15 Messages
Digest #4766
Messages
Sun Jun 11, 2017 5:24 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Adinda Sultan Selangor Mangkat
siakapkeli.my
SHAH ALAM, 8 Jun - Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Alharhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang hari ini.
Bernama melaporkan, sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara tersebut berkata Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat kira-kira jam 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.
"Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.
"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," katanya yang dihubungi oleh Bernama.
Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Najib Razak, turut meluahkan perasaan sedih beliau atas perkara tersebut.
"Innalillahiwa
-- Bernama
Julia Perez Meninggal Dunia
siakapkeli.my
Jakarta: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Julia Perez dilaporkan telah meninggal dunia hari selepas menderita sekian lama kanser serviks tahap empat yang dihadapinya, lapor Harian Metro.
Berita pemergian Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe telah diumumkan oleh adiknya, Anggit, menerusi akaun Instagramnya @anggitheperez.
"Innalillahiwa
Beliau meminta agar semua pihak mendoakan kakaknya itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada Allahyarham ketika menjalani rawatan. - Siakapkeli.my
Masya Allah!!! Gadis Parah Ditikam Bekas Kekasih Lepas Putuskan Hubungan..
bloglist-malaysia.
sedakasejahtera.
ALOR SETAR - Hanya kerana tidak berpuas hati apabila bekas teman wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam mangsa dengan senjata tajam di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7 malam, mangsa berusia 23 tahun berasal dari Kampung Alor Gandak, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian bagi membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak dapat menerima hakikat mangsa mahu memutuskan hubungan sebelum naik berang dan mengeluarkan senjata tajam.
Menurutnya, suspek kemudian menikam perut mangsa beberapa kali hingga berlaku pergelutan selepas wanita itu cuba mengelak menyebabkan jari dan lutut kirinya turut mengalami kecederaan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, menggunakan ambulans untuk rawatan.
"Setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil, namun masih lemah akibat kehilangan banyak darah," katanya.
Katanya, polis kini berusaha mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:25 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Subject: Kenapa Qatar Negara Seterusnya Untuk Dimusnahkan?
Ini Sebab! Kenapa Qatar Menjadi Negara Seterusnya Untuk Dimusnahkan?
bloglist-malaysia.
bankami.blogspot
1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.
2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan
3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.
4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.
5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.
6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.
7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.
8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.
9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.
10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal
11. $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.
12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.
13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.
14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.
15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.
16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.
18. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.
19. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.
20. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.
21. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.
22. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.
23. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.
25. Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.
26. Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.
27. Negara paling selamat daripada risiko bencana.
28. Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.
29. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.
39. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.
40. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.
41. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.
42. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.
43. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.
44. Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.
45. Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.
46. Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.
.
Inilah Jawapan Kenapa Qatar Perlu Dimusnahkan.
.
Agenda Siapa?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:25 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Nikah Tanpa Wali, Feminis Ditempelak Mufti
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
PUTRAJAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menjelaskan persoalan berkenaan wali dalam rukun nikah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Kata beliau, menurut mazhab Imam As Syafie, wali merupakan rukun dan ini pendapat kebanyakan ulama serta berdasarkan dalil yang jelas.
Jawapan itu secara tidak langsung menolak dakwaan Zainah Anwar sebagai 'wakil' Ulama Perempuan Malaysia di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di Kota Cirebon, Indonesia, April lalu yang menekankan peranan wanita dalam Islam dan menyentuh amalan di negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.
Dr Zulkifli berkata, kenyataan kumpulan feminis untuk menghapuskan wali sebagai rukun nikah itu adalah suatu pandangan yang tidak tepat, mengelirukan dan agak tergesa-gesa tanpa memahami dalil dengan baik.
Menurut cadangan Laporan Alternatif KUPI, Pengasas Bersama Sisters In Islam itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda iaitu seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran daripada seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan dan meminta Seksyen 13 bagi Undang-Undang Keluarga Islam untuk dipinda.
Sementara itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa permintaan itu adalah sesuatu yang tidak rasional. Ini kerana wali lebih kenal seseorang yang dinikahkannya, maka secara tidak langsung institusi perkahwinan dapat dipelihara dengan lebih baik.
Bagaimanapun, cadangan Zainah Anwar yang juga merangkap sebagai Pengasas Bersama & Pengarah MUSAWAH ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau sendiri dan dikemukakan dalam laporan kedua daripada NGO-NGO Malaysia mengenai Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Selain itu, Zainah Anwar juga pernah membuat dakwaan bahawa sebenarnya tiada otoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir).
Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah – Zainah Anwar
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.
Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu sesi soal jawab dalam satu forum umum "Perkembangan Islam di Malaysia: Dari Era Sanggul ke Era Hijab" yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. Sewaktu sesi soal jawab tersebut, salah seorang daripada hadirin telah meminta Zainah Anwar untuk memberi pencerahan mengenai keizinan wali dalam perkahwinan yang dibincangkan dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung di kota Cirebron, Indonesia.
Kongres yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu telah menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia. Menurut Zainah, di negara seperti Maghribi yang menyamaratakan hak-hak lelaki dan wanita, seseorang itu boleh berkahwin tanpa wali. "So, kalau ada kerajaan macam di Maghribi yang percaya bahawa lelaki dan wanita perlu dilayan sama rata, anda boleh mencari pendapat dan hujah berkenaan isu ini dalam Islam demi menyokong pendapat untuk hak sama rata dan berkeadilan," tegas Zainah.
Kenyataan beliau ini sama seperti cadangan yang pernah dikemukakan beliau dalam Laporan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada bulan Mac 2011. Di bawah isu 'Kebebasan Untuk Memilih Jika, Bila Dan Siapa Untuk Dikahwini', Zainah mendakwa bahawa tiada autoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir). Zainah telah memetik kata-kata Mohammad Hashim Kamali dalam bukunya bertajuk Islamic Law in Malaysia bahawa, dalam erti kata lainnya, ia adalah adat pra-Islam yang diambil dan dimasukkan ke dalam fiqh oleh ulama'
. Laporan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) 2013 juga menyentuh mengenai cadangan CEDAW berkenaan syarat adanya kebenaran wali (penjaga) bagi bakal pengantin perempuan walaupun pengantin tersebut sudah pun mencapai usia dewasa. Menurut laporan tersebut lagi, pernikahan wanita dengan keizinan wali merupakan salah satu isu yang melambatkan perkembangan dalam mencapai kesaksamaan jantina di negara ini. Kedua-dua laporan CEDAW dan COMANGO ini, telah dibawa ke peringkat antarabangsa bagi tujuan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menerima dan mengiktiraf perkara-perkara yang dibangkitkan.
Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik AMANAH (PAN)
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.
Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.
"SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it", katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai 'ahli zikr', yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai 'pakar' lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.
SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.
"Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan" tegasnya lagi.
Sumber: https://www.menara.my
Wah, tahu pulak dia sebut jahiliyah!
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
"
Assalamualaikum, Satu dari segment badak air pekak berendam dalam air mengelak kepanasan masyarakat melayu Islam yang sudahpun separuh yahudi dan kristian ialah kumpulan akak akak yang liberal, menamakan kumpulan mereka Kakak dalam Islam.Tapi perangainya tak macam kakak tapi macam badak air pekak berendam dalam air. Lihat saja gelagat kurang asam mereka sejak dulu sampai sekarang! Dan hari ini akak akak dalam Islam sudah tahu bercakap pasal jahiliyah tetapi dalam maksud yang tak langsung merujuk kepada jahiliyah.
Kalau dulu Sahrizat Jalil mendakwa muslimah PAS mahu membawa wanita kembali ke zaman jahilliyah kerana menganjurkan pemakaian yang menutup aurat dan tidak mahu berpakaian secara wanita moden.Kini Zainah Anwar, wakil akak akak dalam Islam memberitahu semua, yang nikah tak perlu wali kerana wali itu jahiliyah serta nikah tanpa wali lebih boleh diterima di zaman moden.
Cakap panjang panjang tak guna. Apa yang berlaku ialah, inilah produk dari pendidikan yahudi dan kristian yang diterapkan sejak dari kecil.Pendidikan yang mengabaikan suruhan Nabi supaya memukul anak yang tak solat ketika berumur 10 tahun, malah pendidikan yang langsung tak solat.Produk yang tak solat sejak dari zaman kanak kanak ini pula tampil dengan pendedahan tubuh badan tanpa segan silu dan tak hirau dengan suruhan tutup aurat tetapi tetap mengaku Islam.
Akhirnya Islam boleh diubah mengikut selera zaman.Itu menteliti mereka kerana diasuh dari awal oleh pendidikan yang turut menguntungan yahudi dan kristian dalam usaha mereka menghancurkan Islam.Yahudi dan kristian kalau ikut ayat ALLAH tidak akan redha dengan Islam selagi orang Islam tidak mengikuti carahidup mereka.Carahidup bermaksud tidak perlu masuk Yahudi atau kristian, cukup sekadar mengikut carahidup mereka, mereka akan redha.
Buktinya jelas, bagaimana yahudi dan kristian akan berada di belakang akak akak dalam Islam ini untuk mengubah carahidup Islam kepada carahidup Yahudi dan kristian sambil mengekalkan ugama mereka pada namanya saja.
Kumpulan badak air pekak ini pula menjadi benteng kepada kelicikan Kristian Evangelis yang hari ini dibuktikan secara nyata dan jelas sedang menyusup masuk ke dalam negara menerusi DAP, sebuah parti politik yang mendapat sokongan benteng dari parti parti orang Islam.
Orang Islam yang menjadi benteng kepada DAP pula terdiri dari ahli politik dan pemakan dedak yang membentuk satu lagi kelompok badak air pekak berendam dalam air yang tak akan menghirau apa saja orang kata selain yang memuji DAP sebagai parti yang memperjuangkan perjuangan suci.
Kumpulan ini sudah tidak mahu meletakan ugama di atas segala galanya sebaliknya meletakkan parti parti politik yang mereka anuti mengatasi ugama.Sebab itu ada ahli ahli politik badak air pekak boleh menyokong apa apa perubahan yang cuba dibuat kepada amalan berugama yang sudah lebih 1,400 dulu tidak pernah berubah tak kira moden manapun dunia berada.
Islam sudah moden sejak kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi, di mana ianya menandakan tamatnya zaman jahiliyah yang penuh dengan kekalutan kehidupan.Islam datang mewajibkan nikah itu dengan wali, antara lain menjadi penyebab dunia bertukar dari jahiliyah kepada moden dan sebarang perubahan yang nak dibuat kepada rukun nikah ini adalah percubaan untuk mengembalikan zaman ke zaman jahiliyah, sama seperti Sahrizat Jalil mahu mengembalikan zaman ke zama jahiliyah dengan pakaian modennya.
Pendek cerita, dek kebodohan dan kejahilan sendiri, Zainah Anwar macam tak tahu apa dia cakap, jenis hentam saja labu dan sesiapa yang percaya kepadanya, seangkatan dengannya juga yang merupakan satu masalah umat yang perlu diperbetulkan menerusi pembetulan sistem pendidikan Islam yang sebenarnya..
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:27 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Antara Penerima BRIM dan dekorder TV percuma, siapakah yg untung "atas angin".
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Kos decoder RM199, bakal diberi kepada penerima Brim seramai 4.2juta. Berapa kos keseluruhan belanja decoder ini ?
4.2j pengguna brim x RM199
= RM835,800,000 / RM836juta -Projek mee segera PRU14.
Belanja decoder ini saja hampir RM1bilion untung kpd pembekal syarikat decoder ? Wahai menteri, mana pergi otak kalian di saat Malaysia berkira utk beri Brim tapi projek pisang panas buleh di selitkan ?
Inilah yg GM kata dahulu, Malaysia tidak bijak berbelanja. Sama juga kes pembatalan peruntukan belajar, kesihatan & sebagainya. Dan telah di beritahu akan idea hapuskan ptptn & duti eksais kenderaan yg menyebabkan harga meningkat hampir 300%.
Bayangkan RM836 juta itu di peruntukkan lebih kepada 5juta penerima Brim. Bukankah lebih ramai rakyat dapat merasa ?
Mengapa tidak buleh harga RM199 yg kerajaan sementara ini perlu bayar kepada pembekal decoder di alihkan kepada bantuan bayaran elektrik & air rumah rakyat, bukankah lebih elok membantu mengurangkan tekanan rakyat ?
Rakyat miskin menerima Brim, kerajaan suruh cucuk decoder di tv ? ada rakyat yg tak ada tv pun di rumah, tercari wang lebih semata nak bayar bill perbelanjaan.
Entah mana akal menteri bijak dalam Malaysia ni. Bijak pelahap duit utk keuntungan kroni.
Dah GM katakan dulu, Umno Baru & BN ini tidak ada keupayaan apa sbnrnya. Hanya bergantung kpd projek kerajaan utk cari wang lebih bagi perbelanjaan PRU14 milik partinya sendiri. Sekiranya kalah mereka di PRU14 ini, tercarap segalanya kerna segala akses kita sekat. Jika di siasat satu persatu, lagi habis terbungkam wajah mereka satu persatu.
Benamkan Umno Baru & BN pada PRU14 ini. Hanya ini saja caranya agar kita dapat selamatkan negara dari musnah di tangan sang kleptokrasi.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:27 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Lelaki Belasah Pemandu UBER Ditahan Polis
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Pemandu Uber yang dipukul sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul seorang wanita warga Vietnam ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Selain lelaki berusia 29 tahun itu, seorang lelaki dipercayai suami kepada mangsa yang berusia 37 tahun turut ditahan kerana didakwa menyerang pemandu Uber dalam kejadian terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Anuar berkata, dua lelaki juga ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan menjadikan jumlah penahanan empat orang.
"Ketiga-
"Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ahmad Tajuddin Zain tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Kita juga akan menahan mangsa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, siasatan mendapati, mangsa yang merupakan warga Vietnam didakwa dicabul pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan kereta terbabit 6 Jun lalu. Ketika itu, wanita berkenaan dipercayai ingin ke Jalan Argyll dari Lintang Paya Terubong di sini.
"Dalam perjalanan, pemandu Uber terbabit telah mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan mangsa memegangnya. Mangsa yang ketakutan memegang namun melepaskannya. Pemandu Uber itu juga dikatakan mengeluarkan telefon bimbitnya dan selfie dengan mangsa," katanya.
Beliau menambah, mangsa yang berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mahu membesarkan kejadian tersebut namun dia mendakwa, suspek menghubunginya pada sebelah malam dengan tujuan untuk mengganggunya.
"Mangsa yang buntu menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan rakannya menasihatkan mangsa agar menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Selepas menceritakan kepada suaminya, suaminya itu meminta mangsa menghubungi semula suspek pada keesokan harinya kononnya mahu menggunakan perkhidmatan Uber tersebut.
"Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa datang semula pada 7 Jun untuk menjemput mangsa namun dipukul sekumpulan lelaki (dipercayai rakan-rakan suami mangsa) termasuk suaminya dengan menggunakan kayu besbol," katanya.
Menurutnya, hasil siasatan terhadap dokumen perkahwinan mengesahkan kedua-duanya merupakan suami isteri sejak 2015 namun tidak mempunyai anak.
"Suspek bagaimanapun menafikan kejadian itu dan mendakwa dia difitnah. Dia turut mengakui tidak tahu motif dia dipukul oleh sekumpulan lelaki terbabit.
"Mangsa yang cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) namun telah dibenarkan keluar. Kereta mangsa turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki terbabit," katanya lapor Sinar
Kes Pukul Pemandu Uber di Georgetown: Empat Ditahan, Pemandu Akui Tak Tahu Motif Dia Dipukul - Polis
siakapkeli.my
Georgetown - Susulan kes seorang pemandu Uber dipukul di sini semalam, pihak polis telah menahan pemandu Uber terbabit dan juga seorang wanita warga Vietnam untuk siasatan lanjut.
Selain itu, seorang lelaki yang dipercayai suami kepada mangsa yang berusia 37 tahun turut ditahan kerana didakwa menyerang pemandu Uber dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Anuar berkata, dua lagi lelaki juga ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan menjadikan jumlah penahanan empat orang.
"Ketiga-
"Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ahmad Tajuddin Zain tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Kita juga akan menahan mangsa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, siasatan mendapati, mangsa yang merupakan warga Vietnam didakwa dicabul pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan kereta terbabit 6 Jun lalu. Ketika itu, wanita berkenaan dipercayai ingin ke Jalan Argyll dari Lintang Paya Terubong di sini.
"Dalam perjalanan, pemandu Uber terbabit telah mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan mangsa memegangnya. Mangsa yang ketakutan memegang namun melepaskannya. Pemandu Uber itu juga dikatakan mengeluarkan telefon bimbitnya dan selfie dengan mangsa," katanya.
Beliau menambah, mangsa yang berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mahu membesarkan kejadian tersebut namun dia mendakwa, suspek menghubunginya pada sebelah malam dengan tujuan untuk mengganggunya.
"Mangsa yang buntu menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan rakannya menasihatkan mangsa agar menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Selepas menceritakan kepada suaminya, suaminya itu meminta mangsa menghubungi semula suspek pada keesokan harinya kononnya mahu menggunakan perkhidmatan Uber tersebut.
"Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa datang semula pada 7 Jun untuk menjemput mangsa namun dipukul sekumpulan lelaki (dipercayai rakan-rakan suami mangsa) termasuk suaminya dengan menggunakan kayu besbol," katanya.
Hasil siasatan juga mendapati mangsa dan juga suaminya itu merupakan pasangan suami isteri sejak 2015 namun tidak mempunyai anak, kata beliau.
"Suspek bagaimanapun menafikan kejadian itu dan mendakwa dia difitnah. Dia turut mengakui tidak tahu motif dia dipukul oleh sekumpulan lelaki terbabit.
Kata beliau lagi, mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki kiri telah dirawat di Hospital Puala Pinang namun telah dibenarkan keluar.
Sumber: Sinar Online
Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang
siakapkeli.my
Pulau Pinang, 7 Jun - Satu video yang memaparkan seorang pemandu Uber dibelasah oleh lebih 10 lelaki tersebar di internet.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, pemandu terbabit didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang penumpang warga Vietnam ketika menghantarnya dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road di sini.
Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata susulan kejadian suspek telah dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan pemandu itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.
"Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Anuar, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Nafi gangguan seksual
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Amyrul Shazafry, yang memperkenalkan dirinya sebagai adik ipar kepada pemandu terbabit berkata dakwaan gangguan seksual yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali.
Menjelaskan panjang di Facebook Amyrul menulis:
Lelaki ini ialah abg ipar aku sendiri, nama dia Sukri, kerja dia ialah part time sebagai pemandu Uber, semalam 6/6/2017, dia dapat customer warga Vietnam yg sruh pickup dia dekat Paya Terubong, Pulau Pinang, lepas settle semua kerja seperti biasa. dia pun macam biasa pergi ke tempat kerja di balik and sambung kerja
Then keesokkannya or hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, Beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yg sama iaitu Paya Terubong, mmg standard la kan customer, mmg kerja dia sebagai pemandu Uber pun, so Sukri ni pun pergi lakukan kerja macam biasa. Setelah sampai, perempuan Vietnam tu pun naik lah.
Tiba-tiba, kereta yg dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki, seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yg bersenjatakan Kayu Besbol, Sukri ni pun terbingung apa kesalahan dia ? so dia turun utk tanya, tak sempat nak tanya terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dari kumpulan tersebut memukulnya dgn kayu besbol serta ORANG AWAM sekali join pukul, mmg teruk dia kena, Lastly dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia ?
Kumpulan tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut, so Sukri ni kata la bila masa yg aku buat ? Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, Lastly, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, Abes yg Sukri ni kena pukul naya lah kan ?
Lepas tu selamatlah seorang Melayu yg baik hati, beliau adalah Anggota Polis, datang membantunya. yg mana dok viral taktau cerita sebenar, mai jumpa saya dulu.
Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh kumpulan nie, sapa nak bayar ? and aku rasa sangat marah and kesal dkt perempuan Vietnam yg menfitnah dia smpai jadi kes macam nih, Aku tak maafkan dan Semoga kes ni dapat Keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yg berkata buruk kpd beliau. Insyaallah kebensran di pihak yg benar.
Saya mintak semua warga Facebook untuk Viralkan kes ni untuk bersihkan nama beliau yg telah tercalar, and tiada bukti pun yg mengatakan dia melakukan Gangguan Seksual. 😔, kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ? 😥
Kalau anda tak paham ap yg saya smpaikan, boleh lah pm saya. Tq
Di bahagian komen, rata-rata rakan Amyrul mengatakan tidak percaya dengan dakwaan gangguan seksual itu malah ada yang menyifatkan pemandu Uber terbabit sebagai seorang yang baik.
Eyza Azie menulis di bahagian komen: "Ya Allah..sy kenal shukri ni..dlu 1 tempat keja..dia org nya baik..dia xkn buat mcm 2..lg pn dia dh ada isteri dan anak.semoga Allah melindungi dia."
Sumber: Utusan Online, Amyrul Shazafry
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Sun Jun 11, 2017 5:27 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Susun Bantuan Atas Badan Pesakit - Pegawai khas Ahli Politik BN Dikecam.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Jika sebelum ini tular barang bantuan yang diberi kepada warga Felda ditarik-balik selepas TV3 selesai menangkap gambar, kini tular pula kritikan terhadap seorang pembantu khas kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Kritikan itu hadir berikutan tindakan pegawainya, Fazil Talib yang telah meletakkan barang bantuan ke atas badan pesakit dengan tujuan mahu bergambar (dan mungkin juga untuk mewar-warkan hal tersebut).
Ianya mulai jadi perhatian apabila seorang pengguna media sosial memuat-naik beberapa gambar di Twitter.
Menulis di Twitter beliau, Qusyairi Hashim berkata tidak salah untuk seorang wakil rakyat menghebahkan tindakannya membantu rakyat yang memerlukan tetapi janganlah menyusun barang bantuan seperti pampers dan susu atas badan pesakit.
Kritikannya itu turut mendapat sokongan netizens yang lain.
Bagaimanapun dalam banyak-banyak respon netizens terdapat satu respon yang menafikan barang bantuan tersebut disusun atas badan pesakit oleh pegawai khas MP berkenaan.
Respon tersebut turut melampirkan bukti bergambar bagi membuktikan kenyataannya itu.
"Anak-anak dia yang letak atas tu. Masa bagi barang-barang tu anak dia yang terima. Tak sangka depa letak atas dia dan bergambar," kata Pak Long dalam mesej tersebut.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/06/susun-bantuan-atas-badan-pesakit.html#ixzz4jDcqxI1j
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:28 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tiga kali Chong Wei jumpa, baru Misbun setuju
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KEPULANGAN semula Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki sudah pasti menjadi berita gembira buat bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.
Chong Wei menyifatkan kepulangan 'sifunya
Misbun, antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mengambi tempoh tujuh tahun untuk menggilap dan membentuk Chong Wei sehingga pemain itu berjaya meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.
"Kepulangan Misbun selaku ketua jurulatih diharap akan membantu skuad perseorangan lelaki kembali menempa nama di persada antarabangsa.
"Saya mengadakan perjumpaan dengan beliau sebelum ini dan akhirnya pada pertemuan kali ketiga barulah beliau bersetuju untuk kembali ke BAM," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan harian di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.
Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, kehadiran Misbun pastinya suatu perkembangan yang baik buat beliau serta pasukan yang akan menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini.
Dalam pada itu, Chong Wei memberi peringatan kepada semua pemain muda di BAM untuk bersedia dengan kehadiran Misbun yang dijadual memulakan tugasnya pada 1 Julai depan.
"Kebanyakan pemain muda sekarang ini melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun tiada siapa pun yang nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi," katanya.
Pernah Chong Wei Wei menangis disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid ketika membimbing skuad negara ketika itu.
Semalam, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Misbun, 57, secara dasarnya sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai BAM dan pihaknya akan menyediakan kontrak lebih terperinci kepadanya.
Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas 'sebab peribadi'
Misbun Kembali Ke BAM
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.
BAM pada Khamis mengumumkan Misbun akan dibantu Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairol Amar Ayob.
Badan induk itu juga turut menamakan empat lagi ketua jurulatih lain.
Mereka adalah Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).
Kesemua mereka akan melaporkan diri kepada Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.
Pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, petang Khamis, Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan struktur kejurulatihan baharu itu akan berkuatkuasa bermula Julai.
"Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei.
"Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki," katanya.
Legenda badminton negara itu adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
Namun, Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ''sebab peribadi'
Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata di bawah strategi prestasi BAM 2017 hingga 2020, Misbun akan membimbing kesemua pemain perseorangan lelaki termasuk Chong Wei.
Katanya, berdasarkan cadangan strategi prestasi BAM oleh Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen, sasaran badan induk itu adalah muncul juara Piala Thomas 2018.
"Berdasarkan pelan induk Morten itu, beliau meletakkan sasaran muncul juara Piala Thomas. Ini bermakna bagi kita mencapai sasaran itu, kita perlu memilki pemain perseorangan lelaki dan beregu lelaki yang mantap.
"Saya percaya dengan (pelantikan) Misbun dan Soon Kit yang akan melengkapi satu sama lain, saya berpendapat ia kombinasi yang baik bagi kita mencapai sasaran menjulang Piala Thomas.
"Seperti yang saya katakan, kita perlu mempunyai sistem yang mantap dan berorientasikan kepada keputusan. Kita juga perlu beritahu kepada pemain bahawa mereka tidak boleh leka lagi," katanya.
Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567
siakapkeli.my
Penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Farizal Marlias, yang terlibat dalam kekecohan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara 31 Mei lalu digantung 12 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini.
Menurut Harian Metro, penjaga gol Johor DT itu didapati bersalah atas kesalahan mengasari pengadil dalam perlawanan itu. Selain digantung, Farizal juga turut dikenakan denda sebanyak AS$40,000 (RM170,567) atas tindakan menolak pengadil dari China, Fu Ming.
Hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.
Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini dikeluarkan iaitu 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018.
Nasib malang turut menimpa jurulatih Johor DT Benjamin Mora yang turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan itu berakhir.
Sumber: Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:28 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
JANGAN LUPA JASA UMNO
bloglist-malaysia.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 sahabat dan setiakawan di Seri Perdana tak berapa lama dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai persahabatan dan semangat setiakawan rakan seperjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas kekal bersamanya dan tidak mengkhianati parti itu (Bernama)
"Kalau senang dan ada kuasa, kawan ramai, orang ramai sekeliling kita...kita tidak jemput pun mereka hadir tetapi apabila pada waktu susah, orang bersama kita...itu tanda kejujuran dan keikhlasan perjuangan," katanya.
Najib berkata beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa mengenang budi dan nilai perjuangan parti UMNO.
"Kita akan teruskan perjuangan parti. Parti kita akan terus kuat...kita terhutang pada UMNO. Apa yang kita dapat hari ini kerana perjuangan parti UMNO. Rezeki kita hari ini kerana parti UMNO. Apa sahaja kita dapat hari ini adalah kerana perjuangan UMNO.
Jangan lupa jasa UMNO.
Najib berkata, kekuatan ahli UMNO adalah didapati dari UMNO yang berada di belakang mereka.
Najib merayu supaya ahli-ahli berjuang untuk UMNO sebagai parti keramat yang menyebabkan mereka kuat.
"Kita tak janjikan pangkat dan kontrak atau apa-apa. Kita cuba janjikan perjuangan. Kalau ada rezeki, Allah akan tentukan rezeki sebanyak mana kepada kita. Kalau kita berjuang kerana Allah kerana ikhlas, ada bahagian untuk kita nanti," katanya.
Namun sejak 9 September tahun lepas sekumpulan ahli UMNO sudah tidak percaya lagi bahawa UMNO itu parti keramat.
Mereka lupa jasa UMNO, berbondong-bondong meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kini parti itu mendakwa telah menembusi semua kubu kuat UMNO/BN apabila berjaya menubuhkan bahagiannya sendiri di kawasan-kawasan berkenaan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat Umno, kata anggota parlimen Pagoh itu.
"Jadi, sebab itu strategi yang kita susun sekarang ini untuk fokus ke kawasan-kawasan kubu Umno dan kita telah tembus hampir semua kawasan sebab semua kawasan sudah ada bahagian," katanya dalam temubual yang disiarkan di Facebook.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini sedang melaksanakan strategi bagi menarik penyertaan bukan sahaja daripada Melayu di dalam Umno tetapi juga daripada PAS.
Sementara itu pemimpin UMNO terpaksa mengampu dan memuji-muji ahlinya supaya kekal dalam parti itu, serta berpura-pura baik dengan PAS demi menjaga kepentingannya yang dilanda skandal 1MDB.
Pimpinan UMNO tahu penyokong PAS benci kepada UMNO. Jika PAS dilihat berbaik-baik dengan UMNO, ia menguntungkan parti itu, kerana penyokong PAS yang marah mungkin tidak pergi mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14.
Dari sudut lain, kehilangan keramat UMNO yang menyeret PAS ini juga boleh menguntungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Amanah jika mereka bijak mengambil kesempatan dan menyususn strategi bagaimana hendak memenangi perang psikoloji ini.
************
Benar dan sebenar-benarnya. Najib memang dah tak boleh beri kontrak apa-apa pun kepada penyokongnya. Ini kerana kontrak sudah diberi dengan penuh "keikhlasan&qu
Komer jangan nak mintak apa-apa lagi. Tinggal ayor lior jer yang ada!
Itu contoh jer. Belum lagi berpuluh-puluh MOU yang ditandatangi bersama China komunis. Tanya Pakcik Google.
Pangkat pulak Najib dah bagi pada Isa Samad dan yang sejenama dengannya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Monday, 12 June 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: goo.gl/IQ8jFV
Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Sun Jun 11, 2017 5:01 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Peneroka Felda dapat duit raya, kecuali......
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu.
Posted by Mohd Sulaiman
Berita baik - dan buruk - buat peneroka Felda dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kulai, Johor hari ini.
Menjelang hari raya beliau mengumumkan Felda memperuntukkan insentif sebanyak RM47.2 juta untuk diagih-agihkan kepada setiap keluarga peneroka dengan kadar RM500 seorang.
Ditambah dengan dividen syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjumlah RM26.4 juta - atau RM280 setiap peneroka - mereka boleh berhari raya dengan tambahan belanja sebanyak RM730.
Namun tidak semua peneroka bakal menikmati insentif berkenaan.
"(Pihak) yang tidak berurusan dengan Felda, yang menyaman Felda - minta maaflah, (mereka) tak termasuk dalam senarai," katanya semasa berucap di Felda Sungai Sayong di Kulai, Johor hari ini.
Untuk rekod, kawasan tanah rancangan Felda sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN dalam setiap pilihan raya dan memang sukar ditembusi pembangkang.
Bagaimanapun kemunculan pertubuhan serpihan Umno - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - memungkinkan dominasi BN itu boleh dilemahkan.
Malahan analisis mencadangkan ada beberapa tokoh utama BN - termasuk berstatus menteri - terancam kedudukan mereka jika peneroka berubah selera pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
BERSATU kini menjadi sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat yang sedang giat membuat persediaan menghadapi PRU ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Kata Najib, untuk kakitangan Felda kerajaan juga tidak melupakan mereka.
Buat mereka, perdana menteri mengumumkan insentif khas bernilai antara lima hingga 30 peratus daripada gaji pokok kakitangan terbabit.
Pemberian itu, katanya, adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap petugas di barisan hadapan agensi berkenaan.
Tidak ketinggalan, Najib mengumumkan sumbangan penghargaan bernilai RM500 kepada imam masjid, RM400 untuk pengerusi masjid, RM300 untuk bilal dan RM200 untuk siak.
Pemberian itu, katanya, membabitkan peruntukan berjumlah RM674,400. Pada majlis sama Najib turut menyentuh mengenai kemelut melanda FGV ketika ini.
Ambil Balik Bantuan Selepas TV3 Lapor, Peneroka Berhimpun Desak Pengurus Berhenti.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Sebelum ini kecoh di laman sosial memperkatakan sikap seorang pengurus felda yang mempermainkan warga Felda yang ditimpa bencana apabila mengambil semula bantuan barangan kering yang diterima mangsa selepas wartawan TV3 mengambil gambar dan merakam video.
Hari ini pihak kami menerima laporan bahawanya sekumpulan warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan satu protes terbuka menuntut beberapa pihak meletak jawatan kerana didakwa terlibat dalam perbuatan salah-laku.
Himpunan dilakukan oleh generasi kedua Felda yang menuntut Pengurus Felda, Encik Abas, Ketua Kampung, Encik Nosali dan Ahli Lembaga Pengarah Puan Ramlah untuk meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menarik balik bantuan barangan kering ke atas mangsa-mangsa ribut.
Perkara itu menjadi kontroversi di laman sosial apatah lagi beberapa gambar dan rakaman video turut disebarkan bagi menyokong dakwaan tersebut. Bantuan makanan pada awalnya diserahkan kepada mangsa namun selepas wartawan TV3 mengambil gambar dan merakamkan video, bantuan tersebut diambil semula oleh Pengurus Felda.
Semasa berdemo, ada di antara mereka yang turut mendakwa terdapatnya amalan penyelewengan hasil peneroka dan wujudnya unsur kronisme maka ketiga-tiga yang dinamakan juga dituntut untuk meletak jawatan.
Perhimpunan yang diadakan pada jam 1 tengahari tadi berlangsung aman di hadapan pejabat Felda Jelai 2, Gemas.
Sebelum ini pihak kami telah menghubungi pihak berkaitan untuk memberikan maklum-balas tentang penarikbalikkan bantuan makanan kering ke atas mangsa ribut namun tiada sebarang respon diberikan.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/06/ambil-balik-bantuan-selepas-tv3-lapor.html#ixzz4jQC5hkVn
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 04, 2017 12:45 PM
Subject: Fw:
Warga Felda Dipermainkan, Konon Terima Bantuan Tetapi Rupanya 'Lakonan' Untuk TV3...
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Ia diluahkan oleh warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan. Post asal didapati telah lenyap atau mungkin disembunyikan selepas beberapa blog pro pembangkang menyebarkan perkara itu.
Pada awalnya ia diluahkan di group (nama group terpaksa disembunyikan) untuk hebahan masyarakat setempat.
"Petang tadi (2 Jun 2017) TV3 dan pengurus Felda datang ke Jelai 2 blok 20, temuramah isu bencana ribut dan sedikit sumbangan barang kering diberikan.
Selepas sesi bergambar, sumbangan diambil dan disimpan semula dalam kereta? Apa teruk sangat wayang macam tu? Bukan kata nak bagi duit, makanan pun diambil balik," kata individu berkenaan.
Beberapa gambar tangkap layar yang tersebar turut mengesahkan kenyataan tersebut.
Namun terdapat juga respon-respon positif yang berpendapat kononnya bantuan tersebut hanyalah sebagai 'acah-acah' untuk tujuan memudahkan kerja wartawan TV3 yang datang dari jauh.
Bantuan sebenar belum tersedia pada ketika itu dan pastinya sedang dalam proses. Pengkritik turut dinasihati jangan bersangka buruk terutamanya dikala sedang berpuasa.
Pihak kami telah mendapatkan pengesahan dari wakil Felda berhubung kejadian dan masih sedang menunggu respon susulan.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/06/warga-felda-dipermainkan-konon-terima.html#ixzz4iz7FNIFW
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:01 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Bila Azan, Saya Akan Sedar Dari Koma, Lepas Solat Saya Pengsan Balik," Perkongsian Ustaz Hanafi Penghidap Kanser Limfoma
siakapkeli.my
"Bagi saya kanser ini adalah suatu nikmat," itulah antara kata-kata dari Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas beliau telah disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Ustaz Hanafi berkata menyatakan kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.
"Doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badan saya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya,
Beliau kali ini telah berkongsikan sebuah kisah yang cukup menyetuh hati ini akan kebesaran Allah swt Maha Pencipta diberikan kepadanya, mana tidaknya beliau menceritakan bagaimana semasa dalam koma dia diberikan minda separa sedar melakukan ibadat kepada Allah swt.
Jom kita dengar apa yang diceritakannya
Sungguh hebat kuasa KuasaMu Ya Allah, tak terfikir dek akal, apapun itu tanda kekuasaan yang tiada tandinganNya.
Beliau yang merupakan Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor masih giat memberikan ceramah termasuk dalam program tanyalah Ustaz terbitan TV9. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:02 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Saya Jual Arnab Bakar La, Makanan Halal," Lelaki Tampil Perjelas Gambar Viral Selepas Ada Netizen Kata Gerainya Jual Kucing
siakapkeli.my
Hari ini tersebar di laman Facebook dua keping gambar mendakwa sebuah gerai di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu telah menjual makanan eksotik tanpa menyatakan haiwan apa yang dijual.
Kerana bentuk haiwan tersebut, ramai netizen dilihat sudah salah faham di mana ada yang mengatakan ia adalah anak kambing, ada yang menurunkan komen dengan marah menyatakan ianya adalah kucing dan bahkan ada yang sanggup menyatakan ianya adalah anjing.
Selain itu ada netizen yang menyatakan gambar itu adalah gambar diluar negara, namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.
Beliau menafikan semua telahan itu, menurut Mohd Ebbie Shafiran makanan yang dijualnya itu adalah makanan halal iaitu arnab bakar.
"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka," tulisnya di laman Facebook.
Sebelum gambar berkenaan menjadi viral, dia telah memuatnaik gambar tentang arnab bakar itu di laman Facebooknya.
Ada netizen yang bertanyakan kenapa arnab berkenaan dijual sekali dengan kepala.
Beliau menyatakan kepala arnab mempunyai peminatnya sendiri, macam kepada lembu, ada yang peminatnya sendiri, mereka akan makan otak dan lidah lembu.
Jadi segala persoalannya sudah terjawab, makanan halal tu, tak payah samakan dengan makanan yang tidak halal yang lain. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:02 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Jerusalem Jubilee" Siapa Benarkan Diadakan Di Melaka?
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Tahukah anda bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50.
Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.
Persoalannya, adakah kerajaan Melaka membenarkan sambutan meraikan kejahatan Yahudi terhadap rakyat Palestin?
Kenapa pihak berkuasa tidak memantau dan mencegah perkara ini memandangkan promosi secara besar-besaran telah mereka lakukan.
Setiap 15hb Mei kita memperingati "Hari Nakbah". Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.
Itu kita yang sambut, kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.
Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini "Jerusalem Jubilee" yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.
Menurut sumber, sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia.
Ini SUMPAH BAI'AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel "… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …"
Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!
Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah. Namun, sukar untuk kita faham sesetengah
NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.
Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI
Himpunan "Jerusalem Jubilee" Mendapat Kelulusan Kerajaan Melaka?
pru14.tv
BERDASARKAN gerak kerja kumpulam yang cuba membawa budaya Yahudi ke negara kita. mereka dilihat sebagai dalam keadaan terdesak untuk merosakan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Tahukah anda bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50. Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.
Persoalannya, adakah kerajaan Melaka membenarkan sambutan meraikan kejahatan Yahudi terhadap rakyat Palestin? Kenapa pihak berkuasa tidak memantau dan mencegah perkara ini memandangkan promosi secara besar-besaran telah mereka lakukan.
Setiap 15hb Mei kita memperingati "Hari Nakbah". Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.Itu kita yang sambut. Kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.
Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini "Jerusalem Jubilee" yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.
Menurut sumber, sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia. Ini SUMPAH BAI'AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel "… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …"
Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!
Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah.
Namun, sukar untuk kita faham sesetengah NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.
Dipetik dari laman sesawang mereka:
The International Christian Embassy Jerusalem was established in 1980 in recognition of the biblical significance of all of Jerusalem and its unique connection with the Jewish people. Today, it represents millions of Christians, churches, and denominations to the nation and people of Israel. We recognize in the restoration of the State of Israel God's faithfulness to keep His ancient covenant with the Jewish people.
Our main objectives are:
To stand with Israel in support and friendship;
To equip and teach the world wide Church regarding God's purposes with Israel and the nations of the Middle East;
To be an active voice of reconciliation between Jews, Christians, and Arabs, and to support the churches and congregations in the Holy Land
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:03 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Selamat Tinggal Puntung'
siakapkeli.my
Lahad Datu: Sekiranya anda masih ingat tentang kisah seekor badak sumbu Sumatra yang menderita kanser kulit, berita ini akan menyedihkan anda.
Puntung, salah seekor dari tiga badak itu yang masih wujud di Malaysia, mati pagi tadi selepas dibeir suntikan menerusi operasi euthanasia, lapor BH Online.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sahab, Augustine Tunga, tarikh suntikan yang sepatutnya dilakukan pada 15 Jun ini terpaksa diawalkan untuk menamatkan penderitaan yang dialami oleh badak sumbu betina yang menderita kanser sel skuamus.
Sumber: BH Online
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, May 30, 2017 10:42 PM
Subject: Fw: Penderitaan Ditanggungnya Makin Kritikal,
Penderitaan Ditanggungnya Makin Kritikal, Puntung Bakal 'Ditidurkan
siakapkeli.my
Seekor badak Sumatera bernama Puntung sebelum ini telah menarik perhatian dunia apabila berjaya dibedah oleh pasukan pakar berbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, lapor Berita Harian.
Namun dilaporkan keadaan Puntung kini adalah kritikal akibat kanser sel skuamus dan semakin membengkak menyebabkan badak Sumatera ini sedang menanggung derita dan ia kemungkinan terpaksa diberikan suntikan Euthanasia iaitu mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kerana penyakit.
Pengarah Hidupan Liar Sabah (SWD), Augustine Tuuga berkata, bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan sesuatu akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin buruk dan dua biopsi dijalankan selepas pembedahan mendedahkan penyakit berkenaan.
"Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan. Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.
"Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatannya bertambah merosot. Selain menggunakan ubat penahan sakit, tiada apa lagi yang boleh dibuat.
"Oleh itu, kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesional dan kita telah diberi kuasa untuk membenarkan euthanasia.
"Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat," katanya dalam kenyataannya.
Beliau dalam pada itu belum pasti sama ada euthanasia yang dirancang ke atas Puntung akan dilakukan pada 15 Jun ini.
Pada 2011 lalu, Puntung telah berjaya ditangkap dan cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.
Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun. - Siakapkeli.my
Kesihatan Salah Seekor Badak Sumbu Sumatera Terakhir Di Malaysia Bernama Puntung Kritikal
siakapkeli.my
Kesihatan salah seekor dari tiga ekor badak sumbu Sumatera bernama Puntung kini kritikal apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, lapor Berita Harian.
Menurut Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, ketika ini luka dialami Puntung amat membimbangkan disebabkan ada tanda jangkitan dan mungkin sudah merebak ke kawasan lebih dalam.
"Kita juga bimbang kemungkinan berlaku jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis kerana ia boleh merebak dengan cepat ke seluruh tubuh dan menyebabkan kematian.
"Sabah adalah satu-satunya negeri mempunyai populasi badak Sumatera dan hingga kini hanya tinggal tiga sahaja yang masih hidup, manakala selebihnya berada di Indonesia," katanya.
Menurut beliau, Puntung yang ditangkap pada 2011 lalu itu sebenarnya masih mempunyai potensi untuk melahirkan anak bagi menambah populasi badak Sumatra.
Mamalia ini pernah cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.
Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance, Datuk John Payne, berkata badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.
"Veterinar kami iaitu Dr Zainal Zahari Zainuddin telah menjaga Puntung sejak hari ia ditangkap dan beliau kini melakukan apa yang terdaya dengan sebaik mungkin untuk merawat Puntung," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:03 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Dua wanita bukan Islam sembahyang cara Buddha dalam masjid di Limbang
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
RAKAMAN dua orang wanita bukan Islam dikatakan membuat upacara keagamaan (sembahyang) cara Buddha dalam sebuah masjid menular (viral) di laman sosial Facebook.
SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Kedua-dua orang wanita itu dalam rakaman terbabit dilihat menunduk-nundukkan kepala menghala ke arah kiblat masjid tersebut, sementara di sebelah kanan mereka seorang lelaki sedang berdiri (qiam) menunaikan solat.
Sumber dipetik dari media sosial memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di Masjid Baitul Iman Limbang, Sarawak. Dua wanita bukan Islam itu difahamkan adalah warga Vietnam yang tersilap masuk ke dalam masjid kerana menyangka ia adalah sebuah Tokong.
Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang menyaksikan kejadian itu didakwa membiarkan kedua-dua wanita tersebut menyelesaikan upacara keagamaan mereka. Selepas itu barulah AJK berkenaan memberitahu wanita terbabit bahawa mereka tersilap tempat sembahyang.
Kedua-dua wanita terbabit dikatakan telah memohon maaf dan pihak masjid juga menerima permohonan maaf tersebut, seterusnya AJk terbabit telah menunjukkan kepada kedua-dua wanita itu Tokong yang berhampiran.
Di bawah ini video rakaman ketika kedua-dua wanita tersebut sedang bersembahyang dengan cara mereka yang tersendiri. Sila klik 'button play' untuk menonton.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/dua-wanita-bukan-islam-sembahyang-cara.html#ixzz4jJQVKOOi
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment