Tuesday, November 14, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4860

8 Messages

Digest #4860

Messages

Tue Nov 14, 2017 6:37 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Biarlah Isteri Nak Membebel, Walaupun Perkara 'Simple' Sebenarnya Adalah Terapi Jiwa Seorang Wanita
siakapkeli.my

Untuk mereka yang sudah berumah tangga, pasangan la yang menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Tambah-tambah si isteri, ada sahaja benda yang nak dikongsikan dengan suami.

Mungkin dengan ''membebel'' kepada suami boleh memberi ketenangan kepada si isteri barangkali. Tapi si suami jangan la pula buat tak layan bebelan si siteri ataupun naik angin bila dia bercerita. Anggap sajalah si isteri hendak bermanja.

Dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif satu ilmu yang amat berguna untuk pasangan yang sudah berkahwin dalam memahami antara satu sama lain. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Isteri balik je kerja saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian cd ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti.

Seperti yang dijangka, bila isteri masuk je kat dalam kereta, dia akan mula bercerita.

Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang walaupun dah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.

Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang!

Pastu kan bang...bla..bla..Pastu kan..bla bla bla..

Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.

Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.

Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.

Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.

Taufiq Razif,

Suami Bertelinga Besi

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Tahukah anda yang minum teh mampu jauhi risiko nyanyuk sehingga 86%
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Pernah tak orang bagi tahu pada anda bahawa dengan minum teh secara rutin mampu menjauhi kemungkinan terkena masalah nyanyuk anda sehingga 86% daripada biasa?

Ini satu pertemuan baru yang dilaporkan di dalam majalah The American Journal of Public Health. Kajian dilakukan oleh para pengkaji dan saintis dari National University of Singapore dan dilaporkan baru-baru ini dalam majalah tersebut di atas.

Dalam kajian tersebut, mereka dapati para pencinta minuman teh yang minum air tersebut secara tetap punyai risiko terkena masalah dimentia atau yang kita biasa panggil nyanyuk, berkurangan sebanyak 86% berbanding mereka yang tak suka minum air teh.

Minum teh kurangkan risiko dimentia hingga 86%
Dalam kajian, para saintis cuba melihat kesan terhadap keupayaan kognitif terhadap aktiviti minum air teh. Kognitif adalah keupayaan seseorang untuk memahami dan mengerti sesuatu perkara. Ertinya keupayaan untuk melihat perkaitan sesuatu perkara dengan keadaan semasa dan faktor-faktor lain.

Memang keupayaan kognitif ada kaitan yang amat rapat dengan masalah nyanuk. Bila saya bersembang dengan orang yang ada masalah dimentia, mereka nampak macam tak boleh nak kaitkan apa yang berlaku antara satu dengan yang lain.

Boleh cuba bersembang dengan orang yang terkena dimentia tengok. Lihat macam mana susahnya untuk cuba terangkan sesuatu perkara kepada mereka sebab tidak ada keupayaan untuk melihat kaitan antara satu dengan yang lain.

Pantau keupayaan kognitif selama 2 tahun
Kajian dibuat terhadap 957 orang yang berumur melebihi 55 tahun. Mereka dipantau selama 2 tahun. Satu kumpulan terdiri dari mereka yang kerap minum teh dan satu lagi kumpulan tidak minum teh. Selama 2 tahun itu mereka sentiasa diuji untuk melihat eupayaan kognitif dan juga kesan terhadap masalah Alzheimer.

Bagi masalah penurunan keupayaan kognitif, risiko berkurang sebanyak 50% pada mereka yang kerap minum teh. Bagi masalah Alzheimer pulak, iaitu keupayaan kognitif yang berkait dengan umur, dilihat berkurang sehingga 86%.

Mereka yang terlibat diberikan beberapa jenis teh termasuklah eh Hitam, Teh Hijau dan teh tradisi cina Oolong. Hasil kajian adalah sama untuk semua jenis teh yang diuji oleh para pengkaji. Jadi minumlah teh apa jenispun, hasilnya adalah sama saja.

Banyak minum teh, mampu membantu anda untuk kekal sihat dari segi keupayaan otak dan akal untuk mencerna dan memahami kedudukan sesuatu perkara yang berlaku.

Kelebihan lain minum teh
Sebenarnya kelebihan untuk jadikan air teh sebagai minuman rutin memang dah diketahui memberikan banyak manafaat kepada orang ramai.

Bila kita masak air minuman teh tersebut, ia kaya dengan anti oksidan. Bahan antioksidan tersebut dapat membantu untuk kurangkan jumlah bahan radikal bebas yang ada dalam tubuh badan kita. Pengurangan bahan radikal bebas akan membuatkan sel dalam tubuh badan sihat.

Bila sel sihat, masalah seperti sakit jantung, kencing manis dan kanset dalam dikurangkan dengan banyak dari berlaku pada kita.

Dengan kajian terbaru yang saintis lakukan di atas, nampaknya minum teh juga amat baik untuk kekuatan otak kita.

Tapi tak tau pulak samada akan ada kesan yang berbeza kalau minum air teh dengan dimasukkan gula. Orang kita memang gemar minum teh. Tapi mereka belasah air teh campu susu atau gula di kedai mamak yang biasanya manis melecas.

Mungkin selepas ini perlu biasakan diri untuk minum teh kosong saja yang tak ada gula dan tak ada susu. Lebih baik lagi kalau boleh sediakan teh cina. Sebab biasanya kita boleh minum teh Cina selamba saja walaupun tak masukkan gula.

Yang paling penting adalah pastikan anda sentiasa minum air yang banyak. Badan kita amat memerlukan air minuman untuk kekal sihat.

Buntu Tak Ada Saksi Untuk Buktikan Anda Dilanggar? Empat Pekara yang Anda Perlu Lakukan Jika Terlibat Dengan Kemalangan
siakapkeli.my

Kemalangan ini perkara yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan harian kita. Kemalangan ini umpama malang yang tidak berbau bagi mangsa yang terlibat. Biasanya kita akan jadi blur sekejap apa yang kita perlu lakukan apabila terlibat dengan kemalangan.

Apa yang selalu orang kita buat adalah, tidak membuat laporan polis malah ambil tindakan sendiri dengan memaki hamun, mengeluarkan senjata atau memaksa membayar ganti rugi bergantung dengan jenama kereta. Cara yang selalu kita lakukan itu sebenarnya tidak betul.

Apa yang kita perlu lakukan jika terlibat dengan kemalangan? Mari ikuti perkongsian dari seorang peguam iaitu Naim Fital tentang cara yang betul jika terlibat kemalangan. Semoga dapat membantu anda semua.

ACCIDENT? WHAT TO DO?

With due respect, sekiranya ada dalam kalangan anda yang mempunyai ilmu yang lebih luas, anggaplah ini perkongsian dan peringatan semula sahaja.

Sejak memfokuskan diri dalam kes-kes kemalangan jalan raya @ personal injury cases 5 bulan yang lalu, ada beberapa perkara yang saya fikirkan wajar diberitahu kepada rakan-rakan sekalian untuk kepentingan dan hak anda juga apabila berlaku kemalangan.

Nauzubillahi min zalik. Bukan meminta, tapi malang kan tidak berbau. Maka sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik.

Tips ini saya kembangkan daripada isu-isu yang kebanyakannya melibatkan anak guam saya sendiri yang kadang-kala kekurangan "evidences" disebabkan tiada pengalaman dan ilmu tentang apa yang perlu dibuat apabila berlakunya "accident";.

PERTAMA: SEGERA AMBIL GAMBAR

Gambar adalah sangat penting sebagai bahan bukti. Di zaman yang serba canggih ini, saya percaya 95% pengguna telefon pintar di Malaysia pakar dalam mengambil gambar.

Tanpa mementingkan kualiti, sekiranya anda berada dalam keadaan sedar dan mampu memegang telefon, pastikan anda mengambil gambar kenderaan yang melanggar anda, no plat kereta, lokasi kejadian, kedudukan kereta dan sisi kereta yang dilanggar.

Sekiranya, anda cedera teruk tak mampu berbuat apa-apa, maka pesanlah pada orang awam yang ada di sekeliling untuk ambilkan gambar di lokasi kejadian.

Kenapa? Ini bagi membantu siasatan pihak polis juga. Kerana ada kalanya pihak polis lewat sampai, atau laporan polis lewat dibuat dan menyebabkan pada hari siasatan dijalankan, kesan kemalangan dan serpihan-serpihan kenderaan sudah dibersihkan dek hujan dan angin. Natijahnya, evidences untuk buktikan kes menjadi sedikit tidak sempurna.

KEDUA: AMBIL NO TELEFON

Ya, ini satu lagi kesilapan ramai di antara mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Maklumlah, "accident"; ini bukan perkara rutin yang berlaku setiap hari dalam hidup kita kan? Jadi untuk fikir ambil nombor telefon dan ambil gambar ini adalah jauh sekali! Yelah, tengah sakit, patah riuk ni, ada kesempatan lagi ke nak fikir semua tu kan? Mestilah tidak bukan.

Jadi, pesanan saya, ambillah no telefon orang yang mula-mula datang membantu anda ketika anda kemalangan tersebut. Lebih baik lagi kalau orang itu menyaksikan kemalangan itu berlaku. WHY? sebab kita perlukan keterangan orang tersebut sebagai Saksi Bebas.

Rata-rata, bila saya tanya "Encik, ada tak sesiapa yang tengok kejadian accident ini? ada tak dia datang tolong encik"? Jawapannya ADA.

Tapi bila saya tanya "Okey, Encik kenal tak siapa orang tersebut? Boleh tak contact dia untuk buat report polis?"

Jawapannya, "Alaa saya takde pulak. Tak terfikir pun nak ambil nombor telefon."

So sad right? Jadi dalam keadaan seperti ini, evidence jadi sedikit lemah untuk membuktikan dakwaan kita terhadap orang yang melanggar kita. See? Penting kan ambil nombor telefon orang yang menolong kita masa kemalangan. Barangkali dia boleh membantu kes anda di mahkamah.

KETIGA: SEGERA PERGI KE HOSPlTAL

Oh please jangan menyinggah balik rumah dulu atau ke kedai dulu. Direct go to the hospital. Kalau yang cedera teruk, sure ambulance akan bawa terus ke hospital. Ini yang jenis accident patah tangan, kemudian boleh jalan, pergi balik rumah dulu dan tidur dulu. Esok baru nak pergi hospital.

Please jangan delay ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Emergency Department. Isu lewat ke hospital ini akan mencacatkan kes anda.

Yelah, accident pukul 10 pagi, 10 malam baru ke hospital, kemudian anda claim anda patah tangan (misalnya). Other side boleh simply kata, dalam tempoh 12 jam lepas accident, entah-entah anda ini dah jatuh di bilik air kemudian patah tangan, dan ia bukanlah disebabkan oleh accident jalan raya pukul 10 pagi tadi.

See? Jangan beri ruang untuk orang pertikai kesahihan kecederaan anda. So segeralah ke hospital sesudah kemalangan atau anda bersedialah dengan jumlah ganti rugi yang kecil sahaja disebabkan ada keraguan terhadap kecederaan tersebut.

KEEMPAT: SEGERA BUAT LAPORAN POLIS

Tak kiralah sama ada anda ada lesen atau tak. Kalau dah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kecederaan pada tubuh badan anda, maka segeralah buat laporan polis. Jangan tunggu sehari, seminggu hatta sebulan.

-Unless kalau memang tiada daya upaya seperti terlantar di hospital untuk sebulan lamanya, maka buat la report sesudah itu.

- Unless kalau kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mental disorder, atau memory impairment. Maka ahli sedara yang tahu akan kemalangan tersebut segeralah buat laporan polis agar pihak polis boleh proceed dengan siasatan.

Untuk adik-adik yang tiada lesen, adik janganlah risau sampai tak nak buat report. Saman sebab tak ada lesen tetap kena bayar! Tapi jangan bimbang, hak adik untuk tuntut terhadap kecederaan masih dilindungi di bawah undang-undang. *terpakai juga untuk abang-abang yang tak ada lesen.

Kalau lambat buat laporan polis, boleh jadi anda ajan dituduh mereka-reka cerita. Yelah, wujud kes-kes seperti ini diluar sana demi mengaut keuntungan daripada tuntutan kecederaan tersebut.

Lagi satu, akibat kalau tak buat laporan polis. Bagi pihak yang melanggar ni, boleh jadi insurans tidak mahu bertanggungjawab. Bila insuran tak nak tanggung, haaa parah atas kepala.

KESIMPULAN

Jadi beringatlah semua. Semoga yang membaca perkongsian ini dapat sampai-sampaikan kepada rakan-rakan taulan yang lain akan perkara-perkara dia atas.

Sememangnya bukan perkara yang fun kalau hari-hari saya baca laporan "pecah kepala" "putus jari" "pecah kepala lutut" "siku bengkok" atau "paralys" dan "kematian";. Maka, sayangilah nyawa anda, serta persiapkanlah ilmu, agar apabila tiba hari yang tidak berbau ini, hak anda dapat dilindungi dengan baik di sisi undang-undang. InsyaAllah doakan saya rajin menulis untuk tips seterusnya. Terima kasih

Naim Fital
H.S Dhillon & Co
Peguambela & Peguamcara

Sumber - Naim Fital

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:37 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS BERSAMA RAKYAT HADAPI KRISIS KEYAKINAN
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Pilihanraya Umum adalah mahkamah rakyat. Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya.

PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya. Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu.

PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara, dan tuduhan sama yang bertali arus laksana mata rantai atau biji tasbih yang dibilang setiap kali berwirid. Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS.

PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihanraya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan. Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa UMNO yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya dan kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan.

Ucapan YB Datuk Husni Hanzalah, Ahli Parlimen Tambun menggambarkan betapa krisis keyakinan berlaku sehingga beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet, kerana ada masalah dalam kerajaan sejak dahulu dan betapa saksi yang fasik atau yang tidak nyata adilnya menjadikan beliau tidak boleh dipancing oleh pembangkang yang bertemakan Pakatan Harapan, yang tidak boleh diberi harapan. Namun, beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan. Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat di mana sahaja seseorang itu berada berpandukan Hadis Rasulullah S.A.W:

الدين النصيحة قلنا: لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم. رواه مسلم

Sabda Rasulullah S.A.W: "Agama itu nasihat". Kami (para sahabat) bertanya: "Untuk siapa?" Sabda Baginda S.A.W: "Bagi Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, hak para pemimpin dan masyarakat umum" (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun demokrasi barat yang bermoral menunjukkan perubahan boleh berlaku seperti di mana-mana negara yang mengubah kerajaan melalui Pilihanraya Umum yang bersih, namun perubahannya sangat rapuh yang sekadar mengubah pemimpin dan parti pemerintah.

Konsep barat itu tanpa aqidah beriman kepada Allah, Hari Akhirat dan perhitungan dosa dan pahala, menjadikannya sangat rapuh sehingga tidak boleh bertahan lama, apabila yang mengambil alih kuasa pemerintahan mengulangi perkara yang sama atau lebih parah lagi.

Di sinilah Allah memberi petunjuk betapa perlunya perubahan pemikiran yang salah dengan kembali kepada kebenaran dan mengubah tindakan yang zalim kepada yang adil, daripada akhlak yang keji kepada akhlak yang mulia. Firman Allah:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ١١ الرعد

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd: 11)

Maka Rasulullah S.A.W. yang menafsirkan Al-Quran secara amali dengan memulakan dakwah dan politiknya mengajak kepada perubahan peribadi supaya menerima Islam. Baginda S.A.W melaksanakannya melalui ucapan, perbincangan dan perutusan yang dihantar kepada raja-raja dan para pemimpin dengan menyebut ayatnya:

أسلم تسلم

"Terimalah Islam (dengan beriman dan beramal) nescaya kamu selamat."

Tindakannya tidak merampas kuasa dan menurunkan takhta sewenang-wenangnya. Sesiapa yang berubah kepada Islam seperti Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan lain-lain terus dikekalkan kedudukannya, ini menunjukkan bahawa konsepnya bukan mengubah orangnya sahaja tetapi mengubah dasar dan sistem.

Maka Islam menolak perubahan zahir dan diri tanpa perubahan aqidah, akhlak dan sikap kerana tiada mencapai maksud kebaikan dan kebajikan, serta nahi mungkar, dengan hanya sekadar meruntuhkan jahiliah dan diganti dengan jahiliah lain. Perubahan musim politik tanpa Islam yang berlaku di negara Arab menjadi iktibar. Tegasnya, tegakkan Islam dalam dirimu dan tegakkan juga Islam di dalam negaramu.

Khalifah Umar bin Al-Kahttab R.A. menegaskan:

الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل

"Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan"

Maka PAS menegaskan hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara sama ada kembali kepada Islam atau perubahan kepada sesiapa sahaja yang menerima Islam yang sebenarnya, bagi mengisi mengikut acuan Islam yang telah ada dan melakukan perubahan di tempat yang perlu.

Ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia. Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan halatuju wawasannya yang berkekalan.

Bahtera PAS tidak boleh disertai oleh golongan yang lain tujuannya, walaupun ahli PAS tidak mengenalinya tetapi kami percaya kepada jaminan Allah yang memelihara Islam dan perjuangannya dengan firman-Nya:

مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَ‍َٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٧٩ آل عمران

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar." (Surah Ali-Imran: 179)

PAS berusaha mendapat keyakinan rakyat dengan tegas kepada keyakinan PAS sendiri berpegang kepada Islam, disertakan hujah yang diucap, yang tersurat dan tersirat dengan ikhlas yang diketahui Allah. PAS beramal dengan kemampuan kemenangannya di Kelantan sehingga kini dan ketika PAS memimpin Terengganu dan Kedah yang boleh dibuat perbandingan oleh semua pihak dengan mereka yang juga memerintah mengikut bidang kuasanya. PAS tidak pernah jatuh dan kalah kerana kesilapan dasarnya, tetapi dijatuhkan oleh pihak lain yang bertembung dengan dasarnya, bahkan sehingga kini Alhamdulillah, tidak ada seorang pun yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 20 Safar 1439 / 10 November 2017

Perjuangan PAS - Hubungkait Dengan 'Aqidah Islam iaitu Beriman Kepada Allah.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Perjuangan PAS - Hubungkait Dengan 'Aqidah Islam iaitu Beriman Kepada Allah.

Perbincangan ini memerlukan kita merujuk kepada sumber asal penubuhan Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu perlembagaannya.

Merujuk kepada perlembagaan Parti Islam Semalaysia (PAS):

Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam.

Apakah itu Islam?

Rasulullah SAW pernah bersabda apabila ditanya kepada beliau tentang Islam yang maksudnya:

"Dibina Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, Haji ke Baitullahil Haram dan puasa ramadhan." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jelaslah bahawa mengimani Allah itu merupakan asas iman dan Islam dan inilah merupakan dasar kepada perjuangan PAS yang bertepatan dengan kehendak 'aqidah.
Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi." [Ali Imran:85]

Fasal 4. Seruan PAS ialah Allahu Akbar.

Allahu Akbar merupakan ungkapan mengagungkan Allah SWT dan mensucikan-Nya dari sebarang bentuk kekurangan dan penyekutuan berdasarkan kepada rukun Islam iaitu menafikan sebarang bentuk ketuhanan melainkan Allah SWT dan mengimani Allah SWT secara uluhiyyah dan rububiyyah serta asma' dan sifat-Nya. Oleh yang demikian itu, seruan ini sangat bertepatan dengan kehendak 'aqidah Islamiyyah.

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Ini menunjukkan PAS mengambil kesyumulan Islam sebagai satu cara hidup seperti yang diwahyukan oleh Allah SWT bukan sahaja bagi memelihara kemaslahatan seluruh manusia bahkan seluruh alam ini.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

"Dan tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam." [Al Anbiyaa':107]

(ii) Memperjuangkan Islam sebagai 'aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

Jelas sekali PAS meletakkan 'aqidah dan syari'ah di depan yang bertindak sebagai pemandu dalam melaksanakan agenda gerak kerjanya dalam semua bidang.

Fasal 5 (i) dan (ii) ini bertepatan dengan tuntuan 'aqidah berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam." [Al An'am:162]

Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'

(i) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaann PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Berdasarkan kepada rukun Islam dan rukun Iman maka jelaslah bahawa PAS telah mengangkat bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Al-Quran dan Sunnah RasulNya menjadi panduan yang paling tinggi dalam menentukan halatuju perjuangannya. Ini meletakkan ketaatan (ubudiyyah) berdasarkan kepada perintah Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu." [Az Zaariyaat:56]

Fasal ini juga dapat menafsirkan bahawa 'aqidah yang sahih ialah mengambil Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan rujukan yang paling utama merangkumi aspek tauhid rububiyyah, uluhiyyah serta Asma' dan Sifat. 'Aqidah yang sahih melahirkan manusia yang tunduk patuh terhadap hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana yang diperintahkanNya menerusi firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [An Nisaa':105]

Manusia yang beriman mestilah mengambil Islam dalam kehidupannya secara menyeluruh dan iman akan menjadi rosak sekiranya mengambil Islam secara berjuzuk. Allah SWT telah memberi ingatan mengenai perihal ini menerusi firmanNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata." [Al Baqarah:208]

Perbincangan ini menjelaskan bahawa perjuangan yang bertepatan dengan 'aqidah Islamiyyah iaitu beriman kepada Allah SWT mestilah mengambil Islam sebagai dasar hala tuju gerak kerjanya.

#abu durrah
#fikrah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah
Tracy Patrick
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 Zainnal Ajamain berkata ahli akademi benarkan ahli politik mengemudi institusi pengajian.

KOTA KINABALU: Seorang aktivis politik menuduh ahli akademi negara mengelak tanggungjawab memastikan hanya versi sejarah Malaysia yang tulen diajar di sekolah dan institusi pengajian tertinggi.

Zainnal Ajamain, yang menulis buku mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), bersetuju dengan tindakan K.S Jomo mengkritik ahli politik Malaysia Barat kerana jahil mengenai keperluan Malaysia Timur, tetapi menambah ahli ekonomi itu harus juga mengkritik ahli akademi.

"Kita mesti tuding jari pada ahli akademi yang membiarkan ahli politik merampas institusi pengajian tinggi," katanya kepada FMT.

Beliau berkata perampasan itu membawa kepada pengajaran versi sejarah Malaysia yang meleding.
Zainnal mendakwa beliau mendapati ramai rakyat tidak pernah dengar atau baca mengenai MA63 secara keseluruhan.

Beliau menambah tiada satu pun universiti di negara ini yang mengalakkan pelajar belajar mengenai pembentukan Malaysia.

"Ahli akademi membiarkan sejarah sebenar dipadamkan daripada minda cendekiawan di universiti dan dari sekolah menengah dan sekolah rendah," katanya.

"Sejarah yang dibaca hari ini mengajar anak-anak kita mengenai Tanah Melayu dan tamadun di situ, manakala sumbangan Sabah dan Sarawak sengaja dilupakan.

"Mungkin Jomo tidak sedar Malaysia tidak lagi digerakkan atas dasar federalisme tetapi unitari."

Pada 4 November lalu, Jomo memberitahu forum di Kuala Lumpur bahawa Barisan Nasional dan parti pembangkang tidak sensitif kepada keperluan dan aspirasi Malaysia Timur dan jahil mengenai perasaan majoriti rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau mendakwa ahli politik Malaysia Barat tidak pernah menangani realiti federalisme secara serius dan tidak sepenuhnya mengiktiraf Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia dengan syarat yang lan daripada negeri di Tanah Melayu.

Zainnal, yang juga seorang ahli ekonomi berkata, MA63 beberapa kali dimungkiri dalam tempoh lebih 5 dekad.

"Kerajaan dan pembangkang di Malaysia sekarang ini percaya Parlimen itu tertinggi," katanya.

"Mereka tidak lagi berpegang kepada ajaran bahawa Perlembagaan Persekutuan yang tertinggi. Jadi Parlimen boleh meluluskan undang-undang yang ia suka walaupun undang-undang itu tidak berperlembagaan."

Zahid gambarkan BN sangat terdesak di Penang

bloglist-malaysia.blogspot
msomelayu.blogspot.
Posted by mohd sayuti Omar

NOTA PETANG

Kesian Zahid Hamidi sampai terpaksa menggunakan ilmu "paranormal" dan hukum karma alam untuk mempengaruhi orang Cina di Pulau Pinang untuk membolehkan partinya BN merampas negeri itu apabila mengaitkan kejadian banjir kilat yang berlaku beberapa hari lalu sebagai petanda daripada Tuhan bahawa negeri itu akan dapat dirampas oleh BN.

Cara Zahid itu lebih kurang sahaja cara budak-budak parti agama (Pas) di negeri itu yang membuat andaian banjir yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini akan memberi kemenangan besar kepada parti itu.

Sampai ke situ sekali terdesaknya Zahid dan BN sampai terpaksa menggunakan hukum karma alam untuk menarik sokongan.

Apakah Zahid masih belum mengerti bahawa dunia politik adalah dunia realiti. Rakyat apa lagi orang Cina - yang jauh lebih cerdik berpolitik berbanding Melayu termasuk Bugis, walaupun mereka juga percaya kepada "feng-sui" tetapi mereka tidak mudah diperdayakan dengan ilmu paranormal itu.

Rakyat Pulau Pinang khasnya Cina tidak akan tersihir dengan hukum karma Tuhan itu. Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu bukan kerana negeri itu diperintah oleh DAP. DAP tidak bersalah dalam kejadian banjir itu seperti mana negeri-negeri lain juga tidak bersalah atas kejadian banjir kilat atau setiap bencana alam yang berlaku.

Contohnya di Kuala Lumpur, banjir kilat berlaku hampir setiap tahun dan ia bukan kerana BN memerintah di sini. Begitu juga dengan banjir di Kelantan akhir tahun 2014 ia tidak dikaitkan dengan kesombongan kerajaan Pas.

Kalau pun BN dan Zahid berhajat hendak rampas Pulau Pinang berbuatlah sesuatu yang lebih baik dan berkesan bagi rakyat seperti mana di buat oleh Lim Guan Eng. Untuk peringatan Zahid, hukum karma alam tidak terpakai dalam kamus politik. Apa yang diukur oleh rakyat dan terpakai dalam politik ialah pentadbiran sesebuah kerajaan itu apakah ia membantu rakyat atau pun zalim kepada rakyat.

Cukuplah Zahid buat lawak kerana lawak-lawaknya sebelum ini orang masih belum habis mentertawakannya. [wm.kl.2:24 pm 12/11/17]

GST: Peniaga kedai runcit tertekan, pelanggan beli cukup-cukup sahaja Pejuang Perubahan

bloglist-malaysia.blogspot

agendsai

Pejuang Perubahan

GST: Peniaga kedai runcit tertekan, pelanggan beli cukup-cukup sahaja

Rata-rata pengusaha kedai runcit mengakui tertekan dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) selain faktor lain seperti kemunculan pasar mini dan pasar raya yang semakin banyak.

Peniaga kedai runcit di Seksyen 7, Shah Alam, Mohamed Subuhan memberitahu terdapat tiga kedai termasuk premisnya serta dua pasar mini di sekitar kawasan tersebut sebelum ini.

"Namun, kini hanya tinggal kedai saya dengan satu pasar mini sahaja. Satu lagi pasar mini telah tutup," ujar pemilik Kedai Runcit Perniagaan Subahan Maju itu.

Beliau berkata, perniagaannya meriah pada 2010 lalu kerana sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) berdekatan.

Walaupun begitu, ujarnya, keadaan tersebut berubah apabila pelanggan semakin berkurangan sejak penuntut di salah satu daripada kampus IPT itu dipindahkan ke tempat lain.

Akibatnya, Subuhan memberitahu, jualan kedainya merosot sehingga 30 peratus berbanding ketika mula-mula berniaga.

"Penurunan jualan juga berlaku selepas GST dilaksanakan selain persaingan dengan pasar raya moden," jelasnya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.

Situasi sama turut diakui seorang peniaga, Faizal Amarullah apabila jualan di kedai runcitnya menyusut lebih 10 peratus.

Menurut pengusaha kedai runcit di Seksyen 17, Shah Alam itu, GST tambah menjejaskan perniagaan pada ketika banyak pasar raya moden yang berupaya menawarkan harga jualan lebih rendah muncul berhampiran premisnya.

"Keadaan ini lebih rumit bila ada GST, yang membuatkan jualan dan keuntungan berkurangan," dipetik daripada akhbar sama.

Bahkan, ada peniaga kedai runcit di Shah Alam mendedahkan jualan mereka menjunam lebih 40 peratus akibat GST selain disebabkan kemunculan pasar raya moden.

Cuba bertahan

Enggan dikenali seorang peniaga memberitahu, jualannya semakin jatuh sehingga kurang RM4,000 sehari sejak 2012 berbanding ketika mula berniaga pada 2006 dengan jualan mencecah RM7,000 sehari.

"Selain itu, penurunan jualan juga disumbangkan GST dan situasi ekonomi," katanya lagi yang juga memberitahu trend pembelian pelanggan pada masa ini membeli dalam kuantiti amat kecil.

"Pelanggan hari ini pula suka beli barang basah ikut hari. Contohnya, barang basah kegunaan hari ini seperti cili 20 sen, sayur dan ikan dalam kuantiti (beli) cukup-cukup sahaja," ujarnya.

Kesan pelaksanaan GST dan kemerosotan kuasa beli pelanggan pada masa ini juga diakui pengusaha Pasar Mini Asina Enterprise di Seksyen 17, Shah Alam yang berniaga sejak tahun 2002.

Pemiliknya, Mohamed Dhagri berkata, majoriti pembeli sekarang berbelanja di pasar mini dalam jumlah yang sedikit sehingga menyebabkan purata jualan hariannya menurun kepada RM1,000 berbanding RM4,000 sebelum ini.

"Ini ditambah dengan adanya GST. Sekarang, kami cuba mempertahankan perniagaan kami selagi mampu. Ini perniagaan sendiri dan kami tidak pernah menerima bantuan kerajaan atau mana-mana pihak," ujarnya lagi.

Pasar raya dan pasar mini yang memiliki banyak cawangan mampu menawarkan harga jualan lebih rendah kerana membeli pukal barangan pada harga borong.

Sebaliknya, kebanyakan perniagaan kedai runcit diusahakan keluarga dengan sukar bersaing daripada segi tawaran harga lebih rendah walaupun premis disusun lebih kemas atau dinaik taraf.

Sementara itu, pemerhatian Malaysia Dateline di sekitar bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor semalam turut menyaksikan kegetiran peniaga kecil untuk terus bertahan.

Satu lot niaga dalam pasar raya Tesco ditutup manakala sebahagian besar deretan bangunan kedai yang siap dibina akhir tahun 2015 berdekatan pasar pagi bandar itu masih tergantung notis "Untuk Disewa".

Tinjauan dalam kalangan peniaga gerai makanan di Jalan Bunga Kertas 1 juga mendapati rata-rata mereka mengakui kos bahan mentah semakin meningkat dengan paling ketara sejak dua tahun lalu.

Akibatnya, jumlah keuntungan diperoleh pada masa ini jauh lebih kecil manakala sebuah gerai diusahakan ahli keluarga yang menjual makanan mengandungi udang dan potongan sotong difahamkan gulung tikar sejak akhir tahun lalu.

Bagi peniaga makanan yang masih bertahan pula, mereka tidak dapat menaikkan harga lebih tinggi bagi mengelak pelanggan lari apatah lagi trend pembeli berbelanja sedia ada juga semakin merosot terutama ketika pertengahan bulan.

Untuk rekod, GST pada kadar enam peratus yang dikuatkuasakan mulai 1 April 2015 pernah dijamin oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika itu mampu menurunkan harga barang dengan mendakwa kononnya harga barang menjadi semakin murah.

mdl

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, October 31, 2017 11:23 PM
Subject: Fw: Merompak Bank, Pukul RELA, GST & Merokok

Petani tanggung kos tambahan 30 peratus akibat GST — Pertubuhan Peladang
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada petani menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban kos tambahan sebanyak 30 peratus.

Perkara itu didedahkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) melalui pengerusi jemaah pengarahnya, Datuk Abdul Lateh Mohd Saman yang dilaporkan mahu menghantar memorandum agar GST dikecualikan terhadap barangan dan perkhidmatan yang terpaksa ditanggung oleh petani selama ini.

"Perkara ini mendapat rungutan petani yang mana untuk mengangkut baja, benih padi, upah traktor, dan mesin jentuai turut dikenakan GST. Ini tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibayar Petani bagi barangan input-input pertanian," katanya.

Lantaran itu, PPNK dalam mesyuarat agungnya mahu mengusulkan perkara berkenaan melalui memorendum kepada pihak kerajaan. Ini kerana GST yang dikenakan terhadap barangan pertanian dan perkhidmatan pengangkutan sangat membebankan petani.

Baca selanjutnya — Bernama

*** Dari laporan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelaksanaan cukai GST sebanyak 6 peratus kepada petani telah memberi kesan "domino effect" kepada peningkatan kos sebanyak 30 peratus.

Ini baru kesan langsung yang dialami oleh petani, belum lagi Kesan-kesan langsung dan tidak langsung yang dialami oleh pihak-pihak lain. Disebabkan itulah harga barang sentiasa naik tak pernah turun akibat GST.

Hanya Ahmad Maslan gila dan penyokong-penyokong Najib yang kata GST turunkan harga barang. Pegang kata-kata aku ini,

"Jika Barisan Nasional menang PRU14, peratus cukai GST akan dinaikkan lebih tinggi,"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/petani-tanggung-kos-tambahan-30-peratus.html#ixzz4x5c2hrCo

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tiada Pelajar Gagal, Good Job," Kemaskini Terakhir Guru Fizik Sebelum Meninggal Dalam Kemalangan
siakapkeli.my

Sebelum terlibat dengan kemalangan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sempat menanda kertas jawapan dan menyiapkan analisa awal kertas soalan fizik semester dua pelajar tingkatan 4.

Mangsa, Khairul Anuar Salim, 30, meninggal dunia dalam kemalangan di Terusan Utama Parit 4, Sungai Besar, awal pagi tadi.

Pada Sabtu lalu, mangsa memuat naik status dilaman sosial Facebooknya pada jam 10.27 malam yang menunjukkan analisa peratusan pencapaian pelajarnya di dua kelas tingkatan 4.

"Tiada pelajar gagal. Good Job (Syabas)," tulisnya dalam status Facebooknya yang dimuat naik arwah ketika berada di Tampin, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, Khairul Anuar memadu secara bersendirian Produa Myvi dilaporkan hilang kawalan lalu masuk ke kiri jalan dan merempuh pokok kelapa sawit, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke MRSM Sungai Besar setelah bercuti hujung minggu di kampung miliknya di Tampin.

Kahirul Anuar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat patah tulang tengkuk utama.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber - Sinar Harian

Cuba Elak Tayar Yang Jatuh Dari Lori, Juara Super Spontan Superstar Terlibat Kemalangan
siakapkeli.my

Pelakon yang juga juara Super Spontan Supertar, Kamal Adli, 31, menghadapi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta yang dipandu pembantunya minggu lalu.

Dalam kemalangan tersebut, kereta yang dinaiki oleh Kamal hampir terbabas setelah mengelak tayar yang terjatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai menjalani penggambaran kira-kira jam 5 pagi.

"Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke atas jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.

"Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena 'airbag' yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.

"Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik," katanya lagi.

Kamal dalam pada itu enggan melayan tanggapan negatif segelintir pihak berhubung kemenangannya dalam Super Spontan Superstar ketika diminta mengulas perkara tersebut.

"Saya sertai program itu bagi mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Kemenangan itu bonus buat kerjaya saya.

"Soal layak atau tidak, saya enggan komen, terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lagipun, mulut orang kita tidak dapat hendak tutup," katanya.

Dalam pertandingan realiti lawak itu, Kamal berjaya mengatasi cabaran pelawak-pelawak terkenal tanah air antaranya Fad Bocey, Achey, Mamak Puteh, Syuk Balas dan Shahrul Shiro di pentas akhir sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100 ribu.

Sumber : BH Online

Pandu Laju Dan Tak Sempat Brek, Pemandu Nissan GTR35 Nyaris Maut Rempuh 4 Buah Kereta
siakapkeli.my

Seorang pelancong asing warga Singapura terselamat daripada maut dalam kejadian kemalangan sebuah kereta Nissan GTR35 yang dipandunya terbabas dan merempuh empat kereta lain di Jalan Jaya Putra 1 di Setia Indah, Johor Bahru.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.15 pagi Selasa lalu, mangsa seorang lelaki yang berusia 44 tahun hanya mengalami luka ringan pada bahagian tangan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Nissan GTR35 itu yang memandu laju ketika melalui jalan raya tersebut.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan tidak sempat membrek lalu terbabas merempuh empat lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir laluan terbabit.

"Empat kenderaan yang lain ialah dua Perodua Viva, dan masing-masing sebuah Ford Mondoe serta Proton Waja," katanya lagi.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut disiasat dibawah Syeksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



LARANGAN PEMAKAIAN TUDUNG DALAM INDUSTRI PERHOTELAN ADALAH AMALAN LAPUK SERTA BERTENTANGAN PERKEMBANGAN SEMASA
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Kenyataan Media
13 November 2017

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkaitan dengan larangan berkait pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di 'front line desk' hotel-hotel di Malaysia. ABIM menilai kenyataan tersebut secara jelas menafikan hak kebebasan mengamalkan agama dan terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius sebarang isu diskriminasi wanita di tempat kerja. Tambahan pula ia cuba dijustifikasikan atas standard dan polisi antarabangsa. Persoalan yang berikut timbul daripada polemik ini:-
1. Bagaimanakah sesebuah hotel boleh beroperasi dengan menggunakan SOP yang jelas bercanggah dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

2. Sejelas manakah Indeks Syariah yang diwar-warkan menjadi rujukan dalam industry perhotelan di negara ini taktala dikatakan wujud SOP untuk sesebuah hotel menghalang pekerja atau pelatih mengenakan tudung di kaunter khidmat pelanggan (frontdesk)?

3. Apakah ruang yang diberikan untuk para pekerja atau pelatih wanita Muslim untuk menyuarakan hak mereka secara rasmi? Apakah wujud penafian mahupun larangan untuk mereka menyuarakan aduan melalui saluran rasmi hatta melalui kesatuan mahupun NGO pekerja?

4. Apakah konsep Hotel Patuh Syariah yang cuba diterapkan sebagai contoh Kumpulan Hotel De Palma (mulai tahun 2008) tidak menepati standard serta piawaian antarabangsa mulai tahun tersebut mahupun menjejaskan kualiti industri perhotelan dan pelancongan negara?

Dengan itu ABIM menggesa agar pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu ini. Masyarakat memerlukan rujukan mahupun makluman dasar rasmi berhubung isu ini memandangkan ia menyentuh sensitiviti beragama dan hak asasi manusia dalam industri yang cuba mengangkat imej negara di mata dunia.

Amalan bertudung bukanlah suatu amalan yang asing hatta di peringkat antarabangsa yang meraikan sumbangan para tokoh serta professional wanita Muslim dalam pelbagai lapangan. Jangan sampai polemik ini menjejaskan nama baik negara serta industri pelancongan yang integral dengan perkembangan sejagat.

Atas dasar ini, ABIM juga menyeru agar kesemua pendokong hak asasi manusia dan wanita untuk sama-sama memperjuang isu ini secara serius di peringkat nasional sehingga antarabangsa. Larangan pemakaian tudung adalah isu lapuk yang perlu ditentang bukan sahaja dalam kalangan industri perhotelan, hatta dalam setiap lapangan pekerjaan serta industri sekalipun.

Nor Azura Kamarudin Sohami
Naib Presiden (HELWA)
Angkatan Belia Islam Malaysia

Majikan Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung Boleh Dikenakan Undang-Undang
siakapkeli.my

Majikan yang memaksa wanita yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau 'front desk' menanggalkan tudung boleh dikenakan tindakan undang-undang

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin, majikan melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jika gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja.

Jelasnya, walaupun majikan mempunyai hak mengenakan kod pemakaian kepada pekerjanya tetapi selaku rakyat Malaysia berhak mengamalkan pegangan agama masing-masing

"Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamatan atau kesukaran melaksanakan tugas mestilah dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaan keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.

"Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan," katanya.

Disamping itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyifatkan tindakan tidak membenarkan kakitangan wanita yang bekerja di barisan hadapan hotel memakai tudung kononnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menjadi amalan antarabangsa adalah sama sekali tidak wajar.

"Saya menyokong mana-mana syarikat yang melakukan diskriminasi terhadap wanita yang bertudung diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan mereka.

"Umat Islam yang bertanggungjawab dan sesiapa saja yang peka terhadap hak asasi manusia mestilah memulaukan syarikat dan produk syarikat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Tambahnya, untuk pengetahuan awam, satu senarai syarikat yang melakukan diskriminasi harus disiarkan.

Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) menerima aduan terdapat pekerja wanita yang bertudung diarahkan menanggalkan tudung mereka, larangan sama terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan untuk latihan praktikal.

Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Han bertindak mempertahankan tindakan hotel berkenaan dan berkata ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai SOP masing-masing

Sumber -Harian Metro

''Cikgu, Otak Saya 'Blank', Boleh Tak Saya Nak Solat Kejap,'' Permintaan Calon SPM Ini Sentuh Hati Gurunya
siakapkeli.my

Setelah berhempas pulas mengulang kaji pelajaran, masa peperiksaan ini lah tempat segala yang di pelajari dicurahkan. Pelbagai ragam pelajar yang guru-guru boleh lihat ketika mereka ini di dewan peperiksaan.

Ibu bapa hanya mampu mengiringi dengan doa selebihnya atas usaha anak mereka sendiri. Sekarang adalah masa untuk bertawakkal kepada yang maha kuasa agar anak-anak dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan itu.Hanya kepada Allah tempat kita memohon segalanya.

Ikuti perkongsian cikgu Anuar mengenai ragam pelajar yang mengambil SPM 2017 ketika dia menjadi guru yang mengawas peperiksaan tersebut.

Hari ketiga mengawas SPM 2017.. Kertas sejarah kertas 2.. Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari...

Setelah 20 minit masa berlalu.. seorang calon lelaki.. bersongkok.. air muka bersih.. tiba-tiba mengangkat tangan.. meminta kebenaran ke tandas.. saya benarkan smbil mengiringi beliau.. sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan.

Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas.. calon tadi keluar.. saya lihat wajah serta tangannya basah smbil tangannya memegang stokin dan kasutnya.

"Izinkan saya solat sekejap ye cikgu... saya 'blank'..." ujarnya meminta kebenaran.

Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam.. calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram...

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat.. solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu... Allahu Akbar...

Tiba sujud di rakaat terakhir.. agak lama beliau sebegitu..

Selepas memberi salam... beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata..

"Cikgu... saya 'blank'... tiba-tiba saya rasa otak saya kosong... 'Trial' haritu saya dapat Sejarah A+..."

Tetiba rasa keibuan saya hadir.. tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

"Inshaa Allah.. Allah bantu awak.. buat yang terbaik ye.." ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula... Allahuakbar...

Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda.. perjalanan mu masih jauh.. semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebag penolong dikala kebuntuan.

Pengajaran yang saya dapat daripada beliau.. ALLAH jua lah sebaik-baik penolong.. kita terlalu kerdil.. maka bersujudlah.. mintalah pada Allah.

Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda.. Saya share kerana saya rasa tak ramai anak muda sekarang seperti beliau..

Sumber - GPSBestari

Akibat Tak Mahu Dengar Cakap, Nak Juga Guna Ubatan Tak berdaftar, Kini Terbaring Kritikal Di ICU
siakapkeli.my

Hari ini dimana-mana sahaja malah di gerai di tepi jalan pun kita dapat melihat pelbagai produk kesihatan dan kosmetik di jual. Dengan pembungkusan yang nampak menarik, ditambah pula dengan jurujual yang pandai menjual, ramai yang terjerat dan menjadi hamba kepada produk-produk yang tidak berdaftar dan diragui proses pembuatannya.

Bukan setakat itu, produk-produk ini mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan. Asalnya nak wajah yang cantik dan badan yang kurus, tiba-tiba muka jadi kemerahan dan buah pinggang rosak. Masalah asal tak baik-baik, penyakit baru pula yang datang.

Seorang Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah telah berkongsi sebuah penulisan agar masyarakat hari ini celik dengan bahana akaibat mengambil produk kesihatan yang tidak berdaftar. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

BAHANA PRODUK TIDAK BERDAFTAR

Ini contoh bahana produk tak berdaftar, mengandungi methylene blue. Air Kencing warna hijau! Pesakit masuk ICU, sebab masalah asal tak baik-baik pun, malah bertambah teruk lagi. Kenapa lah masyarakat kita sanggup mengambil risiko sebegini rupa.

Cukup-cukup lah. Nak elakkan penyakit? Gaya hidup sihat cukup. Tak payah nak ambil apa-apa produk buatan manusia.

Yang menjanjikan bulan, bintang, universe, galaxy lagi jangan percaya. Maksudnya mereka masuk kan benda terlarang lah, pendapat saya.

Founder atau produk yang pasukannya menjanjikan kekayaan lagi jangan percaya.

Anda akan terjerumus ke dalam gaung duitan yang akan mengelabui segalanya, sampai apa yang kami Pakar cakap pun mereka menidakkannya.

Saya berpendapat mereka ingin menebalkan kocek sendiri di atas kesengsaraan orang lain. Sikit pun mereka tidak kisah dengan kesihatan anda.

Insyaallah saya doakan masyarakat kita akan terus celik mata dan terbuka hati ke arah jalan yang benar.

Mari kita semua doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi

Sumber : Dr. Rafidah Abdullah

6 Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Membunuh
siakapkeli.my

Berikutan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu, enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dan bersubahat di Mahkmah Tinggi, hari ini.

Keenam-enam tertuduh membuat pengakuan pertama kali dihadapan Hakim Azman Abdullah dan direkodkan mahkamah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Lima tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri yang didakwa membunuh Zulfarhan.

Manakala seorang lagi tertuduh, Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat membunuh mangsa.

Pada 14 Jun lalu, kesemua tertuduh yang berusia 21 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, pada 21 dan 22 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah dan Nur Akmal Farhan Aziz manakala Mohd Fadly Hashim, Nurul Syuhada Abdullah, Zamri Idrus dan Joshua Tay bertindak sebagai peguam bela semua tertuduh.

Mahkamah menetapkan Isnin depan untuk sebutan semula kes.

Sumber - Berita Harian

Lelaki Tendang Belakang Wanita Di Jejantas Berdekatan Bank Negara Sudah Ditahan - Polis
siakapkeli.my

Seorang lelaki yang dirakam perbuatannya menendang seorang wanita, seperti yang tersebar di media sosial, secara sengaja di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut sudah di tahan pihak berkuasa semalam.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, pihak polis menahan suspek yang berusia 44 tahun itu di hadapan pondok bas di sebuah masjid di Kampung Baru Muda, Jalan Ipoh kira-kira jam 11 malam.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit ugutan, khianat dan mencederakan orang.

"Suspek sebelum ini pernah dihukum penjara tiga bulan kerana menendang belakang seorang setiausaha wanita yang bertugas di Bukit Aman, Julai tahun lalu," katanya lagi.

Laporan media semalam menyebut bahawa seorang lelaki dilihat sengaja menendang seorang wanita yang sedang berjalan di hadapannya seperti yang dirakam dalam rakaman berdurasi 14 saat yang menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada kira-kira 1.30 petang, mangsa berusia 35 tahun itu sedang berjalan kaki menuju ke Jalan Raja Laut melalui jejantas tersebut secara berseorangan ketika keluar dari pintu BNM.

Suspek yang ketika itu dirakam berada di belakang mangsa kemudian secara tiba-tiba menendang belakang wanita itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas tangga jejantas. Suspek kemudian beredar dari tempat kejadian seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mangsa menanggung kecederaan sakit di bahagian belakang badan akibat kejadian itu.

Menurut polis, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Suspek sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara atas jenayah yang sama apabila menendang mangsa di laluan pejalan kaki Stesen LRT Bandaraya ke Stesen Komuter BNM, tahun lalu.

Pada tahun 2013, suspek juga pernah ditahan pihak berkuasa kerana membawa parang ketika masuk ke dalam BNM.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wan Kuzain Wan Kamal Cipta Sejarah Lagi Di Amerika
siakapkeli.my

Anak Malaysia pertama yang mencipta sejarah dengan menjulang kejuaraan USL Western Conference bersama Swope Park Rangers selepas membenam OKC Energy menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selama 120 minit dalam aksi final Sabtu lalu.

Wan Kuzain Wan Kamal,19, menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini, dia yang lebih dikenali dengan gelaran Messi Amerika adalah watak penting dan tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.

Hasil kemenangan ke atas seteru utama dari saingan Western Conference itu, pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat itu akan memimpin pasukannya beraksi dalam pentas final Piala USL 2017 berdepan satu lagi juara Eastern Conference iaitu Louisville City FC pada 13 November ini, di Kentucky, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Louisville City FC berjaya menumbangkan juara bertahan Piala USL, New York Red Bulls II menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar dan tambahan masa.

Menurut akaun Facebook milik ayahnya, Wan Kamal, dia dilimpahi ratusan ucapan tahniah dan doa selepas peminat bola sepak tempatan terkejut dengan percapaian cermelang anaknya.

"Terima kasih atas sokongan kepada Kuzain. InsyaAllah, pada Disember ini dia akan pulang ke Malaysia bersama abangnya," kata Wan Kamal kepada peminat anaknya itu.

Nikola Popovic sering memberi pujian terhadap aksi Kuzain kerana kagum dengan kebolehannya.

Aksi pertamanya ketika menewaskan OKC Energy 3-1 dalam saingan liga tujuh bulan lalu, dia merekodkan ketepatan hantaran paling tinggi dengan 96% sekali gus menguasai bahagian tengah.

Sumber - Berita Harian

Kosmo tukar nama Harimau Malaya jadi "Sotong Malaya"
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
LAPORAN berita tentang kekalahan 1 — 4 pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya kepada Korea Utara dalam Akhbar Kosmo hari ini mengundang kekecohan apabila akhbar itu menukar nama "Harimau Malaya" kepada "Sotong Malaya".

Tajuk pedas "Sotong Malaya dibelasah lagi 1 - 4" oleh akhbar Kosmo itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dan beberapa forum terkenal di internet.

Seorang forumer, Perfect Stranger di Forum Lowyat menyifatkan tajuk itu mahu mencetuskan perbalahan dengan kesultanan Johor.

"They really want to start a fight with Johor Sultanate, I wonder behind media to put this title (mereka betul-betul nak mulakan perbalahan dengan Kesultanan Johor, saya tertanya-tanya siapa di belakang media yang letak tajuk ini)" tulis Perfect Stranger.

"Bagai api disimbah petrol," kata seorang lagi forumer menghunakan nama pandera999.

Segelintir netizen pula beranggapan, tajuk "bikin panas" itu sekadar taktik murahan Akhbar Kosmo bagi melariskan jualannya melalui tajuk sensasi, sedangkan isinya tiada apa yang menarik.

Akhbar itu hari ini melaporkan Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1 — 4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-mobile, Buriram Thailand malam tadi.

Eksperimen dilakukan oleh pengendali Nelo Vingada memberi peluang kepada empat pemain muda Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad, dan Amirul Azhan beraksi dalam kesebelasan utama disifatkan oleh akhbar itu sebagai "memakan diri"

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di emiriyah Arab Bersatu.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/kosmo-tukar-nama-harimau-malaya-jadi.html#ixzz4yPM0xjwZ

''Bila Bekas Pemain Tegur, Suruh Duduk Muzium'', Santokh Singh Terkejut Vingada Masih Dikekalkan Walau Kalah 7 Perlawanan
siakapkeli.my

Kegagalan demi kegagalan skuad Harimau Malaya bimbingan Nelo Vingada yang setakat ini mengekalkan rekod tanpa kemenangan semenjak diambil alih oleh jurulatih berbangsa Portugis itu menimbulkan rasa tidak senang hati bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh.

Malah Santokh juga turut mendesak agar Nelo Vingada melepaskan jawatan selaku pengendali skuad kebangsaan itu sebagai tanda memohon maaf kepada peminat bola sepak tanah air.

Bagi Santokh yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, peluang yang diberikan kepada Vingada untuk terus membimbing pasukan selepas 7 perlawanan tanpa kemenangan disifatkannya sebagai mengejutkan.

"FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sekarang makin pelik. Saya rasa kita satu-satunya pasukan di dunia yang masih simpan jurulatih biarpun kalah dalam tujuh perlawanan. Kalau negara lain dah lama tukar," katanya lagi.

"Mungkin sebab beliau jurulatih luar, cuba kalau jurulatih tempatan saya rasa dah lama FAM pecat.

"Apa yang tak bagusnya jurulatih kita sendiri? Saya dari awal lagi tak setuju kita guna jurulatih luar kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami bola sepak kita.

"Dalam perlawanan antarabangsa, kita tak boleh ada istilah cuba-cuba kerana setiap kekalahan akan memberi tekanan kepada imej pasukan Malaysia, ranking dan juga penyokong yang amat menyayangi pasukan negara," katanya.

Kecaman yang diterima skuad bimbingan bertambah selepas negara terlepas slot untuk beraksi di pentas Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan berturut-turut kepada lawan yang sama, Korea Utara juga dengan keputusan yang sama, 1 - 4 dalam kedua-dua aksi yang berlangsung di gelanggang berkecuali di Buriram, Thailand.

Kekalahan dalam perlawanan kedua kepada Korea Utara semalam merupakan kekalahan keempat buat skuad kebangsaan dalam lima aksi saingan kelayakkan Kumpulan B. Sebelum ini, skuad Nelo Vingada tewas kepada 1-2 kepada Lubnan, serta seri 0-0 dan tewas 0-2 kepada Hong Kong.

Deretan keputusan tidak memuaskan daripada persembahan hambar itu menyaksikan Harimau Malaya hanya mengumpul satu mata untuk kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan B.

Lebih memalukan, imej skuad kebangsaan tercalar apabila Myanmar yang membariskan skuad kedua mereka mampu menjinakkan Harimau Malaya 0-1 dalam aksi persahabatan Ogos lalu. Selain itu, Malaysia turut tersungkur 1-2 kepada pasukan negara sedang bergolak, Syria yang juga perlawanan aksi persahabatan.

"Bila kita bekas pemain bercakap atau bersuara mereka (FAM) takkan dengar, malah ada pula suara lain yang suruh kita duduk muzium.

"Bagi saya, kita tak boleh guna jurulatih luar untuk melatih senior sekarang kerana mereka sudah capai tahap maksimum yang sukar untuk pergi lebih jauh. Sebaiknya guna saja jurulatih tempatan yang lebih memahami realiti bola sepak di Malaysia.

"Ini pasukan kebangsaan bukannya kelab yang boleh mengharapkan pemain import. Rombak segera pasukan ini dan beri fokus sepenuhnya kepada pasukan pelapis dengan menggunakan jurulatih kita dan bagi bantuan sepenuhnya," katanya lagi.

Sumber : myMetro

''Saya Minta Maaf," Linangan Air Mata Iringi Persaraan Buffon Setelah Itali Gagal Layak Ke Piala Dunia 2018
siakapkeli.my

''Saya minta maaf''

Itulah kata-kata diluahkan oleh lagenda hidup bola sepak Itali, Gianluigi Buffon, 39, dalam keadaan menitiskan air mata ketika mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa. Buffon dan skuad Azzurri tewas di tangan Sweden dengan agregat 0-1 dalam perlawanan play-off bagi merebut tempat di pusingan akhir Piala Dunia Rusia 2018.

Buffon kelihatan sebak ketika ditemubual oleh wartawan setelah menyaksikan negaranya gagal ke Piala Dunia buat kali pertama sejak tahun 1958. Dengan tangannya kelihatan mengelap air mata yang mengalir di pipi, Buffon ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

''Saya memohon maaf kerana perlawanan terakhir saya berakhir dengan keputusan kami tidak layak ke Piala Dunia.

''Saya tidak memohon maaf untuk diri saya, tetapi untuk seluruh bola sepak Itali.

''Kami gagal ke Piala Dunia yang juga sesuatu yang sangat bermakna dalam kelas sosial.

''Amat kesal untuk menamatkan perjuangan dengan keadaan begini, bukan disebabkan masa yang lalu'', kata Buffon lagi.

Buffon bagaimanapun berpendapat bahawa masa depan Itali masih lagi cerah kerana mereka mempunyai ramai bakat muda yang kini mula mencipta nama dengan kelab masing-masing.

''Sudah tentu bola sepak Itali masih ada masa depan kerana kami mempunyai maruah, kebolehan dan kesungguhan untuk bangkit setelah jatuh. Kami sentiasa mencari jalan untuk berdiri semula.

''Saya meninggalkan skuad yang penuh dengan bakat, temasukalah Gigi Donnarumma dan Mattia Perrin.

''Saya ingin memeluk Chiello, Barza, Leo dan Lele kerana ada bersama saya sepanjang 10 tahun ini'', katanya lagi.

Media Itali ada melaporkan bahawa jurulatih kebangsaan Itali, Gian Piero Ventura telah meletakkan jawatan selepas skuad bimbingannya itu tewas 0-1 kepada Sweden.

''Di dalam bola sepak, anda menang dan kalah sebagai satu pasukan. Anda berkongsi penghargaan dan tanggungjawab.

''Jurulatih juga sebahagian daripada pasukan itu''.

Pengumuman persaraan Buffon ini susulan penyingkiran skuad juara empat kali Piala Dunia itu di daripada kempen Piala Dunia Rusia 2018.

Walaupun mencatat keputusan seri dalam perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri, satu jaringan yang dibawa sebagai bekalan oleh Sweden sudah cukup memastikan tempat Itali di Piala Dunia tertutup rapat dengan kekalahan secara agregat 0-1.

Sweden boleh dikatakan amat bernasib baik kerana Itali ternyata menguasai keseluruhan perlawanan dengan deretan peluang namun dikecewakan oleh benteng pertahanan Sweden yang bertahan dengan baik.

Keputusan jurulatih Itali yang tidak menurunkan bintang penyerang mereka dalam kesebelasan utama, Andrea Belotti dan Stephan El Shaarawy mencetuskan kontroversi namun memberi rahmat kepada Skuad Sweden yang berjaya mengekang asakan pasukan lawan.

Itali kini menyertai skuad Chile dan Belanda menjadi pasukan gergasi bola sepak dunia yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.

Yang pasti, tiada lagi aksi memukau Buffon menyelamatkan percubaan-percubaan lawan dan persembahan mengagumkan skuad Itali yang terkenal dengan istilah Catenaccio , satu seni pertahanan bola sepak yang sentiasa memukau mata peminat bola sepak untuk Piala Dunia akan datang.

Sumber : The Sun UK, ESPN

Safiq Rahim Perlu Meminta Maaf Secara Terbuka - Serbegeth Singh
siakapkeli.my

Tindakan mengeluarkan kata-kata kesat, Safiq Rahim selaku ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air.

Menurut pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh, Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud 'kemaluan wanita'.

"Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.

"Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.

"Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu," katanya.

Sabtu lalu, anak buah Ulisses Morais beraksi cemerlang dalam final menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada 2013.

Walaubagaimanapun, malam tersebut sedikit tercemar selepas tindakan Safiq mengeluarkan kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan mereka di Stadium Shah Alam.

Tambahnya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.

"FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.

"Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT," tambahnya.

Sebelum ini insiden sama pernah berlaku, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan 'Fair play'.

Sumber - Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:40 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ibu Tunggal Dakwa Jadi Mangsa Fitnah, Malu Selepas Wajahnya Sengaja Disebarkan Pasangan Suami Isteri
siakapkeli.my

Akibat trauma diserang oleh pasangan suami isteri baru-baru ini, seorang ibu tunggal telah bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang keatas mereka yang didakwa telah mengaibkannya.

Selain trauma, ibu tunggal itu juga berasa amat malu atas tindakan pasangan suami isteri itu kerana mengaibkannya.

Perumpamaan 'menegakkan benang yang basah' amat sesuai dengan tindakan yang telah dibuat oleh pasangan suami isteri tersebut kerana mereka telah menafikan dakwaan lalai menjaga anak Rabiah Mohd Salleh, 30, sekaligus memalukan wanita berkenaan dengan memaki hamun dirinya dan melemparkan kata-kata kesat.

"Dia (suami pengasuh) pandai, lepas dia maki saya dengan kata-kata kesat, barulah dia rakam video mendakwa kononnya saya tidak membayar upah sudah tiga bulan.

"Padahal saya hantar ketiga-tiga anak saya selama lima hari sahaja ke rumah mereka, bukan tiga bulan," dakwanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Berikut adalah status terbaru yang dimuat naik oleh Rabiah di lamana Facebook miliknya berkaitan kes tersebut.
Ibu tunggal itu memberitahu bahawa pasangan suami isteri tersebut berang dengan tindakannya memuat naik status menunjukkan ketidak puasan hatinya terhadap penjagaan yang dilakukan oleh pengasuh.

Namun demikian, Rabiah juga turut menjelaskan bahawa statusnya itu ditulis selepas pengasuh berkenaan bercerita tentang keruntuhan rumah tangganya kepada rakan Facebook yang juga adalah merupakan kenalannya.

Beliau telah membuat laporan polis pada Ahad, dan telah berjumpa dengan peguam untuk mengambil tindakan samana ke atas pasangan terbabit.

"Selepas mereka mendapat tahu saya ingin saman, mereka ada memberitahu kepada rakan-rakan untuk berbaik semula kerana ingin menutup kes secara baik.

"Tapi saya malu dengan apa yang berlaku, semua orang dah kenal siapa saya. Jadi saya akan teruskan (saman)," ujarnya.

Laporan polis yang dibuat oleh Rabiah susulan kejadian 'serangan' oleh pasangan pengasuh tersebut.
Kejadian wanita diserang oleh sepasang suami isteri dikediamannya kerana berang dengan status yang ditulis oleh wanita tersebut di laman Facebooknya yang dilaporkan oleh mStar Online Ahad lalu sehingga menjadi viral di laman media sosial.
Status yang ditulis Rabiah pada Khamis itu tular selepas dia mendakwa terdapat 'kesan' pada tubuh anaknya selepas dijaga oleh pengasuh l*****.

Setelah status yang ditulis oleh Rabiah itu, pengasuh berkenaan terus bersemuka dengan Rabiah untuk mendapatkan penjelasan tujuan sebenar ibu tunggal itu memuat naik status yang didakwa mereka tidak benar.

Berdasarkan video yang berdurasi 10 minit 44 saat itu, punca bermulanya perbalahan antara tiga individu itu ialah apabila suami pengasuh tersebut mempersoalkan tindakan Rabiah membuat kecoh di Facebook tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Rabiah juga mendakwa bahawa anaknya yang berusia lapan bulan mengalami lebam-lebam di beberapa bahagian tubuhnya.

Sumber : mStar Online

Tidak Puas Hati Perbuatan Terbongkar Di Laman Sosial, Suami Isteri Menyerang Si Pelaku
siakapkeli.my

Pasangan suami isteri bertindak menyerang seorang ibu selepas perbuatan mereka terbongkar di laman sosial umpama memecahkan belangnya sendiri.

Keadaan tegang itu berpunca selepas Rabiah Mohd Salleh, 30, memuat naik status tidak puas hati terhadap pasangan berkenaan yang juga pengasuh anaknya.

Status yang ditulisnya telah tular pada khamis lalu selepas mendapati terdapat kesan pada tubuh anaknya yang dijaga oleh pengasuh.

Oleh kerana tidak berpuas hati, pengasuh dan suaminya menyerang Rabiah untuk mendapatkan penjelasan sebenar tujuan wanita tersebut memuat naik status yang didakwa mereka tidak benar.

Video yang berdurasi 10 minit 44 saat itu, melibatkan perbalahan antara tiga individu itu apabila suami pengasuh tersebut mempersoalkan tindakan Rabiah memuat naik status di Facebook tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Namun, Rabiah berkata, dia berbuat demikian kerana tidak puas hati selepas mendapat tahu pengasuh itu bercerita kepada orang lain bahawa dia sudah tiga bulan tidak membayar upah serta menafikan dakwaan pasangan itu.

Rabiah tampil membuat laporan polis di Seksyen 9, Shah Alam untuk membolehkan pihak berkuasa membuat tindakan lanjut selepas video tersebut tular di laman sosial.

Dia turut berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan selepas kes mereka tular.

Namun, rata-rata netizen menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak bersalah.

Salah seorang pemilik akaun Facebook turut berkata, perbuatan menyerang si ibu itu boleh menyebabkan pihak pengasuh itu dituduh menceroboh dan mengganggu orang lain.

"Rasanya kalau orang buat kenyataan yang boleh mengaibkan kita di Facebook, kita boleh buat laporan polis.

"Biar polis siasat. Kalau datang marah-marah, nak gaduh di rumah orang boleh menyebabkan kita dituduh menceroboh," katanya.

Sumber - mStar

Tidak Pernah Kemas Rumah, Pakai Baju Tidak Dibasuh Sejak 5 Tahun Lalu
siakapkeli.my

Kluang: Lebih lima tahun pakaian lusuh tidak pernah dibasuh selain dibiarkan berselerak bersama-sama sampah-sarap yang memenuhi setiap genap ruang tamu seorang lelaki yang hidup sebatang kara di Taman Seri Jaya, di sini.

Lelaki berkenaan turut dikatakan mengalami kemurungan dan mempunyai masalah kesihatan selepas ditinggalkan isteri dan dua anak lelakinya lima tahun lalu.

A Raju dipercayai tidak lagi menguruskan kehidupannya dan hanya berharap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk digunakan bagi menyara hidupnya.

Menurut Raju, dia tidak pernah memasak, mengemas dan mencuci pakaian yang digunakannya sejak lima tahun lalu kerana biasanya ia diuruskan isterinya.

"Saya tidak tahu hendak buat macam mana dengan pakaian berkenaan sebab itu saya biarkan saja, makan tengah hari dan malam pula saya dapatkan dari kedai berhampiran selain ihsan orang ramai yang bersimpati.

"Saya tidak larat untuk mengemas rumah sebab saya juga menghidap sakit sendi menyebabkan keadaan rumah terbiar," katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R Vidyananthan, semalam.

Tambah Raju lagi, dia amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin membantunya membersihkan rumah kerana menurutnya, penyakit yang dialaminya menyekat pergerakannya untuk mengemas sendiri.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan melakukan tindakan susulan dalam masa terdekat terutama membersihkan pakaian serta membuang semua sampah sarap di dalam rumah terbabit.

"Ketua MIC Bahagian Kluang G Raman dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan kerja sukarelawan dan melaksanakan tugas pembersihan itu supaya lelaki berkenaan boleh hidup selesa.

"Selain itu, lelaki ini perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut berkaitan penyakitnya supaya dia boleh menjalankan tugas ringan seperti menjaga kebersihan rumah serta melakukan kerja untuk sara hidup seharian," katanya.

Sumber- Harian Metro

Kren Digunakan Bina Apartment Setinggi 44 Tingkat Terbalik Di Kampung Baru, Kuala Lumpur
siakapkeli.my

Sebuah kren tumbang di tapak permbinaan di Kampung Baru telah mengakibatkan seorang wanita cedera dan beberapa kenderaan remuk.

Kejadian itu dipercayai berlaku pagi tadi.

Difahamkan juga, kren itu tumbang di tapak pembinaan sebuah apartment.

Menurut wartawan Astro Awani, seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat patah bahu.

Kejadian akan dikemaskini dari masa ke masa.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 14, 2017 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



410,500 Peminjam PTPTN Tak Pernah Bayar Walau Satu Sen Pun
siakapkeli.my

Hampir setengah juta peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum pernah membayar walau satu sen pun daripada sejumlah RM 2.79 bilion yang dipinjam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejumlah RM 6.84 bilion telah dipinjam, seramai 410,500 peminjam masih gagal memulakan sebarang pembayaran.

Beliau dalam jawapan bertulisnya berkata, kerajaan sepatutnya mengutip sebanyak RM 18.97 bilion namun hanya sebanyak RM 12.13 bilion sahaja yang berjaya dikutip hingga 30 September.

''Daripada jumlah RM 6.84 bilion itu, RM 2.79 bilion adalah jumlah daripada mereka yang masih belum membayar walau satu sen pun, manakala RM 4.05 bilion lagi adalah mereka yang masih membayar, namun jumlah bayaran tidak mengikut jumlah ansuran yang ditetapkan.

''Daripada sejumlah 410,500 peminjam yang masih belum membuat pembayaran, 355,272 peminjam adalah Bumiputera yang melibatkan pinjaman sebanyak RM 2.44 bilion, manakala 55,228 peminjam lagi adalah bukan Bumiputera dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 0.35 bilion'', katanya lagi dalam jawapan bertulis bertarikh 8 November.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa, yang bertanyakan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai jumlah peminjam yang sudah melangsaikan pinjaman, membayar separuh daripada pinjaman atau gagal membayar pinjaman PTPTN tersebut.

Tambah Datuk Seri Idris lagi, semenjak PTPTN ditubuhkan, seramai 1,900,743 peminjam sudahpun bergraduasi daripada universiti sehingga 30 September.

''Daripada jumlah keseluruhan RM 12.13 bilion yang sudah dibayar, RM 6.55 bilion dikutip daripada 970,330 peminjam Bumiputera, manakala RM 5.58 bilion lagi dikutip daripada 519,913 peminjam bukan Bumiputera.''

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 bulan lalu mengumumkan bahawa diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada mereka yang melangsaikan pinjaman PTPTN menjelang Disember tahun depan.

Manakala diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan separuh daripada pinjaman, serta mereka yang membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada 410,500 peminjam tersebut, 58 peratus daripadanya adalah mereka yang sudahpun menamatkan pengajian mereka dalam tempoh empat tahun lalu, manakala 41 peratus lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi dalam tempoh 5 hingga 12 tahun lalu.

Baki 1 peratus lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi lebih daripada 12 tahun yang lalu.

Sumber : New Straits Times

Kos hasilkan minyak cuma 53 sen seliter kata Ahli Parlimen PAS
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KOS menghasilkan minyak petrol di Malaysia bagi setiap liter hanyalah RM0.53 namun ia dijual pada harga RM2.30 seliter kata Ahli Parlimen Pas, Rantau Panjang, YB Siti Zailah Muhd Yusuff.

Menurut Zailah, yang menulis perkara itu melalui halaman Facebook miliknya, tiada data rasmi tentang kos penghasilan minyak mentah oleh Petronas di Malaysia, tetapi di Indonesia, kos pengeluaran minyak mentah syarikat Pertamina ialah pada kadar USD15 (RM60) setong.

Zailah menganggarkan, kos pengeluaran minyak mentah di Malaysia lebih kurang sama dengan Indonesia. Justeru, bagi tong bersaiz 'standard' 159 liter, maka kos pengeluaran minyak mentah bagi setiap liter ialah RM0.38 (RM60/159 liter).

"Manakala kos purata bagi menapis minyak mentah pula ialah pada USD6 atau RM24 setong. Dan kos seliter ialah RM24/159 = RM0.15 seliter," tulisnya.

"Jadi kos keseluruhan bagi setiap liter minyak yang dijual di stesen minyak di Malaysia cumalah RM0.53 seliter. Tapi dijual dengan RM2.30 seliter," tambahnya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/kos-hasilkan-minyak-cuma-53-sen-seliter.html#ixzz4yJ9EWHM4

trump-tuduh-malaysia-penipu-perdagangan

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Kerajaan menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang Malaysia adalah salah satu "penipu perdagangan" sehingga menyebabkan defisit perdagangan negara itu dengan Malaysia.

"Dakwaan presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai salah satu 'penipu perdagangan' adalah tidak benar.

"Pentadbiran AS sehingga kini masih belum mengeluarkan hasil laporan rasmi kepada umum mengenai defisit perdagangan AS dan rakan-rakan dagangnya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (Selayang-PKR) berhubung langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan tersebut, yang didakwa menyebabkan defisit perdagangan berjumlah AS$50 bilion kepada AS.

Beberapa bulan lalu, Trump dalam satu kenyataan mendakwa Malaysia merupakan salah sebuah daripada 16 negara "penipu perdagangan". Negara Asia Tenggara yang turut menerima dakwaan sama adalah Indoensia dan Thailand.

Mustapa berkata, statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$55 bilion dengan negara.

Katanya, Jabatan Perdagangan dan Pejabat Wakil Perdagangan AS telah menyediakan laporan berhubung perkara itu dan dihantar ke Rumah Putih pada 29 Jun lalu.

Beliau berkata, penjelasan juga diberikan ketika kunjungan delegasi Malaysia ke Rumah Putih pada September lalu.

"Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit) disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura," katanya

Katanya lagi, kaedah pengiraan jumlah eksport juga berbeza untuk kedua-dua negara, dengan Malaysia tidak mengambilkira kos perkapalan dan insurans manakala AS memasukkan semua kos yang terlibat.

Mustapa berkata, Malaysia komited dengan perdagangan bebas dan tidak memanipulasi mata wang mahu pun memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

MK

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan Walau Gaji Bersih Kurang 40%
siakapkeli.my

Antara isu yang sering dibangkitkan oleh masyarakat hari ini adalah soal harga rumah yang dikatakan terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendapatan.

Keadaan ini menyebabkan ramai daripada kita terutamanya yang baru menempuh alam pekerjaan, tidak kira di sektor swasta mahupun awam, terpaksa menyewa rumah terlebih dahulu sebelum membeli rumah.

Namun apa yang memeningkan adalah harga rumah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa jauh. Namun kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara, Dr Ali Hamsa dalam satu siaran media memberi khabar gembira ubtuk penjawat awam di mana kerajaan akan mengecualikan syarat potongan gaji 60% untuk pembiyaan perumahan kakitangan awam.

"Pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan," jelas Dr Ali Hamsa.

Memetik tulisan Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Tuan Salkukhairi Abd Sukor, beliau menjelaskan apa maksud mengenai pengecualian syarat potongan gaji 60% untuk kakitangan awam ini.

SYARAT POTONGAN GAJI 60% UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM KINI DIKECUALIKAN.

Ini berita yang baru kami terima.

Syarat pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji untuk pembiayaan perumahan kakitangan awam telah DIKECUALIKAN. Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%.

Alhamdulillah, akhirnya apa yang diperjuangkan oleh HartaGuam selama ini DIDENGARI oleh pihak kerajaan.

Walaubagaimanapun, HartaGuam akan terus memantau dari masa kesemasa agar sebarang polisi yang dilaksanakan oleh LPPSA melindungi hak dan kepentingan kakitangan awam.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

- Siakapkeli.my

"Kenapa Perlu Kecam, Saya Bukan Dukung Suami Orang," Jururawat Cerita Kenapa Dia Bela 'Kenit'
siakapkeli.my

Dirinya dikritik dan dijadikan bahan bergurau netizen kerana gambarnya mendukung biawak hidup tular di media sosial.

Gadis yang dikenali sebagai Dewi Zulaikha ini tidak berasa geli terhadap biawak yang dianggap haiwan yang kotor oleh orang ramai.

Gadis dari Kuala Kangsar, Perak ini sempat menjaga biawak yang diberi nama Kenit selama tiga bulan.

Selain melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang 'geli' kerana biawak dianggap sebagai haiwan kotor, gadis berusia 21 tahun ini turut dituduh sengaja mahu popular dan 'tunjuk berani' sehingga sanggup bertindak begitu.

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan 'dunia akhir zaman' dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.

Dewi berkata, dia sedar dirinya dikritik, disindir dan dijadikan bahan lawak gara-gara posting tersebut, tetapi tidak mahu mempedulikannya kerana ada sebab dia memelihara haiwan yang diberi nama Kenit itu.

"Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

Dia yang mengambil keputusan membebaskan semula Kenit pada Oktober kerana mahu haiwan itu gembira di habitatnya.

"Sebab kasihan, saya terus bawa 'dia' balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan 'dia' walaupun rasa berat hati."

Menurut Dewi, sebagai seorang pencinta haiwan, istilah 'takut' tidak timbul terutama jika melihat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan.

Dewi yang mempunyai koleksi pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi haiwan peliharaannya, 'berurusan' dengan biawak bukanlah satu masalah besar untuk dirinya.

Dalam kes ini, Dewi berkata dia amat beruntung kerana tugasnya sebagai seorang jururawat dapat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali dia menyentuh haiwan.

"Saya pakai sarung tangan, buat 'hand washing' setiap kali main atau bawa Kenit jalan-jalan, saya juga mandikannya dengan air bersih.

"Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit," katanya yang memberi Kenit makan isi ayam ketika berada bawah jagaannya.

Dewi berkata dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun dirinya dikecam.

"Kenapa nak cakap 'dia' kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

"Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah," katanya.

Dewi berkata setakat ini dia mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Katanya, selain digunakan untuk pertunjukan, dia juga akan membuat pertimbangan untuk menjual haiwan-haiwan ini jika ada yang berminat.

Menurutnya setiap haiwan yang dipelihara mempunyai risiko apabila dipelihara dan dia juga tidak terlepas daripada dipatuk ular.

"Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu," jelasnya ketika ditanya jika mempunyai sebarang ilmu menundukan dan menjinakkan haiwan berbahaya.

Sumber -mStar

Nasib Si Belalai, Habitatnya Diteroka, Berlari Selamatkan Diri Sambil Bertempik Kuat Kerana Dibaling Bebola Api Oleh Manusia
siakapkeli.my

Gambar dua ekor gajah sedang berlari untuk melepaskan diri dari dibakar telah memenangi pertandingan fotografi hidupan liar.

Gambar itu telah diambil oleh Biplab Hazra di daerah Bankura, Bengal Barat, India, apa yang malangnya gambar tersebut merupakan konflik antara penduduk tempatan dan gajah.

Gambar itu telah memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh sebuah majalah hidupan liar iaitu Sanctuary.

Semasa mengumumkan pemenang, wakil majalah Sanctuary berkata "penghinaan semacam ini adalah satu rutin."

Menurut Hazra, dua ekor gajah itu bertempik dengan kuat kerana mahu melarikan diri dari sekumpulan orang yang membalingnya bola api yang menyala terhadap mereka.

"Haiwan-haiwan yang terdahulu adalah haiwan yang bebas dan bersosial tapi kini ia seolah neraka buat mereka." katanya.

Namun, apa yang membuat gambar dua ekor gajah itu menang masih lagi tidak jelas.

Mainak Mazumder, yang tinggal di Bankura berkata, penduduk kampung perlu bertanggungjawab terhadap pemusnahan habitat ini dan gajah turut mengalami penyalahgunaan dan penyiksaan yang dahsyat.

Jelasnya pada masa yang sama, gajah juga menimbulkan masalah dengan memusnahkan tanaman, merosakkan tanah ladang serta membunuh orang yang tidak bersalah.

Sumber - Daily Mail

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: