Sunday, June 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4759

4 Messages

Digest #4759

Messages

Sun Jun 4, 2017 5:45 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



7 Manfaat Berpuasa Bagi Kesehatan Tubuh yang Jarang Diketahui
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Untuk Anda yang belum mengetahui berbagai macam manfaat berpuasa bagi kesehatan tubuh, maka dapat mengetahui informasinya pada ulasan yang akan coba kita bahas di kesempatan kali ini. Ya, karena sebagian kalangan mungkin masih beranggapan bahwa berpuasa di bulan Ramadhan merupakan sebuah kewajiban yang harus dilakukan.

Namun pada nyatanya, puasa tidak hanya sebagai kewajiban saja melainkan memiliki berbagia macam manfaat bagi kesehatan tubuh kita. Hal tersebut tentu saja bukan tanpa alasan, karena dari zaman dahulu sudah banyak penelitian ilmiah yang dilakukan dan membuktikan bahwa berpuasa dapat membuat tubuh menjadi lebih sehat.

Manfaat Berpuasa Bagi Kesehatan Tubuh
Bahkan pada beberapa kondisi, berpuasa juga akan membantu menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Maka dari itulah saat berpuasa, tidak hanya kesehatan rohani saja yang akan di rasakan, melainkan akan mendapatkan kesehatan jasmani dan juga sosial. Untuk Anda yang penasaran, maka inilah sederet manfaat berpuasa bagi kesehatan tubuh kita.

1. Keseimbangan Pada Katabolisme dan Anabolisme
Salah satu manfaat dari berpuasa adalah seimbangnya anabolisme dan katabolisme. Dimana efeknya adalah peremajaan sel dan juga komponen-komponen lainnya. Kondisi tersebut berbeda dengan starvasi atau kelaparan yang beresiko terhadap sirosis hati, karena saat berpuasa maka fungsi hati akan tetap berfungsi dengan baik dan aktif.

2. Menghindari Pengasaman di Dalam Darah
Saat menjalankan ibadah puasa, diketahui bahwa kadar asam amino akan teroksidasi secara perlahan. Sehingga zat keton pun tidak akan meningkat di dalam darah. Dengan kondisi tersebut, maka dapat dipastikan tidak akan terjadi tingkat pengasaman di dalam darah. Berbeda dengan saat tidak berpuasa, dimana tingkat pengasaman darah lebih mungkin terjadi.

3. Menurunkan Berat Badan
Manfaat lain dari berpuasa yang akan dirasakan adalah menurunnya berat badan. Sehingga berpuasa juga dapat menjadi salah satu cara ampuh untuk mengatasi obesitas atau berat badan berlebih. Hal tersebut tentu saja jika di imbangi dengan pola makan dan gaya hidup yang sehat dan tidak asal-asalan.

4. Menjaga Kesehatan Jantung
Percaya atau tidak, berpuasa juga ternyata dapat membantu menjaga kesehatan jantung. Hal tersebut diketahui karena saat berpuasa, kadar lemak LDL akan berkurang atau menurun. Dan dampaknya sangat baik bagi kesehatan jantung dan juga pembuluh darah. Selain itu, penimbunan lemak pada jantung pun akan berkurang saat melakukan ibadah puasa.

5. Menjaga Kesehatan Ginjal
Saat berpuasa, maka dapat dipastikan bahwa konsumsi air ke dalam tubuh akan terhenti selama beberapa jam. Hal tersebut ternyata cukup efektif dalam meningkatkan konsentrasi urin serta kekuatan osmosis urin di dalam ginjal. Sehingga efeknya dapat memberikan perlindungan tersendiri pada fungsi ginjal.

6. Menignkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Walaupun secara keseluruhan leukosit atau sel darah putih tidak mengalami perubahan, namun saat berpuasa terjadi peningkatan pada limfosit dengan intensitas hingga sepuluh kali lipat. Dan kondisi tersebut akan meningkatkan daya tahan tubuh karena dapat menghindari kondisi penyakit jantung dan juga pembuluh darah.

7. Menyeimbangkan Psikologis
Saat kita berpuasa, maka tingkat adrenalin di dalam tubuh pun akan berkurang secara signifikan. Melalui kondisi tersebut, maka tingkat psikologis seseorang pun akan lebih tenang dan seimbang. Dengan kondisi psikologis yang tenang dan tidak penuh dengan amarah, maka kesehatan tubuh pun akan lebih terjaga dan terhindar dari berbagai macam jenis penyakit.

Itulah sedikitnya tujuh manfaat berpuasa bagi kesehatan tubuh yang mungkin masih jarang diketahui oleh banyak kalangan pada umumnya. Semoga informasi kesehatan terbaru di atas dapat menjadi sumber referensi yang membantu sekaligus bermanfaat untuk Anda semuanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 5:45 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan biarkan jualan Proton jadi 'penyelamat' DRB-Hicom

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyokong pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kerajaan tidak sepatutnya mengekalkan 'syarikat kerugian' dalam penjualan 49.9 peratus kepentingan Proton kepada pengeluar kereta China, Geely.

Bagaimanapun, Pua berkata, kerajaan telahpun melupuskan 100 peratus kepentingannya dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada tahun 2012.

"Najib sememangnya betul untuk bertanya 'Mahukah kamu kekalkan syarikat yang rugi' dalam justifikasi penjualan Proton.

"(Tetapi) soalan yang rakyat Malaysia minta perdana menteri jawab ialah mengapa kita membolehkan DRB-Hicom meraih manfaat berbilion ringgit dengan membantunya melupuskan separuh daripada syarikat itu," tanya Pua dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Najib berkata, adalah lebih baik untuk memiliki peratusan kepentingan yang lebih kecil dalam Proton kerana ia akan mewujudkan lebih banyak kekayaan dan pekerjaan.

Pua berkata, DRB-Hicom yang merupakan pemegang majoriti saham Proton mengalami kerugian lebih RM1 bilion dalam tempoh dua tahun kewangan lepas.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 28, 2017 11:43 PM
Subject: Fw: Apa Terjadi Apabila Saham Proton Dijual Kepada Geely

Pemilik bersama Lotus berkait dengan hartawan Syed Mokhtar

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Ekoran pembelian 51 peratus pegangan oleh pengeluar kereta Geely Automotive dalam British marque Group Lotus Plc, yang sebelum ini dimiliki oleh Proton, dilaporkan bahawa baki 49 peratus telah diperoleh oleh firma Malaysia yang kurang dikenali, Etika Automotive Sdn Bhd.

Bernama melaporkan Etika adalah milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala theSun melaporkan bahawa Syed Mokhtar merupakan pemegang saham dalam Etika dan DRB-Hicom. Syed Mokhtar dikenali sebagai seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengilhamkan penubuhan pengeluar kereta nasional, Proton.

Syed Mokhtar juga memiliki 55.2 peratus dalam DRB-Hicom, syarikat induk Proton, yang menjual 49.9 peratus kepentingannya kepada Geely.

Carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa walaupun Syed Mohktar tidak mengawal Etika secara langsung, dua daripada pemiliknya mempunyai hubungan yang rapat dengan hartawan berkenaan.

Dokumen CCM menunjukkan bahawa Etika ditubuhkan pada 9 Jun tahun lepas dengan modal berbayar RM2.

Perniagaan terasnya adalah pembuatan alat ganti kenderaan, enjin dan turbin.

Syarikat itu, yang didaftarkan di Bangsar, Kuala Lumpur, dimiliki oleh Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Azman Hanafi Abdullah, kedua-duanya juga berkhidmat sebagai pengarah syarikat itu.

Pemeriksaan dalam talian menunjukkan bahawa Mohammad Zainal merupakan pengarah di sekurang-kurangnya tiga syarikat berkaitan Syed Mokhtar, manakala Azman merupakan pengarah sebuah syarikat hartawan itu.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Mohammad Zainal juga pernah berkhidmat di Khazanah Nasional dan Tenaga Nasional. Beliau adalah bekas ketua pegawai operasi Khazanah.

Pada masa ini, beliau adalah pengarah urusan kumpulan Tradewinds (M) Sdn Bhd, yang merupakan salah sebuah syarikat Syed Mokhtar yang terlibat dalam sektor pertanian, seperti pengeluaran gula dan beras serta perladangan kepala sawit.

Anak syarikatnya ialahBernas dan Sugar Refinery Central.

Oleh itu, Mohammad Zainal juga adalah ahli lembaga pengarah Bernas atas kapasitinya sebagai pengarah urusan Tradewinds.

Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah NCB Holdings, yang merupakan anak syarikat MMC Corp, satu lagi syarikat utama dalam empayar perniagaan Syed Mohktar. Syarikat ini memberi tumpuan kepada bidang infrastruktur, pengurusan pelabuhan, transit aliran massa dan loji kuasa dan loji air melalui MMC Port Holdings Sdn Bhd dan Malakoff.

MMC Port Holdings mengawal NCB Holdings, yang merupakan operator utama Northport Klang, melalui pegangan 97.04 peratus.

Orang ke-10 terkaya di M'sia

Sementara itu, Azman adalah pengarah di Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd. Syarikat maritim itu dimiliki oleh Indra Cita Sdn Bhd, yang seterusnya dikawal oleh Syed Mohktar dan isterinya Puan Sri Sharifah Zarah Syed Kechik.

Ditubuhkan pada tahun 1991, Seaport Terminal mengendalikan operasi Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tg Bruas Melaka. Dokumen CCM menunjukkan Etika, Seaport Terminal dan Indra Cita berkongsi alamat pendaftaran yang sama di Bangsar.

Menurut Forbes, Syed Mohktar memiliki aset bernilai AS$1.8 bilion (RM7.74 bilion), dan menjadikannya orang ke-10 terkaya di Malaysia tahun ini.

Empayar perniagaan Syed Mokhtar telah dipelbagaikan meliputi penjanaan kuasa, beras, gula, bank, pelabuhan, perladangan dan pembuatan kereta melalui tiga syarikat utama - MMC, Tradewinds dan DRB-Hicom.

Pada tahun 2012, Syed Mokhtar membeli saham Proton daripada Khazanah melalui DRB-Hicom, dan kemudiannya menswastakan pengeluar kereta nasional itu.

Apa Yang Mahathir Hendak Tangisi? Bukankah Dia Yang Mulai Jumpa Geely Tahun 2014?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Hairan. Kenapa Mahathir tangisi apabila termetarainya perjanjian di antara DRB-HICOM dengan Geely Holding Group?

Yang memiliki DRB-HICOM ialah Syed Mokhtar. Syed Mokhtar dikenali sebagai di antara kroni Mahathir. DRB-HICOM diserahkan kepada Syed Mokhtar apabila Arwah Yahya Ahmad meninggal akibat jatuh helikopter. Semua itu zaman Mahathir.

Sekarang ini, apabila DRB-HICOM sebagai pemilik Proton, menjual sebahagian sahamnya kepada syarikat China itu Mahathir menangis.

Rundingan untuk kerjasama di antara syarikat China itu dimulai oleh Mahathir sendiri. Mahathir sendiri bersama Syed Mokhtar yang pergi ke China, pada April 2014, untuk berunding dengan Geely. Bukannya Geely yang datang ke Malaysia runding untuk beli. Mahathir sudah LUPA?

Portal Nikkei Asia Review melaporkan (13 June 2014) bahawa Mahathir sendiri yang hendak usahasama dengan China tanpa bantuan kerajaan. Saya ulang "tanpa bantuan kerajaan."

Mahathir appears determined to go without government help … flew to China with Syed Mokhtar Al-Bukhary … met with Chinese political and business leaders … started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.

Habis sekarang siapa yang Mahathir hendak salahkan?
......
https://akarimomar.wordpress.com/

Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Anak Saudara Tun Mahathir

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

1. Sebanyak 3.6 juta buah kereta telah berjaya dijual oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) sejak 1985.

2. Kenapa tahun 1985 ini penting kepada kita? Ini kerana pada tahun tersebutlah Proton telah melantik Jurumuda Sdn Bhd sebagai syarikat tunggal membekalkan "anti-rust" kepada Proton.

3. Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 - 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd untuk pemasangan "rust proofing" sebuah kereta. Jika diambil kiraan "cincai" RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.

Siapa Di Belakang Jurumuda Sdn Bhd?

4. Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Yasmeen Holding yang diketahui ramai milik anak saudara Tun Mahathir, Dato' Paduka Rahmat Abu Bakar.

5. Inilah sebab utama Tun Dr Mahathir Mohamad sering mempertahankan kepentingan Proton sebagai satu ikon kebangsaan dan sentiasa berusaha mengagalkan usaha Proton mendapatkan rakan strategik luar negara.

6. Tun Mahathir tahu sekiranya Proton mendapat rakan strategik luar negara kemungkinan besar vendor juga akan bertukar berdasarkan kemapuan menawarkan harga yang kompetitif, bukan lagi harga suka suki keluarga beliau.

- Socrates

Ramai Salah Faham? Apa Sebenarnya Terjadi Apabila Hampir Separuh Saham Proton Dijual Kepada Geely
siakapkeli.my

Sejek dua tiga hari ini memang menjadi isu kes pengeluar kereta nasional negara Proton yang telah menjual 49.9 % sahamnya kepada pihak Geely Automobile Holdings Ltd dari China.

Berita ini nampaknya telah memberi kesan kepada sesetengah rakyat Malaysia di mana mereka risau dengan keadaan ini kerana katanya China sudah memiliki Proton.

Sebenarnya perkara ini adalah biasa dalam industri berkenaan dan ia sudah pun terjadi sebelum ini dan terjadi kepada syarikat-syarikat kereta besar ternama dunia.

Jom baca penerangan dari Ayman Rashdan Wong ini.

PROTON DI TANGAN CHINA?

Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk "China's Geely to Acquire Proton", "Proton di tangan China" dan letak gambar PM di sebelah, maka reaksi orang kita akan jadi "Woi! Semua nak jual dekat China, lepas ni nak jual apa lagi???!!!"

Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima.

Ada beza antara "merger", "acquisition", "strategic alliance" dan "joint venture".

"Merger" itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh "merger" adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika).

"Acquisition" ialah pembelian sebuah syarikat oleh syarikat yang lain, contohnya seperti pembelian Lotus (UK) oleh Proton (Malaysia). "Acquisition" berlaku apabila syarikat pembeli mempunyai "controlling stake" atau majoriti saham. Semasa Proton membeli Lotus pada tahun 1996, Proton mempunyai 80% pegangan saham.

"Strategic alliance" (rakan kongsi) merujuk kepada kerjasama antara dua syarikat, contohnya seperti kerjasama Nissan (Jepun) dan Renault (Perancis) di mana Renault mempunyai 44% pegangan saham dalam Nissan.

"Joint venture" (JV) pula merujuk kepada projek/entiti berasingan yang diusahasama oleh dua syarikat yang mempunyai hubungan rakan kongsi, misalnya Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwujudkan secara bersama oleh Daihatsu (Jepun) dan Perodua (Malaysia). Selalunya saham JV dibahagikan 50:50.

Geely hanya "acquire stake" dalam Proton, bukan "acquire" Proton. Dua istilah yang berbeza membawa konotasi yang cukup berbeza. Proton tidak dimiliki Geely. Menurut perjanjian, hubungan Proton dan Geely adalah rakan kongsi untuk mewujudkan JV. Proton masih pemegang saham majoriti (50.1%) yang berkuasa dalam pengurusan. Macam mana pula boleh kata Proton di tangan Geely?

Kalau nak meroyan pun, meroyanlah dekat orang yang betul. Kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) sudah lama "divest" dari Proton. Proton sekarang dimiliki oleh DRB-HICOM yang dimiliki oleh Etika Strategi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pergilah mengadu.

Bukan tak boleh soal, tapi nak menyoal pun kena bijak, misalnya tanyalah apakah impak perjanjian ke atas industri rantaian tempatan seperti alat ganti. Bukan main sebut "jual" "jual" "jual" sahaja.

Sedangkan media memainkan isu jual beli, perjanjian tersebut menyasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang tahun 2020, peluang bagi Proton untuk "rebadge" kereta Volvo dan peluang Proton untuk menembusi pasaran China. Itu semua bakal menaikkan semula jenama Proton.

Kalau nak kaitkan dengan keselamatan negara, Geely ini tiada kena mengena dengan kerajaan China. Geely adalah antara syarikat yang jarang ("rare") di mana kerajaan China tidak mempunyai pegangan saham dalamnya. Waktu tahun 2004, GIC (tabung pelaburan kerajaan Singapura) membeli saham Proton, itu baru merisaukan. Tak dengar pula royanan masa itu. Sebab waktu itu belum ada Facebook.

Proton sendiri merupakan hasil hubungan rakan kongsi antara Proton dan Mitsubishi Motors (30% pegangan saham pada tahun 1983). Tak dengar pula orang kata jual negara ke Jepun. Sebab waktu itu media dikawal rapi, kita hanya cakap yang baik-baik sahaja tentang Jepun, bersama-sama pandang ke Timur, walaupun di Amerika pun orang sudah risau tentang kuasa ekonomi Jepun.

Bukan tak boleh jadi nasionalis atau proteksionis, boleh. Jangan risau, Proton masih jenama negara dan masih dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan bakal dihidupkan kembali sebagai jenama yang disegani.

- Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, May 25, 2017 10:22 PM
Subject: Fw: Proton Lepaskan Lotus Dan Jual Kepada Geely

Proton Lepaskan Lotus Dan Jual 49.9% Saham Proton Kepada Geely China
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hari ini telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton), lapor The Star.

Kedua-dua syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian pembelian saham Proton sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini..

Berdasarkan perjanji itu dilaporkan proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely dengan menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Dalam perjanjian itu juga, Proton akan melepaskan semua pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.

Dengan penjualan saham itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Swedentelah menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.

Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.

"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.

"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 5:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Sayangkan Anak Kecil Kita, Jangan Sesekali Dukung Atau Angkat Anak Ketika Di Dalam Kereta
siakapkeli.my

Mungkin masih segar dalam ingatan kita dimana sebuah kemalangan yang berlaku di atas Lebuh raya Utara Selatan arah utara dekat Bukit Beruntung telah mengorbankan nyawa seorang bayi lelaki berusia tiga bulan selepas dia telah tercampak keluar.

Apa pun itu sudah menjadi satu takdir yang tidak dboleh dipatah balik, apa yang terjadi sebenarnya merupakan satu pesanan dan nasihat penting kepada semua ibu bapa di luar sana.

Jika anda mempunyai anak kecil, berkorbanlah sedikit demi memastikan keselamatan bayi anda dengan membeli sebuah ''car seat'' kepada mereka jika mereka sebagai tempat duduk mereka di dalam kereta.

Seorang pengguna Facebook bernama Mursyid Ismail telah tampil memberi nasihat kepada ibu bapa diluar sana yang sayang dan pentingkan keselamatan anak mereka, jangan dukung atau riba anak jika di dalam kereta yang sedang berjalan, sebaliknya letakkan mereka di dalam carseat.

Jom kita baca.

Pesanan khidmat masyarakat walaupun cuti raya lambat lagi. pesan siap-siap sempat pergi beli carseat awal.

Sedu sedan baca kisah kemalangan baru2 ni. tak tau kejadian sebenar dan apa yg berlaku. tapi pengajaran yang boleh diambil, LETAKKAN ANAK DI DALAM CARSEAT DAN PASANGKAN SEATBELT.

Especially parents muda yang baru anak pertama, mesti kesian anak 'terpaksa' duduk carseat. nak manjakan la anak tu, nak peluk anak ketat-ketat tak lepas, alasan paling common, "baby nangis taknak duduk dalam carseat. kesian dia."

Elok la tu. kesian la sangta, dah banyak study dan awareness dibuat, sekuat mana, seketat pelukan ibu pada anak kalau dalam kemalangan, peratusan anak tercampak dari pelukan ketat-mesra-penuh-kasih-sayang itu TERSANGATLAH TINGGI. common sense, apa-apa jadi kita self protect auto reflect, mana sedar siapa di pangkuan.

Tolong lah, tolong lah gunakan carseat dengan betul. permulaan memang baby akan nangis, lama2 dia akan biasa dan selesa. tak lama mana pun, setiap hari korang buat selama seminggu, baby dah sesuaikan diri. nak best lagi? kena angin aircond kereta mewah korg tu, lagi syiokkk baby tu tido. nyenyak, dipeluk ketat oleh seatbelt.

Percayalah pesan bapa anak tiga ni. perjalanan ke kl-kedah anak-anak saya Alhamdulillah akan tido sepanjang 4 jam perjalanan. masuk kereta, bagi susu sorg satu, belum sempat tol jalan duta, hanyut tiga-tiga. tinggallah bapa nya di depan sorang-sorang, maknya pula belakang sekali sorg2 main fon. sunyi bapanya, nak bersembang jenuh menjerit.

Satu lagi tips, bila nak belikan hadiah anak sulung untuk kawan-kawan, tanyakan dah beli carseat belum. kumpul duit sesama kawan2 hadiahkan carseat kat new parents tu. carseat adalah lebih utama dari stroller.

sekian,

sendu mengenangkan trafik masa nak balik raya nanti.

p/s: kongsikan kalau bermanfaat.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 4, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Monday, 05 June 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: