Monday, July 31, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4823[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4823

Messages

Mon Jul 31, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kronologi Titik Hitam Yang Tidak Akan Dapat Dipadam Daripada Rekod Sejarah Sistem Kehakiman Negara Ini.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Macam ini punye sejarah nak undi PH....mampus rakyat nanti....

Buatlah Selagi ada kuasa..
Tapi MELAYU Tidak Lupa...G11.....

Catatan Khas: Buat Yang Tidak Tahu dan Yang Terlupa

1. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini.
Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama.

2. Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988.?
Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.

3. Catatan ini akan menunjukkan bagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa, beliau telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep "separation of power" seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan).
Apabila pihak Kehakiman dengan beraninya membuat keputusan yang tidak menyebelahi pihak Kerajaan, lalu Tun Mahathir bertindak menggunakan pelbagai cara bagi memastikan para Hakim tunduk kepada Kerajaan.

4. Kisah ini bermula apabila;

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan.
Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.
Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen.

11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu.

24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang.

11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.
Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi.

24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO.
Dalam Pemilihan UMNO tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.
Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A.

Oleh kerana Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, UMNO 11 (sekumpulan ahli UMNO) yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan UMNO dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya 'pengundi hantu' iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan.

02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.

05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.
Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan.

03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang
Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media.
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa "sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan."

RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada
keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman.

04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. UMNO pun diharamkan.
Namun, UMNO 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan UMNO tetapi mahu pemilihan UMNO dibuat semula.

Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti 'UMNO Baru' manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan UMNO asal pada 1946.
Tun Mahathir berjaya mengambilalih UMNO asal dan membuang perkataan 'Baru' pada nama parti baru yang didaftarkannya.

09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan
permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta.
Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen.
Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara.
Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.

Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.
Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu 'Independence of Judiciary' dan 'Separation of Power' telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir.

25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif.
Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif.
Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.
Antara isi surat tersebut ialah;
"All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament."

17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah.

24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988.

25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri.

27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga.
Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara.

28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta.
PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh.

29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau.
Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes UMNO.
Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama.

03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka.

11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli:
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo)

21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama.
Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya.
Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.
Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa.
Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara.

28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh.
Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama
daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.
Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988.

29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi.

30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding.
Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh;
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir
Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988

02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya.
Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah;
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.

05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988.

06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai digantung tugas.
Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas.

07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh.

08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh

12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah;
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
(e) Dato' Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang.

23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka.

5. Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini.
Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit.
Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu.
Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar.

Mungkin Tun Mahathir menyangka kita semua Melayu Mudah Lupa, tidak ingat apa yang beliau telah lakukan semasa 22 tahun memerintah Malaysia.?

6. Tun Salleh Abas, mangsa utama penganiayaan ini masih ada dan sudah pun mencecah usia 88 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu.
Tun Salleh pernah bergelar Exco Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas) pada era pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004.
Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul May Day For Justice terbitan Magnus Book bagi menceritakan secara terperinci episod hitam 1988.

7. Jikalau hari ini ramai yang bersungut mengenai pemerintahan PM Najib yang bertindak pelbagai cara bagi menutup skandal 1 MDB, ianya tidaklah begitu menghairankan sebenarnya kerana PM Najib hanya mengikut apa yang pernah dibuat oleh sifunya dulu, Tun Mahathir.
PM Najib membersarakan awal Peguam Negara, Tun Mahathir dulu memecat Ketua Hakim Negara.
PM Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin daripada jawatan TPM, Tun Mahathir dulu mempunyai 3 TPM yang bersilih ganti dan Anwar merupakan TPM yang dipecat atas tuduhan rasuah dan salahsaku seks.
PM Najib ada skandal 1 MDB, Tun Mahathir pula ada skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan kehilangan berpuluh bilion pada awal tahun 1990-an dulu.

8. Dulunya, sekalian pemimpin PKR, DAP dan PAN siang-malam, pagi-petang mengecam Tun Mahathir bahkan sehingga digelar Maha Firaun, Bapa Perosak Negara, Diktator Tua dan bermacam lagi.
Kini, siang-malam mereka menjunjung pula Tun Mahathir bagaikan wira- permata bagi menyelamatkan negara. Mereka pula kini mengikut telunjuk Tun Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan.

Sungguh geli hati ini apabila membaca berita janji PH untuk menghadkan jawatan PM kepada 2 penggal dan janji hendak beri royalti.
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir dulu berkuasa selama lebih 20 tahun sebagai PM.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir yang merampas royalti Terengganu sebagai hukuman kepada rakyat yang memilih PAS untuk memerintah pada PRU 1999 dulu.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir ketika berkuasa dulu telah mengkayakan anaknya sehingga menjadi jutawan, mengamalkan kronisme, berlakunya penyelewengan dan kerugian dalam deretan kes BMF, Perwaja, Maminco,UEM, Renong, Bank Bumiputera, PKFZ, Maika Holding, MAS, Petronas, Tabung Haji, KWSP, IWK dan banyak lagi.

9. Adakah akan menjadi trend kebiasaan selepas ini, mana-mana pemimpin yang sudah tidak berkuasa dapat menyucikan dosa salahlaku pemerintahannya apabila menyertai Pakatan Harapan.?
Tidak mustahil suatu hari nanti, PM Najib pula yang dijunjung oleh PH sebagai wira mereka apabila PM Najib sudah tidak lagi berkuasa.

10. PAS tidak lupa dan sentiasa ingat siapa Tun Mahathir dan PM Najib.?
Oleh sebab itu, perjuangan PAS tidak pernah terhenti kerana PAS bukan hanya menentang individu semata-mata.
PAS mahu mengubah dasar acuan pemerintahan negara agar kembali kepada Islam kerana apa yang berlaku hari ini hanyalah mata-rantai dan pengulangan episod lama, hanya watak sahaja yang berbeza.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
29 Julai 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peragut Mati Selepas Dilanggar, Mangsa Ditahan Polis
siakapkeli.my

30 Julai - Seorang peragut mati selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh mangsa ragutnya dalam kejadian berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri Garden@One South, Seri Kembangan yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi hari ini.

Mangsa, yang juga merupakan seorang penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika dia sedang minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Peragut itu dilanggar selepas mangsa mengejarnya sejauh tiga kilometer dari tempat diragut.

"Suspek yang berusia 25 tahun mati akibat parah di kepala. Beg kepunyaan mangsa dijumpai pada si mati." kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.

"Hasil semakan rekod polis mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau, " katanya lagi.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,"

BH Online melaporkan, lelaki Yaman yang berusia dalam 20-an itu ditahan dan perintah reman akan dipohon di mahkamah esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online

Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Mati Di Dalam Bilik Air Dipercayai Didera Ibu Tiri
siakapkeli.my

Kelvin Weychelly Bangga Justin, 3 ditemui mati di atas lantai bilik mandi di sebuah rumah di Tr. Lampin Kampung Terimah pada 27 julai lalu. Kematian kanak-kanak ini dipercayai ekoran didera ibu tirinya.

Kira-kira pukul 4.20 petang, Kelvin ditemui ibu tirinya dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik mandi dan tidak sedarkan diri selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen.

Menurut sumber, kanak-kanak malang ini dikejarkan ke Hospital Limbang oleh ibu tirinya yang berusia 22 tahun selepas dia berasa panik melihat keadaan mangsa yang tidak bernyawa.

"Sebaik tiba di hospital, pasukan perubatan bergegas melakukan pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

" Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor menemui kesan lebam pada dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung kanak-kanak itu,"ujarnya.

Jelasnya, kecederaan pada tubuh badan mangsa menyebabkan ibu dan bapa kandung kanak-kanak itu curiga dengan laporan polis yang dibuat ibu tirinya sebelum itu dan meminta siasatan lanjut dijalankan sekiranya terdapat undur penderaan pada anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai mengesahkan kejadian berikut dan menjelaskan bahawa setakat ini polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak ini sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, disebabkan terdapat kecederaan yang dialami kanak-kanak itu, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

"Bedah siasat akan dijalankan pada hari Isnin ini di Hospital Miri dan sebarang perkembangan mengenai siasatan akan dimaklumkan," ujarnya.

Melalui akaun facebook ibu saudara kanak-kanak itu yang mengunakan nama 惠葉美, dia meluahkan rasa terkilannya atas pemergian anak saudaranya yang tidak bersalah itu. Dia juga berharap persalah dapat segera di tangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber- Harian Metro

Mayat Seorang Bayi Lelaki Ditemui Mati Dalam Sebuah Kotak Dipercayai Dibunuh
siakapkeli.my

Mayat seorang bayi lelaki berusia lingkungan enam bulan telah ditemui mati di dalam kotak di tepi jalan di Jalan Kovil Ulu, Sentul, pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mayat bayi lelaki itu telah dijumpai oleh seorang wanita yang sedang membersihkan akwasan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurut saksi, kotak berkenaan sudah berada di lokasi itu sejak malam tadi lagi.

"Bagaimanapun, seorang wanita membuka kotak berkenaan untuk memeriksa selepas terhidu bau busuk.

"Wanita kemudian menemui mayat bayi yang dibalut menggunakan tuala sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya," katanya.

Memetik tulisan di laman Twitter milik Bernama, pihak polis mengesahkan bayi yang dijumpai tersebut dipercayai telah dibunuh sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut. - Siakapkeli.my

"Maut Selepas Percaya Bomoh Kata Santau' - 'Doktor Ini Kongsi Kisah Pesakit Meninggal Dunia Selepas 'Lari' Kerana Percayakan Bomoh
siakapkeli.my

Pernah dengar kan ayat macam ni?: 'Doktor kata sakit sekian-sekian, tapi bomoh tu kata buatan orang dekat-dekat rumah...'

Itu antara ayat-ayat yang menjadikan para pesakit di negara ini berada dalam dilemma untuk mempercayai kata-kata dari pakar perubatan moden ataupun bomoh.

Tidak dapat dinafikan, memang wujud alam ghaib dan ilmu-ilmu ghaib yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik, namun, janganlah terlalu taksub sehingga melarikan diri dari doktor kerana terlalu mempercayai bomoh. Lebih-lebih lagi jika melibatkan penyakit kronik.

Seorang Pakar Perunding Perbuatan & Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah, menasihati orang ramai agar tidak 'melarikan diri' dari doktor kerana percaya dengan kata-kata bomoh.

"JANGAN lari dari kami. Nak pergi bomoh ke apa ke, jangan sekali-kali tinggalkan rawatan hospital!" tegas Rafidah.

Menurut Dr. Rafidah, terdapat satu kes yang diceritakan oleh rakan sejawatannya yang bekerja di Pantai Timur tentang seorang pesakit yang meninggal dunia akibat meninggalkan rawatan hospital. Tambah Dr. Rafidah, pesakit itu merupakan saudara kepada rakannya itu sendiri.

Dr. Rafidah berkata, pesakit berkenaan mengalami Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan komplikasi buah pinggang iaitu Lupus Nephritis Class IV.

"Maut selepas percaya bomoh kata santau; menyebabkan beliau tinggalkan rawatan hospital!" tulis Dr. Rafidah memulakan posting Facebook itu.

Ikuti bacaan selanjutnya di bawah:

Cerita benar rakan Pakar Nefrologi saya yang bekerja di Pantai Timur. Arwah adalah saudara beliau. Baru berumur 26 tahun. Anak kecil arwah baru berumur setahun!

6 bulan lepas, beliau tidak sihat. Kaki bengkak, darah tidak cukup dan macam-macam simptom lagi. Buah pinggang bocor protein, lalu beliau disarankan menjalani ujian biopsi (mengambil tisu buah pinggang). Telah disahkan beliau mengalami SLE dan komplikasi buah pinggang iaitu Lupus Nephritis Class IV.

Semasa itu fungsi buah pinggang masih elok, boleh diselamatkan lagi. Akan tetapi ibu beliau mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh. Bomoh kata ini bukan masalah buah pinggang-ini buatan orang: katanya santau! Aduhai! Sebenarnya rawatan penyakit Lupus Nephritis Class IV ini perlu intensif dan secepat mungkin. Jika ditangguhkan, boleh menyebabkan buah pinggang rosak terus.

Kami para Doktor hanya boleh menggigit jari sahaja bila pesakit ini "lari". Kami dah masak sudah dan tahu apa akan jadi tidak lama lagi.

Belum pun 3 bulan, beliau terpaksa datang kembali. Badan bengkak keseluruhannya (gambar hiasan). Air pun sudah masuk ke paru-paru dan beliau sudah memerlukan rawatan Dialisis secara kecemasan. Bacaan creatinine beratus-ratus sudah! Lepas beberapa sesi Dialisis, beliau rasa sihat sikit; lantas tinggalkan kami lagi. Menuju sekali lagi ke bomoh itu? MasyaAllah bukan ke sudah kena tipu sekali; nak pergi lagi? Bagi kami, ini tidak masuk akal. Siapa lah kami, tak akan didengari pun.

Beliau tidak ke mana, duduk rumah. Badan beliau makin membengkak; ya lah, air terkumpul sebab tidak pergi Dialisis! Selepas beberapa hari, beliau meninggal dunia di dalam tidur. Kami jangkakan disebabkan garam potassium yang tinggi menyebabkan jantung berhenti tidak Dialisis.

1. Fahami SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Ia boleh merebak ke pelbagai organ dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.
Statistiknya:

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Boleh baca: http://lupusmalaysia.org/bm/apakah-sle , sangat menarik laman web ini.

2. Lupus Nephritis, komplikasi buah pinggang hanya dapat diketahui dengan ujian biopsi (mengambil tisu). Biasanya jika protein didalam urin melebihi 0.5gm untuk 24 jam (normal <0.3gm), Doktor akan syorkan ujian ini. Kesihatan buah pinggang akan selalu dipantau semasa rawatan susulan. Jika Class III atau IV (ada klasifikasi Class I sehingga VI), rawatan kemoterapi perlu dimulakan. Boleh bincang dengan terperinci dengan Doktor Pakar anda.

3. JANGAN lari dari kami. Nak pergi bomoh ke apa ke, jangan sekali-kali tinggalkan rawatan hospital! Bawalah sesiapa pun datang ke wad; janji jangan ada asap kemenyan dalam wad atau buat apa-apa yang mengganggu.

4. Suplemen, rerama dan produk baiki sel, teh, kopi bagai TIDAK ada kesan dengan SLE. Ada yang lebih memudharatkan !

Untuk bomoh-bomoh, pawang ke sesiapa yang sewaktu dengannya, tolong lah #JanganKacauPesakitKronik. Pesakit macam ini, penyakit nya sangat serius. Kami perlu memberi rawatan intensif. Secepat mungkin.

Ibunya masih percaya kan arwah disantau. Kami ada penjelasan sientifik, Makcik🙏. Anak perempuan kecil comel beliau telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

Ya Allah, kami hanya boleh berdoa peristiwa ini tidak akan berulang dengan pesakit kami yang lain.

Rafidah Abdullah
Pakar Nefrologi
#MedTweetMY

Sumber: Rafidah Abdullah

Padah 'Bergurau&#39;, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan
siakapkeli.my

Gara-gara gurauan keterlaluan, seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Sri Aman menerima padah apabila ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai telah meletak racun lipas dalam mi goreng sebelum diberikan kepada rakannya, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar berkenaan yang berumur 13 tahun telah memberikan mee goreng berkenaan kepada rakan sekelasnya pada 9.30 pagi.

Rakannya yang tidak tahu dalam mee goreng tersebut mengandungai racun lipas telah memakan makanan itu tanpa curiga mengakibatkan dia tiba-tiba rasa mual dan muntah beberapa minit kemudian yang membuatkan suspek ketakutan.

"Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.

"Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya," katanya.

Menurut beliau, selepas mengetahui kejadian itu menimpa anaknya, bapa pelajar itu telah bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.

Tidak lama selepas itu sepasukan polis telah bertindak menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.

Beliau juga mengesahkan hanya seorang mangsa terlibat dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.

"Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya. - Siakapkeli.my

Polis Mabuk Tembak Punggung Rakan

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Gara-gara mabuk seorang anggota polis tertembak punggung rakannya ketika mereka bergaduh di sebuah gerai di Setapak.

Koperal itu dipercayai mabuk dan melepaskan lima tembakan, satu das mengenai punggung rakannya, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, anggota polis berusia 30-an itu dikatakan bertelagah dengan dua rakan ketika minum kira-kira jam 5 pagi semalam.

"Kita sudah menahan anggota terbabit dan seorang lagi rakannya serta merampas pistol yang digunakan ketika kejadian," kata Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Koperal itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Laporan Ketua Audit Negara: Hutang Pulau Pinang, Selangor Terendah.
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan jumlah hutang kerajaan Pulau Pinang dan Selangor terendah berbanding 12 negeri lain.
.
Menurut laporan itu, Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak pada akhir tahun lalu, berbanding RM1.49 juta yang ditanggung pada akhir 2015.
.
Ia disusuli Selangor yang mempunyai hutang sebanyak RM14.67 juta, berbanding RM27.09 juta pada akhir 2015.

Sebarkan :

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1. Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 2 syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1. "Sebagaimana lazim, ketua jabatan berkenaan dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.

Ia dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Madinah berkata laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain mengandungi pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan, prestasi hasil kutipan kerajaan persekutuan, pengauditan pengurusan kewangan (indeks akauntabiliti) serta pengauditan prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1
Beliau berkata hasil Kerajaan Persekutuan pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukkan trend penurunan berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementerian, 18 jabatan persekutuan, 38 badan berkanun persekutuan, 138 kementerian/jabatan negeri, 41 badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan 6 Majlis Agama Islam diaudit.

Bagi pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti/projek kerajaan, Madinah berkata sebanyak 63 pengauditan prestasi dan 21 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat.

Selain itu, Kementerian Kewangan mengeluarkan laporan maklum balas mengenai laporan itu yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan terhadap isu yang dilaporkan, kata beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1
Menurut Madinah, sebanyak 187 daripada 307 kementerian, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, kementerian/jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam mendapat penarafan cemerlang (5 bintang).

"Sebanyak 25 kementerian memperoleh penarafan cemerlang berbanding 16 kementerian pada 2015," kata beliau.

Madinah berkata kandungan laporan itu berserta sinopsisnya boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1. Katanya satu sesi bersama media mengenai Laporan Ketua Audit Negara akan diadakan Khamis (3 Ogos) di Auditorium Kompleks C, Putrajaya pada 12 tengah hari, yang akan dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha kementerian. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mantap! Ini Aksi Pramugara Buat Teh Tarik di ketinggian 36 ribu kaki
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com

Foto: YouTube/Aviation World

PETALING JAYA – Aksi seorang pramugara yang meracik teh tarik di dalam pesawat yang sedang mengudara menarik perhatian warganet.
Video tersebut pertama kali diunggah di akaun instagram milik Tony Fernandes, seorang CEO yang terkenal di Asia dengan caption:" Lihat Ganesh kami yang berbakat, Membuat teh tarik terbaik di ketinggian 36 ribu kaki." Video itu dengan cepat menjadi viral dan telah ditonton lebih dari 38 ribu kali dalam waktu kurang dari 24 jam.

Dalam rakaman yang dilansir AsiaOne, Jumaat (28/7/2017) itu seorang pramugara terlihat menuangkan air panas ke salah satu dari dua gelas yang dipegangnya. Dia kemudian mulai 'menarik' teh di antara dua gelas tersebut beberapa kali. Dia bertanya ke arah kamera: "Apa kamu mau?" sebelum memberikan gelas berisi teh tarik racikannya kepada penumpang yang menunggu.

Fernandes tidak menyebutkan bila dan dalam penerbangan apa video tersebut diambil. Namun, ada laporan yang menyebutkan bahwa pramugara itu pernah muncul sebelumnya dalam video lain yang di-posting Fernandes tahun ini.

Video: YouTube/Aviation World

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Mon Jul 31, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TERKINI- KOMEN TUN M -ISU UCAPAN ZAID HAMIDI.
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Apa taraf akal yang ada pada TPM sehingga sanggup menghina mak bapak musuh politik?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad
(MOHAMAD ISKANDAR)

Apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mula menyerang keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terpanggil untuk menulis. Kenalkah beliau siapakah insan yang beliau cerca tersebut?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui malah tidak menyedari siapa sebenarnya ayahanda Tun Dr Mahathir. Betapa besarnya jasa yang pernah di lakukannya buat negeri Kedah dan Malaysia khususnya.

Janganlah kerana ingin meraih sokongan politik maka keluarga mahupun keturunan di jadikan sebagai hujah untuk menghalalkan cara. Tidakah ini adalah tindakan dangkal untuk menguasai undi mahupun sokongan. Banyak lagi cara mahupun kaedah untuk merealisasikan hasrat seseorang yang terlibat di dalam dunia politik.

Sepatutnya seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri wajar memperlihatkan kepada rakyat tentang jasa serta sumbangan yang lebih bermakna kepada negara untuk meraih sokongan rakyat. Bukannya mencerca malah menghina susur galur keturunan.

Nabi SAW pernah melarang para sahabat melukakan hati Ikrimah Abu Jahal dengan sejarah yang terdahulu dengan bersabda: "Sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal akan datang kepadamu dalam keadaan beriman dan berhijrah, maka janganlah kamu mencela AYAHNYA, karena mencela orang yang sudah mati dapat menyakitkan orang yang masih hidup, walaupun celaan itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati."

MOHAMAD ISKANDAR

Beliau ialah "THE PERSON WHO FOUNDED KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID (KSAH)"

Pengetua Pertama yang mengasaskan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH) pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) berlokasi berhampiran dengan Balai Nobat di Alor Setar. KSAH merupakan di antara sekolah terawal negara.

KSAH merupakan sekolah Inggeris pertama dan tertua di Kedah itu, kemudiannya dipindahkan ke Jalan Penjara Lama, di belakang IPD Kota Setar, pada 1911 dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar pada tahun 1917, di mana ia kekal di situ hingga kini.

Pengetua pertama KSAH ialah Mohamad Iskandar, bapa kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1935, nama GES secara rasminya ditukar kepada Kolej Sultan Abdul Hamid bersempena nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Dianggap sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah, KSAH diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1999.

Melahirkan Anak Kedah Yang Berwibawa

Boleh dikatakan KSAH sejak zaman berzaman telah berjaya melahirkan ramai pemimpin unggul, cendikiawan, tokoh sukan dan tokoh-tokoh yang terkenal serta berjasa kepada negeri Kedah, mahupun di peringkat nasional. 2 Perdana Menteri Malaysia lahir di sini.

Antaranya ialah;

~Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah - Sultan Negeri Kedah,YDPA ke-5 dan YDPA ke-14

~Tuanku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah - Raja Muda Negeri Kedah

~Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah Ke-5
Osman Bin Haji Aroff- bekas Menteri Besar Kedah Ke-6

~Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.

~Tun Dr Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.

~Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya - bekas Menteri Besar Kedah ke-2

~Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah ke-3

~Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin - bekas Menteri Besar ke-4,T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5

~Datuk Seri Chor Chee Heung - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

~Tun Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6

~Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara

~Tunku Osman Tunku Mohammad Jiwa - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

~Tan Seri Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4

~Tun Zaki Azmi - Bekas Ketua Hakim Negara

~Tan Sri Azizan Ariffin - Panglima Angkatan Tentera Malaysia

~Dr Uthman el-Muhammady - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan. Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

~ Tan Sri Ilyas bin Haji Din - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-13

~Tan Sri Mohamed Khir Johari - Menteri Pendidikan

~ACP Abd Razak bin Mohd Yusoff -satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang pernah berkhidmat dalam PDRM.

~Datuk Azhar Mansor - Wira Samudera Negara

~Sukar nak di bayangkan berapa ramai lagi hasil keluaran KSAH yang memberi khidmat serta manfaat kepada rakyat dan negara

~Malah ramai juga ahli sukan di peringkat negeri mahupun negara hasil keluaran KSAH yang tidak dapat di nyatakan di sini.

Kesimpulan

Sekurang-kurangnya beliau telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan amal jariah serta jasa yang baik kepada generasi yang akan datang menerusi bidang pendidikan.

Marilah kita doakan yang terbaik buat beliau. Semoga segala amal jariah yang ditinggalkan oleh beliau mendapat Rahmat oleh Allah SWT.

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya." – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312).

Mazhar Yusof
Old Collegian
(SAHOCA)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Mon Jul 31, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Terkejut Isteri Terima Surat Dari LHDN, Tuntut Bayar Hutang Cukai Selepas Dakwa Dia Sudah Jadi 'Allahyarham&#39;
siakapkeli.my

Seorang lelaki yang merupakan seorang anggota polis semalam telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana dia menyatakan begitu terkejut selepas menerima sepucuk surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan dia sudah menjadi 'allahyarham&#39;.

Surat berkenaan ditujukan kepada isterinya di mana berdasarkan petikan di dalam surat, pihak LHDN menuntut isteri beliau melangsaikan hutang cukai Allahyarham Amran Bin Mohamed yang masih berbaki RM1728,50.

Beliau menyatakan sebelum membuka surat itu dia menyangka surat itu adalah lebihan bayaran balik tahun lepas yang tidak dibayar balik oleh pihak LHDN kerana setiap dua tahun selepas isytihar e-filling dia akan menerima bayarana.

"Setelah surat dibuka, alangkah terkejutnya saya bila isi kandungan surat tersebut menyatakan mohon pewaris iaitu isteri saya supaya menjelaskan baki yang masih terhutang kerana penama sudah meninggal dunia."

"Selain itu, surst itu turut meminta isteri saya memberikan maklumat seperti nama, alamat dan waris serta salinan sijil kematian."

"Untuk makluman pihak LHDN cawangan Negeri Terengganu, penama masih belum lagi meninggal dunia dan tidak ada hutang atau baki yang tertunggak, saya ada bukti tiap2 tahun bayar income tax," tulis beliau di laman Facebooknya.

Beliau dalam pada itu memohon kepada pihak LHDN memeriksa kakitangan yang melakukan perkara demikian yang menyusahkan dia terutamanya melibatkan soal kematian.

Memetik hasil temubual dengan Harian Metro pula, Amran yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia tidak pernah mengabaikan soal pembayaran cukai pendapatan.

"Setiap bulan cukai pendapatan saya dipotong dan majikan membuat bayaran kepada LHDN.

"Saya pelik kenapa pihak LHDN melakukan kesilapan sebegitu sedangkan nama saya dan isteri serta alamat yang ditujukan adalah tepat," katanya.

beliau bagaimanapun tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu sebagai satu kesilapan dilakukan LHDN.

"Saya harap perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang terhadap diri saya dan orang lain.

"Soal mati jangan dibuat main boh," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Surat yang diterima beliau.

Sumber: facebook Amran Mohamed

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Murid Parah Dilanggar Lari, Ibu Saudara Dakwa Pemandu Bersembunyi Di Rumah Dan Anggap Kemalangan Perkara Kecil
siakapkeli.my

Seorang budak lelaki cedera parah apabila mengalami pendarahan di kepala dan tengkorak retak pada bahagian matanya setelah dilanggar lari oleh seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab di Banting semalam.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jugra itu hendak melintas jalan setelah pulang dari sekolah kira-kira jam 6 petang sebelum dilanggar sebuah kenderaan pancuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu dikatakan tidak berhenti dan terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

Ibu saudara mangsa, Zurita Abdul Hamid, memberi kenyataan melalui laman facebooknya mengenai keadaan anak buahnya.

"Sekarang anak saudara saya masih berada di zon merah di hospital. Terdapat pendarahan di kepala dan bahagian tengkorak di kawasan matanya retak," kata Zurita Abdul Hamid.

Tambah wanita itu lagi, laporan polis berhubung insiden ini telah pun dibuat dan difahamkan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu kini telah dikenal pasti.

"Laporan polis telah dibuat dan kereta Hilux yang langgar lari itu pun sudah dikesan. Cuma saya rasa terkilan kepada pemandu berkenaan yang menganggap hal ini perkara kecil

"Langgar lari satu hal, lepas tu ibu bapa si pemandu berkenaan pula cuba menyorokkan anak mereka dalam rumah. Tak bermakna awak berada awak boleh buat sesuka hati," tambahnya lagi.

Mangsa kini di rawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan mungkin akan dihantar ke Hospital Sungai Buluh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber - Zurita Abdul Hamid dan Nur Fitri Damia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu 'Saman Di Dalam Hutan', Pihak Polis Tampil Beri Penjelasan Mengenai Status Jalan
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar kononnya pihak polis telah menyaman beberapa buah kenderaan di dalam hutan.

Gambar berkenaan dilihat menimbulkan kemarahan segelinit netizen kononnya tindakan berkenaan adalah tidak masuk akal kerana ianya sebuah jalan merah di dalam hutan.

Pihak polis dalam satu kenyataan telah tampil mempertahankan tindakan anggota mereka itu dan menyatakan tindakan anggota polis terlibat adalah mengikut prosedur operasi standard (S.O.P).

Menurut mereka tindakan bertarikh 25 Julai 2017, anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol telah mengenakan saman ke atas berkenaan kerana menghalang laluan di Kg Serampang Indah (gatco) yang merupakan tanah rezab jalan yang dimiliki kerajaan negeri.

"Tindakan pemilik kenderaan terbabit telah menyebabkan gangguan serta galangan kepada pihak yang perlu menggunakan jalan terbabit."

"Tindakan pPDRM berlandaskan kepada peraturan undang-undang di bawah akta 333 akta pengangkutan jalan 1987 seksyen 48 galangan disebabkan kenderaan di jalan, jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan," jelas pihak polis.

Pihak polis juga menegaskan jalan tersebut adalah di atas tanah rezab jalan milik kerajaan negeri dan bukan sepertimana oleh sesetengah pihak dengan menyatakan bahawa tanah tersebut adalah tanah hak milik persendirian.

"Berdasarkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Daerah Jempol, menyatakan bahawa laluan jalan sepajang 1.8km dengan kelebaran jalan seluas 40 meter merupakan rezab jalan yang dimiliki oleh kerajaan negeri."

"Oleh yang demikian tindakan membersihkan kawasan rezab jalan terbabit berlandaskan undang-undang dibawah kanun tanah negara seksyen 425 dan tindakan juga dilakukan berdasarkan laporan oleh orang awam yang menyatakan bahawa laluan terbabit sempit dan tanah telah diceroboh oleh penduduk kampung," jelas pihak polis lagi berdasarkan taksiran jalan mengikut undang-undang Malaysia akta 333 dan akta pengangkutan jalan 1987 yang mengandungi segala pindaan hingga 1 julai 2006. - Siakapkeli.my

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 31, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Tuesday, 01 August 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: