Sunday, March 5, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4694

15 Messages

Digest #4694
4
Fw: Malaysia usir duta Korea Utara by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
7
Fw: Skandal tanah Johor, TH & Felda by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
13
Fw: Pas Selangor mungkin hilang 10 Dun by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
14

Messages

Sun Mar 5, 2017 4:19 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Harga gula naik 11 sen sekilogram bukan isu besar kata menteri
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

DALAM laporan bertajuk "kenaikan harga gula bukan isu besar, kata menteri" yang disiarkan oleh The Malay Mail, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta orang ramai agar berhenti daripada menyuarakan pandangan negatif terhadap peningkatan harga gula baru-baru ini sebanyak 11 sen sekilogram.

Menurut Hamzah kementeriannya telah mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum menaikkan harga gula.

Faktor-faktor itu termasuk keuntungan pembekal dan pemborong, kos pengangkutan, serta perbelanjaan lain termasuk sama ada kenaikan 11 sen ini akan menyebabkan peningkatan harga pada barangan lain.

"Dalam perkiraan kita, kenaikan harga gula sebanyak 11 sen bukanlah satu isu besar, dan tidak patut menjadi satu isu kerana setiap orang tidak akan guna 1kg gula dalam sebulan," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu seperti yang dipetik oleh sumber berita Sin Chew Daily.

Tambahnya lagi, harga gula di Malaysia secara relatifnya lebih rendah berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara contohnya seperti di Thailand di mana harganya adalah RM3 sekilogram.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan menetapkan harga pada tahap yang paling berpatutan di dalam menetapkan harga barangan," katanya.

Pada hari Khamis, menteri berkenaan telah mengumumkan bahawa harga baru bagi gula putih bergranul mulai 1 Mac 2017 berharga RM2.95 per kg, meningkat sebanyak RM0.11 berbanding harganya sebelum ini iaitu RM2.84 per kg.

Kenaikan harga gula sebenarnya sudah berlaku lebih awal secara senyap-senyap sebelum ia diumumkan oleh menteri. Sila baca artikel berikut.

Harga gula senyap-senyap naik 11 sen sekilogram
milosuam.net

DALAM diam-diam, harga gula pasir dilaporkan telah naik sebanyak 11 sen bagi setiap kilogram, lapor portal berbahasa Cina Kwongwah.com.

Berkuatkuasa serta merta, harga jualan bagi 1 kg gula pasir dari RM2.84 kini meningkat kepada RM2.95 secara senyap naik sebanyak 11 sen lapor portal itu.

Portal Malaysiakini pula melaporkan, harga gula telah meningkat sehingga RM0.11 sekilogram walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Perkara itu turut disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej pesanan ringkas.

"Saya terima sekitar jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp, tiada sebarang surat rasmi," kata Hong.

Terdapat berita yang melaporkan bahawa kerajaan sengaja tidak mahu mengumum kan peningkatan harga gula secara terbuka bagi mengelakkan orang ramai membuat pembelian panik, sekaligus akan menyebabkan bahan itu berkurangan dalam pasaran.

Salah seorang sahabat kita sempat mengambil gambar di pasaraya yang dilawati hari ini. Memang sah harga gula kini RM2.95 sekilogram, harga gula memang sudah naik walaupun tiada pengumuman rasmi dari kerajaan.

Rujuk gambar berikut.

Baru sahaja rakyat menarik nafas lega petrol tak naik harga semalam, hanya harga diesel yang naik, rupa-rupanya dia 'sakau' naikkan harga gula.

Gula pasir adalah bahan asas dalam hampir kesemua makanan dan minuman. Kerana itulah ia diletakkan sebagai antara barangan kawalan, di mana harganya dikawal dan ditetapkan oleh kerajaan.

Peningkatan harga gula ini akan menyebabkan peningkatan harga kepada semua makanan dan minuman yang menggunakan gula.

Dijangka ramai pihak akan menaikkan harga makanan dan minuman mereka kerana kenaikan kos harga gula.

Namun tidak dilupa kepada pengusaha yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Contohnya harga gula naik RM0.11 sekilogram, tapi kedai mamak naikkan harga RM0.10 bagi segelas air sirap seolah-olah penyediaan segelas air sirap memerlukan 1 kg gula.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, aku ucapkan selamat menanggung beban kenaikan harga yang baru ini. Teruskan mengundi Barang Naik (BN).

Good luck!

Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/harga-gula-senyap-senyap-naik-11-sen.html#ixzz4aRH1g4cj

KPDNKK sahkan gula naik 11sen kepada 2.95 sekilo

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kerajaan hari ini mengesahkan harga gula meningkat berkuat kuasa sejak semalam.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, harga baru gula pasir putih bertapis kasar kini ialah RM2.95 sekilogram.

Penetapan itu, kata kementerian terbabit, dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017.

"Kementerian dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram," kata kenyataan media itu.

Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013.

Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram.

Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seterusnya memberitahu kenaikan terbaru disebabkan peningkatan ketara pada harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan negara-negara lain," kata kenyataan itu.

Harga gula naik 11 sen sekilogram

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.
Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.

"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong.

Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.

Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini.

Kadar Inflasi Dijangka Meningkat Kepada 3.0 Peratus Tahun Ini

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net/

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute menjangkakan kadar inflasi akan meningkat kepada 3.0 peratus pada tahun ini berbanding 2.1 peratus pada 2016 berikutan perkembangan baharu yang cenderung kepada kenaikan kos serta tekanan inflasi.

"Faktor itu beserta peningkatan kelemahan tukaran asing dan kestabilan pertumbuhan ekonomi, menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 3.0 peratus bagi 2017," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut firma penyelidikan itu, pertumbuhan pinjaman dijangka berkurangan kepada sekitar 4.5 peratus pada 2017 daripada 5.3 peratus pada 2016 disebabkan pinjaman isi rumah lebih rendah serta penyederhanaan pinjaman perniagaan.

Pinjaman korporat pula berkembang pada kadar lebih pantas iaitu 5.4 peratus bagi tahun ke tahun pada Januari, berbanding 5.0 peratus pada Dis, 2016, terutamanya disebabkan oleh pinjaman kepada sektor pengangkutan dan penyimpanan.

Pemberian pinjaman itu turut menyebabkan sektor lain seperti borong dan runcit, kewangan dan insurans mencatat peningkatan pada bulan berkenaan manakala sektor perusahaan kembali pulih selepas susut selama tujuh bulan.

Sementara itu, jumlah deposit juga meningkat pada kadar lebih pantas iaitu 2.6 peratus bagi tahun ke tahun pada Januari berbanding 1.5 peratus pada Dis, 2016.

Menurut firma penyelidikan itu, deposit kerajaan negeri dan perusahaan perniagaan pula susut pada kadar lebih kecil manakala deposit pihak berkanun dan individu pula meningkat pada bulan berkenaan.

-BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:20 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Perginya legenda agung Jins Shamsudin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PELAKON veteran Tan Sri Jins Shamsudin menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi pada usia 82 tahun.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan media memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik berdekatan kediamannya di Taman Melawati.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham meninggal dunia pada jam 5.45 petang dan perkara itu disahkan anak Allahyarham Putera Hang Nadim.

"Setakat ini, kami masih belum dapat maklumat penuh mengenai perkara ini," katanya.

Allahyarham Jins Shamsudin merupakan aktor yang begitu disegani sepanjang penglibatan dalam bidang seni.

Filem pertamanya, Pancha Delima telah menaikkan namanya di arena seni lakonan yang bergandingan bersama Hashimah Yon.

Merupakan antara aktor Malaya yang berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktor Asia lain apabila watak Jefri Zain menjadi kegilaan ramai pada era 1970-an.

Filem lain yang berjaya mengangkat nama Allahyarham adalah Gerak Kilat di mana gelaran 'Bond Malaya' diberikan kepadanya.

Tidak hanya berlakon, Allahyarham merupakan pengarah hebat apabila berjaya menghasilkan naskhah gemilang yang meruntun jiwa si penontonnya.

Filem-filem seperti Bukit Kepong, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Ali Setan antara karya agung Allahyarham.

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara sebelum menghidap penyakit Alzheimer sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Abdullah serta dua anaknya Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Pelakon dan pengacara Ary Malik telah disahkan meninggal
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Pelakon dan pengacara Ary Malik telah disahkan meninggal pada 7.17 malam di Hospital Ampang, kerana kanser ovari. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh Ary ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Ary Malik Dilaporkan Tenat Di Hospital Ampang
siakapkeli.my

Pelakon dan pengacara, Ary Malik atau nama sebenarnya Aryanee Malik Abdul Malik, 46, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang ketika ini selepas menghidapi kanser ovari tahap empat, lapor Berita Harian.

Suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah.

"Ary tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu dan keadaannya sama hingga sekarang. Keadaannya kritikal dan doktor mengesyaki sel kanser sudah merebak ke kepala di mana dia juga mengadu sakit dalam perut sebelum disahkan menghidap kanser."

"Pada mulanya kami menyangka ia ketumbuhan biasa dan hanya selepas menjalani pembedahan baru doktor mengesan Ary menghidap kanser.

"Mei tahun lalu, dia menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju sebelum menjalani kemoterapi sejak Jun lalu," katanya.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

"Anak sudah mengetahui keadaan ibu mereka sejak awal menghidap kanser. Anak sulung kami sudah matang, malah banyak mengambil tahu mengenai perubatan.

"Pelangi banyak menumpahkan perasaannya menerusi lukisan manakala Ratu masih dalam proses pembelajaran untuk menerima kenyataan itu," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:20 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Jika Niat Mereka Baik, Saya Tak Kisah Bertemu Mereka" - Dr. Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kassim
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 5 Mac - Penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik bersedia untuk bertemu dengan Siti Kassim, kata Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul Bari, beliau telah menanyakan Zakir Naik mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju jika perkara itu membuahkan hasil yang baik.

"If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka)." tulis Zakir Naik dalam mesej balas kepada Fathul Bari.

Sementara itu, Fathul Bari berkata kepada Sinar Online bahawa tiada jawapan balas dari Siti Kassim berhubung kesediaan cadangan pertemuan itu.

"Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung," katanya.

Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

"Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat," katanya.

Fathul Bari Mat Jahya
Saya telah maklumkan kpd Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim&Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau...........

Sumber: Sinar Online

Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik 'Ancaman Kepada Keselamatan Negara'

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Tiga nama Melayu memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Mereka adalah Siti Zabedah Kassim, Asiah Abd Jalil dan Mujahidin Zulkifli.

Permohonan saman yang diketuai P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di Mahkamah Tinggi menuntut perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.

Selain itu, mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

19 aktivis fail tuntutan mahkamah mahu Zakir Naik ditangkap, diusir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sekumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah Zakir Naik.

Saman itu difailkan olehnya bersama 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee.
"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

"(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu, hari ini.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.

Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Waythamoorthy berkata, Zakir juga telah diharamkan di beberapa negara, termasuk Kanada dan United Kingdom.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.

Waythamoorthy berkata, mereka telah mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perdana Menteri mengenai status imigresen Zakir dan kedudukannya di negara ini namun usaha mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka percaya bahawa Zakir masih berada di Malaysia ketika ini.

Fathul Bari Sedia Atur Debat Antara Dr Zakir Naik Dengan Siti Kasim
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu temubual hari ini telah mengutarakan cadangan supaya peguam Siti Kassim bersesi dialog dengan penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik, lapor Suara.tv.

Beliau telah berkata demikin bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa orang aktivis sebelum ini yang mendakwa Dr Zakir Naik sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.

"Dia masih tidak mengenali siapa Dr Zakir Naik. SayAtura boleh aturkan pertemuan itu (untuk sesi dialog beragama). Saya bukanlah PA dia, tapi saya kenalan dia. Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana," katanya.

Katanya, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.

"Saya mohon kepada aktivis-aktivis ini sekiranya ada dalam kalangan orang Islam, agar mereka ini pergi bertemu dengan Dr Zakir Naik," katanya yang turut menyifatkan aktivis yang 'mengutuk' dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.

Sebelum ini beberapa orang aktivis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:21 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Malaysia usir duta Korea Utara

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PETALING JAYA: Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan "persona non grata" dan dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam bermula 6.00 petang ini.

Pengumuman Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman hari ini membuka babak baru dalam hubungan antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan "Kim Chol" atau Kim Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, 13 Februari lalu.

"Pengusiran duta Korea Utara menyusuli keputusan kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu berkuat kuasa 6 Mac 2017 semua warga Korea Utara perlu memohon visa untuk memasuki Malaysia.

"Ini merupakan petanda kerajaan bimbang Malaysia digunakan untuk aktiviti haram. Langkah ini sebahagian daripada proses kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungannya dengan Korea Utara," kata Anifah dalam kenyataan hari ini.

"Persona non grata" bererti "orang yang tidak diingini" dan merupakan penolakan paling serius sesebuah negara terhadap diplomat asing dan juga sebagai penyataan rasa tidak senang terhadap kelakuan atau dasar negara diplomat itu.

Pada 28 Februari, para pegawai Wisma Putra diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Raja Nurshirwan Zainal Abidin menemui delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf daripada Pyongyang di atas tuduhan yang dilemparkan oleh duta mereka.

"Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penghinaan terhadapnya atau sebarang cubaan untuk mencemar reputasinya," kata Anifah, dan menambah Pyongyang diberi masa sehingga jam 10.00 malam hari yang sama untuk menjawab permohonan itu.

"Hampir 4 hari berlalu sejak tarikh akhir itu. Tiada permohonan maaf diberikan, tiada petanda ia akan diberikan. Atas sebab ini, duta diisytiharkan 'persona non grata'."

Korea Utara sehingga hari ini enggan mengesahkan identiti si mati, membantah bedah siasat yang dijalankan dalam siasatan pembunuhan itu, dan mendakwa Malaysia berpakat dengan negara musuh.

Dakwaan Korea Utara menggugat hubungan diplomatik antara kedua negara, mendorong Malaysia memanggil pulang duta ke Pyongyang dan memansuhkan lawatan bebas visa dengan Korea Utara.

Analisis awal ke atas bahan yang diambil dari muka si mati menemui kesan VX, kimia sintetik yang sangat mudarat ia dikelaskan sebagai senjata pemusnah.

Kelmarin, diplomat kanan Korea Utara Ri Tong Il memberitahu pemberita si mati mungkin mati akibat serangan jantung, walaupun analisis awal pihak berkuasa menemui kesan VX.

Beliau mendakwa "Kim Chol" mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Tong Il bagaimanapun tidak mengemukakan bukti, dan pihak berkuasa menepis dakwaan itu.

Satu-satunya suspek Korea Utara yang ditahan, Ri Jong Chol, dibebaskan minggu ini kerana kekurangan bukti.

Jong Chol hari ini menafikan pembabitan dalam pembunuhan itu dan menuduh polis cuba mengenakan beliau dengan bukti yang direka untuk memfitnah Korea Utara.

"Pembebasan Ri Jong Chol daripada tahanan polis kerana kekurangan bukti untuk mendakwa beliau, menjadi bukti siasatan yang dijalankan secara saksama, adil dan telus, tindakan yang wajar oleh negara yang mendaulatkan undang-undang," kata Anifah.

Terbaharu, media Korea Selatan dan Jepun memetik sumber diplomatik melaporkan Amerika Syarikat merancang menyenaraikan semula Korea Utara dalam senarai negara pengganas, bersama Iran dan Syria.

Suspek bunuh Jong Nam pakai baju kalis peluru ke mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


SEPANG: Dua wanita yang dituduh membunuh abang sebapa pemimpim Korea Utara, Kim Jong Nam muncul di mahkamah dengan memakai baju karis peluru.

Reuters melaporkan, Siti Aisyah dan Thi Huoang Doan memberitahu diplomat yang melawat mereka dalam tahanan yang mereka dipergunakan dalam pembunuhan itu.

"Dia mengaku tidak bersalah," kata Selvam Shanmugam, peguam kepada Thi Huong kepada Reuters.

"Sudah pasti dia tidak mengaku bersalah kerana dia sedang menghadapi hukuman mati," kata Selvam lagi.

Wanita warga negara Indonesia dan Vietnam itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kim Chol, nama yang diberikan pada pasport yang dikeluarkan kepada Jong Nam.

Jong Nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong Il, tiba di Malaysia pada 6 Februari, dan dijadualkan menaiki pesawat ke Macau pada jam 9 pagi Isnin.

Ketika di klia2, dia didatangi seorang wanita yang menyembur cecair ke arahnya, sementara seorang lagi wanita menyerkup mukanya dengan kain.

Mangsa cuba mendapatkan bantuan perubatan di kaunter perkhidmatan klia2 tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Siti Aisyah dan Thi Huoang dikenal pasti melalui rakaman CCTV lapangan terbang menunjukkan mereka menyerang Jong Nam dengan sejenis bahan yang dipercayai agen saraf VX yang diharamkan oleh PBB.

Pembunuhan ini juga mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara apabila Pyongyang menuduh Malaysia bekerjasama dengan Korea Selatan berkaitan pembuhunan ini.

Sementara itu di Jakarta, jurucakap Kementerian Luar Indonesia Armanatha Nasir berharap Siti Aisyah akan menerima perbicaraan yang adil.

"Kami berharap dia dibicarakan secara adil dengan diberikan hak undang-undang, bukannya dihakimi oleh orang ramai," kata Nasir.

2 saspek kes bunuh Jong-nam tiba ke mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


SEPANG – Dua saspek wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tiba secara berasingan di perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang ini.

Saspek pertama, Doan Thi Huan tiba pada pukul 9.34 pagi dan Siti Aisyah sampai 9.40 pagi.

Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam dibawa masuk kedalam mahkamah untuk dibicara berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017

Ketibaan Doan Thi Huan dan Siti Aisyah dikawal ketat oleh pasukan unit tindakan khas.

Siti Aisyah yang memakai baju merah kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis wanita.

Dipercayai tujuh kereta mengiringi kenderaan yang membawa dua saspek itu.

Persekitaran perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang kecoh apabila pengamal-pengamal media berkejar-kejaran untuk merakamkan ketibaan saspek.

Sebelum ketibaan dua saspek, wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam tiba dengan kenderaan masing-masing. – MalaysiaGazette

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam: Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


PYONGYANG - KOREA UTARA. Seramai lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh setelah berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, di KLIA2, 13 Februari lalu, lapor Reuter.

Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat kerana didakwa bersalah memberikan maklumat palsu kepada kerajaan.

Inilah hukuman mati dijatuhkan buat pertama kali ke atas pegawai tentera Korea Utara selepas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

Bagaimanapun, menurut laporan, tidak dipastikan apakah maklumat palsu itu berkaitan dengan kematian Jong-nam atau tidak.

Pada masa yang sama, Menteri Keselamatan Negara Korea Utara, Kim Won Hong turut menerima hukuman apabila dikurung atas kesalahan yang sama, iaitu menyalurkan berita palsu kepada pihak kerajaan.

Pada awal bulan lalu, Wong Hong dipecat kerana bersabit kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melanggari hak asasi manusia.

Sejak Jong-un dilantik menjadi presiden pada tahun 2011, sekurang-kurangnya 340 pegawai tentera dan kakitangan kerajaan telah menerima hukuman mati.

Atas arahan Jong-un, salah satu bentuk hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah adalah menggunakan meriam anti pesawat sehingga menyebabkan seluruh badan pesalah berkecai sepenuhnya.

Difahamkan, ketika menerima hukuman, semua pesalah hanya diletakkan pada jarak 100 kaki daripada meriam berkenaan.

Ri Jong-chol Diserah Kepada Imigresen Esok – Noor Rashid

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong-chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.

"Oleh itu, polis akan serahkan lelaki itu kepada pihak imigresen esok untuk proses penghantaran pulang ke negara asal," katanya kepada Bernama hari ini.

Jong-chol direman sejak 18 Februari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Malaysia jahil, lembap dalam isu Korea Utara, kata bekas duta

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Seorang diplomat veteran Malaysia berkata Kementerian Luar Negeri dilihat tidak proaktif dalam isu melibatkan Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu.

"Hanya selepas duta Korea Utara melancarkan serangan tanpa asasnya terhadap cara kerajaan menangani kes itu, Wisma Putra akhirnya bersuara, dan itupun hanya memberi jawapan balan kepada duta," kata Datuk Dennis Ignatius, bekas duta Malaysia ke Kanada.

Dennis bagaimanapun berkata polis mengambil pendirian berbeza dan giat menjalankan siasatan, berbeza dengan Wisma Putra.

Malah, menurutnya, beberapa sumber media antarabangsa juga mengadu, tidak ada sesiapa pun di Wisma Putra yang mahu memberikan komen atau menjelaskan isu mengenai kes tersebut.

Pada 13 Feb, Jong Nam berada di lapangan terbang tambang murah klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Korea Utara bertegas lelaki itu bernama Kim Chol seperti mana dalam pasportnya.

Kejadian itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang mahu mayat Jong Nam dikembalikan tanpa bedah siasat.

Siasatan polis Malaysia setakat ini mendapati Jong Nam diracuni, dan ramai percaya ia merupakan angkara pembunuh diupah regim Pyongyang yang selama ini tidak menyenangi Jong Nam.

Berurusan dengan 'penyangak'

Dennis berkata kes melibatkan Jong Nam mendedahkan kelemahan dasar luar Malaysia, dan mempersoalkan sikap Malaysia yang bertolak ansur terhadap sebuah regim "penyangak" di mata antarabangsa.

Katanya, ini terbukti apabila Malaysia dijadikan Pyongyang sebagai medan memperkasakan program senjatanya, termasuk menggunakan kemudahan perbankan, disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa.

"Korea Utara menggunakan bandar raya seperti Kuala Lumpur bagi menggunakan kemudahan sistem perbankannya, melanggar sekatan PBB.

"Disebabkan kelonggaran terhadap Korea Utara, Pyongyang dapat meluaskan operasinya di Malaysia dan kini terdapat kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara di Malaysia, komuniti Korea Utara paling ramai di wilayah ini," kata Dennis.

Menurutnya, regim ala Stalin seperti Pyongyang menjadikan setiap warganegaranya menjadi agen kerajaannya.

"Adalah naif mempercayai rakyat Korea Utara yang tinggal di Malaysia merupakan ahli perniagaan, usahawan dan pelajar semata-mata. Mereka semua dihantar ke sini sebagai agen negara itu, bagi menjalankan sesuatu misi," katanya.

Dennis berkata pelbagai agensi di Malaysia seolah-olah senang diperdayakan dalam urusan mereka bersama negara seperti Korea Utara.

Beliau memberi contoh sebuah pameran penjenamaan antarabangsa, Malaysia International Branding Showcase, tahun lalu, yang disertai Korea Utara.

"Salah seorang pegawai kanan perdagangan Malaysia teruja mengatakan Korea Utara kini menjadikan Malaysia pintu masuknya untuk pasaran Asia Tenggara kerana ia mendapati negara ini mempunyai dasar mesra perniagaan."

Satu lagi contoh diberikan Dennis ialah kerjasama agensi berita nasional Bernama dengan pihak berkuasa Korea Utara, di samping tindakan sebuah universiti tempatan menganugerahkan ijazah kedoktoran kehormat kepada Kim Jong Un atas jasa beliau kepada rakyatnya dalam sektor pendidikan.

"Kita tertanya-tanya apa yang menjadi motivasi di sebalik keputusan yang bodoh seumpama itu," tulis Dennis.

Polis rampas bahan kimia, sarung tangan di kondominium KL

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PETALING JAYA: Polis mengesahkan mereka merampas pelbagai bahan kimia, beberapa pasang sarung tangan dan kasut dari sebuah kondominium di Jalan Klang Lama berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat yang dipetik The Star mengesahkan sepasukan anggota Hazmat (bahan berbahaya) memeriksa kondominium itu, Khamis lalu.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba KLCC itu mengambil bahagian dalam satu latihan polis di akademi polis di Cheras sebelum melakukan operasi di kondominium berkenaan.

"Pada peringkat ini, saya tidak boleh dedah butiran apa yang ditemui. Pasukan penyiasat kami masih menyiasatnya. Kami perlu tunggu Unit Forensik kami menjalankan analisis.

"Jika kami temui sesuatu, kita akan berhubung dengan Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan," katanya dipetik akhbar itu.

Jabatan Kimia dijangka mengeluarkan laporan yang menentukan jenis bahan kimia ditemui dan jika ada bahan kimia lain yang digunakan dalam pembunuhan Jong Nam, selain agen saraf VX.

Menurut The Star, polis sedang menyiasat sama ada bahan kimia itu diperolehi dari dalam atau luar negara.

"Kami sedang menyiasatnya. Kami belum dapat apa-apa. Kami tidak pernah kata racun atau bahan kimia ini dibawa masuk dari tempat lain.

"Apa yang sudah dikenal pasti dengan jelas beberapa hari ini ialah jenis racun atau bahan kimia yang digunakan. Tetapi, kami tak kata dari mana ia diperolehi," kata Samah.

Jong Nam yang tiba di Malaysia pada 6 Februari lalu dan sepatutnya menaiki penerbangan ke Macau pada jam 10.30 pagi 13 Februari lalu, diserang 2 wanita menyembur sejenis racun dan menekup mukanya dengan sehelai kain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Anak sulung kepada bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il itu mendapatkan bantuan di kaunter di kaunter khidmat pelanggan klia2, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sehingga kini, 4 suspek ditahan polis untuk membantu siasatan. Mereka ialah seorang wanita Vietnam bernama Doan Thi Huong, Siti Aisyah dari Indonesia, Muhammad Farid Jallaludin (Malaysia) and Ri Jong Chol (lelaki Korea Utara).

Empat lagi suspek lelaki dari Korea Utara sudah melarikan diri ke negara lain pada hari kejadian. Mereka adalah Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.

Dua lagi suspek Korea Utara ialah Hyon Kwang Song yang merupakan setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan pekerja Air Koryo, Kim Uk Il, yang dikehendaki polis untuk membantu siasatan. Kedua-duanya dipercayai masih berada dalam negara ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:22 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pondok Jal Besar Terbakar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

TUMPAT: Lebih 120 pelajar Madrasah Al- Badriah Pondok Jal Besar di sini tinggal sehelai sepinggang selepas 60 unit pondok kecil yang menjadi kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam ini.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 8.00 malam itu dilaporkan tidak melibatkan kemalangan nyawa selepas pelajar terbabit dikatakan berada di masjid berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran kira-kira pukul 8.25 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian
bersama dua jentera dengan 10 anggota.

"Sebaik saja sampai ke lokasi kejadian, kita mendapati api sedang marak. Kita berjaya mengawal kebakaran selepas itu," katanya.

Sementara itu, Mudir pondok tersebut, Saifulbaharin Che Ali berkata, ketika kejadian kerana beliau sedang mengajar di Masjid Kampung Delima di sini.

"Sebanyak 60 daripada 100 pondok-pondok kecil musnah dalam kebakaran ini.

"Saya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi pelajar pondok tersebut," katanya.

Mahu Beramal, Lelaki ini Buat Perkhidmatan Van Jenazah Percuma
siakapkeli.my

Bangi, 5 Mac - Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk beramal jariah. Jika sebelum ini ada pihak yang beramal dengan memberi petrol percuma, Mohd Zulhairi Zainol pula mahu membuat kebaikan dengan menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma.

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan oleh Zulhairi menerusi kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community sebelum ia menjadi viral.

Menurut Zulhairi, perkhidmatan van jenazah percuma itu ditawarkan kepada golongan kurang berkemampuan yang boleh digunakan untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

"Khimat PERCUMA van jenazah untuk golongan kurang berkemampuan jika berlakunya kematian, insha Allah saya akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

"Jika waris yang berkemampuan ingin menggunakan khimat van jenazah nie cukup lah sekadar isi petrol dan tol sahaja. Dan disertakan kit jenazah lengkap secara percuma." tulis Zulhairi.

Kata beliau lagi, van jenazah ini dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan.

Selain itu, beliau juga berkata kereta tersebut adalah sumbangan dari pengikut Facebook dan sebahagian warga bandar baru Bangi yang mengenali beliau.

"Semoga adanya van jenazah ni secara percuma dapat lah membantu jika ada yang memerlukan. Van nie adalah sumbangan dari seluruh followers facebook saya...dan sebahagian warga-warga bandar baru bangi yang mengenali saya.

"Insha Allah van jenazah ini akan beroperasi sepenuhnya minggu hadapan." tulis beliau.

Cikgu Ghani Sedekah 1300 Ekor Ayam Proses Dan Sayur Kepada Orang Ramai, Habis Dalam Masa Sejam
siakapkeli.my

Hari ini, seawal jam 6 pagi, halaman rumah Cikgu Ghani Haron di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani telah dikunjungi orang ramai selepas dia dengan rakan-rakan sukarelawan yang lain telah mengagihkan ayam proses segar percuma.

Kira-kira lebih 100 orang telah berkumpul di depan pagar rumahnya untuk mendapatkan ayam percuma berkenaan di mana katanya tidak sampai sejam kesemua 1,300 ayam proses segar habis diagihkan.

Menurut beliau projek berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai dalam projek sedekah jariah yang diwujudkanya di mana dia telah membelanjakan RM13,000 untuk agihan berkenaan termasuk sayur-sayuran.

"Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini ditambah dengan kenaikan harga ikan secara mendadak turut memberi kesan kepada orang ramai.

"Saya berharap dengan pemberian ayam percuma ini sedikit sebanyak dapat meringan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:23 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



RUU355: Bertanggungjawablah Di Depan Allah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

Tak lama lagi, nasib RUU355 akan ditentukan oleh para ahli Parlimen. Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), pembawa bil persendirian telah menangguhkannya dua kali. Kali ini tak mungkin lagi. PAS sudah melakukan segala yang terdaya sebelum dan selepas penangguhan itu. Kemuncaknya himpunan umat H355. Jelas gema suara umat mahukannya. Namun, apakah sikap dominan di hari pengundian nanti?

PAS telah bertawakkal – berusaha dan ber serah kepada Allah. Demikian juga NGO dan seiap individu yang sama-sama berjuang untuk mermartabatkan mahkamah syariah itu. Semuanya menunggu dengan penuh debar bagai menunggu kelahiran anak sulung. Masing-masing bersulam harap dengan redha.

Banyak undang-undang dipinda dalam tempoh 33 tahun. Tak pernah timbul masalah dan geger. 33 tahun dahulu undang-undang ini pernah dipinda. DAP, MCA, Gerakan dan MIC serta parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak membuat onar pun. Alih-alih kali ini, mereka berbalik kuang. Apa spesies udang di sebalik kepala batu mereka? Faktor polical mileage? Islamophobia? Perpecahan umat? Mufti, PAN dan PKR bersama mereka? Memalukan, umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri.

Sikap MP UMNO sendiri pun belum tentu. Kalau mereka dibenarkan mengundi mengikut suara hati, rasanya tidak 100% undi menyokong. Akan ada yang undi menolak, berkecuali atau tidak duduk di dalam Dewan ketika pengundian. Entahlah. Namun, perjuangan untuk mendaulatkan syariat semakin mencabar kini.

Dan perlu diingatkan, jangan pula terkejut kalau ada MP muslim dari PAN dan PKR yang akan undi menyokong. Jangan juga terkejut kalau ada MP non-muslim yang juga rasional untuk bertindak demikian. Penulis berpendapat demikian kerana manusia boleh berubah hati. Kalau datang air bah, pantai mana tidak berubah. Mungkin mesej H355 telah menerjah hati-hati mereka. Mungkin penerangan saat-saat akhir telah meleburkan benteng bantahan mereka. Iras-irasnya berbayang kelihatan. Namun tunggulah saja pada hari pengundian.

Pastinya, PAS,NGO dan sekutu yang menyokong RUU355 tidak akan berhenti berjuang jika tidak berjaya pada kali ini. Seperti yang pernah diumpamakan oleh TGHH, air yang mengalir jika disekat, akan mencari alur-alur baru untuk sampai ke destinasi. Kalau tersekat jua, pastinya air itu akan berkumpul dan bertahan sehingga tiba saatnya benteng itu akan dipecahkan umpama tsunami yang tak terbendung lagi.

Perjuangan Islam tak pernah mundur. Kota Konstantinopel gagal ditawan dalam banyak percubaan. Kejayaannya adalah janji Allah. Pejuang Islam adalah manusia terpilih yang solid yakinnya pada janji Allah. Allah kata Islam pasti menang. Maka sama ada TGHH gugur dulu, pejuang-pejuang yang sudah lanjut usia gugur dahulu, jundullah yang terdiri daripada para pemuda dan generasi pelapis pasti akan menyambung perjuangan ini.

Generasi sebelum Muhammad al-Fateh gagal dalam usahanya. Muhammad al-Fateh sendiri beberapa kali gagal dalam tempoh beberapa tahun perjuangannya. Akhirnya tentera-tentera terbaik yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. , menaikkan kapal ke darat meredah bukit dan belantara. Satu kekaguman dalam sejarah strategi perang dunia. Hasilnya janji Allah dan Rasul disaksikan oleh penduduk dunia.

Maka, di bumi tercinta ini, jundullahnya pasti bersedia untuk 'mengangkat kapal-kapalnya mendaki bukit dan belantara'. Ratusan ribu tenteranya sudah berkorban untuk sampai ke H355. Merekalah penunggu titah dan takbir, demi Islam dan kedaulatannya.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Kristen dan agama lain tidak kurang apapun jika RRU355 diluluskan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

RRU355 nampaknya membuat orang bukan Islam ketakutan. RRU355 membuatkan orang Kristen, Budha, Hindu dan lain-lain seolah-olah akan dianiaya oleh RRU355. Semua melata, semua bingung.

Harini terbacalah pulak satu artikel di TKO yang mengatakan Persekutuan Kristen Malaysia RRU355 akan menjejaskan prinsip asas keadilan, kebebasan dan hak rakyat Malaysia. Dalam erti kata yang lain, setelah RRU355 diluluskan, rakyat Malaysia tidak akan bebas lagi berbuat jahat, tidak boleh lagi bermaksiat. Hilang hak untuk minum arak dan berjudi malah berzina.

Penulis tidak hairan dengan kenyataan Persekutuan Kristen Malaysia (CFM) itu. Kerana apa yang pernulis faham, umat Kristen tidak menjadikan Bible sebagai perundangan, walau dalam Bible ada menyebut qisas, bunuh balas bunu, gigi balas gigi. Malah dalam Bible disebut kunun Yesus berSabda "Tempatku bukan di dunia ini" (Sila semak Bible Berita Baik Sociaty of Malaysia). Maka Kristen semacam trauma apabila undang-undang Kitab agama mahu diaplikasikan dalam kehidupan.

Faktanya ialah RRU355 tidak melibatkan orang bukan Islam, tidak melibatkan Kristen, Hindu, Budha mahupun yang tidak beragama, Athies dan Freethinker. Ia disebut dengan jelas tidak melibatkan bukan Islam.

Jadi apa yan CFM takutkan?

Yang jelas ialah, orang Kristen masih boleh bersekudukan tanpa nikah, orang Budha masih boleh minum arak dan orang Hindu masih boleh berbuat apa yang agama mereka benarkan. Nak minum bertan-tan arakpun terserah kerana RRU355 tidak melibatkan mereka, nak lahirkan anak luar nikah seramai manapun silakan.

Namun jika CFM menentang RRU355, ia bermakna CFM telah mencampuri urusan umat Islam. CFM telah melanggar hak umat Islam. Dan CFM telah cuba menyekat kemahuan umat Islam dalam melaksanakan ajaran agamanya.

CFM bolehlah menghantar rombongan ke rumah Haji Hadi untuk mendapatkan penjelasan tentang RRU355. Tanyalah Haji Hadi sedalam mungkin berkenaan RRU355. Ini lebih baik dari membuat riuh tak tentu pasal.

Lebih baik CFM mengkaji Bible terutama Perjanjian Lama. Lihat fakta di dalamnya tentang hukuman minum arak, membunuh, derhaka kepada ibu bapa dan lain-lain. Urus agama sendiri lebih baik dari mengurus agama orang lain. PErlembagaan negara mengatakan agama resmi Malaysia ialah Islam tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas, agama lain tidak akan diganggu.

"RRU355 tidak melibatkan bukan Islam" pun tak fahamkah?

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Mursyidul Am PAS - Jangan letak menang matlamat utama perjuangan parti itu.
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

KAMPUNG RAJA - Pemimpin dan ahli Pas diingatkan tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan parti itu.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, jangan meletakkan segala usaha dan kerja demi matlamat kemenangan, sebaliknya berusaha mencari keredaan yang perlu diutamakan.

Menurutnya, Pas bergerak ke arah itu kerana apabila perjua-ngan itu ikhlas, ia akan mendapat pertolongan ALLAH SWT.

"Jangan letakkan kemenangan di tempat nombor satu kerana kalau kita bekerja untuk mendapat reda ALLAH SWT, insya-ALLAH, akan diberi kemenangan kepada kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap 3.5 PGU) di sini.

Hadir sama, Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Hassan Mahmu; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahari Mamat dan Yang Dipertua Pas Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Hashim turut membidas tindakan dua tokoh ulama, masing-masing dari Perlis dan Kedah yang mengkritik RUU 355.

Tanpa menyebut nama mereka, Hashim berkata, ulama tersebut menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan kerana menentang penggubalan RUU 355.

Beliau kemudian melakukan gimik memasang bendera pada replika bangunan Wisma Darul Iman tanda menawan Wisma Darul Iman, sekali gus memerintah Terengganu selepas PRU14.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, Besut diharap menjadi 'pintu' gelombang rakyat terutama anak muda dalam pemerintahan Terengganu.

"Kita rasa, kita boleh buat perubahan untuk kembali ke Wisma Darul Iman," kata Adun Paka itu.

20 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Harus Tolak DAP

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


1) DAP sudah bersatu dengan sekutu – sekutunya iaitu PAN dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaik untuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA!.

2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis "Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini", itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah "HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI". Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?

3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.

4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep "Middle Malaysia" dari konsep "Middle Israel".

6) Dalam ucapan Lim Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People's Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa "Oversea chinese as the mother of revolution". DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina. Guan Eng bukanlah ikut cara Umar Abdul Aziz tetapi ikut Chauvinisme Cina (Assobiyah).

7) Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan China. DAP adalah serpihan PAP yang bersifat chauvinisme Cina.

8) Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang 3 tersebut adalah sama dengan logo bintang 3 komunis yang dibawa oleh Chin Peng. DAP cuba menghidupkan dan membawa masuk kembali fahaman komunis di Malaysia.

9) Pada 22 November 2009 Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Dari sini jelas Karpal Singh sokong Chin Peng pulang ke Malaysia.Bukti DAP sokong komunis.

10) Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan bahawa Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelar Memorial di Nilai, sebagai Memorial Komunis. DAP menggangap bahawa ahli-ahli MPAJA (komunis) yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tenteran Jepun di Tanah Melayu. Di sini jelas DAP begitu menggagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

11) ADUN Baruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu Ngeh. Chin Peng pula dikatakan menggunakan peguam yang sama digunakan oleh Ngeh. Ngeh juga merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

12) Pada 1969 DAP pertama kalinya menyertai Pilihanraya Umum. Ketika Pilihanraya tersebut DAP berkempen untuk mansuhkan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

13) Perarakkan oleh Pemuda DAP yang mengangkat penyapu gergasi bertujuan untuk 'sapu' orang Melayu. Ada yang kencing pada orang Melayu, maki hamun serta menunjukkan kelakuan yang kurang ajar kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969. Melayu dilabelkan sebagai 'sakai' 'melayu masuk hutan' dan 'balik kampung tanam jagung'.

14) Pada 12 Mac 2008 Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang tidak mahu PAS menjadi MB. Kit Siang dikatakan mahukan Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas perjanjian Pangkor 2 diadakan barulah DAP bersetuju Nizar Jamaluddin menjadi MB bagi negeri Perak. Dalam perjanjian itu Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyatakan mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa arab seperti Hudud dan Qisas. Jelas Nizar Jamaluddin hanyalah MB boneka kepada DAP!

15) Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini. Beliau berkata "Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini". Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

16) Dalam sebuah buku bertajuk "Conversation With Lee Kuan Yew" tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa " Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53). DAP menggunakan hujah ini dengan menyatakan kaum melayu sebagai bangsa pendatang. Mereka menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia.

17) Lim Guang Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Singapura kedua'. Guan Eng dikatakan sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan ini mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18) Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan "Kami memberi pengakuan, untuk mewujudkan negara Islam. "LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU". Di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Butakah Melayu Islam terhadap kenyataan Karpal Singh ini? Atau sememangnya Hudud sudah tiada lagi dalam perjuangan Islam PAS?

19) Pada 25 Februari 2009 Karpal dilaporkan berkata"SAYA SINGH IS KING". Ketika mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima beliau. Malah beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO supaya 'jangan main-main dengan beliau'. Adakah Karpal Singh ingin menjadi Raja di Tanah Melayu?

20) Pada 10 Januari 2008 Karpal Singh telah menafikan kenyataan Haji Hadi Awang berhubung dalam isu Hudud dimana di sini jelas menunjukkan bahawa DAP MENOLAK HUDUD! Ini bermakna DAP anti undang-undang Islam dan anti agama Islam!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:24 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Skandal tanah: Exco Johor disoal siasat, sultan 'murka'
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MALAYSIAKINI

Exco Jkerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan berikutan siasatan rasuah skandal penukaran status hartanah bumiputera.

Menurut Bernama, Abdul Latif yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor memohon bercuti daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini.

"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday.

"Dia (bercuti) nak uruskan isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia," kata exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Johor Datuk Md Jais Sarday kepada media di Kota Iskandar hari ini.

Katanya susulan itu segala urusan berkaitan portfolio Abd Latif ditangguhkan manakala hal berkaitan pentadbiran akan dirujuk kepada setiausaha kerajaan negeri sementara urusan penting berkaitan dasar dikendalikan oleh menteri besar.

Mengulas lanjut, Md Jais menegaskan permohonan cuti itu bukan bermakna Latif terlibat dalam kes berkenaan.

"Dia (Abd Latif) memang tidak disabitkan dengan siasatan atau dakwaan. Kena jelas tu," katanya sambil menambah isu berhubung rasuah tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini.

Sementara itu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Abdul Latif selama empat jam, semalam.

The New Straits Times yang memetik seorang sumber pula melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, "murka" berhubung perkara itu dan menitahkan exco berkenaan untuk 'menghadap' baginda semalam.

Jumaat lalu, anak exco berkenaan dan pegawai khasnya ditangkap atas dakwaan menerima sogokan untuk menukar lot perumahan bumiputera kepada bukan bumiputera supaya boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

"Ahli exco yang dikaitkan dengan mereka yang ditangkap itu dititahkan menghadap dengan baginda, pagi tadi.

"Baginda (Sultan Ibrahim) murka tetapi saya fikir menteri besar (Datuk Seri Khaled Nordin) lebih berang," lapor NST yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Pemimpin pembangkang telah menggesa Khaled menjelaskan siri tangkapan itu, tetapi menteri besar berkata beliau tidak akan mengulas sehingga siasatan selesai.

SPRM menyoal siasat exco berkenaan sehari selepas mereka menangkap dan menahan reman seorang pemaju berhubung kes itu.

Sejumlah tujuh suspek termasuk seorang peguam dan dua pemaju lain, telah ditangkap dan wang RM15 juta daripada 45 akaun bank dibekukan dalam kes itu.

SPRM turut merampas 21 kereta mewah dan lima buah motosikal berkuasa tinggi dalam serbuan yang berkaitan dengan kes itu.

Rasuah RM15.5 Juta: Suspek Dipercayai Terbabit Aktiviti Tukar Status Rumah Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera, Untungkan Pemaju, Susahkan Pembeli Bumiputera
siakapkeli.my

Johor - Enam suspek lelaki yang telah ditahan oleh SPRM berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Lebih mejelekkan lagi, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," kata sumber SPRM menurut laporan Harian Metro.

Mengulas mengenai modus operandi pula, sumber berkata pemaju menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk Bumiputera dari senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan juga, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, walhal apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah Bumiputera sudah habis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

"Å“Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,"€ katanya.

Sumber: Harian Metro

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Tuesday, February 28, 2017 9:59 PM
Subject: Fw: YG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...

YANG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.

Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.

Sumber: h.metro

PEMIMPIN KAKI REMBAT AKAN MELAHIRKAN RAKYAT KAKI REMBAT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Bekas bos anak syarikat Tabung Haji didakwa ubah wang haram RM2.57 juta

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE), anak syarikat Tabung Haji, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 5 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM2.57 juta, 4 tahun lalu.

Pada sebelah pagi, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan membabitkan RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas ia dibacakan di hadapan hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, hasil aktiviti haram di THHE Fabricators Sdn Bhd, B-23-1, Tower B, Menara UOA Bangsa, antara 2 hingga 4 petang, 27 Jun 2013.

Bagi pertuduhan ke-2, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan menerima wang tunai RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offshore Sdn Bhd di Restoran Leaf Dining, No 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara antara 3 petang hingga 4 petang, 1 November 2013.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Selapas itu, Badli Munawir ketika dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melibatkan RM1.57 juta.

Untuk 3 pertuduhan itu, dia sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas itu didakwa menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar, hasil aktiviti haram.

Tiga perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Oasis Square, Petaling Jaya, antara 2 Mei hingga 11 September 2013.

Hakim Asmadi Hussin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan penjamin mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah serta membenarkan semua kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dana Felda 'lesap': Mungkin lebih RM4.3b, kata Rafizi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan memberi peluang kepada Pengerusi Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk menjelaskan apa yang didakwanya mengenai 'kehilangan' dana agensi itu sebanyak RM11.4 bilion.
"Baki tunai yang diwarisi oleh Tan Sri Isa Samad semasa beliau mengambil alih kepimpinan Felda adalah RM5.372 bilion (iaitu RM4.584 bilion dicampur RM788 juta).

"Sejak 2010, Felda juga mengambil pelbagai hutang terutamanya dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Sebahagian dari pinjamin ini diberikan pula kepada anak-anak syarikat seperti FGV, sebahagiannya digunakan oleh Felda sendiri.

"Semakan penyata kewangan terakhir yang dimuktamadkan iaitu tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan jumlah hutang kumpulan Felda (sebahagian besarnya dengan KWSP) telah mencecah RM7.769 bilion. Jumlah baki tunai terkumpul bagi kumpulan Felda bagi tempoh yang sama ialah RM1.706 bilion.

"Maka, jumlah wang rakyat yang telah dikendalikan dan dibelanjakan oleh Kumpulan Felda adalah RM11.354 bilion (iaitu Baki di tangan @ 2010 + Pinjaman 2010 ke 2014 – Baki di tangan @ 2014)," katanya dalam kenyataan.

Sebab itu, tambah Rafizi, beliau menegaskan berkali-kali masalah kewangan Felda adalah lebih meruncing dan jumlah wang yang berkemungkinan besar telah lesap adalah lebih tinggi dari RM4.3 bilion yang disebut.

Sebelum ini, ketika mula-mula menjawat jawatan pengerusi Felda, Shahrir mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya.

Bagaimana, beberapa hari selepas itu, Shahrir menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita.

Katanya, beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.

"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.

"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya ingin menegur Shahrir kerana penilaian beliau mengenai jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan apabila mempersoalkan dana Felda RM4.3 bilion itu bukan sahaja tidak tepat, malah menyembunyikan angka yang sebenar.

"Jumlah RM4.3 bilion yang beliau sebut hanya menyentuh hasil dari penjualan saham FGV kepada rakyat. Jumlah itu adalah sebahagian sahaja dari keseluruhan wang rakyat yang telah dikendalikan dan dibelanjakan Felda sejak tahun 2010 iaitu sejak Isa mengambil alih kepimpinan Felda.

Malah, kata Rafizi, beberapa siri penangkapan oleh SPRM setakat ini hanya melibatkan pengurusan kanan berpangkat pertengahan dan jumlah penyelewengan yang terbabit iaitu beberapa ratus juta adalah terlalu sedikit berbanding jumlah RM11.354 bilion yang perlu dijawab oleh Shahrir.

"Saya akan terus menunggu untuk memberi peluang kepada Shahrir menjawab soalan cepumas ini," ujarnya lagi.

Bekas pengarah besar Felda didakwa seleweng hampir RM50 juta

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah besar Felda dan timbalannya Felda hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pecah amanah dana Felda berjumlah RM47.6 juta melibatkan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon.

Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya, Muhammad Sufi Mahbub masing-masing didakwa dengan 2 pertuduhan bersubahat dan 2 pertuduhan pecah amanah.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Sufi, yang merupakan timbalan pengarah besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dengan meluluskan 2 pembayaran berjumlah RM25,999,000 dan RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender, pada 2014.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 4:24 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kalau Amerika Ada S.W.A.T, Malaysia Ada Pasukan UTK & Rakyat Malaysia Boleh Tonton Kehebatan Kumpulan itu Menerusi J Revolusi
siakapkeli.my

Jika anda seorang penggemar filem aksi, pasti pernah dengar tentang pasukan S.W.A.T kan? Filem-filem aksi Hollywood banyak mempamerkan kehebatan pasukan tersebut sehingga ia dikenali sebagai pasukan elit tentera Amerika yang digeruni.

Tapi mesti ramai yang tidak pernah dengar tentang Unit Tindakan Khas (UTK) kan? UTK adalah Unit Elit Anti-Keganasan dan pakar dalam peperangan bandar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Dengan kata lainnya, jika pasukan VAT 69 terkenal dengan taktikal di hutan, UTK pula terkenal dengan taktikal di bandar. Mungkin disebabkan kekurangan liputan mengenai UTK menyebabkan pasukan itu kurang dikenali ramai.

Bagaimanapun, semua itu bakal berubah dengan filem J Revolusi.

Filem arahan Zulkarnain Azhar itu merupakan filem tempatan pertama yang menceritakan tentang pasukan UTK.

Filem J Revolusi mengisahkan tentang kisah seorang pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), berusaha menyelamatkan adiknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas.

Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situ, tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

Aksi Original Dari Jaguh MMA dan UTK

Bercerita tentang tema yang diketengahkan oleh J Revolusi pula, filem itu dilihat lebih memfokuskan kepada aksi dan feel apabila mengambil beberapa bintang terkemuka dari Mixed Martial Arts(MMA) untuk memainkan watak filem terbabit.

Antara jaguh MMA yang terlibat dalam pembikinan J Revolusi adalah Peter Davis dan Saiful Merican, yang memegang watak antagonis.

Menurut Peter, peluang tersebut dapat memberi sumbangan besar kepada industri filem Malaysia dan juga sukan MMA di Asia.

"MMA telah dedahkan saya kepada banyak peluang dalam hidup saya, lebih dari apa yang saya dapat bayangkan. Walaupun saya juga bertinju, tetapi saya lebih teruja menjadi sebahagian dari filem 'J Revolusi' ini," katanya.

Malah, babak-bakak aksi dalam J Revolusi juga mendapat bantuan dari pakar aksi dari Hong Kong - sebuah syarikat yang dimiliki Andy Lau.

Peter Davis.
Utk tayangan awal hari itu pihak Siakap Keli sendiri pun sempat menontonnya, boleh dikatakan filem yang mesti peminat filem aksi saksikan. Rugi tau kalau tak tengok! Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.jrevolusi.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:25 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Saya mohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan - Mantan SU Penerangan Umno Ktan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

UMNO Kelantan dilihat agak tempang menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Tiada lagi aktivis yang mampu menggempur gerak saraf lawan seperti PRU-13. Sekarang bekas Setiausaha Gerak Saraf Umno Kelantan, Kamarudin Mohd Kasim tidak lagi bersama parti itu. Beliau juga sebelum ini menerajui Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar).

Ketika itu beliau lebih dikenali sebagai Jogho Kelate. Kamarudin juga mantan Setiausaha Penerangan Umno Kelantan. Pernah juga mengetuai media maya dan IT Umno Kelantan. Bagi mengetahui punca beliau meninggalkan Umno, ikuti temubual bersama wartawan Muhammad Arif Ismail baru-baru ini.

Sejak bila berada dalam Umno?

Saya terlibat dengan Umno ketika bergelar mahasiswa pada 2001. Di UiTM Machang saya dilantik pengerusi kelab penyokong kerajaan. Saya juga mengepalai kumpulan mahasiswa menyokong Umno dan BN Kelantan.

Mengapa menyertai Umno?

Ketika belajar saya hanya sebagai pengerak. Setelah tamat belajar saya bekerja di Kementerian Kebudayaan dan Kesenian di bawah Datuk Rais Yatim. Selepas itu saya dipanggil Tan Sri Annuar Musa untuk berkhidmat di Kada. Kemudian dipindah pula berkhidmat di Perhubungan Umno Kelantan pada 2010. Saya banyak melakukan kerja gerakan saraf, penerangan dan tugas khas bagi membantu Pengerusi Perhubungan Kelantan. Saya juga adalah admin group whatsapp Perhubungan Umno Kelantan. Saya tiada jawatan tetap. Tidak dinafikan banyak isu dalam Umno saya tahu. Begitu juga strategi Umno untuk menghadapi PAS. Bagaimanapun selepas pulang daripada mengerjakan umrah saya rasa perlu berada di luar Umno kerana melihat kelompangan dan penyelewengan yang berlaku. Saya tidak terdaya lagi berada dalam Umno.

Apa tugas saudara ketika menghadapi PRU-13?

Saya memulakan gerakan Tukar pada 2010. Ia adalah inisiatif sendiri melalui badan bukan kerajaan yang saya tubuh. NGO itu ditubuh menjelang PRU 13 bagi melihat sokongan rakyat terhadap Umno. Malangnya menjelang hari mengundi anak-anak muda di perantauan meranapkan gerakan yang saya bina selama tiga tahun. Ternyata PAS Kelantan mempunyai kekuatan akar umbi. Buatlah Tukar 2.0 sekalipun sokongan rakyat terutamanya anak muda tetap tidak berubah. Ketika itu gerakan Tukar membawa dua isu besar iaitu janji kerajaan PAS Kelantan dan tanah adalah maruah. Beberapa siri perhimpunan rakyat diadakan termasuk di hadapan Kota Darulnaim. Setiap siri demontrasi berlaku pergaduhan yang melibatkan Tukar dengan NGO lain termasuk Royalti.

Bagaimana kecederungan politik saudara sekarang?

Setelah meninggalkan Umno, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan saya mahu meruntuhkan kerajaan Islam pada PRU 13. Sekarang saya menghambakan diri untuk bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mengekalkan Kelantan di bawah PAS. Saya sekarang juga Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Mengapa menyertai Bersatu?

Saya selalu menyatakan kepada rakan-rakan kenapa keluar Umno dan menyertai Bersatu. Paling ringkas saya tidak mahu berkongsi dosa selagi berada dalam Umno. Bahkan saya merasakan ada kebenarannya. Kita melihat terlalu banyak dosa dilakukan kerajaan BN termasuk isu 1MDB, rasuah, songlap duit rakyat, GST, nilai ringgit jatuh dan banyak lagi isu yang membelenggu rakyat. Malangnya Umno seperti tidak menghirau apa yang dideritai rakyat. – HARAKAHDAILY 2/3/2017

Bekas pemimpin Umno pertahan PAS di Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh ASLANI M

PASIR MAS: Biarpun parti serpihan ghairah mahu menawan Kelantan, sebaliknya semakin ramai bekas pemimpin dan penyokong Umno mahu mempertahankan kepimpinan ulama.

Malam tadi seramai 52 lagi bekas pemimpin Umno peringkat cawangan menyerah borang menyertai PAS, dengan diketuai bekas Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Tendong, Zakaria Abdul Rahman.

Minggu lepas seramai 202 termasuk penyokong Umno di Dun Chetok menyertai PAS sempena program ceramah di Kangkong.

Zakaria, bekas guru besar memilih PAS sebagai landasan baru perjuangan selepas melihat kebobrokan yang berlaku dalam negara sekarang.

"Rumah saya ini pernah menjadi tempat persinggahan pemimpin-pemimpin Umno yang datang ke Pasir Mas.

"Ketika pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005, Umno Perak menjadikan rumah saya sebagai bilik gerakan yang diketuai Tan Sri Tajol Rosli Ghazali," katanya pada ceramah di rumahnya di Kampung Kubang Batang malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad, timbalannya Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua Zuraidin Abdullah.

Selain itu Setiausaha PAS Pasir Mas Suhaimi Mat Daud, Adun Tendong Rozi Muhamad dan Ketua Pemuda PAS kawasan itu Ahmad Fadhli Shaari.

Kampung Kubang Batang sebelum ini merupakan kubu Umno. Penduduk tempatan memenuhi halaman rumah Cikgu Zakaria, mengikuti pengumuman bersejarah Zakaria meninggalkan Umno yang disertai 40 tahun lalu.

Sejak tahun lepas pemimpin utama PAN termasuk Presidennya Mohamad Sabu, timbalan Salahuddin Ayub dan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yakin parti itu mampu menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14. – HARAKAHDAILY

DAP angkuh, lupa sejarah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU – Disebabkan sikap angkuh dan tidak boleh bertolak ansur, DAP sanggup menyalahkan Pas dalam semua hal sehingga membandingkan keterbukaan Pas zaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan zaman pentadbiran kini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP sebenarnya 'lupa' bahawa parti itu 'berpengalaman' memutuskan hubungan dengan Pas, sewaktu keberadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, sebelum ini.

"Banyak sejarah yang ada, kalau sikap terbuka, sejak dulu lagi, kita terbuka dari segi kerjasama politik dan sebagainya. Selagi benda itu tidak bercanggah dengan dasar (jika) bercanggah dengan kepentingan dan dasar Pas, memang kita akan bertegas.

"Kalau nak kata tok guru (Nik Aziz) terbuka dengan DAP, kita pun terbuka. Cuma kita putus ini sebab DAP ambil sikap yang bertentang dengan perjuangan kita. Tok Guru sendiri pernah sebut masa DAP nak keluar (Barisan Alternatif), keluarlah, tidak ada masalah.

"Putusnya hubungan DAP dengan kita bukan hari ini sahaja, masa Tok Guru ada pun pernah putus dua kali.

"Jadi amat tidak betul kalau dia kata Pas yang ada kini berbeza dengan dulu," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kelantan, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang melihat beberapa perbezaan melibatkan Pas versi Tok Guru Nik Aziz dan Abdul Hadi kerana mendakwa bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin mereka sendiri.

Mohd Amar berkata, DAP seharusnya lihat pada diri sendiri, bukannya mengambil kesempatan menuding jari kepada Pas, sekali gus mengenang sejarah yang pernah parti itu lakukan terutamanya melibatkan isu negara Islam dan hudud sebelum ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:25 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Daftar undi automatik, Malaysia sudah boleh mula

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM – Kerajaan boleh mengambil pendekatan dengan membuat pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Malaysia sudah ada kemampuan untuk ke arah itu dan mengikut jejak beberapa negara yang sudah melakukannya.

Menurutnya, dengan cara ini ia dapat mengurangkan angka golongan muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh merealisasikan perkara ini.

"Kita tahu, mengundi adalah tanggungjawab semua, namun jika kita hanya menunggu, dikhuatiri akan lebih ramai tidak mahu mendaftar memandangkan ada beberapa faktor yang saya kira mengapa golongan muda ini tidak mahu mendaftar," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, sungguhpun ia mungkin dianggap satu perubahan drastik, namun ia boleh dijadikan percubaan untuk ke arah lebih baik.

"Sudah pasti akan ada pro dan kontranya. Tetapi, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?

"Jumlah 4.1 juta yang masih belum berdaftar dan majoriti adalah golongan muda, ia tidak boleh dipandang ringan.

"Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu mendaftar adalah kurang sikap ingin mengambil tahu kepentingan mengundi serta tiada pendedahan khusus mengenai tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.

Katanya lagi, ada juga segelintir golongan muda ini merasakan, mendaftar atau tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sistem yang ada sekarang.

"Pandangan itu silap. Dengan kefahaman yang betul, jumlah ini akan dapat dikurangkan dan lebih ramai golongan muda akan mula mendaftar.

"Tetapi, tugas untuk memberi kefahaman bukan terletak kepada SPR dan parti politik sahaja. Ia perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk keluarga sendiri," katanya.

Jelasnya, keengganan golongan muda mendaftar sebagai pengundi memberi kebimbangan kerana merekalah nadi masa depan negara.

Lebih banyak pendedahan perlu dilakukan untuk menyuntik semula semangat dan mengembalikan keyakinan kepada golongan ini untuk mendaftar.

Tak daftar undi, SPR tak boleh buat apa-apa

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai pengundi mahupun terhadap mereka yang tidak keluar mengundi.

Ini kerana jelas Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah, itu merupakan hak mereka sebagai warganegara.

"Tidak daftar mengundi dan tidak keluar mengundi ketika pilihan raya adalah hak mereka. Kita (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa, termasuk mengheret ke mahkamah kerana itu adalah hak mereka.

"Kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen 'Jom Kita Daftar Undi' sempena Karnival Karangkraf 2017 di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Namun menurut Hashim, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga pendaftaran pemilih, SPR perlu menggiatkan usaha menarik lebih ramai khususnya orang muda untuk mendaftar.

"Statistik terkini menunjukkan lebih empat juta warganegara yang layak mendaftar sebagai pengundi namun tetapi masih belum mendaftarkan diri.

"Jadi kita perlu melakukan sesuatu. Kita juga mengharapkan bantuan media untuk memainkan peranan membantu dan bukannya menghentam kerana kita bukannya parti politik," katanya.

4.1 juta rakyat M'sia yang layak mengundi belum berdaftar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.

"Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

"Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di Shah Alam semalam.

Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

"SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.

"Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, .mana lagi baki 22 peratus. Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita," katanya.

Kempen Pendaftaran Pengundi selama tiga hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usahasama dua badan swasta iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia X Berhad.

Menerusi kempen itu, Air Asia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi.

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:26 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Anwar dan Lim Kit Siang Ubah Peraturan Tanpa Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today menulis: Dua hari lepas, Anwar Ibrahim akhirnya mendedahkan di mahkamah motif sebenar untuk Langkah Kajang. Satu-satunya masalah dengan pendedahan Anwar adalah bahawa ia bercanggah dengan alasan yang Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Tony Pua berikan. Dan ini menimbulkan persoalan siapa daripada mereka berempat yang berkata benar atau adakah keempat-empat mereka berbohong dan sebenarnya ada sebab yang berbeza sama sekali?

Pada titik masa yang berbeza sepanjang 2013 dan 2014 rakyat Malaysia telah diberikan sebab berlainan mengapa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim perlu disingkirkan. Anwar berkata, yang mana boleh anda baca di bawah, adalah supaya beliau boleh mengambil alih jawatan Menteri Besar dan membawa perubahan kepada Selangor.

Anwar, bagaimanapun, setakat ini tidak pernah berkata apa yang salah dengan Selangor semasa di bawah Khalid dan perubahan apa yang diperlukan. Anwar menggambarkan bahawa Selangor telah ditadbir dengan teruk dan bahawa beliau diperlukan untuk mengambil alih daripada Khalid untuk menangani perkara ini. Jadi apakah yang Khalid telah lakukan yang salah, atau tidak lakukan, dan yang Anwar akan ubah sebaik sahaja beliau mengambil alih sebagai Menteri Besar?

Anwar terkenal untuk bercakap secara teka-teki atau dalam bahasa yang tidak jelas. Beliau tidak pernah berkata secara terus apa yang dimaksudkan tetapi hanya memberi petunjuk sahaja. Malah apabila ditanya soalan yang memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak' beliau tidak pernah berkata 'ya' atau 'tidak'. Beliau bercakap mengenai itu ini tetapi tidak pernah memberikan 'ya' atau 'tidak'.

Malah semasa temu bual dengan media antarabangsa, apabila ditanya soalan yang mudah sama ada beliau gay, Anwar tidak pernah menjawab. Soalan ini telah diajukan kepadanya tiga kali dan setiap kali beliau mengubah ke topik tentang konspirasi politik dan bagaimana beliau mendatangkan bahaya kepada golongan pemerintah dan bagaimana mereka takut kepadanya dan bagaimana seruannya untuk pembaharuan menakutkan kerajaan dan sebagainya. Mungkin itu benar tetapi itu masih tidak menjawab soalan sama ada beliau adalah gay atau tidak, yang mana adalah soalan sebenar yang ditanyakan.

Jadi, menurut Anwar, Khalid terpaksa disingkirkan supaya perubahan boleh dibuat di Selangor. Anwar kini perlu memberitahu kita apa yang tidak kena dengan Selangor semasa Khalid adalah Menteri Besar. Anwar juga perlu memberitahu kita perubahan apa yang beliau fikirkan untuk Selangor. Kemudian Anwar perlu memberitahu kita sama ada perubahan ini berlaku dengan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendek kata, kita memerlukan perbandingan 'dulu' dan 'kini' supaya kita tahu apakah senario di bawah Khalid dan apakah senario kini di bawah Azmin. Dalam erti kata lain, adakah penyingkiran Khalid membawa pembaharuan di Selangor atau adakah ia masih sama atau semakin teruk? Adakah Anwar berani memberitahu kita atau beliau, seperti biasa, akan membiarkan perkara itu dalam keadaan samar-samar?

Rafizi dan Saifuddin memberikan alasan yang berbeza mengapa Khalid terpaksa digantikan, begitu juga Tony. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menentang penyingkiran Khalid, begitu juga Tok Guru Abdul Hadi Awang. Dan mereka berkata mereka tidak menyokong penyingkiran Khalid kerana tidak ada sebab yang sah untuk berbuat sedemikian. Dalam erti kata lain, Nik Aziz dan Hadi tidak menerima banyak sebab yang bercanggah yang diberikan untuk penyingkiran Khalid. Pendek kata, para pemimpin PAS berpendapat bahawa semuanya hanyalah alasan yang lemah dan tidak benar.

Alasan Rafizi adalah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jika itu berlaku maka Selangor akan jatuh. Bagaimana penyingkiran Najib akan membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Adakah Rafizi berkata sekiranya Najib jatuh maka sebilangan besar ADUN Pakatan Rakyat akan menyeberang ke Barisan Nasional seperti yang berlaku di Perak pada tahun 2009?

Sama seperti Anwar, Rafizi tidak menjelaskan perkara itu. Saifuddin pula, yang menerbitkan satu laporan tebal salah laku, pelanggaran dan jenayah rasuah Khalid yang mewajarkan penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudiannya, Saifuddin memohon maaf dan lebih kurang mengakui semua dakwaan adalah dusta. Jadi ini lebih kurang mengesahkan apa yang Nik Aziz dan Hadi katakan: bahawa Khalid adalah mangsa fitnah.

Sebenarnya, Khalid telah meningkatkan rizab Selangor dan itu mengecewakan Pakatan Rakyat. Mereka merasakan bahawa wang itu perlu untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan. Jadi Khalid tidak melakukan kerjanya dengan menyimpan wang itu dan bukannya membelanjakan.

Itu mungkin benar. Anda membuat wang supaya anda boleh membelanjakannya dan bukan untuk menyimpannya. Dan itu adalah apa yang Mahathir lakukan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun: beliau menghabiskan wang dan bukannya menyimpannya. Tetapi dalam kes Selangor Khalid enggan membelanjakan wang sewenang-wenangnya. Kecuali terdapat alasan yang baik untuk menghabiskan wang, beliau tidak akan berbuat sedemikian.

Sebagai contoh, Khalid enggan membelanjakan wang negeri untuk tujuan parti. Anwar mahu Selangor untuk memberikan setiap parti dalam Pakatan Rakyat RM100 juta. Itu berjumlah RM300 juta, iaitu 10% daripada rizab negeri. Khalid bagaimanapun enggan berbuat itu. Dan ini adalah masalah utama mereka dengan Khalid, terutamanya semasa pilihan raya umum 2013 apabila Khalid kekal enggan memberi wang kepada parti untuk membiayai pilihan raya.

Dan itu adalah sebab utama Khalid perlu disingkirkan. Beliau tidak akan menyalahgunakan kuasa dan pemerintahannya dengan merompak negeri ini. Pakatan Rakyat tidak berjaya mendapatkan RM3 bilion atau lebih rizab Selangor. Kini, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan Pakatan Harapan kini mendapat pembiayaan dari Selangor.
Semuanya tentang wang, walaupun untuk Pakatan Harapan.

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Tuesday, February 21, 2017 10:26 PM
Subject: Fw: Tindakan PAS Ternyata Benar

Langkah Kajang: Tindakan PAS (TG Haji Abdul Hadi dan TG Nik Abdul Aziz) Ternyata Benar

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net/


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chin Cheh.

Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kamu sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?

Anwar: Ya, tidak berlaku.

Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?

Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.

Shafee: Kamu setuju dalam Langkah Kajang, Khalid baut kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?

Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.

Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,

"Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

"Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno," katanya.

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Manakala Langkah Kajang adalah punca retaknya Pakatan Rakyat dan PAS menerima tekanan kerana semua suara cuba menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' atas langkah ini.

Pembohongan demi pembohongan dan reka cerita kesalahan TS Khalid Ibrahim tersebar dan mereka sanggup membohongi rakyat atas isu ini.

Rafizi membohongi rakyat kononnya, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya. Dia mendedahkan kononnya UMNO merancang untuk mengambil alih Selangor. Dengan air mata Rafizi kata demi untuk selamatkan Selangor kami terpaksa mengerakkan Langkah Kajang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:27 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Anak Kucing Menderita Selepas Mata, Telinga dan Hidung Dijahit Oleh Samseng Jalanan, Namun Berjaya Diselamatkan Oleh Pencinta Kucing
siakapkeli.my

Biarpun masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, anak kucing berusia sebulan ini dijahit mata, telinga dan hidung oleh samseng jalanan dalam kejadian di Filipina.

Anak kucing yang dinamakan July itu ditemui oleh seorang pencinta kucing dalam keadaan buntu di satu lorong di Manilla pada 14 Februari.

Menurut Leonora Calamba, 41, kucing tersebut ditemui dengan keadaan mata, telinga dan hidung berjahit, dan ia berada dalam keadaan sukar untuk bergerak, sukar untuk makan dan hilang keseimbangan badan.

July dipercayai terseksa sedemikian rupa hampir seminggu.

Bagaimanapun, July kini sudah sembuh apabila Leonora mengambilnya pulang ke rumah dan memberi rawatan kepadanya dengan segera.

Menurusi video yang dimuat naik, July dilihat menjerit kesakitan ktika Leonora dan keluarga cuba membuang jahitan satu persatu.

Keadaan July ketika ditemui.

Leonora berkata: "Kasihan kucing ini. Sangat sukar untuk keluarkan semua jahitan. Dia menjerit kerana ia sangat menyakitkan.

"Tapi hanya cara ini yang boleh menyelamatkannya. Siapa yang menganiaya anak kucing ini sangat jahat, mereka perlu di hukum sebelum mengulanginya semula".

Anak saudara Leonora, Jonil berkata dia percaya orang yang melakukan penyiksaan ini adalah orang yang gila dan July sudah berada dalam keadaan sedemikian selama seminggu.

"Apabila makcik saya ternampak July, dia terus mengambil dan menjaganya. Ianya sangat tragik. Kami menemui anak kucin gitu dengan jahitan benang di mata, hidung dan telinganya.

"Kami boleh menganggap orang yang sanggup melakukan perkara ini adalah orang gila. Siapa lagi yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa kepada kucing yang langsung tidak boleh mempertahankan diri ini?

"Kucing itu baru berusia dua minggu. Nasib baik kami terserempak dengannya di waktu yang tepat, atau tidak, ia tentu sudah mati" kata Jonil.

July kini sudah pulih tetapi kesan kekejaman itu masih boleh dilihat di telinganya.

July

July mesra bersama kucing jalanan lain yang dibela oleh Leonora

Sumber: kami.com.ph

Sadis, Seekor Buaya Mati Dibaling Batu Oleh Pengunjung Zoo, Suka Buang Sampah Dalam Kandang Haiwan
siakapkeli.my

TUNIS, TUNISIA: Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pengunjung zoo yang suka membuang sampah dalam kandang, seekor buaya di zoo Belvedere di sini mati akibat dibaling batu oleh sekumpulan pengunjung.

Pihak majlis perbandaraan Tunis telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan buaya berkenaan berlumuran darah dengan batu menghempapnya dia atas kepadalanya di laman sosial rasmi facebook jabatan itu.

"Sekumpulan pengunjung zoo telah membaling batu dikepala buaya sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan menyebabkan ia mati," kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa menyifatkan perbuatan pengunjung zoo berkeenaan yang terletak di tengah Tunis itu adalah tingkah laku ganas.

Sementara itu, doktor haiwan zoo berkenaan, Amor Ennaifer berkata, reptilia itu mati selepas dibaling batu besar di kepala lewat Selasa lalu.

"Ia amat teruk. Anda tidak dapat bayangkan apa yang haiwan itu terpaksa lalui akibat perbuatan beberapa pengunjung.

"Orang ramai membuang sampah dan beg plastik, mereka turut membaling batu kepada singa dan badak air," katanya kepada AFP

Enanifer berkata, zoo itu mempunyai papan tanda dan pengawal tetapi ia tidak cukup terutamanya ketika musim cuti sekolah.

"Terdapat lebih daripada 150 spesies dalam zoo. Kita tidak boleh meletakkan pengawal di hadapan setiap sangkar.

"Orang ramai perlu menyedari keperluan untuk menjaga haiwan," ujarnya. - Siakapkeli.my

Sumber: AFP

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:27 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



PAS Akan Hilang 8 Kerusi DUN Di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PAS Selangor dilaporkan dalam keadaan goyah berikutan keputusan parti itu yang enggan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut analisis oleh akhbar harian Cina, Oriental Dailydaripada 21 kerusi DUN yang ditandingi PAS pada pilihan raya ke-13, parti itu memenangi15 kerusi dengan lapan kerusi berkenaan atas sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina.

Kelapan-lapan kerusi DUN itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus.

"Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan pengundi Cina, adalah sukar bagi PAS untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar berkenaan.

Selain itu katanya, dua kerusi kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat yang dimenangi PAS dengan majoriti kurang 1,000 undi juga dilihat sukar untuk dipertahankan.

"Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, PAS kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 DUN di Selangor pada PRU14," katanya.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

Bulan lalu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor semasa muktamar April ini.

Selain membincangkan 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan PKR, beliau berkata PAS juga akan membuat keputusan jika parti Islam perlu terus kekal bersama kerajaan negeri.

Menurutnya, usul untuk mengkaji semula kerjasama politik di Selangor dibawa oleh Dewan Muslimat pada muktamar sebelum ini.

Pas Selangor mungkin hilang 10 Dun
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Ong Boon Teck

KEDUDUKAN Pas Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.
Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.

Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.

Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus. Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan daripada pengundi Cina, adalah sukar bagi Pas untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar ini.
Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi Pas dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.

"Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, Pas kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14," kata beliau lagi.
Empat juta rakyat perlu daftar sebagai pengundi

Senario politik negara pastinya akan berubah sekiranya empat juta rakyat yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi pada PRU14.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sekiranya PRU14 jatuh pada Julai ataupun September ini, maka 31 Mac ini adalah tempoh terakhir untuk yang masih belum mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian.

"Empat juta pengundi baharu ini mampu mengubah nasib negara," katanya seperti disiarkan dalam Sin Chew Jit Poh.
Sementara itu, Kit Siang berpendapat, terdapat tiga cabaran besar yang perlu dihadapi oleh rakyat pada PRU14.

Katanya, cabaran pertama ialah bagaimana mengekalkan sokongan yang diberikan kepada DAP dan PKR seperti dalam PRU lalu.
"Kedua, bagaimana memenangi sokongan daripada 3.5 juta ahli dan pengundi Umno melalui Kempen Selamatkan Malaysia dan ketiga, bagaimana memenangi sokongan ahli dan pengundi Pas melalui Kempen Selamatkan Malaysia bagi memastikan semangat bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal sepanjang masa," kata Kit Siang.

70,000 penjawat awam minta bantuan Cuepacs
Sekurang-kurangnya 70,000 penjawat awam menghadapi masalah hutang sehingga terpaksa mendapat bantuan daripada Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Difahamkan, akibat gagal menjelaskan hutang mereka kepada bank ataupun ah long, penjawat awam terbabit akhirnya memilih untuk ponteng kerja selama beberapa bulan.

Menurut bekas Setiausaha Agung Cuepacs, Datuk Loke Yim Pheng, kebanyakan penjawat awam yang dihimpit masalah hutang terdiri daripada kumpulan gred rendah akibat tidak mampu mengurus kedudukan kewangan dengan baik dan bersikap boros.

"Golongan ini kerap terpengaruh untuk membeli barang-barang baharu seperti telefon bimbit dan perabot menggunakan kad kredit.
"Malah, tidak kurang pula yang terpaksa meminjam wang untuk kahwin, beli rumah dan kereta," kata Yim Pheng seperti dilaporkan dalam China Press.

Beliau berpendapat, gaji kecil bukan alasan kumpulan gred rendah ini terpaksa berhutang, sebaliknya yang lebih penting ialah mereka perlu bersikap bijak dan tidak terlalu boros, bersesuaian dengan kedudukan kewangan mereka
Sinar Harian

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, February 26, 2017 11:15 PM
Subject: Fw: PAKATAN Selangor - Tiada Kerusi Untuk PAS

PAS Kekal Tiada Kerjasama Dengan PAN & DAP

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KOTA BHARU - PAS kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata PAS tidak mempunyai masalah berada satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), walaupun tiada keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu setakat ini.

"Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan PBBM tetapi sekadar untuk berkongsi satu pentas ia tiada halangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad juga berkata PAS akan terus memantau anggotanya agar tidak terpengaruh dengan PAN, sebuah parti serpihan PAS.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program berbasikal itu sebagai antara kaedah bagi mengurangkan tekanan kerja selain memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terpelihara. – BERNAMA

PAKATAN Selangor Siap Bahagi Kerusi Dan Tiada Kerusi Untuk PAS
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM
Pakatan Selangor Dah Bahagi Kerusi PRU14: 18 PKR, 15 DAP, 14 PAN, 9 PPBM, 0 PAS

KUALA LUMPUR: Pakatan Selangor dilaporkan telah membuat keputusan berhubung pembahagian yang akan ditandingi di bawah payung Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Portal BNBBC.my memetik sumber dalaman berkata, pembahagian tersebut antara parti komponen Pakatan Harapan PKR, DAP, PAN dan PPBM sementara tiada peruntukan kepada parti PAS.

Keputusan mengecualikan PAS itu kata sumber berkenaan adalah ekoran PAS masih bermain tarik-tali samaada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Hal ini ekoran PAS bertegas untuk tidak menjalin hubungan bersama PAN dan DAP sepertimana kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut," kata Ahli Parlimen Marang itu.

BACA: Hadi Awang Ulang Suara: "Tiada Kerjasama Dengan Parti Mahathir!"

Menurut BNBBC, peruntukan kerusi mengikut parti Pakatan Harapan adalah 18 kerusi akan dipertandingkan PKR sementara DAP, PAN dan PPBM masing-masing diperuntukkan 15, 14 dan 9 kerusi DUN.

Maklumat yang disampaikan ini jelas menunjukkan PAS tidak akan berganding bersama Pakatan Harapan sekaligus membuktikan PKR tidak lagi berminat untuk bersama PAS.

Lantas, PRU14 ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15 pertembungan tiga penjuru ekoran PAS sebelum ini menegaskan akan tetap bertanding disemua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN dibawah payung Pakatan Rakyat, jumlah sama dimenangi DAP, sementara PKR cuma memiliki 13 kerusi dan 12 kerusi dimenangi BN.

Walaubagaimanapun, selepas konflik yang berlaku pasca PRU13, dua ADUN PAS keluar parti dan menyertai PAN menjadikan kerusi PAS berkurang kepada 13.

- Malaysian Digest

PRU14: Kedudukan PKR Lebih Terancam

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat dalam situasi terkini politik Selangor, kedudukan PKR dilihat lebih terancam berbanding Pas.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata, jika pengundi Pas menarik sokongan ke atas Pakatan dan tidak mahu mengundi PKR, maka parti itu akan hilang banyak kerusi.

Kini di Selangor katanya, parti yang benar-benar kukuh dan boleh meraih kerusi di Dun adalah DAP, Pas dan Umno.

"PKR dan Amanah akan berhadapan krisis hanyutan sokongan rakyat terutama dari kalangan orang Melayu kerana sikap mereka yang melebihkan DAP serta meminggirkan Pas.

"Saya ramalkan selepas PRU14 akan berlaku senario kedudukan kerusi Dun yang rumit untuk menubuhkan kerajaan negeri dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta PKR akan tinggal kenangan sahaja," katanya.

Md Shukri berkata, jika DAP mahupun Amanah yang dilihat seolah penyokong kuat DAP gagal berkompromi dengan Pas Selangor, maka PKR akan jadi mangsa hilang kerusi di Dun termasuk hilang kerusi menteri besar (MB).

"Eloklah jika kerusi MB Selangor diberikan peluang kepada Pas jika Umno dapat bekerjasama dengan parti itu.

"Cabaran Pas Selangor kepada Amanah untuk memberanikan diri bertanding di kerusi Pas adalah cabaran agar parti itu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ihsan serta sokongan DAP sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penegasan Khairuddin sekiranya Amanah ingin meneruskan niat untuk berdepan pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi kemenangan mudah kepada BN mempunyai asasnya.

Menurutnya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia hanya akan mengukuhkan dominasi DAP di Selangor mewakili Pakatan dan Pas pula akan kekalkan beberapa kerusi, manakala BN menerusi Umno akan menang beberapa kerusi tambahan.

Katanya, jika Pas dan Umno bekerjasama membentuk kerajaan baru Selangor pun tiada masalah.

"Soal satu lawan satu pula hanya sebuah teori dan impian politik sahaja, ia bukan satu ketetapan.

"Parti-parti yang wujud ada agenda dan perjuangan tersendiri. Perbezaan itu jika ketara maka tidak akan wujud satu kesepakatan dan perbezaan inilah yang menjadi punca pertentangan antara Pas dan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR serta Amanah," katanya.

- Sinar Harian

PKR akan jauhi PAS dan Bersedia Pertandingan 3 Penjuru

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.

"Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS)," kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.

Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.

Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.

"Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.

"Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.

"Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.

"Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama," kata Saifuddin kepada FMT.

Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.

"Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.

"Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat," katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:27 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Anak Berdiri Di Atas Motor - Tindakan Bapa Dikecam Netizens Kerana Membahayakan Nyawa Anak!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Tular di laman sosial kini beberapa gambar yang membabitkan aksi seorang bapa yang menunggang motor bersama dua anak yang memboncengnya secara berbahaya.

Gambar-gambar tersebut dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Nur Fitri Damia di akuan Facebooknya.

Menurut individu yang berkongsikan gambar-gambar tersebut, dia banyak berhadapan dengan masalah kes kecuaian ibu-bapa yang menyebabkan anak-anak jatuh dan akhirnya mempunyai masalah kesihatan yang teruk terutamanya yang membabitkan otak dan kepala.

Untuk menyesal tiada gunanya lagi kerana anak-anak telah menjadi mangsa pada ketika itu.

Meskipun kebanyakan netizens memilih untuk mengecam tindakan bapa tersebut namun masih terdapat yang bersikap positif.

Mungkin bapa tersebut tidak mempunyai wang untuk membelikan helmet buat anaknya jadi dibuatkannya helmet kura-kura, disebabkan kos sara hidup yang tinggi, kita patut lebih memahami, bukannya terus menilai berdasarkan gambar semata-mata, kata Faz Reen Zakaria.

Bagaimanapun kebanyakan netizens tetap mempersoalkan kewajaran tindakan bapa tersebut kerana bagi mereka tiada wang untuk membeli helmet sekalipun ia tidak menghalalkan tindakan bapa yang membawa anak menaiki motor secara berbahaya.

Dengan berdiri sebegitu, risiko untuk anak jatuh cukup tinggi terutamanya jika bapanya terpaksa membrek secara tiba-tiba atau dilanggar dari belakang. Oleh itu netizens berharap sebelum terjadinya perkara yang buruk, si bapa harus lebih berhati-hati. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah. - Sozcyili.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 5, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sementara Masih Kecil, Didiklah Anak Menjadi 'HAMBA' Agar Besar Nanti Dia Tidak Menjadi 'RAJA'
siakapkeli.my

Anak, seperti kita sudah ketahui, lahirnya seorang bayi adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, kita yang melenturkannya dan kita yang membentuk acuannya.

Zaman moden kini, ramai kita lihat diluar sana, makin ramai anak era moden tidak tahu buat kerja kerana terlalu dimanjakan, anak perempuan sudah meningkat umur remaja dan dan boleh kahwin, tetapi tidak pernah lakukan kerja rumah.

Ada anak lelaki yang sudah besar, tetapi nak tolong ibu dan ayah bukan main malas sedangkan mereka tahu, kedua orang tua itu yang membesarkannya, sanggup berkorban, berpajak gadai membesarkan kita.

Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

a.. Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
b.. Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.
c.. Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?
Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka
Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."

"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"

"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

Baju laki bini anak beranak mak basuh

Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

Mereka akan buat secara terpaksa

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.
Bila besar mereka akan mampu berdikari

a.. Usah terlalu kasihankan anak
b.. Jangan terlalu memanjakan anak
c.. Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
d.. Ajar mereka tentang kerja rumah
e.. Ajar mereka erti kehidupan
f.. Pupuk kesedaran dalam diri mereka
g.. Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan
h.. Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik
Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA. - Ibu Bapa Prihatin

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

3 comments:

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.

nurraysa diena said...

Sekiranya bank anda tidak memberi pinjaman kepada anda, terdapat tempat yang sah di mana anda boleh mendapatkan pinjaman asal. Saya ingin mendapatkan pinjaman institusi yang saya dapati dalam talian untuk semua saudara Muslim yang mencari pinjaman dengan cepat untuk menyelesaikan masalah yang diinginkan. Saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700,000,000. dari ibu KARINA ROLAND LOAN COMPANY yang saya gunakan untuk mengubahsuai rumah sakit saya dan untuk melengkapkan perniagaan saya. Saya mendapat pinjaman daripada mereka beberapa bulan lalu. Saya meminjam dari mereka kerana terdapat banyak syarikat pinjaman palsu dalam talian. Saya juga memperkenalkan abang saya yang juga mendapat pinjaman sebesar Rp. 500,000,000 KARINA ROLAND LOAN COMPANY. Sebelum saya menghubungi mereka untuk pinjaman, saya juga melakukan banyak kajian tentang mereka dan mendapati mereka benar-benar sahih. Mereka tidak seperti syarikat pinjaman barat yang palsu. Jadi saya meminta pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka menyediakan pinjaman mengikut undang-undang dan peraturan Islam. Tiada Jaminan Diperlukan. Tiada kos tersembunyi. Mereka meminjamkan proses yang cepat dan mudah. Tetapi anda mesti dapat meluluskannya. dan Anda juga mesti membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin bertanya kepada semua orang Islam yang benar dan tidak ada muslim untuk menghubungi ibu karina yang baik di e-mel atau WhatsApp: +15857083478 (karinarolandloancompany@gmail.com) anda boleh menghubungi saya untuk memberi nasihat juga melalui e-mel (nurraysadiena@gmail.com)

nurraysa diena said...

Sekiranya bank anda tidak memberi pinjaman kepada anda, terdapat tempat yang sah di mana anda boleh mendapatkan pinjaman asal. Saya ingin mendapatkan pinjaman institusi yang saya dapati dalam talian untuk semua saudara Muslim yang mencari pinjaman dengan cepat untuk menyelesaikan masalah yang diinginkan. Saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700,000,000. dari ibu KARINA ROLAND LOAN COMPANY yang saya gunakan untuk mengubahsuai rumah sakit saya dan untuk melengkapkan perniagaan saya. Saya mendapat pinjaman daripada mereka beberapa bulan lalu. Saya meminjam dari mereka kerana terdapat banyak syarikat pinjaman palsu dalam talian. Saya juga memperkenalkan abang saya yang juga mendapat pinjaman sebesar Rp. 500,000,000 KARINA ROLAND LOAN COMPANY. Sebelum saya menghubungi mereka untuk pinjaman, saya juga melakukan banyak kajian tentang mereka dan mendapati mereka benar-benar sahih. Mereka tidak seperti syarikat pinjaman barat yang palsu. Jadi saya meminta pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka menyediakan pinjaman mengikut undang-undang dan peraturan Islam. Tiada Jaminan Diperlukan. Tiada kos tersembunyi. Mereka meminjamkan proses yang cepat dan mudah. Tetapi anda mesti dapat meluluskannya. dan Anda juga mesti membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin bertanya kepada semua orang Islam yang benar dan tidak ada muslim untuk menghubungi ibu karina yang baik di e-mel atau WhatsApp: +15857083478 (karinarolandloancompany@gmail.com) anda boleh menghubungi saya untuk memberi nasihat juga melalui e-mel (nurraysadiena@gmail.com)