8 Messages
Digest #4857
Messages
Mon Nov 6, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
P.PINANG DILANDA BANJIR,TAK PATUT BETUL PAS BUAT MACAM NI, DASAR PARTI AJARAN SESAT...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Perjuangan PAS Kerana ALLAH dan ISLAM.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
PAS pada pengamatan saya adalah parti yang jelas dengan perjuangannya. PAS sanggup buat apa sahaja asalkan kalimah ALLAH tertegak utuh di bumi ini dan supaya kebaikan dapat ditegakkan.
Pendapat dan pandangan PAS terhadap sesuatu isu jarang sekali jauh dari pendapat dan pandangan saya. Saya serasi dengan PAS. Walaupun saya bukan seorang yang aktif dan terlibat secara langsung dengan PAS, namun PAS tetap di hati.
Ia di hati bukan kerana namanya PAS, bukan kerana labelnya label ISLAM. Tetapi telah jelas sejak dahulu sampai sekarang, perjuangannya kerana ALLAH, kerana ISLAM.
Nasihat Saya
Saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan nasihat. Namun, sebagai seorang muslim memang tanggungjawab kita untuk saling tegur-menegur.
Para pimpinan PAS hendaklah sentiasa mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah. Dan mentarbiyyah ahli-ahlinya dengan ajaran ISLAM yang benar. Tarbiyyah ISLAM adalah merupakan perkara asas dan pokok yang mesti dikukuhkan di dalam setiap jiwa ahli2nya. Saya rasa inilah yang telah menjadi aset utama dan resepi asas kejayaan dan istiqamahnya PAS hingga hari ini.
Pimpinan, pendokong dan penyokong PAS hendaklah sedar bahawa kekuatan PAS bukanlah pada pandainya berpolitik dan banyaknya kerusi dalam Parlimen dan DUN. Tetapi ia kuat kerana berlandaskan ISLAM. Jadi semua warga PAS mesti selalu bercakap tentang ISLAM yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Banyakkan cerita tentang kebaikan ISLAM.
Warga PAS mesti menumpukan usaha menanamkan keyakinan masyarakat Malaysia kepada ISLAM. Usah terikut-ikut dengan rentak kawan atau lawan dalam memburuk-burukkan peribadi dan parti lawan. Kerana sokongan yang diperolehi hasil dari benci tidak bertahan lama. Binalah sokongan itu berasaskan keyakinan yang jitu. Apabila masyarakat telah terbina di dalam diri mereka akan keyakinan terhadap ISLAM, mereka nakkan ISLAM, insyaALLAH secara automatik sokongan dan dokongan akan datang kepada pihak yang memperjuangkan ISLAM.
Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, saya menyeru agar kalian cuba sedaya mungkin untuk berbaik sangka dengan PAS. Media cetak dan elektronik yang kadang-kala memaparkan pelbagai kisah keburukan PAS telah dengan sengaja dipergunakan oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan kredibiliti PAS. Janganlah terima berita tersebut bulat-bulat. Sekurang-kurangnya, jangan percaya 100%. Yang paling baik ialah double-check dengan media PAS.
Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, disarankan juga agar kalian menegur apa-apa yang buruk dan kelemahan yang kalian nampak di dalam PAS. InsyaALLAH, teguran kalian akan memberikan kesan yang baik. Dari segi politik Malaysia, PAS adalah satu-satunya parti politik yang kita boleh harapkan untuk berjuang dari pihak kita, ummat ISLAM.
Buat rakan pakatan Gagasan Rakyat, saya menyeru agar kalian bersungguh-sungguh bekerjasama dengan PAS. PAS adalah parti yang kalian boleh harapkan. PAS adalah parti yang kalian boleh letakkan kepercayaan. Janganlah dirosakkan kepercayaan dan hormat yang telah PAS letakkan pada kalian. Nilai agama yang ada pada pimpinan PAS akan memberikan kalian extra-mileage dalam perjuangan membina Malaysia yang sejahtera.
Buat rakan-rakan seagama di dalam Pakatan Pembakang, saya faham bahawa sebahagian kalian mempunyai agenda perjuangan yang bagus. Tidak dinafikan ada yang ingin berjuang untuk rakyat, berjuang kerana agama, berjuang kerana bangsa dan betul-betul ikhlas dengannya. Justeru, saya sarankan agar kalian tidak mewujudkan permusuhan dengan PAS. Apa yang baik dari PAS, sokonglah. Dan jika ada yang tidak baik dalam PAS, tegurlah dengan semangat ukhwah. Dan di dalam doa kalian, doalah agar kita semua ummat ISLAM dapat berukhuwwah dengan ukhuwwah Islamiyyah.
Dan buat rakan2 seagama, berhentilah dari membuat fitnah dan tipu terhadap PAS. Berhentilah dari menghasut dan memutar-belitkan fakta dan cerita demi keuntungan kalian. Sungguh, kita semua akan dikumpulkan pada hari akhirat. Masing-masing akan dihitung. Dan akan ditempatkan berdasarkan amalan masing-masing semasa hayat di kandung badan.
Saya ingin ulangi semula bahawa sokongan saya terhadap PAS bukanlah kerana partinya parti berlabelkan ISLAM, bukanlah kerana namanya Parti Islam, bukanlah kerana taksub dengan pemimpinnya, tetapi saya nampak apa yang telah PAS perbuat selama ini terhadap ISLAM. PAS memperjuangkan ISLAM. Jika PAS tidak lagi memperjuangkan ISLAM, tiadalah sokongan diri ini lagi pada PAS!
Wallahu Ta'ala A'lam.
Ini Kisah Sebenar Kenapa Mangsa Banjir Tumpang Teduh Di Surau - Malulah Umat Islam Yang Ektremis.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Begitu juga dengan penganut Islam. Ada di antaranya mereka yang melihat penyebaran gambar beberapa orang non muslims yang menumpang teduh di dalam surau merupakan satu perkara baik yang dilakukan oleh AJK surau bagi menyelamatkan dan membantu mangsa banjir namun ada pula di antara mereka yang bersikap negatif dan memaparkan komen-komen ektremis seakan mengecam perlakuan tersebut.
Gambar - PAS Penaga
Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami mendapati ada sebilangan muslims yang menggunakan hukum agama bagi mengecam perkara tersebut.
Mereka bercerita tentang aurat, tentang pakaian, tentang kenapa ada yang berbaring, kenapa perlu ada cerek disitu, malahan ada yang lebih ektremis mengatakan kesemua mangsa banjir hanya patut dibiarkan berada di luar perkarangan surau jika sekalipun perlu diselamatkan atas nama menjaga kesucian agama!
Gambar - Facebook
Menerusi laporan Berita Harian Online hari ini, gambar tular tentang mangsa banjir yang tumpang berteduh itu ialah di Surau Taman Free School.
Mangsa banjir seramai 70 orang ditempatkan di surau tersebut kerana air sudah naik hingga mencecah paras dada.
Kebenaran untuk memasuki premis berkenaan diberikan oleh Sapno Tukijo, 50 tahun yang bertugas sebagai bilal di surau tersebut.
"Pada mulanya mereka segan kerana menghormati surau, tetapi situasi pada waktu itu sangat genting kerana air sudah mencecah paras dada", katanya, memetik laporan portal Berita Harian.
Gambar - Berita Harian
Sapno berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, ramai penduduk cuba menyelamatkan diri dengan mahu menumpang di kuil berhampiran, namun arus deras menghalang mereka untuk ke kuil berkenaan.
"Kuil itu hanya terletak beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di tiang elektrik, namun gagal kerana arus deras.
"Saya akhirnya mempelawa mereka menumpang di surau dan mereka akur demi keselamatan mereka," katanya ketika ditemui oleh wakil media.
Sapno turut menjelaskan berkata kesemua mangsa banjir seramai 70 orang itu membabitkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di kampung sekitar Lengkuk P Ramlee.
Katanya, beliau tidak mahu mempedulikan pandangan orang ramai di media sosial yang mengecam gambar berkenaan, kerana apa yang lebih penting ialah keselamatan semua pihak.
"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu, namun saya akan berasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka tanpa arah tujuan atau lebih buruk dihanyut arus deras," katanya
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/11/ini-kisah-sebenar-kenapa-mangsa-banjir.html#ixzz4xeniALnI
Strategi DAP PecahBelahkan PAS Perak Didedah
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
AIDCNews
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mendedahkan beberapa strategi yang dilakukan DAP untuk memecahbelahkan PAS semasa parti Islam itu bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR).
Dedah Razman, DAP melakukan dasar pecah dan perintah iaitu menyokong Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak untuk melemahkan PAS negeri yang diterajuinya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu adalah Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Mula-mula dilantik Pesuruhjaya dulu, ada yang ingin menjatuhkan (saya) dan menggugat dengan pakat-pakat letak jawatan.
"Menjadi dasar PR yang dipersetujui bersama. Pengerusi Mesyuarat PR digilir mengikut ketua parti. PAS, PKR dan DAP.
"(Namun saya) Sebagai Pesuruhjaya (PAS Perak saya) tidak pernah diberi peluang (untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat PR). Bila dibawa dalam mesyuarat parti, proDAP mahu Nizar jadi pengerusi bagi pihak PAS. (Saya) Masih boleh bersabar," dedahnya dalam Facebook.
Dedahnya lagi, apabila Nizar dipilih mewakili PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu tidak mewakili kepentingan parti Islam, sebaliknya berpihak bagi kepentingan DAP.
"Bila (Nizar) diberitahu PAS telah membuat keputusan tidak boleh sambut perayaan agama lain, (tetapi) Nizar (masih) teruskan.
"Bila disuara(kan supaya Nizar) jangan pakai baju hitam semasa pembukaan sidang DUN (Perak), Nizar tak indah. Perkara ini sehingga menimbulkan kemurkaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Nazrin,"katanya.
Razman menambah satu kesalahan besar yang dilakukan Nizar adalah melanggar arahan PAS Pusat yang melampaui sempadan tahaluf siyasi.
"Bila diberitahu PAS (Perak) mesti ikut keputusan pusat. Tiba-tiba Nizar buat kenyataan media tolak enakmen jenayah syariah Kelantan bersama parti DAP (dan) PKR (bahawa) tidak akan laksana hudud di Perak,"katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nizar menyamannya berdasarkan satu kenyataannya di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 di bawah tajuk "Pendekatan Nizar Mirip DAP"
"Keputusan kes saman ditangguh pada 10 Nov 2017 (Jumaat)
"Allah menyayangi hambanya melebihi ibu sayangkan anak. Apapun itulah yg terbaik untuk hambanya,"kata Razman.
r
Akhirnya DAP Khianati Nizar Jamaluddin
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Rayuan Lesen Dah Lulus'', Kelantan, Kedah Dan Melaka Layak Beraksi Dalam Liga Super Malaysia 2018
siakapkeli.my
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan kelulusan lesen kelab Kedah dan Melaka berjaya bagi membolehkan kelab-kelab tersebut berkasi dalam Liga Super 2018 selepas rayuan Kelantan sebelum ini diterima.
Ujarnya, ketiga-tiga pasukan terbabit layak beraksi untuk musim depan selepas Badan Rayuan (AB) Perlesenan Kelab FAM yang bermesyuarat Jumaat lalu yang dianggotai jawatankuasa badan bebas meluluskan rayuan yang dibuat oleh pasukan-pasukan tersebut.
"Dengan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelab-kelab yang telah menunjukkan kesungguhan dalam memastikan mereka akhirnya dapat juga memenuhi kriteria yang ditetapkan meskipun permohonan awal mereka sebelum ini ditolak," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Hamidin menjelaskan bahawa ketiga-tiga pasukan tersebut hanya mendapat kelulusan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Manakala dua lagi pasukan yang turut membuat rayuan iaitu Sarawak dan Felda United gagal dalam rayuan kali kedua mereka.
"Kedua-dua pasukan itu masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan," katanya.
7 September lalu, FAM mengeluarkan kenyataan bahawa tujuh daripada 12 kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super 2017 lulus dalam pemohonan mendapatkan lesen FAM. Kelab-kelab tersebut adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Persatuan Bolasepak (PB) Pahang, PB Perak, PB Selangor, PB Pulau Pinang, T-Team FC dan PKNS FC.
Manakala 4 pasukan daripada 7 pasukan tersebut yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM iaitu JDT, PB Pahang, PB Selangor dan PKNS FC berjaya mendapat kelulusan lesen kelab AFC yang membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2018 dan Piala AFC 2018 sekiranya layak.
Kelulusan lesen kepada kelab-kelab tersebut diputuskan dalam mesyuarat FIB pada 24 Ogos lalu yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.
Namun, Lesen FAM dan AFC ini hanya sah untuk digunakan untuk tempoh satu musim sahaja bagi musim 2018.
Lesen-lesen ini boleh ditarik kembali jika kelab-kelab terbabit didapati melanggar mana-mana artikel yang terdapat dalam Peraturan Perlesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau terbabit dalam kes berkaitan dengan FIFA dan AFC.
Sumber : mStar
Kecewa Di "Boo" Penyokong Kedah, Pemuda UMNO Negeri Solidariti Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA
siakapkeli.my
Alor Setar- Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini menyatakan solidariti memohon supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta seluruh kepemimpinan UMNO negeri termasuk barisan Exco menimbangkan kemungkinan melepaskan jawatan disandang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan serta-merta.
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, cadangan itu dibuat atas dasar menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati politik.
Tindakan para penyokong yang 'mengeboo' Ahmad Bashah di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan ketika beliau (Ahmad Bashah) melakukan pelbagai usaha antaranya mencari dana berjumlah RM54 juta dalam tempoh dua tahun untuk pengurusan pasukan dan kebajikan pemain.
"Bukan itu saja, malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mempertahankan harga tiket di Stadium Darul Aman pada kadar terendah berbanding di tempat-tempat lain untuk penyokong.
"Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari. Justeru kami percaya, adalah lebih baik beliau serta seluruh kepemimpinan UMNO Kedah termasuk mana-mana Exco yang menyandang jawatan lain seperti Setiausaha Kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan," katanya.
Mengulas lanjut katanya, kepemimpinan Pemuda UMNO negeri juga menuntut supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mengenai kewujudan kain rentang gergasi tertulis perkataan 'haters' yang dibentangkan para penyokong JDT sewaktu lagu rasmi negeri, Allah Selamat Sultan dimainkan di Stadium Shah Alam kelmarin.
"Benar, perkataan haters itu boleh ditujukan kepada sesiapa saja tetapi kami mempersoalkan mengapa mereka membentangkan kain rentang gergasi itu ketika lagu negeri dimainkan. Tindakan itu jelas menunjukkan niat tidak baik dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di pentas utama.
"Kami hairan bagaimana kain rentang berbentuk provokasi sebesar itu boleh melepasi kawalan keselamatan sedangkan terdapat undang-undang yang menghalang kain-kain rentang berbentuk provokasi daripada dibawa ke dalam stadium. Adakah terdapat keistimewaan atau ada pihak takut dengan individu tertentu hingga mereka boleh membawa kain rentang sebesar itu masuk ke stadium?"
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri di Hotel TH di sini, hari ini.
INI BUKTI AMNO BALUN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2017
bloglist-malaysia.blogspot.
biaqpila.blogspot.
Oleh: biaqpila hensem
Ketika kemarahan penyokong Kedah memuncak kerana gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, bekas menteri besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki ia mungkin disorok.
"Mereka beri tiket itu kepada kumpulan penyokong. Dan katanya ada senarai NGO itulah, pertubuhan inilah.
"Benda ini selalu berlaku dan saya tak tahu macam mana dia orang boleh biarkan perkara ini berlaku.
"Dan daripada maklumat yang saya dapat Pemuda Umno Kedah sendiri yang dok bedak (edar) tiket," dakwa Mukhriz yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Muhriz pernah membangkitkan dakwaan sama di akuan media sosialnya sebelum ini.
"Umno Kedah (bedal) tiket #pialamalaysia2017 kepada penyokong depa saja. Yang tak sokong & tak hirau politik - terlepas. Tak adil! @hijaukuning," katanya melalui Twitter.
Beliau berkata demikian mengulas kehabisan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dengan Kedah, Sabtu ini selepas sejam ia dijual.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan beratus-ratus penyokong skuad Kedah menyerbu depan pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) di Alor Setar kerana kecewa tiket habis.
Bashah akan kena 'boo' lagi?
Bercakap kepada pemberita selepas program santai bersama penyokong di ibu negara semalam, Muhriz mengesyaki kegiatan itu dilakukan bagi mengelakkan penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kena 'boo' dengan penyokong.
"Ada dua sebab, satu kononnya sebagai habuanlah kepada penyokong ini dan keduanya dia nak mengelak supaya tak berlaku lagi kejadian boo kalau MB Kedah masuk dalam stadium.
"Jadi nak mengelak daripada itu mereka mahu pastikan orang-orang dia saja datang ke stadium," katanya.
Mac tahun lalu, langkah sulung Bashah ke Stadium Darul Aman di Alor Setar selepas bergelar Menteri Besar disorak "lebih 17,000 penyokong Kedah".
Mengulas sama ada perkara itu mungkin berulang, Mukhriz juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata beliau tidak dapat menjaminnya.
"Saya tak boleh jamin itu tak akan berlaku, jangan kata itu arahan saya, saya tak boleh nak mengarah penyokong tapi kalau nak terjadi, terjadilah dan itu dia kena tanggunglah.
"Tapi ini bukan cara dialah nak sekat orang daripada tengok bola," tegas Mukhriz.
Kedah sebagai juara bertahan dan pemenang Piala FA bakal berdepan juara Liga Super musim ini, JDT, di Shah Alam.
Kedah nafi tak telus
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan sebarang ketidaktelusan dalam isu penjualan tiket final itu.
Timbalan presidennya, Datuk Paduka Syed Unan Syed Abdullah berkata, sejumlah 34,000 tiket diperuntukkan kepada Kedah dan 8,000 tiket dijual di kaunter, selepas diagihkan kepada beberapa pihak antaranya badan gabungan KFA, Ahli Badan Eksekutif KFA dan pemegang permit bas.
"Sekeping tiket dijual dengan harga RM50 dan proses penjualan berjalan dengan cepat kerana ia tidak melibatkan pertukaran wang kecil dan sebab itu ia habis dijual dalam tempoh 45 minit," katanya seperti dipetik Bernama hari ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pemuda Umno negeri.
Read more at https://www.malaysiakini.com/sukan/400458#W6KlUdPhDJiFMQJT.99
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2017/11/ini-bukti-amno-balun-tiket-final-piala.html#ixzz4xTJ7uXqD
Memang Tak Sampai 10,000 Keping Tiket Dijual Stadium Darul Aman, Ini Penjelasan Pihak KFA
siakapkeli.my
Kehangatan perlawanan akhir piala Malaysia nampaknya begitu panas, rata-rata penyokong menyatakan rasa tidak sabar untuk hadir ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka untuk menjulan Piala Malaysia.
Namun, sedikit kontorversi berlaku bagi wakil utara tanah air, iaitu pasukan Kedah, di mana penyokong yang beratur sejak petang semalam dan tidur dihadapan kuanter tiket mengamuk selepas mereka tidak mendapat tiket bola.
Rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan kerana ribuan yang hadir yang dapat tiket tidak sampai separuh pun.
Oleh itu mereka mengesyaki berlaku 'sesuatu
Selain itu, penyokong juga dilaporkan akan membuat laporan Polis dan SPRM kerana sangsi dengan ketelusan dalam pembahagian tiket yang dilakukan pihak KFA.
Luahan Pak Nasir Abas, pelari solo negeri Kedah
Memetik video yang disiarkan oleh pihak Utusan Online, mereka telah menemubual Encik Shahrul Niza Omar yang merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), beliau memberitahu tiket yang diterima mereka dari Persatuan Bola Sepak malaysia adalah 30 ribu keping.
Namun, menurut beliau lagi, tiket yang dijual di kuanter tiket Stadium Darul Aman tidak sampai 10 ribu keping.
Beliau menyatakan telah menerima penambahan bilangan Bas kepada 400 buah melibatkan 18,000 keping tiket terpaksa diperuntukkan.
"Mungkin penyampaian maklumat yang kurang tepat menyebabkan penyokong beranggapan 30,000 tiket dijual di kaunter hari ini namun sebenarnya kami hanya memperuntukkan tidak sampai 10,000 tiket saja memandangkan selebihnya untuk permohonan berkumpulan, kelab gabungan, pemain, Exco KFA dan penaja," katanya.
Apapun, harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. - Siakapkeli.my
KEMASKINI
Laporan polis daripada penyokong
TMJ Kecewa, Dakwa 6,000 Keping Tiket Final Ditempah 'Orang Dalam' KFA
siakapkeli.my
Presiden FAM luahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) terhadap penyokongnya.
Kekecewaan itu diluahkan apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapati ramai penyokong yang setia ke stadium pada setiap perlawanan tidak dapat membeli tiket final Piala Malaysia pada Sabtu ini.
Jelas beliau sebaliknya individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak mendapatkan tiket melalui saluran tertentu.
"Saya dimaklumkan hingga 6,000 keping tiket telah ditempah oleh orang-orang tertentu di dalam Kedah FA. Saya amat kecewa dengan layanan Kedah FA terhadap penyokong mereka.
"Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur sahaja dan bagi orang-orang yang layak yang mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan tersebut dengan tulus," katanya.
Rabu lalu, Stadium Darul Aman kecoh apabila sebahagian besar penyokong tidak dapat membeli tiket final antara Kedah bertemua Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dikatakan telah habis dijual.
Keadaan menjadi tegang apabila penyokong mempertikaikan jumlah tiket yang dijual sama ada di kaunter atau kepada pengurusan bas penyokong.
Susulan itu, penyokong telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Tunku Ismail, situasi sebaliknya berlaku di Johor apabila beliau sebagai pemilik JDT menolak permohonan menteri besar semata-mata untuk memenuhi kehendak penyokong.
"Menteri Besar Johor memohon tiket sebanyak 1000 keping pun saya menolak permohonan tersebut. Saya hanya memberikan setakat 600 tiket sahaja.
"Saya juga dimaklumkan ada juga individu-individu di Johor yang cuba menjual tiket perlawanan akhir ini.
"Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini. Sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah tetapi jika didapati ia benar, bersedialah berjumpa dengan saya." tegas beliau.
Beliau turut menasihatkan individu tertentu supaya tidak mempolitikkan bola sepak kerna ianya milik rakyat.
Sumber - mStar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Amaran Hujan Lebat Tahap Jingga Untuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak Sehingga Hari Ini
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 5 Nov - Malaysian Meteorological Department hari ini mengeluarkan satu amaran hujan lebat yang diramalkan melanda beberapa buah negeri di negara ini pada Ahad.
Dalam satu ramalan yang dimuat naik ke Facebook, Met Malaysia berkata Negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang & Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka akan mengalami hujan lebat berserta angin kencang sehingga hari ini.
Dalam pada itu, amaran hujan lebat peringkat kuning pula dijangka berlaku di Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu.
Berikut pecahan-pecahan amaran yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Hujan lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.
SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) dan Sarawak : Bahagian Mukah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 5 November 2017.
Banjir Penang: Feri 440 Tan Terdampar Atas Darat Selepas Ditolak Oleh Ombak Kuat
siakapkeli.my
Sebuah feri 440 tan terdampar di atas pelabuhan besi hari ini selepas ditolak oleh ombak kuat yang berpunca dari angin kuat di Penang, lapor The Star.
Seorang pegawai di pelabuhan itu memberitahu The Star Online bahawa feri itu dipukul ombak sehinnga bahagian hujung feri terbabit melanggar terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim
"Pulau Pinang (nama Feri) berlabuh pada tengah malam apabila servis selesai untuk malam itu.
"Kami menyaksikan ia ditolak oleh ombak sehingga naik ke dok. Kami tidak pernah melihatnya berlaku sebelum ini" katanya sambil menambah ia mungkin mustahil untuk menolak feri itu kembali ke laut.
Tambah beliau, ombak dalam kejadian awal pagi tadi itu sangat 'luar biasa'.
Gambar banjir Pulau Pinang terkini diambil dari Menara Komtar
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KEADAAN banjir di Pulau Pinang dilaporkan bertambah buruk selepas hujan lebat turun selama lebih 15 jam sejak semalam. Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air.
Di bawah ini, gambar-gambar terkini keadaan banjir negeri itu yang diambil dari Menara Komtar, Pulau Pinang.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/gambar-banjir-pulau-pinang-terkini.html#ixzz4xXZK4BGK
Pulau Pinang Lumpuh Akibat Banjir Besar
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
BUTTERWORTH - Pulau Pinang terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran keadaan hujan lebat berterusan yang menyebabkan tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat di banyak kawasan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu turut kelihatan sebak kerana sedih dengan peristiwa yang melanda rakyat di negeri ini.
"Malam ini kita lihat satu bencana yang tidak pernah berlaku di Pulau Pinang yang mana 80 peratus negeri ini dilanda dengan angin taufan dan hujan lebat yang turun tak henti-henti.
"Saya minta rakyat kalau boleh duduk di rumah demi keselamatan, jangan keluar rumah kerana angin yang begitu kuat, pokok tumbang dan ada tanah runtuh," katanya.
Menurutnya, keadaan bertambah genting apabila air masih naik dan angin ribut masih kuat.
Guan Eng (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa banjir, pagi tadi.
"Air banjir pula naik antara 10 hingga 12 kaki tinggi melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat pemindahan banjir pula tiada bekalan elektrik.
"Pulau Pinang terpaksa minta bantuan daripada ATM," katanya.
Guan Eng berkata, beliau berjaya menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri kira-kira jam 3.30 pagi.
"Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya. Beliau berjanji akan hantar bantuan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang.
"Saya harap semua terus bersabar dan kita cuba pastikan bantuan akan sampai," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
AKHIRNYA HADI AWANG YANG BERJAYA HERET NAJIB KE MAHKAMAH
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Bila jerat sudah mengena, ramai yang tido tak lena.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari,
Ku sangka ianya politik matang, rupanya ada udang di sebalik mi.
Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.
Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200 juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.
Apatah lagi buat pertamanya kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.
Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di dalam mahkamah.
Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.
Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.
Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.
Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.
Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.
Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.
Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90 juta, tetapi juga berkenaan RM200 juta dan kaitannya dengan 1MDB.
Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.
Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200 juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.
Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyai lebih maklumat lagi?
Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?
Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.
Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.
Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah - suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.
Tahniah buat Hadi Awang. (ShahbudinHusin 05/11/2017)
FELDA - ARAH FGV - BERHENTI ATAU DI BERHENTIKAN....
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
SYARIKAT milik FELDA, Felda Global Venture (FGV) dilapor menawarkan Skim Berhenti Sukarela (VSS) kepada pegawai-pegawai atasannya bermula dari jawatan pengurus am ke atas sebagai sebahagian daripada tindakan optimasi sumber tenaga.
"Inisiatif ini perlu bermula dari atas, dan ia merupakan satu isyarat bahawa kami sedang membuat keputusan sukar bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan pemegang berkepentingan," kata presiden kumpulan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.
"Semua pengurus-pengurus, pengurus kanan dan Timbalan Presiden, termasuk saya sendiri akan melalui pemotongan elaun sebanyak 15 peratus, sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan penjimatan kos syarikat," kata Zakaria dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Syarikat itu dilapor menjangkakan seramai 15 peratus daripada 236 kakitangan tertinggi syarikat berkenaan akan menerima tawaran VSS tersebut.
Sebelum ini, dua akhbar tempatan yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan bahawa terdapat kemungkinan perubahan struktur organisasi dalam FGV dan MSM Malaysia Bhd.
Zakaria menjelaskan bahawa tidak akan ada perubahan drastik di dalam struktur pengurusan di kedua-dua FGV dan MSM Malaysia.
"Mr S Palaniappan, yang memiliki pengalaman hampir 40 tahun di dalam bidang perladangan dan Industri R&D akan kekal sebagai ketua pegawai operasi kita dalam sektor perladangan, menguruskan sawit dan aktiviti-aktiviti penyelidikan," katanya.
"Datuk Khairil Anuar Aziz merupakan ketua operasi gula dan logistik dan sektor-sektor lain dengan tambahan tugas untuk memantau sektor gula berkuatkuasa pada Januari 2018," tambahnya lagi.
Keputusan menawarkan VSS selari dengan pelan strategik FGV untuk memberikan prestasi mampan di dalam menghadapi cabaran industri dan untuk meningkatkan prestasi operasi dan kewangan perniagaan teras FGV.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/felda-global-venture-fgv-minta-pegawai.html#ixzz4xQ90sCuT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Sedang Nyenyak Tidur Tiba-Tiba Jari Rasa Basah Dan Sakit Sangat, Rupa- Rupanya
siakapkeli.my
Dipetik dari laman facebook Sya Aisyahra, wanita ini telah berkongsi pengalaman ngerinya yang digigit oleh tikus. Kejadian ini berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur dirumahnya dan gigitan tersebut telah membuatkan jarinya berdarah.
Jom sama-sama kita baca perkongsian ini.
Al-kisah jam 4 pagi tadi, tengah tidur jari rasa sakit ya amat Allah ja tahu. Dalam gelap meraba cari fon sorang-sorang, rasa macam basah.
'Ayaq apa ni?'
Bukak flash fon, Allah.. Banyaknya darah! Tak pernah jadi seumur hidup 22 tahun ni. Bangun kejut mak, cari mak dulu apa jadi pun. 'Mak, tangan cik daqah...'
'Kenapa?
'Jangan teqeyak, jom p basuh satgi mak boh minyak gamat'. Tahan sakit dalam ketakutan sementara nak pergi klinik. Urgent time ni tak boleh fikir apa dah!
Allahu pesan kak Sya untuk semua hati-hati lah dengan keselamatan kita walau dalam rumah, dalam bilik atau sedang tidur. Kadang benda nak jadi kita tak sangka-sangka kan. Dengar macam lawak tapi ni lah yang jadi pada kaksya semalam. Jari digigit tikus. Bukan main-main sayang oi tengok la darah banyak mana. Ya Allah.
Jangan anggap orang tak cuci tangan je lah yang kena la apa tau, benda nak jadi padahal cuci tangan semua kemas pun datang jugak tikus sesat-sesat terus gigit. Siapa pernah alami ja memahami. Hari ni hari orang jangan padan muka, takut esok kena batang hidung.
Jujur sakit sangat, darah menitik-nitik, berdenyut tuhan ja tahu. Sekarang Kak Sya dah ke klinik untuk injection.
Bimbangkan sebab kita tau dia haiwan bahaya dan beracun. Doakan semua dipermudahkan,
Kaksya izin share jika bermanfaat pada yang lain.
Update : Alhamdulillah dah dapat injection tetanus dari hospital. Semuanya baik-baik saja. Sharing ni untuk perkongsian, tak suka takpa tapi jangan mudah hukum orang. Moga dapat sesuatu.
Tiga Pekerja Kilang Terjatuh Dalam Tangki Simpan 750,000 Liter Diesel
siakapkeli.my
RAWANG: Tiga pekerja sebuah kilang simen dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam sebuah tangki diesel ketika tangki tersebut meletup dan terbakar, di sini, petang semalam.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan yang berusia 28 tahun, 35 tahun dan 49 tahun.
"Tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang terbabit dalam operasi memadam kebakaran, yang membabitkan 30 anggota.
"Difahamkan ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.
"Kebakaran berjaya dipadamkan selepas 30 minit dan sehingga kini, kita dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa,"
Jelas Mohd Sani, kerja mengeluarkan mangsa dari tangki berkenaan memerlukan masa yang agak panjang berikutan pihak kilang terpaksa memindahkan minyak diesel daripada tangki tersebut.
"Buat masa ini, kita perlu mengeringkan tangki terbabit terlebih dulu, yang mengandungi kira-kira 750,000 liter diesel.
"Apabila tangki kering, barulah kita boleh keluarkan mangsa," katanya.
Sumber- Berita Harian
Doktor Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Gagal Dihubungi Tunangnya
siakapkeli.my
Selepas gagal dihubungi beberapa hari, seorang daoktor lelaki akhirnya ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Mohd Muaz Mohd Sabri, 30-an, ditemui pada pukul 10.40 malam selepas anak pemilik bilik sewa itu berjaya membuka pintu bilik yang disewakan itu.
Mangsa yang dipercayai meninggal beberapa hari lalu berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas gagal dihubungi oleh tunangnya sebelum memohon pertolongan pemilik bilik sewa tersebut mencarinya.
Menurut laporan, mangsa dan tunangnya yang bertugas sebagai doktor juga di hospital yang sama sebelum ini diserang keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di pasar malam di Kuala Ibai.
Akibat keracunan tersebut, tunang mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital, namun mangsa yang enggan dirawat memilih untuk berehat di bilik sewanya sahaja.
Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian setelah dihubungi oleh pemilik bilik sewa itu mendapati mayat mangsa sudah berbau dan dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar memaklumkan ada menerima laporan bersabit penemuan mayat doktor tersebut.
Katanya lagi, pihak polis mengklafikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
Sumber : myMetro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Mana Kau Nak, Pulanglah'
siakapkeli.my
Kehilangan seorang penuntut Kolej Komuniti Kulim mencetuskan kebimbangan keluarganya kerana sudah hampir sebulan tiada khabar berita mengenainya.
Pada 5 Oktober lalu, Siti Nor Fatihah Hussin, 19, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Terap, Kulim, Kedah.
Menurut bapanya, Hussin Kamarauddin, 46, anaknya itu keluar dari rumah pada hari berkenaan untuk menghadiri latihan praktikal di restoren di Kulim Hi-Tech, ketika ditemui di kampungnya di Tanah Kebun, Parit Buntar.
"Pada malam 5 Oktober lalu, dia ada menghantar pesanan ringkas memberitahu akan pulang dalam masa terdekat, namun dua hari kemudian dia masih tidak pulang ke rumah, justeru kami membuat laporan polis mengenai kehilangannya.
"Lebih membimbangkan kami apabila telefon bimbit dan akaun Facebook miliknya juga tidak lagi aktif membuatkan kami bimbang keselamatannya,
Tambahnya lagi, pada hari kejadian anaknya itu keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis SYM Bonus berwarna biru dengan nobor pendaftaran PMN 3789.
Keluarganya sudah puas mencari di merata tempat termasuklah tempat latihan praktikal dan kolejnya belajar, namun tidak menemui sebarang jawapan.
Oleh itu, Hussin memohon bantuan orang ramai yang mengetahui atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan anaknya agar dapat melaporkan segera ke mana-mana balai polis atau menghubunginya di talian 013-4764846.
"Kakak, mana kau nak (anak) pulanglah, kami rindu dan sayang kamu," rayunya.
Sumber : myMetro
Pelajar Mengakui Rancang Bom Festivel Beer, Sepatutnya Duduki STPM Esok
siakapkeli.my
Kota Bharu - Seorang pelajar tingkatan 6 yang dipercayai merancang serangan ke atas Better Beer Festival mengaku bersalah di mahkamah sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dua biji bom
Lelaki berusia 19 tahun itu turut berhadapan dengan empat pertuduhan lain yang berkaitan dengan penglibatan dalam kumpulan pengganas Daesh.
Tertuduh yang sepatutnya menduduki STPM esok didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki dua butir bom 'improvised explosive device' buatan sendiri di sebuah rumah di Pasir Puteh, pada jam 6.05 petang, 10 Oktober lalu.
Pelajar itu turut didakwa memberi latihan menerusi WhatsApp; hadir di tempat latihan pengganas; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas serta memiliki gambar, video dan dokumen bersabit kumpulan pengganas tersebut.
Tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan terhadap keempat-empat tuduhan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Suspek Kes Samun Dan Rogol Pelajar Universiti Di Shah Alam Berjaya Ditahan Polis
siakapkeli.my
Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek yang terbabit dalam kes samun dan rogol seorang penuntut universiti tempatan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang pada jam 4 pagi tadi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kes itu yang dilakukan berseorangan dan dia bekerja sambilan sebagai pemandu perkhidmatan Grab Car.
"Kita merampas sehelai baju hitam dan seluar jeans biru, sebilah pisau, sepasang kasut merah, telefon bimbit jenis Samsung J2 Prime milik mangsa dan juga sebuah kenderaan jenis Proton Saga serta kunci," katanya.
Shafien Mamat turut menambah bahawa suspek akan ditahan reman selama 7 hari sehingga 9 November.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.
Menurut rekod, penuntut universiti berusia 22 tahun itu diperdaya oleh seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan jalan dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu.
Ketika kejadian, mangsa sendirian dan baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam menghala ke sebuah hentian bas sebelum dihampiri lelaki tersebut.
Suspek kemudiannya berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum bertindak mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7.
Selepas memberhentikan kereta di kawsan gelap, mangsa telah dirogol serta disamun. Mangsa turut kerugian wang tunai sebanyak RM 100 serta telefon bimbit. Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk turun daripada kereta.
Sumber : myMetro
Pelajar Universiti Disamun Dan Dirogol Ketika Cuba Bantu Lelaki Tanya Arah Jalan
siakapkeli.my
SHAH ALAM: Seorang gadis berusia 22 tahun yang juga penuntut sebuah IPTA dirogol dan disamun selepas diperdaya oleh seorang lelaki yang berpura-pura bertanya arah, Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika gadis yang baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam, berjalan berseorangan menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.
Beliau berkata, suspek yang berusia lingkungan 20an itu berpura-pura bertanya arah jalan kepada mangsa sebelum melakukan jenayah itu.
"Pada masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7.
"Selepas memberhentikan kereta di kawasan gelap suspek merogol mangsa.
"Suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit mangsa sebelum mengarahkan mangsa turun dari kereta.
"Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 selepas kejadian dan kes berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.
Sumber- Harian Metro
Lagi Kes Tapir Mati, Axia Terbalik Dan Berpusing Langgar Tapir Seberat 100kg
siakapkeli.my
Seekor tapir seberat 100 kilogram mati dilanggar Perodua Axia, di Plaza Tol Chukai, jam 6.15 pagi, hari ini.
Kejadian berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dipercayai tapir cuba melintas jalan selepas keluar dari kawasan hutan sebelum dilanggar kereta tersebut.
Menurut sumber, kereta dinaiki empat lelaki berpusing sebelum terbalik.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Sabari Taib, sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.
Jelasnya, sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tapir itu dilanggar kereta dinaiki empat individu.
"Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit berpusing dan terbalik, bagaimanapun semua mangsa iaitu Mohd Syawal Rashid, 26, Mohd Hanif Ghazali, 25, Mohd Al Hakim Johari, 24, dan Mohd Nazri Mohd Nuri, 22, hanya cedera," katanya.
"Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati semua mangsa sudah berada di luar kenderaan. Anggota bomba kemudian mengalihkan bangkai tapir itu ke tepi lebuh raya bagi mengelakkan ia daripada dilanggar kenderaan lain," tambahnya.
Kesemua mangsa berkerja di Johor Bahru dikatakan dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung mereka di Kelantan.
"Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Sumber - Harian Metro
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, October 29, 2017 10:56 PM
Subject: Fw: Tapir & dipanggang di atas api.
Ada Bahagian Badan Tapir Telah Dicuri, Pelaku Akn Didenda
siakapkeli.my
Seekor tapir mati berpunca penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai telah menyebabkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) tampil menegaskan bahawa mereka memandang serius perkara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati.
Menurutnya, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi PERHILITAN .
"Kematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar dihabitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini.
"Bagaimanapun, punca kematian akan ditentukan melalui bedah siasat yang akan dijalankan," katanya.
Jelas Abdul Kadir, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu berikutan mendapati ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong.
Tambahnya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 pagi, di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, semalam.
Sumber - Harian Metro
Tiga Maut, Lori Bertembung Dengan Sebuah Treler
siakapkeli.my
SEGAMAT: Sebuah lori bertembung dengan sebuah treler menyebabkan tiga maut dan dua cedera di Jalan Pulapol (Jalan Pintasan Segamat), di sini, petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan pemandu lori, Rahmani Warni, 58, bersama dua penumpang iaitu Amir Hassan, 30 dan Eriman Yaatim meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Manakala pemandu treler, M Abimanan, 27 dan penumpangnya, S Rajeswary, hanya cedera ringan.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila lori berkenaan yang dari arah Batu Anam ke Bandar Segamat hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
"Pemandu treler cuba mengelak ke bahagian kanan jalan, namun tidak berhasil .
"Siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan selekoh dengan lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar.
"Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan berat terbabit remuk," katanya.
Jelas Raub, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasa, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Segamat untuk pemeriksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber- Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ini Tarikh Petunjuk PRU14
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin
Ini Tarikh Petunjuk PRU14. Kes Selangor terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan persempadanan baharu pilihan raya adalah petunjuk bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dan tempoh itu bergantung pada peringkat akhir kes tersebut.
Ada dua senario yang akan berlaku dan kedua-duanya bergantung atas apa yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.
Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan SPR boleh meneruskan peringkat akhir usaha menetapkan sempadan kawasan pilihan raya yang dimulakan pada 2016.
Ini Tarikh Petunjuk PRU14. Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menuduh Barisan Nasional (BN) memperalatkan tugas SPR melukis semula kawasan pilihan raya itu, yang juga dikenali sebagai persempadanan.
Mereka mendakwa cadangan persempadanan semula itu tidak adil dan akan mewujudkan lebih banyak kawasan Parlimen majoriti Melayu, yang berpecah dari segi etnik.
Ahli Parlimen PH Dr Ong Kian Ming mendakwa cadangan persempadanan semula SPR itu bertujuan memberi kelebihan kepada BN dalam usaha parti pemerintah itu menawan semula Selangor pada PRU14.
PH cuba menangguhkan proses itu dengan mengemukakan saman terhadap SPR melalui kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh parti-parti PH.
Keputusan mahkamah pada Isnin itu satu kekalahan pada PH. Sekiranya Selangor tidak memajukan kes itu ke Mahkamah Persekutuan, SPR boleh mengemukakan laporan persempadanan semula tersebut kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Ini Tarikh Petunjuk PRU14
Najib kemudian akan membentangkannya di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sehingga 30 November ini.
Persempadanan semula hanya memerlukan majoriti mudah 111 ahli Parlimen untuk diluluskan, kata pengkaji politik, Dr Wong Chin Huat.
BN mempunyai 132 ahli di Dewan Rakyat.
Menurut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, apabila cadangan itu diluluskan di Dewan Rakyat, ia perlu diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong – proses yang lazimnya mengambil masa tidak sampai seminggu.
Apabila perkenan diperoleh, persempadanan semula itu boleh digunakan pada PRU14. BN boleh mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa selepas awal Disember.
Dalam senario kedua, PH melalui kerajaan negeri Selangor mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insight difahamkan kerajaan negeri Selangor sedang menimbang untuk memilih jalan ini.
Apabila Selangor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, ia boleh sekali lagi menangguhkan kerja SPR dan suruhanjaya itu perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum boleh meneruskan proses persempadanan semula.
Kes di Mahkamah Persekutuan lazimnya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan, kata seorang peguam perlembagaan yang mahir dengan proses di mahkamah itu.
Ini Tarikh Petunjuk PRU14
Sebagai ketua BN, Najib tidak akan dapat mengemukakan persempadanan yang baharu pada persidangan Dewan Rakyat sekarang.
Seandainya Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan yang memihak kepada SPR pada tahun depan, PH tidak lagi ada ruang untuk menangguhkan proses persempadanan semula itu.
SPR kemudiannya nanti boleh menyerahkan dokumen persempadanan semula kepada Najib yang boleh membentangkannya di Dewan Rakyat pada persidangan Mac hingga April nanti.
Proses persempadanan semula ini tidak semestinya menguntungkan BN, kata Wong dari Institut Pulau Pinang.
"Persempadanan semula boleh menjadikan keadaan lebih bergolak. Sekiranya ada sedikit saja perubahan sentimen, BN boleh menang besar atau boleh juga kalah besar."
Ini tergambar pada PRU 2008, undi Umno merosot 30% tetapi ia hilang 70% kerusinya.
Ini Tarikh Petunjuk PRU14. "Jadi dengan persempadanan semula BN mempertaruhkan harapan untuk dapat semula majoriti dua pertiga di Parlimen, sekiranya ia bernasib baik. Sekiranya tidak, dan sekiranya pembangkang bersatu, ia boleh hilang kuasa." - MI
PERSEMPADANAN SEMULA SPR: BN BOLEH MENANG ATAU HILANG KUASA
bloglist-malaysia.
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Persempadanan semula SPR: BN boleh menang atau hilang kuasa
Posted By: Pentadbiron: November 02, 2017 Print EmailKes Selangor terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan persempadanan baharu pilihan raya adalah petunjuk bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dan tempoh itu bergantung pada peringkat akhir kes tersebut.
Ada dua senario yang akan berlaku dan kedua-duanya bergantung atas apa yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.
Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan SPR boleh meneruskan peringkat akhir usaha menetapkan sempadan kawasan pilihan raya yang dimulakan pada 2016.
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menuduh Barisan Nasional (BN) memperalatkan tugas SPR melukis semula kawasan pilihan raya itu, yang juga dikenali sebagai persempadanan.
Mereka mendakwa cadangan persempadanan semula itu tidak adil dan akan mewujudkan lebih banyak kawasan Parlimen majoriti Melayu, yang berpecah dari segi etnik.
Ahli Parlimen PH Dr Ong Kian Ming mendakwa cadangan persempadanan semula SPR itu bertujuan memberi kelebihan kepada BN dalam usaha parti pemerintah itu menawan semula Selangor pada PRU14.
PH cuba menangguhkan proses itu dengan mengemukakan saman terhadap SPR melalui kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh parti-parti PH.
Keputusan mahkamah pada Isnin itu satu kekalahan pada PH. Sekiranya Selangor tidak memajukan kes itu ke Mahkamah Persekutuan, SPR boleh mengemukakan laporan persempadanan semula tersebut kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Najib kemudian akan membentangkannya di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sehingga 30 November ini.
Persempadanan semula hanya memerlukan majoriti mudah 111 ahli Parlimen untuk diluluskan, kata pengkaji politik, Dr Wong Chin Huat.
BN mempunyai 132 ahli di Dewan Rakyat.
Menurut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, apabila cadangan itu diluluskan di Dewan Rakyat, ia perlu diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong – proses yang lazimnya mengambil masa tidak sampai seminggu.
Apabila perkenan diperoleh, persempadanan semula itu boleh digunakan pada PRU14. BN boleh mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa selepas awal Disember.
Dalam senario kedua, PH melalui kerajaan negeri Selangor mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insight difahamkan kerajaan negeri Selangor sedang menimbang untuk memilih jalan ini.
Apabila Selangor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, ia boleh sekali lagi menangguhkan kerja SPR dan suruhanjaya itu perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum boleh meneruskan proses persempadanan semula.
Kes di Mahkamah Persekutuan lazimnya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan, kata seorang peguam perlembagaan yang mahir dengan proses di mahkamah itu.
Sebagai ketua BN, Najib tidak akan dapat mengemukakan persempadanan yang baharu pada persidangan Dewan Rakyat sekarang.
Seandainya Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan yang memihak kepada SPR pada tahun depan, PH tidak lagi ada ruang untuk menangguhkan proses persempadanan semula itu.
SPR kemudiannya nanti boleh menyerahkan dokumen persempadanan semula kepada Najib yang boleh membentangkannya di Dewan Rakyat pada persidangan Mac hingga April nanti.
Proses persempadanan semula ini tidak semestinya menguntungkan BN, kata Wong dari Institut Pulau Pinang.
"Persempadanan semula boleh menjadikan keadaan lebih bergolak. Sekiranya ada sedikit saja perubahan sentimen, BN boleh menang besar atau boleh juga kalah besar."
Ini tergambar pada PRU 2008, undi Umno merosot 30% tetapi ia hilang 70% kerusinya.
"Jadi dengan persempadanan semula BN mempertaruhkan harapan untuk dapat semula majoriti dua pertiga di Parlimen, sekiranya ia bernasib baik. Sekiranya tidak, dan sekiranya pembangkang bersatu, ia boleh hilang kuasa."
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Nov 6, 2017 7:14 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
PDRM Beri Pejelasan Isu Saman Perangkap Had Laju Didakwa Tiada Papan Tanda
siakapkeli.my
Gara-gara tidak berpuas hati dikenakan saman perangkap had laju ketika melalui Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil yang baharu dinaiktaraf, netizen meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook sehingga menjadi tular.
Rata-rata pengguna laman sosial mengakui tindakan menyaman tidak wajar dilakukan memandangkan tiada papan tanda amaran atau had laju dipasang di jalan sepanjang 17 kilometer berkenaan.
Beberapa video dimuat naik oleh orang awam dengan mendakwa tiada sebarang amaran atau peringatan sedangkan tindakan penguatkuasaan polis trafik terus dilakukan sehingga menyebabkan ramai menjadi mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2017, sebanyak 339 kes kemalangan dilaporkan dan lima kemalangan maut dilaporkan sepanjang jalan terbabit.
Menurutnya, kekerapan rondaan dan op had laju telah dimulakan pertengahan Oktober lalu bertujuan mengurangkan kemalangan dan peringatan kepada pengguna.
Pihaknya juga menjelaskan bahawa terdapat 4 tanda amaran had laju 60 km/jam di sepanjang lokasi jalan Sungai Petani/ Kuala Ketil.
"Lokasi op pandu laju yang dibuat juga adalah berdekatan dengan kawasan sekolah iaitu lebih kurang 30 meter dari Sek Jenis Keb (T) Ladang Kuala Muda dan 100 meter dari simpang Kampung Jerung. Juga terdapat 2 tanda amaran di kiri dan kanan jalan (awas kenderaan ladang melintas)," katanya.
"Zon operasi juga merupakan jalan berkembar dan diletakkan tanda amaran zon operasi kamera sebelum operasi di buat."
Sementara itu, beliau juga menasihati orang kena saman (OKS) yang tidak bersetuju dengan saman yang dikeluarkan boleh membuat rayuan atau pembelaan di mahkamah.
Datuk Asri Yusoff turut mencadangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kuala Muda untuk menambahkan lagi papan tanda amaran 60 km di tempat yang sesuai untuk memberi panduan kepada pengguna jalan raya.
Sumber - Sinar Harian, Polis Kedah
Pemilik kena kompaun RM1,000 letak kenderaan atas padang
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
TERSEBAR gambar-gambar berkaitan sejumlah pemilik kenderaan yang setiap satu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di atas padang Taman Indah Perdana, Kepong, Kuala Lumpur.
Kelihatan di dalam gambar, pelbagai jenis kenderaan termasuk lori, kereta, van dan pacuan empat roda diletakkan di lokasi padang tersebut.
Berdasarkan surat yang diterima oleh salah seorang pemilik kereta, kompaun berjumlah RM1,000 itu dikenakan mengikut Peruntukan Undang-undang Kecil Taman (MPS) 2006.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, di media sosial. Ada yang terkejut dengan jumlah kompaun yang disifatkan begitu mahal dan mencekik leher.
Namun segelintir lagi menyokong tindakan itu dan menganggap ia sebagai langkah pencegahan kerana perbuatan meletakkan kenderaan di atas padang dikatakan sesuatu yang melampau dan tiada kesedaran sivik.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/pemilik-kena-kompaun-rm1000-letak.html#ixzz4xHFyA98b
Selepas RNAA Dilaksanakan, KTMB Perlu Menyewa Landasannya.. - Adakah Ini Wajar?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Berikut dibawah ialah jawapan menteri kepada Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming apabila ditanya tentang pelaksanaan RNAA dan kos yang perlu ditanggung KTMB selepas perjanjian RNAA dimuktamadkan oleh kesemua pihak yang terlibat.
Oleh : Razak
RNAA/ MANGSANYA RAKYAT@ NETIZEN,
PENGHAPUSAN "PERKHIDMATAN SOSIAL", KEMENTERIAN PENGANGKUTAN GAGAL, PENGANGKUTAN AWAM SURAM!
RUM telah menilai dari sudut penyewaan semua yang dikatakan milik RAC akan menghakibatkan kos tambang akan dinaikkan, dalilnya setiap pengunaan Landasan, Lokomotif, Koc, Set ETS, SCS, KOMUTER, Wagon, Bangunan Pejabat, Stesen-stesen, Elektrifikasi, Semboyan, OMC, Kuarters dan lain-lain perlu dibayar sewa kepada RAC.
Manakala Kos Kargo KTMB juga akan dinaikkan dengan kadar komersial, kewujudan Second Operator atau Multiple Operator sudah pasti akan meletakkan kos kargo mengikut harga pasaran, kerana tujuan kewujudan Second atau Multiple Operator yang dikendalikan oleh Syarikat Swasta berasaskan "keuntungan".
Implikasi kepada kenaikan ini akan melibatkan kos harga barang yang mengunakan pengangkutan Kargo Rel pasti akan meningkat maka mangsanya adalah Rakyat, ini akan menghakibatkan kos sara hidup akan meningkat.
Dimanakah "PERKHIDMATAN SOSIAL?", sekiranya RNAA dilaksanakan maka idea yang dicetus ini adalah langkah awal untuk menghapuskan "PERKHIDMATAN SOSIAL", adakah ini hasrat Menteri Pengangkutan untuk mewujudkan idea yang boleh membebankan Rakyat.
Jangan putar belit wahai YB Menteri Pengangkutan, RUM berani berdebat kerana RUM mempunyai hujah yang munasabah, malah dalam kenyataan YB Menteri Pengangkutan mewujudkan RNAA untuk menghapuskan hutang adalah "sandiwara", RUM nak tanya YB Menteri Pengangkutan kenapa KTMB berhutang dan tidak mampu meraih keuntungan? Adakah salah KTMB?
Apa yang YB Menteri Pengangkutan lakukan untuk memastikan KTMB mampu dipulihkan? Hanya sekadar idea RNAA? Malulah YB, Malu kalau seorang "KULI" mampu mempertikaikan idea YB, kalau begini, maksudnya YB Menteri Pengangkutan tidak layak duduk jawatan Menteri atau semua yang duduk.di Kementerian Pengangkutan perlu ditamatkan perkhidmatan, kerana bukan sahaja gagal dalam pengangkutan rel malah gagal dalam pengangkutan darat dan udara.
Maknanya kedudukan Pengangkutan di negara ini makin suram dengan kegagalan Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh YB Menteri Pengangkutan malah pada Tim Menteri Pengangkutan yang mengatakan kepada saya sendiri selaku Presiden RUM beliau mempunyai Master Of Business, RUM dengan ini mencabar keupayaan idea Master Of Business dari sudut RNAA.
RUM hanya seorang "KULI" malulah kalau tak berani berdepan, kalau dengan seorang "KULI" yang tiada pelajaran mampu berdebat maka yang duduk diatas itu sekadar "PERABIS BERAS" dan menyusahkan rakyat.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/11/selepas-rnaa-dilaksanakan-ktmb-perlu.html#ixzz4xHImxOYF
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment