2 Messages
Digest #4767
Messages
Sun Jun 11, 2017 5:04 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Jawapan Kepada Lim Kit Siang: Benar Kamu Bukan Kristian, Tetapi Dap Dikuasai Oleh Kristian
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Sungguh melucukan sekali melihat Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bergelut untuk memisahkan DAP dari agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh.
Dua kali, pada 18 Mei dan 27 Mei, Lim Kit Siang menekankan betapa beliau bukan seorang Kristian ("I am not a Christian") seolah-olah Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang.
Walhal dunia, termasuk Dr Zulqarnain Lukman dari KANUN AMANAH, tahu bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP.
Ramai yang berspekulasi bahawa Setiausaha Agung DAP sejak 2004, Lim Guan Eng, adalah seorang Kristian, tetapi tidak ada yang benar-benar mampu memberikan bukti konkrit mengenainya.
Sebagai seorang pembaca tegar, saya berpeluang membaca pengakuan sensasi Lim Guan Eng mengenai bagaimana beliau memeluk agama Kristian sewaktu berada di dalam Penjara Kajang pada 1998.
Pengakuan Lim Guan Eng ini terdapat di dalam wawancara bertajuk "Lim Guan Eng: The Prison to Parliament Leader" di dalam buku "Heart to Heart with Asian Leaders: Exclusive Interviews on Crisis, Comebacks & Character".
Di antara pengakuan Lim Guan Eng ini ialah:
1. "However, I had to take a leap of faith, which was not a forethought but an afterthought. That came when I converted to Christianity very late in my years, when I was searching for answers. I found them in the Bible."
2. "I read the Bible cover to cover. Three times. I requested for the Bible when I was in prison in 1998... During my second imprisonment in Kajang Prison in 1998, being a family man, I had to worry about my wife and children. So it was much more painful. You realized suffering. Then I looked at the suffering that Christ endured... The suffering that he endured gave me strength. What was my suffering compared to His?"
3. "I kept telling my family to just look at the Bible, look at the characters in the Bible... That's why you need to read the Bible... I kept telling myself that the people in the Bible suffered much more..."
Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Mengikut Lim Guan Eng, dengan kedua-dua pemimpin DAP yang beragama Kristian inilah beliau duduk untuk berbincang dan berstrategi.
Dedah Lim Guan Eng: "Right now, I rely on a younger group of people, like Tony (Pua Kiam Wee) and Anthony (Loke Siew Fook), to get things done. We sit down to talk and strategize."
Lim Kit Siang juga berkata, tidak terdapat agenda Kristian di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP ("There is no such "Christian agenda" in the DAP or among any DAP MP or State Assembly representative.")
Bagaimanapun, sehingga kini beliau atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Hannah Yeoh ini, iaitu bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.
Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu Hannah Yeoh.
Saya juga boleh berikan contoh agenda Kristian seorang Ahli Parlimen DAP yang juga Strategis Pilihan Raya DAP, iaitu Dr Ong Kian Ming.
Di dalam satu kenyataan Facebook beliau pada 4 Februari 2014, Dr Ong Kian Ming jelas menulis, "Di gereja saya di SIBKL, kami telah berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita" ("In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country".)
Di dalam satu tulisan beliau pada 19 Mac 2014, Penyelidik Parlimen Dr Ong Kian Ming bernama Sharon W H Ling menyebut: "To hope for a better tomorrow is only human; perhaps, to commit to realizing that dream is something more. For some, it is a calling, a conviction. For my boss, a Christian, it is a higher power; for myself, a secularist, it is humanity."
Bagaimana mungkin Dr Ong Kian Ming boleh memperjuangkan agenda sekular bila Penyelidik Parlimen beliau sendiri menyifatkan beliau bukan sekularis?
Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Subang Jaya pada 10 Januari 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri?
Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Pulau Pinang pada 22 Mac 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri, dan bila pelancaran buku ini dan forum mengenainya dianjurkan oleh Wanita DAP Pulau Pinang?
Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila, terbaru, Lim Kit Siang sendiri yang mati-matian mempertahankannya, termasuk di dalam "Bicara Buku Becoming Hannah" di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei lalu?
Dan bagaimana mungkin Lim Kit Siang boleh mengatakan bahawa, sebab beliau bukan seorang Kristian, agenda Kristianisasi tidak terdapat di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sedangkan yang benar-benar berkuasa di dalam DAP adalah Lim Guan Eng yang beragama Kristian?
Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?
Silap mata apakah yang cuba kamu mainkan, wahai Lim Kit Siang?
Dr Kamarul Zaman Yusoff
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 11, 2017 5:04 pm (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?
bloglist-malaysia.
kerabubersuara.
Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?
By Abdul Muein Abadi
"Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel"
Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel? Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali? Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran? Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan 'petroDollar' kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.
Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin. Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama. Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan. Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini. Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.
Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis. Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata. Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington. Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai 'pengganas' oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas. Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai 'survival' atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.
Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi. Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki. Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel. Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel. Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa. Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej 'positif' Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.
Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki. Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa. Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi. Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir. Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri. Ringkasnya, "Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel". Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment