15 Messages
Digest #4863
Messages
Thu Nov 23, 2017 3:58 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
3 Jenama kereta terpakai paling boleh dipercayai dan kurang masuk workshop
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Apa agaknya jenama kereta terpakai yang paling boleh dipercayai kalau anda nak dapatkan sebuah kereta terpakai kat negara kita Malaysia?
Kalau anda nak beli kereta selain dari buatan Malaysia, yang paling boleh dipercayai, sila pilih jenama kenderaan berikut:
1.. Honda
2.. Suzuki
3.. Toyota
Dan jangan beli kenderaan berikut sebab ianya antara yang paling tak boleh dipercayai:
1.. Bentley
2.. Porsche
3.. Jeep
4.. Audi
5.. Mercedes-Benz
6.. SsangYong
7.. Jaguar
8.. MG
9.. BMW
10.. Land Rover
Dengan menyebut 'yang paling boleh dipercayai
Tapi kalau masuk workshop sebab nak tukar minyak enjin untuk aktiviti selenggara biasa tak kiralah. Kita tak mahu jenapa kereta yang asyik keluar masuk workshop atas berbagai masalah kerosakan samada elektronik atau mekanik.
Berjimat beli jenama paling dipercayai
Dalam keadaan ekonomi yang membuatkan hampir semua rang takut berbelanja ini, perlu berhati-hati dengan setiap pembelian dan perbelanjaan. Duit kurang nilai dan setiap pembelian perlu benar-benar memberikan apa yang kita mahu.
Kalau tersilap beli jenama kereta yang lembik dan asyik rosak saja, jenama kenderaan itu sudah tentu langsung tak boleh dipercayai dari segi penjimatan duit. Dah lah duit tak berapa nak banyak, nilai duit susut pulak.
Kalau asyik kena epair dan kos untuk repair pulak amat mahal, alamat semakin tertekanlah kehidupan. Hidup tertekan, boleh bagi kesan pada kesihatan dan akhirnya kena serangan jantung. Bahaya tu!!!.
Jenama kenderaan paling kurang masuk workshop
Data berkenaan jenama kenderaan paling boleh dipercayai yang saya ada hanyalah data dari UK. Bukan data dari negara kita sendiri Malaysia. Saya cuba google cara maklumat statistik berkenaan kenderaan paling kurang masuk workshop kat Malaysia, tapi tak jumpalah pulak.
Jadi terpaksa pakai data UK.
Data tersebut tidak ada jenama kenderaan keluaran negara kita sendiri, iaitu Proton dan Perodua. Jadi tak pasti kat mana kedudukan kedua-dua jenama kenderaan buatan Malaysia tersebut.
Untuk Proton saya agak pasti tentu akan masuk dalam senarai antara yang paling kerap masuk workshop. Tapi tak dapat nak pastikan untuk prestasi Perodua. Setakat ini tak ada dengar banyak sangat masalah tentag Perodua.
Berikut adalah 10 Jenama terbaik kenderaan yang paling kurang memberikan masalah kepada orang yang membelinya.
1.. Honda
2.. Suzuki
3.. Toyota
4.. Chevrolet
5.. Mazda
6.. Ford
7.. Lexus
8.. Skoda
9.. Hyundai
10.. Nissan
Model kereta paling boleh dipercayai
Kalau jenama yang paling boleh dipercayai dan paling kurang masuk workshop adalah Honda, dari segi model pulak ianya agak berbeza.
Kalau anda memang dah ada angan-angan nak beli kereta second hand, dan tak tahu nak cari model kereta apa, anda boleh pertimbangkan 5model terbaik ini. Model ini amat boleh dipercayai dan paling sedikit mendatangkan masalah kepada pemiliknya
1.. Toyota iQ - Gambar atas
2.. Mitsubishi Lancer - Gambar bawah
3.. Vauxhall Agila
4.. Hyundai i10
5.. Hyundai Getz
6.. Mercedes-Benz CLC
7.. Nissan Almera Tino
8.. Honda Jazz
9.. Citroen C1
10.. Mazda MX-5
Model kereta paling tak boleh percaya
Untuk model kereta yang memang tak boleh dipercayai pula ada disenaraikan kat bawah ini. Bukan tak boleh percaya sebab segi keselamatan atau ta sedap bawa. Tapi lebih kepada faktor kewangan dan menyusahkan bila kemungkinan masuk bengkel adalah tinggi.
Jadi kalau duit tak berapa nak jenuh, jangan cari pasal untuk beli kereta model seperti berikut kat bawah ini,
1.. BMW M5
2.. Aston Martin
3.. Nissan GT-R
4.. Maserati Granturismo
5.. Mercedes-Benz GL
6.. Bentley Continental GT
7.. Mercedes-Benz R-Class
8.. Citroen C6
9.. BMW M3
10.. Audi Q7
Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila pi tengok kat sini.
20 jenama kenderaan paling banyak terjual di Malaysia setakat Sept 2017
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Apa agaknya jenama kenderaan yang paling banyak dijual sehingga sekarang di negara kita Malaysia?
Saya cuba cari maklumat dari carian google untuk dapatkan data sehingga bulan Oktober 2017, tapi hanya dapat data setakat bulan September 2017 sahaja setakat ini.
Maklumat setakat bulan Sept 2017 pun rasanya sudah mencukupi untuk mendapatkan sedikit gambaran kedudukan jenama kenderaan mana yang menjadi pilihan ramai di Malaysia.
20 jenama kenderaan terlaris hingga sept 2017
Kita lihat terlebih dahulu 20 jenama kenderaan yang paling laku dijual oleh para jurujula kenderaan di seluruh Malaysia setakat bulan sept 2017 yang lalu.
Berikut adalah senarainya,
1.. Perodua - 151,580
2.. Honda - 78,742
3.. Proton - 56,297
4.. Toyota - 49,319
5.. Nissan - 20,759
6.. Mercedes - 8,971
7.. Isuzu - 8,064
8.. BMW - 7,633
9.. Mazda - 7,002
10.. Mitsubishi - 5,057
11.. Ford - 4,691
12.. Volkswagen - 4,605
13.. Subaru - 3,479
14.. Hino - 3,455
15.. Kia - 3,254
16.. Hyundai - 3,192
17.. Fuso - 1,584
18.. Peugeot - 1,517
19.. Mini - 731
20.. Lexus - 650
21.. Volvo - 644
Seperti mana semua orang boleh agak, jenama kenderaan paling top kat Malaysia sudah tentu adalah Perodua. Jenama kereta Nasional nombor 2 negara itu dari segi kepercayaan orang ramai dah lama potong kenderaan Nosional nombor 1 negara Proton.
Rasanya lebih elok jika 'Perodua
Kalau dilihat pada jumlah kenderaan yang terjual, Honda boleh potong Proton sebanyak 22,445 unit yang terjual.
Itupun saya tak pasti adakah jumlah yang dikeluarkan oleh MAA itu berdasarkan jumlah kenderaan Proton yang dipaksa ambil oleh para pengedar Proton atau memang benar jumlah yang pengedar Proton berjaya menjualnya.
Kereta mewah masuk top 10
Satu lagi perkara yang menarik dalam jumlah kenderaan terjual di atas itu adalah kedudukan kereta mewah seperti BMW dan Mercedes. Kedua-duanya boleh masuk dalam senarai top 10. Itu amat menarik.
Orang Malaysia masih ramai yang kedudukan kewangan mereka masih ok dan masih tetap mampu belanja besar keluarkan kereta mewah. Walaupun tak lah banyak sangat tapi agak besar juga jumlahnya tu.
Kalau campur kedua-dua Merz dan BMW, jumlahnya adalah 16,604 unit. Ertinya dalam tempoh 9 bulan sejak awal tahun orang berada belanja beli kereta baru sebanyak lebih dari 16 ribu unit. Itu belum campur kenderaan mewah lain lagi seperti Porche, mini dan seumpamanya yang memang agak banyak juga jumlahnya yang terjual.
Orang Malaysia beli kereta Merz atau BMW lebih dari 1,800 unit setiap bulan! Boleh tahan jugak tu!.
Jenama komersial paling laris
Untuk kenderaan komersial pulak senarai paling banyak terjual adalah seperti berikut,
1.. Toyota - 15,031
2.. Isuzu - 7,942
3.. Nissan - 5,115
4.. Ford - 4,247
5.. Hino - 3,455
6.. Mitsubishi - 3,213
Dah boleh agak juga kenderaan komersial paling top pergi kepada Toyota yang sudah tentu merupakan Pikap Trak Hilux yang orang Malaysia beli. Hilux memang dah terkenal sangat untuk kegunaan komersial sebab semua orang yakin ianya tahan lasak dan punyai nilai belian yang amat baik.
Ford pun banyak dijual hasil daripada model Ford Ranger yang ramai dah makin suka sebab rupa bentuknya yang menarik untuk dijadikan kenderaan berbagai guna.
Namun begitu Ford masih tak dapat nak lawan kenderaan komersial Nissan yang dijual lebih banyak. Mungkin sebab Nissan ada tawarkan kenderaan Komersial yang lebih banyak model berbanding Ford.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 3:59 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Sekali lagi - kepala bapak kau
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Najib terus dikepung. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir. Suara menuntut Najib dinyahkan semakin nyaring. Gerakan nyah Najib semakin merebak. Gerakan ini sedang berjalan dalam dan juga di luar negara.
Sentimen nyah Najib ini telah berjaya menjalar masuk ke lubang telinga ahli parti United Malays National Organisation. Ini jelas sedang berlaku.
Secara senyap-senyap ahli parti telah mula 'berbisik-bisik' sesama sendiri. Sohseh sohseh tung tang tung tang telah mula kedengaran. Najib ini dikatakan lebih banyak membawa bala dari membawa laba. Najib ini akan menjadi beban penolak undi dalam PRU14 nanti.
Bukan sahaja undi bukan Melayu yang menolak Najib. Kes Najib yang bertampuk-tampuk ini telah juga menghakis banyak undi Melayu. Ini dibuktikan dengan tertubuhnya parti BERSATU.
Kalau Parti Keadilan Nasional wujud pada tahun 1999 bermula dengan bencikan Mahathir yang membuang Anwar, BERSATU pula lahir pada tahun 2017 kerana bencikan Najib yang didakwa mencuri duit.
Ahli-ahli parti United Malays National Organisation dalam gelak hilai berseloroh tentang betapa beratnya memikul beban Rosmah di mata pengundi. Kini ditambah pula dengan beban memikul seorang yang didakwa mencuri.
Tetiba sebuah laman pro parti ketuanan Melayu telah menulis berita dalam Bahasa Inggeris - Kepala Bapak Building Gateway Home on Koh Samui Island. Apakah makna tulisan - Kepala Bapak Membuat Rumah untuk Lari di Pulau Koh Samui? Apakah Kepala Bapak telah bersedia hendak lari. Kenapa lari ke Siam tidak ke Shanghai?
Sayangnya berita ini belum sempat dipungut oleh Malaysian Insider atau Malaysiakini telah menjadi 404 - hilang lesap. Bila dicari tajuk berita ini Lebai Google akan menjawab - Sorry the page you were looking for in this blog does not exist. Khalas. Apakah dedak telah bertukar tangan? Walahhualam.
Sesiapa pun yang diserang bertalu-talu seperti ini akan berjiwa kacau. Jiwa kacau akan melahirkan sakit jiwa. Sakit jiwa ini telah dimanifestasikan dengan jeritan - "kepala bapak kau".
Sebenarnya sesiapa pun boleh menjeritkan "kepala bapak kau". Malah jeritan ini bukan satu yang baru atau satu yang unik. Ia juga bukan jeritan sakral. Tetapi apabila Najib menjeritkan "kepala bapak kau", ia membawa makna lain.
Malah tempat si Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini juga wajib difahami dan diteliti.
Hakikatnya, "kepala bapak kau" ini adalah jeritan orang sakit jiwa. Ini tanda-tanda sakit jiwa yang maha sangat. Jika seseorang tidak sakit jiwa, dia tidak akan menjerit. Sosok yang dilamun kebahagiaan akan tersenyum lebar hingga ke telinga.
Saya tidak perlu mengulangi kembali kenyataan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) atau kenyataan peguam negara Switzerland. Atau berkisah tentang kes Scorpene Najib yang telah bermula di mahkamah Paris. Atau kes jenayah 1MDB di mahkamah Los Angles. Atau kes tertangkap, tertuduh dan terpenjara beberapa orang pegawai bank di Singapura. Semua ini telah beberapa kali kali saya tulis.
Telan Prozac
Semua ini pasti menyesakkan nafas Najib. Semua ini pasti menjadikan jiwa kacau. Dalam keadaan sedemikian saya yang tidak berijazah dalam bidang kedoktoran tidak dapat membantu apa-apa.
Kalau kena migrain saya tahu jawabnya ialah Panadol. Kalau diserang sakit jiwa saya hanya mendengar khabar bahawa Prozac boleh membantu. Berapa botol Prozac wajib ditelan hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.
Kemudian muncul lagi babak terkini. Babak ini amat amat menarik. Ini babak baru. Bukan babak akhir atau babak penutup. Maksud saya ini babak Najib melawat Vietnam untuk Persidangan APEC yang baru berlangsung pada 10-11 November 2017.
image: https://i.malaysiakini.com/1181/caace8ed1fac927133eea45e1a69cb57.jpeg
Apa yang menarik media dunia ialah kehadiran presiden Trump di Vietnam. Presiden Trump yang sedang dipertikaikan kewarasannya terus menjadi sasaran untuk digodam oleh media.
Dalam parlimen apabila Najib ditanya tentang 'kejayaan lawatan' ke Rumah Putih. Si Najib dengan bangganya mengatakan bahawa ketika melawat Rumah Putih, dia telah bermain golf dengan Trump.
Ini betul-betul labun mat temberang. Sebenarnya Najib main golf dengan Trump sebelum Trump menjadi Presiden. Ketika itu Trump akan main golf dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Lokman Adam jika Lokman Adam boleh membawa peluang perniagaan.
Kerana itu tidak ada gambar Najib main Golf dengan Trump ditularkan. Jika ada pasti gambar resmi akan dikeluarkan oleh Rumah Putih.
Di Amerika ketika ini jika Trump terkentut pun pasti akan jadi berita. Bayangkan jika Trump main Golf dengan Najib, satu padang golf itu akan dipenuhi oleh media Amerika. Van stesen TV, helikopter dan drone media pasti sibuk cuba membuat 'breaking news'. Ini berita paling 'hot' di Amerika - Presiden Amerika bermain golf dengan 'pencuri'.
Najib melabun. Melabun, berbohong dan membuat temberang adalah juga ciri dan pola-pola serangan sakit jiwa.
Pada Jumaat 10 November sebelum Persidangan Apec bermula, harian The Guardian London telah membuat berita mengenai lawatan Trump ke Asia. Tajuk: Trump's tricky talks: Five world leaders meeting to watch at Apec summit.
Salah seorang dari lima pemimpin itu ialah Najib. Dalam kes Najib media dunia telah diberi ingatan untuk memerhati bagaimana Trump akan cuba mengelak dari dilihat terlalu ramah dengan Najib.
Media dunia dikatakann telah diberi tahu lebih awal tentang bagaimana Najib akan cuba 'masuk frame' untuk dilihat mesra dengan Trump. Najib akan cuba masuk frame dengan tujuan agar media dunia melihat bahawa kes dakwaan curi duit 1MDB tidak mengganggu hubungan dirinya dengan Trump.
Pada hemat saya, laporan The Guardian ini adalah bukti agenda nyah Najib dari luar negara. Jika tidak yakin apa yang saya tulis ini sila rujuk kepada The Guardian London. Saya bukan penjaja tohmah atau fitnah.
Klip dari TV Vietnam
Saya menimbulkan berita dari The Guardian ini kerana ada satu klip dari TV Vietnam telah menular. Ini gambar jamuan makan malam di akhir persidangan APEC. Tetamu negara semuanya telah siap siaga duduk bersembang. Tetiba masuk Rosmah dan Najib.
Presiden Jokowi, Putin dan Xi Jin Ping sedang bersembang. Najib melintasi sebelah belakang Trump. Tapi sayangnya Si Trump ini tidak ambil pot. Malah seperti biasa Trump berpeluk tubuh. Ini betul-betul bahasa badan yang kurang ajar.
Setelah melihat klip ini saya terfikir betulkah Si Trump ini kaki golf Najib? Jika rakan golf sekurang-kurang berilah senyuman. Si Trump langsung tidak peduli.
Saya agak si Trump tidak berani dilihat mesra dengan Najib kerana takut ditibai oleh media Amerika. Tetapi berilah senyuman kepada si Rosmah yang memakai baju merah renda-renda dengan disalut oleh anting-anting intan berlian.
Kurang ajar betul presiden Trump ini. Mentang-mentang isterinya Melania cantik, langsing dan bergetah.
Atau apakah ini ditujukan kepada Kim Jong-un? Apa yang sahih laporan BBC ini telah dinafikan oleh si Trump.
Jeritan sakit jiwa "kepala bapak kau" ini telah juga meledak dalam parlimen pada minggu lalu. Semuanya macam telah dirancang. Macam wujud satu konspirasi.
image: https://i.malaysiakini.com/1126/1fa206965185dd5f65ebeb41e98ad526.jpeg
Pada minggu lalu dalam parlimen Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan kesihatan negara. Menteri ini bukan memberi laporan demam denggi, atau laporan kepialu, atau penyakit barah. Tidak. Tidak. Tidak.
Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam telah memberi laporan statistik pesakit jiwa dalam Malaysia. Menurut laporan menteri ini, 29.2 peratus penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengalami sakit jiwa. Peratus ini telah ditemui melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015.
Ini juga bukan fitnah Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin sila rujuk kepada hansard Parlimen November 2017.
Kenyataan menteri kesihatan disambut oleh YB Zuraida dari parlimen Ampang yang memperakui data ini. Malah mengikut YB Ampang statistik ini pasti bertambah. Tanda terkini tentang serangan sakit jiwa ini ialah jeritan "kepala bapak kau". Para YB dalam parlimen terbarai ketawa. Kasihan pada Najib dan penasihatnya, dua-dua ponteng parlimen.
Sila ambil perhatian, menteri kesihatan bukan pro-Pakatan Harapan. Menteri ini dari parti Malaysian Indian Congress. Justeru persoalan sakit jiwa minggu lalu bukan dirancang oleh Pakatan Harapan.
Mungkin persoalan sakit jiwa dalam parlimen minggu lalu telah dirancang secara sulit oleh pegawai kerajaan atau 'orang dalam' yang ternampak peluang untuk menambahkan lagi sakit jiwa kepada Najib. Walhahuallam bissawab.
Apa yang jelas data dari parlimen ini membuktikan bahawa sakit jiwa ini bukan satu yang asing di Malaysia. Kes Najib menjeritkan "kepala bapak kau" ini bukan ganjil.
Jika Mat Felda atau minah kilang yang menjeritkan "kepala ayah kau", kita boleh tersenyum atau ambil sikap tidak peduli. Tetapi apabila Najib menjeritkannya, ini bermakna kita dalam bahaya.
Bahaya apa? Tunggu minggu depan.
HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/401960#YKD9OMDQeXhoCOpH.99
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:00 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bencana yang ditempah di Asia Barat
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
SABDA Rasulullah SAW.
ويل للعرب من شر قد اقترب
"Kemusnahan menimpa bangsa Arab, disebabkan kejahatan yang telah mendekati mereka" (Hadis Riwayat Bukhari)
Kita sedang menyaksikan betapa benarnya sabda Rasulullah SAW yang menjadi tanda kerasulannya, menyebut perkara yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi dapat dilihat pada zaman kita yang paling mutakhir. Ini disebut perkara ilmu Allah yang diberitahu kepadanya.
Mimpi Rasulullah SAW adalah benar dan sebahagian daripada wahyu. Hadis ini menceritkan ketika Baginda S.A.W berada di rumah Ummul Mukminin Zainab binti Jahsyin R.A, lalu beliau bertanyakan bagi meminta penjelasan:
قيل : أنهلِك وفينا الصالحون ؟ قال : نعم، إذا كثُر الخبثُ
"Adakah kita boleh ditimpa bencana (sebegitu) padahal dikalangan kita ada ramai orang-orang yang soleh?" Sabda Rasulullah SAW: "Ya! apabila banyaknya kejahatan" (Hadis Riwayat Bukhari)
Al-Marhum Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Mantan Mufti Arab Saudi apabila ditanya dan diminta penjelasan berkenaan hadis ini telah menegaskan:
"Kebenarannya berlaku apabila tersebarnya kemungkaran di kalangan bangsa Arab dan tidak ada lagi yang mencegah kemungkaran, laksana Bani Israel yang dilaknat Allah", sebagaimana diceritakan dalam firman-Nya:
لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ ٧٩ المائدة
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam (A.S). Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampau. (78) Mereka sentiasa tidak mencegah kemungkaran (berlarang-larangan sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (maksiat dan melampau), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan." (79) (Surah Al-Maidah: 78-79)
Kemungkaran adalah menempah kemusnahan apabila tidah dicegah. Paling besar ialah meninggalkan Islam sedikit demi sedikit kerana kelemahan iman dan terpengaruh dengan budaya bukan Islam, serta berwala' (bersahabat setia) dengan musuh Islam.
Perkara ini telah juga ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W. apabila berlakunya bencana pembunuhan atau peperangan melalui sabda Baginda yang berwasiat ketika menunaikan Haji Wada' (selamat tinggal):
لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض
"Jangan kamu menyeleweng dengan menjadi kufur selepas aku (tidak ada lagi, apabila wafat meninggal dunia) sehingga kamu memancung leher sesama sendiri (berperang)" (Hadis Riwayat Bukhari)
Kini berlakunya kemungkaran tersebut yang mengundang kemusnahan, apabila melakukan maksiat di dalam negeri dan ketika melancong di luar negeri. Berpecah dan berkelahi tanpa batas sehingga bermusuh dan menjemput musuh luar, kerana mahu mengalahkan pihak yang dianggap musuh walaupun saudara seagama, menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perkelahian yang mencetuskan perang saudara dalam negara yang telah dibentuk mengikut kamahuan penjajah dahulu dan juga berperang terhadap jiran tetangga seagama dan sebangsa.
Kewajipan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dipandang kecil dan dikatakan mengganggu kemajuan. Maka para ulama yang berani mencegah kemungkaran secara nasihat meringkuk ditahan dalam penjara, bersembunyi dan terpaksa berhijrah ke luar negara. Hanya yang bertahmid dan bertasbih memuji kerajaan sahaja diberi lesen, walaupun salah dan sesat.
Inilah yang sedang dilakukan sekarang, sehingga mencetuskan peperangan dan pembunuhan sesama sendiri. Senjata yang dibeli ditujukan kepada kawan bukannya musuh, sehingga ditinggalkan Israel, musuh yang sebenar yang merompak Tanah Suci.
Bangsa Arab yang paling hampir dengan Israel, meninggalkan kewajipan membebaskan Palestin setelah mengecewakannya, kerana sibuk berperang dalam negara sendiri dan negara jiran, dengan alasan yang tidak berpijak di atas Islam yang sebenar daripada Al-Quran dan Hadis yang dibaca dalam Bahasa Kebangsaan mereka. Sebaliknya yang berjihad menentang Zionis seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah dianggap pula sebagai pengganas dan pelampau agama.
Ini disebabkan oleh kehakisan aqidah apabila menganut berbagai ideologi dan berwalikan musuh Islam serta tidak bersyukur atas nikmat kekayaan yang dikurniakan oleh Allah, sehingga tidak dimanfaatkan sebanyak-banyaknya kepada Islam dan umatnya, tetapi dibinasakan harta kerana membeli senjata untuk membunuh sesama sendiri, berbelanja secara membazir dan bermewah dan lebih malang lagi ada yang berfoya demi memuaskan nafsu semata-mata.
Sepatutnya mereka sedar kesilapan yang berlalu telah menjadi bencana awal yang tidak patut diulang lagi. Mereka tidak mengambil iktibar daripada zaman perjanjian di antara Syarif Husain (Raja Hijaz) dan Henry McMahon (wakil British), kerjasama di antara Malik Abdul Aziz (Raja Saudi) dan Lawrence serta rakan-rakannya daripada barat. Begitu juga di antara Shah Iran yang menjadi wakil penjajah dan Kamal Ataturk yang mengambil sekularisma dan menolak Islam kerana kononnya boleh memajukan Turki. Semuanya adalah permainan pihak barat yang sudah berlalu dan menjadi cerita lama yang sangat mengecewakan.
Akibatnya ialah kejatuhan Khilafah dan dirampasnya Palestin untuk ditubuhkan negara haram Israel. Umat Islam dan Arab dipecahkan mengikut bangsa dan mazhab, serta dibahagi-bahagikan negaranya. Kemudian hilangnya maruah negara kerana politik, ekonomi dan pendidikan berkiblatkan kepada musuh yang menghina mereka.
Hari ini berlaku pertembungan yang panas apabila mencetuskan peperangan di antara Arab dan Arab yang berlainan agama, mazhab dan ideologi, di antara Arab dan Kurdis dan di antara negara Arab, Turki dan Iran yang seagama dan berjiran.
Sepatutnya era baru terkini sudah merdeka daripada barat, maka hendaklah ditukar pengisiannya dengan memecahkan tembok perkauman dan mazhab yang memecahkan belahkan mereka dahulu dan menghancurkan belenggunya. Sepatutnya negara umat Islam khususnya negara Arab bertaut kembali kepada asal Islam yang selamat dan sejahtera, membina jati diri umat berteraskan Islam dan perpaduan umat yang satu, walaupun banyak bangsa dan mazhabnya.
OIC yang telah ditubuhkan telah mengadakan resolusi dan melaksanakan pendekatan mengeratkan semula hubungan di kalangan negara umat Islam. Namun diletakkan dibelakang kerana berkiblatkan politik dan ekonomi kepada bukan Islam. Kaabah hanya untuk sembahyang dan haji sahaja.
Selain itu, Bank Pembangunan Islam (IDB) telah ditubuhkan, tetapi mata wangnya masih bergantung kepada negara barat yang pernah menjajah dan menyamun harta. Malangnya juga masih terus melimpahkan pelaburannya di negara barat dan tidak yakin kepada sesama Islam dan Arab, bahkan tidak juga membantu saudara seagama Islam yang menderita, menjadi pelarian dan menghadapi bencana dalam negeri sendiri.
Majmak Fiqh dibawah OIC juga telah ditubuhkan yang mengiktiraf 8 mazhab sebagai mazhab Islam, supaya diadakan program susulan dan muzakarah secara ilmu di kalangan ulama berbagai mazhab secara dalaman dan melakukan tashih. Tetapi mereka lebih mendengar kenyataan Presiden Bush, Condoleezza Rice, Henry Kissinger dan lain-lain supaya melawan di antara Sunni dan Syiah. Selepas itu, muncul para ulama yang menyokong dengan fatwa takfir secara mudah tanpa huraian ilmu yang mendalam kajiannya dan tidak mengambil kira mereka yang tenggelam dalam kejahilan, dan tidak sedar permainan musuh Islam dibelakangnya.
Tanpa dinafikan ada kalangan yang sesat dalam kalangan mazhab Syiah dan Khawarij seperti juga ada yang sesat di kalangan Sunni seperti Ayah Pin dalam masyarakat Ahli Sunnah di Malaysia, Kasim Ahmad dan rakan-rakannya yang menolak Hadis dan buta Al-Quran, yang juga muncul di negara-negara lain dan mazhab yang lain.
Hanya ahli ilmu yang dapat menjernihkan secara dalaman, bukannya mendengar nasihat daripada musuh Islam, atau dibiarkan si jahil murakab memerintah negara yang diikuti oleh para ulama pengampu yang menjilat kesenangan laksana anjing kelaparan.
Sekarang telah menunjukkan keadaan yang lebih parah dengan membunuh dan membakar hangus rumah sendiri, tetapi matahari belum lagi naik daripada arah barat, nyawa belum sampai ke kerongkong dan pintu taubat masih terbuka luas. Maka ubahlah dengan kesedaran dengan membuat pembetulan.
Sepatutnya hubungan di kalangan negara Arab dan Islam, serta negara jiran hendaklah diutamakan dan didahulukan, bukannya Israel dan pengkalan tentera asing yang sangat dipelihara. Sepatutnya krisis dalaman diselesaikan oleh OIC dengan semangat Islam dan kejiranan, jangan dijemput campur tangan asing yang menjadi hakim monyet yang membuat keputusan memasukan barang yang menjadi rebutan ke dalam mulut si hakim monyet itu, sehingga yang menuduh dan dituduh tidak mendapat apa-apa.
Percayalah bahawa kembali ke pangkal jalan yang benar bersama Islam adalah lebih baik daripada berterusan bersama kebatilan yang merosakkan diri sendiri. Bangsa Arab akan selamat dan boleh memimpin apabila bersama Islam. Sekiranya meninggalkan Islam, maka bangsa Arab walaupun sebangsa dengan nabi akan juga menjadi hina.
Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A menegaskan kepada bangsa Arab yang telah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis dan mengalahkan dua kuasa besar dunia Rom dan Parsi, berkata:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام , فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله
"Kita menjadi umat yang dimuliakan Allah bersama Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan atau kehaibatan dengan yang lain daripada apa yang pernah dikurniakan Allah, nescaya kita dihina Allah"
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Safar 1439 / 17 November 2017
Mahu lenyapkan PAS untuk selamatkan Malaysia, lawak gila...
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
"
Assalamaulaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Ada juga manusia spesis melayu yang berugama Islam mahu lenyapkan satu satunya jemaah Islam yang syumul, PAS? Spesis melayu yang ada doktor pala sampah, Dr Ariffin Omar yang sudah terlalu kenyang disuap dengan pemikiran dangkal liberal DAP dengan begitu bodoh sombong boleh mengatakan orang lain yang tidak menyokong liberal tidak menggunakan akal ketika mengeluarkan kenyataan, apa dia ingat dia guna akal sangat ker bila berkata mahu melenyapkan PAS untuk menyelamatkan Malaysia? Inilah spesis cerdik tak boleh ditumpang dan bodoh tak boleh diajar!
PAS ialah sebuah parti politik berdaftar yang sah dan layak bertanding dalam pilihanraya.
Yang jelas sebenarnya bukan nak selamatkan Malaysia, tetapi nak lenyapkan Islam di bumi Malaysia kerana tanpa PAS akan mudahlah kerja kerja liberal dikembangkan dan tanpa PAS, Islam tidak ada pembela, mudah bagi puak liberal untuk menjalankan jarum jarum liberalnya.Itu yang tersirat dari kenyataan mahu lenyapkan PAS untuk selamatkan Malaysia.Apakah Doktor pala Sampah ini berfikir sebelum bercakap?
PAS juga selain parti politik ialah jemaah Islamiah yang diasaskan dengan petunjuk petunjuk agama serta selari dengan seruan Baginda Nabi agar umat Islam berada dalam jemaah di akhir zaman demi menjaga agama dari terus dipijak.Apa doktor pala sampah ini tidak pernah belajar tentang pesan Baginda Nabi itu sebaliknya mungkin belajar dari pemuka pemuka liberal yang mahukan ugama dilenyapkan.
Usah tertipu dengan doktor pala sampah yang bercakap dengan berfikir menerusi kepala lutut, tidak berpijak di bumi nyata dan mahukan kemenangan kepada liberal.Selamatkan Malaysia yang sebetulnya ialah dengan memilih PAS bukan melenyapkan PAS kerana PAS membawa bersamanya penyelesaian kepada semua permasalahan negara yang sedang dihadapi.Penyelesai
Lenyapkan PAS untuk selamatkan Malaysia, satu lagi tag line dalam siri lawak gila PH......
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
DAP Mahu Lenyapkan PAS Sepenuhnya PRU 14
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.
"Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,"kata Ariffin dalam satu kenyataan.
Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.
Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
"Sebegitu bencinya Senator kita ini pada PAS ya hingga mahu ia dilenyapkan terus dalam PRU 14.
"Cuma jangan sampai Senator kita ini pula yang dilenyapkan terus dari DAP selepas ini sudahlah,"kata Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook.
Dalam perkembangan lain, Dr Kamarul berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ariffin berkenaan satu kenyataan yang memperlekehnya :
SAMAN TERHADAP DR ARIFFIN OMAR, SENATOR DAP
Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk "Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal" dan "Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal" di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.
Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:
(i) Menempelak "tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi."
(ii) Berkata "Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan."
(iii) Berkata "Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP."
(iv) Berkata "Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?"
Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.
(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.
Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.
Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.
Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.
Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.
Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.
Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.
Memperlekeh-
Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.
Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.
Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.
Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.
Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.
Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk "Malaysia's 14th General Elections: The Big Issues".
Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.
Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.
Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.
Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.
Gaya Hidup Pemimpin DAP Melayu DiDedah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Tersebar di media sosial beberapa keping gambar gaya hidup Adam Ariffin anak bekas Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini.
Sementara itu, penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir sekiranya semua calon Melayu tewas dalam pemilihan CEC Ahad lalu.
"Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela.
"Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr Ariffin Omar akan dipilih," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Kamarul berkata DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu untuk kuota lantikan sahaja.
Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas memperlihatkan politik 'kinship' atau 'kekeluargaan' terus diterima DAP apabila Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi kepentingan parti.
"Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.
"Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran UMNO), jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang UMNO, bahawa keturunan UMNO tidak semestinya sokong UMNO.
"Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang," kata beliau.
Bagaimanapun, kajian mendapati Zairil bukan anak kandung Allahyarham Khir Johari.
Zairil adalah anak Puan Seri Christine Lim, isteri kedua yang dikahwini Allahyarham selepas isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman meninggal dunia.
"Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.
"Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina. Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru. Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus," dedah satu laman portal berita.
....
AIDCNews
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:01 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Allah.
siakapkeli.my
''Allah.
Tiga kalimah itulah yang pertama keluar dari mulut pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 17, selepas 168 hari terlantar di hospital.
Mohd. Izahar Kassim, 49, berkata secara tiba-tiba sahaja mereka mendengar anak kedua daripada lima beradik itu memanggilnya dan isterinya, Jahsuriawany Mustapha, 45, awal pagi semalam.
"Syukur sangat-sangat kerana sudah lama kami sekeluarga menunggu untuk dengar suara Faiz, sejak sedarkan diri awal Julai lalu dia sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.
"Walaupun tidak boleh bercakap sempurna lagi dan hanya kedengaran bunyi yang perlahan, kami anggap ia sebagai hadiah tidak ternilai," katanya lagi.
Mohd Izahar turut menambah bahawa sudah lebih dari lima bulan anaknya dirawat dihopital dan semalam adalah kali pertama mereka mendengar suaranya berulang kali menyebut nama Allah selain memanggil umi dan abah.
Muhammad Faiz adalah antara tujuh mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini.
Pada 2 Jun lalu, Muhammad Faiz bersama-sama 14 orang lari pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al-Hashimi terlinat dalam kemalangan selepas bas yang dinaiki mereka terbebas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai yang mengorbankan 7 nyawa.
Mereka yang terkorban adalah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 ; Sarifuddin Muhammad, 14; Ahmad Farhan Zulkifli, 14 dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.
Akibat kemalangan tersebut, Muhammad Faiz mengalamai kecederaan pendarahan dalam kepala dan patah dua tempat di bahagian tulang belakang hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan skru.
Sumber : Kosmo Online
Shahir Masih Mengigau Setiap Malam, Seolah-olah Mahu Lari Dari Katil - Ibu
siakapkeli.my
Kuala Lumpur: Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat menjelaskan anaknya sering terjaga di tengah malam kerana mengalami trauma yang mendalam selepas tragedi itu.
"Setiap malam jam 1 hingga 3 pagi anak saya akan mengigau dan seolah-olah mahu lari daripada katilnya akibat masih trauma. Dia kini dalam rawatan dengan pakar psikiatri akibat trauma keterlaluan kerana tragedi kebakaran itu," kata Datin Nor Faizah Arifshah, 43, ibu kepada Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Muhammad Shahir antara enam pelajar yang terselemat dalam tragedi yang mengorbankan nyawa 21 rakan dan dua orang gurunya yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, jam 5.15 pagi, 14 September lalu.
Menurut Nor Faizah, anaknya yang melecur 20 peratus dibahagian belakang dan tulang rusuk patah sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Bagaimanapun, akhir-akhir ini anak saya kerap mengigau dan menangis setiap kali tidur malam menyebabkan kami terpaksa menghantarnya mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri.
"Doktor mengesahkan anak mengalami trauma terlalu dalam akibat tragedi itu. Setiap malam dia mengigau seperti mahu lari daripada katil menyebabkan saya kena memeluknya serta menenangkan dengan perkataan 'adik dah selamat, umi ada sebelah"
Nor Faizah berkata, bagaimanapun, anaknya tidak serik dan masih ingin meneruskan pengajian di pusat tahfiz itu yang akan mula beroperasi bulan depan.
"Ketika doktor meminta anak meluahkan perasaannya bagi mengurangkan trauma, dia hanya mahu berjumpa ustaz di pusat tahfiz berkenaan dan saya faham mungkin dia lebih selesa dan memerlukan sokongan daripada mereka," katanya.
Sementara itu, pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan, pihaknya bersyukur kerana 15 pelajar terselamat sudah menyatakan persetujuan untuk meneruskan pengajian di pusat berkenaan dijangka awal bulan depan.
"Terima kasih kepada ibu bapa yang masih yakin dengan kami dan menyatakan persetujuan menghantar anak mereka untuk diasuh sempurna dengan kalimah suci Allah SWT.
"Malah, kita juga menerima 100 permohonan baru daripada pelajar untuk memasuki pusat tahfiz ini tetapi kami perlu melakukan temu duga terlebih dulu. Berdasarkan kapasiti bangunan baru hanya mampu menempatkan 60 pelajar saja," katanya.
Jelasnya, bangunan baru itu masih dalam proses penambahbaikan mengikut garis panduan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Proses ubah suai mungkin memakan masa antara dua hingga tiga bulan namun kami sudah mempunyai penempatan sementara untuk pelajar ini.
"Bangunan lama yang terbakar juga akan diubah suai untuk dijadikan pusat pengajian kitab turath. Doakan semoga semua usaha kami ini dirahmati Allah," katanya.
Sumber- Harian Metro
Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Tanpa Tayar Selepas 6 Jam Berlegar Udara
siakapkeli.my
Labuan: Sebuah pesawat angkut jenis C130 Hercules milik tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengalami detik cemas sebelum berjaya membuat pendaratan cemas kira-kira jam 5.15 petang sebentar tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.
Menurut kenyataan TUDM, pesawat berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan pada landing gear menyebabkan juruterbang terpaksa berlegar-legar di ruang udara labuan selama enam jam terlebih dahulu untuk membakar minyak bagi mengurangkan berat dan risiko semasa mendarat.
Kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika ini landasan lapangan terbang terpaksa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.
Detik pesawat berjaya didaratkan.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:01 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kami Bukan Warga Asing Seperti Dalam Berita, Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami - Afiqah Ismail
siakapkeli.my
Dua beranak kesal apabila dikatakan kedai yang diusahakan mereka didakwa disewakan kepada warga asing di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Menurut mereka, perkhabaran itu sampai ke pengetahuan mereka apabila terdapat sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.
Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.
Jelas Afiqah Ismail 29, pihaknya menafikan dakwaan tersebut kerana dia dan ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.
Menurutnya, dia telah dilahirkan di Kluang Johor, manakala ibunya berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.
"Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?
"Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini," katanya.
Akan tetapi, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.
"Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang
Kenyataan tersebut mampu membuat perniagaan mereka terjejas kerana mereka sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.
"Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita.
"Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga," tegasnya.
Disamping itu, dia meminta akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.
"Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan," katanya.
Sumber - mStar
95 peratus miskin adalah Bumiputera
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.
Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa 'kerat' orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?
"Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras," katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 - Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.
Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.
"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.
"Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan 'empowerment' sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia," katanya.
Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.
"Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.
"Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.
"Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih," katanya.
Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.
"Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?
"Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah," katanya.
Tidur Hanya Bertemankan Sebiji Lampu Dan Tanpa Kipas, Kehidupan Ibu Tunggal Dengan 7 Anaknya
siakapkeli.my
Ketika bayi lain sedang tidur dengan aman tanpa sedikit ganguan, tetapi tidak bagi bayi ini. Si kecil ini tidur dengan lena bersama nyamuk-nyamuk yang kekenyang mengigitnya. Sungguh sebak melihat wajah si kecil yang sedang lena tidur ini.
Tidurnya hanya bertemankan sebiji lampu untuk menerangi cahaya malam. Tanpa kipas yang mengurangkan panas malam, si kecil ini masih lagi tidur dengan lena.
Si ibu telah kematian suami serta perlu menyara tujuh orang anaknya yang lain. Salah seorang daripada anaknya adalah insan yang istimewa (OKU).
Keluarga daif ini tinggal di Kampung Mujur Jlawat Bachok, Kelantan, (Lorong Kubur Kampung Mujur). Sesiapa yang ingin memberi bantuan adalah amat digalakan.
Pelbagai keperluan yang diperlukan oleh keluarga berserta si kecil ini. Keperluan asas yang diperlukan oleh keluarga ini seperti tikar getah, kipas, tilam dan lain-lain lagi.
Semoga dengan bantuan semua, dapat meringankan beban Kak Yah sekeluarga.
"Ya Allah peliharalah keluarga ini seperti mana kau pelihara kandungannya, Amin."
Sumber - Aalia Anuar
MOA Nafi China 'Reject
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyifatkan maklumat berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China adalah tidak berasas.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata viral berhubung durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi adalah tidak berasas dan tak sahih.
"Buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China. Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia.
"Buat masa ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian.
"Malaysia sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.
"Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan,
Mohd Sallehhuddin mengeluarkan kenyataan itu berikutan penyebaran viral, semalam berhubung 20 kontena durian Musing King yang dikatakan dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.
Terdahulu, ketika di Festival Durian Malaysia di Nanning awal November baru-baru ini, MOA mendapat kelulusan khas untuk membawa masuk 3.8 tan metrik buah durian berkulit yang disejuk beku hanya bagi tujuan promosi saja.
- BH Online
1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MALAYSIADETELINE
Tony Pua
Tindakan kerajaan melayan skandal 1MDB seolah-olah ia bahan jenaka menunjukkan betapa buruknya amalan siasatan terpilih di negara ini, selar ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Mengulas kenyataan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Razali Ibrahim yang mahu semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan skandal 1MDB, Tony berkata laporan polis pertama terhadap 1MDB dibuat pada 2014 namun hanya pada Jun 2015 Menteri Dalam Negeri memaklumkan kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara pada Mac tahun yang sama.
"Ini bermakna sudah lebih dua tahun berlalu, kertas siasatan itu masih berpindah tangan antara Peguam Negara dan polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau membuat perbandingan siasatan SPRM ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilakukan dalam tempoh dua bulan.
Tony justeru mempersoalkan mengapa tahap kecekapan yang ditunjukkan pihak berkuasa dalam menyiasat pemimpin pembangkang tidak berlaku dalam skandal 1MDB.
"Dengan kehilangan berbilion ringgit dana awam negara yang dipercayai digunakan bagi
menampung gaya hidup sesetengah pihak, perlu untuk kami bertanya siapa sebenarnya yang kerajaan pertahankan… rakyat atau penyangak yang berada di tampuk kuasa?" soal beliau.
Razali ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan siasatan skandal 1MDB dipetik sebagai berkata, "Orang Cina kata 'man man lah man-man' (perlahan-lahan lah, perlahan-lahan)… Jadi kita tunggu perkara yang sedang disiasat oleh pihak berkaitan, insya Allah kebenaran itu akan terbukti".
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:02 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
MB Pilihan Tok Nik Abdul Aziz Memang Tepat
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Dulu Tok Guru Nik Abdul Aziz suka seseorang kemudian latih dia, tapi akhir hayatnya Tok Guru pilih sendiri Ustaz Ahmad Yaakob sebagai MB Kelantan ketepikan pilihan asalnya. Tok Guru minta budak dia berkenan tu bertanding di luar Kelantan kerana ada banyak perangai Tok Guru mula tak berkenan.
Gambar
Kredit
Zubir Abdullah
Ustaz Ismail Kamus Ziarah Presiden PAS di Rumah RM90 juta
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
Dato' Seri Tuan Guru Presiden menerima kunjungan ziarah sahabatnya, Dato' Ismail Kamus dan rombongan di Kampung Rusila pagi tadi. Mereka saling berkongsi pandangan tentang hal ehwal semasa yang berlaku sekarang.
AES baharu kesan pemandu guna telefon bimbit
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
KUALA LUMPUR 18 Nov.– Kementerian Pengangkutan akan mengkaji pemasangan teknologi baharu di setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dilihat penting dalam usaha membendung kesalahan tersebut yang kini menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.
Katanya, pemasangan teknologi itu akan meningkatkan lagi fungsi kamera AES selain untuk mengesan kesalahan pemanduan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.
Jelas beliau, kementeriannya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji perkara tersebut termasuk cadangan-cadangan lain seperti meningkatkan kadar hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.
"Kementerian akan menilai untuk meningkatkan fungsi kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
"Kenapa masih ada pemandu yang berani menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah kerana mereka menyedari penguatkuasaan yang ada tidak cukup untuk mengesan kesalahan mereka. Oleh itu kamera AES dilihat mungkin boleh berperanan untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid mencadangkan agar hukuman bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu perlu dipinda selari dengan perkembangan pesat penggunaan peranti itu termasuk aplikasi popular seperti WhatsApp.
Tambah Ab. Aziz, Kementerian Pengangkutan menyarankan setiap pengguna mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain, tetapi akan sentiasa menilai keperluan untuk mempertingkat tahap penguatkuasaan selaras dengan perkembangan semasa.
Timbalan menteri itu mengakui penggunaan telefon bimbit yang semakin meluas menjadi antara cabaran baharu yang dihadapi oleh pihak berkuasa dan sehubungan itu kaedah-kaedah terkini untuk membendung kesalahan tersebut akan diperhalusi.
"Mungkin terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan seperti ini (menggunakan telefon bimbit). Oleh itu kaedah pengesanan kesalahan juga perlu dipermodenkan termasuk menggunakan kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:04 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Konsep 'Rahmatan Lil Alamin' telah diseleweng oleh golongan liberal
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
BANGI, 30 Safar 1439H, Ahad - Golongan liberal telah menyalahguna dan menyelewengkan istilah-istilah Islam seperti 'Rahmatan Lil Alamin'.
Penyelewengan ini dilakukan bagi mengubah wajah Islam sebenar dan membenarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Tokoh Islam Indonesia, Prof Dr Anis Malik Thoha berkata, konsep 'Rahmatan Lil Alamin' adalah istilah Al-Quran dan benar tetapi diinginkan daripadanya kebatilan. Justeru, ia perlu dijaga daripada terus disalahguna.
"Umat Islam perlu mengawal istilah-istilah seperti 'Rahmatan Lil Alamin, Wasatiyyah, Adil, Benar dan lain-lain. "Kita perlu memiliki tahap kewaspadaan yang tinggi, banyak membaca dan mengkaji, dan simposium seperti ini perlu diteruskan sebagai pencerahan dan mengelakkan kecelaruan," katanya di Simposium Siasah Syar'iyyah anjuran Majlis Ulama Isma (MUIS) di sini hari ini. Pengarah CASIS UTM, Prof Madya Dr Khalif Muammar pula berkata, golongan liberal mahu mengubah perkara tetap (thawabit) dalam agama dengan membawa kekeliruan dalam konsep 'Rahmatan Lil Alamin'.
"Jika kita ubah kefahaman konsep ini, kita telah mengubah agama seperti Yahudi dan Nasrani mengubah agama mereka," katanya. Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, adalah menjadi peranan kita semua untuk memberi kefahaman betul kepada masyarakat mengenai konsep 'Rahmatan Lil Alamin'.
"Kekeliruan dalam konsep ini telah dimulakan oleh golongan liberal dengan membawa kefahaman dalam kerangka mereka, ertinya semua perkara perlu diberi kebebasan atas nama Islam Rahmatan Lil Alamin. "Sedangkan ia perlu difahami dalam konteks yang betul mengikut Al-Quran sendiri.
Tanda-tanda Munculnya Al Mahdi
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
Lepas tamat fasa ke 3 pemerintahan umat islam (Mulkan Adhudhan ) pemerintahan secara menggigit , warisan, atau Monarki hampir 95 Tahun kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah 1922 Jika kalendar Hijrah hampir 98 Tahun Hijrah. Maka umat islam telah bermula memasuki pada fasa ke 4 iaitu Mulkan Jabbriyyan pemerintahan secara Zalim dan tidak adil. Pemerintahan ini boleh dikatakan bermula pada tahun 1922 sehingga kini dan mengikuti pendapat para ulamak ahul sunaah wal jamaah antaranya tanda - tanda kiamat kecil paling banyak keluar adalah pada fasa ke 4 ini.
Dalam Hadith yang lain juga antara berlaku peperangan di Jazirah Arab utama di Hijaz ( arab saudi ) berdasarkan kepada Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah Rahmatullah.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Yusuf daripada Abdurazaq daripada Sufyan at- Tsauri daripada khalid bin Al- Khadza daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar Rahabi daripada Sayyidina Ats-Tsauban r.a berkata ,
" Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda, maksudnya , " Akan berebutan 3 orang khalifah kesemuanya anak- anak seorang Khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang di perebutkannya itu. Kemudian muncullah bendera - bendera hitam dari arah Timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara belum pernah dilakukan suatu kaum. ' Kemudian Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda, " Apabila kamu melihatnya, maka berbaiatlah berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang kau tempuh harus dengan cara merangkak diatas Salji. Kerana dia adalah Khalifaatullah ( Al - Mahdi ) yang mendapatkan petunjuk " ( Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah No 4084) .
Hadith ini menunjukkan bahawa Khalifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam mungkin kepada Dinasti al- Saud Dar'iyyah kerana mereka telah berjaya kuasa telah kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah di Hijaz selepas kemunduran tentera bani Uthmaniyyah di Hijaz lepas Syarif Hussein bin Ali pemegang amanah kota mekah dan madinah Al-Munawarah bersekutu dengan tentera British menghalau tentera bani Uthmaniyyah sebelum Sultan Abdul Aziz Ibn Al Saud di angkat sebagai raja Hijaz yang baru selepas Syarif Hussein bin Ali menjadi raja buat sementara waktu sahaja.
Apa hujahnya :-
Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud memiliki sebuah keluarga yang amat besar mempunyai anak- anak yang ramai dan mempunyai isteri - isteri yang ramai ..
Antaranya yang pernah menjadi Raja Saudi hasil keturunannya iaitu :-
1. Raja Saud
2. Raja Fasial
3. Raja khalid
4. Raja Fahd
5. Raja Abdullah
6. Raja Salman
------------
Antara anak - anak yang lain :
Putera Muhammad
Putera Nasser
Putera Saad
Putera Mansour
Putera Turki
Putera Talal
Putera Nawwaf
Putera Muhammad Nayef
Putera Mutaib
Putera Muqrin dan ramai lagi .
Kita hari ini sedang melihat dimana zaman pemerintahan raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud sedang alami masalah dalaman dan perubahan Politik dan ekonomi, sosial sebagainya. Selepas raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud melantik anak Baginda sebagai Mahkota Mohamed bin Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud membuat saudara mara keturunan Saud menggigit jari dan perasaan tidak puas hati telah berlaku. Inilah yang berlaku sekarang di tambahan dengan ancaman golongan Syiah wallahu A'lam.
Dalam Hadith Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda "Umat aku setiap 100 tahun Allah Taa'la akan pembaharu dalam urusan agama ( Mujaddid ) ."
Dalam Ahul sunaah wal jamaah para ulamak Sepakat mentakwil Hadith ini mengatakan bahawa Imam Al - Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah cucu cicit Baginda Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam termasuk dalam kategori ( Mujaddid ) dan Imam al - Mahdi akan meninggikan agama ini melalui penguasaannya sebagaimana dijelaskan dalam Hadith. Ibnu Khaldun mengatakan :" Ketahuilah Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyatakan pada akhir zaman seorang lelaki dari pada ahil - Bait yang akan menguatkan agama dan menegakkan keadilan.
Hadith yang lain diriwayatkan oleh imam Abu Dawud Hadith daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a berkatanya Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda :
" Tidak terjadi hari kiamat sehingga keruntuhan Masjidil Al-Aqsa, Kehancuran kota Yathrib ( Madinah ) , peperangan besar ( Malhamah al- Kubra ') , pembukaan Kota Constantinople dan zahirnya Dajjal ".
( Hadith direkodkan oleh imam Abu Dawud ).
Hadith - Hadith tentang imam al- Mahdi adalah bertaraf Hadith Mutawatir kerana ia diriwayatkan oleh para sahabat seramai 33 orang para Sahabat .
Dalam sebuah Hadith daripada Dzar bin Abdullah daripada Nabi Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda bermaksud :
" Sekiranya dunia tinggal sehari sahaja ( sebelum kiamat) , nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya sesorang lelaki daripada keturunanku atau daripada kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku .Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman ( sebelum itu )."
Hadith diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dan At-Tirmidzi ).
Kredit : Muhammad Azzuddin Othman
#AkhirZaman
#WeNeedKhilafah
Raja Salman akan menyerahkan kuasanya kepada puteranya minggu depan
bloglist-malaysia.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 4:05 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Hati-Hati Semua, Pintu Kereta Dah Tertutup Elok, Tapi Penjenayah Pecahkan Cermin Kereta Guna Parang
siakapkeli.my
Tersebar sejak semalam dilaman sosial beberapa keping gambar termasuk satu laporan polis yang menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa kepada satu kes ragut di Taman Sri Perkasa, Petra Jaya di Kuching, Sarawak.
Mengikut laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa, wanita terbabit memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.03 pagi semalam. Mangsa ketika itu ingin mengambil rakannya yang tinggal di Taman Sri Perkasa, berdekatan dengan Taman Yen Yen Matang untuk ke sekolah.
Setibanya mangsa di hadapan rumah rakannya itu, mangsa menyedari kehadiran sebuah motosikal ketika hendak memberhentikan kenderaan. Mangsa mendakwa penunggang motosikal tersebut memakai helmet menutup muka yang kemudiannya mengeluarkan sebilah parang.
Suspek kemudian bertindak memecahkan cermin tingkap di sebelah pemandu serta meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit serta beg tangannya. Tindakan suspek yang mengugut mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa ketakutan lalu menyerahkan barang-barang berharga milik mangsa kepada suspek.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa kerugian sebuah telefon bimbit, dompet dengan wang tunai sebanyak RM 102, dokumen pengenalan diri, dokumen memandu dan kad ATM.
Selain itu, beg tangan tersebut juga mengandungi barangan kosmetik yang tidak dinyatakan nilainya oleh mangsa.
Justeru orang ramai yang menetap di sekitar lokasi kejadian dinasihatkan supaya waspada dengan ancaman ragut terutamanya kepada golongan wanita yang bergerak secara sendirian. Jika menyedari kenderaan anda diekori, anda dinasihatkan untuk tidak memberhentikan kederaan sebaliknya terus memandu menuju ke balai polis yang terdekat.
Sumber : Borneo
Tak Ada Masa Atau Malas Nak Ke Pusat Servis Kereta? Panggil Je Mereka Ni Datang Rumah Atau Tempat Kerja Servis Kereta Anda
siakapkeli.my
Penyelenggaraan kenderaan merupakan aspek utama untuk memastikan kelangsungan hayat komponen-komponen penting pada kenderaan anda serta memastikannya berada pada prestasi terbaik yang berterusan
Ramai di luar sana mempunyai kenderaan persendirian terutamanya kereta, namun pengankgutan kesayangan kita ini perlulah dijaga dengan baik untuk keselesaan perjalanan semasa kita gunakannya.
Perlu diketahui bahawa minyak pelincir akan hilang daya pelincirnya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana terdedah kepada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.
Sikap tidak ambil berat untuk servis kereta seperti ditetapkan adalah satu sikap yang menjadi punca kenapa kereta kita sering bermasalah terutamanya lambat minyak enjin.
Namun kitni kerana kebanyakkan antara kita bekerja, jadi tiada masa untuk ke pusat servis yang memerlukan masa agak lama bila ke sana, ada yang bila kita balik kerja, pusat servis pun dah tutup.
Jadi, bagaimana handak selesaikan masalah ini? Semuanya terjawab, dengan dengan memanggil orang servis kereta ke tempat kerja anda, di rumah walaupun hari cuti atau semasa anda membeli belah di shopping Complex.
Bagaimana nak panggil orang servis? Semuanya mudah, gunakan aplikasi Maxx'N Go sahaja, anda download di Apple Store atau Google Play, panggil mereka datang, tak payah pening-pening.
Semuanya dihujung jari anda kini, bila guna aplikasi Maxx'N Go ini, mereka akan datang terus kepada anda, apa yang menarik anda boleh memilih minyak enjin dan mereka akan datang pada masa dan lokasi yang anda pilih, harga akan ditetapkan terus pada aplikasi, bayar yang tertera sahaja.
Bagaimana nak guna?
1. Muat turun aplikasi Maxx 'N Go dari Google Play Store atau App playstore
2. Log masuk dengan Facebook / Gmail anda
3. Daftar nombor telefon dan butiran kenderaan anda
4. [Book Now] dan pilih tempat, masa dan tarikh yang ingin anda lakukan
5. Pilih pakej perkhidmatan pilihan anda (Harga akan berubah bergantung pada model kereta dan kapasiti enjin)
6. Harga akan ditunjukkan dalam aplikasi sebelum pengesahan
Apa yang menarik apabila menggunakan Maxx'N Go.
• Hanya menggunakan hujung jari untuk menempah perkhidmatan kereta. Melalui aplikasi Maxx'N Go, anda boleh meminta perkhidmatan perubahan minyak enjin, dan ia akan datang kepada anda berdasarkan masa, tempat yang anda pilih.
• Mudah (Tidak perlu bimbang mengenai masa anda untuk hantar ke pusat servis)
• Telus (Tiada kos Tersembunyi)
• Hanya membayar minyak enjin (penapis minyak, penghantaran, caj pekerja adalah PERCUMA)
• Perkhidmatan termasuk: Perubahan minyak enjin dan 15 points checking.
• Hadiah percuma akan diberikan semasa menunggu servis selesai. (Contohnya: Makanan ringan + Air mineral)
• Liputan perkhidmatan: KL, Lembah Klang, Ipoh dan Pulau Pinang
• Bekerja 7 hari seminggu (10.00 pagi - 5.30 petang)
• Promosi akan ditunjukkan dalam Halaman Facebook Maxx 'N Go, jangan ketinggalan!
Mengapa Maxx 'N Go?
• Mudah (menjimatkan masa)
• Perkhidmatan pintu ke pintu
•Pemeriksaan kereta dengan PERCUMA
• Penapis minyak PERCUMA
• Mekanik profesional dan mesra
• Harga berpatutan
• Menggunakan minyak tulen (Maxxoil dari Amerika Syarikat dengan pensijilan API)
Jaguh Badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei diangkat sebagai duta untuk Maxx 'N Go membuktikan betapa seriusnya mereka menjalankan perniagaan ini.
Jadi apa tungu lagi, semuanya dihujung jari anda, aplikasi Maxx 'N Go merupakan satu kemudahan yang sungguh memudahkan kerja anda tanpa perlu bersusah payah buang masa ke kedai.
Galeri Gambar
8 Rekod Baru Tercipta, Skuad Rugbi Malaysia Kini Antara 5 Pasukan Terkuat Di Asia
siakapkeli.my
COBRA Rugby Club (Malaysia)
Antara sukan yang boleh dikatakan mempunyai rekod cemerlang selain hoki dan badminton, ragbi turut berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Walaupun tidak sepopular sukan nombor 1 Malaysia iaitu bola sepak, namun pencapaian yang dilakar oleh skuad rugbi jauh lebih gemilang berbanding sukan tersebut.
Misalnya, ketika seluruh tumpuan peminat terarah kepada perebutan ibu segala pingat ketika temasya Sukan SEA KL'17 dulu yang mana Malaysia tunduk kepada Thailand, skuad ragbi 7 sebelah negara pula cemerlang memungut emas kali pertama untuk acara tersebut.
Banyak lagi rekod dan pencapaian cemerlang skuad ragbi sebenarnya. Sebuah page yang dikenali sebagai Harimau Malaya telah menyenaraikan rekod-rekod yang pernah dicipta oleh skuad ragbi negara. Jom kita ikuti perkongsian mereka.
Cipta sejarah baru?
Sebenarnya, skuad ragbi negara telah mencipta banyak sejarah baru pada Mei 2017 lalu. Ini admin kongsikan.
FAKTA RAGBI ASIA
Tahukah anda bahawa;
1. Malaysia merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya menjadi juara Divisyen-1 secara 2 tahun berturut-turut (2016 & 2017).
2. Pertama kali dalam sejarah kuasa ragbi Asia, Sri Lanka, mereka tewas kpd pasukan Asia Tenggara tanpa sebarang 'try' dan Malaysia merupakan pasukan Asia Tenggara pertama yang berjaya menghalangnya.
Malaysia 7s Rugby Team
Selain itu, terdapat fakta lain bahawa :
3. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia layak ke Asian Rugby Championship 2018 (Asian Tri-Nations 2018), kejohanan ragbi tahap tertinggi bagi 3 pasukan terkuat di benua Asia.
4. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya menempatkan diri di dalam kejohanan kelayakan Ragbi Piala Dunia (Piala Dunia 2019).
5. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia merekodkan kemenangan bersih 100% dalam sejarah penyertaan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen-1.
6. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya menewaskan salah satu kuasa ragbi ASEAN, Filipina dengan score 40 - 8.
* 6 tahun dahulu, pada Kejohanan Ragbi Asia 2011 (Div-1), Malaysia 20 - 86 Filipina.
7. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya menembusi kelompok 50 pasukan ragbi terbaik dunia (WR-47).
World Rugby Rangking link - https://www.worldrugby.org/rankings/mru?lang=en
8. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia tersenarai di dalam 5 pasukan ragbi terkuat Asia.
Sumber : Harimau Malaya
Jumpa Bangkai Gajah Ditembak Guna Senapang Buatan Sendiri
siakapkeli.my
Gajah jantan ditemui mati dengan tiga kesan tembakan Ladang Cenderamata, terletak antara Jalan Merotai-Kalabakan, semalam.
Gajah itu dipercayai ditembak mengguankan senapang patah yang dibuat sendiri
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berdasarkan bedah siasat terhadap haiwan liar terbabit, pihaknya mendapati peluru yang digunakan ialah jenis penabur (slug) dan siasatan juga mendapati ia mati kira-kira 48 jam sebelum bangkainya ditemui.
"Kita tak pasti sama ada senapang patah digunakan berlesen atau tidak, tetapi peluru jenis 'slug'
Ketinggian gajah itu 2.7 meter dipercayai ditembak pemburu haram ditemui pekerja ladang terbabit pada Selasa lalu, sebelum memaklumkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.
Berdasarkan sumber, senapang jenis bakakuk yang memiliki keupayaan hampir sama dengan senapang patah sebenar, biasanya digunakan pemburu haram untuk tujuan berburu di hutan di negeri ini.
Penggunaan senjata tersebut sejak turun-temurun untuk memburu binatang serta menjaga tanaman turut menggunakan peluru yang sama, iaitu jenis penabur.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din meminta orang awam agar tidak menyimpan bakakuk kerana penyimpanan dan pemilikan senjata tidak berlesen itu haram, dengan pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Tambahnya, pihaknya serius bagi membendung pelbagai kes jenayah atau kematian akibat kecuaian yang berkaitan dengan penggunaan senjata berkenaan dengan meningkatkan usaha membanteras pemilikan secara haram bakakuk, sama ada bagi tujuan memburu atau mempertahankan diri.
Sebelum ini,terdapat pembunuhan gajah Pygmy Borneo yang dipercayai dibunuh pemburu haram bagi mendapatkan gadingnya ditemui di tempat berasingan di Tawau dan Kinabatangan, September lalu.
Sumber - Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:07 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kadar kemiskinan di negeri Kelantan
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
Info ini untuk kaki fitnah terdiri daripada UMNO, PAN dan geng HARAPAN.
Kadar kemiskinan di negeri jajahan Pas iaitu Kelantan. Walau federal tidak berapa membantu kerajaan negeri tapi dengan kos yg sedikit Pas kelantan masih mampu memerintah dengan baik. Terbaik Pas.
Kredit
Lebai ZamUsop PA
KDNK 6.2? Rakyat tak rasa ekonomi semakin baik, kata ahli akademi
bloglist-malaysia.
wak-labu.
Posted by Mohd Sulaiman
Nawar Firdaws
Prof USM berkata ahli politik tidak sedar apa yang berlaku di bawah dan pihak berkuasa cuba menutup keadaan sebenar.
PETALING JAYA: Seorang ahli akademi hari ini bersetuju dengan Perkasa yang mengatakan majoriti rakyat yang hidup bawah garis kemiskinan adalah Bumiputera.
Prof Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Mohamed Ghouse Nasuruddin, berkata keadaan itu disebabkan kegagalan menyampaikan peruntukan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan mempunyai wang tetapi tidak menggunakannya dengan baik. Kerajaan sepatutnya memotong peruntukan untuk "perkara yang tidak perlu" seperti berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri, dan menggunakannya untuk perkara lebih baik.
Ghouse berkata walaupun kerajaan cuba membantu golongan Bumiputera miskin, terutama di kawasan luar bandar, kebocoran dan kelemahan dalam mekanisme penyampaian menyebabkan ramai Bumiputera bergelut mencari nafkah.
"Kalau kamu ke Kelantan, Terengganu, atau sesetengah kawasan di Pulau Pinang, kamu boleh nampak ramai orang miskin. Peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka tidak sampai kepada rakyat kerana ada kecacatan pada mekanisme penyampaian.
"Pihak berkuasa pula tidak peduli. Ahli politik, ke mana sahaja mereka pergi, diletakkan dalam keadaan yang diadakan. Kerana itu, mereka sebenarnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di bawah," katanya kepada FMt.
Turut tidak membantu ialah pihak berkuasa enggan mengakui masalah di lapangan, sebaliknya lebih gemar menutup masalah itu, katanya.
Beliau memberi contoh penekanan Bank Negara Malaysia pada pertumbuhan ekonomi 6.2% pada suku tahun ketiga 2017.
Beliau berkata meskipun bank pusat menggambarkan keadaan ekonomi yang baik, rakyat di bawah melihat keadaan yang berbeza.
"Ahli politik perlu turun padang dan tengok sendiri keadaan sebenar di bawah, kerana di bawah majoriti Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak, mengalami masalah kewangan.
"Orang Melayu contohnya lebih bertani. Mereka bekerja di luar bandar tetapi kerana kekurangan prasarana, pulangan tidak besar."
Ghouse berkata kebanyakan prasarana disediakan di kawasan bandar dan begitu juga kebanyakan pembangunan, menyebabkan warga desa tidak diberi prasarana secukupnya.
Beliau berkata bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak banyak membantu seperti yang kerajaan sangkakan. Bantuan itu tidak mencukupi untuk rakyat menangani kenaikan harga barangan dan kadar inflasi, katanya.
"Salurkan wang itu kepada sektor yang sangat diperlukan. Tetapi kita benar-benar perlukan profesional untuk lakukan tinjauan dan cari cara terbaik memperuntukkan dana itu.
"Kita ada wang, tetapi kita tak gunakan untuk manfaat rakyat."
Nasib malang Polis Pencen yang terabai
bloglist-malaysia.
alhusseyn51.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Sjn Hamidon bersama isterinya Pn Jamaliah sewaktu
beliau masih sihat dan hidup bahagia
Pn Jamaliah binti Alias merupakan isteri kepada pesara polis Sarjan Hamidon Bin Lan nombor 68743 merungut dan kesal kerana suaminya yang kini terlantar diatas katil tidak mendapat sebarang pembelaan daripada Persatuan Polis Bersara.
Suaminya terlibat dalam satu kemalangan pada 2009 sewaktu dalam perjalanan untuk bertugas pada 2009. Beliau di masukkan ke ICU selama seminggu dan kemudian dimasukan ke wad untuk rawatan lanjut selama sebulan.
Setelah dibawa pulang ke rumah, Pn Jamaliah terpaksa membela suaminya macam anak yang baru lahir untuk selama 3 tahun. Hamidon sepanjang masa itu telah diberikan cuti lantaran keadaannya yang sangat uzur.
Pn Jamaliah yang kini tinggal di Taman Desa Pelancungan Ipoh, merungut dan kesal kerana tidak mendapat sebarang imbuhan walaupun suaminya telah berkhidmat selama 37 tahun. Tidak ada seorang pun pegawai atasannya yang pernah ambil tahu langsung tentang hal kebajikannya.
Beliau merayu untuk mendapat bantuan daripada Persatuan Bekas Polis Perak untuk membeli pampers suami dan bantuan untuk menyara kos pelajaran anak-anak, namun tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Beliau berasa kesal dan keciwa kerana pihak Persatuan Bekas polis gagal memberikan pembelaan kebajikan keatas suminya yang kini hanya terlantar di pembaringan. Malah menurut katanya, tidak ada siapa pun dari pihak persatuan yang ambil peduli atau datang menjengok untuk melawat dan bertanyakan khabar suaminya sejak 2009 lagi hinggalah kini.
Hamidon kini hanya terlantar dan mengharapkan
isteri untuk membantu menguruskan dirinya.
Pn Jamilah pernah mengadu kepada Persatuan Bekas Polis untuk mendapat bantuan bagi menampong kos perubatan dan keperluan suaminya yang kini berkeadaan hampir lumpuh dan terbaring sahaja. Tetapi semuanya mengecewakannya.
Beliau juga turut mengadu tentang keperluan bantuan bagi menampung kos sara hidup bersama 3 orang anak yang mana 2 daripadanya sedang melanjutkan pelajaran di IPTS tempatan.
Terpaksalah beliau tanggung semuanya dengan wang persaraan suaminya yang diterima sebanyak RM2500 sebulan untuk menyara perbelanjaan keluarganya.
Hamidon yang pada mulanya bertugas di bahagian D9, setelah kemalangan dan walaupun dalam keadaannya yang tidak sihat itu telah ditukarkan berkhidmat ke Sitiawan di bahagian 'Escort
Pegawai yang menerimanya turut mengeleng kepala melihat keadaan Sarjan Hamidon datang melaporkan diri dengan kerusi roda yang ditolak oleh seorang kawanya.
Kemudian itu, Hamidon telah ditukarkan semula ke IPK Ipoh bahagian D1 hinggalah beliau bersara pada 2014.
Ditanya samada beliau pernah mengadu kepada wakil rakyat kawasannya, beliau berkata, YB Radzi Zainon pernah datang ke rumahnya dan suruh beliau membuat surat.
"Saya buatlah surat untuk mohon bantuan dan hantar kepadanya, kemudian saya telefon bertanyakan tentang permohonan tersebut tapi Radzi Zainon bertanyakan kepada saya, mana borang?
"Borang apa pula, saya kata... tapi suruh tulis surat dah tu dia pula tanyakan borang??" keluh Pn Jamaliah dengan kesal.
Begitulah kisah nasib malang seorang Sarjan Bersara bernama Hamidon yang hanya terlantar diatas katil di rumahnya hanya dibantu oleh isterinya yang tetap setia.
Bom petrol dilempar ke surau, 20 jemaah terselamat
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
PETALING JAYA: Seramai 20 jemaah terselamat selepas 2 lelaki menaiki motosikal melempar satu bom petrol ke dalam kawasan sebuah surau.
China Press melaporkan kejadian kira-kira 6.15 pagi Ahad lalu itu berlaku di Surau Al-Huda di Damansara Damai, di sini.
Ketika kejadian, kira-kira 20 jemaah dan bilal sedang menunaikan solat subuh.
Kejadian itu disedari seorang daripada jemaah dan mereka sempat memadamkan api di pintu pagar.
Satu botol arak berisi petrol ditemui di pintu pagar surau berkenaan.
Menurut sumber, ada saksi mendakwa bom petrol itu dilempar 2 lelaki.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan pihak berkaitan.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:08 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bas London bakal guna minyak kopi
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
LONDON 20 Nov. – Tidak lama lagi, beberapa bas di London bakal menggunakan minyak bio yang dihasilkan daripada sisa kisaran kopi.
Channel News Asia melaporkan, minyak bio tersebut dihasilkan menerusi campuran minyak kopi yang diekstrak daripada sisa kisaran biji kopi dengan diesel.
Syarikat pengeluar minyak Shell dan firma teknologi, Bio-bean dalam satu kenyataan bersama menjelaskan minyak kopi tersebut boleh ditambah ke dalam rantaian bekalan bahan api di London tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian.
Pengasas Bio-ben, Arthur Kay menyatakan penggunaan sisa kopi yang diubah menjadi bahan api adalah satu perkara yang amat menarik.
Ketua Pengarah Hal Ehwal Luar Shell Singapura, Jason Leow pula menyifatkan teknologi berkenaan berguna kepada negara yang mempunyai volum penggunaan kenderaan yang tinggi.
"Bahan api ini bukan sahaja boleh digunakan di London, malah ia berpotensi untuk negara di seluruh dunia yang bercadang untuk menggunakan sistem pengangkutan lebih efisien serta tahan lama," katanya.
Berkerjasama dengan pengeluar minyak bio iaitu Argent Energy menyaksikan campuran akhir bahan api tersebut terdiri daripada 80 peratus diesel dan 20 peratus minyak bio.
Bahan api baharu itu berupaya mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih apabila ia mengurangkan pelepasan gas karbon berlebihan yang boleh mencemarkan udara.
Secara purata, penduduk London minum 2.3 cawan kopi sehari, sekali gus menghasilkan kira-kira 200,000 tan sisa kopi setiap tahun dan kesemua sisa kopi tersebut akan dikumpul daripada kedai minuman serta kilang.
Setakat ini, sebanyak 6,000 liter minyak kopi sudah dihasilkan dan berupaya menjana operasi bas selama setahun.
'Wahai Lelaki, Tolonglah Jangan Pakai Tshirt Atau Jersi Bila Pergi Majlis. Biadap
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
Lelaki oh lelaki… Bila bercakap soal fesyen, lelaki memang jenis suka pakaian yang simple, kasual, dan senang. Berbeza sikit dengan kaum hawa yang begitu particular dan teliti tentang fesyen.
Setiap hari, perempuan mesti akan fikir nak pakai baju apa, nak pakai colour apa, nak match-kan dengan apa, nak make up macam mana, nak bawa handbag yang mana, nak pakai kasut apa, style tudung macam mana, rambut nak ikat ke tak, dan macam-macam lagi. Banyak betul benda yang bermain di fikiran kaum wanita.
Kalau lelaki pulak, asalkan ada baju dan seluar, sarung terus, dan siap! Tak payah pening-pening kepala nak fikir macam-macam. Janji pakai baju. Lol.
Tapi masalahnya… Bila dah terlalu biasa dengan sikap "asalkan pakai baju", lelaki akan jadi tak kisah tentang dress code atau etika pemakaian, terutamanya bila pergi majlis. Hari-hari pakai tshirt, hari-hari pakai jersi, hari-hari pakai jeans, hari-hari pakai selipar, hari-hari pakai seluar pendek, hari-hari selekeh dan tak kemas, sampai pergi majlis pun tak reti nak pakai elok-elok.
Paling mudah dan paling common yang kita selalu pergi tentunya majlis perkahwinan. Boleh kata hampir setiap minggu mesti dapat jemputan ke majlis walimatulurus pasangan pengantin baru. Tak kiralah sama ada majlis kahwin kawan baik ke, majlis kahwin kawan sekolah rendah ke, majlis kahwin ex ke, majlis kahwin saudara mara ke, atau siapa-siapa kahwin sekali pun, inilah majlis yang paling biasa kita datang.
Dan dalam setiap majlis pun, mesti akan ada orang yang boleh buat kita sakit mata bila melihat. Saya tak pasti dengan korang semua. Tapi saya memang suka perhati cara pemakaian kaum lelaki bila di sesuatu majlis. Pada saya, kalau nak datang ke mana-mana majlis, lelaki mahupun perempuan kenalah ada etika dan cara pemakaian yang betul.
Malangnya, ramai yang tak kisah pasal ni. Perempuan tak ada masalah sangat. Yang masalah sekarang ini ialah kaum Adam. Macam saya cakap tadi, perempuan memang sangat teliti dari segi pemakaian. Bila pergi bersukan, mereka akan pakai baju sukan. Bila pergi kelas, mereka akan pakai pakaian yang sesuai untuk dibawa ke kelas. Bila pergi majlis pulak, pastinya kaum perempuan akan melaram sakan.
Namun lelaki… Pergi bersukan pakai jersi atau tshirt, pergi shopping mall pakai jersi atau tshirt, pergi kelas pun pakai jersi atau tshirt, pergi sana sini semua pakai jersi atau tshirt, termasuklah pergi ke majlis. Perasan tak? Seolah-olah lelaki macam dah tak ada baju lain nak pakai. Pergi majlis pun nak pakai jersi atau tshirt bulat tak ada kolar ke bang? Seriously?
Dear men, Tolonglah serius sikit dalam bab etika pemakaian ke majlis. Nak pakai jersi pergi bersukan atau pergi shopping mall semua tu tak jadi masalah. Tak ada orang kisah pun. Tapi tolonglah berhenti pakai baju-baju macam tu bila pergi ke majlis.
Biadap tahu tak?
Kalau anda nak tahu, sesebuah majlis yang dirai semestinya didatangi dengan etika pemakaian tertentu walaupun tidak disebut di dalam kad ucapan. Dan etika pemakaian tersebut sudah tentu melarang tetamu daripada memakai jersi ataupun tshirt yang dianggap tidak sopan.
Sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang lebih proper seperti tshirt polo berkolar. Engkau tu nak pergi majlis, bukan nak pergi melepak. Lagi sedih bila tengok lelaki datang ke majlis pakai tshirt atau jersi bersama pasangan yang berpakaian serba elok
Pasangan bukan main cantik, pakai pun proper, siap make up, siap pakai tudung branded mahal, setting rambut cun-cun, siap pakai heels sebab dia tahu dia rendah, ditambah pulak dengan clutch di tangan. Memang stylo dan sangat lengkap.
Tapi yang lelaki? Tak kisah langsung. Main sarung je mana-mana tshirt atau jersi yang ada, pakai jeans, pakai kasut sport, settle. Pada dia, mungkin dah elok sangat dah cara pemakaian dia tu. Bang, tak nampak ke pasangan kau tu gigih gila dress up nak pergi majlis dan nak jumpa kau? Kau takkan la tak ada rasa malu langsung?
Hmmm…Mungkin ada yang bertanya, "Habis tu nak pakai apa?" Ini antara 6 senarai pakaian yang sesuai untuk majlis:
1. Tshirt berkolar atau Tshirt Polo berkolar
Tak semestinya brand Polo. Yang penting ada kolar. Tapi, bukan baju kolar kain jersi tu.
2. Baju kemeja
Lengan pendek boleh, lengan panjang pun boleh. Kemeja memang pilihan paling selamat.
3. Nak lagi up, pakai siap dengan blazer
Hanya untuk yang berani sahaja.
PENTING: Segala jenis pakaian yang kau nak pakai tu mestilah bergosok dan tak renyuk.
Sebab pernah je jumpa sebelum ni, pakai baju seluar semua dah elok, tapi langsung tak bergosok. Facepalm terus. Oh lupa, jangan pakai topi, pouchbag (perokok atau vapers suka bawak), dan pastikan rambut kilat berminyak. Nak lagi style pakailah pomade. Hehe.
Bukan susah pun. Serius tak susah. Kalau perempuan yang nak kena bersiap berejam tu pun sanggup pakai cantik-cantik, kenapa lelaki tak boleh? Tapi untuk lelaki sebenarnya tak payah spend time sampai sejam pun. Soal pemilihan pakaian je yang kena ubah sikit.
Come on guys, you can do better than this. Harap lepas dah baca artikel ni, korang akan ubah mindset dan segera perbaiki cara pemakaian.
Sumber: says kredit foto: Azhar Mazlan Via katakpisang
Kepala Ikan RM600: "Lain Kali Tengok Harga Dulu!"
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
PETALING JAYA: Makan malam dua buah keluarga di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial pada Isnin, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.
Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.
"Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati," menurut 'posting' itu yang kini tular.
Aduan seorang pengguna mengenai caj kari kepala ikan.
Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia tidak menyangka harga makanan di restoran mamak tersebut semahal itu.
Katanya, ini bukan pertama kali dia makan kari kepala ikan di restoran mamak dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.
"Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.
"Saya minta pekerja di kaunter tu untuk perjelaskan. Katanya harga ikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150, manakala bersaiz kecil antara RM60 dan RM80," katanya dengan nada kesal.
Resit bagi makan malam di sebuah restoran mamak terkenal.
Dia yang menetap di Melawati, Kuala Lumpur menolak caj berlebihan itu disebabkan restoran mamak berkenaan terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara.
Faudzy yang merupakan pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.
"Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami.
"Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutama nak makan kari kepala ikan," katanya.
Reaksi netizen mengenai dakwaan harga kari kepala ikan yang melampau.
Malah katanya, pengusaha restoran juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan merkea untuk semua pelanggan.
"Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya.
"Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut," katanya.
Kalau Salah Basuh, Kereta Akan Alami Kerosakan Terutamanya Cat, Elakkan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Membasuh Kereta
siakapkeli.my
Kereta yang kurang digunakan atau pun yang selalu dibawa ke tempat kerja, ia pasti akan menjadi kotor sama ada dengan debu, atau tahi burung juga kotoran dari jalan raya yang melekat pada kenderaan.
Ada di antara kita yang akan terus membasuh kereta bila dah kotor, tetapi ada juga yang hanya membiarkan kereta kotor, dan basuh bila perlu, sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Walau apa pun, sekiranya anda membasuh kereta, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan, takut akan memberikan kerosakan yang lebih lagi pada kereta.
1. Jangan tunggu sehingga kotoran betul-betul nampak jelas
Serangga kecil, tahi burung, hujan dan debu dari persekitan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan cat. Jangan hanya membasuh kereta seminggu sekali, atau sebulan sekali, tetapi sebaiknya basuh kereta bila perlu, lebih-lebih lagi jika hujan, kerana acid hujan boleh menyebabkan cat cepat terhakis.
Paling kurang boleh bilas kereta dengan air selepas hujan.
2. Ketika kereta tengah panas
Pada keadaan suhu yang tinggi/panas boleh menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan sebabkan kotoran rosakkan cat. Parkir kereta di temapt redup atau tunggu suhu berkurangan sebelum mula membasuh.
3. Gunakan alatan yang bersesuaian
Pastikan anda membasuh kereta dengan gunakan barang khas untuk pembersihan kereta, span besar, atau air yang berterusan mengalir dan sabun khas untuk mencuci kereta.
Ini kerana, ia lembut untuk cat kereta, dan mungkin anda perlukan bahan pencuci khas untuk buang tar yang melekat pada kereta.
Span khas juga diperlukan untuk mengelakkan dari kesan calar pada bahagian kereta.
Apa yang penting adalah air yang banyak, ini kerana jika anda hanya gunakan air dari baldi berulang kali, kesan kotoran dan sisa kecil masih ada, yang mana menyebabkan berlakunya calar ketika sedang mengelap kereta.
4. Basuh ikut bahagian
Fokus pada satu-satu bahagian pada masa tertentu, basuh, bilas dan keringkan.
Tetapi jangan sesekali basuh kereta dengan menggunakan span dalam pergerakan membuat bulatan, kerana ia akan tinggalkan kesan bulatan yang boleh nampak, sebaiknya basuh dengan pergerakan garis lurus.
5. Wax dua kali setahun
Mungkin ada yang beranggapan sekiranya wax kereta ia aakan merosakkan kerta, lebih-lebih lagi cat. Tapi, dalam amsa yang sama, ia sebenarnya mengekalkan lagi keadaan cat kereta, yang mana terbaik sekiranya anda berpendapat untuk menjualnya kembali.
Sekiranya sudah habis membasuh, lihat lagi sekali bahagian kereta, yang mana untuk memastikan ianya dibersihkan dengan betul, batu-batu kecil yang ada perlu dibersihkan sebaiknya.
Sumber: mobiloil
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:08 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net
Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang ke 30 untuk menggantikan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah. Baginda lebih senang dengan gelaran Sultan Iskandar Shah atau panggilan santai Sultan Iskando oleh ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sultan Perak yang ke 30 ini diputerakan pada 10 Mei 1876 di Kampung Kuala Keboi, Kampar.
Baginda adalah anakanda kepada Sultan Perak yang ke 28 iaitu Sultan Idris I yang pernah memerintah negeri Perak sejak tahun 1887 hingga tahun 1916.
Baginda Sultan Iskandar Shah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 30 pada Disember 1918 sehingga mangkat pada 14 Ogos 1938.
Almarhum baginda Sultan Iskandar Shah telah memerintah negeri Perak selama 20 tahun dengan jayanya dan baginda dimakamkan di makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Berbalik kepada kisah yang ingin diceritakan dalam artikel ini, ia adalah sebuah kisah yang amat jarang sekali dapat didengar dan anda bertuah kerana dapat membaca kisah ini dan baru anda tahu betapa hebatnya guru agama kepada Sultan Perak dan bukan calang-calang orangnya.
Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda (Sultan Pahang sekarang)
Sebenarnya, Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) amat terkenal dengan kewarakan baginda dalam agama Islam. Baginda pernah bertitah kepada rakyat jelata di negeri Perak bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadirikan diri solat Jumaat tanpa sebab.
Baginda Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) juga sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak.
Lihat bertapa bagusnya seorang pemimpin agama negeri Perak.
Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana Ada satu cerita yang mana masanya berlaku dalam bulan Ramadan. Pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) telah menjemput ramai ulama terkenal dari seluruh negeri Perak untuk berbuka puasa di Istananya Bukit Chandan.
Maka, ramailah alim ulama pemikir agama yang datang untuk menerima undangan daripada Sultan Perak yang dihormati. Dalam keadaan gembira menunggu masa berbuka puasa sebelum maghrib tiba, makanan siap terus dihidangkan.
Ramai tetamu yang diundang rasa hairan kerana makanan siap dihidangkan terlalu awal namun mungkin ianya adalah persediaan biasa.
Akan tetapi apa yang berlaku pada waktu itu adalah Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) dikatakan telah mengarah semua yang hadir untuk mula menjamah makan walaupun lambat lagi azan maghrib nak berkumandang.
Ramai hadirin terkejut dengan titah daripada Sultan Perak tersebut. Ulama yang ada semuanya senyap seribu bahasa diam langsung tidak berani membantah.
Namun dengan tiba-tiba ada seorang guru agama baginda Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir terus bangun lalu berkata, "Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang".
Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir
Terus tergaman semua tetamu melihat guru agama tersebut berkata sedemikian kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam.
Yang sebenarnya, sememangnya niat Sultan Iskandar Shah pada waktu itu hanya untuk menguji pada ulama yang hadir. Baginda Sultan Iskandar Shah terus memuji keberanian beliau berani menegur Sultan dan baginda terus memarahi ulama-ulama lain yang membisu seribu bahasa.
Sultan Iskandar Shah mengeluh, "Nasib baiklah di negeri Perak ini masih ada orang yang berani menegur beta".
.....
http://www.orangperak.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:08 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Penganalis Ramal BN Akan Gagal Rampas Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
Di sebalik BN sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk merampas Selangor, penganalisis meramalkan mereka tidak akan berjaya mengketepikan gabungan pembangkang.
Selangor, kata beberapa penganalisis politik kepada Channel NewsAsia, mempunyai kumpulan besar masyarakat berpendidikan tinggi yang sensitif terhadap isu-isu yang mempengaruhi negara berbanding negeri lain.
Perkara yang membimbangkan kebanyakan pengundi di Selangor ialah kenaikan kos sara hidup dan upah yang tidak stabil.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pengundi percaya bahawa kerajaan negeri Selangor hari ini telah mentadbir negeri itu dengan baik.
Oleh itu, sukar untuk bn memenangi semula Selangor, kata Asrul Hadi Abdullah Sani, seorang penganalisis dengan firma perundingan risiko BowerGroupAsia.
"Walaupun Perdana Menteri Najib (Razak) membentangkan belanjawan dengan sasaran kepada kelas menengah di bandar, peningkatan kos sara hidup dan gaji yang tidak berubah masih menjadi kebimbangan utama bagi pengundi Selangor.
"Penduduk di bandar dan separa bandar di Selangor juga memihak kepada Pakatan Harapan. Penunjuk ekonomi mungkin positif tetapi realiti di akar umbi adalah berbeza secara drastik," kata Asrul.
Channel NewsAsia juga memetik ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli yang berkata, soal kos sara hidup, GST dan harga bahan api mingguan adalah isu yang sangat memberi kesan.
"Rakyat merasakan kesulitan itu kerana gaji tidak naik setimpal dengan kenaikan kos sara hidup," kata Rafizi.
Merujuk kaji selidik yang dijalankan oleh PKR berdasarkan wajaran barangan sama yang digunakan oleh kerajaan, Rafizi berkata, inflasi berlegar sekitar lima peratus setahun.
Sementara itu, firma penyelidikan pendapat Merdeka Center berkata gabungan parti pembangkang di peringkat persekutuan itu berpeluang mengekalkan Selangor kerana berjaya mentadbir negeri itu dengan agak munasabah.
"Saya fikir mereka berpotensi untuk kekal di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang walaupun terdapat pertandingan pelbagai penjuru dan perubahan sempadan pilihan raya," kata pengarah eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
Ini, katanya disebabkan oleh komposisi pelbagai kaum di Selangor dan penembusan media alternatif yang lebih tinggi.
"Di samping itu, kehadiran pembangkang agak kuat, mereka telah mentadbir negeri ini dengan agak baik sepanjang dekad lalu dan menunjukkan kecekapan dalam menguruskan keadaan kompleks."
Walaupun pembangkang dilanda pelbagai masalah dalaman, namun BN sukar merampas Selangor.
"Pakatan Harapan mungkin tidak begitu kuat sebelum ini. Tetapi, begitu juga BN, " kata Datuk A Kadir Jasin, seorang ahli majlis kepimpinan tertinggi BERSATU.
Sementara itu, DAP secara berhati-hati agak optimistik yang Selangor tetap milik mereka memandangkan kepemimpinan Umno yang lemah di negeri itu.
"Tidak ada seorang pun dari Umno yang boleh menandingi kewibawaan Menteri Besar Selangor Azmin Ali," kata ahli jawatankuasa eksekutif DAP, Liew Chin Tong.
"Umno di Selangor telah berpecah sejak sekian lama ... mereka tidak dapat sokongan 100 peratus orang Melayu." lapor Malaysiakini
Kini Baru Geng HARAPAN Faham Apa Itu "King Maker"
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
Penulis HARAPAN dalam media mereka menyerang PAS kerana 2 MP PAS bertindak berkecuali di dalam undian usul pengundian blok (belah bahagian) RUU Perbekalan KPDNKK. Perbahasan peruntukan kementerian berperingkat yang sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17.
Mereka menyebar luas kononnya berkenaan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Mereka juga membuat fitnah kononnya dengan berkecualinya 2 MP ini maka PAS setuju bahawa rakyat sekarang sedang bermewah dan tidak di bebani oleh kemelesetan ekonomi. Ini fitnah sangat jahat terhadap PAS.
Undian belah bahagi ini berlaku apaaila G Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.
Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.
Semasa bahas RUU Kementerian Kerjaraya, HARAPAN tak minta pengundian blok? Adakah mereka setuju dengan tol yang ada serata tempat di negara kita?
Ini dipanggil manipulasi isu. Tak hairanlah untuk menutup 26 MP yang tak hadir, cybertropper HARAPAN diarah untuk menyerang PAS. Malangnya surat sebaran ini terlepas di media sosial. Mana cybertropper nak letak muka. Cybertropper cap ayam!!
Lama tak dengar kenyataan Khalid Samad, Bila Khalid keluar suara memang melucukan. Dia kata 26 MP tak hadir tu strategi, takut BN tahu nak buat pengundian blok. Orang biasa cakap menipu, dia akan menipu walaupun penipuan menunjukkan dia ni tak cerdik.
Marzuki Abd Rahman ada menulis antara tokoh besar PH yang tidak hadir masa pengundian Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018 ialah
1. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
2. Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
3. Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
5. Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
6. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
INI STRATEGI YANG SANGAT BERKESAN UNTUK KABUR BN KATA KHALID SAMAD... jangan gelak.
Antara isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;
- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi
Ini bukan undian berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol seperti yang di FITNAH oleh puak parti Islam baru AMANAH (PAN) dan HARAPAN.
King Maker
PAS pada asalnya mensasarkan 40 kerusi sahaja, iaitu sekitar 18% dari jumah 222 kerusi parlimen Malaysia. Sasaran ini bergantung kepada kemampuan yang ada pada diri PAS, "ikut ukuran badan" kata orang tua-tua. Sasaran ini berubah mengikut situasi dan keadaan. Pasal itu ada bilangan kerusi yang berlainan dinyatakan dalam beberapa orang pimpinan PAS. Itu tidak lari daripada strategi asal 40 kerusi.
Kenapa PAS tak sasar jatuhkan BN ganti pemerintah.
Jawapan mudah untuk orang yang cerdik dan berakal PAS masih belum mampu lagi buat masa ini. Jangan kita bodoh tak mampu tapi bernafsu tinggi.
Kenapa PAS tak bersama HARAPAN sudah pasti boleh mencapai cita-citanya untuk jatuhkan BN/UMNO??
Ini soalan yang baik.
PAS lama dah bersama dengan konsep tahaluf siyasi semenjak 80an dahulu. Dulu dengan parti-parti yang disebut nyamuk, kemudian dengan Semangat 46 dan paling akhir Pakatan Rakyat. Ini memang baik tapi ada kelemahan dan keburukkannya. Pada awalnya sangat baik masuk penggal kedua PAS dikhianati. Bukan diri PAS tetapi PRINSIP PERJUANGAN ISLAM PAS. Yang khianat ini bukan sahaja rakan tahaluf tetapi pimpinan PAS yang cuba menyeleweng perjuangan PAS daripada perjuangan berlandaskan ISLAM kepada sedikit LIBERAL demi nak tarik bukan ISLAM.
Nasib baik ALlah jaga perjuangan PAS, mereka yang menyeleweng akhirnya tertapi dan meninggalkan PAS.
Kini PAS tak terikat nak sokong HARAPAN atau KERAJAAN atas apa-apa isu. Demi untuk ISLAM PAS mesti bijak mengambil kesempatan ini.
Hasrat PAS menjadi "kingmaker" dinyatakan pada awal Januari apabila lidah rasmi parti Harakah menyiarkan kenyataan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bertajuk, "PAS 'kingmaker' PRU14" pada muka depannya.
Pada 9 April, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi ia tidak akan menyertai PH atau bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Sebaliknya, memberi tumpuan membina blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
Tapi geng HARAPAN mempermainkan strategi PAS ini.
Mereka tidak faham politik bukan bacaan macam logik sifir 1, 2, 3. Lihat bagaimana Mahathir boleh jumpa Anwar. Bagaimana IKRAM mengorbankan gerakan dakwaahnya demi politik.
Lebai nak ucap tahniah kepada 2 MP PAS iaitu Ustaz Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff membuat keputusan berkecuali. Baru mereka sedar 2 undi PAS sangat penting. Ini dipanggil "KING MAKER" dalam menentukan keputusan.
Malang bagi lima ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian). Mereka belum faham lagi kenapa Jamaah menetapkan berkecuali, sebagaimana tidak fahamnya tentera yang berada atas bukit atas arahan diberikan.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Lawak terbesar PH tahun ini....
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Dari banyak siri lawak yang sudah dibuat oleh PH, ada satu lawak yang boersebutleh pecah perut.Mungkin PH tidak perasan tetapi itulah yang terjadi bilaman mereka gagal mengalahkan kerajaan dengan sebab atu undi, lantas mereka menghalakan mucung pistol airnya kepada PAS tanpa mereka sedari bahawa kekalahan undian tersebut berpunca dari kelemahan mereka sendiri, tidak da kena mengena dengan PAS pun.
Apa yang sepatutnya berlaku dalam undian tersebut ialah PH dapat 45 campur satu undi bonus dari Mahfuz Omar, bukanya 51 tetapi kerana PAS bermrah hati memberi undi bonus kepada PH sebanyak 5 lagi maka keputusannya menjadikan PH hanya kalah dengan 1 undi.Siapa tak boleh bayangkan kalau jumlah MP PH penuh, berapakah undi yang PH akan dapat? Tanpa undi bonus dari PAS pun pasti PH akan menang besar.
Tapi kelakarnya, pada ketika ramai MP kerajaan ponteng dewan, MP PH pun sama, ponteng dengan jumlah yang besar termasuk ketua mereka sendiri DSWA sekaligus menunjukkan keselesaan mP kerajaan untuk ponteng dewan kerana MP PH pun ponteng dan ketika inilah PH mengharapkan PAS untuk cover mereka.Bukankah lawak tu?
Yang nak pecah perut ketawa ialah tuduhan PH bahawa PAS yang menyebabkan kekalahan undian.Mereka tak mahu menyalahkan MP mereka yang ponteng tetapi lebih menyalahkan MP PAS yang berkecuali dan yang ponteng sehingga lidah biawak mereka Malaysiakini menyenarai MP PAS yang ponteng seramai 6 orang itu tetapi MP PH yang ponteng kalau tak silap 26 orang semuanya didiamkan saja.Lawak habis.......
Tapi hakikatnya kalau selama ini mereka sering menuuduh TGHH sebagai kaki ponteng, bagaimana pula ketua pembangkang yang dikesan ponteng ketika pengundian tidak pula dianggap kaki ponteng? Atau ketua pembangkang tidak serius dengan persidangan dan tidak meletakkan kepentingan perbahasan dan pengundian bajet sebagai utama dalam senarai perjuangannya.
Inilah lawak terbesar PH tahun ini kerana pada ketika mereka nampak bersungguh sungguh untuk menyelamatkan negara tiba tiba dibiarkan sahaja peluang untuk memalukan kerajaan terlepas begitu saja dan jalan mudah untuk mereka ialah meyalahkan PAS yang selama ini mereka tuduh mahu Ug dengan Umno.
PAS dituduh mahu Ug dengan Umno dan terima dedak Umno serta turut dituduh menyebabkan kekalahan PH di Parlimen.
Pemuda PAN juga tak kurang hebat lawaknya apabila mendesak SPRM menyiasat pembelaan Clare dalam kes saman TGHH mengenai tuduhan PAS menerima 90 juta dari Umno seolah olah pembelaan Clare itu ada sisertakan bukti bukti penerimaan 90 juta oleh TGHH dan PAS dari Umno.Apa yang nak disiasatpun tak tahu sebab tak ada satupun dokument atau bukti yang disertakan.Lawak betul.....
Begitu juga Mahathir tak mahu ketinggalan untuk melawak..... PH memang kaki lawak!
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
Catatan Parlimen: PH Kalah, PAS Dipersalah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
1. Semenjak malam tadi, kecoh di alam maya berkenaan berita Kerajaan hampir kalah dalam undian Bajet 2018 dengan keputusan 52 yang menyokong, 51 menolak, dan 2 berkecuali.
Oleh kerana Pakatan Harapan kalah dengan majoriti 1 undi sahaja, maka mereka dengan semudahnya menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan.
2. Terdapat beberapa kekeliruan dan penipuan fakta yang perlu diperjelaskan di sini;
a) Adakah undian malam tadi adalah berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol.?
Jawapannya: TIDAK.
Undian malam tadi adalah berkenaan meluluskan Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018.
b) Apakah isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan malam tadi.?
Bajet yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;
- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi
c) Mengapa ada ahli Parlimen PAS berkecuali dan ada yang menolak ketika pengundian semalam.?
Ketika undian belah bahagi peringkat Dasar Bajet 2018 berlangsung pada 13 November 2017, sudah ada keputusan secara kolektif lebih awal untuk Ahli Parlimen PAS Berkecuali atas sebab yang sudah diperjelaskan sebelum ini.
Namun, undian belah bahagi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian) seperti yang berlaku semalam adalah perkara di luar jangka yang berlaku secara mengejut (on the spot) tanpa sempat para Ahli Parlimen PAS mengadakan mesyuarat precouncil bagi membuat keputusan secara kolektif.
3. Apa yang berlaku di dewan malam tadi telah menzahirkan hikmah besar di sebaliknya iaitu hasrat PAS untuk menjadi King Maker bukanlah omong kosong.
Senario ini terbukti apabila walaupun hanya dengan 2 orang sahaja Ahli Parlimen PAS Berkecuali, ia menjadi penentu keputusan samada Kerajaan berjaya meluluskan Bajet atau PH berjaya dalam operasi serang hendap undian belah bahagi tersebut.
4. Adakah salah PAS Berkecuali.?
Ia adalah pendirian konsisten PAS yang telah dizahirkan semasa pengundian Bajet bagi tahun 2016 dan 2017 lagi.
Hal ini kerana PAS berpandangan terdapat unsur yang bermanfaat untuk rakyat seperti subsidi dan ada juga elemen negatif seperti GST yang menyusahkan rakyat.
Maka, PAS memilih untuk berkecuali iaitu tidak menyokong sepenuhnya dan menolak sepenuhnya Bajet tersebut.
5. Hakikatnya, PH telah gagal dalam pengundian malam tadi. Namun, PAS pula yang dipersalah sebagai punca kekalahan mereka. Adakah ini adil.?
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih 20 orang Ahli Parlimen PH tidak hadir semasa pengundian berlangsung.
Portal Malaysiakini pro PH hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir sedangkan mereka tidak pula melaporkan siapa Ahli Parlimen PH yang tidak hadir.
Oleh kerana mereka malu untuk mendedahkan nama tersebut, eloklah saya bantu menyenaraikan sebahagian tokoh besar PH yang tidak hadir iaitu;
a) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
b) Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
c) Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
d) Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
e) Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
f) Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
Senarai nama ini panjang lagi, cuma sebaiknya juak PH bertanyalah kepada pemimpin mereka yang tidak hadir ini.?
Adakah mereka ponteng dewan.? Adakah mereka berkecuali.?
Bukankah ketidakhadiran mereka ini adalah punca utama kegagalan PH dalam operasi serang hendap pengundian semalam.?
6. Kepada pemimpin dan penyokong PH, berhentilah membuat fitnah dan mengkambing hitamkan PAS demi menutup kegagalan strategi mereka sendiri.
Kononnya, undian semalam untuk kenaikan kos sara hidup dan harga barang sedangkan sebenarnya, undian tersebut adalah untuk meluluskan Bajet Kementerian KPDNKK beroperasi.
7. Adakah PH benar-benar serius untuk menolak Bajet.?
Atau sebenarnya mereka hanya bersandiwara menipu rakyat.?
Untuk makluman, terdapat sebanyak 25 Kementerian di bawah Kerajaan Pusat.
Apabila Bajet sudah diluluskan di peringkat Dasar, ia kini berada di peringkat Jawatankuasa iaitu perbahasan menjurus kepada pecahan terperinci mengikut butiran kepala pembangunan setiap Kementerian.
Perbahasan peringkat Jawatankuasa sudah bermula pada Selasa, 14 November 2017.
Mengapa PH tidak pula meminta undian belah-bahagi setiap kali bajet Kementerian selesai dibahaskan.?
Contohnya, semalam terdapat 3 Bajet Kementerian dibahaskan iaitu
a) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c) Kementerian Kerja Raya
PH hanya meminta undian belah bahagi ketika Bajet KPDNKK sahaja. Jelas, mereka hanya main-main sahaja sebenarnya.
8. Pemimpin PH saban hari mengecam, memperli dan memfitnah PAS. Tetapi, anehnya ketika pengundian semalam tanpa segan silu pula mereka merayu kepada PAS untuk mengundi menjayakan misi mereka.
Hipokrit bukan.?
PAS mereka tak mahu, tetapi undi Ahli Parlimen PAS mereka mahu.
Oh, mungkin mereka baru tersedar bahawa undian PAS bernilai emas rupanya.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
21 November 2017
Hanipa Ni Peguam, Tapi Cara Berfikir "Bodoh"
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
Hanipa Maidin berkata, anggota Parlimen (PKR-Bukit Katil) Shamsul Iskandar telah bertemu dengan anggota parlimen PAS sebelum pengundian untuk menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa.
Hanipa Maidin berkata lagi, pertemuan tersebut bagi mendapatkan jaminan mereka mengundi bersama anggota Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menolak bajet tersebut.
"Anggota Parlimen Bukit Katil (PKR) sebenarnya yang paling kecewa semalam. Beliau beritahu kami (PAN) yang beliau telah berjumpa MP parti suci (PAS - Mereka label PAS dengan pelbagai istilah tak apa.. halal) sebelum undi dan dapatkan jaminan mereka untuk mengundi bersama HARAPAN.
"Tiba-tiba undi MP 'parti suci' tak solid (kukuh). Masih ada dua MP yang berkecuali," kata Hanipa di Facebooknya semalam.
Lebai tak pasti samada semasa membuat kenyataan ini Hanipa Maidin ada mengguna "PIL KUDA" atau tidak. Kenapa lebai kata demikian?
Kalau betullah Shamsul Iskandar jumpa anggota parlimen PAS dan minta sokongan bagi UNDIAN BELAH BAHAGI, kenapa Shamsul Iskandar tak jumpa Wan Azizah bos partinya sendiri serta 25 lagi anggota parlimen HARAPAN untuk JANGAN PONTENG SEMASA PENGUDIAN nanti. Itupun kalau betul dan memang mereka merancang untuk membuat UNDIAN BELAH BAHAGI??
Betul ke ada perjumpaan?
Kenapa 26 anggota parlimen HARAPAN macam tak tahu aje?? Rileknya aje ponteng!!
Hanipa Maidin cuba nak kelentong dan cuba nak membuat 'tahik' kepada PAS.
Memang kerja parti Islam baru AMANAH (PAN) hidup atas MENIPU. Ahli-ahlinya ditipu kononnya PAS nak berUG dengan UMNO. Mereka percaya ulama PAS dapat duit nak berUG dengan UMNO. Hakikatnya semua itu adalah fitnah kerana nak rebut jawatan dalam PAS sahaja. Bila kalah buat onar burukan PAS. Mereka berdendam atas kekalahan yang dialami.
Kalau Hanipa Maidin ini cerdik adalah lebih baik dia mempersoalkan kemana perginya 26 anggota lain yang tak hadir semasa undian belah bahagi.
Hanipa Maidin dan parti Islam baru AMANAH (PAN) lebih suka melihat aib PAS daripada menoleh aib PAKATAN HARAPAN sendiri.
Mereka cuba mengalih isu ini dengan membuat fitnah dan menyalahkan PAS dalam kekalahan 1 undi dalam pengundian belah bahagi. Cybertropper mereka menjalankan 'pswar' untuk merosakkan imej dua pimpinan PAS. Akhbar sokongan mereka turut serta.
Malaysia Dateline yang diketuai oleh Zul Solong dan Taufik (Ahmad Lutfi sudah macam menghilang diri) cuba mengalih isu ini dengan menyalahkan PAS. Mereka sudah berperangai macam wartawan dan penulis UMNO. Hilang etika dan jati diri kewartawan dek kerana habuan meterial dan nafsu.
Sepatutnya MalaysiaDateline menyiarkan berita seperti ini.
Politik murahan menyebabkan Zul Sulong dan Taufik menjadi celaru dalam membela kebenaran. Islam amalan sebelum ini sudah luntur dalam diri mereka. Mereka lebih utama fitnah daripada menyiarkan kebenaran. Saling tak tumpuh macam UMNO yang mereka tentang selama ini.
Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, lebai nak berpesan kepada Hanipa Maidin...
ENGKAU TU PEGUAM, NAK MENIPU PUN JANGAN BODOH SANGAT..
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Bukan cara berfikir bodoh tetapi Hanipa Maidin sendiri yang jadi peguam bodoh!
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
"
Assalamualaikum
Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Respon kepada dakwaan Hanipa Maidin mnegenai perjumpaan Shamsul Iskandar dengan MP parti suci(PAS) untuk mengundi menyokong PH dalam undian baget tetapi kecewa kerana masih terdapat dua orang yang berkecuali saya lebih mirip untuk mengambil kesimpulan bahawa Hanipa Maidin pelawok (lebong).Sebabnya sudahpun dijelaskan Syed Ahmad Fadhli, pegawai lajnah hal ehwal parlimen PAS bahawa pengundian yang dijalankan adalah pengundian peringkat jawatankuasa yang berlaku diluar jangkaan di mana tak sempat untuk PAS mengambil pendirian kolektif seperti pengundian di peringkat dasar yang sudah diketahui PAS berkecuali.Mana mungkin kalau pengundian dijalankan di luar jangkaan, seseorang boleh berunding dengan yang lain untuk menarik sokongan!
Sehubungan dengan itu juga saya semakin percaya dan yakin, Hanipa Maidin yang saya pernah kenal sebagai seorang peguam yang dididik dengan ajaran Islam dan berjuang untuk memartabatkan undang undang Islam seperti ditunjukkannya ketika membela 2 orang pemuda yang ditembak di Batu Buruk Kuala Terengganu dulu sudah berubah ke arah liberal.
Dalam melalui perubahan dari laluan kepada kebenaran Islam kepada laluan liberal, Hanipa Maidin juga menampakkan satu persatu kebodohan dirinya sehingga Lebai Hassan Omar menulis Hanipa sebagai peguam tetapi cara berfikirnya bodoh.Pada saya tahap perubahan yang dilalui Hanipa Maidin yang menyebabkan pemiikirannya jadi bodoh sebab tidak ada satupun fahaman liberal yang cerdik.Lihat saja Siti Kassim, bagaimana bodohnya dia sehingga tidak sedar boleh melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukkan oleh mana mana orang yang waras.Begitu juga Hanipa Maidin yang sudah mula melakukan perkara perkara yang tidak waras yang akhirnya membawa dia ke satu tahap kebodohan yang melampau.
Panggilannya parti suci kepada PAS sudahpun menunjukkan ketidakwarasannya.
Kesimpulannya, sesiapa yang nak ikut liberal ialah orang orang yang bodoh termasuk Hanipa Maidin.Terlebih istimewa ialah Hanipa Maidin bermula sebagai seorang yang berjuang untuk memartabatkan undang undang Islam sesuai ilmu yang dimilikinya berubah untuk menjadi seorang liberal yang tidak lagi percaya kepada keadilan undang undang Islam.
Pada saya, ini menjadikan Hanipa terlebih bodoh dari orang orang liberal dari awal seperti Siti Kasiim.Kepada Lebai Hassan pula, bukan cara berfikirnya bodoh tetapi Hanipa Maidin sendiri jadi peguam yang bodoh.......
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:09 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Awas! Meminum Kopi Ketika Panas Adalah Punca Kanser
siakapkeli.my
Anda penggemar kopi? Kopi punca kanser? Ikuti penjelasan Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengenai penjelasan kopi. Bagaimana kopi boleh memberi manfaat dan bahaya kepada pengemarnya.
Kopi secara peribadinya tidak menyebabkan kanser. Ia hanya boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas. Begitu juga dengan minuman lain. Boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas.
Jadi kanser hanya disebabkan cara penyediaannya. Bukan biji kopi itu sendiri. Malah kopi dikatakan dapat mencegah kanser.
Pada 2015, World Cancer Research Fund (WCRF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan penyelidikan tentang kanser memberitahu, kesimpulan dari enam kajian besar (a meta-analysis)
Bagaimana kopi menjadi minuman bermanfaat?
Terdapat bukti saintifik bahawa bahan dalam biji kopi yang meningkatkan keupayaan insulin bertindak lebih baik, dan bertindak sebagai anti-keradangan. Ia membantu mengelakkan keradangan yang kronik dalam tubuh yang mungkin menjadi punca yang menyebabkan kanser.
Dalam kajian lain, "saintis percaya kopi dapat menghalang kerosakan DNA, melambatkan pertumbuhan kanser dan mempercepatkan sel-sel abnormal agar segera mati sebelum bertukar menjadi kanser"
Sumber- Dr Zubaidi Hj Ahmad
8 jenis kawan yang anda wajib ada untuk hidup bermakna dan bahagia
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Ada 8 jenis kawan yang anda wajib ada dalam menjalani kehidupan. Dengan adanya 8 jenis kawan ini secara lengkap, insyaallah hidup anda akan jadi lebih bermakna dan lebih ceria dan bahagia.
Kita manusia merupakan makluk yang suka bersosial. Ertinya manusia tak boleh hidup seorang diri samada dalam hutan mahupun dalam rumah. Mahu tak mahu perlu juga keluar pergi cari kawan atau teman.
Hanya orang gila sahaja yang boleh hidup seorang diri tak perlukan orang lain untuk buatkan dia bahagia. Tapi orang yang waras, jika mula kurung tak mau jumpa orang, ertinya dah mula ada tanda-tanda nak jadi gilalah tu.
Kalau anda rasa masih ada kekurangan dan macam hidup tak berapa nak ceria dan bahagia, mungkin disebabkan anda tidak berjaya melengkapkan lagi 8 jenis kawan yang anda perlukan dalam kehidupan di bawah ini.
1. Kawan yang mampu membina diri anda
Kawan jenis ini merupakan orang yang sentiasa memberikan semangat untuk anda menjadi yang lebih baik. Tak jemu memberikan nasihat supaya anda jadi lebih baik. Ada hanya perlu beritahu padanya apa matlamat yang nak dicapai, dia akan terus berusaha dan sentiasa memikirkan bagaimana nak bantu anda sampai berjaya.
Biasanya kawan macam ni secara semula jadi suka berikan nasihat, suka berikan peringatan mana yang betul mana yang salah dan berbagai lagi sokongan serta khidmat nasihat yang anda perlukan untuk berjaya.
2. Kawan yang kagum pada anda
Kawan jenis ini benar-benar percaya pada keupayaan dan kehebatan anda dalam apa keadaan sekalipun. Mereka tetap sokong dan sanjung anda samada ketika duduk sekali berdepan mahupun ketika anda tidak ada di depanya.
Kawan macam ni biasanya tak pernah lokek memuji. Memang dia jenis yang macam itu secara semula jadi. Bila duduk dengan kawan macam ini rasa macam nak buat yang lebih baik lagi selepas itu.
3. Kawan satu kepala
Kawan satu kepala ini kongsikan minat dan tumpuan yang sama seperti mana anda. Samada pelik atau tidak kawan ini sentiasa akan berikan kerjasama dan jadi satu kumpulan dengan anda. Biasanya anda akan kerap bersama dengan kawan-kawan ini melebihi orang lain.
4. Kawan peneman
Ini pula kawan yang anda cari bila ada masalah apa saja besar atau kecil. Mereka tidak pernah menghampakan anda dalam apa keadaan sekalipun. Samada ketika anda susah atau ketika anda senang, dia tetap layan anda sama saja.
Anda boleh luahkan apa saja padanya, Masalah rumah tangga, masalah kronik, masalah yang memalukan dan apa saja. Dia akan dengar dan cuba bantu anda sekurang-kurangnya berikan pandangan.
5. Kawan penghubung
Kawan jenis ini memang kenal ramai orang. Mereka mudah berhubung dan mudah rapat dengan orang macam dilahirkan untuk membuatkan semua orang suka dan selesa pada mereka.
Bila anda perlu lakukan sesuatu dan memerlukan maklumat atau bantuan tapi tak tahu siapa boleh bantu. Kawan penghubung ini pasti akan ada jawapannya. Jumpa dia, tanya dan dia akan berikan anda contact siapa nak jumpa.
6. Kawan banyak tenaga
Kawan jenis ini macam tak tahu letih. Mereka sentiasa bertenaga dan bersemangat tinggi. Ada saja aktiviti dan cerita yang nak dicetuskan. Kalau anda rasa lemah tak bersemangat, pergi jumpa kawan ini dan anda akan balik nanti bertukar keadaan menjadi ceria dan bersemangat semula.
7. Kawan pembuka minda
Kawan macam ini sentiasa memberikan anda maklumat dan perspektif baru dalam kehidupan. Malah dalam apa saja perkara dia akan mampu membuka minda anda. Kalau nak lihat sudut pandang lain dan lebih faham duduk sesuatu perkara, anda boleh pergi jumpa kawan jenis ini.
Mdreka selalunya pandai bertanya soalan yang mencabar minda dan membuatkan anda mampu meluahkan pandangan walaupun ianya kontroversi luar dari kebiasaan.
8. Kawan penunjuk jalan
Bila anda rasa sesat dan hilang pedoman hidup, anda akan pergi jumpa kawan jenis ini. Mereka akan mampu membetulkan semula kompas hidup anda dan anda pulang dalam keadaan yang lebih ada arah dari sebelumnya.
Kawan ini biasanya akan mengingatkan semula siapa diri anda, apa kelebihan dan kekurangan yang anda ada dan apakah jalan yang baik dan mana jalan yang buruk untuk anda ambil perhatian.
Itu semua merupakan 8 jenis kawan yang anda perlukan supaya hidup rasa lengkap dan lebih bermakna. Mungkin seorang kawan dapat mainkan peranan lebih dari satu jenis yang ada kat atas. Carilah kawan-kawan supaya anda dapat lengkapkan semua 8 keperluan di atas.
Yang paling penting tanya diri anda mana satu peranan atau jenis kawan yang anda sendiri nak jadi. Kawan-kawan anda yang lain juga perlukan 8 jenis kawan yang tersebut kat atas itu dan pastikan anda dapat melengkap hidup kawan-kawan anda supaya mereka hidup bahagia dan bermakna.
"Saya Bukan Sengaja..Anak Saya Digigit Lipan", Pemandu BMW Hitam Tampil Membela Diri
siakapkeli.my
Tular baru-baru ini apabila seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah kereta BMW hitam secara tiba-tiba memotong dari arah bertentangan dan menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak daripada kereta tersebut.
Sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Nojahwati Sohaini, 34, memamaparkan insiden yang hampir meragut nyawa adiknya di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang.
"Mujur adik Daus MonSterr selamat semalam. Pada kereta berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan kematian," tulisnya di laman Facebook pada Ahad lalu.
Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu, kelihatan kereta BMW itu terus memecut laju untuk memotong lori dihadapannya tanpa menghiraukan kereta mangsa yang semakin hampir.
Akibat dari kelakuan pemandu kereta mewah itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari terpaksa mengelak daripada dilanggar sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook (FB) bernama Sahrul Afza Hamzah tampil memberitahu bahawa dirinya adalah pemandu BMW yang memandu secara berbahaya di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hingga hampir meragut nyawa dua sahabat pada Sabtu lalu.
Pemilik akaun tersebut turut memohon insiden yang tular tersebut dipadam daripada laman sosial berkenaan dan berkata kelakuannya tersebut adalah disebabkan hal kecemasan yang melibatkan anaknya.
"Kepada tuan yang 'post' (muat naik) kisah ini (video insiden), saya harap dapat 'delete' (padam) secepat mungkin.
"Saya bukan sengaja, saya memang dalam kecemasan kerana anak saya yang berusia lima bulan digigit lipan," dakwanya.
Sahrul Afza juga meminta pihak berkenaan menghubunginya dan menyertakan nombor akaun kerana ingin bertanggungjawab atas apa yang terjadi.
"Saya mahu tebus kekhilafan saya," katanya yang memaklumkan anaknya selamat.
Ulasan dibuat Sahrul Afza yang turut mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha itu menerima pelbagai reaksi pengguna FB.
Sumber - Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:09 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kisah Pedoman - Duit Suami Tinggal RM50, Isteri Tidak Berhenti DOA.. Tengok Apa Terjadi...
bloglist-malaysia.
bankami.blogspot.
suami sy kerja shift. bgun kol 4 masuk offce 5 pagi. hbs keja 3 ptg. redah jem tol singgah kedai dlm 4 lebih smpai umah. da smpai umah tlg jaga anak2. kami ada anak kembar. sekarang ni fasa asyk bergaduh berebut bercakaran panjat memanjat gigit menggigit merajuk mengamuk .. walaupun semua mainan disediakan dlm ganda dua. tetap gaduh. koyak mental hadap hari2 sorang diri. (sy surirumah sepenuh masa)
bila suami balik, dia akan tnya dulu. hrni dgn anak2 mcmana. semua dah mkn? mmg berdas2 sy ngadu pasal anak2 puNya ragam. lepas ngadu dia akan take over jaga anak, sy akan ke dapur utk masak dan buat apa yg patut. lepas tu smpai ke mlm dia x tido. sama2 tlg jaga kan anak. susukan anak. bg mkn anak. urus anak mandi berak kencing. dgn dua2 ni asyk mengamuk bila sarung pampers ngan baju tido. selesai rutin kami adalah lebih kurang nak tgah mlm. masa tu dia baru tido. mcm ni setiap hari. x bnyk beza. weekend lagilah. bnyk urusan anak tolak ke dia.
gaji dia dlm 20 hrbulan. gaji dia utk org bujang mungkin nmpak besar. tp dlm ekonomi sekarang, tanggungan 4 beranak dan komitmen lain, jadinya x besar mana pun.. 😂😂 setiap inci yg ada dlm rumah, setiap yg kami pakai makan dan sarung ke bdn. kereta lagi insurans lg. semua tu duit dia. dan dia ada komitmen auto payment utk unicef, for worldwide underpriviledged children'
semalam family ipar n mentua ramai2 ajak keluar. sebelum keluar ramai2 tu. suami g singgah petrol pump. nk kluar cash siap2. dia masuk keta sy tnya. tgal brapa dlm bank. tgal rm50. serius aa?? ha aa serius, tp xpelaa esok (harini) rasanya gaji kot. sy gelak je. siap ckp kalau tkut xckup duit minyak n tol nk ke offce esok bwak siap2 tabung syiling anak ea.. hahahah... dlm hati sy doa moga ada rezeki tselit utk kami anak beranak supaya rm50 ni tahan smpai gaji dia.
Allah maha mengasihi. smlm masa mkn ngan family semua, tuan kedai belanja mkn. sbb kenalan biras sy. xkluar satu sen pun. siap bg manisan bubur dan kuih berbekas2 uti kami bwak pulang. semoga murah rezeki tuan punya kedai. da kluar tu ramai2 bncang kt parking lot, nak g jalan mana. sy doa dlm hati minta2 x jalan ke shopping mall. rm50 kt mall mcm air paip je skang ni. Allah tlg lg.. semua setuju jalan2 kt taman awam, masuk free. jimat lagi duit. 😂😂😂
sampai sana da ptg. x terik sngt, bwak manisan yg tuan kedai sedekah kan td, buat mkn ptg. Ya Allah. sedap sngt free pulak. mkn ramai2 ngan ipar biras mentua dan anak2 buah, nikmat nya subahanallah.
nk dkat maghrib balik ke rumah ipar. sbb mentua nk btolak balik kmpung tgah mlm.. mak mentua msak. jadi mkn dinner free lg alhamdulilah. pastu da nk kol 10. suami esok keja kol 4 lak. so kami minta diri nak balik rehat. sambil salam2 tu. mak mentua selit duit rm50. saja katanya. segan nya ya Allah. tp dia paksa amik. jd amik je la.. hahaha. alhamdulillah. dlm keta senang ht sebab esok suami g keja ada rm50 utk minyak tol parking dan duit mkn. dan ada tmbahan rm50 utk emergency sementara tgu gaji. masa ni teringat doa siang2 td. sy redha je la apa nk jadi kluar beramai2 dgn family dgn rm50 kt tgah2 KL smbil tu doa bnyk2 minta tuhan permudahkan semua.
sy sujud syukur berkali2. sbb smlm murah sngt rezeki kami.. sy fikir, mungkin balasan Allah sbb suami pikul tangungjwb sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah dan jujur. smpai ke hrni walaupun hjung bulan duit hampir habis tp xpernah lg kami dan anak2 putus mkn. btullah yg sy selalu dgar. kalau suami bahagiakan isteri dan anak2. melimpah ruah rezeki dtg dlm pelbagai bentuk. kalau suami abai anak isteri, Allah sekat rezeki si suami dlm pelbagai cara.
kami baru kahwin dua tahun lebih. selama berkahwin dia xpernah abai tangungjawab dan nafkah. duit utk ibu bapa dia sy x masuk campur. nak bg bnyk ke sikit ikut dia. sbb duit belanja utk kami sentiasa cukup. kasih syg dia pada saya dan anak2 cukup sempurna. xpernah ngelat hal ngasuh anak dan kerja2 rumah. semua bahagi sama rata dgn sy. kami dikurniakan anak kembar x smpai 9 bulan kawin sbb bunting pelamin dan babies lahir premature. dr anak lahir smpai skrang.tp dia cepat adapt sebagai new parent. kalau gaduh tu biasalah. setakat ni tiada badai besar yg dtg .. harap2 xkan ada la smpai bila2. doakan kami umur pjg dan bahagia hingga ke akhir hayat yer.
terima kasih suami kerana hargai isteri. sy harap ramai lg yg berazam jd suami penyanyang dan bertangungjwb, semoga semua murah rezeki aminn...
Sumber : FB Kisah Rumah Tangga
Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.
Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya 'down'
KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu.
Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?
Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.
"Sudah-
Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga.
Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap.
Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?
WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi.
Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah.
Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.
Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock.
Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post,
"Isteri pembawa rezeki suami"
Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini.
"Abang hati tisu, rasa sebak plaq" hahaha!
Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha!
Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai.
Sumber: Jimmy Johari
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Nov 23, 2017 5:10 pm (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Air Alkali
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin
Pati Mineral Beralkali merupakan khasiat yang menjadi keperluan tubuh untuk kesihatan yang optimum sepanjang hayat manusia. Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air beralkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.
APA ITU AIR ALKALI
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam adalah air minuman yang terbaik kerana bersifat alkali dan mengandungi banyak mineral.
Bercakap mengenai air beralkali.. ramai orang kata… ya.. ya.. memang saya ada mesin air alkali kat rumah saya.. saya baru pasang je!
Ok Alhamdulillah sifat air tersebut sudah bersifat alkali. Kerana sifat beralkali itu telah sama bersifat seperti sifat air, air zam-zam. Iaitu air yang terbaik di muka bumi ini.
Namun juga adakah air beralkali yang anda minum itu mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi dan berkhasiat untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit seperti Air Zam-Zam. Dilaporkan Air Zam-Zam ini mengandungi 100 lebih kandungan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Lihatlah bagaimana nenek, atuk, mak ayah, saudara-mara kita atau kita sendiri ke Mekah & Madinah, kita minum Air Zam-Zam dan berdoa. Kita sentiasa rasa sihat dan bertenaga. Allah kurniakan itu semua dengan kita minum Air Zam-Zam yang bersifat Alkali & Bermineral Tinggi.
Bolehkah mesin yang menghasilkan air beralkali itu, mampu juga hasilkan mineral dengan banyak dan mencukupi untuk kita? Jom baca lanjut dibawah !!
KENAPA KITA PERLUKAN AIR ALKALI ?
Air beralkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.
Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.
Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.
Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan asidosis.
Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.
Kepentingan keseimbang pH
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai "buffers". Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.
Kita Mendapat Pelbagai Penyakit Hari Ini Adalah Disebabkan Oleh Pemakanan Kita Yang Berasid & Tubuh Kita Mengandung Kandungan Asid Yang Tinggi
ADAKAH BADAN KITA BERASID ?
Keasidan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit fizikal. Pemakanan yang diambil kini banyak mengandungi unsur-unsur berasid atau yang boleh menyebabkan keasidan badan seperti protin, bijirin (cereal) dan gula. Makanan beralkali diambil dalam kuantiti yang lebih kecil menjadikan kandungan alkali mereka tidak mencukupi untuk meneutralkan lebihan asid. Ini akan mengganggu kesihatan anda.
Makanan perangsang seperti tembakau, teh, kopi dan alkohol juga amat mengasidkan badan dan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan hidup dan kegiatan fizikal (yang tidak mencukupi atau berlebihan) juga menyebabkan pengasidan badan anda.
Antara tanda-tanda AWAL keasidan badan!
– Kekurangan tenaga, selalu lesu, kehilangan tona fizikal dan pemacu psikik, tubuh terasa berat, perasaan ketidakupayaan.
– Suhu badan yang lebih rendah; kerap berasa sejuk.
– Kecenderungan untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit.
– Kehilangan motivasi, kegembiraan dan semangat.
– Kecenderungan untuk kemurungan .
– Gemuruh, gelisah tanpa sebab, hiperaktif, sensitif dengan bunyi nyaring dan mudah tertekan.
– Muka pucat.
– Sakit kepala.
– Air mata mudah keluar.
– Konjunktivitis (Mata merah).
– Keradangan kornea dan kelopak mata.
– Air liur berasid.
– Gigi longgar.
– Gisi sensitif dan keradangan gusi.
– Ulser di dalam mulut.
– Pecah-pecah di sudut bibir (bahagian kiri-kanan bibir).
– Jangkitan berulang pada tekak dan tonsil.
– Gigi sensitif kepada makanan yang panas, sejuk atau berasid.
– Gigi cenderung untuk retak atau cip.
– Sakit pada saraf gigi.
– Asid perut yang berlebihan.
– Regurgitasi asid (keadaan di mana asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan sehingga ke dalam mulut. Ia adalah asid yang memberikan rasa masam, dan pahit di dalam mulut).
– Gastritis (Keradangan pada lapisan perut).
Ulser.
– Kuku yang nipis dan pecah-pecah dan mudah pecah.
– Rambut kelihatan kusam, pecah-pecah di hujung rambut dan rambut gugur.
– Kulit kering.
– Kulit cenderung untuk gatal-gatal di kawasan-kawasan di mana terdapat banyak peluh.
– Gatal-gatal.
– Kekejangan otot dan kekejangan kaki.
Jika anda ada tanda-tanda seperti disebut di atas, anda berisiko tinggi bakal mendapat penyakit kronik.
Hampir 100% dari kita mengalami masalah-masalah berikut yang disebabkan kandungan asid dalam badan yang terlalu tinggi yang tidak dapat dinuetralkan oleh badan secara semulajadi.
KECUALI KEPADA MEREKA YANG BERUNTUNG DAN BIJAK SETELAH MENGETAHUI RAHSIA BESAR YANG MUDAH INI DALAM MENGATUR MAKANAN & MINUMAN SEHARIAN MEREKA. CEPAT AGAR ANDA TIDAK TERLAMBAT !
KEPENTINGAN AIR ALKALI PADA KESIHATAN
Badan kita berfungsi dengan baik apabila ianya tidak terlalu asid juga tidak terlalu beralkali. Malangnya kebanyakan badan kita telah menjadi berasid disebabkan oleh pemakanan, minuman, tekanan, dan pencemaran yang berada di sekeliling kita.
Keasidan atau kealkalian di ukur dengan "pH", yang bermula dari pH0 pada bahagian asid kepada pH14 pada bahagian alkali. pH yang neutral adalah pH7. Sistem darah kita sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri mereka dalam julat yang sempit pH 7.35 – 7.45. Minum air beralkali membantu badan mengekalkan tahap pH yang sihat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan beralkali, manakala banyak makanan lain yang biasa adalah asid dan menghasilkan toksin di dalam badan. Tekanan, merokok, alkohol, dan gaya hidup seharian juga menambah keasidan dalam badan.
Untuk membantu badan menjadi lebih alkali, anda boleh memilih untuk makan :
80% makanan beralkali (buah-buahan dan sayur-sayuran)
20% makanan diet (bijirin dan sebagainya); atau..
makanan tambahan dengan bahan alkali (seperti jus sayur-sayuran – terutama bit , lobak merah dan sayur-sayuran)
Tetapi diet beralkali boleh menjadi sukar untuk diikuti dan mungkin menjadi membosankan selepas beberapa masa kita mengambilnya. Oleh yang demikian, cara paling mudah untuk membantu badan anda menjadi lebih beralkali adalah dengan meminum, memasak makanan, mencuci sayuran, merawat penyakit, menyapu dikulit dan sebagainya menggunakan PATI PEKAT MINERAL BERALKALI ini
10 kelebihan air alkali & bermineral tinggi
– Memperlancar Sistem Pencernaan
– Air Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser
– Perawatan Kecantikan
– Untuk Kesuburan
– Menyihatkan Jantung
– Sebagai Ubat Stroke
– Efek Relaksasi
– Menguruskan Badan
– Tubuh Lebih Bugar
– Penyeimbang tubuh
MERAWAT DAN MENCEGAH PENYAKIT-PENYAKIT BERIKUT DENGAN PATI PEKAT MINERAL BERALKALI INI. RAHSIA HEBAT, MUDAH, PRAKTIKAL, BERKESAN DAN SANGAT DISYORKAN OLEH PAKAR KESIHATAN SEDUNIA
Dengan mengawal TAHAP KEASIDAN TUBUH, kita mampu lebih sihat!
Berikut adalah jenis-jenis penyakit yang sering dialami ramai dari kita yang kadangkala mengundang derita sepanjang hayat yang disebabkan oleh masalah badan berasid terlalu tinggi. Masalah-masalah ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengetahui dan mengamalkan RAHSIA MUDAH & PRAKTIKAL ini. Namun yang demikian, kita masih boleh berusaha sebelum menjadi lebih terlambat
Kanser Sel
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
Darah Tinggi
Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersembat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
Darah Rendah
Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
Penyakit Buah Pinggang
Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.
Gout
Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.
Badan kita mengawal pH sendiri menjaganya agar tetap pada atau sangat dekat dengan 7.365 yang mungkin.Ia sangat baik dan ia akan berbuat demikian pada setiap masa. Terlalu jauh dari 7.365 bermakna ia akan menimbulkan isu-isu kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada kematian. Apabila tubuh mengandungi terlalu banyak keasidan badan berlebihan (EBA), ia memaksa badan untuk meminjam mineral termasuk kalsium, natrium, kalium, dan magnesium daripada organ-organ dan tulang dan penting untuk penampan (meneutralkan) asid dan selamat keluarkan dari badan. Inilah yang melemahkan sistem anda membuatkan anda lebih mudah dan terdedah kepada keuzuran. Semakin lama dan jumlah asid yang anda terkumpul ke dalam sistem badan, Oleh itu, pH badan anda jatuh dan persekitaran dalaman menjadi lebih dan lebih berasid.
Berita baik adalah jika anda telah mengalami kesan negatif daripada badan yang terlalu berasid, anda boleh mengembalikan kesihatan anda. Anda boleh mendapatkan kembali kehidupan sihat anda bermula pada hari ini! PATI PEKAT MINERAL BERALKALI adalah terbaik dan terbukti dapat meneutralkan asid dalam badan.
DISAMPING ITU IANYA JUGA MEMBEKALKAN 72 JENIS MINERAL YANG DIPERLUKAN TUBUH UNTUK MELAWAN DAN MERAWAT PENYAKIT DALAM TUBUH BADAN KITA.
KLIK SINI SEKARANG JUGA
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment