Saturday, June 17, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4774[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4774

Messages

Sat Jun 17, 2017 5:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Padah Hina Pelancong Tak Faham Bahasa Malaysia Dengan Perkataan Kesat, Nama Pemandu GrabCar Ini Disenarai Hitam
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu Grab Car telah menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya kepada dua orang pelancong warga China.

Berdasarkan video yang berdurasi 1 minit 6 saat itu, pemandu Grab berkenaan tanpa rasa bersalah mengutuk dua orang penumpang dari China yang tidak faham bahasa Malaysia dengan perkataan 'bodoh', 'lahan*t', 'musibat' dan pelbagai lagi bahasa tidak sepatutnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang mahu lelaki ini dikenakan tindakan kerana sikap kurang ajarnya itu.

Berdasarkan rakaman video juga dia dikatakan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi kerana kedua-dua pelancong China ini tidak tahu berbahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.

Kerana tindakannya yang dilihat keterlaluan itu, pihak GrabCar telah bertindak serta merta dengan menamatkan khidmat lelaki ini dan namanya juga turut disenaraihitam.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata , Grab Car komited dalam memastikan keselamatan penumpang selain menawarkan perkhidmatan yang murah dan mudah.

"Sejak video itu tular, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan menyingkirkan dia daripada senarai pemandu serta-merta.

"Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan dengan rangkaian yang terbesar di Malaysia, kami amat menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang," katanya dipetik tulisan Harian Metro.

Menurut beliau lagi, pihak GrabCar tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah dan salah laku yang serius oleh pemandu Grab Car.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku pemandu yang bukan sahaja membahayakan penumpang tetapi pada masa yang sama mencemarkan reputasi pemandu lain," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sat Jun 17, 2017 5:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mengapa Kritikan Dr Azmi Sharom Dari Um Tidak Dikecam?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Saya merasa pelik dengan tingkah laku para pemimpin DAP dan AMANAH yang begitu bersungguh-sungguh mempertikaikan kedudukan saya yang sekadar memberikan pendapat akademik objektif saya mengenai politik Malaysia selaku seorang ahli akademik tanpa saya sendiri mempunyai apa-apa jawatan di dalam mana-mana parti politik.

Di manakah logiknya hingga tindakan memberikan pendapat akademik objektif tersebut boleh menyebabkan saya terus digelarkan sebagai "hanya 'askar upahan' propagandis UMNO-BN", "bertujuan memenangkan Barisan Nasional dan mengalahkan Pakatan Harapan", "menjadi frontier UMNO dan PAS dalam menunggang politik jijik", diminta untuk diambil tindakan oleh universiti saya, malah dicabar untuk menyertai bidang politik

Bagi tujuan perbandingan, saya ingin membuat sedikit ulasan di sini ke atas buku tulisan pensyarah UM, Dr Azmi Sharom, bertajuk "Brave New World", yang merupakan kumpulan tulisan beliau yang pernah tersiar di dalam akhbar milik MCA, The Star, khususnya tetapi termasuk juga beberapa tulisan lain beliau yang pernah tersiar di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh, portal berita Rakyat Times dan portal berita Selangor Times.

Tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom jelas mengkritik kerajaan.

Pada muka surat 8 beliau mengkritik mahkamah-mahkamah yang didakwa mentafsirkan Perlembagaan secara tidak betul: "For example, I have said before that ultimately the Constitution is a document which has equality, liberty and liberal democracy as its aspiration and ideals. Yet the way it has been interpreted by the courts appears to fly in the face of such aspirations."

Pada muka surat 184, beliau mengkritik kerajaan yang didakwa tidak memahami Perlembagaan: "The government does not appear to understand the Constitution".

Pada muka surat 222, beliau menyatakan tidak kisah walau sedikit pun bila gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipijak: "Frankly, it does not bother me in the slightest that photographs (of Datuk Seri Najib Razak) are being stepped on."

Tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom juga jelas mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan.

Pada muka surat 17-18, beliau mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa menyatakan penyokong hak asasi manusia adalah sesat: "Then we have a national leader who holds himself up as a shining light of moderation and democracy. And then he speaks at an event and reportedly says things that sound very suspiciously as if he is opposed to human rights (a key element for moderation and democracy). In fact the reported words are actually very dismissive of the whole concept. To support human rights is 'deviationist', he supposedly said... What wondrous ideas come dribbling forth from the mouths of the powerful. How incredible it is that a man who can proclaim his progressiveness to the world can say such a thing which is the antithesis of the word. Which brings me back to my question: just what sort of leaders do we have in this country?"

Pada muka surat 14, beliau mengkritik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, yang didakwa berkelakuan tidak seperti seorang Menteri dan yang didakwa telah menunjukkan kecenderungan-kecenderungan untuk membuli sebelum ini, selain mengkritik ahli UMNO yang didakwa tidak memahami kedaulatan undang-undang: "The recent behaviour of Zahid Hamidi the Home Minister has been the subject of a lot of discussion, much of it negative. This is understandable, of course. His refusal to face hard questioning on the police losing weapons; his crude bullying of a journalist; his supposed support of a group officially declared a gangster organisation; and his supposed threatening to shut down any newspapers that report what he said – this is really behaviour unbecoming for a minister. My initial thought was that this behaviour is not at all surprising, coming as it does from a person who in the past has shown the same bullying tendencies. With the UMNO general assembly looming, it is to be expected that he will up the ante with his macho man act. It is after all what the UMNO faithful like. The rule of law is not something that they have shown any understanding of..."

Pada muka surat 14, beliau mengkritik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Jaafar, yang didakwa memberikan jawapan yang menyakitkan hati kepada soalan Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jin: "In Parliament on Monday, Deputy Home Minister, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Jaafar, had reportedly brushed aside Kuching MP, Chong Chien Jin,'s queries about secessionist activities in Sabah and Sarawak. The Minister was supposed to have said that the number of such people consists of frustrated ex-politicians and is small and insignificant. He backed this up by saying his 'intelligence' (meaning sources) told him so. Ah, the famous 'I know better than you because I have all the information' argument. It is such an irritating argument because they never actually tell us anything about their 'superior' knowledge and intelligence so there is no way of verifying its validity."

Tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom juga jelas membela DAP dan PKR serta menghentam PAS.

Pada muka surat 175, beliau membela DAP, dan Pakatan Rakyat, sehubungan dengan Perkara-Perkara 153, 152 dan 32 Perlembagaan: "None of the Pakatan Rakyat component parties, including the DAP, have said anything about removing Articles 153, 152 or 32. They remain safe and secure with no sign whatsoever of any sort of threat."

Pada muka surat 24, beliau memuji Ketua Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, di atas pendedahan mereka mengenai 1MDB di dalam satu forum yang beliau hadiri: "I will be the first to admit that the entire 1MDB scandal has whizzed by me. I understand very vaguely what has happened, but can't fathom the details. Therefore, when I found out about this forum where Tony Pua and Rafizi Ramli were going to speak, I simply had to make the time and I am glad I did."

Pada muka surat 19-20, beliau mengkritik PAS yang didakwa mengalami penyakit kecelaruan identiti, selain menyatakan kegembiraan beliau sebelum ini bahawa kemungkinan satu Kerajaan Persekutuan baru dari kalangan parti-parti pembangkang boleh terbentuk adalah nyata: "It is not such a big deal that PAS seem to be suffering from an institutional dissociative identity disorder; it could be seen as merely a stage in their development. Unfortunately their condition is affecting not just them, but also their partnership with DAP and PKR and ultimately the ordinary voter... Over the last eight years or so, there was a belief that PAS had changed. It was modernist and inclusive, and had moved away from its insular and traditionalist past. This view was encouraged by certain individual PAS leaders whose eloquence and forward-thinking attitudes made one believe that there were more similarities between PAS and their partners than differences. Hence a viable coalition opposition (and perhaps a viable new Federal Government) was a real possibility. How exciting it all seemed."

Persoalan yang timbul dari tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom ini adalah: Mengapa beliau tidak dituduh menyimpang dari bidang sebagai ahli akademik, mengapa UM tidak digesa mengambil tindakan terhadap beliau dan mengapa beliau tidak dicabar menyertai bidang politik sedangkan tulisan-tulisan beliau juga dipenuhi dengan kritikan? Apakah kerana tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom hanya mengkritik kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan maka tulisan-tulisan beliau tidak pernah dipersoalkan oleh DAP dan AMANAH?

Lebih peliknya lagi, kebanyakan daripada tulisan Dr Azmi Sharom yang mengkritik kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan, khususnya pemimpin-pemimpin UMNO, ini disiarkan oleh akhbar milik MCA, parti komponen Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Persekutuan, iaitu The Star. Mengapa akhbar milik MCA boleh menyiarkan tulisan-tulisan Dr Azmi Sharom yang mengkritik kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan, khususnya pemimpin-pemimpin UMNO, ini juga adalah satu perkara yang menimbulkan tanda tanya.

Satu perkara lagi ialah, jika sekadar memberikan pendapat akademik objektif mengenai politik Malaysia selaku seorang ahli akademik yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam mana-mana parti politik sudah dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh universiti saya, bagaimana pula dengan kedudukan ahli-ahli akademik yang mempunyai jawatan tinggi di dalam parti politik seperti Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Shaharudin Badarudin, yang merupakan Naib Presiden PKR, atau pensyarah UTP, Dr Muhaimin Sulam, yang merupakan Naib Pengerusi AMANAH Perak?

FB
DR. KAMARUL AZMAN YUSOFF

Jumpa Di Mahkamah Dr Mujahid!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Seperti dijangka, hari ini saya telah menerima satu notis tuntutan dari peguam bela Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu Awi & Co, sebuah syarikat guaman milik Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi.

Notis tuntutan ini menyebut bahawa artikel Facebook saya bertajuk "Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan Terbaik DAP" mengandungi beberapa kenyataan berunsur fitnah, iaitu:
"Saya waktu itu cukup terkejut bagaimana peruntukan-peruntukan yang mengiktiraf ketidakpercayaan agama serta mengiktiraf orientasi dan identiti seks songsang ini boleh wujud di dalam Rang Undang-Undang yang dirangka oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid, yang waktu itu merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat."

"Bagaimanapun, setelah ini berlaku, tambahan pula setelah Dr Mujahid sendiri bertindak keluar dari PAS bersama-sama rakan-rakan sefikrah beliau untuk menubuhkan parti baru bernama AMANAH yang menunjukkan keintiman luar biasa pula dengan parti sekular tegar, DAP, maka tidaklah pelik bila beliau memerli saya mengenai buku Hannah ini."
"Bila cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh Karpal Singh ini diutarakan semula oleh Dr Mujahid maka terbuktilah bahawa Dr Mujahid, dan seterusnya AMANAH, adalah antara kuda tunggangan terbaik DAP."

Notis tuntutan ini juga menyebut bahawa artikel Facebook saya ini mengakibatkan reputasi, karier dan nama baik Dr Mujahid telah tercemar, terjejas dan tercedera di mata rakyat negara ini sama ada di dalam dan/atau luar negara yang mendapat akses secara langsung dan tidak langsung kepada artikel tersebut.

Ekoran itu, saya diarahkan oleh Dr Mujahid supaya membuat permohonan maaf tidak bersyarat kepada beliau dalam tempoh tujuh hari dari notis ini dan jika saya gagal membuat permohonan maaf tidak bersyarat ini peguam bela beliau tidak akan teragak-agak untuk meneruskan prosiding undang-undang tanpa merujuk kepada saya semula.

Sebagai maklum balas, sukalah saya tegaskan kepada Dr Mujahid bahawa saya tidak sama sekali akan membuat sebarang permohonan maaf kepada beliau. Sebaliknya, saya tegas berpendirian bahawa apa yang saya nyatakan dalam artikel Facebook saya ini adalah tidak mengandungi sebarang fitnah.

Perlu dinyatakan bahawa kritikan saya terhadap kandungan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi yang dirangka oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara, yang Dr Mujahid pengerusikan adalah kritikan sama yang telah saya buat di dalam artikel Facebook saya pada 21 Jun 2014.

Kritikan ini saya asaskan kepada Seksyen 4(1) Rang Undang-Undang ini yang mendefinisikan "kepercayaan" sebagai apa-apa kepercayaan agama atau falsafah dan satu rujukan kepada kepercayaan merangkumi satu rujukan kepada ketidakpercayaan dan yang mendefinisikan "agama" sebagai apa-apa agama dan merangkumi apa-apa kepercayaan atau ketidakpercayaan agama.

Ia juga saya asaskan kepada Seksyen 6(1) Rang Undang-Undang ini yang memperuntukkan bahawa Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas agama dan Seksyen 7(1)(ii) yang memperuntukkan bahawa Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas jantina, termasuk orientasi dan identiti seks.

Dr Mujahid sedia maklum mengenai kewujudan kritikan ini sejak 21 Jun 2014 lagi kerana pada pukul 9:29 malam hari sama saya telah men"tag" akaun Facebook beliau dengan menulis "Minta komen Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa" yang ditambah dengan satu "tag" lagi pada pukul 10:49 malam hari sama dengan menulis "Mana Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ni, kurang gentleman nampaknya Datuk kita ni sebab tak sudi berwacana dengan orang seperti saya".

Jika benar kritikan saya terhadap kandungan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi ini adalah berunsur fitnah, mengapa Dr Mujahid tidak pernah mempertikaikannya waktu ia mula ditimbulkan pada 21 Jun 2014 sedangkan saya sendiri memberi ruang dan menjemput beliau mengulasnya?

Kenyataan saya bahawa Dr Mujahid adalah antara kuda tunggangan terbaik DAP kerana beliau mengutarakan semula cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, juga bukanlah berunsur fitnah.

Ini kerana sehingga kini Dr Mujahid tidak pernah menafikan ketepatan laporan portal berita The Malaysian Insight pada 24 Mei di bawah tajuk berbunyi "Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama". Selain tertera di dalam tajuknya, intipati apa yang saya nyatakan juga terkandung di dalam laporannya yang menyebut beliau mencadangkan bahawa satu perkara yang Pakatan Harapan perlu lakukan jika pakatan pembangkang memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ialah untuk memastikan tiada lagi parti politik yang berasaskan kaum dan agama.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, yang juga merupakan anak lelaki Karpal Singh, iaitu Ramkarpal Singh, di dalam kenyataan media beliau bertajuk "Fully Agree With AMANAH Vice-President Dr Mujahid Yusof Rawa's Proposal That The Time Has Come For Malaysia To Do Away With Race- And Religion-Based Politics" pada 25 Mei, yang menyokong cadangan Dr Mujahid ini juga memetik perkara sama mengenai cadangan ini iaitu, "to do away with race- and religion-based politics" (menghapuskan parti politik yang berasaskan kaum dan agama), dan ini juga tidak pernah dinafikan oleh Dr Mujahid.

Hakikat bahawa cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama ini pernah diutarakan oleh Karpal Singh juga turut saya buktikan di dalam artikel Facebook saya ini dengan memuatkan transkripsi rakaman sidang media beliau pada 5 November 2013 yang berbunyi "The government cannot allow associations which operate on racial lines, which operate on religious lines." dan yang berbunyi "Operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and a multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial (and religious) parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS."

Ramkarpal Singh, di dalam kenyataan media beliau, pun mengesahkan ketepatan kenyataan saya ini dengan menyebut bahawa cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama ini juga pernah diutarakan oleh Karpal Singh dengan menyebut "Such a proposal was also mooted by the late Karpal Singh in November, 2013 who suggested that such racial and raced based parties were a setback to the country's unity and that the way forward was for multiracial parties to form the future of the country (The Star Online, 6.11.2013)."

Jadi di manakah letaknya unsur fitnah di dalam artikel Facebook saya ini?

Seperti yang saya tulis di dalam satu lagi artikel Facebook saya bertajuk "Dr Mujahid Lambang Hipokrasi Pemimpin AMANAH" pada 31 Mei, tindakan Dr Mujahid mengambil tindakan undang-undang terhadap saya ini memberikan imej yang sangat buruk terhadap AMANAH. Ia menggambarkan bahawa AMANAH adalah sebuah parti "jumud" yang tiada kemampuan untuk berdialog seperti yang sering diwarwarkan dan bukannya sebuah parti "progresif" seperti yang terpamer di dalam cogan katanya. Ia juga menggambarkan bahawa ayat-ayat muluk yang terdapat di dalam Perlembagaan AMANAH mengenai "negara dan masyarakat madani", "pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi" dan "kebebasan-kebebasan asasi" hanyalah sekadar hiasan untuk mengelabukan mata semata-mata.

Jika istilah "kuda tunggangan" yang menimbulkan masalah kepada Dr Mujahid, apa sangatlah istilah itu berbanding istilah-istilah yang jauh lebih teruk yang lebih dahulu digunakan oleh para pemimpin dan penyokong AMANAH untuk mengecam saya ekoran tindakan saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh.

Tulisan Dr Mujahid bertajuk "Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan" pada 30 Mei pun menggunakan istilah-istilah yang teruk juga untuk mengecam saya, termasuk dengan menyifatkan saya sebagai "gila", "jahil", "bodoh" ('cerdik') dan "penulis upahan".

Apa pun, seperti pernah saya tegaskan sebelum ini, saya sentiasa bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang dari Dr Mujahid. Tindakan undang-undang ini, bagi saya, sangat penting kerana ia adalah lambang kepada kehipokrasian pemimpin AMANAH.

Bila Dr Mujahid memilih mahkamah sebagai forum untuk berwacana dengan saya, maka kita jumpa sajalah di mahkamah. Tiada sekelumit pun rasa takut di dalam hati saya untuk berhadapan dengan beliau di mahkamah.

FB
Dr. Kamarul Azman Yusoff

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu Syarikat Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba
siakapkeli.my

Shah Alam, 13 Jun - Isu syarikat pengendali kren menuntut bayaran sebelum membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu operasi menyelamat tidak pernah berlaku kerana ia sering dilakukan secara sukarela.

Utusan Online melaporkan, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebanyakan pengendali kren yang diminta membantu dalam operasi menyelamat menganggap pertolongan yang mereka berikan itu sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

"Ini kali pertama kita menghadapi situasi di mana (syarikat) operator kren meminta bayaran terlebih dahulu sebelum melakukan kerja.

"Namun, kalau perlu bayaran biasanya akan diuruskan selepas operasi itu kerana ini kejadian kecemasan dan kita tidak sempat untuk keluarkan surat tawaran (LO) serta memang prosedur operasi standard (SOP) begitu," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Dalam tragedi kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan nyawa di Bahau-Keratong pada Ahad lalu, operasi mengeluarkan enam mangsa yang rentung terpaksa mengambil masa lima jam.

Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa (syarikat ) pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan.

Wan Mohd. Nor dalam pada itu mengakui ramai anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat tidak mengetahui tentang perkara itu.

"Bahagian operasi tidak mengetahui perkara ini sebab ia dikendalikan oleh bahagian kewangan," ujarnya.

Sumber: Utusan Online

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, June 12, 2017 11:02 PM
Subject: Fw: Pengendali Kren Tak Mahu Tolong

Mula-Mula Dapat Berita Hanya Mak Dan Ayah Meninggal, Tapi Rupanya Semua Ahli Keluarganya Terkorban
siakapkeli.my

BANDAR SERI JEMPOL: "Dua kali ayah ajak ikut ke Kuantan untuk menghantar adik tetapi saya tidak mahu," itulah cerita Wan Mohd Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, Wan Mohd Hazim adalah anak kepada mangsa kemalangan yang rentung di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong di sini, petang semalam, lapor Berita Harian.

Kemalangan itu telah menyebabkan semua enam ahli keluarga Mohd Hazim maut akibat rentung iaitu bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; ibunya Mas Noraida M Yusoff, 45; abangnya Wan Mohd Muhaimin, 22, dan tiga adiknya Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7.

Wan Mohd Hazim yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu menyatakan dia jarang mengikut keluarganya ke mana-mana kerana baru tamat pengajian dan perlu menguruskan perniagaannya.

"Ayah selalu ajak saya jika mahu ke mana-mana dan pagi tadi (semalam) dia beria-ria mahu saya ikut tetapi saya yang tidak mahu. Saya agak terkilan kerana tidak mengikut mereka bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, malam tadi.

Menurut beliau, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan itu daripada polis yang datang ke rumahnya di Putrajaya kira-kira jam 6 petang.

"Pada mulanya dia hanya dimaklumkan hanya ibu bapanya yang meninggal dunia dalam kemalangan.
"Tetapi pada jam 8 malam, saudara memberitahu semua ahli keluarga saya meninggal dunia," katanya yang reda dengan tragedi menjelang Aidilfitri itu. - Siakapkeli.my

Pengendali Kren Tak Mahu Tolong Kerana Takut Tak Dapat Bayaran Antara Punca Operasi Mengeluarkan Mangsa Sukar
siakapkeli.my

BANDAR SERI JEMPOL: Pihak pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dilaporkan terpaksa mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung dari sebuah kereta yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, semalam, lapor Berita Harian.

Kesukaran berkenaan terjadi selepas pemilik treler dari Kemayan berkenaan yang enggan memberikan bekerjasama serta beberapa pengendali kren dilaporkan tidak mahu memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan ini menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan pelbagai cara lain sendiri untuk mengalihkan treler berkenaan yang menghempap Proton Exora mangsa, di mana mereka terpaksa mencuba khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Kerana situasi ini menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang hanya berakhir kira-kira jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.

Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar menyifatkan operasi itu amat mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.

Menurut beliau pihak bomba dan polis telah cuba menghubungi pihak pemilik lori namun talian telefon dimatikan.

"Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.

"Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan," katanya.

Beliau dalam pada itu telah melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana sudi membantu dengan menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Yusuf Al-Qaradhawi ,Raja Salman yang takut atau Trump.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.

QARADHAWI ENGGAN TUNDUK DENGAN TOGHUT, TETAP TEGAKKAN PRINSIP ISLAMNYA DAN PERTAHAN MARUAH DIRI

Dalam pidato Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi yang berapi-api di atas -hafizhahulLah- seakan beliau cuba ingin menyampaikan sikap dan pendirian teguh beliau menghadapi konspirasi global yang selalu menyerang beliau.

"Selama saya hidup di Qatar dengan kepala tegak, obsesi tinggi & harga diri terjaga, tidak seorang pun berani menuduhku macam-macam bahwa suatu hari saya pernah bersikap munafik. Tidak!"

"Sekiranya saya memihak saja kepada pemimpin thogut, niscaya saya akan lebih memilih menetap di tanah airku (Mesir) dan dengan sedikit mengalah, tentu saya telah menduduki jabatan tertinggi di Mesir sebagaimana yg telah dicapai oleh kebanyakan ulama lain."

"Tetapi saya lebih memilih memperjuangkan agamaku, menjaga jati diri & prinsip-prinsip ku serta tetap kukuh dengan sikapku."

"Dan saya ingin katakan kepada semua thogut zalim; kamu boleh ikat kedua tanganku, kamu boleh siksa tubuhku, kamu boleh tikam dadaku dgn pisau."

"Tetapi sekali-kali kalian tidak akan bisa mengekang pemikiranku, mencabut paksa nur iman dalam hatiku. Iman dan keyakinanku hanya berada dalam genggaman Tuhanku. Dan hanya Tuhankulah satu-satunya penolongku."

"Saya akan tetap hidup berpegang teguh dgn tali akidahku. Dan saya lebih memilih mati tersenyum demi membela agamaku."

"Seperti itulah yg selalu saya katakan kepada para thogut. Dari dulu hingga detik ini, saya tetap konsisten dgn sikapku. Saya sama sekali tidak akan pernah main-main (menggadaikan) agama dan keyakinanku."

>> Prof. Dr Yusuf bin Abdullah Al-Qaradhawi

Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.

Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China "membantu"; membaikpulih
rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.

Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.

Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.

Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.
Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.

Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli 'apa yang betul' dan 'apa yang salah' dilakukan oleh kerajaan mereka.

Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati 'bumper harvest year' pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.

Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.

Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang, 21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar kata-katasaperti; "Zimbab dan Malaysia tak sama";"Tidak akan berlaku di Malaysa" dan sebagainya.

Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.

Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak cuba lakukan ialah "cuba lari" dari Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan "cuba keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga".

Dalil-dalil yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black market yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.

•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.

•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard mutunya.

• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.

• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan dari China.

Saya ulangi, apa yang g saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 21 tahun di Zimbabwe.

Apa ada untuk rakyat sesebuah negara sekiranya aset seperti letrik, air, rel, lebuhraya strategik, pelabuhan dan telekomunikasi dimiliki orang asing?.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.

Dr Hasan Ali

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Siapa Para Pengikut Dajjal Di Akhir Zaman?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

DAJJAL sudah kita pahami bersama adalah fitnah terbesar di akhir zaman. Dajjal ini punya pengikut sebagaimana disebutkan dalam berbagai hadits yang shahih. Siapa saja mereka?

Pengikut Dajjal adalah dari Yahudi, non Arab dan bangsa Turk. Yang menjadi pengikutnya pula beraneka ragam, ada juga orang Arab dan wanita.

Beberapa riwayat yang membuktikan hal ini.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمُ الطَّيَالِسَةُ
"Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70,000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup bahu dan badan)" (HR. Muslim no. 2944).

Di kalangan orang Yahudi, Dajjal dikenali dengan Al Masih bin Daud (Lihat Al Yaumul Akhir-Al Qiyamatush Shugro, 244).

Syaikh Salim bin I'ed Al Hilali berkata, "Mengapa Nabi menyebutkan Yahudi Ashbahan (Iran) secara khusus ?! Jawabnya, kerana hubungan yang amat erat antara Yahudi dengan Syiah. Sejarah mencatat bahawa kaum Syi'ah sepanjang masa selalu membantu kaum Yahudi untuk menghancurkan kaum muslimin, tidak seperti yang sering digambarkan oleh media-media penyesat sekarang yang menggambarkan bahawa kaum Syi'ah mengusir Yahudi dan memerdekakan negara dari Yahudi. Demi Allah, semua itulah politik dan dusta ". (Kaset Syarh Ushul Sunnah Ahmad bin Hanbal no. 9)

Dalam hadis Abu Bakr As-Siddiq, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
"Dajjal itu keluar dari bumi sebelah barat yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit ". Kata Ibnu Kathir, "Nampaknya wallahu a'lam- mereka adalah bangsa Turk yang menjadi penolong Dajjal nantinya." (An Nihayah Al Fitan wal Malahim, 1: 117).

Yang menunjukkan pula bahawa pengikut Dajjal adalah orang bukan Arab, dapat dilihat dari dua riwayat berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ وَيَمْشُونَ فِى الشَّعَرِ
"Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kaum muslimin memerangi bangsa Turk, iaitu kaum di mana wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat dari bulu dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat dari bulu" (HR. Muslim no. 2912).

Dalam riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمُ الشَّعَرُ ، وَحَتَّى تُقَاتِلُوا التُّرْكَ ، صِغَارَ الأَعْيُنِ ، حُمْرَ الْوُجُوهِ ، ذُلْفَ الأُنُوفِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
"Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian memerangi satu kaum yang sandal-sandal mereka terbuat dari bulu, dan kalian memerangi bangsa Turk yang bermata sipit, berwajah merah, hidungnya pesek, wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit" (HR. Bukhari no . 3587).

Namun pengikut Dajjal juga ada yang berasal dari bangsa Arab kerana kebodohan yang menimpa mereka. Sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Umamah yang cukup panjang, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَقُولَ لأَعْرَابِىٍّ أَرَأَيْتَ إِنْ بَعَثْتُ لَكَ أَبَاكَ وَأُمَّكَ أَتَشْهَدُ أَنِّى رَبُّكَ فَيَقُولُ نَعَمْ. فَيَتَمَثَّلُ لَهُ شَيْطَانَانِ فِى صُورَةِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَقُولاَنِ
يَا بُنَىَّ اتَّبِعْهُ فَإِنَّهُ رَبُّكَ
"Di antara fitnah Dajjal adalah, ia akan berkata pada orang Arab," Bagaimana menurutmu jika aku membangkitkan ayah dan ibumu, lalu engkau bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu, apakah engkau mau? "" Iya, mau ", jawab orang Arab tersebut. Lalu dua syaitan menyerupai bentuk ayah dan ibunya lantas keduanya berkata, "Wahai anakku, ikutilah dia (iaitu Dajjal), kerana dia adalah Rabbmu". (HR. Ibnu Majah no. 4077. Hadits ini shahih kata Syaikh Al Albani sebagaimana dalam Shahih Al Jami 'no. 7875).

Adapun wanita, keadaan mereka lebih teruk daripada orang Arab yang dikisahkan di atas kerana mereka cepat terpengaruh dan ketidak tahuan yang menimpa mereka. Sebagaimana disebutkan dalam hadits Ibnu 'Umar, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ
"Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sampai-sampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, anak perempuannya, saudarinya dan bibinya kemudian mengikatnya kerana bimbang keluar menuju Dajjal". (HR. Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

Ditambah lagi yang menjadi pengikut Dajjal adalah kelompok Khawarij. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits berikut ini,

يَنْشَأُ نَشْأٌ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيْهِمْ, كُلَّمَا خَرَجَ فَرْقٌ قُطِعَ حَتَّى يَخْرُجَ فِيْ أَعْرَاضِهِمْ الدَّجَّالُ
"Akan muncul suatu kelompok yang membaca Al-Qur'an tetapi tidak sampai pada kerongkong mereka. Setiap kali muncul, mereka dibasmi habis hingga keluar pada pasukan besar mereka Dajjal. "(HR. Ibnu Majah 174 dan dihasankan al-Albani dalam Ash-Shahihah 2455)

Jika kita sudah mengetahui bagaimana dahsyatnya fitnah Dajjal, dan siapa saja yang menjadi pengikutnya -barangkali kita pun boleh termausk kerana kejahilan dan lemahnya iman-, maka sudah barang tentu kita harus mengetahui bagaimanakah cara melepaskan diri dari fitnah tersebut. Moga boleh dilanjutkan pada tulisan selanjutnya dengan pertolongan Allah.

sumber islampos.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pakar: Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.

"Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan," katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.

Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.

"Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih juruwang mereka untuk melakukan jualan," katanya.

Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.

Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.

Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.

Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).

Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.

Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.

Beliau menambah, banyak bank dijangka menyusutkan pekerjaan dalam tahun akan datang jika mereka menceburi FinTech.

Beliau mencadangkan RHB dan AmBank menumpukan kepada sektor pertumbuhan tanpa faedah untuk mengurangkan pertindihan kerja. Sektor ini meliputi jualan, perkhidmatan atas talian dan pengurusan kekayaan dan aset.

Yeah menasihati pekerja bank lebih banyak belajar bidang teknologi untuk mencari peluang baru atau terlibat dalam FinTech dengan berkata terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerja dalam sektor itu.

Beliau juga berkata mungkin tidak perlu bagi RHB dan AmBank mengurangkan sebilangan besar pekerjaan jika mereka mengambil keputusan untuk memanfaatkan kemahiran dan kecekapan pekerja mereka yang sedia ada.

"Entiti baru boleh menumpukan kepada peruncitan, pinjaman korporat, pengurusan kekayaan peribadi atau perbankan Islam," katanya sambil menambah ia juga boleh menimbang untuk memperluaskan perkhidmatan perbankan Islam di luar negara.

Ingat Pekerja Asing Ini Menangis Tenung Dompet Sebab Tak Ada Duit, Rupa-Rupanya Seorang Bapa Sedang Rindukan Anaknya
siakapkeli.my

Adat merantau, pasti keluarga akan ditinggalkan lebih-lebih lagi merantau di negara luar yang kita tiada sesiapa yang kita kenal.

Itulah juga pasti dirasai oleh warga asing yang datang ke negara kita, mereka terpisah beribu-ribu batu daripada isteri, anak, ibu, bapa dan keluarga.

Dikongiskan oleh seorang lelaki bernama AkuPendosa Dunia, di mana dia telah melihat seorang lelaki warga asing yang duduk berseorangan menangis sembil melihat dompetnya, beliau pada mulanya ingat lelaki berkenaan tiada duit, tetapi rupanya.. jom kita baca.

Aku tengok dia buka dompet duit dia, lama dia perhatikan sambil jari dok usap-uspa dekat dompet dia tu, sesekali dia lap air mata.

Aku ingat dia sedang kira duit, aku pun intailah.. rupa-rupanya.. dia sedang tengok gambar anak-anak dia, seorang bapa yang jauh beribu batu sedang rindukan anak-anaknya.

Begitulah kasih seorang bapa, bila didepan nampak tegas, bila berjauhan hanya air mata tanda kasih sayang.

#PengorbananSeorangYangBernamaAyah.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Allah larang lelaki berkahwin?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir, sedangkan dalil qati'e firman Allah yang bermaksud: "janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman".
Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah merupakan perintah daripada Allah kepada lelaki Islam supaya jangan berkahwin dengan perempuan kafir,Maka dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir suatu ajaran sesat yang berbahaya.

Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada semua lelaki beragama Islam agar jangan sekali kali kamu berkahwin dengan wanita musyrik(kafir).

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat lemah itu.
Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.Lebih lebih lagi lelaki adalah ketua dalam rumahtangga dalam melayari sepanjang kehidupan.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: " Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu".

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah, aku berharap sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar ada kejelasannya.

Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan dan lelaki boleh berkahwin sama lelaki.

sesungguhnya tidak lain dan tidak bukan ia suatu ajaran sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 11, 2017 8:25 PM
Subject: Fw: Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah

Nikah Tanpa Wali, Feminis Ditempelak Mufti

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PUTRAJAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menjelaskan persoalan berkenaan wali dalam rukun nikah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Kata beliau, menurut mazhab Imam As Syafie, wali merupakan rukun dan ini pendapat kebanyakan ulama serta berdasarkan dalil yang jelas.

Jawapan itu secara tidak langsung menolak dakwaan Zainah Anwar sebagai 'wakil' Ulama Perempuan Malaysia di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di Kota Cirebon, Indonesia, April lalu yang menekankan peranan wanita dalam Islam dan menyentuh amalan di negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.

Dr Zulkifli berkata, kenyataan kumpulan feminis untuk menghapuskan wali sebagai rukun nikah itu adalah suatu pandangan yang tidak tepat, mengelirukan dan agak tergesa-gesa tanpa memahami dalil dengan baik.

Menurut cadangan Laporan Alternatif KUPI, Pengasas Bersama Sisters In Islam itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda iaitu seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran daripada seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan dan meminta Seksyen 13 bagi Undang-Undang Keluarga Islam untuk dipinda.

Sementara itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa permintaan itu adalah sesuatu yang tidak rasional. Ini kerana wali lebih kenal seseorang yang dinikahkannya, maka secara tidak langsung institusi perkahwinan dapat dipelihara dengan lebih baik.

Bagaimanapun, cadangan Zainah Anwar yang juga merangkap sebagai Pengasas Bersama & Pengarah MUSAWAH ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau sendiri dan dikemukakan dalam laporan kedua daripada NGO-NGO Malaysia mengenai Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Selain itu, Zainah Anwar juga pernah membuat dakwaan bahawa sebenarnya tiada otoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir).

Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah – Zainah Anwar

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.

Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu sesi soal jawab dalam satu forum umum "Perkembangan Islam di Malaysia: Dari Era Sanggul ke Era Hijab" yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. Sewaktu sesi soal jawab tersebut, salah seorang daripada hadirin telah meminta Zainah Anwar untuk memberi pencerahan mengenai keizinan wali dalam perkahwinan yang dibincangkan dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung di kota Cirebron, Indonesia.

Kongres yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu telah menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia. Menurut Zainah, di negara seperti Maghribi yang menyamaratakan hak-hak lelaki dan wanita, seseorang itu boleh berkahwin tanpa wali. "So, kalau ada kerajaan macam di Maghribi yang percaya bahawa lelaki dan wanita perlu dilayan sama rata, anda boleh mencari pendapat dan hujah berkenaan isu ini dalam Islam demi menyokong pendapat untuk hak sama rata dan berkeadilan," tegas Zainah.

Kenyataan beliau ini sama seperti cadangan yang pernah dikemukakan beliau dalam Laporan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada bulan Mac 2011. Di bawah isu 'Kebebasan Untuk Memilih Jika, Bila Dan Siapa Untuk Dikahwini', Zainah mendakwa bahawa tiada autoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir). Zainah telah memetik kata-kata Mohammad Hashim Kamali dalam bukunya bertajuk Islamic Law in Malaysia bahawa, dalam erti kata lainnya, ia adalah adat pra-Islam yang diambil dan dimasukkan ke dalam fiqh oleh ulama'

. Laporan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) 2013 juga menyentuh mengenai cadangan CEDAW berkenaan syarat adanya kebenaran wali (penjaga) bagi bakal pengantin perempuan walaupun pengantin tersebut sudah pun mencapai usia dewasa. Menurut laporan tersebut lagi, pernikahan wanita dengan keizinan wali merupakan salah satu isu yang melambatkan perkembangan dalam mencapai kesaksamaan jantina di negara ini. Kedua-dua laporan CEDAW dan COMANGO ini, telah dibawa ke peringkat antarabangsa bagi tujuan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menerima dan mengiktiraf perkara-perkara yang dibangkitkan.

Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik AMANAH (PAN)

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.

Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.

"SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it", katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai 'ahli zikr', yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai 'pakar' lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.

SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.

"Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan" tegasnya lagi.
Sumber: https://www.menara.my

Wah, tahu pulak dia sebut jahiliyah!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Assalamualaikum, Satu dari segment badak air pekak berendam dalam air mengelak kepanasan masyarakat melayu Islam yang sudahpun separuh yahudi dan kristian ialah kumpulan akak akak yang liberal, menamakan kumpulan mereka Kakak dalam Islam.Tapi perangainya tak macam kakak tapi macam badak air pekak berendam dalam air. Lihat saja gelagat kurang asam mereka sejak dulu sampai sekarang! Dan hari ini akak akak dalam Islam sudah tahu bercakap pasal jahiliyah tetapi dalam maksud yang tak langsung merujuk kepada jahiliyah.

Kalau dulu Sahrizat Jalil mendakwa muslimah PAS mahu membawa wanita kembali ke zaman jahilliyah kerana menganjurkan pemakaian yang menutup aurat dan tidak mahu berpakaian secara wanita moden.Kini Zainah Anwar, wakil akak akak dalam Islam memberitahu semua, yang nikah tak perlu wali kerana wali itu jahiliyah serta nikah tanpa wali lebih boleh diterima di zaman moden.

Cakap panjang panjang tak guna. Apa yang berlaku ialah, inilah produk dari pendidikan yahudi dan kristian yang diterapkan sejak dari kecil.Pendidikan yang mengabaikan suruhan Nabi supaya memukul anak yang tak solat ketika berumur 10 tahun, malah pendidikan yang langsung tak solat.Produk yang tak solat sejak dari zaman kanak kanak ini pula tampil dengan pendedahan tubuh badan tanpa segan silu dan tak hirau dengan suruhan tutup aurat tetapi tetap mengaku Islam.

Akhirnya Islam boleh diubah mengikut selera zaman.Itu menteliti mereka kerana diasuh dari awal oleh pendidikan yang turut menguntungan yahudi dan kristian dalam usaha mereka menghancurkan Islam.Yahudi dan kristian kalau ikut ayat ALLAH tidak akan redha dengan Islam selagi orang Islam tidak mengikuti carahidup mereka.Carahidup bermaksud tidak perlu masuk Yahudi atau kristian, cukup sekadar mengikut carahidup mereka, mereka akan redha.

Buktinya jelas, bagaimana yahudi dan kristian akan berada di belakang akak akak dalam Islam ini untuk mengubah carahidup Islam kepada carahidup Yahudi dan kristian sambil mengekalkan ugama mereka pada namanya saja.

Kumpulan badak air pekak ini pula menjadi benteng kepada kelicikan Kristian Evangelis yang hari ini dibuktikan secara nyata dan jelas sedang menyusup masuk ke dalam negara menerusi DAP, sebuah parti politik yang mendapat sokongan benteng dari parti parti orang Islam.

Orang Islam yang menjadi benteng kepada DAP pula terdiri dari ahli politik dan pemakan dedak yang membentuk satu lagi kelompok badak air pekak berendam dalam air yang tak akan menghirau apa saja orang kata selain yang memuji DAP sebagai parti yang memperjuangkan perjuangan suci.

Kumpulan ini sudah tidak mahu meletakan ugama di atas segala galanya sebaliknya meletakkan parti parti politik yang mereka anuti mengatasi ugama.Sebab itu ada ahli ahli politik badak air pekak boleh menyokong apa apa perubahan yang cuba dibuat kepada amalan berugama yang sudah lebih 1,400 dulu tidak pernah berubah tak kira moden manapun dunia berada.

Islam sudah moden sejak kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi, di mana ianya menandakan tamatnya zaman jahiliyah yang penuh dengan kekalutan kehidupan.Islam datang mewajibkan nikah itu dengan wali, antara lain menjadi penyebab dunia bertukar dari jahiliyah kepada moden dan sebarang perubahan yang nak dibuat kepada rukun nikah ini adalah percubaan untuk mengembalikan zaman ke zaman jahiliyah, sama seperti Sahrizat Jalil mahu mengembalikan zaman ke zama jahiliyah dengan pakaian modennya.

Pendek cerita, dek kebodohan dan kejahilan sendiri, Zainah Anwar macam tak tahu apa dia cakap, jenis hentam saja labu dan sesiapa yang percaya kepadanya, seangkatan dengannya juga yang merupakan satu masalah umat yang perlu diperbetulkan menerusi pembetulan sistem pendidikan Islam yang sebenarnya....

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 5:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mat Redho Terima Jemputan Dari American Ninja Warrior, Jadi Satu-Satunya Wakil Tunggal Dari Malaysia Bertanding
siakapkeli.my

Mungkin ramai yang sudah mengenali dengan pemuda ini, iaitu Mohd Redha Rozlan, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Redho, yang tular pada tahun lalu.

Yang mana pada bulan Ogos 2016 yang lalu, video yang memaparkan Mat Redho di dalam sebuah rancangan popular di Jepun iaitu Ninja Warrior, telah membuatkan rakyat Malaysia teruja, akan kemunculannya di dalam Sasuke Viet Nam (Ninja Warrior versi Vietnam) di Vietnam.

Mat Redho telah berjaya pada pusingan pertama dengan catatan masa di bawah 46 saat, dan kemudiannya ke pusingan kedua, yang turut berjaya menghabiskan aksi dengan masa 34 saat sahaja.

Kejayaan yang ditunjukkan oleh Mat Redho telah membanggakan rakyat Malaysia, kerana dia satu-satunya pesaing dari Malaysia pada ketika itu.

Mungkin sudah lama kita tidak mendengar akan berita mengenai Mat Redho, tapi dalam status terbaru yang dimuat naik olehnya di Instagram, ia sedikit sebanyak telah memberi petanda baru akan kemunculan Mat Redho dalam Ninja Warrior.

Berita yang dimuat naik olehnya adalah mengenai jemputan yang diterima untuk menjadi salah seorang peserta dalam rancangan American Ninja Warrior. Apa yang membanggakan juga adalah, Mat Redho satu-satunya wakil dari Malaysia untuk pertandingan itu.

"Sangat sibuk seminggu dua ini, kerana dapat jemputan dari ANW agak lewat, paling sukar untuk membuat US Travel Visa", tulisnya di Instagram.

Mat Redho akan berlepas ke US pada 16 Jun ini, yang mana akan transit seketika di UK, dan terus ke Las Vegas, Nevada.

Tambahnya lagi, Mat Redho mengharapkan doa dari rakyat Malaysia, agar diberi kekuatan untuk bertarung di sana kelak.

"Doakan perjalanan saya ke sana, semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk bertarung dikala puasa", katanya.

Bukan itu sahaja, Mat Redho turut berkata, "Ini bukan kali pertama aku bertarung demi Negaraku pada bulan puasa, dan apatah lagi ketika raya, harap-harap semua berjalan lancar".

Pastinya kemunculan Mat Redho sebagai salah seorang peserta yang akan bersaing dalam American Ninja Warrior akan dinanti-nantikan oleh kita semua.

matredho Puchong
Aku busy teruk seminggu dua ni pasal dapat invitation dari ANW agak lewat..so bende yang paling sukar adalah nak buat US Travel Visa...ohhmakkoi...susah gile nak dapat pasal last minutes request, terima kasih dekat kekasih ai Nurein Kamdan pasal bantu aku banyak bende untuk settle up semua ni..Malangnya kekasih aku tak dapat nak ikot sebab faktor2 tertentu..dan paling ketara adalah costing nak ke sana..angaran cost adalah pegi ummrah untuk 2org.. #nangis Jadi secara rasminya..aku akan fly ke Las Vegas, NEVADA pada tangal 16th June dan transit di UK sebelom ke US..doakan perjalanan saya kesana..semoga segala urusan dipermudahkan dan di beri kekuatan untuk bertarung di kala puasa..ni bukan kali pertama aku bertarung demi #negaraku pada bulan puasa and apatah lagi ketika Raya, harap2 semua berjalan lancar..amin..so sape2 yg terlajak kaye tu boleh lah dermakilat #Gofundme hahaha #PecahTabungLagi

Sumber: Mat Redho

- Siakap Keli

Aksi Redha Rozlan Dalam Ninja Warrior Kagumkan Netizen
siakapkeli.my

Video yang merakamkan Mohd Redha Rozlan yang menyertai program sukan televisyen Jepun, Sasuke Việt Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mendapat pujian dari netizen Malaysia.

Redha yang juga seorang pegawai Teknologi Maklumat (IT) berjaya melepasi peringkat pertama permainan itu bagi kategori di bawah 46 saat dan beliau mungkin rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Redha Rozlan, yang turut dikenali sebagai Mat Redho pernal tampil dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014 yang menampilkan beliau berpasangan dengan pelakon Erin Malek.

Viet Nam News melaporkan, program sukan yang berasal dari Jepun itu telah memulakan musim keduanya di Vietnam pada 19 Mei lalu dan pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Mat Redho dengan bersahaja melepasi rintangan-rintangan sehingga ke titik penamat.

Selepas menematkan permainan itu, Mat Redho yang memakai baju berlambangkan Malaysia itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton. - Siakapkeli.my

Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam
Siakapkeli.my

Vietnam, 28 Ogos - Rakyat Malaysia yang bertanding dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior versi Vietnam) berjaya melepasi pusingan kedua pertandingan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, Mat Redho, yang memakai baju bertemakan jalur gemilang, dengan lancar menghabiskan aksi tersebut dengan masa 34 saat sahaja.

Disaat kemenangan, Mat Redho mengambil jalur gemilang yang dibawanya di dalam poket dan dengan bangga mengibarkan jalur gemilang itu di hadapan kamera televisyen dan penonton di pertandingan tersebut.

"Saya sangat gembira. Kita tunggu pula pusngan ketiga", kata Mat Redho selepas aksi terbabit.

Sebelum ini, Mat Redho pernah menjadi viral dalam kalangan netizen Malaysia apabila berjaya melepasi pusingan pertama pertandingan tersebut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Sunday, 18 June 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: