Wednesday, February 28, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4901[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4901

Messages

Wed Feb 28, 2018 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Yang Ini Lim Kit Siang & Pimpinan Amanah (Pan) Tak Faham Kenapa Perlu Undang-Undang Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

BANDA ACEH: Dua penganut Kristian di Aceh memilih menjalani hukuman sebat di khalayak ramai mengikut undang-undang syariah wilayah itu bagi mengelak dibicarakan di mahkamah dan berkemungkinan dihukum penjara.

Dahlan Silitonga, 61, dan seorang wanita, Tjia Nyuk Hwa, 45, yang didapati bersalah bermain permainan video berunsur judi di kafe siber, masing-masing menjalani hukuman sebat enam dan tujuh kali, semalam.

Penduduk bukan Islam di Aceh yang melakukan kesalahan mengikut undang-undang kerajaan dan syariah boleh memilih dihukum mengikut satu daripada sistem terbabit.

Dahlan dan Tjia antara lima pesalah, termasuk satu pasangan yang berkhalwat menjalani hukuman sebat, semalam.

"Hukuman di khalayak ramai ini bagi mengelak orang ramai mengulangi kesalahan," kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman.

Hukuman sebat itu dilakukan di atas pentas luar sebuah masjid dan disaksikan kira-kira 300 orang.
Namun, ia turut mengundang ejekan penonton sementara Tjia Nyuk Hwa cuba menyembunyikan wajahnya dengan kain.

Januari lalu, seorang penganut Kristian disebat kerana menjual arak di wilayah dihuni lima juta orang dengan 98 peratus beragama Islam.

XOXO - Orang bukan Islam di Aceh mahami hukuman rota dikhalayak ramai adalah hukum mendidik dimana bukan untuk sakit seperti undang2 barat. Malah jika dipenjara siapa nak urus keluarga. Sebenarnya banyak kelebihan undang2 Islam. masalahnya di Malaysia bukan Islam tak faham kerana ada orang Islam bodoh mengelirukan mereka, kononnya kita belum bersedia....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Bila Pula Wan Saiful masih Ahli PAS? Nak bodohkan pembaca ke?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang baru-baru ini melepaskan jawatan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menyertai PPBM.

Berdasarkan jemputan sidang media parti itu, ahli PAS seumur hidup mengikut berita psywar HARAPAN itu akan dialu-alukan secara rasmi sebagai ahli PPBM Khamis ini.

Wan Saiful, yang mengasaskan Ideas, sebelum ini enggan mengesahkan spekulasi mengenai langkah menceburi politik kepartian.

"Tetapi saya melihat langkah seterusnya sebagai langkah yang perlu saya ambil sekarang atau saya akan menyesal selama-lamanya," katanya.

"Sekarang masa untuk mengambil risiko yang sama sekali lagi, untuk membawa keghairahan yang sama kepada penonton yang lebih luas."

Ideas dirasmikan pada 2010 dan merupakan idea asal Wan Saiful bersama dengan putera Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad.

Orang mungkin tak kenal siapa Wan Saiful.

Wan Saiful dalah pembela Sister in islam walaupun dia tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.

Dia terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai "ahli seumur hidup" (sekarang ahli sepanjang hayat) pada 1997.

Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia terpecat dari PAS secara sendirinya kerana menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007.

Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?? Perlembanggan Malaysia pun Wan Saiful bahas dan tentang. Misalnya dia antara yang lantang menyerang Perkara 153 dalam perlembangaan. Dia nak mansuh perkara 153 ini yang memberikan keistimewaan kedudukan orang Melayu.

Sepatutnya Wan Saiful masuk DAP bukan Bersatu.

XOXO - Nampak sangat pemberitaan di akhbar pro pembangkang cuba merosakkan Imej PAS dengan mengaitkan Wan Saiful yang dah lebih 20 tahun meninggalkan PAS.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Mahkamah Persekutuan: Mahkamah sivil tak boleh bicarakan kes murtad

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

Berita Terkini

 

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan bahawa empat orang yang ingin membatalkan status agama Islam mereka tidak boleh melakukannya melalui mahkamah sivil.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Mahkamah Persekutuan diminta membuat keputusan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak boleh mendengar kes murtad yang tidak diperuntukkan secara nyata dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak "tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad" oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden - Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara - mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu - seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf - memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413583#5JSSUDZG4LxL7CdI.99

Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -27/02/18 –Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian gagal membawa kes empat orang muslim yang mahu murtad ke mahkamah sivil apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai hak untuk membicarakan kes murtad.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Pengerusi PKR Sarawak itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak "tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad" oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden – Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara – mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu – seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf – memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Mereka adalah Syarifah Nooraffyzza Wan Hoosen, Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, Salina Jau @ Salina Jau Abdullah dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dari Jam 6 Petang Hingga 11 Malam, Kami Suami Isteri Hidup Tanpa Smartphone" Pesanan Penting Untuk Ibu Bapa Jika Sayangkan Keluarga
siakapkeli.my

Fenomena ketagihan telefon pintar boleh dilihat di mana-mana. Pendek kata apa saja perkara yang dilakukan pasti smartphone tidak boleh berenggang walau sekejap. Waktu makan mata tidak lepas dari memandang telefon, waktu malam apatah lagi. Bagi yang bekeluarga, anak-anak pasti terkesan. Ibu bapa sibuk dengan telefon sepanjang malam, hingga kasih sayang anak-anak terabai. Realiti sebenar dalam masyarakat.

Cuba belajar menjauhkan diri dari gajet merupakan satu pendekatan yang baik jika tidak mahu keadaan bertambah parah. Paksa diri untuk belajar 'menyimpan' gajet kesayangan jika mahu setiap waktu yang dilalui bersama insan sekeliling berkualiti. Ini akan membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerja-kerja lain yang juga memerlukan perhatian sepenuhnya terutamanya masa berharga bersama anak-anak.

Kaedah yang dikongsikan oleh Mawaddah MN seperti yang tular di laman facebook ini ada betulnya. Jadual yang diatur sendiri bersama suami iaitu larangan memegang smartphone pada tempoh waktu 6 petang hingga 11 malam sebagai ''waktu bersama keluarga'' yang tidak boleh diganggu. Dalam tempoh ini dia dan suami akan memberikan 200% perhatian hanya untuk anak-anak.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Ibu bapa di luar sana boleh cuba mengaplikasikan kaedah ini untuk meningkatkan mutu kehidupan bekeluarga. Pilihan di tangan anda. Semoga bermanfaat.

Saya dan suami sedang menjalani terapi di rumah yang sedang kami aturkan sendiri. Sudah seminggu menempuhi jadual baru kehidupan. Jam 6.00 petang hingga 11.00 malam, hidup tanpa smartphone.

Dilarang memegang smartphone walau dengan apa jua alasan. Baca facebook, buat posting baru dalam facebook, baca berita, cari bahan, tengok video ceramah, business online dan membaca serta membalas whatsapp. Semuanya dilarang sama sekali!

Jam 6 petang adalah waktu puncak anak-anak bersedia untuk mandi dan bersedia untuk memulakan aktiviti malam seperti solat berjemaah, baca iqra' atau al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah. Kami ibu bapa wajib memberikan fokus 200% kepada aktiviti anak-anak.

Penggunaan smartphone termasuklah handphone, tablet, iphone dan sebagainya walaupun dengan alasan yang dianggap penting seperti menyiapkan tugasan kerja atau menjawab whatsapp dan telegram untuk business online misalnya, ianya mengganggu kosentrasi tanggung jawab ibu atau ayah di rumah. Kadangkala, membaca berita itu tidak sempat di waktu siang. Saat tiba di rumahlah, tangan kami mencapai handphone lalu dibaca satu demi satu berita mutakhir hari ini.

Tetapi terlupa bahawa anak-anak di rumah perlukan perhatian mama dan baba, ummi dan abi, ibu dan daddy atau mommy dan papa. Ralitnya ibu bapa mengadap handphone ketika baru sahaja tiba di rumah akan membentuk satu perasaan tidak berpuas hati di kalangan anak-anak kerana perhatian kepada mereka sudah jatuh nombor 3. Pertama handphone, kedua handphone, ketiga barulah mereka.

Oleh yang demikian, langkah ini diharapkan menjadi titik tolak kepada perubahan hidup yang lebih berkualiti. Waktu selepas Maghrib, saya dan suami 200% akan bersama anak-anak. Kadang-kadang keluar makan bersama tanpa membawa handphone. Saya pula tinggalkan handphone saya terus di rumah. Bye bye selphie dengan anak-anak. Good bye snap photo makanan dan hidangan. Cukuplah satu handphone dibawa oleh suami sebagai persediaan sebarang hal kecemasan.

Selepas jam 11 malam, barulah kami boleh memeriksa segala macam applikasi termasuklah fb, instagram, whatsapp dan menziarahi laman-laman website yang diwajibkan baca bagi mengetahui berita dan isu negara terkini.

Memandangkan masa sudah di penghujung malam, biasanya hanya sekejap saja kami melakukan aktiviti itu kerana pastinya sudah kepenatan seharian bekerja dan melayan kerenah anak-anak. Sesekali saya terlelap ketika menaip kisah untuk dibuat post di facebook. Mujurlah ada ruang pagi keesokan harinya yang agak panjang sebelum ke sekolah untuk menulis ketika anak-anak sekolah rendah kesemuanya sudah ke sekolah.

Saya menulis pada waktu malam sedikit, kemudian menyambung kisah atau coretan itu di awal pagi keesokan harinya. Waktu sebelum Subuh atau sebaik sahaja menyempurnakan Solat Subuh adalah waktu yang sangat segar untuk menulis (saya guru sesi petang). Namun, saya tidak boleh berlama-lama kerana perlu menyiapkan anakanda ke sekolah PASTI pula.

Aktiviti menulis saya bukanlah penting sangat. Tetapi saya memilih menulis di facebook sebagai medium pengantara saya dengan rakan-rakan dan masyarakat. Ia juga merupakan medan dakwah yang boleh saya manfaatkan. Paling utama, supaya saya mempunyai aktiviti sosial yang bagi menghilangkan tekanan di tempat kerja yang semakin mengasak dari hari ke hari. Saya tidak mahu tekanan di tempat kerja merosakkan mood dan emosi serta pemikiran positif yang selalu saya terapkan selama ini. Saya menerimanya sebagai cabaran yang wajib ditempuhi sebagai satu pengalaman hidup yang manis untuk dikenang di hari tua. (Itupun kalau sempatlah)

Dunia ini terlalu pantas menerima kemajuan dan kecanggihan. Pun begitu, manusia mempunyai hak menyusun atur hidup ini supaya tidak menjadi mangsa kehidupan di era manusia sudah semakin hilang pertimbangannya.

Doakan perubahan jadual ini akan menjamin kualiti hidup kami sekeluarga.

Firman Allah Taala:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri." QS 13:11

*Minggu pertama terapi ini, ada juga lompongnya. Bunyi whatsapp masuk dan notification fb menggugat keimanan jua. Ada juga terbabas jawab sebab terlupa. Selepas ni saya perlu silentkan semuanya sebagai langkah berhati-hati di fasa permulaan mengubah kualitu hidup ke arah yang lebih baik.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Berniaga Tudung Di Tempat Yang Haram, Haramlah Jadinya" - Mufti Perak

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan selebriti, Neelofa supaya bertaubat susulan tindakannya menganjurkan majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara pada Isnin.

Malah Harussani turut menasihatkan semua pengunjung beragama Islam yang hadir pada majlis itu untuk sama-sama bertaubat kerana mendekati tempat maksiat.

"Kalau dah tempat tu ada tari-menari dan kelab malam, selalunya ia adalah tempat maksiat. Maka, ia tidak seharusnya dikunjungi oleh sesiapa pun yang beragama Islam.

"Walau apapun tujuannya sama ada ia untuk berniaga atau mempromosikan barangan... tetap tidak boleh," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Harussani Zakaria.
Harussani berpandangan bahawa tindakan umat Islam 'menghidupkan' kelab malam dengan penganjuran majlis sebagai bersubahat dengan tempat maksiat.

"Haram hukumnya. Dia bersubahatlah kerana 'menghidupkan' kelab malam tu. Berniaga tudung di tempat yang haram, haramlah jadinya," katanya sambil menegaskan bahawa kelab malam lazimnya merupakan tempat yang tidak baik dan mendorong kepada perbuatan maksiat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua umat Islam perlu berhati-hati dalam mencari sumber pendapatan yang halal.

"Saya nasihatkan supaya kita berhati-hati. Biar kita mencari nafkah secara halal, janganlah kita melibatkan dengan perkara-perkara yang melanggar syarak.

"Wajib dia (Neelofa) bertaubat. Semua, siapa saja yang berada pada majlis itu di kelab malam," kata Harussani.

Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara.
Malahan, wanita bertudung yang menari dengan aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa turut dikecam hebat.

Menerusi sidang media pada pelancaran tersebut yang berlangsung pada Isnin malam, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema.

Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, langkah selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya itu di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.

Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.

Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan beri 3 nasihat kepada Neelofa

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan memberi Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, tiga nasihat berikutan tindakannya melancarkan koleksi tudung terbarunya, BeLofa di Zouk, malam kelmarin.

Muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perkara pertama adalah tanyalah ulama sebelum bertindak; kedua, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan ketiga, carilah rezeki diberkati ALLAH SWT.

Menurutnya, di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan, selain bimbang tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan, asalkan bertudung.

"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasil keberkatan.

"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah sebenarnya membebaskan wanita dari penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan bersyariat," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, pada hari ini sebenarnya sangat sukar bertudung sambil memelihara perilaku dan adab kesopanan, sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.

"Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi hendak kita cari di dunia ini?," katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak membesarkan isu itu sehingga memalukan, mengaibkan dan memberi fitnah..

"Semoga amar ma'ruf dan nahi mungkar dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

"Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai 'wanita besi' dan 'gergasi' dalam perniagaan dan kerjaya," katanya.

Surat mufti buat Hajah Neelofa

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Hajjah Neelofa berada dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafakkan setinggi kesyukuran ke atas-Nya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat.

Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.

Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut.

Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

Matlamat tak halalkan cara

Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.

Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi.

Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan.

Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam: Matlamat tidak menghalalkan cara.

Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip.

Hayati syariat Islam

Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. Insya-Allah itulah yang terbaik.

Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar makruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai "wanita besi" dan "gergasi" dalam perniagaan dan kerjaya.

Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam.

Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya.

Kami noktahnya disini 3 perkara:

a.. Tanyalah ulama' sebelum bertindak
b.. Sentiasa memelihara imej wanita bertudung
c.. Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Pelancaran Tudung Di Kelab Malam Haram, Pelaku Dan Semua Terlibat Berdosa, Wajib Bertaubat - Imam Muda Fakhrul
siakapkeli.my

Kontroversi yang tercetus berikutan seorang ikon selebriti yang dikenali ramai melancarkan jenama tudung terbarunya di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Rata-ratanya terkejut dan membangkang tindakan tersebut yang dikatakan bertentangan dengan agama.

Salah seorang pendakwah terkenal Imam Muda Fakhrul tampil memberikan pandangan beliau berkenaan isu ini. Tegas beliau, pelancaran tudung tersebut hukumnya jatuh haram kerana diadakan di dalam kelab malam yang menjatuhkan fitnah kepada agama. Pelaku dan juga mereka yang terlibat telah berdosa dan wajib untuk bertaubat.

Semoga penulisan beliau ini dapat membuka mata masyarakat agar dapat dijadikan garis panduan dalam kehidupan. Diharap supaya kes sebegini tidak berulang lagi. Moga dapat dijadikan pengajaran untuk semua. Semoga bermanfaat.

Apa hukum buat pelancaran tudung di Kelab Malam??

Hukum asal harus dan berpahala. Tapi bila buat di Kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.

Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat.

Saya ambil kerja Tuhan??. Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!.

"Kena berlembut jangan berkasar".. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya?, rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!.

"Ajak jangan hukum". Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang MENGAJAK mereka untuk mengikut hukum.

"Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum". Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.

Mungkin dia nak dakwah" Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!.

"Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik". Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik".

"Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?". Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.

Nak kata apa lagi??. Katalah!. Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.

Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.

Siakapkeli.my

Unik Dan Luar Biasa Memberi Publisiti Yang Bagus Namun Jika Melanggar Syariat, Ia Tidak Bernilai Sedebu Pun Disisi Allah - Ustaz Pahrol
siakapkeli.my

Tercetusnya beberapa kontroversi berpunca daripada seorang ikon selebriti terkenal baru-baru ini membuatkan ramai pihak bersuara dan menyatakan pandangan masing-masing. Ada yang membangkang, menyokong mahupun bersikap neutral terhadap apa yang sudah terjadi.

Salah seorang pendakwah terkenal, Pahrol Mohamad Juoi juga terpanggil dalam memberi perspektif daripada setiap sudut tentang isu ini. Setiap baris yang dihurai mempunyai isi yang padat dan semoga dengan penulisan daripada beliau ini dapat dijadikan sebagai garis panduan bagi setiap daripada kita untuk lebih telus dalam melakukan sebarang majlis agar tidak melangkaui batas-batas agama.

Allah cetuskan satu isu bukan secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Apakah tujuan isu itu?

1. Supaya umat Islam dapat membezakan antara bertudung dengan menutup aurat..

Gambar Hiasan

Menutup aurat itu syariat tetapi bertudung itu fesyen daripada manusia. Bertudung tidak semestinya menutup aurat.

Menutup aurat itu ialah dengan menutup dada, punggung, bawah dagu dan segala lekuk serta bentuk pada tubuh dengan kain yang tebal bukan yang kain tipis dan berbayang.

Jauh bezanya wanita yang menutup aurat kerana Allah dengan yang bertudung kerana mengharap perhatian manusia.

2. Berada di tempat yang sinonim dengan arak dan pergaulan bebas bagi tujuan dakwah tidak salah dengan syarat tetap menjaga niat, syariat dan akhlak.
Sebaliknya, jika syariat dilanggar dan nilai akhlak tercemar, berada di tempat sebegitu ialah suatu yang mungkar dan mengundang fitnah.

Bukan soal kita berada di mana, itu bukan persoalannya. Tetapi yang penting ialah apa yang kita lakukan ketika kita berada di situ.

Berada di kelab malam untuk berdakwah itu baik, tetapi walaupun berada di masjid untuk mencuri adalah tidak baik.

Di tempat yang buruk, jadilah seperti ikan...walaupun dikelilingi laut yang masin, isi ikan tidak masin. Jangan jadi seperti sesumpah yang mengubah warna setiap kali berubahnya suasana.

3. Promosi untuk perniagaan tidak salah, kerana perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Tetapi promosi jangan sampai melanggar syariat dan akhlak, itu dilarang oleh Islam. Niat tidak menghalalkan cara.
Walaupun mungkin kaedah itu publisiti yang unik dan bakal melariskan jualan produk tetapi apa gunanya semua itu jika Allah tidak redha dan tercabut keberkatan perniagaan.

Kita dambakan kualiti rezeki bukan semata-mata kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.

4. Orang yang memfitnah salah tetapi orang yang mengundang fitnah juga bersalah.
Justeru, Rasulullah SAW sentiasa menutup ruang untuk difitnah walaupun apa yang baginda lakukan sentiasa benar di sisi Allah.

Rasulullah SAW bukan sahaja menjaga 'kata-kata' Allah tetapi baginda juga berjaga-jaga dengan kata-kata manusia.

Jangan sampai kita berdosa dengan Allah dengan memfitnah orang. Dan jangan sampai orang lain berdosa kerana kita membuka ruang dosa untuk mereka kerana memfitnah kita.

5. Pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran itu adalah firman Allah yang perlu dilaksanakan oleh manusia.

Justeru, wajib kita ambil berat kata-kata orang selagi ia selaras dengan kehendak Allah.

Yang unik, gimik dan luar biasa memang memberi publisiti dan bagus untuk promosi....tetapi sekiranya telah melanggar syariat dan akhlak, itu tidak bernilai sedebu pun di sisi Allah.

Dan jika kita terus tega dan degil melakukannya, bukankah itu menunjukkan kitalah yang sangat mementingkan 'apa orang lain kata' berbanding dengan 'apa yang Allah kata'?
6. Jika semua itu kerana kejahilan marilah sama-sama kita belajar dan menambah ilmu..

Jika semua itu kerana kedegilan, marilah sama-sama kita istighfar dan bertaubat kepada Allah.

7. Yang kita kejar ialah kaya jiwa berbanding kaya harta... namun jika diberi kaya jiwa dan kaya harta itulah yang terbaik untuk kita.

Kaya jiwa itu ketenangan. Kaya harta itu kesenangan. Jangan sekali-kali cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kita tidak akan mampu. Kita akan tertipu!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Tak Sampai Pun Seminit 'Excident', Geng Towing Dah Sampai'' Lelaki Dedah Taktik Kotor Segelintir Longkai Perdaya Mangsa
siakapkeli.my

Modus operandi menipu pengguna jalan raya dengan menyapu minyak di atas permukaan jalan bagi mengakibatkan kemalangan bukanlah perkara baru di Malaysia. Tektik keji ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nyawa orang lain.

Terbaru perkongsian oleh Khairul Kamarudin melalui laman facebook mendedahkan pengalaman beliau sendiri berhadapan dengan geng towing kereta yang didakwa cuba menipu dia dan dua rakan. Manakan tidak, kereta yang dinaiki mereka terbabas secara tiba-tiba dan tidak sampai tempoh seminit pun sudah ada kereta hilux putih yang berhenti seolah sudah sedia menunggu dari awal.

Tidak syak lagi apabila ditanya mereka adalah pekerja towing kereta. Lebih menjengkelkan, kumpulan terbabit berlagak samseng dengan menghalau dia dan rakan-rakan dari melihat apa yang mereka lakukan. Rupanya-rupanya mereka menanggalkan bumper belakang kereta supaya kereta kelihatan rosak teruk sedangkan kereta masih boleh berjalan dengan baik dan tidak memerlukan khidmat towing. Jahat dan tidak berperikemanusiaan.

Untuk perkongsian yang lebih jelas, jom kita ikuti pengalaman beliau seperti di bawah. Moga dapat dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya lain..

ALHAMDULILLAH ALLAH PANJANGKAN LAGI NYAWA KAMI (LEBUHRAYA KARAK)

Tarikh: 24 February 2018
Waktu: 10pm
Tempat: Jalan Karak (bertentangan kilang Sawmill, selepas tol bentong)

Pada malam ini saya bersama dua orang lagi rakan terlibat dalam kemalangan, Kami baru sahaja pulang dari Kursus di KL.

Dalam perjalanan pulang hujan agak lebat dan tiba2 sahaja di selekoh jalan karak (betul2 bertentangan dengan kilang sawmill) kereta yang dinaiki kami berpusing 360 darjah sebanyak 3 kali dan tersasar ke tepi jalan.

Dalam fikiran waktu itu memikir teknikal kalau brek kereta waktu pusing ape jadi? Kalau xnak bagi tersasar ke jalan bertentangan ape yang perlu dibuat? Alhamdulillah Allah tolong bagi cara dari segi teknikal dan juga diberi lindungan dari-Nya.

Sejurus sahaja kereta berhenti, kami terus turun dan nampak asap keluar dari bonet, disangkakan akan berlaku letupan (banyak sngt tngk movie org puteh) tapi rupenye hanya gas aircod.

Kami cepat2 turun dan ambil barangan penting. Yang buat saya pelik ketika itu terus ada kereta hilux putih berhenti tak sampai seminit kami terbabas.

Mereka memaksa kami terus masuk ke dalam hilux mereka dengan cara mem"panik"kan lagi keadaan. Kami ingin ambil barangan berharga yg lain tapi dilarang tapi kami masih berkeras, jadi barangan berharga selamat. Dan kemudian terus mengunci kereta!

Semasa di dalam hilux saya terus menelefon famili (ayah) untuk dimaklumkan dan bertanya pendapat.

Kemudian berlakulah soal jawab antara saya dan pemandu hilux & rakannya. Yang membuatkan saya mushkil mcm mana mereka boleh sampai dalam masa seminit? Dan terus menyatakan mereka kerja towing kereta..

Saya terus menyoal mereka, tanya lokasi, tujuan mereka, dari mana nak ke mana, bertanya kilang apa berhampiran bertentangan lokasi kemalangan kami, macam mana Mereka boleh sampai dalam masa seminit.. dan banyak lagi.

Teringat saya post di FB mengenai kes minyak dituang ke atas jalan raya bertujuan untuk mengaut keuntungan bagi kerja2 towing kereta.

Rupanya modus operandi begini mmg betul2 terjadi, tak kene tak mengapa, bila dah kene baru percaya..

Kemudian hati saya gelisah kerana mereka meminta kunci kereta.. Jadi saya turun tapi dihalau dengan keras sekali oleh mereka tapi saya tetap berdegil ingin tunggu dan lihat.

Rupa2nya kereta saya masih boleh berjalan dan tak perlu towing pon. Tapi mereka sempat menaggalkan bumper blkg dan mengemikkan sedikit bahagian hadapan untuk meyakinkan bahawa kereta kami rosak teruk. Terlalu Jahat!! Memang tak ada hati perut langsung!!

Tapi kerana kedegilan saya menunggu kerja2 mereka tak dapat berbuat lagi teruk. Walaupon kereta tak di towing, mereka meminta RM250. Minta pengurangan diberi RM200 dan semasa pembayaran saya buat2 tak ada duit dan tunjukkan duit RM1 sahaja. Jadi hanya perlu bayar RM180.

Yang paling saya mushkil, divider jalan tu remuk teruk tapi kereta saya hanya kemik sedikit sahaja.. Saya menyoal mereka, dan rupa2nya dah ade mangsa lain berbangsa cina berpusing terbabas di lokasi yg sama.. dan dengan selambanya mereka menjawab dengan bangganya "yang tadi kami dah towing ke workshop".

Ketika saya berhenti di RnR untuk solat, saya perasan bahawa kaki saya berminyak.. memang sah mereka telah menuang minyak ke atas jalan di lokasi kami terbabas.. tak tahu nak describe orang sebegini sebagai manusia atau binatang.. hanya fikirkan duit sahaja! Bagaikan nyawa itu hanyalah suatu mainan mereka!

Kerja2 sebegini tak dapat perhatian dari pihak polis ke? Kes menuang minyak atas jalan mcm ni... membahayakan nyawa orang.. sangat bahaya! Mujur saya membawa nissan navara jadi pusingan beberapa kali yang berlaku... Jika kereta kecil, saya rasa akan terbalik beberapa kali dan kes kematian atau perkara lebih teruk mungkin berlaku.

Apa2 pun sangat berayukur kepada Allah kerana menyelamatkan kami semua dari musibah yang lebih teruk.

Ini adalah ujian dan peringatan dari Allah untuk kami dan harap dapat menjadi ikhtibar juga bagi org lain supaya tak terkena situasi sebegini selepas ini.

Apa yg anda perlu buat ketika berhadapan situasi sebegini?

1. Jangan panik! pastikan anda bertenang dan berfikir secara waras semasa menangani situasi.

2. Hubungi polis kemudian ahli keluarga yg tahu selok belok dalam hal2 sebegini. Confirm geng2 india yang buat kerja ni akan menciput lari bila call polis.

3. Jangan percaya bantuan dari org tak dikenali itu 100% bantuan ikhlas. Perlu ada rasa ragu2.

4. Sentiasa berwaspada, paatikan kereta dikunci, barangan brharga diambil (tetapi Jika berlaku kebakaran, tinggal semuanya)

5. Jangan terus brek mengejut! Kenalpasti situasi dan kemungkinannya dan perlu tahu bila masa untuk brek yang sebenar.

Pengajaran:

1. Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. Jangan ingt kita muda masa kita masih panjang, Ajal maut itu rahsia Allah tapi ianya pasti datang tanpa memilih peringkat umur.

2. Sentiasa berhati2 semasa memandu terutamanya semasa hujan lebat!

3. Sentiasa bersyukur dan ingt Doa ibu bapa kita senantiasa bersama kita. Yang mungkin menyelamatkan kita sbnrnya adalah doa dari ibu bapa kita.

Akhir sekali saya doakan perkara sebegini tak akan berlaku kepada anda, cukuplah saya sahaja yg mengalaminya. Moga anda selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju. Sentiasa berdoa dan harapkan perlindungan dari Allah.

Share post ini supaya rakan2 dan org yang kita sayang alert dengan situasi dan modus operandi sebegini!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

"Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu," kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.
Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Akhbar tempatan melaporkan operasi itu hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalah guna daripada 1MDB.
Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.

Sangat Menyentuh Hati, Buruk Gagak Yang 'Baik Hati' Ini Kongsi Makanan Dengan Seekor Tikus
siakapkeli.my

23 Feb - Sudah menjadi lumrah manusia di muka bumi ini untuk berkongsi sesama manusia ataupun haiwan dari segi segala keperluan termasuklah makanan dan juga harta benda.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan jika kita melihat manusia berkongsi makanna dengan manusia dan juga sudah menjadi kebiasaan kita melihat manusia memberi makanan kepada haiwan.

Namun, ada sebuah video yang tular di laman sosial facebook, apabila berlaku sebuah kejadian yang mungkin jarang sekali berlaku di sekeliling kita.

Sebuah video yang berdurasi selama seminit lebih yang dikongsi oleh Tricia Nicholls di akaun Facebooknya memaparkan seekor burung gagak yang sedang memakan sebiji roti dan didatangi seekor tikus yang kelihatan takut-takut berani nak mendekati burung tersebut.

Menurut video yang menakjubkan itu, tikus itu dua tiga mundar-mandir dihadapan burung yang sedang menikmati makanannya itu.

Selepas burung gagak perasan kehadiran tikus tersebut, dia menggigit secebis dari makanan tersebut dan meletakkan sedikit makanan itu berdekatan dengan tikus tersebut.

Kejadian sebegini mungkin pernah berlaku, tetapi sangat jarang melihat haiwan berkelakuan dan berhati perut seperti manusia.

Semoga video ini menjadi tauladan kepada kita semua.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Feb 28, 2018 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mata Rabun, Kelopak Mata Koyak, Gadis Ini Cerita Pengalaman Bahana Pakai Kanta Lekap Yang Penjagaannya Salah
siakapkeli.my

Contact lens atau kanta lekap dipakai bertujuan untuk membaiki masalah rabun sebagai pengganti cermin mata. Namun hari ini, ramai diantara anak gadis memakainya semata-mata untuk tampil cantik dengan cara penggunaan yang salah.

Memetik laporan daripada portal Kementerian Kesihatan, setiap syarikat yang mengeluarkan kanta lekap mempunyai mod pemakaian tertentu bagi setiap kanta lekap. Pemakai seharusnya mematuhi tempoh masa yang disarankan.

Daily wear contact lenses. Jenis ini dipakai pada waktu pagi dan ditanggalkan pada waktu malam. Jenis ini paling banyak di pasaran dan bertahan sehingga satu tahun. Wajib ditanggalkan sebelum tidur walaupun sekejap.

Extended wear soft contact lens diperbuat daripada silikon lembut berkelembapan tinggi. Sifat ini benarkan kanta lekap jenis ini dipakai lebih 14 jam. Kanta ini juga boleh dipakai berterusan beberapa hari. Hanya perlu dibuka sekali dalam satu minggu untuk rehatkan mata.
Contohnya jenis Focus night & day dipakai berterusan selama 6 hari dan dibuka pada hari ketujuh. Cara ini diulang pada hari berikutnya sehingga cukup tempoh sebulan. Selepas sebulan, kanta lekap itu perlu dibuang dan diganti dengan yang baharu.

Penting bagi setiap pemakai untuk mengambil berat terhadap penjagaan dan tempoh masa pemakaian kanta lekap demi memastikan kesihatan kornea terjamin. Masalah akan terjadi apabila kornea tidak mendapat oksigen yang sepatutnya..

Kornea akan menjadi lemah dan bakteria akan menembusi mata dengan senang. Daripada itu, mata boleh menjadi buta secara kekal. Seperti kisah yang dikongsi oleh Nur Maisaraa II melalui akaun Facebook miliknya menceritakan penyesalan penggunaan kanta lekap ini sehingga hampir meragut deria penglihatannya. Ikuti perkongsian dibawah, semoga dijadikan iktibar kepada sesiapa yang ingin mencuba memakai kanta lekap ini.

TOLONG AMBIK PERHATIAN SEMUAA !!!

Okay sara share satu cerita sangat sangat sedih bagi sara sebab lens mata jadi rabun sebelah tak nampak jarak jauh dan dekat jadi kabur gituu. Allahu nasib takbutaa (mohon dijauhkan!)
Sesiapa pakai lens mohon jaga elok2 sebelum menyesal dikemudian hari. Sara tkjamin lens mahal elok dan lens yang murah tkelok sebab semua atas penjagaan kita masing2.
Sebelum ni sara pakai Alhamdulilah xpernah jadi macam ni mungkin dugaan Allah bagi dekat sara ni teramat besar sebab mata ni la pentingkan.

Mula2 pedihh tu memang pedih teramat dah rasa macam nak buta dah mata ni yela dengan tiba2. masa malam tu buang lens rasa okay tkde masalah tiba2 keesokkan hari mata macam berabuk pastu berair dengan sendiri ada sikit rasa gatal2 dan lama kelamaan jadi merah2. Pastu Jumpa doktor sebab xkuat sangat mata ni dengan kerja takboleh buat. Doktor cakaplah sebab lens dia tengok mata sara ade terkoyak sikit kat kelompak mata rasa tu hanya sara dan Allah swt sahaja yang tahu.

Dan Hari ni sara rasa macam lain je sikit sebab mata ni rabun sebelah n sebelah lagi okay (nasib bukan dedua). Okay lepas ni kena pkai spek. Hurmm mata ni paling penting kan. Jaga2 sebelum terkena kat korang. Sara teramat menyesal Allahu! Terima kasih yang sudi baca dari atas sampai bawah.

Siakapkeli.my

"Eh, Haritu Banyak Lagi Duit, Mana Pergi Gaji Aku Banyak-Banyak", Ini 10 Sebab Pentingnya Untuk Ada Rekod Duit Keluar Masuk Setiap Bulan
siakapkeli.my

Mencatat perbelanjaan harian seperti duit masuk dan keluar adalah salah satu kaedah yang sebenarnya bertujuan untuk muhasabah diri agar lebih berhati-hati dalam berbelanja. Contohnya, jika hari ini kita membeli-belah, pada malamnya pula kita cuba untuk membuat rumusan segala pengeluaran duit yang telah berlaku dan berazam untuk mengawal sikap berbelanja dan secara tidak langsung proses ini dapat memperbaiki keinginan membeli.

Namun ramai yang masih gagal dalam mengawal pengurusan wang seharian kerana jika ianya tidak dididik sejak awal, agak sukar untuk memulakan satu tabiat yang baru. Sering kali persoalan ini bermain di kepala, "Eh, hari tu duit macam banyak lagi, mana pergi gaji aku banyak-banyak?"
Tapi malang, kesedaran ini datang hanya setakat itu sahaja tanpa ada tindakan selanjutnya dan akhirnya merungut kepada diri sendiri kerana tidak dapat membezakan antara kehendak dan keperluan.

Punca utama persoalan itu timbul adalah kerana tiada rekod bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan. Jika kita dapat merekod setiap perbelanjaan, anda pasti tahu dimana aliran wang yang keluar daripada pendapatan. Seperti perkongsian daripada Hafiz Hazmi ini, beliau berkongsi beberapa sebab mengapa ada diantara kita yang masih melengah-lengahkan inisiatif merekod perbelanjaan sedangkan tiada sebarang keburukan pun jika kita melakukannya.

Ikuti perkongsiannya dibawah semoga memberi kesedaran kepada kita untuk lebih meneliti pengaliran duit yang keluar dan masuk setiap bulan. Tidak ada ruginya, malah mendatangkan keuntungan kepada kita agar lebih berwaspada dalam berbelanja dan sentiasa sedar diri.

KENAPA PENTING REKOD PERBELANJAAN?

Rekod ni masa awal-awal makan gaji, memang akan nampak macam skema apatah lagi digelar "berkira".

Tapi kalau tak dipupuk dari awal, boleh jadi komitmen "tak terkira". Tak percaya kan? Memang kealpaan pada kepentingan merekod ni, boleh bawa BARAH

10 SEBAB KENAPA KENE BUAT
1. Untuk kau sedar, berapa yang dah dibelanjakan setiap hari, setiap minggu & setiap bulan

2. Untuk kau tahu, kemana "hilangnya" duit dalam poket tadi. Takdalah kau tuduh bini rembat nanti

3. Tahu cashflow, tujuan untuk merancang pembahagian duit mana simpan, belanja, dan labur

4. Untuk juga kau tahu, tahap kesihatan duit korang. Ada orang yang tak sedar dia dah hidup -ve setahun

5. Takdelah asik advance gaji, salahkan kos sara hidup, salahkan parti pemerintah, parti pembangkang

6. Untuk tahu DSR kalau merancang untuk memiliki hartanah, pelaburan ASB dan sebagainya

7. Imbangkan perbelanjaan. Jadi setiap kali nk buat keputusan, ada asas. Takdela main submit je loan kereta

8. Kalau betul tak gaji tak cukup, tahu berapa pendapatan ekstra perlu dibuat, jadi tau $$ perlu digenerate

9. Untuk tahu paras kehidupan diri sendiri. Takdela poyo asik nak upgrade gadget dan starbuck selalu

10. Berfungsi sebagai pengawal nafsu serakah. Nak shopping bukak dulu excel perbelanjaan, kalau nak makan meggi, teruskanlah

Harap korang belajar sesuatu.

Excel boleh download link
Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Syarikat didenda RM10,000 jual laksa kandungi bahan berbahaya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengilang makanan, EHH Food Industry Sdn Bhd hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual laksa mengandungi bahan pengawet tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman terhadap syarikat itu yang diwakili penyelia operasinya, Oh Ching Hai selepas mengaku bersalah menjual 3 bungkus laksa jenama Laksa Pendek, mengandungi bahan pengawet asid benzoik yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) melakukan kesalahan berkenaan di sebuah pasar raya di Jalan Metro Prima, Kepong pada 10.00 pagi, 22 Ogos 2017 mengikut Seksyen 13B(1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983, membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan harta syarikat itu bernilai RM10,000 disita jika denda gagal dibayar. Syarikat berkenaan yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai serbuan kesihatan pergi ke pasar raya berkenaan dan membeli 3 bungkus Laksa Pendek dengan bayaran RM5.40 bertujuan untuk analisis.

Laporan juruanalisis menunjukkan laksa itu mengandungi asid benzoik sebanyak 514mg/kg iaitu sejenis bahan pengawet tidak dibenarkan dalam makanan dan pemeriksaan juga mendapati syarikat EHH Food Industry tidak mematuhi Akta Makanan 1985 kerana menjual makanan mengandungi asid benzoik.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Rosli Arsyad Mohd Jaafar memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap syarikat itu atas alasan kepentingan orang awam.

"Asid benzoik merupakan bahan pengawet tidak dibenarkan, boleh menyebabkan kerengsaan, asma dan penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang," katanya.

Syarikat itu bagaimanapun memohon hukuman denda yang rendah.

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik Yang Boleh Menyebabkan Kanser Didenda RM10,000
siakapkeli.my

Sebuah syarikat pengilang makanan yang mempunyai variasi produk berasaskan mi ditahan semalam, 26 Januari 2018 selepas mengaku bersalah menjual laksa yang mengandungi bahan pengawet terlarang yang boleh menyebabkan penyakit kanser jika dimakan secara berterusan.

Menurut laporan media, syarikat tersebut telah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual laksa berjenama 'Laksa Pendek' yang didapati menggunakan asid benzoik yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Majistret Zuhair Rosli juga turut memerintahkan untuk menyita harta syarikat EHH Food Industry bernilai RM10,000 jika syarikat itu gagal membayar denda yang diperintahkan pihak mahkamah.

Pertuduhan dikemukakan oleh pegawai pendakwa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Arsyad Mohd.. Jaafar mengikut Seksyen 13B (1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum selama lima tahun.

Penyelia Operasi, Ching Hai ketika membuat rayuan memohon agar hanya dikenakan denda minimum namun rayuannya itu dibantah kerana menggunakan pengawet terlarang didalam makanan yang boleh menyebabkan serangan asma, alahan, radang hidung dan kanser itu sama sekali tidak boleh diterima.

Pegawai Pendakwa Kesihatan, Rosli Arsyad berkata, asid benzoik adalah bahan pengawet yang tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

Siakapkeli.my

Sumber: Berita Harian

"Seluar Dalam Aku Yang Kau Ambil, Laki Aku Punya Kenapa Tak Ambil Sekali," Seorang Wanita Trauma Seluar Dalam Dicuri Lelaki Misteri
siakapkeli.my

21 Feb - Pada zaman kini, sudah menjadi kebiasaan untuk pasangan yang bekerjaya untuk membasuh pakaian di kedai dobi layan diri dan kedai dobi 24 jam juga mudah didapati ketika ini.

Kebanyakkan kedai dobi 24 jam pasti akan dilengkapi kamera litar tertutup untuk tujuan keselamatan. Mungkin juga salah satu prosedur untuk kedai dobi itu lulus untuk dibuka 24 jam tanpa henti.

Dalam kebaikkan dan kemudahan yang disediakan oleh kedai dobi, ada juga individu yang cuba mengambil kesempatan seperti merompak pelanggan yang sedang membasuh baju.

Tetapi lain pula kes yang dialami oleh seorang pengguna Facebook, Nur Liyana Ismail ini yang berkongsi menerusi akaun Facebooknya. Dia mengalami sedikit trauma selepas melihat kejadian itu berlaku menerusi kamera litar tertutup di kedai dobi tersebut.

Apa yang terpapar dalam rakaman itu adalah, ketika itu Liyana meninggalkan proses basuhan itu sementara sebelum siap sepenuhnya. Namun, ada seorang lelaki membuka pintu mesin basuh yang mengandungi pakaian wanita itu dan mengambil semua seluar dalam milik Liyana.

Menurut Liyana, selalunya dia membasuh baju di rumah sahaja, tetapi selepas suaminya pulang dari out station selama 5 hari daan pakaian terlalu banyak.. Membuatkan dia menghantar semua pakaian ke kedai dobi.

Berikut adalah kenyataan Liyana Ismail tentang kejadian aneh yang menimpa dia sekeluarga.

Tido tak lena tak habis pikir kenapa ? Apa motif ? Seluar dalam baju dalam yang kau ambil . Seluar dalam laki aku kenapa tak ambil sekali ? Ya allah tak lepas nak bernafas kalau dipikir2kan . Semoga allah lindungi aku dari segala kejahatan .

Terbukti memang ada org curi . Habis semua seluar dalam sehelai pon dia tak tingal hati2 semua . Pengajaran untuk saya kalini . Sebelum ni basuh kt rumah jer .

Tp semalam balik oustation 5 hari baju laki bini banyak sangat sumbat je dobi tingal sat p makan . Balik2 berterabur baju . Serik dah nak tingal baju kt dobi . Buat pencuri kalau bagi kat mak hang bini hang pakai takpa lah aku halalkan . Jangan lah dibuat perkara bukan2 . Aku serahkan segalanya pada dia .. allahuakbar.

Nur Liyana Ismail menambah 5 foto baharu
· 20hb Februari jam 8.42 ptg ·
Tido tak lena tak habis pikir kenapa ? Apa motif ? Seluar dalam baju dalam yang kau ambil . Seluar dalam laki aku kenapa tak ambil sekali ? Ya allah tak lepas nak bernafas kalau dipikir2kan . Semoga allah lindungi aku dari segala kejahatan . Terbukti memang ada org curi . Habis semua seluar dalam sehelai pon dia tak tingal 😭 hati2 semua . Pengajaran untuk saya kalini . Sebelum ni basuh kt rumah jer . Tp semalam balik oustation 5 hari baju laki bini banyak sangat jadinye saya basuh dirumah dan sumbat mesin kering di dobi. Sebab di rumah condo takde tempat cukup nak sidai baju yang nak dipakai balik esok untuk oustation balik . tingal sat p makan . Balik2 berterabur baju . Serik dah nak tingal baju kt dobi . 😭 buat pencuri kalau bagi kat mak hang bini hang pakai takpa lah aku halalkan . Jangan lah dibuat perkara bukan2 . Aku serahkan segalanya pada dia .. allahuakbar ......
Dobi tasik prima puchong

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 28, 2018 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ploton Akan Digentel Tinggal Gusi
bloglist-malaysia.blogspot.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Harga kereta turun 50% pun bukan penoreh getah ramai-ramai mampu order Ploton.

Dgn harga getah skrg, cuma tauke getah yg mampu order berbijik-bijik Ploton.

Rakyat mahu harga barangan makànan yg murah. Petrol murah. GST mansuh. Itu yg org mahu.

Harga turun kà naik ka, Ploton setelah dapat kat China, kompom lah akan maju jaya.

Dol, perancangan China bukañ utk 2-3 puluh tahun, tapi sampai Malaysia bengkrap macam Zimbabwe. Tak lama lagi merasa la kita guna renminbi kot?

Kahkahkah!

Mula mula depa ganti CEO at Proton Holding.

Step kedua, ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.

Step ketiga, terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat.

Step keempat, terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China.

Step kelima, mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985. Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pespe berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.

Step keenam, China akan tukar nama hakmilik Proton ke China Proton perlahan lahan. Hanya menunggu masa.

Step terakhir masa persidangan HAMNO semua perwakilan akan di ajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi Di pijak Milik Orang, sambil nangis tersedu sedu.

Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada DAP.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 11, 2018 11:35 PM
Subject: Fw: Tukar Cara Kira Dividen, KR1M Buat Mydin Rugi

Pengedar Bumiputera Melayu Islam Kereta Proton Bakal Gulung Tikar

bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Zaman lemak-kelemak telah berakhir. Sekarang Ploton bukan lagi Proton.

Kahkahkah!

Ploton dah dapat kat Cina, sudah tentu dia akan melebihkan pengedar sebangsa dgnnya. Sudah tentu dia akan melebihkan pembeli dari kalangan bangsanya.

Kalau Proton dapat kat India pun senarionya akan sama. Bangsa India pula akan menikmati diskaun seperti mana yg akan dinikmati keturunan Hokkien.

Bezanya Proton yg sekian lama dikuasai Melayu haram tak menyumbang hapa kpd pembeli Melayu. Lagi nak mengerat tembolok Melayu ada.

Kahkahkah!

Dah macam2 syarat, macam2 titah perintah tauke baru Proton, tak kan tak paham2??

Maknanya ramai lagi pengedar bangsa dia yg mampu buat kerja. Maknanya dia tak kisah sangatlah kalau tak ada pengedar Melayu pun.

Maknanya dia suruh balik kampung tunggu duit BRIM je la.

Kahkahkah! 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com