Wednesday, November 1, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4855

12 Messages

Digest #4855

Messages

Wed Nov 1, 2017 2:30 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Wed Nov 1, 2017 2:30 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Wed Nov 1, 2017 2:30 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Wed Nov 1, 2017 2:30 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Wed Nov 1, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cara Cek Kesehatan Tubuh Melalui Warna Lidah

bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Lidah Tidak hanya berperan penting dalam merasakan asam, pahit , pedas, asin dan manis, akan tetapi lidah ternyata juga bisa menggambarkan perubahan kondisi kesehatan Anda. Cara mngetahui kesehatan tubuh dapat terlihat dari warna lidah itu sendiri.

perubahan warna pada lidah kita biasanya juga disertai dengan gejala dan gangguan kesehatan lainnya. Jika tubuh Anda sehat, warna lidah biasanya merah muda dengan papilla, atau tonjolan-tonjolan terlihat pada lidah, yang berukuran kecil.
Berikut Penjelasan Warna Lidah yang menunjukkan Kondisi Kesehatan Tubuh kita yang perlu Anda ketahui
Lidah Berwarna Merah terang
Pada Warna ini menunjukkan Kondisi bahwa tubuh kita mengalami kekurangan vitamin B dan zat besi. Kedua vitamin ini bertanggung jawab atas energi, pertumbuhan sel, dan berfungsinya sistem saraf dengan tepat.
Lidah Berwarna Pucat
Pada Warna ini Menunjukkan Kondisi bahwa darah Anda kekurangan hemoglobin. Hemoglobin bertanggung jawab untuk mengantarkan oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Jika hemoglobin tidak cukup, hal ini akan menyebabkan kelelahan bahkan kelesuan.
Selain itu, lidah pucat juga bisa menunjukkan sariawan oral, yang merupakan jenis infeksi jamur.
Lidah Berwarna Ungu
Jika Lidah Anda berwarna ungu atau kebiruan bisa berarti peredaran darah tidak berjalan dengan baik. Kurangnya sirkulasi ini bisa dengan cepat berubah menjadi kelesuan dan mengganggu kesehatan emosional, bahkan pada beberapa kasus hal ini bisa menyebabkan depresi.
Selain itu, lidah ungu juga terlihat pada seseorang dengan kolesterol tinggi dan masalah jantung. Hal terbaik yang bisa Anda lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengonsumsi lemon, melon atau mentimun.
Lidah Berwarna Hitam
Warna Lidah Hitam Meski tidak berbahaya bagi kesehatan, memiliki tampilan lidah yang hitam adalah sesuatu yang tak sedap dipandang. Warna hitam ini bisa disebabkan dari penggunaan tembakau seperti merokok, antibiotik atau obat pencernaan yang digunakan secara berlebihan.
Sebaiknya Anda menyikat gigi dan berkumur lebih sering untuk menghilangkan bakteri bakteri yang ada. Konsultasikan dengan dokter apabila warna hitam pada lidah lebih dari 10 hari.
Lidah Berwarna Kuning
Warna kuning ini disebabkan oleh bakteri yang terperangkap di lidah. Warna ini juga menandakan panas tubuh berlebihan yang bisa disebabkan oleh konsumsi rokok, makanan pedas, alkohol, atau stress.
Lidah Berwarna Putih
Lidah putih bisa menjadi tanda bahwa Anda dehidrasi, sariawan oral, atau leukoplakia, yang merupakan pertumbuhan sel yang berlebihan akibat merokok atau iritasi lainnya. Warna putih biasanya dikarenakan adanya bakteri dan sel-sel mati yang terdapat pada lidah.
Lidah Berwarna Cokelat
Seseorang yang mempunyai lidah berwarna cokelat atau coklat gelap, kemungkinan orang tersebut mengidap kanker ,Seseorang yang memiliki lidah berwarna ini akan mengalami rasa sakit setiap saat.
Selain itu, orang tersebut akan mengalami rasa seperti terbakar, bengkak, ketidakmampuan dalam mencicipi sesuatu serta gerakan abnormal, bahkan kesulitan menggerakkan lidah.
Demikian Informasi Mengenai Cara Mencek Kesehatan Tubuh Melalui Warna Lidah, Semoga Bermanfaat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lari Sekatan Jalan Raya, Juruhebah Ditahan
siakapkeli.my

Bertindak mencederakan anggota polis selepas cuba lari dari sekatan jalan raya, seorang juruhebah ditahan polis dalam kejadian di Persiaran Bandar, Nilai.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu, bertindak memecut kereta selepas menghampiri sekatan jalan raya kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Menurut sumber, seorang anggota yang bertindak mengejar suspek, berjaya menahannya berhampiran Rumah Rakyat Nilai dan mengarahkan lelaki itu membuka tingkap dan pintu tetapi dia tidak mendapat kerjasama.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian suspek keluar dari kereta dan bertindak mencekak leher baju anggota polis hingga cedera.

"Orang awam yang berada di kawasan itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan menahan suspek."

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Nilai dan hasil siasatan mendapati lesen memndu serta cukai jalan suspek telah tamat tempoh, selain memotong di garisan berkembar dan tidak berhenti di lampu isyarat.

Berdasarkan ujian air kencing suspek mendapati negatif tetapi suspek mempunyai kesalahan lampau yang menyebabkan kecederaan.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber - Berita Harian

Ibu Ditemui Rentung, Bapa Sesak Nafas Manakala Anak Melecur
siakapkeli.my

Mayat wanita berusia 76 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Bengkok, kampung Baru Buntong, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, Lam Ah Hoo ditemui rentung di celah runtuhan bangunan manakala suaminya 82 tahun sesek nafas.

Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia 51 tahun melecur lima peratus di belakang badan dan tengkuk.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, P Samasuvam, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi.

"Mangsa yang melecur dan sesak nafas sudah keluar ketika anggota tiba di lokasi.

"Selesai pemadaman, mayat mangsa ditemui rentung di celah runtuhan bangunan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Jelasnya, mangsa cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan 4.24 pagi.

Sumber - Harian Metro

Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Genting Premium Outlet
siakapkeli.my

BENTONG - Penjgunjung kompleks beli - belah di pusat peranginan Genting Highlands, di sini, gempar selepas menyaksikan seorang wanita maut akibat terjatuh dari tingkat enam bangunan tersebut, semalam.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 2.21 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Zainuddin Abdul Hamid, orang awam menemui mangsa dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tingkat bawah.

Jelasnya, mangsa dipercayai terjatuh pada awalnya, bagaimanapun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa dipercayai berseorangan dan terjatuh dari ketinggian hampir 25 meter.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi.

Zainudin berkata, keterangan keluarga dan rakannya diambil bagi membantu siasatan

Mayat diserahkan kepada keluarga sebaik proses bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Bentong dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber- Sinar Harian

Datuk Seri Pukul Anggota RELA Disahkan Positif Dadah
siakapkeli.my

'Datuk Seri' yang bertindak mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini telah disahkan positif dadah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, perkara itu diketahui melalui saringan ujian air kencing selain suspek juga pernah memiliki rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, pihak polis juga sedang melakukan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam jenayah-jenayah lain serta menyemak gelaran dan darjah yang dianugerahkan kepadanya.

"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan menunjukkan dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

"Polis akan menjalankan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam kegiatan yang mungkin melanggar undang-undang termasuk menyemak gelaran Datuk Seri yang diterimanya," katanya.

Terdahulu, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit, kira-kira jam 6.30 pagi.

Berdasarkan sumber, punca kejadian berlaku apabila mereka meminta Datuk Seri terbabit mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang mengganggu lalu lintas, tapi enggan berbuat demikian.

Sumber - Astro Awani

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, October 31, 2017 11:23 PM
Subject: Fw: Merompak Bank, Pukul RELA, GST & Merokok

Suspek Pukul RELA Serah Diri Naik Bentley
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang dilaporkan sebagai suspek menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditangkap selepas beliau menyerah diri kepada pihak polis petang ini.

Menurut China Press, lelaki tersebut tiba di ibu pejabat polis daerah Ampang sekitar jam 3.50 petang tadi dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley.

Suspek ditemani peguamnya dan 10 orang lagi.

Menurut laporan media tempatan lelaki itu mungkin akan ditahan semalaman. Lelaki itu juga akan mengikuti prosiding untuk direman esok hari, lapor Berita Harian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang menasihatkan 'Datuk Seri' terbabit supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga anggota RELA baru-baru ini.

Menurut laporan China Press, pihak polis Selangor berkata suspek disiasat kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

'Datuk Seri' itu dikatakan telah mencederakan tiga anggota RELA terbabit selepas aduan dibuat terhadapnya kerana menganggu lalu-lintas dalam di sebuah majlis kuil Jumaat lalu.

Sementara itu, satu lagi laporan media tempatan menyebut ketua RELA daerah Ampang mendakwa beliau dihubungi pihak tertentu yang menawarkan beliau dan tiga mangsa itu sebanyak RM10,000 jika laporan polis tersebut ditarik balik.

Ho berkata tawaran itu ditolak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hot!! Isu tanah: Umno sebenarnya gadai hak Melayu di Pulau Pinang

bloglist-malaysia.blogspot

agendsai

Pejuang Perubahan

Orang Melayu yang berada di Pulau Pinang, khususnya dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor harus sedar bahawa usaha bagi menjual tanah yang menjadi Pengkalan TUDM di Teluk Air Tawar bukannya datang daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH). Ia adalah hasil kerja tangan-tangan ghaib yang ada dalam kalangan pimpinan Umno sendiri bagi mengaut keuntungan dengan menggadaikan hak orang Melayu.

Demikian dizahirkan oleh bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar.

 

Shariff Omar

Menurut beliau, cadangan untuk memindahkan pengkalan tentera tersebut tidak datang daripada pimpinan PH sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat Pusat.

Oleh itu jelasnya, orang Melayu harus tahu bahawa momokan mengenai hal ini yang sering dimainkan oleh pimpinan Umno di Pulau Pinang adalah bagi mengaburi mata rakyat.

Sebaliknya, mereka sendiri yang ingin menjual tanah-tanah tersebut supaya dapat mengaut keuntungan setelah tanah-tanah tersebut yang terletak berhampiran dengan pantai dapat dibangunkan dengan pusat komersial dan kodominium mewah.

"Saya mempunyai banyak bukti bahawa syarikat yang hendak memajukan projek ini juga adalah dimiliki oleh pimpinan Umno.

"Sekiranya siap nanti ia akan bernilai jutaan ringgit yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu apa lagi yang berada dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor sendiri.

"Yang lebih pelik ada usaha untuk memindahkan orang Melayu di kawasan perkampungan mereka di Ara Rendang yang letaknya cuma 10 kilometer dari tapak pengkalan sedia ada," tegasnya ketika ditemui di sini dalam satu program ceramah umum di Tasek Gelugor baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa era pemerintahan BN dahulu turut berkata, pemimpin Umno sendiri yang telah mengkhianati orang Melayu.

"Kita jangan terpedaya dengan mainan segelintir pemimpin Umno yang cuba untuk memburukkan kerajaan PH dengan menimbulkan pelbagai dakwaan.

"Sehingga kini kita dapat lihat hanya beberapa kerat sahaja pemimpin Umno yang berani untuk menentang cadangan pemindahan pengkalan tersebut ke kawasan Ara Rendang.

"Sehubungan itu, orang Melayu khususnya penduduk kampung jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir pimpinan Umno yang tamak dan haloba untuk mengaut keuntungan dengan cara pintas, " jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, banyak lagi pendedahan akan dibuat melibatkan pengagihan tanah dalam kalangan pimpinan Umno termasuklah tanah di Pongsu Seribu tidak lama lagi.

"Pendedahan demi pendedahan akan dibuat sebelum menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

"Pembongkaran ini adalah bagi menjelaskan kedudukan sebenar kepimpinan Umno yang sering salah urus dan memperlalatkan orang Melayu bagi mendapat sokongan.

"Sebenarnya golongan inilah yang mengaut keuntungan bagi mengkayakan pimpinan Umno serta kroni-kroni mereka, " ujarnya lagi.

Beliau yang kini adalah Timbalan Pengerusi Bersatu Negeri Pulau Pinang turut menggesa orang Melayu khususnya di Pulau Pinang dan Tasek Gelugor supaya tidak lagi menyokong Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya lagi, dengan memberi mandat kepada Umno dan BN, ia tidak akan menyelesaikan masalah dan beban rakyat, sebaliknya akan mengeruhkan lagi suasana politik yang semakin berkecamuk dan bercelaru sejak kebelakangan ini.

mdl

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peguam Negara Buat U Turn?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Peguam Negara Buat U Turn? Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mendedahkan kekurangan bukti menjadi punca mengapa beliau mengarahkan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuka semula.

Beliau mendakwa tidak berpuas hati dengan laporan bukti dalam siasatan tersebut namun enggan mendedahkan bahagian yang hendak disiasat semula.

Peguam Negara Buat U Turn? "Saya tak boleh nak beritahu apa yang saya nak siasat, cuma saya yang boleh cakap ada bahagian yang kurang bukti.

"Saya boleh kata dalam 25 hingga 35% yang saya kurang puas hati dalam laporan tersebut," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman berkata polis diarahkan membuka semula kes 1MDB.

Menerusi jawapan lisan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo, beliau berkata tindakan itu dilakukan atas arahan peguam negara pada 24 October lalu.
Peguam Negara Buat U Turn?
Ketua polis negara sebelum ini, Khalid Abu Bakar pada 12 April 2017 berkata kertas siasatan sudah siap dan dihantar ke Jabatan Peguam Malaysia.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan alasan Jabatan Peguam Negara mengembalikan laporan siasatan itu dan hanya berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

Apandi pada Jun lalu berkata tidak ada bukti penyalahgunaan wang 1MDB daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.

Beliau berkata demikian susulan tindakan undang-undang sivil dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

DoJ dalam saman sivilnya untuk menyita hartanah dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1MDB mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion wang 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat itu dan sekutunya.

Peguam Negara Buat U Turn?
Ditanya adakah siasatan semula turut melibatkan hartawan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Apandi enggan mengulas lanjut. "Siasatan masih berjalan," katanya. - MI

DOKTOR KECEWA PENJAGAAN KESIHATAN MASIH DIKENAKAN GST
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Doktor kecewa penjagaan kesihatan masih dikenakan GST
Print EmailPakar kesihatan kecewa penjagaan kesihatan masih dikenakan GST, meskipun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berulangkali menyeru penjagaan kesihatan dikecualikan daripada cukai itu.
Presiden MMA Dr Ravindran R Naidu berkata pihaknya kecewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan pengecualian GST untuk perkara lain kecuali penjagaan kesihatan.
"Apabila kami menyerahkan senarai harapan kami kepada perdana menteri, kami tonjolkan kebimbangan utama ialah perlaksanaan GST dalam penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan antara perkhidmatan paling asas untuk rakyat tetapi tidak diberi pengeculian GST. Jadi agak mengecewakan," katanya kepada FMT.
FMT baru-baru ini menonjolkan masalah yang dihadapi hospital dan klinik kerajaan akibat kekurangan dana seperti kekurangan ubat, barangan habis guna, regen untuk ujian darah, kerosakan alatan tidak dibaik pulih, dan penggunaan ubat generik.
Perdana menteri hari ini dalam pembentangan Bajet 2018 hari ini mengumumkan peruntukan sejumlah RM27 bilion untuk penjagaan kesihatan, berbanding RM25 bilion dalam belanjawan 2017. Seperti mana tahun lepas, RM4 bilion diperuntukkan untuk bekalan ubat, barangan habis guna, vaksin dan regen di semua hospital dan kemudahan kerajaan.
Ravindran menyambut baik peningkatan RM2 bilion untuk penjagaan kesihatan secara keseluruhan namun berharap ia tidak dipotong pada masa depan.
"Tahun lepas mereka memperuntukkan RM25 bilion untuk penjagaan kesihatan tetapi kemudian mereka potong peruntukan itu. Kalau mereka sekali buat begitu, kita hanya akan kembali ke takuk lama," katanya.
Beliau berkata tambahan RM100 juta untuk bekalan perubatan dan barangan habis guna memadai asalkan tidak dipotong seperti sebelum ini.
"Keadaan juga bergantung kepada jumlah pesakit di hospital kerajaan. Ia mungkin tidak mencukupi kalau pesakit bertambah," tegas Ravindran.
"Peruntukan paling penting ialah regen, bekalan dan barangan habis guna. Apa yang akan berlaku apabila berlaku kekurangan pada 3 perkara itu ialah mereka mungkin akan mengambil wang daripada tempat lain kerana ada tambahan RM2 bilion daripada belanjawan keseluruhan. Itu pun kalau peruntukan tidak dipotong."
Ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan & Sosial, Azrul Mohd Khalib terkejut peruntukan untuk ubat, barangan habis guna, vaksin dan regen tidak berubah.
"Ia tidak berubah walaupun kerajaan pernah menyentuh isu ini. Ada lebih 10 juta kes pesakit luar dicatatkan pada 2016 berbanding tahun lepas. Tahun ini dijangka berakhir dengan bilangan lebih tinggi."
"Keadaan itu membimbangkan kerana peruntukan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kekurangan bekalan ubatan asas untuk merawat penyakit, termasuk penyakit seperti hipertensi, penyakit jantung dan diabetes.
"Kekurangan bekalan, yang perlu berlaku dulu, akan menjejaskan golongan paling lemah seperti warga emas, pesara dan golongan berpendapatan rendah."
Azrul juga berkata peruntukan RM50 juta untuk menubuhkan Skim Insurans Kesihatan Sukarela merupakan langkah yang berani.
"Dalam komitmen kerajaan untuk membuat pembaharuan dan mewujudkan keadaan yang mampan untuk transformasi penjagaan kesihatan, langkah itu tanda kerajaan menuju ke arah memperkukuh pembiayaan kesihatan."
Azrul berkata rakyat Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada proses menambahbaik penjagaan kesihatan dengan menyertai insurans kesihatan negara seperti itu.
"Peruntukan belanjawan negara tidak akan mampu untuk setara dengan kos perubatan. Oleh itu, ada keperluan untuk mekanisme pembiayaan kesihatan berbeza untuk melengkapi rangka kerja sedia ada dan peruntukan kerajaan," katanya.
Azrul berkata Malaysia antara segelintir negara di rantau ini yang menyediakan subsidi untuk penyakit jarang jumpa.
"Kita perlukan perkhidmatan diagnostik lebih mampu milik. Pada masa ini, akibat kekurangan kemudahan yang khusus dan kepakaran, ujian genetik menjadi mahal dan sampel sering dihantar ke luar negara. Kekurangan kesedaran tentang penyakit jarang jumpa juga menyebabkan pesakit tidak mendapat bantuan kebajikan dan perkhidmatan.
"Saya berharap dengan memasukkan penyakit jarang jumpa dalam belanjawan negara, kerajaan akan memberi lebih perhatian dan pertimbangan kepada ubat pembaharuan baharu dalam formulari Kementerian Kesihatan dan menyokong program bantuan ubat."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Media Eropah Dan Brazil Dakwa Pemain Bola Sepak Indonesia Ini Mungkin Pemain Terpantas Di Dunia
siakapkeli.my

Akhbar terkemuka Inggeris, Daily Mail dan juga media Brazil, Globoesporte menilai bahawa seorang pemain bola sepak kelab Borneo FC dari Indonesia lebih pantas berbanding pemain kelahiran Jerman, Leroy Sane yang beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini, Manchester City.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada malam Rabu, Daily Mail telah membuat analisis terhadap larian solo oleh Terens Puhiri, 21, ketika menjaringkan gol ketiga buat Borneo FC ketika menentang Mitra Kukar, 23 Oktober lalu. Borneo FC menang 4 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Aji Imbut, Tenggarong.

"Disebabkan kurangnya teknologi dalam bola sepak Indonesia, kepantasan sebenar Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC tidak dapat dipastikan. Namun, berdasarkan video itu dia mungkin mengalahkan kepantasan Leroy Sane," dalam artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail.

Sane ketika awal musim ini mencatatkan kepantasan berlari selaju 35.48 kilometer per jam. Secara perbandingan, Sane diakatakan mampu menamatkan acara pecut 100 meter dalam masa 10 saat, rekod yang hanya boleh dicatatkan oleh atlet pecut bertaraf dunia sahaja. Perlu diingat, Sane membuat catatan tersebut di atas padang rumput, berbanding atlet olahraga yang berlari di atas trek khas untuk acara tersebut.

Daily Mail turut mengandaikan bahawa akan ada beberapa pencari bakat dari kelab Eropah yang mungkin memerhati kemampuan Puhiri selepas ini.

Kini, Puhiri menjadi sensasi media sosial selepas video yang merakam larian solonya serta jaringan gol tersebut menjadi tular.

"Semua ini timbul apabila saya yakin dan percaya bahawa bola yang kita kejar atau bawa mampu direbut.

"Bola sepak adalah pekerjaan kami. Mahu atau tidak kami harus yakin atau percaya diri bahawa orang Indonesia mampu menjadi sehebat pemain Eropah," kata Puhiri.

Sumber : Daily Mail

Mali, Negara Yang Dihimpit Kemiskinan Dan Peperangan, Tetapi Skuad Bola Sepaknya Ke Peringkat Dunia
siakapkeli.my

Kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA edisi 2017 di India membuatkan nama skuad bola sepak B-17 Mali menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola tempatan negara itu. Bukanya apa, negara yang bergolak itu mampu melangkah ke peringkat separuh akhir, ketika negara lain yang ada segalanya masih terkial-kial untuk beraksi di kejohanan peringkat umur itu.

Walaupun tewas 1-3 kepada Sepanyol dalam peringkat separuh akhir, namun banyak kisah yang boleh diambil iktibar daripada perjuangan skuad bola sepak negara ini. Untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, ia bukan tugas yang mudah sebenarnya.

Dan yang lebih penting, negara tersebut sedang dilanda peperangan. Pada Januari 2012, berlaku konflik dalaman apabila tentera kerajaan terpaksa berhadapan dengan kumpulan pemberontak Tuareg di bahagian utara negara tersebut. Pada April tahun yang sama, pemberontak menguasai sepenuhnya bahagian utara itu dan lantas mengisytiharkan negara baru yang dikenali sebagi Azawad.

Peperangan yang berlaku serta tentera kerajaan yang dibantu Perancis berterusan beberapa bulan sebelum gabungan tersebut berjaya merampas semula kawasan tersebut pada awal 2013. Walaupun dalam tempoh tersebut negara Mali tidak aman, namun bola sepaknya sentiasa memberi saingan dalam pertandingan kompetitif.

Dengan segala macam bentuk pergolakkan yang dialami, bola sepak Mali akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kini mampu berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi bola sepak Afrika yang lain seperti Ivory Coast dan Nigeria.

Sejarah bola sepak Mali boleh dijejak sejak tahun 1960 lagi, selepas mendapat kemerdekaan daripada Perancis, Mali membuat penampilan di peringkat antarabangsa dengan mencatatkan kemenangan 4-3 keatas Republik Afrika Tengah pada tahun yang sama. Pada tahun 1972, Mali membuat kejutan apabila mara ke peringkat akhir dalam Piala Negara Afrika (CAF), namun tersungkur 2-3 kepada Congo.

Selepas itu, bola sepak Mali sepi seketika sebelum membuat kemunculan semula dalam saingan tersebut pada tahun 1994. Mereka berjaya memberi cabaran sehingga peringkat separuh akhir. Mali seterusnya beraksi dalam empat lagi saingan CAF pada tahun 2002, 2004, dan 2012.

Manakala skuad B23 mereka juga turut mencipta impak di peringkat dunia. Pada tahun 2004, mereka layak hingga suku akhir sebelum tewas pada Itali dalam temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik di Athens, Greece.

Biarpun skuad utama Mali tidak pernah menjejak kaki di saingan Piala Dunia, namun impak yang diberikan dalam saingan peringkat umur tetap mengujakan buat penyokong-penyokong mereka.

Misalnya, skuad B17 mereka pernah mara ke final CAF B17 pada tahun 1997 namun tewas kepada Mesir. Mereka kemudiannya muncul juara pada 2015 dan 2017. Mali muncul sebagai negara pertama yang mampu menjulang piala tersebut dua kali berturut-turut.

Mali juga pernah membuat penampilan sebanyak tiga kali dalam saingan Piala Dunia B17. Percapaian terbaik mereka sebelum ini adalah muncul naib juara ketika tewas kepada Nigeria dua tahun lalu.

Sumber : News 18

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tayar Tiba-Tiba Pecah Ketika Memandu, Jangan Panik, Ini Langkah Apa Yang Perlu Anda Buat Untuk Kurangkan Risiko Kemalangan
siakapkeli.my

Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Contohnya ingin pulang beraya ke kampung, menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar keluar dari kota untuk menenangkan fikiran. Paling tidak, untuk ke tempat kerja pun kita gemar menggunakan kereta.

Jadi dengan tempoh masa yang lama kita berada di dalam kereta dan di atas jalan raya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Minyak habis, kereta berhenti secara mengejut, kemalangan ataupun tayar meletup. Bukan meminta, tapi itulah risiko yang harus kita faham dan cuba membuat persedian dari awal. Kali ini kami ingin kongsikan 7 perkara yang anda perlu buat apabila tayar kereta yang sedang anda pandu pecah secara tiba-tiba.

1. KAWAL DIRI DARIPADA MENEKAN PEDAL MINYAK

Ketika tayar meletup, kita akan menjadi panik dengan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Disebabkan itu tips pertama ini sukar dilakukan, namun sebenarnya ia amat penting untuk seseorang pemandu cuba bertenang dan mengelak dari terus menekan pendikit. Apabila tayar meletup, kereta anda akan bergerak seolah-olah ingin membelok, tetapi sebenarnya kereta masih lagi berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

Apabila tayar sudah terkunci (tidak boleh membelok) anda sudah kehilangan kawalan ke atas kenderaan anda sendiri. Kereta akan bergerak mengikut hukum fizik, terhuyung - hayang berbanding arah yang kita mahukan. Bayangkan jika anda terus menekan minyak ketika itu. Tayar yang terkunci juga boleh meningkatkan keberangkalian kereta untuk terbalik dan berpusing. Jadi, bersedialah.

2. BOLEH MENEKAN PEDAL BREK, TETAPI TIDAK SECARA AGRESIF

Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.

Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.

Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut, dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.

3. MEMBETULKAN STERENG KENDERAAN ANDA SECARA LEMBUT

Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.

Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.

Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.

4. RENDAHKAN GEAR DAN GUNA BREK ENJIN

Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.

Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.

5. KEKALKAN KENDERAAN ANDA DALAM LALUAN

Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kemalangan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.

Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.

6. NYALAKAN LAMPU AMARAN (HAZARD LIGHT)

Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.

7. BERHATI-HATI KETIKA BERADA DI LORONG KECEMASAN

Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.

Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.

Sumber : Pandu Laju

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



8 Daripada 10 Kes Yang Saya Jumpa, Mereka Muflis Sebab Bagi Pinjaman Dan Jadi Guarantor Kepada Keluarga Dan Kawan Sendiri
siakapkeli.my

Kerana percaya kawan baik atau ahli keluarga maka relalah menjadi peminjam atau guarantor tanpa berfikir panjang.Seorang guarantor atau peminjam harus bersiap sedia untuk membayar loan jika tidak mahu namanya di blacklist. Jika anda tidak mahu menanggung semua itu maka janganlah bermurah hati untuk menjadi guarantor.

Biar mereka kata kita sombong tidak mahu tolong asalkan masa depan kita terjamin. Jangan biarkan mereka bersenang lenang tetapi kita menangis menanggung hutang mereka.

Satu perkongsian dari saudara Faizul Ridzuan ini banyak memberi manfaat dan kita perlu ambil iktibar dari kisah dua rakan baik ini. Sebelum anda bersetuju menjadi guarantor siapkan segala ilmu yang anda supaya tidak menyesal.

KALAU BETUL ANDA SAYANG MEREKA, JANGAN KASI PINJAM.

Salam semua. Baru baru ni nampak cerita artis kena saman sebab tak bayar hutang. Kronologi cerita mereka:

- Wadi ( Bukan nama sebenar ) nak beli kereta mahal (Toyota Harapan) tapi tak boleh dapatkan loan.

- Wadi minta BFF beliau waktu tu, si Hanu (Juga bukan nama sebenar) untuk jadi penjamin.

- Mula bayar okay, but bila kereta baru dah jadi tak berapa baru dan mungkin kurang dapat pujian sbb dah jadi kereta lama, si Wadi mulalah tak membayar ansuran yang dijanjikan.

- Jadi bila Wadi tak bayar, bank mula kejar Hanu sebab dalam mata bank, Hanu yang meminjam dan si Wadi ni tak wujud.

- Mesti Hanu taknak bayar sebab tu bukan kereta dia kan? So bila Hanu( sebenarnya Wadi) tak bayar, Bank akan saman Hanu si peminjam walaupun kereta itu sebenarnya dimiliki dan dibeli oleh si Wadi.

- Bila Hanu tak bayar kepada Bank, Hanu diishtiharkan sebagai muflis/bankrup. So ini apa yang akan belaku kepada mereka yang muflis:

1. Tak boleh keluar negara .

2. Tak boleh buka apa-apa syarikat

3. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk beli rumah. ( ni paling sedih )

4. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk beli kereta.

5. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk buat ASB loan

6. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk dapatkan kredit kad atau personal loan.

Ramai orang kekadang kesian dan nak bantu ahli keluarga dan kawan yang sebenarnya dah kena blacklist oleh pihak bank. Jadi mereka relakan diri jadi guarantor dan peminjam untuk bantu buat loan kereta, kredit kad etc sebab kesian dan berniat baik. Ye la, ahli keluarga sendiri kan? Waktu mereka minta tolong, semuanya okay, minta menangis-nangis. Takkan la keluarga sendiri akan aniaya kita kan?

Tapi keluarga bahagia hanya wujud dalam drama T** jam 7pm saja. Tahukah anda, 8 daripada 10 kes yang jumpa saya dalam sesi personal coaching, mereka menyesal tak sudah bagi pinjaman dan jadi guarantor kepada ahli keluarga. Semua cerita sama, mula mula okay dan bayar elok je, but lepas 1-2 tahun mula ada masalah. Last-last yang sangkut, kita. Elok elok dia je yang muflis, sebab dia sekarang kita pun ter-join kelab yang sama. Anda menangis dan merayu pun, mereka takkan mampu bayar anda balik sebab mereka tak pernah ada disiplin untuk bayar balik.

Kawan-kawan, ada sebab kenapa mereka ni, bank memang tak mahu bagi pinjaman kepada mereka. Sebab bank memang dah tahu mereka ni jenis meminjam pandai, tapi nak bayar memang lahanat sungguh. Mereka dah terkena dulu, jadi bila mereka dah serik dan tak nak bagi dah, jangan lah kita memandai rasa yang kita lebih tahu dari pihak bank mengenai profile si peminjam ni. Of coz peminjam akan cakap bank jahat dan mereka kena aniaya dan macam macam, tapi bank buat ikut undang undang, so mereka kena aniaya boleh suruh mereka saman bank tu terus.

So kalau anda sayangkan mereka, jangan bagi pinjam duit atau nama untuk buat benda benda mengarut yang tidak urgent atau penting. Kalau benda penting macam yuran perubatan atau ada ahli keluarga sakit, boleh la kita faham dan pertimbangkan. Tapi kalau nak pinjam sebab kereta selalu sakit, atau bontot dah lama gatal sebab tak dapat nak pegi Maldives dan nak post gambar epik di instagram, takyah la. Kalau sayangkan mereka, suruh mereka buat benda yang boleh tambahkan income. Jual goreng pisang ke, air ke, bawak grabe/uber ke dan guna duit extra tu untuk beli kereta cash atau pi holiday.

Kita kena latih mereka supaya bertanggung-jawab dan berdisiplin dan belajar untuk selesaikan masalah yang lama dulu. Suruh mereka bayar balik hutang bank tu perlahan perlahan. Sebab lepas dah hutang tu dah bersih, latih mereka melabur hartanah supaya boleh dapat kereta dan holiday percuma. Terlalu banyak keburukan bila profail kewangan kita teruk dan terlalu banyak kelebihan bila profail kewangan kita cantik. Selagi mereka tak bertanggungjawab atas diri mereka sendiri, mereka takkan belajar dan takkan dapat ubah nasib.

Kalau kita nak merawat penagih dadah, kita berhenti bagi dadah kat mereka kan, dan bukan bagi lagi extra dadah untuk mereka kan? Kalau anda nak merawat kaki-hutang, logik ke kalau kita offer peluang untuk mereka berhutang lagi?

#HatiKeras
#MukaLawaDanHensemNiBiasanyaKuatHutangKan
#SayaPunHutangBanyakTapiHutangKatBankDanOrangLainBayarkan
#IniBukanOPMyangBetul

Sumber- Faizul Ridzuan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 1, 2017 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki 'Pergi' Untuk Selamanya Tinggal 2 Orang Anak Masih Bersekolah Akibat Barah Paru-Paru Kerana Merokok
siakapkeli.my

Lelaki dan rokok memang sukar dipisahkan. Walaupun sudah tahu keburukan merokok tapi mereka ini masih lagi menghisap rokok. Sehingga ramai di antara mereka ini menjadi perokok tegar bertahun-tahun dengan alasan sukar untuk berhenti rokok.

Rutin harian dipenuhi dengan menghisap rokok, sehari mampu menghabiskan berbatang-batang dan berkotak-kotak. Apabila disuruh berhenti atau kurangkan, sudah pasti ada sahaja jawapan dari mereka ini. Bila sudah jatuh sakit pon masih sukar lagi nak berhenti.

Ikuti perkongsian dari Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan mengenai kisah pesakitnya yang sukar berhenti merokok hingga ke akhir hayatnya.

Susah nak berhenti rokok sehingga ke akhir hayat!

Masih teringat lagi seorang pesakit lelaki, berumur 41 tahun. Beliau seorang buruh, memang kerja beliau berat. Isteri tidak bekerja. Mempunyai 2 orang anak, masih di sekolah rendah.

Beliau tidak sihat sudah lama; batuk dan tidak lalu makan. Mula-mula beliau tidak endahkan simptom beliau. Akhirnya sampai dah tak tahan sangat sebab sesak nafas, beliau datang ke hospital.

Paru-paru sebelah kiri beliau penuh air. Lihat contoh XRay pertama, sebelah paru-paru beliau putih. Maksudnya penuh air. Terpaksa dilakukan prosedur memasukkan tiub plastik ke dalam rongga paru-paru untuk mengeluarkan air (gambar ketiga). Air ini kami panggil "pleural effusion". Kalau air yang mengalir keluar dari paru-paru berwarna merah/berdarah kami panggil "haemorrhagic pleural effusion". Bila macam ini, kami kebiasaannya "suspect" barah paru-paru.

Mana tidaknya, beliau merokok sejak umur 15 tahun! Sekurang-kurangnya 20 batang sehari.
Ya Allah!

26 tahun jadi PEROKOK TEGAR!

Setelah buat ujian bronkoskopi, memasukkan kamera ke dalam corong pernafasan beliau, sahlah beliau ada barah paru-paru. Bila nampak sahaja ketumbuhan seperti di gambar kedua, kami sudah tahu. Sudah sampai ke tahap 4. Terlambat. Dah merebak.

Kehidupan beliau susah, nak mengikuti rawatan pun sukar. Anak isteri perlu sesuap nasi setiap hari. Sedih melihat beliau, masih terpaksa teruskan bekerja. Beliau tidak boleh berhenti merokok walaupun sudah sakit.

Tidak sampai beberapa bulan, beliau koma. Terpaksa dikejarkan ke hospital. Kali ini, sel barah sudah merebak ke otak beliau.

Pada hari-hari terakhir beliau di hospital, sangat sebak kami melihat isteri dan dua orang anak kecil beliau yang senantiasa berada di sisi. Tidak dapat kami bayangkan apa akan terjadi kepada mereka nanti. Ayah mereka pergi didalam usia muda, 41 tahun.

Maaf, saya tidak faham kenapa sesiapa pun perlu merokok.

1. Membahayakan kesihatan. Bukan seorang ini sahaja kami lihat. Malah hari-hari. Macam-macam kesan sampingan. Yang muda sakit jantung pun semakin ramai; 20-an dah selalu kami lihat di hospital.

2. Mohon berhenti TERUS sesiapa yang merokok. Nak berhenti perlu semangat dan kekuatan sahaja. Lihat sahaja anak-anak anda yang masih comel itu, cukup. Ramai yang bertanya: "boleh berhenti terus ke". Pendapat saya, berhenti terus lah yang terbaik. Tidak ada kesan sampingan dari sudut kesihatan.

3. Mohon kita ramai-ramai bantah kiddie pack. Apa ke benda nak jual rokok pek sebegini pulak. Dah lah tak menolong langsung, merosakkan lagi adalah. Mahu lebih ramai kanak-kanak dan pelajar muda yang akan terjebak.

Mari sertai kempen kami Kampen Bantahan Kiddie Pack

Kalau tanya pendapat saya, ban terus rokok-rokok ini.
Cukup-cukup lah.

Tak pasal-pasal risiko keluarga anda pun jadi tinggi sebab dekat dengan anda.
Tak sayang mereka ke?

#BantahKiddiePack

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan

Hilmi Lockman
Pakar Perunding Perubatan & Respiratori (Paru-Paru)

Kesemua gambar ini di ambil dari internet, bukan gambar pesakit sebenar

Sumber- Rafidah Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: