Tuesday, November 28, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4867

8 Messages

Digest #4867

Messages

Tue Nov 28, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pesalah Trafik Gagal Bayar Kompaun di Bawah AWAS Akan Mula Dihadapkan ke Mahkamah Tahun Depan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 28 Nov - Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan dihadapkan ke mahkamah mulai awal tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, tindakan itu diambil untuk semua saman yang dikeluarkan mulai 1 Mei tahun ini.

"Kementerian bercadang untuk memulakan pendakwaan kes AWAS mulai 2018. Justeru, kini kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang membuat persiapan untuk mengarahkan pesalah lalu lintas AWAS untuk hadir ke mahkamah.

"Sekarang ini jumlah kompaun adalah sebanyak RM150 tetapi apabila di mahkamah, jumlah tersebut akan dinaikkan yang mana minimum jumlah denda adalah RM300," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengenai tarikh penerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama/Kosmo!

Semak senarai hitam imigresen kini boleh dibuat di KLIA
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
WARGANEGARA Malaysia yang ingin ke luar negara, kini dilaporkan boleh menyemak senarai hitam imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.

Kaunter kawalan passport Imigresen KLIA

Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memaklumkan bahawa kini terdapat tiga kiosk pra-imbasan yang dipasang di KLIA pada hari Isnin 27 November 2017.

"Terdapat seramai hampir 800,000 rakyat Malaysia dalam senarai hitam imigresen (tidak dibenarkan untuk ke luar negara),

"Sekiranya mereka ini yang telah disenarai hitam, cuba melalui kaunter imigresen, (kaunter kawalan passport), sudah tentu mereka akan disekat di sana,"

"Dengan adanya kiosk ini, kami memberikan perkhidmatan kepada orang awam supaya mereka dapat mengetahui status mereka sebelum pergi ke kaunter kawalan pasport, dan mereka boleh menghubungi agensi-agensi berkaitan (yang menyenaraihitamkan mereka) untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, kiosk berkenaan ditawarkan melalui usahasama dengan pihak swasta Datasonic yang menyediakan sistem berkenaan untuk kegunaan Jabatan Imigresen.

Setakat ini seramai 790,186 warganegara Malaysia telah disenarai hitam oleh pelbagai agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Insolvensi.

Tambahnya lagi, kiosk seperti itu juga akan dipasang di KLIA2 dalam masa terdekat. — 27 November 2017

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/semak-senarai-hitam-imigresen-kini.html#ixzz4zdtDIZXZ

Allahuakbar, Saya Jumpa Orang Hanyut Di Tengah-Tengah Laut, Isteri Dia Sarat Mengandung Tak Dapat Dikesan
siakapkeli.my

"Allahuakhbarrr.. Jumpa orang hanyut kat laut," itulah kata-kata yang ditulis oleh seorang lelaki bernama Mohamad Effi di laman Facebooknya selepas dia dan rakan-rakannya yang dipercayai pekerja ''offshore'' berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang hanyut di tengah laut.

Lelaki berkenaan dilihat terkapai-kapai hanyut di lautan dipercayai di perairan Laut China Selatan.

Usaha menyelamat dilakukan krew selepas menyedari kelibat mangsa hanyut di dalam air.

Mangsa berjaya diselamatkan.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut Mohamad Effi, selain lelaki itu yang dipercayai warga negara Indoensia, isteri mangsa yang dikatakan sedang sarat mengandung turut hanyut dan belum berjaya dikesan oleh mereka.

Netizen yang melihat video dan gambar berkenaan melahirkan rasa simpati, tidak kira ianya pendatang tanpa izin atau sah kerana nyawa seorang manusia begitu berharga.

Ini kerana menjadi tanggungjawab seorang pelaut menyelamatkan nyawa seseorang jika lihat sesiapa sahaja hanyut dilautan walaupun tidak kenal seperti komen di bawah.

Apa pun kita doakan isteri kepada si mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kerajaan tak minat miliki Proton lagi, akui Johari Ghani Menteri Kewangan II
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Kerajaan tidak lagi berminat dengan pemilikan dalam Proton, akui Datuk Johari Abdul Ghani. – Foto FMT

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa perjanjian DRB-Hicom dengan syarikat pembuat kereta China, Geely Automobile Group Holdings pada dasarnya adalah tindakan pelucutan aset.

Tony Pua berhujah bahawa jika Geely dan DRB-Hicom memilih untuk tidak terus melabur dan memajukan Proton, hasilnya, mereka akan gagal membayar semula pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan.

Maka, katanya, Proton akan sekali lagi menjadi milikan kerajaan.

Johari dilaporkan Malaysiakini berkata, "Kami akan memastikan supaya pinjaman RM1.5 bilion itu dibayar sepenuhnya.

"Perjanjian itu juga memerlukan saham RCCPS (redeemable convertible cumulative preference shares) sebanyak RM300 juta ditebus dengan serta-merta selepas perjanjian muktamad. Baki RM1.2 bilion akan diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai aset.

"Kerajaan tidak lagi berminat untuk memiliki Proton," katanya.
..
HABIS BANI MELAYU KENA GADAI
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

F.BOOK
LINGKUP
KENA GADAI

Mohd Yuszaidy Mohd Yunus
Yesterday at 6:51pm · Batu Pahat ·

Kerajaan umno bn nak tukar nama PROTON kepada nama baru BAO TENG ikikikii
kahkahkah.
BODOH PUNYA KERAJAAN UMNO BN SAMPAI KAN NAMA KERETA MALAYSIA PUN ORG NEGARA LUAR ORG ASING BERANI TUKAR NAMA PROTON TU..
BANGANG PUNYA KERAJAAN UMNO BN .
Nang buuu ti nang , Kooii butikoyy kahkahkah

Burhanudin Mohamad Kerajaan malaysia Kasi tukar nama juga lah...negara #lancauuuulu

Jamil Jaafar Tukar kpd nama Bao Doh lg baik

Mohd Yuszaidy Mohd Yunus Burhanudin Mohamad
Jamil Jaafar...
hahahahaaaa HAHAAHAAAAA kikikiii.

龙籍麟 bn punya pasal,tolak bn....

Muhammad Hafez Tolak je tak cukup kawan!!!!... Kubur kan terus saja!!!!...

龙籍麟 ok bro,sama sama kita korek lubang besar untuk bn dan jiby....

Saiful Nizam Ari tu kata bukan jual tpi usahasama kalo x silap, kalo usahasama, cmna plak bleh diorg nk tukar nama plak ye??, kuyup lgi kita la nmpknye...mcm kes GST gk...

Deen Lengko Nasib baik tak Bao Chak~ tak makan

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, November 26, 2017 10:24 PM
Subject: Fw: "Tukar Nama Proton" Dalam Bahasa Cina?

Cadang "Tukar Nama Proton" Dalam Bahasa Cina? Kereta Terbang Proton Pertama 2019 !!!
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.
Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Beliau berkata, "Bao" bermakna khazanah atau harta benda, manakala "Pu" membawa maksud biasa.
Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Laporan penuh : FreeMalaysiaToday

Proton perkenal kereta terbang di Malaysia pada 2019
freemalaysiatoday
FMT Reporters
Li Chunrong berkata, Proton juga akan melancarkan kereta pemanduan automatik dan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya di pasaran Malaysia.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.

Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Beliau berkata, "Bao" bermakna khazanah atau harta benda, manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Tuntutan terhadap kakitangan Proton

Li berkata, sejak mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu, beliau melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya menyenaraikan 4 tuntutan.

"Pertama ialah saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme dan kejujuran, ketiga ketelusan pengurusan dan keempat mematuhi peraturan."

Beliau turut menjadikan kangkung sebagai contoh untuk menggesa kakitangan Proton melakukan transformasi dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, walaupun kangkung di Malaysia sedap, tetapi kemahiran tukang masak di kantin Proton tidak baik.

"Sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang mewakili kemampuan keseluruhan sebuah negara, jika masak kangkung pun tak baik, macam mana kita hendak menambah baik kualiti produk?"

Beliau berkata, walaupun ketua bahagian sumber manusia berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh 2 bulan, tetapi beliau mahu ia dilakukan dalam masa 2 minggu.

Katanya, kualiti makanan di kantin Proton kini bertambah baik dan beliau mengalu-alukan orang ramai menilainya sendiri.

Tingkat kualiti perkhidmatan

Li berkata, matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya.

"Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, tak pernah nampak seteruk ini.

"Kelak, dealer kereta yang tidak tahu membaiki kereta, tidak akan dibenarkan menjual kereta Proton.

"Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S iaitu sistem jualan mementingkan keperluan, sistem perkhidmatan profesional menyeluruh, bekalan alat ganti mencukupi dan tinjau selidik, boleh menjual kereta Proton.

"Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini, iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Ketika ini, hanya 2 syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan mereka tidak setanding kami."

CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Sumber — FMT

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/ceo-baru-cadang-ganti-nama-proton.html#ixzz4zXejFFM1

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:30 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Walaupun dia orang biasa tapi dia Istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Haji Yaacob Bin Salleh. Merupakan seorang penyumbang terbesar bagi pembinaan Pasti AL Jannah, malah setiap tahun menyumbang lembu untuk di adakan majlis iftar perdana.. Sebut sahaja program PAS, insyaAllah akan ada sumbangan dari beliau.. Hari ini Telah dipanggil mengadap Sang Pencipta Yang Maha Agung.

InsyaAllah akan di kebumikan di kg jerung Surau petang ini. Ya Allah.... Semoga Segala Amalan Hj Yaacob diterima OlehMu dan beliau ditempatkan dikalangan Orang Orang yang Soleh..

انا لله وانا اليه راجعون

Kredit
Amar Ibni Jaafar

Perjuangan PAS adalah mencari redha Allah swt.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

1. Fasal ke 5 Perlembagaan PAS di bawah tajuk Tujuan PAS dengan jelas menyebut bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar tegak di bumi tercinta ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam yang menuju keredhaan Allah swt.

2. Ertinya, matlamat akhir perjuangan PAS adalah mencari redha Allah swt. Tidak ada nilai perjuangan ini tanpa redha Allah swt. Kita tampal poster kerana mencari redha Allah swt. Kita naikkan bendera kerana mengharapkan redha Allah swt. Kita menyampaikan kuliah, ceramah dan sebagainya adalah kerana mendambakan redha Allah swt. Kita berdakwah, berpolitik dan menggerakkan aktiviti tarbiyah semuanya berpaksi kepada redha Allah swt.

3. Kita berjuang untuk menegakkan Islam. Rebah bangun menghadapi segala ancaman dan tentangan. Kita mahu Islam berdaulat. Kita mahu Islam berada ditempat yang sewajarnya. Kita mahu Islam tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Namun perjuangan ini ada kaedahnya, perjuangan ini ada syarat yang perlu dipatuhi agar mendapat redha Allah swt.

4. Segalanya akan menjadi sia-sia bagai debu berterbangan tanpa sebarang manafaat jika gerak juang kita tidak diredhai oleh Allah swt. Kita mahu kemenangan dalam redha Allah swt. Kita tidak mahu kemenangan yang terpisah dari redha Allah swt. Semoga kita termasuk dalam golongan pilihan Allah swt:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya (yang berjuang dan berkorban hanya kerana mencari redha Allah swt). (Surah Al Baqarah: 207)

5. Slogan perjuangan kita yang selayaknya tersemat utuh di dalam dada kita ialah:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسمى أماننا

(Redha) Allah Matlamat akhir kita
Ar Rasul contoh tauladan kita
Al Quran perlembagaan hidup kita
Al Jihad adalah jalan kita
Mati di jalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kita

6. Kita diajar oleh Islam agar memberi infak, menderma dan menyumbang adalah untuk mencari redha Allah swt:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Baqarah: 265)

7. Segala amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah selayaknya untuk mencari redha Allah swt. Hal demikian itu meletakkan kita berbakti bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An Nisa': 114)

8. Malangnya terdapat sebahagian dari kalangan umat Islam yang jahil dan naif, tanpa rasa bersalah dan segan malu mempersendakan ucapan dan pendirian kita apabila kita menegaskan bahawa perjuangan yang kita dukung ini adalah untuk "mencari redha Allah swt". Malah mereka mula panas belakang, apabila syarat yang kita letak dalam strategi, aktiviti, pendekatan dan gerak aksi kita adalah "mencari redha Allah". Mereka anggap syarat ini menyusahkan mereka dan melambatkan proses mencapai kemenangan.

9. Sebenarnya, redha Allah swt menjadi rahsia umum kenapa perjuangan ini mampu bertahan, meskipun dibelasah dan difitnah tanpa belas simpati oleh musuh Islam dan bonekanya yang tidak mahu melihat Islam berdaulat di bumi bertuah ini.

10. Inilah tunjang utama yang meletakkan kita mampu beristiqamah dengan perjuangan suci ini, biarpun tiada janji manis bersifat duniawi diberikan. Mereka yang memperkecilkan redha Allah swt pastinya mudah meninggalkan perjuangan, patah hati dan kecewa dalam perjuangan terutama apabila kemenangan yang mereka gilakan selama ini gagal dicapai sedang mereka tidak mengharapkan apa-apa dari Allah swt.

Penutup

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Allah swt kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut";. (Surah Al Insan: 10)

Sekian.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:30 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Fakta Tentang Darah
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

DARAH YG AJAIB...

Berikut fakta mengagumkan tentang darah kita....

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah bercampur rata tanpa diaduk.

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, diaduk. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam,boleh mengakibat kan darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolestrol menyumbat pembuluh darah yg mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang meninggikan risiko kematian kerana boleh tiba2 sesak nafas dan tidak dapat dibantu.

4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Terus bercampur, tapi lama2 darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Maka oleh kerana makanan dan minuman yang kita telah hadap bertahun
lamanya telah mencemarkan kandungan darah seterusnya *membebankan buah pinggang* melaksanakan kerja *menapis darah dengan berkesan* malah perlahan-lahan merosakkan organ buah pinggang tersebut tanpa kita sedari menyebabkan kita bakal mengalami *kegagalan buah pinggang kronik* sedikit masa lagi melainkan kita perlu ubah menu pemakanan seharian bermula dari sekarang!!!

''Jangan Guna Putik Kapas Untuk Bersihkan Kotoran Telinga'' - Pakar
siakapkeli.my

Pakar kesihatan berpendapat bahawa putik kapas tidak sepatutnya digunakan untuk membersihkan kotoran di dalam telinga kerana ia mampu mencederakan salur dan gegendang telinga selain berkemungkinan menolak kotoran tersebut masuk ke bahagian lebih dalam telinga.

Sebuah draf panduan yang diterbitkan oleh Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (NICE) menyatakan bahawa penggunaan ear syringing, picagari besar yang diperbuat daripada keluli yang digunakan untuk memasukkan air ke dalam telinga bagi membersihkan kotoran sebenarnya berpontensi membahayakan kesihatan telinga.

Jawatankuasa NICE bersetuju dengan pendapat bahawa putik kapas yang digunakan secara meluas oleh orang awam untuk membersihkan telinga boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan dan jangkitan pada bahagian dalam telinga.

Menurut draf tersebut lagi, telinga sebenarnya mempunyai mekanisme pembersihannya yang tersendiri, dimana kotoran telinga yang berlebihan akan jatuh keluar sendiri daripada telinga manakala lubang masuk telinga boleh dicuci dengan tuala lembap.

Berbanding kaedah ear syringing, NICE mencadangkan orang awam menggunakan kaedah ear irrigation untuk mengeluarkan kotoran, iaitu kaedah dimana air yang dimasukkan ke dalam telinga menggunakan mesin elektronik yang mengawal tekanan air tersebut.

Prosedur ear irrigation

''Ear irrigation adalah kaedah selamat dalam membuang kotoran di dalam telinga. Ear drop sepatutnya digunakan untuk melembutkan kotoran di dalam telinga dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum prosedur ear irrigation dijalankan'', kata Katherine Harrop-Griffiths, Pengerusi Jawatankuasa NICE.

Beliau yang juga Perunding Perubatan Audiovestibular turut menambah bahawa mereka yang bercadang untuk menggunakan kaedah ear irrigation perlu mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada hospital atau klinik bertauliah.

''Secara umumnya, panduan yang diterbitkan menasihati orang ramai agar tidak memasukkan apa-apa termasuklah putik kapas ke dalam telinga kerana telinga mempunyai mekanisma pembersihan yang tersendiri. Kita hanya perlu mencuci bahagian luar lubang masuk ketelinga dengan tuala lembap sahaja'', katanya lagi.

Profesor Mark Baker, Pengarah Pusat untuk Panduan NICE berkata panduan tersebut bertujuan untuk memperbaiki taraf kesihatan orang awam.

''Saranan yang diberi melalui panduan yang dikeluarkan oleh NICE boleh membantu memperbaiki penjagaan kesihatan telinga melalui kaedah yang sepatutnya dan mencadangkan pihak sesuai untuk dirujuk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan telinga'', katanya.

Selain boleh mendatangkan masalah kesihatan telinga, penggunaan putik kapas juga mencetuskan kontroversi membabitkan isu pencemaran apabila batang plastik putik kapas tersebut adalah antara sampah sarap yang sering ditemui di kawasan pantai.

Sumber : Daily Mail

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Arab Saudi haramkan selfi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KERAJAAN Arab Saudi dilapor mengharamkan jemaah daripada mengambil gambar dan video menggunakan sebarang peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid paling suci umat Islam iaitu Majidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berdasarkan laporan, tindakan pengharaman itu di Masjid Al-Haram yang terletak di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, diambil oleh Menteri luar Arab Saudi bermula pada 12 November lalu lapor The Daily Sabah.

Sumber berita Indonesia, The Jakarta Post pula melaporkan, pengharaman itu telah disampaikan oleh Menteri luar Arab Saudi melalui satu nota diplomatik yang dihantar kepada wakil-wakil sah negara asing di tanah Arab, termasuk Kedutaan Indonesia di Riyadh. Kedutaan negara itu telah menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat suci, mencegah gangguan terhadap jemaah dan bagi memastikan ketenangan ketika jemaah sedang melakukan ibadah.

Segelintir pengunjung dilapor bergambar dan berselfie dalam kumpulan-kumpulan sambil membawa kain rentang atau bendera negara masing-masing di dalam kawasan di kedua-dua masjid.

Tindakan pengunjung itu sebelum ini dikritik sebagai terpesong dari niat asal mengerjakan haji dan umrah, malah ada yang mempersoalkan sama ada kedatangan mereka sekadar lawatan untuk mengambil gambar-gambar.

"Sekiranya terdapat mana-mana individu melanggar pengharaman itu, pengawal keselamatan yang bertugas telah diarahkan untuk merampas gambar-gambar dan kamera sekiranya perlu," tulis kenyataan itu, sambil menambah mesej itu perlu disebarkan kepada setiap pengendali jemaah Haji dan Umrah di negara masing-masing.

Ramai warga Indonesia yang meluahkan rasa kekecewaan, dengan alasan gambar-gambar dan video yang diambil dalam masjid-masjid tersebut adalah sebagai kenangan, terutama kerana lawatan ke lokasi berkenaan mungkin adalah peluang sekali seumur hidup.

Seorang warga Indonesia, Nadhira Adiatri mengimbau kenangan mengambil gambar bersama keluarganya di depan Kaabah di Masjidil Haram ketika mengerjakan umrah lima tahun lalu.

"Saya setuju ia mengganggu bila orang mengambil terlalu banyak gambar dan ber selfie, tapi alangkah kasihan sekiranya kita tidak lagi dibenarkan untuk mengabadikan keindahan Kaabah dan kubah bergerak di Masjid Nabawi," kata wanita berusia 25 tahun itu.

Pada masa itu, sebelum telefon pintar dan aplikasi perkongsian imej seperti Snapchat dan Instagram menjadi sebahagian dari kehidupan seharian - pengawal-pengawal keselamatan di masjid-masjid tersebut sangat terusik jika ada orang mengambil gambar di dalam kawasan suci katanya.

"Saya hanya ambil beberapa gambar menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam detik-detik kenangan, tapi saya lakukannya dengan senyap bagi mengelakkan gangguan kepada orang lain, dan melakukannya ketika tiada pengawal di sekeliling," kata Nadhira lagi yang kini merupakan seorang suri rumah pada hari Jumaat.

Nur Hikmat, 27 yang bakal mengerjakan umrah tahun depan pula berkata, pihak berkuasa Arab Saudi sepatutnya menetapkan kawasan tertentu yang diharamkan untuk mengambil gambar daripada mengharamkan semua kawasan.

Seorang lagi warga Indonesia yang baru pulang dari Mekah memberitahu The Jakarta post, bahawa dia sedar pengharaman itu telah dimulakan di Masjidil Haram, namun pelaksanaannya tidak begitu ketat lagi.

Kementerian Hal Ehwal agama Indonesia bahagian Haji dan Umrah berkata pihaknya akan segera bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengendali ibadah umrah dan kumpulan jemaah haji untuk menyebarkan informasi tentang pengharaman itu, semasa persediaan jemaah untuk berangkat ke tanah suci. — 25 November 2017

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/arab-saudi-haramkan-selfi-di-masjidil.html#ixzz4zSCZktIp

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa gaji ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) melebihi gaji seorang menteri.

Dalam soalannya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanya, apa keperluannya gaji dibayar kepada ketua pengarah Jasa melebihi penjawat awam yang berkhidmat selama berpuluh tahun.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. "Semakan saya ke atas Senarai Perjawatan 2018 mendapati ketua pengarah Jasa dibayar gaji berdasarkan Kod Gaji VU7 sehingga maksimumnya RM20,592 sebulan, lebih gaji menteri komunikasi dan multimedia sebanyak RM14,907.20 sebulan," kata Dr Wan Azizah dalam soalannya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Puad Zarkashi yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno ialah ketua pengarah Jasa pada masa ini.

Dr Wan Azizah berkata Jasa mempunyai 272 orang kakitangan dengan dibayar emolumen RM12.8 juta.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat
"Saya mempersoalkan, apa rasional membayar emolumen RM12.8 juta untuk 272 kakitangan Jasa yang cuma berperanan semata-mata sebagai juru kempen Umno-Barisan Nasional (BN)?

"Bukankah lebih wajar emolumen kakitangan Jasa itu dibayar secara langsung oleh Ibu Pejabat Umno dan BN?" soalnya.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. Beliau berkata kakitangan Jasa sepatutnya tidak dibayar dengan menggunakan dana daripada hasil cukai keringat rakyat jelata yang termasuk pengkritik dan pembangkang kerajaan BN. - MI

Kenapa Dr Shad Saleem Faruqi Pertahan Golongan Aties ? – Dr Kamarul

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Saya terkejut bila membaca kenyataan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, yang sekarang ini menjawat jawatan Tunku Abdul Rahman Professor of Law di Universiti Malaya, di dalam portal berita Berita Daily yang mempertikaikan kenyataan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam bahawa 'freedom of religion is not freedom from religion' (kebebasan beragama itu bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama).

Kata Datuk Dr Shad:

(1) "Tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan ateisme tidak berperlembagaan di Malaysia" ("There is nothing in the Federal Constitution which makes atheism unconstitutional in Malaysia").

(2) "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) juga memasukkan hak untuk tidak mempercayai" ("The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) also included the right to not believe").

(3) "Dakwaan Asyraf bahawa ateisme boleh menjejaskan ketenteraman awam tidak disokong oleh data sosial" ("Asyraf's claim that atheism can lead to public disorder was not supported by corresponding social data").

Untuk ketepatan, ini adalah transkripsi ucapan Datuk Dr Asyraf Wajdi di Parlimen semalam:

"Saya bersetuju bahawa ideologi ateis ini amat merbahaya kerana ia juga bukan hanya menyebarluaskan pemahaman mereka kepada orang Islam tetapi jugak kepada orang bukan Islam. Di dalam Perlembagaan, kita ada dua peruntukan penting yang harus kita semua fahami. Pertama, di dalam Perlembagaan, untuk orang Islam, dalam konteks agama Islam, dipelihara dan dijaga melalui Perkara 11(1) yang harus dibaca dengan Perkara 11(4), yang mengatakan bahawa kebebasan agama di negara kita ini terikat kepada Perkara 11(4), iaitu menyatakan sebarang bentuk penyebaran agama, kepercayaan, doktrin di kalangan orang Islam itu adalah ditegah, dan kerajaan boleh mengadakan apa-apa jugak peruntukan undang-undang untuk menyekat pemahaman ataupun penyebaran doktrin-doktrin yang dirasakan boleh mengganggu-gugat kesucian agama Islam itu sendiri. Itu untuk orang Islam. Bagi yang bukan Islam, sebenarnya, seperti yang kita semua maklum, ia bercanggah jugak dengan undang-undang yang berkaitan ketenteraman awam dan kemoralan. Bahkan kita sudah ada Akta Hasutan umpamanya yang sekiranya ada pihak-pihak yang cuba untuk menyebarkan ideologi-ideologi doktrin sepertimana ateis ini, yang cuba untuk menyangkal kesucian agama-agama lain, ia boleh diambil di bawah Akta Hasutan ini. Dan kita harus faham bahawa dalam konteks Malaysia, Perlembagaan kita menyatakan bahawa kebebasan beragama itu bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama kerana it is unconstitutional, dengan izin, untuk mengatakan bahawa kita boleh menyebarkan pemahaman tidak beragama di dalam konteks negara ini, sebab 'freedom of religion is not freedom from religion', bermakna kita tak boleh, dengan izin, incite people to leave religion or to promote to no religion. Kita tak boleh mengarahkan atau mempromosikan satu fahaman yang bertentangan dengan Perlembagaan untuk kita tidak beragama, sepertimana yang saya jawab tadi, dalam konteks Rukun Negara, kita tidak boleh bertentangan dengan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan."

Pertamanya, sebelum ini, Datuk Dr Shad adalah antara pakar perlembagaan yang saya kagumi kerana pandangan-pandangan tajam beliau yang dilihat sering bersifat neutral dan objektif.

Bagaimanapun, penghormatan saya terhadap beliau ini sudah semakin pudar sejak beliau berkawan rapat dengan kumpulan G25 di dalam dua tiga tahun kebelakangan ini sehingga beliau mula mengeluarkan pelbagai pandangan yang kontroversi yang sesetengahnya kelihatan bercanggah dengan pandangan-pandangan yang beliau sendiri buat sebelum beliau mengasosiasikan diri dengan kumpulan G25.

Di dalam kes ateisme ini, saya merasa sangat hairan kenapa Datuk Dr Shad kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan golongan ateis sehingga ke tahap merendahkan martabat beliau sebagai seorang pakar perlembagaan, di antara lainnya kerana:

(1) Kenyataan Datuk Dr Shad bahawa "tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan ateisme tidak berperlembagaan di Malaysia" kelihatan bercanggah dengan beberapa kenyataan beliau sebelum ini. Antaranya ialah kenyataan beliau di dalam kertas kerja beliau bertajuk "The Constitution Of A Muslim Majority State: The Example Of Malaysia" yang menyebut, di bawah tajuk kecil ("Tiada Hak Untuk Ateisme" ("No Right To Atheism"): "Adakah hak untuk percaya merangkumi hak untuk tidak percaya dan mengamalkan ateisme, agnosticisme dan rasionalisme? Dalam kebanyakan negara demokratik hak untuk tidak percaya dilindungi oleh perlembagaan. Tetapi tidak begitu di Malaysia("Does the right to believe include the right to disbelieve and to adopt atheism, agnosticism and rationalism? In most democratic countries the right not to believe is constitutionally protected. But not so in Malaysia."). Begitu juga dengan kenyataan beliau di dalam kertas kerja beliau bertajuk "Freedom Of Religion: International And Constitutional Perspectives" yang menyebut: "Perlindungan yang diberikan kepada seseorang individu oleh Perkara 11(2) dan Perkara 12(3) hanyalah terhadap "satu agama yang lain daripada agamanya". Peruntukan-peruntukan ini menimbulkan masalah terhadap hak-hak perlembagaan mereka yang tiada agama" ("The protection offered to a person by Articles 11(2) and 12(3) is only against "a religion other than his own". These provisions pose problems for the constitutional rights of nonbelievers, atheists, agnostics, free thinkers and rationalists").

(2) Kenyataan Datuk Dr Shad bahawa "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) juga memasukkan hak untuk tidak mempercayai" kelihatan bercanggah dengan beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa UDHR tidak mengikat Kerajaan Malaysia. Antaranya ialah keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Merdeka University Bhd v. Government of Malaysia [1981] di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa UDHR adalah "hanya satu pernyataan prinsip dan tidak mengandungi sebarang watak kewajiban" ("merely a statement of principles devoid of any obligatory character" dan "bukan satu alat yang mengikat dari segi undang-undang" ("not a legally binding instrument as such"). Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Bato Bagi & Ors v. Kerajaan Negeri Sarawak and another appeal [2011] di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa "kita tidak perlu menggunakan norma antarabangsa sebagai satu panduan untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan kita" ("we should not use international norms as a guide to interpret our Federal Constitution").

(3) Kenyataan Datuk Dr Shad bahawa "Dakwaan Asyraf bahawa ateisme boleh menjejaskan ketenteraman awam tidak disokong oleh data sosial" kelihatan bercanggah dengan peruntukan Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan, yang turut saya gunakan untuk membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei 2017, yang sekadar menggunakan istilah-istilah "menyebabkan, atau cuba menyebabkan atau mungkin menyebabkan" dan "memprejudis, atau cuba memprejudis, atau mungkin memprejudis" ("causes, or attempts to cause, or is likely to cause" dan "prejudices, or attempts to prejudice, or is likely to prejudice") sahaja yang tidak memerlukan kepada penggunaan data sosial begini. Samalah juga dengan perintah pengharaman buku G25 yang sekadar menggunakan istilah-istilah "mungkin memudaratkan ketenteraman awam", "mungkin menggemparkan fikiran orang ramai" dan "mungkin memudaratkan kepentingan awam" sahaja yang turut tidak memerlukan kepada penggunaan data sosial begini.

Apa pun, dakwaan bahawa ateisme boleh menjejaskan ketenteraman awam ini sebenarnya bukan dimulakan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi, tetapi Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Ketua Angkatan Wanita (AWAN) AMANAH.

Untuk ketepatan, ini adalah transkripsi ucapan Dr Siti Mariah di Parlimen semalam:

"Dan kita tahu bahawa yang diwarwarkan itu kebanyakan yang terlibat (dengan ateisme) kita dapat melihat adalah muka-muka Melayu, ya, dan orang-orang muda dan kehadiran mereka dalam masyarakat ini sangat menggusarkan dan menyebabkan masyarakat merasakan sebagai satu ancaman kepada anak muda kita… Mereka ini bukan sahaja setakat tidak mempercayai adanya Tuhan, tetapi tindakan mereka agak agresif, bila di dalam Facebook dan sosial media mereka menyerang agama-agama lain, juga menyerang agama Islam."

Tahniah saya ucapkan kepada Dr Siti Mariah di atas ucapan beliau di Parlimen yang kelihatan agak berlawan dengan arus AMANAH dan parti-parti lain Pakatan Harapan ini. Jika getir di sana, boleh sahaja Dr Siti Mariah pertimbangkan kembali ke parti lama.

Saya masih teringat betapa bila isu ini ula muncul dulu, empat individu, iaitu Dr Maszlee Malik, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, Rev Dr Sivin Kit dan Dr Azmi Sharom, telah dipetik membantai kerajaan di dalam portal berita South Cina Morning Post pada 13 Ogos lalu.

Kita tunggu lihat siapakah pula yang akan membela golongan ateis pada kali ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rawang Bypass, Jalan Raya Tertinggi Malaysia Akan Mula Dibuka Esok
siakapkeli.my

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang sepanjang sembilan kilometer dan merupakan yang tertinggi di Malaysia akan dibuka kepada orang ramai pada jam 6 pagi esok.

Jambatan yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah itu akan menjadi mercu tanda yang baru serta telah mencatat sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia.

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.

"Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

"Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang," katanya.

"Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor.

"Ia juga demi memelihara spesies pokok Giam Kanching yang hanya ada di hutan di sini," tambahnya.

Projek yang menggunakan teknologi dari Eropah itu telah menelan belanja sebanyak RM628 juta.

Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017.

Sumber - Kosmo

Bermodalkan RM500, Lelaki Ini Berjaya Cipta Motosikal Khas Redah Banjir
siakapkeli.my

PASIR PUTEH - Seorang lelaki yang merupakan pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit tanah, Selising dekat sini, mencipta motosikal khusus untuk mengharungi banjir.

Amin Mohamed, 31, menggunakan imaginasi dan kreativiti tinggi hingga mampu menyiapkan motosikal tersebut dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja.

Amin yang telah sejak awal tahun merancang untuk mencipta motosikal ini berkata, motosikal tersebut menngunakan enjin Honda C70 dengan satu tayar motosikal di depan serta dua tayar kereta di belakang yang membolehkannya mengharungi banjir sedalam satu meter.

"Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang.

"Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri," jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, penambahbaikan perlu dilakukan bagi membolehkan ia mengharungi air yang lebih dalam.

"Kalau ikutan, motosikal ini belum siap sepenuhnya tapi saya tak sabar untuk mengujinya bila beberapa kawasan di Selising ini dilanda banjir semalam (kelmarin)," katanya.

Semenjak rakaman video dan gambar motorsikal ini tular di laman sosial, rumah Amin menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat sendiri kenderaan tersebut selain dari menerima banyak pesanan di akaun Facebook yang berminat untuk mengetahui ciptaannya dengan lebih lanjut.

"Motosikal istimewa itu bukan saja mampu mengharungi air, malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan.

"Saya akan pasang beberapa aksesori selepas ini untuk mencantikkan lagi ciptaan saya serta menambah fungsi sampingan yang difikirkan perlu," akhirnya.

Sumber- Sinar Harian

Masalah bateri kereta Yokohama Gold kering dah lemah belum sampai setahun
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Ini kali pertama saya hadapi masalah bateri kereta jenis kering yang dah lemah walaupun baru tukar tak sampai setahun. Bateri kering jenama Yokohama Gold tu saya tukar pada bulan March 2017 yang lalu.

Minggu sudah, hari jumaat petang, tengah duk leka berbincang dengan kawan kat pejabat, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari isteri kat rumah.

"Bang!, kenapa kereta ni tak boleh nak start ya?", terdengar suara isteri cemas. Dia nak keluar ambil anak-anak balik sekolah tapi tak dapat nak hidupkan enjin kereta. Bila dia pusing kunci, bunyi tersekat-sekat dan enjin tak lekat.

"Biasanya bunyi macam ni macam bateri lemah saja ni bang!", sambung isteri lagi. Dia terpaksa minta tolong adiknya untuk selesaikan urusan ambil anak-anak dari sekolah. Jadi tak ada masalah sangat untuk selesaikan masalah kereta tak hidup tu dengan segera.

"Hish !!, abang baru saja tukar bateri tu bulan 3 lepas, tak sampai setahunpun, takkan bateri dah lemah kot!, nanti abang balik tengoklah..", saya cuba tenangkan isteri yang macam biasa nadanya sentiasa kedengaran panik.

Memang sah bateri kereta lemah
Balik ke rumah malam tu, saya periksa kereta apa yang tak kena. Alat kawal jauh dari kunci kereta itu masih berfungsi dengan baik. Ertinya masih ada sisa kuasa pada bateri tersebut. Tapi untuk elakkan sebarang masalah, saya kunci kereta secara manual saja.

Esok pagi, selesai jogging, saya terus ke kedai kereta kat depan taman sebelah jalan utama. Jumpa taukeh kedai itu dan minta dia pergi ke rumah sebentar untuk periksa keadaan bateri. Saya balik semula ke rumah dan tunggu dia sambil sarapan.

Tak lama kemudian nampak keretanya sampai kar depan rumah. Saya buka pintu pagar dan berikan dia masuk. Bonet depan tu dah siap terbuka dan dia keluarkan alat periksa bateri dan terus pasang dan tengok meter kuasa bateri kering Yokohama Gold itu.

"Ini bateri sudah lemah tak boleh pakai lagi, kena tukar bateri baru" terang pemuda Cina itu pada saya.

"Tapi saya baru saja tukar bateri ini, tak sampai setahunpun. Takkan dah kong!", terang saya kehairanan.

Bateri Yokohama memang ada masalah
Taukeh itu kata bateri Yokohama memang ada banyak masalah. Sebelum ini dia ada jual bateri kering jenama Yokohama, bila terlalu banyak sangat aduan, dia tak bawa lagi jenama tersebut.

Dakwa taukeh itu lagi, dalam 10 biji bateri yang dia jual kat pelanggan, hampir 7 biji akan ada masalah. Masalah paling ketara adalah cepat kong. Dia terpaksa buat urusan ganti dan claim semula dari pengedar.

Walaupun bateri tersebut memang ada jaminan setahun, tapi bila kes bateri lemah dan kereta tak boleh nak dihidupkan di luar kawasan, ia banyak memberikan masalah dan kesusahan pada pelanggan.

Masalah saya pula adalah, bateri kering Yokohama Gold itu saya beli dari kedai lain. Jadi dia tak dapat nak bantu. Dia suruh saya cuba telefon kedai di mana saya beli bateri itu dan minta pulangkan balik wang.

Kalau taukeh kedai itu setuju, dia boleh tukarkan bataeri baru dari kedainya. Sekarang dia hanya pakai jenama Panasonic. Dah dua tahun dia bawa jenama tersebut dan sampai sekarang tak pernah ada masalah lagi.

Ertinya, taukeh bengkel kereta kat taman saya itu syorkan untuk pakai jenama Panasonic sahaja.

Wah! 70% daripada bateri Yokohama bermasalah. Itu satu angka yang amat tinggi. Bagi jaminan 2 tahunpun memang tak berbaloi memandangkan risiko bateri rosak kat luar kawasan adalah amat tinggi.

Takkan bateri Yokohama seteruk itu. Sedangkan ianya bukanlah satu jenama lekeh. Saya simpan saja maklumat dari taukeh itu dan tak ambilnya sebagai satu fakta yang benar. Mungkin dia hanya bertindak spontan untuk ketengahkan jenama bateri yang dia bawa saja.

Bawa semula ke kedai bateri Yokohama
Oleh kerana saya ada dua buah kereta, maka tak ada masalah sangat untuk selesaikan urusan aduan bateri kereta Sylphy yang lemah itu. Hari sabtu tu juga saya buka bateri itu, masukkan ke dalam kereta pikap hilux dan terus membawanya ke kedai.

Saya tkar bateri yokohama gold kering tersebut di sebuah kedai kereta di Glenmarie. Masalahnya, saya tak berapa nak cam pulak kedai yang mana satu. Masa tukar tu, main singgah saja sebab dah tahu perlu tukar bateri baru.

Mulanya saya singgah di kedai sebelah yang saya rasa macam kedai yang saya beli tempoh hari. Lagipun nampak dia banyak pasang banner bateri Yokohama. Mungkin itu kedainya. Sebaik saja sampai, pekerjanya datang bertanyakan apa masalah.

Saya tunjukkan yang bateri Yokohama yang baru dibeli dah ada masalah lemah. Jadi saya nak minta tengok dan nak clain warranty yang ada selama setahun. Saya tunjukkan kad warranty padanya.

"Aya!, ada bawa resit ka?", tanya cina itu pasa saya. Dia tak berapa pasti samada benar-benar saya beli bateri itu darinya.

Bila jadi macam itu, saya mula cuak. Mungkin saya silap kedai kot. Saya jeling kat kedai sebelahnya dan terlihat taukeh di mana saya berurusan dahulu ketika tukar bateri tersebut. Terus saya minta maaf padanya dan beritahu yang saya silap kedai.

Nasib baik kedai pakai sistem komputer
Saya ubah kereta dan pergi ke kedai sebelah. Ulang cerita yang sama dan taukeh itu juga minta samada saya ada bawa resit.

Dah berapa bulan beli manalah saya nak simpan resit tu. Memang ada dalam simpanan kat pejabat, tapi ada dalam file kewangan bersama semua resit lain yang syarikat saya bayar.

Jadi tak terfikir pulak nak kena bawa resit untuk clain bateri, sedangkan dia kata dahulu kalau ada apa masalah hanya perlu bawa kad warraty saja.

"Tak apa, saya semak dalam sistem, you berikan saja nombor kereta sama tengok", Taukeh Cina muda itu nampak tenang saja dan amat membantu. Dia buka sistem komputernya dan masukkan nombor kereta saya dan memang betul ada rekod saya beli bateri tersebut bulan March 2017 yang lalu.

Dia lalu keluarkan bateri itu dan mula pasang alat periksa keadaan bateri. Bia pakai alat yang lebih canggih dan bacaan menunjukkan bataeri itu memang lemah dan perlu di recharge. Kata taukeh itu bateri ini tak kong, tapi hilang kuasa sebab mungkin saya lupa tutup lampu atau lain-lain yang menyebabkan dia lemah.

Memang sah bateri Yokohama itu bermasalah
Saya semak dengan isteri dia kata tak ada apa-apa yang dia lupa padam. Saya terangkan pada taukeh itu dan dia seali lagi kata tak apa. Saya akan recharge semula bateri itu dan kita tengok bacaannya selepas recharge. Saya perlu datang semula dalam 4 jam.

Dipendekkan cerita, selepas 4 jam saya pergi semula dan memang sah bateri tersebut ada masalah walaupun dah di recharge semula. Dia perlu hantar bateri itu ke kilang dan minta mereka periksa apa yang tak kena.

Sementara itu, dia gantikan pada satau bateri baru jenis Yokohama pula. Katanya dalam seminggu, dia akan hubungi saya semula untuk lihat apa keputusannya...

Dah masuk hari yang dia janji tapi nampaknya masih belum ada berita. Dan saya masih kekal pakai bateri pinjam yang dia gantikan untuk sementara itu sampai sekarang.

Mungkinkah memang betul kata Taukeh bengkel pertama kat depan taman rumah saya tadi. Bateri Yokohama memang ada banyak masalah?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 28, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Oksigen Dalam Alquran

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

OKSIGEN sangat diperlukan oleh manusia, bahkan haiwan pun memerlukan oksigen. Oksigen merupakan unsur paling melimpah ketiga di alam semesta berdasarkan massa, dan bahkan merupakan unsur paling melimpah di kerak Bumi.

Makhluk hidup perlu oksigen, ini membuktikan oksigen sangat penting. Maka tak hairan bila Allah Ta'ala mengisahkan oksigen dalam Alquran.

Oksigen secara terpisah ditemukan Carl Wilhelm Scheele di Uppsala tahun 1773 dan Joseph Priestley di Wiltshire tahun 1774. Temuan Priestley lebih terkenal kerana publikasinya merupakan yang pertama kali dicetak. Beberapa tahun setelahnya, istilah oksigen diciptakan Antoine Lavoisier tahun 1777 karena eksperimennya dengan oksigen berhasil meruntuhkan teori flogiston tentang pembakaran dan korosi yang terkenal.

Menurut massanya, oksigen merupakan unsur kimia paling melimpah di biosfera, udara, laut, dan tanah bumi. Namun, oksigen hanya melimpah di Bumi saja dan sangat jarang ditemui di planet lain. Matahari hanya mengandung 0,9 persen oksigen, Mars hanya memiliki 0,1 persen oksigen dan Venus bahkan memiliki kadar konsentrat yang lebih rendah.

Hal itu disebabkan oksigen yang berada di planet-planet selain Bumi hanya dihasilkan dari radiasi ultraviolet yang menimpa molekul-molekul beratom oksigen, misalnya karbon dioksida. Inilah alasannya mengapa membawa oksigen dalam perjalanan ke luar angkasa merupakan suatu kemestian.

Hal ini diterangkan dalam Alquran, "Siapa yang dikehendaki Allah menunjukinya, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk memeluk Islam. Siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Dia menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit." (QS al-An'am [6]: 125).

Alquran memberikan kiasan bagi orang-orang yang sesat dari jalan Allah seakan dada mereka sesak lagi sempit. Mengapa Allah mengibaratkan mereka dengan orang yang mendaki ke langit? Kerana, tentu saja di luar angkasa kadar oksigen sangatlah kurang. Mereka tidak mampu bernafas dengan baik sehingga dada mereka menjadi sesak.

Bagaimanakah Alquran mengemukakan sebuah teori bahawa di luar angkasa kadar oksigen sangatlah kurang? Padahal dalam ilmu pengetahuan ilmiyah, istilah oksigen baru saja ditemukan tahun 1773. Tentu saja itu bukan suatu yang mustahil bagi orang yang mengimani bahawa Alquran merupakan kalamullah. Alquran adalah perkataan Rabb yang menciptakan oksigen, tata surya, dan alam semesta ini.

Lebih lanjut lagi, Alquran juga membahas bagaimana oksigen boleh terbentuk. Ilmu pengetahuan modern mengatakan, oksigen dihasilkan oleh fotosintesis tumbuh-tumbuhan. Tanpa adanya tanaman yang berfotosintesis, oksigen akan lenyap dari bumi. Itu pulalah alasannya mengapa hutan-hutan di bumi disebut paru-paru dunia.

Dalam Alquran disebutkan, "Tidakkah kamu perhatikan api yang kamu nyalakan. Kamukah yang menjadikan pohon itu atau Kami yang menjadikannya?" (QS al-Waaqi'ah [56]: 71-72).

Dalam ayat ini, mengapa Allah SWT menyebutkan kata "pohon" (syajarah) bukan disebut kayu (khusyub)? Biasanya orang menyalakan api dari kayu, bukan pohon. Lalu, apa pula kaitannya antara menyalakan api dan pohon?

Alquran menyatakan sebuah rumus fizik yang saat ini dikenal dalam ilmu pengetahuan modern, "6CO2 + 6H2O + sinar matahari + klorofil = C6H12O6 + 6O2." Alquran menjelaskan, terbentuknya oksigen berasal dari sinar matahari, karbon dioksida, dan klorofil yang berasal dari pohon untuk melakukan fotosintesis. Salah satu unsur terbentuknya oksigen diperlukan kehadiran pohon yang hidup.

Tahapan selanjutnya, bolehkah api menyala tanpa adanya oksigen? Jawabannya tentu saja tidak. Inilah dimaksudkan dalam ayat ini. "Tidakkah kamu perhatikan api yang kamu nyalakan?" (QS al-Waaqi'ah [56]: 71).

Ayat ini langsung bersambung dengan pertanyaan Allah SWT, "Kamukah yang menjadikan pohon itu atau Kami yang menjadikannya?" (QS. Al-Waaqi'ah [56]: 71-72).

Allah SWT ingin menyampaikan bahawa oksigen sebagai unsur yang menjadikan terbentuknya api tersebut berasal dari pohon. Tanpa adanya fotosintesis dari pohon-pohonan, tak akan ada zat yang bernama oksigen. Siapakah yang menumbuhkan pohon tersebut? Tentu hanya Allah SWT yang boleh.

Lebih rinci lagi, Allah SWT juga menjelaskan proses terbentuknya oksigen secara lebih mendalam dalam surah Yasin [36]: 80. "Yaitu, Rabb yang menjadikan untukmu api dari pohon yang hijau. Maka, tiba-tiba kamu nyalakan daripadanya."

Ayat ini bercerita tentang warna pohon, yaitu akhdar (hijau). Ilmu pengetahuan modern menyebut zat hijau daun dengan istilah klorofil, yaitu aktor yang melakukan fotosintesis pada tumbuhan. Tanpa klorifil, tumbuh-tumbuhan tak akan mampu berfotosintesis dan selanjutnya menghasilkan oksigen.

Istilah fotosintesis baru dikumandangkan oleh ilmuwan modern pada abad ke-18. Namun, cara kerja dan urgensi dari fotosintesis ini sudah diterangkan Alquran 15 abad yang lalu.

Demikianlah sedikit ulasan mengenai bagaimana Allah mengisahkan Oksigen dalam Al-Quran. Tanpa adanya oksigen, kita semua tidak boleh hidup di dunia ini. Betapa besarnya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, jadi sudah sepatutnya bila kita terus mengucap syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala.

Sumber: di SINI

Janji Allah Untuk Orang yang Bertaqwa
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini.

Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini. Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini ialah:

1. Terpimpin

Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali melalui firman Allah:

Maksudnya: "Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19)

2. Terlepas dari kesusahan

Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah:

Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup." (At Thalaq: 2)

3. Rezeki

Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat tadi:

Maksudnya: "Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya."(At Thalaq: 3)

Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman beliau sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: "Kalau sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluan nya tetap diperolehinya."

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha dan cariannya sendiri. Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui sumber usaha orang lain. Kalau taqwanya secara jemaah, maka rezeki itu diberi secara berjemaah. Sekiranya taqwanya secara individu, maka secara individu jugalah pemberian Allah itu.

4. Kerja dipermudah

Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah gambarkan di dalam sepotong ayat:

Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya." (At Thalaq: 4)

Allah memberi jaminan, kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan. Mungkin juga di samping mudah, hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan, kemudian hasilnya pula sedikit atau langsung tidak ada, itu menunjukkan kita belum mempunyai sifat taqwa hinggakan Allah tidak membantu.

5. Diberi berkat [barokah]

Dia diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat pada hartanya, pada kesihatan badannya, pada ilmunya, pada anak-anak dan zuriatnya, pada isterinya, pada suaminya, pada sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat ajarannya, berkat pimpinannya dan sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat:

Maksudnya: "Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi." (Al Aíraf: 96)

Berkat maknanya bertambah atau subur. Apabila dikatakan hidupnya berkat, maknanya hidupnya penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan penuh dengan pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya. Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta menambahkan pahala.

Badannya yang sihat yang dikatakan berkat itu adalah badan yang dapat digunakan untuk kebaikan. Dengan kesihatan badannya itu, digunakannya untuk jihad fisabilillah, untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya. Masanya berkat ialah masa yang Allah untukkan padanya, dapat digunakan kepada kebaikan. Dia tidak buang masa percuma dengan perkara yang melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun umurnya tidak bertambah, tetapi umur yang diberikan kepadanya itu akan menambahkan pahala. Rezekinya berkat yakni rezeki yang tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk kebaikan dan dapat menambahkan pahala.

Berkat pada anak-anaknya atau zuriat ertinya, anak-anak dan cucu cicit berjaya menjadi anak-anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati. Berkat pada isterinya atau suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang dapat mengingat dan memimpinnya selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat pada sahabat handai dan jiran, ertinya mendapat sahabat yang baik-baik dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan kebenaran.

Berkat pada gurunya, iaitu dia mendapat guru yang soleh yang dapat memimpin dan memandunya selamat di dunia dan Akhirat.

6. Amalan diterima

Amal ibadah orang yang bertaqwa diterima oleh Allah. Kalau begitu amal ibadah orang [yg sekadar] Islam tidak diterima. Orang Islam [yg tidak bertaqwa] akan masuk Neraka dulu. Oleh yang demikian, hanya amal ibadah orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Allah.

Ini dijelaskan oleh Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa." (Al Maidah: 27)

Maksudnya, Allah hanya menerima sembahyang orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima sembahyang orang yang sekadar Islam. Allah akan terima puasa orang bertaqwa. Allah akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima perjuangan orang yg sekadar Islam sahaja tanpa taqwa. Allah akan terima haji orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima haji orang Islam yg tak bertaqwa. Begitulah seterusnya berdasarkan ayat di atas tadi.

7. Amalannya diperbaiki

Amalan orang yang bertaqwa itu sentiasa dibaiki oleh Allah.

Sentiasa diperkemaskan oleh Allah daripada masa ke semasa. Ini jelas Allah mengingatkan kepada kita:

Maksudnya:

"Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan-amalan kamu..." (Al Ahzab: 70-71)

Jadi orang-orang yang bertaqwa amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah. Sembahyangnya sentiasa dibaiki Allah. Begitu juga puasanya, bacaan Qurannya, wiridnya dan perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah dari masa ke semasa. Itulah jaminan Allah.

8. Dosa diampunkan

Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi juga ada sambungannya:

Maksudnya: "Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan-amalan kamu dan akan mengampun bagimu dosa-dosa kamu." (Al Ahzab: 70-71)

Ertinya dosa-dosa orang-orang yang bertaqwa ini akan diampunkan. Namun begitu orang Islam sekadarnya, dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Sebab itu orang Islam itu akan masuk Neraka dulu dan barulah ke Syurga. Walíiyazubillah. Allahumma ajirna minan nar ( ).

Tegasnya, orang yang bertaqwa sahaja akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

9. Dapat ilmu tanpa belajar

Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah ilmu yang jatuh kepada hati, tidak perlu proses belajar.

Kalau ilmu yang jatuh pada akal, ia perlu melalui proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena bermuzakarah, kena berfikir dan merenung. Barulah akan dapat ilmu itu.

Sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke hati. Hati itu sebagai wadahnya. Jadi orang yang bertaqwa ini diberi ilmu tanpa belajar.

Ini jelas Allah nyatakan dalam ayat Al Quran:

Maksudnya: "Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu." (Al Baqarah: 282)

Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:

"Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: "Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami." (Al Kahfi: 65 )

Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah tanpa wasilah guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

10. Terlepas dari tipu daya syaitan

Orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan. Dalam Al Quran ada disebutkan tentang hal ini.

Firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." (Al A'raf: 201)

11. Terlepas dari tipu daya musuh

Orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir mahupun orang munafik.

Firman Allah:

Maksudnya: "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali Imran: 120)

12. Terhindar dari Neraka

Orang bertaqwa terhindar daripada Neraka. Ertinya tentulah dia masuk Syurga sebab di Akhirat tidak ada tiga tempat. Kalau terlepas daripada Neraka, bermakna ke Syurgalah dia.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: "Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya." (Ali Imran: 198)

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): ëMasuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman." (Al Hijr: 45-46)

Maksudnya: "Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa." (Maryam: 63)

Inilah di antara keuntungan-keuntung an atau bonus yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa.

Kesemua itu tidak dapat dinilai dengan mata wang dunia kerana terlalu tinggi nilainya. Ia didapatkan hasil daripada membersihkan hati, mujahadah bersungguh-sungguh membuang sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat mahmudah serta mengamalkan syariat yang lahir dan batin.

Kalau di dunia ini kita berebut-rebut untuk dapatkan bonus yang tidak ada nilai di sisi Allah itu, mengapa kita tidak rebut bonus taqwa yang manfaatnya untuk dunia dan Akhirat? Kalau tidak mahu bonus itu, orang tak beraakal namanya.

SUMBER:
http://cahayamukmin.blogspot.com/

3 Manfaat Hidup dalam Naungan Al-Qur'an

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

Dalam Fi Zhilalil Qur'an, Sayyid Quthb menjelaskan bahawa hidup di bawah naungan Al-Qur'an adalah kenikmatan yang tidak dapat dirasakan, melainkan oleh orang yang menghayatinya, kenikmatan yang dapat mengangkat darjat manusia, memberikan berkah dan membersihkan kehidupan ini dari segala bentuk kekotoran. ini adalah antara manfaat naugan al-Quran dalam kehidupan diri dan keluarga.

Pertama, kehidupan menjadi terarah

Dengan setiap hari membaca Al-Qur'an, maka kehidupan diri dan keluarga akan kian terarah, dari membaca Al-Qur'an kita akan mengetahui mana yang haq dan bathil, benar dan salah. Dan, kemampuan membedakan hal tersebut adalah hal mendasar yang harus dimiliki oleh setiap Muslim.

Dengan demikian, diri tidak akan mudah tertipu. Menduga banyak harta sebagai capaian kebahagiaan, lantas makan rasuah. Mengira kebahagiaan dengan menyingkirkan orang lain, lantas hasad, dengki dan sehari-hari diliputi kebingungan bagaimana membuat celaka orang lain.

Lebih dari itu, hidup dalam bimbingan Al-Qur'an akan mendorong diri memiliki akhlak,, adab, dan sopan santun dalam kehidupan, sehingga perilakunya benar-benar dijaga agar jangan sampai dirinya menjadi pelaku kezaliman.

Dalam bahasa lebih umumnya, orang yang hidup dalam naungan Al-Qur'an akan terarah hidupnya dan mendapatkan petunjuk dan pembeda dari Allah Ta'ala.

Pada akhirnya, hidupnya akan terangkat derajatnya, teratur hidupnya, mulika kepribadiannya dan insya Allah akan sampai pada kebahagiaan hakiki dunia-akhirat.

Kedua, memiliki kemampuan untuk mengatasi berbagai persoalan hidup

Semua orang faham bahwa hidup ini adalah medan persoalan. Tidak seorang pun yang hidup di dunia ini melewati 24 jam sepanjang tahun tanpa permasalahan.

Orang yang tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai naungan akan menghadapi kebingungan dalam menghadapi persoalan hidup, hingga mengalami kekalutan, dan terdorong untuk melakukan tindakan-tindakan yang di luar kendali sampai akhirnya semua mengarah pada kerugian diri dan orang lain, lebih buruk lagi kerugian yang bukan saja di dunia, tetapi juga di akhirat.

Sebaliknya, dengan menjadikan Al-Qur'an sebagai naungan dalam kehidupan, hatinya akan diliputi ketenangan meski kala menghadapi beragam kesulitan dan permaslaahan hidup. Kerana ia yakin dengan janji Allah.

ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣) "

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan, barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya." (QS. Ath-Thalaq [65]: 2 – 3).

Pada saat yang lama, Al-Qur'an adalah ubat dan rahmat, sehingga mustahil orang yang hidupnya dalam naungan Al-Qur'an akan dilanda kebingungan apalagi kekalutan.

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا (٨٢)

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (QS. Al-Israa [17]: 82).

Ketiga, hidup menjadi kian bersih

Bersih dari noda-noda batin, yang menjadikan cara berfikir gelap dan gemar melakukan kesalahan demi kesalahan, sehingga tidak lagi sedar bahawa diri telah bergelumang dosa.

Al-Qur'an mendorong diri untuk selalu melakukan proses pembersihan diri (tazkiyatun nafs), sehingga perilaku buruk seperti riya, hasad, iri hati, sombong terhadap orang lain boleh disingkirkan.

Dirinya sedar bahawa perbuatan atau amal yang kotor mengakibat peradaban manusia menjadi sangat rendah, bahkan lebih buruk dari kehidupan binatang ternak. Secara jelas, kekotoran manusia mewujud dalam tingkah laku telah mengakibatkan malapetaka yang tidak ringan.

Perhatikanlah bagaimana perzinaan, homo seksual, dan lesbian mendatangkan penyakit AIDS, termasuk mengugurkan kandungan yang semakin meningkat tajam, dimana tak satu pun induk binatang membunuh janin apalagi anaknya sendiri.

Di dalam naungan Al-Qur'an, hidup akan menjadi bersih, jiwa terdorong untuk mengutamakan keikhlasan, prasangka baik, tawadhu, jujur, tawakkal dan bergantung hanya kepada Allah.

Fikirannya pun menjadi jernih, sehingga yang di kepalanya adalah bagaimana menghasilkan manfaat bagi seluas-luas kehidupan umat manusia dengan dasar iman. Prinsipnya hati yang bersih akan terus mendorong seseorang gemar melakukan amal-amal soleh. (hidcom)

 

Siti Hasmah: Suami larang saya bertudung

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan sesetengah hotel di negara ini.

"Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

"Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung," katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

"Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

"Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya," katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium "Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara" di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com