below.

Kejadian ngeri itu berlaku di bandar Andijan timur-tengah Uzbekistan.

Amaran: Video dibawah mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesetengah penonton.

Sumber: Dailymail

US BAN: CEO Starbucks Mula Protes
bloglist-malaysia.blogspot
greenblacks.blogspot
Dicatat oleh G.blacks

CEO Starbucks rancang upah 10,000 pelarian selepas sekatan Trump

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks Corp, Howard Schultz berkata, syarikat itu merancang untuk menggaji 10,000 pelarian di 75 negara dalam tempoh lima tahun, dua hari selepas perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengharamkan kemasukan pelarian dari negara tertentu ke negara itu.

Trump pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap kumpulan pelarian ke AS selama empat bulan manakala pelancong dari Syria serta enam negara Islam lain dihalang masuk ke negara itu buat sementara waktu kerana menganggap langkah itu akan membantu melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.

Perintah itu mencetuskan kritikan antarabangsa, kemarahan aktivis hak-hak sivil dan cabaran undang-undang secara meluas.

Starbucks dalam satu surat daripada Schultz memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa syarikat itu akan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong pekerja yang terlibat.

Usaha pengambilan yang diumumkan pada Ahad akan bermula di AS dengan memberi tumpuan kepada individu yang telah berkhidmat dengan tentera AS sebagai penterjemah dan kakitangan sokongan di pelbagai negara di mana pasukan tentera memerlukan sokongan tersebut, kata Schultz.

Schultz telah bersikap lantang dalam pelbagai isu dan telah meletakkan Starbucks dalam perhatian negara, apabila ia meminta pelanggan untuk tidak membawa senjata api ke dalam premisnya dan menggesa perbualan mengenai hubungan kaum.

Trump dan badan perundangan Republikan yang dikawal juga sedang meneliti untuk melemahkan Akta Penjagaan Mampu, yang lebih dikenali sebagai Obamacare.

Schultz akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada kedai-kedai kopi mewah baharu, menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Ketua Pegawai Operasi Kevin Johnson, yang sudah lama menjadi eksekutif teknologi.

Dia akan menjadi pengerusi eksekutif pada April ini.

Schultz juga mengesahkan komitmen syarikat itu untuk berdagang dengan Mexico.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/30/starbucks-upah-pelarian/#R43cgqeqLjJ1D2R8.99

'Hello, Polis..' - Wanita Telefon Polis Minta Siasat Kes Harga Ganja Naik
siakapkeli.my

SYDNEY: Seorang wanita bertindak kurang bijak apabila menghubungi polis bagi mengadu tentang kenaikan harga ganja yang dibeli olehnya.

Wanita yang tidak dinamakan itu menelefon polis meminta agar pihak berkuasa itu melancarkan siasatan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Bagaimanapun, wanita itu meletakkan gagang telefon apabila polis meminta maklumat mengenai dirinya.

Polis di Wilayah Utara Australia menganggap panggilan itu sebagai sesuatu yang melucukan dan menyiarkan kenyataan mengenai laporan luar biasa itu bagi menggalakkan orang ramai tampil membuat aduan jika mereka menghadapi 'masalah yang sama'.

"Jika anda mengenali pengedar dadah yang mengenakan bayaran tinggi, sila hubungi kami. Bantuan sedia diberikan," jelas kenyataan polis yang disiarkan dalam laman sosial Facebook.

Beribu-ribu pengguna Facebook memberikan komen tentang kenyataan tersebut dan mereka menganggap panggilan wanita berkenaan sebagai melucukan.

Sumber :mStar Online

80 Ekor Burung Helang Naik Kapal Terbang Buat Pengguna Internet Terperanjat
siakapkeli.my

Cuba bayangkan. Anda masuk ke dalam kapal terbang dan mendapati ada 80 ekor burung helang sedang duduk di dalam pesawat itu dan akan terbang bersama berjam-jam lamanya bersama anda.

Itu yang berlaku di dalam satu pesawat seperti mana yang diceritakan oleh seorang pengguna laman media sosial Reddit.

Pelayar yang menggunakan nama lensoo itu berkata foto burung-burung di dalam pesawat itu diberikan oleh seorang rakannya yang juga seorang kapten pesawat.

"Seorang rakan yang juga rakan saya menghantar foto ini. Putera saudi membeli tiket untuk 80 ekor burung helangnya." dakwa lelaki berkenaan.

Foto berkenaan memaparkan burung-burung berkenaan diikat sayap dan ditutup matanya supaya tidak terbang merata-rata.

Bersama burung-burung terbabit, kelihatan penumpang-penumpang lain berada di bahagian sisi pesawat.

Pengangkutan burung Falcon menggunakan syarikat penerbangan di Timur Tengah adalah perkara yang biasa, dengan Qatar Airways membenarkan sehingga enam ekor burung jenis itu diangkut dalam kelas ekonomi, dengan harga antara £90 hingga £500 bagi setiap ekor burung bergantung kepada destinasi.

Burung Falcon adalah salah satu simbol Emiriah Arab Bersatu dan mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi penyeludupan.

Foto berkenaan seterusnya menyebabkan pengguna internet, terutamanya di barat, terperanjat dengan foto pelik itu.

"Helang adalah haiwan yang cool. Tetapi kenapa sampai 80?" soal pengguna Reddit, blackbalance.

Seorang lagi pengguna Reddit berkata: "Bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin ini salah seorang kerabat diraja dari negara teluk yang mahu pergi memburu.

"Jika anda sering terbang dengan Etihad, Emirates atau Qatar, anda akan dapat melihat seseorang terbang di kelas pertama dengan burung Falcon duduk di sebelah mereka.

"Mereka mempunyai pasport sendiri supaya mereka boleh melakukan perjalanan untuk memburu dan ada undang-undang khas di negara-negara teluk untuk mengelakkan diskriminasi terhadap burung Falcon."

Sumber: Dailymail, mStar Online, Reddit

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Fri Feb 3, 2017 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KKM Sahkan Caj Rawatan Gigi Naik Mulai 1 Mac ini Bagi 'Pesakit Berkemampuan'.
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac ini.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan berkata caj itu hanya dinaikkan bagi 'pesakit yang berkemampuan'.

"KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

"Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2)." tulis kementerian itu di Facebook hari ini.

BH Online melaporkan, kadar baharu itu terkandung dalam surat pemberitahuan dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 seperti yang viral dalam media sosial sejak kelmarin.

Menerusi pekeliling itu, difahamkan perkhidmatan cabutan gigi yang bercaj RM1 akan dinaikkan kepada RM 15 manakala caj cuci gigi meningkat dari RM 2 kepada RM 55 dan tampalan pula meningkat dari RM2 kepada RM25.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kadar baharu itu yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Mac depan.

"Untuk rekod, kerajaan tidak pernah menaikkan caj rawatan gigi sejak perkhidmatan itu mula diperkenalkan dan kadar dinaikkan disifatkan masih rendah berbanding di klinik pergigian swasta," katanya kepada BH.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata caj baharu sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun ini bagi rawatan pergigian di Malaysia, sekiranya ia diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kementerian ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min akan mengadakan mesyuarat dengan Bahagian Kewangan kementerian itu esok, bagi membincangkan perkara itu dengan lebih teliti sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Sumber: BH Online

Caj Rawatan Gigi Naik
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by faizal saad

PETALING JAYA: Caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac depan, demikian menurut pekeliling Kementerian Kesihatan.

Namun, berita baik adalah kadar baharu itu tidak akan dikenakan ke atas pesakit yang kurang berkemampuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mesej tular berkaitan caj rawatan baharu itu menggambarkan kos asas semasa pada 2017 di Malaysia tanpa subsidi.

Namun, katanya, kerajaan terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit kelas tiga yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian.

Beliau berkata caj tersebut hanya akan dinaikkan kepada pesakit yang berkemampuan atau pesakit di kelas satu dan dua.

Kadar baharu itu terkandung dalam surat pemberitahuan dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 seperti yang viral dalam media sosial sejak Selasa.

Mengikut pekeliling itu, bagi perkhidmatan cabutan gigi caj RM1 sekarang dinaikkan kepada RM15.

Bagi rawatan cuci gigi meningkat daripada RM2 kepada RM55 dan tampalan pula meningkat daripada RM2 kepada RM25.

Kenaikan itu di antara RM14 sehingga RM53.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan misikin.

"Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan pada Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut memberi jaminan bahawa pesakit wad kelas tiga di hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma seperti sebelum ini.

Katanya walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua, kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Rakyat Malaysia yang telah menikmati penjagaan kesihatan percuma atau mendapat subsidi yang besar dalam penjagaan kesihatan akan terus menerima perkhidmatan sedemikian," katanya.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/02/caj-rawatan-gigi-naik/#l64gjlLK4lSqVWHP.99

Read more: http://www.kitabantai.info/2017/02/caj-rawatan-gigi-naik.html#ixzz4XWwy8BHH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 3, 2017 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jatuh Parit Ketika Kejar Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet, Dua Anggota JPJ Nyaris Maut

siakapkeli.my

Pekan: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Rompin berhampiran Merchong di sini, semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku ketika anggota berkenaan sedang mengejar pesalah trafik sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam enam petang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, anggota JPJ berkenaan terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar.

"Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

"Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya.

Bagaimanapun dua anggota berkenaan tidak cedera dan berjaya keluar dari kenderaan berkenaansambil dibantu penduduk kampung yang melalui kawasan kejadian. - Siakapkeli.my

Halang Laluan Ambulan, Pemandu Myvi Tampil Beri Keterangan Punca Dia Terpaksa Guna Lorong Kecemasan

siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial sebuah video berdurasi 2 minit 5 saat di mana gelagat seorang pemandu Perodua Myvi yang menggunkan lorong kecemasan dan tidak memberi laluan kepada ambulan yang melalui laluan itu Kilometer 13.2 Lebuhraya Persekutuan, lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan terbaru, seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta tersebut telah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pemandu berusia 58 tahun itu tampil di balai pada kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan menyatakan dia menggunakan lorong kecemasan adalah untuk mendapatkan ubat-ubatannya yang ada di dalam teksi miliknya yang dikatakan rosak di Glenmarie."

"Dia yang juga merupakan pemandu teksi menyatakan dirinya adalah pesakit jantung dan kencing manis, iaitu perlu mendapatkan ubat secara segera kerana tidak mengambil ubat lebih 24 jam."

Jelasnya lagi, pemandu itu juga menyatakan dia tidak perasan ada sebuah ambulan di belakang keretanya dan hanya perasan beberapa seketika selepas nampak melalui cermin pandang belakang sebelum cuba memberi laluan tetapi tidak sempat," katanya.

Bagaimanapun pihak polis telah pun mengeluarkan saman mengikut Rule 53(A) LN166/59 terhadap pemandu itu. - Siakapkeli.my

Pramugari Pesawat Garuda Indonesia GA821 KL-Jakarta Gendong Nenek Tua Jadi Viral

siakapkeli.my

Indonesia - Sekeping foto yang merakam seorang pramugari mengendong seorang nenek tua yang dipercayai penumpang pesawat Garuda Indonesia penerbangan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Menurut Liputan 6, pramugari yang dikenali sebagai Vera itu menjadi buah mulut netizen di negara tersebut kerana dia sanggup menggendong nenek yang menghadapi kesukaran untuk berjalan itu - dengan berkaki ayam.

VP Corporate Communication Garuda Indonesia, Benny Siga Butarbutar mengesahkan kejadian berlaku di dalam pesawatnya dan pramugari yang terlibat adalah Vera.

"Jujur, itulah sifat yang tertanam di hati semua pramugari Garuda Indonesia, sebagai satu standard layanan terhadap penumpang.

"Begitu juga pramugari muda yang bertugas dalam penerbagan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta," kata Benny.

Sementara itu, portal Tribun News pula melaporkan dengan lebih terperinci tentang kejadian itu.

Menurut portal terbabit, ketika penumpang semua sudah keluar, seorang penumpang tua masih terduduk di kerusi 41C dengan ditemani salah seorang anggota keluarganya.

Tanpa menunggu lama, Vera datang mendekati seterusnya mengetahui penumpang itu memerlukan kerusi roda.

Ketika bercakap sementara menunggu kerusi roda, Vera mengetahui nenek terbabit merupakan anggota rombongan umrah yang akan melanjutkan penerbangan seterusnya.

"Setelah menunggu beberapa waktu lamanya, kursi roda belum datang juga, maka Flight Service Manager (FSM) Ninik Septinawati dan pramugari Vera segera menawarkan bantuan untuk dapat secepatnya membantu penumpang keluar pesawat," kata Benny.

Vera kemudian menggendong nenek tersebut di belakang untuk keluar dari pesawat sebelum bantuan kerusi roda tiba.

Difahamkan juga, nenek terbabit berjaya melanjutkan penerbangan yang berikutnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kewarganegaraan nenek terbabit.

Sumber: Tribunnews

Farchan Noor Rachman @efenerr

Mbak Flight Attendant @IndonesiaGaruda flight GA821 ini luar biasa. Mengharukan. Sampe speechless.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Fri Feb 3, 2017 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Caj beg plastik: Terpulang kepada peniaga - MB S'gor

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

"Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan teliti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik semasa membeli barangan.

Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Jan lepas menerusi "Kempen Selangor Bebas Plastik".

Bagaimanapun, usaha yang bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju terhadap caj berkenaan.

- Bernama

Beg plastik 20sen: MB minta penjelasan exco
malaysiakini.com

Menteri Besar Selangor mengarahkan anggota exco negeri, Elizabeth Wong, memberi penjelasan berhubung kritikan orang ramai terhadap caj 20 sen bagi setiap beg plastik.

Kata Datuk Seri Azmin Ali, Wong yang juga Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini mendakwa maklum balas daripada pengguna adalah positif.

"Saya dah minta exco beri penjelasan kerana sambutan yang dilaporkan beliau amat positif fi kalangan pengguna," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010.

Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20 sen bagi setiap satu beg plastik.

Ia menimbulkan bantahan sesetengah pihak dan mempertikaikan kewajaran larangan itu kerana beg plastik - yang dianggap antara punca pencemaran alam sekitar - sebenarnya masih boleh digunakan dan tidak benar-benar diharamkan.

Azmin juga memberitahu bayaran 20 sen daripada dasar bebas beg plastik dan polisterin itu tidak masuk ke kantung kerajaan negeri.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pernah mempertikaikan larangan berkenaan dan ke mana kutipan jualan beg plastik itu disalurkan.

"Memang kerajaan negeri tidak ambil. Bayaran itu dikenakan oleh kedai-kedai yang menyediakan kemudahan berkenaan," kata Azmin.

Pada masa sama, kerajaan negeri menyatakan, wang terkumpul daripada penjualan beg plastik berkenaan sepatutnya digunakan bagi kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar.

Namun kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengaudit peniaga terbabit.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai BR1M, Azmin berkata, ia akan diteruskan jika perlu dan secara telus andainya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.

Katanya Dr Mahathir sudah menjelaskan BR1M akan diteruskan jika ia dirasakan perlu dan tidak diagihkan oleh orang politik sebaliknya institusi tertentu.

"Mengapa ia (syarat BR1M untuk dikekalkan) tidak diberi penekanan (dalam laporan media)?" katanya.

Charged 20 sen by mamak shop for one-piece chicken plastic bag
bloglist-malaysia.blogspot

helenang.wordpress.com

Yup. The mamak shop worker had asked me if I wanted a plastic bag for my purchase of one piece fried chicken. Of course lah. Takkan saya nak bawa balik seketul ayam itu dalam tapak tangan.

I was charged RM4.20 for that little chicken in the small plastic bag. They're passing on the costs to consumers.

It was actually an impulse buy. I'd quickly dropped in at the outlet as an afterthought in passing by. In future if I want to tapau food, I might consider bringing along a Tupperware or tiffin carrier.

I know another mamak place that's added on 50 sen for the transparent plastic box in which you take away your meal — this is ever since styrofoam boxes were banned beginning Jan 1 this year.

Some people might say "hanya dua kupang pe". But it all does add up as you spend in the day. You just don't know which trader/retailer will be applying the charge on what kind of product or service.

Multiply the plus +20 sen cost here and plus +50 sen there across the span of a month (x 30 days) and it will make a small dent on the spending of our population segment whose main expenditure is on groceries.

Moreover we now have to buy brand new plastic bags to throw away our rubbish in instead of recycling the ones we used to get free from the supermarket.

Bet you can still remember how the introduction of GST sent prices everywhere spiraling even though the government assured us that they have things under control.

BELOW: Najib scowling at a packet of cooking oil in the Kedai Rakyat 1Malaysia

Photo published two days ago in Najib's Facebook

BELOW: From the same visit to the Kelana Jaya LRT store on 2 Sept 2016

Najib was not visibly upset at the poor cooking oil packet back then

BELOW: Scenes from the supermarket in early Novermber 2016

PAN Petik Firman Allah Justifikasi Caj 20 Sen

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Wanita Parti Amanah Negara (PAN) memetik firman Allah bagi menjustifikasikan tindakan kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan oleh rakyat negeri itu sewaktu mereka membeli barangan keperluan.

Ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ALLAH berfirman: "Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya ALLAH) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan semoga mereka kembali bertaubat."

Justeru, katanya, Wanita PAN meminta rakyat Selangor bersabar dan istiqamah dengan keputusan kerajaan Selangor itu walaupun ia menyusahkan mereka di peringkat awal demi menjaga alam sekitar.

"Jika kita semua bekerjasama kesan "ketiadaan plastik" dalam kehidupan kita adalah berbaloi apabila alam sekitar kita bersih dari plastik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rakyat Selangor sejak kebelakangan ini mula mempersoalkan mengapa kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak menghentikan terus bekalan beg plastik di semua premis beli-belah jika benar-benar mahu menjaga alam sekitar.

Mereka turut mempersoalkan pihak mana yang mendapat hasil daripada denda sebanyak 20 sen dikenakan ke atas rakyat Selangor bagi setiap beg plastik tersebut.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid pada 24 Januari lalu pula mendakwa, caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke atas rakyat Selangor oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya satu denda.

Beliau membayangkan denda itu dikenakan ke atas rakyat Selangor kerana mereka mencemarkan alam sekitar.

– Mynewshub.cc

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 3, 2017 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SKMM : Lebih Separuh Pengguna Streamyx Mengalami Sambungan Internet Lemah

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Pihak SKMM merupakan salah satu badan bertanggungjawab dalam memantau pelbagai prestasi dan kawalan disebalik rangkaian internet di Malaysia. Terkini, mereka telah berkongsi mengenai laporan kajian prestasi rangkaian tahunan untuk 2016, berkongsi mengenai pelbagai prestasi daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Malaysia.

Melalui laporan kajian prestasi rangkaian tahunan berkenaan untuk jalur-lebar talian tetap, pihak SKMM menekankan yang mana para penyedia perkhidmatan perlu menawarkan sekurang-kurangnya 70% prestasi kadar celus (throughput) daripada langganan DSL, ataupun sekitar 90% prestasi kadar celus untuk langganan fiber. Disamping itu, kadar masa pendam (latency) perlulah tidak melebih 85 ms untuk 95% masa, selain kadar kehilangan paket kurang daripada 1%.

Mengambil kira semua ini, pihak SKMM telah menyediakan laporan penuh mengenai prestasi perkhidmatan jalur lebar talian tetap di Malaysia, dan memperlihatkan prestasi setiap syarikat.

Daripada keputusan purata yang dijalankan oleh SKMM, ia memperlihatkan Maxis menawarkan kualiti dan sambungan internet yang lebih stabil berbanding dengan lain.

Daripada laporan kajian prestasi rangkaian yang dikeluarkan SKMM juga, ia memperlihatkan penggunaan copper untuk sambungan ADSL hanya menawarkan prestasi yang baik sehingga 6Mbps sahaja. Kestabilan untuk rangkaian melangkaui 6Mbps adalah sedikit kurang baik. Seperti biasa, kestabilan rangkaian juga turut bergantung kepada kualiti kabel yang digunakan untuk penyambungan, jarak, dan pelbagai faktor lain.

Untuk penggunaan fiber pula, ia tiada masalah untuk menawarkan prestasi yang baik walaupun pada kelajuan berbeza. Namun, beberapa penyedia perkhidmatan dilaporkan mengatakan kualiti turut bergantung kepada penggunaan jenis modem – serta memerlukan kemaskini perisian untuk modem bagi menawarkan prestasi yang optimum.

Pada laporan sama juga, pihak SKMM turut berkongsi mengenai penawaran perkhidmatan jalur-lebar talian tetap mengikut negeri. Daripada apa yang dikongsikan, penawaran talian berasaskan fiber adalah baik, sementara untuk DSL, ia dikatakan sekitar 46.1% daripada pengguna TM (Streamyx) sahaja menerima prestasi yang baik, sementara selebihnya mempunyai sambungan internet yang rendah untuk muat-turun – mengakibatkan pengalaman yang kurang baik.

Ia tidak diketahui apakah tindakan SKMM terhadap penyedia rangkaian yang kurang mencapai piawaian yang ditetapkan. Namun, apa yang pasti, ia semestinya tidak digemari pengguna, apatah lagi dengan promosi TM baru-baru ini yang tidak disukai ramai.

Muat-Turun Laporan Prestasi Rangkaian 2016 (PDF)

- AMANZ

Ini Adalah "Kejutan" Dari Telekom Malaysia Untuk Anda Yang Tidak Menerima Naik-Taraf Kelajuan
amanz.my
Diterbitkan oleh Aman.
Selari dengan Belanjawan 2017 yang diumumkan oleh kerajaan, pihak Telekom Malaysia telah mula menawarkan penaik-tarafan pakej kepada pengguna Unifi terpilih sejak daripada minggu lepas. Seperti ramai sedia maklum, pengguna dengan pakej 30Mbps dinaik-taraf kepada 50Mbps, sementara pengguna dengan pakej 50Mbps pula dinaik-taraf kepada 100Mbps.

Walaubagaimanapun, beberapa pengguna Unifi tidak menerima penaik-tarafan berkenaan disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah disebabkan had teknikal dan sokongan infrastruktur di lokasi pelanggan, selain berkemungkinan pelanggan turut telah melanggan pakej paling tinggi daripada UniFi. Selain untuk pelanggan berkenaan, Telekom Malaysia juga turut menyediakan penawaran dan sedikit ganjaran kepada pelanggan Streamyx dan juga TM Homeline.

Daripada perkongsian pihak Telekom Malaysia kepada kami, para pelanggan yang tidak menerima penaik-tarafan kelajuan akan ditawarkan dengan beberapa pilihan. Penawaran pilihan adalah berbeza untuk setiap pelanggan bergantung kepada lokasi dan sebagainya. Antaranya adalah:

1.. Potongan RM10 untuk langganan Webe untuk tempoh 12 bulan akan datang.
2.. Langganan HyppTV Pack percuma untuk tempoh 12 bulan sekiranya pelanggan UniFi berkenaan tidak melanggan kepada pakej HyppTV tambahan.
3.. 2 VOD percuma selama 4 bulan sekiranya melanggan pakej HyppTV tambahan.
4.. Kupon GemFive bernilai RM25 untuk digunakan sekali bagi pembelian melangkaui RM100.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia seperti UniFi, Streamyx atau TM Homeline, boleh menyemak apakah "kejutan" yang ditawarkan untuk akaun anda melalui laman TM Thank You Surprise.

Layari : TM Thank You Surprise

Gambar daripada @schwa80.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: