8 Messages
Digest #4683
Messages
Wed Feb 15, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mula-Mula Suruh Rakyat Buat 2 Kerja, Bila Dego Ride Dah Berkembang Halang Pula - Kerajaan Jenis Apa Ni Soal Peguam DAP.
bloglist-malaysia.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Zulhazmi Shariff
DEGO RIDE
Dego Ride
Sebelum ini kita dikalutkan dengan isu perkhidmatan Uber dan GrabCar. Sekarang kita heboh dengan Dego Ride. Dego Ride sama seperti Uber dan GrabCar tetapi menggunakan motorsikal berbanding Uber dan GrabCar yang menggunakan kereta.
Pengasas Dego Ride
Adakah Dego Ride melanggar undang-undang?
Jawapannya YA kerana motorsikal yang digunakan berdaftar dengan JPJ sebagai kenderaan persendirian untuk kegunaan sendiri sebaliknya mereka menggunakannya untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan.
Malaysia mempunyai undang-undang yang mengawal pengangkutan awam antaranya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2010.
Kenapa Uber dan GrabCar boleh dibenarkan tetapi tidak Dego Ride?
Ini masalah pentadbiran bukan masalah perundangan. Uber, GrabCar dan Dego Ride adalah sama di sisi undang-undang iaitu kenderaan persendirian yang dilesenkan untuk kegunaan persendirian bukan untuk tujuan perdagangan atau perkhidmatan.
Alasan Kerajaan tidak membenarkan Dego Ride setakat hari ini ialah alasan keselamatan kononnya menggunakan motorsikal adalah merbahaya. Ini hanya alasan pentadbiran bukan alasan undang-undang. Jika Uber dan GrabCar boleh dibenarkan sewajarnya Dego Ride juga boleh dibenarkan dengan kawalan dan syarat-syarat tertentu seperti mana Uber dan GrabCar.
Kenapa Uber, GrabCar dan Dego Ride wujud?
Peningkatan kos sara hidup mengakibatkan masyarakat terpaksa kreatif dalam usaha meningkatkan pendapatan bagi menampung pendapatan sedia ada.
Kerajaan juga melalui seorang menteri meminta rakyat Malaysia supaya melakukan lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan justeru ianya disahut rakyat dengan pelbagai saluran yang ada.
Kerajaan gagal mengurus ekonomi negara dan kemudian terus menerus menekan rakyat. Kerajaan jenis apa ni?
Zulhazmi Shariff
15 Februari 2017
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? Kematian misteri seorang warga Korea Utara di klia2 pada Isnin mencetuskan minat dalam peranan pembunuh upahan wanita yang dikatakan dilatih oleh rejim terpencil untuk membunuh musuh negara, lapor The Star.
Korea Utara diketahui menggunakan wanita sebagai sebahagian operasi rahsianya, termasuk membunuh dan memeras ugut.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? The Star memberikan contoh Kim Hyun-hee yang kini hidup dalam buangan, dalam temu bual bersama ABC News Australia pada April 2013, mendedahkan bagaimana ketika berusia 25 tahun, beliau dilatih oleh rejim organisasi intipan terpencil untuk melaksanakan pengeboman penerbangan 858 Korean Air yang membunuh 115 orang pada 1987.
Serangan itu dilaporkan dirancang untuk menghalang pasukan luar mengambil bahagian dalam Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan.
Wanita itu dan teman pengkomplotnya ditahan di Bahrain, dan kedua-duanya menelan pil sianida kerana rela membunuh diri, daripada ditangkap.
Bagaimanapun, beliau terselamat dan selepas membelot, kini beliau menetap di lokasi rahsia di Korea Selatan dikelilingi pengawal kerana bimbang dibunuh pembunuh upahan Korea Utara.
Penyiasat kini menyiasat jika pembunuh upahan wanita turut terbabit dalam kematian misteri seorang warga Korea Utara yang di pasportnya tertera nama Kim Chol, 46, dengan pasport bernombor 836410070, dari Pyongyang.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?
Laporan menunjukkan Kim Chol, yang sebenarnya Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un. Jong-Nam dilaporkan hidup dalam buangan di Macau dan dalam perjalanan pulang ke sana dari Kuala Lumpur apabila dia tiba-tiba sakin di lapangan terbang.
The Star turut melaporkan 2 wanita berkulit cerah, kedua-duanya rambut paras bahu, berjalan menuju ke arah Jong-Nam yang tidak mengesyaki apa-apa, dan menyerkup mukanya dan menyimbah sejenis cecair sebelum meninggalkan mangsa dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
Salah seorang wanita itu berbaju putih, skirt jeans dan beg sandang belakang biru. Wanita kedua berbaju biru dan seluar jeans. Kedua-duanya dipercayai mirip wanita Korea.
Selepas bertindak seberani itu, mereka keluar dari terminal klia2 dan menaiki teksi, lapor The Star.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat memberitahu Bernama mangsa dilihat bersusah payah meminta bantuan dan dibantu penyambut tetamu di lapangan terbang ketika matanya seperti terbakar akibat cecair berkenaan.
Lelaki itu kemudian dibawa menaiki ambulans tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan juga penyerangnya yang dipercayai melarikan diri dengan teksi.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?
The Star turut melaporkan tidak semua ejen wanita yang bekerja dengan Korea Utara digunakan untuk tujuan keganasan. Pada 2014, bekas pegawai elit Korea Utara mendedahkan negara itu menjalankan operasi "program pembawa benih".
Dalam program itu, menurut laporan Telegraph, pelawat berkedudukan tinggi ke Pyongyang akan disediakan dengan "teman" yang cantik dan beberapa bulan kemudian, akan diperas ugut dengan berita kehamilan.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? Mengambil kesempatan atas peras ugut itu, kerajaan Korea Utara akan mendesak mendapatkan berita yang dimahukan atau peluang perniagaan dengan wartawan atau ahli perniagaan yang disasarkan. - fmt
Hangat!!! Dua wanita bunuh Kim Jong Nam ditemui mati
bloglist-malaysia.
gigitankerengga
Beberapa media dan agensi berita melaporkan dua wanita disyaki pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ditemui mati.
Antara yang melaporkan demikian adalah Ketua Biro ABC News, Joohee Cho, di Kuala Lumpur.
Turut melaporkan demikian adalah wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida yang memetik laman berita Kyodo News dari Jepun berkata mayat kedua-dua wanita itu telah ditemui.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan rakaman seorang suspek di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang tersebar meluas.
Wanita itu berambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang membawa satu beg tangan.
Sebelum ini, amalan ejen khas Korea Utara membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali.
Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara.
Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal.
Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain.
"Mangsa merasakan seseorang memegang muka beliau dari belakang. Beliau kemudian merasa pening," kata pegawai polis itu.
"Selepas diserang, beliau meminta bantuan di kaunter KLIA. Kami tidak pasti ia kain atau jarum."
-malaysiakini
Abang Tiri Kim Jong Un Dibunuh di KLIA Semalam - Laporan
siakapkeli.my
Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, lapor beberapa portal antarabangsa dan tempatan.
Menurut agensi berita Korea Selatan,Yonhap, sumber kerajaan Seoul berkata Kim Jong Nam dipercayai dibunuh semalam tetapi tiada maklumat lanjut yang diberikan.
Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dibunuh dua ejen wanita yang tidak dikenali menggunakan jarum beracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur.
Menurut beberapa sumber kerajaan Korea Selatan, dua wanita terbabit melarikan diri menaiki teksi selepas itu, katanya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki korea berusia 40-an ditemui sakit di KLIA semalam sebelum dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
"Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini. Kami belum mengesahkan identitinya," katanya.
Kedua-dua Jong Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Il yang meninggal dunia pada 2011, tetapi mempunyai ibu berlainan.
Sumber: Harian Metro
Abang Kim Jong Un Mati Dipercayai Diracun Oleh 2 Perisik Wanita
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ditemui mati di negara ini pada siang tadi (14 Februari), lapor Yonhap News Agency.
Kim Jong Nam merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-il.
TV Chosum melaporkan bahawa Kim telah diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh dua orang wanita yang dipercayai merupakan perisik Korea Utara.
Kedua-dua wanita itu masih belum dikenal pasti, lapor beberapa sumber daripada kerajaan Korea Selatan.
Jong Nam menyembunyikan diri di negara ini selepas pakcinya, Jang Song-thaek dibunuh Jong Un pada tahun 2014.
Mendiang sebelum ini terselamat daripada cubaan membunuh di Macau pada tahun 2011.
Walaupun Jong Nam dilihat sebagai calon pewaris takhta paling menyerlah sebelum ini, beliau menjadi kurang popular selepas insiden di mana beliau ditahan semasa hendak masuk ke negara Jepun menggunakan pasport palsu bersama-sama dua orang wanita dan seorang kanak-kanak.
Beliau berkata beliau hanya ingin melawat Disneyland.
Jika berita ini disahihkan, kematian Jong Nam ini akan menjadi kes pembunuhan paling berprofil tinggi dalam sejarah rejim pimpinan Kim Jong Un sejak hukuman mati Jang Song-thaek.
Jong Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow.
Polis Sahkan Lelaki Warga Korea Yang Mati di KLIA2 Adalah Abang Tiri Kim Jong Un
siakapkeli.my
14 Feb - Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara sah mati dibunuh di KLIA2, lapor BBC.
Pengesahan itu tiba selepas terdapat beberapa laporan media berkata Kim Jong-nam mati dibunuh semalam oleh dua wanita di lapangan terbang itu.
Menurut BBC, pengesahan itu dibuat oleh satu sumber rapat dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan kini mayatnya sedang dibedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan lelaki Korea Utara yang meninggal dunia di KLIA2 adalah Kim Jong-nam.
"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.
"Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita," katanya.
"Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.
"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," katanya
Sumber: BBC, Twitter Astro Awani, Sinar Harian
Abang Jong-Un dibunuh di Malaysia
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam – abang tiri pemimpin negara itu, Jong-Un.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.
"Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita," katanya.
"Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.
"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," beliau dipetik sebagai berkata.
Polis buat masa ini mengelaskan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat.
Kedutaan Korea Utara juga telah dimaklumkan berkaitan perkara itu.
Sementara itu, petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik Hospital
Putrajaya sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi tidak dibenarkan menghampiri tempat itu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:44 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pemandu Maut Kereta Terjunam Dari Tingkat Tiga Kondominium
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Seorang lelaki maut selepas kereta Toyota Innova yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari tingkat tiga di kawasan letak kereta bertingkat di Kondominium Pelangi Indah hari ni.
Menurut Utusan Online, mangsa, Ong Bang Hin, 52 maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Seramai 12 anggota bomba di kejarkan dan menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Yusof, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.57 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Hang Tuah terlibat dalam operasi ini," katanya.
Sumber: Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selangor, Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
Ada seorang kawan menghantar masej agar saya mengulas artikel Malaysiakini berkenaan kenyataan Mahfuz pada artikel "Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k'jaan S'gor".
Mahfuz kata PAS perlu tarik diri daripada kerajaan Selangor dan tak perlu menunggu muktamar PAS April ini.
"Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS," kata Mahfuz.
Bila pula Presiden PAS ada kuasa untuk batalkan Tahaluf?
Dulu semasa berkempen di pada pemilihan muktamar sebelum kalah, Mahfuz juga yang berkacap bahawa Tahaluf dengan DAP dan PKR hanya boleh diputuskan oleh Muktamar. Dia pula semasa itu pengerusi jawatankuasa penapis usul.
Kalau ikut logik Mahfuz, dah tak setuju dengan PKR keluar aje dari Selangor. Maka tak setuju dengan PAS keluar sahaja daripada PAS. Itu logik mudah. Tapi Mahfuz mungkin dia sendiri tak faham pasal dia bukan cerdik sangat. Maaf aku bukan nak perlekehkan kelulusan akademiknya. Ada pemimpin PAS lain sama macam dia setakat SPM tapi tak bodoh macam Mahfuz ini.
Kalau kita berbeza pandangan dan tak setuju dengan PAS keluar sahaja masuk parti lain. Lihat Saifudin Nasution daripada ahli PAS sepanjang hayat keluar PAS senyap-senyap bersama PKR. Selagi dia tak serang PAS, ada PAS serang dia. Melainkan dia kini jadi bodoh juga macam Mahfuz membuat fitnah kononnya PAS nak lantik Kuli jadi PM sedangkan DAP yang minta PAS berhubung dengan Kuli. Kena sebiji dengan Cikgu Pa, Rafizi dan Saifuddin terduduk. Akhirnya orang tahu cerita sebenar disebalik pertemuan 10 mata antara 5 pemimpin PAS dan 5 pemimpin PKR.
Ok rasa saya pun malas nak layan Mahfuz, biar dia 'sasau' sendiri. Dulu ada juga BERSATU nak lantik dia jadi AJK, tapi dengar cerita ada orang kuat BERSATU tak setuju, takut hubungan dengan PAS jadi panas.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Bukan Islam anjur forum hudud bersama PAS di P Pinang
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
GEORGE TOWN: Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.
Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum "PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas".
Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.
Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.
Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabk
"Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.
"Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.
"Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan," kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.
Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.
Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.
Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.
"Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.
"Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.
"Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau," kata Jailani.
PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.
Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.
Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/
PRU14: Kedudukan PKR Lebih Terancam
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat dalam situasi terkini politik Selangor, kedudukan PKR dilihat lebih terancam berbanding Pas.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata, jika pengundi Pas menarik sokongan ke atas Pakatan dan tidak mahu mengundi PKR, maka parti itu akan hilang banyak kerusi.
Kini di Selangor katanya, parti yang benar-benar kukuh dan boleh meraih kerusi di Dun adalah DAP, Pas dan Umno.
"PKR dan Amanah akan berhadapan krisis hanyutan sokongan rakyat terutama dari kalangan orang Melayu kerana sikap mereka yang melebihkan DAP serta meminggirkan Pas.
"Saya ramalkan selepas PRU14 akan berlaku senario kedudukan kerusi Dun yang rumit untuk menubuhkan kerajaan negeri dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta PKR akan tinggal kenangan sahaja," katanya.
Md Shukri berkata, jika DAP mahupun Amanah yang dilihat seolah penyokong kuat DAP gagal berkompromi dengan Pas Selangor, maka PKR akan jadi mangsa hilang kerusi di Dun termasuk hilang kerusi menteri besar (MB).
"Eloklah jika kerusi MB Selangor diberikan peluang kepada Pas jika Umno dapat bekerjasama dengan parti itu.
"Cabaran Pas Selangor kepada Amanah untuk memberanikan diri bertanding di kerusi Pas adalah cabaran agar parti itu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ihsan serta sokongan DAP sahaja," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, penegasan Khairuddin sekiranya Amanah ingin meneruskan niat untuk berdepan pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi kemenangan mudah kepada BN mempunyai asasnya.
Menurutnya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia hanya akan mengukuhkan dominasi DAP di Selangor mewakili Pakatan dan Pas pula akan kekalkan beberapa kerusi, manakala BN menerusi Umno akan menang beberapa kerusi tambahan.
Katanya, jika Pas dan Umno bekerjasama membentuk kerajaan baru Selangor pun tiada masalah.
"Soal satu lawan satu pula hanya sebuah teori dan impian politik sahaja, ia bukan satu ketetapan.
"Parti-
- Sinar Harian
PKR akan jauhi PAS dan Bersedia Pertandingan 3 Penjuru
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.
Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.
"Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS)," kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.
Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.
Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.
Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.
Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.
Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.
"Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.
"Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru," katanya.
Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.
"Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.
"Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama," kata Saifuddin kepada FMT.
Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.
"Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.
"Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat," katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.
Congok Bodoh Kajian Invoke Rafizi
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Tadi sembang dgn Gang PanDAP kt Masjid selepas kuliah..
Depa ulas bab sokongan PAS hanya 21% berbanding PH + Bersatu yg 24%..
Maka ini jawapan saya kepada PH dan Bersatu, mari kita lihat pecahan sokongan seperti yg di war²kan YB Rafizi.
PAS. - 21%
DAP. - 10%
PKR. - 8%
Bersatu - 4%
PAN. - 2%
PAS akan bertanding ditempat Majority Melayu bukan cina maka tiada sokongan DAP tak menjadi masalah buat PAS.
Di tempat Majority Melayu Islam
PAS mendapat sokongan 21% dan PKR, Bersatu dan PAN hanya 14%.
Dari Info semasa ramai ahli UMNO dan atas pagar yg marah kt PakJib lebih sanggup mengundi PAS dari Parti yg bersekongkol dgn DAP kerana mereka tk mahu TPM dari DAP.
Ramai umat Islam marah pada PKR, PAN dan Bersatu kerana mendiamkan diri mengenai campur tangan Sang Kafir terhadap Fatwa di Pulau Pinang.
Dengan isu terkini yg melanda PH + Bersatu dan Kenaikan Harga Petrol dan barang ini membuat rakyat benci dgn PkJib ini PAS menjadi Pilihan Rakyat.
Kepada Bakal² mantan YB UMNO, PKR, PAN dan Bersatu, jangan lah meroyan nanti yer..
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:48 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PAS sahkan Jamil Khir akan hadiri himpunan Akta 355
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Malaysiakini 15/2/17
a.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan hadir pada perhimpunan menyokong pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan, berkata Jamil Khir akan hadir atas kedudukannya sebagai menteri kabinet.
"Beliau akan (menyertai kami) pada sesi solat," katanya, sambil menambah bahawa tindakan itu membuktikan pihak kerajaan menyokong perhimpunan tersebut.
Menurutnya, perhimpunan 18 Februari ini bukannya anjuran PAS tetapi didukung bersama oleh sepuluh NGO sebagai penganjur.
Perhimpunan Sabtu ini bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
"Terdapat himpunan untuk orang Islam dan bukan Islam, kami jemput semua rakyat Malaysia untuk hadir," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, pemimpin bukan Islam Persatuan Pendebat BN dan Persatuan Hindu Pahang adalah antara 21 orang dijemput untuk berucap.
Perhimpunan itu diadakan untuk menyokong usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan akta berkenaan.
Nasrudin yang juga adalah ahli parlimen Temerloh yakin bahawa perhimpunan itu akan berjaya menarik kehadiran lebih 200,000 orang walaupun Padang Merbok hanya boleh menampung 45,000 orang.
Perhimpunan ini dijadual bermula jam 2 petang hingga 11 malam.
Sebelum ini, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai BEBAS mengumumkan akan mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama
Ku Li belum muktamad putuskan sokong atau tidak pindaan RUU 355 dalam Parlimen
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan, beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan menyokong atau tidak berhubung pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dijangka dibahaskan di Parlimen pada sidang akan datang.
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hanya berkata, "kita perlu tunggu" ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri forum "Sejauh Mana Anda Memahami Hudud" anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya, Ahad lalu.
Pada forum itu, Profesor Undang-undang UiTM, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, pindaan RUU 355 yang di bawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan kerana bertentangan dengan hak kebebasan beragama serta konsep kesamarataan mengikut undang-undang, lapor FMT.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li sebelum ini berkata, tidak akan menyokong mana-mana RUU jika ia bertentangan dengan perlembagaan.
Mengulas mengenai pandangan Shad Saleem mengenai RUU355, Ku Li berkata, hujah yang dikemukakan pensyarah UiTM itu berdasarkan kepakarannya dalam undang-undang.
Ku Li berkata, melihat kepada perjalanan forum tersebut, membuktikan masih banyak pihak yang tidak jelas dengan RUU 355.
"Kita dengar pandangan orang ramai yang hadir forum ini, mereka masih tidak berpuas hati.
"Berdasarkan pendapat dilontarkan sebentar tadi, menunjukkan sebahagian daripada apa yang sudah dibuat adalah bertentangan dengan perlembagaan.
"Undang-undang sedia ada misalnya di Kelantan juga bertentangan dengan perlembagaan.
"Jadi pindaan RUU355 yang dicadangkan ini bertujuan membolehkan undang-undang yang diluluskan di Kelantan dilaksanakan dengan hukuman lebih kuat, lebih setimpal dengan kesalahan dilakukan," katanya.
Pada 2015, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) supaya ia ditingkatkan dengan perlaksanaan hukuman lebih tinggi seerti hukuman atas kesalahan mencuri dan merompak.
Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
Selain Shad Saleem, panel lain pada forum itu ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainual Abidin dan Pensyarah Sains Politik USM, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
PAN tak hadir Himpunan 355
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
SHAH ALAM: Amanah tidak akan menyertai Himpunan 355 yang dianjurkan PAS pada Sabtu ini.
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata parti tidak mempunyai sebarang perbincangan berhubung penyertaan ke himpunan tersebut.
"Mungkin tidak, tidak ada arahan dan kita pun tidak bincang," katanya ringkas kepada Antarapos hari ini.
PAS sebelum ini mengumumkan penganjuran Himpunan 355 dengan mempelawa semua parti politik untuk hadir menyatakan sokongan terhadap langkah Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Menurut PAS, di samping untuk menyatakan sokongan kepada langkah Hadi itu, himpunan itu juga adalah bagi memberi penerangan lebih jelas kepada masyarakat bersabit langkah untuk meminda Akta 355.
Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibawa ke sidang Parlimen, Mac ini, dan ini merupakan kali ketiga ia dibawa selepas melalui dua kali penangguhan sebelum ini.
RUU 355 dibentang kali pertama oleh Hadi pada 26 Mei tahun lalu, dan kali kedua pada 24 November tahun yang sama.
Usul itu mencadangkan pindaan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah untuk mengeluarkan hukuman bagi kesalahan takzir yang kini masih terhad kepada maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000, atau enam kali sebatan.
Akta 355 kali terakhir dipinda pada 1984, apabila hukuman dinaikkan daripada penjara enam bulan dan denda RM1,000.
- ANTARAPOS
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, February 12, 2017 10:46 PM
Subject: Fw: DBKL benarkan PAS guna Padang Merbok
Royalti seru orang ramai sertai himpunan RUU355
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) Kelantan menyokong penuh usaha ke arah mengukuhkan sistem perundangan syariah di Malaysia.
Bagi merealisasikan perkara itu, R Kelantan akan menyertai Himpunan 355 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong usaha tersebut memandangkan ia merupakan salah satu langkah ke arah menjaga kepentingan muslim.
Beliau menambah, R Kelantan, berpendirian menyokong sepenuhnya bil itu kerana menginsafi pindaan undang-undang tersebut akan membawa kepada pembaikan pengamalan undang-undang Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menjadikan RUU 355 sebagai isu politik, perkauman.
"Setelah ia diketengahkan sebagai suatu Rang Undang-Undang Persendirian, diharap perbahasan sihat berlaku dengan baik di Parlimen.
"Segala permainan politik dalam hal-hal sebegini akan membawa akibat buruk kepada rakyat," ujarnya.
Sambungnya, ia bertepatan dengan roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan yang mempunyai kedudukannya tertinggi seperti yang terkandung di dalam Perkara 3.
Beliau turut menyeru orang ramai menyertai Himpunan RUU 355 ini. – HARAKAHDAILY
PKR terbit buku penerangan RUU355
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
SHAH ALAM: PKR mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya bersabit Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Menurut Ketua Penerangannya Syed Ibrahim Syed Noh, buku yang bertajuk "Pemerkasaan Perundangan Syariah Di Malaysia" ini juga mahu memberi penerangan berkaitan isu itu sekali gus meleraikan kekusutan dan kekeliruan yang timbul.
"Ia turut menyentuh kecelaruan kefahaman dan persepsi masyarakat terhadap RUU355, memetik panduan dan contoh tindakan oleh ilmuan dan pemerintah dalam soal penetapan hukum, menegaskan kepentingan melaksana keadilan dan menangkis sikap melampau serta merujuk kepada pengalaman dan perkembangan negara-negara umat Islam yang lain," katanya pada kenyataan media.
Katanya, buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.
Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 20 Oktober 2016.
Tambahnya, PKR juga akan mengedar risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.
"Penyerahan khusus juga akan dibuat kepada institusi-institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat-pejabat mufti negeri, jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama Islam negeri.
"Selain itu, penyerahan juga akan dibuat kepada Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri serta badan-badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam. Tidak ketinggalan juga kepada parti-parti politik dan pihak media," katanya.
Tambahnya, buku risalah berkenaan boleh dirujuk secara atas talian melalui laman sesawang PKR, http://keadilanrakyat.org/syariah.
PAS, diketuai presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membawa usul untuk meminda Akta 355, yang menimbulkan kritikan daripada parti pembangkang lain.
Ia bagi membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
PAS juga mahu menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok bagi mendapatkan sokongan rakyat berhubung pindaan itu pada 18 Februari ini.
DBKL benarkan PAS guna Padang Merbok
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada PAS mengadakan perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok, pada 18 Februari ini.
Persetujuan itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.
"Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) 'River of Life' yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.
"DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan, (asalkan) mematuhi syarat ditetapkan," katanya.
Keputusan ini berbeza dengan pendirian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan lalu yang bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, sebaliknya mencadangkan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.
PAS bagaimanapun menggesa DBKL mempertimbangkan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang hadir menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ekoran perkembangan terbaru ini, penganjur himpunan balas 'Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi' yang pada mulanya memilih Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan akan berpindah ke Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, pada hari sama.
Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas itu terkejut dengan keputusan DBKL memberi kelulusan kepada PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.
"Ia menunjukkan keinginan PAS untuk mencetuskan kekecohan dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU 355 secara aman.
"Memandangkan Bebas tidak berminat berkonfrontasi dengan PAS, kami memutuskan berpindah ke lokasi lain. Kami sudah maklumkan kepada polis, seperti diperuntukkan undang-undang," kata ahli NGO itu, Azrul Mohd Khalib dalam kenyataan hari ini.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, January 19, 2017 10:37 PM
Subject: Fw: remaja 14 tahun lebih faham Perlembagaan
Remaja 13 Tahun Lapor Polis Selepas Guan Eng Muat Naik Kenyataan Mengelirukan Berhubung RUU 355
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan pemimpin itu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dimuat naik ke laman blognya dua bulan lalu.
Laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan, Ahmad Ali Abdul Karim di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada 24 November tahun lalu setelah membaca artikel di laman blog Guan Eng yang dilihat mengeluarkan pernyataan mengelirukan terhadap RUU355 itu.
Ahmad Ali berkata, dalam artikel terbabit, Guan Eng telah mengeluarkan empat dakwaan berbaur hasutan membabitkan rang undang-undang tersebut.
"Antara dakwaan dibuat Guan Eng itu adalah menegaskan bahawa DAP menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, jadi cubaan pindaan terhadap hukuman di bawah RUU355 itu mengarah ke arah hudud," katanya menerusi artikel yang dimuat naik di laman blognya, https://ahmadalikarim.wordpress.com/2016/11/26/police-report-on-lim-guan-engs-false-statements baru-baru ini.
Selain itu dalam artikel tersebut katanya, Guan Eng turut memberi pandangan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk dikritik kerana tidak berpegang pada janji dan prinsip mereka untuk bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sanggup menyokong UMNO yang bekerjasama dengan Pas sehingga membelakangkan Perlembagaan negara bagi membolehkan RUU355 dipinda.
"Akhir sekali, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengulangi dakwaan beliau terhadap kegagalan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP meninggalkan Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekali gus ke arah mendekati perlaksanaan hudud," katanya.
Laporan polis yang beliau buat sebelum ini turut mendapat perhatian daripada portal propembangkang minggu lalu.
Ahmad Ali dalam pada itu menegaskan, laporan polis yang dibuat bukan disebabkan pemimpin itu menentang RUU355 tetapi membabitkan kenyataan beliau mengarah ke arah hasutan yang jelas menyalahi undang-undang negara.
"Saya sayang negara saya dan tidak mahu melihat keamanan serta keharmonian yang dikecapi semua rakyat ketika ini hilang akibat beberapa perkataan hasutan yang dikeluarkan oleh individu-individu tertentu.
"Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat memandangkan beliau adalah pemimpin tertinggi parti politik," tegasnya.
Pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan undang-undang lain kerana ia adalah usul pindang yang biasa dilakukan dalam proses demokrasi.
Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, ini adalah proses yang dibenarkan dalam demokrasi secara umum.
Malah, pengenalan kepada usul pindaan ini juga tidak melanggar apa-apa peraturan mesyuarat Parlimen.
Selain itu, Shamrahayu juga turut menepis anggapan bahawa cadangan pindaan ini bercanggah dengan kerangka atau sifat perlembagaan.
"Hujah kerangka atau sifat sekular Perlembagaan itu bukan suatu yang benar kerana banyak pandangan yang menyanggah pendekatan yang meletakkan bahawa kerangka asas Perlembagaan Persekutuan adalah sekular.
"Walaupun pada awalnya kita dapati ada kenyataan-kenyataan yang meletakkan sifat sekular, tetapi bila dilihat kepada peruntukan berkaitan Islam dan ruang sejarah yang lebih makro, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mempunyai kerangka agama Islam.
"Jelas sekali ia bukan kerangka sekular. Ia dapat dilihat dalam Perkara-Perkara 3, 12(2), 150(6A), 37 dan juga Jadual Keempat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, January 15, 2017 9:28 PM
Subject: Fw: H355 - 'Demam purple'
Himpunan 355: Sokongan Rakyat Melangkaui Pelbagai Warna
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam yang telah berkerjasama dalam menjayakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari 2017 membuktikan usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia mendapat sokongan semua pihak.
Tidak membezakan fahaman politik dan latar belakang semua bersatu demi melihat peranan mahkamah syariah mampu dinikmati serta mendapat fungsi sebaiknya demi kebaikan umat Islam.
Antara pertubuhan yang turut sama sebagai penganjur Kongres Rakyat, Majlis Sekretariat Ulamak Umarak (UMUM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Peguam Musliam Malaysia, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Majlis Ittihad Ummah Malaysia ( ITTIHAD), Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pendukungn & Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) , Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia( PROFESIONAL) dan Pertubuhan Pembela Pembela Islam (PEMBELA).
Menurut Pengarah Himpunan 355, Ustaz Nasrudin Hasan bertemakan purple akan siri kempen serta roadshow 'Road to #H355' sedang berlangsung dan kini marak keseluruh negara.
"#H355 mengangkat tema Syariat diperkasa, Rakyat sejahtera. Malaysia perlukan perubahan.
"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.
"Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt.
"Sekaligus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta," ujanya.
Nasrudin berkata, Himpunan 355 (#H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli - ahli parlimen yang ada sekarang.
PAS terbuka bersama demi memperkasakan peranan mahkamah syariah untuk kebaikan bersama.
Terkini!!! Himpunan 355 lakar sejarah umat Islam
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot
.
Pengumuman rasmi telah dibuat. Himpunan penyokong dan pendukung Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 sebagaimana dibayangkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas sidang Parlimen yang lepas kini sudah hampir pasti diadakan.
Menurut Pengerusi himpunan Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Himpunan 355 atau H355 itu akan diadakan pada hari Sabtu 18 Febuari nanti bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang. Ianya anjuran bersama PAS dan beberapa NGO Islam dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Sesungguhnya jarang-jarang sekali umat Islam khasnya orang Melayu pernah atau dapat berhimpun dalam skala yang besar demi mempertahan atau memperjuangkan sesuatu isu.
Antara yang terekod dalam lipatan sejarah adalah penentangan terhadap Malaysan Union sekitar 1946 dan dikuti dengan protes dan hartal peristiwa Natrah pada tahun 1950 di Singapura yang berakhir dengan rusuhan yang telah mengorbankan 18 orang dan ratusan lagi tercedera.
Itu semua sejarah dan berlaku sebelum merdeka.
Kini kita sudah merdeka dan berdaulat. H355 bukannya suatu protes apatah lagi bukan demonstrasi jalanan yang boleh berakhir dengan rusuhan.
H355 adalah sebuah himpunan aman. Ia meraikan suatu proses demokrasi yang dimulakan menurut lunas undang-undang yang diambil melalui inisiatif perundangan dam bakal dibentang dan dibahaskan di Parlimen bermula sesi bulan Mac nanti.
H355 merai, menegas dan mengukuhkan sokongan rakyat khususnya umat Islam terhadap satu pindaan undang-undang yang melibatkan hak dan kepentingan mereka.
Himpunan ini mahu membuktikan betapa umat Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara begitu sensitif dan berpegang teguh pada agama mereka. Perlembagaan Negara menjamin bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan setiap penganut agama berhak mengamalkan agama masing-masing.
Himpunan ini bukannya mahu mencabar atau menyerang amalan penganut agama lain, tetapi sesungguhnya mahu menegaskan betapa umat Islam keseluruhannya bersatu dalam isu-isu melibatkan agama dan kepercayaan mereka.
RUU355 adalah usaha untuk memperkasa undang-undang syariah dan mahkamah syariah di Malaysia. Lalu H355 ini mahu membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan betapa pentingnya bersatu dalam menjayakan usaha-usaha seumpama ini.
Melalui H355 ini diharapkan rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan terdedah dan dapat difahamkan betapa penting dan wajarnya RUU355 ini disokong dan diluluskan oleh Parlimen.
Sekiranya rakyat Malaysia khasnya umat Islam dapat bersatu dan keluar berhimpun beramai-ramai pada 18 Febuari ini membanjiri Kuala Lumpur, dengan mengenepikan fahaman dan kecenderungan politik masing-masing, sudah pasti mesej yang berjaya disampaikan nanti adalah bahawa jangan sesiapa campur tangan dan menganggu hak umat Islam mengamalkan agama mereka sebagaimana umat Islam di Malaysia juga tidak sekali-kali akan mengganggu kepercayaan dan amalan penganut agama-agama lain.
Malaysia diakui kekal berdaulat dan merdeka lantaran rakyatnya yang berbilang agama dan kaum sangat menghormati agama dan kepercayaan mereka antara satu sama lain. Urusan agama adalah hak dan urusan masing-masing penganut. Inilah fahaman dan amalan kita sejak berpuluh tahun yang lalu.
Oleh itu apabila ada usaha seumpama RUU355 ini, mengapa tiba-tiba pihak yang tiada berkepentingan mahu bangkit dan protes sekali gus mencetuskan kekeruhan dalam hubungan baik antara pelbagai agama dan kaum dalam negara yang telah dibina sekian lama.
Dalam hal melibatkan agama dan kepercayaan khasnya dalam kes H355 ini, saya yakin dan percaya rakyat Malaysia khasnya majoriti orang-orang Melayu dan mereka yang lain yang beragama Islam akan segera bangkit dan bersatu menyokong dan menyertai H355 ini.
Biarlah kita semua tanpa mengira apa sahaja ideologi, kelas dan kedudukan, sama ada para pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin dan penyokong politik, nelayan, petani, peneroka, guru-guru dan pendidik, para peniaga kecil atau besar, pelajar, buruh atau majikan, keluar beramai-ramai secara aman atas nama menyuarakan sokongan kita kea rah memartabat dan mendaultkan Islam, agama kita 18 Febuari nanti.
Biar H355 ini membuka mata ahli-ahli Parlimen Malaysia khasnya bahawa umat Islam yakni yang mewakili majoriti penduduk dalam negara bertegas mahukan RUU355 ini diluluskan dengan baik.
Ini bukan ancaman, tetapi kiranya selepas H355 nanti, jika masih ada ahli Parlimen dari mana parti sekalipun bertegas mahu menentangnya, maka mereka perlu bersedia ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Islam di kawasan mereka masing-masing.
Itulah demokrasi dan kebebasan.
Rakyat menyokong parti dan wakil yang faham dan sensitif akan isu dan permasalahan mereka. Jika ada parti atau wakil yang menolak kemhauan rakyat, dalam kes ini RUU355, maka mereka memberi isyarat pada para pengundi bahawa dalam isu-isu melibatkan usaha memartabatkan amalan agama Islam mereka akan tentang, maka bersedialah menerima risiko ditolak oleh para pengundi Islam.
Sebagai warganegara Malaysia kita berhak memilih dan mengundi sesiapa sahaja dan demikian juga kita berhak untuk menolak dan tidak mengundi sesiapa sahaja.
Tidaklah keterlaluan dalam hal ini jika umat Islam nanti memutuskan mana-mana wakil atau parti yang tidak "Islamic friendly" wajar ditolak dalam Pilihanraya Umum nanti, itu pengundi bijak namanya.
Bagi saya lamgkah menganjurkan H355 ini mencerminkan kematangan berfikir dan kematangan berpolitik semua pihak yang terlibat. Ini bukan himpunan untuk mengibarkan bendera dan menjuarai ideologi mana-mana pihak. Ini himpunan untuk menyokong usaha memperkasakan Islam yang bakal berlaku di Parlimen bulan Mac nanti.
Siapa yang tidak mahu melihat kesatuan dan kesepakatan umat Islam secara sivil dan berdisiplin, berhimpun menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang yang bakal mendekatkan lagi mereka dengan Yang Maha Pencipta mereka.
Sesungguhnya H355 nanti bakal melakar sejarah kesatuan umat Islam dan rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali sebelum merdeka dahulu.
Pastikan anda antara yang hadir dan mencipta sejarah menyumbang ke arah memperkasakan amalan Islam dalam negara.roslansms@gmail.com
H355: 'Demam purple'
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
1. Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple"
2. Himpunan 355 yang juga bertemakan purple akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur. Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara.
3. Ramai yang bertanya saya kenapa purple? Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup.
4. Justeru itu, H355 mengangkat tema Syariat Diperkasa, Rakyat Sejahtera. Malaysia perlukan perubahan. Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.
5. Sudah sampai masanya negara ini memerlukan pelaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah SWT. Sekali gus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta.
6. Himpunan 355 (H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli-ahli parlimen yang ada sekarang.
7. Insya Allah, Demam Purple ini akan kebah pada 18 FebruarI 2017 akan datang.
Nasrudin Hassan
Pengarah Himpunan 355
11 Januari 2017 / 12 Rabiul Akhir 1438
Kuantan
PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.
Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.
"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.
"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.
"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.
DAP, AMANAH (PAN) turut dijemput hadir Himpunan Akta 355
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.
"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.
"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH (PAN) turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:53 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penggunaan sticker burung goyang kepala 'menggila
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
BAGAIKAN satu kegilaan apabila laman sosial Facebook hari ini dihujani sticker baharu seekor burung berwarna ungu menganggukkan kepalanya yang dikongsi berulang kali dalam hampir semua perkongsian.
Menurut laporan The Verge, beberapa laman Facebook rasmi untuk organisasi seperti Vox, Polygon, Business Insider malahan laman berita CNN, BBC juga dipenuhi komen yang mengandungi sticker berkenaan.
Dalam sebuah artikel milik New York Times, seorang pelayar menggunakan sticker tersebut sebanyak 92 kali!
Difahamkan, penggunaan sticker yang dikenali sebagai 'Trash Doves' tersebut mula tular di Thailand, awal bulan ini.
Walaupun sebahagian pelayar menganggap penggunaan sticker tersebut secara berlebihan adalah kelakar, ia juga dianggap biadap apabila digunakan pada berita berkenaan dengan kematian.
"Apa kena dengan semua orang yang gunakan sticker mengarut ini? Terlalu ramai yang 'spam' sticker ini tak kira pada apa jenis berita," kat Menka laman Facebook berita, Daily Mail.
"Semoga dapat hidayah," kata Pak selepas seorang pelayar menggunakan sticker tersebut pada berita mengenai kematian.
- SH
Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini
siakapkeli.my
Pernah ternampak burung berwarna ungu yang menghentak kepalanya di lantai ketika melayari laman Facebook sejak akhir-akhir ini?
Burung itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari.
Keratan dari video Syd Weiler berterima kasih kepada rakyat Thailand kerana memviralkan ikonnya.
Set stiker Dove
Namun Trash Dove hanya mulai viral apabila ia dipopularkan oleh satu video di Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun, video kartun burung ungu dan seekor kucing itu boleh menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa kerana boleh dikategorikan untuk orang dewasa.
Video yang viral.
Pencipta set stiker itu mengakui terkejut dengan fenomena yang tercetus dari stikernya.
"Ianya bermula di Thailand, sebenarnya - mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)" kata Weiler.
Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand? Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan seseorang yang bujang tanpa harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas.
Namun, ada juga berpendapat burung itu hanya sekadar sedang melayan lagu 'Trash Metal'.
Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet.
Sumber: The Verge, Daily Dot
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Wed Feb 15, 2017 6:53 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bekas pengerusi SPR dakwa Umno guna senarai undi naikkan keahlian
bloglist-malaysia.
wak-labu.
Posted by Mohd Sulaiman
FMT Reporters
Rashid yang kini pemimpin PPBM mempertikaikan dakwaan Umno mempunyai 3 juta ahli.
PETALING JAYA: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian Umno menggunakan nama daripada senarai pengundi untuk dijadikan ahli Umno supaya ahli parti berjumlah 3 juta.
Rashid, kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata ia dilakukan dengan tujuan menubuhkan cawangan Umno di serata negara.
"Belum tentu lagi betul ke tidak 3 juta… Yang saya tahu dulu, tak ada pun. Hanya sejuta sahaja.
"Yang lain semua ketua bahagian masukkan nama daripada senarai pengundi," katanya pada satu forum PPBM di Alor Setar, Sabtu lalu.
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa pemimpin PKR and DAP lain.
Rashid yang berkhidmat dengan SPR selama 27 tahun sebelum bersara sebagai pengerusinya, bagaimanapun tidak menerangkan lanjut, dan berkata perlu masa berjam-jam untuk menghuraikan apa yang diketahuinya.
Rashid yang pernah menyertai pertubuhan Perkasa, sebelum ini secara terbuka mengaku pernah membantu menyusun persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan tujuan mengekalkan kuasa Melayu.
"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" Rashid dilaporkan berkata pada 2013.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Feb 15, 2017 6:53 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Berus Cat Diperbuat Dari Bulu Khinzir
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menyita 377 unit berus cat bernilai RM2,768 kerana dipercayai diperbuat dari bulu khinzir dalam satu operasi di kedai menjual barangan binaan dan hardware, hari ini.
Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, rampasan itu membabitkan tiga kes iaitu dua di Kemaman dan satu di Dungun di bawah Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana tidak mempamerkan label dengan jelas.
Bagi kesalahan itu katanya, peniaga boleh didenda sehingga RM1 juta atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain Dungun dan Kemaman, KPDNKK turut mengadakan operasi mengesan berus cat bulu babi di Kuala Terengganu dan Besut namun tidak merekodkan sebarang kes.
"Kita memandang serius isu ini dengan mengambil tindakan proaktif bagi melindungi hak pengguna dan operasi ini akan diadakan secara berterusan," katanya Azlan kepada media.
-Sinar Harian
Menteri Arah Henti Serta Merta Operasi Serbuan Dan Rampasan Berus Cat Bulu Babi
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah diarah untuk memberhentikan serta-merta operasi serbuan dan rampasan ke atas premis perkakasan binaan yang menjual berus diperbuat daripada bulu babi, lapor Berita Harian.
Menterinya KPNDKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada pengarah penguat kuasa kementerian, Roslan Mahayuddin supaya menghentikan serbuan untuk mengelak timbulnya isu keharmonian antara kaum dan agama.
"Sebagai menteri, saya lihat serbuan ini boleh gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, jadi saya ambil keputusan untuk menghentikan pada Selasa lalu.
"Saya juga tidak mahu melihat isu berus cat bulu haiwan menjadi ia sebagai isu polemik yang boleh memecah-belahkan kita, walhal ia boleh ditangani dengan lebih berhemah," katanya.
Menurut beliau, peniaga perkakasan binaan diberi tempoh sebulan untuk melabel dan mengasingkan berus cat atau produk lain berunsur babi, sebelum tindakan susulan diambil selepas tempoh yang ditetapkan.
"Berdasarkan undang-undang sedia ada iaitu Perintah Perihal Dagangan (Barang-Barang Diperbuat Daripada Mana-Mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013, pemborong, pembekal atau peniaga wajib mematuhinya.
"Bagaimanapun, mereka ambil sikap sambil lewa iaitu ada sebahagian mematuhinya, manakala sebahagian lagi enggan berbuat demikian.
"Yang enggan ini kita akan ambil tindakan.. sebelum itu anggota penguat kuasa KPDNKK akan memberi penerangan dan nasihat mengenainya,
Peniaga yang gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment