Friday, June 16, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4773[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4773

Messages

Fri Jun 16, 2017 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menanti Pendirian Malaysia Ke Atas Qatar
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

Malaysia sepatutnya membuat satu pendirian terhadap krisis yang sedang berlaku ke atas Qatar khususnya menyeru penyelesaian secara diplomasi dan bukannya kekerasan, demikian diutarakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

"Ni satu tindakan yang tidak betul bila sebuah negara berpakat dengan negara-negara lain, mengambil satu tindakan yang agak keras, menghambat rakyat dan kemudian menarik diplomat-diplomat yang ada di dalamnya. Kalau kita baca dari segi diplomasi, tindakan ini adalah satu tindakan nak berperang.

"Sepatutnya sesama kita Islam kita perlu mempunyai pendirian. Paling kurang kita mesti menyatakan sikap kita. Krisis yang berlaku ini mestilah diselesaikan dengan cara terperinci," jelasnya pada sesi Teh Tarik For Malaysia di sini 10 Jun lalu.

Serunya juga, umat Islam seharusnya mengambil iktibar dari kejayaan protokol-protokol Zionis yang merancang dengan lebih awal untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah dengan strategi 'divide and rule' yakni pecah perintah.

Di mana dari kejahilan umat ketika itu menyebabkan negara-negara umat Islam dipecahkan mengikut bangsa dan mazhab oleh penjajah kufar bermula peranan dimainkan ejen Empayar British, Lawrence of Arabia.

Menurut beliau, Syarif Hussein selaku wakil Kerajaan Islam Uthmaniyyah yang memerintah Hijaz Makkah dan Madinah telah diperalat bagi menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah dengan berlakunya At-Thauratul Arabiyyatul Kubra atau Revolusi Arab Agong pada tahun 1916.

"Penjajah British berjanji kepada mereka untuk dilantik menjadi khalifah menggantikan orang Turki pada ketika itu. Tetapi penjajah tidak menunaikan janji, akhirnya jatuh Kerajaan Islam Uthmaniyyah, Palestin diambil oleh Empayar British kemudian diserah kepada orang Yahudi untuk memastikan pergolakan tidak berlaku di Timur Tengah pada ketika itu.

"Juga untuk menyedapkan hati pemimpin-pemimpin Arab pada ketika itu, maka dibahagi-bahagikan beberapa buah negara dan dilantik mereka ini untuk menjadi ketua-ketua negara. Di antaranya ialah negara Arab Saudi, Qatar, UAE, Iran, dipecahkan kepada bangsa dan dipecahkan kepada mazhab-mazhab.

"Memang kita tidak nafi, ini semua ialah perancangan-perancangan musuh-musuh Islam. Tapi kita orang Islam tak kiralah Saudi ke, Iran ke, Qatar ke, Turki ke, siapa sahaja, kita mestilah bijaksana di dalam menangani perancangan-perancangan musuh musuh Islam ini supaya kita tidak terjebak masuk dalam perangkap mereka," ujarnya.

Tegas Ustaz Khalil, Arab Saudi yang merupakan negara besar di dunia Islam dan kaya tidak sepatutnya mengambil sikap yang begitu keras ke atas negara Qatar dan juga negara umat Islam, tetapi tiada pula kenyataan keras terhadap negara haram Israel.

Perkara itu katanya, sangat menyedih dan mendukacitakan di mana seolah-olah mereka buta untuk melihat musuh utama kepada umat Islam, sedangkan jelas musuh utama kepada umat Islam ialah negara haram Israel yang diketahui semua tindakan mereka ke atas rakyat dan umat Islam di Palestin.

Beliau juga mengajak umat tidak bimbang dengan kebangkitan Iran sebagai satu kuasa di rantau Timur Tengah termasuk mempunyai persenjataan yang hebat, tetapi tidak mungkin negara itu boleh memimpin dunia Islam kerana dunia Islam terdiri dari 90 peratus ialah Ahli Sunah Wal Jamaah, sedangkan Iran majoriti Syiah.

Iran ujarnya, mesti bekerjasama dengan negara-negara Islam lain dan tindakannya bersama Turki ke atas Qatar sebenarnya adalah sikap untuk menyanggahi pemulauan yang diambil Arab Saudi, UAE dan lain-lain ke atas Qatar.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wira negara terkorban sebelum berjuang.

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Dua tiga hari lepas berlaku kemalangan pesawat TUDM yang mengorbankan dua wira negara. Ini bukanlah pertama kali pertama kali berlaku, malah sudah berpuluh kali sebelum ini.

Dua anak muda wira negara terkorban. Kalau di negara luar, pemandu pesawat tempur mati kerana bertempur dengan musuh, tetapi anak muda Malaysia mati sebelum bertempur, kerana pesawat terhempas.

Malang bagi TUDM. Malu negara Malaysia. Wira negara mati, terkorban kerana pesawat terhempas.

Kenapa kerap sangat pesawat TUDM jatuh terhempas? Jawabannya mudah sahaja, kerana ia sudah tidak layak terbang atau penyelenggaraan enjin tidak cermat hingga ada komponennya tidak kemas, skrew longgarlah maksudnya atau reput. Namun rata-rata pesawat TUDM adalah barang lama. Walau baru dibeli tapi barang lama, second hand.

Mengapa kerajaan tidak membeli pesawat yang baru? Tidak ada duit barang kali. Betulkah tidak ada duit? Masakan tidak ada duit kalau sering kali keluar berita ketirisan dan kehilangan berbilion-bilion? Contohnya 1MDB hilang rm2.6 bilion, FGV membuat pelaburan yang mengalami kerugian beratus juta ringgit. Daripada wang itu hilang hangus begitu sahaja adalah lebih afdhal digunakan untuk membeli pesawat udara TUDM.

Kalau kereta, rosak diperjalanan, boleh tolak ke pinggir jalan, parking sementara memanggil formen. Namun kalau pesawat udara bolehkah parking sementara juruteknik datang baiki? Orang waras tidak akan berkata itulah caranya, melainkan orang gila.

Kalau beginilah keadaannya, Tak perlulah Malaysia mempunyai tentera udara. Buat malu aja. Sebab kalau berlakulah konflik dengan negara luar, Malaysia tidak akan mampu mempertahankan ruang udara Malaysia dan tentera darat dan laut tidak mempunyai sokongan udara. Datang sahaja jet pejuang negara musuh, belum lagi bertermpur, jatuh terhempas jet pejuang Malaysia.

Dulu berlaku serangan Sulu di Lahad Datu. Dalam kes tersebut TUDM mengambil bahagian menghapuskan penceroboh tersebut. Kalaulah masa itu terhempaslah sebutir pesawat tempur yang mengambil bahagian dalam operasi itu, Aduh mak malunya rakyat Malaysia. Pastilah ia menjadi tajuk berita negara luar seperti Singapura, jet pejuang Malaysia musnah bukan ditembak Sulu tapi jatuh kerana skrew enjin tertanggal.

Kesihan wira negara, yang mati sebelum berjuang.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman Masing-Masing
siakapkeli.my

KUANTAN: Jenazah kedua-dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108, yang terkorban selepas pesawat mereka terhempas di Chukai, Terengganu telah selamat tiba selepas diterbangkan ke kampung halaman masing-masing, lapor Berita Harian.

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan beberapa ahli keluarga telah diterbangkan menggunakan sebuah helikopter EC725 ke Padang Awam FELDA Lui Muda dekat Jempol, Negeri Sembilan pada 8.15 pagi untuk dikebumikan di kampung halamannya itu pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari sedang disembahyangkan di Masjid Kariah FELDA Lui Muda dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.
Gambar: TUDM

Sementara itu Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof juga telah selamat tiba di Kuala Lumpur selepas diterbangkan dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan ke Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat Hercules C130H pada 8.45 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Ibnu Sina, untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar lagi.

Terdahulu, jenazah kedua-dua mereka telah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas bedah siasat kira-kira jam 5.45 pagi.

Jenazah dikafan dan disembahyangkan di Surau Al-Taqwa yang diimamkan Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuantan, Mejar Mohd Zaki Kassim bersama kira-kira 200 anggota TUDM yang lain.

Selepas solat jenazah, keranda kedua-dua mereka telah dibalut dengan Jalur Gemilang dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda penghormatan.

Mohd Hasri, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dikendalikan dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu, semalam.

Mayat mereka berdua telah ditemui pada jam 2.30 petang semalam dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing.

Pesawat Hawk 108 yang dikendalikan mereka itu telah berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada jam 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. - Siakapkeli.my

'Saya Ingat Dia Lambai, Saya Lambai Balik' - Saksi Nahas Pesawat TUDM

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KEMAMAN: "Seorang daripada juruterbang sempat menunjukkan tanda pangkah dengan tangannya ke arah saya, ingatkan mereka dalam sesi latihan," kata seorang saksi yang sempat melihat kelibat dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut selepas pesawat pejuang Hawk 108 dipercayai terhempas.

Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata, ketika itu beliau sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di kampung Pondok Pasir,di sini kira-kira 12.30 tengah hari sebelum terlihat dua lelaki sedang menggunakan payung terjun.
"Seorang daripada mereka saya tengok menarik-narik tali payung terjun dan memberi isyarat tangan pangkah dekat saya. Saya membalas dengan melambai-lambai tangan ke arah dua lelaki berkenaan kerana menyangka dua lelaki tersebut sedang mengadakan latihan payung terjun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini lewat petang semalam.

Katanya, kedua-dua juruterbang terbabit kemudiannya dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, ditemui pada 2.30 petang tadi setelah dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi tadi.

Jasad kedua-dua mangsa ditemukan di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini.

Seorang lagi saksi, Ali Mohamad Mohd Hussin, 37, yang turut berada di kawasan berdekatan berkata beliau terdengar dua bunyi dentuman ekzos pesawat ketika sedang duduk di atas buai di hadapan rumahnya di kampung Pondok Pasir, di sini.

"Dua kali saya dengar bunyi dentuman kuat, lepas tu senyap. Saya intai-intai tapi tak ada apa-apa. Lepas tu beberapa jam kemudian saya lihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah saya," katanya.

Hafizuddin Yunus, 32, pula berkata, beliau juga sempat melihat pesawat itu terbang rendah sebelum ia dilihat mengeluarkan asap tebal.

Katanya, ketika itu beliau sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal dan dapat melihat pesawat itu berada dalam ketinggian kira-kira 1,000 kaki serta mendengar deruman enjin yang sangat kuat sebelum dilihat meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi, di sini.

"Saya lihat pesawat itu makin rendah macam nak jatuh selepas itu kelibat pesawat makin menghilang dan keluar asap yang banyak," katanya.

- Bernama

Dua juruterbang TUDM disahkan meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUANTAN - Kedua-dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.

Mayat kedua- dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Mayat kedua- dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Dua Juruterbang Pesawat Hawk 108 Yang Dilapor Hilang Ditemui Maut
siakapkeli.my

KUANTAN 15 Jun - Dua juruterbang pesawat pejuang jenis Hawk 108 TUDM yang dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu ditemukan terbunuh kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39, berkenaan ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.

Utusan Online melaporkan, kedua-dua mereka dipercayai keluar dari pesawat terbabit dengan menggunakan kerusi anjal pesawat sebelum ia terhempas.

Bagaiamanapun, kerangka pesawat belum ditemukan.

Sumber: Utusan Online

Juruterbang pesawat TUDM hilang ditemui mati
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Pesawat Hawk 108 jenis ini dilaporkan hilang pagi tadi, mayat juruterbangnya ditemui petang ini. – Gambar Malaysian Military Power blogspot, 15 Jun, 2017.

MAYAT dua juruterbang pesawat TUDM yang hilang sudah ditemui berhampiran Chukai, 33 batu nautika dari pangkalan Kuantan.

Ketua Jeneral TUDM Affendi Buang yang membuat pengumuman itu berkata kedua-dua mayat ditemui sekitar jam 2.30 petang tetapi pesawat itu masih belum ditemui.

Mayat ditemui memakai payung terjun, menunjukkan yang juruterbang itu berjaya keluar daripada pesawat.

Ini ialah tragedi kelima membabitkan Hawk 108. Pesawat itu dalam misi latihan.

Awal hari ini, TUDM dalam kenyataan menyebut yang sebuah pesawat Hawk 108 dilaporkan hilang di ruang udara Kuantan antara Terengganu dan Pahang.

"Pesawat berlepas daripada pangkalan Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi hari ini," kata kenyataan itu.

"TUDM sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat."

Pasukan tentera udara negara mempunyai 19 pesawat Hawk terdiri daripada empat Hawk 108 dan 14 Hawk 208. Pesawat Hawak 108 digunakan untuk latihan penerbangan dan 208 digunakan sebagai pesawat pertempuran.

Semasa pencerobohan Lahad Datu 2013 di Sabah, lima 208 dan tiga F18 Hornet digunakan untuk menyerang tempat persembunyian tentera Sulu.

Pesawat satu enjin itu dibina BAE Systems dan pertama kali digunakan pada 1974. Lebih daripada 1,000 unit dibina dan dijual kepada negara seperti Indonesia, Findland, India, Arab Saudi, Malaysia dan Zimbabwe. – 15 Jun, 2017.

Pesawat Pejuang Hawk TUDM Dari Kuantan Hilang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang, pagi tadi.

Markas Tentera Udara mengesahkan pesawat pejuang TUDM itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, pesawat tersebut dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di kawasan persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat.

"Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Pesawat Hawk TUDM Terputus Hubungan Selepas Berlepas Dari Pangkalan Udara Kuantan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 terputus hubungan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan, TUDM berkata pesawat itu dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, pihaknya juga berkata operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dan akan memaklumkan perkembangan kes ini dari masa ke masa.

"Pihak TUDM telah mengaktifkan Operasi Mencari & Menyelamat.

"Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa." tulisnya.

Sumber: TUDM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih di masjid, awal pagi tadi.

Mangsa Hamzah Harun, 52, rebah waktu sedang berdoa ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit kira-kira jam 4.40 pagi.

Mangsa difahmkan adalah jemaah tetap di masjid berkenaan.

Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih.

"Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah," katanya dipetik Utusan.

Lailatul Qadr

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Kepada yg tidak percaya, sila abaikan dan kpd yang YAQIN dan PERCAYA tingkatkan amalan... jangan dituduh sesat sedangkan kita hanyalah insan yang serba kekurangan dalam segala hal

Assalaamualaikum wmbth wahai saudara/saudari semua..

pg ini, khamis 20 Ramadhan (dari pkl12.00.01 waktu dunia) tapi Malaysia 12.30.01 (sebab mahathir dah cepatkan setengah jam dulu) hingga sblm azan subuh pagi sabtu 22 ramadhan ..

jgn lupa amalkn doa yg diajarkn oleh Rasulullah saw kpd sayyidatina Aishah r.ha ..

dan perbanyakkan jg amalan2 yg sepatutnya...

Diriwayatkan dari Hammad bin Salamah, dari A'isyah dan Al-Hakim dengan sanad hadits yang shahih, Rasul berkata,

"Ucapkanlah, 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, di dunia dan di akhirat, yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Aku memohon kepada-Mu (masuk) surga dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan. Aku berlindung kepada-Mu dari (panasnya) api neraka dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan.

Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dimohon oleh hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, memohon perlindungan kepada-Mu darinya.

Aku memohon kepada-Mu hal yang telah kamu takdirkan kepadaku dari suatu urusan, hendaknya jadikanlah akhir urusan tersebut menjadi baik.'" (HR Ibn Majah, Ahmad dan Ibn Hibban)

Demikianlah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada A'isyah, semoga kita dapat pula mengamalkan doa yang mencakup segala sesuatu atau sempurna ini. (DOS)

sohhaworldssolution

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: haruanlubuk
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PENEROKA MACAM HAMBA SEBAB SISTEM FELDA – KADIR JASIN
bloglist-malaysia.blogspot

wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Peneroka macam hamba sebab sistem Felda – Kadir Jasin
Posted By: Pentadbiron: June 14, 2017 Print EmailSistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka hamba kepada tanah rancangan itu dan kerajaan, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin.
Beliau berkata, keadaan ini kemudiannya dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memeras ugut peneroka supaya mengundi mereka pada pilihan raya.
A Kadir Jasin"Lingkaran ganas (vicious cycle) ini akan pecah hanyalah jika peneroka berani membebaskan diri daripada belenggu hegemoni Umno dan BN," katanya menulis dalam blog beliau.
Menurut Kadir, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), bertujuan menghapuskan kemiskinan, keberhutangan dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin namun keadaan sebaliknya berlaku hari ini.
"Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka. Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.
"Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.
"Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah," katanya.
Hakikatnya, Kadir berkata, insentif yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan itu sebenarnya ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai, namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda
Akhirnya Peneroka Akui Kehidupan Makin Teruk Sejak FGV Ambil Alih
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

BAYANGKAN situasi ini. Anda bersetuju mengambil pinjaman daripada bank tetapi mereka tidak memberitahu berapa jumlahnya atau maklumat terkini mengenai berapa banyak hutang dan tempoh pembayaran balik.

Anda hanya diberitahu perlu membayar antara RM300 hingga RM400 setiap bulan, yang ditolak daripada bayaran diterima.

Selepas membayar bank kira-kira lima tahun, anda diberitahu berhutang sehingga RM100,000. Dan ini hanya diketahui selepas terpaksa bersusah payah menghubungi institusi kewangan untuk maklumat lanjut.

Situasi ini diburukkan lagi dengan hakikat pihak bank enggan memberitahu anda berapa jumlah ansuran bulanan yang dibayar bagi mengurangkan hutang itu.

Inilah yang dirasai peneroka Felda hari ini, yang mengatakan kehidupan semakin teruk sejak skim berusia 61 tahun itu diambil alih Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) empat tahun lalu.

Mereka percaya masalah baru ini mempunyai kaitan dengan FGV yang diwujudkan daripada ilham Perdana Menteri Najib Razak dengan kontroversi silih berganti, dan harga sahamnya yang semakin merudum.

Malah ia juga digelar firma kedua dilanda skandal terbesar di negara ini selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut peneroka generasi pertama dan kedua di Pahang ditemui The Malaysian Insight, hutang ditanggung bukanlah masalah paling teruk yang mereka hadapi.

Sehingga September tahun lepas, peneroka boleh mengharapkan dua kali bayaran dalam sebulan apabila menyerahkan hasil ladang dua kali sebulan, kata Mohd Tarmizi Mohd Salleh dari Felda Jengka 10.

Bergantung kepada berapa banyak Felda membayar bagi satu tan kelapa sawit – kini berharga secara purata antara RM400 hingga RM500 setan – ini bermakna peneroka dijangka menerima gabungan pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Namun kini kata Tarmizi, generasi penanam kedua hanya dibayar sekali sebulan. Justeru, pendapatan mereka dibahagi separuh iaitu antara RM1,800 hingga RM2,000.

"Mereka memberitahu kami pembayaran kedua, yang biasanya diberikan pada bulan yang sama, akan dibawa ke bulan seterusnya. Kemudian bulan depan mereka melakukan perkara yang sama dengan hasil ladang bulan tersebut."

Sistem baru ini, kata seorang lagi generasi kedua peneroka Sharizal Mohd "sangat mengecewakan".

"Pembayaran pertama pada awal bulan, kami gunakan untuk membayar pinjaman kereta atau motosikal dan bil utiliti," kata Sharizal daripada Felda Gelinggi Satu.

"Pembayaran kedua pula kami gunakan untuk makanan dan keperluan harian. Jadi, sekarang kita perlu menggunakan pembayaran pertama untuk semuanya. Ia seperti anda membuat kerja bagi syarikat tetapi mereka membayar anda lewat."

The Malaysian Insight menghubungi FGV dan sedang menunggu tindak balas mereka terhadap aduan peneroka.

Prestasi merudum

Ditubuhkan perdana menteri kedua yang juga bapa kepada Najib, Abdul Razak Hussein, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dipuji di seluruh dunia kerana berjaya mengurangkan kemiskinan di kalangan petani yang tidak mempunyai tanah Malaysia.

Pentadbiran Najib memutuskan untuk membenarkan FGV untuk mengambil alih semua pengurusan penempatan Felda dan ladang.

FGV bagaimanapun, dikritik hebat sejak ia disenaraikan di pasaran saham Malaysia pada Jun 2012.

Pada 2015, ia membatalkan rancangan membeli 37% kepentingan dalam syarikat minyak sawit PT Eagle High Plantations pada nilai pasaran lebih tinggi berikutan bantahan daripada pemegang saham.

Pada masa itu, harga saham RM4.55 ketika pertama kali tersenarai menjunam kepada RM1.66 pada hari ini.

Kontroversi terbaru FGV melibatkan perebutan kepimpinan antara Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zakaria Arshad dengan Pengerusi serta bekas bos Umno Mohd Isa Abdul Samad.

Kedua-duanya saling menuduh berlaku salah urus berkaitan kewangan dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Generasi peneroka kedua seperti Tarmizi dan Sharizal hanya mampu melihat FGV salah laku pihak pengurusan.

Bagaimanapun, aktivis politik Wan Mohd Shahrir Abdul Jalil berpendapat masalah pihak atasan turut memberi kesan kepada peneroka dalam bentuk hutang yang mereka perlu bayar semula dan bayaran tunggakan hasil ladang.

"Apabila Felda diuruskan (bekas pengerusi kumpulan) Raja Muhammad Alias (Raja Muhammad Ali), ia mempunyai RM9 bilion dalam bentuk aset, RM4.5 bilion daripadanya dalam bentuk wang tunai. Selepas FGV mengambil alih, ia kini hanya mempunyai RM200 juta aset dan wang tunai.

"Mereka juga mencatatkan RM13.4 bilion kerugian dalam tempoh empat tahun. Bagaimana ini berlaku?" Kata Wan Shahrir, yang mengetuai pasukan petugas Felda bagi parti pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Akaun dan penyata Felda menunjukkan FGV tidak mempunyai keuntungan mencukupi untuk menguruskan penempatan dan perladangan, kata Wan Shahrir.

"Kecurigaan adalah mereka tidak mempunyai wang tunai untuk menguruskan ladang seperti dahulu. Jadi, itulah sebabnya mereka berhenti membayar peneroka dua kali sebulan."

Hutang dan penghambaan

Pinjaman yang dimaksudkan peneroka adalah kos FGV yang terkumpul bagi penanaman semula dengan pokok baru bermula 2000.

Sepanjang tempoh tiga tahun penanaman semula, peneroka diberi RM1,500 elaun sara hidup sementara menunggu pokok mengeluarkan hasil.

Selepas ia mula mengeluarkan hasil, peneroka boleh memilih sama ada membiarkan FGV mengendalikan hasil ladang sementara mereka memperoleh elaun bulanan. Atau mereka boleh mengambil kembali mereka dan memetiknya sendiri.

Sila sambung bacaan anda di SINI

membelenggu generasi kedua
themalaysianinsight.com

----------------------------------------------------------

Sheridan Mahavera

Peneroka mengakui kehidupan semakin teruk sejak ia diambil alih Felda Global Ventures Holdings Berhad empat tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Jun, 2017.

BAYANGKAN situasi ini. Anda bersetuju mengambil pinjaman daripada bank tetapi mereka tidak memberitahu berapa jumlahnya atau maklumat terkini mengenai berapa banyak hutang dan tempoh pembayaran balik.

Anda hanya diberitahu perlu membayar antara RM300 hingga RM400 setiap bulan, yang ditolak daripada gaji.

Situasi ini diburukkan lagi dengan hakikat pihak bank enggan memberitahu anda sejauh manakah hutang tersebut dikurangkan dengan jumlah ansuran bulan yang telah dibayar.

Inilah yang dirasai peneroka Felda hari ini, yang mengatakan kehidupan semakin teruk sejak skim berusia 61 tahun itu diambil alih Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) empat tahun lalu.

Mereka percaya masalah baru ini mempunyai kaitan dengan FGV yang diwujudkan daripada ilham Perdana Menteri Najib Razak dengan kontroversi silih berganti, dan harga sahamnya yang semakin merudum.

Malah ia juga digelar firma kedua dilanda skandal terbesar di negara ini selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut peneroka generasi pertama dan kedua di Pahang ditemui The Malaysian Insight, hutang ditanggung bukanlah masalah paling teruk yang mereka hadapi.

Sehingga September tahun lepas, peneroka boleh mengharapkan dua kali bayaran dalam sebulan apabila menyerahkan hasil ladang dua kali sebulan, kata Mohd Tarmizi Mohd Salleh dari Felda Jengka 10.

Bergantung kepada berapa banyak Felda membayar bagi satu tan kelapa sawit – kini berharga secara purata antara RM400 hingga RM500 setan – ini bermakna peneroka dijangka menerima gabungan pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Namun kini kata Tarmizi, generasi penanam kedua hanya dibayar sekali sebulan. Justeru, pendapatan mereka dibahagi separuh iaitu antara RM1,800 hingga RM2,000.

"Mereka memberitahu kami pembayaran kedua, yang biasanya diberikan pada bulan yang sama, akan dibawa ke bulan seterusnya. Kemudian bulan depan mereka melakukan perkara yang sama dengan hasil ladang bulan tersebut."

Sistem baru ini, kata seorang lagi generasi kedua peneroka Sharizal Mohd "sangat mengecewakan".

"Pembayaran pertama pada awal bulan, kami gunakan untuk membayar pinjaman kereta atau motosikal dan bil utiliti," kata Sharizal daripada Felda Gelangi Satu.

"Pembayaran kedua pula kami gunakan untuk makanan dan keperluan harian. Jadi, sekarang kita perlu menggunakan pembayaran pertama untuk semuanya. Ia seperti anda membuat kerja bagi syarikat tetapi mereka membayar anda lewat."

The Malaysian Insight menghubungi FGV dan sedang menunggu tindak balas mereka terhadap aduan peneroka.

Prestasi merudum

Ditubuhkan perdana menteri kedua yang juga bapa kepada Najib, Abdul Razak Hussein, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dipuji di seluruh dunia kerana berjaya mengurangkan kemiskinan di kalangan petani yang tidak mempunyai tanah Malaysia.

Pentadbiran Najib memutuskan untuk membenarkan FGV untuk mengambil alih semua pengurusan penempatan Felda dan ladang.

FGV bagaimanapun, dikritik hebat sejak ia disenaraikan di pasaran saham Malaysia pada Jun 2012.

Pada 2015, ia membatalkan rancangan membeli 37% kepentingan dalam syarikat minyak sawit PT Eagle High Plantations pada nilai pasaran lebih tinggi berikutan bantahan daripada pemegang saham.

Pada masa itu, harga saham RM4.55 ketika pertama kali tersenarai menjunam kepada RM1.66 pada hari ini.

Kontroversi terbaru FGV melibatkan perebutan kepimpinan antara Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zakaria Arshad dengan Pengerusi serta bekas bos Umno Mohd Isa Abdul Samad.

Kedua-duanya saling menuduh berlaku salah urus berkaitan kewangan dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Generasi peneroka kedua seperti Tarmizi dan Sharizal hanya mampu melihat FGV salah laku pihak pengurusan.

Bagaimanapun, aktivis politik Wan Mohd Shahrir Abdul Jalil berpendapat masalah pihak atasan turut memberi kesan kepada peneroka dalam bentuk hutang yang mereka perlu bayar semula dan bayaran tunggakan hasil ladang.

"Apabila Felda diuruskan (bekas pengerusi kumpulan) Raja Muhammad Alias (Raja Muhammad Ali), ia mempunyai RM9 bilion dalam bentuk aset, RM4.5 bilion daripadanya dalam bentuk wang tunai. Selepas FGV mengambil alih, ia kini hanya mempunyai RM200 juta aset dan wang tunai.

"Mereka juga mencatatkan RM13.4 bilion kerugian dalam tempoh empat tahun. Bagaimana ini berlaku?" Kata Wan Shahrir, yang mengetuai pasukan petugas Felda bagi parti pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Akaun dan penyata Felda menunjukkan FGV tidak mempunyai keuntungan mencukupi untuk menguruskan penempatan dan perladangan, kata Wan Shahrir.

"Kecurigaan adalah mereka tidak mempunyai wang tunai untuk menguruskan ladang seperti dahulu. Jadi, itulah sebabnya mereka berhenti membayar peneroka dua kali sebulan."

Hutang dan penghambaan

Pinjaman yang dimaksudkan peneroka adalah kos FGV yang terkumpul bagi penanaman semula dengan pokok baru bermula 2000.

Sepanjang tempoh tiga tahun penanaman semula, peneroka diberi RM1,500 elaun sara hidup sementara menunggu pokok mengeluarkan hasil.

Selepas ia mula mengeluarkan hasil, peneroka boleh memilih sama ada membiarkan FGV mengendalikan hasil ladang sementara mereka memperoleh elaun bulanan. Atau mereka boleh mengambil kembali dan menguruskan ladang mereka dengan sendiri.

Daripada 360 peneroka di Felda Gelangi, 300 mengambil kembali tanah untuk menguruskannya sendiri kerana boleh mendapat pendapatan lebih, kata Wan Shahrir.

Peneroka seperti Nazrul Fauzan menerima hakikat bahawa mereka perlu membayar balik Felda kerana perkhidmatan penanaman semula tetapi mempersoalkan jumlah sebenar hutang itu.

"Ada yang membayar sejak tiga, lima atau tujuh tahun yang lalu. Tetapi mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai jumlah hutang atau status ansuran sepanjang tahun itu," kata Nazrul daripada Felda Gelangi Satu.

"Hanya pada Disember tahun lepas kami mendapat kenyataan mengenai jumlah hutang. Tetapi tidak ada penjelasan berapa banyak ansuran bulanan kami yang dibayar berjaya mengurangkan hutang kami," kata Nazrul, sambil menambah apabila kenyataan itu diterima, ibunya berhutang dengan Felda lebih RM111,000.

Seorang lagi peneroka, Mijan Mohamad berkata bapanya menanam semula kebun kecilnya sendiri, dengan menggunakan wang keluarga tetapi turut terbabit dengan pinjaman RM100,000.

"Jadi, jika Felda berkata hutang itu bagi perkhidmatan penanaman semula maka mengapa keluarga saya perlu dikenakan bayaran juga?"

Kurangnya ketelusan daripada pihak FGV berhubung hutang ini menambah syak wasangka ia mengutip lebih daripada hutang ditanggung peneroka, kata Wan Shahrir.

Ditambah pula dengan masalah penangguhan bayaran hasil tuaian kedua bulanan mereka, peneroka percaya syarikat yang pernah membantu ibu bapa mereka keluar daripada belenggu kemiskinan kini membelenggu mereka dengan hutang dan kesusahan.

"Malah apabila FGV dilancarkan, kerajaan berkata ia akan menjadikan kami lebih kaya. Tetapi ia menyebabkan keadaan lebih teruk," kata Tarmizi. – 14 Jun, 2017.

BSKL patut gantung dagangan saham FGV buat sementara
bloglist-malaysia.blogspot
aspanaliasnet.blogspot
Posted by Aspan Alias

Issue Felda dan FGV sudah berlarutan begitu lama. Hanya ianya tidak begitu dihebohkan sebelum ini kerana negara sedang berhadapan dengan isu-isu yang terlalu besar dibawah pentadbiran sekarang ini sehinggakan isu yang begitu besar pun ditutupi dengan isu-isu yang lebih besar yang tidak pernah dijangka berlaku di negara kita ini.

Isu 1MDB tidak akan surut kerana ianya merupakan satu isu yang begitu jelas sebagai isu penyalah gunaan kuasa dan korupsi yang tidak terperi besarnya. Belum pun isu 1MDB, SRC dan isu-isu besar seperti GST dan yang lain-lain yang melibatkan tanggungan hidup seharian rakyat isu Felda kembali timbul. Kali ini isu Felda ini sudah menjadi besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti pimpinan negara yang sudah sedia tercemar dengan begitu buruknya sekarang ini.

Kali ini isu FGV dengan pergesiran di antara Presiden syarikat FGV dengan pengerusi Lembaga Jemaah pengarahnya TS Isa Abdul Samad. Merata-rata kedengaran berbagai pihak mendesak supaya Isa meletakan jawatan termasuk desakan dari generasi kedua Felda yang secara terbuka mahukan Isa bersara dari memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat gergasi yang disalah urus oleh elemen-elemen yang menjengkelkan yang ternyata tidak boleh dilindungi lagi.

Bagi pandangan orang seperti saya Isa sememangnya patut secara sukarela bersara kerana ia melibatkan kredibiliti Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat itu. Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam pasaran Saham Kuala Lumpur FGV perlu menjaga kredibilitynya sebagai sebuah syarikat awam bagi menjaga kepentingan pemegang-pemegang sahamnya termasuk pemegang-pemegang saham minoritinya.

Setakat ini belum lagi terdengar Bursa Saham bertindak untuk mengendalikan kekusutan syarikat dalam kawalannya. Sepatutnya Bursa Saham Kuala Lumpur menggantung perdaganagn saham nya di BSKL buat seketika sehingga isu ini selesai. Isa pula sepatutnya berundur sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah FGV kerana ia melibatkan intergriti syarikat terbesar ini. Kita bukan menuduh siapa yang bersalah dan yang benar tetapi itulah amalan etika bagi mereka yang menguruskan syarikat awam yang tersenarai di Pasaran Saham dimana-mana sekali pun di dunia ini. Dalam hal ini Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV tidak boleh dikecualikan dari mengamalkan etika yang diguna pakai oleh mana-mana syarikat awam.

Jika pengurusan dibawah kelolaan Presiden syarikat ini yang bersalah ia merupakan tanggungjawab Pengerusi Lembaga Pengarah untuk mengambil 'accountability'nya. Presiden pengurusannya sepatutnya mengambil 'responsibility'nya dan Pengerusi Lembaga Pengarahnya mengambil 'accountability' nya.

Isa tidak boleh berdiam diri dengan desakan untuk beliau berundur dengan bertempek yang beliau tidak bersalah. Ini bukan masalah salah benar tetapi masalah etika dan intergriti sesebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursar Saham Kuala Lumpur. Isa mesti faham yang beliau bukannya pengerusi syarikat kilang padi dikampongnya atau pun syarikat peribadi beliau.

Dalam pada itu BSKL sepatutnya mengambil tindakan pantas dengan menggantung perdagangan sahamnya di BSKL buat sementara ini. Isu FGV ini terlalu besar dan ramai juga yang kehairanan kenapa sahamnya masih didagangkan di Busa Saham terus-menerus sedangkan syarikat sedang berhedapan dengan isu kredibiliti yang amat serius.

Secara parallel nya rakyat dan pemegang saham teredengar rungutan tentang kerugian besar FGV ini yang mencecah hamper RM13 billion ini dan hebuh diperkatankan yang Isa sebagai Pengerusinya telah mengambil tempat seolah-olah beliau sebagai orang yang telah mengambil keputusan keputasan yang kurang baik dan memaksa pengurusan untuk melakukan tindakan-tindakan yang tidak betul sehinggakan berlaku pergesiran diantara beliau dengan pengurusan.

Oleh kerana isu ini sudah sampai ketahap yang meruncing maka adalah wajar bagi Isa menunjukan sikap beretikanya dengan berundur dan mengambil 'accountability' tadi secara jujur dan terbuka. Itulah sepatutnya amalan yang beliau patut ada dalam mengurusan sebuah syarikat awam. Mempengerusikan lembaga pengarah syarikat awam berbeza dengan cara menguruskan jawatan politik seperti jawatan Menteri Besar atau Menteri yang pernah beliau pegang dahulu.

Walau bagaimana pun yang penting sekarang ini, Bursa Saham Kuala Lumpur wajar menggantung perdagangan saham FGV serta merta bagi menjaga kepentingan pemegang sahamnya terutamanya bagi pemegang-pemegang saham minoritinya.

Rakyat sudah begitu rimas dengan isu-isu yang berkaitan dengan FGV ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Love Basket TokMa', Wanita Ini Ajar Anaknya Lakukan Amal Jariah Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada
siakapkeli.my

Mungkin ramai di antara kita yang mengambil kesempatan di bulan mulia, lebih-lebih lagi di 10 hari terakhir untuk memperbanyakkan amal ibadat dalam mengejar ganjaran yang akan dilipat gandakan.

Namun begitu, dalam membuat kebaikan, apa salahnya kita tidak lupa akan meraka yang sudah tidak ada, mungkin dengan berniat akan apa yang kita lakukan untuk merak yang sudah pergi juga. Agar ganjaran turut dinikmati oleh mereka.

Begitulah yang telah dilakukan oleh Puan Umm Zaynab ini, yang mana secara tidak langsung mendidik anak dan mengisi masa lapang mereka untuk melakukan amal jariah, yang disedekahkan kepada pelarian perang dari Yaman dan Iraq.

Dengan niat ganjaran tersebut juga sampai kepada insan yang tersayang.

Mari kita ikuti akan perkongsian darinya.

Love Basket TokMa

Cuti sekolah dah berakhir beberapa hari lalu. Ini pertama kali cuti sekolah dihabiskan di KL sahaja. Selalunya kalau mula cuti sekolah walaupun hanya seketika, terus celapak lari bawa anak-anak balik Alor Setar, berjumpa ayah ibu nenda tercinta.

Kebetulan cuti sekolah kali ini saya tak dapat pulang bercuti kerana terikat dengan satu komitmen baru. Bila terfikir kembali, Maha Penyantunnya Allah, saya terikat dengan komitmen ini bila semua insan-insan kesayangan saya sudah kembali menghadapNYA.

Bulan 3 yang lepas, ayah saya menghembuskan nafas terakhir menjadikan kesemua ibu ayah,datuk dan nenek saya pergi sekelip mata dalam masa 3 tahun ini. Tiada siapa lagi menghuni rumah di Alor Setar sana. Rumah yang satu ketika dulu penuh dengan kasih cinta, tawa riang kini hanya kosong, yang tinggal hanya selitan kenangan-kenangan indah.

Bila cuti sekolah menjelma, melihat dan mendengar sana sini jalan sesak pulang ke kampung masing-masing, perasaan rindu membuak-buak pada arwah mama abah. Muhammad dan Qasim pun seakan mati kutu, selalu cuti sekolah, mereka yang paling diraikan oleh Tok Ma, Tok Abah, Toktok dan Ba.

Tokma dan Toktok akan masak sedap-sedap menjamu anak cucu dengan pelbagai juadah.Tok Abah pula akan kalut ke Tesco, beli pelbagai barang mainan dan coklat,bawa pulang dan susun penuh di rumah. Bila kami dah nak berangkat pulang, kesemua mereka akan menghantar dan melambai kami sampai di luar pagar rumah dengan bekalan penuh kereta yang mereka isi, segala makanan, periuk belanga semua dikirim bagi.

Kini bila pulang ke Alor Setar, hanya daun-daun kering yang menyambut di muka pintu, dan tika berangkat kembali hanya pagar melambai pergi. Allah..tak dapat diungkapkan perasaan sayu itu dengan perkataan.

Jadi, kebetulan cuti sekolah ini diraikan serentak dengan Ramadan, bersama rindu yang membuak-buak, saya ajak anak-anak buat projek "Love Basket TokMa". Kami mula-mula ke kedai membeli 10 basket. Kemudian ke pasaraya membeli:

-10 beg beras
-10 botol minyak masak
-10 ekor ayam
-10 pcs telur separuh papan
-20 pcs unbleach tepung gandum
(gula putih tak beli sebab kami pun tak guna gula putih-racun.Sila gula RCS di Cosway, kalau bajet lebih boleh guna gula kabung ori)

Jadi ada 10 basket semuanya. Muhammad dan Qasim mengisi satu persatu barang-barang ke basket.

Kemudian Muhammad, Qasim, Zaynab dan baba menghantar basket tersebut kepada keluarga-keluarga dari kalangan pelarian perang dari Yaman dan Iraq yang sehelai sepinggang berteduh di sini.

Semoga ganjaran disebalik Love Basket TokMa ini sampai pada Tokma, Tok Abah, Toktok dan Ba; insan-insan kesayangan kami. Sungguh kami rindu!

Kita juga boleh turut sama melakukan perkara yang sama. Mungkin ramai yang turut bersedekah, dengan niat bagi pihak keluarga yang sudah tiada, seperti membuat majlis berbuka puasa, di surau atau masjid. Tidak kira kecil atau besar, boleh sahaja dilakukan, dalam mengingati insan tersayang. -Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki dakwa kena pukul dengan samseng Umno dalam keadaan bogel
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SEORANG lelaki bernama James Hunt, mengirimkan sebuah video melalui akaun Facebook miliknya mendakwa dia sendiri dalam video itu dalam keadaan bogel telah dipukul dengan besi pemukul golf oleh sekumpulan samseng berpakaian baju Umno.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Menulis di akaun Facebook miliknya, James mendakwa dia telah dikejar dari sekolah St Anne Labuan dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan besi pemukul golf dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua kumpulan samseng berkenaan.

Dia lari meredah hutan dan duri tajam untuk menyelamatkan diri namun dakwanya jumlah kumpulan samseng itu yang ramai telah berjaya menjatuhkannya di hadapan Temple Sing.

"Orang-orang Parti (Umno) P166 parlimen Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia memukul saya tanpa belas kasihan, hanya kerana menegur (akan) memviralkan apa saja kesalahan silap pentadbiran kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan," tulisnya.

Kiriman itu menjadi tular (viral) di laman sosial. Ketika artikel ini ditulis ia sudah dikongsi oleh lebih 5,600 pengguna-pengguna Facebook.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik 'button play' untuk menonton.

Sumber — James Hunt

Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/lelaki-dakwa-kena-pukul-dengan-samseng.html#ixzz4k50hLxSu

Remaja mangsa buli meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

GEORGETOWN: Selepas enam hari bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati, mangsa kes buli, T Nhaveen, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.

Nhaveen, 19, yang koma sejak dimasukkan ke HPP Sabtu lalu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat kecederaan parah termasuk mengalami kesan koyakan pada di dubur akibat ditusuk objek tumpul.

Dalam kejadian di Taman Tun Sardon, Gelugor, pada jam 2 pagi itu, Nhaveen dan seorang rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun selepas berlaku perang mulut antara mereka.

Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Osman, mengesahkan mangsa meninggal dunia di HPP dan kes berkenaan dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Remaja Lelaki Mangsa Buli Meninggal Dunia di Hospital Pulau Pinang
siakapkeli.my

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan menjadi mangsa buli sekumpulan remaja meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini.

Bernama melaporkan, polis berkata remaja berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang tadi.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, remaja itu meninggal dunia selepas berada dalam keadaan koma.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, remaja itu dan seorang lagi rakan dilaporkan telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tun Sargon, Gelugor.

Mendiang dikatakan dipukul dengan topi keledar sehingga disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Mendiang ditemui dengan kesan melecur di bahagian belakang badan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Fri Jun 16, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



5 pelajar UPNM didakwa membunuh

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini didakwa membunuh pelajar lain Zulfarkhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Mereka yang didakwa ialah Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Abdoul Hakeem Mohd Ali dituduh bersubahat.

Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas akibat kesan lebam dan melecur di badan, dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian.

Lima pelajar itu dituduh membunuh Zulfarkhan di bilik bernombor 04, Asrama Jebat antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei lalu.

Jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan itu kepada tertuduh yang memahami pendakwaan terhadap mereka.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Radziah Kamaruddin menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Nordin Ismail bertindak sebagai pendakwa raya kes itu.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, June 07, 2017 10:46 PM
Subject: Fw: Hasil PostMortem Siswazah Kadet UPNM

Hasil PostMortem Siswazah Kadet UPNM

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Akhirnya TerBongkar.. Pihak Hospital Dedah Hasil Bedah Siasat Kematian Arwah Zulfarhan Yg Mengejutkan

Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Sedang oleh Dr.Salmah,Hasil pemeriksaan luaran jasad Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain mendapati terdapat kesan lebam pada kelopak mata kiri dan kesan calar yg mngalami penyembuhan pada kening kiri, kesan lecur terbakar di seluruh badan depan, tangan kanan & kiri, kemaluan, kedua2 belah kaki depan dan belakang badan yang konsisten dengan corak permukaan seterika wap.

Hasil pemeriksaan dalaman terdapat 3 kesan lebam pd kulit kepala, 2 rusuk kiri patah akibat CPR oleh pengamal perubatan. Lain2 dalam keadaan normal.
Kesan lecur pada permukaan badan mangsa meliputi 80% terbakar.Punca kematian adalah *"80% Second & Third degree Burned.

Siasatan kejadian sebenar berpunca dan berlaku di Asrama Pelatih Tentera Sg Besi UPNM. Mangsa mengalami kecederaan dibahagaian badan dan tangan kerana ada kesan lecur/bakar dan juga kesan lebam di bahagian badan.

Mangsa telah dipukul oleh 20-30 orang di dalam Asrama Pelatih Tentera Sg Besi. Mangsa telah dibawa ke rumah rakan saspek di De Centrum DABB untuk diberikan rawatan dan berehat. Tetapi telah meninggal dunia semasa di rumah rakan saspek pada 01.06.2017.

Saspek yang bawa mangsa ketempat tersebut dikenali dengan nama Zul merupakan rakan setugas di UPNM Tentera di Sg. Besi. Saspek adalah salah seorang saspek diantara seramai 32 org pelatih tentera yang telah ditahan dalam kes ini.

Punca kejadian disyaki kerana mangsa terlibat dalam kejadian curi laptop milik rakannya sebelum ditahan oleh rakannya di UPNM Sg Besi.
Dalam kejadian itu seramai 20-30 orang pelatih lain yang tidak berpuas hati terhadap mangsa bertindak mengikut dan memukul mangsa untuk mendapatkan kembali laptop yang telah dicuri oleh mangsa.

identiti suspek yang ditahan

Nama: Abdoul Hakeem bin Mohd Ali
No Tentera: 3014422
Kpt: 960919-01-6429
Umur: 20
Alt: Johor
(B8)

Nama: Mohd Hafiz Fauzan bin Ismail
No Tentera: 3014531
Kpt: 960219-02-5543
Umur: 21
Alt: Kedah
(B9)

Nama: Mohamad Lukhmanul Hakim Bin Mohd Zin
No Tentera: 3014500
Kpt: 961010-06-5135
Umur: 20
Alt: Pahang
(B10)

Nama:Muhammad Najib bin Mohd Razi
No Tentera: 3014608
Kpt: 960108-08-5455
Umur: 21
Alt: Perak
(B11)

Nama: Muhammad Izzul Akhtar bin Rosli
No Tentera:3014602
Kpt: 960923-14-5493
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B12)

Nama: Muhammad Hasif bin Ismail
No Tentera: 375501
Kpt: 961213-14-5485
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B13)

Nama: Hari Krishna Rau A/l Subbarao
No Tentera: 3014471
Kpt: 961101-10-5315
Umur: 20
Alt: Selangor
(B14)

Nama: Muhammad Aiman Aufa bin Asmadi Affendi
No Tentera: 3014552
Kpt: 960721-02-5565
Umur: 20
Alt: Kedah
(B15)

Nama: Muhammad Akmal Akif bin Alias
No Tentera: 3014555
Kpt: 960622-02-5375
Umur: 20
Alt: Kedah
(B16)

Nama: Ahmad Shafwan bin Berdal
No Tentera: 3014431
Kpt: 961215-12-6181
Umur: 20
Alt: Sabah
(B17)

Nama: Muhammad Sufi bin Mohd Mustapha
No Tentera: 375508
Kpt: 960608-14-5469
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B18)

Nama: Muhammad Ilham bin Zamree
No Tentera: 405731
Kpt: 960717-01-6869
Umur: 20
Alt: Johor
(B19)

Nama; Mubin Mustaza bin Iskandar
No Tentera: 375485
Kpt: 961018-02-5424
Umur: 20
Alt: Kedah
(B20)

Nama: Muhammad Syafiq bin Abdullah
No Tentera: 375509
Kpt: 961121-14-5541
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B21)

Nama: Muhammad Afif Najmudin bin Azahat
No Tentera: 405739
Kpt: 960410-05-5389
Umur: 21
Alt: Kuala Lumpur
(B22)

Nama: Ahmad Senabil bin Mohamad
No Tentera: 3014429
Kpt: 960128-08-5831
Umur: 21
Alt:Perak
(B23)

Nama: Mohamad Nor Fitri Sukarno
No Tentera: 405763
Kpt: 961204-03-5567
Umur: 20
Alt: Kelantan
(B24)

Nama: Muhammad Adib Iman bin Fuad Adi Sany
No Tentera: 405723
Kpt: 960611-26-5015
Umur: 20
Alt: Kedah
(B25)

Nama: Noriznan Izzairi bin Noor Azhar
No Tentera: 405683
Kpt: 960118-03-5435
Umur: 21
Alt: Kelantan
(B26)

Nama: Noramizan bin Bedul
No Tentera: 375519
Kpt:960318-08-5621
Umur: 21
Alt: Perak
(B27)

Nama: Luqman Hakim bin Shamsuri Agus
No Tentera: 375463
Kpt: 960423-08-6819
Umur: 21
Alt: Perak
(B28)

Nama: Mohamad Syazwan bin Musa
No Tentera: 405764
Kpt: 961213-26-5225
Umur: 20
Alt: Kedah
(B29)

Nama:Muhamad Ashraf bin hj Abdullah
No Tentera: 3014535
Kpt: 960112-04-5069
Umur: 21
Alt: Melaka
(B30)

Nama: Mohamad Syafiq Muhaimin bin Zakaria
No Tentera: 3014510
Kpt: 960613-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah
(B31)

Nama: Mohamad Shobirin bin Sabri
No Tentera: 3014508
Kpt: 960304-08-6439
Umur: 21
Alt: Perak
(B32)

Nama: Muhammad Amirul Asraff bin Mala
No Tentera: 3014558
Kpt: 961123-04-5069
Umur: 20
Alt: Melaka
(B33)

Nama:Muhamad Danial Firdaus bin Azmir
No Tentera: 375489
Kpt: 961114-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah
(B34)

Nama:Muhammad Alif Farhan bin Aeros Ni
No Tentera: 3014557
Kpt:960828-10-5119
Umur: 20
Alt:Selangor
(B35)

Nama: Muhamad Qarnur Ashraf bin Zulkiflee
No Tentera: 3014505
Kpt: 960518-10-5885
Umur: 21
Alt: Selangor
(B36)

Nama: Mohammad Fittri bin Che Daud
No Tentera: 3014496
Kpt: 960228-07-5323
Umur: 21
Alt: Pulau pinang

Sumber: babab.net

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: haruanlubuk
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SPRM dapat bukti jutaan ringgit duit FGV diseleweng bayar syarikat adik ipar
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah berjaya menemui dokumen berkaitan seorang individu berprofil tinggi dalam syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGV) yang disyaki terlibat menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa.

Menurut laporan yang disiarkan oleh portal Kosmo! Individu terbabit didakwa telah mengarahkan FGV untuk membuat pembayaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada sebuah syarikat milik adik iparnya yang menganjurkan majlis-majlis keramaian bersama peneroka Felda sejak 3 tahun lalu.

"Wang sebanyak RM1 juta telah dikeluarkan bagi membayar kos untuk mengendalikan majlis keramaian bersama dengan peneroka-peneroka Felda sejak tiga tahun lalu kepada syarikat milik adik iparnya," tulis laporan itu yang memetik sumber daripada SPRM.

Nampaknya banyak lagi penyelewengan demi penyelewangan yang berlaku dalam FGV akan didedahkan tidak lama lagi. Ini kerana minggu lalu SPRM bersama 25 anggotanya telah bertindak menyerbu pejabat komersial FGV di Menara Felda Kuala Lumpur.

Serbuan itu dipercayai untuk mengambil dokumen-dokumen berkaitan siasatan terhadap FGV, yang merupakan sebuah cabang komersial Felda.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/sprm-dapat-bukti-jutaan-ringgit-duit.html#ixzz4jzQVWWVx

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi? Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui bahawa suspek utama berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka adalah kenalannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh Sarawak Report bahawa suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, 50 berhubungan terus dengannya menerusi telefon.

"Ya, saya kenalinya dan beliu juga dikenali oleh keluarga saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi sama ada Gopinathan adalah kawan keluarganya, Khalid berkata dirinya telahpun bahawa lelaki itu dikenali keluarganya.

"Pasal apa awak nak soal sampai begitu. "Saya dah akui dia dikenali oleh keluarga saya, dah la, awak nak tanya berapa rapat pula?

"Boleh pegang tangan, boleh bercium, munasabah sikit la," katanya selepas melancarkan majlis pelancaran Op Selamat 11 di Menara TM, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
Bulan lalu, seramai 12 suspek, sebahagian besar daripada mereka anggota dan pegawai polis, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan yang diberi nama 'Ops Gopi'.

Sarawak Report mendakwa Gopinathan adalah dalang berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Portal itu turut mengaitkan Khalid, anak lelaki serta abang iparnya dengan Gopinathan.

Lelaki itu kemudiannya direman bersama lima yang lain pada 22 Mei lalu dan masih dalam tahanan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Khalid pada sidang media hari ini bagaimanapun menegaskan bahawa mereka yang mengenali dirinya dan juga ahli keluarganya yang melakukan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang tidak akan terlepas daripada hukuman.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
"Dalam kes ini, Gopi jika dia melakukan sebarang perkara haram, dalam kes ini SPRM sedang menyiasat.

"Saya tidak akan bersekongkol. Saya dan pegawai-pegawai saya (akan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

"Orang yang mengenali saya, ahli keluarga saya, jika mereka melakukan apa juga perkara di belakang saya, tak mungkin saya dapat tahu semuanya. Tetapi mereka perlu bertanggungjawab," katanya. - mk

Khalid Digesa berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan.
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Hari ini dilaporkan, Khalid Abu Bakar mengakui Gopinathan Krishnan sebagai kenalan keluarga, iaitu orang yang diarah mengutip jutaan wang perlindungan dari tauke-tauke judi dan pelacuran untuk di agihkan kepada anggota-anggota polis yang terlibat.

Dalam pengakuannya, Gopi mendakwa pegawai tinggi polis di Bukit Aman telah menggunakannya sebagai orang tengah untuk menguruskan kutipan bayaran daripada operasi judi dan pelacuran di Melaka.

Dalam sidang akhbar hari ini, Khalid Abu Bakar berkata, beliau dan ahli keluarganya semuanya mengenali manusia, yang dinamakan Gopinathan Krishnan dalam satu laporan oleh Sarawak Report, tetapi berkata bahawa dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram.

Sememangnya Khalid tidak ada pilihan lain selain terpaksa mengakuinya setelah beberapa bukti yang jelas turut dikemukakan oleh laporan Sarawak Report mengenai hubungannya dengan Gopi.

Gopi kerap mengadakan hubungan bualan telepon dengan kesemua pegawai-pegawai polis yang paling kanan yang kini mereka semua telah mengambil cuti sementara perkara itu sedang disiasat.

Dengan pengakuan Khalid itu, maka beliau digesa menarik diri daripada mana-mana penyiasatan dan berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan.

Sekadar kata-kata dan pengakuan bahawa "dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram" adalah tidak memadai. Khalid mesti dilihat lebih berintegriti dan telus dalam membersihkan namanya dan juga membaik pulih nama Polis Diraja Malaysia yang kini semakin tercemar.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jun 16, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Saturday, 17 June 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: