Friday, November 17, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4861

8 Messages

Digest #4861

Messages

Thu Nov 16, 2017 11:11 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kerabat Johor dipenjara 2 tahun, denda RM10,000 pukul peninju negara

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PUTRAJAYA: Hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja Johor dikurangkan kepada 2 tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam memerintahkan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu menolak rayuan Tunku Nick Tazuddin, terhadap sabitannya tetapi membenarkan rayuannya untuk mengurangkan tempoh penjara daripada 4 tahun kepada 2 tahun.

Beliau turut mengenakan denda RM10,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda itu terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32, yang memakai kemeja dan seluar hitam.

Semasa menyampaikan keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila mendapati Tunku Nick Tazuddin bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun berkata hukuman penjara 4 tahun terhadap Tunku Nick Tazuddin yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah kurang sesuai kerana wujud elemen provokasi.

Hakim itu berkata penjara 6 minggu yang dijalani Tunku Nick Tazuddin sebelum beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dan kebenaran bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan perlu dipertimbangkan.

Pada 28 Jun, 2013 Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun masing-masing terhadap Tunku Nick Tazuddin, Alex Foo Hee Wee dan Mohd Arif Husin selepas mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Bahru, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Bagaimanapun, Foo meninggal dunia dan Mohd Arif, 40, yang menghadapi pertuduhan membunuh dalam kes lain tidak mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan tempoh penjara itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi membebaskan keempat-empat mereka dan pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan yang menghantar semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim lain.

Sidang Mahkamah Tinggi yang ke-2 itu kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Tunku Nick Tazuddin mengemukakan rayuan.

Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Tunku Nick Tazuddin, Mohd Daud Ismail dalam hujahnya berkata berlaku provokasi dan perkara itu tidak dipertimbangkan mahkamah lebih rendah dan menurutnya mangsa turut bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa pula berkata mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan dan turut diseret ke but sebuah kereta bernasib baik kerana masih bernyawa.

Dilaporkan Muhammad Farkhan, 29, pemenang pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos, patah rahang dan mengalami pelbagai kecederaan lain selepas dipukul sekumpulan lelaki.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Daud berkata anak guamnya akan membayar denda itu.

Kena Pukul Beramai-Ramai Sampai Sakit Dan Susah Untuk Kencing
siakapkeli.my

Remaja lelaki mengalami kesukaran membuang air kecil dipercayai kesan dipukul beramai-ramai di bilik asrama sebuah sekolah dalam kejadian buli awal bulan ini.

Selepas dibelasah 10 rakan sebayanya, pelajar tingkatan tiga terbabit berada dalam keadaan lemah dengan kesan luka pada mata kirinya.

Berdasarkan sumber, kejadian buli tersebut diketuai oleh seorang pelajar senior tingkatan lima selepas mangsa dikatakan mengaku mencuri wang milik rakannya di tiga bilik berasingan asrama sekolah terbabit.

Pada 5 November lalu, ibu mangsa datang melawatnya dan menyedari keadaan tersebut lalu membuat laporan pada 8 November.

Mengikut sumber, pada 4 November kira-kira jam 10.30 malam, mangsa diminta menghadiri perjumpaan kelas di sebuah bilik gelap sebelum matanya diikat dengan kain pelikat dan tangannya dipegang oleh seorang pelajar.

Pada ketika itu, mangsa dipukul bertubi-tubi oleh kesemua pelajar terlibat.

Namun, rakan baiknya telah menyelamatkannya lalu membawanya ke bilik untuk berehat.

Ibu mangsa telah membawanya ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam dan calar di seluruh badan mangsa.

Selepas mengadu sakit di bahagian perut, mangsa dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang ssebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Doktor mengesahkan mangsa mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang berusia 17 tahun.

"Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika dihubungi memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, pihaknya terkejut dengan kejadian kedua yang berlaku di sekolah sama, dalam tempoh tidak sampai setahun.

"Kita akan membuat semakan sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Sumber - Sinar Harian

Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.

Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.
Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.
Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.
Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.
Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.
Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.
Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.
"Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih," katanya dipetik Sinar Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - MYNEWSHUB.CC/SA

Niat Baik Bantu Warga Emas Bertukar Tragedi, Gadis Dan Bapanya Melecur Teruk Disambar Api
siakapkeli.my

Dua beranak yang cedera melecur akibat disambar api ketika membantu seorang warga emas di sebuah madrasah di Sungai Bakap, Pulau Pinang bulan lalu merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan mereka.

Shahrin Muhamad, 68, dan anak perempuannya, Nurul Zulaikha, 18, yang juga penghuni di Madrasah Al Irshad Ashraf Al Watanih melecur pada muka, tangan dan kaki ketika membantu warga emas yang juga penghuni madrasah yang sama.

Mereka kini terlantar di Hospital Pulau Pinang sejak dikejarkan ke hospital pada hari kejadian, 30 Oktober lalu.

Sharin ketika berkongsi detik kejadian tersebut berkata, dia pada awalnya berniat mahu membantu memeriksa tong gas di madrasah tersebut selepas warga emas itu yang meminta tolongnya memberitahu bahawa terdapat bau gas yang kuat.

Tambahnya lagi, dia bersama-sama anak perempuannya kemudia memeriksa dapur pondok berkenaan sebelum bertindak menanggalkan hos gas untuk menghilangkan bau gas tersebut.

"Saya kemudian cuba memetik api dapur dan secara tiba-tiba api turut menyala dan menyambar saya dan juga anak kira-kira dalam masa seminit sebelum ia padam dengan sendiri.

"Mujurlah api tidak merebak ke kawasan lain dan hanya merebak kira-kira tiga meter di kawasan dapur itu," katanya lagi.

Sharin, isteri dan anaknya itu yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur berhijrah ke Pulau Pinang pada Disember lalu bagi memulakan kehidupan baru selain mahu mempelajari ilmu agama di madrasah berkenaan.

Bapa kepada enam orang anak ini kini memerlukan bantuan bagi membiayai kos perubatan dan pembedahan mereka di Hospital Pulau Pinang. Manakala anak perempuannya baru sahaja selesai menjalani pembedahan menampal kulit yang melecur semalam.

"Madrasah berkenaan juga memerlukan peruntukan bagi kerja pembaikan yang dapat memenuhi aspek keselamatan," katanya.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:12 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wisma Tok Guru: Mahkamah tolak permohonan injunksi Husam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan injunksi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa bagi menghalang PAS menggunakan tanah Wisma Tok Guru di Kota Bharu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache juga memutuskan untuk membenarkan PAS mengadakan programnya di situ malam ini.

Ahmad berkata, keputusan mahkamah itu setelah mengambil kira hujahan kedua-dua pihak dan memberi pertimbangan wajar.

"Dengan itu mahkamah membuat keputusan menolak permohonan plaintif.

"Pada awal lagi mahkamah menasihatkan supaya kedua pihak berunding secara baik," katanya.

PAS merancang mengadakan majlis kesyukuran setelah berjaya membeli bangunan yang digunakan sebagai pusat khidmat wakil rakyat oleh Husam itu.

Mahkamah tolak injuksi Husam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan injunksi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa bagi menghalang PAS menggunakan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache juga memutuskan untuk membenarkan PAS mengadakan program solat hajat di situ malam ini.

Ahmad Bache berkata, defendan, Mohd Yassin Yusoff merupakan pemilik sah lot tanah tersebut selepas berlaku jual beli dan telah berlaku pindah milik secara sempurna.

Oleh itu, hakim mengarahkan plaintif membenarkan defendan menggunakan lot tesebut untuk menganjurkan program solat hajat, yang telah mendapat permit daripada pihak polis.
.....
Maka....
Bermula akan PAN itu KERUSI...
Di pertengahannya jugak KERUSI....
Dan ....
Akan BERAKHIR nanti jugak dengan KERUSI...
INSYAALLAH...

Kredit
Roshidi Saidin

PAS terus mara menuju cita

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

BINA kekuatan sendiri bersama dengan Gagasan Sejahtera. PRU 14, PAS tidak bersama BN dan Pakatan Harapan. Ini tekad PAS kali ini. Apa yang penting gerakkan jentera PAS, ajak orang lain bersama dengan PAS dan Gagasan Sejahtera. Tunjukkan Islam sebagai rahmat untuk semua. Bukan ajaran Islam mengikut acuan manusia. Rahmat Islam tidak akan diperolehi tanpa Islam. Kita tidak akan dapat rasai manis, jika tanpa makan gula atau makan benda manis.

Pilihanraya memerlukan jentera dan sokongan. Jentera peringkat lokaliti (kampung, lorong, taman) mesti ada jentera PAS. Mereka boleh mengetahui kecenderungan pengundi. Hanya dengan ada jentera sahaja yang mampu untuk digerakkan. Oleh itu perlu ada cawangan PAS setiap kampung atau taman. Pengundi ini perlu disantuni dan diberikan pencerahan terutama pengundi luar bandar. Tanpa jentera ia sukar untuk dimenangi, terutama pengundi melayu.

Pilihanraya tidak cukup setakat hero di media sosial sahaja. Biarlah musuh PAS yang buat cerita yang bukan-bukan mengenai PAS. Mereka tidak ada kerja. Ahli PAS mesti sibuk dengan usrah, kuliah, tamrin, mesyuarat cawangan, kawasan, negeri, pusat dan lajnah. Sibuk mesyuarat di Unit Peti Undi, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri, Jawatankuasa Piliharaya Kawasan, Jabatan Pilihanraya Negeri dan Jabatan Pilihanraya Pusat. Tidak termasuk mesyuarat lajnah masing-masing.

Apabila pilihanraya pula ahli PAS sudah ada jentera untuk gantung bendera, pasukan kempen daripada rumah ke rumah. Hari pilihanraya perlu kepada setiap saluran seorang petugas di bilik pengundi setiap dua jam sekali dibuat secara bergilir. InsyaAllah jentera PAS mampu.

Ahli PAS mesti menarik pengundi bukan Islam. Orang bukan Islam perlu didekati dan berikan pencerahan kepada mereka. Selama ini orang bukan Islam disogok maklumat yang tidak betul kepada mereka, kononnya PAS hendak bersama dengan umno. Gambar-gambar pemimpin PAS yang hadir bersama program dengan pemimpin umno di uar-uarkan kepada orang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan gambar kemesraan pemimpin Dap dengan pemimpin umno perlu ditunjukkan kepada orang bukan Islam. Nanti adalah cyber trooper melayu Dap membela. PAS dituduh menerima wang daripada DS Najib RM90 juta. Sarawak Report, peroses mahkamah sedang berjalan di London. ( tidak boleh hurai panjang kerana nasihat peguam di London).

Malahan kata Datuk Hussam, kata lebih daripada RM90 juta. Cuma kita harapkan Datuk Hussam Musa sebut nama, siapa pemimpin PAS supaya tindakan undang-undang boleh diambil. Kalau sebut PAS sahaja, tidak cukup untuk tindakan undang-undang. Biar ahli PAS hendak tahu juga siapa pemimpin PAS. Jika ada pemimpin seperti ini, ahli tidak akan simpan di dalam PAS.

Orang Melayu mesti diyakinkan, biar PAS pula memperjuangkan nasib mereka. Cukuplah beri undi kepada BN. 60 tahun apakah kualiti orang Melayu di negara ini. Melayu hanya diingati setiap kali pilihanraya.

Kelantan walau pun miskin, tetapi kaya dengan modal insan. Kita bangun negeri dengan modal insan. Royalti minyak sepatutnya diperolehi tetapi tidak diberi. Jika Kelantan miskin kita boleh berjalan dengan baik, walau pun tidak sempurna. Namun pembangunan spritual dan fizikal berjalan dengan serentak. 27 tahun memerintah, tidak ada lagi MB dan Exco Kelantan didakwa oleh SPRM kerana rasuah. Bukti PAS boleh menjaga rakyat.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
25 Safar 1439/14 November 2017

Amanah, Islam?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"
Memang Amanah itu Islam. Sahabat sahabat Nabi SAW adalah orang yang sangat amanah.Maka amanah itu sifat para para nabi dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wataala.

Persoalan yang timbul sekarang ini parti amanah yang dibeli oleh geng yang kalah dalam muktamar Pas tidak lama dahulu dan terajui Mat Sabu itu dikatakan parti Islam baru.

Penulis boleh setuju bahawa parti Amanah yang ada niat untuk tumbangkan kerajaaan pas Kelantan pada PRU 14 nanti juga parti Islam.

Mengapa tidak? Kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Maka parti Amanah juga adalah parti Islam, kerana presidennya Mat Sabu dan Timbalannya Datuk Husam Musa beragama Islam.

Cuma mereka bukan puak Ppresiden Pasd Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man timbalannya.

Mereka menguca, mereka solat lima waktu sehari selamam, mereka puasa bulan ramadhan, mereka mengeluarkan zakat apabila cukup aurnya dan mereka tunai haji di Mekah.

Hari ini orang tinggal solat dengan sengaja pun tak jadi kafir, sedangkan Rasulullah sebut barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir.Tapi ulamak memutuskan mereka belum jadi kafir, kerana mereka tak kata dolat tak wajib.

Mat Sabu dan Husam Musan, rasa penulis tak inggal solat lima waktu. Oleh itu mereka masih Islam dan partinya adalah parti Islam.Cuma Islam mereka tak sama dengan Islam anutan PAS.

Fahaman mereka berbeza satu sama lain. Mat Sabu dan Husam Musa masih boleh taat dengan DAP miskipun DAP sebuah parti yang sangat benci dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mungkin taat dengan orang kafir belum boleh dihukum sebagai kafir. Bermakna mereka masih Islam. Islam banyak puak.Puak liberal adalah puak yang sangat popular sejak akhir akhir ini di Malaysia.

Mengapa tidak? Mereka boleh minum arak, mmereka boleh makan riba mereka boleh makan rasuah, mereka boleh buat apa sahaja, hatta lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan pun boleh. Bukan sekata boleh malah semua itu adalah halal.

Inilah isu yang diperjuangkan oleh para pemimpin parti Keadilan rakyat, para pemimpin BERSATU dan termasuk para pemimpin Amanah yang memang tidak amanah dengan perintah larangan Allah subhanahu wataala dan larangan Rasulullah SAW.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Makin Hari makin celaru pegangan agama AMANAH (PAN)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Makin hari makin celaru sikap pimpinan PAN. Yang ini minta ketepikan pandangan agama. Si Husan pula tahu pasal pusaka tapi ego punya pasal sanggup polimik hak milik orang lain. Semuanya sudah menunjukkan kesan daripada sumpah setia kepada Allah dilanggari.

Kredit
Saiful Niza

Apa kena dengan Din Ayub?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Salehuddin Ayub atau Din Ayub jelas sudah menukar penampilan dirinya sejak jadi Timbalan Mat Sabu dalam PAN.Ketika dia jadi ketua pemuda PAS dan Naib Presiden PAS, penampilannya cukup sopan dan apa saja kritikan beliau kepada pemimpin politik dari parti lawan semuanya berlapik dan tidak pernah meletakkan dirinya dalam kumpulan ahli politik yang suka maki hamun seperti Mat Sabu.Tetapi sejak jadi Timblan Mat Sabu nampaknya perangai Mat Sabu sudah mula meresapinya.

Din Ayub yang serdehana dan peramah ketika berada dalam PAS dulu, kini sudah tidak lagi malah semakin menunjukkan sikap over acting terutama dalam membalas kenyataan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS.Semasa dalam PAS, Din Ayub antara yang sentiasa menafikan tohmahan lawan tentang reputasi PAS yang suka melebelkan orang tetapi sekarang dia sendiri yang membuat tuduhan itu.Apa PAS sudah berubah atau Din Ayub yang berubah?
Untuk melihatnya perlu difahami apa yang didakwa Din Ayub bahawa PAS sentiasa merasakan diri mereka suci, apa maksud suci di sini? Din Ayub seharusnya faham pegangan agama PAS tidak pernah berubah dan kalau pegangan inilah yang dianggap suci maka Din Ayub harus juga faham, PAS sememangnya suci sejak Din Ayub berada dalam PAS lagi.Apa yang nak dihairankan?

Hanya kerana TGHH mengatakan ada penyangak dalam PH, Din Ayub nampak melenting dan mula menuduh TGHH dan PAS sebagai parti yang suka melebal orang dan menganggap diri mereka suci.Din Ayub kalau mahu berpijak di bumi yang nyata, perlu menimbang semua perkara secara adil bukan berpihak.Kalau ada tanda tanda ada penyangak maka terima sajalah, bukan mempertahankannya dengan meminta PAS buat itu dan ini,Begitu juga kalau tak ada tanda penganyak, tunjukkan saja kepada TGHH agar beliau tahu kesilapannya.Tapi secara adil dan jujur, apakah benar tiada tanda penyangak dalam PH? Saya serahkan kepada semua pembaca menilainya.

Begitu juga tuduhan Din Ayub tentang PAS suka melebel yang pernah dinafikan olehnya ketika berada dalam PAS dulu, cukup jelas tuduhan itu tidak adil.Kalau dulu Din Ayub menafikan dalam penampilan yang jujur dan adil, tetapi sekarang Din Ayub menuduh dalam penampilannya yang senget sebelah.Senget kerana dia semacam menafikan kerja kerja provokasi yang partinya lakukan terhadap PAS, sikap pemimpin partinya yang sering menyalahkan PAS dalam banyak isu yang langsung tiada kaitan, dan penglibatan pemimpin pemimpin partinya dalam membuat tuduhan dan fitnah kepada PAS di mana banyak tuduhan dan fitnah kantoi.Malah isu yang sedang berjalan sekarang mengenai saman TGHH kepada SR, boleh ada lagi pemimpin parti Din Ayub yang mendakwa sudah meneliti bukti bukti dan kononnya lebih 90 juta yang diterima PAS serta dalam masa yang sama cuba memutar belit untuk terus menghuni bangunan yang bukan milik partinya.

Inilah penampilan senget Din Ayub ketika menuduh PAS suka melebel dan mengganggap diri mereka suci.Din Ayub juga agak terlajak ketika meminta PAS bertanding di semua kerusi parlimen dan biarkan rakyat pilih parti suci.Apa yang Din Ayub nak tunjukkan di sini? Perkataan suci itu sendiri menampakkan makna yang tidak jelas. Apa suci itu bermakna seperti makna makna yang terdapat dalam ugama ugama seperti hindu, budhha dan seumpamanya atau suci menurut pengertian Islam? Di mana suci akan membawa maksud menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.Kalau inilah maksud suci itu bermakna bukan sahaja rakyat malah Din Ayub sendirpun patut pilih PAS.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Lawak lagi!!!!!!!!!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Lawak politik PH berterusan, kali ini mahu menunjukkan mereka juga bela Islam.Siap dengan tawaran guaman lagi.Seolah olah PAS sebagai parti Islam tidak prihatin dengan permasalahan orang Islam yang ditimbulkan oleh liberal.Lalu PH menerusi DAP yang sudah diketahui evangelis dan liberal itu tampil menawarkan bantuan guaman kepada pekerja hotel wanita Islam yang dilarang bertudung.

Cantik sungguh muka liberal PH yang sebelum ini bagai tak rak nak mampus bangkang RUU 355.Yang sebelum ini beria ia menyokong penganjuran pertunjukan peluk anjing oleh orang Islam, yang beria ia menganjurkan upacara makam setalam antara gadis sunti Islam dengan pemuda ajnabi kafirun, yang beria ia dan melompat lompat mahu menganjurkan pesta arak secara terbuka tiba tiba menunjukkan keprihatinan kepada larangan bertudung oleh hotel geng liberal mereka.Lawak apa pulak ni?

Bodohlah sesiapa yang cepat percaya dan menyokong DAP kerana tawaran guaman itu.Tiada apa yang perlu disokongpun sebab apa yang DAP buat cuma satu lawak yang hanya perlu ditertawakan sahaja.DAP semakin gemar membuat orang ketawa.

DAP sejak adanya Karpal Singh lagi sudah menunjukkan kalernya yang anti Islam dan akan terus kekal sebegitu kini dan selamanya.Tak ada apa yang perlu diherankan dengan tawaran tersebut.Kalau tawaran diterima oleh gadis gadis yang dilarang bertudung itu maka ianya merupakan satu bonus kepada mereka dan kalau selepas kes dapat diselesaikan di mahkamah, tidak ada sebab bagi gadis gadis terbabit dan pengundi pengundi Islam memangkah PH dalam pilihannraya.Tawaran menyelesaikan kes laranga di mahkamah tidak akan sesekali menjadikan DAP dan PH sebuah parti yang menjaga Islam kerana perkara penting dalam Islam tetap mereka tentang, tak percaya tengok saja sikap mereka kepada RUU 355.

Bagi orang Islam, lawak yang bertujuan memancing semacam ni perlu difahami dan ditangani dengan betul sebab tersilap langkah, DAP dan liberal yang untung, Islam akan dipijak.Kepada pengampu pengampu PH pulak,menyalahkan PAS kerana tidak bertindak membela gadis gadis adalah lawak tambahan buat mereka.Apa saja tindakan lawak dari parti pujaan mereka pasti akan diikuti dengan lawak menyalahkan PAS dalam semua keadaan, seolah olah tugas PAS hanya menawarkan bantuan kepada semua orang Islam yang ditindas.

Kita orang Islam yang terlibat pula perlu faham bahawa bukan semua isu mesti diselesaikan di mahkamah sehingga memerlukan peguam.Dalam kes kes sebegini, seorang Islam dengan jati diri yang kuat akan melupakan majikan sebegini dan akan terus yakin bahawa rezeki itu pemberian ALLAH.

Lantaran itu apa penting sangat bantuan guaman yang ditawar oleh DAP sehingga pengampunya boleh berkata DAP prihatin dengan Islam dan menuduh PAS tidak prihatin?

Sebenarnya semuanya itu adalah lawak politik dari PH yang sedang berusaha memancing undi untuk PRU 14.Tak perlu dihiraukan sangat tetapi boleh tertawa kalau mahu...........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:12 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hisense Kini Ambil Alih Perniagaan Televisyen Jenama Toshiba
siakapkeli.my

Semalam, Toshiba memutuskan untuk menjual perniagaan televisyennya ke Hisense Group China sebagai usahanya memulihkan kewangannya.

Toshiba bersetuju menjual 95 peratus saham Toshiba Visual Solutions (TVS) dengan harga RM478 juta kepada syarikat itu.

"Toshiba mempertimbangkan penyusunan semula yang akan memperkukuh kedudukan kewangan.

"Syarikat tidak lagi mampu melabur dalam pengurusan sumber dan melaksanakan langkah-langkah untuk terus kukuh berikutan persaingan sengit dalam perniagaan televisyen," kata kenyataan konglomerat Jepun itu.

Oleh itu, cara yang terbaik menurutnya adalah memindahkannya ke Hisense.

Selepas mengalami kerugian RM1.8 bilion ketika sedang berusaha melengkapkan urusan penjualan perniagaan cip bernilai berbilion ringgit, Toshiba mengumumkan penjualan perniagaan tersebut.

September lalu, Toshiba menyatakan ia menandatangani persetujuan menjual perniagaan cip itu kepada konsortium diterajui pelabur Amerika, Bain Capital, yang turut disertai Apple dan Dell serta pembuat cip Korea Selatan, SK Hynix.

Segmen cip untuk peralatan rumah hingga ke reaktor nuklear menyumbang satu pertiga pendapatan tahunan Toshiba.

Perjanjian penting itu dilaburkan secara tunai kepada salah satu firma terkenal di Jepun.

Sumber - AFP

Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut
siakapkeli.my

Jabatan Akuantan Negara sahkan RM5.96 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) masih tersimpan sehingga 31 Oktober lalu.

Berdasarkan sumber, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, dimasukkan dalam pindahan hasil.

Jelasnya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris datang untuk membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika ada dokumen kukuh.

"Prosedur untuk menuntut tidak menyusahkan sangat. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.

"Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

"Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang," katanya.

Pada suku kedua 2018, kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut .

Tambahnya, kira-kira 70 peratus WTD membabitkan urusan perbankan seperti akaun simpanan dan akaun semasa.

Manakala, tuntutan insurans pula meliputi 18 peratus dan 12 peratus lagi membabitkan penghutang dan pemiutang perdagangan.

Dari bulan Januari hingga bulan lalu, 52,015 pemilik akaun membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara dan paling ramai dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

"Ada juga kes pemilik akaun keliru dan menumbuk meja, ketika membuat semakan di Jabatan Akaun Negara kerana mendakwa wang mereka hilang.

"Dalam buku akaun simpanan mereka mempunyai simpanan RM20,000, tetapi apabila membuat semakan hanya ada RM215.

"Apabila disiasat mereka mengeluarkan simpanan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak pernah mengemas kini buku akaun simpanan," katanya.

WTD akan dibayar kepada pemilik wang berkenaan tanpa faedah mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

1,000 Nombor Plat Khas T1M Bakal Tarik Minat

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran kenderaan khas, 'T1M' yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia bakal diperkenalkan kepada orang awam mulai hujung bulan ini.

Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, diberi tanggungjawab oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguruskan penjualan sebanyak 1,000 unit plat khas T1M tersebut.
Pengerusinya, Helmi Yusof berkata, usaha itu selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas T1M ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bagi melaksanakan usaha transformasi generasi muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

"Sebagai permulaan, nombor plat 'T1M 1' dibuka untuk bidaan dengan harga tawaran RM180,000 dan kami menjangkakan nombor pendaftaran ini dan nombor berdigit tunggal bakal menjadi rebutan ramai,

"Orang ramai boleh bida plat bermula 'T1M 1' sehingga 'T1M 1000'." kata Helmi. Beliau berkata demikian dalam sidang media, yang turut dihadiri Penasihat Kehormatnya, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim, di sini hari ini.

Helmi berkata, Perdana Menteri turut dijangka melancarkan plat T1M pada 19 November ini di Pekan, Pahang. Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan melalui laman web www.platt1m.com.

Kata beliau, inisiatif tawaran istimewa itu bagi membantu pertubuhan tersebut dapat melaksanakan pelbagai program yang komprehensif, dirancang khusus untuk membangunkan anak muda.

"Program pembangunan modal insan ketika ini sangat penting untuk dilaksanakan, kerana situasi masalah sosial di kalangan remaja masa kini sangat membimbangkan,

"Keperluan ini amat penting dan kita amat harapkan sokongan kerajaan, agensi korporat, swasta, dan semua pihak bagi merealisasikan usaha ini." kata Helmi lagi.

Tempoh proses bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan khas 'T1M' hanya akan dibuka secara rasmi pada 20 November ini dan ditutup menjelang pada 20 Disember depan.

Bagi pembida yang berjaya, tempoh pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2018 dan semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di JPJ cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Impian Gadis Miliki Rumah Sendiri Sejak Berumur 19 Tahun Menjadi Realiti Pada Usia 24 Tahun
siakapkeli.my

Memiliki rumah memang menjadi impian setiap orang. Ia merupakan kemudahan yang wajib ada selain kenderaan untuk bergerak. Tetapi, dengan harga rumah yang meningkat dari tahun ke tahun, sudah tentulah orang muda yang baru mula bekerja sukar untuk memiliki rumah idaman. Tambah kalau kerja gajinya tak seberapa, nak buat pinjaman pun susah. Alamatnya, menyewa la sampai ke tua.

Namun seorang wanita yang dikenali sebagai Cek ifa telah berkongsi tips mudah untuk membeli rumah idaman di usia muda. Walaupun baru berusia 20-an, dia sudahpun mampu untuk menginap di rumah yang dibeli sendiri berbanding belia-belia di luar sana yang mungkn baru mula bekerja tetap. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdullilah, azam 2017 Ifa dah tercapai untuk beli rumah in age 24. Ifa nak share tips how to buy your own asset dalam masa 2 tahun punya planning.

Sorry guys..gmbaq Ifa pakai selipar ja sebab masa amek gambaq ni rumah dah 80% nak siap.So jalan pun nak masuk ke rumah tak lawa lagi. Selipar ja la jawabnya.

Cek ifa‏ @Cek_Ifa
Alhamdullilah..azam 2017 ifa dah trcapai utk beli rumah in age 24..ifa nk share tips how to buy your own asset dlm msa 2 thun pnya planning. ini adalah thread 1. Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Even sikit 200 300 pun simpan dalam bank. Biaq ada dalam transaction bank tu duit kluaq masuk. Kalau korang nak amek duit tu pun jangan sampai abes korang amek. Tinggal la sikit dalam bank tu okay?

Make sure korang ada transaction dalam akaun bank okay. But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power sebab bank akan tengok walaupun korang buat bisnes kecik je, tapi diambil kira okay.

2. Duit Over Time (OT) korang setiap bulan tu penting guys. Even korang buat ot ikot mood cam Ifa ni, tapi RM50 pun bank amek kira okay sebagai income kita for that month.tapi ot ni 3 bulan ja depa kira. Tak da la sampai setahun depa amek kira.

3. Setengah bank depa amek kira ASB loan as an income but ada setengah amek kira as expenses kita tapi nanti last thread ni Ifa akan habaq bank apa yang baguih untuk beli tapi bank yang Ifa pakai ni dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi kat mana income masuk.

4. Korang carik rumah yang mana developer yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli umah tu. Memang kita akan ingat alah, semua tu termasuk dalam harga rumah tapi yes kalau korang kira balik sama ja duit korang nak bawa kuar bayaq itu bayaq ini kan?

Maybe rezeki Ifa beli umah ni developer include everything. Free lawyer, dapat rebate 10% from downpayment. Ifa hanya bayaq downpyment 1% ja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Tapi alhmdullilah syukur sangat Allah permudahkan jumpa developer yang best.

5. Orang kata nak beli rumah murah time lagi 2 tahun nak siap masa depa pecah tanah tu dah beli, betoi tu. Masa tu murah korang nak beli rumah. Time Ifa ni, rezeki Ifa dapat dok dah rumah ni sekarang. Beli pertengahan tahun haritu hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin servey nah.

6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai korang tanamkan azam nk beli umah sebelum umur berapa. Ifa setiap tahun sejak umur 19 dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdullilah it's come true. Before 25 dah dapat. Allah dengaq doa Ifa.

Ifa doakan korang dapat inspirasi dari Ifa. Kalau nak tanya apa-apa dm ja Ifa nah. Insyallah Ifa akan bantu korang. Ifa suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli asset dalam usia muda hasil ttik peluh kita. Doakan Ifa juga supaya dapat beli second house before 30. In sha Allah.

Sumber : Cek ifa‏

Lelaki Beli Motosikal Impiannya Kawasaki Ninja 250 Tunai Guna Duit Syling Hasil Menabung Selama 2 Tahun
siakapkeli.my

Impian sepasang suami isteri dari Indonesia, Eko Margano dan Ernawati yang ingin memiliki sebuah motosikal Kawasaki Ninja 250 Fi akhirnya tercapai setelah sekian lama menabung.

kawasaki.life
Semua Bisa Punya Ninja!!! Selamat buat Bpk Eko Margono & Bu Ernawati, impian selama 2 tahun telah terwujud hari ini. . Tiap hari setiap ada uang logam disimpan di kaleng roti tanpa terasa selama 2 tahun terkumpul kurang lebih 42.000.000 uang logam pecahan 1000, 500, 200 dan 100 rupiah. Hari ini bisa bawa pulang Kawasaki Ninja 250 Fi warna hitam impiannya dari @kawasaki_madiun 🤗🤗 This Is @kawasaki.life ________________________________________ Experience the @kawasaki.life with us ________________________________________ Use our official hashtag: #kawasakidotlife #dutaintika #surapitaunitrans Join our Facebook fanpage Kawasaki.Life for more story

Yang menariknya, pasangan ini membeli motosikal buatan negara Matahari Terbit itu secara tunai dengan duit syiling bernilai Rp 42 juta (RM 13015).

Setiap hari, pasangan tersebut menyimpan baki duit syiling di dalam tabung yang diperbuat daripada bekas menyimpan roti. Pasangan tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk menyimpan wang syiling tersebut yang terdiri daripada wang syiling Rp 1000, Rp 500, Rp 200 dan Rp 100.

Eko dan Erna membeli jentera berkuasa tinggi kelas permulaan itu daripada pengedar Kawasaki di Madiun, Jawa Timur. Berdasar beberapa keping gambar yang dimuat naik di akaun Instagram, kelihatan para pekerja di kedai tersebut sedang menghitung timbunan wang syiling di atas meja yang dibungkus dengan plastik.

''Semua orang boleh memiliki Ninja! Tahniah buat Encik Eko Margono dan Puan Ernawati. Impian dua tahun lalu menjadi kenyataan hari ini'', kata wakil pengedar pada Rabu lalu.

Ketika ini, harga atas jalan untuk sebuah Ninja 250 Fi terkini yang baru dilancarkan di Indonesia adalah Rp 59.800.000 (RM 18531).

Sumber : Kompas.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:13 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dah 12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok Cukup Sifat, Tidak Berbau Dan Masih Dalam Kiam - Amina Jasmine
siakapkeli.my

Sesungguhnya mati itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Namun, bagaimanakah kematian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku 'sesuatu', tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.

Cari redha Allah.

Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Alip.

Maha Suci Allah jodoh mak dan ayah, dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah.

Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka tengok. Buat pertama dan terakhir tok mak mereka.

Sewaktu proses gali semula Tanah Kubur Kampung Pendas Laut.

Banyak kubur-kubur telah di gali. Masih dalam proses di Kampung Pendas Laut.

Jenazah mak.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi mayat.

Sumber : Amina Jasmine

Penduduk Kampung Gempar, Mayat Yang Dikebumikan Sebulan Lalu Tiba-Tiba Timbul Di Atas Kubur
siakapkeli.my

Seram, beberapa keping gambar dan rakaman video yang menunjukkan sebujur mayat yang masih berbalut kain kafan tiba-tiba timbul di atas sebuah tanah perkuburan di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Kelibat mayat itu menjadi tumpuan ramai penduduk sekitar dan luar daerah yang mengetahui kejadian itu selepas tular di laman Facebook.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Muharris Alyamani, mayat itu telah dijumpaikira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu oleh seorang penduduk yang sedang memotong rumput di tanah perkuburan berkenaan.

"Selepas menemui mayat itu, lelaki berkenaan terus membuat satu laporan kepada pihak polis selain memaklumkan kepada keluarga arwah," katanya.

Menurut pihak berkuasa Polsek Pontianak Barat, hasil siasatan didapati jenazah telah dikebumikan kira-kira sebulan lalu.

"Jenazah berkenaan timbul kemungkinan akibat tekanan air apatah lagi kawasan itu sering dinaiki air ketika hujan selain menjadi laluan air mengalir, namun sehingga kini belum ada punca sebenar diketahui samada perbuatan khianat atau memang timbul akibat tekanan air," jelas pihak berkuasa tempatan.

Ppenduduk setempat beranggapan kejadian misteri mayat timbul itu adalah berpunca struktur tanah tapak perkuburan tersebut yang gambut dan sering ditenggelami air menyebabkan mayat itu timbul.

Ada juga yang mula mengaitkan kejadian ghaib seperti mayat tidak diterima bumi dan pelbagai lagi tanggapan lain.

Apapun, semoga jasad yang timbul itu kembali disempurnakan dengan baik dan biarkan bersemadi dengan aman, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber - Tribunnews

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:13 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kisah Pilu Disebalik Kemalangan Korbankan Dua Anaknya Bulan lalu, Jururawat Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Bertarung Di ICU
siakapkeli.my

Kisah Pilu Disebalik Kemalangan Korbankan Dua Anaknya Bulan lalu, Jururawat Akhir Meninggal Dunia

Kisah kemalangan yang membabitkan seorang jururawat desa bulan lalu mempunyai cerita yang menyentuh hati selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kampung Keroh, Kuala Krai.

Berikutan kejadian itu, Siti Hajarul Aswad Mat Kar, 35, mengalami cedera parah dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai (HKK).

Pada 30 Oktober lalu, Hajarul telah mula memberi tindak balas yang positif dengan mengerakkan kaki dan tangannya.

Dia yang telah menjalani pembedahan membuang darah beku pada 28 Oktober lalu, dan kemudian menjalani pemasangan besi pada rahang pada bahagian atas dan bawah mulutnya kerana mengalami kecederaan.

Menurut bapa saudaranya, Hajarul telah menjalani dialisis pada 31 Oktober lalu bagi mencuci buah pingangnya yang mengalami kecederaan.

"Ekoran tindak balas yang positif, dia telah dipindahkan daripada ICU (Unit Rawatan Rapi) Trauma ke wad ICU biasa serta tiub yang dipasang di kepala bagi mengeluarkan darah beku telah dicabut pada 2 November lalu."

"Dia juga cuba membuka mata biarpun masih tidak sedarkan diri sepenuhnya. Nampaknya keadaannya semakin positif, cuma baru-baru ini dia mengalami demam bengkak susu," tambahnya.

Namun dalam memberi tindak balas positif, Hajarul telah menghembuskan nafasnya pada jam 3.13 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menurut bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57, semalam lebih kurang 9.15 malam, suaminya Azami Setapa, 39, mendapat panggilan dari pihak HUSM yang memberitahu isterinya mengalami sedikit masalah.

Jenazah Hajarul akan akan disolatkan di masjid besar Tanah Merah selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Pekuburan Banggol Kemunting, Tanah Merah, di mana tempat yang sama bersemadinya jasad kedua-dua anaknya yang turut terlibat kemalangan tempoh hari.

Sejak hari pertama kejadian, Azami telah meluahkan perasaannya kepada bapa saudaranya, yang telah dianggap sebagai bapa sendiri.

Jelasnya, dia akan memastikan anak saudaranya itu menjaga kesihatan dengan baik dan redha dengan ketentuanNya.

Sebelum ini, arwah Hajarul terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 24 Oktober lalu yang mengorbankan dua orang anaknya iaitu Nur Alia Nisrina Mohd Azamin, 12, yang maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Muhamad Azam Tamin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai (HKK).

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa menaiki Perodua Kancil yang dipandu Siti Hajarul Aswad sebelum keretanya bertembung dengan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

Berdasarkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.47 petang sebelum seorang pegawai bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 6.57 petang, kita dapati seorang mangsa tersepit di dalam kereta kancil.

"Bomba berjaya keluarkan mangsa terbabit sebelum dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber - Mingguanwanita, Harian Metro

Ibu Sempat Daftar Persekolahan Anak Sebelum Maut
siakapkeli.my

Ibu tunggal maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangi selepas mendaftar nama anaknya untuk persekolahan 2018, di Jalan Pinang Tunggal, berhampiran Taman Seraya, Sungai Petani, semalam.

Mangsa Marizun Ismail, 48, dikatakan menunggang motosikal Yamaha Lagenda keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal (SMKPT) hendak menuju ke gerainya di Taman Kempas, Sungai Petani.

Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter dari pintu pagar sekolah, mangsa terjatuh dan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Pada ketika itu, penunggang motosikal yang berada di belakang sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber - Harian Metro

"Saya Merayu Berkali-Kali Minta Dia Tidak Bunuh Saya," - Mangsa
siakapkeli.my

Dipukul menggunakan tukul besi serta berlaku pergelutan sebelum mangsa merayu untuk tidak dibunuh oleh suspek pembunuhan tiga beranak di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, petang semalam.

Menurut Kha Xing Rhuu "Saya berkali-kali merayu kepada dia (suspek) supaya jangan bunuh saya," kemudian suspek melarikan diri.

Jelasnya ketika kejadian, Xing Rhuu, 15, dan adiknya, Kha Zee Hanz, 13, baru pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang dan ketika itu suspek turut berada di rumah serta mengarahkan Zee Hanz mengambil fail di dalam van yang diparkir di luar rumah manakala dia masuk ke dalam rumah.

"Sebaik masuk ke dalam rumah saya sangat terkejut melihat ayah dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah, lantas saya terus menghubungi seorang rakan melalui telefon.

"Ketika sedang bercakap di telefon, saya ternampak suspek sedang memukul dan bergelut dengan Zee Hanz di dalam van dan sebaik suspek ternampak saya menggunakan telefon dia terus meluru ke arah saya," katanya.

Selepas kejadian, baru dia menyedari seorang lagi adiknya, Kha Xing Shyen, 8, berada dalam rumah dan menyorok di bawah kerusi.

Xing Rhuu yang dirawat akibat kecederaan di bahagian kepala dan lebam di bahu kanan dibenarkan keluar sebentar tadi bagi menghadiri upacara pengebumian tiga ahli keluarganya yang akan diadakan di Kampung Balai, Bachok, esok.

Suspek dikenali Sharat Eh Wang@Pot, 31, dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat sedang diburu polis.

Mangsa yang mati dikenali Eng Ni dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Zee Hanz.

Tambahnya, dia langsung tidak menyangka suspek tergamak melakukan pembunuhan terbabit memandangkan hubungan lelaki terbabit dengan keluarganya amat rapat dan sudah bekerja dengan bapanya lebih tiga tahun.

"Saya tidak tahu motif dia membunuh ahli keluarga saya kerana sebelum ini tiada sebarang masalah yang timbul dan dia juga sudah dianggap sebagai ahli keluarga," tambahnya.

Sumber - Berita Harian

3 sekeluarga ditemui mati dibunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian di Wakaf Mek Zainab
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

3 sekeluarga ditemui mati dibunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian di Wakaf Mek Zainab petang tadi @501Awani https://t.co/R7rWe4f4L5

Saya Memang Berminat Untuk Bimbing Kedah - Mario Gomez
siakapkeli.my

Juara Piala FA dan Naib Juara Piala Malaysia 2017, Kedah sedang berkira-kira mahu mendapatkan khidamt Mario Gomez, 60, yang juga bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim bagi saingan musim depan.

Pengurusan Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) dipercayai sudah pun menghubungi jurulatih yang berasal dari Argentina itu bagi menyatakan tawaran mereka, dua hari lalu.

Gomez dalam satu kenyataan berkata bahawa dia tidak sabar untuk menikmati semula kehangatan bola sepak Malaysia dan bersetuju dengan tawaran yang dibuat KFA itu.

"Saya sekarang menunggu keputusan daripada Kedah, kami sudah berbincang dua hari lalu dan saya tidak ada masalah dengan tawaran kontrak itu.

"Cuma kami tidak berbincang secara terperinci tapi saya sudah bersetuju dengan gaji yang ditawarkan," katanya lagi.

Keputusan untuk mengambil jurulatih baru itu dibuat oleh pengurusan KFA selepas jurulatih semasa Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff secara terbuka menyarankan majikannya itu untuk mencari jurulatih yang lebih berpengalaman bagai menghadapi saingan sengit tahun depan.

Gomez yang sebelum ini berjaya membimbing skuad Harimau Selatan untuk menjulang dua kejuaraan liga 2015 dan 2016, satu trofi Piala AFC 2015 dan Piala FA 2016 menjadi antara salah satu nama yang disebut-sebut bakal mengisi posisi tersebut.

Selain itu, Gomez juga pernah dikaitkan dengan jawatan jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya. Namun kontroversi yang timbul antara dirinya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan kerusi panas tersebut akhirnya diisi oleh jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada.

"Saya memang berminat membimbing Kedah kerana mereka pasukan yang memiliki sejarah tersendiri, sentiasa bersaing merebut kejuaraan dan ada perancangan," kata Gomez yang turut memberitahu bahawa hanya Kedah sahaja yang mengemukakan tawaran kepadanya setakat ini.

Gomez bagaimanapun menghadapi saingan sengit dengan satu lagi nama yang menjadi sebutan peminat bola sepak negeri utara tanah air itu, Ramon Marcote. Marcote sebelum ini pernah membimbing skuad Helang Merah pada musim 2015.

Sumber : myMetro

Liga Mobile Legends Profesional Buat Pertama Kalinya Untuk 'Gamers' Malaysia Dan Singapura, Hadiah Keseluruhan USD100,000
siakapkeli.my

Dunia permainan atas talian nampaknya begitu pesat kini berkembang begitu luas di Malaysia dan dunia, ramai nama-mana terkenal sudah berjaya dilahirkan dalam bidang ini terutamanya dalam permainan DOTA 2, bahkan mereka ini bergelar jutawan hanya dengan bermain game.

Jadi, fenomena itu juga akan berlaku kepada permaianan atas talian yang kini melonjak naik di Malaysia, Singapura dan negara lain di dunia iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Game ini kini menjadi kegilaan ramai netizen termasuk dari kalangan remaja belasan tahun kerana mudah untuk dimainkan, dengan hanya menggunakan telefon pintar tanpa perlu berfikir untuk berhabisan ribuan ringgit membina atau membeli komputer yang mahal untuk paparan grafik tinggi.

Jadi, jika korang sudah lihat nama seperti Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice) dari Singapura dan Wong Hock Chuan (ChuaN) dari Malaysia yang mencipta nama dan yang membawa pulang jutaan ringgit dari dunia permainan atas talian untuk Dota2, kenapa pula bukan korang dan kawan-kawan mencipta nama dalam game Mobile Legends dengan menjadi juara dan bergelar jutawan seperti mereka ini?

Apa lagikan, jangan lepaskan peluang untuk menjadi seperti mereka ini dimana tidak lama lagi akan dianjurkan satu pertandingan MOBILE LEGENDS PROFESSIONAL LEAGUE - MPL - MY/SG yang merupakan pertandingan MLBB profesional pertama kalinya dianjurkan di Malaysia dan Singapura yang menawarkan hadiah keseluruhan USD100,000.

Tak percaya? Tengok video ni dulu.

Gempak tak? Jadi, dari main saja-saja nampak seperti buang masa, bangga share ke Facebook jer, baik korang join League ini, register di mpl.mobilelegends.com.

Bila register nama dan team korang, korang akan lalui tiga pusingan iaitu pusingan (1)Qualifiers, (2) Regular Seasons dan (3) Playoffs seperti di bawah.

Pendaftaran pertama atau Qualifier 1 akan dibuka pada 14 November hingga 21 November 2017 ini untuk pasukan dari Malaysia sahaja dan pertadingan akan berlansung pada 24 Novermber 2017 hingga 26 November 2017. Untuk Pasukan dari Singapura pula anda boleh register untuk Qualifier 2 pada 21 November 2017- 28 November 2017 dan pertandingan akan berlansung pada 1 Disember 2017 – 3 Disember 2017 dan seterusnya Qualifier 3 seperti di bawah untuk pasukan dari Malaysia di mana pendaftaran adalah sama di mpl.mobilelegends.com.

*Hadiah untuk pusingan Qualifier adalah USD 400 untuk top 2 dan USD 200 untuk tempat ketiga

Apa yang korang perlu tahu, jumlah permain aktif untuk MLBB di Malaysia dan Singapura adalah 1,1 juta orang sehari dan pertandingan ini hanya dibuka terhad untuk 512 pasukan sahaja bermula dari Open Qualifiers, jadi ianya sudah pasti, siapa cepat register dia akan dapat.

Lebih menarik, pertandingan MPL MLBB ini akan disiarkan oleh saluran televisyen eGG Network iaitu sebuah saluran e-sports terkenal Asia Tenggara.

Apa itu Mobile Legends: Bang Bang?

MLBB adalah sebuah permainan pertempuran multiplayer di dalam sebuah arena pertempuran di mana ianya perlu dimainkan di atas talian atau Bahasa mudah 'game online' dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

Game ini merupakan permainan berkumpulan seramai 5 orang yang setiap Permain akan mengawal satu watak hero yang dipilih mengikut kepakaran masing-masing iaitu 'Support', 'Carry', 'jungler' dan 'tank', mereka harus mengatur strategi untuk memusnahkan kubu lawan sambil membeli item atau senjata untuk memastikan hero dipilih menjadi lebih 'kuat' untuk bertarung.

Permainan yang telah dilancarkan pada 11 Julai 2016 ini kini telah dimuat turun sebanyak 100,000,000 kali seluruh dunia di mana seramai 1.1 juta permain aktif dicatatkan setiap hari di dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Ini bermakna permainan ini masih terlalu sedikit jaguh untuk dibanggakan, jadi anda mungkin antara perintis yang akan berjaya di dalam permainan Mobile Legends ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:14 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tips Dari Nelayan: Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing Laut, Kenapa?
siakapkeli.my

Antara hobi yang sering mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia adalah memancing. Betul tak? Ia memang memberi kepuasan yang tak terhingga kepada kaki-kaki pancing hingga ada yang sanggup mengeluarkan belanja kadang kala mencecah ribuan ringgit.

Tetapi, hobi memancing bukan bukan hobi sembarangan. Ia perlukan ilmu untuk mengetahui waktu mana yang sesuai untuk memancing bagi mendapatkan pulangan yang lumayan. Waktu bila ikan lebih agresif dan memberi lebih keterujaan untuk bertarung dengan ikan-ikan tersebut. Tak guna kalau aksesori mahal kalau ilmu memancing kosong kan?

Satu page yang dikenali sebagai Dunia Memancing telah berkongsi info bagaimana untuk menentukan waktu ikan lebih agresif dan memberi pulangan yang lebih lumayan untuk kaki pancing berdasarkan perkiraan dalam kalendar. Jom ikuti perkongsiannya.

Elakkan kumpau berdarah kerana ia akan terus menjatuhkan semangat anda ketika memancing.

Perkongsian masa bila air terbaik untuk pancing. Sebelum ni memang dah pernah share dan jadual yang saya buat tu pun ada tersilap sebab bulan Melayu tiada 31 haribulan so abaikan part itu.

Pengalaman sebelum-sebelum ini yang mana saya telah belajar dengan nelayan terdahulu dan telah dipraktikan sekian lama. Air pancing ataupun air merawai senang cerita air yang ikan mencari umpan sangat agresif adalah 9,10,11 @ 25,26,27 mengikut bulan Melayu. Selain dari hari itu bukan tak boleh tapi tak berapa cun kerana ikan kurang agresif untuk memakan umpan. Air besar arus terlalu deras dan jika air bani ikan kurang agresif kerana kandungan oksigen kurang dalam air.

Fenomena ini terjadi kerana air laut yang sebelum ini bani (tidak berarus/air mati) bertukar menuju ke air besar. Senang cerita air nyorong besar, boleh perhatikan bulan jika terang sekali, gelap sekali, atau separuh ia tidak sesuai untuk pancingan. Ia lebih kepada aktiviti lain untuk nelayan dengan alat tangkapan yang berbeza.

Bagaimana untuk memahami jadual tersebut adalah. Cuma perlu ingat 9,10,11 @ 25,26,27 hari bulan Islam dan ditukarkan ke kalendar biasa untuk memudahkan perkara selanjutnya.

1 hari akan berlaku 2 kali air pasang dan 2 kali air surut, setiap sesi pasang surut juga ada misi tersendiri. Jika air surut kering pagi bermakna ia sesuai untuk pancing tepi atau sungai pada waktu tu. Dan sebelah malam sesuai untuk pancingan laut dalam kerana arus tidak berapa kuat di sebelah malam. Dan jika air surut kering petang bermakna kalau awak mancing tengah laut agak sukar kerana arus deras.

Semua elemen ini perlukan segala gabungan jadual untuk betul-betul spot masa yang terbaik untuk pancing, ia adalah benar belaka. Diibaratkan seperti anda berniaga ketika orang sedang gaji, tiada tawar menawar tak lecehnya terus jatuh duit so perumpamaan ia sama seperti mancing umpan dah lunyai pun dia sebat.

Jika anda mengikuti jadual ini pasti akan terasa ia benar-benar fakta yang betul, sampai lenguh tarik ikan dengan hasil yang luar biasa. Faktor kita pakai langgar sahaja hari pancing kerana kita bekerja. So, waktu cuti sahaja yang sesuai. Laut tidak akan ikut masa kita sebaliknya kita yang perlu ikut fenomena tersebut. Kebanyakkan tekong tau perkara ini cuma ia sukar untuk cerita satu persatu. Biasa hari-hari tersebut dah kena booking oleh otai-otai berpengalaman atau owner tu sendiri yang turun pancing sebb hasil pancing pada waktu tu boleh cover segala kos.

Surut kering bermaksud laut surut jauh kalau tengok jadual air tu akan nampak berapa meter paras air surut, ia tak sama tahap jauh surutnya. Jadi kalau nak pancing tu pilih masa air pasang leleh atau air gerak slow.

Kenapa fenomena ini terjadi, beberapa idealogi mengatakan kebanyakkan ikan hendak berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana ketibaan air besar nanti membantu dia untuk bergerak dengan lebih laju tanpa penat lelah untuk berenang. Hanya ikut arus kemana pergi. Dan dalam masa yang sama ikan perlukan banyak makanan untuk bekalan kerana ikan akan berlindung di suatu tempat untuk berehat ketika air surut kerana tidak mahu kebelakang kembali. Sebab tu pemancing akan dapat ikan pelik-pelik pada waktu ini.

Selamat mencuba. Share jer kalau rasa ia bermanfaat.

Sumber : Dunia Memancing

PANAS Nih!!Kenapa Lelaki Malaysia Suka Berkahwin Dengan Wanita Indonesia?

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Panas! Kenapa Lelaki Malaysia Suka Berkahwin Dengan Wanita Indonesia? Ini Jawapannya… Wanita Malaysia, Sila Take Note!…

perempuan Malaysia pun, aku tentu akan rasa sakit hati juga, tetapi apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini, hujah yang diperkatakan mungkin betul, mungkin juga tidak, subjektif kot

kekadang dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat terbuka

kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan, apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri kata orang YANG PAHIT ITULAH PENAWAR

Dekat bawah ini ada pendapat ahli akademik dari Indonesia & Malaysia

ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap

Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

"Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

"Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi," katanya

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

"Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

"Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana," ujar beliau

ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran

Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan 'cair' terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

"Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

"Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh," katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya)." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sudah jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah membuka peluang emas yang besar kepada kaum wanita yang beriman untuk mendapatkan syurga. Dengan kasih sayangNya, Allah SWT telah memberikan empat syarat utama kepada wanita meraih kenikmatan syurga, iaitu;

#1 – Mendirikan Solat Lima Waktu Solat merupakan tembok daripada melakukan hal yang kufur dan batil. Lalu dirikanlah solat bagi mendekatkan diri dengan Allah selain menjauhi segala perbuatan laranganNya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Maka dirikankanlah solat itu (seperti biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."(An-Nissa' :103)

#2 – Berpuasa Di Bulan Ramadan Berpuasa di bulan Ramadan adalah kewajipan setiap umat Islam. Wanita yang taat adalah wanita yang turut menjalani ibadah ini dengan ikhlas.

Bahkan sesiapa yang sengaja meningggalkannya tanpa sebab-sebab yang dizinkan pasti mendapat balasan dosa. Manakala golongan yang mengerjakannya adalah mereka yang patuh dan berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

#3 – Menjaga Maruahnya Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah. Hal ini termasuklah, apabila dia keluar dari rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri, tidak bercantik secara berlebihan dan berwangian hingga menimbulkan fitnah.

Isteri solehah juga akan sentiasa menjaga pergaulannya, menjaga lidah dari mengumpat dan mengadu domba. Mereka adalah wanita yang mempunyai ilmu, bijak dan cergas. Bukan sahaja mengetahui ilmu duniawi tetapi mandalami keilmuan Islam serta mengamalkan ilmu tersebut.

#4 – Mentaati Perintah Suami Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah."(Hadis Riwayat Thabrani)

Wanita yang baik adalah yang sentiasa melakukan apa-apa sahaja perintah dan kemahuan suaminya. Bahkan sememangnya wajib untuk melakukan setiap kehendak suami selagi tidak melampaui batasan dan melanggar hukum syariat.

Wanita yang taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala berperang fisabilillah.

Begitulah besarnya pahala yang Allah SWT sediakan kepada golongan wanita yang solehah, terutamanya wanita yang sudah berkahwin. Walaupun hanya berada di rumah dan di sisi suaminya, wanita solehah akan memperoleh pahala dan jaminan syurga jika sentiasa diredai oleh suaminya.

15,000 Saintis Dari 184 Negara Keluarkan Amaran Kedua, Keadaan Bumi Kini Semakin Tenat

siakapkeli.my

Amaran pertama telah dikeluarkan pada dua puluh lima tahun lalu, kini saintis dunia mengeluarkan amaran kedua mengenai keadaan bumi yang semakin bertambah buruk.

Amaran mengenai bahaya kepada alam sekitar itu menyatakan bahawa kebanyakan masalah di planet ini semakin bertambah buruk.

Menurut jurnal BioScience, 'Amaran Saintis kepada Manusia: Notis Kedua' ini telah ditandatangani oleh lebih 15,000 saintis dari 184 negara.

Pada tahun 1992, versi awal yang disiarkan oleh Kesatuan Saintis Prihatin telah ditandatangani oleh 1,700 pakar.

Sejak itu hampir semua ancaman besar kepada alam sekitar menjadi semakin buruk, terutama pertambahan penduduk dunia, yang menokok dua bilion lagi sejak 1992, melonjak 35 peratus.

Disamping itu, ancaman utama lain adalah pemanasan global dan pembebasan karbon disebabkan penggunaan bahan api fosil selain amalan pertanian tidak stabil, penebangan hutan, kekurangan air bersih, kehilangan kehidupan marin dan zon mati lautan yang semakin luas.

"Kemanusiaan kini diberi notis kedua, seperti digambarkan corak membimbangkan ini.

"Kita membahayakan masa depan dengan penggunaan material tidak sekata dari segi geografi dan demografi dan dengan tidak menganggap pertambahan berterusan penduduk dunia sebagai faktor penolak utama ancaman ekologi dan sosial," menurut surat itu.

"Kita membahayakan masa depan kita dengan tidak mengimbangi penggunaan material yang tidak menentu tetapi secara geografi dan demografi yang tidak sekata," tambahnya.

Haiwan turut mengalami penderitaan akibat perbuatan manusia, menyebabkan hilang dan pupus sebelum masanya.

"Kami telah melepaskan peristiwa kepupusan besar-besaran, yang keenam dalam kira-kira 540 juta tahun, di mana banyak bentuk kehidupan masa kini dapat dihapuskan," katanya.

Jelasnya, kita boleh melakukan perubahan positif apabila kita bertindak tegas dalam pengurangan bahan ozon yang pesat.

Sumber - Geo.Tv

Stesen Angkasa Lepas China Bakal Terhempas, Kuala Lumpur Antara Kawasan Berisiko Dihentam Serpihan
siakapkeli.my

Serpihan daripada Stesen Angkasa Lepas milik China, Tiangong - 1 yang akan terhempas mungkin menghentam ibu negara, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain apabila ia memasuki fasa akhir kemasukkan semula ke dalam atmosfera bumi yang dijangka berlaku pada awal tahun depan.

Tiangong - 1 ataupun ''Istana Langit'' merupakan stesen angkasa lepas pertama milik negara Tembok Besar itu dilancarkan pada September 2011 pernah menempatkan beberapa orang angkasawan China, yang dipanggil sebagai ''taikonauts'' semasa dua tahun pertama ia beroperasi. Namun, sejak tahun 2013, tiada lagi angkasawan yang berkerja di dalam stesen tersebut.

Laporan daripada media tempatan berkata ketinggian orbit stesen angkasa lepas seberat 8.5 tan tersebut semakin menurun dengan jangkaan kemasukkan semula ke ruang atmosfera bumi diantara Januari hingga Mac tahun depan.

Laporan tersebut turut memetik bahawa Kuala Lumpur antara bandar-bandar yang berada dalam trajektori orbital stesen angkasa lepas tersebut serta berpotensi menjadi kawasan di mana stesen tersebut terhempas.

Pakar menjangkakan bahawa stesen angkasa lepas tersebut mengalami kerosakan mekanikal dan teknikal hingga menyebabkan Pusat Kawalan di Bumi tidak lagi berupaya mengawal kemasukan semula stesen tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Pengarah Agensi Angkasa Lepas China, Wu Ping yang mengumumkan bahawa Tiangong -1 bakal membuat kemasukkan semula.

Wu Ping turut menambah bahawa walaupun kebanyakkan bahagian stesen tersebut akan hangus terbakar ketika kemasukkan semula, namun beberapa kompenan yang direka untuk bertahan dalam suhu ekstrem berkemungkinan akan selamat dan menghentam bumi.

''Ketika kemasukan semula, sebahagian besar stesen angkasa lepas itu berkemungkinan akan hancur'', katanya lagi.

Ketika ini, pegawai-pegawai dari China sedang berkerjasama dengan agensi-agensi angkasa lepas yang lain untuk menentukan titik-titik hentaman yang berpotensi.

Walau bagaimanapun, Jonathan McDowell, Ahli Astrofizik dari Universiti Havard berkata, oleh kerana stesen angkasa lepas tersebut tidak lagi boleh dikawal, maka tiada lagi cara yang dapat menentukan secara tepat kawasan hentaman dan bila sebenarnya stesen angkasa tersebut akan terhempas.

''Kita hanya akan menyedarinya dalam tempoh 6 hingga ke 7 jam sebelum ia benar-benar terhempas.

''Ini bermakna kita tidak mungkin dapat menetukan kawasan sebenar yang akan menerima impak tersebut'', katanya lagi.

Katanya lagi, berat kompenan-kompenan yang mungkin terselamat ketika kemasukkan semula boleh mencecah sehingga 100 kilogram. Kerosakkan disebabkan oleh hentaman kompenan pada halaju dan velositi tersebut adalah besar.

Kawasan berwarna merah adalah zon berpotensi menerima hentaman

Tiangong - 1 adalah stesen angkasa lepas prototaip pertama yang dilancarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) dari tapak pelancaran di Jiuquan, wilayah Gansu.

Sebelum ini, terdapat juga serpihan-serpihan daripada ruang angkasa yang jatuh ke bumi, seperti Kosmos 954, Skylab dan Mir, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Namun, Kuala Lumpur bukanlah satu-satunya kawasan yang mungkin menerima hentaman serpihan tersebut, sebaliknya seluruh Malaysia berkemungkinan untuk menerima nasib yang sama termasuklah beberapa negara lain lagi yang berada di dalam trajektori orbital stesen angkasa lepas tersebut.

Antara negara-negara yang mungkin menerima kesan adalah Australia, Indonesia dan Thailand. Malah, 75 peratus daripada kawasan tersebut adalah kawasan lautan.

McDowell turut menganggarkan bahawa stesen tersebut boleh jatuh di mana-mana sahaja di antara latitud 43 darjah utara dan 43 darjah selatan. Jadi, kemungkinan untuk Kuala Lumpur menerima hentaman tersebut amat tipis memandangkan terdapat banyak lagi negara-negara yang mempunyai saiz lebih besar berada dalam kawasan tersebut.

Video di bawah adalah video yang menunjukkan kemungkinan yang akan berlaku terhadap manusia jika dihentam objek seberat beberapa kilogram daripada ketinggian 300 kaki.

Walaupun tujuan ekperimen tersebut dibuat bagi menunjukkan kepentingan memakai topi keselamatan ketika berada di lokasi pembinaan, namun ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran impak yang mungkin berlaku akibat dihentam objek seberat 100 kilogram.

Sumber : New Straits Times , Root Of Science

2 kesan utama cuaca semakin panas pada kita semua sekarang
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Apa kesan utama kepada kita dan semua manusia lain dalam keadaan cuaca yang semakin lama semakin panas sekarang?

Saya yakin semua orang tentu terasa betapa panasnya cuaca negara kita sekarang. Panas yang tak tahan bahangnya. Kalau satu hari hujan tak turun dari pagi sampai ke malam, ambillah habuan bahang panas masa nak tidur malam nanti.

Pasanglah kipas angin tahap paling kuat macam mana sekalipun, bukalah pintu dan tingkap satu rumah, badan tetap melekit berpeluh sebab bahang panas tak lari keluar dari rumah.

Melainkan anda ada pasang pendingin hawa kat dalam rumah, pada ruang tamu, pada setiap bilik tidur, insyallah rumah akan terasa sejuk. Tapi cukup bulan datang bil letrik, garu kepala la sikit dengan kos yang lebih tinggi dari biasa.

" Dapatkan khidmat kawalan nyamuk dan jentik-jentik dari syarikat pest control berlesen, Easelife Services Sdn Bhd, hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut. "

Kenapa cuaca semakin panas
Para saintis dah lama dok laungkan di seluruh dunia fenomena cuaca panas ini yang perlu diberikan perhatian oleh semua pemimpin dunia. Tapi anehnya, ada yang anggap itu semua rekaan para cerdik pandai semata-mata.

Negara Amerika dan Negara China merupakan dua negara paling banyak yang menyumbangkan pencemaran udara yang membawa akibat dunia semakin panas. Tapi presiden baru Amerika nampaknya mahu persetankan usaha untuk kawal kesan cuaca panas dunia daripada menjadi semakin parah.

Sedangkan banyak negara-negara besar lain yang komited untuk turut sama berjuang berusaha mengurangkan pencemaran dunia melaui perjanjian cuaca Paris 2015. Amerika kata depa nak tarik diri pulak.

Samada para saintis bohong atau tidak, hakikatnya bahang panas memang semakin terasa pedih. Duduk kat kampung juga terasa betapa panasnya cuaca. Kalau duduk dalam hutan tebal barangkali tak terasa sangat. Tapi banyak hutang dan banyak pokok pulak para kontraktor dok tebang sebab nak naikkan batu.

2 kesan utama cuaca panas
Ada dua kesan utama yang telah berlaku pada manusia di seluruh dunia akibat daripada cuaca dunia yang semakin panas ini,

a.. Penyakit bawaan nyamuk meningkat
b.. Kurang zat makanan
Cuaca yang semakin panas ini sesuai untuk pembiakan nyamuk. Perasan tak kalau hari panas, rumah kita lebih ketara kehadiran nyamuk. Tapi bila cuaca sejuk, nyamuk tak berapa banyak sangat. Cuaca menentukan tahap keaktifan nyamuk sebenarnya.

Masalah kurang zat makanan pulak adalah disebabkan hasil pengeluaran makanan telah merosot teruk akibat daripada keadaan cuaca yang berubah di seluruh dunia. Ini memberikan kesan kepada jumlah makanan manusia dan akibatnya semakin ramai yang kurang zat.

Kesan cuaca panas sejak 2000
Berikut antara perkara yang berlaku sejak tahun 2000 sehingga 2016 akibat daripada banhang panas yang semakin meningkat,

a.. 125 juta manusia terdedah kepada gelombang panas di seluruh dunia. Golongan tua terutamanya berada dalam situasi merbahaya.
b.. Tahap produktiviti para petani menurun sebanyak 5.3% sejak tahun 2000 sebab tak tahan dengan cuaca panas.
c.. 100 juta manusia terdedah dengan wabak denggi yang semakin mudah tersebar akibat dari cuaca panas
d.. Jumlah manusia tak cukup makan dsn kurang zat bertambah dari 398 juta pada tahun 1990 kepada 422 juta pada tahun 2016
Fatwa ulama khas untuk orang Islam
Mungkin para ulama boleh mainkan peranan mereka dalam hal ini untuk turut sama memberikan sumbangan kepada fenomena cuaca panas yang sedang melanda umat manusia di seluruh dunia sekarang.

Mereka perlu mainkan peranan untuk bersidang dan senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan pencemaran udara dan merosakkan cuaca.

Bila dah siap senarai tersebut, mereka, para ulama perlu sepakat untuk keluarkan fatwa mengharamkan semua umat Islam dari melibatkan diri dalam apa saja urusan yang menyumbang kepada perubahan cuaca dunia menjadi semakin teruk.

Perkara paling mudah untuk para ulama fatwakan haram adalah penggunaan bahan bakar petrol dan diesel untuk kenderaan. Para ulama perlu berikan fatwa wajib umat Islam beli dan hanya pakai kenderaan mesra alam dan jimat tenaga atau Energy Efficient Vehicle.

Para uama juga perlu wajibkan umat islam membina kilang buat kenderaan mesra alam dan mesra tenaga secara kolektif di mana-mana negara yang difikirkan sesuai. Jika semua umat islam haramkan diri mereka guna kenderaan selain dari kenderaan eletrik, maka 1.5 billion manusia akan berhenti menyumbang pencemaran.

Tapi mungkin juga bila haram pakai minyak petrol atau diesel, maka umat Islam terpaksa pakai basikal saja sebab tak mampu pakai kenderaan letrik yang mahal... ? Elok Ustaz Dr Zamihan pikirkan masalah ini daripada tak henti-henti hentam Dr Asri dan serang fahaman Wahabi..

Apa macam? setuju?

Maklumat laporan dari sini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:14 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bagaimana anda boleh kawal rasa gabra dengan pernafasan
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Anda sedang rasa gabra? Mungkin tidak, sebab susah nak tenangkan diri untuk baca blog macam ni dalam keadaan gabra sedang kuasai pemikiran.

Tapi tentu anda pernah dan biasa sangat alami rasa gabra. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas ini. Kalau tak gabra hari ini, mungkin esok tiba-tiba rasa gabra. Itu lumrah kehidupan. Tak ada orang bleh kawal rasa gabra dari datang melanda diri.

Tapi kita masih boleh kawal diri setiap kali rasa gabra datang melanda pemikiran. Kalau tak ada teknik untuk kawal rasa gabra itu, maka gabra pulak yang akan kawal diri kita. Bila jadi macam itu, jiwa mula rasa tertekan.

Kalau dok biar gabra sentiasa kawal diri kita tanpa buat sesuatu, lama kelamaan boleh kena serangan jantung. Orang yang hidup tak habis-habis tertekan dengan rasa gabra, akan rosakkan sistem dalaman badan.

Macam mana rasa gabra
Sebelum diteruskan, anda tahukah apa makna gabra? takut ada yang tak tahu apa itu gabra, kita jelaskan dahulu apa itu gabra.

Gabra itu adalah keadaan diri yang tertekan, risau serta panik. Ia adalah lawan kepada rasa tenang dan damai. Contoh orang yang gabra adalah seperti seseorang yang tak pernah jadi imam solat Magrib tiba-tiba ditolak naik jadi imam kat surau.

Bagi yang tak biasa jadi imam, solat magrib pulak tu, ditolak naik jadi imam boleh membawa rasa gabra yang maksimum. Badan menggigil, suara terketar-ketar dan macam nak rebah rasanya. Paling gabra bila nak kena baca fatihah kuat.. ! perghhh ! memang gabra.

Gabra yang menyeronokkan pulak adalah seperti kali pertama nak pergi dating dengan marka yang kita amat berkenan. Kali pertama nak telefon marka yang kita suka juga akan menimbulkan rasa gabra.

Contoh itu rasanya dah mencukupi untuk berikan gambaran apa itu rasa gabra.

Kawal rasa gabra dengan pernafasan
Semua orang yang masih hidup bernafas. Tubuh badan kita dicipta sedemikian rupa sampai kita jarang sedar yang diri ini sedang bernafas.

Tapi bila ada perubahan ketara dalam cara kita bernafas, baru kita sedar dan berikan perhatian pada pernafasan. Contohnya bila dalam keadaan takut, nafas akan berubah jadi pantas. Jantung juga berdegup pantas. Kalau tengah gabra juga pernafasan jadi luar biasa.

Pengamal meditasi dah lama sedar hubungan antara keadaan emosi dengan pernafasan ini. Sebab itu mereka banyak buat latihan untuk megawal cara mereka bernafas. Sebab, jika emosi memberikan kesan pada cara bernafas, ia juga boleh diterbalikkan.

Ertinya, dengan mengawal pernafasan, kita boleh ubah keadaan emosi dalaman. Itulah logik mudah yang digunakan selama ini. Bukan setakat andaian sahaja tetapi sebenarnya sudah dbuktikan oleh kajian.

Kajian pernafasan kawal minda
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Stanford University terhadap pernafasan, mereka dapati, ada sistem yang berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada bahagian lain di dalam otak manusia. Ini menyambungkan bahagian otak yang mengawal cara bernafas dengan bahagian lain dalam otak.

Bila pernafasan berlaku cepat dan pendek, sistem ini akan sampaikan maklumat tersebut dan bahagian lain di dalam otak akan bertindak seiringan dengan cara kita bernafas.

Secara mudahnya, kalau kita kawal pernafasan supaya tenang dan damai, maka seluruh sistem otak akan mula bertindak seiring dengan cara pernafasan dilakukan. Maka, tak hairanlah kalau hanya dengan kawal pernafasan, kita boleh kawal minda dan damaikan pemikiran.

Kawal gabra dengan pernafasan
Tekniknya mudah saja kalau anda faham asas pernafasan. Ada 2 perkara utama berlaku bila anda bernafas. Pertamanya anda tarik masuk udara ke dalam badan. Kemudiannya anda hembus keluar udara dari dalam badan.

Dalam keadaan itu ada berbagai kemungkinan cara anda hembus dan tarik nafas.

a.. Masa tarik dan hembus nafas adalah sama
b.. Masa tarik nafas lebih panjang dari hembus nahas keluar
c.. Masa tarik nafas pendek dari masa hembus keluar
Cuba ingat kembali macam mana keadaan pernafasan anda ketika sedang gabra. Mana lebih panjang, tarik nafas masuk atau hembus nafas keluar?

Biasanya bila anda gabra, masa diambil untuk tarik nafas masuk ke dalam adalah lebih panjang dari masa yang diambil untuk anda hembuskan nafas keluar. Ini akan meningkatkan tahap sistem saraf sympathetic. Anda berada dalam keadaan lawan atau cabut!.

Jika anda berjaya pastikan masa tarik nafas lebih panjang dari masa hembuskan nafas keluar, tahap sistem saraf parasympathetics pula akan meningkat. Ini merupakan saraf yang membuatkan anda rasa tenang, damai dan harmoni.

Jadi petuanya mudah saja sekarang.

Setiap kali anda rasa gabra, rasa senak perut dan makan tak lalu, pastikan anda tarik nafas lebih pendek daripada hembus nafas. Itu saja caranya. Kalau nak mudah lagi boleh buat kiraan

a.. Tarik nafas kira dalam hati 1,2,3,4.
b.. Tahan, kira 1,2,3,4
c.. Hembus keluar nafas, kira 1,2,3,4,5,6
d.. Tahan 1,2
Anda boleh ubah kiraan yang sesuai dan selesa asalkan tarik nafas lebih pendek dari hembus nafas keluar.

Lihat bagaimana teknik askar kawal minda dengan cara pernafasan yang betul pada pautan kat sini.

Selamat amalkan!

Harga Petrol Sekadar Perbandingan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Ramai suka Iphone kerana harganya mahal. Ramai buat anggapan barang yang mahal mesti berkualiti baik. Harga petrol Malaysia paling mahal. Mesti baik punya!!

UAE, BAHRAIN, QATAR, KUWAIT pakai ron97. Still murah sebab stok minyak banyak. Malaysia nk untung lebih, jual minyak kat luar, beli minyak murah. Pastu jual kat rakyat. Sebab rakyat malaysiaboleg di'perbodoh' (geng UMNO)

Harga Minyak Dunia Sudah Empat Hari Berturut-Turut Jatuh
siakapkeli.my

Harga minyak jatuh lagi pada hari rabu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan peningkatan yang tidak dijangka dalam stok minyak mentah dan minyak petrol, tetapi peningkatan dalam aliran penapisan dan pengeluaran dalam penyulingan membantu harga melemahkan paras terendah.

Harga kekal menerima tekanan daripada tinjauan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) minggu ini yang membayangkan pertumbuhan lebih perlahan dalam permintaan minyak mentah global.

Manakala, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$55.42 satu tong, turun 32 cent, setakat 1819 GMT.

Mengikut penanda aras minyak mentah global Brent turun 19 cent pada AS$62.02 satu tong, selepas jatuh 1.5 peratus pada Selasa, kejatuhan satu hari terbesar dalam sebulan.

Pengeluaran minyak mentah AS melonjak lebih 14 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.65 juta tong sehari dan ia dijangka bertambah.

"Ia mula kelihatan ada sedikit momentum, dan kualiti pembeli yang masuk ke pasaran pada tahap AS$ 56 hingga AS$ 57 tapi ia bukanlah harga minyak mentah yang paling bijak," kata Richard Hastings, ahli strategi makro di Seaport Global Securities di Charlotte.

IEA berkata, pengeluaran bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka meningkat 1.4 juta tong sehari pada 2018.

OPEC akan bermesyuarat 30 November ini dan dijangka bersetuju melanjutkan pemotongan pengeluaran yang dipersetujui sebelum ini.

Sumber - Berita Harian

Harga Petrol, Diesel Naik

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan petrol dan diesel bagi tempoh 16 hingga 22 November naik antara 5 sen hingga 7 sen seliter.

Harga runcit RON95 naik 7 sen kepada RM2.38 seliter, RON97 naik 6 sen kepada RM2.66 seliter dan diesel naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.
Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

- BH Online

''Masih Dalam Keadaan Terkawal'', Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Minyak Naik Mendadak
siakapkeli.my

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri johari Abdul Ghani berkata, kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia meningkat dengan mendadak bagi memastikan kepentingan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terjejas.

Katanya lagi, walaupun harga minyak mentah dunia mencatatkan aliran menaik ketika ini, ia masih lagi dalam keadaan terkawal.

Oleh itu katanya, kerajaan akan meneruskan mekanisme menentukan harga minyak yang sedia iaitu penentuan harga runcit bahan api berdasarkan pergerakkan harga minyak mentah dunia.

"Apa yang kita buat, mungkin pada masa depan kalau harga minyak mendadak sampai AS$100 setong, dan kerajaan mendapat jumlah pendapatan yang besar, kita akan pulangkan kepada rakyat bagi meringankan impak golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Ketika ini, harga runcit petroleum yang dijual di Malaysia adalah RON 97 (RM 2.66 per liter), RON 95 (RM 2.38 per liter) dan Diesel (RM 2.25 per liter).

Harga baru bahan api tersebut akan dikemaskini pada lewat petang Rabu minggu depan, 22 November yang akan berkuatkuasa menjelang pukul 12 tengah malam hari yang sama sehingga kemaskini harga baru dibuat pada setiap hari Rabu minggu seterusnya.

Sumber : BH Online

Pertimbang Naikkan BRIM Jika Harga Minyak Terus Naik - Menteri
siakapkeli.my

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tambahan jika kenaikkan harga minyak terus berlaku.

Beliau turut menambah bahawa dana untuk pertambahan BRIM boleh dipertimbangkan namun pengagihan perlu dilakukan secara tidak tetap.

"Ini mungkin..kalaulah peningkatan harga minyak ini boleh menyebabkan kerajaan dapat lebihan (pendapatan) yang boleh kita sumbangkan (semula) kepada masyarakat berpendapatan rendah yang menerima BR1M.

"Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini," katanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan mendapat faedah pendapatan sekitar RM 300 juta bagi setiap peningkatan AS$ 1 (RM 4.20) harga minyak.

"Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion," katanya.

Sejak kerajaan melaksanakan sistem ampungan harga minyak yang kini ditetapkan secara mingguan, kerajaan menanggung kenaikkan satu sen setakat ini.

"Saya bagi sedikit maklumat, sejak kita apungkan harga minyak ini, kalau kita lihat, ada 12 kali turun dan lebih kurang 19 kali naik.

"Keseluruhan turun adalah RM0.74 sen. 19 kali naik (pula) iaitu RM0.75 sen. Kalau kita lihat impaknya adalah sebanyak satu sen kenaikan iaitu sejak apungan ini dilaksana," katanya.

Katanya lagi, walaupun subsidi petrol dihapuskan, kerajaan bagaimanapun masih menyalurkan subsidi untuk diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berjumlah RM 1.6 bilion.

"Namun subsisdi ini kita tidak bagi kepada pengguna secara langsung tetapi kepada kumpulan nelayan dan segmen komuniti yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti ekonomi," katanya.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Nov 16, 2017 11:22 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Keutamaan Istighfar dan Kaitannya Dengan Rezeki
bloglist-malaysia.blogspot.
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Rasulullah SAW bersabda,

" Barangsiapa yang senantiasa beristighfar niscaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka" (H.R. Abu Daud).

Huraian hadits di atas?

(1) Istighfar membawa kelapangan dari kegundahan.

Jadi bagi anda yang suka galau, gundah, sedih dalam menghadapi masalah yang menimpa, termasuk masalah susah rezeki, banyak-banyaklah beristifghfar. Istighfar membawa kelapangan dari kegundahan yang anda alami. Kesedihan yang tak berujung bisa diobati dengan istighfar. Mengapa kita gundah dan sedih? Karena kita tidak menerima ketentuan Allah pada kita. Kita tak terima masalah itu datang pada kita.

Istighfar adalah permohonan ampun atas sikap tidak menerima itu. Sehingga Allah bukakan hati dan keikhlasan kita menerima ketentuanNya.

(2) Istighfar memudahkan jalan keluar dari segala kesempitan.

Jika anda merasa terhimpit oleh begitu banyak kesulitan yang terus mendera, sehingga susah memikirkan dan mendapatkan jalan keluarnya, banyak-banyaklah beristighfar. Termasuk bagi anda yang terasa sempit rezekinya.

Mengapa kita susah menemukan jalan keluar semua permasalahan? Karena kita memakai otak manusia yang terbatas. Istigfar adalah permohonan ampun pada kesombongan kita yang mencari jalan keluar hanya dari otak kita yang terbatas. Istighfar itu mengalihkan kita dari pemikiran sebagai manusia yang lemah ke petunjuk Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi Jalan Keluar.

(3) Istighfar mengundang rezeki

Bagi anda yang memang ingin dikejar-kejar rezeki dan menjadi magnet rezeki dimanapun anda berada, biasakan beristighfar. Karena Allah menjanjikan akan memberi rezeki dari arah yang tak pernah kita duga. Tidak ada yang mustahil bagi Allah.

Mengapa? Bukankah Allah yang membagi rezeki dan Dia akan memberi siapa saja yang diinginkanNYA. (baca : ayat-ayat rezeki dalam Al Quran) Istighfar adalah pengakuan seorang hamba pada dirinya yang lemah dan pengakuan atas kuasa Allah pada dirinya. Itu salah satu cara memantaskan diri untuk menggapai rezeki Allah. Mereka yang banyak memohon ampun itu kecintaan Allah.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri" (Q.S. Al Baqarah : 222)

Istighfar membuat hamba bertambah kesejahteraan dan kesenangan hidupnya.

Maka aku katakan kepada mereka, " mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" (Q.S. Nuh : 10 - 12)

Mengapa Istighfar itu begitu istimewa?

Istighfar seolah seperti kalimat ajaib yang membuka semua tabir kesedihan, kesulitan, kesempitan sehingga lebih merasa bahagia, lebih dimudahkan dan dilapangkan langkah kita dalam mengarungi hidup ini.

Mengapa bisa begitu? Tahukah kalau yang menyebabkan kita ketiban masalah yang tak berkesudahan adalah dosa, maksiat dan kesalahan yang kita lakukan tak berkesudahan pula. Rasulullah SAW bersabda

" Sesungguhnya seorang hamba bisa tertahan rezekinya karena dosa yang dilakukannya" (H.R. Ahmad, Ibn Hibban dan Ibn Majah)

Kita yang mengundang masalah dan kesedihan datang dalam hidup kita. Allah memberi kita nikmat yang tak terbatas tapi bukannya bersyukur kita menyalahgunakan nikmat itu dengan maksiat.

Dosa, maksiat dan kesalahan membuat kebebasan kita terenggut, meningkatkan kecemasan dan ketakutan. Jika sudah mencuri, merampok, memperkosa, membunuh, korupsi, begal, narkoba pasti kita ketakutan. Meski tak dinampakkan tapi hati kecil kita pasti cemas dan takut. Kecemasan dan ketakutan itu hanya bisa hilang jika kita mohon ampun padaNYA dan melakukan perbaikan diri.

Istighfar akan leindungi kita dari azab Allah.

"dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)" (Q.S. Al Anfal : 33)

Istighfar itu apa isinya?

Permohonan ampun dari seorang hamba kepada Tuhannya. Hamba adalah gudangnya salah, khilaf dan mudah tergelincir dalam dosa dan maksiat. Sementara ampunan itu selalu terbuka bagi hamba selama ia memintanya. Ampunan itu hak prerogatif Allah.

Tidak ada yang taubatnya dijamin diterima kecuali Rasulullah SAW. Beliau dijamin bersih dari dosa. Beliau saja beristighfar 70 kali setiap hari. Bagaimana dengan kita?

Taubat itu tidak ada batasnya. Karena taubat itu mencapai batasnya jika telah diterima oleh Allah SWT. Yakinkah kita bahwa taubat kita diterima? Tidak ada yang bisa menjaminnya. Minta ampun / tobat saja belum tentu diterima oleh Allah, apalagi kalau tidak minta?

Jadi banyak-banyaklah beristighfar, semut saja berzikir memuji Allah kok kita tidak?

Wallahu alam..

15 Maksiat Yang Bakal Mengundang Bala
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Hadith ke-35 dari 40 hadith tentang peristiwa hari kiamat yang dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) ini menerangkan tentang 15 maksiat yang bakal mengundang bala dan membawa kita dengan lebih dekat dengan kedatangan hari kiamat. Bala ini adalah suatu musibah yang amat ditakuti manusia. Semoga jadi renungan kita bersama.

Hadith daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

penjelasan:

a.. keuntungan kerajaan seperti minyak haruslah dibahagi samarata dengan rakyat.
b.. melakukan kezaliman kepada rakyat tangan mu akan di ikat di neraka nanti.
c.. sekiranya bertaubat haruslah pulangkan semua harta itu kepada mereka yang berhak
d.. Laknat Allah kepada mereka yang zalim

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

penjelasan:

a.. Pada zaman sekrang,apabila diterima suatu jawatan yang besar tetapi tidak ditunaikan amanah dengan sebenar sebaliknya digunakan untuk mencari keuntungan besar.
b.. wang yang digunakan itu disalah gunakan dengan menakut-nakutkan orang yang melakukan kebaikan
c.. kita juga bersalah kerana salah memilih orang yang yang tidak amanah
d.. Jangan cenderung kepada mereka yang berbuat zalim,kamu juga turut merasakan dosanya!

Tangan-tangan yang menaikkan kepada orang tidak mahu kepada islam untuk menjadi pemerintah maka tangan2 ini akan diikat dihadapan Allah nanti -UAI

3. Zakat dijadikan hutang.

penjelasan:

a.. enggan membayar hutang walaupun sudah tiba masanya.Fitrah manusia yang melewatkan membayar hutang
b.. Hutang Allah lebih mustahak untuk disettlekan-UAI
c.. contoh: 1juta kena bayar zakat RM25000..sayang untuk bayar

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

penjelasan:

a.. Allah berfirman"Suami memerintah kepada isteri" bukan menzalimi tetapi,suami perlu membimbing isteri.Isteri wajib taat kepada suami dalam rumah tangga alaskan berlandaskan syarak.
b.. orang perempuan ramai masuk neraka sebab derhaka kepada suami.
c.. amalan isteri tidak diterima melainkan meminta maaf daripada suami
d.. orang lelaki yang tidak menyediakan nafkah kepada isteri dan anak juga besar dosanya.
e.. isteri wajib mentaati perintah suami mengatasi perintah ibu bapa
f.. haram membuat muka masam didepan suami sekalipun salahnya suami kecuali isteri itu datang haid

Siapa saja di kalangan isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sampai ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan memohon kerelaannya

"Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu (isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajibannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan :seorang isteri bersujud kepada suaminya." -Sabda Nabi SAW

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

penjelasan:

a.. Peringatan yang tidak berkaitan dengan agama.tidak haram dalam membicarakan hal dunia dalam masjid,cuma perlu memperlahankan suara.anak-anak yang bising(nakal betul) dalam masjid jangan bawa dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmizi)

Keterangan Hadis

Sekiranya berlaku kezaliman, wajib kita menentangnya..-UAI

Kita sebagai rakyat berhak mempertahankan hak kita dan menegakkan agama islam. Malangnya, agama islam itu sendiri di tindas oleh orang islam sendiri. Sangat mengecewakan. kenapa orang islam sendiri takut untuk menegakkan agama Allah ini? Orang munafik menafikan kehendak islam.

Apa-apapun, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama2 kita jauhkan. Perbaiki diri sikit demi sedikit asalkan istiqamah (berterusan).semoga kite tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa bertaubat.aminn

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmizi)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: