Sunday, June 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4758[4 Attachments]

15 Messages

Digest #4758
1
3
Fw: Korek hidung tak batal puasa, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Penuntut UPNM Mati Didera Rakan by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Shafee Abdullah & RM9.5 JUTA by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
7
Fw: Lagi berita istimewa di malaysia by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: Berita tentang politik pula by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
Fw: Mohon Sumbangan by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
Fw: DAP yang kemaruk berbuka... by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
15a
Fw: Sumbangan Berbuka Puasa by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Sat Jun 3, 2017 9:44 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tujuh Pelajar Tahfiz Maut Dalam Nahas Di Kuala Krai

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KUALA KRAI -- Bilangan mangsa yang maut dalam kemalangan van yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz dan guru mereka di Kuala Krai hari ini meningkat kepada tujuh orang.

Selain tujuh pelajar tahfiz yang terkorban, tujuh lagi cedera termasuk lima parah selepas van yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekung hari ini.

Kumpulan 12 pelajar dan dua guru pengiring itu ialah dari Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang di sini.

Terbaru, Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, dan Ahmad Farhan Zulkifli, 14, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Zulkarnain Ismail Al Haj kepada Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, lima yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Muhammad Rahman Rozali, 18, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad yang belum diketahui umurnya.

Sebelum ini, Ahmad Farhan Zulkifli, 14, turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan susulan nahas itu.

Lima mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Kuala Krai dan dua lagi di Hospital Machang, kata Zulkarnain.

"Dua belas pelajar dan dua guru pengiring itu dalam perjalanan untuk menghadiri program Daurah Tafsir Al-Quran di Madinah Ramadan (dekat Stadium Sultan Muhammad IV) Kota Bharu. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi rumah mayat Hospital Kuala Krai apabila lebih 50 anggota keluarga mangsa berkumpul untuk menuntut jenazah.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ahmad mengucapkan takziah kepada semua keluarga pelajar yang terbabit dan berharap mereka bersabar dengan tragedi itu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood ketika dihubungi berkata van yang membawa pelajar tahfiz itu dikatakan terbabas ke dalam cerun sebelum merempuh sebuah rumah penduduk.

Nazili berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut kira-kira 9.45 pagi dan menghantar dua jentera dengan 12 anggota ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kemalangan, bomba mendapati lima mangsa tersepit dalam van berkenaan manakala sembilan lagi telah dibawa keluar oleh orang awam," katanya.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Tragedi Berdarah Timpa Anak Tahfiz, Van Yang Dinaiki Remuk Selepas Terbabas Rempuh Sebuah Rumah
siakapkeli.my

Kira-kira lima orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al – Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai dilaporkan maut selepas van yang dinaiki mereka bersama 9 orang yang lain termasuk 2 orang ustaz telah terbabas merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.00 pagi itu menyebabkan 5 orang berusia 15 hingga 17 tahun maut selepas cedera parah kerana tersepit, manakala sembilan lagi berjaya dikeluarkan orang awam.

Dikatakan pelajar-pelajar tahfiz ini sedang menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program daurah tafsir Al-Quran pagi ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, sebanyak dua jentera dengan 12 anggota masing-masing dari balai Kuala Krai dan Machang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:45 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib patut dapat anugerah bapa tiri mithali-Mejar Zaidi
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

*NAJIB PATUT DAPAT ANUGERAH BAPA/ BAPA TIRI MITHALI; SELAIN USD248 JUTA YG RIZA ANAK ROSMAH DAPAT, ANAK NAJIB ASHMAN PUN DAPAT RM200K DUIT 1MDB*

*AHMAD MASLAN DAPAT RM2 JUTA, MB KEDAH BASHAH RM200K. SULTAN PAHANG RM2 JUTA*

SIAPA DIANTARA SEMUA NI, TERUTAMA NAJIB YG BERANI SAMAN SARAWAK REPORT???

# *HANCUR MELAYU KERANA RASUAH*

http://www.sarawakreport.org/2017/05/nor-ashman-received-rm200000-from-dad-courtesy-of-1mdb-exclusive/

http://www.sarawakreport.org/2017/05/questions-for-nazir-razak-re-1mdb-payments-new-evidence/

http://www.sarawakreport.org/2017/05/najib-paid-pahang-sultan-rm2-million-out-of-1mdb-account-major-exclusive/

HJ ZAIDI BIN AHMAD
BEKAS MEJAR TUDM
0174164728

# VIRALKAN DEMI SELAMATKAN NEGARA DAN ANAK CUCU TERCINTA DARI PEMIMPIN2 MELAYU HAPRAK YG BAKAL MENGGADAIKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:45 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Korek hidung tak batal puasa, dengar azan subuh, telan makanan
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Hari ini dah masuk hari ke-7 umat Islam di Malaysia berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. sedar-sedar dah seminggu kita lalui bulan ramadan.

Apa yang Einstein kata memang ada kebenarannya. Masa itu adalah relatif. Bagi orang tua yang dah berumur, melebihi 40 tahun, masa amat pantas berlalu. Hidup dalam lingkungan umur melebihi 40-an seumpama orang yang tak boleh tidur di malam hari.

Mata dipejam, cuba lelapkan mata. Pusing kanan dan pusing kiri, tapi masih tak boleh lena. Semakin lama semakin kuat kedengaran bunyi jam berdetik. Tik tik tik tik, makin kuat dan makin tertekan tak boleh tidur. Makn lama masa makin pantas bergerak sedangkan esok dah nak kena bangun pergi kerja.

Macam itulah rasanya keadaan orang yang dah berumur lanjut lebih dari 40 tahun. Kubur memanggil mari-mari !, hati tak tenteram, berbisik, nanti nanti !. Aku masih belum bersedia. Masih ada keinginan dan cenderung pada maksiat. Masih tak dapat buang perangai suka kepada kelalaian.

Tazkirah ramadan sempena bulan puasa
Macam biasa seperti bulan puasa tahun-tahun yang lalu, surau anjurkan tazkirah ramadan, khas untuk para jemaah. Untuk seimbangkan antara yang kaki dengar ceramah dan mereka yang tak gemar dengar kuliah, tazkirah akan diadakan berselang seli. Satu malam ada dan malam berikutnya tak ada.

Semalam adalah hari adanya tazkirah ramadan. Selesai solat tarawih empat rakaan yang pertama, para jemaah akan dihidangkan dengan tazkirah ramadan. Tak ada yang lari keluar balik rumah untuk elak dengar tazkirah.

Masanya yang diperuntukkan pada ustaz hanyalah dalam lingkungan 10 minit sahaja. Bukan lama sangatpun. Amat sesuai untuk rehat bersandar sebentar kat dinding surau, untuk redakan otot yang tegang. Juga kesempatan pejamkan mata bagi mereka yang nak lena sebab makanan masih penuh kat perut.

3 cara puasa tahun ini lebih dari yang lalu
Tazkirah yang ustaz berikan semalam memang menyegarkan mata semua yang mendengarnya. Malah, mereka yang lari sebentar keluar ke pantry surau kat luar tu untuk hembus asap rokok juga pasti tak lepas perembang telinga dengar apa ustaz katakan.

Tazkirah pantas yang ustaz berikan semalam berkisar kepada 3 idea untuk jadikan ramadan tahun ini lebih baik daripada ramadan tahun sudah. Dan idea yang ustaz berikan memang original dan sedikit berbeza dari yang biasa kita dengar.

Semua ustaz dah bagi tahu kelebihan ramadan seperti sedekah, baca Quran, iqtiqaf dalam masjid, solat jemaah dan bermacam-macam lagi. Selalu kita dengar dan dah ramai yang amalkan semua itu setiap kali datangnya bulan puasa.

Ustaz bagi 3 idea untuk jadikan puasa kali ini lebih baik;

1.. Lewatkan waktu ketika sahur
2.. Segerakan makan ketika berbuka
3.. Doa apa hajat kita 10 minit sebelum masuk waktu berbuka
Terus telan makan bila dengar azan
Ustaz cadangkan supaya kita semua pastikan sahur lewat dan bukannya sahur awal. Bagi ustaz sahur pukul 12 tengah malam itu tak masuk dalam takrifan sahurpun. Itu yang ramai anak-anak muda buat sekarang sebab tak mahu bangun bersahur.

Anak muda sekarang ramai yang akan tidur lewat sepanjang bulan puasa. Lagi lewat lagi bagus. Sebelum nak tidur, mereka akan keluar makan dahulu. Mungkin pukul 1 mungkin pukul 2. Itulah sahur mereka. Dan terus tidur tak bangun lagi sampai pagi esok.

Jika baik, subuh gajah esok mereka bangun untuk solat subuh. Jika tak berapa baik, esok pagi pukul 9 atau 10 baru mereka bangun. Burn solat subuh dan qada sahaja. Lebih lewat bagun pagi, lebih pendek waktu sedar menahan lapar. Itu idea licik anak muda.

Semua perlu tanam azam sekarang untuk pastikan bangun sahur hanya selepas tidur dan selepas pukul 5 pagi. Makan cepat-cepat dan tunggu solat subuh terus. Tak payah sambung tidur. Waktu makan hanya habis sebaik saja masuk waktu subuh.

Kata ustaz, lagi dua tiga minit nak masuk subuh masih boleh sempat kayuh tangan suap nasi lagi. Jangan risau, puasa masih sah. Suap masuk mlut nasi dan kunyah dengan tenang. Bila tengah kunyah tu tiba-tiba dengar azan dilaungkan, segeralah telan nasi kat dalam mulut tu. Masih sah puasa kita.

Yang tak boleh buat adalah bila dengar azan, tangan kayuh ambil masi segengam dan baru nak kunyah. Itu memang tak boleh dan tak sah puasa kita.

Korek hidung tak batal puasa
Dalam bab segerakan berbuka puasa memang tak ramai yang tertinggal. Semua akan pantas sangat dalam bab berbuka puasa ini jika ketika itu dah ada kat dalam rumah. Satu keluarga akan terus mengadap depan meja makan jika waktu berbuka dah hampir.

Sambil mengadap, telinga akan peka dengar azan kat masjid atau surau. Ramai juga yang duduk kat Selangor atau KL lebih suka biarkan radio atau TV 1 dibuka. Azan akan dilaungkan melalui radio atau TV sebaik saja masuk waktu.

Bunyai saja azan, tangan akan bersilang atas meja bermula dari meneguk air buah sejuk satu gelas besar. Telah seteguk demi seteguk sampai nak habis nyawa baru nak berhenti. Kemudian mula pulun belasah habis juadah yang dibeli berbungkus-bungkus kat bazar ramadan tadi.

Yang timbul masalah adalah mereka yang dah masuk pukul 7 lebih, masih duduk dalam kereta tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Nak jadi cerita dalam kereta tak ada apa-apa makanan pulak. Tiba-tiba kedengaran azan berbunyi dari corong radio kereta

"Nak berbuka puasa dengan apa ?", tanya ustaz.

"Korek hidung !", ramai yang jawab begitu dengan soalan ustaz tadi.

"Korek hidung tak batal puasa !", tegas ustaz.

Ada yang tercengang. Itulah yang kita diajar sejak dari dalam buaian lagi. Korek hidung batal puasa. Jadi, setiap kali bulan puasa, amat malang orang yang hidungnya suka berair. Bila bangun tidur, cecair dalam hidung akan mengeras dan bertukar jadi taik hidung. Nak korek takut batal puasa. Maka dibiarkan hidung penuh dengan taik hidung.

Ustaz beri jaminan tak perlu nak risau dengan bab korek hidung. Sebab tak akan batal puasapun jika korek hidung. Oleh itu, berbuka puasa dengan korek hidung juga tidak betul. Kalau dalam kereta tak ada makanan, masuk saja magrib kena cari alternatif lain untuk segerakan berbuka.

Korek hidung hanya akan membatalkan puasa jika selepas korek, kita makan taik hidung tu !. Jadi jangan makan taik hidung ketika berpuasa. Itu saja.

Jangan makan juga taik hidung dalam bulan tak puasa. Memang tak boleh makan taik hidung tu. Hukumnya adalah haram kata ustaz. Sebab makan benda yang menjijikkan juga adalah haram walaupun benda tu bukannya najis.

Jadi apa yang kita perlu buat dalam bulan ramadan adalah pastikan ada bekalan air suam dan buah kurma sentiasa tersedia dalam kereta. Masuk saja bulan ramadan, bubuh siap-siap dalam kereta. Jika tersangkut atas jalan waktu berbuka. Boleh berbuka dan buka cermin kereta untuk hulurkan seulas dua pada orang sebelah. Bergunung pahala boleh dapat ketika itu.

Doa 10 minit sebelum berbuka puasa
Ini yang paling menarik dan tak berapa ramai orang tahu sangat. Waktu sebelum berbuka puasa, atau sebelum masuknya waktu magrib di bulan pasa adalah waktu yang mustajab untuk minta doa. Ustaz bagi hadith tentang itu dan doa ketika itu terus naik dan tak ada hijab.

Jadi jangan buang masa. Ambil kesempatan untuk berdoa ketika itu dan mintalah apa yang anda mahu. Buat saja doa dalam bahasa melayu yang kita semua paham. Tak perlu nak translate ke bahasa arab.

Memang tak perlu dalam bahasa arab kecuali untuk orang lelaki.

Jika orang lelaki yang nak tambah seorang lagi isteri, mahu berdoa ketika itu, pastikan buat dalam bahasa arab. Supaya orang tak faham apa yang didoakannya terutamanya isterinya kat rumah. Jadi ustad suruh orang yang nak doa minta tambah seorang lagi isteri pergi jupa dia lepas selesai tarawih nanti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:46 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Arwah Dibelasah Dengan Tali Pinggang, Getah Paip Dan Penyangkut Baju Sebelum Ditekap Dengan Seterika Wap

bloglist-malaysia.blogspot

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

 

Gambar kecil - Harian Metro 3 Jun 2017

JOHOR BAHRU, JOHOR - Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia petang kelmarin selepas dibuli beberapa rakannya.

Lapor Harian Metro, mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga memiliki kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki, akibat ditekap dengan seterika wap.

Menurut rakannya yang tidak ingin dikenali, dalam kejadian 21 Mei lalu mangsa telah dituduh mencuri komputer riba. Mangsa kemudian dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah. Selain itu, mangsa dipaksa untuk mengaku mencuri komputer riba.

"Selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah 27 Mei di mana keadaannya semakin parah. Dia mengadu sakit badan (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mencuri laptop. Sedangkan bukan dia yang melakukannya.

"Lukanya semakin parah dan dia dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia padam alam tadi (kelmarin)," katanya.

Menurut rakannya itu, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku pada mangsa yang merupakan seorang periang dan mudah bergaul.

 

Gambar - Netizen di Facebook

Bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, 53, berkata, dua hari sebelum Ramadhan, anaknya ada mengadu kepada ibunya, Hawa Osman, bahawa dia telah dibelasah oleh rakan-rakan universiti. Namun mereka menyangka ia tidak serius.

Sementera itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan pihaknya menjalankan siasatan dan menjamin tiada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Susulan kes itu, seramai 36 individu berusia di antara 20 hingga 21 tahun (32 penuntut UPNM dan 4 penuntut UNITEN) direman selama seminggu bermula semalam untuk disoal siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Gambar - Berita Harian

Jenazah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, jam 9.30 malam semalam. - The Reporter

Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Zulfarhan merupakan pegawai kadet laut tahun tiga ditemui memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan berita kematian mangsa menerusi laman Twitternya.

"Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

"Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " kata beliau.

Sementara itu, ibu bapa arwah yang nyata terkejut dan sedih dengan kematian anak mereka menyatakan Allahyarham merupakan anak harapan keluarga.

"Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini," luah bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, lapor Harian Metro.

Menurut Zulkarnain, dia melihat kesan melecur akibat ditekap seterika wap di bahagian dada, tangan dan kaki jenazah anaknya sebelum proses bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.

Kali terakhir Zulkarnain bertemu dengan arwah anaknya itu adalah dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.

Reda dengan pemergian anaknya, Zulkarnain berharap pihak pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian tersebut dengan telus dan adil.

"Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.

"Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Media hari ini melaporkan seramai 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian Zulfarhan.

Zulfarhan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam selepas dihantar mendapatkan rawatan di hospital tersebut oleh beberapa orang rakan dipercayai akibat didera menggunakan seterika wap. – MYNEWSHUB.CC

Kejamnya Perbuatan Pelaku Itu, Rakan Dedah Punca Zulfarhan Dibelasah Hingga Mati
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com

Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia. Bukan itu saja, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba.
Betapa kejam perbuatan pelaku itu seperti diceritakan rakannya yang memaklumkan mangsa diperlakukan sedemikian rupa pada 21 Mei lalu.

Menurut rakannya yang enggan dikenali, kejadian berkenaan berlaku selepas Zulfarhan dituduh mencuri komputer riba.

Katanya, selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah pada 27 Mei keadaannya semakin parah.

"Dia mengadu badan sakit (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mengaku mencuri 'laptop' (komputer riba) walhal bukan dia yang lakukan.

"Lukanya semakin parah sebelum dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia pada malam tadi (semalam)," katanya ketika ditemui, hari ini.

Penuntut UPNM, Mohd Afiq Mohd Yusof,23, berkata, Zulfarhan seorang yang periang dan mudah bergaul.

"Tak sangka kejadian itu berlaku kepadanya. Allahyarham periang dan mudah bergaul," katanya.

Bapa saudara Zulfarhan, Hamzah Osman,54, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya didera sehingga meninggal dunia hanya kerana dituduh mencuri komputer riba.

"Jika Allahyarham ada berhutang dengan sesiapa sila datang jumpa saya, termasuklah yang menuduh anak saudara saya mencuri komputer ribanya," katanya.

Setakat ini 36 individu berusia 20 hingga 21 direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM dan empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Harian Metro

The Star lapor kematian kadet UPNM tapi burukkan nama RMC
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

ENTAH malang apa yang menimpa Akhbar The Star milik Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), belum selesai dengan isu muka depan akhbar itu yang mencetuskan kemarahan umat Islam baru-baru ini, timbul pula isu baru yang begitu memalukan.

Muka depan Akhbar The Star semalam melaporkan berita tentang kematian seorang kadet laut dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dilapor didera oleh rakan menggunakan setereka wap.

Namun gambar digunakan di dada akhbar itu untuk menghiasi laporan berita berkenaan ialah pintu masuk Royal Military College (RMC) yang langsung tidak ada kena mengena dengan kematian pelajar terbabit.

Tindakan editor Akhbar The Star yang meluluskan penerbitan muka depan itu disifatkan sebagai 'mencemarkan' imej Maktab Tentera Diraja (RMC).

Perkara itu ditimbulkan oleh Old Putera Association, sebuah laman facebook bekas pelajar maktab itu yang turut mengirim gambar muka depan Akhbar The Star yang dimaksudkan.

"While we mourn the death of the Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Navy Cadet, we would like to highlight that the picture used by The Star newspaper has tarnished the image of the Royal Military College (RMC) which has nothing to do with the issue.

Rest assure RMC is looking into it to clear the misunderstanding. Pls share to clear the confusion. UPNM IS NOT RMC.
#servetolead #upnmisnotrmc" tulis laman facebook itu.

Pelbagai reaksi orang ramai dilihat pada kiriman tersebut, ada yang mempersoalkan editor The Star yang tidak menjalankan tugas dengan baik, selain ada yang meminta tindakan undang-undang termasuk saman diambil terhadap akhbar milik MCA itu bagi mengajarnya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/the-star-lapor-kematian-kadet-upnm-tapi.html#ixzz4iz5exj49

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:48 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Shafee Abdullah lari tak cukup tanah?
bloglist-malaysia.blogspot.
sisibukit.blogspot

SHAFEE LARI TAK CUKUP TANAH ?

Wartawan tunggu, peguam Shafee lari
"Ini tuduhan berat, Sapa lagi dapat duit SRC?" tanya Anwar

Peguam Shafee Abdullah sepatutnya berada di Mahkamah Jalan Duta kelmarin untuk membela anak guamnya, Khairy Jamaluddin dalam kes sivil yang difail Anwar Ibrahim. Tunggu punya tunggu, dia tak muncul. Lepas itu baru pembantunya maklum kepada mahkamah bahawa Shafee sakit. Sakit ke takut takut nak jawab soalan wartawan. Sarawak Report dakwa kamu terima RM9.5 juta dari Najib. Kalau tak betul, nafikan depan wartawan. Apa susah sangat.
(gambar fail, beg besar nampak)

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera. Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?

Yang menjadi persoalan lebih serius: siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib?

Anwar Ibrahim
Mahkamah Jalan Duta
2 Jun 2017

Kredit Zunar

KETUA PENGARAH LHDN TOLONG JAWAB SAMADA SHAFEE ABDULLAH BAYAR CUKAI PENDAPATAN DARI RM9.5 JUTA TERSEBUT?!
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
KETUA PENGARAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) TOLONG JAWAB SAMADA SHAFEE ABDULLAH BAYAR CUKAI PENDAPATAN DARI RM9.5 JUTA TERSEBUT?!

Ketua pengarah lembaga hasil dalam negeri (LHDN) kena beri pencerahahan secara terbuka kepada 30 juta rakyat malaysia samada shafee abdullah bayar cukai pendapatan keatas sejumlah wang rm9.5 juta yang beliau perolehi dari najib tun razak?!

Wang tersebut telah diselewengkan dari akaun yang berkaitan dengan syarikat 1mdb.

Adakah sejumlah rm9.5 juta ini diwartakan atau direkodkan oleh shafee abdullah di dalam repot audit tahunan syarikat beliau sebelum syarikatnya diperbaharui lesen tahunan pengamal undang-undang?!

Pihak lembaga hasil dalam negeri jangan mengambil sikap berdiam diri dan mereka harus memeriksa akaun tafsiran syarikat shafee abdullah kerana beberapa laporan polis telahpun dibuat terhadap isu ini.

Saya akan tunggu reaksi dari ketua pengarah lembaga hasil dalam negeri untuk memberi pencerahan mengenai isu ini sehingga hari isnin depan.

Sekiranya gagal memberi pencerahan saya secara peribadi akan membuat laporan polis keatas ketua pengarah serta lembaga hasil dalam negeri yang bersubahat dengan shafee abdullah di bawah akta pengubahan wang haram!!

Sepertimana saya yang sedang dibekukan semua akaun-akaun serta harta oleh LHDN; mereka juga harus bekukan semua akaun-akuan dan harta-harta shafee abdullah sehingga selesai siasat kes ini.

Seandainya shafee abdullah tidak mewartakan dan merekodkan jumlah pendapatan rm9.5 juta ini di dalam laporan audit tahunan syarikat beliau; saya ingin sarankan kepada pihak 'Bar Council' untuk tarik balik lesen pengamal undang-undang beliau!!

Ini membuktikan shafee abdullah tidak telus dan tidak amanah!! Beliau bukan saja menipu pihak kerajaan kleptokrasi tetapi turut membohongi keselurahan 30 juta rakyat malaysia.

Ini juga membawa erti shafee abdullah tidak layak untuk jadi pengamal undang-undang kerana beliau sendiri tidak menghormati undang-undang negara kita!!

Institusi kerajaan di tanahair kita pada hari ini telah banyak dicemarkan dengan campurtangan pihak eksekutif untuk menutup pelbagai salahlaku tokoh-tokoh pemimpin negara yang korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
3 Jun 2017

Bayaran RM9.5 Juta: Pasukan Anwar Pertimbang Tindakan Pada Peguam Shafee
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 daripada Datuk Seri Najib Razak.

Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan Anwar.

"Kami akan berjumpa Anwar tidak lama lagi dan akan segera meneliti tindakan lanjut susulan pendedahan itu.

"Kami akan umumkan tindakan segera untuk diambil," kata Surendran ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Laman pendedah maklumatSarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Anwar menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

Malaysiakini sebelum ini tidak menyebut nama Shafee dalam laporan berkaitan dakwaan Sarawak Report itu dan setelah cuba menghubungi Shafee sejak Khamis lalu melalui perbagai cara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Shafee dibayar RM1,000 untuk bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:48 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"RM2 Jer Pun," Beli Dan Bantulah Adik OKU Ini Jual Mercun Pop Pop, Mereka Bukan Meminta-Minta Tapi Berniaga
siakapkeli.my

Sejak semalam telah menjadi tular beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Awani Bin Pahang, dia telah memuatnaik tiga keping gambar menunjukkan seorang wanita bersama anak lelakinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dari komen yang diturunkan, ramai menyatakan keluarga ini memang susah, ada yang memuji mereka ini walaupun susah tidak meminta-minta sebaliknya cuba mencari rezeki yang halal dengan menjual mercun pop pop atau ada sesetengah tempat dipanggil mercun bawang atau lada.

Jom kita baca.

BELI DAN BANTULAH MEREKA

Tadi pukul 3 pm selepas membeli kurma di bazar ramadan sebelah stadium Darul Makmur, terserempak kakak Kartini ini berjualan mercun 'pop pop' sebelah kereta berhampiran kawasan parking depan stadium.

Anaknya OKU berumur 4 tahun. Suami kerja sendiri memotong rumput. Tinggal di Taman Impian Jalan Sungai Lembing...

Pastinya dengan malu-malu tetapi tak meminta-meminta sedekah dari orang ramai, dia menumpang bangku plastik biru utk berjualan mercun pop-popnya.

Mari lah sesiapa yg lalu disitu yg mahu ke bazar ramadan disitu, singgahlah dan belilah jualannya. Katanya modal beli mercun tu rm15.. dan dia jual satu kotak tu rm2.

Kita jangan berkiralah. Beli dgn niat bersedekah terutama kepada anak OKU tersebut.

Dua ringgit kita beli bukan buat kita papa. Tapi dua ringgit tu besar kepada dia..

- Siakapkeli.my

Karipap Angin, Teh Tarik Angin, Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan; Peniaga Makin tamak

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

RM5.00 sebungkus!

Itulah harga teh tarik yang dijual di salah sebuah Bazar Ramadhan sekitar Selangor (gambar).

"Teh ais ekstra oksigen sempena bulan Ramadan. RM5 sebungkus. Si penjual siap sedekahkan oksigen segar supaya dapat membantu kembalikan tenaga," tulis @khairunnaim5 di Twitter.

Tweet tersebut juga tular dengan diretweet lebih dari 5,000 kali oleh pengguna Twitter.

Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, masih lagi terdapat peniaga yang menjual makanan dan minuman yang tak setimpal dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.

Peniaga tamak ini semakin ramai dikesan dari tahun ke tahun terutamanya sewaktu bulan Ramadhan kerana ketika inilah ramai yang berlumba-lumba mahu meniaga untuk mencari pendapatan sampingan bagi berbelanja sempena sambutan hari raya.

Selain dari tweet Teh Tarik Oksigen; seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalamannya mengenai 'sup nasi ayam ekstra oksigen'. "Sup nasi ayam pun nak join club extra oksigen," tulisnya di akaun Twitter @aidarasyidah_.

Sementara itu, 'karipap angin' nampaknya masih lagi dijual pada tahun ini dengan yang terbaru seorang pelanggan telah berkongsi pengalamannya dalam satu video yang dimuat naik pada Khamis.

Mfaiz mendakwa telah membeli karipap tersebut di MITC Melaka.

"Karipap angin bulan ramadhan Pppssss ada bunyik lagi taw ehehheee... makcik bulan pose kan baguih besedekah...dapat lebih pahala pun lebih...beli dekat bazar MITC Melaka berdepan Mydin Melaka...video hanya ingin kongsi bukan tujuan mengaibkan," tulisnya di ruangan caption video berkenaan.

Lagi mangsa peniaga Bazar

Tak salah sebenarnya meniaga di bulan Ramadhan jika ingin menambahkan pendapatan tetapi tolonglah meniaga dengan jujur. Ada sesetengah peniaga sempat menyalahkan GST. Pelik juga kebanyakan makanan asas memang tidak dikenakan GST jadi sungguh pun mungkin ada peniaga yang terjejas dengan GST (mungkin harga plastik pembungkusan meningkat, gunakan makanan yang telah diproses seperti sardin ke) tetapi tak logikla nak jual karipap angin ataupun teh tarik rm5.00 sebungkus. Memang ada sesetengah peniaga sengaja menyalahkan GST untuk menutup sikap tamak dia tu.

Harga teh serbuk paling murah paket kecil seringgit lebih pun ada. Kalau beli besar lagi murah sebab berbaloi dengan kuantiti penggunaan. Susu tin beli banyak kat kedai borong dapat harga offer. Ais batu sepeket besar (dan panjang) 4.50 (dulu 3.50 siap hantar). Takan teh tarik sepeket 5.00? Kaw pun kurang-kurang bubuhla lebih sikit ye tak? Air sikit oksigen je lebih. Alahai.

Karipap angin paling tak logik. Tepung sepeket 2.00 lebih jer. Boleh buat banyak gila karipap dengan sepeket tepung tu. Nak jimat guna minyak tak guna majerin. Kentang pun murah. Tak sampai sebijik kentang pun nak sumbat kat karipap. Serbuk kari paling sedap macam BABA'S pun kau beli paket besar lima ringgit lebih boleh guna beberapa kali. Kos buat karipap sebenarnya masih di tahap yang murah walaupun terdapat peningkatan harga tepung, majerin, minyak, kentang, cili, telur dan serbuk kari. Maksudnya kau boleh jual rm1.00 dapat 2 ketul asalkan isinya padat.

Ini tidak. Nak halalkan ketamakan sendiri, salahkan GST. Janganlah anggap semua pembeli makanan di Bazar tu jenis taktahu masak, tak pergi pasar, atau tak faham GST. Dorang semua tu kerja sebab tu kena membeli semasa berbuka. Sungguh pun kos sara hidup naik dengan GST tetapi biarlah nak meniaga tu barang-barang setimpal dengan harga. Itu tak masuk lagi jenis yang jual makanan basi atau makanan yang semalam-semalam. Yang ini penulis pun terkena semalam. Suwei betul puak-puak neh. - Sozcyili.

Raya 2017: Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas RM500, Pembayaran Sebelum 9 Jun
siakapkeli.my

PUTRAJAYA - 1.6 juta penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan har ini dengan berkata bantuan khas itu juga akan turut dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini,

Kementerian Kewangan berkata bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

"Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017", katanya.

Bernama

Pegawai Terkejut Dapati Pengemis Mempunyai Wang Tunai RM8,000, Wang RM40,000 Dalam Bank & Rumah di Georgetown
siakapkeli.my

Pegawai Kebajikan Pulau Pinang terkejut apabila mendapati seorang pengemis mempunyai wang tunai RM8,000 bersamanya.

Menerusi satu laporan dari China Press, wanita tersebut juga mempunyai RM40,000 di dalam deposit tetap dan sebuah rumah di tengah-tengah Georgetown.

Perkara itu terdedah ketika satu operasi pada 24 Mei lalu.

"Pegawai itu berkata pengemis terbabit tidak mempunyai ahli keluarga mahupun waris, jadi dia mengemis di jalanan," tulis akhbar tersebut memetik Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pengerusi Phee Boon Poh.

"Kutipan mereka dengan senang boleh mencecah RM400 sehari dan mereka dapat makanan percuma. Selain itu, mereka juga memperoleh akses percuma untuk mandi, tempat cas bateri dan berehat."

Sumber: The Sun Daily

Nilai arus elektrik lebih bahaya daripada nilai voltan

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PENGGUNAAN powerbank yang tidak mempunyai sistem perlindungan litar pintas mampu menyebabkan kematian sekiranya berlaku litar pintas ketika digunakan walaupun ianya tidak bersambung pada punca suis elektrik.

Pensyarah Kanan Jabatan Elektrik Kuasa, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Jasrul Jamani Jamian berkata, kematian boleh terjadi disebabkan pengaliran arus pada jantung akibat litar pintas di dalam power bank.

"Ramai orang salah anggap, mereka menjangkakan voltan rendah seperti 12 Volt itu tidak mungkin membunuh, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut."

"Sebagai contoh, 2.1 Ampere merupakan nilai purata keluaran arus normal bagi powerbank sedangkan nilai arus litar pintas boleh melebihi 100 Ampere sekiranya berlaku di dalam powerbank.

"Hanya diperlukan arus elektrik 0.5 Ampere pada jantung untuk membawa maut.

"Thermal runaway berlaku dalam masa amat singkat dan apabila bersentuhan dengan badan, ianya boleh mengakibatkan kesan melecur pada kulit serta kesan yang lebih teruk"

"Sebab itu, masyarakat tidak digalakkan meletakkan powerbank berhampiran dengan tubuh bagi mengelakkan kecederaan akibat litar pintas serta tidak terpengaruh dengan harga powerbank yang terlalu murah kerana dikuatiri tiada sistem perlindungan litar pintas," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Melaka, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro hari ini mengenai remaja lelaki, 19, maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan powerbank di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.10 pagi, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidur oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dipetik berkata, kejadian disedari ibunya yang menemui mangsa terbaring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada powerbank.

Laporan itu kemudian turut mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen termasuk mempersoalkan bagaimana sebuah powerbank bervoltan rendah boleh menyebabkan kematian.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 28, 2017 10:56 PM
Subject: Fw: maut terkena renjatan power bank

Remaja maut terkena renjatan power bank

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan powerbank di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim, 48, di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.

"Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga (earphone) yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.

"Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.

"Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa," katanya hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Remaja Bawa Anjing Ke Restoran, McD Tegaskan Ianya Salah Dan Langgar Peraturan
siakapkeli.my

Pihak McDonald's Malaysia hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan pelanggan yang masih berdegil membawa anjing ke premis restoran makanan segera milik mereka seperti yang berlaku di Bukit Indah kelmarin, lapor Harian Metro.

Pihak pengurusan restoran makanan segara terkenal berkeaan dalam satu sidang media menyatakan tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bertindak hasil maklumat orang ramai, pengurusan restoran makanan segera itu telah menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar premis di Bukit Indah dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran.

"Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.

"Kami (McDonald's Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami," kata mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 9:55 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Guru Lapor Polis Temui Kalimah Allah Pada Alat Mainan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PARIT BUNTAR: Seorang guru membuat aduan polis di Parit Buntar berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah 'Allah' dan 'Muhammad' dilekatkan pada bendera dipegang watak 'pengganas' pada alat permainan itu.

Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak 'pengganas' tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.

"Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak 'pengganas' berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah 'Allah' dan 'Muhammad," katanya ketika ditemui pemberita di Parit Buntar.

Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.

Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut.
- Antarapos

Dari 10 Aplikasi Arah Kiblat Diuji, Hanya Dua Tunjuk Arah Kiblat Dengan Tepat, Ada Tersasar Hingga 45 Darjah
siakapkeli.my

Hanya dua daripada sepuluh aplikasi arah kiblat yang diuji menunjukkan arah kiblat yang tepat, manakala tujuh lagi tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat, dan satu lagi tersasar sehingga 45 darjah, lapor Berita Harian.

Ujian yang dijalankan oleh akhbar tersebut dan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) menyatakan dari sepuluh aolikasi berkenaan hanya myJakim dan Qibla Kaabah yang menunjukkan arah yang tepat.

Yang dipertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menasihati orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi itu kerana ia mempunyai kelemahan, ataranya gangguan tarikan medan magnet.

"Walaupun sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakann aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet."

"Peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar peralatan itu akan mengeluarkan medan elektrik.

"Gangguan terbesar adalah besi yang berada di sekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, di dalam setiap bangunan atau lantai mempunyai besi yang tertanam.

"Gangguan yang tidak nampak inilah menjadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan," tambahnya.

Menurut beliau, apa yang lembih membimbangkan ada dakwaan yang menyatakan ada antara aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Akhbar berkenaan turut menyatakan ada pihak dengan sengaja menghasilkannya dengan tidak menghala ke Kaabah bagi tujuan tertentu.

"Terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa sama atas dasar apa serta formula apa aplikasi ini diwujudkan," kata Syed Kamarulzaman lagi. - Siakapkeli.my

Bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Pelapis Malaysia, Mama Rock Meninggal Dunia

siakapkeli.my

Menerusi pengumuman dari Persatuan Seniman Malaysia, dukacita dimaklumkan bahawa bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Pelapis Malaysia, Soeprihati Sikom, telah meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Kuang, Selangor pada jam 9 malam semalam.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mama Rock telah menghembus nafas terakhirnya di samping keluarga pada awal usia 60-an.

Kini jenazah beliau berada di Kuang, Selangor dan akan dimandikan dan dikafankan di rumah beliau serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Baru 17 Kuang, Selangor.

"Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian.

"Persatuan Seniman Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mama Rock semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah di Syurga Allah," katanya.

Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. — Siakapkeli.my

Ibu Arwah Inspektor Syamir Cerita Anaknya Ada Luahkan Sesuatu Berkaitan kerja Ketika Bertemu Kali Terakhir Minggu Lalu
siakapkeli.my

Semalam kita digemparkan dengan penemuan mayat seorang pegawai polis yang terdapat satu kesan tembakan di dahi atas kerusinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan.

Memetik laporan Harian Metro, seminggu sebelum kejadian berkenaan arwah dikatakan pernah memberitahu hasratnya kepada keluarga untuk berhenti kerja akibat tekanan tugas.

Menurut ibu mangsa, Noraida Jalalludin, 55, anak sulungnya, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang baru bertugas selama empat bulan di IPD Pasir Puteh telah memaklumkan perkara terbabit kepadanya.

Beliau memberitahu, dia dan Syamir telah bertemu kali terakhir pada 27 Mei lalu di mana mangsa telah pulang ke rumah selepas menghadiri kursus selama dua minggu di ibu kota dan sepanjang tempoh terbabit mangsa kelihatan murung.

"Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi saya bersama suami menasihatkan supaya dia fikir terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.

"Selepas di kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir iaitu sebelum berbuka puasa, kira-kira jam 7 malam, semalam.

"Menerusi perbualan telefon itu, dia hanya maklumkan perkara sama sehingga membuatkan saya tidak lena tidur kerana memikirkannya dan saya cuba hubungi dia pada jam 11 malam serta 4 pagi tetapi gagal sebelum dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Sentosa Dusun Tua, Hulu Langat, semalam.

Menurut Noraida, dia dan suaminya, Sharif Folidin Jaafar beagimana pun redha dengan pemergian arwah dan berharap siasatan sepenuhnya berhubung kejadian dapat dilakukan polis.

"Dia tidak pernah memaklumkan mempunyai masalah lain serta musuh sepanjang bertugas IPD terbabit.

"Dia anak yang baik dan patuh kepada keluarga cuma terkilan dengan apa yang terjadi serta berharap siasatan terperinci dapat dilakukan pihak polis mengenai punca kematiannya.

"Kami difahamkan jenazah akan di bawa pulang di sini esok selepas selesai bedah siasat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat," katanya.

Semalam, kira-kira jam 9 pagi, mangsa yang merupakan seorang Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terbabit ditemui mati atas kerusi di pejabatnya oleh rakan setugasnya dengan kesan tembakan di dahi. - Siakapkeli.my

Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran
siakapkeli.my

Jika sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan begitu banyak produk kosmetik tempaan yang dipercayai tidak selamat kerana mengandungi racun berjadual, nampaknya hari ini KKM telah mengesan tujuh produk terbaru di pasaran mengandungi racun berjadual.

Memetik laporan Bernama, produk-produk berkenaan dipercayai mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk yang dikenal pasti adalah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual.

"Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.

Menurut beliau, banyak terdapat produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan akibat buruk pendedahan kepada merkuri turut boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

"Bayi dan kanak-kanak kecil terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Pihak KKM telah mengeluarkan amaran supaya pihak penjual dan pengedar produk-produk berkenaan menghentikan jualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Katanya, penjual diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di mana ndividu yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dr Noor berkata, orang awam yang menggunakan produk kosmetik ini dinasihati untuk segera menghentikannya dan mendapatkan nasihat kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau hubungi talian 03-78835400. - Siakapkeli.my

Kes Pukul: Lima Lagi Suspek Diburu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

ALOR SETAR: Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari pada Selasa setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Rabu.

Beliau berkata ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah laku kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada diri sendiri.
"Jangan buat undang-undang sendiri..sekiranya berlaku kes seperti ini tangkap dan serah suspek kepada polis, biar polis yang ambil tindakan. Kita tahu kalau sudah marah memang nak pukul tapi kalau tidak sebabkan kematian tidak apa, kalau ini macam mana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan 6.92 peratus atau 162 kes bagi tempoh Januari hingga April lepas berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu 2,180 kes berbanding 2,342 kes.

"Jumlah jenayah kekerasan juga mencatatkan penurunan sebanyak 17.85 peratus atau 68 kes iaitu 313 kes berbanding 381 kes dalam tempoh sama tahun lepas namun kita tidak boleh berpuas hati dengan penurunan indeks jenayah ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai terhadap mutu siasatan yang dilakukan.

"Selain itu, kita sentiasa memantau anggota kita bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam kegiatan bermain judi di dalam premis perjudian online yang berlesen dan tidak berlesen," katanya.

Terdahulu, Asri telah merasmikan Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pemakaian Pangkat kepada anggota.

Pencabul' meninggal dunia, adik minta siasatan terperinci

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Bernama

ALOR SETAR: Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian adiknya itu.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa.

"Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.

"Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.

Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.

Lelaki dipukul selepas didakwa cabul wanita meninggal dunia
astroawani.com
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani |

Mohd Fisol Abu Bakar, 31 tahun yang berasal dari Yan, Kedah itu meninggal dunia selepas koma ketika dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan dan Trauma HSB.
ALOR SETAR: Lelaki yang didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kompleks beli belah di Alor Setar, pada Ahad lalu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Perkara tersebut disahkan ibunya, Rusni Saad, 58 tahun. Namun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Mohd Fisol Abu Bakar, 31 tahun yang berasal dari Yan, Kedah itu meninggal dunia selepas koma ketika dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan dan Trauma HSB.
Pada jam 4.30 petang tadi, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat..

Difahamkan, pengkebumian jenazah akan dilakukan malam nanti di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Yan.

Pada Ahad, kira-kira jam 4 petang, Mohd Fisol mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat dibelasah sekumpulan lelaki selepas dia didakwa mencabul seorang wanita berusia 21 tahun yang berkerja di sebuah kedai telekomunikasi di kompleks beli belah, di Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin memaklumkan, setakat tengah hari tadi lima tangkapan telah dilakukan pihaknya.

Kesemua tangkapan yang turut melibatkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga 2 Jun bagi membantu siasatan, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.

Daging Kucing Dapat Permintaan Tinggi Dari Pekerja Asing, Dijual RM 12 Seekor
siakapkeli.my

Photo: examiner

Permintaan tinggi daripada pekerja asing terutamanya warga Vietnam dan restoran makanan esoktik menjadikan daging kucing kini mampu dijual RM12 seekor di pasaran gelap, lapor Harian Metro.

Laporan itu menyatakan wartawan akhbar berkenaan telah menjejaki seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Ruslan dilaporkan menyediakan perkhidmatan mencari dan melapah daging kucing untuk dijual.

"Saya biasa menjual daging kucing kepada pekerja asing terutama warga Vietnam di tapak projek kerana mereka sememangnya meminati daging haiwan itu.

"Ada juga pemilik kedai makan menempah daging kucing untuk dijadikan makanan eksotik tapi tidak pasti di mana premis mereka.

"Jual daging ini tidak boleh nak promosi pada semua orang kerana hanya individu tertentu sahaja boleh beli takut nanti ada yang marah atau ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendakwa kegiatan menjual dan memakan daging kucing adalah perbuatan yang tidak melanggar undang-undang.

"Ia tidak menjadi kesalahan kerana ia tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang.

"Mengikut Akta Binatang 1953, adalah tidak salah perbuatan seperti itu dilakukan sekiranya untuk penyediaan makanan," kata jurucakap jabatan itu. - Siakapkeli.my

Keratan akhbar Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)

Sat Jun 3, 2017 9:56 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SINGAPURA TEMPAT KE 7 PALING ISLAMIK DI DUNIA...?

bloglist-malaysia.blogspot

bankami

Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat. Namun itulah hasil kajian beliau bersama seorang penulis indeks Islamicity Scheherazade S. Rehman.

Menurut beliau, kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

Ramai yang menjangkakan Malaysia dan Arab saudi akan mengunguli tempat teratas, namun jangkaan mereka meleset kerana kajian bukan di nilai kepada rakyatnya beragama apa, tetapi perlakuan, kegiatan harian, urus tadbir negera menepati apa yang Al-Quran sarankan.

Singapura menduduki tempat ke 7 berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 33. Tahap kebersihan, isu rasuah pemimpin, kebajikan rakyat lebih terjamin di singapura berbanding Malaysia yang majoritinya umat islam yang membaca Al-Quran setiap masa. Arab saudi yang mempunyai Mekah dan Madinah terus tidak tersenarai dalam 50 negara paling islamik.

Tempat pertama di rangkul oleh Negara Ireland yang mana kadar jenayah, keamanan, kebajikan, kebersihan di negara itu jauh lebih baik berbanding negara berjenama Islam.

Isu Salah Guna Kuasa Dan Penguasaan Ilmu Al-Quran Yang Sangat Lemah Adalah Antara Punca Negara Islam Berada Di Kedudukan Bawah Dalam Senarai

"Ada orang yang menggunakan agama sebagai alat kuasa. Mereka tidak mengambil berat tentang orang Islam. Mereka tidak menerapkan nilai-nilai Al-Quran ke dalam kehidupan seharian dan tidak menggalakkan orang untuk mempelajari ilmu Al-Quran," jelas Hossein.

Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa kemakmuran ekonomi adalah baik untuk masyarakat dan negara. Tetapi laporan Profesor Hossein Askari mendapati kemakmuran jarang sekali diterapkan dalam ekonomi negara-negara Islam.

Laporan ini telah menemplak negara-negara islam, dan sewajarnya dijadikan cabaran bagi pemimpin negara islam agar lebih memahami kandungan agama supaya Islam tidak dipandang lemah oleh dunia

Wanitakah pondan itu

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Amat mendukacitakan apabila Datuk seri Mohd Hishamuddin Yunus minta undang undang Islam dihapuskan, kerana perlembagaan mengiktiraf hak asasi mak nyah untuk bebas mengamalkan kegiatan mereka.

Macam mana Dato' Seri Mohd Hishamudin Yunus boleh bersetuju dengan kegiatan pondan yang jelas bukan haknya.Mungkin namanya mak nyah.(macam wanita) bukan pak nyah.Bagaimana pula jika lelaki bernama Laili bin dan wanita bernama Zainuddin binti

Kita ambil mengenai pakaian yang dipakai oleh pondan. Apakah pakaian wanita itu hak pondan, sedangkan pondan bukan wanita.Mereka tetap lelaki.miskipun di sebut Mak nyah.bukan Pak nyah.

Macam mana boleh berkata pakaian wanita itu adalah pakaian pondan. Wanita bukan pondan dan pondan bukan wanita.

Pondan bukan wanita ,miskipun dia sudah buat perbedahan menukar jantina sekalipun.. Mereka tetap lelaki yang dijenamakan sebagai pondan.

Maaf, penulis tidak akan bahas pasal cadangan Datuk Seri Mohd Hishamuddin yang mahu hapuskan Undang-undang enakmen jenayah syariah yang menghalang lelaki berpakaian seperti seorang wanita.

Yang jadi fakus tulisan ini bila masanya hak lelaki jadi hak wanita dan hak wanita jadi hak lelaki. Apatah lagi pondan, kerana pakaian lelaki adalah hak ponda kerana mereka adalah lelaki.

Lojikkah hak wanita jadi hak lelaki dan hak lelaki jadi hak wanita, sehingga tergamak mencadangkan undang undang Islam perlu dihapuskan.

Jika hak lelaki jadi hak wanita dan hak wanita jadi hak lelaki, sudah barang tentu kacau bilaulah dunia ini.

Penulis tak mahu bahas mengenai undang-undang Islam kerana Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus telah menolak bulat bulat seksysen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992

Bukan setakat menolak bulat bulat, malah beliau berkata seksyen 66Enakmen jenayah syariah (negeri Sembilan) 1992 tidak sah di sisi perlembagaan,kerana perlembagaan mengiktiraf hak asasi 'pondan'.

Yang lagi pelik, macam mana beliau boleh kata pakaian wanita hak asasi 'pondan'.
dan ini mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

Macam mana Seorang hakim boleh iktiraf pakaian wanita hak asasi pondan, sedangkan pondan bukan wanita. Status qua Mereka tetap lelaki.

Kita tidak nafi ada manusia yang menilai perkara baik itu buruk dan perkara buruk itu baik.Malah adalah juga yang mengatakan zina itu baik untuknya dan minum arak itu baik untuknya.Inilah yang dikatakan keberagaman manusia,

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Warga Felda Dipermainkan, Konon Terima Bantuan Tetapi Rupanya 'Lakonan' Untuk TV3...

bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Ia diluahkan oleh warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan. Post asal didapati telah lenyap atau mungkin disembunyikan selepas beberapa blog pro pembangkang menyebarkan perkara itu.

Pada awalnya ia diluahkan di group (nama group terpaksa disembunyikan) untuk hebahan masyarakat setempat.

"Petang tadi (2 Jun 2017) TV3 dan pengurus Felda datang ke Jelai 2 blok 20, temuramah isu bencana ribut dan sedikit sumbangan barang kering diberikan.

Selepas sesi bergambar, sumbangan diambil dan disimpan semula dalam kereta? Apa teruk sangat wayang macam tu? Bukan kata nak bagi duit, makanan pun diambil balik," kata individu berkenaan.

Beberapa gambar tangkap layar yang tersebar turut mengesahkan kenyataan tersebut.

Namun terdapat juga respon-respon positif yang berpendapat kononnya bantuan tersebut hanyalah sebagai 'acah-acah' untuk tujuan memudahkan kerja wartawan TV3 yang datang dari jauh.

Bantuan sebenar belum tersedia pada ketika itu dan pastinya sedang dalam proses. Pengkritik turut dinasihati jangan bersangka buruk terutamanya dikala sedang berpuasa.

Pihak kami telah mendapatkan pengesahan dari wakil Felda berhubung kejadian dan masih sedang menunggu respon susulan.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/06/warga-felda-dipermainkan-konon-terima.html#ixzz4iz7FNIFW

SATU DEMI SATU SYARIKAT CHINA BERTAPAK DI MALAYSIA. APA MUSLIHATNYA???
bloglist-malaysia.blogspot.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka

2 hari lepas kita menerima berita sedih apabila Proton hampir ditelan oleh syarikat China apabila 49.9% saham syarikat sah dijual kepada Syarikat China, Geely.
Semalam satu lagi syarikat China bertapak di Malaysia iaitu Beijing Enterprise Water Group Ltd.
Perdana Menteri Najib Razak dengan rasa bangga dan tidak ada rasa bimbang dan ragu, meluahkan rasa terima kasihnya terhadap kontraktor berpangkalan di China yang membina loji kumbahan air mesra alam di Kuala Lumpur.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Beijing Enterprise Water Group Ltd kerana menyiapkan projek ini tepat pada masanya.
"Saya difahamkan mereka bersama-sama rakan kongsi tempatan sentiasa fokus pada projek bersama-sama," katanya semasa merasmikan pembukaan loji rawatan kumbahan Pantai 2 (Pantai2 STD) di ibu negara petang ini.
Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas peranan mereka dalam projek itu.
Projek RM983 juga itu dibina oleh BEWG(M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat Beijing Enterprise Water Group Ltd, bermula pada tahun 2011.
Syarikat itu dikehendaki membina Pantai2 STD, pusat rawatan air bawah tanah jenis itu yang pertama dan terbesar di Asia Pasifik, dalam tempoh 72 bulan.
Menurut New Straits Times, Beijing Enterprise Water Group Ltd, syarikat yang tersenarai di bursa Hong Kong itu, adalah anak syarikat kepada Beijing Enterprise Holdings Ltd (BEHL).

Khazanah Nasional Bhd melabur RM486 juta untuk mendapatkan 4.95 pegangan dalam Beijing Enterprise Water Group, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat itu.
Kita tidak tahu apa muslihat dan agenda di belakang 'penaklukan' syarikat China dan di Malaysia. Sebagai rakyat kita berhak untuk bimbang dan rasa takut dengan dasar baru kerajaan ini kerana sejarah telah membuktikan negara Zimbabwe pernah mengalami perkara yang sama di mana akhirnya ekonomi Zimbabwe dikawal dan ditakluk oleh China.

SPR dipersoal 20 pengundi India 'tinggal' di rumah Melayu

bloglist-malaysia.blogspot.

gigitankerengga

ARIF ATAN

Pakatan Harapan Perak membawa bantahan senarai pengundi mencurigakan kepada SPR

Tindakan Adun Hutan Melintang, S Kesavan mengusung tikar dan bantal ke pejabat SPR di Ipoh adalah simbolik kepada penegasan untuk tidak berganjak selagi bantahan berhubung senarai pengundi hantu enggan diterima SPR.

Pakatan Harapan Perak membawa bantahan senarai pengundi mencurigakan kepada SPR

Tindakan Adun Hutan Melintang, S Kesavan mengusung tikar dan bantal ke pejabat SPR di Ipoh adalah simbolik kepada penegasan untuk tidak berganjak selagi bantahan berhubung senarai pengundi hantu enggan diterima SPR.

Ahli jawatankuasa Amanah Perak, D.S. Nali Raja berkata, Pakatan Harapan negeri berkenaan menemui fakta mengejutkan apabila menyiasat lebih 3,000 pengundi baharu yang didaftarkan di Hutan Melintang hanya dalam tempoh dua bulan itu.

Hasil semakan, ujarnya, mendapati seramai 321 pemilih berketurunan India yang dibawa dari luar kawasan seperti Taiping dan Parit Buntar dikesan didaftarkan di Dun Hutan Melintang.

"Difahamkan hal ini berkaitan dengan kemungkinan BN mahu letak Ketua MIC Perak sebagai calon bertanding di Hutan Melintang.

"Kita juga ada kes pasangan warga emas Melayu yang sudah pun membuat laporan polis di Hutan Melintang apabila alamat rumahnya turut menjadi 'tempat tinggal' 20 pengundi India.

"Terdapat juga kes tiga, empat rumah Cina yang berkongsi alamat dengan pengundi India. Pelik, bukan?" ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Turut hadir di pejabat SPR Ipoh itu Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, Adun Buntong, S. Sivasubramaniam dan Adun Sungkai, A. Sivanesan.

Nali memberitahu sebanyak 2,300 nama pemilih meragukan yang diperoleh daripada senarai rang daftar pemilih tambahan (RDPT) telah dibawa kepada pihak SPR.

"Kita susun satu demi satu kes. Kita tiba di pejabat SPR pukul 2 petang bukan waktu pejabat tutup. Kerani SPR kata mereka tidak terima sebab tempoh bantahan sudah tamat.

"Kata kerani itu lagi, tanpa resit mereka boleh terima tapi kalau dengan resit mereka tidak terima.

"Masalahnya tanpa resit, alamatnya dia buang ke longkanglah," tegas Timbalan Biro Integrasi Amanah Perak itu.

Mengulas lanjut aksi Kesavan, beliau berkata, seorang pegawai SPR Perak pun enggan menemui wakil rakyat itu walaupun Kesavan 'berkampung' di pejabat tersebut sehingga pukul 7 petang.

"Semalam, kita sudah pun kumpul RM3,000 sedia untuk bayar kepada SPR tetapi seorang pegawai pun tak muncul," keluhnya.

Sehubungan itu, Nali berkata, pihaknya kecewa dengan sikap dan integriti SPR yang dilihat berat sebelah.

"Adakah SPR bekerja untuk kepentingan satu pihak saja? Sepatutnya, SPR berperanan adil sebagai badan bebas. Kami di pejabat SPR tidak berganjak walaupun kira-kira 50 anggota polis dan FRU datang jerit dari luar.

"Mulanya kami sampai di pejabat SPR pukul 2 petang, alasan diberi pegawai-pegawai kanan sedang bermesyuarat. Kalau misalnya, bangunan SPR itu terbakar, adakah mereka ini juga menghilangkan diri?" bidasnya.

Beliau juga mempersoal perbelanjaan besar SPR bagi kelengkapan perisian yang mencecah berbilion ringgit seperti pernah dimaklumkan di Parlimen.

"Sebenarnya tugas SPR untuk buat semakan dan siasatan senarai pemilih bukan tugas kita. Takkan, dalam tempoh empat tahun (selepas PRU-13), habis semua duit itu?

"SPR ada di situ juga. Kenapa tidak boleh siasat bersihkan daftar pemilih? Kenapa berlaku pemindahan pengundi dengan ketara begitu meragukan?

"Hak pengundi nampaknya dinafikan apabia maklumat mereka berisiko disalahguna," tambah Nali lagi. 

Tindakan MP Subang: MB mengadap Sultan Selangor

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadap Sultan Selangor semalam berhubung tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat Klang Rabu lalu.

Laporan Bernama memetik Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR, berkata Sivarasa juga ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan, namun, menteri besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan.

"Saya telah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bagi menjelaskan keadaan yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau turut menjelaskan, Sivarasa bukan mewakili beliau di majlis berkenaan tetapi ia adalah majlis anjuran pejabat anggota parlimen itu sendiri.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.

Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

Bernama juga memetik Mohamed Azmin sebagai berkata, pemimpin politik di Selangor perlu patuh terhadap garis panduan ditetapkan JAIS berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu.

Katanya, garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam.

"Sebarang majlis anjuran wakil rakyat boleh dilakukan di masjid dan surau tetapi biarlah ia dilakukan di perkarangan kawasan berkenaan sahaja, bukan di ruang solat," katanya.

Sivarasa sebelum ini, menafikan beliau memberi ceramah politik di masjid berkenaan tetapi berkata, kehadirannya di masjid itu disalahertikan sesetengah pihak.

Menurutnya, beliau hadir untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.

Pemimpin PKR itu berkata, beliau hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.

Adun BN Mengaku Berpakat Untuk Kenakan Sivarasa
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:

"Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya," katanya kepada FMT.

"Saya sebenarnya dah 'plan' dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti."

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

'Ucapan ringkas, tiada politik'

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan "Salam Ramadan" kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

"Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor," katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.

"Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau," katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

"Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas," kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.

Sivarasa nafi berceramah politik dalam masjid

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
SHAH ALAM, 31 Mei — Ahli parlimen Subang menafikan dakwaan memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang pada Rabu minggu lalu.

R Sivarasa berkata beliau dijemput Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara menyampaikan sumbangan sejumlah RM71,000 untuk diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen jagaannya.

"Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor," katanya seperti dilapor Berita Harian.

"Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai ahli parlimen Subang membuat lawatan ke surau dan masjid di kawasan saya."

Sultan Selangor semalam dilaporkan murka dengan wakil rakyat PKR itu kerana menggunakan ruang solat sebagai tempat berpolitik, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui setiausaha sulit menitahkan agar Jais mengambil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid, kata pengarah Datuk Haris Kasim.

"Saya tidak hadir sebagai wakil menteri besar seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak yang salah faham fakta kerana saya tidak diminta untuk mewakili beliau. Itu sahaja yang berlaku," jelas Sivarasa.

"Saya yakin (perkara) ini sudah dijelaskan oleh semua pihak yang terbabit kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor."- themalaymailonline.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 3, 2017 10:22 pm (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sat Jun 3, 2017 10:22 pm (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jun 4, 2017 5:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Subject: Rubat Ikhwan Mubarak

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sun Jun 4, 2017 5:44 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini bukan soal non muslim berbuka puasa tapi soal DAP yang kemaruk berbuka...

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum, Sekali lagi apabila dibangkitkan keghairahan DAP berbuka bersama orang berpuasa, maka muncullah pembela kuda kayu mereka seolah olah yang dipersoalkan berbuka itu ialah non muslim keseluruhannya, datang berbagai bagai hujah dan alasan kenapa pembantah itu ialah orang yang tak mahu menyebarkan keindahan Islam kepada non muslim, tidak mesra dengan non musim dan berbagai bagai lagi hujah dan alasan yang menyelewengkan fakta dan sebab sebenar pembantah membantah kelibat DAP dalam memeriahkan suasana beribadat umat Islam.

Untuk pengetahuan golongan yang petah membela DAP dan golongan yang jadi kuda kayu kepada DAP. apa yang dipersoalkan selama ini ialah niat sebenar DAP menunjukkan kesungguhannya kepada ibadat umat Islam yang satu ini, berbuka puasa seperti orang berpuasa.Bukannya mengatakan salah mengajak non muslim turut bersama dalam majlis berbuka tetapi untuk apa yang dibuat DAP, mereka kelihatan menjadi penganjur majlis berbuka tersebut bukan dijemput untuk berbuka sebaliknya menjemput orang Islam yang berpuasa berbuka bersama mereka.

Perkara ini tidak pernah ditimbulkan oleh pembela DAP sebaliknya menekankan kepada tiada salah dan silapnya menjemput non muslim berbuka bersama.Inilah kuda kayu DAP yang bertindak mempertahankan perbuatan DAP dengan menggunakan alasan non muslim keeluruhannya.

Terlebih lagi untuk tahun ini, DAP bersungguh sungguh menganjurkan majlis berbuka untuk orang orang tetentu seperti A.Samad Said yang sebelum majlis itu menjadi jurucakap kepada DAP mengenai buku Hannah Yeoh yang sejelasnya merupakan buku yang memberitahu kita tujuan sebenar Hannah dan DAP terlibat dalam politik mencari kuasa di Malaysia.A. Samad Said muncul wira DAP untuk mengakui Hannah sebagai pendakwah kristian yang cekal dan selepas itu A.Samad Said diraikan berbuka bersama LKS.

Inilah yang dipersoalkan oleh pembantah bukannya non muslim yang dijemput untuk bersama berbuka.Jadi kepada kuda kayu DAP, tolong faham sebab sebenar dan jangan memusingkan fakta dengan mengatakan tidak mesra non muslim lah, tidak mahu menunjukan keindahan Islam lah malah anda semua perlu sedar, apa yang DAP buat dengan majlis berbuka puasa itu sebenarnya untuk menunjukkan keindahan kristian secara halus dan licik.

Sedarlah wahai umat Islam...........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Cina DAP Setiap Hari Berbuka Puasa Berjamaah Mengalah Pimpinan Islam Lain

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diiringi Lim Hock Seng serta Abdul Malik Abul Kassim berkongsi juadah berbuka puasa dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Telaga Air. Sebelum itu Lim Guan Eng berbuka puasa dengan pimpinan PAN/IKRAM.

Sekarang setiap hari jadual Lim Guan Eng dan pimpinan Cina DAP lain akan berbuka puasa dengan umat Islam. Maka tersebarkan Lim Guan Eng seorang pimpinan DAP yang CINTAI ISLAM dia tu nak masuk Islam hanya tunggu bapaknya Lim Kit Siang mati aje, kononnya cerita ini pernah disebut oleh Mat Sabu bos besar parti PAN.

Penulis cybertropper parti PAN seperti ZAINULFAQAR YAACOB pun apa lagi menulislah artikel memuja dan memuji kehabatan Lim Guan Eng dan Cina DAP ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti turut menyerahkan sejumlah wang tunai kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Telaga Air, Amin Jaafar.

Dalam perkembangan berkaitan, Amin sekali lagi merakamkan penghargaan atas inisiatif pentadbiran Guan Eng pada bulan Mei tahun lalu menyumbangkan RM54,000 bagi projek naik taraf Masjid Jamek Telaga Air.
Untuk menghebatkan sumbangan ini, maka digemburkan zaman UMNO mana ada sumbangan macam ini? Apa lagi PAS nak dengan DAP?? Kononnya sikap PAS yang menentang DAP kerana DAP menentang hudud malah menentang memperkasakan Mahkamah Syariah itu tak betul!

DAP sebenarnya bukan sahaja memberikan sumbangan kepada masjid malah penulis-penulis cybertropper pun dapat sumbangan (baca dibayar). Bukan penulis malah jurugambar pun dapat juga sumbangan daripada Cina DAP... kan baik tu, apa lagi PAS nak. Kalau tak percaya tanyalah jurugambar AHMAD ADIL MUHAMAD.

Cina DAP sanggup buat apa apa sahaja. Cina DAP sangat suka jika ada yang imej Islam menyertai mereka kerana mereka ini akan dijadikan 'bahan pertunjukkan DAP' untuk menunjukkan mereka sebenarnya Islam. Kita tidak lupa majlis berbuka puasa anjuran DAP tahun lalu.

Macam mana Rara dan Melati boleh makan setalang dengan bukan mahram cina DAP Ini Islam yang kononnya nak ditonjolkan oleh DAP. Yang sanggap pelik dimana pimpinan Islam PAN/IKRAM pada majlis ini. Adakah mereka pun buta, bisu dan pekak kerana mata, telinga dan mulut mereka telah disumbat dengan 'kebandaan' DAP?

DAP sekarang cuba mengatasi "imej Islam"nya yang makin tercalar, sikap dan tabiat asalnya telah dicium bau oleh sesetengah orang Islam di Malaysia yang tidak buta mata hatinya terhadap musuh Islam. Mereka sedar Cina DAP sanggup buat apa sahaja untuk mengaburi umat Islam.

Lim Guan Eng pernah merasmikan Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dua-dua badan ini adalah antara yang menentang undang-undang Islam Hudud. Siapa tak kena kumpulan G25 yang mencadangkan Pemansuhan Undang-Undang Khalwat di Malaysia? Apatah lagi Badan Pemikir Penang Institute yang sepenuhnya tajaan DAP.

Kita juga ditonjolkan Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari dan Syed Azman Syed Nawawi yang membawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah. Ini nak tunjukkan bahawa DAP adalah parti yang bukannya seteru Islam.

Sejarah tidak boleh dipinda. Yang berlalu tetap berlalu kita akan ambil sebagai pengajaran. Umat Islam banyak kali tertipu dnegan muslihat mereka yang anti-Islam, yang tentang Islam. Tapi sejarah juga menunjukkan kejatuhan Islam kerana ada sikap sesetengah pimpinan Islam yang merosakkannya. Kita tidak lupa bagaiman hebatnya ibadat ahli-ahli Khawarij yang dikatakan mereka ini zuhud sentiasa qialmullail malah ada yang mempunya tanda air mata kerana menangis diwaktu ibadat malam. Tapi sejarah mencatat khawarij lah yang membunuh pimpinan Islam.

Oleh kerana itu saya tidak hairan kalau ada orang menyebut kepada saya, hebatnya agama kumpulan IRC/IKRAM dalam parti PAN @ AMANAH kerana sejarah akan mencatat merekalah yang 'membunuh' gerakan Islam di Malaysia.

Gambar di atas juga merupakan sejarah yang tak boleh dipadam bahawa itu asas-asa penubuhan parti PAN @ AMANAH yang akan menikam GERAKAN ISLAM di Malaysia.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Berbuka Puasa Untuk Diperkudakan oleh DAP

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Lebai telah menulis sebelum ini artikel bertajuk "Orang Islam Sibuk Berpuasa DAP Sibuk Berbuka Puasa". Ini kira 'Chapter 2' daripada artikel sebelum ini. Setiap artikel di blog adalah merupakan suatu pandangan peribadi penulis, jika tidak setuju anda boleh kemukan hujah balas atau artikel balasan. Kenapa pilih cerca maki. Mana sifat parti AMANAH (PAN) yang dikatakan profesional?

Mana akhlak IKRAM yang kini cuba menguasai AMANAH (PAN)?

Lebai rasa bertanggungjawab untuk membetulkan fakta dan maklumat yang diselewengkan oleh puak-puak AMANAH (PAN) sehingga ada yang buta maklumat membuat tuduhan yang tidak sepatutnya. Ok kalau tak setuju sila berikan hujah anda kita lihat fakta siapa sebenarnya yang betul dan siapa yang sebar fitnah sehingga porak peranda berlaku dalam PAS. Fitnah seperti kata Saidina Umar akan membakar sesiapa yang menghidupkannya.

Lihat bagaimana dirasai oleh Ahmad Awang apabila dia menghidupkan fitnah kepada pimpinan PAS pada muktamar PAS ke-55 yang akhirnya membakar dirinya sendiri. (Anda boleh baca di sini).

Semalam DAP menganjurkan "Bicara Buku Becoming Hannah" oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Lebai setuju dengan kenyataan Dr. Kamarul Azman yang mengatakan tindakan DAP memperkudakan Datuk Samad Said untuk mempertahankan Hannah Yeoh ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan negatif ke atas dakwaan dia, malah memperkukuhkannya pula bahawa DAP akan membuat apa sahaja demi mencapai matlamatnya.

A. Samad Said menyertai DAP pada 13 Jun 2015 dan diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang. Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa "saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin" dan "terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti". (anda boleh baca di sini kerana Malaysian Insider telah ditutup dan artikel TMI ini diarkibkan oleh Tranungkite)

Ada yang mengatakan orang-orang sastera macam A. Samad Said ini tindakan dia orang berbentuk kiasan dan sinis. Pak Samad masuk DAP & nak jadi hamba DAP sebab nak memberitahu kekecewaan yang amat sangat dengan kondisi semasa yang sedang melanda bangsa Melayu. Lebai rasa ada sedikit betul tapi takkan nak jual agama menjadi pembela agenda kristianisasi.

Lim Kit Siang pula yang berpengalaman lama dalam politik akhirnya dapat menjinak dan memperkudakan JAGUH BANGSA MELAYU, sasterawan negara ini untuk agenda DAP terutama agenda Kristianisasi.

Kita bukan tak suka orang bukan Islam berbuka puasa dengan orang Islam. Malah Kuil Buddha Dharmarajika, Bangladesh menyediakan makanan untuk berbuka puasa bagi orang Islam miskin di sana. Ketua Sami kuil berkenaan Shuddhanando Mohathero berkata projek itu adalah menolong masyarakat miskin Islam dan menguatkan hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam.

Itu kita tak tentang, malah bersetuju. Tapi pasal DAP kita tak percaya sebab banyak bukti.

DAP juga sebelum ini yang cuba menguasai PAS dengan memberikan sokongan kepada kumpulan PASMA dan GHB akhirnya DAP memperuntukkan wang yang besar bagi menjayakan parti AMANAH (PAN) yang ada kenal sekarang.

Memang kalau ada berbicara dengan rakan-rakan AMANAH (PAN) mereka berkata mereka nak menguasai PAKATAN dan DAP sekadar 'anak tangga' sahaja. Selepas berjaya menawan Putrajaya dan memerintah nanti kita akan buat Islam. Tapi hakikatnya DAP lebih bijak, AMANAH (PAN) sekadar kuda tunggang. Mereka akan hentikan DEDAK bila hampir PRU-14 nanti. Akan lihatlah AMANAH (PAN) 'menyembah' DAP dan tercatatlah sejarah mereka sekadar 'kuda-kuda tunggangan' DAP.

Apa komen anda??

Lebai juga setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman "kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik".

A. Samad Said seperti Tun Mahathir yang menjilat ludahnya sendiri. Baca di bawah...

HAI MELAYU..
(Pengarang : A Samad Said)

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
kau cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Orang Islam Sibuk Berpuasa DAP Sibuk Berbuka Puasa

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Badan Pemikir Penang Institute DAP di bawah Zairil dalam kajian terbarunya menunjukkan sokongan Melayu kepada DAP merosot teruk antara faktornya ialah serangan UMNO sebelum ini ditangkis terutama oleh PAS tidak berlaku lagi setelah PAS putus hubungan dengan DAP. Malah serangan UMNO menjadi makin parah kerana ada sesetengah ahli PAS menyebar luas serangan ini membuatkan imej sebenar DAP terbongkar.

DAP telah mengambil beberapa langkah untuk mengembalikan sokongan Melayu bagi persediaan PRU-14 antaranya ialah mendapatkan sokongan keahlian daripada tokoh Malayu seperti Pak Samad, Zaid Ibrahim dan lain-lain. Tapi usaha ini masih belum berjaya sepenuhnya.

Manipulasi sokongan wanita muda Islam adalah antara strategi DAP untuk mendapat sokongan daripada wanita Islam yang biasanya terdiri daripada 3 kategori, tidak bertudung, bertudung biasa dan purdah (muslimat). Mereka yang dijadikan ikon DAP ini akan cuba menarik golongan sasar yang disebutkan di atas untuk menyokong DAP dalam PRU-14 nanti.

DAP akan buat apa sahaja untuk menunjukkan DAP bersikap lunak dengan Islam bukan anti-Islam. Mereka yang dicipta sebagai ikon DAP akan digambar sebagai sangat sempurna dan digelar Islam Progresif.

Tapi jika anda tahu.... itu semua lakonan sahaja untuk menipu pengundi terutama pengundi Melayu yang bodoh maklumat!

DAP juga menjadikan Mejar Zaidi sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang dan memberi fokus kepada orang Melayu dan menyediakan pelan untuk Melayu kembali sokong kepada DAP. DAP bijak dia gunakan peruntukkan Kerajaan Negeri atas jawatan kerajaan negeri bagi tujuan kepentingan DAP.

Semasa dilantik Mejar Zaidi adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), bahagian Kepala Batas sebelum dia keluar DAP dan menyerang PAN dalam surat terbuka (anda boleh baca di sini, di sini dan di sini). Ini adalah projek serampang 2 mata, selain daripada tujuan di atas DAP juga nak menjadikan PAN sebagai macai mereka.

Mejar Zaidi baru dalam politik keberkesanannya tidak begitu memberangkan.

DAP terdesak untuk dapatkan sokongan Melayu, maka Saifudin Nasution dilantik menjadi penasihat strategik KM Lim Guan Eng. Macam mana boleh berlaku Setiausaha Agong PKR jadi "kuli" Setiausaha Agong DAP?? Kenapa Saifuddin Nasution boleh terima jawatan ini??

JAWAPANNYA IALAH DUIT (DEDAK)!!!

Lebai dah menulis mengenai Saifudin Nasution dulunya ahli PAS bila menghadapi masalah di beli oleh Anwar Ibrahim menjadi PEMUDA UMNO. Anda boleh baca di sini.

Lagi pun ada pergolakan dalam PKR. Saifudin tak ada jawatan penting dalam kerajaan Selangor. Dia tak ada banyak duit. Dalam PKR biasanya orang tak ada duit akan mati. Azmin akan 'membunuh' musuh politik. Jangan hairan Rafizi dan Saifudin mengacau kerajaan Selangor bukan sahaja menyerang PAS tetapi menggagalkan usaha Azmin bagi membunuh 'politik' Azmin. Kita lihat aje siapa yang TERKENA!!

Untuk bergerak cegas, terutama dengan jawatannya tak ada duit Saifudin akan mati kutu. Jadi dia sanggup bekerja untuk DAP kerana dedak DAP sangat besar. Sama juga dengan beberapa pimpinan PAN yang dapat beberapa jawatan DAP dengan gaji RM15-RM30k sebulan. Tak percaya tanyalah Mohamad Sabu, Mujahid Rawa dan beberapa orang lagi. Mereka lebih dulu bela agenda kristianisasi Hannah Yeoh berbanding dengan DAP sendiri. Kini mereka pembela dan menyerang dan membuat fitnah kepada Dr. Kamarul Azman yang membuat report polis berkenaan agenda kristianisasi DAP>

Saifudin Nasution dalam ceramahnya di Kelantan menyatakan sebaik sahaja dilantik menjadi penasihat strategik Lim Guan Eng dia pergi melawat Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Pulau Pinang, mengambil maklumat apa yang orang Islam tak suka kepada kerajaan PP dan DAP.

ANTARA STRATEGI DAP UNTUK MENUNJUKAN MEREKA BUKAN ANTI-ISLAM IALAH BERSAMA DENGAN ORANG ISLAM DALAM ACARA AGAMA MEREKA.

Semalam orang Islam sibuk berpuasa, Saifudin Nasution yang menjadi macai DAP sibuk mengatur Lim Guan Eng berbuka puasa. Gambar-gambar Lim Guan Eng dan pimpinan DAP mesra orang Islam semasa berbuka akan menutup AGENDA KRISTIANISASI DAP. Maka Umat Islam di Malaysia sekali lagi tipu oleh bukan Islam dengan bantuan Melayu Islam yang bodoh.

Semalam juga Lim Kit Siang meluangkan masa untuk berbuka dengan tokoh bahasa (kira tokoh Melayu) berbuka puasa. Gambar ini akan menunjukkan betapa bersungguhnya DAP untuk bersama menjayakan agenda ISLAM!!

30 hari pimpinan DAP akan bersama masyarakat Islam untuk BERBUKA PUASA sehingga mereka terabai untuk menyembah Tuhan-tuhan mereka!!!

Bukan berbuka puasa sahaja, DAP (Sosialis Muda DAP (DAPSY) Pandan) juga buka gerai menjual di Medan Ramadan, Pandan, Selangor. Hebatkan Islam DAP!!

Dulu ada isu makan setalam dengan bukan mahram oleh puak-puak DAP. Kenapa tidak ada yang menegur dalam isu makan setalam wanita bukan mahram dikalangan lebai-lebai PAN? Ini pun kes Dedak!!

Kalau sebelum ini UMNO membahagikan air zam-zam dan kurma, jangan hairan selepas tak sempat UMNO nak pancing undi, DAP dan buat. PAS sorrylah engkau tak ada duit. Mereka (DAP dan UMNO) ini DEDAKnya bukan kecil. Satu dapat sponsor anti-Islam luar negara dan satu lagi curi duit rakyat.

Isu hangat pendedahan Dr. Kamarul Azman Yusoff mengenai agenda Kristianinasi DAP merujuk kepada buku YB Hannah Yeoh Adun DAP yang bertajuk "Becoming Hannah" membuka minda sebahagian masyarakat Islam kepuraan DAP dalam menyertai program-program Islam dengan imej Islam. Gambar di atas menunjukkan Hannah Yeoh berbaju kurung selindang dalam masjid makan dalam talam. HEBAT PROPANGANDA DAP!!

Di atas adalah 30 imej bertudung Hannah Yeoh seorang evangelista tegar. Anda tahu apa dia evangelista tegar??

Hannah Yeoh adalah evangelista tegar yang begitu giat mendakwah untuk menyeru orang ramai masuk Kristian dan kita tahu bagi yang tegar mempercayai jika dia tidak dapat menarik orang masuk kristian sebelum dia mati dia akan mati MASUK NERAKA. Lebai rasa Hannah Yeoh tak nak masuk neraka, jadi dia akan berusaha untuk murtadkan orang Islam bagi memberikan jaminan dia masuk syurga!

Untuk menipu orang Islam demi undi DAP akan buat apa sahaja. Lebai rasa engkau tak percaya pimpinan DAP ada berkat. Kalau tak takkan nak ada orang ISLAM PAN ambil berkat minta tolong pimpinan DAP cukur rambut anaknya untuk majlis AKIKAH!!

Mana tahu bila besar boleh jadi hebat macam pimpinan DAP. Ni Islam Progresif yang lebai rasa geng PAN sedang terap dalam kehidupan kita sebelum dan selepas tawan Putrajaya nanti bersama DAP.

ANDA BERFIKIR

Kenapa Lim Guan Eng dan pimpinan DAP sanggup untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan umat Islam. Sanggup duduk bersila, sanggup makan dengan tangan. SANGGUP MAKAN DALAM TALAM, sedangkan ada orang Islam sendiri tak sanggup makan dalam talam!!

INI JAWAPANNYA

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). - Al-Mumtaĥanah:1-2
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 5:44 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Warga Rohingya 'terpaksa minum air tandas' dalam tahanan Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
PENCARI suaka politik dan juga pelarian daripada Rohingya dilaporkan ditahan dalam keadaan yang kotor, teruk dan sekurang-kurangnya lebih 24 orang telah mati di dalam tahanan pihak berkuasa Imigresen Malaysia sejak tahun 2015 lapor Asian Correspondent yang memetik kenyataan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Perkara itu didedahkan dalam laporan berita bertajuk "Rohingya 'had to drink toilet water' in Malaysian detention — report"pada 16 May 2017 yang lalu.

"Mereka hanya memberikan kami secawan kecil air dan makanan, jika tidak kami terpaksa minum air tandas," kata seorang gadis Rohingya berusia 18 tahun kepada The Guardian.

"Hanya jika ada seseorang yang hampir mati barulah pengawal akan datang, jika tidak kalau kami mengadu ataupun kami minta untuk pergi ke hospital mereka pukul kami," katanya.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut melaporkan bahawa keadaan di dalam tahanan adalah sangat teruk dan mereka 'seperti diseksa' di mana tahanan dinafikan hak untuk memperoleh makanan yang cukup, air, serta rawatan perubatan.

UNHCR memberitahu kepada The Guardian bahawa seramai 24 orang kebanyakkannya merupakan warganegara Burma (Myanmar) telah mati dalam tahanan sejak tahun 2015.

"Kematian-kematian ini benar-benar boleh dielakkan," kata pengarah eksekutif badan Pengukuhan Hak Amy Smith.

"Caranya sangat mudah, kerajaan Malaysia hanya perlu berhenti daripada melayan pelarian-pelarian ini seperti melayan penjenayah berat," katanya.

Reuters melaporkan lebih tinggi jumlah kematian bulan lalu berdasarkan satu laporan oleh Suhakam yang menyebut sejumlah 83 kematian dalam tahun 2015 dan sekurang-kurangnya seramai 35 dalam tahun 2016.

"Jumlah itu adalah terlalu tinggi dan mengejutkan, dan ini menyeru kepada satu rombakan menyeluruh kepada sistem," kata Joseph yang juga merupakan seorang pesuruhjaya.

Dilaporkan seramai 246, 270 orang yang didaftarkan oleh UNHCR di Malaysia, daripada jumlah itu seramai sekitar 150, 000 merupakan pencari suaka politik dan juga pelarian.

Majoriti mereka merupakan orang Islam Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman dan kezaliman di negara asal mereka Myanmar. Mereka menyelamatkan diri daripada kekejaman pengganas Buddha dan juga tentera Burma.

Ramai di antara mereka sudah berada di Malaysia sejak berdekad lamanya.

Oleh kerana kerajaan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, maka pencari suaka politik dan juga pelarian di negara ini dinafikan hak asasi mereka untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan juga pekerjaan.

Pelarian biasanya bekerja secara haram dalam tugas-tugas yang tidak rasmi seperti pekerja pembersihan, dan buruh binaan. Justeru seringkali berlaku penafian hak-hak pekerja terhadap mereka seperti gaji tidak dibayar dan lain-lain.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/warga-rohingya-terpaksa-minum-air.html#ixzz4ieauSkFK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 5:45 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menteri Kantoi!! Bukan Cuaca Sebabkan Harga Ikan Mahal Tapi Nelayan Naikkan Harga...

bloglist-malaysia.blogspot

malaysiansmustknowthetruth

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

 

Kenaikan ketara harga ikan kembung di negara ini berlaku ekoran perubahan cuaca yang dianggap luar biasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Itu adalah jawapan Ahmad Shabery menjawab soalan Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Ahmad Shabery juga berkata keadaan itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ikan berkenaan.

"Selalunya bulan Mac dijangkakan ikan kembung ada banyak, tetapi daripada apa yang kita pantau, sekarang ia belum naik.

"Ada (berlaku) kelainan dari segi pola cuaca, tengkujuh pun agak berbeza kali ini," katanya di Dewan Rakyat dan dilaporkan kebanyakkan media pada 13hb Mac 2017.

Dan akhirnya terbukti jawapan itu hanyalah satu jawapan untuk memperbodohkan rakyat, bukan cuaca ataupun peraih yang menyebabkan harga ikan itu meningkat.. tapi Nelayan sendiri..

"Bukan orang tengah atau peraih yang mengaut untung lebih tetapi nelayan yang menaikkan harga ikan," kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis.

Baca laporan ni..

KUALA LUMPUR – "Bukan orang tengah atau peraih yang mengaut untung lebih tetapi nelayan yang menaikkan harga ikan," demikian kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis.

Idris Saad berkata, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan oleh nelayan khususnya nelayan pantai disebabkan tekanan kos hidup yang tinggi.

Kehidupan nelayan di Malaysia dari dahulu sehingga hari ini masih mendatar dan jika harga ikan tidak dinaikkan maka kehidupan golongan nelayan semakin sukar.

Katanya, berbanding nelayan laut dalam, pendapatan nelayan pantai tidak besar dalam lingkungan RM100 hingga RM200 sehari. Itu pun bergantung jumlah ikan yang berjaya dipukat.

Kebiasannya dengan membawa balik antara 50 hingga 100 kilogram ikan, nelayan pantai hanya mampu meraih pendapatan bersih RM100 hingga RM200 sehari. Itu pun bergantung kepada cuaca.

"Walaupun nelayan pantai masih mendapat subsidi minyak tetapi harga pukat dan jala pun naik. Perlu juga mengambil kira kos membaiki jala, penyelenggaraan bot yang perlu ditanggung serta gaji pekerja antara RM50 hingga RM70 sehari.

"Di atas faktor-faktor itu, Idris berkata, harga ikan yang dijual atau 'ditolak' oleh nelayan kepada peraih tidak semurah dahulu. Tidak ada lagi ikan dijual RM3 sekilo sepanjang tahun. Memang tidak ada.

"Kalau murah sangat, macam mana nelayan hendak hidup dalam keadaan semua kos naik. Walaupun harga ikan dinaikkan pun, mana ada nelayan pantai yang hidup senang, mewah jauh sekali. Kehidupan mereka masih mendatar," katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai harga ikan, Idris mengakui kenaikan harga ikan termenung atau ikan kembung perut labuh (gelaran nelayan utara) mencecah RM16 hingga RM22 pada bulan lalu disebabkan harga yang dijual oleh nelayan adalah tinggi.

Keadaan itu disebabkan musim tengkujuh yang menyebabkan bekalan ikan kembung itu berkurangan dan masa sama ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi pada bulan tersebut.

"Apabila nelayan yang turun ke kompleks (tempat jualan ikan) mendapati ikan itu kurang tetapi permintaan tinggi, maka harga yang ditawarkan dari RM12 hingga 14 sekilogram. Pada nelayan ia adalah bonus bagi mereka. Bukan selalu boleh jual mahal.

"Peraih pula terpaksa beli walaupun mahal kerana ketika itu bekalan ikan kurang. Mereka pula terpaksa jual mahal selepas mengambil kira kos minyak, pengangkutan, ais dan pekerja. Jadi, apabila sampai kepada pengguna harga ikan tu jadi RM22 sekilogram," ulasnya.

Bagaimanapun, harga ikan kembung dan ikan-ikan biasa sudah kembali normal antara RM6 hingga RM8 sekilogram mengikut saiz.

Ikan sardin dan ikan selayang pula hanya RM2 sekilogram berbanding RM6 sekilogram semasa musim tengkujuh.

Bagaimanapun, ikan besar mula menyaksikan kenaikan dengan ikan siakap dari RM16 sekilogram), jenahak RM23 hingga RM25, tenggiri RM20 hingga RM25 sekilogram.

Ikan terubuk yang berat mencecah 600 gram seekor kini mencecah RM70 disebabkan permintaan tinggi selepas ikan ini diborong oleh China dalam pasaran Myanmar dan Bangladesh. – MalaysiaGazette

Dah semua barang naik harga dan mahal, apa lagi pilihan yang Nalayan itu ada?.. mahu tak mahu terpaksalah juga naikkan harga..

Boleh dikatakan semuanya naik setelah GST dilaksanakan.. tapi dulu ada Menteri dari UMNO kata dan bagi jaminan barang akan turun harga kalau GST dilaksanakan.. kenapa tak turun pun ni?

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 5:45 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Subject: Sumbangan Berbuka Puasa

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: