Thursday, February 16, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4684

15 Messages

Digest #4684
2
Fw: Mara Perlu Ceburi Bisnis Peruncitan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: KAT MALAYSIA JER ADA KARIPAP MACAM NI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Menghina Ulama Punca Bala Allah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Industri kapal besar mungkin berkubur by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13

Messages

Thu Feb 16, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Risalah Bible Bahasa Melayu diedar dalam bakul motorsikal di Cheras
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

MENJELANG Pilihanraya ke 14, isu 3R — Race, Religion and Royal (Bangsa, Agama dan Raja) nampaknya mula dimainkan semula. Modus operandi saling tak tumpah seperti musim pilihanraya umum ke 13 dulu.

Pagi ini tersebar berita katanya ada individu tertentu mengedarkan risalah Bible berbahasa Melayu ke dalam bakul-bakul motorsikal di depan Restoran Kayu Nasi Kandar, di Bandar Tasik Permaisuri Cheras.

Aku tak nampak sebaran ini merupakan satu usaha dakwah orang Kristian terhadap orang Islam, sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk mencetuskan kebimbangan sekaligus menimbulkan rasa marah di kalangan orang-orang Islam, terutama orang Melayu terhadap orang Kristian.

Tambah pula kejadian ini berlaku ketika bahang pilihanraya umum ke 14 mulai terasa.

Pada aku taktik lapuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan isu agama seperti ini sudah tidak laku lagi di kalangan penduduk bandar seperti di Cheras.

Namun prokasi ini bukanlah untuk penduduk Melayu di bandar, sebaliknya ia sebagai bahan berita untuk media arus perdana seperti TV1, TV2 dan TV3 bagi menakut-nakutkan orang Melayu di kampung-kampung.

Sama-sama kita lihat, jangan pelik, jangan hairan bila isu ini nanti akan diputar siang dan malam di media-media arus perdana berulang-ulang bagi mencetuskan rasa bimbang orang-orang Melayu di kampung sekaligus membentuk pemikiran mereka supaya terus menyokong parti rasuah dan pemimpin kleptokrasi.

Aku harap rakyat hari ini sudah cerdik, dan tak ada lagi yang tiba-tiba merasa imannya tergugat bila nampak risalah Bible berbahasa Melayu seperti ini.

Tak adanya orang Kristian nak masukkan risalah Bible Bahasa Melayu macam tu kalau betul mereka nak berdakwah. Kerana cara seperti itu hanya akan membuat orang marah dan benci kepada mereka.

Ini semua kerja ejen-ejen provokasi.

"Al-Quran pun kau tak mahu baca, tiba-tiba sibuk nak baca Bible dan takut tergugat iman sebab Bible tu ditulis dalam Bahasa Melayu,"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/risalah-bible-bahasa-melayu-diedar.html#ixzz4Yl7lEgZw

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mara Perlu Ceburi Bisnis Peruncitan - Kedai Tayar/Mekanik Brek

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net
"

Kebanyakan kemalangan berlaku di Negara [pada pendapat saya] adalah akibat penggunaan tayar yang rusak tapi ditepek dengan mastik bagaikan ianya ok tetapi sebenarnya tidak ok. Tayar meletup bila digunakan di lebuhraya dan ketika kereta/van sarat dengan penumpang menyebabkan bilangan yang maut di dalam kemalangan sangat tinggi [hingga ke 6 sekeluarga] Di LPT2 saje hampir 50 kes kemalangan melibatkan tayar meletup direkodkan!

Saya selalu ingatkan Menteri Tong La i supaya beri amaran keras kepada penjual tayar dan menggubal satu undang undang supaya tayar yang rusak tidak bolih dibaiki dan dijual kepada pengguna. Tapi hingga kini Menteri Tong Lai tak beri apa apa respon terhadap saranan saya. Olih itu saya cadangkan Mara masuk bisnis kedai tayar di seluruh pelusuk /daerah di Malaysia untuk menjual tayar dengan harga berpatutan dan hapuskan amalan kotor lagi licik ini.

Saya amat kagum dengan kejayaan Mara di dalam memasuki industri komputer/talipon pintar yang menjadi saingan hebat kepada vendor vendor china di Low Yat. Saya kagum dengan kejayaan Pusat Penjualan Barang Elektronik di Medan Mara dan pengalaman saya membeli belah di 'USTAD' berjaya beerlawan harga dengan geng geng cekek darah di Low Yat !

Sebenarnya harga tayar baru sanga murah jika dipesan dengan bulk. Daripada Alibaba.com harga tayar baru sebenarnya sangat murah. Untung kasar di dalam industri ini senag senag mencapai 50 peratus! Dek kerana banyak orang melayu terkorban di jalanraya akibat tayar meletup saya cadang Mara buka gedung tayar -impot tayar dari China. Indonesia dan Korea [Hankook].Sekarang tayar Indonesia dan China sudah capai standard yang tinggi. Pada mulanya adalah disyorkan Mara import tayar saiz popular untuk Saga/Myvi dan upgred dari pertumbuhan yang pasti berlakau.

Dengan ada rangkain kedai tayar Mat mat di kampong bolih jadi mekanik untuk servis brek -punca banyak kemalangan kereta yang terbabas! Tindakan segera Mara di dalam hal ini pasti akan bawa kejayaan di dalam b isnis mat mat kampong dan kurangkan kemalangan yang menimpa terhadap bani Melayu . . . "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PENUNGGANG AGAMA - BILA KERAJAAN AKAN BERTINDAK?
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Dalam ramai-ramai penunggang agama, inilah yang paling canggih! Orang ini bawa doa tuan-tuan/puan-puan ke Mekah mengadap Allah SWT.

SUMBER

Berdasarkan apa yang ditulis dalam FBnya, dia menjamin doa itu sampai kepada Allah SWT dan makbul dengan segera!

Bila pulak Allah SWT lantik dia menjadi wakil mengumpul dan menyampaikan doa orang ramai!?

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Doa pun sudah kena jual!

Tentang penunggang agama ini, bukan Rasulullah SAW tidak memberi amaran. Baginda bersabda (terjemahannya):

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi).

Teringat Yong apa kata Dr Jasser Auda:

Pastinya dia tidak menghina pemakai jubah, kerana dirinya pun berbangsa Arab. Tetapi ia sekadar peringatan kepada kita supaya berhati-hati (Contohnya individu seperti pemilik FB Valet Doa).

Semasa N3 ini ditulis FB tersebut masih wujud.

Mohon pihak yang berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya!

"Menggunakan Agama Dan Mencemarkan Islam," Kenyataan Rasmi JAKIM Mengenai Perkhidmatan Valet Doa
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Menggunakan agama dan mencemarkan Islam itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengulas kewujudan khidmat valet doa ke tanah suci yang menjadi viral di media sosial ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perkhidmatan valet doa atau upah membaca doa dan hajat di tanah suci berkenaan adalah menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Beliau turut menjelaskan doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT di mana Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada tetapi perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama.

"Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam."

"Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. "

"Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam" katanya.

Oleh itu beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

"Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.," jelas beliau. - Siakapkeli.my

"Rupa-Rupanya Upah Berdoa Ke Tanah Suci Betul-Betul Berlaku," Reaksi PU Rahmat Selepas Hubungi Pekhidmatan Perantaraan Doa
siakapkeli.my

Nampaknya sejak dua tiga hari ini isu perantara bacaan doa di depan Makkah telah menjadi sebutan ramai selepas pendedahan yang dilakukan oleh Pseudoscience Watch tentang sebuah syarikat yang menawarkan bacaan doa di Mekah untuk mereka yang tidak mampu ke sana dengan membayar kepada mereka sebagai perantaraan.

Pendedahan ini membuatkan ramai netizen telah mengecam perniagaan berkenaan di mana rata-rata mereka menyifatkan perniagaan ini sebagai penunggang agama.

Terbaru, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana beliau menyatakan tidak menyangka perkhidmatan ini benar-benar wujud selepas beliau sendiri menghubungi nombor yang disertakan.

Beliau dalam statusnya itu telah memuatnaik sekeping gambar screenshot perbualannya dengan penyedia pekhidmatan doa di tanah suci berkenaan.

Apa yang menarik upah bacaan doa ini siap disertakan promosi harga dimana untuk pelanggan yang 333 orang terawal hanya perlu membayar RM1000 dan mereka selepas itu perlu membayar RM2000 dengan pelbagai pakej ditawarkan.

Hasil pemerhatian kami di laman Facebook berkenaan, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.

Menurut pemilik akaun berkenaan, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana di mana pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.

Apapun, kita tunggu jawapan daripada mereka yang paling pakar dalam hal ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KAT MALAYSIA JER ADA KARIPAP MACAM NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menghina Ulama Punca Bala Allah
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Ulama adalah orang yang memahami Agama dengan baik dan mengamalkannya. Allah meninggikan derajat ulama dan membedakannya dengan selainnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyatakan bahwa ulama adalah pewaris para nabi, jalan yang mereka tempuh merupakan jalan ke surga.

Ibnul Qayyim berkata, "Sabdanya bahwa ulama adalah pewaris para nabi mengandung keutamaan terbesar bagi para ulama, para nabi adalah makhluk Allah terbaik, maka pewaris para nabi adalah makhluk Allah terbaik setelah mereka, manakala setiap warisan orang yang mati berpindah kepada ahli warisnya karena merekalah yang menggantikan posisinya setelahnya sementara tidak ada penerus para rasul dalam menyampaikan ajaran yang mereka bawa kecuali para ulama maka mereka paling berhak terhadap warisan mereka. Ini membuktikan bahwa para ulama adalah orang-orang terdekat kepada para nabi karena warisan hanya didapat oleh orang yang paling dekat kepada mayit hal ini sebagaimana ia berlaku untuk warisan dinar dan dirham, ia juga berlaku dalam warisan nubuwah dan Allah mengkhususkan rahmatNya kepada siapa yang dikehendaki."

Lanjut Ibnul Qayyim, "Hadits ini juga mengandung petunjuk dan perintah kepada umat agar menaati, menghormati, mendukung, menghargai dan memuliakan mereka…. Hadits ini juga mengandung peringatan bahwa menyintai mereka termasuk agama dan membenci mereka bertentangan dengan agama sebagaimana hal itu berlaku untuk apa yang mereka warisi. Begitu pula membenci dan memusuhi mereka berarti membenci dan memusuhi Allah sebagaimana hal itu berlaku pada apa yang mereka warisi."

Menghormati dan memuliakan ulama berarti memuliakan Allah Taala sebagaimana dalam hadits Abu Musa al-Asyari bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Di antara bentuk penghormatan kepada Allah adalah memuliakan muslim yang beruban, pembawa al-Qur`an yang tidak berlebih-lebihan padanya dan tidak meremehkannya serta memuliakan sultan yang berlaku adil." Diriwayatkan oleh Abu Dawud hadits 4843, dihasankan oleh al-Albani di Shahih at-Targhib wa at-Tarhib 1/44.

Bila menghormati para ulama diperintahkan, maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka dilarang. Al-Ghazali menyatakan bahwa menghina berarti merendahkan, menonjolkan aib dan kekurangan sehingga mengundang bahan tertawaan, bisa dengan menirukan perkataan, perbuatan, isyarat dan tanda.

Menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik sebagaimana hal itu ditetapkan oleh al-Qur`an, salah satunya adalah firman Allah, "Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah: 211).

Firman Allah tentang orang-orang munafik, "Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, 'Kami telah beriman.' Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, 'Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." (Al-Baqarah: 14).

Musuh-musuh Islam dari kalangan orang-orang Yahudi, Nasrani dan orang-orang munafik zaman ini, para pengekor mereka berusaha memperburuk citra ulama dan meruntuhkan kedudukan mereka dalam jiwa umat.

Tercantum dari protokol tujuh belas milik orang-orang Yahudi, "Kami memiliki perhatian besar untuk meruntuhkan kehormatan orang-orang agama dari selain orang-orang Yahudi di mata manusia, dengan itu kami berhasil merusak risalah mereka yang bisa menjadi batu sandungan yang menghadang jalan kami, pengaruh orang-orang agama hari demi hari semakin melemah di mata manusia."

Mereka berusaha mati-matian demi hal tersebut, mereka menyusun strategi-strategi besar demi menghalang-halangi dan memadamkan agama ini melalui serangan yang diarahkan kepada para pembawa Islam, dai-dai dan ulama-ulamanya, konspirasi-konspirasi ini telah memetik buahnya yang pahit sebagaimana ia bisa disaksikan pada tubuh umat. Media-media informasi di negeri-negeri muslim dan lainnya menjadi pelopor serangan ganas ini terhadap ulama Islam. Muncul penghinaan terhadap para ulama dan orang-orang shalih melalui berbagai media, orang-orang rendahan dari para pemuja syahwat dan syubhat menantang dengan sombong kedudukan ulama dan orang-orang shalih atas nama kebebasan berpendapat dan berpikir orang-orang shalih yang teguh beragama dilecehkan dibawa payung memerangi fundamentalisme dan kekolotan.

Kemungkaran ini menggunung karena didukung oleh beberapa sebab, di samping sebab yang telah dijelaskan di atas, kami menyebutkan sebab lain di antaranya,

Dominasi kebodohan terhadap agama di kalangan kaum muslimin baik kebodohan terhadap kehormatan muslim, keagungan hak dan kedudukannya atau kebodohan terhadap hukum menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih, sebab lain yaitu dipinggirkannya syariat Allah Taala di negeri kaum muslimin… misalnya kalau ada seseorang yang murtad lalu dia dihukum sesuai dengan haknya maka tidak akan ada orang dungu menyombongkan diri di hadapan fatwa-fatwa ulama sebagaimana yang kita hadapi saat ini, orang dengan hati yang berpenyakit tidak akan mengejek kesucian dan keteguhan orang yang beragama baik. Cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik penolong.

Meghina para ulama terbagi menjadi dua:

Pertama: Menghina pribadi mereka, misalnya orang menghina sifat-sifat mereka baik dari sisi bentuk ciptaan atau akhlak mereka, ini haram berdasarkan, firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim." (Al-Hujurat: 11).

Ibnu Katsir berkata tentang ayat ini, "Allah Taala melarang mengejek orang yakni menghina dan memperolok-olok orang sebagaimana diriwayatkan di dalam ash-Shahih dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahwa beliau bersabda, 'Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.' Yang dimaksud dengannya adalah merendahkan dan meremehkan mereka, ini haram karena bisa jadi yang dihina lebih mulia kedudukannya di sisi Allah dan lebih Dia cintai daripada orang yang mengejek dan menghina."

Kedua: Menghina ulama karena mereka ulama, karena ilmu syar'i yang mereka miliki, ini kekufuran karena ia menghina agama Allah Ta'ala. Begitu pula menghina orang shalih karena keteguhannya beragama dan berpegang kepada sunnah, hinaan di sini mengarah kepada agama dan sunnah.

Mengapa menghina ulama dengan pertimbangan kedua termasuk kekufuran?

1- Allah menganggap menghina orang-orang mukmin menghina Allah Taala, ayat-ayatNya dan rasulNya shallallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Tabaraka wa Taala, "Katakanlah, 'Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman." (At-Taubah: 65-66).

Sebab turunnya ayat ini, Abdullah bin Umar berkata, dalam perang Tabuk seorang laki-laki berkata dalam suatu majlis, "Kami tidak pernah melihat seperti para qurra` itu, paling rakus makannya, paling dusta lidahnya dan paling takut di medan perang." Lalu seorang laki-laki dalam majlis berkomentar, "Kamu dusta, kamu orang munafik, aku akan melapor kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Hal tersebut sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan al-Qur`an turun. Abdullah bin Umar berkata, "Aku melihat laki-laki itu bergelayutan di pelana unta Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tersandung batu, dia berkata, 'Ya Rasulullah, kami hanya main-main dan bersenda gurau." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman."

Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Daimah tercantum, "Mencela agama memperolok-olok sesuatu dari al-Qur`an dan sunnah, memperolok-olok orang yang bepegang kepadanya dari sisi apa yang dia pegang seperti berjenggot atau behijab untuk muslimah maka ini adalah kufur jika dilakukan oleh mukallaf, patut dijelaskan kepadanya bahwa ia kufur, jika setelah mengetahui dia tetap teguh di atasnya maka dia kafir." (Fatawa al-Lajnah ad-Da`imah 1/256-257).

2- Allah menyebutkan bahwa memperolok-olok dan menghina orang-orang mukmin lebih-lebih ulama adalah sebab masuk Neraka Jahannam.

Ketika penghuni neraka berteriak, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya dan kembalikanlah kami ke dunia, jika kami kembali kepada kekafiran, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zhalim." (Al-Mukminun: 107). Allah Taala menjawab, 'Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara denganKu. Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hambaKu berdoa (di dunia), 'Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik. Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga kesibukanmu mengejek mereka, menjadikanmu lupa mengingatKu dan kamu selalu mentertawakan mereka." (Al-Mukminun: 108-110).

3- Menghina para ulama karena ilmu syar'i yang mereka miliki dan karena mereka mengikuti al-Qur`an al-Karim dan sunnah nabi yang shahih pada hakikatnya adalah penghinaan terhadap ayat-ayat Allah dan pelecehan terhadap syariat agama Allah.

Tidak ragu bahwa penghinaan ini merupakan kekufuran yang bertentangan dengan iman. Firman Allah Taala, "Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan." (Al-Jatsiyah: 9).

Ibnu Hazm berkata, "Shahih dengan nash bahwa siapapun yang menghina Allah atau salah seorang malaikat atau salah seorang nabi atau ayat al-Qur`an atau salah satu kewajiban agama, semua itu adalah ayat-ayat Allah, dia kafir setelah hujjah sampai kepadanya." Wallahu a'lam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anda Mungkin Pancing Di Tempat Yang Salah Selama Ini, Ketahui 8 Petua Macam Mana Untuk Mengesan Lubuk Ikan
siakapkeli.my

Buat mereka yang mempunyai hobi memancing, anda sudah pasti menghabiskan masa yang lama di sesuatu tempat memancing. Bukan apa, untuk memastikan umpan yang dilemparkan itu mengena bukan mudah, perlu kesungguhan dan tahap kesabaran yang tinggi.

Bukan itu sahaja, ilmu mengenai memancing juga perlu ada, tidak boleh redah begitu sahaja, jumpa sungai, tali air, atau laut, terus lontarkan tali pancing, tanpa tahu kawasan tersebut ada ikan atau tidak. Akhirnya, pulang dengan kehampaan, tanpa seekor ikan pun.

Tapi, tahukah anda, sebenarnya anda boleh tahu dekat mana sebenarnya menjadi 'port' ikan untuk 'lepak', dan menurut dari laman Profishganda, terdapat 8 lubuk ikan yang anda boleh kenalpasti, tidak kiralah di muara, laut, kolam, mahu pun sungai.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Petua Mengesan Lubuk Ikan

Memancing ni memang kadang-kadang ikut rezeki juga. Tapi ada masanya kaki pancing perlu berusaha juga untuk dapatkan hasil terbaik. Mengenalpasti lubuk ikan bermain menjadi antara ilmu yang perlu kaki pancing tahu. Iyelah, dengan mengetahui lubuk ikan bermain, faktor mendapat strike akan jadi lebih mudah.

Nak memancing tapi nak main redah je? Tak boleh tu bro. Kadang-kadang kita kena ambil tahu juga potensi lubuk memancing untuk dapatkan hasil terbaik. Profishganda ingin berkongsi antara 8 petua mengenalpasti lubuk ikan bermain. Petua ini boleh digunapakai di laut, pantai, muara, sungai atau kolam. Moga bermanfaat untuk semua.

1. Kesan burung Di Laut

Burung yang banyak di permukaan air menunjukkan kawasan itu banyak anak-anak ikan seperti bilis yang sering menjadi makanan ikan pemangsa yang lebih besar.

2. Reba Atau Tunggul Kayu

Reba sering menjadi 'rumah kediaman' buat ikan-ikan pemangsa yang besar seperti sebarau, siakap, MJ dan kerapu.

3. Cari 'Boiling' Ikan

Geng 'casting' gemar mengejar 'boiling' ikan untuk mendapatkan 'strike'. Boiling ini membawa maksud ikan bermain di permukaan air.

Foto: Platspender

4. Longgokan Sampah Hanyut

Jangan tak tahu, longgokan sampah yang terapung di permukaan air bukanlah tiada apa-apa, kerana pada dasarnya menjadi tempat ikan tertentu untuk bermain, seperti ikan pecah periuk, dan telinga gajah.

5. Alur Kecil Yang Mengalir Ke Pantai

Alur atau sungai kecil ini adakalanya membawa sisa makanan ke laut, yang mana ia menjadi tempat ikan tertentu berkumpul mencari makan.

6. Paloh Ikan

Paloh atau laluan ikan boleh diketahui sewaktu air surut yang mana laluan ikan ini merupakan kawasan yang masih bertakung airnya biarpun air surut sepenuhnya.

Bila air pasang sudah kembali, kenal pasti kedudukan paloh itu tadi, tadi dan campakkan umpan di kawasan tersebut.

7. Air Terjun Kecil

Kawasan anak sungai atau air terjun mini ini menjadi kawasan anak ikan berkumpul. Ini kerana, di kawasan inti terdapat kandungan oksigen terlarut yang tinggi.

Disebabkan itu, ikan pemangsa juga aktif di kawasan ini untuk mengejar anak ikan.

8. Empangan

Kawasan empangan yang airnya mengalir juga menjadi kawasan pemangsa memburu anak-anak ikan.

Banyak juga ya kawasan yang menjadi lubuk ikan, admin sebelum ini kalau pergi sungai memang main serkap jarang saja lempar tali pancing tu, patutlah punya lama tunggu nak dapat ikan. Lepas ini bolehlah carik lubuk-lubuk ikan ini, mana tahu ada rezeki dapat ikan yang besar-besar, bolehlah buat masak tiga rasa. – Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Drawbridge': Industri kapal besar mungkin berkubur

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net


Oleh AHMAD AMZAD HASHIM

Laluan kapal Jambatan Angkat (Drawbridge) di muara Sungai Terengganu perlu dilihat ukuran lebar laluan, ketinggian di bawah jambatan ketika lengan jambatan tidak diangkat dan kedalaman dari paras air ke dasar sungai.

Ukuran asal 'navigation channel' selepas kerja memperdalamkan muara Sungai Terengganu yang siap pada tahun 2004-2006 adalah 100 meter lebar dengan kedalaman air 7 meter ketika surut (ACD).

Setelah pembinaan 'drawbridge' berkenaan, dari rupa fizikal kelihatan lebarnya sekitar 25 meter dari tepi tiang ke tiang yang lain.

Ketinggian ketika ditutup, difahamkan sekitar 10 meter.

Dengan adanya tiang-tiang yang terletak di bawahnya, batang-batang besi cerucuk 'piling' yang banyak akan terbentuk menyebabkan longgokan pasir (sandtrap) seperti pada tiang-tiang di Jambatan Sultan Mahmud.

Akan menyebabkan berlaku pemendapan pasir dan kedalaman air setinggi 7 meter mungkin tak bertahan lama.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kapal kapal peronda Agensi Penguatkasa Maritim Malaysia (APMM ) akan menghadapi masalah keluar masuk jika jambatan 'drawbridge' sekiranya, lengan jambatan tidak diangkat.

Sekiranyaa tiada masalah dengan kelebaran ruang dan kedalaman air, namun ia akan menimbulkan masalah dengan tiang kapal, yang menempatkan perkakasan 'navigasi' dan radar yang dijangka tidak dapat melepas ruang laluan di bawah 'drawbridge'.

Oleh itu, kerajaan perlu mempastikan sistem mekanikal jambatan itu tidak gagal, bersedia menanggung kos pembaikan dan selenggara yang dijangka sangat tinggi.

Selain dari itu, perlu ada pihak yang mengawal turun naik lengan jambatan yang sentiasa berhubung dengan kapal kapal yang sentiasa keluar dan masuk, melalui 'drawbridge'.

Ketepatan (timing) masa sangat penting dan kapal tidak boleh duduk menunggu di hadapan jambatan kerana ia berada di muka kuala yang gelombang lautnya agak kuat, tidak seperti di tengah-tengah sungai yang tenang dan terlindung.

Kena diambil peringatan, kapal besar yang berhenti, akan kuat 'berhayun'.

Bagi kapal kapal sokongan pesisiran pantai (offshore), saiznya lebih besar dan lebih tinggi, lebih lebar dan lebih dalam.

Sangat bahaya kalau berhayun dan sekiranya menghentam tiang, kerana itu jarak antara tiang dengan badan kapal sekurang-kurangnya dua kali lebar kapal untuk setiap sisi.

Untuk kapal kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelas pemusnah (destroyer) dan penyerang, masih boleh masuk melalui jambatan 'drawbridge' kerana saiznya sama kapal 'offshore'.

Bagi kapal peronda generasi baru MEKO100, dalam jangka panjang, tidak lagi sesuai untuk disasarkan pembinaannya oleh limbungan tempatan melainkan dibuat beberapa penambahbaikan di masa hadapan.

Bagi projek memperdalamkan 'basin' muara sungai Terengganu pada masa hadapan jika berlaku pencetekan atau pemindahan halangan pulau pasir jadian di hadapan Pulau Kambing, kapal korek yang bersaiz besar sukar untuk melalui laluan bawah drawbridge itu kerana lebarnya menghadkan susuran sempit itu.

Untuk kerja-kerja pengawalan sungai (river protection) dimasa hadapan, bahan-bahan binaan seperti batu granit, 'tripod', blok konkrit yang biasa diangkut masuk dengan tongkang (barge) bersaiz besar tidak lagi boleh masuk melalui bawah drawbridge.

Tongkang (Barge) kecil masih boleh namu kerja menjadi dua kali kerana terpakas memindahkan muatan dari tongkang besar yang biasanya digunakan untuk pelayaran lebih jauh.

Yang paling malang, melihat dari segi ukuran bukaan drawbridge itu, hanya satu kapal sahaja yang boleh melaluinya pada satu-satu masa, yang dapat melintas dengan kelebaran berkenaan.

Pembinaan drawbridge mungkin 'mengembangkan' hidung pemain politik kerana berbangga dengan jambatan yang dianggap 'hebat' itu.

Namun, bagi pemain industri perkapalan dari yang kecil seperti industri perkhidmatan bot penambang, sehinggalah pengusaha kapal-kapal gergasi, sudah mula sakit dan menggeleng kepala, kerana 'kebodohan' pencipta dasar yang memerintah.

Pengusaha kecil bot penambang yang menjadi warisan Seberang Takir, sudah tidak tahu apa yang mahu mereka kata tentang peruk nasi mereka yang terancam.

Sebelum ini terdapat kira-kira 70 buah bot penambang, tetapi sudah mengecil hanya tinggal hanya belasan dan hanya dua atau tiga yang masih beroperasi.

Para kapten pengemudi kapal offshore dan pemain industri maritim sudah menghantar mesej kepada saya, bimbang tentang laluan sempit drawbridge dan menghadapi masa depan yang kelam.

Muara Sungai Terengganu yang pernah menjadi pusat pembuatan dan pengeluaran kapal di rantau ini, mungkin akan berkubur selamanya!

Penulis ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 6:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Minum Susu Ketika Serangan Gastrik Berkemungkinan Besar Akan Jadikan Sakit Semakin Teruk' - Doktor ini Kongsi Apa Yang Patut Dibuat Jika Diserang Gastrik
siakapkeli.my

Kebiasaannya, petua yang akan dilakukan oleh seseorang sekiranya itu diserang gastrik adalah dengan meminum susu.

Bagaimanapun, menurut seorang doktor yang menggunakan akaun Twitter @drwaque, meminum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk.

"Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin TERUK. Susu menggalak perembesan asid. #Petua&Sains" tulis beliau di Twitter.

Dalam masa yang sama, DrSazOne juga turut menasihati pesakit agar meminum Gaviscon dan air kosong sahaja.

"Ketika serangan minum Gaviscon & air kosong sahaja. Teh tarik pun ada susu tau."

Namun DrSazOne berkata, biarpun begitu, susu bukanlah sesuatu yang negatif dan pengambilannya hanya tidak digalakkan ketika serangan gastrik sahaja.

"Semasa serangan gastrik je jangan minum. Pesakit gastrik jika tidak kena serangan boleh minum susu. Banyak khasiat susu."

DrSazOne atau nama sebenar beliau, Dr Sazwan Reezal, adalah pakar perubatan kecemasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan merupakan salah seorang dari ahli MedTweetMY yang aktif di Twitter.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selfie "Peace" Dedahkan Maklumat Cap Jari Anda Dicuri
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Mengambil gambar sambil menunjukkan lambang "peace" ialah kebiasaan bagi warga Asia terutamanya yang berbangsa Jepun. Tabiat yang dianggap normal ini mungkin akan menyebabkan cap jari anda dicuri di masa hadapn. Kenyataan ini diberikan oleh Isao Echizen, seorang profesor yang bertugas di Institut Informatik Kebangsaan Jepun.

Menurut beliau kemampuan kamera peranti pintar yang semakin tinggi kerana penggunaan sensor yang lebih besar membolehkan maklumat cap jari dilihat dengan jelas. Maklumat ini kemudian boleh diambil dan disalahgunakan untuk tujuan memintas sistem biometri peranti. Sebarang gambar yang diambil dari jarak di bawah 3 meter boleh digunakan untuk mencuri corak jap cari pengguna.

Pada waktu yang sama pihak Institut Informatik Kebangsaan Jepun telah menghasilkan bahan yang diperbuat daripada titanium oksida yang boleh mengaburkan cap jari apabila gambar diambil. Sistem imbasan cap jari terkini mengesan corak pada cap jari secara 3D. Sistem ini tidak mudah ditipu dengan cap jari dua dimensi. Profesor Isao Echizen tidak pula mengatakan sama ada sistem yang memerlukan cap jari 3D turut boleh dipintar menggunakan teknik yang ditemui beliau.

Amanz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang
siakapkeli.my

Pihak Kementerian Kesihatan Melaysia melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan senarai 162 jenis produk kesihatan yang mengandungai bahan terlarang yang telah diterima melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

"Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut."

"Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta," kata mereka.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan. - Siakapkeli.my

Rujukan: NPRA, KKM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bekas prof kemuka data lengkap PRU13 dalam satu hari
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Malaysiakini 9/2/17

a.. Seorang lelaki mendakwa telah mengumpulkan maklumat paling komprehensif pada pilihan raya umum ke-13, yang katanya telah dilakukan dalam masa satu hari.

Abdul Hamid Yeop Zainuddin, bekas profesor matematik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hadir bersama 'Buku Sifir Keputusan PRU-13' yang dihasilkan beliau sendiri.

Buku 168 halaman itu mengandungi jadual, senarai dan nombor yang memperincikan pelbagai maklumat dikategorikan dalam pelbagai cara, berhubung pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
Menggelar tugasan itu sebagai 'mision impossible', Hamid Yeop berkata beliau memiliki pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang ahli matematik untuk menyusun dan melengkapkan maklumat itu dalam satu hari.

"Saya mengambil masa sehari untuk menyusun semua data ini.
"Itu adalah mustahil bagi kebanyakan orang, tetapi kerana saya ahli matematik... saya guna konsep matematik, jadi ia menjadi mudah.

"Orang ramai perlu fakta, dan saya hanya mengemukakannya untuk mereka," katanya.

Maklumat yang ada di luar sana, katanya adalah keputusan secara langsung di televisyen, keputusan di akhbar, dan dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau hanya menyusun maklumat ke dalam sebuah buku kecil dan mengemukakan satu sistem di "laman web dinamik" dengan mudah bagi menyemak data, katanya.

Di hujung jari
Buku kecil yang dicetak di atas kertas A4 itu termasuk maklumat mengenai undi dan pecahan undi dengan geografi, bangsa, parti, kerusi DUN dan kerusi Parlimen, undi rosak dan sebagainya.

Ia juga mempunyai maklumat mengenai peratusan keluar mengundi, petunjuk prestasi utama (KPI) parti, taburan peratus kerusi dan banyak lagi.
Selain itu termasuk senarai lengkap calon-calon dalam pilihan raya untuk kerusi DUN dan kerusi Parlimen, bersama-sama dengan bilangan undi, undi rosak dan majoriti yang menang.

Senarai calon-calon ini dibentangkan dalam pelbagai cara, seperti jumlah keluar mengundi, undi majoriti, dan sama ada ia adalah satu pertandingan pelbagai penjuru atau tidak.

Halaman web yang disertakan adalah laman web yang mudah, dengan fungsi yang membolehkan pengguna memilih maklumat yang ingin dilihat.

Laman web ini mengandungi sebahagian besar maklumat yang terdapat dalam buku kecil tersebut dan dibuka kepada orang ramai, kata Hamid Yeop.

Bekas profesor itu yang berusia dalam lingkunan 50-an, telah menganggur sejak tahun 2004, selepas beliau meninggalkan UTM.
Katanya, ramai yang mencari kepakaran beliau bagi pekerjaan yang stabil dan oleh itu, kerja-kerjanya kebanyakannya mendapat tajaan daripada rakan-rakan.

Sediakan maklumat
Katanya, perkara paling penting bagi projek itu adalah bagi memiliki semua fakta dan maklumat untuk rakyat dan parti politik.

Maka rakyat boleh menganalisis keputusan dengan kesimpulan mereka sendiri, dan parti politik boleh merangka strategi yang lebih bermaklumat, katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata, dengan maklumat mengenai pengundi, rakyat boleh melihat sama ada alamat berdaftar mereka adalah tepat dan sama ada terdapat apa-apa percanggahan yang mencurigakan.

Sementara itu, parti-parti politik boleh merangka strategi pilihan raya yang lebih baik berdasarkan trend pengundian dan corak yang muncul daripada maklumat itu, katanya.
"Saya seorang ahli akademik, saya neutral. Sesiapa yang ingin menggunakan maklumat ini dalam apa jua cara, terpulang kepada mereka.

"Kami memberikan fakta, kerana ada orang-orang yang berdusta dan menuduh orang lain berbohong. Tetapi dengan bersenjatakan fakta, kita akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pintu Syurga yang manakah yang memanggil kita untuk memasukinya

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa menyedekahkan dua pasangan kuda fisabilillah, nescaya akan dipanggil di syurga kelak; wahai hamba Allah, inilah kebaikan. Jika ia ahli solat, ia akan dipanggil dari pintu solat. Jika ia ahli jihad, maka akan dipanggil dari pintu jihad. Jika ia ahli sedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan jika termasuk ahli puasa, maka akan dipanggil dari pintu A-Rayyan."

(HR. Bukhari dan Muslim).

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Boleh Makan Ke Kepak Ayam Ada Kesan Lebam, Betul Ke Itu Kesan Bekas Cucuk?
siakapkeli.my

Sering kita dengar ramai orang yang takut untuk memakan ayam di bahagian kepak kerana kata mereka bahagian ini merbahaya kerana ia adalah tempat ayam dicucuk.

Tetapi betul ke ayam berkenaan dicucuk? adakah ia kaedah ini sebenarnya menyusahkan di mana ayam perlu dicucuk seekor demi seekor sedangkan di dalam reban ada lebih 30 hingga 40 ribu ekor ayam.

Jom kita baca perkongsian di bawah.

Jangan makan kepak, doktor kata situ tempat kena cucuk. Boleh sebabkan cancer. Biasa dengar kan? Kalau baca post ukhti sebelum ni ukhti ada cakap itu fitnah. Kenapa fitnah, mari kita sama-sama telusuri.

Mitos: kepak - tempat ayam kena cucuk. Fakta: we don't do injection on ayam. Unless, for blood sample taking. Not for all chicken. Sample only.

However, we do vaccinate the wing area. And, it is only happening in breeder or layer farm. Macam mana kita vaksin? Kita puncture wing web area ayam tu. Tak inject pun.

Merujuk kepada post ukhti sebelum ni, breeders are not for human consumption. Thats why kita boleh cucuk segala jenis vaccine semua tu.

Namun, dekat broiler farm, we don't do that. Kenapa? Mula-mula sekali, sebelum kita masuk bab sains, apa kata kita cakap pasal duit dulu. Sebab tu alasan paling logik untuk membetulkan fakta yang kita selalu dengar ni.

Ok, satu batch ayam dekat breeder farm adalah dalam 10000 ekor. Tak banyak. So we can form a vaccine team yang boleh cucuk seekor demi seekor ayam dalam satu hari. Tapi, dalam broiler farm, one house will be around 25000 birds. In one day, akan ada placement around 4 house.

More or less. Ni contoh tau. We are talking about big farms, yang duit mengalir setiap hari. That means, sehari kita receive dalam 100000 ekor ayam. Siapa nak cucuk kepak seratus ribu ekor ayam? Nightmares! Even 10000 ekor pun nak menangis ukhti habiskan, bayangkan 10 kali ganda.

Kalau dalam small farm pun, nak hire seorang pekerja pun dah costly. Tambah minimum wage sekarang dah rm 1000. So, can you imagine berapa puluh pekerja kita kena hire untuk mencucuk ayam semata-mata? Kita belum lagi ada teknologi machine yang boleh vaksin ayam yang dah besar.
Tu belum lagi cakap pasal mitos ayam kena cucuk hormon la antibiotik la.

You think company yang 24 jam kira duit ni nak keluar duit ke untuk benda yang wasting money macam ni. Lagi satu, vaccine or any kind of antibiotik is not cheap. Not at all. Although we do vaccinate the chicken for biosecurity purpose, but we use the most logical method untuk vaccinate. Reducing the manpower at least.

Nampak tak? Kenapa ukhti kata itu fitnah. Sebab dia tak logik. Bukan senang nak pegang ayam sekor demi seekor semata-mata untuk inject something. Too risky. Ayam boleh injured, reducing quality, tambah kalau ada bekas cucuk. Merendahkan harga ayam tu. Logically speaking, we won't do that. For the sake of quality and money. Understand?

Ok lagi satu, ada yang kata lebam-lebam sekitar kepak ayam tu la bekas kena cucuk. Guys, that is the effect of mishandling. Especially masa harvesting.Tangkap ayam, hempas. Tarik kepak sesuka hati, angkat, lempar. Memang lebam lah ayam tu. kalau kita pun kena cuit sikit dah lebam sana sini. Apetah lagi ayam.

Sebab tu kita yang belajar animal science ni sangat pentingkan welfare. Kerana akhirnya dia balik kepada quality ayam tersebut. Cantik ayam, maka cantik la duitnya. Can you imagine the loss kalau ayam kena reject semata-mata sebab lebam macam tu. Dekat pasar malam mungkin orang tak kisah sangat. Tapi dalam commercial market, ayam yang tak cantik macam tu tak boleh dijual seekor terus. Kena potong-potong pulak. Kos lagi. - Nur Hanani

Jom baca perkongsian ini pula.

Jadi lepas ni tak takut dah kot nak makan 'chicken Wing' bakar. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hidup Manusia di Dunia Hanya 1.5 Jam Waktu Akhirat
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

KEHIDUPAN dunia memang begitu singkat, terlebih jika dibandingkan dengan masa di akhirat. Setiap mahkluk bernyawa pasti akan mati. Itulah kenapa kita diperintahkan beramal baik sebagai bekal menuju kehidupan akhirat yang kekal.

Kehidupan dunia memang begitu singkat, terlebih jika dibandingkan dengan masa di akhirat. Akan terasa sangat pendek. Konon, satu hari di akhirat itu sama dengan seribu tahun masa di dunia.

Sehingga, jika hidup manusia dirata-ratakan berusia 63 tahun layaknya Nabi Muhammad, maka boleh disimpulkan jika masa hidup di dunia ini hanya 1.5 jam masa akhirat.

Di dalam Al-Quran dijelaskan jika satu hari di akhirat, sama dengan seribu tahun kehidupan di dunia. Tidak boleh dipercayai? Susahkah diterima logik? Lagi-lagi, hal ini sangat mudah diterima logik muslim.

Kerana semuanya berpunca dari Al-Quran, yakni kalam yang disampaikan langsung oleh Pencipta alam semesta, Allah SWT. Bagaimana akan menolaknya? Sedangkan Dia, Yang Maha Tahu segala-galanya. Hal ini dinyatakan dalam Al-Quran, Allah Taala berfirman:

"Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu," (QS. Al Hajj: 47)

Juga dalam surat As-Sajadah: 5 yang bermaksud: "(Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu," (QS As-Sajadah : 5)

Jikalau demikian, maka menurut perhitungan matematik apabila 24 jam sama dengan 1000 tahun, 3 jam di akhirat sama dengan 125 tahun dan 1.5 jam di akhirat sama dengan 62.5 tahun di dunia. Apabila umur manusia rata-rata 60-70 maka hidup manusia tersebut hanya 1.5 jam jika dilihat dari langit. []

Sumber: dream.co.id

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 16, 2017 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa - "MEMPUNYAI anak yang ramai tidak bermakna hidup kita akan dilimpahkan dengan kesenangan semasa kita sihat atau ketika kita telah tua. Kerana belum tentu 10 anak yang dilahirkan boleh menjaga kita apabila kita tua nanti atau boleh bantu kita tatkala kita susah. Kadangkala anak-anak inilah yang akan beri kita ujian maha besar ketika membesarkan mereka atau ketika kita tua nanti.

"Saya tidak bercakap memperkecilkan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan anak-anak mereka, kerana kehadiran anak amat mereka nantikan setelah berkahwin. Malah ada suami kahwin lagi kerana inginkan zuriat yang menjadi kebanggaan mereka. Tetapi setelah anak itu lahir, belum tentu anak itu boleh membahagiakan hidup mereka, baik ketika mudanya, atau setelah tua nanti.'' Itu cerita Shaliza dalam e-mel pendeknya dan ketika ditemui baru-baru ini.

Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa
"Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan mengumpat, tetapi untuk beri kesedaran kepada ibu bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sama rata, jangan bezakan antara mereka, khususnya antara anak bijak pandai dengan anak yang kurang pandai sambil mengharap anak yang lebih pandai dan bijak itu boleh membantu kita bila tua nanti. Sebaliknya yang tak punya harta dan tidak pandai itulah yang berkorban menjaga anda ketika tua dan nanti.

"Saya bercerita sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca semua tentang apa yang berlaku dan melihat depan mata saya sendiri betapa perbuatan membezakan anak-anak ini membawa masalah kepada diri kita apabila tua. Contoh opah saya, punyalah sayangkan anak-anak lelaki dan anak perempuan yang bijak pandai kerana mereka dapat kerja yang baik-baik serta berpangkat, sementara yang tidak bekerja dan kurang pandai ini dipinggirkan.

"Seingat saya setiap kali pergi rumah opah, dia selalu puji pakcik dan makcik yang berpangkat, berkereta besar dan suruh saya rajin belajar supaya boleh jadi macam mereka. Bila pakcik dan makcik berkahwin dan ada anak, saya adik-beradik pulak merasa dipinggirkan sebab emak ayah kami tidak ada kereta besar. Kalau bercakap dan bercerita semua tentang cucu-cucu yang kaya ini sahaja yang dapat tempat di hati opah. Sementara kami dilupakan.

Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa

"Oleh sebab saya cucu kedua daripada emak yang juga anak sulung opah, tentulah saya dapat lihat sendiri perbezaan layanan opah. Pertama kerana emak tak bekerja dan ayah tak berpangkat. Awalnya memang abang dan saya dapat perhatian opah sebab cucu sulung. Tetapi berubah setelah pakcik dan makcik ada anak masing-masing. Bukan cemburu, tetapi nak cerita pasal perbezaan layanan opah, sebab akhirnya opah sendiri kecewa tidak mendapat layanan daripada anak-anak yang berpangkat dan bijak pandai seperti yang opah harapkan.

"Opah ada lima orang anak. Emak anak sulung, tak bekerja, tiga lagi adik emak semuanya bekerja dan bergaji besar, yang bongsu lagi pandai bekerja dan duduk luar negara, maklum 'orang minyak'. Saya masih ingat lagi kalau opah bercerita dengan jiran dan saudara mara yang datang ketika Hari Raya atau kenduri, semua tentang anak-anak opah yang pandai, pasal gaji, rumah dan kereta besar mereka. Dan saguhati serta hadiah yang mereka beri kepada opah.

"Tetapi hari berubah apabila anak-anak opah berkahwin dan kemudian ada anak sendiri. Mereka mula kurang beri perhatian dan sagu hati pada opah. Saya dapat lihat pasangan mereka mula tidak suka balik rumah opah. Kalau balik pun setahun sekali dua saja. Alasan mereka sibuk, anak-anak sekolah, tusyen, kelas tambahan, anak periksa dan pelbagai alasannya.

Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa

"Apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka juga jarang balik rumah opah kerana aktiviti seperti kelas muzik, sukan dan hal peribadi. Opah dan atuk semakin sunyi terutama apabila usia semakin tua. Dan opah semakin sibuk uruskan atuk yang sakit-sakit.

"Bila atuk masuk hospital, opah suruh emak telefon pakcik dan makcik suruh balik. Kerana atuk sering keluar masuk hospital, bukan selalu mereka boleh balik. Lagi sedih atuk duduk hospital kerajaan sebab atuk kakitangan kerajaan. Saya perhatikan banyak perbezaan antara atuk dengan adik atuk apabila sakit, anak-anak mereka masukkan ayah mereka di hospital swasta tapi atuk duduk hospital kerajaan. Sedangkan anak-anak atuk bergaji besar, konon.

"Ketika atuk meninggal dunia cuma emak, ayah dan kami adik-beradik yang mengadap. Anak-anak opah sampai setelah atuk dimandikan dan dikapankan, sementara yang di luar negara sampai sehari selepas atuk dikebumikan. Sementara cucu-cucu opah tidak semuanya dapat balik, termasuk menantu perempuan opah, sebab bekerja.

"Ketika atuk di hospital, emak dan opah sahaja yang sering datang menguruskan makan minum atok. Saya lihat opah memang sedih dan kecewa. Tapi opah diam. Lepas sehari atuk meninggal, masing-masing balik ke rumah mereka, tinggallah opah sendirian. Emak ajak opah tinggal bersama kami, tetapi opah tolak, dia tak mahu rumahnya tinggal. Jadi terpaksalah emak berulang alik jengok opah, dalam seminggu dua atau tiga kali. Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa

"Untuk keselamatan opah, emak minta tolong saudara berdekatan datang jengok opah. Masa berlalu begitu pantas, ketika saya dan abang bekerja dan pindah ke bandar, emak terpaksa bawa opah tinggal bersamanya, sebab keadaan opah sering sakit dan emak tak mahu opah tinggal sendirian. Ada kalanya emak terpaksa tidur di hospital jaga opah beberapa hari.

"Sepanjang opah di rumah kami, saya dapat lihat dengan jelas anak-anak opah yang lain jarang datang jengok opah...," Shaliza merumuskan ceritanya. - mydebat.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: