Thursday, November 23, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4864

9 Messages

Digest #4864

Messages

Thu Nov 23, 2017 5:21 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Apa yang anda perlu buat jika dah masuk umur 45 tahun
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mat Bihi

Anda dah masuk 45 tahun ke belum?

Ada satu maklumat yang rasanya menarik dan bermanfaat untuk anda yang dah masuk umur 45 tahun dan ke atas. Maklumat ini dikongsikan oleh ramai orang di media sosial. Saya dapat dari group whatsapp kawan-kawan sekolah yang memang rata-rata dah lebih dari 45 tahun semuanya.

Umur 45 tahun ni dah boleh kira umur orang tua. Zaman muda dah hilang.

Ada dua perkara yang saya tengok kawan-kawan sekolah sekarang berikan perhatian. Pertamanya, terutama di kalangan kaum ibu, mereka banyak kongsikan amalan-amalan keagamaan. Doa itu, doa ini, amalan itu dan amalan ini.

Bagi kaum lelaki pula, banyak dok mengusik kaum ibu dengan cerita poligami. Nampak macam kaum lelaki seperti meningkat pulak keghairahan mereka untuk pasang lagi seorang teman hidup. Atau mungkin hanya sekadar gurauan untuk lepas geram sebab memang tak berani nak buat secara betul.

Bagi yang neutral pulak akan kongsikan maklumat umum yang bermanfaat khas untuk kawan-kawan yang dah hilang zaman muda mereka.

Secara umumnya, semua dah sedar diri masing-masing dah berusia. Anak-anak dah besar dan rupa dah bertukar jadi comel dan tidak lagi hansem atau cantik jelita. Bila dah berusia ini, kesihatan jadi satu agenda utama yang sentiasa masuk dalam topik perbincangan.

Nasihat dari Prof Bhenny Karim
Saya dapat nasihat khas untuk orang yang dah masuk 45 tahun ini kononnya diberikan oleh seorang prof dari fakulti perubatan di sebuah universiti di Indonesia.

Kenapa saya kata konon, sebab nama itu tak ada pulak bila saya buat carian tenaga-tenaga pengajar di universiti yang dimaksudkan. Tak ada nama Bhenny Karim kat tersenarai sebagai kakitangan kat universiti tersebut.

Tapi tak apalah, sebab saya tengok nasihat yang diberikan memang baik untuk sama-sama diamalkan oleh kawan-kawan yang dah masuk lebih 45 tahun usianya.

Amalan masuk usia 45 tahun
Berikut saya buat senarai untuk anda yang dah masuk umur 45 tahun dan ke atas. Semua amalan ini sesuai untuk orang yang dah rasa diri dia dah tua dan mahu dapatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan lambatkan sedikit proses penuaan.

1.. Jalan kaki - Pastikan anda bergerak setiap hari dengan berjalan kaki antara 3 ke 5 kilometer sehari. Seeloknya buat senaman jalan kaki di waktu pagi keliling kampung. Jalan relaks-relaks saja nikmati suasana pagi. Aktiviti ini boleh cegah Osteoporosis dan Hypertension.
2.. Senaman nafas - Dalam dua kali seminggu perlu amal senaman nafas dengan tarik nafas dalam-dalam semaksimum mungkin untuk tingkatkan aliran darah ke Alveoli, tempat di mana berlakunya pertukaran gas antara oksigen dan karbon dioksida. Kalau boleh sila ikut latihan senaman seperti Cikung, TaiChi dan seumpamanya.
3.. Kurang makan kandungan Karbohidrat - Karbohidrat yang orang kita suka letak hidangan atas meja adalah Nasi. Biasanya, makanan rugi seperti beras ni banyak dengan kandungan karbohidrat. Bila dah masuk umur tua ni elok kurangkan sebanyak mungkin karbohidrat. Lebihkan protein, Buah dan Sayur untuk hidangan atas meja anda.
4.. Jaga berat badan - Berat Ideal Lelaki adalah ukuran tinggi badan dan tolak dengan 100 (Kalau tinggi 170, berat yang elok adalah 70 kg). Bagi kaum wanita pulak pastikan tinggi badan ditolak dengan 110 (Jika tinggi 160, pastikan berat adalah 50 kg sahaja). Lingkaran Perut pula jangan lebih 80cm utk Wanita dan untuk lelaki, jangan lebih 90cm. BMI jangan lebih 30 kg/m2.
5.. Jaga tekanan darah - Pastikan tekanan darah tidak melebihi 140/90. Elok buat bacaan tekanan darah setiap minggu, Kalau boleh beli saja alat ukur tekanan darah tu dan simpan kat rumah.
6.. Jaga kandungan gula dalam darah - Pastikan kadar gula dalam darah dalam keadaan puasa tidak lebih dari 110. Trigliserida 150 dan HDL perlu lebih 50. Pastikan anda buat pemeriksaan darah setiap 6 Bulan.
7.. Awasi kanser - Untuk kaum hawa, wajib buat MAMMOGRAM dan PAP SMEAR. Buat setiap tahun untuk kesan awal jika ada Kanser Servik atau Payudara.
8.. Cukupkan rehat - Jaga tidur anda dengan cukup dalam lingkungan 6 ke 8 jam sehari. Paling baik tidur awal dalam lingkungan pukul 10 malam. Masa tidur tu, matikan lampu untuk meransang pembinaan hormon. Jangan Makan 3 jam sebelum tidur untuk mencegah sesak. Pastikan kedudukan bantal rendah untuk tingkatkan Oksigen masuk ke Otak. Kemudian, miring ke kanan supaya kurang beban jantung.
9.. Kawal stress - Ini penting! Jangan bekerja di luar kemampuan. Banyakkan syukur, berdoa dan bertafakur. Sentiasa perbaiki kualiti ibadah, iman, sosial dan layan hiburan yang positif. Banyakkan m untuk borak-borak santai dan gurau senda. Erat Silaturahim sesama Keluarga dan kawan. Tak perlu marah-marah dan beremosi dengan hindari hal-hal yang boleh mencetuskannya.
Jika anda ada banyak harta, pastikan bijak menggunakannya. Jangan bazir dan jangan juga kedekut. Paling penting jangan berkira sangat dengan orang-orang kesayangan kita seperti keluarga dan saudara mara atau kawan-kawan rapat.

Makan Laju Boleh Sebabkan Berat Badan Naik, Sakit Jantung, Strok Dan Kencing Manis
siakapkeli.my

Risiko untuk individu menghadapi penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes boleh diukur melalui pengamatan terhadap cara seseorang itu makan, sama ada laju atau perlahan.

Seseorang yang makan dan kunyah secara perlahan dapat membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolestrol tidak normal.

Jika seseorang itu makan terlalu laju atau cepat, ia boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang memungkinkan berlaku rintangan terhadap insulin.

Hasil penyelidikan yang yang dibentangkan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017 menunjukkan bahawa makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu kajian telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Hiroshima, Jepun ke atas 624 lelaki dan 441 wanita dengan usia purata 51.2 tahun yang tidak mempunyai sindrom matabolik, pada 2008. Mereka membahagikan kumpulan lelaki dan wanita ini kepada tiga kategori kepada cara mereka makan sama ada lambat, biasa atau cepat.

Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 11.6 peratus lebih cenderung mengalami sindrom metabolik jika makan dengan laju berbanding makan secara biasa iaitu 6.5 peratus dan 2.3 peratus untuk mereka yang makan dengan perlahan.

Selain itu, makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Manakala jika seseorang itu makan dan kunyah dengan perlahan, ia membolehkan otak menerima isyarat kenyang yang mana anda cenderung untuk berhenti makan sebelum kekenyangan.

Berbeza dengan mereka yang makan dan kunyah dengan laju, individu ini cenderung untuk tidak berasa kenyang dan berkemungkinan untuk makan lebih banyak.

Sumber : BH Online, The Independent UK

Kita 'Stuck' Dalam Sistem, Boleh Tak Hentikan Kitaran Jahat Ini? Anak Kecil-Kecil Lagi Sudah Diberi Tekanan - Pakar
siakapkeli.my

Sebagai ibu bapa kita sememangnya mahu yang terbaik untuk anak kita. Apa yang kita mahu? Sudah pasti melihat diri mereka berjaya. Tetapi kadang kala kita tidak pernah sedar, keinginan kita terhadap anak-anak adalah sesuatu desakan terhadap mereka. Kita kecewa terhadap keputusan peperiksaan kita walhal setakat itu kemampuan mereka.

Tanpa disedari, anak-anak mengalami tekanan jiwa sejak dari kecil kerana ingin menunjukan betapa bagusnya mereka ini. Walaupun mendapat kedudukan yang bagus dalam pemeriksaan tetapi masih lagi kecewa dengan kedudukan dalam kelas.

Berdasarkan perkongsian dari Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli yang merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak, UNITAR mengenai pemikiran masyarakat kita yang lebih mementingan kedudukan dalam kelas, dan keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam kalangan anak-anak.

Keputusan seorang murid Darjah 1: KESAN hari ini: KECEWA kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A. Bertambah seorang lagi Mental Stress Disorder mungkin?

Sampai bila kah senario seperti ini terus DIBENARKAN untuk berlaku dalam masyarakat kita?

STOP saying, "There's nothing we can do." "The system requires the child to read." "The system this.. the system that..."

Sampai bila?

Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu?

Ya, kita STUCK dalam sistem.

Boleh tak kita HENTIKAN KITARAN JAHAT (Vicious Cycle) ini? Boleh tak kita move on with our life, dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak?

Sebab secara saintifik nya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka.

PERCAYA KEPADA PROSES.

Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini. Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.

Alternatifnya Parents?

a.. Samada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
a.. Samada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
a.. Samada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN.
a.. Samada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
KENAPA?

Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!

Apa yang perlu anda lakukan?

Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. Multiple Intelligence ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi Intelligences yang lain. Dalam Al-Quran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita?

Kayu pengukur bukan hanya PEPERIKSAAN. Ada banyak cara lain. Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain?

Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir. Jom!

HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera.. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi), 'anak anda boleh survive jika mereka ada SKIL, bukan bilangan A'. Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas KERTAS, tetapi tidak boleh bekerja.

PLEASE CHANGE.

(Gambar - sumber dari kenalan rapat)

Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:28 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



10 Jenama Luar Negara Yang Ramai Menyangka Adalah Produk Buatan Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Artikel kali ini berkaitan jenama luar yang ramai sangkakan jenama Malaysia, namun salah tanggapan kita. Jenama-jenama dalam senarai ini kebanyakkannya telah lama diasaskan, pada ketika negara kita masih pun belum merdeka.

1. Ayam Brand

Nama pun ayam, mestilah produk Malaysia, betul tak? Jawapannya salah. Sejarah Ayam Brand berbalik kepada seorang lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet. Beliau mengasaskan produk ini di Singapura pada tahun 1892, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Malaya di bawah pemerintahan British.

Bisnes Ayam Brand pada ketika itu lebih kepada membekalkan makanan untuk pekerja koloni, serta membekalkan bahan-bahan binaan. Produk makanannya pada ketika itu dilihat sebagai produk mewah kerana makanan tin masih belum mampu dibeli rakyat.

Kini, jenama Ayam Brand dimiliki oleh Denis Frerez Group, dan mereka menjadi pembekal utama makanan tin di sekitar Asia.

Kita jangan jadi macam negara jiran kita, semua benda pun nak claim produk mereka. Ayam Brand adalah produk Singapura.

2. Milo

Penulis berasa nostlagia sangat bila teringat sewaktu di sekolah rendah berebut-rebut dengan rakan sekolah untuk mendapatkan secawan air Milo dari lori berwarna hijau terutamanya ketika hari sukan. Selain teh ais, milo ais menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Milo pada asalnya diasaskan oleh Thomas Mayne, seorang ahli kimia industri dan pencipta pada tahun 1934. Beliau melancarkan produk tersebut di Sydney Royal Easter Show, dan mula menghasilkan Milo berskala besar di kilang yang terleta di Smithtown, New South Wales, Australia.

Nama Milo diambil dari seorang legenda atlit gusti Greek yang terkenal kerana kekuatan tenaga beliau. Atlit tersebut adalah Milo of Croton.

3. Nescafe

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kopi Nescafe 3-in-1 menjadi pembuka hari mereka. Sedihnya, kopi kegemaran kita ini bukanlah produk Malaysia. Nescafe dimiliki oleh sebuah syarikat Switzerland, iaitu Nestlé.

Nestlé diasaskan oleh Henri Nestlé sekitar tahun 1866. Produk pertama beliau adalah makanan bayi berasaskan susu. Pada tahun 1867, Daniel Peter, seorang pakar coklat, mula menyempurnakan ciptaan Nestlé melalui proses pembuatan susu coklat. Nestlé turut memainkan peranan penting dalam mencipta proses tersebut.

Henri Nestlé bersara pada 1875 namun syarikat tersebut yang di bawah pengurusan dan pemilikan baru mengekalkan nama Nestlé sebagai nama syarikat.

4. Maggi

Maggi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, terutama mereka yang belajar di sekolah asrama penuh mahupun universiti. Memasak Maggi adalah mudah dan cepat, menjadi makanan asas ketika peperiksaan menjelang.

Maggi sebenarnya adalah sebuah jenama, bukannya sebuah produk sahaja. Selalunya kalau orang menyebut Maggi, pasti terbayang mee segera berperisa kari. Penulis sendiri masih tidak percaya yang Maggi ini bukan produk tempatan.

Maggi diasaskan oleh Julius Maggi pada tahun 1884 di Switzerland, setelah beliau mengambil alih kilang ayahnya. Produk Maggi dengan cepat mendapat tempat di hati rakyat penduduk pada ketika itu, dan beliau menjadi pengasas kepada industri pembuatan makanan.

Debunk: Makan maggi tidak menjadikan anda lembab, ia menjadikan anda kenyang.

5. Bata

Hampir setiap daripada kita pasti pernah memiliki kasut Bata. Sebahagian daripada rakyat Malaysia menganggap memakai kasut Bata sebagai tidak cool seperti jenama-jenama lain kerana ia produk tempatan. Ramai yang ingat nama Bata itu ialah batu bata yang digunakan untuk membuat pembinaan.

Sebenarnya Bata telah diasaskan oleh 3 orang adik beradik iaitu Anna, Tomas dan Antonin Bata di Republick Czech pada tahun 1894. Kini, syarikat ini berpangkalan di Switzerland.

6. Pilot

Pada zaman sekolah dahulu, sekiranya anda memiliki pen atau pensil mekanikal Pilot (kita panggil pensil shaker), anda seorang yang cool. Masihkan anda ingat perasaan apabila hilang pensel jenama ini, betapa geramnya anda?

Pilot sebenarnya merupakan produk keluaran Jepun. Nama pilot itu sendiri langsung tidak menggambarkan bahawa ianya dari Jepun, lebih kepada barat. Pilot sebenarnya diasaskan oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918 dengan nama syarikat Namiki Manufacturing Company.

Kini, produk keluaran Pilot digunakan di seluruh dunia terutamanya di Eropah seperti di Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Pengalaman paling best semasa kecil adalah kehilangan pensil shaker, terasa nak mengamuk bila hilang.

7. Horlicks

Horlicks menjadi kegemaran penulis sendiri. Minum sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1869, William Horlick telah berpindah ke Amerika Syarikat dari United Kingdom. Pada tahun 1873, James Horlick yang merupakan seorang ahli farmasi, telah ke Amerika Syarikat untuk bersama abangnya membuka sebuah syarikat iaitu J & W Horlick.

Syarikat ini mengeluarkan minuman susu malt sebagai minuman alternatif kepada susu ibu. Kini syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat British iaitu GlaxoSmithKline (GSK).

GSK merupakan syarikat yang sama yang menghasilkan Ribena, satu lagi produk yang ramai rakyat Malaysia tersalah anggap produk tempatan.

8. Lipton

Siapa yang tidak suka minum teh terutamanya teh ais di Malaysia ni? Lipton merupakan jenama yang dikaitkan dengan teh, dan ramai di antara kita tersalah anggap bahawa Lipton berasal dari Cameron Highland. Tidak!

Lipton sebenarnya diasaskan di Scotland pada tahun 1871, dan ia bermula sebagai rangkaian supermarket dan bukannya pengeluar teh. Pengasasnya, Thomas Lipton hanya mula menceburi bidang teh ini 9 tahun selepas mengasaskan Lipton, dengan membeli sebuah taman teh di Sri Lanka.

Lipton kini dimiliki oleh sebuah syarikat Belanda-British, iaitu Unilever.

9. Giordano

Di Malaysia, kedai Giordano dapat dilihat di merata-rata pusat beli belah, dan penulis pun rasa yang jenama ini merupakan produk Malaysia. Ternyata salah tanggapan tersebut. Giordano diasaskan pada tahun 1981 oleh Lai Chee-Ying (atau dikenali sebagai Jimmy Lai) seorang usahawan Hong Kong.

Sebagai sebuah jenama yang makin popular di seluruh pelusuk dunia, rakyat negara lain turut tersalah anggap yang Giordano ini merupakan jenama tempatan negara mereka juga.

10. Tropicana

Jus Tropicana yang popular ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1947 oleh Tropicana Producs Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini kini dimiliki oleh PepsiCo, syarikat yang sama memiliki Pepsi dan Gatorade.

Sejarah Tropicana bermula oleh seorang pemuda berbangsa Itali iaitu Anthony T. Rossi. Dengan berbekalkan sijil sekolah menengah, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan ketika berusia 21 tahun.

Beliau pernah menjadi pemandu teksi, peruncit di New York, peladang di Virginia dan akhirnya berpindah ke Florida pada tahun 1940. Di sana, beliau terlibat dalam industri citrus. Bermula dari sinilah bagaimana syarikat Tropicana diasaskan.

Sumber: ILUMINASI

Hati-Hati, 11 Barang Tiruan Yang Hampir Sama Dengan Produk Original
siakapkeli.my

Produk Tiruan adalah bahan atau apa-apa yang diciplak oleh pihak-pihak yang ingin mendapat keuntungan dengan menumpang populariti sesebuah syarikat atau jenama yang ternama.

Lambakan produk tiruan yang terjual di seluruh dunia memang tidak dapat dibendung kerana barang-barang ini mempunyai peminat serta penggunanya tersendiri.

Namun kita seharusnya lebih berhati-hati sebelum membeli dan menggunakan sesuatu barang di pasaran.

Berikut adalah produk tiruan yang terdapat di dalam pasaran :

1. Sepintas lalu macam Oreo kan ?

2. Buku Tiruan Mewarna Untuk Kanak-kanak

3. Kasut Berjenama Iphone

4. Pumba atau Puma ?

Satu lagi cubaan untuk meniru jenama baju Puma.

5. Baru tahu Google pun jual tisu sekarang ni..

6. Lihat betul-betul sebelum beli ya

7. Serupa macam minuman yang kita biasa minum kan ?

8. H&M jual buah jugak ye ?

9. Pearphone

10. Dave atau Dove ?

11. Facebook buka restoran ke ?

Sumber : Tribun Travel

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:28 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tok Mat Janggut Lahar Yooi tak kisah diwartakan ajaran sesat
bloglist-malaysia.blogspot.
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Kisah pertembungan antara ilmuan agama yang bergelar Ustaz dan sebelah pihak lagi bergelar Tok Mat Janggut jadi tular baru-baru ini.

Ustaz datang nak berbahas kebenaran dengan Tok Mat Janggut dan tak sabar-sabar nak hukumkan bahawa Tok Mat Janggut sesat dan tak cukup ilmu untuk nak faham ilmu.

Saya tengok juga video itu sebab depa cakap bahasa melayu logat tempat saya. Memang patutupun logat sama sebab kejadian dikatakan berlaku kat Lahaq Yooi. Tak jauh dah dari rumah saya kat kampung tu.

Tapi tak pernah pulak saya dengar pasal Tok Mat Janggut tu selama duduk kat kampung dan selalu balik kampung selama ini. Mungkin balik sekejap sekejap saja jadi tak sempat nak dapat dakwah ajakan dari para murid Tok Mat Janggut.

Apa sebab Tok Mat Janggut sesat
Majlis agama Pulau Pinang dah wartakan ajaran Tok Mat Janggut ini sebagai sesat. Saya cuba cari kat dalam portal Jabatan Mufti pasal fatwa sesat yang telah diwartakan tapi tak jumpa pulak. Cuma jumpa soalan dari warga Pulau Pinang yang risau pasal suaminya dah ikut ajaran Tok Mat Janggut ini.

Berikut soalan yang siisteri itu tanya pada jabatan mufti Pulau Pinang:

Ajaran Tok Mat Janggut
Assalamualaikum..
sy nak tanya pasal ajaran tok mat janggut. sy dah jumpa kat e fatwa ajaran tok mat janggut sesat tetapi x secara detail. cuna bagitau sesat. untuk pengetahuan pihak tuan/ puan, suami sy ikut ajaran tersebut.

sy dah nasihat dia ajaran tu dah dikategorikan sesat tapi dia x dengar. dia ckp x sesat. apa yg jelas sejak dia join ajaran tersebut, solat dia dah tak betul. senasa solat kepala terangguk anggguk. baca terlalu laju. solat lewat waktu. bulan posa aritu dia sahur pukul 6.15 lepas azan subuh.

saya dah jumpa kitab ajaran tersebut. tlg saya. saya risau tentang status hubungan kami.

Ini jawapan dari Jabatan Mufti
Waalaikumussalam wbt

Ajaran tok Mat Janggut ini didapati menyeleweng kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat dan bercanggah dengan pendekatan ulamak yang menyatakan, untuk mengenal Allah s.w.t mestilah mengikut tahap kemampuan masing- masing.

Sebagai isteri, puan perlu terus bersabar dan sentiasa berdoa agar diberikan hidayah kepada suami oleh s.w.t.

Puan boleh berhubung dengan jabatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung ajaran ini.

Video Tok Mat Janggut
Bila cari pasal Tok Mat Janggut itu, saya jumpa lulak rakaman Tok Mat Janggut tengah terangkan pasal ajarannya diwartakan sebagai sesat.

Tak pasti pulak samada para pendengarnya itu merupakan anak-anak muridnya atau kawan-kawan kampung. Tapi nampaknya ada hilai ketawa setiap kali Tok Mat Janggut ada cuba buat lawak sedikit. Ertinya mereka mungkin dah saling kenal dan saling percaya antara satu dengan yang lain.

Boleh tonton apa yang Tok Mat Janggut sebut pasal ajaranya dah sesat kat bawah ni:

Tok Mat Janggut from afielin nuha on Vimeo.

Tok Mat Janggut tak takut
Yang jepasnya dia berkata tak takut lansung dengan warta tersebut. Sebab dia dah dipesan oleh kedua-dua tok gurunya bahawa apa ilmu yang dia bawa itu pasti akan mendapat tentangan.

Sama macam semua 25 para rasul dahulu yang dikecam dan ditolak oleh umat mereka yang sedang didakwah. Itulah yang Tok Mat Percaya dengan yakin nampaknya.

Tapi yang tak berapa sedap sikit di dengar adalah apabila dia gelar pegawai agama negeri Pulau Pinang sebagai Dajai !

Tak berapa seronok nak dengar dari mulut Tok Mat Janggut. Keras sangat tu sampai hangpa panggil mereka dajai.

Ustaz lawan Tok Mat Janggut
Ini pula video yang dikatakan soal jawab antara ustaz (katanya 2 orang) dengan Tok Mat Janggut. Rakaman berkemungkinan dibuat oleh team ustaz sebab ianya datang dari tempat suara yang dikatakan ustaz itu.

Sekali dengar soal jawab antara mereka tidak dijalankan dalam suasana untuk saling memahami. Ia lebih kepada satu proses utusan ustaz mahu membuktikan bahawa Tok Mat Janggut bersalah.

Tok Mat Janggut pula kelihatan tidak dapat mengawal emosinya. Dia kelihatan seperti seorang yang tidak ada daya kesabaran yang tinggi dan tidak bersedia untk menerima kritikan atau cabaran soalan.

Sebab itu sampai dia sebut tak kisah sekalipun geng ustaz kata dia akan masuk ke neraka. Dan eng ustaz pula terus je bila Tok Mat Janggut kata begitu. Mereka kelihatan macam dah tak tahu nak buat apa lagi dan serang kenyataan tak apa masuk neraka itu pulak.

Tok Mat Janggut selepas itu nampaknya menunggu untuk geng Ustaz mencampakkannya masuk neraka tapi tiada apa-apa yang berlaku.

Secara peribadi, saya tak berapa nak faham perbualan mereka yang kedengaran seperti sedang berbicata dengan menggunakan ayat dan perkataan melayu tua. Ayat seperti, 'Tok Mat tak dak alat untuk memahami ilmu...' itu bagi saya merupakan ayat Melayu lama yang orang tak berapa cerdik macam saya boleh faham sangat.

Apa yang dimaksudkan alat untuk memahami ilmu itu tak berapa nak saya faham. Mungkin Tok Mat Faham. Tapi dari perbualan kat video nampak macam Tok Mat juga tak berapa nak faham. Tok Mat kata semuanya berdasarkan kitab, dan para ustaz itu pulak terus serang bertubi-tubi dan ancam orang tua itu dengan api neraka.

Lepas itu ustaz ingatkan orang tua itu jangan dok cuba nak ajaq orang kalau tak ada alat untuk memahami ilmu. Sekali lagi alat untuk memahami ilmu digunakan. Mungkin itu ayat power di kalangan alim ulama Kedah untuk diguna pakai, tak berapa pasti le pulak.

Bagaimana nak halang Tok Mat mengajar
Untuk halang Tok Mat mengajar lebih sukar jika berikan arahan terus hanya pada Tok Mat. Selagi ada orang datang nak belajar dengan Tok Mat, selagi itulah orang tua itu akan mengajar.

Oleh itu para ustaz perlu jumpa para pengikut Tok Mat untk yakinkan pada mereka semua apa yang tak kena dengan ilmu dan ajaran Tok Mat. Jika para ustaz pandai, maka pengikut tok mat tentu akan tinggalkan tok mat.

Ketahui 10 Keturunan Bukan Manusia Yang Menghuni Bumi Sebelum Adam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA..

Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM. Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit, Marid & Nasnas) yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia.

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
(Surah Al-Jinn 72 : ayat 6)

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala." (Surah Al-Jinn 72 : ayat 8)

'IFRIT

Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia. Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

MARID

Bangsa paling bertamadun. Memiliki raut seiras Manusia. Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis.Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia. Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia

NASNAS

Bangsa ketiga terbesar. Mendiami dasar laut terdalam. Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin. Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam. Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya.

GHUL

Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja. Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia. Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat. Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.

HINN

Mempunyai fizikal besar dan bersayap. Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya, hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain. Antara yang terawal mendiami bumi.

JANN

Makhluk Gergasi dan bersayap. Mampu menyemburkan api. Musuh kepada Bangsa Hinn. Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi. Antara yang terawal mendiami bumi

PALIS

Hidup secara bersendirian. Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan. Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia. Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya.

SHAITAN

Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit. Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula. Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer

SHIQQ

Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan. Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain.

SI'LAT

Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah dan menyamar sebagai manusia, sering menonjolkan diri seperti pusaran angin. Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk Ghul.

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA…

WALLAHUALAM..

sumber:tambahcheeze via awannano via lubokviral

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:28 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PPIM dedah taktik pencarum, sindiket berpakat tipu pengeluaran KWSP

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PUTRAJAYA: Tidak memahami syarat pengeluaran, sukar mendapat pinjaman dan tertekan dengan kos sara hidup merupakan antara punca pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terjebak dan mudah tertipu dengan aktiviti penipuan pengeluaran simpanan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Keadaan itu menyaksikan pencarum sanggup berpakat dengan sindiket atau ejen yang sentiasa 'mempunyai maklumat' mereka yang berdepan masalah kewangan sehingga sanggup bekerjasama menipu KWSP dengan menyediakan dokumen palsu bagi merealisasikan hasrat memiliki 'sejumlah wang'.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendedahkan terdapat pencarum yang berpakat dengan syarikat perumahan dan ejen hartanah untuk menipu KWSP semata-mata bagi mendapatkan hak ke atas wang simpanan mereka walaupun menyedari ia adalah tindakan yang salah.

Dengan menyasarkan pekerja sektor swasta berumur antara 30 hingga 50 tahun, beliau berkata sindiket atau ejen berkenaan seolah-olah mempunyai data lengkap mereka yang terdesak sebelum menghampiri, berbincang seterusnya berpakat bagaimana untuk bertindak agar wang simpanan boleh dikeluarkan.

Berkongsi kisah mangsa sindiket pengeluaran wang caruman KWSP, Nadzim berkata ada di antara pengadu mengakui mengalami gangguan mental dan emosi selepas berurusan dengan sindiket tersebut kerana mereka bukan sahaja menipu, malah turut ditipu setelah wang simpanan berjaya dikeluarkan.

"Mereka katakan ia sebagai tipu keliling atau tipu 100 peratus iaitu sama-sama berpakat menipu KWSP dan selepas simpanan berjaya ditunaikan, mereka pula ditipu ejen sehingga tidak mendapat sesen pun daripada pengeluaran wang hasil keringat sendiri.

"Mereka akui pengeluaran bukan untuk tujuan membeli rumah atau hartanah seperti dinyatakan di dalam dokumen yang diserahkan kepada KWSP tetapi ia lebih kepada tekanan untuk memiliki wang segera, apatah lagi setelah termakan kata-kata manis sindiket bahawa wang itu milik mereka dan mereka berhak ke atasnya dalam apa cara sekalipun," katanya kepada Bernama.

Nadzim berkata sejak tiga tahun lepas sehingga kini, PPIM telah menerima kurang daripada 10 aduan berkenaan kes seumpama itu.

Beliau berkata walaupun masih rendah, pakatan penipuan secara bersama antara pencarum dengan sindiket, ejen atau pihak berkepentingan lain perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah kerana pencarum bukan sahaja perlu membayar fi atau wang perkhidmatan kepada pihak tersebut sehingga 10 ke 40 peratus daripada jumlah pengeluaran, tetapi lebih malang ada di antara mereka terpaksa 'bermandikan air mata' apabila ditipu oleh pihak yang diberikan kepercayaan.

"Kita nasihatkan pencarum agar menghargai nilai wang yang disimpan hasil daripada titik peluh mereka dengan tidak mudah mempercayai sindiket atau ejen yang menawarkan pertolongan mengeluarkan wang caruman dan lebih utama, pencarum perlu sedar KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga dan mengenakan sebarang bayaran dalam urusan pengeluaran wang simpanan tersebut," katanya.

Kes melibatkan pencarum yang menipu untuk mengeluarkan wang simpanan pekerja sehingga berani menggunakan sindiket tertentu bagi mengeluarkan wang simpanan mereka walau berdepan risiko tinggi termasuk caj sampingan ejen juga dipercayai terjadi akibat perancangan kewangan yang tidak efisien serta penggunaan kad kredit untuk melakukan pembelian tidak mustahak.

Anggota Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata tiada perancangan kewangan peribadi dan penggunaan kad kredit tanpa kawalan akan menyebabkan hutang seseorang individu bertambah lalu mendorong mereka meminjam daripada pihak yang sentiasa mengintai peluang menggunakan mereka.

Walaupun tidak menerima aduan secara rasmi, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), itu berkata pemerhatian pihaknya mendapati keadaan itu menyebabkan pencarum meminjam wang daripada sindiket tertentu untuk melunaskan hutang terdahulu yang tanpa disedari menjadikan mereka berhutang dengan sindiket tersebut.

Dalam situasi itu, sindiket akan mencadangkan supaya pemiutang mengeluarkan wang simpanan KWSP dan menawarkan bantuan menguruskannya dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi kepada mangsa bagi melunaskan hutang walau terpaksa menipu atau mengemukakan dokumen palsu kepada KWSP, katanya.

Beliau berkata modus operandi sama turut digunakan bagi menjerat pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya daripada kalangan keluarga berpendapatan sederhana untuk memujuk ibu bapa mengeluarkan wang caruman atas nama pengeluaran pendidikan, satu daripada pengeluaran yang dibenarkan dibuat oleh pencarum daripada Akaun 2 bagi tujuan membiayai pengajian mereka atau anak mereka di peringkat pengajian tinggi.

"Kami sedar pelajar amat mudah menjadi mangsa sebagaimana mudahnya mereka terjebak dengan sindiket penipuan berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) dan atas kebimbangan itu, kami di USIM sentiasa memberi penerangan tentang caruman KWSP dan prosedur pengeluaran serta kepentingannya kepada masa depan pencarum, khususnya kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KWSP telah membuat laporan polis berhubung 312 kes penipuan pengeluaran KWSP yang membabitkan pencarum dan dua institusi pengajian tinggi swasta yang bersubahat dengan pencarum membuat penipuan pengeluaran simpanan KWSP dengan berselindung menawarkan kursus di institusi berkenaan.

Sementara itu, KWSP mengingatkan pencarum agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan muslihat sindiket yang mengambil kesempatan kemudahan pengeluaran Akaun 2 melalui iklan yang dikesan dilakukan secara aktif melalui media sosial, apatah lagi iklan perkhidmatan tersebut secara haram menggunakan logo KWSP untuk meyakinkan pencarum.

Selain mempunyai sistem yang sangat komprehensif untuk mengesan percubaan penipuan dokumen, KWSP juga tidak pernah melantik atau meluluskan perkhidmatan pihak ketiga dengan tujuan mempercepatkan permohonan pengeluaran, malah pencarum yang memenuhi kriteria pengeluaran boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP dan memohon pengeluaran tanpa perlu melalui ejen atau pihak ketiga.

Mengikut laporan akhbar, sebanyak 85 kes cubaan penipuan pengeluaran direkodkan KWSP pada 2015, diikuti 152 kes tahun lepas dan 63 kes setakat Jun tahun ini yang mana sindiket menggunakan iklan di media sosial, risalah dan iklan yang menjanjikan kelulusan mudah bagi pengeluaran wang daripada pencarum sebagai modus operandi.

Berdasarkan Akta KWSP 1991, pencarum yang didapati bersalah membabitkan dokumen palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

Tindakan Terpuji Dilakukan Wanita Ini Dalam MRT Tarik Perhatian RapidKL, Cari Siapakah Gerangan Si Baik Hati Ini
siakapkeli.my

Perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang gadis berbangsa cina menjadi perhatian netizen.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh saudara Mohd Faiz Muhammad Daud melalui laman sosial facebooknya yang mana gadis misteri berambut panjang, berkaca mata dengan wajahnya terselindung kerana memandang ke lantai menyebabkan golongan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang bernama Angeline itu.

faiz_daud
Mrt Bandar tun Hussein Onn
201 likes
10 comments
Alkisahnya begini.otw tadi nk naik mrt ada lelaki chinese tertumpah air pepsi x silap aku..so laki tu dia lap pakai paper la smpai kering. so bila laki chinese smpai destinasi dia trun la kn tp yg tak disangka duk lama lepas tu ada girl chinese ambik tisu dari poket dia terus lap kesan tu. memang tak jangka dia akan lap😅so bila tny dia kenapa buat mcm tu dia cakap nanti ada kesan melekit la air manis kan..huhuhu..respect this girl👏👏👏..nama dia Angeline😄patut bg penghargaan sbb tak ramai org yang mampu lakukan. #respect #salute #mrt #rapidkl #cowaybyfaiz
7 days ago

Pencarian yang dilakukan oleh pihak RapidKL di laman sosial pada Ahad lepas dengan meminta bantuan netizen berjaya menemui gadis yang menunjukkan sikap bertanggungjawab itu.

"Kami dah jumpa Angeline. Kami menyampaikan mesej kepada Angeline menerusi rakannya. Bagaimanapun, Angeline tidak mahu mendedahkan dirinya," kata Azhar kepada mStar Online.

Encik Azhar Ghazali selaku Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Media Prasarana Malaysia Berhad berkata bahawa pihaknya telah menemukan gadis misteri itu melalui temu ramah bersama mStar Online.

Nampaknya, masih ada insan berhati mulia hari ini yang tidak mahu dikenali di atas keprihatinannya, apatah lagi mengharapkan balasan.

Menurut temu ramah tersebut, pihak RapidKL mengucapkan terima kasih di atas sikap murni Angeline sehingga meraih perhatian masyarakat.

"Terima kasih Angeline di atas keprihatinan anda. Diharapkan lebih ramai lagi di luar sana seperti Angeline. Marilah kita menjaga pengangkutan awam bersama," katanya.

Rapid KL
· pada 19hb Ogos jam 9.44 ptg ·
#rapidklsearchforAngeline
Netizens, we need your help !
We would like to search this good samaritan on board our MRT train.
Need your skills to find her online and connect us to her..friends and family of Ms Angeline, help us find this Angel.

Repost from @faiz_daud @TopRankRepost #TopRankRepost Alkisahnya begini.otw tadi nk naik mrt ada lelaki chinese tertumpah air pepsi x silap aku..so laki tu dia lap pakai paper la smpai kering. so bila laki chinese smpai destinasi dia trun la kn tp yg tak disangka duk lama lepas tu ada girl chinese ambik tisu dari poket dia terus lap kesan tu.
memang tak jangka dia akan lap😅so bila tny dia kenapa buat mcm tu dia cakap nanti ada kesan melekit la air manis kan..huhuhu..respect this girl👏👏👏..nama dia Angeline😄patut bg penghargaan sbb tak ramai org yang mampu lakukan. #respect #salute #mrt #rapidkl

4.4R suka153 komen479 Kongsi
Angeline, Si Pujaan Hatiku!

Insiden berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja telah menumpahkan air di dalam tren dan kemudian menyapu tumpahan itu menggunakan kertas. Selepas lelaki itu keluar dari tren, Angeline pula mengelap kesan tumpahan tersebut menggunakan tisu.

Disebabkan identiti Angeline masih menjadi misteri, kebanyakan netizen menyifatkan hanya Mohd Faiz yang dapat mengecam wajah gadis itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Faiz berkata, perbualannya bersama Angeline terlalu singkat kurang dari lima minit.

"Tak banyak yang kami bualkan. Angeline hanya memberitahu dia seorang pelajar dan mahu turun di Stesen Bandar Tun Hussein Onn.

"Saya pun hanya ambil gambar Angeline semasa dia lap lantai sebab sebagai pengguna tetap MRT, bukan mudah nak lihat orang lain prihatin macam tu," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Faiz yang menganggap Angeline juga sering menggunakan MRT berkata: "Kalau terjumpa dia lagi, saya akan ucapkan syabas kerana menjadi contoh kepada rakyat Malaysia dan sudah tentu nak 'selfie' dengan dia!"

Sumber : mStar

Cara Mudah Mengusir Tikus, Lipas Dan Semut Dengan Kulit Telur

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


Rumah kita akan mengalami masalah jika kita kongsikan bersama dengan makhluk perosak seperti tikus,lipas dan semut. Setiap malam kita tidak mampu tidur lena dengan kehadiran encik tikus yang boleh merosakkan barang di rumah malahan membawa penyakit kepada kita dan keluarga. Jika encik tikus ini beranak-pinak di rumah anda memang bertambahlah kerosakan yang boleh berlaku.

Lipas yang tidak kurang hebatnya merayap di tengah malam ke dalam tong sampah di rumah kita kemudian singgah di makanan kita. Itu tak masuk fasa lipas terbang yang memang boleh kecoh satu rumah. Satu masalah lipas ini kita tidak membunuhnya sebarangan kerana dalam badan lipas ini ada parasit lain yang boleh membahayakan isi rumah kita.

Semut meskipun nampak seperti makhluk yang tidak bersalah sebenarnya dalam diam mengigit kita sehingga bengkak! Sangat bahaya kalau ada anak kecil dan semut masuk ke dalam telinga.

Petua kali ini menggunakan apa yang selalu kita buang iaitu kulit telur ayam. Kulit telur ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Memetik laman Unicity, dibawah merupakan cara mengusir tikus, lipas dan semut.

Cara-caranya:

Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.

Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.

Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.

Basmi haiwan perosak pada tanaman

Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.

Diluar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:28 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa Yang Rajin Sholat Tetap Miskin, Tapi yang Sering Maksiat Tidak Sholat Leb

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Tengok di lingkungan sekitar kita entah itu teman dan saudara saya yang jarang sholat apalagi zikir dan tanpa amalan-amalan tertentu, bisa kaya dan makmur hidupnya. malah yang sering sholat dan zikir hidupnya biasa-biasa saja.

Yang rajin sholat malah susah dan miskin
Yang tidak pernah solat malah kaya raya
Yang muslim banyak yang bodo
Yang kafir malah banyak yang pinter-pinter

Ini fakta

Seharusnya kalau muslim menyandarkan kepada yang Maha Besar, pencipta langit dan bumi seharusnya tidak seperti itu.

Ketahuilah Sahabatku Bahwa Itu Semua Adalah Istidraj

Bisa jadi ada yang mendapatkan limpahan rezeki namun ia adalah orang yang gemar maksiat. Ia tempuh jalan kesyirikan –lewat ritual pesugihan- misalnya, dan benar ia cepat kaya.

Ketahuilah bahwa mendapatkan limpahan kekayaan seperti itu bukanlah suatu tanda kemuliaan, namun itu adalah istidraj.

Istidraj artinya suatu jebakan berupa kelapangan rezeki padahal yang diberi dalam keadaan terus menerus bermaksiat pada Allah.

Dari 'Uqbah bin 'Amir radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَاذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
"Bila kamu melihat Allah memberi pada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahwa hal itu adalah istidraj (jebakan berupa nikmat yang disegerakan) dari Allah." (HR. Ahmad 4: 145. Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan dilihat dari jalur lain).

Allah Ta'ala berfirman,
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُواأَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (QS. Al An'am: 44)

Dalam Tafsir Al Jalalain (hal. 141) disebutkan, "Ketika mereka meninggalkan peringatan yang diberikan pada mereka, tidak mau mengindahkan peringatan tersebut, Allah buka pada mereka segala pintu nikmat sebagai bentuk istidraj pada mereka.

Sampai mereka berbangga akan hal itu dengan sombongnya. Kemudian kami siksa mereka dengan tiba-tiba. Lantas mereka pun terdiam dari segala kebaikan."

Syaikh As Sa'di menyatakan,
"Ketika mereka melupakan peringatan Allah yang diberikan pada mereka, maka dibukakanlah berbagi pintu dunia dan kelezatannya, mereka pun lalai. Sampai mereka bergembira dengan apa yang diberikan pada mereka, akhirnya Allah menyiksa mereka dengan tiba-tiba. Mereka pun berputus asa dari berbagai kebaikan. Seperti itu lebih berat siksanya. Mereka terbuai, lalai, dan tenang dengan keadaan dunia mereka. Namun itu sebenarnya lebih berat hukumannya dan jadi musibah yang besar." (Tafsir As Sa'di, hal. 260).

Kesimpulannya adalah, banyak muslim yang tidak sepenuhnya muslim, maksudnya tidak sepenuhnya menyerahkan diri kepada Kekuatan dan Ilmu-Nya, dan lebih menuhankan rasio akal pikirannya. Mereka lebih percaya kecerdasannya dari pada kecerdasan Tuhan Sang Pemurah. Tapi itu bukanlah anda..

Contoh: Sedekah ilmu kaya, itu Janji Tuhan. Dan kita ternyata sulit sekali percaya Ilmu Tuhan tentang sedekah. Tawakal dan adalah sarana mendapatkan rezeki tak terduga.

Dan kita masih seringkali kalah sebelum tawakal. Sabar dan sholat adalah penolong. Dan kita lebih banyak meminta tolong kepada mahluk. Dan masih banyak sekali yang lainnya.

Jikalau banyak muslim yang benar-benar muslim saya sangat yakin sekali bahwa islam akan jaya.

Tetapi marilah sejenak lupakan antara muslim miskin dan nonmuslim yang kaya raya. Sejenak renungkan bahwa kaya dan miskin tetaplah ujian.

Kaya dan miskin adalah ukuran dunia saja sementara kalau kita membicarakan akherat bukan melulu kaya dan miskin secara materi semata namun lebih kepada kaya hatinya.

Bagi muslim yang ingin kaya maka berusahalah sebagaimana non muslim yang bekerja dan berusaha keras untuk merubah nasib.

Bedanya non muslim lebih mentuhankan kecerdasan sendiri, sedangkan muslim seharusnya tidak demikian. Ia tetaplah berusaha keras dengan bekerja sebaik mungkin kemudian percaya akan kuasa Tuhan Yang Pemurah.

Syukurilah apa yang saat ini menjadi rizkimu tanpa harus iri dengan kenikmatan orang lain percayalah allah sudah menyiapkan yang terbaik untuk hambanya yang rajin menyiapkan untuk di akhirat nanti.

Sumber: Islamidia
Kredit: Mamigojes

Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk & Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Pekerjaan dapur, mencuci piring dan membuang sampah dalam pekerjaan yang membosankan dan banyak orang yang suka menunggu. Seseorang suka memiliki tempat tidur dan 'mengumpulkan' banyak piring di wastafel lalu datang 'mood' untuk mencuci. Dan biarkan dibiarkan sampai esok hari.

Ada beberapa alasan mengapa, sebelum tidur kita harus memastikan dapur kita bersih, ini karena ini adalah praktik rezeki.
Oleh karena itu, sebelum tidur, pastikan piring, cangkir, wadah kotor harus dicuci sebelum mata gelap. Makanan dan sisa limbah harus dibuang. Jangan biarkan dapur menjadi kotor karena sisa makanan akan dibuang. jadi makanan iblis.

Bahkan dia juga bertepatan dengan ajaran Islam:
"Jangan biarkan piring yang telah digunakan tidak dicuci. Makruh dan mewarisi kemiskinan. Pastikan semua mangkuk, pot, cangkir dan wadah makanan dicuci segera setelah digunakan. Sisa makanan yang tertinggal dalam wadah makanan dalam semalam tanpa dibersihkan adalah milik iblis, karena iblis menyukai makanan kotor dan busuk. "

Pandangan ini juga dibagi oleh Ibu TyaMohamad dalam masalah ini. Di antara kemitraannya;

Pernah dengar tidak?

Mangkuk di wastafel, harus dicuci semalaman saat tidur malam.
Sampah di rumah, pembungkus dan pemborosan yang ketat
Saya pernah mendengarnya … hari-hari sekolah lagi ..
jangan lakukan saja

Tapi, ada beberapa pengingat bahwa ..
Tuhan, rupanya adalah pesan cinta Tuhan.
Ruginya selama ni tak buat sungguh2 ..
Bukan tidak dibasahi pinggan,
Hanya ikut suasana hati …
Tuhan, dia memang menganggap enteng.
Tuhan, dia mengambil sebuah cahaya
Bila Anda tahu,
Merasa benar memukul
Selama dia mengerti tentang sunnah?
Allahu … aku xsengaja …
Nabi menyarankan bahwa penyebab
Last but not least,
Semua upaya untuk berlatih
Tengah malam bahkan jika ada penyelesaian untuk makanan, ]
Ternyata benar ..
Ketika menyelesaikan pekerjaan,
Rasa lapar Laparoskopi
Nak menggulirkan pon yang tidak bersalah. ]
Di sisi kiri dinding

Paling Kearifan esensial dibalik sunnah ini adalah untuk menutup perangkap. Kita yang lemah tidak bisa menafsirkan semua sunnah.

Ya Allah, istiqomahkankan saya dalam pelaksanaan sunnah kekasihMu
Ampuni aku hhmmmm ..

Tya Mohamad melalui [Mekanik a'lamin]

Ini Nafkah yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;

Diri sendiri
Isteri
Anak
Bapa
Ibu
Cucu
Datuk
Saudara
Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; "Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu" (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami' as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida' Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a'lam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:29 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Polis Scotland Benar Anggota Wanitanya Berhijab Dan Umum Hijab Sebagai Uniform Rasmi
siakapkeli.my

Polis Scotland baru-baru ini mengumumkan polisi baharu apabila membenarkan pemakaian hijab sebagai salah satu pakaian seragam rasmi dalam usaha badan penguatkuasa tersebut mempelbagaikan keanggotaan pasukannya.

Jabatan tersebut berharap perubahan yang dilakukan akan menggalakkan Muslimah dalam komuniti Islam untuk menimbang semula pandangan mereka yang sebelum ini mungkin tidak menjadikan dunia kepolisian sebagai salah satu pilihan kerjaya.

Sebelum ini, anggota polis Muslimah yang berkhidmat dengan Polis Scotland dibenarkan untuk memakai hijab sekiranya mendapat kebenaran daripada pegawai atasan mereka.

Pada tahun 2001, Polis Metropolitan juga turut memperkenalkan polisi yang menjadikan pemakaian hijab sebagai salah satu pilihan pakaian seragam unit tersebut atas alasan yang sama.

''Saya amat gembira untuk membuat pengumuman ini dan mengalu-alukan sokongan kedua - dua pihak, komuniti Muslim dan seluruh komuniti yang lain, begitu juga anggota-angota dan pegawai-pegawai polis'', kata Ketua Konstabel Phil Gormley.

''Seperti majikan lain, terutamanya dalam perkhidmatan awam, kami berusha untuk memastikan bahawa perkhidmatan kami mewakili komuniti yang diberi khidmat. Saya berharap penambahan dalam pilihan pakaian seragam ini akan menjadikan pasukan ini mempunyai keanggotaan yang pelbagai serta memberi kebaikkan daripada segi kemahiran, pengalaman dan kualiti individu dalam menjaga komuniti Scotland'', katanya lagi.

Pengumuman yang dibuat itu disambut baik oleh Persatuan Muslim Polis Scotland (SPMA), sebuah kumpulan yang berusaha mewujudkan hubungan baik antara komuniti Islam di Scotland dengan polis.

''Ini adalah satu langkah positif dan saya amat gembira dengan keputusan yang diambil oleh Polis Scotland dalam usaha untuk memastikan organisasi kami dilihat terbuka dan mencerminkan kepelbagai komuniti yang wujud di Scotland.

''Tidak ragu-ragu lagi bahawa langkah ini akan menggalakkan Muslimah dalam komuniti Islam dan etnik yang berlatarbelakangkan minoriti untuk menyertai pasukan Polis Scotland'', kata Pengerusi SPMA, Fahad Bashir.

Keputusan untuk mempelbagaikan keanggotaan oleh Polis Scotland itu dibuat selepas Pihak Berkuasa Scotland mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa hanya 127 orang (2.6 peratus) daripada keseluruhan 4809 orang pemohon yang memohon untuk menyertai pasukan itu datang daripada etnik yang mempunyai latar belakang minoriti.

''Jika organisasi menyasarkan sebanyak 4 peratus komuniti kulit hitam dan etnik latar belakang minoriti (BME) berkhidmat dengan pasukan tersebut, mereka memerlukan tambahan sebanyak 650 orang rekrut BME lagi untuk kesemua jabatan.

''Mengambil kira trend permohonan terkini, sasaran tersebut kelihatan sukar untuk dipenuhi'', kata laporan itu lagi.

Sumber : The Independent UK

Maafkan lelaki yang membunuh anak kita suatu yang sukar, Itulah Indah Islam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Dua minggu lalu, seorang ayah menunjukkan erti kasih sayang yang sebenar apabila dia memaafkan seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam pembunuhan anaknya, di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

Trey Alexander Relford, 24, berdepan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin Jitmoud, 22, yang menjadi mangsa rompakan sebelum ditikam ketika menjalankan tugasnya sebagai penghantar piza pada malam April 19, 2015, di Lexington, Kentucky.

Tetapi ayah Salahuddin, Abdul-Munim Sombat Jitmoud, 66, mengejutkan semua yang hadir di mahkamah pada 7 November, malah hakim juga tidak dapat menahan air mata, apabila dia memaafkan Relford.

"Sifat pemaaf adalah sedekah paling agung dalam Islam," Abdul-Munim dilaporkan akhbar Washington Post sebagai berkata.

Abdul-Munim kemudian memeluk Relford, yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya.

Air mata mengalir apabila anggota kedua-dua keluarga turut sama merapatkan diri dalam satu dakapan besar.

Klip video episod yang menyentuh perasaan itu menjadi viral dan dilaporkan secara meluas di seluruh dunia.

Bercakap kepada FMT, Abdul-Munim berkata beliau tidak pernah mengenali Relford atau ibu bapanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan memaafkan Relford dan mengharapkan pemuda itu tidak dijatuhkan hukuman mati, sebaliknya menjalani penjara 31 tahun.

"Kami tidak sanggup memikirkan Relford menjalani hukuman mati di kerusi elektrik," kata Abdul-Munim, bekas pengetua sekolah yang pernah menguruskan 7 buah sekolah Islam di Amerika Syarikat selama lebih 3 dekad.

Abdul-Munim berkata beliau diberitahu supaya tidak memandang wajah Relford ketika perbicaraan.

Tetapi pengalamannya sebagai guru menyebabkan nasihat itu sukar dituruti, katanya.

"Saya melanggar semua protokol di mahkamah," katanya.

Keluarga Jitmoud.

Mereka yang hadir di mahkamah ketika itu bukan sahaja tersentuh dengan sifat pemaaf Abdul-Munim, tetapi juga tersentuh apabila dia menawarkan sehelai tisu kepada Relford bagi but also by his gesture of offering him paper napkins to mengelap air matanya.

"Apabila dia menangis, saya memberikannya tisu apabila melihat dia mengelap air matanya menggunakan kolar baju penjara," katanya.

Ketika memeluknya, Abdul-Munim berkata dia dapat merasakan Relford betul-betul insaf dan menyesali perbuatannya.

Abdul-Munim membisikkan kata-kata nasihatnya.

"Saya memberitahunya supaya berkawan dengan orang yang baik apabila bebas nanti."

Tuhan Maha Penyayang

Abdul-Munim berkata beliau percaya dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang seperti disebut berulang kali dalam Al-Quran, dan inilah yang menggerakkannya untuk memberikan peluang kedua kepada Relford.

"Al-Quran berfirman, sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, dia umpama menyelamatkan seluruh manusia," katanya memetik ayat 32 dalam Surah Al-Ma'idah.

Abdul-Munim berkata sepotong ayat dalam Surah Al-Tawbah memberikannya ketenangan: "Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" (ayat 51).

Satu lagi ayat Al-Quran yang menjadi inspirasinya ialah di dalam Surah Al-Zumar: "Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa."

Empat tahun lalu, Abdul-Munim kehilangan isterinya, Jamilah Kolocotronis, yang meninggal dunia akibat leukaemia.

Salahuddin bersama ibu bapanya.

Jamilah sempat mengarang beberapa novel mengenai cabaran yang mendepani umat Islam di Amerika terutama mereka yang baru memeluk agama itu.

Salahuddin bekerja sebagai penghantar piza bagi menampung pengajiannya di sebuah sekolah seni, Stage Right Acting (SRA). Dia juga ketika itu sedang berusaha memfilemkan karya arwah ibunya.

Bagi mengingati kematian Salahuddin, SRA menerbitkan sebuah video yang menyifatkannya seorang yang kreatif.

Besarnya kuasa mu yang ALLAH!

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Saya bukan nak mengutuk Husam atas penangkapan anaknya dan tidak juga bermaksud mahu menghina mereka mereka yang keluar PAS tetapi sekadar ingin meluahkan rasa keinsafan dan rendah hati terhadap kebesaan kuasa ALLAH menyelamatkan jemaah Islamiah dari fitnah yang besar.Bayangkan kalau hari ini Husam masih lagi ADUN PAS, apa akan jadi kepada PAS setelah berita penangkapan ini tersebar?

Husam sebelum disingkir dari PAS telah melakukan banyak provokasi yang diantaranya boleh dikira melampau terhadap PAS.Dengan provokasi melampaunya akhirnya dia dipecat dari PAS dan selepas itu provokasi Husam bersmbung setelah dia diterima masuk dalam PAN.Ketika provokasi termasuk provokasi di Pasir Putih melibatkan pasar Siti Hajar masih berjalan, tiba tiba Husam tersentak dan seluruh dunia politik tanahair juga tersentak dengan berita penangkapan anaknya, anak yang sepatutnya memiliki reputasi anak yang soleh dari pemimpin didikan TGNA.

Keadaan sepatutnya begitu, sebab seorang yang terbabit dengan dadah pil kuda bukan terbabit satu malam, ianya boleh difahami sudahpun berlarutan lama sebelum tertangkapnya dia yang membawa maksud mungkin penglibatan anaknya dengan pil kuda sudah lama kecuali penangkapan ini adalah satu perangkap musuh musuh politiknya untuk menjatuhkannya.

Kita tidak boleh membuat kesimpulan lagi kerana kesnya masih dalam siasatan polis, dan saya tidak bermaksud mahu menyimpulkan apa apa tetapi ingin mengajak pembaca semua merenung tentang apakah yang akan berlaku seandainya Husam masih ahli PAS dan masih ADUN PAS?

Apakah PAS tidak akan diserang kerana memilik ADUN yang ada anak yang terbabit dengan Pil Kuda? Apa akan diprovokasikan oleh macai macai parti musuh terhadap PAS.Rasanya PAS akan menerima satu tamparan yang cukup hebat hasil dari peristiwa ini.

Barangkali inilah hikmah kepada pemecatan Husam dari PAS.PAS diselamatkan ALLAH dari tercemar dan dengan itu juga ianya menjadi satu ujian besar setelah ujian musibah banjir di Penang.Ujian kepada ahli PAS agar tidak cepat melatah menyerang parti lawan atau Husam sendiri akibat musibah yang menimpa keluarganya.

Kalau ahli PAS dapat menahan diri dari mengutuk Husam atau partinya kerana musibah ini maka insyallah, PAS sudah matang dan akan dapat membezakan dirinya dengan parti lawan yang diketahui masih lagi galak memainkan sentimen politik provokasi dalam setiap kesempatan yang mereka miliki.

Sekaligus ianya menjadi bukti nyata akan kebesaran kuasa ALLAH dalam merencanakan setiap sesuatu lantaran sewajarnya menginsafi bahawa dalam setiap perkataan dan perbuatan kita jangan sesekali kita celupar mulut atau terlajak menganggap bahawa kita berkuasa atas segalanya.Sentiasa mengingatkan diri ini akan had kita sebagai manusia.

Musibah ALLAH datang dalam berbagai bentuk,begitu juga rahmat dan hikmahnya......

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Suspek tunjuk isyarat 'peace' kepada CCTV selepas curi motorsikal
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
MENGANJING, itulah barangkali perkataan yang paling sesuai menggambarkan perbuatan seorang suspek yang baru sahaja mencuri sebuah motorsikal, sambil menunjukkan isyarat jari 'peace' kepada kamera CCTV yang disedarinya berada di tempat kejadian.

Tindakan ini jelas sekali mencabar pihak berkuasa.

Printscreen dikatakan diambil daripada kamera CCTV yang merakam perbuatan itu tersebar di media sosial. Wajah suspek ketika itu tidak kelihatan kerana memakai topi keledar menutup penuh wajahnya.

Bagaimanapun, daripada sudut lain rakaman CCTV berjaya merakam wajah penuh suspek berkenaan sekaligus dapat membantu pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut.

"Ekonomi merudum, jenayah meningkat"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/08/suspek-tunjuk-isyarat-peace-kepada-cctv.html#ixzz4rckIQ5qY

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:29 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiap Kali Naik Tangga, Lutut Rasa Sakit, Cuba Resepi Air Rebusan Ini Untuk Kurangkan Sakit Sendi
siakapkeli.my

Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.

Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi merek yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsian Habibah Badar Bajrai ini.

RESEPI LUTUT POWER

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

RESEPI LUTUT POWER

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air

Cara

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

- Siakap Keli

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Kami adalah semua menyedari hakikat bahawa tulang-tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan, dan oleh itu, kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu-isu pada orang lain juga. Sebagai contoh, kesakitan yang berasal di kaki benar-benar menyebabkan kesakitan di kaki.

Menghilangkan Sakit Kaki

Sakit kaki adalah semua menyedari hakikat bahawa tulang-tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan, dan oleh itu, kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu-isu pada orang lain juga. Sebagai contoh, kesakitan yang berasal di kaki benar-benar menyebabkan kesakitan di kaki.

Terdapat pelbagai sebab, lebih 25, kesakitan yang dirasai di kaki, seperti bunions, Setapak, tumit mengarah, artritis, penyakit kaki, bertindih jarikaki, dan memastikan tidak terdapat bahagian dalam Kasut, dan mereka semua membawa kepada beberapa jenis ketidakselesaan.

Kaki dihubungkan kepada mata yang banyak di dalam badan, yang merupakan asas dalam China refleksologi juga, yang lama bagi beribu-ribu, dan mencadangkan bahawa kakiadalah sumber Kesihatan seluruh badan.

Oleh sebab itu, Terdapat pelbagai mandian kakidetox yang berasaskan tuntutan bahawa kaki adalah tempat yang sempurna untuk penyingkiran toksin. Untuk melegakan sakit kaki, anda boleh cuba beberapa alternatif semulajadi yang berkesan, dan terbentang adalah salah satu yang terbaik daripada mereka, dan boleh dilakukan dalam masa 5 minit.
Meningkatkan jarikaki

Meningkatkan jarikaki anda sambil berdiri di kaki. Angkat kaki pinky pada ketinggian sama seperti di ibu jari dan mengulangi 5 kali dengan kedua belah kaki.

Lif-Lif jari kaki

Manakala dalam kedudukan yang sama, rendahkan hanya di ibu jari, manakala yang lain adalah masih sehingga. Jika anda tidak menekan ke bawah, tekan kaki pinky turun sebaliknya dan mengulangi 5 kali dengan setiap kaki.

Jari kaki dan jari

Dalam keadaan dia duduk, dengan kaki di hadapan, dan jari kaki menghala ke atas. Kemudian, bersandar ke hadapan, dan dengan itu tarik jari jari kaki kembali perlahan-lahan. Jika anda tidak boleh melakukan ini dengan kedua-dua kaki, anda perlu melakukannya dengan satu kaki pada satu masa.

Gosokkan bola Tenis

Anda hendaklah melangkah ke bola Tenis, roll di bawah kaki, sambil menekan sedikit. Ulangi dengan kaki lain. Pada akhirnya, Condongkan kaki agar jari anda menuding ke arah lutut anda dan meregangkan jari kaki untuk menghala ke bawah.

Batu Keluar

Dalam kedudukan berdiri, batu berat badan anda ke bahagian luar kaki anda, dan angkat berat badan dari dalam. Rock tariknya sementara berat badan anda masih berehat di luar. Ulangi 10 kali dengan setiap kaki.

Bahagian buku lali

Gelung bola elastik senaman sekitar Jadual atau kaki kerusi, dan cangkuk di kaki melaluinya, agar seluruh kaki terhadap band ini. Seterusnya, tekan jari kaki ke arah ke lantai dan meregangkan. Ulangi 15 times.

Petua tambahan

Tip-Tip berikut adalah benar-benar berguna untuk memulihkan kesihatan, keseimbangan dan kekuatan kaki anda.

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Berkesan Ini .. Memakai kasut yang sesuai. Walaupun selesa Kasut kadang-kadang mungkin bermakna bahawa anda harus lupa tentang Kasut moden dan kasut tumit tinggi, ia boleh membantu, kerana anda tidak perlu mencerut jari kaki anda. Kasut anda seharusnya wajar bagi lebar kaki anda, dan mereka harus membenarkan kaki anda untuk bernafas, seperti jejaring atau kulit. Selain itu, kasut anda harus mempunyai sokongan lengkung yang betul. Selipar tidak pilihan terbaik, sebagai tindakan grippy jari kaki anda di dalamnya mencederakan kaki anda.

Menghilangkan Sakit Kaki Rendam dalam garam Epsom. Garam Epsom yang besar untuk kaki penyahtoksin, dan mereka turut merangsang pengambilan magnesium.

Cuba yoga. Yoga adalah baik untuk badan, seperti hampir semua yoga menimbulkan berdasarkan kaki berasaskan tanah. Anda akan belajar akar kaki, dan memulihkan kira-kira badan, bersama-sama dengan keadaan mental anda.

Berjalan kaki barefoot di luar. Aktiviti ini juga dikenali sebagai earthing, dan ia menyediakan pelbagai manfaat kesihatan. Kaki direka seperti fleksibel, dan mereka membesar untuk meminati permukaan tidak sekata. Oleh itu, berjalan kaki di belakang rumah anda, atau mula memakai Kasut dengan jari kaki individu, yang ajaib untuk kaki.

Dapatkan nasihat pakar. Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami sakit kaki yang tidak tertanggung, berterusan. Anda mungkin perlu memakai pelapik kasut adat, yang boleh memperbaiki keadaan kaki anda.

Terutamanya jika anda adalah diabetes, anda perlu menjaga kaki anda, kerana kesihatan mereka adalah penting untuk kesejahteraan anda.

'Ligamen Lutut Koyak Tidak Akan Sembuh Dengan Mengurut'- Doktor Ini Jelaskan Cara Sebenar Merawat Kecederaan Urat Lutut
siakapkeli.my

Sepertinya segelintir masyarakat kita telah terbiasa dengan tanggapan bahawa sekiranya kita tercedera atau terseliuh, kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan hanya 'mengurut'.

Sering kali kita lihat sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan yang melibatkan urat lutut disebabkan bermain bola atau futsal dan pasti mereka akan mencari rawatan urut atau menyapu sebarang minyak sapu, gel atau spray yang kononnya boleh menyembuh pelbagai jenis luka.

Bagaimanapun, sejauh mana kah kebenaran bahawa setiap kecederaan seperti terseliuh itu mampu disembuhkan dengan urutan.

Menurut perkongsian dari laman Facebook Dr. Mahyuddin Mohamed, dapat dijelaskan bahawa tidak semua kecederaan mampu disembuhkan dengan mengurut terutamanya Anterior Cruciate Ligamen atau urat lutut yang paling kerap koyak.

Mari kita baca serba sedikit mengenai perkara ini.

#Ligamen_ACL_yang_koyak_TIDAK_akan_sembuh_dengan_mengurut

Anterior Cruciate Ligamen atau ACL adalah antara urat lutut (ligamen) yang paling kerap koyak. Ia boleh berlaku akibat kemalangan jalanraya atau terjatuh. Di klinik saya, ia paling kerap disebabkan akibat permainan bola sepak dan futsal.

Sebagaimana Meniscus atau pelapik lutut, ACL yang koyak tidak akan sembuh dengan mengurut. Apatah lagi jika anda hanya sapu dengan pelbagai minyak sapu, gel atau spray yang banyak dipromosi di Facebook dan media sosial yang lain (saya tak perlu sebut nama produk2 tersebut di sini kerana saya pasti anda sedia maklum). Jika produk tersebut kata ia boleh menyembuhkan ACL yang putus, maka bersaksilah bahawa dia adalah seorang PENIPU!

Oleh kerana rakyat Malaysia sangat suka kepada testimoni, saya nak ceritakan testimoni terkini saya.
Ini Farizal. Beliau telah menjalani pembedahan ACL Reconstruction hampir setahun yang lalu di HOSHAS dan kini telah sembuh sepenuhnya. ACL Reconstruction ialah pembedahan penggantian ligamen ACL yang putus melalui beberapa luka kecil di lutut menggunakan teknologi arthroscopy (teropong lutut & kamera).

- Saya bergambar kenangan bersama Farizal (kanan sekali) pada hari beliau di discharge dari follow-up klinik kami.

"Saya dah boleh berlari dah doktor, AlhamdulilLah. Dulu memang longgar sangat lutut saya ni. Syukur sangat saya buat operation saya dengan doktor dulu," ujar beliau.

"Memang ramai yang promote macam-macam produk kat saya ni, yang sapu, yang spray. Tapi bila saya fikir logik sekali pun, mana boleh spray kat luar, urat kat dalam boleh bersambung balik. Betul tak doktor?"

"Kalau semua rakyat kita ni cerdik dan berfikir macam awak ni kan bagus Farizal. Tapi kat luar sana tu ramai sangat yang takut nak jumpa doktor. Sanggup lagi dengar macam-macam 'kata orang', jumpa tukang urut sana, jumpa tukang ketuk sini. Penjual produk dan supplemen memang mudah ambil kesempatan." balas saya.

"Kami doktor-doktor ni Farizal tidak rugi apa-apa pun. Bukan berkurang pun gaji kami. Kalau betul menjadi bagus la. Kami tumpang gembira, boleh la kurangkan pesakit di hospital."

Ada yang kata kami takut kehilangan pesakit. Takut kepada perubatan tradisional dan alternatif. Hek eleehh... TAKDE MAKNANYA. Bagi yang suka sangat perubatan alternatif tu, dipersilakanlah pergi beramai-ramai (Nanti datang balik jugak ke hospital)!

#DrMahyuddin
#ACL
#OrtopedikHOSHAS
Dr. Ahmad Mahyuddin Dato' Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS

PS
1. Gambar dan video digunakan dgn kebenaran pesakit saya.
2. Dilarang copy&paste atau mengubahsuai apa yang saya tuliskan di sini tanpa kebenaran daripada saya. Nak share dipersilakan.
3. Video: Anterior Drawer Test iaitu pemeriksaan lutut. Jika boleh ditarik melebihi 5mm berbanding lutut sebelah bermakna Ligamen ACL putus.

Sumber- The Malaysian Medical Gazette , Mahyuddin Mohamed

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:41 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rasai RON95 Lebih RM2.50, Lepas 3 Bulan Baru Kerajaan Bertindak
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Kerajaan akan bertindak sekiranya harga petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, "tindakan sewajarnya" akan dikenalpasti untuk mengurangkan kesan kenaikan, jika harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama 3 bulan.

Memetik laporan FMT, kenyataan tersebut berkata langkah itu tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang.
"Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak mentah global yang kini melebihi AS$60 (RM250) setong.

"Pada masa ini, kerajaan sudah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia.

"Langkah ini berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi bersasar," kata kementerian itu.

Kerajaan kini menetapkan harga runcit minyak setiap minggu menggunakan mekanisme penetapan harga automatik.

"Mekanisme penetapan adalah secara mingguan dengan purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.
"Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, harga runcit produk petroleum juga akan naik, sebaliknya harga runcit akan berkurangan jika harga minyak mentah dunia turun.

"Bagaimanapun, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas memasak."

Minyak mentah Brent kini berada pada paras AS$62.31 (RM258.37) setong.

"Bertindak sekarang, jangan tunggu cecah RM2.50 seliter"

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

ARIF ATAN

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan mendesak kerajaan segera mengatasi kenaikan berterusan harga petrol dan diesel daripada terus melambung sehingga menambah beban rakyat.

Menurutnya, majoriti rakyat sudah sedia susah dibelenggu bahana cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan kos sara hidup akibat penarikan subsidi banyak barangan keperluan.

Mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa kerajaan akan campur tangan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak jika RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter, beliau menganggap itu bukan sikap kerajaan bertanggungjawab.

"Kerajaan mahu tunggu apa lagi? Patut sekarang kerajaan sudah kaji bukan tunggu tiga bulan lagi. Takkan (harga minyak) sudah melambung tinggi baru bertindak?

"Tidak cukup lagikah beban yang ditanggung rakyat sekarang ini?" soalnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Jalan Parlimen selepas sembahyang Subuh tadi.

 

10 sayap Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) bermalam di tepi Jalan Parlimen membantah kenaikan harga petrol dan diesel dan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi bahan api itu.

Kenaikan harga minyak berturut-turut menyaksikan minggu kelima mulai 16 November sehingga esok mencecah paras tertinggi RM2.38 seliter untuk RON95, RM2.66 (RON97) dan RM2.25 untuk diesel.

Sehubungan itu, Sany berpendapat kerajaan yang prihatin dengan kebajikan rakyat akan berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya alasan untuk membiarkan rakyat menjadi mangsa jenayah kleptokrasi.

"Rakyat telah lama dijerut kenaikan kos sara hidup termasuk pendidikan dan kesihatan. Membiarkan harga minyak terus naik setiap minggu dengan alasan di luar kawalan jelas lahir daripada sikap lepas tangan kerajaan," ujarnya.

Terdahulu, Sany bersama lebih 10 anggota sayap Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) bermalam di tepi Jalan Parlimen membantah kenaikan harga petrol dan diesel dan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi bahan api itu.

 

Tindakan Pemuda PH dan NGO berkampung di jalan menuju bangunan Parlimen itu bagi memberi mesej penting kepada kerajaan Umno-BN.

 

Bersolat subuh jemaah sebelum menyiapkan poster bagi aksi seterusnya pagi ini.

Mengulas aksi protes yang bermula menjelang tengah malam tadi, beliau berkata, tindakan mereka berkampung di jalan menuju bangunan Parlimen itu bagi memberi mesej penting kepada kerajaan Umno-BN.

"Tindakan kerajaan sebelum ini menarik subsidi minyak terbukti membebankan rakyat khususnya berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kita semua sedia maklum Malaysia sebagai antara negara pengeluar minyak utama di dunia. Malangnya rakyat hairan, mengapa minyak yang dijual di negara ini mahal.

"Walhal, pada masa sama kita dimaklumkan harga minyak dunia jatuh. Kerajaan tidak harus berdolak-dalih untuk menstabilkan harga minyak sebaliknya mesti segera bertindak," ujar Sany lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 23, 2017 5:44 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menjawab Fitnah

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Semalam bukan undi atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol. Kenapa pula FITNAH mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu FITNAH.

Semalam bahas mengenai RUU Perbekalan KPDNKK. Ertinya bahas peruntukan kementerian. Perbahasan peringkat ini sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17. Kenapa FITNAH kata saya dan kak Lah sokong kenaikan harga barang dan petrol. Boleh dengar ucapan kami mengenai perkara ini.

Setiap Kementerian ada pengundian setelah dibahaskan. Hari ini RUU Perbekalan Kem Pengangkutan, Kem Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semuanya perlu diluluskan dan diundi setelah dibahas setiap Kementerian.

Semalam pihak PH minta undi belah bagi. Yakni bilang setiap ahli MP yang hadir. MP PAS telah mengambil sikap tidak mengundi (kecuali) ketika pengundian Perbahasan Bajet Dasar 13/11/17. ( saya sudah tulis perkara ini).

Saya HORMAT keputusan PH yang buat undi belah bagi. Tapi jangan fitnah sudah la. Kenapa tidak minta speker undi belah bagi dan menolak RUU Kementerian Kerjaraya, sedangkan Kementerian ini yang menjaga lebuh raya dan tol. Bukankah tol juga merupakan faktor kenaikan harga barang seperti harga petrol.

Alhamdulillah saya sempat membahas RUU Kem Kerjaraya semalam.

Ini penjelasan saya, boleh hendak kata apa pun pada saya. Hendak terima atau tidak terpulang kepada masing-masing. Saya manusia biasa, bukan maksum. Ini biasa dalam perjuangan. Cuma jangan FITNAH saya dan Kak Lah sokong kenaikan petrol dan barang. Kami tidak pernah berkompromi dalam masalah penindasan kepada rakyat.

Boleh dengar ucapan kami di dalam parlimen dan juga di luar parlimen. Kalau hendak FITNAH juga, teruskan sementara hayat di kandung badan. Saya tidak boleh menghalang orang hendak sebar FITNAH.

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada kita semua untuk menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini.

Hj Idris Hj Ahmad
MP Bkt Gantang
21/11/17 Selasa.

Serang Presiden PAS Ponteng, Rupanya Ramai Lagi Kaki Ponteng Dewan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok Kerajaan BN sebanyak 51 – 52 undi, dengan 2 MP PAS mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada 2 MP PAS yang mengundi berkecuali iaitu YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah Mohd. Yusoff yang menjadi punca kekalahan pengundian tersebut.

Dalam jumlah 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 daripada undi datang daripada MP PAS termasuk 1 daripada MP PAS yang tidak PAS, Mahfuz Omar. 5 MP PAS yang menyokong PH dalam pemgundian tersebut kemungkinan ada alasan mereka sendiri untuk menyokong manakala 2 MP PAS yang berkecuali sudah semestinya sama sikap mereka ketika berkecuali dalam pengundian Budget 2018 tempohari.

Sebelum PH berteriak sakan menyalahkan orang lain termasuk MP PAS yang berkecuali mahupun yang tidak hadir, mari kita lihat permasalah sebenar yang berlaku di kalangan MP PH sendiri iaitu ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan ( PH ) = 71 orang.
PKR = 28 orang
DAP = 36 orang
PAN = 6 orang
PPBM = 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk MP PSM & Warisan )

Jumlah undi ketika undi belah bahagi = 51 undi
5 undi dari MP PAS + 1 MP PAS yang tidak PAS ( Mahfuz Omar ) = 6 undi
51 – 6 = 45 undi MP PH.
Jumlah MP PH = 71 orang
71 MP PH ( Keseluruhan MP PH ) – 45 MP PH ( hadir mengundi ) = 26 undi tiada
*Bermakna 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.*

*26 MP PH tidak hadir sidang parlimen, bukan 2 & juga bukan 6, 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.* Satu jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir sidang parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet perbekalan Kementerian di jalankan ? Sepatutnya mereka yang hadir mengundi untuk menyokong blok mereka iaitu blok PH namun mereka tidak hadir, tidakkah itu khianat kepada blok mereka sendiri & juga pengundi mereka ?

Disebabkan blok PH kalah berpunca dari MP mereka sendiri yang kaki ponteng, mereka mahu menuding jari pula kepada 2 MP PAS penyebab punca kekalahan. *Mengapa mereka tidak menyalahkan MP mereka sendiri yang kaki ponteng sidang Parlimen atau ada sindrom ketakutan untuk menyalahkan MP mereka yang tidak hadir di sebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak tercalon dalam PRU akan datang jika menyalahkan mereka ?*

Jika ini sikap mereka, sebenarnya merekalah yang khianat kepada rakyat dengan ponteng sidang Parlimen terutamanya semasa pengundian. *Inikah contoh MP yang akan bermati-matian berjuang untuk rakyat ?* Nampaknya lebih kelabu dari asap. Cuma patut di tanya, siapa 26 MP PH yang tidak hadir semasa pengundian semalam & sebenarnya perkara ini memang sudah lama berlaku, cuma malas hendak buka mulut & aib orang.

*Ingat, persoal siapa 26 MP PH yang tidak hadir semalam. Bukan 2 MP malah bukan 6, 26 MP PH ponteng sidang parlimen semalam.*

Cukup memualkan serta memalukan !!

Syaiful Hizam.

CILAKA MAT JAWA
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot.
Posted by Tukar Tiub

CILAKA
MAT JAWA
DAH BERANI HINA
PEMIMPIN MELAYU

INI PENGHINAAN
HINA MELAYU
HINA ISLAM
MANA AHLI
PARTI MELAYU
KETUANAN MALAYU
MANA ILANG?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: